1 00:00:08,007 --> 00:00:11,594 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:00:13,513 --> 00:00:15,890 Saya Manta Omayada, 13 tahun. 3 00:00:16,850 --> 00:00:18,601 Suatu malam, selepas kelas tambahan, 4 00:00:18,685 --> 00:00:20,645 saya nampak seorang budak lelaki di kubur. 5 00:00:21,187 --> 00:00:23,314 Namanya Yoh Asakura. 6 00:00:23,398 --> 00:00:26,067 Dia Dukun yang menghubungkan dunia ini dengan dunia ghaib. 7 00:00:26,985 --> 00:00:29,070 Saya rasa dia agak mencurigakan, 8 00:00:29,154 --> 00:00:31,823 tapi dia cakap saya kawannya. 9 00:00:32,490 --> 00:00:36,411 Yoh bergabung dengan samurai terkenal, Amidamaru, menggunakan Roh Berpadu 10 00:00:37,037 --> 00:00:38,830 dan menewaskan Ryu Pedang Kayu dan kumpulannya. 11 00:00:39,414 --> 00:00:42,083 Yoh kata dia bercita-cita untuk menjadi Raja Dukun. 12 00:00:42,667 --> 00:00:44,919 Amidamaru juga bersetuju untuk menjadi 13 00:00:45,003 --> 00:00:46,212 rakan seperjuangan Yoh! 14 00:00:49,883 --> 00:00:52,719 Kelas tambahan habis lambat lagi! 15 00:00:54,137 --> 00:00:57,348 Ya, saya boleh ikut jalan pintas! 16 00:00:57,432 --> 00:01:02,562 Saya dah biasa dengan hantu-hantu di kubur ini, jadi saya tak takut lagi! 17 00:01:04,939 --> 00:01:08,109 Hei, awak tergesa-gesa nak ke mana? 18 00:01:09,736 --> 00:01:10,945 Yoh? 19 00:01:11,529 --> 00:01:13,114 Tidak, itu bukan Yoh! 20 00:01:13,698 --> 00:01:15,241 Siapa dia? 21 00:01:16,493 --> 00:01:20,080 Nampaknya ada juga orang lain macam Yoh. 22 00:01:20,663 --> 00:01:23,208 Hei, ini bukan masanya untuk mengelamun! 23 00:01:23,291 --> 00:01:25,460 Susah nak tengok bintang di Tokyo. 24 00:01:26,461 --> 00:01:30,465 Bintang umpama cahaya yang menjadi panduan kepada manusia. 25 00:01:30,548 --> 00:01:32,842 Orang yang tak pandai mentafsir bintang 26 00:01:32,926 --> 00:01:36,471 akan hilang arah dan hidup mereka akan musnah. 27 00:01:37,055 --> 00:01:40,058 Awak antara orang yang jahil yang tak pandai mentafsir bintang? 28 00:01:40,892 --> 00:01:42,435 Biadabnya! 29 00:01:42,519 --> 00:01:44,354 Siapa cakap tak ada bintang? 30 00:01:44,437 --> 00:01:47,649 Ini tempat terbaik di bandar ini untuk melihat bintang! 31 00:01:49,275 --> 00:01:51,986 Ini bukan bintang sebenar. 32 00:01:52,487 --> 00:01:55,490 Saya sangka awak tentunya faham. 33 00:01:56,491 --> 00:01:59,786 Kerana awak juga boleh nampak roh, bukan? 34 00:01:59,869 --> 00:02:01,955 Roh? Macam mana awak… 35 00:02:03,540 --> 00:02:05,125 Jangan takut. 36 00:02:05,208 --> 00:02:07,168 Saya takkan apa-apakan awak. 37 00:02:07,669 --> 00:02:10,088 Tapi saya nak minta tolong. 38 00:02:10,171 --> 00:02:12,465 - Tolong? - Sampaikan pesanan saya 39 00:02:12,549 --> 00:02:15,093 kepada kawan awak yang selalu pakai fon kepala itu. 40 00:02:15,176 --> 00:02:16,177 Yoh? 41 00:02:17,095 --> 00:02:18,638 Nama saya Ren. 42 00:02:23,977 --> 00:02:27,814 Saya akan rampas roh samurai awak. 43 00:02:32,485 --> 00:02:34,487 Roh-roh orang mati yang tak tenang bersemadi, 44 00:02:34,988 --> 00:02:37,490 roh suci yang menjadi penunggu di hutan 45 00:02:37,574 --> 00:02:38,950 dan dewa-dewi… 46 00:02:39,492 --> 00:02:41,494 Ada manusia dapat berhubung dengan mereka 47 00:02:41,578 --> 00:02:45,748 dan mempunyai kuasa yang tak dimiliki oleh manusia biasa di dunia ini. 48 00:02:46,791 --> 00:02:48,960 Mereka digelar Dukun! 49 00:04:21,010 --> 00:04:21,844 EPISOD 2 DUKUN BARU 50 00:04:21,928 --> 00:04:24,430 Percayalah! Di kubur itu, 51 00:04:24,514 --> 00:04:27,433 saya nampak seorang budak lelaki dengan roh panglima Cina! 52 00:04:27,517 --> 00:04:29,936 Saya pasti dia juga Dukun! 53 00:04:30,019 --> 00:04:32,021 Ada seorang lagi Dukun selain awak! 54 00:04:32,105 --> 00:04:34,190 Yakah? Baguslah. 55 00:04:34,274 --> 00:04:35,900 Awak tak terkejut? 56 00:04:35,984 --> 00:04:37,360 Kenapa mesti terkejut? 57 00:04:37,443 --> 00:04:40,488 Saya tak cakap saya seorang saja Dukun di dunia ini. 58 00:04:40,571 --> 00:04:43,574 Ada ramai lagi Dukun di seluruh dunia. 59 00:04:44,075 --> 00:04:47,245 Tapi dia cakap dia nak rampas Amidamaru! 60 00:04:47,328 --> 00:04:48,997 Awak tak risaukah? 61 00:04:50,707 --> 00:04:51,749 Amidamaru? 62 00:04:54,210 --> 00:04:55,044 Ren… 63 00:04:55,128 --> 00:04:56,838 Saya tak kenal dia. 64 00:04:56,921 --> 00:04:59,090 Saya tak pernah dengar nama dia. 65 00:04:59,173 --> 00:05:03,553 Yakah? Tapi tentu ada sebab dia berdendam dengan awak. 66 00:05:03,636 --> 00:05:05,305 Saya tak tahu kenapa. 67 00:05:05,888 --> 00:05:08,558 - Tapi mungkin sebab itu. - "Sebab itu"? 68 00:05:09,517 --> 00:05:12,937 Taraf seorang Dukun ditentukan oleh kekuatan Roh Pelindungnya. 69 00:05:13,021 --> 00:05:17,025 Mungkin dia nampak Amidamaru di mana-mana sebelum ini. 70 00:05:17,108 --> 00:05:19,027 - Begitu rupanya! - Amidamaru! 71 00:05:19,110 --> 00:05:23,531 Jadi dia mahu memiliki pahlawan sehebat saya, bukan? 72 00:05:23,614 --> 00:05:27,410 Mungkin. Jangan puji diri sendiri. 73 00:05:27,493 --> 00:05:28,953 Tapi saya agak risau 74 00:05:29,037 --> 00:05:32,915 kerana Roh Pelindungnya ialah panglima Cina. 75 00:05:34,542 --> 00:05:36,461 Jangan bimbang! 76 00:05:36,544 --> 00:05:40,089 Orang yang boleh nampak roh semuanya baik! 77 00:05:40,173 --> 00:05:42,258 Kita tak perlu risau. 78 00:05:42,967 --> 00:05:44,969 Saya pasti dia baik orangnya. 79 00:05:45,553 --> 00:05:47,180 Saya nak jumpa dia. 80 00:05:47,263 --> 00:05:50,475 Mungkin dia Dukun pertama yang akan jadi kawan saya! 81 00:05:50,558 --> 00:05:51,601 Ya! 82 00:05:51,684 --> 00:05:55,146 Saya pun nak jumpa panglima Cina itu! 83 00:05:56,606 --> 00:05:58,274 Saya tak sabar nak jumpa dia. 84 00:05:58,858 --> 00:05:59,776 Saya juga! 85 00:06:00,443 --> 00:06:02,070 Suka hati kamulah. 86 00:06:02,153 --> 00:06:03,946 Awak buat apa, budak? 87 00:06:07,158 --> 00:06:09,410 Itu dia! Ren! 88 00:06:09,494 --> 00:06:11,245 Itu dia? 89 00:06:11,329 --> 00:06:13,081 Saya tak nampak panglima itu. 90 00:06:14,165 --> 00:06:16,501 Diamlah. Dasar makhluk perosak. 91 00:06:16,584 --> 00:06:18,961 Kereta itu menghalang jalan saya. 92 00:06:19,045 --> 00:06:21,339 Apa? Jadi awak sepak kereta itu? 93 00:06:21,422 --> 00:06:22,799 Awak bodohkah? 94 00:06:22,882 --> 00:06:24,634 Awak panggil kami makhluk perosak? 95 00:06:24,717 --> 00:06:28,054 Asap dari ekzos kereta kamu mencemarkan udara. 96 00:06:28,137 --> 00:06:30,139 Sebab itulah susah nak nampak bintang. 97 00:06:30,932 --> 00:06:34,644 Apa lagi nama yang sesuai untuk kamu selain makhluk perosak planet ini? 98 00:06:34,727 --> 00:06:36,395 Kamu tiada bezanya dengan lipas! 99 00:06:36,479 --> 00:06:39,065 - Bedebah! - Awak memang nak mati! 100 00:06:45,696 --> 00:06:47,406 Kung fu! 101 00:06:47,490 --> 00:06:48,658 Hebatnya! 102 00:06:50,243 --> 00:06:52,912 Benarkah dia Dukun? 103 00:06:53,538 --> 00:06:55,206 Dia sendiri dah cukup kuat. 104 00:06:55,289 --> 00:06:58,084 Tidak, saya pasti saya nampak roh… 105 00:06:58,167 --> 00:07:00,294 Saya salah tengokkah? 106 00:07:01,212 --> 00:07:03,923 Bedebah! Saya akan bunuh awak! 107 00:07:06,592 --> 00:07:09,470 Makhluk perosak memang patut dihapuskan. 108 00:07:12,890 --> 00:07:14,100 Menjelmalah! Bason! 109 00:07:16,352 --> 00:07:17,687 Itu dia! 110 00:07:24,444 --> 00:07:26,112 Roh Berpadu! 111 00:07:28,823 --> 00:07:29,657 Bason! 112 00:07:30,741 --> 00:07:31,909 Tarian Vorpal! 113 00:07:36,372 --> 00:07:39,959 - Hebat! - Nampak tak, Yoh? Saya dah cakap! 114 00:07:42,420 --> 00:07:44,088 Apa yang berlaku? 115 00:07:46,007 --> 00:07:50,011 Benar kata orang, lipas memang sukar dibunuh. 116 00:07:50,595 --> 00:07:51,888 Tapi tak mustahil! 117 00:07:55,308 --> 00:07:56,726 Cukup! 118 00:07:57,435 --> 00:07:58,728 Awak muncul juga akhirnya, 119 00:07:58,811 --> 00:08:00,062 Budak Berfon Kepala. 120 00:08:00,146 --> 00:08:02,648 Awak nak apa sebenarnya? 121 00:08:02,732 --> 00:08:05,276 Dukun tak patut membunuh. 122 00:08:05,359 --> 00:08:07,320 Jangan merepek. 123 00:08:07,403 --> 00:08:09,614 Buat apa kita melindungi nyawa mereka? 124 00:08:10,114 --> 00:08:12,158 Mereka cemarkan udara dan abaikan bintang. 125 00:08:12,241 --> 00:08:15,161 Merekalah pemusnah dunia ini. 126 00:08:15,244 --> 00:08:17,497 Itulah sifat sebenar manusia. Mereka semua keji. 127 00:08:18,080 --> 00:08:20,917 Saya tak peduli kalau manusia keji macam mereka mati. 128 00:08:21,709 --> 00:08:23,711 Nama saya Tao Ren. 129 00:08:23,794 --> 00:08:27,924 Saya akan jadi raja semua dukun dan mengubah dunia ini. 130 00:08:28,633 --> 00:08:31,886 Sudahlah, jangan cakap banyak. 131 00:08:32,595 --> 00:08:36,349 Serahkan Roh Pelindung awak kepada saya. 132 00:08:36,432 --> 00:08:38,476 - Tak nak. - Apa? 133 00:08:38,559 --> 00:08:41,437 Awak asyik merepek dari tadi. 134 00:08:41,521 --> 00:08:44,398 Mudahnya awak minta sesuatu daripada orang yang awak baru kenal. 135 00:08:45,900 --> 00:08:48,194 Macam mana kalau saya merayu? 136 00:08:48,277 --> 00:08:49,487 Tetap tak boleh. 137 00:08:49,570 --> 00:08:51,322 Amidamaru kawan saya! 138 00:08:51,405 --> 00:08:52,907 Kalau awak merayu sekalipun, 139 00:08:52,990 --> 00:08:54,784 awak tak boleh anggap dia macam objek! 140 00:08:54,867 --> 00:08:57,286 - Kawan? - Kawan baik. 141 00:08:57,370 --> 00:08:59,789 Kalau awak nak pinjam kuasa Amidamaru, 142 00:08:59,872 --> 00:09:02,250 awak boleh berkawan dengan kami dulu. 143 00:09:05,127 --> 00:09:06,879 Roh itu kawan awak? 144 00:09:06,963 --> 00:09:09,131 Awak anggap dia kawan? 145 00:09:10,383 --> 00:09:11,592 Apa yang lucu sangat? 146 00:09:11,676 --> 00:09:14,345 Bagi Dukun macam kita, 147 00:09:14,428 --> 00:09:17,765 roh hanyalah boneka yang menjadi sumber kuasa kita. 148 00:09:17,848 --> 00:09:21,394 Roh tak sepatutnya dijadikan kawan. 149 00:09:21,477 --> 00:09:23,145 Boneka? 150 00:09:23,229 --> 00:09:27,108 Kenapa? Saya cuma bercakap benar. 151 00:09:27,191 --> 00:09:30,027 Awak tak berupaya memanfaatkan kuasa samurai itu sepenuhnya. 152 00:09:31,445 --> 00:09:35,741 Roh yang kuat seperti dia patut menjadi milik saya. 153 00:09:36,701 --> 00:09:38,703 Kalau awak tak nak serahkan roh itu, 154 00:09:38,786 --> 00:09:41,247 saya terpaksa gunakan kekerasan. 155 00:09:41,831 --> 00:09:42,707 Ayuh, Bason! 156 00:09:42,790 --> 00:09:46,586 Bunuh tuan roh itu dulu! 157 00:09:47,962 --> 00:09:50,298 Roh yang kematian tuan 158 00:09:50,381 --> 00:09:53,467 lebih mudah untuk ditundukkan oleh Dukun yang hebat macam saya 159 00:09:53,551 --> 00:09:55,344 tak kiralah dia rela atau tak! 160 00:09:55,845 --> 00:09:58,723 Roh itu akan jadi boneka yang paling hebat! 161 00:10:01,267 --> 00:10:03,352 Jadi itu caranya awak buat roh di belakang awak 162 00:10:03,436 --> 00:10:06,230 untuk bertarung mengikut kehendak awak? 163 00:10:06,314 --> 00:10:09,859 Saya tak peduli betapa hebat dan pintarnya awak. 164 00:10:10,526 --> 00:10:13,362 Saya takkan biarkan awak memperalatkan roh seperti boneka! 165 00:10:13,946 --> 00:10:14,905 Amidamaru! 166 00:10:14,989 --> 00:10:15,948 Ya! 167 00:10:16,032 --> 00:10:17,867 Kita mesti buktikan dia silap! 168 00:10:17,950 --> 00:10:19,118 Baik! 169 00:10:20,077 --> 00:10:21,871 Awak muncul akhirnya, samurai! 170 00:10:21,954 --> 00:10:22,913 - Ayuh! - Ayuh! 171 00:10:24,624 --> 00:10:26,208 - Roh Berpadu! - Roh Berpadu! 172 00:10:45,686 --> 00:10:47,813 Saya takkan biarkan awak apa-apakan Tuan Muda! 173 00:10:47,897 --> 00:10:49,607 Tarian Vorpal! 174 00:10:51,025 --> 00:10:51,942 Apa? 175 00:10:52,026 --> 00:10:53,611 Mudah saja! 176 00:10:54,779 --> 00:10:56,489 Kami takkan menyerah! 177 00:10:57,406 --> 00:10:59,575 Dia tepis serangan Tarian Vorpal? 178 00:11:03,663 --> 00:11:06,582 Benarlah sangkaan saya terhadap awak. 179 00:11:06,666 --> 00:11:09,919 Sekarang saya betul-betul mahu memiliki awak, Amidamaru! 180 00:11:10,503 --> 00:11:12,630 Baiklah, saya dah puas main-main. 181 00:11:12,713 --> 00:11:14,799 Biar saya tunjukkan kehebatan sebenar saya! 182 00:11:15,383 --> 00:11:17,593 Main-main? Tadi dia main-main saja? 183 00:11:18,761 --> 00:11:19,637 Amidamaru. 184 00:11:20,221 --> 00:11:23,349 Memang tak syak lagi awak lebih kuat daripada Bason, 185 00:11:23,933 --> 00:11:26,018 tapi saya pasti awak pun tahu. 186 00:11:26,519 --> 00:11:31,107 Budak itu tak mampu menggunakan lebih sepuluh peratus daripada kekuatan awak. 187 00:11:32,149 --> 00:11:35,945 Saksikanlah! Inilah kuasa seorang Dukun sebenar! 188 00:11:36,612 --> 00:11:38,489 Paduan 100 Peratus! 189 00:11:40,950 --> 00:11:43,160 Tarian Vorpal! 190 00:11:54,922 --> 00:11:58,634 Untuk menggunakan 100 peratus kuasa roh di dunia ini, 191 00:11:59,510 --> 00:12:01,887 Dukun perlukan kekuatan mental 192 00:12:01,971 --> 00:12:05,141 untuk menundukkan roh menjadi boneka. Ada yang kata cara ini kejam. 193 00:12:06,934 --> 00:12:10,479 Awak tak setaraf dengan saya. 194 00:12:10,980 --> 00:12:13,023 Amidamaru milik saya! 195 00:12:25,286 --> 00:12:26,370 Yoh! 196 00:12:26,454 --> 00:12:28,706 Apa yang terjadi? 197 00:12:28,789 --> 00:12:31,125 Macam mana Yoh dan Amidamaru boleh kalah? 198 00:12:31,709 --> 00:12:32,960 Naifnya. 199 00:12:33,043 --> 00:12:36,505 Dukun yang tak dapat menguasai roh tak dapat memanfaatkan potensi sepenuhnya. 200 00:12:36,589 --> 00:12:39,425 Tak mungkin budak macam dia yang anggap roh sebagai kawan 201 00:12:39,508 --> 00:12:41,927 boleh mengawal roh sepenuhnya. 202 00:12:43,053 --> 00:12:43,971 Mengawal? 203 00:12:44,555 --> 00:12:47,516 Ada sebabnya kami perlu tundukkan Roh Pelindung. 204 00:12:48,142 --> 00:12:50,436 Kerana ketika dirasuk, 205 00:12:50,519 --> 00:12:54,982 ada dua roh dalam satu jasad yang sama. 206 00:12:55,065 --> 00:12:56,484 Dua roh? 207 00:12:58,235 --> 00:13:00,112 Awak cepat tangkap nampaknya. 208 00:13:00,196 --> 00:13:03,574 Jasad kami dikawal oleh dua minda. 209 00:13:03,657 --> 00:13:06,911 Sudah tentu perselisihan akan berlaku. 210 00:13:06,994 --> 00:13:10,164 Ia melambatkan penyampaian maklumat kerana percanggahan pendapat. 211 00:13:10,748 --> 00:13:14,251 Kalau roh kedua dianggap kawan dan setaraf dengan diri sendiri, 212 00:13:14,335 --> 00:13:17,671 sudah tentu kemampuan tubuh juga jadi terhad. 213 00:13:18,380 --> 00:13:22,801 Dukun menggunakan kuasa roh sepertimana yang dirasakan perlu. 214 00:13:23,385 --> 00:13:26,013 Jadi Dukun mesti sentiasa menguasai Roh Pelindung 215 00:13:26,096 --> 00:13:29,058 untuk memanfaatkan kuasa roh sepenuhnya. 216 00:13:29,141 --> 00:13:32,228 Orang yang tak kuat mental macam dia yang anggap roh sebagai kawan 217 00:13:32,311 --> 00:13:34,271 takkan dapat melakukannya! 218 00:13:36,690 --> 00:13:39,693 Tak kira betapa laju pun keretanya, 219 00:13:39,777 --> 00:13:43,572 pemandu yang tak berbakat takkan menang perlumbaan. 220 00:13:43,656 --> 00:13:46,367 Jentera yang hebat perlu dikendalikan 221 00:13:46,450 --> 00:13:48,827 oleh orang yang layak saja! 222 00:13:48,911 --> 00:13:51,247 Bersemadilah dengan aman. 223 00:13:51,330 --> 00:13:54,375 Saya akan jaga Amidamaru. 224 00:13:56,210 --> 00:13:58,087 Amidamaru bukan jentera! 225 00:13:58,796 --> 00:14:00,130 Yoh! 226 00:14:00,798 --> 00:14:04,134 Saya dah cakap Amidamaru kawan saya! 227 00:14:04,718 --> 00:14:07,513 Tapi awak masih anggap dia macam objek. 228 00:14:08,097 --> 00:14:09,306 Tak guna! 229 00:14:09,390 --> 00:14:11,559 Awak masih ada tenaga untuk duduk. 230 00:14:12,059 --> 00:14:12,977 Sakit! 231 00:14:13,686 --> 00:14:17,481 Kalau Amidamaru tak sempat mengelak tadi, tentu tangan saya dah putus. 232 00:14:21,235 --> 00:14:25,447 Awak masih dapat mengelak serangan Bason walaupun awak cedera? 233 00:14:25,531 --> 00:14:28,701 Keinginan saya untuk memiliki Amidamaru semakin membuak-buak! 234 00:14:28,784 --> 00:14:30,411 Amidamaru! 235 00:14:30,494 --> 00:14:31,453 Jangan merepek! 236 00:14:32,079 --> 00:14:33,747 Saya takkan berpadu dengan awak. 237 00:14:34,290 --> 00:14:35,332 Jangan melawan lagi. 238 00:14:35,416 --> 00:14:37,543 Apa yang awak boleh buat dalam keadaan itu? 239 00:14:37,626 --> 00:14:40,170 Tengoklah kecederaan tuan awak! 240 00:14:42,798 --> 00:14:43,924 Maafkan saya, Tuan Yoh. 241 00:14:44,008 --> 00:14:45,885 Kalaulah saya lebih kuat… 242 00:14:45,968 --> 00:14:47,720 Jangan merepek. 243 00:14:47,803 --> 00:14:49,972 Awak dah cukup kuat, Amidamaru. 244 00:14:51,098 --> 00:14:53,100 Saya yang hampakan awak. 245 00:14:53,183 --> 00:14:54,351 Saya tak cukup kuat. 246 00:14:54,435 --> 00:14:56,061 Tak sangka orang macam dia… 247 00:14:57,271 --> 00:14:58,188 Tuan Yoh! 248 00:14:58,272 --> 00:15:01,275 Amidamaru. Saya takkan dapat kalahkan dia. 249 00:15:01,859 --> 00:15:04,278 Jadi awak patut lari sekarang! 250 00:15:05,988 --> 00:15:07,990 Masih nak melawan? 251 00:15:08,073 --> 00:15:12,745 Kalau awak mati, samurai itu tiada tempat lain untuk dituju. 252 00:15:13,370 --> 00:15:16,999 Dia boleh ikut kawan baiknya, Mosuke, ke akhirat. 253 00:15:17,082 --> 00:15:20,252 Tiada sebab lagi untuk Amidamaru tinggal di dunia ini! 254 00:15:20,961 --> 00:15:22,546 - Akhirat? - Bodoh! 255 00:15:23,130 --> 00:15:24,924 Roh di akhirat 256 00:15:25,007 --> 00:15:27,384 takkan kembali ke dunia ini lagi! 257 00:15:27,468 --> 00:15:30,179 Awak sanggup lepaskan Roh Pelindung awak? 258 00:15:32,723 --> 00:15:36,560 Saya lebih rela melihat dia ke akhirat daripada menjadi milik awak. 259 00:15:38,604 --> 00:15:39,563 Tuan Yoh! 260 00:15:40,522 --> 00:15:42,691 Tak guna! 261 00:15:42,775 --> 00:15:46,445 Kalau begitu, saya cuma perlu bunuh awak sebelum samurai itu menuju ke akhirat. 262 00:15:46,528 --> 00:15:48,322 Dia akan jadi milik saya! 263 00:15:49,490 --> 00:15:50,741 Amidamaru! 264 00:15:51,408 --> 00:15:53,118 Awak buat apa? 265 00:15:53,202 --> 00:15:54,703 Cepat pergi dari sini! 266 00:15:54,787 --> 00:15:55,829 Tuan Yoh! 267 00:15:56,538 --> 00:15:59,375 Saya tahu saya tak dapat buat apa-apa. 268 00:15:59,917 --> 00:16:02,711 Tapi sebagai samurai, saya tak boleh tinggalkan tuan saya. 269 00:16:03,420 --> 00:16:06,298 Saya pasti menyesal 270 00:16:06,382 --> 00:16:08,133 kalau saya tinggalkan awak, Tuan Yoh! 271 00:16:08,968 --> 00:16:10,386 Amidamaru! 272 00:16:11,762 --> 00:16:14,223 Terharunya saya melihat persahabatan kamu. 273 00:16:14,306 --> 00:16:18,352 Tapi kerana persahabatan itulah, kamu takkan dapat kalahkan saya. 274 00:16:18,978 --> 00:16:20,020 Ayuh, Bason! 275 00:16:21,563 --> 00:16:23,482 Paduan 100 Peratus! 276 00:16:25,985 --> 00:16:27,945 Tarian Vorpal! 277 00:16:34,118 --> 00:16:35,452 Kamu berpadu lagi? 278 00:16:35,536 --> 00:16:38,038 Awak masih tak nak menyerah. 279 00:16:39,623 --> 00:16:42,793 Macam mana dia boleh halang serangan Bason? 280 00:16:45,462 --> 00:16:48,132 Mereka juga berpadu sepenuhnya! 281 00:16:50,718 --> 00:16:52,302 Biar betul. 282 00:16:52,886 --> 00:16:56,515 Dua orang "kawan" tak sepatutnya dapat berpadu sepenuhnya. 283 00:16:56,598 --> 00:16:57,808 Bolehlah. 284 00:16:59,685 --> 00:17:01,645 Awak yang ajar saya caranya. 285 00:17:01,729 --> 00:17:05,024 Kalau fikiran kami tak bercanggah, 286 00:17:05,107 --> 00:17:08,277 saya boleh gunakan 100 peratus kuasa Roh Pelindung saya! 287 00:17:08,360 --> 00:17:09,278 Tak mungkin. 288 00:17:09,862 --> 00:17:12,906 Sekarang matlamat kami sama. 289 00:17:14,116 --> 00:17:15,909 Kami mahu tewaskan awak! 290 00:17:17,911 --> 00:17:18,746 Kekuda itu… 291 00:17:18,829 --> 00:17:22,374 Kekuda yang sama ketika Amidamaru bunuh 1,000 orang lawan 600 tahun lalu 292 00:17:22,458 --> 00:17:24,835 hingga dia digelar Iblis! 293 00:17:28,589 --> 00:17:29,590 - Tathagata! - Tathagata! 294 00:17:30,632 --> 00:17:33,510 Jangan mengarut. 295 00:17:33,594 --> 00:17:36,972 Tak mungkin fikiran kamu tak bercanggah langsung. 296 00:17:39,058 --> 00:17:41,185 Kamu sangka 297 00:17:41,268 --> 00:17:43,604 dengan ikatan persahabatan itu, 298 00:17:44,229 --> 00:17:45,647 kamu boleh menang? 299 00:17:45,731 --> 00:17:47,483 Ya! 300 00:17:48,859 --> 00:17:50,360 Ini jawapannya! 301 00:17:51,153 --> 00:17:53,113 Amida-Ryu Gokojin! 302 00:17:54,740 --> 00:17:56,867 Paduan 100 Peratus! 303 00:17:57,409 --> 00:17:58,535 Tak mungkin… 304 00:17:58,619 --> 00:18:00,746 Kalau betul mereka boleh berpadu sepenuhnya, 305 00:18:00,829 --> 00:18:03,624 maknanya dia juga layak menjadi Raja Dukun! 306 00:18:06,251 --> 00:18:08,170 Raja Dukun… 307 00:18:09,171 --> 00:18:10,923 - Yoh! - Tuan Yoh! 308 00:18:18,972 --> 00:18:20,349 Memalukan! 309 00:18:20,432 --> 00:18:22,559 Kamu mula berlatih empat tahun lepas 310 00:18:23,060 --> 00:18:25,687 tapi masih tak dapat seru penunggu tanah? 311 00:18:26,563 --> 00:18:28,190 Datuk! 312 00:18:28,273 --> 00:18:30,109 Orang lain tak boleh buat pun! 313 00:18:30,692 --> 00:18:33,320 Apa gunanya latihan ini? 314 00:18:34,404 --> 00:18:37,574 Orang yang berputus asa 315 00:18:38,158 --> 00:18:39,034 sebelum mencuba 316 00:18:39,993 --> 00:18:41,537 takkan berjaya! 317 00:18:41,620 --> 00:18:43,455 Apa? Peri Daun? 318 00:18:45,040 --> 00:18:49,586 Shikigami, serangan utama Onmyoji, dukun terbaik di Jepun! 319 00:18:49,670 --> 00:18:53,966 Kalau kamu ahli keluarga Asakura, keluarga Dukun sejak zaman-berzaman, 320 00:18:54,049 --> 00:18:56,093 kamu mesti menguasai Shikigami! 321 00:18:56,176 --> 00:18:57,845 - Saya tak nak! - Apa? 322 00:18:57,928 --> 00:19:01,098 Saya tak berminat langsung nak jadi Dukun. 323 00:19:02,224 --> 00:19:05,727 Jadi apa cita-cita kamu dewasa nanti? 324 00:19:05,811 --> 00:19:07,229 Saya cuma mahu 325 00:19:07,312 --> 00:19:11,066 dengar lagu kegemaran saya setiap hari dan hidup senang. 326 00:19:12,359 --> 00:19:14,236 Si bodoh! 327 00:19:15,445 --> 00:19:17,030 Sayangnya. 328 00:19:17,114 --> 00:19:19,783 Sedikit demi sedikit, orang ramai kian lupa 329 00:19:19,867 --> 00:19:23,871 tentang roh-roh dan penunggu tanah di sekeliling kita. 330 00:19:24,371 --> 00:19:28,208 Tapi mereka takkan dapat lari daripada kitaran hidup. 331 00:19:28,876 --> 00:19:32,337 Kalau pokok-pokok ditebang, hutan semakin nipis dan udara segar berkurang. 332 00:19:32,421 --> 00:19:34,339 Semakin banyak tanah diteroka, 333 00:19:34,423 --> 00:19:37,009 air tak dapat meresap ke tanah lalu menyebabkan banjir. 334 00:19:37,092 --> 00:19:39,219 Semua benda di dunia ini 335 00:19:39,303 --> 00:19:42,598 berkait dalam kitaran hidup. 336 00:19:43,599 --> 00:19:44,683 Sebab itulah 337 00:19:44,766 --> 00:19:49,646 manusia perlukan sesuatu untuk membimbing mereka di dunia ini. 338 00:19:50,731 --> 00:19:51,815 Apa dia? 339 00:19:54,818 --> 00:19:57,613 Roh yang bijaksana dan berkuasa. 340 00:19:57,696 --> 00:20:01,325 Raja roh yang digelar dewa. 341 00:20:03,452 --> 00:20:06,121 Raja roh? 342 00:20:06,205 --> 00:20:10,459 Dia digambarkan dengan pelbagai rupa dan nama. 343 00:20:10,542 --> 00:20:15,088 Tapi ada beberapa orang saja yang pernah bersemuka dengan dia. 344 00:20:15,172 --> 00:20:18,467 Mereka menyampaikan hajatnya 345 00:20:19,051 --> 00:20:23,013 kepada orang ramai untuk mengekalkan keamanan. 346 00:20:23,597 --> 00:20:26,600 Untuk mengelakkan orang ramai menghancurkan hidup sendiri 347 00:20:26,683 --> 00:20:28,644 kerana terlalu menurutkan nafsu. 348 00:20:29,895 --> 00:20:31,813 Hei, datuk! Siapa mereka? 349 00:20:31,897 --> 00:20:34,066 Siapa yang dapat bersemuka dengan raja roh? 350 00:20:34,858 --> 00:20:36,151 Mereka 351 00:20:36,735 --> 00:20:39,404 telah menguasai semua kuasa Dukun 352 00:20:39,488 --> 00:20:42,199 dan dapat berpadu dengan raja roh. 353 00:20:42,282 --> 00:20:44,201 Mereka digelar Raja Dukun. 354 00:20:44,785 --> 00:20:48,622 Mereka dianggap penyelamat dalam sejarah dunia. 355 00:20:50,874 --> 00:20:54,294 Tapi kamu bukannya berminat pun. 356 00:20:54,962 --> 00:20:56,296 Apa? 357 00:20:56,880 --> 00:20:58,131 Hebatnya! 358 00:20:58,215 --> 00:21:01,051 Bolehkah saya jadi Raja Dukun juga? 359 00:21:03,679 --> 00:21:05,305 Tak mungkin! 360 00:21:05,889 --> 00:21:10,769 Kenapa dengan kamu? Tak sangka pemalas macam kamu tiba-tiba berminat. 361 00:21:10,852 --> 00:21:11,687 Datuk! 362 00:21:12,271 --> 00:21:15,899 Kalau saya boleh berkawan dengan raja roh yang bijaksana ini, 363 00:21:15,983 --> 00:21:19,319 saya boleh hidup senang sampai bila-bila! 364 00:21:20,362 --> 00:21:23,323 Datuk! Macam mana nak jadi Raja Dukun? 365 00:21:23,407 --> 00:21:25,117 Saya akan rajin berlatih! 366 00:21:25,659 --> 00:21:27,369 Si bodoh! 367 00:21:30,372 --> 00:21:31,581 Yoh… 368 00:21:31,665 --> 00:21:33,208 Tuan Yoh! Awak dah sedar! 369 00:21:33,750 --> 00:21:35,544 Syukurlah! 370 00:21:36,211 --> 00:21:39,673 Ya. Saya dah ingat apa maksud 371 00:21:39,756 --> 00:21:41,925 Raja Dukun yang budak itu maksudkan. 372 00:21:42,009 --> 00:21:43,260 - Apa? - Apa? 373 00:21:43,343 --> 00:21:47,931 Saya lupa tujuan saya berlatih selama ini ialah untuk menjadi Raja Dukun. 374 00:21:48,598 --> 00:21:52,019 Saya lupa matlamat asal saya. 375 00:21:52,102 --> 00:21:54,855 - Nanti dulu! - Mujurlah awak selamat! 376 00:21:54,938 --> 00:21:57,274 - Apa maksud Raja Dukun? - Saya risau sangat! 377 00:21:57,357 --> 00:21:58,817 Jangan bising. 378 00:22:00,694 --> 00:22:02,404 Saya dengar awak cedera, 379 00:22:03,155 --> 00:22:04,823 jadi saya datang melawat awak. 380 00:22:05,532 --> 00:22:06,783 Tapi kenapa bising sangat? 381 00:22:06,867 --> 00:22:09,870 Awak siapa? Kenapa tiba-tiba muncul di sini? 382 00:22:09,953 --> 00:22:11,955 Awak salah bilikkah? 383 00:22:12,039 --> 00:22:13,373 Hati-hati, Manta! 384 00:22:16,418 --> 00:22:19,546 Jangan biadab, si ketot. 385 00:22:20,589 --> 00:22:21,631 Saya Dukun. 386 00:22:22,299 --> 00:22:23,508 Saya Anna, seorang Itako. 387 00:22:24,843 --> 00:22:26,636 Tunang Yoh Asakura. 388 00:23:52,848 --> 00:23:57,853 Terjemahan sari kata oleh Aimi Farhana