1 00:00:48,840 --> 00:00:50,008 Saya takut… 2 00:00:52,051 --> 00:00:53,344 dengan anak ini 3 00:00:54,429 --> 00:00:56,264 yang lahir terlalu awal di dunia. 4 00:00:59,017 --> 00:01:01,770 Takut dengan diri sendiri kerana buat keputusan ini. 5 00:01:09,527 --> 00:01:11,196 Mak takutkan segala-galanya. 6 00:01:31,466 --> 00:01:33,134 Mak tak sanggup bunuh kamu. 7 00:01:35,178 --> 00:01:36,513 Jadi mak tinggalkan kamu. 8 00:02:45,790 --> 00:02:47,959 Mak ingat mak boleh lupakan kamu. 9 00:03:00,346 --> 00:03:01,598 Hyun-su! 10 00:03:28,207 --> 00:03:29,751 Tapi mak kini nak tahu… 11 00:03:31,461 --> 00:03:33,421 kenapa kamu lahir seperti ini. 12 00:03:37,342 --> 00:03:40,428 Mungkin ini salah mak kerana tak hamilkan kamu cukup bulan. 13 00:03:57,195 --> 00:03:58,821 Atau mungkin ketamakan mak… 14 00:04:00,823 --> 00:04:02,533 yang jadikan kamu begini. 15 00:04:28,601 --> 00:04:29,894 Siapa anak mak? 16 00:04:31,020 --> 00:04:33,898 Adakah kamu rahmat atau sumpahan? 17 00:04:35,275 --> 00:04:36,693 Mak masih tak tahu. 18 00:04:45,368 --> 00:04:46,494 Mak sangka… 19 00:04:48,663 --> 00:04:50,123 dia ada jawapannya. 20 00:05:00,758 --> 00:05:02,260 Saya terlalu lambat, bukan? 21 00:05:06,055 --> 00:05:06,889 Tidak. 22 00:05:10,268 --> 00:05:11,394 Baguslah awak datang. 23 00:05:17,358 --> 00:05:18,484 Kenalkan diri. 24 00:05:18,568 --> 00:05:19,610 Dia mak awak. 25 00:05:34,751 --> 00:05:35,585 Helo. 26 00:05:49,432 --> 00:05:51,976 Kamu nampak seperti kanak-kanak biasa. 27 00:05:54,645 --> 00:05:55,772 Itu buat mak rasa lega. 28 00:06:40,358 --> 00:06:43,986 Mak luangkan masa dengan kamu setiap hari sambil memendam keresahan mak. 29 00:06:49,492 --> 00:06:52,286 Hari-hari biasa yang membuatkan mak rasa gelisah juga. 30 00:07:15,309 --> 00:07:17,145 Mak sangka kehidupan begini 31 00:07:18,146 --> 00:07:19,564 bukanlah kehidupan yang teruk. 32 00:07:26,028 --> 00:07:28,448 Mak sangka mak kehilangan kamu. 33 00:07:35,496 --> 00:07:37,665 Tiba-tiba kamu tak lagi dalam kesakitan. 34 00:07:44,755 --> 00:07:47,133 Kamu berdiri di depan mak sebagai orang berbeza. 35 00:07:48,468 --> 00:07:49,760 Barulah mak sedar. 36 00:08:01,105 --> 00:08:02,773 Walaupun mak cuba menidakkannya, 37 00:08:03,941 --> 00:08:06,277 anak mak seorang raksasa. 38 00:08:42,355 --> 00:08:43,397 Apa yang terjadi? 39 00:08:54,325 --> 00:08:55,743 Perlukah buat begitu? 40 00:08:57,411 --> 00:08:58,913 Saya mak dia. 41 00:08:59,956 --> 00:09:01,707 Walaupun dia sudah besar, 42 00:09:02,291 --> 00:09:03,584 walau apa pun dia, 43 00:09:05,419 --> 00:09:07,129 saya perlu mengecamnya. 44 00:09:09,757 --> 00:09:11,342 Saya takkan kehilangannya. 45 00:09:38,578 --> 00:09:41,080 Mak tak tahu sama ada mak cuba lindungi kamu 46 00:09:42,498 --> 00:09:45,876 atau lindungi dunia ini daripada kamu. 47 00:09:47,128 --> 00:09:48,963 Jangan sesekali tanggalkannya. 48 00:09:50,881 --> 00:09:51,716 Mak cuma… 49 00:09:53,676 --> 00:09:55,428 mahu bersama kamu saja. 50 00:09:56,637 --> 00:09:57,471 Faham? 51 00:10:17,658 --> 00:10:19,744 KARYA ASLI KARTUN WEB SWEET HOME OLEH CARNBY KIM DAN YOUNGCHAN HWANG 52 00:10:48,939 --> 00:10:55,946 SWEET HOME 53 00:11:04,080 --> 00:11:04,914 Mak… 54 00:11:07,124 --> 00:11:08,334 Orang ramai… 55 00:11:10,252 --> 00:11:11,337 Semua jahat. 56 00:11:12,797 --> 00:11:13,881 "Mak"? 57 00:11:14,548 --> 00:11:15,549 Awak pun sama. 58 00:11:58,300 --> 00:11:59,218 Cha Hyun-su. 59 00:12:02,596 --> 00:12:03,639 Cha Hyun-su! 60 00:12:13,774 --> 00:12:15,609 Awak nak pergi begitu saja? 61 00:12:16,819 --> 00:12:18,988 Nak saya sambut awak dengan gembira? 62 00:12:19,071 --> 00:12:19,905 Ya. 63 00:12:20,990 --> 00:12:23,576 Awak patut tanya jika saya sihat apabila berjumpa. 64 00:12:24,577 --> 00:12:25,911 Saya tak gembira jumpa awak. 65 00:12:29,707 --> 00:12:31,041 Awak yang lindungi saya? 66 00:12:33,210 --> 00:12:35,963 Awak yang bantu saya di tapak pembinaan, bukan? 67 00:12:39,717 --> 00:12:41,510 Awak yang buat saya rasa keliru. 68 00:12:43,137 --> 00:12:44,722 Kenapa awak larikan diri? 69 00:12:46,015 --> 00:12:47,308 Cakaplah. 70 00:12:48,726 --> 00:12:49,560 Kenapa? 71 00:12:50,186 --> 00:12:51,770 Nak lari lagi? 72 00:12:51,854 --> 00:12:53,564 Nak lari macam orang bodoh lagi? 73 00:12:57,735 --> 00:12:59,361 Saya ada di sana secara kebetulan. 74 00:13:00,362 --> 00:13:02,698 Saya bantu awak sebab kenal awak. 75 00:13:07,369 --> 00:13:08,412 Awak masih hidup. 76 00:13:10,748 --> 00:13:11,790 Bukankah itu dah cukup? 77 00:13:58,462 --> 00:13:59,964 Awak dah gila? 78 00:14:01,048 --> 00:14:03,342 Awak buat apa di sini, separuh raksasa? 79 00:14:11,058 --> 00:14:12,226 Berambus. 80 00:14:35,708 --> 00:14:37,042 Bodoh. 81 00:14:38,252 --> 00:14:39,920 Ha-ni pun pandai jaga nyawa. 82 00:14:41,130 --> 00:14:43,883 Kenapa awak kejar raksasa? 83 00:14:45,843 --> 00:14:47,511 Bersyukurlah awak masih hidup. 84 00:14:52,433 --> 00:14:53,475 Baguslah. 85 00:14:56,687 --> 00:14:57,980 Dia masih bertahan 86 00:14:59,189 --> 00:15:00,190 dan tak mati. 87 00:15:10,075 --> 00:15:12,036 Jika nak cari masalah dengan raksasa 88 00:15:12,119 --> 00:15:13,913 dan bawa mereka ke rumah kami, 89 00:15:15,414 --> 00:15:16,707 berambuslah. 90 00:15:30,596 --> 00:15:32,765 - Kenapa buat begitu? - Saya benci dia. 91 00:15:33,641 --> 00:15:35,267 Kenapa? 92 00:15:35,351 --> 00:15:38,938 Awak menyakiti kawan-kawan saya dan asyik hilangkan diri kerananya! 93 00:15:41,273 --> 00:15:42,733 Demi melindunginya. 94 00:15:43,776 --> 00:15:44,985 Saya tak percaya awak. 95 00:15:53,160 --> 00:15:54,161 Pada mulanya, 96 00:15:56,038 --> 00:15:57,748 saya nak tahu tentang manusia 97 00:15:57,831 --> 00:15:59,124 sebab mereka macam mak. 98 00:16:02,878 --> 00:16:04,421 Jadi saya hampiri mereka, 99 00:16:05,881 --> 00:16:07,007 tapi mereka sakiti saya. 100 00:16:08,926 --> 00:16:10,594 Mereka tengking, tolak 101 00:16:12,012 --> 00:16:13,305 dan menyakiti saya. 102 00:16:14,390 --> 00:16:16,308 Mereka bakar semua kawan saya! 103 00:16:19,687 --> 00:16:21,230 Mereka nak saya bersendirian. 104 00:16:25,401 --> 00:16:26,610 Mereka cuma takut. 105 00:16:30,531 --> 00:16:32,241 Takut kehilangan orang tersayang. 106 00:16:35,077 --> 00:16:36,620 Saya pun akan buat begitu. 107 00:16:41,458 --> 00:16:43,168 Saya akan balas perbuatan mereka. 108 00:16:47,464 --> 00:16:48,799 Awak pun patut rasainya. 109 00:16:51,301 --> 00:16:53,053 Mungkin baru awak akan faham 110 00:16:54,096 --> 00:16:55,097 kesakitan saya. 111 00:17:01,478 --> 00:17:03,105 Itu sebabnya saya datang. 112 00:17:08,402 --> 00:17:09,445 Jom balik rumah. 113 00:17:11,113 --> 00:17:12,072 Okey? 114 00:17:17,369 --> 00:17:18,704 Kita tiada rumah lagi. 115 00:17:20,456 --> 00:17:21,749 Ia dah dibakar. 116 00:18:14,635 --> 00:18:15,636 Sekarang, 117 00:18:17,054 --> 00:18:18,430 saya tak perlukan awak 118 00:18:19,473 --> 00:18:20,557 mahupun mak. 119 00:20:30,187 --> 00:20:31,188 Yi-kyung! 120 00:20:33,023 --> 00:20:34,191 Awak ada di mana? 121 00:20:49,498 --> 00:20:50,457 Yi-kyung… 122 00:21:22,698 --> 00:21:23,907 Hyun-su. 123 00:21:26,576 --> 00:21:27,703 Yi-kyung, awak okey? 124 00:21:28,578 --> 00:21:31,123 Saya musnahkan segala-galanya. 125 00:21:31,957 --> 00:21:34,918 Saya nak dia membesar macam awak. 126 00:21:38,922 --> 00:21:41,425 Itu saja yang saya mahukan. 127 00:21:42,759 --> 00:21:44,177 Awak tak bersalah. 128 00:21:57,441 --> 00:21:58,900 Saya sepatutnya bunuh dia. 129 00:22:00,193 --> 00:22:03,280 Itulah yang saya sentiasa fikirkan sewaktu membesarkannya. 130 00:22:04,281 --> 00:22:05,240 Saya yakin… 131 00:22:06,616 --> 00:22:09,411 dia dapat rasakan perasaan saya. 132 00:22:11,413 --> 00:22:12,414 Tidak. 133 00:22:14,041 --> 00:22:15,542 Saya tengok cara dia dijaga. 134 00:22:17,127 --> 00:22:19,796 Saya tahu perasaan awak selama ini. 135 00:22:19,880 --> 00:22:22,174 Semuanya salah saya. 136 00:22:24,676 --> 00:22:27,346 Saya punca semua ini. 137 00:22:29,765 --> 00:22:31,224 Ini lebih baik. 138 00:22:32,809 --> 00:22:35,520 Mungkin lebih baik saya mati di sini. 139 00:22:37,689 --> 00:22:39,024 Jadi saya tak perlu… 140 00:22:42,527 --> 00:22:44,321 bunuh dia dengan tangan sendiri. 141 00:22:48,575 --> 00:22:50,118 Awak memang nak bunuh dia? 142 00:22:52,329 --> 00:22:54,164 Kenapa? Awak mak dia. 143 00:22:55,082 --> 00:22:56,208 Kenapa? 144 00:22:56,291 --> 00:22:57,751 Saya tak layak jadi mak. 145 00:22:59,294 --> 00:23:01,922 Sudah beribu-ribu kali saya fikirkannya. 146 00:23:03,340 --> 00:23:08,512 "Kenapa anak saya lahir begini? 147 00:23:11,056 --> 00:23:12,516 Semua ini salah saya. 148 00:23:12,599 --> 00:23:14,976 Ketamakan saya… 149 00:23:16,728 --> 00:23:17,729 telah… 150 00:23:19,940 --> 00:23:21,108 menjadikannya… 151 00:23:24,528 --> 00:23:26,029 raksasa." 152 00:23:27,239 --> 00:23:28,448 Apa masalahnya? 153 00:23:30,659 --> 00:23:32,369 Tak salah jadi raksasa. 154 00:23:38,875 --> 00:23:43,797 Mak… 155 00:23:47,092 --> 00:23:48,385 Dia melindungi awak. 156 00:23:49,803 --> 00:23:51,763 Dia anggap awak sebagai keluarganya. 157 00:23:53,849 --> 00:23:54,891 Raksasa ada perasaan 158 00:23:55,559 --> 00:23:57,227 dan mengecam wajah. 159 00:23:58,353 --> 00:23:59,938 Mereka pun pernah jadi manusia. 160 00:24:09,656 --> 00:24:12,617 Mak… 161 00:24:14,619 --> 00:24:16,580 Mak… 162 00:24:43,648 --> 00:24:44,691 Kenapa dengan dia? 163 00:24:46,735 --> 00:24:47,903 Bukalah mata. 164 00:24:49,988 --> 00:24:51,031 Awak buat apa? 165 00:24:51,114 --> 00:24:53,408 Saya rasa dia dah mati. 166 00:24:55,410 --> 00:24:56,536 Apa yang terjadi? 167 00:25:00,832 --> 00:25:02,542 Kenapa dia tiba-tiba jadi begini? 168 00:25:03,126 --> 00:25:04,252 Dia telah diracuni. 169 00:25:05,795 --> 00:25:07,130 Berapa banyak awak beri? 170 00:25:08,256 --> 00:25:09,299 Sebanyak itu. 171 00:25:09,382 --> 00:25:10,800 Semangkuk saja. 172 00:25:11,718 --> 00:25:12,969 Awak beri dia semua itu? 173 00:25:22,938 --> 00:25:24,397 Apa ini? 174 00:25:24,481 --> 00:25:25,440 Cendawan beracun. 175 00:25:26,274 --> 00:25:27,901 Ia menyebabkan halusinasi. 176 00:25:28,526 --> 00:25:30,320 Tubuhnya ada daya ketahanan, 177 00:25:31,613 --> 00:25:33,949 tapi lelaki itu perlukan penawar. 178 00:25:35,075 --> 00:25:36,034 Hei! 179 00:25:38,662 --> 00:25:40,288 Bangunlah! 180 00:25:55,470 --> 00:25:56,805 Tak guna. 181 00:25:58,848 --> 00:26:00,892 Sampai hati dia hilangkan diri lagi. 182 00:26:03,270 --> 00:26:07,107 Dulu, dia lukakan hati saya kerana jadi tentera tanpa beritahu saya. 183 00:26:08,525 --> 00:26:11,111 Sekarang, dia buat saya menangis kerana wanita lain? 184 00:26:13,238 --> 00:26:15,907 PARK CHAN-YEONG 185 00:26:15,991 --> 00:26:17,867 Saya dah bencikan dia. 186 00:26:21,162 --> 00:26:23,123 Kalau nak buang, beri kepada kakak. 187 00:26:27,085 --> 00:26:28,378 Tak guna. 188 00:26:31,464 --> 00:26:33,550 Kakak tahu betapa berharganya baju ini? 189 00:26:33,633 --> 00:26:35,468 Ada banyak baju sama di sana. 190 00:26:35,552 --> 00:26:36,803 Semuanya berbeza. 191 00:26:37,304 --> 00:26:41,016 Chan-yeong tandatangan dan beri ini kepada saya. 192 00:26:41,099 --> 00:26:43,727 Ingatkan awak tak nak sebab awak buang. 193 00:26:46,646 --> 00:26:47,647 Sakitnya hati. 194 00:26:49,983 --> 00:26:51,943 - Bersedia? - Untuk apa? 195 00:26:52,027 --> 00:26:53,153 Kakak nak ke mana? 196 00:26:53,695 --> 00:26:56,406 Hari ini, hari bertemu Paderi Peter. 197 00:26:57,073 --> 00:26:58,825 Saya tak nak pergi hari ini. 198 00:26:59,326 --> 00:27:01,328 Jom. Kakak tak nak pergi sendirian. 199 00:27:05,832 --> 00:27:07,125 Benarkan saya ikut sekali. 200 00:27:07,208 --> 00:27:08,043 Tidak. 201 00:27:09,252 --> 00:27:10,587 Ini hal peribadi. 202 00:27:10,670 --> 00:27:13,173 Yong-seok bukan hal peribadi. Tuan terlalu semberono. 203 00:27:13,256 --> 00:27:15,175 Jangan terlalu berdrama. 204 00:27:16,760 --> 00:27:18,094 Beri laporan untuk saya esok. 205 00:27:19,220 --> 00:27:20,555 Cakaplah saya cari Yong-seok. 206 00:27:20,638 --> 00:27:22,015 Tak boleh, tuan. 207 00:27:25,352 --> 00:27:26,394 Maaf, tuan. 208 00:27:27,979 --> 00:27:29,564 Saya perlu lindungi tuan. 209 00:27:35,111 --> 00:27:36,863 Awak dapat isyarat dari Bamseom? 210 00:27:40,200 --> 00:27:41,159 Ya, tuan. 211 00:27:41,242 --> 00:27:42,577 Tak apakah bersendirian? 212 00:27:43,078 --> 00:27:44,412 Bawa beberapa orang sekali. 213 00:27:47,707 --> 00:27:49,626 Kenapa tuan tiba-tiba ubah fikiran? 214 00:27:50,960 --> 00:27:53,171 Biar saya ikut. Kita hala ke arah sama. 215 00:27:58,259 --> 00:28:00,595 Awak boleh fikir sesuka hati. 216 00:28:00,678 --> 00:28:04,641 Yang penting, fokus untuk balik dalam keadaan masih hidup. 217 00:28:06,434 --> 00:28:07,268 Saya nak ikut. 218 00:28:07,894 --> 00:28:09,687 Yong-seok kawan dan orang bawahan saya. 219 00:28:12,565 --> 00:28:13,400 Tinggal di sini, Min. 220 00:28:13,483 --> 00:28:14,317 Kim Yeong-hu. 221 00:28:14,984 --> 00:28:16,778 Awak kata kita semua sekeluarga. 222 00:28:18,071 --> 00:28:19,781 Awak nak pergi tanpa saya? 223 00:28:19,864 --> 00:28:20,698 Dengar sini. 224 00:28:22,200 --> 00:28:24,577 Siapa nak ketuai mereka jika kita berdua mati? 225 00:28:25,078 --> 00:28:26,746 Mereka pun perlukan awak. 226 00:28:31,126 --> 00:28:32,252 Seo-jin. 227 00:28:34,337 --> 00:28:35,672 Saya akan bawa dia balik. 228 00:28:40,427 --> 00:28:41,636 Percayalah. 229 00:28:42,345 --> 00:28:43,430 Saya percaya. 230 00:28:44,848 --> 00:28:46,683 Awak lebih hebat daripada saya. 231 00:28:47,684 --> 00:28:48,977 Tapi saya dapat rasakan 232 00:28:49,978 --> 00:28:51,730 saya pun perlu pergi. 233 00:28:53,148 --> 00:28:55,191 Saya tak boleh biarkan awak pergi saja. 234 00:28:57,485 --> 00:28:58,737 Bawa saya sekali, Yeong-hu. 235 00:28:59,571 --> 00:29:00,655 Apa pun, 236 00:29:01,281 --> 00:29:04,200 saya tak boleh buat apa-apa jika sesuatu terjadi 237 00:29:05,243 --> 00:29:06,536 kepada awak dan Yong-seok. 238 00:29:09,581 --> 00:29:12,292 Kenapa awak begitu serius? 239 00:29:13,042 --> 00:29:14,502 Saya pun nak ikut. 240 00:29:14,586 --> 00:29:16,004 Jom pergi sama-sama. 241 00:29:18,006 --> 00:29:19,382 Saya seorang saja rasa geli? 242 00:29:19,466 --> 00:29:20,800 Meremang bulu roma saya. 243 00:29:20,884 --> 00:29:22,177 Mari bertolak! 244 00:29:22,260 --> 00:29:24,053 Saya tak boleh memandu sebab sakit. 245 00:29:24,137 --> 00:29:26,306 Jom, semua. 246 00:29:29,976 --> 00:29:31,936 Tak nampak jika pakai kaca mata hitam. 247 00:29:33,021 --> 00:29:33,938 Mari. 248 00:30:04,135 --> 00:30:04,969 Tak pergi lagi? 249 00:30:09,891 --> 00:30:12,143 Kenapa? Awak sangat senyap hari ini. 250 00:30:14,771 --> 00:30:16,856 Saya tak boleh biarkan saja. 251 00:30:16,940 --> 00:30:18,775 - Jom minum. - Apa? 252 00:30:30,078 --> 00:30:32,247 Kalau nak mencuri, buat senyap-senyap. 253 00:30:32,872 --> 00:30:34,207 Biarlah saya ambil. 254 00:30:34,749 --> 00:30:35,583 Nanti saya bayar. 255 00:30:37,126 --> 00:30:38,086 Ada banyak lagi? 256 00:30:39,379 --> 00:30:40,421 Jom minum sekali. 257 00:30:55,144 --> 00:30:56,396 Jadi… 258 00:30:56,479 --> 00:30:58,815 awak akan terima dia atau tak? 259 00:31:00,275 --> 00:31:02,610 Sudahlah. Dia seorang paderi. 260 00:31:02,694 --> 00:31:04,362 Kenapa? Bukannya saya suruh kahwin. 261 00:31:04,445 --> 00:31:05,989 Dia boleh bercinta. 262 00:31:07,448 --> 00:31:08,408 Berhenti minum. 263 00:31:09,909 --> 00:31:10,743 Hei. 264 00:31:11,244 --> 00:31:13,371 Ada apa antara kamu berdua? 265 00:31:13,454 --> 00:31:14,873 Kamu berdua bercinta? 266 00:31:14,956 --> 00:31:16,624 Awak mempermainkan kakak saya? 267 00:31:16,708 --> 00:31:17,959 Awak dah mabuk. Baliklah. 268 00:31:22,088 --> 00:31:23,631 Lelaki semua pengecut. 269 00:31:24,424 --> 00:31:25,967 Itu sebabnya awak ditinggalkan. 270 00:31:27,677 --> 00:31:30,138 Semua lelaki akan lari sebab perangai awak. 271 00:31:30,221 --> 00:31:32,015 Awak kata apa? 272 00:31:32,098 --> 00:31:33,057 Hei! 273 00:31:33,141 --> 00:31:34,475 Awak tak tahu apa-apa! 274 00:31:34,559 --> 00:31:36,102 Awak tahu apa erti cinta? 275 00:31:57,832 --> 00:31:59,792 Saya sangka saya dah ubah jadi raksasa. 276 00:32:00,335 --> 00:32:02,003 Saya sangka terdengar suara tadi. 277 00:32:02,086 --> 00:32:03,671 Jangan cakap begitu. 278 00:32:04,297 --> 00:32:06,007 Kejadian buruk baru terjadi. 279 00:32:07,467 --> 00:32:08,927 Aduhai. 280 00:32:10,178 --> 00:32:12,931 Sudah lama tak dengar bunyi muzik. 281 00:32:14,182 --> 00:32:15,266 Paderi. 282 00:32:15,350 --> 00:32:17,393 Banyak yang awak miliki. 283 00:32:18,186 --> 00:32:19,270 Ini tak percuma. 284 00:32:19,354 --> 00:32:21,522 Awak perlu buat pengakuan jika minum. 285 00:32:21,606 --> 00:32:23,399 Awak tak datang tadi. 286 00:32:23,483 --> 00:32:25,777 Sudahlah, jangan berkira sangat. 287 00:32:25,860 --> 00:32:27,946 Awak datang dengan tangan kosong. 288 00:32:36,204 --> 00:32:37,747 Kenapa cakap begitu? 289 00:32:38,414 --> 00:32:40,249 Kalau tamak, boleh jadi raksasa. 290 00:32:40,333 --> 00:32:42,377 Kita perlu berkongsi. 291 00:32:42,460 --> 00:32:44,587 Apa salahnya jadi raksasa? 292 00:32:45,338 --> 00:32:46,381 Boleh hidup lebih lama. 293 00:32:47,715 --> 00:32:49,300 Kita takkan sakit… 294 00:32:50,885 --> 00:32:52,261 mahupun rasa takut. 295 00:32:55,431 --> 00:32:57,433 - Sudahlah. - Betul. 296 00:32:57,517 --> 00:33:00,895 Hidup begini memang teruk, 297 00:33:00,979 --> 00:33:02,563 tapi saya tak berseorangan. 298 00:33:03,356 --> 00:33:05,692 Saya gembira asalkan tak jadi raksasa. 299 00:33:07,026 --> 00:33:09,195 Itu saja yang saya mahukan. 300 00:33:09,862 --> 00:33:11,948 Saya nak keluar secepat mungkin. 301 00:33:13,199 --> 00:33:15,702 Banyak yang saya nak tunjuk dan ajar, 302 00:33:16,619 --> 00:33:17,954 tapi tak boleh buat di sini. 303 00:33:20,623 --> 00:33:21,708 Awak pula? 304 00:33:22,583 --> 00:33:24,127 Ceritalah tentang diri awak. 305 00:33:24,836 --> 00:33:26,421 Awak tak pernah bercerita. 306 00:33:26,504 --> 00:33:27,380 Betul. 307 00:33:28,297 --> 00:33:29,799 Ceritalah kepada kami. 308 00:33:30,591 --> 00:33:32,969 Hidup saya dulu dan sekarang sama saja. 309 00:33:34,929 --> 00:33:36,389 Saya tiada tempat untuk balik. 310 00:33:42,186 --> 00:33:43,187 Baguslah. 311 00:33:44,522 --> 00:33:46,274 Saya suka dunia dah musnah. 312 00:33:50,194 --> 00:33:52,780 Kita semua berkawan sebab kita semua sama. 313 00:33:53,906 --> 00:33:55,366 Saya dah tak sunyi lagi. 314 00:33:58,703 --> 00:33:59,912 Dulu awak miskin, bukan? 315 00:33:59,996 --> 00:34:01,539 Saya kaya. 316 00:34:01,622 --> 00:34:02,665 Jangan mengarut. 317 00:34:02,749 --> 00:34:04,208 Orang kaya takkan cakap begitu. 318 00:34:05,293 --> 00:34:08,087 Mustahil awak gembira selepas kehilangan semuanya. 319 00:34:08,171 --> 00:34:09,672 Ini buat saya murung. 320 00:34:10,339 --> 00:34:11,632 Sudahlah. 321 00:34:11,716 --> 00:34:13,634 Saya, Jung Ye-seul, 322 00:34:14,135 --> 00:34:16,429 akan menggembirakan semua. 323 00:34:16,512 --> 00:34:17,889 Mari sini. 324 00:34:17,972 --> 00:34:19,557 Okey! 325 00:34:57,053 --> 00:34:58,930 Saya patut tukar papan tanda. 326 00:35:38,302 --> 00:35:39,804 Awak nampak gembira. 327 00:35:39,887 --> 00:35:43,057 Awak takkan faham kerana kerap keluar. 328 00:35:43,141 --> 00:35:45,184 Cuba tinggal di bawah tanah untuk setahun. 329 00:35:47,937 --> 00:35:50,148 Semuanya nampak baharu. 330 00:35:50,231 --> 00:35:52,150 Tak semua orang macam awak. 331 00:35:52,233 --> 00:35:53,943 Orang selalunya takut. 332 00:35:55,611 --> 00:35:57,071 Kenapa bawa beg? 333 00:36:00,741 --> 00:36:02,326 Ini kotak rahsia. 334 00:36:02,410 --> 00:36:03,703 Ada apa di dalamnya? 335 00:36:03,786 --> 00:36:05,121 Tak tahu maksud "rahsia"? 336 00:36:05,204 --> 00:36:07,707 Ia rahsia sebab saya tak tahu ada apa di dalamnya. 337 00:36:17,133 --> 00:36:18,926 Berhenti! 338 00:36:19,677 --> 00:36:21,012 Berhenti! 339 00:36:21,095 --> 00:36:23,264 Berhenti! 340 00:36:23,973 --> 00:36:27,018 Tidak. Berhenti! 341 00:36:27,643 --> 00:36:29,812 Berhenti! 342 00:36:31,189 --> 00:36:32,190 Alamak. 343 00:36:34,275 --> 00:36:35,109 Tidak. 344 00:36:35,193 --> 00:36:37,695 Berhenti! 345 00:36:39,822 --> 00:36:41,032 Kenapa? 346 00:36:41,115 --> 00:36:42,283 Saya sakit perut. 347 00:36:44,202 --> 00:36:45,328 Kita dah nak sampai. 348 00:36:45,411 --> 00:36:47,163 Saya perlu buang air sekarang. 349 00:36:47,246 --> 00:36:48,915 Sekejap saja. Tunggu. 350 00:36:51,083 --> 00:36:52,752 - Hei, Jong-hyun! - Ya. 351 00:36:52,835 --> 00:36:54,086 Ekori dia. 352 00:36:54,921 --> 00:36:55,880 Tak guna. 353 00:37:00,343 --> 00:37:02,011 Kenapa bawa beg itu? 354 00:37:02,094 --> 00:37:03,804 Saya tak tahu ada apa di dalam. 355 00:37:24,659 --> 00:37:25,993 Dia tak siap lagi? 356 00:37:26,577 --> 00:37:28,120 Agaknya lama dia tahan. 357 00:37:28,204 --> 00:37:29,622 Apa yang dia makan? 358 00:37:29,705 --> 00:37:30,581 Hati-hati. 359 00:37:31,374 --> 00:37:32,541 Baik, tuan. 360 00:37:49,308 --> 00:37:50,226 Ada pergerakan. 361 00:37:50,810 --> 00:37:52,228 Bersedia untuk beri sokongan. 362 00:37:52,311 --> 00:37:53,145 Baik. 363 00:37:55,398 --> 00:37:56,315 Seo-jin, nampak apa-apa? 364 00:37:58,192 --> 00:37:59,443 Saya tak nampak apa-apa. 365 00:38:01,529 --> 00:38:02,989 - Seok-chan, sedia. - Baik. 366 00:38:07,076 --> 00:38:10,413 Jangan sentuh… 367 00:38:14,834 --> 00:38:15,835 Saya dah lap. 368 00:38:23,050 --> 00:38:23,884 Apa itu? 369 00:38:35,855 --> 00:38:37,315 - Tinggalkannya. - Tak nak. 370 00:38:38,649 --> 00:38:39,817 Tak boleh. 371 00:38:48,034 --> 00:38:48,951 Bedebah. 372 00:38:50,578 --> 00:38:51,412 Lari! 373 00:39:15,269 --> 00:39:16,812 Kenapa beg ini berat? 374 00:39:17,646 --> 00:39:19,023 Tak guna. 375 00:39:54,975 --> 00:39:56,185 Lari! 376 00:40:45,609 --> 00:40:47,069 - Jangan rosakkan beg. - Tak guna. 377 00:40:47,153 --> 00:40:48,696 - Marahlah saya. - Nahaslah awak. 378 00:40:48,779 --> 00:40:50,573 Nak patah tangan saya angkat. 379 00:40:50,656 --> 00:40:53,033 Awak patut buat senaman untuk bahu. 380 00:40:54,160 --> 00:40:55,327 Apa yang awak rahsiakan? 381 00:40:55,995 --> 00:40:57,329 Saya tak berahsia. 382 00:40:58,038 --> 00:40:59,623 Periksa beg itu, Jong-hyun. 383 00:40:59,707 --> 00:41:01,625 Jangan sentuh. Tunggu! 384 00:41:03,961 --> 00:41:05,713 Tak guna. 385 00:41:06,422 --> 00:41:08,424 Saya dah suruh buang! Kenapa bawa? 386 00:41:10,050 --> 00:41:12,303 Staf Sarjan Min, tak sangka awak cepat takut. 387 00:41:12,386 --> 00:41:13,512 Ia dah mati. 388 00:41:13,596 --> 00:41:14,680 Itulah maksud saya. 389 00:41:14,763 --> 00:41:17,057 Kenapa bawa bangkai raksasa? 390 00:41:17,141 --> 00:41:19,727 Nak buka muzium raksasa? 391 00:41:19,810 --> 00:41:21,770 - Saya tak pernah nampak ini. - Tak guna. 392 00:41:22,605 --> 00:41:24,148 Awak tak rasa raksasa tadi 393 00:41:25,357 --> 00:41:26,734 agak pelik? 394 00:41:29,153 --> 00:41:31,864 Raksasa tak mengecam satu sama lain. 395 00:41:31,947 --> 00:41:34,408 Mereka tak pernah bekerjasama 396 00:41:35,367 --> 00:41:36,785 untuk kecapi satu matlamat. 397 00:41:36,869 --> 00:41:38,621 - Kali ini pula? - Betul. 398 00:41:39,205 --> 00:41:41,081 Mereka bergerak serentak macam tunggu kita. 399 00:41:41,165 --> 00:41:42,708 Mereka bekerjasama. 400 00:41:42,791 --> 00:41:45,044 Jadi mereka nak serang hendap kita? 401 00:41:46,337 --> 00:41:48,672 Atau mereka sedang cuba melindungi sesuatu. 402 00:42:18,744 --> 00:42:20,871 PARLIMEN YEOUI-DAERO 403 00:43:01,245 --> 00:43:02,955 Tak guna. 404 00:43:08,752 --> 00:43:09,587 Apa itu? 405 00:43:25,311 --> 00:43:28,147 Walaupun pahit, kunyah. Jangan telan. 406 00:43:29,398 --> 00:43:30,357 Tak nak. 407 00:43:30,858 --> 00:43:31,984 Saya takkan makan. 408 00:43:33,319 --> 00:43:35,738 Bawa dia ke tempat lain. Dia dah nazak. 409 00:43:42,411 --> 00:43:43,329 Itu penawar? 410 00:43:45,664 --> 00:43:48,208 Awak perlu terangkan benda itu sebelum beri kepadanya. 411 00:43:49,418 --> 00:43:52,296 Awak ingat saya akan beri racun kepada orang yang nazak? 412 00:43:59,928 --> 00:44:00,929 Kunyah. 413 00:44:03,140 --> 00:44:04,224 Diam dan kunyah. 414 00:45:23,929 --> 00:45:24,763 Mari. 415 00:45:27,724 --> 00:45:29,643 Sudah setahun. 416 00:45:29,726 --> 00:45:30,769 Tunggu. 417 00:45:32,020 --> 00:45:33,480 Baru setahun berlalu. 418 00:45:35,065 --> 00:45:37,109 Ini bukan pulau lagi. Ia dah jadi tanah besar. 419 00:45:37,609 --> 00:45:39,486 Alam pun berubah ikut bencana. 420 00:45:42,030 --> 00:45:43,157 Apa maksud tuan? 421 00:45:43,824 --> 00:45:45,659 Apabila manusia sudah tiada, 422 00:45:45,742 --> 00:45:47,536 ia berubah jadi seperti sediakala. 423 00:46:37,794 --> 00:46:38,712 Selamat. 424 00:46:50,516 --> 00:46:52,559 - Seok-chan. - Ya, tuan. 425 00:46:53,143 --> 00:46:54,520 Ini lebih baik? 426 00:46:54,603 --> 00:46:56,772 Saya perlu percayakan sesuatu sekarang. 427 00:46:58,398 --> 00:46:59,733 Kita akan okey, bukan? 428 00:47:01,318 --> 00:47:02,653 Kenapa tanya saya? 429 00:47:02,736 --> 00:47:04,279 Tanya apa yang awak percayakan. 430 00:47:06,448 --> 00:47:08,408 Itu sebabnya saya tanya tuan. 431 00:47:12,538 --> 00:47:13,664 Jangan tanya. 432 00:47:15,791 --> 00:47:17,876 Ikut saya, Dr. Lim. 433 00:47:18,502 --> 00:47:19,586 Seok-chan, ikut saya. 434 00:47:19,670 --> 00:47:21,004 Baik, tuan. Tentulah. 435 00:47:21,088 --> 00:47:22,839 Kita takkan gerak sama-sama? 436 00:47:24,007 --> 00:47:25,425 Saya takut. 437 00:47:25,509 --> 00:47:26,927 Saya ada dosa yang perlu ditebus. 438 00:47:28,929 --> 00:47:31,265 Seo-jin, bawa semua orang dan cari Yong-seok. 439 00:47:31,348 --> 00:47:32,182 Baik. 440 00:47:32,266 --> 00:47:33,850 Kita jumpa semula nanti. 441 00:47:34,560 --> 00:47:35,519 Hei, Seo-jin. 442 00:47:38,564 --> 00:47:40,274 Jangan cedera, jangan mati. 443 00:47:43,527 --> 00:47:44,570 Pergi. 444 00:47:51,201 --> 00:47:52,494 Kita perlu ke mana? 445 00:47:52,578 --> 00:47:53,704 Ke bahagian saya. 446 00:47:54,288 --> 00:47:55,372 Bahagian penyelidikan? 447 00:47:57,332 --> 00:47:59,001 Staf Sarjan Kim, awak pandai lawan? 448 00:47:59,084 --> 00:48:01,044 Awak pandai bunuh raksasa? 449 00:48:01,128 --> 00:48:02,629 Awak perlu jadi begitu. 450 00:48:02,713 --> 00:48:04,548 Saya tak tahu ada apa di sana. 451 00:48:05,257 --> 00:48:06,091 Mari. 452 00:48:25,986 --> 00:48:27,529 Awak sentiasa lukis yang sama. 453 00:48:28,113 --> 00:48:30,198 Ya. Ini rumah saya. 454 00:48:31,074 --> 00:48:34,244 Bila kita boleh balik? Saya nak balik rumah. 455 00:48:34,328 --> 00:48:35,370 Nanti. 456 00:48:36,163 --> 00:48:37,789 Bukan sekarang, nanti. 457 00:48:38,624 --> 00:48:40,292 Berapa lama saya perlu tunggu? 458 00:48:40,876 --> 00:48:41,918 Kita tak boleh balik. 459 00:48:43,170 --> 00:48:44,087 Yeong-su. 460 00:48:45,130 --> 00:48:46,632 Semua itu satu penipuan. 461 00:48:46,715 --> 00:48:49,217 Bagaimana jika kita jadi raksasa seperti mak Jun-il? 462 00:48:50,010 --> 00:48:52,179 Yeong-su, awak jahat. 463 00:48:52,262 --> 00:48:54,473 Mak cik pun tak perlu hidup seperti orang baik. 464 00:48:54,556 --> 00:48:56,099 Nanti boleh mati. 465 00:48:56,808 --> 00:48:58,060 - Kim Yeong-su. - Lepas! 466 00:48:58,644 --> 00:49:00,395 Siapa mak cik untuk bunuh saya? 467 00:49:00,479 --> 00:49:01,980 Mak cik bukan mak saya! 468 00:49:08,111 --> 00:49:10,113 Kenapa masih jaga budak itu? 469 00:49:12,240 --> 00:49:15,410 Mak dah hampir hilang sabar. Pergi dari sini. 470 00:49:18,288 --> 00:49:20,374 Saya tak nampak apa-apa di sana. 471 00:49:20,457 --> 00:49:21,667 Betulkah? 472 00:49:22,334 --> 00:49:25,420 Saya harap tak ada raksasa yang muncul dari sana. 473 00:49:26,046 --> 00:49:28,757 - Apa maksud awak? - Awak tak tahu? 474 00:49:28,840 --> 00:49:31,385 Siling boleh pecah sewaktu kita cari sarang semut. 475 00:49:31,468 --> 00:49:34,638 Rumah kecil pun ada benda mengejutkan, apatah lagi tempat besar. 476 00:49:34,721 --> 00:49:36,056 Siapa tahu ada apa di sana? 477 00:49:36,139 --> 00:49:37,808 Imaginasi awak dah melampau. 478 00:49:37,891 --> 00:49:40,894 Kita pasti jumpa sesuatu jika bekerja keras. 479 00:49:47,275 --> 00:49:48,360 Awak pun nak pergi? 480 00:49:49,861 --> 00:49:51,446 Alang-alang sudah sampai di sini. 481 00:49:54,157 --> 00:49:55,492 Mengarutlah. 482 00:49:56,827 --> 00:49:58,954 Awak tak perlu buat begini, Ye-seul. 483 00:49:59,621 --> 00:50:01,415 Kenapa nak bekerja keras? 484 00:50:01,498 --> 00:50:03,291 Cik Ji jaga awak. 485 00:50:04,042 --> 00:50:05,836 Saya nak penuhi tugas saya saja. 486 00:50:05,919 --> 00:50:08,463 Saya perlu buat sesuatu supaya tak jatuhkan maruah mak. 487 00:50:09,381 --> 00:50:12,175 Hati awak secantik wajah awak. 488 00:50:14,803 --> 00:50:15,679 Pak cik. 489 00:50:15,762 --> 00:50:17,597 Saya bukan orang tua. 490 00:50:17,681 --> 00:50:20,225 Usia kita tak jauh berbeza. 491 00:50:20,308 --> 00:50:21,560 Awak tahu usia saya? 492 00:50:22,769 --> 00:50:23,895 Saya… 493 00:50:23,979 --> 00:50:25,063 Awak suka saya? 494 00:50:27,107 --> 00:50:28,650 Saya tak boleh kata tak. 495 00:50:29,609 --> 00:50:32,821 Semua orang suka awak, Ye-seul. 496 00:50:33,530 --> 00:50:34,448 Tapi… 497 00:50:36,366 --> 00:50:37,617 saya tak suka awak. 498 00:50:38,326 --> 00:50:39,369 Awak bukan jenis yang saya suka. 499 00:50:39,870 --> 00:50:43,081 Kalau dunia kiamat pun, saya takkan pilih awak. 500 00:50:51,590 --> 00:50:53,091 Tak guna. 501 00:50:54,885 --> 00:50:55,719 Apa itu? 502 00:52:06,248 --> 00:52:07,290 Ye-seul. 503 00:52:12,045 --> 00:52:13,255 Tolong saya. 504 00:52:13,964 --> 00:52:15,632 Awak saja yang saya boleh percaya. 505 00:52:17,509 --> 00:52:18,343 Tolonglah. 506 00:52:34,109 --> 00:52:35,527 Unit carian hantar isyarat? 507 00:52:35,610 --> 00:52:37,821 Ya. Mereka sudah tiba di Bamseom dengan selamat. 508 00:52:38,405 --> 00:52:39,614 Mereka boleh dihubungi? 509 00:52:40,490 --> 00:52:43,076 Tidak. Mereka terlalu jauh. 510 00:52:44,369 --> 00:52:47,122 Jika dapat isyarat lain, laporkan serta-merta. 511 00:52:47,706 --> 00:52:48,707 Baik, tuan. 512 00:52:52,502 --> 00:52:53,879 Apa yang terjadi? 513 00:52:55,005 --> 00:52:55,839 Apa ini? 514 00:53:13,815 --> 00:53:15,191 KECEMASAN AMARAN 515 00:53:20,989 --> 00:53:22,282 KECEMASAN BAHAYA 516 00:53:24,826 --> 00:53:26,369 Sesuatu halang penghantaran isyarat. 517 00:53:28,538 --> 00:53:29,497 Saya yakin. 518 00:53:29,581 --> 00:53:30,957 Saya terdengar sesuatu. 519 00:53:31,041 --> 00:53:32,250 Ada bunyi raksasa 520 00:53:32,792 --> 00:53:34,544 datang dari belakang dinding. 521 00:53:34,628 --> 00:53:36,421 Beritahu Tuan Tak. 522 00:53:36,504 --> 00:53:37,422 Baiklah. 523 00:53:38,298 --> 00:53:39,466 Tuan. 524 00:53:43,887 --> 00:53:44,971 Tuan. 525 00:53:45,972 --> 00:53:46,973 Nampaknya… 526 00:53:48,642 --> 00:53:50,810 ada raksasa dalam stadium. 527 00:54:10,956 --> 00:54:11,915 Tuan. 528 00:54:14,501 --> 00:54:15,418 Tengok ini. 529 00:54:16,419 --> 00:54:18,088 - Raksasa dikesan. - Apa? 530 00:54:39,651 --> 00:54:40,860 Apa yang terjadi? 531 00:54:40,944 --> 00:54:42,362 Panggilan nama kecemasan. 532 00:54:42,445 --> 00:54:43,738 Ikut kami sekarang. 533 00:54:50,620 --> 00:54:51,663 Saya pergi nanti. 534 00:54:52,163 --> 00:54:54,499 Awak perlu pergi sekarang. 535 00:54:55,375 --> 00:54:57,168 Tuan Tak minta awak ke sana. 536 00:54:58,253 --> 00:54:59,754 Sudah jumpa pintu keluar? 537 00:54:59,838 --> 00:55:00,672 Tidak. 538 00:55:01,256 --> 00:55:03,550 Ada raksasa dalam stadium. 539 00:55:19,607 --> 00:55:22,277 Semua pengesan raksasa 540 00:55:22,360 --> 00:55:24,696 berbunyi serentak. 541 00:55:24,779 --> 00:55:25,905 Kali ini, ia betul. 542 00:55:27,574 --> 00:55:29,909 - Awak nampak? - Betulkah? 543 00:55:29,993 --> 00:55:32,954 Kalau bukan sebab saya, kamu semua dah mati. 544 00:55:33,038 --> 00:55:34,914 - Betulkah? - Aduhai! 545 00:55:34,998 --> 00:55:36,458 - Baguslah begitu! - Tahniah! 546 00:55:44,299 --> 00:55:46,968 Saya tak tahan dengan orang tua itu. 547 00:55:47,635 --> 00:55:48,678 Betul. 548 00:55:52,223 --> 00:55:53,558 Kenapa awak bersendirian? 549 00:56:07,197 --> 00:56:08,448 Awak melarikan diri? 550 00:56:08,948 --> 00:56:10,075 Awak pun? 551 00:56:10,658 --> 00:56:12,410 Kita berbeza. 552 00:56:12,494 --> 00:56:14,245 Kami bertengkar saja. 553 00:56:16,247 --> 00:56:18,500 Budak kecil ini memang pandai melawan. 554 00:56:24,798 --> 00:56:28,301 Saya sedar semuanya salah saya selepas jadi dewasa. 555 00:56:29,594 --> 00:56:32,680 Orang dewasa marah kita bersebab. 556 00:56:33,723 --> 00:56:35,517 Minta maaf kepada mak awak. 557 00:56:35,600 --> 00:56:38,186 Mak saya dah meninggal dunia. 558 00:56:41,606 --> 00:56:42,774 Kenapa? 559 00:56:42,857 --> 00:56:44,484 Siapa kata awak ada seorang mak? 560 00:56:45,110 --> 00:56:47,570 Awak boleh ada dua atau tiga mak. 561 00:56:48,655 --> 00:56:50,156 Mak Cik Cha ialah mak awak. 562 00:56:52,158 --> 00:56:53,326 Budak ini… 563 00:57:38,663 --> 00:57:40,039 Apa yang terjadi? 564 00:57:40,123 --> 00:57:42,292 - Betulkah ada raksasa? - Bunuh dia! 565 00:57:42,876 --> 00:57:45,086 Platun perlu buat kerja betul-betul. 566 00:57:52,343 --> 00:57:54,512 Kamu buat apa? 567 00:58:08,818 --> 00:58:12,405 Kami akan uruskan kes jadi raksasa yang terjadi hari ini. 568 00:58:15,033 --> 00:58:16,493 Tiada siapa yang selamat. 569 00:58:17,368 --> 00:58:19,245 Itulah lumrah bencana ini. 570 00:58:20,038 --> 00:58:22,165 Kita perlu lihat keluarga, kawan 571 00:58:22,248 --> 00:58:24,250 dan kekasih kita 572 00:58:24,876 --> 00:58:27,253 mati di depan mata kita. 573 00:58:27,337 --> 00:58:29,380 Itu pun akan terus terjadi. 574 00:58:30,757 --> 00:58:32,258 Jangan percayakan sesiapa. 575 00:58:32,884 --> 00:58:35,094 Itu saja cara untuk lindungi tempat ini. 576 00:59:00,203 --> 00:59:02,163 Jangan minta dilindungi. 577 00:59:02,247 --> 00:59:04,666 Bekerja keras untuk lindungi diri sendiri. 578 00:59:05,542 --> 00:59:06,918 Jika kamu tak bersedia, 579 00:59:08,419 --> 00:59:10,088 kamu akan dimakan. 580 00:59:13,800 --> 00:59:14,842 Mulai hari ini, 581 00:59:15,969 --> 00:59:19,138 sesiapa yang menyorokkan gejala dan bantu orang sebegitu 582 00:59:20,181 --> 00:59:22,308 akan dihukum serta-merta. 583 00:59:24,686 --> 00:59:26,354 Bantu kami elakkan tangan kami 584 00:59:27,105 --> 00:59:28,231 daripada berlumuran darah. 585 00:59:29,023 --> 00:59:31,568 Apa maksud dia? 586 00:59:31,651 --> 00:59:33,778 Mereka akan bunuh sesiapa yang ada gejala. 587 00:59:33,861 --> 00:59:36,698 Dia baru umumkan akan memerintah menggunakan ketakutan. 588 00:59:36,781 --> 00:59:38,491 Tapi pengesan berbunyi! 589 00:59:38,575 --> 00:59:41,536 Dia akan uruskannya atau tidak? 590 00:59:41,619 --> 00:59:42,662 Kita selamat, bukan? 591 00:59:42,745 --> 00:59:44,163 Mereka pasti dah uruskannya. 592 00:59:54,340 --> 00:59:55,717 Awak beri ucapan hebat, 593 00:59:56,718 --> 00:59:58,428 tapi tak adakan sambutan pula. 594 01:00:02,432 --> 01:00:04,892 Berhenti menyorok di belakang orang awak 595 01:00:05,476 --> 01:00:09,105 dan jadi contoh kepada kami semua. 596 01:00:23,578 --> 01:00:26,122 Tuan tak perlu buat begini. 597 01:01:19,676 --> 01:01:21,219 - Apa? - Apa yang terjadi? 598 01:01:21,302 --> 01:01:23,096 - Di mana lampu? - Apa semua ini? 599 01:01:23,179 --> 01:01:25,139 Kenapa lampu terpadam? 600 01:01:25,223 --> 01:01:27,392 - Apa ini? - Apa yang terjadi? 601 01:01:44,742 --> 01:01:46,160 Saya tak boleh tunggu saja. 602 01:02:15,940 --> 01:02:17,942 - Ini tempatnya? - Mungkin. 603 01:02:19,569 --> 01:02:22,989 Awak tak nak tanya apa yang saya cari? 604 01:02:23,072 --> 01:02:24,115 Awak tak nak tahu? 605 01:02:24,699 --> 01:02:26,117 Ini tentang penyelidikan awak? 606 01:02:26,701 --> 01:02:29,328 Saya tak perlu tahu perkara tak berkaitan dengan operasi. 607 01:02:31,289 --> 01:02:34,125 Matlamat kita adalah dapatkan barang awak dan keluar dari sini. 608 01:02:34,208 --> 01:02:35,626 Jika ia sangat penting… 609 01:02:37,420 --> 01:02:39,505 seseorang mungkin dah ambilnya. 610 01:02:39,589 --> 01:02:40,465 Tiada siapa akan jumpa. 611 01:02:40,548 --> 01:02:42,717 Saya dah sorokkannya. 612 01:02:44,385 --> 01:02:45,470 Awak sangat yakin. 613 01:02:46,053 --> 01:02:47,013 Semestinya. 614 01:02:47,513 --> 01:02:48,681 Apa yang saya cari… 615 01:02:50,349 --> 01:02:52,351 bukan objek. 616 01:03:27,428 --> 01:03:28,971 Baunya saja boleh bunuh kita. 617 01:03:41,025 --> 01:03:42,193 Ada sesuatu di sini. 618 01:04:00,461 --> 01:04:01,295 U-seok. 619 01:04:02,630 --> 01:04:03,464 U-seok. 620 01:04:09,262 --> 01:04:10,137 U-seok. 621 01:04:13,307 --> 01:04:14,141 U-seok! 622 01:04:14,642 --> 01:04:15,560 Tak guna. 623 01:04:49,302 --> 01:04:50,928 Tak guna. 624 01:04:55,683 --> 01:04:56,851 Mulai saat ini, 625 01:04:58,269 --> 01:04:59,770 bunuh apa-apa yang awak nampak. 626 01:05:23,794 --> 01:05:24,795 Apa yang terjadi… 627 01:05:26,047 --> 01:05:27,423 di tempat ini? 628 01:05:37,266 --> 01:05:38,851 Doktor, jangan bergerak sendirian… 629 01:05:38,935 --> 01:05:40,686 Yeong-hu. 630 01:05:42,438 --> 01:05:43,773 Mereka dapat U-seok. 631 01:05:50,821 --> 01:05:52,823 Yeong-hu. 632 01:05:52,907 --> 01:05:54,075 Seo-jin, apa yang terjadi? 633 01:05:59,288 --> 01:06:00,539 Staf Sarjan Min, laporkan lokasi. 634 01:06:01,624 --> 01:06:02,625 Staf Sarjan Min! 635 01:06:24,647 --> 01:06:25,481 U-seok. 636 01:06:27,441 --> 01:06:28,442 U-seok. 637 01:06:30,528 --> 01:06:32,113 Awak buat apa di sini? 638 01:06:32,863 --> 01:06:34,281 Hei, sedarlah. 639 01:06:34,365 --> 01:06:36,033 U-seok, jawablah. 640 01:06:36,826 --> 01:06:37,660 Hei. 641 01:06:38,369 --> 01:06:39,745 Bangunlah. 642 01:06:39,829 --> 01:06:41,247 Jawab. 643 01:06:41,831 --> 01:06:42,665 Jawab sekarang. 644 01:06:42,748 --> 01:06:43,833 Jawab! 645 01:06:48,921 --> 01:06:50,423 U-seok. 646 01:06:50,506 --> 01:06:52,800 Tuan, kita perlu pergi. 647 01:06:53,551 --> 01:06:54,468 Tuan! 648 01:06:56,512 --> 01:06:57,596 Dia dah mati, tuan. 649 01:06:57,680 --> 01:06:59,140 Kita perlu pergi sekarang! 650 01:06:59,223 --> 01:07:00,558 Dia dah mati! 651 01:07:01,726 --> 01:07:02,727 Mari, tuan! 652 01:07:09,859 --> 01:07:10,943 Mari, U-seok. 653 01:07:11,027 --> 01:07:13,529 Tolong sedar, tuan! Kita perlu pergi sekarang! 654 01:07:13,612 --> 01:07:14,864 U-seok… 655 01:07:21,912 --> 01:07:23,831 - Mari. - U-seok. 656 01:07:24,790 --> 01:07:27,251 - U-seok. - Kita perlu pergi! 657 01:07:27,334 --> 01:07:28,169 U-seok. 658 01:07:48,064 --> 01:07:49,065 Staf Sarjan Min. 659 01:07:49,607 --> 01:07:50,649 Jawab, Staf Sarjan Min! 660 01:07:53,486 --> 01:07:54,820 Seok-chan, beritahu mereka… 661 01:08:12,171 --> 01:08:13,380 Apa semua ini? 662 01:08:16,634 --> 01:08:17,927 Mereka raksasa. 663 01:08:18,427 --> 01:08:20,471 Mereka dah berubah. 664 01:08:20,554 --> 01:08:21,388 Maksud awak… 665 01:08:23,724 --> 01:08:25,017 semua itu raksasa? 666 01:08:34,902 --> 01:08:36,028 Jangan sentuh. 667 01:08:38,614 --> 01:08:39,990 Awak dah lupa? 668 01:08:40,825 --> 01:08:43,285 Nak saya pura-pura tak nampak? 669 01:08:43,369 --> 01:08:44,245 Kenapa pula? 670 01:08:44,328 --> 01:08:46,622 Jangan buat apa-apa yang ganggu operasi ini. 671 01:08:49,834 --> 01:08:50,793 Staf Sarjan Kim. 672 01:08:50,876 --> 01:08:52,461 Inilah dunia. 673 01:08:53,879 --> 01:08:58,300 Kita perlu bersedia lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. 674 01:08:58,384 --> 01:08:59,718 Awak pun tahu, bukan? 675 01:08:59,802 --> 01:09:01,679 Bukankah itu sebabnya awak masih hidup? 676 01:09:01,762 --> 01:09:04,140 Jika saya perlu bersedia kehilangan orang saya, 677 01:09:04,223 --> 01:09:06,392 saya tak boleh menjamin keselamatan awak. 678 01:09:07,059 --> 01:09:09,270 Jadi awak nak saya tengok saja 679 01:09:09,353 --> 01:09:10,521 sedangkan ia tergantung di sini? 680 01:09:13,399 --> 01:09:14,817 Pergi ke bahagian penyelidikan. 681 01:09:14,900 --> 01:09:15,860 Apa yang terjadi? 682 01:09:17,945 --> 01:09:19,488 Saya rasa mereka dilanda masalah. 683 01:09:20,406 --> 01:09:21,949 Saya tak dapat hubungi mereka. 684 01:09:22,032 --> 01:09:22,867 Kita cari mereka. 685 01:09:24,535 --> 01:09:26,787 - Mari. - Tapi kita dah sampai ke sini. 686 01:09:28,247 --> 01:09:29,290 Tak nak. 687 01:09:29,999 --> 01:09:31,208 Saya tak nak pergi. 688 01:09:31,292 --> 01:09:33,627 Saya tak nak balik dengan tangan kosong. 689 01:09:35,546 --> 01:09:37,965 Awak nak kami buat apa? 690 01:09:38,048 --> 01:09:39,592 Awak nak tinggal di sini sendirian? 691 01:09:43,596 --> 01:09:45,681 Okey. 692 01:09:46,932 --> 01:09:48,100 Maksud saya, 693 01:09:49,226 --> 01:09:51,729 awak perlu pergi dulu sebab saya melambatkan awak. 694 01:09:52,521 --> 01:09:55,816 Saya akan berada di luar selepas uruskan hal di sini. 695 01:09:55,900 --> 01:09:58,402 - Di sini pasti bahaya. - Tak mengapa. 696 01:10:00,571 --> 01:10:03,240 Pergilah. Orang awak dalam bahaya. 697 01:10:10,706 --> 01:10:11,832 Baiklah. 698 01:10:13,584 --> 01:10:14,418 Mari. 699 01:10:20,216 --> 01:10:23,135 Jangan sentuh apa-apa. Ambil barang awak saja. 700 01:10:23,219 --> 01:10:24,220 Faham? 701 01:10:24,803 --> 01:10:25,763 Baiklah. 702 01:10:25,846 --> 01:10:28,766 Saya takkan buat apa-apa sebab takut. Pergilah. 703 01:10:30,559 --> 01:10:31,560 Mari. 704 01:10:53,666 --> 01:10:54,625 Saya okey. 705 01:10:56,710 --> 01:10:58,212 Tak, awak akan jatuh. 706 01:10:59,880 --> 01:11:00,965 Duduk di sebelah api. 707 01:11:05,719 --> 01:11:07,137 Apa hubungan awak dengan dia? 708 01:11:08,806 --> 01:11:11,100 Abang? Bos? Ayah? 709 01:11:12,726 --> 01:11:14,019 Yang mana satu betul? 710 01:11:15,020 --> 01:11:16,230 Kenapa awak nak tahu? 711 01:11:16,313 --> 01:11:17,898 Makan dan berambus. 712 01:11:20,567 --> 01:11:22,861 Jom ke stadium dengan kami. 713 01:11:23,445 --> 01:11:24,530 Di sana lebih selamat. 714 01:11:25,364 --> 01:11:26,865 Saya akan kahwini awak? 715 01:11:28,409 --> 01:11:29,702 Tidak. 716 01:11:29,785 --> 01:11:32,788 "Lebih selamat"? Awak bertuah setakat ini. 717 01:11:33,414 --> 01:11:35,332 Atau awak tak tahu sesuatu. 718 01:11:36,000 --> 01:11:38,294 Kami lebih selamat daripada yang awak fikirkan. 719 01:11:38,377 --> 01:11:40,296 Saya tak percaya orang. 720 01:11:41,255 --> 01:11:42,381 Raksasa pun sama. 721 01:11:45,801 --> 01:11:47,386 Dia pula? Awak percayakan dia? 722 01:11:56,020 --> 01:11:57,146 Nampaknya awak percaya. 723 01:11:59,106 --> 01:12:02,568 Jom ikut mereka. Okey? 724 01:12:03,652 --> 01:12:04,820 Jom. 725 01:12:08,574 --> 01:12:09,783 Berani awak ke sini! 726 01:12:46,570 --> 01:12:47,613 Tolong saya. 727 01:12:49,865 --> 01:12:51,742 Ini saja tempat saya boleh fikirkan. 728 01:13:09,510 --> 01:13:10,886 Apa terjadi kepadanya? 729 01:13:11,678 --> 01:13:14,098 Budak itu pula? Dia ada dengan awak tadi. 730 01:13:14,973 --> 01:13:16,433 Kita bawa dia masuk dulu. 731 01:13:17,059 --> 01:13:18,102 Tolong saya. 732 01:13:18,644 --> 01:13:19,478 Okey. 733 01:13:31,156 --> 01:13:32,074 Pak cik! 734 01:13:32,157 --> 01:13:33,867 Awak berani datang ke sini? 735 01:13:33,951 --> 01:13:35,077 Berhenti. 736 01:13:35,869 --> 01:13:36,995 Berhenti sekarang! 737 01:13:37,079 --> 01:13:38,372 Saya dah beri amaran 738 01:13:38,455 --> 01:13:40,290 jangan bawa raksasa ke sini. 739 01:13:40,374 --> 01:13:41,583 Merekalah yang dia cari. 740 01:13:42,084 --> 01:13:44,586 - Kita berbincang… - Dia nampak macam manusia? 741 01:13:51,802 --> 01:13:53,387 Jangan bergerak. 742 01:13:53,470 --> 01:13:54,763 Kalau jalan walau selangkah, 743 01:13:55,806 --> 01:13:57,516 saya akan bunuh dia. 744 01:13:59,852 --> 01:14:02,396 Ini sebabnya saya tak percaya manusia. 745 01:14:03,063 --> 01:14:05,899 Ini cara awak balas budi kerana menyelamatkan awak. 746 01:14:05,983 --> 01:14:07,484 Saya akan bawa mereka. 747 01:14:08,068 --> 01:14:10,821 Mereka akan ikut saya. Jadi apa masalahnya? 748 01:14:10,904 --> 01:14:13,073 Awak berbahaya kerana jumpa raksasa. 749 01:14:13,657 --> 01:14:15,701 Manusia perlu hidup dengan manusia. 750 01:14:17,411 --> 01:14:18,662 Awak yakin? 751 01:14:19,204 --> 01:14:21,123 Yang awak takkan jadi raksasa? 752 01:14:22,166 --> 01:14:24,084 Kalau awak dapat gejala sekarang? 753 01:14:25,294 --> 01:14:27,296 Maksudnya, awak perlu bunuh diri. 754 01:14:27,963 --> 01:14:29,465 Kerana raksasa perlu mati. 755 01:14:30,048 --> 01:14:30,966 Sudahlah. 756 01:14:33,886 --> 01:14:34,720 Dia pula? 757 01:14:36,472 --> 01:14:37,848 Awak perlu bunuh dia juga. 758 01:14:39,850 --> 01:14:42,144 Atau nak saya bunuh dia sebelum itu? 759 01:14:45,022 --> 01:14:47,065 Anggaplah kita tak sehaluan. 760 01:14:47,566 --> 01:14:48,692 Sudahlah. 761 01:14:49,693 --> 01:14:50,944 Jangan, Eun-yu. 762 01:15:01,330 --> 01:15:02,372 Ha-ni! 763 01:15:17,930 --> 01:15:18,889 Jom, pak cik. 764 01:15:29,733 --> 01:15:30,901 Saya kata, jom. 765 01:15:37,658 --> 01:15:39,701 Kita tak ditakdirkan bersama kali ini. 766 01:15:40,994 --> 01:15:42,204 Kita jumpa lain kali. 767 01:15:43,163 --> 01:15:44,706 Tapi jangan bawa dia. 768 01:16:08,230 --> 01:16:09,398 Awak boleh bergerak? 769 01:16:11,024 --> 01:16:12,109 Luka awak? 770 01:16:16,113 --> 01:16:16,989 Saya okey. 771 01:16:22,828 --> 01:16:24,079 Mari ke tempat selamat. 772 01:16:24,663 --> 01:16:26,498 Raksasa mungkin dengar tembakan tadi. 773 01:16:42,723 --> 01:16:43,682 Mari. 774 01:17:00,490 --> 01:17:01,617 Hipokrit. 775 01:17:02,993 --> 01:17:04,369 Penakut. 776 01:17:05,078 --> 01:17:07,122 Awak akan kata awak tiada pilihan lagi? 777 01:17:08,457 --> 01:17:10,208 Awak cuma melarikan diri. 778 01:17:12,336 --> 01:17:15,464 Awak asyik buat keputusan yang salah. 779 01:18:09,267 --> 01:18:11,269 - Ayah! - Awak kata nak lindungi mereka. 780 01:18:13,814 --> 01:18:14,815 Ayah! 781 01:18:14,898 --> 01:18:15,732 AYAH TOLONG SAYA 782 01:18:15,816 --> 01:18:16,942 Tolong! 783 01:18:17,526 --> 01:18:19,403 Tapi lihatlah perbuatan awak. 784 01:18:21,780 --> 01:18:23,281 Saya takut. 785 01:18:23,365 --> 01:18:24,574 Beritahu semua. 786 01:18:24,658 --> 01:18:25,784 Ayah! 787 01:18:25,867 --> 01:18:29,871 Beritahu mereka yang awaklah raksasa dalam stadium ini. 788 01:18:38,964 --> 01:18:39,881 Tuan. 789 01:18:40,382 --> 01:18:41,550 Boleh saya masuk? 790 01:18:55,522 --> 01:18:56,356 Tuan. 791 01:18:56,857 --> 01:18:58,150 Kita ada masalah. 792 01:19:04,489 --> 01:19:05,407 Tuan? 793 01:19:12,956 --> 01:19:13,874 Tuan? 794 01:25:21,282 --> 01:25:26,287 Terjemahan sari kata oleh Haziqah Hamidun