1 00:00:09,761 --> 00:00:11,846 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:32,825 --> 00:00:35,161 BERDASARKAN SIRI VIKINGS KARYA MICHAEL HIRST 3 00:00:54,847 --> 00:00:56,349 EROPAH PADA ABAD KE-11 4 00:00:56,432 --> 00:01:01,104 KEBERANIAN VIKING RAGNAR LOTHBROK HANYA TINGGAL LEGENDA… 5 00:01:02,105 --> 00:01:04,232 DALAM 100 TAHUN BERIKUTNYA, 6 00:01:04,315 --> 00:01:07,568 VIKING MENINGGALKAN TANAH AIR MEREKA DI SEBELAH UTARA 7 00:01:07,652 --> 00:01:10,446 DAN MENETAP DI SELURUH EROPAH, KEBANYAKANNYA DI ENGLAND, 8 00:01:11,364 --> 00:01:13,908 NAMUN, SEMENTARA PENEMPATAN MEREKA BERKEMBANG, 9 00:01:13,991 --> 00:01:16,744 MEREKA MENJADI ANCAMAN KEPADA BANGSA SAXON 10 00:01:16,828 --> 00:01:20,164 DAN RAJA INGGERIS, AETHELRED II, DIGESA AGAR MENYELESAIKAN 11 00:01:20,248 --> 00:01:22,416 MASALAH VIKING INI… 12 00:01:26,462 --> 00:01:29,757 DANELAW, PENEMPATAN VIKING 13 00:01:29,841 --> 00:01:34,053 BERDEKATAN LONDON 14 00:01:47,358 --> 00:01:48,860 Kawan-kawan! 15 00:01:51,404 --> 00:01:55,700 Kawan-kawan! Pada malam Saint Brice ini, 16 00:01:56,284 --> 00:01:58,911 mari ucap selamat tinggal kepada adik saya, 17 00:01:59,537 --> 00:02:03,249 Putera Harald Sigurdsson, yang bakal menjadi Raja Norway. 18 00:02:06,169 --> 00:02:08,838 Dia fikir dia menyerikan majlis kita, 19 00:02:09,463 --> 00:02:12,884 tapi kita tahu dia yang lebih bertuah kerana melawat kita. 20 00:02:14,635 --> 00:02:16,470 - Minum! - Minum! 21 00:02:17,763 --> 00:02:20,433 Semoga Tuhan memimpinmu pulang ke Norway. 22 00:02:20,516 --> 00:02:22,185 Jaga diri. Kita jumpa lagi. 23 00:02:23,603 --> 00:02:24,645 Abang nak ke mana? 24 00:02:25,813 --> 00:02:28,024 - Tak nak hantar saya naik kapal? - Tidak. 25 00:02:28,107 --> 00:02:29,567 Raja panggil kami. 26 00:02:30,193 --> 00:02:31,527 Kami akan ke London. 27 00:02:37,325 --> 00:02:39,952 Orang lain boleh hantar awak pergi. 28 00:02:42,038 --> 00:02:43,080 Abang. 29 00:02:53,341 --> 00:02:57,428 Jadi, bilakah tuanku, Putera Harald, akan kembali ke England? 30 00:02:59,055 --> 00:03:00,097 Beta belum tahu. 31 00:03:00,765 --> 00:03:03,351 Mungkin jika ada sebab baik. 32 00:03:07,021 --> 00:03:10,691 Tuanku, kapal dah menunggu. Kita perlu bertolak sekarang. 33 00:03:19,825 --> 00:03:21,410 - Putera Harald! - Putera Harald! 34 00:03:21,494 --> 00:03:22,495 Putera Harald. 35 00:03:22,578 --> 00:03:23,412 Selamat belayar. 36 00:03:23,496 --> 00:03:24,747 Daulat, tuanku. 37 00:03:35,216 --> 00:03:36,342 Putera Harald? 38 00:03:43,891 --> 00:03:45,851 ISTANA RAJA AETHELRED II 39 00:03:52,275 --> 00:03:55,569 Sten. Para pengawal yang setia. 40 00:03:56,153 --> 00:03:58,864 Tuanku, kami datang secepat mungkin. 41 00:03:58,948 --> 00:04:00,241 Hari ini Hari Saint Brice 42 00:04:00,324 --> 00:04:03,494 dan kamu dah tinggalkan pesta bersama keluarga. 43 00:04:03,577 --> 00:04:04,870 Jadi, sertailah beta. 44 00:04:10,626 --> 00:04:13,838 Tuanku kata ada urusan penting. Ada ancamankah? 45 00:04:14,505 --> 00:04:15,506 Ya. 46 00:04:19,010 --> 00:04:20,761 Sepanjang seratus tahun yang lalu, 47 00:04:21,345 --> 00:04:24,515 untuk mencapai keamanan dengan orang-orang kamu, 48 00:04:25,224 --> 00:04:27,810 nenek moyang tuanku tubuhkan Danelaw. 49 00:04:27,893 --> 00:04:28,728 Ya, tuanku. 50 00:04:28,811 --> 00:04:32,064 Kami dah lama di sini hingga dah lupa bahasa asal kami. 51 00:04:32,148 --> 00:04:35,943 Betul. Kamu mungkin fikir kamu orang Saxon. 52 00:04:36,027 --> 00:04:37,028 Ya. 53 00:04:37,528 --> 00:04:39,238 Tapi masalahnya, 54 00:04:40,364 --> 00:04:41,198 itu tak benar. 55 00:04:42,241 --> 00:04:43,826 Ini bukan tanah air kamu. 56 00:04:44,744 --> 00:04:47,163 Jika lalang tumbuh dalam kalangan barli, 57 00:04:48,331 --> 00:04:51,542 hanya ada satu saja cara untuk menghapuskannya. 58 00:04:56,213 --> 00:05:00,760 Maka, malam ini, beta menitahkan 59 00:05:00,843 --> 00:05:04,347 supaya semua Viking di pulau ini… 60 00:05:06,974 --> 00:05:08,100 dibunuh. 61 00:06:19,213 --> 00:06:22,508 PEMBUNUHAN HARI ST. BRICE MENYINGKIRKAN PENEMPATAN VIKING 62 00:06:22,591 --> 00:06:25,052 DARI BUMI INGGERIS… 63 00:06:25,136 --> 00:06:27,721 NAMUN, PEMBUNUHAN ITU DIKETAHUI NEGARA-NEGARA UTARA, 64 00:06:27,805 --> 00:06:31,517 DAN EKORAN ITU, RAJA CANUTE DI DENMARK MENYERU SEMUA VIKING 65 00:06:31,600 --> 00:06:34,812 SUPAYA MEMBENTUK ANGKATAN TENTERA DI KATTEGAT… 66 00:06:34,895 --> 00:06:38,524 UNTUK MEMBALAS DENDAM. 67 00:06:40,025 --> 00:06:45,406 LAUT UTARA BERDEKATAN KATTEGAT 68 00:06:58,502 --> 00:07:00,004 Tarik! 69 00:07:00,713 --> 00:07:02,506 Tarik! 70 00:07:16,562 --> 00:07:17,688 Leif! 71 00:07:18,731 --> 00:07:19,940 Ada fjord! 72 00:07:20,024 --> 00:07:21,859 Ada fjord! 73 00:07:39,376 --> 00:07:40,920 Berundur! 74 00:07:44,131 --> 00:07:46,050 Patah balik, sekarang! 75 00:07:49,929 --> 00:07:51,931 Kayuh! 76 00:07:52,014 --> 00:07:54,475 Mendayung ke arah ombak! 77 00:07:57,561 --> 00:07:59,104 Kayuh! 78 00:08:00,231 --> 00:08:01,565 Kuat lagi! 79 00:08:02,942 --> 00:08:04,360 Kayuh! 80 00:08:07,154 --> 00:08:09,073 Freydis, pastikan awak selamat! 81 00:08:17,498 --> 00:08:20,209 Kayuh lagi! 82 00:08:27,383 --> 00:08:30,177 Tarik! 83 00:08:34,139 --> 00:08:36,559 - Kayuh! - Dayung! Ayuh! 84 00:08:44,149 --> 00:08:45,693 Kayuh! 85 00:08:55,828 --> 00:08:58,747 Pegang kuat-kuat! 86 00:09:32,031 --> 00:09:33,616 Tidak. Bukan dia. 87 00:09:35,200 --> 00:09:36,076 Tidak. 88 00:09:57,264 --> 00:09:58,265 Kattegat… 89 00:09:59,183 --> 00:10:03,145 Lebih indah daripada yang saya sangka. 90 00:10:16,116 --> 00:10:17,159 Juga lebih besar. 91 00:10:28,462 --> 00:10:30,923 Nah. Bawa ke seberang. 92 00:10:31,006 --> 00:10:31,965 - Dengan tali? - Ya. 93 00:10:47,189 --> 00:10:49,525 Bagaimana kamu elak ribut itu? 94 00:10:49,608 --> 00:10:52,111 Ada kapal dari barat tiba malam tadi? 95 00:10:52,820 --> 00:10:55,531 Tak ada, cuma ada dua kapal sebelum ribut itu. 96 00:10:58,117 --> 00:10:59,201 Ia tak mustahil. 97 00:11:04,123 --> 00:11:07,459 Toke, Ulf, jaga perahu dan tambah bekalan barang. 98 00:11:07,960 --> 00:11:10,003 Freydis, tanya nakhoda di pelabuhan. 99 00:11:10,087 --> 00:11:12,381 Yang lain ikut saya tinjau pekan. 100 00:11:12,464 --> 00:11:13,298 Saya nak ikut. 101 00:11:13,882 --> 00:11:16,009 Tidak, peluang awak akan tiba. 102 00:11:18,554 --> 00:11:21,181 - Ramainya. - Ada seorang lagi. 103 00:11:21,265 --> 00:11:23,183 Di… 104 00:11:23,767 --> 00:11:25,060 Berapa orang mangsa? 105 00:11:25,644 --> 00:11:26,603 Beratus-ratus. 106 00:11:27,896 --> 00:11:30,941 Bantu saya alihkan ini. Lebihkan bahagian kanan. 107 00:12:08,604 --> 00:12:10,147 Haruman! 108 00:12:11,523 --> 00:12:12,566 Hidulah! 109 00:12:15,694 --> 00:12:17,654 Haruman! Minyak wangi! 110 00:12:21,950 --> 00:12:22,826 Njal… 111 00:12:25,537 --> 00:12:27,748 Awak, Yrsa dan… Liv! 112 00:12:32,920 --> 00:12:34,588 Berpecah dan cari di pasar. 113 00:12:35,088 --> 00:12:37,382 Saya akan periksa di dewan besar. 114 00:12:37,466 --> 00:12:38,717 Kita jumpa di perahu. 115 00:12:54,483 --> 00:12:55,526 Awak dari mana? 116 00:12:56,693 --> 00:12:57,528 Greenland. 117 00:12:59,655 --> 00:13:01,198 Bagaimana perjalanan awak? 118 00:13:01,281 --> 00:13:05,452 Lama. Lima minggu tanpa henti. 119 00:13:06,703 --> 00:13:10,040 Lima minggu di lautan terbuka dengan perahu ini? 120 00:13:11,834 --> 00:13:13,335 Mengagumkan. 121 00:13:15,546 --> 00:13:17,214 Mudahnya awak rasa kagum. 122 00:13:18,382 --> 00:13:19,341 Tidak. 123 00:13:20,050 --> 00:13:21,760 Standard saya agak tinggi. 124 00:13:22,678 --> 00:13:23,554 Saya pun. 125 00:13:27,558 --> 00:13:28,642 Awak dari Kattegat? 126 00:13:29,476 --> 00:13:32,437 Tidak, saya dari Ringerike. 127 00:13:33,063 --> 00:13:34,356 Saya Harald Sigurdsson. 128 00:13:35,440 --> 00:13:36,400 Siapa nama awak? 129 00:13:37,818 --> 00:13:38,902 Saya Freydis. 130 00:13:40,529 --> 00:13:43,448 Setelah berjalan jauh dengan perahu kecil, 131 00:13:44,157 --> 00:13:47,911 orang yang pentingkan standard tentu akan hargai mandian panas. 132 00:13:51,748 --> 00:13:55,961 Setelah perjalanan ini, apa-apa pun seronok. 133 00:14:25,240 --> 00:14:26,617 Selamat sejahtera, saudara. 134 00:14:27,367 --> 00:14:28,660 Awak baru tiba? 135 00:14:29,286 --> 00:14:30,370 Ya. 136 00:14:30,454 --> 00:14:32,748 Awak tempuhi ribut? Di mana awak berlindung? 137 00:14:33,457 --> 00:14:36,084 Kami tak berlindung. Kami tempuhinya di laut. 138 00:14:39,004 --> 00:14:40,047 Sertailah kami. 139 00:14:43,926 --> 00:14:45,385 Siapa nama awak? 140 00:14:45,469 --> 00:14:47,638 Leif. Leif Eriksson. 141 00:14:53,435 --> 00:14:55,228 Ini kali pertama di Kattegat? 142 00:14:55,312 --> 00:14:57,189 - Di Norway. - Dari Iceland? 143 00:14:58,065 --> 00:14:59,441 Bukan, Greenland. 144 00:14:59,524 --> 00:15:00,567 Awak datang dari jauh 145 00:15:00,651 --> 00:15:03,862 tentu kerana keluarga awak mati seperti keluarga kami. 146 00:15:05,614 --> 00:15:08,033 Saya tak faham maksud awak. 147 00:15:09,242 --> 00:15:12,037 Pembunuhan beramai-ramai pada Hari Saint Brice. 148 00:15:12,120 --> 00:15:14,206 Pembunuhan oleh raja Inggeris. 149 00:15:15,290 --> 00:15:16,667 Itulah sebab kita di sini. 150 00:15:17,626 --> 00:15:20,045 Semua Viking diminta datang untuk balas dendam. 151 00:15:21,880 --> 00:15:24,633 Kalau itu bukan tujuan awak, orang Greenland, 152 00:15:25,300 --> 00:15:27,052 apa sebenarnya tujuan awak? 153 00:15:30,764 --> 00:15:34,142 Saya mencari Viking yang pakai salib ini. 154 00:15:38,105 --> 00:15:42,734 Hei, dari mana awak dapat kot ini? Saya nak beli. 155 00:15:42,818 --> 00:15:44,361 Pada dua kali ganda harga asal. 156 00:15:45,112 --> 00:15:47,781 Ini harganya. 157 00:15:48,365 --> 00:15:49,950 Jadi, bunuhlah saya dulu. 158 00:15:55,497 --> 00:15:56,623 Awak kenal saya? 159 00:15:57,332 --> 00:15:59,501 Saya Alfrun dari Trundelike 160 00:15:59,584 --> 00:16:01,461 dan jika saya nak kot awak, 161 00:16:01,545 --> 00:16:05,465 awak jawab, "Baik, Alfrun. Saya beri sekarang." 162 00:16:07,384 --> 00:16:08,802 Faham? 163 00:16:09,970 --> 00:16:11,555 Tidak, Alfrun. 164 00:16:12,848 --> 00:16:13,807 Pergi dari sini. 165 00:16:24,401 --> 00:16:25,736 Berhenti! 166 00:16:27,362 --> 00:16:30,532 Awak tahu tempat ini? Ini tempat suci. 167 00:16:31,908 --> 00:16:32,951 Maafkan saya. 168 00:16:34,077 --> 00:16:35,328 Saya tak tahu. 169 00:16:48,717 --> 00:16:53,263 Awak handal bertarung, tapi awak bukan datang untuk berhimpun. 170 00:16:54,514 --> 00:16:56,892 Kenapa awak cari lelaki bersalib ini? 171 00:16:58,393 --> 00:16:59,519 Itu urusan saya. 172 00:17:04,024 --> 00:17:05,859 Itu salib Inggeris, orang Greenland. 173 00:17:05,942 --> 00:17:07,694 Saya tahu berdasarkan coraknya. 174 00:17:07,778 --> 00:17:10,864 Hanya Viking yang pernah ke sana pakai salib begini. 175 00:17:38,725 --> 00:17:40,727 Awak kerap begini selepas belayar? 176 00:17:42,312 --> 00:17:43,897 Awak tak suka? 177 00:17:45,315 --> 00:17:46,274 Taklah. 178 00:17:47,150 --> 00:17:49,778 Saya cuma hairan. 179 00:18:04,042 --> 00:18:05,127 Ada masalahkah? 180 00:18:05,836 --> 00:18:06,878 Tak ada apa-apa. 181 00:18:07,796 --> 00:18:11,091 Saya cuma hairan sebab awak ada tab, tapi bukan dari sini. 182 00:18:16,138 --> 00:18:19,724 Saya cicit Harald Finehair. 183 00:18:22,727 --> 00:18:24,020 Saya tak kenal orang itu. 184 00:18:25,230 --> 00:18:26,398 Ini tabnya? 185 00:18:31,319 --> 00:18:34,865 Kenapa awak di Kattegat, Freydis dari Greenland? 186 00:18:47,460 --> 00:18:48,837 Saya mencari seseorang. 187 00:18:55,302 --> 00:18:56,428 Siapa pelakunya? 188 00:18:58,889 --> 00:19:00,515 Orang yang saya cari itu. 189 00:19:05,353 --> 00:19:06,354 Apa yang berlaku? 190 00:19:10,650 --> 00:19:11,860 Semasa saya kecil, 191 00:19:13,361 --> 00:19:16,531 ada lelaki datang semasa ayah dan abang saya tiada. 192 00:19:17,699 --> 00:19:19,910 Dia kata dia Viking Kristian. 193 00:19:21,203 --> 00:19:23,496 Saya tak tahu tentang Viking sebegitu. 194 00:19:25,123 --> 00:19:26,875 Semasa saya bersendirian, 195 00:19:27,584 --> 00:19:29,711 dia serang saya sampai pengsan. 196 00:19:31,254 --> 00:19:36,426 Apabila saya sedar, saya tertiarap dalam keadaan bogel, 197 00:19:36,509 --> 00:19:38,678 diikat pada katil dan dia di atas saya. 198 00:19:40,305 --> 00:19:44,184 Dia rogol saya berkali-kali, pukul saya dan panggil saya pelacur pagan. 199 00:19:45,769 --> 00:19:47,854 Saya tak tahu makna pagan. 200 00:19:50,899 --> 00:19:52,525 Apabila dia selesai, 201 00:19:53,860 --> 00:19:55,320 dia keluarkan pisau, 202 00:19:56,196 --> 00:19:57,572 toreh badan saya 203 00:19:58,990 --> 00:20:00,700 dan kata yang dia tukar agama saya. 204 00:20:03,787 --> 00:20:07,874 Saya tak nampak, tapi saya tahu ia berbentuk salib. 205 00:20:20,178 --> 00:20:22,138 Siapa nama penjenayah itu? 206 00:20:22,222 --> 00:20:24,224 Mungkin saya boleh cari untuk awak. 207 00:20:31,731 --> 00:20:33,066 Ada kapal datang. 208 00:21:14,941 --> 00:21:15,775 Olaf! 209 00:21:16,818 --> 00:21:17,777 Harald. 210 00:21:19,154 --> 00:21:20,196 Olaf. 211 00:21:20,697 --> 00:21:21,531 Itu dia. 212 00:21:23,366 --> 00:21:24,576 Gunnar Magnusson. 213 00:21:27,245 --> 00:21:28,079 Adik. 214 00:21:29,080 --> 00:21:29,914 Adik. 215 00:21:30,999 --> 00:21:32,459 - Silakan. - Diakah… 216 00:21:32,542 --> 00:21:34,961 Ya, dia orangnya. 217 00:21:35,712 --> 00:21:37,213 Saya ingat awak dah mati. 218 00:21:37,297 --> 00:21:39,549 Kami selamat dengan berkat Jesus. 219 00:21:39,632 --> 00:21:42,344 Kami nampak tandanya dan tunggu ia reda di Riska. 220 00:21:43,636 --> 00:21:44,596 Tunggu dulu. 221 00:21:45,722 --> 00:21:46,765 Mari. 222 00:21:48,850 --> 00:21:50,143 Perjalanannya pun tak jauh. 223 00:21:51,102 --> 00:21:53,104 Makan dulu. Kita bertolak sebelum senja. 224 00:21:53,188 --> 00:21:56,691 Toke, Yrsa, pergi ambil barang kita. 225 00:23:06,761 --> 00:23:08,179 Aduhai. 226 00:23:08,763 --> 00:23:09,889 Ia pasukan tentera. 227 00:23:36,875 --> 00:23:39,210 Tuanku, patik persembahkan 228 00:23:40,253 --> 00:23:43,173 Olaf Haraldsson dan Gunnar Magnusson. 229 00:23:44,090 --> 00:23:46,050 Raja Canute dari Denmark. 230 00:23:48,052 --> 00:23:51,055 Jarl Olaf, beta dengar banyak kisah tentang awak. 231 00:23:51,139 --> 00:23:52,682 Terima kasih, tuanku. Patik pun. 232 00:23:54,058 --> 00:23:56,519 Silakan, awak tentu lapar setelah berjalan jauh. 233 00:23:58,188 --> 00:24:00,190 Harald kata awak saudaranya. 234 00:24:01,065 --> 00:24:02,358 Kami seibu. 235 00:24:02,859 --> 00:24:04,986 Dia adik patik yang bercita-cita tinggi. 236 00:24:05,487 --> 00:24:07,322 Kami berdua pun sama. 237 00:24:09,073 --> 00:24:11,784 Harald kata yang tuanku mahu serang England 238 00:24:11,868 --> 00:24:14,329 dan balas dendam terhadap Raja Æthelred 239 00:24:14,954 --> 00:24:17,040 Bagaimana boleh kami bantu? 240 00:24:17,123 --> 00:24:20,418 Orang kata awak tahu tentang pertahanan pihak Inggeris, 241 00:24:20,502 --> 00:24:21,920 di sekitar London. 242 00:24:22,003 --> 00:24:26,716 Bukan saja tahu, kami yang bina untuk Raja Æthelred. 243 00:24:26,799 --> 00:24:28,384 Gunnar yang pasang. 244 00:24:28,927 --> 00:24:32,388 Oleh itu, kemahiran awak penting bagi tujuan kami. 245 00:24:33,014 --> 00:24:37,310 Kami mahu kejutkan orang Inggeris dengan hantar orang ke Sungai Thames. 246 00:24:37,393 --> 00:24:38,728 Rancangan itu akan gagal. 247 00:24:38,811 --> 00:24:41,940 Kubu dibina di sepanjang Thames dari muara hingga ke kota. 248 00:24:42,023 --> 00:24:44,359 Pihak Inggeris mengawasi sepanjang pantai. 249 00:24:45,652 --> 00:24:47,362 Kalau begitu, apa strategi awak? 250 00:24:47,445 --> 00:24:48,363 Tunggu dulu. 251 00:24:50,448 --> 00:24:53,284 Kita perlu selesaikan masalah patik dulu. 252 00:24:54,911 --> 00:24:57,372 Baiklah, apa masalah awak? 253 00:25:00,500 --> 00:25:03,127 Tuanku dah kumpulkan banyak puak. 254 00:25:03,836 --> 00:25:07,549 Patik kagum dengan jumlah orang bawah pimpinan tuanku. 255 00:25:08,758 --> 00:25:12,470 Ramai antara mereka golongan pagan. 256 00:25:12,554 --> 00:25:17,517 Jarl Olaf, serangan itu adalah untuk bela kematian orang kita. 257 00:25:19,185 --> 00:25:21,312 Semua orang Viking. 258 00:25:22,855 --> 00:25:26,401 Beta tak membezakan orang pagan dan Kristian. 259 00:25:26,484 --> 00:25:27,819 Tapi patik tak begitu 260 00:25:28,778 --> 00:25:30,446 dan enggan berjuang dengan mereka. 261 00:25:31,281 --> 00:25:34,200 Tuhan patik dan Sang Penyelamat Jesus Christ 262 00:25:34,284 --> 00:25:36,536 takkan merestui penyatuan itu 263 00:25:36,619 --> 00:25:40,873 kerana ia satu pencabulan yang pasti akan gagal. 264 00:25:41,499 --> 00:25:42,917 Tapi awak datang ke sini. 265 00:25:44,836 --> 00:25:47,171 Jadi, awak tentu ada penyelesaiannya. 266 00:25:47,714 --> 00:25:48,548 Memang ada. 267 00:25:54,679 --> 00:25:55,972 Tukar agama beramai-ramai. 268 00:25:56,514 --> 00:25:57,932 Awak gila? 269 00:25:58,641 --> 00:26:00,685 Bila lagi kalau bukan sekarang, 270 00:26:00,768 --> 00:26:04,063 memandangkan semua ketua puak pagan setempat? 271 00:26:04,147 --> 00:26:06,524 Ia boleh mencetuskan perang saudara. 272 00:26:06,608 --> 00:26:08,943 Raja Æthelred takkan serang Danelaw 273 00:26:09,027 --> 00:26:12,196 kalau baginda tak yakin dengan kubunya. 274 00:26:12,280 --> 00:26:13,823 Kubu yang kami bina. 275 00:26:15,908 --> 00:26:19,120 Tanpa pengetahuan itu, tuanku hanya serang membuta tuli. 276 00:26:22,415 --> 00:26:23,916 Itu tawaran patik. 277 00:26:29,505 --> 00:26:31,841 Kalau begitu, kasihan awak, Jarl Olaf. 278 00:26:33,509 --> 00:26:35,678 Sia-sia saja awak datang dari jauh. 279 00:26:44,354 --> 00:26:45,938 Dia tentu orang penting. 280 00:26:47,190 --> 00:26:48,983 Dia belum keluar dari khemah utama. 281 00:26:54,113 --> 00:26:55,281 Ini dah ubah keadaan. 282 00:26:55,865 --> 00:26:57,241 Ia tak ubah apa-apa. 283 00:26:58,076 --> 00:26:58,910 Benarkah? 284 00:27:00,328 --> 00:27:01,496 Apa rancangan awak? 285 00:27:03,122 --> 00:27:05,458 Turun ke bawah sana dan balas dendam? 286 00:27:10,755 --> 00:27:12,674 Ya, jika terpaksa. 287 00:27:18,304 --> 00:27:19,639 Saya enggan terlibat. 288 00:27:19,722 --> 00:27:21,349 Awak dah janji dengan ayah saya. 289 00:27:25,144 --> 00:27:28,272 Saya tak janji untuk buat kerja bodoh. 290 00:27:30,400 --> 00:27:31,651 Kita tak tahu tempat ini. 291 00:27:32,777 --> 00:27:35,279 Pokok, kota dan bala tentera? 292 00:27:35,947 --> 00:27:37,365 Orang Norse ini puak lain. 293 00:27:37,448 --> 00:27:41,160 Mereka Viking, sama macam awak. 294 00:27:41,244 --> 00:27:42,787 Tidak. 295 00:27:43,955 --> 00:27:45,707 Kita orang Greenland, 296 00:27:46,749 --> 00:27:47,959 sama seperti awak. 297 00:27:49,711 --> 00:27:52,046 Sebelum pagi ini, kita semua 298 00:27:52,130 --> 00:27:54,382 tak pernah lihat lebih 40 orang setempat. 299 00:27:54,465 --> 00:27:58,136 Mereka lebih ramai daripada penduduk Iceland dan Greenland. 300 00:28:00,763 --> 00:28:04,183 Kita perlu mengaku yang matlamat kita takkan tercapai. 301 00:28:47,685 --> 00:28:50,062 Abang tak patut halang saya di pelabuhan tadi. 302 00:28:51,105 --> 00:28:52,148 Ia tentu dah selesai. 303 00:28:53,900 --> 00:28:55,067 Awak pula akan mati. 304 00:28:56,819 --> 00:28:59,113 Tapi saya boleh sertai Einherjar di Valhalla 305 00:29:00,573 --> 00:29:02,200 bersama Odin dan para dewa. 306 00:29:05,536 --> 00:29:06,913 Ayah tentu bangga. 307 00:29:12,418 --> 00:29:15,588 Abang tak datang ke sini untuk membanggakan ayah, 308 00:29:18,007 --> 00:29:19,091 tapi kerana awak. 309 00:29:24,889 --> 00:29:26,724 Jadi, apa maksud abang? 310 00:29:27,975 --> 00:29:29,101 Abang rasa ia sia-sia? 311 00:29:30,603 --> 00:29:33,356 Saya takkan mengalah selagi dendam saya tak dibalas. 312 00:29:35,691 --> 00:29:36,609 Tidak. 313 00:29:39,612 --> 00:29:41,030 Tapi percayalah abang. 314 00:29:58,172 --> 00:29:59,257 Apa khabar, saudara? 315 00:30:14,146 --> 00:30:15,231 Boleh saya masuk? 316 00:30:17,024 --> 00:30:19,569 Awak nak kata yang Canute tukar fikiran? 317 00:30:20,236 --> 00:30:21,070 Tidak. 318 00:30:23,656 --> 00:30:25,658 Jadi, apa yang awak nak bincangkan? 319 00:30:27,451 --> 00:30:28,578 Saudara kita, Sten. 320 00:30:30,079 --> 00:30:32,623 Saudara tiri, macam awak. 321 00:30:35,418 --> 00:30:37,378 Mustahil awak tak rapat dengannya. 322 00:30:38,462 --> 00:30:40,172 Awak dan dia berkhidmat bersama. 323 00:30:41,424 --> 00:30:43,718 Awak bapa pembaptisan anak-anaknya 324 00:30:43,801 --> 00:30:45,595 yang mati semasa pembunuhan itu. 325 00:30:47,763 --> 00:30:48,848 Ya. 326 00:30:50,057 --> 00:30:51,684 Saya doakan mereka setiap malam. 327 00:30:53,644 --> 00:30:55,938 Tapi awak masih tak rasa awak perlu 328 00:30:56,022 --> 00:30:57,231 bela kematian mereka? 329 00:31:00,026 --> 00:31:02,445 Orang pagan saja yang berdendam. 330 00:31:03,279 --> 00:31:05,239 Penyelamat saya, Christ, melarangnya. 331 00:31:07,533 --> 00:31:10,703 Tapi penyelamat awak tak kisah kalau ia melibatkan emas. 332 00:31:11,537 --> 00:31:14,415 Awak tahu banyak tentang pihak Inggeris. 333 00:31:15,458 --> 00:31:16,834 Contohnya, harta mereka. 334 00:31:18,878 --> 00:31:22,256 Canute takkan ubah rancangan kerana kewarakan awak. 335 00:31:23,841 --> 00:31:25,509 Apabila dia takluk England, 336 00:31:25,593 --> 00:31:28,137 dia akan guna harta itu untuk meluaskan empayar. 337 00:31:29,639 --> 00:31:33,059 Apa hasil yang awak dapat daripada kesucian hati awak ini? 338 00:31:36,145 --> 00:31:41,400 Tolong lihat misi Kristian awak dari sudut yang lebih luas. 339 00:31:42,443 --> 00:31:46,614 Ia baik untuk awak dan penyelamat awak dalam jangka masa panjang. 340 00:31:54,789 --> 00:31:55,748 Dia faham awak. 341 00:32:34,912 --> 00:32:36,664 Apa awak buat di sini? 342 00:32:37,289 --> 00:32:39,834 Ikut saya sebelum orang Kristian nampak awak. 343 00:32:42,962 --> 00:32:43,796 Pergi. 344 00:32:49,719 --> 00:32:52,888 Kalau mereka nampak awak berkeliaran di situ, 345 00:32:52,972 --> 00:32:54,682 jangan harap awak selamat. 346 00:32:55,474 --> 00:32:57,643 Mari, tolong saya. 347 00:33:16,454 --> 00:33:17,913 Amen. 348 00:34:07,046 --> 00:34:08,255 Selamat datang! 349 00:34:11,842 --> 00:34:13,761 Sepanjang seratus tahun yang lalu, 350 00:34:13,844 --> 00:34:19,475 tentera Viking bertolak ke England untuk membela kematian Ragnar Lothbrok. 351 00:34:21,435 --> 00:34:22,895 Mereka berjaya. 352 00:34:24,855 --> 00:34:27,358 Selepas banyak kejayaan lain, 353 00:34:27,441 --> 00:34:32,113 bangsa kita dijemput untuk menetap di sana. 354 00:34:33,197 --> 00:34:39,578 Kita juga hantar orang tersayang untuk kerja dan tinggal di sana. 355 00:34:41,372 --> 00:34:44,875 Danelaw menjadi kediaman mereka. 356 00:34:48,129 --> 00:34:49,338 Setahun yang lalu, 357 00:34:51,173 --> 00:34:52,925 semua itu berubah. 358 00:34:54,718 --> 00:34:56,929 Pembunuhan beramai-ramai bermula. 359 00:34:57,930 --> 00:34:59,056 Satu penyembelihan. 360 00:35:00,099 --> 00:35:02,977 Tak pernah berlaku dalam sejarah bangsa kita. 361 00:35:04,311 --> 00:35:05,271 Satu serangan. 362 00:35:06,730 --> 00:35:08,357 Bukan antara pahlawan. 363 00:35:10,151 --> 00:35:13,487 Tapi terhadap wanita dan kanak-kanak yang tak bersalah. 364 00:35:17,741 --> 00:35:20,995 Untuk satu matlamat. 365 00:35:22,621 --> 00:35:27,501 Menghapuskan bangsa kita dari England. 366 00:35:29,295 --> 00:35:33,924 Kamu diseru ke sini demi satu tujuan, 367 00:35:35,759 --> 00:35:39,138 yakni membela kematian orang kita 368 00:35:40,681 --> 00:35:45,853 dan menunjukkan kepada orang Inggeris bahawa pembunuhan bangsa Viking 369 00:35:45,936 --> 00:35:49,231 pasti akan dibela! 370 00:35:52,776 --> 00:35:55,487 Nenek moyang kita takkan berdiam diri. 371 00:35:56,238 --> 00:36:00,367 Begitu juga dengan Ivar the Boneless dan Bjorn Ironside. 372 00:36:01,869 --> 00:36:03,913 Begitu juga dengan saya. 373 00:36:08,417 --> 00:36:09,335 Kamu bagaimana? 374 00:36:09,418 --> 00:36:11,837 Tidak! 375 00:36:16,050 --> 00:36:19,428 Kamu di sini demi keluarga kamu! 376 00:36:20,346 --> 00:36:23,224 Kamu di sini kerana maruah! 377 00:36:23,891 --> 00:36:30,022 Kamu di sini kerana kamu Viking! 378 00:36:48,082 --> 00:36:53,254 Kami akan lawan orang Inggeris, tapi tanpa orang Kristian! 379 00:36:54,004 --> 00:36:55,839 Orang Kristian bunuh keluarga saya. 380 00:36:57,383 --> 00:36:59,718 Mereka musuh sebenar saya. 381 00:37:00,928 --> 00:37:03,472 Awak pula musuh saya, pagan. 382 00:37:04,848 --> 00:37:07,226 Mereka hanya penyembah berhala. 383 00:37:07,309 --> 00:37:08,352 Ya! 384 00:37:08,894 --> 00:37:10,938 Penyembah syaitan. 385 00:37:11,021 --> 00:37:12,398 Siaplah awak! 386 00:37:16,443 --> 00:37:17,319 Ya! Silakan! 387 00:37:18,821 --> 00:37:20,114 Gorm! 388 00:37:28,497 --> 00:37:29,415 Cukup! 389 00:37:31,500 --> 00:37:32,459 Jarl Gorm! 390 00:37:33,335 --> 00:37:35,462 Awak tak mahu berjuang dengan orang Kristian. 391 00:37:35,546 --> 00:37:36,964 Awak lupa saya siapa? 392 00:37:38,257 --> 00:37:41,802 Bukankah dulu saya habiskan musim panas dengan keluarga awak? 393 00:37:42,386 --> 00:37:44,221 Bukankah awak anggap saya anak awak? 394 00:37:46,724 --> 00:37:49,977 Jarl Nori, awak Kristian yang warak. 395 00:37:51,478 --> 00:37:53,814 Saya nampak adik awak pada malam pembunuhan itu. 396 00:37:54,857 --> 00:37:58,193 Apa katanya kalau dia tahu awak enggan memperjuangkannya? 397 00:37:58,277 --> 00:38:00,321 Tidakkah dia akan anggap awak pengecut? 398 00:38:03,699 --> 00:38:07,244 Sama ada tuhan kalian Odin atau Christ 399 00:38:07,828 --> 00:38:09,330 tak penting bagi saya! 400 00:38:10,789 --> 00:38:12,791 Yang penting hanya maruah! 401 00:38:13,334 --> 00:38:15,377 Yang penting hanya keberanian! 402 00:38:21,091 --> 00:38:22,134 Darah ini… 403 00:38:23,510 --> 00:38:25,846 Ini bukan darah saya. 404 00:38:26,347 --> 00:38:30,476 Ini darah kita, darah Viking! 405 00:38:31,477 --> 00:38:33,103 Selama-lamanya! 406 00:38:37,024 --> 00:38:39,651 Kami sokong awak, Harald Sigurdsson. 407 00:38:43,447 --> 00:38:44,365 Kami juga. 408 00:40:13,287 --> 00:40:14,413 Siapa nama awak? 409 00:40:15,289 --> 00:40:18,041 Freydis. Freydis Eriksdotter. 410 00:40:19,793 --> 00:40:22,254 Erik dari Jaren? 411 00:40:25,466 --> 00:40:28,469 Jangan risau. Saya kenal dia. 412 00:40:30,596 --> 00:40:31,555 Di manakah dia? 413 00:40:32,806 --> 00:40:34,433 Bersama tentera di dataran? 414 00:40:34,516 --> 00:40:35,476 Tidak. 415 00:40:36,518 --> 00:40:39,021 Di tanah air kami di Greenland. 416 00:40:40,272 --> 00:40:42,691 Awak jauh dari tanah air awak, Freydis. 417 00:40:43,692 --> 00:40:45,027 Kenapa awak datang ke sini? 418 00:40:45,736 --> 00:40:47,362 Saya ada misi. 419 00:40:48,530 --> 00:40:49,656 Itu saja. 420 00:40:50,782 --> 00:40:53,911 Tempat ini tak selamat untuk orang pagan. 421 00:40:54,495 --> 00:40:55,704 Awak selamat di Kattegat. 422 00:40:57,915 --> 00:41:01,960 Kalau awak jumpa ayah awak, kata yang Estrid Haakon kirim salam. 423 00:41:03,378 --> 00:41:04,671 Dia tentu ingat saya. 424 00:41:31,281 --> 00:41:32,199 Leif dah pulang? 425 00:41:33,200 --> 00:41:34,034 Belum. 426 00:41:36,286 --> 00:41:37,371 Tentera dah bergerak. 427 00:41:41,166 --> 00:41:44,211 Apa kita nak buat? Nak tunggu Leif? 428 00:41:44,294 --> 00:41:46,755 Tidak. Dia dah beri arahan kepada saya. 429 00:41:48,257 --> 00:41:49,424 Kita pergi ke Kattegat. 430 00:42:25,919 --> 00:42:28,797 Ini memang dia, Eriksson. 431 00:42:28,880 --> 00:42:31,800 Ayah awak Erik Thorvaldson, bukan? Erik the Red? 432 00:42:31,883 --> 00:42:33,135 Kenapa awak nak tahu? 433 00:42:33,218 --> 00:42:34,720 Nama kami Becken. 434 00:42:34,803 --> 00:42:36,930 Ayah awak bunuh saudara kami, Sven. 435 00:42:38,473 --> 00:42:40,642 Tindakannya bukan urusan saya. 436 00:42:40,726 --> 00:42:42,603 Ayah awak pembunuh 437 00:42:42,686 --> 00:42:45,897 dan lari daripada dihukum. Mestilah awak terpalit juga. 438 00:42:46,481 --> 00:42:47,649 Awak buat silap. 439 00:42:47,733 --> 00:42:48,817 Tidak, Eriksson. 440 00:42:49,610 --> 00:42:51,320 Awak yang silap. 441 00:43:25,020 --> 00:43:26,813 Tangkap dia! 442 00:43:47,751 --> 00:43:49,086 Bangsat sesat. 443 00:43:49,628 --> 00:43:51,129 Awak sama seperti ayah awak. 444 00:43:51,797 --> 00:43:52,631 Awak salah. 445 00:43:54,591 --> 00:43:57,302 Kalau itu benar, kamu semua tentu dah mati. 446 00:44:13,276 --> 00:44:14,361 Eriksson. 447 00:44:15,821 --> 00:44:16,863 Dari Greenland. 448 00:44:17,948 --> 00:44:21,076 Anak Eric Thorvaldson, pahlawan Viking 449 00:44:22,119 --> 00:44:24,413 yang dibuang negeri kerana membunuh. 450 00:44:24,955 --> 00:44:25,789 Ya, saya. 451 00:44:28,333 --> 00:44:30,752 Agaknya kerana ayah awak Erik the Red, 452 00:44:31,503 --> 00:44:33,171 maka awak handal sepertinya. 453 00:44:36,007 --> 00:44:37,134 Saya Leif. 454 00:44:39,344 --> 00:44:40,762 Saya Harald Sigurdsson. 455 00:44:42,055 --> 00:44:43,014 Kita jumpa semalam. 456 00:44:43,724 --> 00:44:44,975 Ya, saya ingat, 457 00:44:48,311 --> 00:44:49,688 dan dengar ucapan awak. 458 00:44:50,731 --> 00:44:53,442 Awak petah dan memarakkan semangat pendengar. 459 00:44:56,278 --> 00:44:57,404 Termasuk awak? 460 00:44:59,573 --> 00:45:02,743 Freydis kata awak kemudikan perahu dari Greenland. 461 00:45:03,535 --> 00:45:05,787 Saya perlukan nakhoda yang boleh bertarung. 462 00:45:07,456 --> 00:45:10,417 Saya janjikan kemuliaan jika awak sertai kami. 463 00:45:10,500 --> 00:45:11,585 Kemuliaan? 464 00:45:13,837 --> 00:45:16,214 Saya ingat awak nak balas dendam. 465 00:45:17,257 --> 00:45:18,133 Benar. 466 00:45:19,301 --> 00:45:21,762 Tapi Viking mengutamakan kemuliaan. 467 00:45:22,763 --> 00:45:24,055 Itulah diri kita. 468 00:45:26,516 --> 00:45:28,435 Awak memang petah. 469 00:45:30,395 --> 00:45:31,646 Biar saya fikir dulu. 470 00:45:34,775 --> 00:45:35,901 Tunggu… 471 00:45:37,652 --> 00:45:38,779 Adik awak, 472 00:45:40,572 --> 00:45:41,656 mengagumkan. 473 00:45:43,575 --> 00:45:45,243 Saya mahu mengenalinya. 474 00:45:47,954 --> 00:45:49,956 Jika dia tahu awak orang Kristian, 475 00:45:51,041 --> 00:45:52,959 awak akan lebih mengenalinya. 476 00:45:55,045 --> 00:45:56,171 Tengoklah nanti. 477 00:46:04,846 --> 00:46:06,056 Awasi dia. 478 00:46:24,324 --> 00:46:25,575 Buka pintu. 479 00:46:35,293 --> 00:46:36,253 Jarl Haakon. 480 00:46:37,337 --> 00:46:38,296 Raja Canute. 481 00:46:39,005 --> 00:46:42,133 Benarkan tentera kami berkhemah di luar tembok awak 482 00:46:42,217 --> 00:46:44,344 dan belayar dari pelabuhan awak. 483 00:46:44,427 --> 00:46:47,514 Kami berjanji akan mematuhi undang-undang awak. 484 00:46:48,181 --> 00:46:49,641 Baiklah, silakan. 485 00:46:50,267 --> 00:46:52,561 Kamu semua ialah tetamu saya. 486 00:46:55,647 --> 00:46:56,606 Mara. 487 00:48:11,348 --> 00:48:13,016 Saya kenal suami awak, Jarl Haakon. 488 00:48:15,352 --> 00:48:16,311 Dia baik. 489 00:48:18,730 --> 00:48:21,733 Bukan mudah menerima orang berbilang pegangan 490 00:48:21,816 --> 00:48:23,318 selepas kejadian itu. 491 00:48:24,444 --> 00:48:28,323 Tolak ansur bukan pemaafan, Raja Canute. 492 00:48:28,406 --> 00:48:30,075 Saya sentiasa memerhati. 493 00:48:36,039 --> 00:48:37,707 - Orang Greenland. - Apa ini? 494 00:48:37,791 --> 00:48:39,334 Awak tak boleh masuk. 495 00:48:46,800 --> 00:48:47,676 Keluar! 496 00:48:50,679 --> 00:48:51,972 Keluar dari sini! 497 00:49:07,779 --> 00:49:08,697 Kawan-kawan! 498 00:49:12,033 --> 00:49:13,910 Ini majlis yang bersejarah. 499 00:49:15,912 --> 00:49:17,622 Terima kasih kepada Jarl Haakon 500 00:49:17,706 --> 00:49:21,334 kerana menerima matlamat kita yang mulia ini. 501 00:49:23,837 --> 00:49:27,549 Kita berbesar hati kerana dapat berada di Kattegat, 502 00:49:27,632 --> 00:49:30,677 di dewan agung Ragnar Lothbrok dan anak-anaknya. 503 00:49:31,970 --> 00:49:34,264 Makan di meja Lagertha 504 00:49:34,347 --> 00:49:36,182 dan wira-wira terdahulu bersantap. 505 00:49:38,309 --> 00:49:42,022 Kita berasa rendah diri dan kagum dengan peninggalan mereka. 506 00:49:42,897 --> 00:49:45,275 Ini giliran kita untuk mencipta sejarah. 507 00:49:45,775 --> 00:49:47,777 Untuk tunjuk kepada orang Inggeris 508 00:49:48,278 --> 00:49:51,614 bahawa orang Viking mungkin berpuak-puak, 509 00:49:52,365 --> 00:49:55,035 tapi kita semua sepakat. 510 00:49:55,118 --> 00:49:56,202 Ya! 511 00:49:56,286 --> 00:49:57,537 Satu hati. 512 00:49:58,121 --> 00:49:58,997 Ya! 513 00:49:59,080 --> 00:50:00,665 Satu jiwa. 514 00:50:11,384 --> 00:50:12,218 Bagus. 515 00:50:13,344 --> 00:50:15,263 Saya tak setuju langsung. 516 00:50:27,692 --> 00:50:29,110 Berhenti, orang Greenland. 517 00:50:30,695 --> 00:50:33,323 Jangan teruskan rancangan awak. 518 00:50:33,406 --> 00:50:34,866 Saya akan bunuh jika perlu. 519 00:50:35,992 --> 00:50:38,036 Saya bukan masalah awak. 520 00:50:42,040 --> 00:50:43,458 Helo, orang Kristian. 521 00:50:48,463 --> 00:50:50,924 Kini, giliran saya untuk toreh badan awak. 522 00:50:59,224 --> 00:51:00,308 Tangkap dia! 523 00:51:04,020 --> 00:51:05,897 Tidak! 524 00:51:09,192 --> 00:51:11,361 Ini bukan rumah awak, Jarl Olaf! 525 00:51:12,570 --> 00:51:15,615 Saya saja yang berhak menjatuhkan hukuman di sini. 526 00:51:16,574 --> 00:51:17,700 Awak biar dia bunuh? 527 00:51:19,327 --> 00:51:21,079 Kamu semua pun nampak. 528 00:51:22,539 --> 00:51:24,415 Saya tuntut keadilan! 529 00:51:24,499 --> 00:51:25,875 Saya pun sama! 530 00:51:27,627 --> 00:51:28,670 Saya pun sama! 531 00:51:29,295 --> 00:51:33,049 Lelaki itu rogol saya dan disabitkan bersalah di Greenland. 532 00:51:33,591 --> 00:51:35,468 Saya berhak membalas dendam. 533 00:51:35,552 --> 00:51:36,886 Tipu! 534 00:51:36,970 --> 00:51:38,888 Dia patut mati. 535 00:51:38,972 --> 00:51:43,893 Hukum dia, jika tidak, kami akan bakar kota ini! 536 00:51:53,778 --> 00:51:56,948 Ulang arahan awak tadi. 537 00:52:00,368 --> 00:52:01,744 Saya percaya cakapnya! 538 00:52:02,871 --> 00:52:04,497 Saya percaya cakapnya! 539 00:52:07,333 --> 00:52:08,251 Tunjuklah. 540 00:52:11,337 --> 00:52:12,380 Biar dia naik. 541 00:52:27,478 --> 00:52:29,397 Ini perbuatannya. 542 00:52:30,607 --> 00:52:34,736 Kalau dia masih hidup, dia terpaksa mengakuinya. 543 00:52:35,445 --> 00:52:37,030 Padan muka dia! 544 00:52:37,113 --> 00:52:38,364 Diam! 545 00:52:38,448 --> 00:52:40,033 Harus dihukum! 546 00:52:41,492 --> 00:52:43,453 Saya akan jatuhkan hukuman esok. 547 00:52:45,121 --> 00:52:47,040 Saya sokong Jarl Haakon. 548 00:52:48,208 --> 00:52:50,126 Kita akan tunggu penghakimannya. 549 00:52:50,627 --> 00:52:52,086 Bawa mereka pergi. 550 00:54:35,690 --> 00:54:40,695 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati