1 00:00:08,007 --> 00:00:11,587 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:00:14,931 --> 00:00:18,181 Orang yang putus asa dan memilih jalan kehancuran 3 00:00:18,268 --> 00:00:21,018 takkan mampu mencapai impiannya! 4 00:00:22,063 --> 00:00:25,733 {\an8}Tak kira apa pun dugaan yang melanda, saya takkan pernah putus asa! 5 00:00:25,817 --> 00:00:28,897 Demi kawan-kawan dan impian saya sendiri! 6 00:00:30,530 --> 00:00:32,990 {\an8}Saya akan hapuskan awak! 7 00:00:34,534 --> 00:00:35,954 Itu cara saya! 8 00:02:10,880 --> 00:02:11,970 Latihan? 9 00:02:12,799 --> 00:02:16,509 {\an8}Ya. Saya juga nak jadi Dukun. 10 00:02:16,594 --> 00:02:17,934 {\an8}Tolonglah saya. 11 00:02:18,596 --> 00:02:20,596 Boleh awak latih Ryu "Pedang Kayu" 12 00:02:21,766 --> 00:02:23,556 menjadi pahlawan yang hebat? 13 00:02:25,145 --> 00:02:26,225 Pergi balik. 14 00:02:28,982 --> 00:02:30,152 Sampai hati awak! 15 00:02:30,233 --> 00:02:32,863 Awak serang saya sebelum sempat saya beritahu sebabnya! 16 00:02:34,320 --> 00:02:36,660 Itu cara awak minta tolong? 17 00:02:37,323 --> 00:02:40,743 Saya pasti sebabnya remeh, contohnya untuk memikat gadis. 18 00:02:42,036 --> 00:02:44,326 Macam mana dia tahu? 19 00:02:45,748 --> 00:02:49,668 Maaf, tapi saya tak berminat untuk mengajar awak. 20 00:02:49,752 --> 00:02:51,502 Pergi dari sini. 21 00:02:52,547 --> 00:02:53,967 Maafkan saya. 22 00:02:54,048 --> 00:02:57,138 Saya tak boleh libatkan awak dalam masalah Keluarga Asakura. 23 00:02:57,218 --> 00:02:58,338 Sampai hati awak! 24 00:02:58,428 --> 00:03:00,928 Tolonglah ajar saya! 25 00:03:01,014 --> 00:03:02,974 Awak memang degil. 26 00:03:03,057 --> 00:03:06,017 Sesetengah perkara tak boleh dipaksa. 27 00:03:06,561 --> 00:03:07,941 Apa? 28 00:03:08,021 --> 00:03:09,561 {\an8}Siapa awak? 29 00:03:10,398 --> 00:03:11,518 Sayalah! 30 00:03:11,608 --> 00:03:13,028 Saya nak ucapkan terima kasih. 31 00:03:13,943 --> 00:03:15,613 Tokageroh? 32 00:03:15,695 --> 00:03:17,235 Awak buat apa di sini? 33 00:03:17,322 --> 00:03:18,662 Entahlah. 34 00:03:18,740 --> 00:03:20,620 Saya pun tak tahu. 35 00:03:20,700 --> 00:03:21,910 Tapi, 36 00:03:22,785 --> 00:03:26,075 saya rasa saya tiada tempat untuk dituju. 37 00:03:26,915 --> 00:03:27,915 Apa? 38 00:03:29,876 --> 00:03:32,046 Awak tak berdendam lagi? 39 00:03:32,128 --> 00:03:36,718 Ya. Saya pun tak sangka dendam dan kebencian saya lenyap begitu saja. 40 00:03:37,300 --> 00:03:39,590 Dulu saya benci Amidamaru, 41 00:03:39,677 --> 00:03:42,387 tapi entah kenapa, sekarang saya tak peduli lagi. 42 00:03:42,889 --> 00:03:45,559 Budak itu memang pelik. 43 00:03:46,517 --> 00:03:47,557 Ketika saya merasuknya, 44 00:03:48,436 --> 00:03:51,606 segala kesumat dalam hati saya terasa sia-sia saja. 45 00:03:52,941 --> 00:03:56,031 Apa yang berlaku kepada saya? 46 00:03:56,110 --> 00:04:00,030 Penyangak terkenal, Tokageroh, dah jadi lembut hati! 47 00:04:00,114 --> 00:04:01,624 Baguslah. 48 00:04:03,409 --> 00:04:05,249 Tiada apa yang tak kena dengan awak. 49 00:04:05,828 --> 00:04:08,578 Awak tak rasa marah dan sedih lagi. 50 00:04:08,665 --> 00:04:10,875 Hati awak tenang akhirnya. 51 00:04:11,584 --> 00:04:12,964 Tenang? 52 00:04:13,461 --> 00:04:14,551 Ya! 53 00:04:14,629 --> 00:04:17,879 Manusia mudah terpengaruh dengan perasaan. 54 00:04:18,591 --> 00:04:21,431 Kita sangka semua orang tetap pendirian dan sukar berubah, 55 00:04:21,511 --> 00:04:24,641 tapi semua orang boleh berkawan atau putus kawan kerana hal remeh. 56 00:04:25,765 --> 00:04:27,135 Sebenarnya, 57 00:04:27,225 --> 00:04:30,395 tiada istilah kawan atau lawan di dunia ini. 58 00:04:30,478 --> 00:04:34,568 Yang ada hanyalah kesakitan akibat perbuatan kita sendiri. 59 00:04:35,566 --> 00:04:37,986 Sekarang awak tiada musuh lagi, 60 00:04:38,069 --> 00:04:39,399 jadi awak akhirnya dapat 61 00:04:39,988 --> 00:04:43,318 muhasabah diri dan sedar awak perlu cari tempat awak. 62 00:04:44,409 --> 00:04:45,739 Apa yang awak merepek ini? 63 00:04:46,786 --> 00:04:47,946 Yoh percayakan kita. 64 00:04:48,538 --> 00:04:52,038 Dia terima orang macam kita tanpa banyak soal 65 00:04:52,125 --> 00:04:53,915 dan menyedarkan kita. 66 00:04:54,961 --> 00:04:55,801 Ryu… 67 00:04:55,878 --> 00:05:00,258 Saya boleh nampak roh dan itu dah cukup bagi saya. 68 00:05:00,341 --> 00:05:03,091 Itu dah cukup untuk memikat gadis! 69 00:05:03,761 --> 00:05:05,681 Baguslah. 70 00:05:05,763 --> 00:05:09,433 Awak patut ada impian sendiri sementara masih hidup. 71 00:05:10,018 --> 00:05:12,348 Kenapa awak dah putus asa? 72 00:05:13,062 --> 00:05:16,152 Kalau awak tak tahu nak ke mana, awak boleh ikut saya! 73 00:05:16,774 --> 00:05:20,244 Kalau saya jadi Dukun, awak boleh jadi Roh Pelindung saya! 74 00:05:24,198 --> 00:05:25,118 Hujan lagi… 75 00:05:26,367 --> 00:05:28,037 Seminggu dah berlalu. 76 00:05:28,828 --> 00:05:31,158 Sampai bila ayah nak biarkan? 77 00:05:32,165 --> 00:05:35,955 Tanggalkan topeng itu di dalam rumah, Mikihisa. 78 00:05:36,711 --> 00:05:38,711 Saya tak kisah. 79 00:05:39,505 --> 00:05:41,795 Ayah patut risaukan dia, bukan saya. 80 00:05:43,760 --> 00:05:46,640 {\an8}Kenapa tak ajar dia saja? 81 00:05:58,858 --> 00:05:59,858 Dah pagi? 82 00:06:00,735 --> 00:06:02,775 Hei! Bangun, Tokageroh! 83 00:06:04,572 --> 00:06:06,622 Kita di mana? 84 00:06:08,034 --> 00:06:09,794 Kamu di Okuizumo. 85 00:06:09,869 --> 00:06:12,119 Ini Lembah Oni no Shitaburui, 86 00:06:12,205 --> 00:06:14,285 di mana cawang salah satu sungai besar 87 00:06:14,373 --> 00:06:16,173 di daerah San'in, Sungai Hii, mengalir. 88 00:06:16,876 --> 00:06:17,916 Tok Guru! 89 00:06:18,002 --> 00:06:21,842 Saya rasa saya patut uji kecekalan awak. 90 00:06:21,923 --> 00:06:23,633 Uji kecekalan saya? 91 00:06:25,635 --> 00:06:28,925 Jadi awak nak bertarung di sini? 92 00:06:29,514 --> 00:06:32,774 Saya akui awak berbakat. 93 00:06:33,309 --> 00:06:36,059 Tapi saya takkan ajar awak kalau awak tak bersungguh-sungguh. 94 00:06:37,522 --> 00:06:38,562 Jadi, 95 00:06:38,648 --> 00:06:42,278 saya mahu awak ikut aliran sungai ini terus ke Gunung Sentsu 96 00:06:42,360 --> 00:06:44,820 dan jangan lalu jalan raya! 97 00:06:44,904 --> 00:06:45,744 Apa? 98 00:06:46,823 --> 00:06:51,163 Penunggu Daun itu akan pastikan awak tak main tipu. 99 00:06:51,244 --> 00:06:54,914 {\an8}Saya janji kalau awak sampai ke puncak dengan kudrat sendiri, 100 00:06:54,997 --> 00:06:57,417 {\an8}awak boleh jadi anak murid saya. 101 00:06:59,168 --> 00:07:00,798 Semoga berjaya. 102 00:07:00,878 --> 00:07:03,338 Awak curi motosikal saya? 103 00:07:05,216 --> 00:07:07,386 Puncak gunung, ya? 104 00:07:09,512 --> 00:07:10,682 Menarik! 105 00:07:11,389 --> 00:07:13,889 Hei! Sampai bila awak nak tidur, Tokageroh? 106 00:07:14,475 --> 00:07:17,225 Jom pergi mendaki gunung! 107 00:07:19,939 --> 00:07:21,939 Ayah suruh dia mendaki Gunung Sentsu? 108 00:07:22,024 --> 00:07:23,034 {\an8}Ayah dah cakap, 109 00:07:23,109 --> 00:07:25,569 {\an8}tolonglah tanggalkan topeng itu di dalam rumah. 110 00:07:26,154 --> 00:07:27,914 Itu tak penting. 111 00:07:27,989 --> 00:07:29,029 Bukankah di gunung itu 112 00:07:29,657 --> 00:07:31,867 {\an8}bermulanya kisah legenda Yamata no Orochi 113 00:07:31,951 --> 00:07:35,711 {\an8}yang bunuh ramai orang dengan banjir besar? 114 00:07:36,289 --> 00:07:39,419 Tempat itu berhantu. 115 00:07:39,500 --> 00:07:42,000 Tempat itu berbahaya untuk dia! 116 00:07:42,712 --> 00:07:44,012 Kalau dia mati di sana, 117 00:07:44,755 --> 00:07:47,085 {\an8}dia tak layak menjadi Dukun. 118 00:07:48,342 --> 00:07:49,682 {\an8}Sejujurnya, 119 00:07:49,760 --> 00:07:52,930 {\an8}sesiapa saja boleh jadi Dukun dengan mentaliti yang betul. 120 00:07:53,514 --> 00:07:55,024 Pertama, keyakinan 121 00:07:55,099 --> 00:07:57,269 terhadap keupayaan diri. 122 00:07:58,102 --> 00:08:00,982 Sumber kekuatan kita datang daripada mental. 123 00:08:01,063 --> 00:08:03,863 Tubuh yang kuat dan kepintaran untuk menyelesaikan masalah 124 00:08:03,941 --> 00:08:06,151 bermula daripada mental. 125 00:08:06,903 --> 00:08:08,743 Kalau dia gagal… 126 00:08:10,948 --> 00:08:12,408 itu bermakna 127 00:08:12,909 --> 00:08:14,989 mentalnya tak cukup kuat. 128 00:08:17,079 --> 00:08:19,079 Manusia yang paling kuat pun 129 00:08:19,165 --> 00:08:21,825 pasti ada kelemahannya. 130 00:08:24,337 --> 00:08:25,337 Tapi, 131 00:08:25,421 --> 00:08:28,631 dalam dunia Dukun, hanya kekuatan mental yang diuji. 132 00:08:29,467 --> 00:08:32,637 Maknanya mental yang teguh adalah paling penting bagi seorang Dukun. 133 00:08:34,597 --> 00:08:37,177 Kalau dia dilatih oleh Keluarga Asakura dan menjadi Dukun, 134 00:08:37,266 --> 00:08:39,186 dia pasti akan bertembung dengan Hao. 135 00:08:39,936 --> 00:08:44,186 Adakah dia cukup kuat untuk melawan Hao? 136 00:08:45,274 --> 00:08:48,864 Kita akan tahu jawapannya apabila dia sampai ke puncak. 137 00:08:49,779 --> 00:08:51,319 Di puncak gunung itu, 138 00:08:51,405 --> 00:08:54,485 kita akan nampak kekuatannya yang sebenar. 139 00:08:57,745 --> 00:08:59,495 Cantiknya… 140 00:09:02,333 --> 00:09:05,843 Di sinilah Ame no Murakumo no Tsurugi ditemui buat kali pertama. 141 00:09:05,920 --> 00:09:06,960 Tok Guru! 142 00:09:07,046 --> 00:09:08,836 {\an8}Di gunung inilah 143 00:09:08,923 --> 00:09:13,393 {\an8}Susanoo no Mikoto bunuh sang ular, Yamata no Orochi. 144 00:09:14,345 --> 00:09:17,055 {\an8}Daripada ekor ular itulah terhasilnya pedang 145 00:09:17,139 --> 00:09:18,599 {\an8}bernama Ame no Murakumo. 146 00:09:19,767 --> 00:09:23,097 Orochi ialah ular gergasi dengan lapan kepala dan lapan ekor. 147 00:09:23,187 --> 00:09:26,567 Panjangnya sama dengan lapan lembah dan lapan bukit, 148 00:09:26,649 --> 00:09:28,939 matanya merah bak tumbuhan hozuki 149 00:09:29,026 --> 00:09:31,196 dan perutnya diselaputi darah. 150 00:09:31,779 --> 00:09:33,569 Biar betul! Seramnya! 151 00:09:33,656 --> 00:09:36,326 Orochi hanyalah makhluk dalam kisah dongeng. 152 00:09:36,409 --> 00:09:39,749 Tapi ada benarnya juga kisah itu. 153 00:09:40,538 --> 00:09:44,498 Rupa sebenar Orochi ialah Sungai Hii yang cantik ini. 154 00:09:45,251 --> 00:09:47,381 Masyarakat zaman dulu percaya 155 00:09:47,461 --> 00:09:50,511 tuaian padi mereka yang banyak 156 00:09:50,590 --> 00:09:53,510 dilindungi oleh penunggu air yang tinggal di gunung ini. 157 00:09:54,093 --> 00:09:57,053 Walaupun begitu, hujan lebat mengakibatkan banjir 158 00:09:57,138 --> 00:10:00,348 yang menenggelamkan penduduk dan memusnahkan tanaman mereka. 159 00:10:00,850 --> 00:10:05,560 Mereka menganggap bencana ini sebagai ular yang mengancam hidup mereka. 160 00:10:07,898 --> 00:10:09,938 Tapi manusia tetap melindungi kawasan ini 161 00:10:10,026 --> 00:10:12,526 menjadi Izumo yang indah dan damai sehingga kini. 162 00:10:13,571 --> 00:10:17,951 {\an8}Sepertimana awak gigih mendaki gunung ini tanpa berputus asa, 163 00:10:18,034 --> 00:10:22,464 {\an8}Susanoo juga tak putus asa 164 00:10:22,538 --> 00:10:24,578 dan berani bertarung dengan Yamata no Orochi! 165 00:10:24,665 --> 00:10:26,415 Ayuh, Boris! 166 00:10:26,500 --> 00:10:29,630 Ini pedang baharu saya yang dibuat daripada kayu pokok suci! 167 00:10:30,921 --> 00:10:34,591 Pedang yang sarat dengan kuasa Yamata no Orochi, Ame no Murakumo! 168 00:10:38,471 --> 00:10:42,811 Darah untuk Kuasa Ghaib saya tak terhasil! 169 00:10:43,392 --> 00:10:46,022 Tak mungkin! Saya kehabisan Mana? 170 00:10:54,362 --> 00:10:56,572 Bodoh! 171 00:10:57,490 --> 00:10:59,160 {\an8}Kalau dari awal lagi 172 00:10:59,241 --> 00:11:04,501 {\an8}awak sudi ikut saya mencari tempat awak, tiada siapa yang akan terkorban! 173 00:11:05,081 --> 00:11:05,921 Ryu! 174 00:11:10,544 --> 00:11:12,424 Tak hairanlah dia pengsan. 175 00:11:12,922 --> 00:11:15,342 Dia menyerang dengan seluruh Mananya… 176 00:11:15,966 --> 00:11:18,216 Lyserg! Mana Blamuro? 177 00:11:18,302 --> 00:11:20,262 Rohnya dah pergi ke akhirat. 178 00:11:20,930 --> 00:11:24,060 Nampaknya dia tiada penyesalan di dunia ini. 179 00:11:25,017 --> 00:11:26,387 Sedihnya. 180 00:11:26,477 --> 00:11:29,937 Dia sanggup korbankan sesiapa saja demi kepentingan dirinya. 181 00:11:30,523 --> 00:11:32,653 Itulah sifat sebenar Hao. 182 00:11:36,362 --> 00:11:38,072 Awak nak ke mana, Yoh? 183 00:11:38,155 --> 00:11:40,445 Saya nak tanya Boris tentang Hao. 184 00:11:41,033 --> 00:11:42,873 - Apa? - Tak guna awak tanya dia! 185 00:11:42,952 --> 00:11:45,252 Dia pengikut Hao! 186 00:11:46,372 --> 00:11:49,042 Dia mungkin akan mati kalau kita tak tolong dia! 187 00:11:49,583 --> 00:11:52,923 Kalau dia mati, kita juga akan jadi pembunuh. 188 00:11:53,504 --> 00:11:54,424 Yoh… 189 00:12:00,719 --> 00:12:03,059 Tuan Yoh… 190 00:12:13,107 --> 00:12:15,317 Apa itu? 191 00:12:15,818 --> 00:12:18,568 Namanya Michael, Penghulu Malaikat. 192 00:12:19,447 --> 00:12:20,607 Roh Pelindung saya. 193 00:12:21,198 --> 00:12:24,578 Dia menghukum orang jahat dengan pedang keadilannya. 194 00:12:29,748 --> 00:12:30,828 Tuan Yoh! 195 00:12:34,503 --> 00:12:37,803 Kejahatan tewas kepada cahaya suci kami. 196 00:12:38,299 --> 00:12:39,879 Awak bernasib baik. 197 00:12:41,260 --> 00:12:44,350 Kalau kami, X-Laws, tak muncul tepat pada masanya, 198 00:12:44,847 --> 00:12:48,097 tentu awak dah mati dibunuh olehnya. 199 00:12:48,767 --> 00:12:51,017 X-Laws? 200 00:13:05,868 --> 00:13:07,038 Siapa mereka? 201 00:13:07,828 --> 00:13:09,498 Pakaian mereka semua sama! 202 00:13:10,831 --> 00:13:14,751 Kami menyertai Kejohanan Dukun untuk satu tujuan saja. 203 00:13:16,545 --> 00:13:20,505 Untuk menewaskan punca kejahatan di dunia ini, Hao. 204 00:13:20,591 --> 00:13:22,261 Itu saja matlamat kami. 205 00:13:23,093 --> 00:13:24,763 Kamu tahu tentang Hao? 206 00:13:25,346 --> 00:13:29,056 Nama Hao pernah disebut beberapa kali dalam sejarah manusia. 207 00:13:29,934 --> 00:13:31,604 Menurut risikan kami, 208 00:13:31,685 --> 00:13:36,395 bukan setakat Puak Patch, tapi 80 peratus daripada peserta Kejohanan Dukun 209 00:13:36,482 --> 00:13:39,152 ada kaitan dengan Hao. 210 00:13:40,945 --> 00:13:42,815 Kami tahu tentang tempat ini 211 00:13:43,364 --> 00:13:45,454 setelah menerima maklumat daripada rakan kami. 212 00:13:46,951 --> 00:13:50,371 Saya Marco, kapten skuadron malaikat yang dikenali sebagai X-Laws. 213 00:13:51,080 --> 00:13:52,620 Kawan kamu semua. 214 00:13:53,624 --> 00:13:54,584 Kawan? 215 00:13:54,667 --> 00:13:56,877 Kami tak pernah dengar nama kumpulan kamu pun! 216 00:13:57,461 --> 00:14:02,051 X-Laws ialah sekumpulan pahlawan baik yang ditubuhkan untuk menewaskan Hao! 217 00:14:02,132 --> 00:14:05,762 Kami membantu semua orang yang menjadi sasaran Hao! 218 00:14:06,345 --> 00:14:08,135 Mereka bukan calang-calang orang. 219 00:14:08,222 --> 00:14:11,142 Mereka jauh lebih kuat daripada kamu. 220 00:14:11,809 --> 00:14:12,769 Maknanya 221 00:14:13,561 --> 00:14:17,861 lebih selamat kalau kamu ikut kami! 222 00:14:20,234 --> 00:14:22,444 Semua ahli X-Laws di seluruh dunia 223 00:14:23,654 --> 00:14:25,874 ialah mangsa kekejaman Hao. 224 00:14:26,782 --> 00:14:27,832 Denbat. 225 00:14:27,908 --> 00:14:29,198 Meene. 226 00:14:29,285 --> 00:14:30,575 Lucky. 227 00:14:31,161 --> 00:14:32,251 Venstar. 228 00:14:32,329 --> 00:14:33,619 Pofe. 229 00:14:34,248 --> 00:14:35,328 Kevin. 230 00:14:36,876 --> 00:14:38,746 Ada yang disakiti Hao 231 00:14:38,836 --> 00:14:40,796 dan ada juga yang kehilangan keluarga. 232 00:14:41,547 --> 00:14:43,087 Kami semua ada sebab sendiri, 233 00:14:43,173 --> 00:14:44,683 tapi matlamat kami sama. 234 00:14:44,758 --> 00:14:48,758 Hao ialah syaitan yang menghuru-harakan dunia. 235 00:14:49,597 --> 00:14:50,807 Kami mesti menghukum 236 00:14:50,890 --> 00:14:54,440 Hao dan para pengikutnya. 237 00:14:55,394 --> 00:14:59,114 Patutkah kita ikut mereka, Yoh? 238 00:14:59,189 --> 00:15:03,779 Saya tak tahu, tapi sekarang kita menuju ke tempat yang sama. 239 00:15:05,112 --> 00:15:06,702 Kenapa awak marah? 240 00:15:06,780 --> 00:15:08,620 Saya tak marah. 241 00:15:10,200 --> 00:15:12,870 Awak murung kerana Boris dibunuh, bukan? 242 00:15:14,204 --> 00:15:15,374 {\an8}Nak buat macam mana? 243 00:15:15,456 --> 00:15:17,206 {\an8}Boris jahat. 244 00:15:18,250 --> 00:15:22,420 Ada ramai orang di dunia ini yang tak dapat diubah dengan logik akal. 245 00:15:23,005 --> 00:15:25,375 Saya rasa orang yang jahat 246 00:15:25,466 --> 00:15:29,216 ialah orang yang tak menyesal setelah menyakiti orang lain. 247 00:15:30,095 --> 00:15:33,845 Orang jahat yang takkan insaf patut dibunuh. 248 00:15:34,516 --> 00:15:38,766 Boris pengikut Hao, pembunuh ibu bapa saya. 249 00:15:40,064 --> 00:15:41,074 Lyserg… 250 00:15:41,565 --> 00:15:43,605 Saya faham perasaan awak, tapi… 251 00:15:44,234 --> 00:15:46,454 Saya rasa elok juga kita ikut X-Laws! 252 00:15:47,029 --> 00:15:48,859 Roh Pelindung mereka malaikat! 253 00:15:49,865 --> 00:15:51,025 Tuan. 254 00:15:51,116 --> 00:15:53,406 Sudah 500 tahun saya mati. 255 00:15:53,953 --> 00:15:56,913 Saya tak pernah nampak malaikat jadi Roh Pelindung. 256 00:15:56,997 --> 00:16:01,877 Saya rasa ia ada kaitan dengan jenis roh suci mereka. 257 00:16:02,753 --> 00:16:05,213 Saya tak pasti jika mereka betul-betul malaikat, 258 00:16:05,297 --> 00:16:07,797 tapi mereka sangat kuat. 259 00:16:09,259 --> 00:16:11,799 X-Laws juga peserta Kejohanan Dukun. 260 00:16:11,887 --> 00:16:15,427 Lambat-laun, kita tetap perlu melawan mereka. 261 00:16:16,809 --> 00:16:17,809 Menarik. 262 00:16:18,394 --> 00:16:20,274 Kalau lawannya terlalu ramai, 263 00:16:20,354 --> 00:16:23,574 tak hairanlah Boris kalah. 264 00:16:24,149 --> 00:16:25,399 Hei! 265 00:16:25,985 --> 00:16:29,985 Kamu sangka kalau bergabung tenaga, kamu boleh menang? 266 00:16:30,072 --> 00:16:31,622 X-Laws? 267 00:16:33,075 --> 00:16:34,865 Kenapa awak ketawa? 268 00:16:34,952 --> 00:16:37,002 Awak nak matikah? 269 00:16:37,579 --> 00:16:39,999 Nampaknya kamu kurang seorang. 270 00:16:40,582 --> 00:16:43,212 Takkan kamu berdua saja yang akan melawan kami? 271 00:16:43,919 --> 00:16:45,499 Kalau setakat kamu semua, 272 00:16:46,338 --> 00:16:48,008 seorang pun dah cukup! 273 00:16:48,090 --> 00:16:49,680 Rasakan! 274 00:16:49,758 --> 00:16:51,468 Hentaman Sasa! 275 00:16:52,803 --> 00:16:55,513 Bekas pemain bola sepak Amerika profesional, Bill Sasa? 276 00:16:56,265 --> 00:17:00,555 Roh Pelindungnya ialah 21 orang rakan sepasukan yang mati dalam kemalangan. 277 00:17:01,145 --> 00:17:01,975 Mudah saja. 278 00:17:05,441 --> 00:17:08,571 Tiada kemaafan bagi pengikut Hao. 279 00:17:09,111 --> 00:17:11,861 Orang jahat patut dibunuh! 280 00:17:13,115 --> 00:17:14,235 - Penghulu malaikat! - Penghulu malaikat! 281 00:17:14,992 --> 00:17:16,202 Tembak! 282 00:17:27,463 --> 00:17:31,263 Peluru suci yang ditembak ialah medium bagi malaikat kami. 283 00:17:32,593 --> 00:17:33,643 Gabriel. 284 00:17:34,428 --> 00:17:35,718 Raphael. 285 00:17:36,221 --> 00:17:37,471 Uriel. 286 00:17:37,973 --> 00:17:39,313 Metatron. 287 00:17:39,892 --> 00:17:41,022 Sariel. 288 00:17:42,019 --> 00:17:43,099 Ramiel. 289 00:17:45,022 --> 00:17:46,942 Tujuh penghulu malaikat yang dikurniakan 290 00:17:47,024 --> 00:17:48,484 oleh ketua kami 291 00:17:48,984 --> 00:17:51,454 ialah roh suci yang hampir setaraf dengan dewa! 292 00:17:55,783 --> 00:17:58,163 Hebat! Sangat menakjubkan… 293 00:18:02,206 --> 00:18:05,536 Kalau awak tak melawan, awak takkan mati terseksa. 294 00:18:06,418 --> 00:18:09,248 - Baiklah. Biar saya… - Jangan bunuh dia. 295 00:18:10,589 --> 00:18:12,259 Saya tahu niat awak baik. 296 00:18:13,217 --> 00:18:14,717 Tapi jangan bunuh dia. 297 00:18:15,469 --> 00:18:18,099 Kalau awak tetap nak bunuh dia, 298 00:18:20,224 --> 00:18:22,564 saya akan halang awak dengan kekerasan kalau perlu! 299 00:18:24,520 --> 00:18:25,560 Saya tak faham. 300 00:18:26,355 --> 00:18:29,725 Kenapa awak sanggup membahayakan diri untuk tolong dia? 301 00:18:30,818 --> 00:18:34,108 {\an8}Jangan-jangan awak juga pengikut Hao? 302 00:18:35,697 --> 00:18:36,947 Tidak. 303 00:18:37,032 --> 00:18:40,912 Saya cuma menyertai Kejohanan Dukun kerana saya nak hidup senang. 304 00:18:41,620 --> 00:18:43,500 Saya tak menyebelahi sesiapa. 305 00:18:44,164 --> 00:18:46,174 Kalau awak nak hidup senang, 306 00:18:46,250 --> 00:18:48,340 tentu awak mahu kejahatan dihapuskan, bukan? 307 00:18:49,336 --> 00:18:50,996 Walaupun zaman dah berubah, 308 00:18:51,088 --> 00:18:53,918 kejahatan sentiasa ada untuk mengancam keamanan dunia. 309 00:18:54,466 --> 00:18:57,506 Menegakkan keadilan sama seperti menjaga keamanan dunia. 310 00:18:58,178 --> 00:19:00,348 Orang yang acuh tak acuh macam awak 311 00:19:00,430 --> 00:19:02,850 takkan jadi Raja Dukun! 312 00:19:03,350 --> 00:19:04,640 Saya tak peduli. 313 00:19:04,726 --> 00:19:07,856 Saya cuma tak suka cara awak menegakkan keadilan. 314 00:19:07,938 --> 00:19:10,268 Tiada apa yang lebih kejam daripada membunuh. 315 00:19:11,483 --> 00:19:12,733 Apa awak cakap? 316 00:19:13,318 --> 00:19:14,738 {\an8}Awak tak puas hati? 317 00:19:17,447 --> 00:19:19,987 Hei! Yoh dalam bahaya! 318 00:19:21,743 --> 00:19:23,413 Tak perlu masuk campur. 319 00:19:24,955 --> 00:19:27,325 Saya rasa kita patut halang dia. 320 00:19:27,916 --> 00:19:31,166 Tak mungkin Yoh cukup kuat untuk melawan mereka. 321 00:19:31,837 --> 00:19:34,837 Tak kira apa pun yang berlaku, saya percayakan Yoh. 322 00:19:34,923 --> 00:19:38,593 Jadi saya takkan halang dia. Lagipun saya tak cukup kuat. 323 00:19:38,677 --> 00:19:39,847 Jangan malukan diri awak. 324 00:19:40,429 --> 00:19:41,679 Ayuh, Yoh! 325 00:19:42,264 --> 00:19:45,144 Bedebah! Berani mereka memburukkan nama Tuan Hao! 326 00:19:45,225 --> 00:19:47,515 Jangan, Zang-Ching. Awak nak matikah? 327 00:19:48,979 --> 00:19:51,609 Saya rasa kita patut berundur buat masa sekarang. 328 00:19:52,191 --> 00:19:55,571 Apa? Bill pun awak nak tinggalkan saja? 329 00:19:55,652 --> 00:19:58,412 Saya khuatir ada lebih ramai ahli mereka di luar sana. 330 00:19:59,031 --> 00:20:02,121 Kita patut maklumkan kepada Tuan Hao tentang mereka. 331 00:20:02,701 --> 00:20:05,291 Itu pun kalau kita boleh melarikan diri. 332 00:20:07,206 --> 00:20:08,036 Kapten! 333 00:20:08,916 --> 00:20:10,036 Bunuh mereka. 334 00:20:10,125 --> 00:20:11,785 Kita berhak untuk bunuh mereka. 335 00:20:12,294 --> 00:20:15,054 Saya cakap jangan bunuh sesiapa lagi! 336 00:20:17,424 --> 00:20:19,974 {\an8}Awak bunuh orang yang menghalang rancangan awak. 337 00:20:20,052 --> 00:20:21,802 {\an8}Apa bezanya awak dengan Hao? 338 00:20:24,473 --> 00:20:26,233 Bedebah! 339 00:20:26,308 --> 00:20:28,728 Berani awak hina kami? 340 00:20:37,027 --> 00:20:40,027 Awak menentang saya walaupun tahu awak takkan menang 341 00:20:40,864 --> 00:20:43,084 hanya kerana pendirian awak? 342 00:20:46,119 --> 00:20:48,539 Sebagai tanda hormat kepada keberanian awak, 343 00:20:48,622 --> 00:20:50,422 saya takkan bunuh awak. 344 00:20:51,208 --> 00:20:53,338 Kampung Patch tak jauh dari sini. 345 00:20:54,002 --> 00:20:55,962 Kalau tak nak mati, patah balik sekarang. 346 00:20:56,755 --> 00:20:58,295 Mulai saat ini, 347 00:20:58,799 --> 00:21:02,089 pendirian awak tak berguna lagi di dunia ini. 348 00:21:03,470 --> 00:21:04,390 Yoh! 349 00:21:09,142 --> 00:21:12,102 Hei, apa patut saya buat? Harusame patah! 350 00:21:12,187 --> 00:21:13,307 - Tenangnya! - Tenangnya! 351 00:21:14,439 --> 00:21:15,819 Tak apalah. 352 00:21:16,400 --> 00:21:18,570 Yang penting kita semua selamat. 353 00:21:18,652 --> 00:21:20,742 Saya boleh baiki pedang saya nanti. 354 00:21:21,488 --> 00:21:24,658 Awak tahu tak semua ini salah awak? 355 00:21:24,741 --> 00:21:26,911 Yoh memang degil! 356 00:21:29,121 --> 00:21:30,041 Mari kita pergi. 357 00:21:36,211 --> 00:21:37,461 Wah! 358 00:21:41,925 --> 00:21:43,175 Mesa Verdede! 359 00:21:43,260 --> 00:21:45,220 Akhirnya, kita boleh… 360 00:21:47,389 --> 00:21:48,969 Jumpa Yoh. 361 00:21:49,057 --> 00:21:50,727 …jumpa Yoh. 362 00:21:54,813 --> 00:21:56,403 Masalahnya, 363 00:21:56,982 --> 00:21:58,442 {\an8}tempat ini besar. 364 00:21:58,525 --> 00:22:00,685 {\an8}Menurut Tuan Mikihisa, 365 00:22:00,777 --> 00:22:03,907 {\an8}ada pintu masuk rahsia di sini… 366 00:22:03,989 --> 00:22:08,079 Orang tua itu cuma tahu merayau-rayau dan membuang masa. 367 00:22:08,160 --> 00:22:10,160 Maklumat dia boleh dipercayaikah? 368 00:22:12,164 --> 00:22:13,084 Kalau kamu mahu, 369 00:22:14,499 --> 00:22:16,289 saya boleh tunjukkan jalan. 370 00:22:21,089 --> 00:22:23,219 Saya tahu selok-belok 371 00:22:24,676 --> 00:22:26,506 kawasan ini. 372 00:23:52,973 --> 00:23:57,983 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Aimi Farhana