1 00:00:08,007 --> 00:00:11,587 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:00:14,222 --> 00:00:16,432 Kenapa Yoh mesti tarik diri? 3 00:00:16,516 --> 00:00:21,226 Seorang Dukun pernah bunuh lawannya dalam pertarungan. 4 00:00:21,813 --> 00:00:23,693 Dia lawan Yoh hari ini, bukan? 5 00:00:24,274 --> 00:00:25,694 Apa masalahnya? 6 00:00:26,276 --> 00:00:27,896 Yoh cuma perlu kalahkan dia. 7 00:00:27,986 --> 00:00:29,316 Macam mana kalau saya cakap 8 00:00:30,071 --> 00:00:31,701 Dukun ini Ahli Sihir Kubur? 9 00:00:33,408 --> 00:00:35,198 - Ahli Sihir Kubur? - Ya. 10 00:00:36,244 --> 00:00:38,084 Mereka menggunakan Kuasa Ghaib 11 00:00:38,163 --> 00:00:40,923 untuk masukkan roh orang mati ke dalam mayat roh itu sendiri. 12 00:00:41,541 --> 00:00:42,461 KUBUR LUAR CHOKOHAMA 13 00:00:42,542 --> 00:00:44,672 Jadi ini tempat perlawanan seterusnya… 14 00:00:45,253 --> 00:00:47,803 Batu nisan di sini agak aneh. 15 00:00:47,881 --> 00:00:49,881 Mereka suka batu nisan begini? 16 00:00:50,467 --> 00:00:53,007 Inilah rupa kebanyakan kubur di Amerika dan Eropah! 17 00:00:53,094 --> 00:00:54,894 Ia melambangkan agama mereka! 18 00:00:55,722 --> 00:00:57,472 Kubur ini dibuka 19 00:00:57,557 --> 00:01:00,387 kira-kira 150 tahun lepas apabila kapal dari Amerika berlabuh di sini 20 00:01:00,977 --> 00:01:05,017 dan sekarang 4,500 orang dari lebih 40 negara dikebumikan di sini! 21 00:01:05,106 --> 00:01:06,266 Dikebumikan? 22 00:01:06,357 --> 00:01:09,487 Mereka tanam mayat tanpa membakarnya dulu. 23 00:01:10,070 --> 00:01:13,200 - Fikirlah siapa lawan dan tempatnya. - Apa makna semua ini? 24 00:01:13,782 --> 00:01:15,992 Ini tak adil bagi Yoh! 25 00:01:16,576 --> 00:01:19,746 Raja Roh sentiasa memilih masa dan tempat 26 00:01:19,829 --> 00:01:23,459 yang membolehkan semua Dukun menggunakan kuasa maksimum. 27 00:01:25,502 --> 00:01:27,172 Yoh tak patut lawan dia. 28 00:01:28,713 --> 00:01:32,883 Seorang Ahli Sihir Kubur pernah menggegarkan Jerman dengan sihirnya. 29 00:01:32,967 --> 00:01:35,847 Peserta kali ini ialah keturunannya 30 00:01:35,929 --> 00:01:37,889 yang turut mewarisi kuasanya. 31 00:01:39,682 --> 00:01:41,892 Hei! Awak Yoh Asakura? 32 00:01:42,477 --> 00:01:43,687 Selamat berkenalan. 33 00:01:44,312 --> 00:01:46,062 Saya lawan awak dalam pusingan ini. 34 00:01:47,023 --> 00:01:48,533 Faust VIII. 35 00:03:19,699 --> 00:03:20,739 EPISOD 7 KEBERANIAN 36 00:03:20,825 --> 00:03:21,945 Selamat berkenalan. 37 00:03:22,035 --> 00:03:23,695 Nasib baik! 38 00:03:23,786 --> 00:03:27,076 Saya risau kalau-kalau lawan saya seorang yang bengis. 39 00:03:27,165 --> 00:03:29,995 Yakah? Lelaki ini agak luar biasa. 40 00:03:30,710 --> 00:03:31,790 Tuan Yoh. 41 00:03:31,878 --> 00:03:34,458 Ada bau kematian yang datang daripada dia. 42 00:03:36,090 --> 00:03:37,340 Jijik, bukan? 43 00:03:37,425 --> 00:03:40,675 Mungkin kerana saya bekas doktor. 44 00:03:40,762 --> 00:03:41,602 Doktor? 45 00:03:41,679 --> 00:03:45,809 Ya. Setiap generasi keluarga saya bekerja sebagai doktor. 46 00:03:45,892 --> 00:03:48,692 Keluarga saya menemui penawar beratus-ratus jenis penyakit. 47 00:03:48,770 --> 00:03:52,020 Tapi pesakit-pesakit kami tetap mati. 48 00:03:52,106 --> 00:03:54,436 Mati kerana sakit tua, kemalangan… 49 00:03:54,525 --> 00:03:57,895 Akhirnya, saya tetap tewas dengan maut. 50 00:03:57,987 --> 00:04:02,367 Macam mana saya boleh menewaskan maut durjana? 51 00:04:04,661 --> 00:04:06,411 Kenapa mayat mesti mereput? 52 00:04:06,996 --> 00:04:10,116 Kenapa manusia lahir sedangkan kita tahu maut menanti? 53 00:04:10,208 --> 00:04:12,918 Kenapa kita cuba hidup walaupun kita tetap akan mati? 54 00:04:13,670 --> 00:04:14,710 Dulu ada seorang lelaki 55 00:04:14,796 --> 00:04:16,966 yang mencari jawapan persoalan abadi ini 56 00:04:17,048 --> 00:04:20,338 dan memutuskan untuk menawan maut. 57 00:04:21,135 --> 00:04:23,385 Faust VIII? Mungkinkah dia… 58 00:04:23,471 --> 00:04:27,231 "Faust, cendekiawan yang dikatakan pakar alkimia dan ilmu sihir…" 59 00:04:27,308 --> 00:04:29,388 Dia keturunan Faust inikah? 60 00:04:29,477 --> 00:04:30,767 Ya, betul. 61 00:04:30,853 --> 00:04:35,403 Lima ratus tahun lalu, dia menyertai Kejohanan Dukun. 62 00:04:35,483 --> 00:04:38,113 Tapi dia terlalu yakin dengan kebolehannya 63 00:04:38,194 --> 00:04:40,914 dan dibunuh oleh iblis yang dia sendiri seru 64 00:04:40,989 --> 00:04:41,949 lalu mati. 65 00:04:43,574 --> 00:04:47,164 Jadi untuk membongkarkan rahsia hidup, 66 00:04:47,245 --> 00:04:51,285 saya meneruskan misinya yang terbengkalai dan saya dapat tahu rahsia kekuatannya. 67 00:04:53,209 --> 00:04:54,629 Sihir mayat. 68 00:04:55,211 --> 00:04:57,091 Seni membangkitkan semula mayat. 69 00:04:57,839 --> 00:04:58,669 - Rangka! - Rangka! 70 00:04:58,756 --> 00:05:01,626 Ini medium saya. 71 00:05:01,718 --> 00:05:04,928 Kalau saya gunakan Kuasa Ghaib… 72 00:05:07,390 --> 00:05:09,810 - Manta! - Tidak! Saya takut! 73 00:05:11,019 --> 00:05:13,149 Nama dia Manta? 74 00:05:13,688 --> 00:05:14,978 Menarik! 75 00:05:15,064 --> 00:05:17,234 Tingginya, susuk tubuhnya… 76 00:05:17,900 --> 00:05:20,360 Biar saya periksa badannya. 77 00:05:22,113 --> 00:05:24,493 Wahai roh-roh yang bertualang! 78 00:05:25,074 --> 00:05:27,164 Dengarlah suaraku! 79 00:05:27,243 --> 00:05:31,253 Aku berikan peluang untuk kamu kembali ke jasadmu! 80 00:05:31,331 --> 00:05:35,081 Andai kamu ingin bangkit semula, patuhilah arahanku! 81 00:05:35,168 --> 00:05:37,378 Tangkap budak itu! 82 00:05:38,921 --> 00:05:40,301 Rangka manusia! 83 00:05:40,923 --> 00:05:42,093 Amidamaru! 84 00:05:43,551 --> 00:05:45,221 Ini Eliza kesayangan saya. 85 00:05:46,012 --> 00:05:48,472 Dia pembantu dan juga Roh Pelindung saya. 86 00:05:49,182 --> 00:05:52,232 Masih ada masa sebelum pertarungan kita bermula. 87 00:05:52,310 --> 00:05:54,980 Tolong jangan ganggu penyelidikan saya. 88 00:05:57,148 --> 00:05:59,228 Lepaskan saya, Faust! 89 00:06:01,778 --> 00:06:03,698 Jangan bergerak. 90 00:06:04,280 --> 00:06:06,570 Saya tak nak cederakan awak. 91 00:06:11,287 --> 00:06:13,537 Bahagian dada normal. 92 00:06:16,709 --> 00:06:18,379 Manta! 93 00:06:18,461 --> 00:06:21,631 Sakitnya! Saya takut! 94 00:06:21,714 --> 00:06:23,174 Yoh… 95 00:06:23,966 --> 00:06:24,836 Bertahanlah! 96 00:06:24,926 --> 00:06:28,096 Saya akan selamatkan awak, Manta! 97 00:06:29,472 --> 00:06:31,852 Tak guna panggil dia. Yoh juga tak dapat bergerak. 98 00:06:32,683 --> 00:06:34,023 Tak kira… 99 00:06:34,644 --> 00:06:36,194 Tepi, Faust. 100 00:06:37,188 --> 00:06:40,398 Maafkan saya! Awak jadi mangsa kerana saya! 101 00:06:40,483 --> 00:06:42,863 Awak tak bersalah, Yoh. 102 00:06:43,903 --> 00:06:46,533 Badan saya nampak ngeri, bukan? 103 00:06:46,614 --> 00:06:48,994 Tak sangka saya akan mati dalam keadaan begini… 104 00:06:49,075 --> 00:06:50,445 Jangan merepek! 105 00:06:50,535 --> 00:06:52,535 Kalau awak mati, saya… 106 00:06:53,162 --> 00:06:54,122 Saya… 107 00:06:54,831 --> 00:06:57,381 Saya akan jadikan awak Roh Pelindung saya! 108 00:06:57,458 --> 00:06:58,578 Bodoh! 109 00:06:58,668 --> 00:07:00,838 Aduh! Kenapa saya menjerit… 110 00:07:01,587 --> 00:07:03,167 Jangan mati, Manta! 111 00:07:03,256 --> 00:07:04,216 Tak apa. 112 00:07:04,298 --> 00:07:06,718 Kalau kita boleh segera bawa dia berjumpa doktor… 113 00:07:06,801 --> 00:07:10,221 Awak cari doktor? Ada doktor di depan mata awak. 114 00:07:10,805 --> 00:07:14,765 Tapi doktor ini tak suka diserang secara mengejut dari belakang, 115 00:07:15,768 --> 00:07:17,018 Yoh. 116 00:07:19,397 --> 00:07:20,727 Aduhai. 117 00:07:21,399 --> 00:07:23,729 Awak dah bazirkan masa lapang saya. 118 00:07:24,819 --> 00:07:26,449 Pemeriksaan perlu ditangguhkan. 119 00:07:27,029 --> 00:07:30,869 Eliza, sediakan carta perubatan untuk Manta. 120 00:07:31,993 --> 00:07:33,623 - Tuan Yoh! - Saya tahu! 121 00:07:34,996 --> 00:07:37,116 Kamu semua dengar suaraku? 122 00:07:37,790 --> 00:07:40,500 Andai ada yang masih belum muncul, 123 00:07:41,586 --> 00:07:44,506 patuhilah arahanku dan bangkitlah dari kuburmu! 124 00:07:45,047 --> 00:07:47,297 Kebangkitan Mayat! 125 00:07:53,222 --> 00:07:55,182 Dia hancurkan semuanya sekelip mata saja! 126 00:07:56,851 --> 00:07:58,691 Tentu ini Kuasa Ghaibnya! 127 00:08:01,022 --> 00:08:02,192 Lindungi saya! 128 00:08:02,273 --> 00:08:04,193 Perisai Tulang! 129 00:08:04,275 --> 00:08:06,775 Awak akan terima balasan perbuatan awak, Faust VIII! 130 00:08:15,453 --> 00:08:16,293 MULA 131 00:08:18,289 --> 00:08:20,959 Saya akan cepat-cepat kalahkan awak 132 00:08:21,042 --> 00:08:24,302 dan bawa Manta berjumpa doktor yang boleh dipercayai. 133 00:08:24,378 --> 00:08:25,838 Jangan harap. 134 00:08:29,425 --> 00:08:30,585 Apa? 135 00:08:47,527 --> 00:08:49,107 Serangannya tak henti-henti! 136 00:08:49,195 --> 00:08:50,945 Kalau awak berlengah, 137 00:08:51,030 --> 00:08:55,080 kawan awak akan mati kerana kehilangan banyak darah. 138 00:08:55,159 --> 00:08:57,499 Ya, saya tahu. 139 00:08:58,079 --> 00:09:00,499 Jadi saya akan tewaskan awak sekarang juga! 140 00:09:03,626 --> 00:09:05,336 Benteng Tengkorak! 141 00:09:05,419 --> 00:09:07,169 Awak sangka itu boleh menghalang saya? 142 00:09:07,255 --> 00:09:08,965 Takutnya! 143 00:09:09,048 --> 00:09:10,678 Tapi awak pasti 144 00:09:10,758 --> 00:09:13,178 awak patut bazirkan tenaga sekarang? 145 00:09:18,975 --> 00:09:20,385 Dia rebah 146 00:09:20,893 --> 00:09:23,653 kerana gagal mengawal kuasa akibat terlalu marah… 147 00:09:24,230 --> 00:09:26,150 Dia akan kehabisan Mana sekejap lagi. 148 00:09:27,858 --> 00:09:29,818 Awak dalam kesakitan, Yoh? 149 00:09:30,403 --> 00:09:35,033 Sebagai doktor, saya patut tolong melegakan kesakitan awak dengan segera. 150 00:09:35,616 --> 00:09:36,866 Kita mesti tolong Yoh! 151 00:09:36,951 --> 00:09:40,001 Kalau salah seorang daripada Sepuluh Penyelia masuk campur, 152 00:09:40,079 --> 00:09:42,289 peserta yang dibantu akan tersingkir. 153 00:09:42,873 --> 00:09:46,543 Kita akan tolong dia sebaik saja dia kalah kerana kehabisan Mana! 154 00:09:47,128 --> 00:09:48,418 Tak mungkin doktor gila ini 155 00:09:48,504 --> 00:09:50,884 akan tunggu sampai dia kehabisan Mana! 156 00:09:50,965 --> 00:09:53,465 Dia berbahaya dan tak siuman! 157 00:09:54,051 --> 00:09:57,181 Bukan itu saja, kalau dia mengawal semua rangka ini, 158 00:09:57,263 --> 00:10:00,643 tentu Mananya juga semakin lemah seperti Yoh sekarang! 159 00:10:00,725 --> 00:10:03,185 Walaupun awak masih degil melawan, 160 00:10:03,269 --> 00:10:05,939 tentu awak dah sedar awak tak dapat tewaskan saya. 161 00:10:06,022 --> 00:10:08,402 Lebih mudah kalau awak menyerah kalah saja! 162 00:10:09,775 --> 00:10:10,605 Jangan harap 163 00:10:12,528 --> 00:10:14,028 saya akan mengaku kalah! 164 00:10:14,947 --> 00:10:19,367 Saya takkan maafkan awak kerana menyakiti Manta! 165 00:10:19,952 --> 00:10:23,122 Awak memang bodoh, awak tahu tak? 166 00:10:23,205 --> 00:10:25,915 Macam mana dia masih boleh… 167 00:10:26,000 --> 00:10:28,170 Kerana Manta kawan Yoh. 168 00:10:29,503 --> 00:10:30,343 Bukan itu saja. 169 00:10:31,172 --> 00:10:32,842 Dia manusia pertama 170 00:10:33,549 --> 00:10:34,719 yang menjadi kawan Yoh. 171 00:10:36,052 --> 00:10:37,142 Anna! 172 00:10:37,219 --> 00:10:38,889 Kawan… 173 00:10:39,472 --> 00:10:41,182 Jangan merepek. 174 00:10:41,265 --> 00:10:42,095 Diamlah. 175 00:10:42,183 --> 00:10:44,063 Kenapa? Salahkah? 176 00:10:44,644 --> 00:10:46,064 Memang betul, bukan? 177 00:10:46,145 --> 00:10:47,435 Awak digelar anak iblis. 178 00:10:47,521 --> 00:10:49,571 Semua penduduk kampung benci awak. 179 00:10:54,612 --> 00:10:56,162 Suatu ketika dahulu, 180 00:10:56,238 --> 00:10:59,158 negara kita, Jepun, ditadbir oleh tukang ramal. 181 00:11:00,493 --> 00:11:04,043 Keluarga Asakura ialah keluarga Dukun yang wujud sejak waktu itu lagi. 182 00:11:05,081 --> 00:11:06,081 Begitu rupanya. 183 00:11:06,165 --> 00:11:09,205 Tapi orang-orang yang ada kuasa sihir 184 00:11:09,293 --> 00:11:13,673 digeruni masyarakat moden hingga ada yang diseksa. 185 00:11:14,256 --> 00:11:15,336 Terutamanya kanak-kanak. 186 00:11:16,008 --> 00:11:19,008 Yoh disisihkan rakan-rakan kerana dia berbeza dengan mereka. 187 00:11:20,012 --> 00:11:20,852 Ya. 188 00:11:21,972 --> 00:11:23,932 Yoh sunyi sejak kecil lagi. 189 00:11:26,060 --> 00:11:27,730 Kemudian Yoh berpindah ke bandar 190 00:11:28,562 --> 00:11:30,862 dan jumpa orang yang boleh nampak hantu buat kali pertama 191 00:11:30,940 --> 00:11:32,110 iaitu awak. 192 00:11:33,150 --> 00:11:34,610 Manta Oyamada. 193 00:11:35,820 --> 00:11:36,950 Saya kawan awak. 194 00:11:37,696 --> 00:11:38,946 Kawan saling membantu. 195 00:11:41,492 --> 00:11:43,582 Jadi tak hairanlah 196 00:11:43,661 --> 00:11:46,211 Yoh masih enggan menyerah kalah! 197 00:11:46,288 --> 00:11:47,538 Bedebah! 198 00:11:47,623 --> 00:11:50,633 Awak nak bawa lari mangsa uji kaji saya? 199 00:11:51,210 --> 00:11:53,130 Saya lawan awak, bukan dia. 200 00:11:53,671 --> 00:11:55,381 Anna memang banyak mulut! 201 00:11:56,465 --> 00:11:59,715 Saya akan jadi Raja Dukun supaya saya boleh hidup senang. 202 00:11:59,802 --> 00:12:03,142 Maknanya saya perlu kalahkan awak. Itu saja sebabnya. 203 00:12:03,722 --> 00:12:07,392 Mungkinkah Yoh mahu jadi Raja Dukun 204 00:12:07,476 --> 00:12:11,016 untuk mewujudkan dunia di mana tiada siapa akan rasa sunyi? 205 00:12:11,105 --> 00:12:13,605 Entahlah, saya pun tak tahu. 206 00:12:15,609 --> 00:12:17,029 Untuk kawan awak? 207 00:12:17,111 --> 00:12:19,571 Begitu rupanya. Mulia sungguh hati awak. 208 00:12:25,453 --> 00:12:26,833 Dia nak buat apa? 209 00:12:26,912 --> 00:12:27,832 Itu dia. 210 00:12:28,706 --> 00:12:32,786 Itulah Kuasa Ghaib sebenar Faust VIII. 211 00:12:33,752 --> 00:12:35,132 Kasih Eliza! 212 00:12:37,089 --> 00:12:40,719 Inilah teknik terhebat bagi seorang Ahli Sihir Kubur. 213 00:12:40,801 --> 00:12:42,391 Menghidupkan semula mayat! 214 00:12:42,970 --> 00:12:45,760 Dengan menggunakan jasad roh itu sendiri, 215 00:12:45,848 --> 00:12:48,888 roh menjelma dalam rupanya ketika masih hidup. 216 00:12:49,685 --> 00:12:51,935 Siapa Eliza? 217 00:12:52,563 --> 00:12:55,443 Budak-budak tak perlu tahu. 218 00:13:00,196 --> 00:13:01,906 Eliza sebenarnya tak begitu kuat 219 00:13:01,989 --> 00:13:04,529 kalau dibandingkan dengan lawan-lawan Faust yang lepas. 220 00:13:04,617 --> 00:13:07,287 Tapi Yoh hampir kehabisan Mana. 221 00:13:07,369 --> 00:13:09,579 Jadi Eliza ialah ancaman besar bagi Yoh sekarang. 222 00:13:10,372 --> 00:13:13,582 Jadi rangka-rangka tadi hanyalah helah untuk melemahkan 223 00:13:13,667 --> 00:13:14,667 Mana Yoh? 224 00:13:15,294 --> 00:13:16,384 Mana yang digunakan 225 00:13:17,004 --> 00:13:19,224 untuk kawal rangka-rangka itu hanyalah sedikit. 226 00:13:20,174 --> 00:13:21,934 Dia cuma siat kulit Manta 227 00:13:22,009 --> 00:13:24,969 untuk mencabar Yoh menyerangnya dengan sepenuh kuasa. 228 00:13:25,596 --> 00:13:26,966 Yoh 229 00:13:27,056 --> 00:13:30,016 terjerat dalam perangkap Faust! 230 00:13:37,942 --> 00:13:39,072 Apa? 231 00:13:44,615 --> 00:13:46,775 Penggunaan Mana bergantung pada akal. 232 00:13:46,867 --> 00:13:49,787 Hanya Dukun yang cukup bijak untuk memanfaatkan Mananya 233 00:13:49,870 --> 00:13:52,040 layak menjadi Raja Dukun! 234 00:13:53,040 --> 00:13:54,380 Apa yang awak akan buat, Yoh? 235 00:13:54,875 --> 00:13:56,585 Dalam keadaan terdesak begini, 236 00:13:56,669 --> 00:13:59,049 apa yang awak boleh buat? 237 00:13:59,129 --> 00:14:02,679 Baiklah, Eliza. Tamatkan riwayatnya sekarang. 238 00:14:03,968 --> 00:14:05,008 Yoh! 239 00:14:05,094 --> 00:14:06,644 Jangan masuk campur! 240 00:14:08,389 --> 00:14:09,389 Saya tahu. 241 00:14:09,473 --> 00:14:11,393 Saya tahu apa yang patut saya buat. 242 00:14:12,977 --> 00:14:15,347 Jangan main-main dengan boneka lagi, 243 00:14:15,437 --> 00:14:16,807 Faust VIII! 244 00:14:30,744 --> 00:14:31,954 "Boneka"? 245 00:14:32,037 --> 00:14:32,997 "Main"? 246 00:14:33,622 --> 00:14:34,752 Jadi itu rancangannya! 247 00:14:34,832 --> 00:14:38,752 Berani awak panggil Eliza boneka? 248 00:14:40,212 --> 00:14:41,462 Bedebah! 249 00:14:41,547 --> 00:14:43,917 Berani awak hina Eliza? 250 00:14:44,884 --> 00:14:49,434 Eliza yang begitu cantik dan sempurna, awak kata boneka? 251 00:14:49,513 --> 00:14:51,683 Berani awak cakap saya main-main? 252 00:14:52,558 --> 00:14:54,478 Awak dah melampau! 253 00:14:54,560 --> 00:14:56,230 Cakaplah lagi kalau berani! 254 00:14:56,312 --> 00:14:57,612 Cakaplah! 255 00:14:57,688 --> 00:14:59,478 Cakap cepat! 256 00:15:00,065 --> 00:15:02,105 Macam mana dia nak menang dengan cara ini? 257 00:15:02,693 --> 00:15:04,493 Perempuan bernama Eliza itu… 258 00:15:04,570 --> 00:15:07,320 Tentu dia sangat penting bagi Faust. 259 00:15:07,406 --> 00:15:08,986 Apa maksud awak? 260 00:15:09,074 --> 00:15:10,494 Sihir mayat pada asalnya 261 00:15:10,576 --> 00:15:13,866 digunakan untuk mengawal mayat supaya melaksanakan suruhan kita. 262 00:15:14,663 --> 00:15:16,463 Jadi biasanya, 263 00:15:16,540 --> 00:15:19,250 ia tak berkesan jika mayat itu ada kehendak sendiri. 264 00:15:19,335 --> 00:15:22,625 Itu pengajaran yang Yoh dapat daripada pertarungannya dengan Pyron, 265 00:15:22,713 --> 00:15:26,263 dan sekarang dia rasa Eliza tak bebas bertindak sendiri. 266 00:15:27,134 --> 00:15:29,094 Lihatlah apa yang Faust sanggup buat. 267 00:15:29,178 --> 00:15:33,058 Tentu dia tak dapat hidup tanpa Eliza. 268 00:15:33,641 --> 00:15:36,641 Jadi kalau perempuan yang dia sayang dipanggil boneka, 269 00:15:36,727 --> 00:15:38,517 sudah tentu dia berang. 270 00:15:38,604 --> 00:15:42,404 Jadi Yoh berjaya membangkitkan kemarahan Faust. 271 00:15:43,067 --> 00:15:43,977 Tengoklah. 272 00:15:44,568 --> 00:15:46,238 Dia biarkan kemarahan menguasai diri 273 00:15:47,154 --> 00:15:49,074 dan tak dapat mengawal Mananya. 274 00:15:51,700 --> 00:15:55,200 Dia tumpukan Mana yang tinggal pada hujung pedangnya! 275 00:15:55,913 --> 00:15:59,043 Mungkin dia boleh menang walaupun badannya lemah! 276 00:15:59,124 --> 00:16:02,094 Itu pun kalau Mananya boleh bertahan. 277 00:16:02,586 --> 00:16:04,796 Sampai bila awak nak mengelak, 278 00:16:04,880 --> 00:16:06,300 Yoh Asakura? 279 00:16:09,134 --> 00:16:11,144 Cubalah cakap sekali lagi kalau berani! 280 00:16:11,220 --> 00:16:14,180 Kalau awak berani cakap begitu lagi, saya akan potong lidah awak 281 00:16:14,264 --> 00:16:17,354 dan rendam dalam formalin untuk dijadikan spesimen! 282 00:16:18,102 --> 00:16:19,902 Saya boleh cakap banyak kali. 283 00:16:21,105 --> 00:16:23,355 Jangan main-main dengan boneka lagi, 284 00:16:24,608 --> 00:16:25,688 Faust! 285 00:16:26,902 --> 00:16:30,202 Budak macam awak takkan faham. 286 00:16:30,280 --> 00:16:31,570 Awak tahu betapa peritnya 287 00:16:32,074 --> 00:16:35,794 rasa kehilangan isteri kesayangan saya, Eliza? 288 00:16:37,287 --> 00:16:40,327 Eliza satu-satunya wanita yang saya sayang. 289 00:16:42,084 --> 00:16:44,004 Saya dilahirkan dalam keluarga doktor. 290 00:16:44,086 --> 00:16:45,496 Saya sibuk belajar perubatan. 291 00:16:45,587 --> 00:16:48,337 Setiap hari saya mengulang kaji seorang diri. 292 00:16:48,424 --> 00:16:51,434 Dia gadis pertama yang menyapa saya dengan mesra! 293 00:16:52,928 --> 00:16:54,468 Eliza kesayangan saya! 294 00:16:55,764 --> 00:16:58,524 Dia menghidap penyakit yang tak dapat diubati, 295 00:16:59,393 --> 00:17:03,193 tapi 20 tahun kemudian, saya jumpa penawarnya! 296 00:17:04,648 --> 00:17:07,648 Kami buka klinik kecil bersama. 297 00:17:08,736 --> 00:17:10,066 Kami bahagia sekali! 298 00:17:10,612 --> 00:17:13,662 Sehinggalah Eliza dibunuh oleh perompak! 299 00:17:15,325 --> 00:17:17,695 Saya cuba sedaya upaya untuk selamatkan dia, 300 00:17:17,786 --> 00:17:20,326 tapi saya tak mampu melawan maut. 301 00:17:21,707 --> 00:17:24,377 Tapi saya tetap ingin bersama Eliza 302 00:17:24,877 --> 00:17:27,667 biarpun dengan cara yang tak berperikemanusiaan. 303 00:17:28,297 --> 00:17:30,757 Ketika itulah saya menemuinya. 304 00:17:31,592 --> 00:17:36,012 Ilmu larangan Faust untuk menghidupkan semula orang mati! 305 00:17:36,096 --> 00:17:38,016 Sihir mayat! 306 00:17:39,725 --> 00:17:42,725 "Jangan biarkan saat-saat indah berlalu begitu saja!" 307 00:17:42,811 --> 00:17:47,781 Ini kata-kata Faust I ketika membuat perjanjian dengan Iblis. 308 00:17:47,858 --> 00:17:50,438 Ironi, bukan? 309 00:17:51,028 --> 00:17:54,698 Awak panggil Eliza boneka, 310 00:17:54,782 --> 00:17:57,332 tapi saya akan hidupkan dia semula. 311 00:17:57,910 --> 00:18:00,000 Sebaik saja saya jadi Raja Dukun! 312 00:18:03,624 --> 00:18:06,924 Semua orang pasti akan mati. 313 00:18:07,628 --> 00:18:09,548 Kerana hidup ini singkatlah, 314 00:18:09,630 --> 00:18:12,130 kita boleh rasa suka dan duka. 315 00:18:12,925 --> 00:18:16,545 Melawan maut sama saja dengan mati! 316 00:18:16,637 --> 00:18:17,927 Diamlah! 317 00:18:18,514 --> 00:18:21,604 Demi manusia yang cuba sedaya upaya meneruskan hidup, 318 00:18:21,683 --> 00:18:23,773 demi melupakan masa silam, 319 00:18:24,269 --> 00:18:26,309 Dukun menyeru roh ke dunia ini. 320 00:18:26,897 --> 00:18:28,567 Maknanya, Faust, 321 00:18:28,649 --> 00:18:31,069 orang yang tak dapat lupakan masa silam macam awak 322 00:18:31,151 --> 00:18:33,821 tak layak menjadi Raja Dukun! 323 00:18:43,997 --> 00:18:45,077 Eliza… 324 00:18:45,916 --> 00:18:47,496 Bagus! 325 00:18:47,584 --> 00:18:49,384 Yoh menang pusingan kedua! 326 00:18:49,461 --> 00:18:53,011 Tidak. Kuasa Ghaib Faust masih ada. 327 00:18:53,090 --> 00:18:54,090 Tapi Yoh pula 328 00:18:54,675 --> 00:18:56,215 dah kehabisan Mana. 329 00:18:56,802 --> 00:18:59,722 Yoh kalah dalam pusingan ini. 330 00:19:02,349 --> 00:19:03,979 Tuan Yoh! Awak tak apa-apa? 331 00:19:04,893 --> 00:19:06,353 Tak guna! 332 00:19:07,104 --> 00:19:08,064 Saya… 333 00:19:08,564 --> 00:19:10,734 Saya sentiasa percaya 334 00:19:10,816 --> 00:19:13,856 tak kira apa pun dugaan yang melanda, pasti ada jalannya! 335 00:19:15,529 --> 00:19:18,119 Saya percaya saya boleh hadapi segalanya! 336 00:19:18,198 --> 00:19:21,828 Kerana saya tak suka risaukan masa depan yang tak dapat diduga. 337 00:19:23,120 --> 00:19:25,370 Itu prinsip saya selama ini. 338 00:19:26,039 --> 00:19:26,959 Tuan Yoh… 339 00:19:27,040 --> 00:19:29,330 Tapi ia tak semudah itu! 340 00:19:30,127 --> 00:19:32,917 Saya cuma mahu hidup senang! 341 00:19:33,505 --> 00:19:35,715 Saya begitu pasti 342 00:19:35,799 --> 00:19:37,799 kalau saya tak risaukan kalah atau menang, 343 00:19:37,885 --> 00:19:39,425 saya takkan rasa kepedihan ini! 344 00:19:40,971 --> 00:19:46,891 Tapi buat kali pertama dalam hidup saya, saya rasakan keperitan kekalahan. 345 00:19:47,477 --> 00:19:48,517 Tak guna! 346 00:19:52,524 --> 00:19:53,904 Mungkinkah kerana 347 00:19:53,984 --> 00:19:57,654 awak dah jumpa sesuatu yang benar-benar penting bagi awak, Tuan Yoh? 348 00:19:59,072 --> 00:20:01,532 Awak tak sanggup kehilangannya. 349 00:20:02,201 --> 00:20:04,371 Awak tak boleh maafkan musuh yang menyakitinya. 350 00:20:06,246 --> 00:20:08,786 Walaupun awak cuba pendam perasaan awak, 351 00:20:08,874 --> 00:20:11,134 kadang-kadang ia tak dapat disembunyikan. 352 00:20:12,419 --> 00:20:17,419 Itu yang awak rasakan jauh di lubuk hati awak, Tuan Yoh? 353 00:20:17,507 --> 00:20:19,507 Cita-cita awak untuk menjadi Raja Dukun? 354 00:20:19,593 --> 00:20:22,643 Jauh di lubuk hati? 355 00:20:22,721 --> 00:20:25,681 Kerana kalau awak cuma pemalas yang mahu hidup senang, 356 00:20:25,766 --> 00:20:27,806 awak hanya akan nampak bodoh. 357 00:20:27,893 --> 00:20:29,483 Apa? 358 00:20:30,312 --> 00:20:34,822 Semua orang ada masalah dan kebimbangan masing-masing. 359 00:20:35,400 --> 00:20:39,280 Tapi yang penting ialah bagaimana kita mengatasi masalah itu. 360 00:20:40,072 --> 00:20:42,822 Awak sentiasa percaya pasti ada jalannya nanti. 361 00:20:43,408 --> 00:20:47,578 Saya rasa keberanian itu patut dipuji. 362 00:20:48,830 --> 00:20:49,960 Amidamaru… 363 00:20:52,167 --> 00:20:53,167 Betul kata awak! 364 00:20:53,919 --> 00:20:56,419 Samurai tak guna! 365 00:20:57,047 --> 00:20:58,667 Yoh bertarung dengan sangat baik. 366 00:20:59,508 --> 00:21:01,928 Kekalahan ini boleh menjadi pengajaran kepada Yoh. 367 00:21:02,010 --> 00:21:04,970 Ya, Yoh sangat hebat hari ini. 368 00:21:06,098 --> 00:21:09,768 Dia semakin jauh daripada saya. 369 00:21:10,394 --> 00:21:11,484 Anna! 370 00:21:11,561 --> 00:21:13,441 Sudahlah, jangan buang masa lagi. 371 00:21:13,522 --> 00:21:15,862 Kita mesti bawa Yoh dan Manta ke hospital… 372 00:21:19,278 --> 00:21:21,608 Awak hancurkan rangkanya! 373 00:21:22,739 --> 00:21:26,909 Eliza kesayangan saya! 374 00:21:26,994 --> 00:21:28,004 Yoh! 375 00:21:28,078 --> 00:21:29,158 Yoh! 376 00:21:30,872 --> 00:21:34,712 Saya akan bunuh awak. Berani awak hancurkan Eliza! 377 00:21:35,210 --> 00:21:37,460 Saya akan pastikan awak mati terseksa! 378 00:21:48,348 --> 00:21:50,808 Matilah! 379 00:22:08,618 --> 00:22:09,538 Memalukan. 380 00:22:10,537 --> 00:22:14,957 Nampaknya rangka-rangka ini tak minum susu secukupnya semasa hidup. 381 00:22:15,500 --> 00:22:18,420 Saya minum tiga gelas susu sehari. 382 00:22:19,796 --> 00:22:20,756 Awak… 383 00:22:21,423 --> 00:22:22,723 Awak tak boleh mati. 384 00:22:23,425 --> 00:22:26,845 Kerana awak lawan saya yang seterusnya. 385 00:23:52,848 --> 00:23:57,848 Terjemahan sari kata oleh Aimi Farhana