1 00:00:14,473 --> 00:00:16,808 MINUM SAYA 2 00:00:16,892 --> 00:00:18,060 Oh, ya. 3 00:00:22,606 --> 00:00:23,607 Awak dah sedar. 4 00:00:24,525 --> 00:00:25,526 Saya di mana? 5 00:00:25,609 --> 00:00:26,985 Minumlah air itu. 6 00:00:31,490 --> 00:00:33,200 Itu Tyler. Dia dah hampir selesai. 7 00:00:33,283 --> 00:00:37,079 Dia buat filem tentang meluncur. Kadangkala. 8 00:00:37,162 --> 00:00:38,830 Minum saja, jangan fikir. Awak dari mana? 9 00:00:44,169 --> 00:00:46,004 Bagaimana awak bawa saya ke sini? Apa... 10 00:00:46,088 --> 00:00:47,840 - Sekarang pukul berapa? - Saya yang tanya soalan. Siapa? 11 00:00:48,882 --> 00:00:50,259 Studio Cindy? Body-by-the-Bay? 12 00:00:50,342 --> 00:00:52,928 Siapa yang hantar awak untuk intip kelas saya dan curi pergerakan saya? 13 00:00:53,929 --> 00:00:54,930 Tiada siapa. 14 00:00:55,764 --> 00:00:57,683 Saya nampak awak ekori kereta saya. 15 00:00:59,434 --> 00:01:00,978 Adakah Breem yang suruh? 16 00:01:02,855 --> 00:01:04,857 Adakah awak salah seorang pengintip kumpulan Mormon dia? 17 00:01:08,110 --> 00:01:10,320 Saya kata, minum air itu. Habiskannya. 18 00:01:13,407 --> 00:01:14,533 Ada apa dalam air ini? 19 00:01:14,616 --> 00:01:16,368 Lemonad merah jambu tanpa gula... 20 00:01:16,869 --> 00:01:17,828 dan syabu. 21 00:01:18,954 --> 00:01:21,081 Mana rokok paip saya? 22 00:01:21,164 --> 00:01:23,792 Awak patut letak semula di tempat yang sama. 23 00:01:24,459 --> 00:01:26,587 Jangan cari pasal dengan saya. Saya berjaga sepanjang malam. 24 00:01:28,088 --> 00:01:30,007 Kamu berdua tinggal di pusat beli-belah ini? 25 00:01:31,133 --> 00:01:34,094 - Dia kedengaran seperti pengintip. - Saya dah kata dia mungkin pengintip. 26 00:01:37,431 --> 00:01:38,765 Ini studio saya. 27 00:01:39,474 --> 00:01:42,144 Saya buat filem tentang meluncur. Kadangkala. 28 00:01:42,227 --> 00:01:45,689 Kadangkala, kami kerja sehingga lewat malam dan tidur di sini. 29 00:01:46,315 --> 00:01:48,817 Tapi kami tak tinggal di sini sebab ia melanggar peraturan. 30 00:01:51,612 --> 00:01:53,030 Rokok paip awak ada di atas kepala awak. 31 00:01:59,077 --> 00:02:00,787 Sekurang-kurangnya, ada orang yang faham. 32 00:02:01,538 --> 00:02:03,040 Jika kamu berdua tak kisah, 33 00:02:03,123 --> 00:02:04,875 saya mahu sambung kerja saya. 34 00:02:05,501 --> 00:02:07,252 Kerja awak? 35 00:02:08,836 --> 00:02:10,255 Apa maksud awak? 36 00:02:10,339 --> 00:02:13,467 Walaupun awak beli kamera video menggunakan kad kredit saya 37 00:02:13,550 --> 00:02:15,844 tak bermakna awak pengarah filem. 38 00:02:15,928 --> 00:02:19,348 Beginilah. Saya tak nak dengar semua ini. Saya tak perlukan kepercayaan awak. 39 00:02:22,392 --> 00:02:23,352 Kita perlukan duit. 40 00:02:25,646 --> 00:02:27,523 Beli kamera video menggunakan... 41 00:02:27,606 --> 00:02:29,316 Video World! 42 00:02:32,319 --> 00:02:33,320 Duit. 43 00:02:42,162 --> 00:02:44,873 Beri saya seribu dolar, jika tidak saya akan beritahu kawan baik saya, John Breem 44 00:02:44,957 --> 00:02:47,459 ada dua orang setinggan buat video lucah di pusat beli-belahnya 45 00:02:47,543 --> 00:02:49,253 dan kamu berdua akan dihalau. 46 00:02:56,969 --> 00:02:58,220 Ambil tin kopi itu. 47 00:02:58,804 --> 00:03:00,013 Awak serius? 48 00:03:00,889 --> 00:03:02,057 Ambil tin kopi itu. 49 00:03:13,443 --> 00:03:15,571 Ia mimpi awak yang paling pelik. 50 00:03:16,488 --> 00:03:19,950 Tapi, sekejap. Kenapa saya rasa sangat... 51 00:03:29,877 --> 00:03:33,213 Oh, Tuhan. Awak berjaya. Awak... 52 00:03:34,006 --> 00:03:37,176 "Kita telah terbang seperti burung 53 00:03:37,259 --> 00:03:40,304 dan berenang dalam laut seperti ikan, 54 00:03:40,387 --> 00:03:43,182 tapi kita masih belum pelajari perbuatan mudah 55 00:03:43,265 --> 00:03:46,351 iaitu berjalan di muka bumi seperti saudara." 56 00:03:47,352 --> 00:03:49,479 Siapa ucapkannya? Awak rasa siapa? 57 00:03:51,064 --> 00:03:52,065 Saya tak tahu. 58 00:03:52,149 --> 00:03:56,361 Martin Luther King Jr. 59 00:03:57,029 --> 00:03:58,030 Ya. 60 00:03:58,113 --> 00:04:00,991 Dia mengaitkan hak sivil dengan hak alam sekitar. 61 00:04:01,074 --> 00:04:05,204 Mencabar pihak kemajuan saintifik dan pembangunan ekonomi 62 00:04:05,287 --> 00:04:09,374 supaya tidak abaikan keperluan bumi yang rapuh ini dalam proses itu. 63 00:04:09,458 --> 00:04:11,168 Ya! Saya dah jumpa. 64 00:04:11,251 --> 00:04:15,047 Komponen penting dalam platform saya. Bijak, bukan? 65 00:04:15,714 --> 00:04:16,714 Ya. 66 00:04:18,800 --> 00:04:20,260 Reaksi awak tak menunjukkan yang ia bijak. 67 00:04:21,803 --> 00:04:23,222 Apa? Bagaimana reaksi saya? 68 00:04:23,305 --> 00:04:26,099 Seolah-olah awak sangka saya penipu, tapi awak tak mahu menyinggung saya. 69 00:04:26,183 --> 00:04:30,812 Sayang, jangan begitu. Saya baru bangun. Saya minta maaf. 70 00:04:30,896 --> 00:04:32,481 Saya sedang cuba lakukan sesuatu 71 00:04:32,564 --> 00:04:34,608 yang boleh buatkan saya dapatkan tajaan ini. 72 00:04:34,691 --> 00:04:36,735 Beritahu saya sekali lagi. 73 00:04:36,818 --> 00:04:38,695 Sebab awak tak dengar? "Baguslah". 74 00:04:38,779 --> 00:04:40,155 Perhatian awak pun saya tak dapat menangi. 75 00:04:40,239 --> 00:04:43,242 Kenapa pula saya nak harapkan orang penting dengar kata-kata saya? 76 00:04:43,325 --> 00:04:44,618 Kenapa? Okey. 77 00:04:44,701 --> 00:04:46,662 Saya tak maksudkan... 78 00:04:46,745 --> 00:04:48,622 Awak tahu maksud saya, okey? 79 00:04:48,705 --> 00:04:50,874 Ya, maksudnya "Saya perlukan bantuan" versi tak guna. 80 00:04:50,958 --> 00:04:53,710 Entahlah, saya rasa awak cuma perlu ringkaskannya. 81 00:04:54,253 --> 00:04:55,337 Fikirkan sesuatu yang... 82 00:04:55,420 --> 00:04:56,839 Bodoh dan menarik. 83 00:04:56,922 --> 00:04:59,758 Fikirkan slogan? "Saya suka Ike". 84 00:04:59,842 --> 00:05:01,510 "Punggung Danny menarik." 85 00:05:02,636 --> 00:05:03,846 Entahlah, mungkin betul cakap awak. 86 00:05:05,055 --> 00:05:09,351 Dah tujuh tahun saya tak bangun pada pagi Isnin 87 00:05:09,434 --> 00:05:12,980 tanpa perlu pergi mengajar kelas, latihan dan... 88 00:05:13,897 --> 00:05:18,110 Saya mengaku, kebebasan ini... 89 00:05:19,361 --> 00:05:22,030 Memang membebaskan. Begitulah. 90 00:05:23,824 --> 00:05:25,492 Awak pula? Bagaimana awak jalani hari awak? 91 00:05:25,576 --> 00:05:28,287 Selepas hantar anak ke sekolah, apa awak buat? 92 00:05:28,370 --> 00:05:30,706 Awak bukannya ada perkara berfaedah untuk dibuat. 93 00:05:30,789 --> 00:05:32,249 Sebab saya terfikir mungkin... 94 00:05:32,916 --> 00:05:34,251 Mungkin saya boleh ikut awak. 95 00:05:34,334 --> 00:05:37,212 Kita boleh berbincang lagi dan memikirkan idea. 96 00:05:38,463 --> 00:05:40,674 Maya! Sarapan! 97 00:05:40,757 --> 00:05:41,717 Cuma kita berdua. 98 00:05:41,800 --> 00:05:43,260 Cepat fikirkan alasan. 99 00:05:43,343 --> 00:05:44,970 Jangan biarkan dia ekori awak sepanjang hari. 100 00:05:45,053 --> 00:05:46,054 Sayang. 101 00:05:47,222 --> 00:05:49,183 Saya rasa awak akan bosan. 102 00:05:49,266 --> 00:05:50,934 Saya cuma buat kerja-kerja surirumah. 103 00:05:51,018 --> 00:05:52,144 Apa? Mengarutlah. 104 00:05:52,227 --> 00:05:54,771 Saya mahu tahu aktiviti awak ketika saya pergi kerja. 105 00:05:54,855 --> 00:05:57,608 Awak panggil tukang paip dan berasmara dengannya? 106 00:05:58,859 --> 00:06:01,195 Cepatlah. Beritahu dia yang awak berasmara dengan tukang paip. 107 00:06:01,278 --> 00:06:03,780 Itu lebih menarik daripada perbuatan sebenar awak. Kurang menjijikkan. 108 00:06:04,323 --> 00:06:07,492 Saya akan ikut awak hari ini, okey? 109 00:06:08,952 --> 00:06:10,871 Saya akan jadi seperti mentega kacang pada sandwic. 110 00:06:14,917 --> 00:06:15,918 Bagus. 111 00:06:36,813 --> 00:06:41,568 PRASEKOLAH SANDY FEET 112 00:07:07,636 --> 00:07:10,055 Awak tunggu saja di sini. Saya takkan ambil masa lama. 113 00:07:11,640 --> 00:07:12,683 Ya. Baiklah. 114 00:07:12,766 --> 00:07:15,185 995, 1,000. 115 00:07:15,269 --> 00:07:18,480 Okey. Saya akan panggil penyelia saya untuk mendaftar semua duit ini. 116 00:07:19,690 --> 00:07:20,691 Apa? 117 00:07:21,191 --> 00:07:24,486 Sebarang deposit tunai melebihi seribu perlu dicatat. 118 00:07:24,570 --> 00:07:25,654 Ia sekadar formaliti. 119 00:07:25,737 --> 00:07:26,905 Perempuan ini mencurigai awak. 120 00:07:26,989 --> 00:07:30,033 Awak boleh makan biskut mil oat kami yang baru dibuat sementara menunggu. 121 00:07:30,617 --> 00:07:32,286 Beri makan sebelum awak ditangkap. 122 00:07:32,786 --> 00:07:34,705 Saya... 123 00:07:34,788 --> 00:07:36,415 Saya terlupa saya ada janji temu doktor, 124 00:07:36,498 --> 00:07:38,750 jadi saya akan datang balik nanti. 125 00:07:46,133 --> 00:07:47,134 Terima kasih. 126 00:07:47,217 --> 00:07:48,552 Saya tak tahu jika awak dah tahu, 127 00:07:48,635 --> 00:07:51,138 maksud burrito ialah "keldai kecil". 128 00:07:51,221 --> 00:07:54,975 Mungkin sebab ia boleh tampung banyak makanan, macam keldai. 129 00:07:55,058 --> 00:07:57,227 Ia amat membantu para pekerja buruh. 130 00:07:57,311 --> 00:07:59,021 Mereka boleh bekerja selama berjam-jam tanpa sebarang... 131 00:07:59,104 --> 00:07:59,938 Hei. 132 00:08:00,022 --> 00:08:01,148 Berambus, perempuan murahan. 133 00:08:02,399 --> 00:08:03,609 Mari pergi, sayang. 134 00:08:03,692 --> 00:08:04,943 Okey. Jaga diri, cik. 135 00:08:05,027 --> 00:08:06,069 Apa-apalah. 136 00:08:06,153 --> 00:08:07,946 Awak yang memandu? Okey. 137 00:08:10,616 --> 00:08:14,912 Jadi, ke mana pengembaraan awak yang seterusnya? 138 00:08:14,995 --> 00:08:16,622 Saya perlu pergi kelas balet. 139 00:08:17,247 --> 00:08:18,248 Awak perlu? 140 00:08:18,332 --> 00:08:19,625 Jika saya mahu larikan diri daripada awak. 141 00:08:19,708 --> 00:08:21,668 Saya mahu. Itu cara saya kekalkan bentuk badan saya. 142 00:08:21,752 --> 00:08:22,961 Saya akan hantar awak balik terlebih dahulu. 143 00:08:28,258 --> 00:08:31,178 Ini peluang awak untuk dapatkan apa awak perlukan. Jangan jejaskannya. 144 00:08:31,261 --> 00:08:32,261 Hei. 145 00:08:33,054 --> 00:08:34,222 Ada apa? 146 00:08:34,306 --> 00:08:35,349 Ada apa? 147 00:08:36,475 --> 00:08:37,518 Dia okey. 148 00:08:38,059 --> 00:08:39,561 - Ada apa? - Dia okey. 149 00:08:40,520 --> 00:08:43,398 Mereka fikir awak okey, jadi, berlagak normal. 150 00:08:43,482 --> 00:08:46,485 Jangan tunjukkan niat awak, bodoh. Awak perlukan lelaki ini. 151 00:08:46,985 --> 00:08:48,278 Ombak hari ini kuat? 152 00:08:50,197 --> 00:08:52,991 Apa kata awak beritahu saya tujuan awak datang ke sini? 153 00:08:53,575 --> 00:08:54,993 Cuba dan gagal, si gemuk. 154 00:08:55,077 --> 00:08:56,870 - Saya... - Kami bekerja keras. 155 00:08:57,496 --> 00:08:59,331 Sekarang tidaklah, sebab saya sedang meluncur, 156 00:08:59,414 --> 00:09:03,043 tapi, apabila tak meluncur, saya bekerja keras. 157 00:09:04,044 --> 00:09:08,507 Jika awak asyik ambil hak kami... 158 00:09:11,134 --> 00:09:13,262 Saya mahu kembali ke kelas Bunny. 159 00:09:13,846 --> 00:09:15,639 Kelasnya tak macam kelas lain. 160 00:09:15,722 --> 00:09:18,433 Pekerjaannya sangat istimewa 161 00:09:19,393 --> 00:09:20,394 dan buatkan saya rasa... 162 00:09:21,812 --> 00:09:23,146 kuat. 163 00:09:23,230 --> 00:09:24,690 Saya mahu terus merasakan... 164 00:09:25,399 --> 00:09:26,525 begitu. 165 00:09:28,151 --> 00:09:30,362 Kawan, cepatlah. 166 00:09:30,445 --> 00:09:31,613 Sementara masih boleh. 167 00:09:33,782 --> 00:09:35,200 Apa dia maksudkan dengan "sementara masih boleh"? 168 00:09:35,284 --> 00:09:36,827 Macamlah awak tak tahu. 169 00:09:37,619 --> 00:09:39,621 Kawan awak, Breem mahu tambak pantai ini 170 00:09:39,705 --> 00:09:41,290 dan mengubah segalanya, 171 00:09:41,373 --> 00:09:45,085 dan memusnahkan tujuan kami hidup, iaitu pantai ini. 172 00:09:45,794 --> 00:09:49,214 Orang ramai sangka ombak kuat adalah berbahaya. 173 00:09:49,298 --> 00:09:53,343 Serius? Ia faktor geologi dan laut yang amat lemah. 174 00:09:53,427 --> 00:09:55,387 Jika diganggu, habislah. 175 00:09:58,599 --> 00:09:59,600 Apa-apa pun. 176 00:10:01,059 --> 00:10:03,061 Jika awak mahu kembali ke kelas Bunny... 177 00:10:04,438 --> 00:10:05,939 saya rasa awak takkan dilayan. 178 00:10:06,607 --> 00:10:07,941 Maksud awak, takkan diterima? 179 00:10:08,025 --> 00:10:09,526 Saya serius. 180 00:10:10,736 --> 00:10:11,737 Selamat tinggal. 181 00:10:19,786 --> 00:10:21,997 Awak pastikah dia kata kasual? 182 00:10:22,080 --> 00:10:23,248 Saya tak tahu apa dia kata. 183 00:10:23,749 --> 00:10:24,750 Saya tanya awak 184 00:10:24,833 --> 00:10:26,793 dan awak kata dia jemput awak berjumpa di rumahnya, 185 00:10:26,877 --> 00:10:29,296 - apabila saya tanya, "Adakah kasual..." - Siapa peduli? 186 00:10:29,379 --> 00:10:32,174 Maafkan saya. Saya sangat berdebar. 187 00:10:32,257 --> 00:10:33,425 Saya sangat perlukan tajaan ini. 188 00:10:33,509 --> 00:10:36,261 Siapa kisah tentang rupa awak? Awak nampak cantik. Okey? 189 00:10:38,972 --> 00:10:42,601 Aduhai! Besarnya rumah ini. Macam hotel. 190 00:10:43,268 --> 00:10:45,395 - Hei! Awak dah sampai. - Hei. 191 00:10:45,979 --> 00:10:46,980 - Hai. - Ya. 192 00:10:47,064 --> 00:10:51,026 Selamat datang ke rumah besar dan mewah kami. 193 00:10:51,109 --> 00:10:53,153 - Terima kasih. - Hebat. 194 00:10:53,237 --> 00:10:55,113 Ernie Hauser. Selamat berkenalan. 195 00:10:55,197 --> 00:10:57,491 Saya suka laga siku. Saya taasub dengan kebersihan. 196 00:10:57,574 --> 00:11:00,452 Maaf. Ini isteri saya, Sheila dan anak kami, Maya. 197 00:11:00,536 --> 00:11:03,372 - Hei, Maya. Hai. Helo. - Hai. 198 00:11:03,956 --> 00:11:06,291 Saya mahu kenalkan isteri saya, Greta. 199 00:11:06,375 --> 00:11:07,668 Greta-Gret-Gretty! 200 00:11:08,585 --> 00:11:11,213 Kami dah kenal dari prasekolah anak-anak. 201 00:11:11,296 --> 00:11:12,381 Bagus! 202 00:11:12,464 --> 00:11:15,217 Jadi, awak salah seorang askar kerahan sukarelawan Greta? 203 00:11:15,300 --> 00:11:17,594 Tidak, biasanya dia cuma hantar anaknya dan beredar. 204 00:11:19,179 --> 00:11:20,180 Okey. 205 00:11:22,307 --> 00:11:24,268 - Awak suka margarita? - Suka. 206 00:11:24,351 --> 00:11:26,103 Margarita isteri saya sedap. Mari ikut saya. 207 00:11:26,186 --> 00:11:27,271 - Pergi minum margarita. - Jumpa nanti. 208 00:11:28,772 --> 00:11:30,941 - Saya tak tahu... - Kami sangat kaya? 209 00:11:31,024 --> 00:11:33,026 Ya. Memang tak masuk akal. Saya tahu. 210 00:11:33,110 --> 00:11:35,195 Ya dan siapa suami awak. 211 00:11:35,988 --> 00:11:37,281 Saya dah beritahu awak, 212 00:11:37,364 --> 00:11:39,575 dan saya beritahu awak sekali lagi sebab awak tak dengar ketika kali pertama. 213 00:11:39,658 --> 00:11:41,952 Atau buat kali kedua juga, nampaknya. 214 00:11:42,035 --> 00:11:44,288 Pinky lapar. Dia mahu makan. 215 00:11:45,581 --> 00:11:47,875 Saya rasa, kanak-kanak lain ada di ruang TV. 216 00:11:47,958 --> 00:11:49,459 Awak mahu ambil makanan untuk Pinky di sana? 217 00:11:49,543 --> 00:11:51,378 - Ya. - Okey. Mari. 218 00:11:51,461 --> 00:11:53,005 - Terima kasih. - Sama-sama. 219 00:11:53,088 --> 00:11:58,177 Pada zaman dahulu, di sebuah hutan, ada dua orang budak. 220 00:11:58,260 --> 00:11:59,887 Budak lelaki bernama Hansel. 221 00:11:59,970 --> 00:12:01,013 Saya Hansel. 222 00:12:01,096 --> 00:12:03,098 - Budak perempuan ialah Gretel. - Saya Gretel. 223 00:12:03,182 --> 00:12:05,434 Aduhai, rumah ini sangat besar! 224 00:12:06,351 --> 00:12:07,895 Siapa perlukan rumah sebesar ini? 225 00:12:08,645 --> 00:12:10,314 Seseorang dengan punggung sebesar itu. 226 00:12:11,315 --> 00:12:13,525 Alamak! Awak tertangkap. 227 00:12:15,736 --> 00:12:18,780 Sekarang awak perlu bermesra dengan semua kaki gosip itu... 228 00:12:18,864 --> 00:12:20,324 Cantiknya ruang tamu awak. 229 00:12:20,407 --> 00:12:23,702 Saya tak pernah nampak TV sebesar itu. Macam di panggung wayang pandu lalu. 230 00:12:24,828 --> 00:12:27,623 Ernie yang beli. Dia suka beli model terbaharu bagi setiap benda. 231 00:12:27,706 --> 00:12:29,333 Jika benda itu yang paling besar, Ernie mahu beli. 232 00:12:30,000 --> 00:12:32,920 Saya masih cuba pujuk Steven belikan ketuhar gelombang mikro. 233 00:12:33,003 --> 00:12:35,506 Dia fikir ia penyebab kanser. 234 00:12:36,173 --> 00:12:38,050 Kami gunakannya untuk buat bertih jagung. 235 00:12:38,133 --> 00:12:39,843 - Tanpa minyak dan tak comot. - Menarik. 236 00:12:39,927 --> 00:12:42,888 Jika saya boleh masak sosej dalam 10 saat, saya tak kisah tentang kanser. 237 00:12:42,971 --> 00:12:45,933 Kenapa mereka benarkan ia digunakan di rumah jika tak selamat? 238 00:12:46,016 --> 00:12:48,143 Selain disebabkan ketamakan korporat dan ketidakcekapan kerajaan? 239 00:12:50,729 --> 00:12:52,898 Inilah sebabnya awak patut diam saja, si pelik. 240 00:12:52,981 --> 00:12:55,901 Kamu berpindah ke sini dari Berkeley, bukan? 241 00:12:55,984 --> 00:12:56,985 Ya. 242 00:12:57,569 --> 00:12:59,112 Tanpa minyak dan tak comot. 243 00:13:03,242 --> 00:13:04,368 Tanpa minyak. 244 00:13:04,451 --> 00:13:06,411 Oh, Tuhan. Nasib dia lebih teruk daripada awak. 245 00:13:06,495 --> 00:13:07,496 Saya minta diri sekejap. 246 00:13:11,917 --> 00:13:13,794 Tiada siapa kata awak tak cukup bagus. 247 00:13:13,877 --> 00:13:17,214 Itulah mesejnya, Sheila. Ia amat jelas. 248 00:13:17,297 --> 00:13:20,467 "Berambus, hipi Yahudi bodoh. Berambus dan pergi dari sini." 249 00:13:20,551 --> 00:13:24,179 Saya perlu jumpa orang-orang tak guna itu di rumah dekan esok. 250 00:13:24,263 --> 00:13:25,347 Apa patut saya kata? 251 00:13:25,430 --> 00:13:27,182 Lambat laun, pembiayaan akan dihentikan. 252 00:13:27,266 --> 00:13:29,685 Berapa lama kita boleh bertahan dengan duit simpanan kita? 253 00:13:29,768 --> 00:13:30,978 Simpanan apa? Dah habis. 254 00:13:31,061 --> 00:13:32,688 Helo! Ia bukan soalan retorik. 255 00:13:32,771 --> 00:13:35,899 Tak mengapa. Saya cuma perlu periksa buku akaun saya dan kira. 256 00:13:35,983 --> 00:13:38,527 Awak tak perlu periksa. Dah habis. Awak penipu. Habis. 257 00:13:38,610 --> 00:13:41,446 Boleh awak beritahu saya apa Ernie katakan? 258 00:13:41,989 --> 00:13:45,242 Ya, supaya saya boleh ingat kembali betapa malunya saya? "Bagus". 259 00:13:45,325 --> 00:13:47,119 Bukan. Supaya saya tahu dan boleh membantu. 260 00:13:47,202 --> 00:13:51,748 Okey. Katanya, dia rasa saya tak sesuai menjadi calon ahli politik. 261 00:13:51,832 --> 00:13:57,045 Malah, dia fikir saya lelaki yang buat kerja di belakang tabir. 262 00:13:58,630 --> 00:14:01,425 Sebenarnya, dia cuma perlu diyakinkan. Itu saja. 263 00:14:01,508 --> 00:14:03,343 Kenapa jemput saya datang jika dia mahu menolak? 264 00:14:03,427 --> 00:14:05,929 Ada sesuatu yang berubah. Ada sesuatu dah berlaku. 265 00:14:06,013 --> 00:14:07,639 Awaklah puncanya, si pencetus masalah. 266 00:14:07,723 --> 00:14:09,641 Awak nak tahu? Kita perlu lakukan perubahan. 267 00:14:09,725 --> 00:14:13,520 Jangan berbelanja lebih dan sertai kelas balet selagi tiada penyelesaian. Okey? 268 00:14:14,062 --> 00:14:15,981 Saya rasa kita patut keluarkan Maya dari prasekolah itu. 269 00:14:16,064 --> 00:14:17,524 Yurannya mahal, bukan? 270 00:14:17,608 --> 00:14:19,568 Tidak. Tak mahal pun. Ia sekolah pendidikan kerjasama. 271 00:14:19,651 --> 00:14:21,737 Kita perlu berkorban, Sheila. 272 00:14:21,820 --> 00:14:23,322 Kita perlu lakukan sesuatu. 273 00:14:23,405 --> 00:14:25,407 Dia maksudkan awak, bukan "kita". 274 00:14:26,325 --> 00:14:27,826 Masa untuk perbetulkan keadaan ini. 275 00:14:31,538 --> 00:14:32,956 Selamat pagi, semua. 276 00:14:33,040 --> 00:14:35,667 Selamat pagi. Maya okey? 277 00:14:36,210 --> 00:14:37,211 Ya. 278 00:14:38,128 --> 00:14:39,505 Saya datang untuk jadi sukarelawan. 279 00:14:40,589 --> 00:14:42,382 Selamat datang. Lebih ramai, lebih meriah. 280 00:14:43,091 --> 00:14:45,219 Greta aturkan tugasan pendidikan kerjasama. 281 00:14:46,762 --> 00:14:48,138 Selamat pagi. 282 00:14:49,223 --> 00:14:50,641 Saya mahu membantu. 283 00:14:50,724 --> 00:14:51,892 Ya. Okey. 284 00:14:53,227 --> 00:14:55,270 Kami perlukan bantuan di kotak pasir. 285 00:14:55,854 --> 00:14:57,439 Cedok najis rakun. 286 00:14:58,690 --> 00:14:59,733 Ia kedengaran... 287 00:14:59,816 --> 00:15:01,485 - Menyusahkan. Teruk. - ...bagus. 288 00:15:03,946 --> 00:15:06,490 Helen belum sampai. Saya boleh suruh dia bersihkan najis. 289 00:15:07,699 --> 00:15:09,701 - Awak boleh tolong di bulatan nyanyian. - Okey. 290 00:15:09,785 --> 00:15:12,996 Kemudian kita boleh pergi bersarapan dan sebagainya. 291 00:15:13,080 --> 00:15:14,122 Bagus juga. 292 00:15:14,831 --> 00:15:16,333 - Masa untuk bulatan nyanyian! - Okey. 293 00:15:17,292 --> 00:15:19,253 Apa kata kita nyanyi lagu "Saya suka badan saya" hari ini? 294 00:15:19,336 --> 00:15:20,629 Baiklah. 295 00:15:22,714 --> 00:15:24,633 - Saya suka... - Kaki saya! 296 00:15:25,717 --> 00:15:27,344 Oh, ya, saya suka 297 00:15:28,720 --> 00:15:32,891 Saya suka perkara menarik dan mengagumkan yang ia boleh lakukan 298 00:15:32,975 --> 00:15:34,935 Inikah yang mereka buat sepanjang hari? Oh, Tuhan. 299 00:15:35,018 --> 00:15:38,146 Saya akan tunjukkan dan besarkannya 300 00:15:38,230 --> 00:15:40,732 Dan biarkan dunia tahu tentangnya 301 00:15:41,316 --> 00:15:45,028 Sebab ia sebahagian daripada saya dan awak 302 00:15:46,321 --> 00:15:47,281 Saya suka... 303 00:15:47,364 --> 00:15:48,574 Bagina saya. 304 00:15:49,324 --> 00:15:50,659 Oh, ya, saya suka 305 00:15:52,160 --> 00:15:55,956 Saya suka perkara menarik dan mengagumkan yang ia boleh lakukan 306 00:15:56,039 --> 00:15:57,082 Itu anak saya. 307 00:15:58,584 --> 00:16:01,503 Saya akan tunjukkan dan besarkannya 308 00:16:01,587 --> 00:16:03,881 Dan biarkan dunia tahu tentangnya 309 00:16:03,964 --> 00:16:06,466 Ketika saya kenal Ernie, dia cuma seorang jurutera. 310 00:16:07,050 --> 00:16:08,927 Semua orang akan tertidur apabila dia bercerita tentang kerjanya. 311 00:16:09,011 --> 00:16:10,637 Mereka cakap, "Sebatian poliuretana?" 312 00:16:10,721 --> 00:16:12,598 Atau, "Apa itu? Membosankan." 313 00:16:13,098 --> 00:16:15,851 Kemudian, entah bagaimana dia pandai mempaten suatu teknologi. 314 00:16:16,351 --> 00:16:18,270 Jangan sentuh roti kulit kayu manis itu. 315 00:16:18,353 --> 00:16:20,314 Saya rasa dia langsung tak tahu 316 00:16:20,397 --> 00:16:21,690 berapa banyak permohonan yang diperlukan. 317 00:16:21,773 --> 00:16:24,318 Ia perlukan bidang aeroangkasa dan roda papan selaju. 318 00:16:24,401 --> 00:16:26,403 Sekarang, semua orang fikir dia sangat menarik. 319 00:16:26,486 --> 00:16:30,115 Berpengaruh, tapi yang lucunya, bagi saya dia masih Ernie yang sama. 320 00:16:30,199 --> 00:16:33,035 Dia mengingatkan saya kepada Danny. 321 00:16:33,702 --> 00:16:35,495 Dia pun pandai mencipta. 322 00:16:36,455 --> 00:16:39,583 Ketika kali pertama berjumpa, dia berdiri di atas pak susu sambil pegang megafon. 323 00:16:39,666 --> 00:16:40,834 Awak perlu cuba rasa sikit. 324 00:16:40,918 --> 00:16:43,128 Makanan di gerai itu lebih sedap daripada bakeri yang pernah saya kunjungi. 325 00:16:43,212 --> 00:16:45,172 Tak mengapa. Terima kasih. 326 00:16:45,255 --> 00:16:46,423 Saya mengaku, roti ini paling sedap pernah saya rasa. 327 00:16:46,507 --> 00:16:47,799 Jangan biarkan dia ganggu perhatian awak. 328 00:16:47,883 --> 00:16:50,427 Saya tahu Danny sangat mengagumi suami awak, 329 00:16:51,261 --> 00:16:54,014 terutamanya dengan semua kejayaan dan politiknya yang tak berubah. 330 00:16:54,097 --> 00:16:55,098 Sikit saja. 331 00:16:55,766 --> 00:16:56,767 Awak takkan menyesal. 332 00:16:57,434 --> 00:17:00,145 Awak sudah pun menyesal. Tapi, awak tiada pilihan lain. 333 00:17:00,229 --> 00:17:02,523 Dia takkan lepaskan awak selagi awak tak makan. 334 00:17:05,651 --> 00:17:07,361 Aduhai! Sedapnya. 335 00:17:08,028 --> 00:17:10,781 Dia mahir tentang roti. Saya kagum. 336 00:17:13,450 --> 00:17:16,578 Saya harap saya boleh tolong awak dapatkan tajaan Ernie, 337 00:17:16,662 --> 00:17:19,080 tapi dia langsung tak dengar cakap saya. 338 00:17:20,249 --> 00:17:22,125 Tapi kami sedang cuba perbaikinya dalam terapi. 339 00:17:22,709 --> 00:17:25,753 Apa-apa pun, saya harap bukan itu sebabnya awak berbaik dengan saya. 340 00:17:26,839 --> 00:17:28,590 Alang-alang mandi, biar basah. 341 00:17:28,674 --> 00:17:31,426 Sekarang, pergi ke kelas sebelum awak meletup. 342 00:17:31,510 --> 00:17:33,220 Silang kaki ke kanan! 343 00:17:38,976 --> 00:17:40,602 Angkat lutut. 344 00:17:45,983 --> 00:17:47,568 Tepuk. 345 00:17:50,237 --> 00:17:51,530 Angkat lutut! 346 00:17:56,201 --> 00:17:57,828 Tepuk. 347 00:17:57,911 --> 00:18:01,039 Angkat lutut tinggi lagi! Saya mahu dengar kamu bersorak. 348 00:18:11,675 --> 00:18:12,759 Maaf. Kelas dah penuh. 349 00:18:12,843 --> 00:18:15,846 Ada banyak ruang di belakang sini. 350 00:18:15,929 --> 00:18:20,100 Kapasiti dah penuh. Jika terlebih kapasiti, saya akan ditimpa masalah. 351 00:18:20,184 --> 00:18:22,436 Jika saya ditimpa masalah, saya akan dihalau. 352 00:18:22,519 --> 00:18:24,354 Ada sesiapa mahu saya dihalau? 353 00:18:24,438 --> 00:18:25,522 Tidak. 354 00:18:26,273 --> 00:18:27,399 Saya rasa, awak patut pergi. 355 00:18:28,775 --> 00:18:29,985 Sheila. 356 00:18:30,068 --> 00:18:31,069 Sheil. 357 00:18:31,904 --> 00:18:34,615 Sheila. Betul, bukan, Sheila? 358 00:18:34,698 --> 00:18:35,991 - Ya. - Ya. 359 00:18:36,074 --> 00:18:37,618 - Ya, dia sumber inspirasi saya. - Ya. 360 00:18:37,701 --> 00:18:38,785 Faham maksud saya? 361 00:18:38,869 --> 00:18:40,662 Masa untuk hadapi dunia sebenar. 362 00:18:40,746 --> 00:18:43,373 Cipta sejarah politik dan bukan hanya mengajarnya. 363 00:18:43,457 --> 00:18:45,959 Saya rasa kami telah sepakat itulah pekerjaan terbaharunya. 364 00:18:46,043 --> 00:18:47,669 Saya gembira bagi pihak awak. 365 00:18:48,295 --> 00:18:50,088 Awak memang ada bakat dalam berucap. 366 00:18:50,172 --> 00:18:53,425 Jika begitu, awak takkan rasa tertekan untuk terbitkan sesuatu. 367 00:18:53,509 --> 00:18:55,177 Bagaimana dengan tajaan? 368 00:18:55,886 --> 00:18:57,638 Itulah yang paling utama. 369 00:18:57,721 --> 00:19:01,016 Ya, betul. Ia berjalan lancar. Ia baru saja bermula, tapi ya, bagus. 370 00:19:01,099 --> 00:19:04,061 - Paf keju? - Ya, terima kasih. 371 00:19:04,144 --> 00:19:05,729 Saya tak mampu menolak. 372 00:19:05,812 --> 00:19:08,815 Simone, mereka suruh awak jadi pelayan untuk fakulti? 373 00:19:08,899 --> 00:19:11,193 Ya. Ini kerja sambilan saya. 374 00:19:11,276 --> 00:19:14,988 Tahun lepas, saya bekerja sebagai penjaga laman. 375 00:19:15,739 --> 00:19:16,740 Paf keju? 376 00:19:17,324 --> 00:19:18,325 Tak mahu, terima kasih. 377 00:19:18,408 --> 00:19:19,785 Apa-apa pun, seronok dapat jumpa awak. 378 00:19:19,868 --> 00:19:22,120 Saya harap awak tak perlu bekerja lagi dan mula membaca. 379 00:19:22,788 --> 00:19:24,790 Terima kasih, Danny. Ya. 380 00:19:24,873 --> 00:19:27,417 Awak juga, Sheila. 381 00:19:27,960 --> 00:19:29,920 Kamu berdua nampak menawan seperti biasa. 382 00:19:30,003 --> 00:19:32,089 Tidak. Awak nampak macam ikan duyung yang terdampar. 383 00:19:32,172 --> 00:19:35,050 Apa awak fikir? Pakai sekuin untuk berjumpa orang-orang sebegini? 384 00:19:35,133 --> 00:19:36,134 Kerja sambilan? 385 00:19:37,094 --> 00:19:42,015 Di tempat yang pentingkan pengajaran struktur kelas dan ketidakadilan sejarah, 386 00:19:42,099 --> 00:19:44,434 para pelajar malang akan menemui kegagalan 387 00:19:44,518 --> 00:19:47,729 sementara pelajar berkemampuan boleh tidur sepanjang hari akibat mabuk? 388 00:19:47,813 --> 00:19:50,190 - Upah tutor? - Dia buat lagi. 389 00:19:50,774 --> 00:19:52,442 Saya minta diri sekejap. Saya mahu ke tandas. 390 00:19:53,026 --> 00:19:54,027 Ya. 391 00:19:54,111 --> 00:19:55,571 Semua itu mengarut, awak tahu, bukan? 392 00:19:55,654 --> 00:19:56,864 Tumpang lalu. 393 00:19:58,949 --> 00:20:00,200 Sheila. 394 00:20:01,285 --> 00:20:03,662 Hai, Profesor Mendelson. 395 00:20:03,745 --> 00:20:06,164 Maaf, saya cuma tak cam awak. 396 00:20:06,248 --> 00:20:09,293 Tidak, saya rasa awak seperti melarikan diri daripada saya. 397 00:20:09,376 --> 00:20:11,336 Awak bukan wanita pertama yang buat begitu. 398 00:20:13,005 --> 00:20:14,423 Ya. Itu jenaka homoseksual. 399 00:20:14,506 --> 00:20:16,091 Kami memang berjenaka, tak seperti yang orang sangkakan. 400 00:20:19,428 --> 00:20:22,681 Walaupun Danny sudah tak bekerja, 401 00:20:23,390 --> 00:20:26,018 jika awak mahu sambung semula pengajian, 402 00:20:26,101 --> 00:20:27,186 saya rasa kami boleh uruskan. 403 00:20:27,769 --> 00:20:29,146 Baiknya awak. 404 00:20:29,229 --> 00:20:31,607 Anak saya masih perlukan perhatian saya, jadi... 405 00:20:31,690 --> 00:20:33,066 Anak yang mana? 406 00:20:35,444 --> 00:20:37,446 Saya tak patut cakap begini, 407 00:20:37,529 --> 00:20:40,782 tapi saya dah minum dua gelas wain. 408 00:20:42,367 --> 00:20:43,493 Baiklah. 409 00:20:44,286 --> 00:20:46,455 Saya rasa sangat marah 410 00:20:46,538 --> 00:20:48,832 sebab awak sanggup lupakan tentang pendidikan awak 411 00:20:48,916 --> 00:20:51,418 demi si bodoh yang banyak cakap itu. 412 00:20:51,960 --> 00:20:55,047 Awak ada banyak potensi dan bakat. 413 00:20:55,756 --> 00:20:57,883 Baiknya awak, Profesor Mendelson... 414 00:20:57,966 --> 00:20:59,218 Tidak, lupakan tentang kebaikan. 415 00:20:59,301 --> 00:21:01,595 Tiada sesiapa di sini yang peduli tentang pelajaran wanita 416 00:21:01,678 --> 00:21:03,430 dan saya perlu berjuang dengan susah-payah. 417 00:21:03,514 --> 00:21:07,267 Pada masa sama, sains politik pula dapat banyak sumber. Saya... 418 00:21:09,770 --> 00:21:14,816 Makanan ini sangat sedap, hebat dan saya tak boleh menolak. 419 00:21:14,900 --> 00:21:17,444 Tentulah dia tak boleh menolak. Dia langsung tak dapat kawal dirinya. 420 00:21:17,528 --> 00:21:20,948 Dia homoseksual tua kesunyian tanpa harga diri. 421 00:21:21,031 --> 00:21:22,699 Saya mahu ke tandas. 422 00:21:23,283 --> 00:21:25,160 Awak pun sama, melihatkan cara awak makan. 423 00:21:25,244 --> 00:21:28,121 Pastri dengan aising? Putus asa. Lebih baik awak putus asa saja. 424 00:21:28,205 --> 00:21:29,540 - Paf keju? - Tak mahu! 425 00:21:32,668 --> 00:21:35,671 Sebelum ini awak orang yang berharga dan penting. 426 00:21:35,754 --> 00:21:38,048 Sekarang, awak cuma si tak cekap yang terlebih bergaya, malang 427 00:21:38,131 --> 00:21:41,426 dan berpunggung kendur yang mengahwini lelaki yang dah tak terkenal. 428 00:21:57,776 --> 00:21:58,652 SELAMAT TINGGAL DANNY 429 00:21:58,735 --> 00:21:59,736 Bagus. 430 00:22:40,694 --> 00:22:41,820 Awak perlu pergi. 431 00:22:42,446 --> 00:22:44,823 Begitulah. Sekarang awak dah selesai. 432 00:22:45,490 --> 00:22:48,952 Ini kali terakhir, betul-betul kali terakhir. 433 00:22:49,036 --> 00:22:50,746 Sekarang, awak tahu apa patut awak buat. 434 00:22:50,829 --> 00:22:53,123 Awak betul-betul tahu apa patut dibuat. 435 00:22:54,291 --> 00:22:55,959 Helo? Ada orang di dalam? 436 00:22:56,043 --> 00:22:57,294 Saya dah nak keluar. 437 00:22:59,922 --> 00:23:04,092 Awak akan bantu dia menang dan selamatkan pantai kita. 438 00:23:06,303 --> 00:23:09,806 "Cuma ada satu perkara yang lebih berkuasa daripada kita. 439 00:23:09,890 --> 00:23:14,686 Tidak, bukan Reagan dan penghasutnya atau Breem dan jentolaknya. 440 00:23:15,312 --> 00:23:16,438 Sebaliknya, laut." 441 00:23:17,231 --> 00:23:21,860 "Walaupun ia kuat, ia juga lemah. 442 00:23:22,444 --> 00:23:26,657 Inilah tanggungjawab kita dan seruan untuk kita sebagai warga California 443 00:23:26,740 --> 00:23:30,327 yang meraikan dan menikmati pantai indah ini 444 00:23:30,994 --> 00:23:32,037 untuk melindunginya." 445 00:23:32,120 --> 00:23:36,083 Nama saya Danny Rubin dan saya bertanding sebagai ahli Dewan Perundangan. 446 00:23:37,292 --> 00:23:38,418 SELAMATKAN PANTAI KAMI 447 00:23:38,502 --> 00:23:41,380 Ini isteri saya yang cantik, Sheila dan anak kami, Maya. 448 00:23:41,463 --> 00:23:43,757 Kami perlukan sokongan anda 449 00:23:43,841 --> 00:23:47,219 kerana dengan bantuan anda, kami dapat selamatkan pantai kami. 450 00:23:47,302 --> 00:23:50,973 Selamatkan pantai kami! 451 00:23:51,056 --> 00:23:52,933 Kamu mahu ucap selamat malam kepada ayah? 452 00:23:53,851 --> 00:23:56,562 Bagi memastikan ia... 453 00:23:56,645 --> 00:23:58,814 Ya. Oh, Tuhan. Saya suka. Ia sangat indah. 454 00:23:58,897 --> 00:24:00,649 Ia amat sukar. 455 00:24:00,732 --> 00:24:02,985 Saya sudah merayu kepada ramai pelajar... 456 00:24:03,569 --> 00:24:04,945 Saya penat. 457 00:24:05,028 --> 00:24:06,446 Okey. 458 00:24:06,530 --> 00:24:08,115 Kemaluan awak ditendang. 459 00:24:08,198 --> 00:24:09,741 Hari ini sama saja seperti hari lain. 460 00:24:12,327 --> 00:24:13,537 Jadi, apa pendapat awak? 461 00:24:14,371 --> 00:24:16,331 Saya suka ucapannya. 462 00:24:17,249 --> 00:24:18,250 Tapi entahlah. 463 00:24:18,333 --> 00:24:21,336 Itulah tugas ahli politik, bukan? Bercakap. 464 00:24:22,796 --> 00:24:24,923 Bagaimana jika saya kata saya boleh tolong awak dapatkan kerja dengan dia? 465 00:24:25,924 --> 00:24:26,967 Kerja-kerja perfileman. 466 00:24:27,676 --> 00:24:31,805 Awak menyokong kempennya dan bukan buat kerja awak sekarang. 467 00:24:32,472 --> 00:24:34,224 Apa niat awak? 468 00:24:34,850 --> 00:24:36,894 Mula-mula awak kata awak bekerja dengan Breem, 469 00:24:36,977 --> 00:24:38,604 sekarang tiba-tiba, awak dengan pembangkang pula. 470 00:24:38,687 --> 00:24:40,355 Awak di pihak yang mana? 471 00:24:40,981 --> 00:24:42,441 Ia sangat mengelirukan. 472 00:24:42,524 --> 00:24:44,151 Macam Vertigo. 473 00:24:45,027 --> 00:24:46,361 Filem itu. 474 00:24:47,946 --> 00:24:49,114 Saya berpihak kepada diri sendiri. 475 00:24:49,198 --> 00:24:50,324 Okey. 476 00:24:51,491 --> 00:24:54,161 Jadi, saya dapat buat kerja perfileman. 477 00:24:54,912 --> 00:24:55,996 Awak dapat apa? 478 00:24:59,958 --> 00:25:04,171 Okey, tapi dia perlu berdiri di sana, di tepi kipas. 479 00:25:06,089 --> 00:25:07,090 Maaf. 480 00:25:07,758 --> 00:25:09,927 Okey, semua. Mari mulakan! 481 00:25:11,261 --> 00:25:13,263 Bergerak ke kanan! 482 00:25:13,347 --> 00:25:16,350 Satu, dua, tiga, empat, lima, enam. 483 00:25:50,050 --> 00:25:52,135 Ayuh lakukannya! 484 00:27:43,163 --> 00:27:45,165 Terjemahan sari kata oleh Tun Nur Hamizah