1 00:01:38,224 --> 00:01:39,225 Berambus. 2 00:03:04,936 --> 00:03:06,062 Dickie? 3 00:03:06,062 --> 00:03:06,979 Di sini. 4 00:03:11,192 --> 00:03:12,068 Hai, Marge. 5 00:03:21,243 --> 00:03:22,244 Di mana Dickie? 6 00:03:23,621 --> 00:03:24,538 Rom. 7 00:03:26,207 --> 00:03:27,375 Rom? 8 00:03:27,375 --> 00:03:28,793 Awak tak dapat surat dia? 9 00:03:28,793 --> 00:03:29,877 Tak. 10 00:03:29,877 --> 00:03:31,963 Tentu ada di pejabat pos. 11 00:03:31,963 --> 00:03:33,172 Saya baru ke sana. 12 00:03:33,839 --> 00:03:34,757 Kalau begitu... 13 00:03:40,096 --> 00:03:41,305 Apa awak buat, Tom? 14 00:03:41,931 --> 00:03:43,891 Saya tolong Dickie. 15 00:03:43,891 --> 00:03:45,977 Bawa barang yang dia mahu ke Rom. 16 00:03:45,977 --> 00:03:49,730 Katanya nak tulis surat untuk beritahu dia akan duduk di sana seketika. 17 00:03:49,730 --> 00:03:51,315 Seketika itu berapa lama? 18 00:03:51,315 --> 00:03:52,942 Tak pasti. Mungkin dia pun sama. 19 00:03:52,942 --> 00:03:55,945 Dia kata setidaknya sampai hujung musim sejuk. 20 00:03:56,988 --> 00:03:58,656 Dia takkan balik selama itu? 21 00:03:58,656 --> 00:04:02,702 Saya pasti dia akan balik melawat dan uruskan beberapa hal. 22 00:04:07,164 --> 00:04:09,000 Kami masih akan ke Cortina. 23 00:04:10,293 --> 00:04:11,794 Tidak sebenarnya. 24 00:04:11,794 --> 00:04:13,879 Dia kata akan tulis surat untuk... 25 00:04:14,630 --> 00:04:16,841 Siapa namanya? Freddie? Untuk beritahu dia. 26 00:04:18,301 --> 00:04:21,012 Awak pergilah. Dia cakap begitu. 27 00:04:21,012 --> 00:04:24,432 Saya patut pergi? Tanpa dia? Mustahil. 28 00:04:25,558 --> 00:04:27,601 Saya cuma sampaikan. 29 00:04:31,397 --> 00:04:32,815 Dia tinggal dengan sesiapa? 30 00:04:33,941 --> 00:04:35,568 Saya tak tahu tempat dia tinggal. 31 00:04:40,323 --> 00:04:43,492 Dia juga kata awak patut ambil peti ais itu. 32 00:04:46,412 --> 00:04:47,705 Apa kamu berdua buat? 33 00:04:48,414 --> 00:04:49,248 Bila? 34 00:04:49,999 --> 00:04:51,000 Di San Remo. 35 00:04:51,917 --> 00:04:54,253 Tak buat apa-apa yang pelik. 36 00:04:56,297 --> 00:04:58,132 Kami beli minyak wangi awak. 37 00:05:13,481 --> 00:05:15,858 Dia tak bincang tentang rancangan awak? 38 00:05:17,401 --> 00:05:18,611 Rancangan saya? 39 00:05:20,780 --> 00:05:22,239 Apa maksud awak? 40 00:05:24,116 --> 00:05:25,868 Awak akan tinggal dengan dia di Rom? 41 00:05:28,954 --> 00:05:30,706 Untuk seketika. 42 00:05:31,499 --> 00:05:32,833 Tolong dia berkemas. 43 00:05:36,295 --> 00:05:38,130 Tapi awak tak tahu alamat dia. 44 00:05:38,130 --> 00:05:41,008 Dia akan tinggalkan mesej di American Express, 45 00:05:41,008 --> 00:05:42,635 selepas jumpa tempatnya. 46 00:05:42,635 --> 00:05:45,471 Kalau awak nak tulis surat, hantar ke situ. 47 00:05:58,192 --> 00:05:59,193 Kemudian? 48 00:05:59,902 --> 00:06:03,155 Kemudian, saya nak ke Paris. 49 00:06:04,115 --> 00:06:05,366 Awak atau kamu berdua? 50 00:06:06,033 --> 00:06:07,034 Hanya saya. 51 00:06:08,494 --> 00:06:09,620 Krismas bagaimana? 52 00:06:10,454 --> 00:06:11,288 Kenapa dengannya? 53 00:06:11,288 --> 00:06:13,457 Dia ada cakap nak balik ke sini 54 00:06:13,457 --> 00:06:14,834 atau tak mahu ke Cortina? 55 00:06:14,834 --> 00:06:18,587 Dia tak cakap, tapi rasanya tak. 56 00:06:18,587 --> 00:06:21,632 Kenapa awak fikir begitu kalau dia tak cakap? 57 00:06:25,010 --> 00:06:29,140 Janggal rasanya, Marge, sebab... 58 00:06:30,683 --> 00:06:32,601 dia cakap sesuatu pasal awak. 59 00:06:33,602 --> 00:06:35,729 Pasal saya? Kepada awak? 60 00:06:36,355 --> 00:06:37,356 Ya. 61 00:06:38,941 --> 00:06:40,151 Cakap apa? 62 00:06:40,985 --> 00:06:43,904 Dia kata dia nak bersendirian sekejap. 63 00:06:45,406 --> 00:06:47,241 Tapi dia takkan bersendirian. 64 00:06:48,951 --> 00:06:50,870 Awak ada di sana. 65 00:06:52,496 --> 00:06:55,124 Dia tak maksudkan saya. 66 00:07:00,004 --> 00:07:03,090 Awak nak pergi minum dan cakap pasal hal ini? 67 00:07:03,090 --> 00:07:05,426 Saya boleh buatkan minuman. Dengan ais. 68 00:07:11,849 --> 00:07:12,683 Nak? 69 00:07:15,019 --> 00:07:15,853 Tak nak. 70 00:09:20,227 --> 00:09:22,354 Carlo, awak suruh kami ambil patung salib. 71 00:09:23,439 --> 00:09:25,858 Itu gereja. Penuh dengan patung salib. 72 00:09:27,359 --> 00:09:29,820 Saya suruh kamu ambil patung salib Foggini. 73 00:09:31,947 --> 00:09:33,324 Saya tak kenal dia. 74 00:09:34,158 --> 00:09:35,701 Saya dah agak. 75 00:09:37,453 --> 00:09:39,705 Ada yang tak kena dengan patung salib ini? 76 00:09:40,581 --> 00:09:42,833 Selain tak bernilai? 77 00:09:43,667 --> 00:09:45,669 Arahan awak perlu lebih jelas. 78 00:09:45,669 --> 00:09:46,879 Memanglah. 79 00:09:48,714 --> 00:09:49,632 Saya suka. 80 00:09:50,257 --> 00:09:51,091 Yakah? 81 00:09:51,800 --> 00:09:52,926 Saya pun. 82 00:09:53,886 --> 00:09:55,471 Saya jarang suka karya keagamaan. 83 00:09:56,055 --> 00:09:57,264 Tapi ini boleh tahan. 84 00:09:58,349 --> 00:10:00,142 Kalau begitu, bawalah balik. 85 00:10:01,185 --> 00:10:03,020 Cantik diletak di ruang tamu awak. 86 00:10:03,020 --> 00:10:04,355 Carlo. 87 00:10:06,231 --> 00:10:07,066 Hei, Tomma! 88 00:10:08,192 --> 00:10:12,237 Awak terlambat. Saya dah jumpa orang lain untuk ke Paris. Maaf. 89 00:10:12,237 --> 00:10:15,157 Tak apa. Saya ada sesuatu untuk awak. 90 00:10:17,910 --> 00:10:19,370 Keluar. 91 00:10:21,747 --> 00:10:22,665 Masuklah. 92 00:10:31,757 --> 00:10:32,633 Cakaplah. 93 00:10:33,676 --> 00:10:36,053 Awak kenal sesiapa yang nak beli bot? 94 00:10:36,053 --> 00:10:37,471 Bot apa? 95 00:10:37,471 --> 00:10:38,972 Bot Sangermani 40 kaki. 96 00:10:38,972 --> 00:10:39,932 Bot awak? 97 00:10:39,932 --> 00:10:42,643 Bot kawan. Dia ke luar daerah. 98 00:10:42,643 --> 00:10:44,770 Kawan awak yang kaya dan takut saya? 99 00:10:45,938 --> 00:10:48,232 Dia mahu tiga juta lira, tak kurang. 100 00:10:48,232 --> 00:10:49,942 Awak akan dapat komisen. 101 00:10:50,859 --> 00:10:52,778 Boleh. 20 peratus. 102 00:10:52,778 --> 00:10:54,446 Itu tak boleh. 103 00:10:54,446 --> 00:10:56,990 Saya dapat 10 peratus. 30 peratus terlalu banyak. 104 00:10:58,075 --> 00:10:58,909 Sekejap. 105 00:10:58,909 --> 00:11:01,578 Kenapa dia bayar awak kalau saya yang jual? 106 00:11:01,578 --> 00:11:04,748 Sebab awak tak boleh jual tanpa saya. 107 00:11:08,001 --> 00:11:11,296 Tak berbaloi. Tak berbaloi bagi saya kalau kurang 20 peratus. 108 00:11:11,296 --> 00:11:14,341 Carlo. Ini kerja saya. 109 00:11:14,967 --> 00:11:18,137 Saya aturkan penjualan barang, maka saya tetapkan bayaran. 110 00:11:19,596 --> 00:11:21,348 Awak tahu apa kerja saya? 111 00:11:23,642 --> 00:11:24,977 Saya boleh agak. 112 00:11:29,523 --> 00:11:32,651 Dua puluh peratus. Bahagi sama rata antara kita. 113 00:11:32,651 --> 00:11:34,319 Paling tinggi saya boleh beri. 114 00:11:34,319 --> 00:11:35,529 Awak beri? 115 00:11:36,196 --> 00:11:37,030 Dia beri. 116 00:11:40,409 --> 00:11:41,785 Maaf, 20 peratus untuk saya. 117 00:11:45,581 --> 00:11:46,582 Okey... 118 00:11:53,380 --> 00:11:54,214 Tomma! 119 00:12:00,471 --> 00:12:01,472 Mari sini. 120 00:12:05,809 --> 00:12:08,145 Saya suka awak, Ripley. Silakan duduk. 121 00:12:09,271 --> 00:12:10,522 Kita boleh bincang. 122 00:12:19,490 --> 00:12:21,825 Awak dah kembali. Mahu tinggal di sini lagi? 123 00:12:21,825 --> 00:12:24,745 Tak, saya mahu bercakap dengan pengurus. 124 00:12:24,745 --> 00:12:25,662 Saya pengurus. 125 00:12:25,662 --> 00:12:27,122 Okey. 126 00:12:27,122 --> 00:12:28,999 Kawan saya ada beberapa barang 127 00:12:28,999 --> 00:12:31,168 yang hotel ini mungkin berminat nak beli. 128 00:12:31,835 --> 00:12:32,669 Barang? 129 00:12:33,962 --> 00:12:34,796 Ya. 130 00:12:37,382 --> 00:12:39,259 Senaraikan barang yang awak nak 131 00:12:39,259 --> 00:12:42,596 serta harga dan hantar kepada saya di Rom melalui American Express. 132 00:12:42,596 --> 00:12:45,849 Saya akan serahkannya kepada kawan saya. Kami akan hubungi awak. 133 00:12:45,849 --> 00:12:47,559 Kawan awak di Rom? 134 00:12:47,559 --> 00:12:48,477 Ya. 135 00:12:49,603 --> 00:12:51,271 Awak uruskan hal dia. 136 00:12:52,356 --> 00:12:53,190 Ya. 137 00:13:04,826 --> 00:13:06,078 Ini juga untuk dijual? 138 00:13:08,038 --> 00:13:09,248 Apa entah namanya. 139 00:13:10,123 --> 00:13:11,166 "Apa entah namanya"? 140 00:13:12,501 --> 00:13:13,418 Ya. 141 00:13:14,419 --> 00:13:16,046 Tak, bukan untuk dijual. 142 00:13:27,099 --> 00:13:28,183 Makanan dah siap. 143 00:13:32,604 --> 00:13:35,399 Richard kata dia akan tulis surat 144 00:13:35,399 --> 00:13:38,694 untuk berterima kasih atas segala yang awak lakukan. 145 00:13:38,694 --> 00:13:43,073 Sementara itu, dia minta saya beri awak ini. 146 00:13:51,331 --> 00:13:52,165 Untuk apa? 147 00:13:52,791 --> 00:13:56,920 Dia masih di Rom dan tak pasti akan balik. 148 00:13:56,920 --> 00:13:59,631 Jadi, khidmat awak tak lagi diperlukan. 149 00:14:47,095 --> 00:14:48,180 Saya letak sendiri. 150 00:15:27,761 --> 00:15:29,513 Tunggu di sini. Terima kasih. 151 00:15:53,912 --> 00:15:56,164 Enam tiket ke Rom. Kelas pertama. 152 00:15:56,164 --> 00:15:57,082 Enam? 153 00:15:57,958 --> 00:15:58,959 12,000 lira. 154 00:17:11,490 --> 00:17:14,242 {\an8}ROM 155 00:17:47,734 --> 00:17:48,860 Selamat datang. 156 00:17:48,860 --> 00:17:49,778 Terima kasih. 157 00:18:13,677 --> 00:18:16,304 Saya perlukan satu bilik. Bilik mewah. 158 00:18:16,304 --> 00:18:17,681 Baik. 159 00:18:17,681 --> 00:18:18,723 Berapa hari? 160 00:18:19,307 --> 00:18:20,267 Dua minggu. 161 00:18:24,729 --> 00:18:25,647 Baiklah. 162 00:18:27,440 --> 00:18:29,860 Tandatangan di sini. 163 00:18:33,947 --> 00:18:34,781 Pen yang bagus. 164 00:19:00,891 --> 00:19:02,309 Terima kasih, En. Greenleaf. 165 00:19:02,309 --> 00:19:04,019 Bilik nombor 312. 166 00:19:05,020 --> 00:19:06,396 Selamat datang ke Rom. 167 00:19:27,042 --> 00:19:29,753 Jika perlu apa-apa, hubungi penyambut tetamu. 168 00:20:54,921 --> 00:20:55,922 Berita buruk? 169 00:20:58,800 --> 00:21:00,719 Dia telefon atau datang ke sini? 170 00:21:01,344 --> 00:21:02,512 Dia telefon. 171 00:21:05,515 --> 00:21:07,642 - Awak cakap dengan dia? - Ya. 172 00:21:07,642 --> 00:21:08,643 Apa dia kata? 173 00:21:09,436 --> 00:21:11,771 Dia lega sebab tahu encik di sini 174 00:21:11,771 --> 00:21:14,399 dan minta encik hubungi dia segera. 175 00:21:18,153 --> 00:21:21,865 Memang penting. Ini maksudnya kesihatan ibu saya semakin buruk. 176 00:21:22,449 --> 00:21:23,825 Saya bersimpati. 177 00:21:26,244 --> 00:21:28,663 Cik Sherwood ada cakap dia akan ke Rom? 178 00:21:28,663 --> 00:21:29,664 Tidak. 179 00:21:35,086 --> 00:21:37,797 Maaf, saya perlu daftar keluar segera. 180 00:21:37,797 --> 00:21:41,343 Saya faham. Encik perlu lawat ibu encik. 181 00:21:41,343 --> 00:21:43,887 Saya harap keadaannya tak begitu serius. 182 00:21:43,887 --> 00:21:44,804 Saya juga. 183 00:21:45,555 --> 00:21:48,350 Saya akan hantar porter untuk kemas barang. 184 00:21:48,350 --> 00:21:49,642 Terima kasih. 185 00:21:49,642 --> 00:21:52,520 Jika Cik Sherwood telefon lagi sebelum saya sampai, 186 00:21:52,520 --> 00:21:55,607 beritahu dia saya akan hubungi dia secepat mungkin. 187 00:21:55,607 --> 00:21:57,067 Baik. Saya akan tulis nota. 188 00:21:57,067 --> 00:21:59,027 Kami akan sediakan bil. 189 00:21:59,944 --> 00:22:01,571 Saya baru daftar masuk. 190 00:22:01,571 --> 00:22:02,489 Ya. 191 00:22:05,492 --> 00:22:06,326 Okey. 192 00:22:08,495 --> 00:22:09,329 Kunci encik. 193 00:23:42,088 --> 00:23:43,631 Satu bilik bujang. 194 00:23:43,631 --> 00:23:44,549 Standard. 195 00:23:45,633 --> 00:23:46,509 Pasport. 196 00:24:11,284 --> 00:24:12,410 Di atas. 197 00:24:26,716 --> 00:24:28,968 Jam ini dimasuki air. 198 00:24:28,968 --> 00:24:30,970 Ia terjatuh ke dalam singki. 199 00:24:34,140 --> 00:24:35,600 Air masin. 200 00:24:39,896 --> 00:24:41,314 Ini jam curi? 201 00:24:43,691 --> 00:24:46,236 Seperti yang awak lihat, ada parap saya di situ. 202 00:26:32,842 --> 00:26:34,302 Boleh saya bantu? 203 00:26:36,721 --> 00:26:38,181 Akaun dengan cawangan Naples. 204 00:26:39,223 --> 00:26:40,183 Sebentar. 205 00:27:08,002 --> 00:27:09,796 Helo. Ini Paolo Alessi. 206 00:27:10,421 --> 00:27:12,382 Pengarah cawangan Rom. 207 00:27:13,007 --> 00:27:16,094 Saya mahu semak baki akaun atas nama 208 00:27:16,094 --> 00:27:18,054 Richard Greenleaf. 209 00:27:40,159 --> 00:27:41,494 Tandatangan. 210 00:27:48,543 --> 00:27:49,669 Pen yang bagus. 211 00:28:12,024 --> 00:28:13,234 Marge yang dikasihi. 212 00:28:14,819 --> 00:28:16,821 Maaf kerana lambat menulis surat. 213 00:28:19,198 --> 00:28:22,034 Saya harap Tom sudah maklumkan saya ada di Rom, 214 00:28:22,034 --> 00:28:23,786 supaya awak tak risau. 215 00:28:25,455 --> 00:28:29,709 Bercakap tentang Tom, awak silap tentang dia. 216 00:28:30,460 --> 00:28:33,045 Semua perkara buruk awak cakap tentang dia. 217 00:28:34,505 --> 00:28:37,133 Sesiapa pun dia, 218 00:28:38,426 --> 00:28:40,094 dia bukan orang jahat. 219 00:28:41,804 --> 00:28:44,182 Dia tiada kaitan dengan hal kita. 220 00:28:44,182 --> 00:28:45,475 {\an8}Saya harap awak sedar. 221 00:28:49,395 --> 00:28:50,730 Tentang kita, 222 00:28:52,607 --> 00:28:55,276 jangan fikir saya larikan diri daripada apa-apa. 223 00:28:56,819 --> 00:28:57,820 Atau daripada awak. 224 00:28:59,280 --> 00:29:00,907 Saya cuma fikir berjauhan 225 00:29:00,907 --> 00:29:03,951 akan bantu kita faham perasaan kita tentang satu sama lain. 226 00:29:06,370 --> 00:29:08,498 Maaf tentang sambutan Krismas di Cortina. 227 00:29:09,916 --> 00:29:12,794 Saya rasa kita tak patut berjumpa buat masa ini. 228 00:29:13,419 --> 00:29:15,213 Saya harap awak tak benci saya. 229 00:29:18,382 --> 00:29:19,300 Sayang, Dickie. 230 00:30:05,429 --> 00:30:06,514 Cahaya. 231 00:30:19,068 --> 00:30:20,403 Sentiasa cahaya. 232 00:30:28,160 --> 00:30:29,036 Catatan. 233 00:30:30,538 --> 00:30:32,248 Harap awak suka minyak wangi itu. 234 00:30:34,083 --> 00:30:35,877 Susah betul nak cari. 235 00:30:35,877 --> 00:30:38,337 Saya hampir putus asa ketika Tom menemukannya. 236 00:30:40,423 --> 00:30:44,010 Katanya, "Marge tentu gembira." 237 00:30:51,100 --> 00:30:52,184 Dickie yang dikasihi. 238 00:30:54,020 --> 00:30:57,398 Ini agak mengejutkan. Rom? 239 00:30:58,691 --> 00:31:00,902 Apa agaknya terjadi di San Remo? 240 00:31:02,862 --> 00:31:05,114 {\an8}Nampaknya bukan seperti yang kita bincangkan. 241 00:31:05,865 --> 00:31:08,242 Saya tanya Tom, tapi ceritanya tak jelas. 242 00:31:09,702 --> 00:31:12,204 Segala tentang Tom tak jelas. 243 00:31:12,204 --> 00:31:16,250 Disengajakan, bagi saya. Atau awak tak perasan? 244 00:31:17,793 --> 00:31:20,504 Awak kata dia bukan orang jahat, tapi saya tak suka dia. 245 00:31:21,589 --> 00:31:23,674 Awak tak nampak dia gunakan awak? 246 00:31:24,842 --> 00:31:25,885 Dia gay? 247 00:31:26,802 --> 00:31:28,054 Entahlah. 248 00:31:28,054 --> 00:31:31,223 Saya tak rasa dia cukup normal untuk ada kehidupan seksual. 249 00:31:32,725 --> 00:31:35,853 Tapi sejujurnya, awak seolah-olah malu dengan dia. 250 00:31:35,853 --> 00:31:37,104 Kenapa, ya? 251 00:31:39,231 --> 00:31:41,484 Awak risaukan pendapat ayah awak tentang Tom, 252 00:31:41,484 --> 00:31:43,361 tapi kini awak tak hiraukannya. 253 00:31:43,361 --> 00:31:45,196 Itu satu amaran, Dickie. 254 00:31:45,196 --> 00:31:47,615 Kenapa tak hiraukan amaran ayah awak? 255 00:31:49,784 --> 00:31:52,036 Tentang kita pula, seperti awak kata, 256 00:31:52,036 --> 00:31:54,622 saya boleh bertahan tanpa awak beberapa minggu, 257 00:31:54,622 --> 00:31:55,957 tapi saya rindu awak. 258 00:31:57,083 --> 00:31:59,001 Saya nampak awak di mana-mana. 259 00:31:59,752 --> 00:32:03,047 Pokok zaitun yang kita tanam di depan tingkap saya. 260 00:32:03,047 --> 00:32:05,925 Buku-buku awak yang saya tak pulangkan. 261 00:32:07,259 --> 00:32:09,428 Pokok tomato yang awak beri subur. 262 00:32:11,389 --> 00:32:13,140 Terima kasih untuk minyak wangi itu. 263 00:32:13,140 --> 00:32:17,019 Saya suka, walaupun saya tak percaya Tom yang jumpa. 264 00:32:19,146 --> 00:32:22,733 Dia masih di sana atau sudah pulang ke Amerika macam dia kata? 265 00:32:23,442 --> 00:32:26,487 Cukuplah tentang dia, saya takkan tambah lagi. 266 00:32:26,487 --> 00:32:27,905 Saya cuma bertanya. 267 00:32:28,572 --> 00:32:30,533 Beritahulah rancangan awak. 268 00:32:31,784 --> 00:32:33,661 Adakah awak masih di Rom? 269 00:32:33,661 --> 00:32:34,745 Betulkah? 270 00:32:36,080 --> 00:32:38,165 Mungkin saya patut cari awak. 271 00:32:39,709 --> 00:32:41,919 Harap awak suka skarf itu, sayang. 272 00:32:41,919 --> 00:32:44,005 Berhari-hari saya siapkannya. 273 00:32:46,298 --> 00:32:48,300 Sepanjang itu, saya tak sunyi. 274 00:32:58,602 --> 00:33:00,062 Boleh saya cakap sesuatu? 275 00:33:00,062 --> 00:33:03,441 - Bilik encik bermasalah? - Tak, bilik saya okey. 276 00:33:03,441 --> 00:33:04,608 Pasal seorang wanita. 277 00:33:05,192 --> 00:33:06,152 Begitulah selalunya. 278 00:33:06,777 --> 00:33:11,532 Saya baru putus tunang dan dia tak boleh terima. 279 00:33:12,199 --> 00:33:17,413 Saya jumpa orang lain. Jadi, saya lari daripada tunang saya. 280 00:33:17,413 --> 00:33:19,665 - Bekas tunang. - Bekas tunang. 281 00:33:20,541 --> 00:33:21,417 Saya pun sama. 282 00:33:22,043 --> 00:33:26,047 Tapi saya bimbang dia akan cuba cari saya, 283 00:33:26,047 --> 00:33:29,467 termasuklah periksa setiap hotel di Rom. 284 00:33:29,467 --> 00:33:31,052 Dia tahu encik di Rom? 285 00:33:31,052 --> 00:33:35,056 Ya. Saya tak mahu keadaan kecoh. Apatah lagi di hotel awak. 286 00:33:35,056 --> 00:33:36,515 Dia tak menyenangkan? 287 00:33:38,017 --> 00:33:40,227 Ya. Lantang juga. 288 00:33:43,022 --> 00:33:46,192 Mungkin encik patut pergi ke Firenze atau Venezia. 289 00:33:46,901 --> 00:33:47,902 Saya suka di sini. 290 00:33:49,612 --> 00:33:50,613 Jadi, 291 00:33:51,655 --> 00:33:53,991 saya nak tahu 292 00:33:55,451 --> 00:33:58,996 kalau wanita ini datang dan tanya tentang saya, 293 00:33:58,996 --> 00:34:01,165 bolehkah awak cakap saya tiada? 294 00:34:16,097 --> 00:34:17,431 Maaf, cik. 295 00:34:18,599 --> 00:34:20,267 Tiada En. Greenleaf di sini. 296 00:34:46,335 --> 00:34:47,211 Carlo. 297 00:34:48,796 --> 00:34:49,839 Bagaimana Rom? 298 00:34:49,839 --> 00:34:51,924 Rom baik saja. Dah jumpa orang? 299 00:34:51,924 --> 00:34:53,259 Ada masalah sikit. 300 00:34:53,259 --> 00:34:57,429 Penjaga bot jumpa pembeli dengan harga yang awak tetapkan. 301 00:34:57,429 --> 00:34:59,056 Jadi, apa masalahnya? 302 00:34:59,056 --> 00:35:03,853 Bukanlah masalah. Cuma dia pun mahu komisen. 303 00:35:03,853 --> 00:35:07,481 Betul kata awak. Itu bukan masalah. Berilah bahagian awak. 304 00:35:08,732 --> 00:35:09,900 Tidak. 305 00:35:09,900 --> 00:35:12,153 Saya suruh awak babitkan penjaga bot? 306 00:35:12,153 --> 00:35:14,238 Ya, kalau awak tahu pasal penjualan bot. 307 00:35:14,238 --> 00:35:16,907 Tapi saya tak suruh. Rasanya dia tak wujud. 308 00:35:16,907 --> 00:35:18,659 Wujudlah. 309 00:35:18,659 --> 00:35:19,910 Yakah? Siapa namanya? 310 00:35:19,910 --> 00:35:21,287 Nama dia? Giulio. 311 00:35:22,037 --> 00:35:23,330 Giulio, penjaga bot? 312 00:35:23,956 --> 00:35:25,166 Giulio, penjaga bot. 313 00:35:26,625 --> 00:35:29,795 Begini, saya boleh tolak kalau awak mahu. 314 00:35:30,838 --> 00:35:32,631 Kita boleh lepaskan pembeli ini. 315 00:35:32,631 --> 00:35:35,301 Tapi bot itu akan tersimpan lama. 316 00:35:35,301 --> 00:35:37,803 Awak tahu tiada orang beli bot pada musim sejuk. 317 00:35:37,803 --> 00:35:38,804 Carlo. 318 00:35:39,638 --> 00:35:42,600 Awak jumpa cara dapat 20 peratus. Saya hampir kagum. 319 00:35:43,309 --> 00:35:46,896 Hantar cek ke American Express, Rom. 320 00:35:46,896 --> 00:35:48,772 Tanpa komisen saya dan Giulio. 321 00:35:48,772 --> 00:35:50,691 Jangan panjangkannya, Carlo. 322 00:35:51,859 --> 00:35:53,444 Awak kata hantar kepada awak? 323 00:35:53,444 --> 00:35:56,197 Ya, cek Banca della Repubblica. 324 00:35:56,197 --> 00:35:57,406 Bukan kawan awak. 325 00:35:57,406 --> 00:35:59,783 Kepada saya. Dia tiada. 326 00:35:59,783 --> 00:36:01,827 Sekarang siapa yang reka cerita? 327 00:36:02,411 --> 00:36:05,331 Apa kata kita lupakan saja? Saya patut cari orang lain. 328 00:36:05,956 --> 00:36:06,790 Relaks. 329 00:36:06,790 --> 00:36:09,543 Saya akan hantar cek atas nama awak. Jangan risau. 330 00:36:09,543 --> 00:36:13,839 Bagus. Ejaannya Ripley. R-I-P, bukan R-E-E. 331 00:36:46,163 --> 00:36:48,832 Berapa jumlah permulaannya, En. Ripley? 332 00:36:50,000 --> 00:36:51,168 Ini. 333 00:36:52,378 --> 00:36:56,090 $45,000. 334 00:37:43,387 --> 00:37:46,640 Empat tahun lepas pembunuhan Ranuccio Tomassoni di Rom, 335 00:37:47,558 --> 00:37:49,643 Caravaggio masih seorang pelarian. 336 00:37:51,020 --> 00:37:56,900 Ketika itu, berkemungkinan tahun terakhir kehidupannya pada 1610, 337 00:37:56,900 --> 00:38:01,155 dia lukis David with the Head of Goliath. 338 00:38:03,198 --> 00:38:04,742 Dalam lukisan itu, 339 00:38:05,451 --> 00:38:11,165 Caravaggio mengaitkan pembunuh dan mangsanya 340 00:38:12,666 --> 00:38:17,046 dengan menggambarkan David sebagai seorang dengan belas kasihan dan penyayang. 341 00:38:17,046 --> 00:38:20,549 Pandangannya kepada kepala Goliath. 342 00:38:21,216 --> 00:38:23,886 Dia jadikan ikatan ini lebih kuat 343 00:38:23,886 --> 00:38:29,141 dengan menggunakan dirinya sendiri sebagai model untuk kedua-duanya. 344 00:38:30,434 --> 00:38:32,936 Kedua-duanya ialah wajah Caravaggio. 345 00:38:32,936 --> 00:38:35,397 Muda dan tua. 346 00:38:55,084 --> 00:38:56,377 Mak dan ayah. 347 00:38:58,253 --> 00:39:00,964 Saya di Rom, cari apartmen untuk musim sejuk. 348 00:39:02,341 --> 00:39:04,760 Selesai nanti, saya hantar alamatnya. 349 00:39:07,513 --> 00:39:10,099 Maaf tak dapat sambut Krismas di New York lagi. 350 00:39:10,099 --> 00:39:13,143 Saya sedang selesaikan beberapa hal sebelum pulang. 351 00:39:13,727 --> 00:39:15,479 - Selamat Hari Krismas. - Awak juga. 352 00:39:16,772 --> 00:39:17,940 Saya dapat surat ayah. 353 00:39:19,233 --> 00:39:23,404 Saya hargai kebimbangan ayah tentang Tom, tapi ayah silap. 354 00:39:26,573 --> 00:39:28,992 Dia laksanakan tugasnya. 355 00:39:30,494 --> 00:39:32,538 Dia bantu saya. 356 00:39:36,583 --> 00:39:40,003 Saya tak pasti ayah tahu atau tidak, dia anak yatim. 357 00:39:41,797 --> 00:39:46,301 Cara dia bercerita tentang hal ini mengingatkan saya kepentingan keluarga. 358 00:39:46,301 --> 00:39:50,347 Malu untuk saya akui saya hampir lupa sehinggalah dia muncul. 359 00:39:53,600 --> 00:39:58,522 Antara ramai kawan saya, ayah pilih orang yang betul. 360 00:40:00,357 --> 00:40:01,817 Saya sayang dan rindu kalian. 361 00:40:04,611 --> 00:40:05,446 Richard. 362 00:43:09,671 --> 00:43:14,676 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Nur Atiqah