1 00:00:10,927 --> 00:00:14,347 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:01:41,726 --> 00:01:44,936 Saya Denise. Saya mangsa keganasan rumahtangga. 3 00:01:45,021 --> 00:01:45,981 Hai, Denise. 4 00:01:46,064 --> 00:01:47,154 Hai, Denise. 5 00:01:47,232 --> 00:01:52,322 Ada sesiapa nak berkongsi apa-apa sebelum kita mulakan aktiviti khas kita? 6 00:01:54,114 --> 00:01:57,414 Okey. Kalau begitu, saya akan serahkannya kepada Alex. 7 00:01:57,492 --> 00:01:58,912 Mari alu-alukan kedatangan dia. 8 00:02:01,079 --> 00:02:02,119 Terima kasih, semua. 9 00:02:02,205 --> 00:02:06,625 Saya Alex dan saya mangsa keganasan rumahtangga. 10 00:02:06,709 --> 00:02:08,879 - Hai, Alex. - Hai, Alex. 11 00:02:08,962 --> 00:02:12,972 Saya tanya Denise jika saya boleh buat kerja sukarela dan… 12 00:02:13,550 --> 00:02:18,140 Saya maksudkan mencuci tandas tapi Denise suruh saya ke sini. 13 00:02:18,221 --> 00:02:23,351 Saya menolak, tapi dia berkeras. Sebab itu saya di sini pada hari ini. 14 00:02:23,434 --> 00:02:25,654 Tunjukkan buku nota pembunuh bersiri kamu. 15 00:02:25,728 --> 00:02:28,398 Dia kata tulisan saya macam tulisan pembunuh bersiri. 16 00:02:28,481 --> 00:02:30,191 Kamu yang tulis semua itu? 17 00:02:30,275 --> 00:02:34,315 Ya. Saya dah menulis sejak berada di Rumah Perlindungan McMullen. 18 00:02:35,655 --> 00:02:39,615 Ada sesiapa tulis untuk seronok-seronok? 19 00:02:42,370 --> 00:02:44,910 Brandi, kamu tak perlu angkat tangan. 20 00:02:45,582 --> 00:02:49,712 Saya ada diari ketika gred lima. Ia berbulu dan berwarna merah jambu. 21 00:02:49,794 --> 00:02:52,054 Ia juga ada kunci. 22 00:02:52,130 --> 00:02:54,590 Saya juga. Saya pernah ada satu diari. 23 00:02:56,092 --> 00:02:57,722 Ini persoalan yang sukar. 24 00:02:57,802 --> 00:03:01,222 Kamu menulis diari kepada siapa? 25 00:03:01,306 --> 00:03:03,846 Tiada sesiapa. Hanya saya. 26 00:03:03,933 --> 00:03:05,273 Ya, saya juga. 27 00:03:06,269 --> 00:03:10,269 Dengan menulis, saya dapat jadi jujur tentang perasaan saya. 28 00:03:10,940 --> 00:03:14,860 Kadangkala, itu satu-satunya cara untuk tahu perasaan sebenar saya. 29 00:03:14,944 --> 00:03:18,454 Saya perlu menulis untuk lihat perkara yang saya akan tulis. 30 00:03:18,531 --> 00:03:20,241 Kalau itu masuk akal. 31 00:03:21,075 --> 00:03:21,905 Namun… 32 00:03:22,911 --> 00:03:27,501 saya rasa lebih mudah untuk tulis kebenaran daripada menuturkannya. 33 00:03:29,334 --> 00:03:32,134 Tiada sesiapa boleh mempengaruhi tulisan kita. 34 00:03:32,211 --> 00:03:36,631 Tiada sesiapa boleh kata yang kita salah atau kata-kata kita salah. 35 00:03:36,716 --> 00:03:38,046 Sebab ia tak salah. 36 00:03:38,134 --> 00:03:40,854 Kita betul dan kata-kata kita adalah betul. 37 00:03:42,597 --> 00:03:44,097 Sebab itu kata-kata kita. 38 00:03:45,558 --> 00:03:49,058 Kamu semua dah diberi buku nota dan pen. 39 00:03:49,145 --> 00:03:52,605 Adakah kita perlu membacanya dengan kuat? 40 00:03:52,690 --> 00:03:56,190 Boleh, kalau kamu nak tapi tak perlu kalau kamu tak nak. 41 00:03:57,028 --> 00:03:59,948 Okey, saya bawa beberapa topik penulisan 42 00:04:00,031 --> 00:04:03,531 yang saya dapat daripada profesor sebenar di Internet 43 00:04:03,618 --> 00:04:06,408 yang layak untuk mengajar. 44 00:04:06,496 --> 00:04:10,166 Okey. Gambarkan hari anda yang paling menggembirakan dalam hidup anda. 45 00:04:10,250 --> 00:04:13,130 Ia boleh jadi hari yang benar-benar berlaku. 46 00:04:13,211 --> 00:04:16,421 Atau hari yang kamu nak sangat jadi kenyataan. 47 00:04:19,509 --> 00:04:21,389 Saya akan tetapkan masa selama… 48 00:04:22,553 --> 00:04:23,853 sepuluh minit. 49 00:04:23,930 --> 00:04:27,770 Jangan rasa tertekan, menulis dengan santai. 50 00:04:33,731 --> 00:04:35,151 Hebat betul sesi tadi. 51 00:04:35,233 --> 00:04:38,243 - Boleh saya tanya sesuatu? - Dah tentu. 52 00:04:38,319 --> 00:04:40,569 Saya dah tahu jawapannya, 53 00:04:40,655 --> 00:04:43,655 tapi pelawat tak dibenarkan di pusat perlindungan, bukan? 54 00:04:43,741 --> 00:04:46,121 Tak. Maaf, sayang. 55 00:04:46,202 --> 00:04:49,292 Hanya mangsa dan anak mereka dibenarkan. 56 00:04:49,956 --> 00:04:51,576 - Saya dah agak. - Mengapa? 57 00:04:53,793 --> 00:04:56,883 Saya baru tahu yang mak saya tinggal di dalam kereta. 58 00:04:56,963 --> 00:04:58,303 Saya bersimpati. 59 00:04:58,381 --> 00:05:01,431 - Terima kasih. - Dia mangsa keganasan rumah tangga? 60 00:05:02,135 --> 00:05:06,925 Dia mangsa keganasan rumahtangga yang kronik, tapi dia menafikannya. 61 00:05:07,015 --> 00:05:09,845 Dia juga ada delusi dan tak makan ubat. 62 00:05:10,601 --> 00:05:12,561 Usianya lebih daripada 55 tahun? 63 00:05:13,980 --> 00:05:17,530 Ada program SHARE yang menempatkan gelandangan di pusat warga emas, 64 00:05:17,608 --> 00:05:19,778 tapi dia perlu mendaftar. 65 00:05:19,861 --> 00:05:20,701 Ya. 66 00:05:21,654 --> 00:05:24,784 Dia sangat bencikan program kerajaan 67 00:05:24,866 --> 00:05:28,996 dan dia pelarian wad sakit jiwa, jadi pasti dia tak layak. 68 00:05:29,495 --> 00:05:30,325 Terima kasih. 69 00:05:30,997 --> 00:05:33,497 Ada sesiapa lagi yang boleh jaga mak kamu? 70 00:05:34,083 --> 00:05:37,003 Tak, saya yang jaga dia sejak saya berusia enam tahun. 71 00:05:38,463 --> 00:05:41,423 Apa yang akan berlaku kalau kamu tak jaga dia dulu? 72 00:05:50,600 --> 00:05:55,310 Saya akan buat kemasukan yang gah. 73 00:06:01,486 --> 00:06:06,696 Ia beri kesan yang kuat. Ya, itu idea yang baik. 74 00:06:09,160 --> 00:06:10,580 Alamak! 75 00:06:10,661 --> 00:06:13,291 - Hei, mak. - Alex, hei. 76 00:06:13,372 --> 00:06:18,712 Saya ternampak kereta mak dalam perjalanan pulang dari kerja. 77 00:06:18,795 --> 00:06:20,415 Kereta mak mudah dicam. 78 00:06:20,505 --> 00:06:24,965 - Mak buat apa di sini? - Lihatlah pemandangan ini. 79 00:06:25,051 --> 00:06:26,841 Musim bunga dah bermula. 80 00:06:26,928 --> 00:06:29,758 Gumpalan awan akan disinari matahari terbenam 81 00:06:29,847 --> 00:06:33,307 dan mak nak perhatikannya setiap saat. 82 00:06:33,392 --> 00:06:36,022 Mak macam bercakap dengan burung tadi. 83 00:06:36,104 --> 00:06:37,774 Tak, sayang. 84 00:06:38,397 --> 00:06:43,897 Mak muat turun aplikasi perencanaan dalam telefon mak. 85 00:06:43,986 --> 00:06:48,446 Sebab mak akan beri syarahan tentang konsep Neolitik 86 00:06:48,533 --> 00:06:50,743 kapal solar kepada kumpulan artis mak. 87 00:06:50,827 --> 00:06:54,907 Mak memang nak menulisnya, tapi tak boleh. 88 00:06:54,997 --> 00:06:56,827 Sebab tangan mak sakit. 89 00:06:56,916 --> 00:06:59,166 Mana simen tangan mak? 90 00:07:00,253 --> 00:07:01,633 Mana simen tangan mak? 91 00:07:03,464 --> 00:07:06,304 Tangan mak bersimen dulu. Mana simen tangan mak? 92 00:07:07,885 --> 00:07:11,215 Tangan mak gatal, jadi Micah tanggalkannya. 93 00:07:11,305 --> 00:07:14,305 Ia sangat erotik. 94 00:07:14,392 --> 00:07:17,652 Biar betul? Tangan mak perlu bersimen selama enam minggu lagi. 95 00:07:17,728 --> 00:07:19,688 - Tak mengapa. - Tak boleh. 96 00:07:19,772 --> 00:07:22,692 Tendon mak putus. Sekarang, ia takkan sembuh. 97 00:07:23,526 --> 00:07:27,276 Kalau kamu nak rosakkan suasana, kamu perlu pergi. 98 00:07:32,285 --> 00:07:35,905 Saya gembira saya terserempak dengan mak. 99 00:07:36,539 --> 00:07:40,539 Saya tahu mak gembira tinggal di pagu mak 100 00:07:40,626 --> 00:07:42,666 dengan kumpulan pelukis mak tapi… 101 00:07:44,589 --> 00:07:47,339 saya dah cakap saya akan pindah ke Montana. 102 00:07:49,719 --> 00:07:50,929 Apa kata mak ikut saya? 103 00:07:53,181 --> 00:07:55,141 Saya ada penginapan di kampus. 104 00:07:55,475 --> 00:07:56,925 Mak boleh bersama Maddy. 105 00:07:57,018 --> 00:08:01,648 Mak boleh keluar berjalan kaki dan melukis sepanjang hari. 106 00:08:02,398 --> 00:08:04,398 Maddy akan masuk ke tadika. 107 00:08:07,445 --> 00:08:09,815 Sayang, kehidupan itu tak sesuai untuk mak. 108 00:08:11,741 --> 00:08:14,621 - Mengapa pula? - Sebab mak tak membosankan. 109 00:08:16,954 --> 00:08:18,874 Mak ada kehidupan sendiri. 110 00:08:18,956 --> 00:08:21,746 Mak tak boleh sentiasa ikut kamu. 111 00:08:21,834 --> 00:08:24,424 Mak. Saya serius. Saya nak ajak mak ke sana. 112 00:08:26,380 --> 00:08:28,420 Keluarga mak ada di sini, sayang. 113 00:08:28,508 --> 00:08:33,468 Nenek kamu dan ibunya dikebumikan di sini. Semua wanita keluarga Langley ada di sini. 114 00:08:35,014 --> 00:08:38,274 Saya juga wanita keluarga Langley tapi saya akan pergi. 115 00:08:38,684 --> 00:08:40,604 Mak tahu, sayang. Itu diri kamu. 116 00:08:41,437 --> 00:08:42,307 Namun… 117 00:08:44,857 --> 00:08:46,067 mak tak boleh pergi. 118 00:08:49,529 --> 00:08:50,359 Okey. 119 00:08:52,949 --> 00:08:55,369 Pergi jumpa doktor sebelum saya pergi. 120 00:08:55,451 --> 00:08:58,201 - Doktor pergelangan tangan. - Tak. 121 00:08:58,287 --> 00:09:01,117 Saya akan buat janji temu untuk mak esok, okey? 122 00:09:01,207 --> 00:09:04,087 Kita akan berjumpa di sana. Angguk kalau dengar. 123 00:09:08,589 --> 00:09:11,179 Saya tak nak risaukan mak apabila di sana. 124 00:09:16,013 --> 00:09:19,103 Lihat. Gumpalan awan yang disinari matahari terbenam. 125 00:09:20,810 --> 00:09:24,610 Kita akan mula dari sini. Kemudian, kita akan melalui gunung. 126 00:09:25,189 --> 00:09:28,479 Kita akan ke Spokane, sebuah bandar yang besar. 127 00:09:28,568 --> 00:09:31,068 Kemudian, kita akan melalui gunung lagi. 128 00:09:31,696 --> 00:09:33,526 Kemudian, beberapa gunung lagi. 129 00:09:34,282 --> 00:09:36,492 Sehinggalah ke Missoula. 130 00:09:37,785 --> 00:09:38,995 Di sini. 131 00:09:39,078 --> 00:09:40,618 Missoula. 132 00:09:40,705 --> 00:09:41,535 Missoula. 133 00:09:43,416 --> 00:09:45,666 Tempoh perjalanannya selama ini. 134 00:09:45,751 --> 00:09:51,761 Dua. Tiga. Empat. Lima. Enam. Tujuh. Lapan. Sembilan. 135 00:09:51,841 --> 00:09:52,681 Sembilan jam. 136 00:09:53,551 --> 00:09:56,051 - Jangan lupa "Shoop". - Betul. 137 00:10:31,672 --> 00:10:33,382 Tak! 138 00:10:34,300 --> 00:10:35,300 $45.00 - BAKI $90.00 139 00:10:55,821 --> 00:10:58,951 BAKI $135.00 140 00:10:59,033 --> 00:11:05,543 Hai, saya nak pesan buku teks Bahasa Inggeris 102, blok lima. 141 00:11:07,291 --> 00:11:08,791 $135.00 BAKI -$128.30 142 00:11:08,876 --> 00:11:09,876 Untuk buku? 143 00:11:11,295 --> 00:11:13,585 Kamu ada buku teks terpakai? 144 00:11:14,548 --> 00:11:16,678 BAKI $13.50 145 00:11:16,759 --> 00:11:21,309 Bagus. Boleh simpankannya untuk saya? Saya boleh tiba di sana pada hari Selasa. 146 00:11:24,100 --> 00:11:24,930 Terima kasih. 147 00:11:27,353 --> 00:11:29,113 PANGGILAN MASUK TARA 148 00:11:29,188 --> 00:11:30,688 - Tara. - Baguslah. Hai. 149 00:11:30,773 --> 00:11:33,233 Saya ada maklumat terkini untuk kamu. 150 00:11:33,317 --> 00:11:35,237 Saya datang dari pejabat kerani. 151 00:11:35,945 --> 00:11:36,855 Tak mengapa. 152 00:11:36,946 --> 00:11:39,566 Mereka membantah notis penempatan semula. 153 00:11:39,657 --> 00:11:43,407 Namun usul untuk perintah hak penjagaan kecemasan ex parte 154 00:11:43,494 --> 00:11:46,964 telah difailkan. Saya juga dah beri dia perintah tiada perhubungan sementara. 155 00:11:47,039 --> 00:11:49,209 Pasti dia faham. 156 00:11:49,291 --> 00:11:51,381 - Dia tak boleh hubungi saya? - Ya. 157 00:11:51,460 --> 00:11:54,460 Syerif dah beri dia perintah sekatan 158 00:11:54,547 --> 00:11:56,667 dan usul ex parte pagi tadi. 159 00:11:56,757 --> 00:11:57,587 Okey. 160 00:11:58,426 --> 00:12:01,006 - Apa yang berlaku sekarang? - Kita tunggu. 161 00:12:01,095 --> 00:12:03,885 Saya suruh peguam Sean hubungi saya nanti. 162 00:12:04,390 --> 00:12:07,560 - Okey, terima kasih. - Sama-sama, selamat tinggal. 163 00:12:08,853 --> 00:12:11,403 Brandi, giliran kamu seterusnya, bukan? 164 00:12:13,190 --> 00:12:16,570 Saya tak tahu jika ini hari paling gembira buat saya 165 00:12:16,652 --> 00:12:18,612 tapi ia yang terlintas dalam fikiran saya. 166 00:12:18,696 --> 00:12:19,946 Bagus. 167 00:12:21,657 --> 00:12:25,077 "Saya selalu berjalan-jalan dengan ayah saya semasa kecil. 168 00:12:25,744 --> 00:12:29,044 Kami akan berjalan-jalan pada bulan Jun sebelum musim panas yang melekit. 169 00:12:30,791 --> 00:12:35,341 Saya akan beli aiskrim oren Flintstone dari 7-Eleven. 170 00:12:36,338 --> 00:12:39,468 Jenis yang kita perlu tolak aiskrim ke atas dengan kuat. 171 00:12:39,550 --> 00:12:43,970 Kami berjalan di sepanjang laut untuk melihat buruj Virgo 172 00:12:44,054 --> 00:12:47,434 sebab hari jadi saya empat hari sebelum hari jadi dia. 173 00:12:48,309 --> 00:12:50,639 Ayah saya akan menuding ke arah langit dan cakap 174 00:12:50,728 --> 00:12:54,228 yang dia Gayung Besar dan saya Gayung Kecil. 175 00:12:55,065 --> 00:13:00,445 Kami berhenti berjalan-jalan apabila ayah saya jatuh sakit. 176 00:13:02,490 --> 00:13:04,830 Namun saya berjalan dengan anak saya baru-baru ini. 177 00:13:06,994 --> 00:13:09,414 Saya belikan dia aiskrim oren Flintstone. 178 00:13:12,625 --> 00:13:14,705 Ia lebih mudah ditolak sekarang. 179 00:13:16,420 --> 00:13:20,470 Apabila melihat langit malam… 180 00:13:21,258 --> 00:13:23,588 ia seolah-olah masa tak berlalu. 181 00:13:24,803 --> 00:13:26,433 Gayung Besar dan Gayung Kecil." 182 00:13:34,021 --> 00:13:34,941 Itu saja. 183 00:13:40,819 --> 00:13:43,989 Dah tentu kita nak pastikan kata-kata kita positif, 184 00:13:44,073 --> 00:13:48,833 tapi saya harap kita boleh sebut beberapa perkara 185 00:13:48,911 --> 00:13:53,671 yang kita akan ingat daripada kisah Brandi. 186 00:13:53,749 --> 00:13:55,879 "Musim panas yang melekit." 187 00:13:57,503 --> 00:13:59,263 "Ia lebih mudah ditolak." 188 00:14:02,424 --> 00:14:03,974 "Masa tak berlalu." 189 00:14:05,511 --> 00:14:07,181 "Gayung Besar dan Gayung Kecil." 190 00:14:08,681 --> 00:14:10,981 Ada sesiapa lagi nak berkongsi? 191 00:14:20,234 --> 00:14:25,534 MENGHUBUNGI MAK 192 00:14:26,323 --> 00:14:28,743 Sila tinggalkan pesanan selepas nada ini. 193 00:14:33,372 --> 00:14:36,922 ALEX - SAYA DI KLINIK DOKTOR DI MANA MAK? 194 00:14:38,335 --> 00:14:40,795 ALEX - MAK LEWAT 15 MINIT! 195 00:14:42,214 --> 00:14:43,724 ALEX - HELO? 196 00:14:53,559 --> 00:14:54,389 Mak. 197 00:14:54,476 --> 00:14:55,306 Mak! 198 00:14:55,895 --> 00:14:57,145 Hei, sayang. 199 00:14:57,229 --> 00:14:59,229 Jangan begitu. Ayuh jumpa doktor. 200 00:14:59,315 --> 00:15:01,645 - Doktor apa? - Doktor yang mak tak jumpa tadi. 201 00:15:01,734 --> 00:15:04,404 Dia boleh jumpa mak pada jam empat. Ayuh pergi sekarang. 202 00:15:04,486 --> 00:15:06,446 Ini hari Khamis. Mak tak janji nak pergi. 203 00:15:06,530 --> 00:15:09,070 Kami buka gerai pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. 204 00:15:09,158 --> 00:15:10,868 Mak juga tak nak tinggalkan Micah. 205 00:15:10,951 --> 00:15:14,041 - Mari jumpa anak saya. - Kami dah berjumpa tempoh hari. 206 00:15:14,872 --> 00:15:17,042 Mak. Tolonglah, boleh kita pergi? 207 00:15:17,666 --> 00:15:20,916 Mengapa ada perada pada badan kamu? Kamu pergi parti? 208 00:15:21,003 --> 00:15:23,423 - Saya cuci bilik permainan. - Kamu tahu perada? 209 00:15:23,505 --> 00:15:26,835 - Ia mengotorkan bilik seni. - Mak dah berjanji. Marilah. 210 00:15:26,926 --> 00:15:29,506 - Ia mudah berselerakan. - Boleh mak jadi matang? 211 00:15:29,595 --> 00:15:31,635 - Ayuh. - Kamu yang dilitupi perada. 212 00:15:31,722 --> 00:15:34,102 Masuk dalam kereta dan saya bawa mak jumpa doktor. 213 00:15:34,183 --> 00:15:36,483 Kamu bukan bos mak. Okey? 214 00:15:36,644 --> 00:15:38,064 Tangan mak yang sakit. 215 00:15:38,145 --> 00:15:42,185 Mak akan guna minyak kanabis, jumpa doktor atau potong tangan mak. 216 00:15:42,274 --> 00:15:44,614 Hanya sebab kamu perlu ke Montana, 217 00:15:44,693 --> 00:15:46,743 tak bermakna mak perlu ke sana. Mak baik saja. 218 00:15:46,820 --> 00:15:49,530 Risaukan orang lain saja. Tolonglah. 219 00:15:49,615 --> 00:15:51,365 - Sayang. - Maaf, sayang. 220 00:15:51,450 --> 00:15:54,160 Mak sedang bekerja. Mak ada kerja, okey? 221 00:15:54,787 --> 00:15:55,787 Hai. 222 00:15:57,164 --> 00:15:59,794 Senyuman kamu manis. Saya suka senyuman kamu. 223 00:15:59,875 --> 00:16:01,085 PANGGILAN MASUK TARA 224 00:16:01,168 --> 00:16:02,878 - Tara? - Ada perubahan rancangan. 225 00:16:03,337 --> 00:16:05,507 Boleh kita berjumpa di pejabat saya di Whitby? 226 00:16:05,714 --> 00:16:09,684 - Semuanya okey? - Saya dah bercakap dengan peguam Sean. 227 00:16:09,760 --> 00:16:15,140 Mereka nak menolak usul ex parte disebabkan kekurangan bukti penderaan. 228 00:16:15,224 --> 00:16:18,394 Sean tak nak menyemak semula rancangan keibubapaan 229 00:16:18,477 --> 00:16:20,807 atau lepaskan hak penjagaan dia. 230 00:16:22,856 --> 00:16:24,566 Okey. 231 00:16:24,650 --> 00:16:25,780 Terima kasih. 232 00:16:25,859 --> 00:16:28,779 Maafkan saya. Jadi apa maksudnya? 233 00:16:28,862 --> 00:16:31,662 Maksudnya, dia kata kamu tipu tentang didera. 234 00:16:31,740 --> 00:16:34,830 Ada pembicaraan sebab yang mencukupi dalam 14 hari 235 00:16:34,910 --> 00:16:38,040 untuk tentukan kesahihan tuntutan kamu dan hak penjagaan yang sesuai. 236 00:16:38,122 --> 00:16:41,962 Ia akan jadi kes menang kalah. 237 00:16:42,710 --> 00:16:45,710 Kalau kamu kalah, kamu tak boleh bawa Maddy. 238 00:16:48,215 --> 00:16:49,045 Langsung? 239 00:16:49,133 --> 00:16:53,303 Nasib mangsa penderaan emosi di Washington memang malang. 240 00:16:53,387 --> 00:16:56,887 Saya tahu. Saya dah lalui semua ini dan kalah sebab tiada kesan lebam. 241 00:16:56,974 --> 00:17:00,944 Kamu takkan kalah. Kita ada 14 hari untuk cari bukti kukuh. 242 00:17:01,020 --> 00:17:03,730 Tentu ada orang pernah lihat dia dera kamu dari segi emosi. 243 00:17:03,814 --> 00:17:06,234 Saya perlu bertolak ke Montana pada hari Isnin. 244 00:17:06,316 --> 00:17:10,486 Kamu tak boleh ke mana-mana dengan Maddy sebelum pembicaraan itu. 245 00:17:14,783 --> 00:17:20,293 Saya akan kehilangan rumah keluarga dan tempat saya di universiti. Saya… 246 00:17:20,372 --> 00:17:22,542 - Ya. - Satu lagi. 247 00:17:23,125 --> 00:17:25,995 Saya perlu tinggalkan rumah perlindungan pada hujung minggu ini. 248 00:17:26,086 --> 00:17:29,626 Apa yang saya patut buat? Saya tiada rancangan sokongan. 249 00:17:29,715 --> 00:17:31,125 Kita akan lawan dia. 250 00:17:31,216 --> 00:17:33,836 Kamu akan sempat ke sana sebelum semester musim luruh. 251 00:17:33,927 --> 00:17:37,557 Saya baru saja buat pinjaman pelajaran sebanyak $9,000. 252 00:17:37,639 --> 00:17:42,689 Ini hidup saya. Saya tak kaya macam kamu dan Regina. Saya tak boleh bayar balik. 253 00:17:42,770 --> 00:17:43,900 Ada lagi. 254 00:17:43,979 --> 00:17:46,569 Sean nak melawat Maddy. 255 00:17:48,150 --> 00:17:51,070 Tak. Kita ada perintah sekatan. Tak boleh. 256 00:17:51,153 --> 00:17:53,033 Ia cuma kepada kamu, bukan kepada Maddy. 257 00:17:53,113 --> 00:17:55,823 Mahkamah dah luluskan lawatan selama empat jam. 258 00:17:57,534 --> 00:17:58,664 Bila? 259 00:17:58,744 --> 00:17:59,584 Esok. 260 00:18:00,245 --> 00:18:03,285 Mereka akan lantik pemantau neutral pihak ketiga, 261 00:18:03,373 --> 00:18:06,173 melainkan kamu ada seseorang? Nenek? 262 00:18:06,251 --> 00:18:08,671 Tak. Saya tak boleh buat begitu kepada dia. 263 00:18:08,754 --> 00:18:11,924 Kalau kamu tak patuh, kamu akan melanggar rancangan keibubapaan kamu. 264 00:18:12,007 --> 00:18:16,347 Kamu akan ditimpa masalah dalam pembicaraan 14 hari lagi. 265 00:18:16,428 --> 00:18:19,058 Alex, saya bersimpati atas semua ini, tapi… 266 00:18:20,099 --> 00:18:22,939 ia masih belum berakhir. Ini cuma masalah kecil. 267 00:19:10,065 --> 00:19:11,225 Ini saya. 268 00:19:11,316 --> 00:19:14,026 Alex. Aduhai! Ya Tuhan. 269 00:19:16,738 --> 00:19:18,528 Terkejut mak. 270 00:19:18,615 --> 00:19:20,235 Apa kamu buat di sini? 271 00:19:21,285 --> 00:19:23,075 Saya perlukan bantuan mak. 272 00:19:23,162 --> 00:19:24,412 Apa mak buat di sini? 273 00:19:24,496 --> 00:19:30,086 Mak minum terlalu banyak margarita dan berhenti di sini untuk… 274 00:19:31,253 --> 00:19:33,173 tidur sebelum pulang. 275 00:19:34,089 --> 00:19:36,879 - Mak. - Ya, mak tak patut tidur di sini. 276 00:19:36,967 --> 00:19:37,887 Cuma… 277 00:19:39,011 --> 00:19:43,101 kumpulan pelukis mak sangat bising, jadi mak ke sini… 278 00:19:43,932 --> 00:19:44,852 untuk tidur. 279 00:19:46,101 --> 00:19:48,691 Saya tahu mak tidur di sini. Mak bersendirian di taman 280 00:19:48,770 --> 00:19:50,690 dan tiada kumpulan pelukis. 281 00:19:56,320 --> 00:19:57,320 Sebenarnya… 282 00:20:00,240 --> 00:20:03,200 mungkin kumpulan pelukis bukan perkataan yang betul. 283 00:20:04,828 --> 00:20:10,328 Ada sekumpulan orang yang baik di sini. 284 00:20:10,417 --> 00:20:11,457 Betul. 285 00:20:12,085 --> 00:20:15,415 Keluarga Flores tidur di dalam karavan itu. 286 00:20:15,505 --> 00:20:17,965 Billy dan Anna. Mak sayangkan mereka. 287 00:20:18,050 --> 00:20:21,850 Kami jaga satu sama lain. 288 00:20:21,929 --> 00:20:26,349 Ia seperti tidur di luar beramai-ramai atau pawagam pandu masuk. 289 00:20:26,433 --> 00:20:27,943 Kami cuma perlukan bertih jagung. 290 00:20:29,603 --> 00:20:31,943 Mengapa mak tak boleh jaga diri sendiri? 291 00:20:32,022 --> 00:20:35,362 Apa maksud kamu? Mak ada minuman di sini. 292 00:20:35,442 --> 00:20:37,822 Mak ada vitamin, sayang. 293 00:20:37,903 --> 00:20:40,203 Selimut tebal dan ganja. 294 00:20:40,280 --> 00:20:42,070 - Mak okey. - Mak gelandangan. 295 00:20:42,157 --> 00:20:43,697 Mak tinggal dalam kereta. 296 00:20:43,784 --> 00:20:46,454 - Boleh berhenti bercakap? Tolonglah. - Tak. 297 00:20:47,204 --> 00:20:48,624 Mak suka kereta mak! 298 00:20:49,456 --> 00:20:51,376 Kereta biru kobalt mak. 299 00:20:51,458 --> 00:20:53,458 - Kami seperti keluarga. - Gelandangan. 300 00:20:53,543 --> 00:20:56,593 - Boleh berhenti bercakap? - Mak gelandangan. 301 00:20:56,672 --> 00:20:59,012 Mak suka tidur berlangitkan bintang. Mak berdikari. 302 00:21:01,510 --> 00:21:03,680 Bukan setiap masa. 303 00:21:04,221 --> 00:21:09,311 Kadangkala mak tinggal dengan Micah, apabila Alaina-May tiada di sana. 304 00:21:09,393 --> 00:21:13,983 - Siapa Alaina-May? - Mak dah cakap. Isterinya. 305 00:21:14,064 --> 00:21:19,824 Mereka dah berpisah tapi tinggal bersama sebab hidup Alaina-May tak terurus. 306 00:21:19,903 --> 00:21:21,823 Yang penting, sayang, mak… 307 00:21:23,240 --> 00:21:28,370 Mak suka jadi gipsi. Saya tak nak terikat. Okey? 308 00:21:28,453 --> 00:21:29,963 Kamu pun tahu. Mak keras kepala. 309 00:21:30,038 --> 00:21:33,918 Saya tak mampu nak sewa motel untuk mak atau bawa mak ke rumah perlindungan. 310 00:21:34,001 --> 00:21:35,171 Entahlah. 311 00:21:35,252 --> 00:21:37,842 Mak bukan masalah kamu, Alexandra. 312 00:21:37,921 --> 00:21:40,261 - Mak masalah saya. - Tak. 313 00:21:40,340 --> 00:21:42,090 - Mak ibu kamu. - Tak. 314 00:21:42,175 --> 00:21:43,255 Ya! 315 00:21:44,219 --> 00:21:45,719 Ya! 316 00:21:45,804 --> 00:21:48,854 Kamu kata kamu perlukan bantuan mak. 317 00:21:48,932 --> 00:21:49,772 Ya. 318 00:21:49,850 --> 00:21:51,890 Apa yang kamu nak mak bantu? 319 00:21:52,477 --> 00:21:54,977 Boleh mak pantau pertemuan Sean dan Maddy? 320 00:21:55,063 --> 00:21:58,153 Dia boleh melawat Maddy dan pihak ketiga perlu hadir. 321 00:21:58,233 --> 00:22:01,283 - Bolehkah mak pantau mereka? - Ya, boleh. 322 00:22:01,987 --> 00:22:05,237 - Pukul berapa mak patut ke sana? - Pukul 12:30. 323 00:22:05,324 --> 00:22:06,784 Jangan risau. 324 00:22:07,409 --> 00:22:09,199 Mak akan jaga anak kamu. 325 00:22:12,998 --> 00:22:15,788 - Mak perlu jumpa doktor. - Langkah mayat mak dulu. 326 00:22:15,876 --> 00:22:17,746 Mak perlu pergi. Mak sakit. 327 00:22:17,836 --> 00:22:21,206 Berhenti berkelakuan begini dan jadi orang dewasa. 328 00:22:21,298 --> 00:22:23,968 Tangan mak nampak teruk. Pergi jumpa doktor! 329 00:22:26,261 --> 00:22:27,891 Mak dapat lolipop? 330 00:22:38,356 --> 00:22:39,936 Ya Tuhan! 331 00:22:41,443 --> 00:22:43,823 Bau apa daripada kereta kamu? 332 00:22:43,904 --> 00:22:46,744 - Macam najis terbakar. - Mak pergi jumpa doktor. 333 00:22:46,823 --> 00:22:49,283 Ya, tengok. Jari mak masih berfungsi. 334 00:22:49,367 --> 00:22:50,447 Hei, si comel. 335 00:22:50,535 --> 00:22:53,535 Dah sedia untuk janji temu dengan nenek dan ayah kamu? 336 00:22:54,247 --> 00:22:55,497 Kita akan berseronok. 337 00:22:55,582 --> 00:22:58,922 Saya bekalkan snek dan pakaian. Dia dah makan tengah hari. 338 00:22:59,002 --> 00:23:01,552 Jangan risau. Hai, sayang. 339 00:23:04,049 --> 00:23:05,509 Nenek tahu. 340 00:23:05,592 --> 00:23:08,642 Nampaknya, saya terpaksa tunggu di sini. 341 00:23:09,513 --> 00:23:12,103 Maddy, kamu akan bersama ayah selama empat jam. 342 00:23:12,182 --> 00:23:14,182 Terima kasih sebab hantar polis! 343 00:23:14,267 --> 00:23:15,227 Sangat berkelas! 344 00:23:15,811 --> 00:23:16,651 Kemudian… 345 00:23:17,521 --> 00:23:21,111 kita akan pergi makan aiskrim bersama-sama. Bagaimana? 346 00:23:21,191 --> 00:23:23,321 Kamu nak makan aiskrim? Okey. 347 00:23:25,529 --> 00:23:26,949 Mak sayangkan kamu. 348 00:23:28,031 --> 00:23:30,581 - Terima kasih, mak. - Kita akan berseronok. 349 00:23:34,746 --> 00:23:38,706 Mad sayang, kamu akan jumpa ayah kamu. 350 00:23:39,292 --> 00:23:40,132 Hei! 351 00:23:40,210 --> 00:23:42,880 Seanie, Mad sayang ada di sini. 352 00:23:44,756 --> 00:23:45,836 Hei, Seanie. 353 00:23:46,341 --> 00:23:48,551 - Beratnya dia. - Kamu dah besar. 354 00:23:48,635 --> 00:23:50,135 Dia dah besar. 355 00:23:51,596 --> 00:23:55,016 Mari main buaian. Ayun tinggi-tinggi. 356 00:23:55,100 --> 00:23:56,060 Mad sayang! 357 00:24:02,023 --> 00:24:04,783 - Terima kasih sebab datang. - Tiada masalah. 358 00:24:06,236 --> 00:24:10,366 Ayah risau kamu menghilang seperti dulu. 359 00:24:12,117 --> 00:24:13,197 Kamu nampak sihat. 360 00:24:14,995 --> 00:24:16,325 Saya sihat. 361 00:24:17,205 --> 00:24:20,535 Bagus. Maddy mana? 362 00:24:20,625 --> 00:24:22,745 Ayah nak jumpa dia. 363 00:24:24,838 --> 00:24:29,258 Dia di pusat perlindungan keganasan rumahtangga, tempat tinggal saya sekarang. 364 00:24:30,468 --> 00:24:32,638 Ada pusat asuhan di sana. 365 00:24:32,721 --> 00:24:33,931 Okey. 366 00:24:34,014 --> 00:24:38,024 Kamu dah pesan apa-apa? 367 00:24:40,520 --> 00:24:44,570 Ini kali kedua saya di pusat perlindungan kecemasan pada tahun ini. 368 00:24:48,069 --> 00:24:50,449 Ini kali kedua Sean hantar saya ke sana. 369 00:24:59,289 --> 00:25:00,919 Ayah dengar apa saya cakap? 370 00:25:02,125 --> 00:25:03,455 Ya, ayah dengar. 371 00:25:06,755 --> 00:25:07,585 Jadi? 372 00:25:10,967 --> 00:25:13,387 Sepatutnya kamu hubungi ayah. 373 00:25:14,304 --> 00:25:17,314 Sebelum bawa cucu ayah ke tempat seperti itu. 374 00:25:17,390 --> 00:25:18,600 Kamu ada tempat tinggal. 375 00:25:21,144 --> 00:25:23,104 Ayah sedia membantu kamu. 376 00:25:23,188 --> 00:25:27,688 Ayah sanggup beri kamu apa-apa saja, tahu? Namun kamu buat ayah risau. 377 00:25:29,236 --> 00:25:30,606 Kamu buat Sean risau. 378 00:25:32,113 --> 00:25:36,123 Puas ayah mencari kamu di stesen feri, Alex. 379 00:25:36,952 --> 00:25:40,582 Okey. Mungkin ayah boleh tolong saya sekarang. 380 00:25:42,040 --> 00:25:44,080 Saya perlukan bantuan ayah. 381 00:25:45,335 --> 00:25:46,165 Okey. 382 00:25:48,672 --> 00:25:51,592 Saya nak failkan hak penjagaan penuh ke atas Maddy 383 00:25:51,675 --> 00:25:55,925 supaya saya boleh bawa dia ke Missoula. Sean membantah. 384 00:25:56,429 --> 00:25:57,809 Ya, ayah tahu. 385 00:25:58,765 --> 00:25:59,885 Sean beritahu ayah. 386 00:26:00,767 --> 00:26:01,597 Kamu nak tahu? 387 00:26:02,686 --> 00:26:04,936 Keadaan Sean tak begitu baik sekarang. 388 00:26:05,021 --> 00:26:06,821 Saya tak peduli tentang Sean. 389 00:26:07,607 --> 00:26:12,067 Peguam saya sedang berusaha buktikan Sean mendera saya dari segi emosi. 390 00:26:13,822 --> 00:26:18,452 Saya perlu beri bukti dan testimoni daripada orang yang telah melihatnya. 391 00:26:21,329 --> 00:26:27,209 Ayah, boleh beri keterangan yang ayah nampak Sean mendera saya dari segi emosi? 392 00:26:28,920 --> 00:26:31,010 - Bila ayah nampak? - Di treler. 393 00:26:31,715 --> 00:26:34,545 - Bukan itu yang ayah nampak. - Saya lihat ayah nampak. 394 00:26:34,634 --> 00:26:37,854 - Bukan itu yang ayah nampak. - Ayah tak buat apa-apa. 395 00:26:37,929 --> 00:26:40,849 Ayah cuma nampak pasangan muda 396 00:26:40,932 --> 00:26:42,682 yang sedang dilanda masalah. 397 00:26:43,852 --> 00:26:46,692 Sean sedang bergelut untuk tak minum. 398 00:26:46,771 --> 00:26:49,191 Dia perlukan empati. 399 00:26:49,983 --> 00:26:52,443 Kamu menjauhinya pada masa yang salah. 400 00:26:52,527 --> 00:26:54,697 Saya tak boleh lagi bertanggungjawab untuk Sean. 401 00:26:56,281 --> 00:26:59,661 Saya perlu buat perkara yang terbaik untuk saya dan Maddy. 402 00:27:00,618 --> 00:27:01,788 Dia kaki botol. 403 00:27:02,912 --> 00:27:04,252 Okey? Dia… 404 00:27:04,748 --> 00:27:08,878 Dia ada penyakit yang mengubah dia menjadi jahat. 405 00:27:09,502 --> 00:27:12,052 Arak musuhnya, bukan dia. 406 00:27:12,130 --> 00:27:14,090 Jadi arak yang pukul mak? 407 00:27:19,054 --> 00:27:20,064 - Okey. - Jangan pergi. 408 00:27:20,138 --> 00:27:21,558 Biar betul? Tak! 409 00:27:21,639 --> 00:27:23,599 Alex, kamu nak ayah cakap apa? 410 00:27:23,683 --> 00:27:25,193 Saya nak ayah cakap, "Ya." 411 00:27:25,268 --> 00:27:28,358 Saya nak ayah cakap, "Ya, ayah pukul mak. Maafkan ayah." 412 00:27:29,898 --> 00:27:31,318 Ayah tak ingat pun. 413 00:27:34,861 --> 00:27:37,741 Ayah tak pernah ada di sisi saya sepanjang hidup saya. 414 00:27:40,158 --> 00:27:42,158 Namun tolong bantu saya sekarang. 415 00:27:49,918 --> 00:27:53,758 Ayah sentiasa di sisi kamu. Di sisi kamu dan Maddy. Cuma… 416 00:27:54,923 --> 00:27:56,423 Kalau begitu, bantu saya. 417 00:27:57,300 --> 00:27:58,510 Pertahankan saya. 418 00:28:00,053 --> 00:28:01,603 Bantu saya lindungi Maddy. 419 00:28:05,350 --> 00:28:06,850 Tuliskan testimoni. 420 00:28:15,151 --> 00:28:16,781 Ayah tak boleh buat begitu. 421 00:28:33,294 --> 00:28:35,844 Kalau begitu, kita tak perlu bercakap lagi. 422 00:28:39,175 --> 00:28:40,425 Boleh kamu… 423 00:28:47,100 --> 00:28:52,110 "Hari paling gembira adalah apabila anak saya menyentuh saya buat kali pertama. 424 00:28:52,814 --> 00:28:54,944 Ia masih segar dalam ingatan saya. 425 00:28:55,608 --> 00:28:57,278 Dia berusia sembilan minggu. 426 00:28:57,902 --> 00:28:59,862 Dia tak tahu yang saya sengsara, 427 00:28:59,946 --> 00:29:02,946 diseksa siang dan malam oleh ayahnya. 428 00:29:04,200 --> 00:29:08,500 Baginya, saya hanyalah wanita susu yang hangat dan selesa. 429 00:29:09,581 --> 00:29:13,041 Namun pada suatu pagi, ketika dia berusia sembilan minggu, 430 00:29:13,543 --> 00:29:17,173 sedang kami tidur di atas lantai, saya terjaga 431 00:29:17,255 --> 00:29:19,255 sebab seseorang menyentuh saya. 432 00:29:19,799 --> 00:29:20,969 Dia. 433 00:29:22,218 --> 00:29:26,388 Tangan bayi kecil ini memaut tangan saya. 434 00:29:26,931 --> 00:29:28,981 Dia pandang saya, 435 00:29:29,726 --> 00:29:33,396 menunjukkan kasih sayang yang tiada tandingan kepada saya. 436 00:29:33,938 --> 00:29:36,728 Dia percayakan saya. 437 00:29:38,359 --> 00:29:41,949 Dia nampak saya dan menyayangi saya. 438 00:29:44,407 --> 00:29:46,907 Itu detik paling gembira dalam hidup saya. 439 00:29:47,952 --> 00:29:51,462 Saya boleh jadi orang begitu untuk seseorang." 440 00:30:10,433 --> 00:30:11,733 Terima kasih, Denise. 441 00:30:13,186 --> 00:30:16,186 Apa perkara yang menarik perhatian pada kamu? 442 00:30:16,731 --> 00:30:18,731 "Kasih sayang tiada tandingan." 443 00:30:18,817 --> 00:30:21,027 "Wanita susu yang hangat dan selesa." 444 00:30:23,571 --> 00:30:25,281 "Diseksa siang dan malam." 445 00:30:30,286 --> 00:30:31,786 "Tangan yang kecil." 446 00:30:35,875 --> 00:30:37,995 Ada sesiapa lagi nak berkongsi? 447 00:30:41,005 --> 00:30:41,835 Trina. 448 00:30:41,923 --> 00:30:44,973 Kisah saya tentang keluar bersama kawan. Pelikkah? 449 00:30:45,051 --> 00:30:46,301 Tak. 450 00:30:47,262 --> 00:30:50,222 Saya tak tulis tentang anak-anak saya seperti kamu. 451 00:30:50,306 --> 00:30:53,056 Kamu boleh tulis apa-apa saja yang buat kamu gembira. 452 00:30:53,685 --> 00:30:54,515 Okey. 453 00:30:57,230 --> 00:31:00,530 "Saya di bar dengan kawan-kawan baik saya. 454 00:31:01,901 --> 00:31:04,071 Liv, Amanda dan Davina. 455 00:31:04,153 --> 00:31:08,953 Kami minum dan meraikan sesuatu. Saya tak ingat keraian apa. 456 00:31:10,201 --> 00:31:14,121 Namun saya mengaku yang saya tak begitu suka rupa saya pada malam itu. 457 00:31:14,998 --> 00:31:18,998 Kemudian, ada seorang lelaki kacak muncul dari belakang." 458 00:31:19,085 --> 00:31:21,915 Maaf, saya perlu keluar sekejap. 459 00:31:22,005 --> 00:31:23,875 - Teruskan membaca. Terima kasih. - Okey. 460 00:31:24,632 --> 00:31:27,142 "Nama dia Neil. Dia berpakaian kemas…" 461 00:31:27,218 --> 00:31:29,888 Tak mengapa. 462 00:31:29,971 --> 00:31:31,931 Kamu okey? Apa yang berlaku? 463 00:31:32,015 --> 00:31:34,385 Dia cuma sedikit marah. 464 00:31:34,475 --> 00:31:38,305 Dia mengamuk sedikit tadi. 465 00:31:38,396 --> 00:31:39,936 Betul, sayang? 466 00:31:40,023 --> 00:31:42,283 Dia hanya mahukan ibunya. 467 00:31:44,444 --> 00:31:48,414 Alex, Seanie tumpangkan kami ke sini dan dia nak bercakap dengan kamu. 468 00:31:53,161 --> 00:31:54,501 Saya ada kelas. 469 00:31:54,579 --> 00:31:57,329 Sayang, kamu perlu bercakap dengan dia. 470 00:31:57,415 --> 00:31:59,125 Ada masalah tadi. 471 00:32:04,797 --> 00:32:05,797 Apa yang terjadi? 472 00:32:06,966 --> 00:32:10,636 Apabila saya suruh dia turun buaian, dia mengamuk dan menjerit. 473 00:32:12,889 --> 00:32:16,559 - Dia memang tak suka turun buaian. - Saya tahu tapi saya dah tak tahan. 474 00:32:17,310 --> 00:32:19,940 Saya hilang sabar dan menjerit kepada dia. 475 00:32:28,821 --> 00:32:30,701 Dah 24 jam saya tak minum. 476 00:32:30,782 --> 00:32:33,452 Saya cuba kekal waras demi Maddy, tapi… 477 00:32:37,997 --> 00:32:39,327 Saya jadi cepat marah. 478 00:32:40,416 --> 00:32:42,086 Saya rasa tak sedap badan. 479 00:32:43,419 --> 00:32:46,669 Sinaran matahari menyakitkan. Kulit saya terasa melecet. 480 00:32:49,717 --> 00:32:53,637 Saya tolak Maddy di buaian. Dia asyik cakap, "Tinggi lagi, ayah." 481 00:32:56,015 --> 00:32:57,475 Saya berasa seronok. 482 00:32:58,768 --> 00:32:59,978 Dia ketawa. 483 00:33:01,896 --> 00:33:04,516 Namun saya masih terasa mahu minum. 484 00:33:04,607 --> 00:33:08,187 Saya cuba lepaskan ketagihan. 485 00:33:08,903 --> 00:33:12,623 Dia pula mengamuk. Saya tahu kalau Paula tiada di sana, 486 00:33:12,699 --> 00:33:15,199 saya akan minum di bar bersama Maddy. 487 00:33:18,913 --> 00:33:20,423 Sama macam mak saya. 488 00:33:26,254 --> 00:33:28,514 Saya tak nak buat begitu kepada Maddy. 489 00:33:32,760 --> 00:33:34,970 Saya akan serahkan hak jagaan penuh kepada kamu. 490 00:33:37,223 --> 00:33:38,983 Saya dah hubungi peguam saya. 491 00:33:46,607 --> 00:33:48,567 Maaf, saya suami tak guna. 492 00:33:51,696 --> 00:33:53,406 Kamu buat perkara yang betul. 493 00:33:56,409 --> 00:34:00,249 Datanglah ambil barang dia. Saya akan masukkannya ke dalam kotak. 494 00:34:04,042 --> 00:34:04,962 Terima kasih. 495 00:34:18,222 --> 00:34:20,642 Saya ada delirium tremens atau kamu sedang berkilauan? 496 00:34:24,729 --> 00:34:25,809 Saya sedang berkilauan. 497 00:34:42,663 --> 00:34:46,003 TARA - PEGUAM DIA HUBUNGI SAYA! HUBUNGI SAYA! 498 00:34:46,626 --> 00:34:49,296 TARA - KAMU BOLEH KE MONTANA! 499 00:34:49,962 --> 00:34:52,222 Bagus. Terima kasih sebab berkongsi. 500 00:34:57,762 --> 00:34:59,312 Bagus. 501 00:34:59,388 --> 00:35:02,178 "Pergi mampus Hukum Alam Murphy." Saya suka ayat itu. 502 00:35:03,518 --> 00:35:06,688 "Tumbuk seperti petinju." Saya suka ayat itu. 503 00:35:06,771 --> 00:35:08,361 "Lampu yang retak." 504 00:35:09,357 --> 00:35:10,977 Hitam, bukan biru. 505 00:35:11,067 --> 00:35:12,897 Saya suka semuanya. 506 00:35:12,985 --> 00:35:15,355 Kamu penulis yang hebat, Edith. 507 00:35:15,446 --> 00:35:17,026 - Esther. - Ya. 508 00:35:17,115 --> 00:35:19,445 Giliran saya seterusnya, bukan? 509 00:35:19,534 --> 00:35:21,374 Mak tak tulis apa-apa pun. 510 00:35:21,452 --> 00:35:22,952 Mak boleh jadi spontan. 511 00:35:23,037 --> 00:35:25,707 Mak hebat bercakap di khalayak ramai. 512 00:35:25,790 --> 00:35:26,710 Mak. 513 00:35:29,961 --> 00:35:31,631 Baiklah. Okey. 514 00:35:33,714 --> 00:35:37,054 - Boleh tunggu di luar? Saya hampir siap. - Okey. 515 00:35:37,135 --> 00:35:39,135 - Selamat tinggal. - Selamat jalan. 516 00:35:39,220 --> 00:35:42,350 - Selamat tinggal. - Kembalilah bila-bila masa, Paula. 517 00:35:42,431 --> 00:35:43,851 Terima kasih. 518 00:35:46,477 --> 00:35:47,307 Ya. 519 00:35:49,480 --> 00:35:53,150 Aduhai! Akhirnya, kamu berjaya keluar dari pekan ini. 520 00:35:55,945 --> 00:35:58,065 Keadaan Seanie sangat teruk. 521 00:36:00,825 --> 00:36:02,865 Ayah kamu menggigil begitu dulu. 522 00:36:06,831 --> 00:36:09,331 Apa hari paling menggembirakan bagi mak? 523 00:36:10,960 --> 00:36:14,260 - Apa? - Itu aktiviti berkumpulan kami tadi. 524 00:36:14,922 --> 00:36:17,802 Mak masih ingat saat paling menggembirakan? 525 00:36:21,971 --> 00:36:25,771 Pada pagi pertama kita di Alaska. 526 00:36:27,018 --> 00:36:29,438 Kita tiba di Anchorage pada tengah malam. 527 00:36:29,520 --> 00:36:33,570 Kamu kesejukan sebab mak terlupa bawa jaket kamu. 528 00:36:35,318 --> 00:36:38,448 Kita pergi dari rumah ayah kamu dalam keadaan tergesa-gesa. 529 00:36:40,740 --> 00:36:44,120 Mak sewa sebuah kabin untuk kita, tapi ia tiada perabot. 530 00:36:45,328 --> 00:36:46,248 Jadi… 531 00:36:47,079 --> 00:36:50,329 mak campakkan semua pakaian daripada beg 532 00:36:50,416 --> 00:36:53,376 ke tengah-tengah lantai dan buat katil. 533 00:36:54,212 --> 00:36:56,672 Kita tidur di situ sambil berpelukan. 534 00:36:59,217 --> 00:37:02,757 Pagi esoknya, ketika kamu masih tidur, 535 00:37:02,845 --> 00:37:04,715 mak keluar 536 00:37:04,805 --> 00:37:07,015 dan melompat ke atas salji. 537 00:37:08,226 --> 00:37:09,386 Mak baring di sana, 538 00:37:10,269 --> 00:37:11,979 dan buat bidadari salji. 539 00:37:13,231 --> 00:37:16,531 Tiada sesiapa di sana yang akan cakap mak gila 540 00:37:17,360 --> 00:37:19,570 atau tiba-tiba mak tersedar. 541 00:37:19,946 --> 00:37:21,656 Cuma ada mak… 542 00:37:23,199 --> 00:37:24,779 matahari dan salji. 543 00:37:29,664 --> 00:37:33,004 Tak sampai setahun, kita kembali ke sini, 544 00:37:33,084 --> 00:37:35,424 dan mak pokai. 545 00:37:35,503 --> 00:37:38,173 Sia-sia saja lawatan itu. 546 00:37:39,173 --> 00:37:40,173 Tak. 547 00:37:40,258 --> 00:37:41,548 Ia tak sia-sia. 548 00:37:42,260 --> 00:37:45,010 Mak jauhkan saya daripada ayah. Mak tak kembali kepada dia. 549 00:38:03,864 --> 00:38:04,744 Jadi… 550 00:38:09,453 --> 00:38:11,543 Jadi mak masih boleh ke Montana? 551 00:38:13,249 --> 00:38:14,289 Mak nak ikut? 552 00:38:15,918 --> 00:38:16,788 Ya. 553 00:38:19,714 --> 00:38:21,514 Mak nak ikut! 554 00:38:22,133 --> 00:38:25,973 Mak boleh cari kerja melukis mural, 555 00:38:26,595 --> 00:38:28,675 dan cari teman lelaki orang gunung. 556 00:38:30,433 --> 00:38:33,853 Lagipun, Maddy perlukan mak. Dia seorang artis seperti mak. 557 00:38:33,936 --> 00:38:36,266 Boleh mak bersiap menjelang hari Isnin? 558 00:38:37,690 --> 00:38:38,940 Mak dah siap. 559 00:38:39,025 --> 00:38:40,525 Mak dah kemas barang. 560 00:38:40,609 --> 00:38:43,399 Kebaikan tinggal di dalam kereta. Semua barang dah dikemas. 561 00:38:43,487 --> 00:38:45,737 Mak tak tahu jika kereta itu boleh sampai Montana. 562 00:38:45,823 --> 00:38:48,083 Mak mungkin perlu menjualnya ke kedai besi buruk. 563 00:38:49,952 --> 00:38:52,332 Mak boleh tumpang kamu, bukan? 564 00:38:53,331 --> 00:38:54,251 Ya. 565 00:38:54,332 --> 00:38:55,832 - Betulkah? - Ya. 566 00:38:55,916 --> 00:38:57,336 - Betulkah? - Dah tentu. 567 00:38:57,585 --> 00:38:59,455 Ya Tuhan. Betulkah? 568 00:39:00,504 --> 00:39:01,464 Maddy! 569 00:39:01,547 --> 00:39:03,217 Maddy, cuba teka. 570 00:39:03,299 --> 00:39:05,299 Kita akan mengembara! 571 00:39:05,801 --> 00:39:08,221 Kamu nak mengembara dengan nenek? 572 00:39:08,804 --> 00:39:10,564 Kita akan pergi mengembara! 573 00:39:10,639 --> 00:39:14,309 Ya Tuhan, kita akan pergi mengembara! 574 00:40:25,172 --> 00:40:26,632 - Itu saja? - Ya. 575 00:40:38,894 --> 00:40:41,024 Kamu boleh jumpa dia sepuas-puasnya. 576 00:40:43,023 --> 00:40:45,033 Saya nak bersihkan diri saya dulu. 577 00:40:48,863 --> 00:40:51,123 Kemudian, saya akan datang melawat sepanjang masa. 578 00:41:00,666 --> 00:41:02,416 Saya akan rindukan dia. 579 00:41:25,441 --> 00:41:26,981 Semoga berjaya, Alaska. 580 00:42:01,227 --> 00:42:04,097 - Ambil yang hitam. - Ya. 581 00:42:04,188 --> 00:42:06,648 Ya, yang hitam pun cantik. 582 00:42:07,316 --> 00:42:08,276 Ayuh, Maddy. 583 00:42:35,469 --> 00:42:36,299 Ikut sini. 584 00:43:15,926 --> 00:43:17,046 Baiklah, sayang… 585 00:43:18,929 --> 00:43:20,059 Mak akan kembali. 586 00:43:28,939 --> 00:43:31,069 Saya tak tahu kamu nak datang. Masuklah. 587 00:43:31,150 --> 00:43:33,940 Tak boleh. Maddy ada di dalam kereta. 588 00:43:34,028 --> 00:43:38,698 Saya cuma nak ucapkan selamat tinggal. Dah lama saya nak beri kamu baju ini. 589 00:43:38,782 --> 00:43:43,162 Saya tak pasti jika saya mencurinya, tapi ia ada pada saya. 590 00:43:44,246 --> 00:43:46,916 Saya nampak kamu memakainya. Hari Kesyukuran, bukan? 591 00:43:46,999 --> 00:43:48,129 Maafkan saya. 592 00:43:48,208 --> 00:43:50,788 Siapa yang tak suka baju panas kashmir? 593 00:43:53,339 --> 00:43:54,839 Jadi kamu nak ke Montana? 594 00:43:54,923 --> 00:43:55,763 Saya… 595 00:43:56,800 --> 00:44:00,600 akan ambil mak saya di Port Winslow dan melalui Lebuh Raya I-90. 596 00:44:02,514 --> 00:44:05,984 - Terima kasih sebab jadi kawan yang baik. - Kamu juga. 597 00:44:09,480 --> 00:44:13,480 - Ambillah baju panas ini. - Saya akan beli sendiri suatu hari nanti. 598 00:44:13,734 --> 00:44:15,574 Harganya $1,400. 599 00:44:16,612 --> 00:44:17,532 Beri saya. 600 00:44:59,947 --> 00:45:00,857 Mak? 601 00:45:02,408 --> 00:45:03,988 Hai. 602 00:45:07,871 --> 00:45:10,331 Sayang, pasti kamu sangat teruja. 603 00:45:11,250 --> 00:45:14,960 - Mak cakap mak nak jual kereta mak. - Betul. 604 00:45:15,045 --> 00:45:17,205 Ya. Namun, sayang, 605 00:45:17,297 --> 00:45:20,677 mak ada berita yang paling luar biasa. 606 00:45:23,971 --> 00:45:24,931 Apa? 607 00:45:25,013 --> 00:45:28,023 Micah dah halau Alaina-May dari rumahnya. 608 00:45:28,100 --> 00:45:30,810 Dia usir perempuan itu demi mak. 609 00:45:30,894 --> 00:45:34,234 Mak tidur di katilnya malam semalam, dalam pelukan dia. 610 00:45:34,314 --> 00:45:37,034 Percayalah, sayang. Kemudian, kami berasmara… 611 00:45:37,109 --> 00:45:39,739 Ya Tuhan, nikmatnya luar biasa. 612 00:45:39,820 --> 00:45:41,490 Mak tak pernah rasa begitu. 613 00:45:43,866 --> 00:45:45,276 Mak tak nak ikut? 614 00:45:45,909 --> 00:45:49,199 Bukan sekarang, sayang. 615 00:45:49,288 --> 00:45:51,538 Mak tak boleh tinggalkan Micah 616 00:45:51,623 --> 00:45:54,293 dengan keadaan hubungan kami sekarang. 617 00:45:54,376 --> 00:45:56,246 Ia sangat berkuasa dan… 618 00:45:57,296 --> 00:45:58,166 Ia sangat… 619 00:46:00,048 --> 00:46:01,718 Saya tak boleh tunggu mak. 620 00:46:01,800 --> 00:46:04,430 Mak faham. Jangan tunggu mak. 621 00:46:04,511 --> 00:46:05,721 Inilah saat kamu. 622 00:46:05,804 --> 00:46:10,354 Kamu pergilah. Beri mak alamat kamu di sana, 623 00:46:10,434 --> 00:46:13,064 dan mak akan menyusul. 624 00:46:13,145 --> 00:46:15,185 Kamu pergi dulu, okey? 625 00:46:16,231 --> 00:46:18,941 - Saya tak nak tinggalkan mak di sini. - Mak tahu. 626 00:46:19,234 --> 00:46:21,114 Kehidupan memang aneh, bukan? 627 00:46:21,195 --> 00:46:24,195 Sebaik saja mak beritahu Micah yang mak nak pergi, 628 00:46:24,281 --> 00:46:26,371 dia sedar yang dia ada perasaan terhadap mak. 629 00:46:26,450 --> 00:46:28,200 Mak terasa bahagia! 630 00:46:28,285 --> 00:46:31,495 Dia beritahu Alaina-May semuanya tentang mak. 631 00:46:33,123 --> 00:46:34,003 Tolonglah… 632 00:46:34,833 --> 00:46:36,383 tumpang gembira untuk mak. 633 00:46:40,506 --> 00:46:44,216 - Saya akan pergi tanpa mak. - Ya, pergilah. Kamu perlu pergi. 634 00:46:46,929 --> 00:46:50,179 Sayang, ini pengembaraan kamu. Bukan pengembaraan mak. 635 00:46:54,770 --> 00:46:56,190 Mak akan baik-baik saja? 636 00:46:58,440 --> 00:47:01,110 - Kamu sayangkan mak, bukan? - Saya memang sayangkan mak. 637 00:47:01,193 --> 00:47:04,663 - Mak tahu. Mari peluk mak. - Okey. 638 00:47:05,906 --> 00:47:07,316 Ya Tuhan. 639 00:47:07,407 --> 00:47:08,737 Sayang. 640 00:47:08,825 --> 00:47:11,365 - Saya sayang mak. - Ya, mak tahu, sayang. 641 00:47:40,148 --> 00:47:42,568 MISSOULA 911.2 KILOMETER 642 00:48:10,053 --> 00:48:13,103 Ayuh petik jari untuk semua orang. 643 00:48:21,398 --> 00:48:24,938 Terima kasih sebab sudi sertai aktiviti ini bersama saya. 644 00:48:25,027 --> 00:48:26,237 Ini satu penghormatan. 645 00:48:27,779 --> 00:48:29,029 Terima kasih. 646 00:48:29,114 --> 00:48:30,624 Terima kasih, Alex. 647 00:48:30,699 --> 00:48:33,409 Kami belum tahu hari paling menggembirakan bagi kamu. 648 00:48:39,666 --> 00:48:42,286 "Hari paling menggembirakan bagi saya belum berlaku. 649 00:48:43,629 --> 00:48:45,299 Namun ia bakal berlaku. 650 00:48:47,841 --> 00:48:52,141 Pada hari itu, saya akan masuk ke dalam kereta 651 00:48:52,220 --> 00:48:54,390 yang berbau macam tuna basi… 652 00:48:55,349 --> 00:48:58,059 yang akan dipenuhi dengan semua barang saya 653 00:48:58,143 --> 00:49:00,313 dan anak saya yang hebat. 654 00:49:00,979 --> 00:49:03,819 Saya akan keluar dari pekan ini. 655 00:49:05,067 --> 00:49:07,607 Saya akan memandu selama sembilan jam, 656 00:49:08,612 --> 00:49:13,832 sejauh 911.2 kilometer ke Missoula, Montana. 657 00:49:15,202 --> 00:49:19,212 Saya akan habiskan masa selama empat tahun akan datang di sana… 658 00:49:19,289 --> 00:49:21,039 belajar menjadi penulis. 659 00:49:22,417 --> 00:49:26,507 Harap-harap, ada banyak hari menggembirakan ketika itu. 660 00:49:28,173 --> 00:49:30,763 Saya tahu akan ada hari menyedihkan. 661 00:49:33,637 --> 00:49:38,387 Ramai orang tak yakin dengan ibu tunggal yang berusaha sendiri untuk ke kolej. 662 00:49:40,185 --> 00:49:42,395 Namun mereka tak tahu pengorbanan kita. 663 00:49:45,357 --> 00:49:48,397 Tiga ratus tiga puluh lapan tandas dicuci. 664 00:49:50,987 --> 00:49:53,657 Tujuh jenis bantuan kerajaan. 665 00:49:55,075 --> 00:49:57,035 Sembilan kali berpindah. 666 00:49:58,995 --> 00:50:01,325 Tidur semalam di lantai stesen feri. 667 00:50:02,708 --> 00:50:06,838 Seluruh tahun ketiga dalam hidup anak saya. 668 00:50:09,005 --> 00:50:11,295 Namun apabila kami tiba di Missoula… 669 00:50:12,551 --> 00:50:14,851 saya akan bawa Maddy ke Gunung Sentinel… 670 00:50:16,012 --> 00:50:19,522 yang menghadap seluruh bandar dan tunjukkan rumah baru kami. 671 00:50:23,478 --> 00:50:27,898 Saya dah beritahu dia tentang huruf M gergasi itu di puncak gunung. 672 00:50:33,989 --> 00:50:37,739 Denai menuju ke puncak adalah panjang dan bengkang-bengkok. 673 00:50:41,204 --> 00:50:42,254 Pendakiannya sukar. 674 00:50:45,041 --> 00:50:47,091 Namun kami akan sampai ke puncak. 675 00:50:49,254 --> 00:50:50,674 Setibanya kami di sana… 676 00:50:52,799 --> 00:50:55,929 saya akan beritahu dia yang M bermakna "Maddy". 677 00:50:59,097 --> 00:51:01,557 Seluruh dunia baru ini adalah untuk dia." 678 00:51:33,298 --> 00:51:38,178 Kalau anda atau seseorang yang anda kenali mengalami keganasan rumahtangga, 679 00:51:38,261 --> 00:51:40,221 layari laman web yang tertera. 680 00:51:40,305 --> 00:51:42,265 Kisah ini rekaan semata-mata. 681 00:52:25,767 --> 00:52:28,267 Terjemahan sari kata oleh Aizat Bahri