1 00:00:06,723 --> 00:00:08,963 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:14,843 --> 00:00:18,043 Apa yang ayah dah buat? Apa ayah sedang buat? 3 00:00:18,123 --> 00:00:20,723 - Ayah melindungi perompak itu? - Ya. 4 00:00:22,563 --> 00:00:25,363 Dia ugut ayah atau ada sebab lain? 5 00:00:27,123 --> 00:00:29,523 Ayah sendiri nak lakukannya? 6 00:00:30,723 --> 00:00:34,443 - Ya. - Beritahulah saya siapa orangnya. 7 00:00:35,443 --> 00:00:37,763 Dia cuma 8 00:00:38,843 --> 00:00:39,843 seorang ibu. 9 00:00:43,643 --> 00:00:46,043 Nama saya Jim Johansson. Saya polis. 10 00:00:47,563 --> 00:00:48,563 Maafkan saya. 11 00:00:51,083 --> 00:00:53,803 Saya tak faham bagaimana saya boleh lakukannya. 12 00:01:01,643 --> 00:01:03,563 Awak perompak itu? 13 00:01:09,443 --> 00:01:14,003 Liv, awak perlu jelaskan semuanya. 14 00:01:15,443 --> 00:01:17,443 Saya tak nak kehilangan anak-anak. 15 00:01:18,483 --> 00:01:22,883 - Saya tak nak kehilangan anak-anak. - Apa yang berlaku kepada mereka? 16 00:01:28,403 --> 00:01:31,963 Hai anak-anak ibu. 17 00:01:32,563 --> 00:01:35,363 Ibu cuma nak ucapkan Selamat Tahun Baru. 18 00:01:36,523 --> 00:01:38,163 - Apa khabar? - Baik. 19 00:01:38,243 --> 00:01:40,523 Ibu sambut Tahun Baru dengan kami? 20 00:01:41,803 --> 00:01:45,083 Tidak. Bukan tahun ini. 21 00:01:45,163 --> 00:01:47,883 Boleh ibu makan malam dan tidur di sini? 22 00:01:48,883 --> 00:01:51,683 - Tak boleh. - Tolonglah. 23 00:01:51,763 --> 00:01:54,363 Bila kami boleh tinggal dengan ibu? 24 00:01:55,643 --> 00:01:56,923 Tak lama lagi. 25 00:01:57,003 --> 00:02:00,283 - Ini untuk ibu. - Baguslah. 26 00:02:00,363 --> 00:02:01,923 Pergi ke bilik kamu. 27 00:02:02,003 --> 00:02:06,283 - Ibu sayang kamu. - Ucap selamat tinggal. Jangan risau. 28 00:02:07,483 --> 00:02:08,963 - Okey. - Selamat tinggal. 29 00:02:11,763 --> 00:02:14,643 Awak dah jumpa apartmen? 30 00:02:15,363 --> 00:02:16,803 Tak lama lagi. 31 00:02:18,443 --> 00:02:22,763 Saya terpaksa serahkan ini kepada awak. Ini arahan mahkamah. 32 00:02:23,403 --> 00:02:29,003 Jika tiada kontrak sebelum Januari, awak akan hilang hak penjagaan. 33 00:02:33,523 --> 00:02:38,483 - Perkara ini sangat serius. - Saya akan dapatkan kontrak sewa. 34 00:02:38,563 --> 00:02:41,843 Stråkvägen 1. Menjelang tahun baru nanti. 35 00:02:41,923 --> 00:02:44,563 Baguslah. Saya perlukan kontrak itu. 36 00:02:44,643 --> 00:02:47,803 Saya perlu bayar sewa dulu. 37 00:02:47,883 --> 00:02:52,923 Baiklah. kalau begitu awak bayarlah sewa itu dulu. 38 00:02:54,723 --> 00:02:58,843 Boleh saya pinjam 6,500 daripada awak? Saya akan bayar balik. 39 00:02:58,923 --> 00:03:02,683 - Awak tak boleh terus begini. - Tolonglah. 40 00:03:02,763 --> 00:03:07,643 Kita dah bercerai jadi awak perlu bertanggungjawab atas hidup sendiri. 41 00:03:07,723 --> 00:03:09,883 Awak yang musnahkannya. 42 00:03:09,963 --> 00:03:13,443 Awak berasmara dengan bos saya sehingga saya hilang kerja. 43 00:03:13,523 --> 00:03:16,923 Awak nak bercerai, jadi awak halau saya keluar. 44 00:03:17,683 --> 00:03:22,043 Apa semua ini? Saya tak faham. Apa yang berlaku kepada kita? 45 00:03:22,123 --> 00:03:24,843 Bertenang dan fikirkan anak-anak. 46 00:03:24,923 --> 00:03:27,523 Sudah lama saya buat begitu. 47 00:03:27,603 --> 00:03:29,643 Mereka juga perlukan ibu mereka. 48 00:03:29,723 --> 00:03:32,763 Awak cuma perlu lakukan satu benda. 49 00:03:33,603 --> 00:03:35,723 Dapatkan perjanjian sewa itu. 50 00:03:35,803 --> 00:03:38,923 Jika tidak, mereka akan tinggal di sini mulai Januari. 51 00:03:39,003 --> 00:03:40,963 Saya tiada sesiapa lagi. 52 00:03:41,563 --> 00:03:44,123 Maafkan saya. Awak perlu pergi. 53 00:03:45,403 --> 00:03:47,083 Okey. Selamat Tahun Baru. 54 00:04:16,563 --> 00:04:20,163 BERIKAN SAYA 6,500! 55 00:04:23,963 --> 00:04:25,803 Kita perlu bantu dia. 56 00:04:25,883 --> 00:04:30,003 Tapi saya perlukan masa untuk fikirkannya, 57 00:04:30,083 --> 00:04:32,163 jadi kami ada satu permintaan lagi. 58 00:04:32,763 --> 00:04:34,683 Kami perlukan bunga api. 59 00:04:36,163 --> 00:04:37,243 Bunga api? 60 00:04:39,283 --> 00:04:41,523 Siapa namanya? 61 00:04:42,163 --> 00:04:43,003 Liv. 62 00:04:43,803 --> 00:04:44,763 Liv Holemberg. 63 00:04:46,283 --> 00:04:50,523 Dia wanita yang baik. Ibu yang baik dan orang yang baik. 64 00:04:52,763 --> 00:04:56,723 Itu dia? Dia perompak itu? 65 00:04:58,483 --> 00:04:59,323 Ya. 66 00:05:00,523 --> 00:05:03,883 Itu perbuatan yang bodoh dan dia tak patut rompak bank, 67 00:05:03,963 --> 00:05:07,163 tapi dia benar-benar terdesak. 68 00:05:07,243 --> 00:05:10,363 Dia rasa hidupnya dah musnah. Jadi dia telah 69 00:05:11,123 --> 00:05:12,483 buat keputusan bodoh. 70 00:05:12,563 --> 00:05:15,963 Cuma ayah seorang yang buat keputusan bodoh di sini. 71 00:05:16,043 --> 00:05:18,163 Ayah telah melindungi penjenayah. 72 00:05:18,843 --> 00:05:22,123 - Ayah nak berikan dia peluang. - Ayah tolong dia. 73 00:05:22,203 --> 00:05:24,523 Dia seorang penjenayah. Tak guna. 74 00:05:24,603 --> 00:05:29,443 Ayah idola saya sejak saya kecil, tapi sekarang… 75 00:05:31,203 --> 00:05:34,563 - Ayah tahu awak kecewa. - Ke mana dia pergi? 76 00:05:35,683 --> 00:05:38,163 - Ayah tak tahu. - Sudahlah. 77 00:05:38,243 --> 00:05:41,723 - Betul. Ayah tak tahu. - Dia dah rompak bank. 78 00:05:41,803 --> 00:05:45,083 Dia ambil tebusan dan lepaskan tembakan. 79 00:05:45,163 --> 00:05:48,323 Dia rasa sangat tertekan ketika itu. 80 00:05:48,403 --> 00:05:52,363 - Awak tak faham situasi ini. - Ayah tahu saya rasa nak buat apa? 81 00:05:52,443 --> 00:05:55,043 Laporkan ayah kerana salah laku profesional. 82 00:05:55,563 --> 00:05:59,563 Ayah polis yang teruk dan ayah yang tak guna. 83 00:06:28,963 --> 00:06:30,083 Hai. 84 00:06:30,163 --> 00:06:32,403 Saya cari Liv Holemberg. Dia ada? 85 00:06:32,483 --> 00:06:35,043 Tak, dia tak tinggal di sini lagi. 86 00:06:36,403 --> 00:06:38,963 - Ini alamat berdaftarnya. - Dia dah pindah. 87 00:06:39,043 --> 00:06:41,643 Kami dalam proses bercerai. 88 00:06:41,723 --> 00:06:44,963 - Kenapa awak cari dia? - Saya tak boleh beritahu awak. 89 00:06:45,043 --> 00:06:46,483 Hai. 90 00:06:46,563 --> 00:06:50,323 Lasse, awak perlu bercakap jujur apabila polis tanya soalan. 91 00:06:50,403 --> 00:06:54,643 - Apa maksud awak? Dia baru sampai. - Ya. 92 00:06:56,843 --> 00:06:58,163 Apa? 93 00:06:59,083 --> 00:07:00,123 Ya… 94 00:07:01,323 --> 00:07:04,763 Liv tinggal di bilik stor, jadi dia tak boleh bawa anaknya. 95 00:07:07,123 --> 00:07:10,443 - Di bilik stor? - Ya, ia tak masuk akal. Kami dah cakap. 96 00:07:10,523 --> 00:07:12,483 - Di mana? - Stråkvägen 1. 97 00:07:12,563 --> 00:07:13,843 Stråkvägen 1. 98 00:07:13,923 --> 00:07:17,363 Dia dijanjikan kontrak sewa di tempat yang sama. 99 00:07:17,443 --> 00:07:19,523 - Ia agak… - Tapi dia belum dapat. 100 00:07:19,603 --> 00:07:22,803 Dia tak stabil dan dia bukan ibu yang baik. 101 00:07:22,883 --> 00:07:27,963 Saya pernah bekerja dengan dia. Saya bos dia. 102 00:07:28,043 --> 00:07:31,203 Saya dah beritahu agensi rasmi yang 103 00:07:31,283 --> 00:07:35,283 Lasse patut dapat hak penjagaan kedua-dua anak mereka. 104 00:07:35,363 --> 00:07:39,323 Selepas itu, jika dia berjaya buktikan kebolehannya sebagai ibu 105 00:07:39,403 --> 00:07:42,323 dia boleh dapatkan tempat tinggal yang sesuai. 106 00:07:42,403 --> 00:07:45,123 Dia memang perlukan tempat tinggal yang sesuai. 107 00:07:45,203 --> 00:07:49,323 Bukan sangkar ayam dengan mangga. 108 00:07:49,403 --> 00:07:52,203 - Ia diperbuat daripada kayu. - Tapi anak-anak… 109 00:07:52,283 --> 00:07:57,643 - Tapi ia tak sesuai. - Begitu. Terima kasih luangkan masa. 110 00:08:00,803 --> 00:08:03,363 Seperti biasa, saya minta sewa dulu. 111 00:08:03,443 --> 00:08:05,323 Begitulah caranya. 112 00:08:05,403 --> 00:08:09,563 Tapi dia tak bayar, jadi saya terpaksa cari penyewa lain. 113 00:08:10,203 --> 00:08:11,363 Begitu. 114 00:08:11,443 --> 00:08:15,563 Awak rasa saya patut berikan dia kontrak tanpa bayaran? 115 00:08:16,323 --> 00:08:19,203 Tak, saya tak tahu bagaimana caranya. 116 00:08:19,763 --> 00:08:21,763 Saya akan beritahu awak. 117 00:08:21,843 --> 00:08:24,963 Ramai penyewa suka merungut 118 00:08:25,043 --> 00:08:27,523 sebab mereka fikir saya badan amal 119 00:08:27,603 --> 00:08:30,243 kerana saya memiliki banyak rumah. 120 00:08:30,323 --> 00:08:34,003 Saya tak kisah menderma kepada badan amal lain, 121 00:08:34,083 --> 00:08:35,563 tapi itu keputusan saya. 122 00:08:35,643 --> 00:08:39,003 Liv pula asyik merungut 123 00:08:39,083 --> 00:08:41,763 tentang suaminya yang berasmara dengan bosnya 124 00:08:41,843 --> 00:08:46,683 dan suaminya akan ambil hak penjagaan jika dia tak dapat kontrak sewa. 125 00:08:46,763 --> 00:08:50,403 - Tiba-tiba ia jadi tanggungjawab saya. - Begitu. 126 00:08:50,483 --> 00:08:53,563 Jadi saya patut berikan dia 6,500 kronor 127 00:08:53,643 --> 00:08:55,843 supaya hidupnya tak susah. 128 00:08:55,923 --> 00:08:59,123 - Enam ribu lima ratus? - Ya, bayaran pendahuluan. 129 00:08:59,203 --> 00:09:02,083 - Adakah itu jumlahnya? - Ya, dan ia agak murah. 130 00:09:02,163 --> 00:09:04,323 - Di mana dia sekarang? - Tak tahu. 131 00:09:04,403 --> 00:09:07,363 - Boleh awak tunjukkan bilik stor itu? - Ya. 132 00:09:14,763 --> 00:09:16,043 Stefan bercakap. 133 00:09:17,683 --> 00:09:19,483 Dalam ruang sarung tangan. 134 00:09:19,563 --> 00:09:21,643 - Di mana? - Di sebelah kanan. 135 00:09:22,323 --> 00:09:24,683 Apa maksud awak ia tiada di situ? 136 00:09:25,523 --> 00:09:30,083 Saya letak kunci dan kontrak dalam sampul di… 137 00:09:30,683 --> 00:09:33,803 Ia patut ada dalam ruang sarung tangan. 138 00:09:34,723 --> 00:09:37,203 Ia ada di situ. Periksa lagi. 139 00:09:37,883 --> 00:09:40,283 Mesti ia ditindih dengan benda lain. 140 00:09:45,483 --> 00:09:46,323 Periksa lagi. 141 00:09:47,083 --> 00:09:49,883 Pergi ke kereta dan periksa lagi. 142 00:09:49,963 --> 00:09:52,043 Semuanya ada di situ. 143 00:09:53,363 --> 00:09:57,043 - Awak dah lihat semuanya? Saya sibuk. - Ya. 144 00:09:57,123 --> 00:09:58,323 - Ya, okey. - Okey. 145 00:10:20,123 --> 00:10:22,163 - Hai. - Polis sedang cari saya. 146 00:10:22,243 --> 00:10:24,323 Bertenang. Masuklah. 147 00:10:25,243 --> 00:10:28,723 - Mereka tak tahu awak di sini. - Saya tak tahu caranya. 148 00:10:28,803 --> 00:10:31,723 Kalau saya bawa anak-anak, mereka akan jumpa saya. 149 00:10:31,803 --> 00:10:34,803 - Mereka tahu siapa saya. - Mungkin mereka tak tahu. 150 00:10:35,323 --> 00:10:37,563 Mereka datang cari saya di bilik stor. 151 00:10:37,643 --> 00:10:42,163 Satu demi satu. Mari kita minum wain dan bertenang. 152 00:11:00,803 --> 00:11:05,163 Mereka akan keluar. Enam orang, bukan? Atau ada orang di belakang mereka? 153 00:11:10,403 --> 00:11:11,963 Sayang. 154 00:11:13,043 --> 00:11:15,723 Marilah kita tengok bunga api. 155 00:11:17,283 --> 00:11:19,203 Ia sangat cantik. 156 00:11:22,683 --> 00:11:24,563 Ia untuk anak-anak awak. 157 00:11:26,483 --> 00:11:28,043 Awak sangat baik, Estelle. 158 00:11:29,683 --> 00:11:31,203 Anak-anak saya… 159 00:11:32,403 --> 00:11:34,483 Mereka suka bunga api. 160 00:11:37,523 --> 00:11:38,963 Sayang. 161 00:11:40,163 --> 00:11:42,803 Saya faham situasi awak. 162 00:11:42,883 --> 00:11:45,083 Anak-anak awak sangat penting. 163 00:11:45,923 --> 00:11:49,243 Saya tahu cara untuk awak melarikan diri. 164 00:11:50,243 --> 00:11:55,243 Ikut cakap saya dan semuanya pasti okey. 165 00:11:56,083 --> 00:11:58,763 Tahun depan akan jadi tahun yang baik. 166 00:11:59,403 --> 00:12:00,363 Percayalah. 167 00:12:02,043 --> 00:12:04,563 - Awak rasa begitu? - Saya janji. 168 00:12:55,483 --> 00:12:56,683 Awak nak ke mana? 169 00:12:57,763 --> 00:13:01,963 Saya dah letak jawatan. Dah tiba masa untuk teruskan hidup. 170 00:13:02,923 --> 00:13:04,763 Baiklah. Apa awak nak? 171 00:13:06,083 --> 00:13:08,163 Saya nak tahu di mana perompak itu. 172 00:13:09,363 --> 00:13:12,723 - Awak rasa saya tahu? - Benar. 173 00:13:13,283 --> 00:13:16,443 Saya tahu semua tebusan menipu semasa disoal siasat 174 00:13:16,523 --> 00:13:20,203 dan kamu telah melindungi perompak itu, Liv Holmberg. 175 00:13:20,283 --> 00:13:23,163 Saya nak tahu di mana dia, Zarah. 176 00:13:23,243 --> 00:13:25,883 Saya tak tahu dia di mana. 177 00:13:26,963 --> 00:13:29,003 Kenapa saya patut percayakan awak? 178 00:13:30,803 --> 00:13:34,883 Sebab saya dah berhenti menipu. Saya sedang bercakap jujur. 179 00:13:34,963 --> 00:13:37,683 Saya tak tipu. Saya tak tahu dia di mana. 180 00:13:44,603 --> 00:13:46,643 Boleh awak hantarkan ini ke bank? 181 00:13:47,523 --> 00:13:49,523 Kalau awak janji awak tak terjun. 182 00:13:51,443 --> 00:13:52,443 Okey. 183 00:13:55,603 --> 00:13:56,683 Tidak! 184 00:14:00,523 --> 00:14:02,843 - Tak, itu… - Apa… 185 00:14:06,443 --> 00:14:11,043 Mana awak dapat surat itu? Kenapa ia ada pada awak? 186 00:14:11,123 --> 00:14:12,363 Ini surat saya. 187 00:14:14,203 --> 00:14:16,403 Saya yang serahkannya. 188 00:14:16,483 --> 00:14:18,923 - Di  bank ini. - Apa? 189 00:14:22,483 --> 00:14:24,003 Ya, dia… 190 00:14:28,043 --> 00:14:31,803 Lelaki di jambatan itu serahkannya kepada saya sebelum dia… 191 00:14:32,923 --> 00:14:36,203 Saya masih kecil. Tiga belas tahun. 192 00:14:36,283 --> 00:14:39,043 Saya dalam perjalanan pulang semasa… 193 00:14:41,243 --> 00:14:45,123 Saya sangka saya boleh halang dia, tapi dia terus terjun. 194 00:14:45,203 --> 00:14:47,283 Saya tak dapat halang dia. 195 00:14:48,283 --> 00:14:49,123 Ia… 196 00:14:51,163 --> 00:14:52,683 Awak dah berusaha. 197 00:14:53,843 --> 00:14:55,403 Awak dah cuba. 198 00:14:57,123 --> 00:14:58,363 Awak kenal dia? 199 00:15:00,043 --> 00:15:03,963 Saya tak kenal dia, tapi dia klien saya. 200 00:15:05,963 --> 00:15:09,443 Dia perlukan pinjaman. 201 00:15:12,283 --> 00:15:14,323 Tapi saya tolak permohonannya. 202 00:15:18,363 --> 00:15:21,163 Sebelum dia terjun dan… 203 00:15:22,523 --> 00:15:23,603 Sebelum dia… 204 00:15:25,403 --> 00:15:28,483 Sebab itu saya pergi tengok apartmen itu. 205 00:15:28,563 --> 00:15:30,443 Saya cuma nak lihat. 206 00:15:31,803 --> 00:15:33,643 Lihat tempat dia membesar. 207 00:15:35,763 --> 00:15:39,643 - Adakah dia anak Estelle? - Ya. 208 00:15:41,963 --> 00:15:45,123 Saya tak tahu. Saya langsung tak tahu. 209 00:15:45,683 --> 00:15:46,683 Ya. 210 00:15:49,083 --> 00:15:51,403 Apa kandungan surat itu? 211 00:15:53,643 --> 00:15:55,203 Saya belum buka. 212 00:15:55,883 --> 00:15:57,403 Saya terlalu takut. 213 00:16:25,603 --> 00:16:27,923 - Sebab saya tak suka… - Hai. 214 00:16:28,523 --> 00:16:31,163 Helo, konstabel. Apa khabar? 215 00:16:31,243 --> 00:16:35,403 - Awak dah jumpa perompak itu? - Siasatan berjalan lancar. 216 00:16:35,483 --> 00:16:37,123 Kami ada perkembangan baru. 217 00:16:39,483 --> 00:16:40,523 Estelle, 218 00:16:41,683 --> 00:16:47,123 saya nak tanya awak sesuatu tentang anak awak. 219 00:16:48,123 --> 00:16:51,163 Gustav? Dia dah meninggal dunia. 220 00:16:51,763 --> 00:16:56,203 Saya tahu. Saya tak tahu dia anak awak. 221 00:16:56,683 --> 00:17:00,803 Saya ada di sana semasa dia… Atau sebelum dia… 222 00:17:03,443 --> 00:17:05,843 Sebelum ia berlaku. Sebelum dia terjun. 223 00:17:07,603 --> 00:17:09,003 Awak ada di sana? 224 00:17:10,043 --> 00:17:14,643 Saya cuba selamatkan dia. Saya cuba… 225 00:17:15,523 --> 00:17:18,803 Saya cuba, tapi ia tak berhasil. 226 00:17:21,963 --> 00:17:26,123 Dia tak boleh diselamatkan. Dia hidap kanser yang tak boleh diubati. 227 00:17:28,683 --> 00:17:33,843 - Sebentar. Dia menghidap kanser? - Ya, sebab itu dia bunuh diri. 228 00:17:33,923 --> 00:17:39,323 Dia tak nak mati perlahan-lahan dengan badan yang dipenuhi ketumbuhan 229 00:17:39,403 --> 00:17:40,843 dan ubat tahan sakit. 230 00:17:43,723 --> 00:17:46,003 Saya ingat saya… 231 00:17:46,083 --> 00:17:49,083 Saya pasti awak dah cuba yang terbaik. 232 00:17:50,123 --> 00:17:52,723 Itulah peranan kita sebagai manusia. 233 00:17:53,483 --> 00:17:58,683 Kalau kita ada peluang selamatkan orang, kita perlu ambil peluang itu. 234 00:17:59,963 --> 00:18:03,123 Ia akan menjadikan kita orang yang lebih baik. 235 00:18:05,203 --> 00:18:10,083 Kadangkala, ada situasi yang tak dijangka. Jangan lihat luarannya saja. 236 00:19:22,203 --> 00:19:24,203 Ayah tak patut tipu awak 237 00:19:24,283 --> 00:19:26,043 dan rahsiakannya. 238 00:19:26,683 --> 00:19:30,923 Awak polis yang baik, Jack. Awak masih ada 40 tahun untuk bekerja. 239 00:19:31,723 --> 00:19:33,963 Ayah faham awak perlu buat kerja awak. 240 00:19:39,723 --> 00:19:42,083 Ayah cuma nak cakap ayah tahu 241 00:19:43,323 --> 00:19:44,523 di mana dia tinggal. 242 00:19:45,923 --> 00:19:47,123 Dengan Estelle. 243 00:19:48,403 --> 00:19:49,843 Buatlah apa yang perlu. 244 00:20:22,003 --> 00:20:26,443 Kamu boleh main di luar 30 minit. Selepas itu waktu makan. 245 00:20:27,323 --> 00:20:30,243 - Boleh kita makan taco? - Kita akan makan penkek. 246 00:20:30,323 --> 00:20:33,483 Kita akan makan makanan yang enak. Mana kot awak? 247 00:20:33,563 --> 00:20:36,523 - Saya rasa ia di bilik saya. - Ibu akan ambilkan. 248 00:20:37,363 --> 00:20:40,163 - Boleh kita main sorok-sorok? - Saya nak sorok. 249 00:20:40,803 --> 00:20:43,923 - Saya nak sorok. - Saya nak sorok 250 00:20:45,483 --> 00:20:49,163 - Awak seorang polis? - Ya, betul. Siapa awak? 251 00:20:49,243 --> 00:20:52,683 Nama saya Vera. Tapi ibu panggil saya monyet. 252 00:20:52,763 --> 00:20:55,723 - Saya katak dan ibu pula moose. - Begitu. 253 00:20:56,323 --> 00:20:57,643 Di mana… 254 00:21:16,843 --> 00:21:19,483 Kenapa awak ada di sini? 255 00:21:27,643 --> 00:21:29,123 Kamu nak tahu? 256 00:21:30,443 --> 00:21:33,243 Ibu kamu lakukan segalanya untuk kamu. 257 00:21:33,323 --> 00:21:35,843 - Ya. - Bukan semua orang ada ibu begitu. 258 00:21:37,963 --> 00:21:39,163 Itulah kehidupan. 259 00:21:39,843 --> 00:21:41,523 Kami keluar dulu. 260 00:21:43,243 --> 00:21:45,803 - Selamat tinggal. - Selamat tinggal, polis. 261 00:21:50,363 --> 00:21:52,083 Saya perlu ikut awak, bukan? 262 00:21:57,803 --> 00:21:58,683 Tidak. 263 00:21:59,203 --> 00:22:03,283 Tinggal di sini dengan anak-anak awak. Mereka perlukan awak. 264 00:22:06,243 --> 00:22:07,123 Terima kasih. 265 00:22:08,843 --> 00:22:10,723 Saya sedar hidup awak susah. 266 00:22:10,803 --> 00:22:15,403 Saya buat sesuatu yang tak masuk akal. Saya bukan orang begitu. 267 00:22:15,483 --> 00:22:18,123 Saya faham, tapi ia dah pun berlaku. 268 00:22:19,003 --> 00:22:24,523 Saya ada soalan. Bagaimana awak keluar dari apartmen itu? 269 00:22:29,603 --> 00:22:31,803 Baiklah. Mari kita lakukannya. 270 00:22:32,563 --> 00:22:35,883 Tak boleh. Saya tak boleh lakukannya. 271 00:22:35,963 --> 00:22:38,763 - Saya tak boleh lakukannya. - Kita dah setuju. 272 00:22:38,843 --> 00:22:41,923 - Saya tahu, tapi… - Kami tebusan. 273 00:22:42,003 --> 00:22:45,563 Kami dah alami sesuatu yang sangat teruk. 274 00:22:45,643 --> 00:22:49,563 Jadi tiada siapa akan terkejut jika kami berkelakuan pelik. 275 00:22:49,643 --> 00:22:54,803 - Awak cuma perlu ikut kami. - Ikut saja dan semuanya pasti okey. 276 00:22:56,683 --> 00:23:01,643 - Dia nak ke mana? - Lebih baik awak tak tahu. 277 00:23:02,843 --> 00:23:04,603 Okey? Mari kita pergi. 278 00:23:24,603 --> 00:23:26,803 UNTUK ESTELLE DARIPADA KLAS-GÖRAN 279 00:23:36,883 --> 00:23:39,123 Jim, ada pergerakan dalam apartmen. 280 00:23:39,203 --> 00:23:41,523 Mungkin penjenayah masih ada di sana. 281 00:23:41,603 --> 00:23:42,643 Baiklah. 282 00:24:03,443 --> 00:24:05,203 Polis! 283 00:24:06,963 --> 00:24:10,083 Sebentar. Di apartmen blok ini? 284 00:24:10,163 --> 00:24:13,603 - Di luar? - Ya, di sebelah. 285 00:24:19,483 --> 00:24:21,323 - Ya. - Tak guna. 286 00:24:24,323 --> 00:24:27,483 Saya harap kita takkan berjumpa lagi. 287 00:24:28,683 --> 00:24:33,043 Saya tak bergurau. Saya tak nak jumpa awak lagi. 288 00:24:34,323 --> 00:24:38,883 Jaga diri awak dan anak-anak awak. 289 00:24:57,483 --> 00:24:59,163 Saya nak tangkap dia, 290 00:24:59,243 --> 00:25:03,643 tapi apabila saya nampak dia dan anak-anaknya, saya… 291 00:25:03,723 --> 00:25:06,883 Saya tak sanggup lakukannya. Tak sanggup. 292 00:25:09,563 --> 00:25:11,283 "Kesalahan daripada manusia, 293 00:25:11,763 --> 00:25:13,363 kemaafan daripada Tuhan." 294 00:25:18,643 --> 00:25:20,083 Ayah bangga dengan awak. 295 00:25:22,603 --> 00:25:25,843 Awak polis yang lebih baik daripada ayah. 296 00:25:27,483 --> 00:25:29,243 Kadangkala saja. 297 00:25:29,323 --> 00:25:31,443 Selalunya. 298 00:25:33,923 --> 00:25:36,123 Tapi ayah ialah ayah yang baik. 299 00:25:36,203 --> 00:25:37,483 Ia… 300 00:25:38,203 --> 00:25:43,203 - Maaf. Saya tak patut cakap begitu. - Tak apa. 301 00:25:45,843 --> 00:25:49,483 "Tapi saya memilih untuk menamatkan hidup saya. 302 00:25:50,363 --> 00:25:53,643 Awak patut tahu ini bukan salah awak. Gustav. " 303 00:25:57,283 --> 00:25:59,083 Dia sangat baik hati. 304 00:26:00,443 --> 00:26:02,683 Dia tak perlu tulis surat kepada awak. 305 00:26:02,763 --> 00:26:05,323 Dia sedang memikirkan banyak perkara lain. 306 00:26:05,403 --> 00:26:06,563 Betul. 307 00:26:07,883 --> 00:26:10,403 Apa awak nak buat selepas berhenti kerja? 308 00:26:10,883 --> 00:26:11,803 Saya tak tahu. 309 00:26:12,523 --> 00:26:15,603 - Saya ada idea. - Sudah tentu. 310 00:26:15,683 --> 00:26:20,723 Tukang paip. Betul. Awak ada aura seorang tukang paip. 311 00:26:20,803 --> 00:26:23,643 Terima kasih atas nasihat itu. 312 00:26:32,523 --> 00:26:34,523 - Jambatan ini cantik. - Tak. 313 00:26:35,483 --> 00:26:39,403 - Apa? - Awak tak boleh cakap ia cantik. 314 00:26:39,883 --> 00:26:43,283 - Saya rasa ia cantik. - Venice ada jambatan yang cantik. 315 00:26:43,363 --> 00:26:45,843 Ini cuma jambatan biasa. 316 00:26:45,923 --> 00:26:46,803 Seperti awak. 317 00:26:46,883 --> 00:26:50,563 Awak cuma orang biasa, tapi saya rasa awak menakjubkan. 318 00:26:50,643 --> 00:26:51,843 Baiklah. 319 00:26:57,403 --> 00:26:58,283 Jill? 320 00:26:58,803 --> 00:27:01,043 - Hai, ayah. - Hai, apa khabar? 321 00:27:02,443 --> 00:27:05,163 Saya okey. Cuma agak penat. 322 00:27:05,843 --> 00:27:07,523 Ayah faham. 323 00:27:10,043 --> 00:27:11,283 Saya… 324 00:27:12,083 --> 00:27:15,123 Ayah maksudkan apa ayah cakap. 325 00:27:16,683 --> 00:27:18,403 Ayah nak awak pindah ke sini. 326 00:27:19,763 --> 00:27:21,083 Bagaimana dengan Jack? 327 00:27:21,723 --> 00:27:22,923 Dia juga begitu. 328 00:27:25,563 --> 00:27:26,683 Terima kasih, ayah. 329 00:27:28,963 --> 00:27:30,043 Saya minta maaf. 330 00:27:34,723 --> 00:27:36,923 Saya dah buat keputusan, ayah. 331 00:27:37,563 --> 00:27:40,043 Saya akan berhenti. Saya janji. 332 00:27:40,883 --> 00:27:43,003 Saya tak sanggup lagi. 333 00:27:44,483 --> 00:27:46,243 Baguslah, Jill. 334 00:27:46,803 --> 00:27:48,843 Kita akan lakukannya bersama-sama. 335 00:27:51,083 --> 00:27:53,883 - Saya sayang ayah. - Ayah juga sayangkan awak. 336 00:27:54,563 --> 00:27:56,403 - Ciuman. - Ciuman. 337 00:28:13,243 --> 00:28:17,523 Dengar sini. Awak patut pilih warna kelabu gelap untuk kambi. 338 00:28:17,603 --> 00:28:21,003 Dinding ini juga boleh dicat warna kelabu. 339 00:28:21,083 --> 00:28:23,163 Anna-Lena nak letak kertas dinding. 340 00:28:23,243 --> 00:28:26,043 Kertas dinding? Dia dah gilakah? Sayang! 341 00:28:26,123 --> 00:28:28,683 - Ya. - Awak nak letak kertas dinding? 342 00:28:28,763 --> 00:28:30,003 Ia sesuai, bukan? 343 00:28:30,083 --> 00:28:31,523 - Helo. - Hai. 344 00:28:31,603 --> 00:28:34,803 - Bagaimana dengan semalam? - Lebih baik. 345 00:28:34,883 --> 00:28:38,243 - Ia sangat mahal. - Mereka akan tinggal di sini lama. 346 00:28:38,323 --> 00:28:40,123 Awak selalu duduk di koridor? 347 00:28:41,883 --> 00:28:43,723 - Awak okey? - Y. 348 00:28:45,123 --> 00:28:49,723 Mereka nak ajar saya sesuatu yang dipanggil Shut up di telefon. 349 00:28:49,803 --> 00:28:51,443 Tapi ia terlalu rumit. 350 00:28:51,523 --> 00:28:54,323 Shut up? Bunyinya tak begitu baik. 351 00:28:54,403 --> 00:28:57,963 - Namanya Snapchat. - Snapchat. 352 00:28:58,483 --> 00:29:01,123 Saya akan simpan. Pergi tengok budak-budak. 353 00:29:01,203 --> 00:29:02,603 Okey, terima kasih. 354 00:29:03,323 --> 00:29:06,563 Kamu ganggu nenek? 355 00:29:06,643 --> 00:29:11,003 Ada seekor monyet di sini? Awak nak tangkap ibu? 356 00:29:11,083 --> 00:29:12,363 Tidak! 357 00:29:24,763 --> 00:29:26,003 - Helo. - Hai. 358 00:29:34,963 --> 00:29:36,003 Apa khabar? 359 00:29:36,883 --> 00:29:38,003 Kakak okey. 360 00:30:07,523 --> 00:30:10,443 - Gembira jumpa kakak. - Gembira jumpa kamu juga. 361 00:30:11,483 --> 00:30:15,043 - Kakak rasa okey. - Betulkah? 362 00:30:17,323 --> 00:30:18,363 Ayah. 363 00:31:26,003 --> 00:31:28,563 Terjemahan sari kata oleh Atikah Gazzali