1 00:00:01,877 --> 00:00:04,086 Kita di minit terakhir masa tambahan. 2 00:00:05,506 --> 00:00:09,218 AFC Richmond dan Nottingham Forest seri dengan dua gol. 3 00:00:10,344 --> 00:00:15,182 Obisanya mengubah permainan. Dia mencari Rojas, yang tak dihalang. 4 00:00:15,265 --> 00:00:16,265 Oh! 5 00:00:19,520 --> 00:00:20,729 Penalti! 6 00:00:22,064 --> 00:00:25,776 Peluang besar untuk Greyhounds mengubah kedudukan seri. 7 00:00:25,859 --> 00:00:27,110 Hantaran yang bagus, Sam! 8 00:00:27,653 --> 00:00:28,654 Ayuh, Dani! 9 00:00:28,737 --> 00:00:29,905 - Ya! - Bagus. 10 00:00:29,988 --> 00:00:34,034 Kelegaan untuk Colin Hughes yang silap menyamakan kedudukan dengan Forest. 11 00:00:35,536 --> 00:00:38,413 Richmond telah memulakan musim ini dengan tujuh seri berturut-turut… 12 00:00:38,497 --> 00:00:40,749 dan jika permainan ini berakhir dengan seri, mereka akan menyamakan rekod, 13 00:00:40,832 --> 00:00:44,586 yang kini merupakan seri antara Southampton dan Swansea. 14 00:00:44,670 --> 00:00:45,838 Chris, awak boleh bayangkan 15 00:00:45,921 --> 00:00:48,590 memulakan musim dengan tujuh seri berturut-turut? 16 00:00:48,674 --> 00:00:50,133 Saya boleh bayangkan, Arlo. 17 00:00:50,217 --> 00:00:53,220 Sebab otak kanan saya lebih dominan dengan bakat untuk membayangkan. 18 00:00:55,013 --> 00:00:56,640 Boleh saya berdoa? 19 00:00:56,723 --> 00:00:59,643 Ya, dah tentu. Tapi untuk Tuhan mana dan dalam bahasa apa? 20 00:00:59,726 --> 00:01:01,144 Awak patut silangkan jari, buat hajat. 21 00:01:01,228 --> 00:01:02,229 Itu yang sepatutnya. 22 00:01:03,856 --> 00:01:06,817 Para peminat setia Richmond, yang berdepan pelbagai peristiwa, 23 00:01:06,900 --> 00:01:09,194 masih terus menyokong pasukan. 24 00:01:10,153 --> 00:01:11,154 Terus jaga dia. 25 00:01:14,032 --> 00:01:15,242 Teruskan. Ya! 26 00:01:17,369 --> 00:01:19,538 Keadaan sunyi di Jalan Nelson… 27 00:01:23,041 --> 00:01:25,169 Tanpa maskot Richmond yang dihormati, 28 00:01:25,252 --> 00:01:28,297 Earl Greyhound, melolong untuk beri galakan. 29 00:01:31,758 --> 00:01:36,305 Adakah Dani Rojas akan berikan kemenangan pertama mereka musim ini? 30 00:01:36,388 --> 00:01:37,514 Tolonglah. 31 00:01:37,598 --> 00:01:38,765 Ayuh, Dani. 32 00:01:41,560 --> 00:01:43,103 Bola sepak adalah segala-galanya. 33 00:02:15,385 --> 00:02:17,221 - Tidak. - Oh Tuhan. 34 00:02:17,304 --> 00:02:19,223 Saya sumpah bukan itu yang saya harapkan. 35 00:02:44,039 --> 00:02:46,792 Makhluk malang itu. Ia tragedi. 36 00:02:46,875 --> 00:02:48,085 Perubahan situasi yang teruk. 37 00:02:48,168 --> 00:02:50,337 Awak tak rasa orang lain akan benci kita disebabkannya, bukan? 38 00:02:50,420 --> 00:02:51,839 Ia memang insiden yang teruk, 39 00:02:51,922 --> 00:02:54,091 tapi saya rasa salah satu kelebihan berada di divisyen lebih rendah sekarang 40 00:02:54,174 --> 00:02:56,468 adalah bukan semua perlawanan ditayangkan dalam televisyen. 41 00:02:56,552 --> 00:02:58,428 Ya, tapi, Higgins, Internet. 42 00:02:58,929 --> 00:03:00,722 Betul, Internet yang tak guna. 43 00:03:01,557 --> 00:03:03,016 Twitter jadi huru-hara. Lihatlah. 44 00:03:04,059 --> 00:03:06,812 Oh Tuhan. Kita buat Michael Jordan menangis? 45 00:03:06,895 --> 00:03:08,605 - Awak dah tulis kenyataan untuk Ted? - Ya, dah. 46 00:03:08,689 --> 00:03:12,442 Tapi dia akan cakap "Jangan takut, Boba Fett." Dia akan uruskannya. 47 00:03:12,526 --> 00:03:13,527 Okey. 48 00:03:14,486 --> 00:03:16,238 - Jurulatih! - Baiklah, Marcus, 49 00:03:16,321 --> 00:03:17,698 - apa awak ada untuk saya? - Jurulatih Lasso, 50 00:03:17,781 --> 00:03:19,992 apa pendapat awak tentang usaha pasukan hari ini? 51 00:03:20,075 --> 00:03:22,536 Saya rasa semua orang bermain sepenuh hati, khususnya Sam. 52 00:03:22,619 --> 00:03:23,829 Semakin bagus dalam setiap permainan. 53 00:03:23,912 --> 00:03:26,957 Dia sangat membantu kami mengisi tempat kosong yang Roy Kent tinggalkan. 54 00:03:27,040 --> 00:03:29,001 Awak rasa berapa banyak perlawanan lagi akan berakhir dengan seri 55 00:03:29,084 --> 00:03:30,252 sebelum awak akan mula risau? 56 00:03:30,335 --> 00:03:33,297 Marcus, ada dua butang yang saya takkan tekan, okey? 57 00:03:33,380 --> 00:03:34,631 Ia butang "panik" dan "tidur sekejap". 58 00:03:34,715 --> 00:03:36,175 Siapa lagi? 59 00:03:36,258 --> 00:03:37,968 Bagaimana dengan awak di sana? 60 00:03:38,635 --> 00:03:41,388 - Trent Crimm... - The Independent. 61 00:03:42,264 --> 00:03:46,435 Awak ada apa-apa komen tentang Earl, anjing yang Dani Rojas bunuh hari ini? 62 00:03:48,770 --> 00:03:51,023 Trent Crimm, bertanya soalan sukar. 63 00:03:55,903 --> 00:03:56,904 Ya. 64 00:03:58,739 --> 00:04:01,783 Semasa saya tiga tahun, saya diserang anjing jiran kami. 65 00:04:02,326 --> 00:04:04,912 Saya tak ingat ia berlaku, tapi ibu saya cakap ia agak... 66 00:04:04,995 --> 00:04:06,205 agak menakutkan. 67 00:04:07,372 --> 00:04:10,125 Saya ingat saya takut kepada anjing sepanjang saya membesar. 68 00:04:10,209 --> 00:04:12,669 Jika saya di rumah kawan untuk parti bermalam atau sesuatu, 69 00:04:12,753 --> 00:04:16,173 mereka perlu letak anjing keluarga di luar atau saya akan menangis dengan teruk. 70 00:04:18,716 --> 00:04:22,721 Kemudian semasa sekolah tinggi, jiran kami, En. Grady, isterinya mati. 71 00:04:23,722 --> 00:04:25,933 Dia sangat sedih tentangnya, seperti yang kamu dapat bayangkan, 72 00:04:26,517 --> 00:04:29,520 dan dia abaikan anjing mereka. 73 00:04:30,729 --> 00:04:32,898 Anjing sama yang gigit saya. Namanya Hank. 74 00:04:36,401 --> 00:04:38,570 Kemudian saya mula menjaganya. 75 00:04:38,654 --> 00:04:41,573 Beri ia makan, bawa ia bersiar-siar, main campak ambil, semua yang menyeronokkan. 76 00:04:42,658 --> 00:04:45,327 Akhirnya, anak En. Grady pindahkan ayahnya ke rumah penjagaan, 77 00:04:45,410 --> 00:04:48,247 dan dia tanya jika saya nak jaga Hank, dan saya jawab, "Ya. Sudah tentu." 78 00:04:49,623 --> 00:04:52,292 Kemudian lebih kurang setahun kemudian kami terpaksa tidurkan Hank. 79 00:04:55,420 --> 00:04:57,589 Kelakar apabila fikirkan tentang perkara dalam hidup… 80 00:04:58,507 --> 00:05:02,177 yang buat kita menangis dengan kewujudannya, 81 00:05:02,261 --> 00:05:04,054 dan boleh jadi perkara sama yang buat kita menangis 82 00:05:04,137 --> 00:05:05,681 selepas ia tiada. 83 00:05:11,019 --> 00:05:12,855 Saya rasa sesuatu seperti itu muncul dalam hidup kita… 84 00:05:14,231 --> 00:05:16,191 untuk bantu kita bertukar dari satu tempat ke tempat lebih bagus. 85 00:05:19,945 --> 00:05:22,281 Saya harap kita bantu Earl buat begitu. 86 00:05:23,574 --> 00:05:25,784 Kami akan sangat rindukannya di sini. Ya. 87 00:05:31,748 --> 00:05:33,083 Bagaimana keadaan Dani? 88 00:05:33,792 --> 00:05:34,793 Saya belum tahu, 89 00:05:34,877 --> 00:05:37,462 tapi saya harap dia tak terlalu tegas dengan diri sendiri. 90 00:05:40,340 --> 00:05:42,176 Dah 20 minit dia begitu. 91 00:05:45,637 --> 00:05:47,139 Dia akan habiskan semua air panas. 92 00:05:48,348 --> 00:05:49,558 - Ya. - Ya, betul cakap awak. 93 00:06:01,612 --> 00:06:03,655 Hei, Dani. Apa yang awak buat? 94 00:06:04,656 --> 00:06:06,283 Hilangkan kematian daripada saya. 95 00:06:14,124 --> 00:06:16,543 Saya cadangkan awak gunakan sedikit sabun. 96 00:06:17,169 --> 00:06:20,547 Bantu dapatkan rehat abadi dari tempat yang sukar dicapai. 97 00:06:20,631 --> 00:06:21,882 Terima kasih, jurulatih. 98 00:06:23,258 --> 00:06:26,428 Jangan lupa, bola sepak adalah segala-galanya, bukan? 99 00:06:29,139 --> 00:06:30,849 Saya tahu. Ia pernah jadi segala-galanya. 100 00:06:36,104 --> 00:06:37,105 Saya tak tahu. 101 00:06:44,988 --> 00:06:46,615 Okey, baiklah, semua, 102 00:06:46,698 --> 00:06:49,284 mari beri Dani sedikit ruang, okey? 103 00:06:49,368 --> 00:06:50,953 Kamu boleh mandi di rumah, bukan? 104 00:06:51,036 --> 00:06:52,663 Jurulatih, jika awak tak kisah, 105 00:06:52,746 --> 00:06:54,540 ada antara kami yang lebih suka mandi lebih lama di rumah. 106 00:06:54,623 --> 00:06:56,542 Ya. 107 00:06:56,625 --> 00:06:58,252 Ya, tak, okey, boleh juga begitu. 108 00:06:58,335 --> 00:07:00,671 Oh, dan hei, permainan yang bagus tadi. 109 00:07:00,754 --> 00:07:02,381 Kamu kalahkan mereka dari awal hingga akhir perlawanan. 110 00:07:02,464 --> 00:07:03,882 Jangan risau, kita akan menang tak lama lagi. 111 00:07:04,716 --> 00:07:06,176 Jumpa kamu Isnin nanti, ikan emas. 112 00:07:06,844 --> 00:07:07,845 Ikan emas? 113 00:07:07,928 --> 00:07:11,014 Maksudnya lupakan kesilapan dan kegagalan kita dan teruskan hidup. 114 00:07:11,723 --> 00:07:14,560 Tapi saya tak buat silap. Awak yang main dengan teruk. 115 00:07:17,312 --> 00:07:19,648 Hei, Jan Maas bukan bersikap biadab. 116 00:07:19,731 --> 00:07:20,732 Dia cuma jadi orang Belanda. 117 00:07:22,609 --> 00:07:23,902 - Ya. - Betul. 118 00:07:28,031 --> 00:07:30,951 PEMINAT SETIA AWAK FIKIR AWAK AKAN RASA IA KELAKAR 119 00:07:31,535 --> 00:07:33,704 Semua mata seri itu salah saya. 120 00:07:33,787 --> 00:07:36,623 Ia balas dendam untuk perlawanan Man City. 121 00:07:36,707 --> 00:07:39,626 Saya memang harapkan seri, 122 00:07:39,710 --> 00:07:41,295 dan sekarang polis karma tunaikannya 123 00:07:41,378 --> 00:07:43,547 untuk tunjukkan kepada saya apa saya dapat apabila masuk campur. 124 00:07:43,630 --> 00:07:45,924 Pasukan bermain dengan baik, Ted, hanya tak bernasib baik, itu saja. 125 00:07:46,008 --> 00:07:49,303 "Tak bernasib baik." Ya. Saya suka cara awak gunakan perkataan itu. 126 00:07:49,386 --> 00:07:51,805 Di negara saya, jika pasukan main dengan teruk, kami tak gelar ia bernasib malang. 127 00:07:51,889 --> 00:07:53,932 - Apa gelaran mereka, jurulatih? - New York Jets. 128 00:07:54,016 --> 00:07:55,642 - Itu gelarannya. - Hei, jurulatih. 129 00:07:55,726 --> 00:07:57,978 Maaf mengganggu. Boleh saya balik awal hari ini? 130 00:07:58,061 --> 00:08:00,480 Tapi sebahagian daripada tugas awak adalah tunggu hingga seluruh pasukan balik. 131 00:08:00,564 --> 00:08:03,442 Tak, ya, sudah tentu. Cuma, ia hari lahir ibu saya yang ke-50... 132 00:08:03,525 --> 00:08:04,943 Oh. 133 00:08:05,027 --> 00:08:07,154 Ibu awak bermain di kedudukan apa dalam pasukan kita? 134 00:08:08,530 --> 00:08:11,325 Tak mengapa, Will. Ucapkan selamat hari lahir untuk ibu awak daripada kami, 135 00:08:11,408 --> 00:08:13,619 dan jika dia nak cuba uji bakat untuk pasukan ini, dia dialu-alukan. 136 00:08:13,702 --> 00:08:14,912 Baiklah. 137 00:08:21,043 --> 00:08:22,294 Awak perlu terus mendesak. 138 00:08:23,086 --> 00:08:24,755 Tekanan akan hasilkan mutiara, bukan? 139 00:08:26,215 --> 00:08:27,341 Sekejap, itu salah. 140 00:08:27,424 --> 00:08:29,885 Ia berlian... Aduhai! Saya salah. 141 00:08:29,968 --> 00:08:31,512 Tak, awak tak salah. Awak cuma... 142 00:08:31,595 --> 00:08:33,096 - Tak bernasib baik. - Ya! 143 00:08:36,683 --> 00:08:37,893 Terima kasih. 144 00:08:38,519 --> 00:08:39,645 Peliknya. 145 00:08:39,727 --> 00:08:43,565 Kita terima penghantaran makanan daripada musuh di Kelab Bola Sepak Brentford. 146 00:08:43,649 --> 00:08:45,192 Baguslah. Makanan apa? 147 00:08:45,275 --> 00:08:46,276 Thai. 148 00:08:46,860 --> 00:08:48,278 Saya faham sekarang. 149 00:08:49,696 --> 00:08:51,782 - Helo, semua. - Ted! 150 00:08:52,407 --> 00:08:54,660 Awak nak minum koktel, Jurulatih Lasso? 151 00:08:54,743 --> 00:08:56,411 Jawapan sama kepada Diane Sawyer 152 00:08:56,495 --> 00:08:58,413 jika dia ajak keluar berjanji temu, "Ya." 153 00:08:59,164 --> 00:09:02,376 Aduhai! 154 00:09:03,001 --> 00:09:03,961 Bagaimana keadaan awak? 155 00:09:04,044 --> 00:09:05,796 Keeley, saya rasa seperti 156 00:09:05,879 --> 00:09:08,215 lebih teruk daripada orang yang kalah dalam pertandingan The Biggest Loser. 157 00:09:08,799 --> 00:09:10,759 Lihatlah sisi positif, Ted. 158 00:09:10,843 --> 00:09:13,011 Kita masih tak pernah kalah. 159 00:09:13,095 --> 00:09:14,555 Okey. Terima kasih. 160 00:09:15,097 --> 00:09:16,098 Bagaimana keadaan Dani? 161 00:09:17,432 --> 00:09:19,059 Dia agak terkejut, 162 00:09:19,142 --> 00:09:21,103 tapi Dani seperti pita ukur yang mahal. 163 00:09:21,186 --> 00:09:23,313 - Dia pulih semula dengan cepat. - Ya. 164 00:09:23,397 --> 00:09:24,815 Bagaimana dengan pemilik Earl? Dia okey? 165 00:09:24,898 --> 00:09:26,859 - Ya, mujurlah dia okey. - Baguslah. 166 00:09:26,942 --> 00:09:29,570 Ya, dan awak sedang memandang tempat perlindungan anjing paling baru, pemurah, 167 00:09:29,653 --> 00:09:33,824 penderma yang penuh rasa bersalah Richmond. 168 00:09:34,324 --> 00:09:35,534 Istana Barkingham. 169 00:09:36,618 --> 00:09:37,870 Nama yang bagus. 170 00:09:38,537 --> 00:09:40,289 - Untuk Earl. - Untuk Earl. 171 00:09:40,372 --> 00:09:41,623 Untuk Earl. 172 00:09:42,457 --> 00:09:44,001 Okey, saya patut beredar. 173 00:09:44,084 --> 00:09:46,753 Saya janji dengan anak-anak kami akan menonton Empire Strikes Back malam ini, 174 00:09:46,837 --> 00:09:48,547 dan saya perlu tenangkan diri 175 00:09:48,630 --> 00:09:51,008 untuk apabila mereka tanya tentang Luke dan Leia berasmara. 176 00:09:51,091 --> 00:09:53,135 - Oh, betul. - Doakan saya. 177 00:09:53,218 --> 00:09:54,469 Semoga berjaya, Higgins. 178 00:09:54,553 --> 00:09:55,596 Jumpa lagi, Leslie. 179 00:09:55,679 --> 00:09:58,432 - Hei. Semoga berjaya. - Semoga berjaya untuk awak juga. 180 00:09:58,515 --> 00:09:59,516 Baiklah. 181 00:10:00,267 --> 00:10:02,186 - Oh Tuhan! - Dia yang telefon? 182 00:10:02,269 --> 00:10:03,812 - Ya. - Ayuh! Bagus! 183 00:10:04,897 --> 00:10:06,148 Okey. 184 00:10:06,231 --> 00:10:07,524 Hei, siapa dia? 185 00:10:08,483 --> 00:10:10,402 - Kemudian? - Maksud saya… 186 00:10:10,485 --> 00:10:12,654 - Okey, tapi? - Tak. Sudah tentu. 187 00:10:12,738 --> 00:10:14,489 - Bagus, saya bangga dengan awak. - Terima kasih. 188 00:10:14,573 --> 00:10:15,866 Saya boleh bercakap sekarang? 189 00:10:16,450 --> 00:10:18,744 Maaf, Ted. Ia perbualan antara wanita 190 00:10:18,827 --> 00:10:22,247 tentang pelamar lelaki yang keluar dengan saya beberapa kali. 191 00:10:22,331 --> 00:10:25,083 Bagus. Perbualan wanita. Saya faham. 192 00:10:25,792 --> 00:10:27,002 Siapa nama... 193 00:10:30,672 --> 00:10:33,300 Nak berjanji temu bersama minggu depan? Biar dia buktikan keberanian. 194 00:10:33,383 --> 00:10:36,094 - Sudah tentu. - Boleh tanya Roy jika dia ada masa? 195 00:10:36,178 --> 00:10:37,429 - Dia ada masa. Jangan risau. - Okey. Bagus. 196 00:10:37,513 --> 00:10:39,223 Hei, Roy datang menonton perlawanan hari ini? 197 00:10:39,806 --> 00:10:41,433 Tak, dia tak datang. Maaf, Ted. 198 00:10:41,517 --> 00:10:43,894 Tak, jangan risau. Saya yakin dia akan singgah juga nanti, bukan? 199 00:10:44,561 --> 00:10:47,022 Hei, dia tahu dia sentiasa ada tiket menunggu dia di pondok mengambil tiket. 200 00:10:47,105 --> 00:10:48,106 - Ya. - Bagus, okey. 201 00:10:48,190 --> 00:10:50,859 Jangan lupa, saya tak letak bawah nama dia. 202 00:10:50,943 --> 00:10:52,903 Saya tak nak orang lain menyusahkan dia. Ia di bawah nama samaran. 203 00:10:52,986 --> 00:10:56,406 Minggu lepas Loretta Lynn, minggu ini Dolly Parton, 204 00:10:56,490 --> 00:10:59,117 dan minggu depan, jika saya tak salah, Shania Twain. 205 00:10:59,201 --> 00:11:00,369 Memang bijak. 206 00:11:00,452 --> 00:11:01,537 Tak bermaksud menyinggung awak. 207 00:11:01,620 --> 00:11:03,914 Dia cuma sibuk dengan tugas jurulatih baru. 208 00:11:05,249 --> 00:11:06,291 Hei! Dengar! 209 00:11:06,875 --> 00:11:10,337 Kamu main begini minggu depan, kamu boleh lupakan kemenangan, 210 00:11:10,420 --> 00:11:14,550 sebab kami main seperti orang tak guna hari ini! 211 00:11:14,633 --> 00:11:15,634 Faham? 212 00:11:15,717 --> 00:11:17,344 Ya, jurulatih! 213 00:11:17,427 --> 00:11:20,389 Melainkan Kokoruda. Awak berani ambil risiko. 214 00:11:20,472 --> 00:11:22,391 Sudah tentu, jurulatih. 215 00:11:22,474 --> 00:11:25,310 Baiklah, ibu Monika bawa kepingan oren. 216 00:11:25,394 --> 00:11:27,396 Jangan makan kulitnya. Pergilah. 217 00:11:28,021 --> 00:11:30,065 - Keeley! - Hei, Phoebs! 218 00:11:31,525 --> 00:11:33,944 Jurulatih Kent. Mereka lapan tahun. 219 00:11:34,027 --> 00:11:36,655 - Tak patut panggil mereka tak guna. - Maaf, Cik Bowen. 220 00:11:36,738 --> 00:11:38,365 Walaupun mereka agak tak guna. 221 00:11:38,448 --> 00:11:40,242 Jumpa di sekolah Isnin nanti, semua. 222 00:11:40,325 --> 00:11:41,952 - Jumpa lagi, Cik Bowen. - Hei, sayang. 223 00:11:42,035 --> 00:11:43,036 Jumpa lagi, Cik Bowen. 224 00:11:44,246 --> 00:11:46,331 - Baiklah, siapa nak coklat panas? - Saya! 225 00:11:46,415 --> 00:11:48,208 - Saya. - Ya, ayuh! 226 00:11:53,088 --> 00:11:54,673 Sebelum terlupa, 227 00:11:54,756 --> 00:11:57,176 Rebecca tanya jika kita boleh keluar berjanji temu bersama minggu depan. 228 00:11:57,259 --> 00:11:58,635 Tak nak! 229 00:11:58,719 --> 00:12:01,972 Perkataan tak bagus, Pak Cik Roy. Awak berhutang satu quid. 230 00:12:02,055 --> 00:12:03,223 Masukkan dalam bil saya. 231 00:12:03,807 --> 00:12:05,350 - Boleh pegang? - Baiklah. 232 00:12:05,893 --> 00:12:07,102 Marilah. Ia pasti seronok. 233 00:12:08,687 --> 00:12:10,564 - Baiklah. - Terima kasih. 234 00:12:12,691 --> 00:12:14,193 Phoebe, bagaimana perlawanan hari ini? 235 00:12:14,735 --> 00:12:16,320 - Hebat. - Ya? 236 00:12:16,403 --> 00:12:18,906 Saya dapat kad merah sebab menyiku leher budak perempuan. 237 00:12:19,615 --> 00:12:20,908 Saya sangat bangga. 238 00:12:22,159 --> 00:12:23,493 Apa? 239 00:12:25,078 --> 00:12:28,040 Saya yakin kamu akan menang minggu depan. 240 00:12:28,123 --> 00:12:29,499 Saya pun sama. 241 00:12:30,459 --> 00:12:31,877 Selepas musim ini tamat, 242 00:12:31,960 --> 00:12:33,545 awak akan ada lebih banya masa untuk jumpa kawan-kawan, bukan? 243 00:12:34,129 --> 00:12:35,339 Saya selalu jumpa kawan-kawan. 244 00:12:35,422 --> 00:12:36,715 Saya tahu. Awak ada kawan ibu yoga. 245 00:12:38,300 --> 00:12:40,844 Awak tak nak buat aktiviti lain selain daripada yoga, 246 00:12:40,928 --> 00:12:43,305 mabuk dan bergosip tentang realiti televisyen 247 00:12:43,388 --> 00:12:45,432 dengan sekumpulan wanita yang tak tahu apa-apa tentang awak? 248 00:12:45,516 --> 00:12:47,226 Tak, saya sukakannya. 249 00:12:50,812 --> 00:12:52,314 Sky Sports hubungi lagi. 250 00:12:52,397 --> 00:12:53,565 Tak nak. 251 00:12:53,649 --> 00:12:54,650 Saya rasa ia idea yang bagus. 252 00:12:54,733 --> 00:12:58,487 Saya ikut idea bagus awak sebelum ini dan saya perbodohkan diri sendiri. 253 00:12:58,570 --> 00:13:02,783 Sidang media persaraan awak memang indah, Roy. Semua orang sukakannya. 254 00:13:02,866 --> 00:13:04,493 Ia dapat 15 juta tontonan. 255 00:13:04,576 --> 00:13:07,871 Sekejap, jadi cara awak kurangkan rasa malu saya adalah dengan beritahu 256 00:13:07,955 --> 00:13:10,457 berapa juta orang tonton saya nampak seperti orang dungu? 257 00:13:11,875 --> 00:13:12,876 Betul cakap awak. 258 00:13:13,669 --> 00:13:16,463 Saya nak rakam dan cakap saya rasa awak akan jadi pakar yang hebat. 259 00:13:16,547 --> 00:13:18,715 Saya tak nak jadi pakar bola sepak, 260 00:13:18,799 --> 00:13:20,717 duduk di televisyen dan pakai sut dungu 261 00:13:20,801 --> 00:13:22,010 seperti orang menjengkelkan yang tahu semuanya. 262 00:13:22,094 --> 00:13:23,846 Ia tugas dungu untuk orang dungu. 263 00:13:23,929 --> 00:13:27,307 Saya lebih rela diam daripada buat perkara mengarut itu. 264 00:13:28,433 --> 00:13:29,434 Baiklah. 265 00:13:30,185 --> 00:13:31,478 Hei, Phoebs, berapa jumlahnya sekarang? 266 00:13:32,062 --> 00:13:35,941 Ia 1,236 paun. 267 00:13:37,067 --> 00:13:38,068 Mengagumkan. 268 00:13:39,111 --> 00:13:40,112 KEPUTUSAN PENALTI PENGADIL PEMBANTU VIDEO 269 00:13:40,195 --> 00:13:42,030 Ia deja vu sekali lagi 270 00:13:42,114 --> 00:13:46,118 dengan Dani Rojas alami satu lagi kecederaan semasa tendangan penalti 271 00:13:46,201 --> 00:13:49,663 untuk meletakkan Richmond sebagai juara untuk kali pertama musim ini. 272 00:13:51,123 --> 00:13:53,959 Jika dia berjaya melepasi penjaga gol comel itu. 273 00:13:57,546 --> 00:14:02,134 Sikap sukan dari penjaga gol. Bagaimana respons Rojas? 274 00:14:07,890 --> 00:14:08,724 IA PASTI MENYAKITKAN 275 00:14:12,144 --> 00:14:15,063 Bola sepak ialah kematian! 276 00:14:20,444 --> 00:14:21,445 Masuk. 277 00:14:21,528 --> 00:14:22,613 Selamat pagi, bos. 278 00:14:22,696 --> 00:14:23,864 Hai, Ted. 279 00:14:24,698 --> 00:14:27,451 Aduhai! Saya tak pernah nampak seseorang yang kecewa jumpa saya 280 00:14:27,534 --> 00:14:30,245 sejak saya pakai topi besbol merah ke kutipan amal Keibubapaan Terancang. 281 00:14:31,121 --> 00:14:34,917 Maaf, Ted. Betul cakap awak. Saya cuma berharap awak Keeley. 282 00:14:35,000 --> 00:14:37,461 Tak mengapa. Saya harap saya jadi Keeley tiga, empat kali sehari. 283 00:14:37,544 --> 00:14:38,754 - Untuk awak. - Terima kasih. 284 00:14:38,837 --> 00:14:41,173 Biar saya teka. Awak bersemangat untuk perbualan wanita? 285 00:14:42,382 --> 00:14:44,426 Teruskan, bagaimana jika awak biar saya cuba mendengarnya? 286 00:14:44,510 --> 00:14:45,844 - Biar betul? - Ya, kenapa tidak? 287 00:14:45,928 --> 00:14:47,804 Okey, kenapa tidak. 288 00:14:47,888 --> 00:14:50,349 Jadi, saya keluar dengan, John. 289 00:14:50,432 --> 00:14:51,642 Stamos? 290 00:14:52,142 --> 00:14:54,102 Tak, nama dia John Wingsnight. 291 00:14:54,186 --> 00:14:55,187 - Okey. - Tapi bukan itu yang penting. 292 00:14:55,270 --> 00:14:57,564 Sekejap. Nama dia John Wingsnight? 293 00:14:57,648 --> 00:14:58,982 - Ya. - Seperti di bar sukan? 294 00:14:59,066 --> 00:15:01,235 Seperti, "Malam Isnin adalah malam kepak ayam percuma di PJ Flats," begitu? 295 00:15:01,318 --> 00:15:03,111 Ted, boleh awak hentikannya? 296 00:15:03,195 --> 00:15:05,489 Peraturan pertama, walaupun ia dipanggil "perbualan antara wanita", 297 00:15:05,572 --> 00:15:07,533 kadangkala perlu seperti ini, "Hei, dengar." 298 00:15:07,616 --> 00:15:10,118 Baiklah. Saya belajar dengan cepat. Ayuh. Teruskan. 299 00:15:10,202 --> 00:15:14,790 Baiklah, terima kasih. Jadi, John, dia lelaki yang hebat. 300 00:15:15,666 --> 00:15:18,418 - Dia sangat kacak, berjaya. - Bagus. 301 00:15:18,502 --> 00:15:20,337 - Tak pemalu. - Dia baik dengan awak? 302 00:15:21,296 --> 00:15:23,674 Ya. Sangat baik. 303 00:15:23,757 --> 00:15:25,843 Bagus. Ya, dia seperti orang yang baik. 304 00:15:25,926 --> 00:15:27,719 Saya keliru. Apa masalahnya? 305 00:15:27,803 --> 00:15:28,804 Sebenarnya… 306 00:15:31,056 --> 00:15:32,266 Saya tak sepatutnya ada masalah. 307 00:15:33,225 --> 00:15:34,226 Okey. 308 00:15:34,935 --> 00:15:36,770 Okey, peraturan nombor dua adalah 309 00:15:36,854 --> 00:15:39,857 kadangkala perbualan wanita hanya mengarut tentang sesuatu, 310 00:15:39,940 --> 00:15:42,734 dan tiada apa-apa berubah, dan tiada sesiapa perlu selesaikan apa-apa? 311 00:15:42,818 --> 00:15:43,944 Ya, betul. 312 00:15:44,027 --> 00:15:45,362 Saya sukakannya. Mari teruskan. 313 00:15:45,445 --> 00:15:47,447 Baiklah, jadi… Mari sini. 314 00:15:48,740 --> 00:15:50,075 Okey. 315 00:15:51,493 --> 00:15:52,870 Hei, maaf sebab lewat. 316 00:15:52,953 --> 00:15:55,455 Saya tolong bos pilih warna pengilat kuku untuk janji temunya malam ini. 317 00:15:55,539 --> 00:15:57,666 Saya suka biru, tapi rasanya semua cantik. 318 00:15:57,749 --> 00:15:59,084 Apa pendapat kamu? 319 00:16:00,002 --> 00:16:02,254 - Kenapa? - Ada masalah, jurulatih. 320 00:16:02,337 --> 00:16:04,423 Dia menghukum dirinya. Kita ada tragedi Shakespeare di sini. 321 00:16:04,506 --> 00:16:05,716 Bertenang, Dani. 322 00:16:05,799 --> 00:16:08,051 Ayuh, Dani. Sekali lagi, okey? Cuba sekali lagi. 323 00:16:09,720 --> 00:16:11,346 Ayuh, Dani. Cubalah. 324 00:16:22,024 --> 00:16:23,025 Berapa cubaan dia terlepas? 325 00:16:23,567 --> 00:16:24,568 Semuanya. 326 00:16:25,319 --> 00:16:27,362 Aduhai! Okey. Hei, Dani! 327 00:16:28,405 --> 00:16:30,032 Mari sini. Mari bersiar-siar. 328 00:16:31,366 --> 00:16:33,660 Kita melihat pengakhiran kerjaya seseorang. 329 00:16:33,744 --> 00:16:34,745 Bukan sekarang, Jan. 330 00:16:36,163 --> 00:16:38,999 - Maaf, jurulatih. - Tak perlu minta maaf. 331 00:16:39,082 --> 00:16:44,129 Dani, masalah antara awak dan Earl, ia bukan salah awak. 332 00:16:44,671 --> 00:16:47,633 Awak menderita dengan kebetulan yang tak disangka dan tragik. 333 00:16:48,175 --> 00:16:49,676 Tak terlalu berbeza dengan yang dilihat 334 00:16:49,760 --> 00:16:52,596 melalui opus 1999 Paul Thomas Anderson, Magnolia. 335 00:16:53,430 --> 00:16:55,766 Ia Tom Cruise dengan rambut ekor kuda? 336 00:16:55,849 --> 00:16:58,352 Tak, Dani. Saya rasa awak fikirkan tentang The Last Samurai. 337 00:16:58,435 --> 00:17:00,562 Dia juga ada rambut ekor kuda dalam Magnolia,jurulatih. 338 00:17:00,646 --> 00:17:01,772 Terima kasih, jurulatih. 339 00:17:01,855 --> 00:17:03,357 Maaf, Dani. 340 00:17:03,440 --> 00:17:06,068 Tom Cruise buat gaya rambut ekor kuda dalam kedua-dua filem. 341 00:17:06,151 --> 00:17:07,528 - Okey. - Apa pun, 342 00:17:07,611 --> 00:17:09,613 ia kejadian yang dahsyat, okey? 343 00:17:10,696 --> 00:17:11,949 Cuma sekali saja. 344 00:17:12,031 --> 00:17:14,742 Mari lepaskan diri daripada mojo buruk berpunca daripada kotak penalti itu dan, 345 00:17:14,826 --> 00:17:16,078 berseronok. 346 00:17:16,161 --> 00:17:17,788 Mari buat tendangan sudut, okey? 347 00:17:17,871 --> 00:17:18,872 - Baiklah. - Ya? 348 00:17:18,955 --> 00:17:21,375 Hei, semua! Berbaris untuk Poutine Tengah Malam! 349 00:17:22,166 --> 00:17:24,711 Ya, ayuh. Bantu awak dapatkan semangat semula. 350 00:17:28,590 --> 00:17:30,425 - Baiklah, Dani. - Okey, jurulatih. 351 00:17:30,509 --> 00:17:32,177 Tarik nafas dalam-dalam, okey? 352 00:17:32,803 --> 00:17:34,513 Saya nak awak gambarkan jaringan. 353 00:17:35,973 --> 00:17:38,392 Bertindak, Dani. Tendang sekarang. 354 00:17:45,107 --> 00:17:46,149 Aduhai! 355 00:17:46,233 --> 00:17:48,026 Jangan risau. 356 00:17:49,319 --> 00:17:53,240 Saya lebih bingung daripada hutan tempatan Paul Bunyan... 357 00:17:53,323 --> 00:17:54,324 Sakitnya. 358 00:17:56,076 --> 00:17:57,327 Ada idea? 359 00:17:57,411 --> 00:18:00,622 Jika Dani perlukan motivasi, kita boleh tunjukkan gajinya. 360 00:18:02,416 --> 00:18:05,043 Ia agak agresif. 361 00:18:05,127 --> 00:18:07,462 Tapi saya tak patut mengkritik idea, 362 00:18:07,546 --> 00:18:08,964 jadi saya hargai awak mula berikan idea, Nate. 363 00:18:09,047 --> 00:18:10,340 Ya. 364 00:18:10,424 --> 00:18:12,843 Nampaknya perkara pertama kita perlu buat adalah mentakrifkan isunya, bukan? 365 00:18:12,926 --> 00:18:14,011 Betul. 366 00:18:14,094 --> 00:18:15,971 Saya rasa kita dah tahu masalahnya, bukan, jurulatih? 367 00:18:16,054 --> 00:18:17,431 Apa maksud awak, Willis? 368 00:18:17,514 --> 00:18:18,473 YIP 369 00:18:18,557 --> 00:18:20,267 Hei, awak tak sepatutnya cakap dengan kuat. 370 00:18:20,350 --> 00:18:21,727 Sebab itu saya tulis. 371 00:18:21,810 --> 00:18:23,270 "Yip"? 372 00:18:24,897 --> 00:18:26,273 Apa maksud yip? 373 00:18:26,356 --> 00:18:27,941 Awak berdua bergurau? 374 00:18:29,735 --> 00:18:31,820 Kita tak sebut perkataan itu dengan kuat, okey? 375 00:18:31,904 --> 00:18:33,697 Ia seperti sebut Macbeth di teater, 376 00:18:33,780 --> 00:18:35,532 atau Voldemort di Hogwarts, atau… 377 00:18:35,616 --> 00:18:37,201 - Bola sepak di England. - Betul. 378 00:18:38,076 --> 00:18:39,870 Tapi apa maksud the yips? 379 00:18:39,953 --> 00:18:41,413 Ia apabila, secara tiba-tiba, 380 00:18:41,496 --> 00:18:44,583 seorang atlet tiba-tiba tak boleh buat asas sukan mereka. 381 00:18:44,666 --> 00:18:46,460 Ya, contohnya, lontaran ke tapak pertama Chuck Knoblauch, 382 00:18:46,543 --> 00:18:48,962 atau ayunan kayu golf Charles Barkley. 383 00:18:50,380 --> 00:18:51,632 Kamu faham maksud saya. 384 00:18:53,634 --> 00:18:56,053 Aduhai! Kadangkala berada di sini seperti tinggal di dunia asing. 385 00:18:56,136 --> 00:18:57,679 - Awak pernah rasa begitu? - Ya. 386 00:18:57,763 --> 00:18:59,389 Ted, apa pendapat awak tentang terapi? 387 00:19:01,767 --> 00:19:05,103 Kebimbangan umum dan skeptisisme Barat Tengah yang sopan. Kenapa? 388 00:19:05,187 --> 00:19:07,606 Mungkin kita patut bawa ahli psikologi sukan. 389 00:19:07,689 --> 00:19:10,901 Saya tahu banyak kelab alami kejayaan luar biasa dengannya. 390 00:19:12,611 --> 00:19:13,779 Idea yang bagus, jurulatih. 391 00:19:18,992 --> 00:19:19,993 Okey. 392 00:19:21,870 --> 00:19:23,080 Ya, sekejap. 393 00:19:23,163 --> 00:19:26,792 Biar saya fikir. Biar saya fikirkannya, okey. 394 00:19:28,252 --> 00:19:29,294 Ya, mari lakukannya. 395 00:19:32,798 --> 00:19:36,134 Kami saling berdepan, dan sebahagian daripada diri saya terfikir, 396 00:19:36,218 --> 00:19:37,886 "Tendang saja kemaluannya… 397 00:19:37,970 --> 00:19:39,471 …dan apabila dia membongkok, lututkan hidungnya 398 00:19:39,555 --> 00:19:41,682 dan selesaikannya, sebab lelaki ini memang teruk." 399 00:19:41,765 --> 00:19:44,393 Separuh lagi diri saya fikir, "Tapi dia Martin Short. 400 00:19:44,476 --> 00:19:46,144 Awak suka Martin Short." 401 00:19:46,770 --> 00:19:48,981 Kemudian, seorang wanita Amerika kecil cakap, 402 00:19:49,064 --> 00:19:50,482 "Betulkah?" 403 00:19:50,566 --> 00:19:53,443 Kemudian ada yang tersepit antara kusyen sofa panjang, 404 00:19:53,527 --> 00:19:55,696 - dompet Martin Short. - Dompet Martin Short. 405 00:19:55,779 --> 00:19:57,614 Dia memang mencurinya. 406 00:19:57,698 --> 00:19:59,908 - Tidak! - Ia hebat! 407 00:19:59,992 --> 00:20:02,536 Memang gila. Boleh beri saya satu lagi? 408 00:20:02,619 --> 00:20:05,664 Oh Tuhan, saya tak pernah tahu temu mesra di rancangan Broadway boleh jadi 409 00:20:05,747 --> 00:20:07,708 lubuk untuk keganasan. 410 00:20:07,791 --> 00:20:10,919 Semestinya. Tapi siapa peduli tentang Martin Short apabila awak duduk di sebelah 411 00:20:11,003 --> 00:20:14,047 "Dia di sini, dia di sana, dia berada di merata-rata tempat, Roy Kent," 412 00:20:14,131 --> 00:20:16,258 - Roy Kent! - John peminat setia bola sepak. 413 00:20:16,341 --> 00:20:18,927 Hebat. Awak sokong siapa? 414 00:20:19,011 --> 00:20:21,388 Ia berubah-ubah antara United dan City. 415 00:20:21,471 --> 00:20:23,223 Biasanya kelab yang menang. 416 00:20:23,307 --> 00:20:25,309 - Saya sukakannya. - Bunyinya begitu. 417 00:20:25,392 --> 00:20:26,852 Bagaimana dengan persaraan, Roy? 418 00:20:26,935 --> 00:20:29,688 Saya tak dapat bayangkan betapa berbezanya hidup awak sekarang. 419 00:20:29,771 --> 00:20:31,231 Pasti awak sangat rindukannya, bukan? 420 00:20:32,149 --> 00:20:33,442 Saya tak rindukannya. 421 00:20:34,109 --> 00:20:35,444 Jadi, apa yang awak buat sekarang? 422 00:20:35,527 --> 00:20:36,987 Sibuk. 423 00:20:38,030 --> 00:20:39,531 Sebenarnya saya jadi jurulatih sekarang. 424 00:20:39,615 --> 00:20:42,993 - Saya tak tahu tentangnya. Hebat. - Ya. Kami ada piala akhir minggu depan. 425 00:20:43,076 --> 00:20:44,620 Bulan Oktober... Piala apa? 426 00:20:45,204 --> 00:20:46,914 Pasukan perempuan bawah sembilan tahun West London. 427 00:20:48,332 --> 00:20:49,625 Boleh beri saya satu lagi? 428 00:20:50,125 --> 00:20:52,586 Sebenarnya dia terima tawaran daripada Sky Sport sebagai pakar. 429 00:20:52,669 --> 00:20:55,672 Sudah tentu. Awak pasti hebat dengan kerja itu. 430 00:20:55,756 --> 00:20:57,049 Saya suka idea itu. 431 00:20:57,716 --> 00:21:00,344 Saya setuju. 432 00:21:01,053 --> 00:21:03,472 Saya nak cakap ucapan persaraan awak memang hebat. 433 00:21:03,555 --> 00:21:05,182 Ia kali pertama ayah saya panjangkan e-mel 434 00:21:05,265 --> 00:21:08,769 kepada saya sejak lima tahun lalu yang bukan tentang menghina imigresen. 435 00:21:08,852 --> 00:21:10,854 Ia sangat bermakna untuk saya, jadi, terima kasih. 436 00:21:11,855 --> 00:21:13,065 Selamat. 437 00:21:13,148 --> 00:21:15,817 Pasti pelik rasanya selepas itu, bukan? 438 00:21:15,901 --> 00:21:17,361 Saya perlukan dua lagi. 439 00:21:22,533 --> 00:21:23,742 Ini dia, tuan-tuan. 440 00:21:23,825 --> 00:21:24,826 - Terima kasih, Mae. - Terima kasih, Mae. 441 00:21:24,910 --> 00:21:26,828 Apa berlaku kepada Earl memang malang. 442 00:21:26,912 --> 00:21:29,665 Ia dan pemilknya, Nigel, selalu datang ke sini, 443 00:21:29,748 --> 00:21:32,167 sehinggalah dia mula buang air besar dan kecil merata-rata tempat. 444 00:21:32,251 --> 00:21:34,086 Ya. Ia perkara biasa dengan anjing tua. 445 00:21:34,169 --> 00:21:35,629 Tak, saya maksudkan Nigel. 446 00:21:37,923 --> 00:21:39,341 - Untuk Earl. - Ia anjing yang baik. 447 00:21:44,888 --> 00:21:48,141 Hei, jurulatih, boleh saya jujur sekejap? Lupakan makanan saya sekejap? 448 00:21:48,225 --> 00:21:50,394 Letak bir awak dan terus-terang tentang perasaan awak? 449 00:21:50,477 --> 00:21:52,896 - Ya. - Baiklah. 450 00:21:53,939 --> 00:21:58,277 Saya sanggup buat apa saja untuk bantu Dani kembali seperti asal. 451 00:21:58,861 --> 00:22:01,822 Tapi, idea tentang bawa masuk seseorang dari luar 452 00:22:01,905 --> 00:22:03,448 untuk bantu kita pulihkan dia, 453 00:22:03,532 --> 00:22:05,158 entahlah, saya rasa kurang selesa. 454 00:22:05,242 --> 00:22:06,243 Saya tak pasti sebabnya. 455 00:22:07,411 --> 00:22:09,830 Bunyinya seperti lagu Gin Blossoms kegemaran awak. 456 00:22:09,913 --> 00:22:12,040 - "Follow You Down"? - Bukan, "Hey Jealousy." 457 00:22:12,124 --> 00:22:13,959 Tak,"Hey Jealousy" lagu terbaik mereka. 458 00:22:14,042 --> 00:22:16,128 Lagu terbaik mereka adalah "Follow You Down." 459 00:22:16,211 --> 00:22:18,046 Awak tak tahu kisahnya? 460 00:22:18,130 --> 00:22:19,423 Tak penting, tapi maksud awak, 461 00:22:19,506 --> 00:22:21,758 saya juga fikir ia sebab cemburu, 462 00:22:21,842 --> 00:22:24,011 tapi saya rasa ada sebahagian daripada saya 463 00:22:24,094 --> 00:22:29,057 yang tak... entahlah, percayakan ahli terapi? 464 00:22:29,725 --> 00:22:30,726 Kenapa pula? 465 00:22:31,435 --> 00:22:34,062 Semasa saya dan Michelle buat terapi pasangan, 466 00:22:34,146 --> 00:22:37,441 ia dengan ahli terapi yang dia pernah jumpa sebelum itu dan... 467 00:22:38,650 --> 00:22:40,903 saya rasa seperti saya diperangkap. 468 00:22:41,737 --> 00:22:43,822 Seperti saya ke sana bukan untuk didengari, 469 00:22:43,906 --> 00:22:47,326 tapi cuma dengar apa salah saya. 470 00:22:48,493 --> 00:22:50,579 Hanya sekali itu saja awak jumpa ahli terapi? 471 00:22:50,662 --> 00:22:52,206 Oh, ya. 472 00:22:52,956 --> 00:22:55,209 Awak ingat apa awak cakap semasa saya ditinggalkan penari kapal layar itu 473 00:22:55,292 --> 00:22:57,127 dan sumpah takkan bercinta dengan penari lagi? 474 00:22:57,211 --> 00:22:58,545 "Boleh saya pakai kasut tarian tap awak?" 475 00:22:59,129 --> 00:23:01,173 "Semua orang ialah orang yang berbeza." 476 00:23:02,549 --> 00:23:03,550 Saya cakap begitu? 477 00:23:06,512 --> 00:23:07,513 Itu agak bagus. 478 00:23:07,596 --> 00:23:08,597 Ya. 479 00:23:09,264 --> 00:23:11,308 - Awak keluar dengan penari lain lagi? - Ramai. 480 00:23:13,352 --> 00:23:14,353 Terlalu ramai. 481 00:23:16,522 --> 00:23:18,524 Maaf jika saya terlalu banyak membebel malam ini. 482 00:23:18,607 --> 00:23:21,109 Awak memang menawan. 483 00:23:21,944 --> 00:23:23,779 Awak pasti tak nak ikut saya balik? 484 00:23:24,363 --> 00:23:25,572 Ingat yang saya perlu bangun pagi? 485 00:23:27,199 --> 00:23:30,244 Betul. Ya, beritahu saya jika saya lulus ujian. 486 00:23:31,286 --> 00:23:33,539 - Makan tengah hari minggu ini? - Baiklah. 487 00:23:37,042 --> 00:23:38,544 Selamat malam. 488 00:23:38,627 --> 00:23:39,878 Terima kasih. 489 00:23:39,962 --> 00:23:41,338 - Jumpa lagi. - Jumpa lagi. 490 00:23:41,421 --> 00:23:42,631 Selamat. 491 00:23:48,345 --> 00:23:50,639 - Jadi? - Saya rasa dia lelaki yang baik. 492 00:23:50,722 --> 00:23:54,101 Usianya sesuai, kewangan stabil. 493 00:23:54,184 --> 00:23:55,227 Dia tak pemalu. 494 00:23:55,310 --> 00:23:57,896 - Itu yang saya suka tentang dia. - Betul. 495 00:23:57,980 --> 00:23:59,481 Tolonglah! 496 00:24:02,067 --> 00:24:03,360 Ada masalah? 497 00:24:04,444 --> 00:24:05,946 Terus-terang. 498 00:24:06,029 --> 00:24:08,073 Dia okey. Itu saja. 499 00:24:08,156 --> 00:24:10,158 Tiada masalah dengannya, kebanyakan orang okey. 500 00:24:10,242 --> 00:24:13,412 Tapi ia bukan tentang dia. Ia tentang kenapa awak fikir dia layak dapat awak. 501 00:24:14,538 --> 00:24:17,958 Awak layak dapat seseorang yang buat awak rasa seperti dipanah petir. 502 00:24:19,334 --> 00:24:21,044 Jangan pilih lelaki yang biasa. 503 00:24:26,258 --> 00:24:27,926 Ia bukan urusan saya. 504 00:24:31,054 --> 00:24:33,056 SELAMAT DATANG KE JALAN NELSON A.F.C. RICHMOND 505 00:24:33,140 --> 00:24:35,684 AWAK TINGGALKAN KESAN TAPAK KAKI DALAM HATI KAMI 506 00:24:35,767 --> 00:24:38,103 KEPADA EARL SI ANJING SAYA SANGAT SEDIH AWAK MATI 507 00:24:38,187 --> 00:24:40,397 SAYA SAYANG AWAK 508 00:24:45,903 --> 00:24:50,782 435, 436, 437, 438, 439, 440... 509 00:24:50,866 --> 00:24:52,284 Higgins, hati-hati! 510 00:24:53,118 --> 00:24:54,620 Mengecewakan. 511 00:24:54,703 --> 00:24:58,081 Maaf. Saya cuma nak kenalkan awak kepada Dr. Sharon Fieldstone. 512 00:24:58,165 --> 00:25:00,042 Dia akan uruskan Dani. 513 00:25:00,125 --> 00:25:03,003 Ini Nathan, Jurulatih Beard, dan Ted Lasso. 514 00:25:03,086 --> 00:25:04,505 Tak perlu berdiri. 515 00:25:04,588 --> 00:25:06,465 Tapi ia jadikannya lebih mudah untuk buat begini. 516 00:25:07,716 --> 00:25:09,468 Gembira bertemu denganmu 517 00:25:09,551 --> 00:25:11,220 Gembira bertemu denganmu 518 00:25:11,303 --> 00:25:14,181 Anggaplah lagu ini Cari kami mengalu-alukanmu 519 00:25:14,264 --> 00:25:15,265 Hei! 520 00:25:17,684 --> 00:25:20,395 Saya dapat tahu Dani alami hilang kemahiran yang tak dapat dijelaskan? 521 00:25:20,479 --> 00:25:21,939 Hei! 522 00:25:22,648 --> 00:25:25,067 Okey, dua perkara aneh berturut-turut. Apa yang berlaku? 523 00:25:25,150 --> 00:25:27,569 Doktor, kami tak suka guna perkataan itu di sini. 524 00:25:27,653 --> 00:25:28,654 Kenapa? 525 00:25:30,197 --> 00:25:31,365 Bagaimana saya nak… 526 00:25:31,990 --> 00:25:32,991 Kenapa kamu semua pandang saya? 527 00:25:33,075 --> 00:25:35,744 Dia yang tahu semua... Okey. Sebenarnya, dok... 528 00:25:35,827 --> 00:25:37,120 Doktor. 529 00:25:37,829 --> 00:25:39,206 Betul, sudah tentu. Maaf. 530 00:25:39,289 --> 00:25:42,709 Doktor. Ia kepercayaan karut. 531 00:25:43,544 --> 00:25:45,087 Baiklah. Hilang kemahiran... 532 00:25:47,673 --> 00:25:49,091 bukan kepercayaan karut. 533 00:25:49,675 --> 00:25:50,843 Ia keadaan mental, 534 00:25:50,926 --> 00:25:53,762 yang boleh dibaiki dengan disipilin, bukan menafikan. 535 00:25:53,846 --> 00:25:56,640 Jadi awak yakin awak boleh tolong kami pulihkan Dani? 536 00:25:56,723 --> 00:25:58,058 Awak bagus dengan kerja awak? 537 00:25:59,518 --> 00:26:00,394 Maksud saya… 538 00:26:01,436 --> 00:26:02,521 Abaikan mereka. 539 00:26:03,772 --> 00:26:06,441 Jangan rasa malu dan jujur dengan saya. 540 00:26:06,525 --> 00:26:08,360 Awak bagus dengan kerja awak? Ya atau tak? 541 00:26:09,653 --> 00:26:10,654 Ya. 542 00:26:10,737 --> 00:26:11,947 Saya percaya awak. 543 00:26:12,865 --> 00:26:16,076 Awak bagus dengan kerja awak, saya dua kali ganda lebih bagus. 544 00:26:20,789 --> 00:26:22,541 - Kami bertuah awak sertai kami. - Terima kasih banyak. 545 00:26:22,624 --> 00:26:24,209 - Gembira dapat tahu tentangnya. - Terima kasih kerana datang. 546 00:26:24,793 --> 00:26:27,004 Baiklah, di mana saya akan lakukan sesi-sesi saya? 547 00:26:28,630 --> 00:26:31,425 Bagaimana jika saya tempatkan awak di pejabat saya? 548 00:26:32,009 --> 00:26:35,470 Bagus. Gembira jumpa kamu semua dan maaf kerana ganggu permainan kamu. 549 00:26:35,554 --> 00:26:36,555 Apa rekod awak? 550 00:26:36,638 --> 00:26:39,016 Oh 1,236. 551 00:26:42,519 --> 00:26:43,770 Mengagumkan. 552 00:26:52,404 --> 00:26:54,573 Dia nampak menyeronokkan. 553 00:26:59,578 --> 00:27:01,413 Awak pasti awak tak kisah saya guna pejabat awak? 554 00:27:01,496 --> 00:27:02,706 Bukan hanya sebab nak bersopan? 555 00:27:02,789 --> 00:27:05,876 Ia mungkin kedua-duanya, tapi saya bertegas. 556 00:27:05,959 --> 00:27:08,170 - Terima kasih. - Tiada masalah. 557 00:27:13,217 --> 00:27:14,927 Hei, dok... tor. 558 00:27:15,010 --> 00:27:16,595 Ini Dani Rojas. 559 00:27:16,678 --> 00:27:19,223 Dani, ini Dr. Sharon Fieldstone. 560 00:27:19,306 --> 00:27:21,266 Gembira berjumpa awak, Dani. Bagaimana keadaan awak? 561 00:27:21,350 --> 00:27:22,768 Seperti pembunuh. 562 00:27:23,393 --> 00:27:24,770 Silakan. 563 00:27:26,021 --> 00:27:27,022 Awak takkan apa-apa. 564 00:27:28,315 --> 00:27:31,693 Ya. Awak nak saya tunggu dan bantu awak hilangkan rasa kekok dengan Dani? 565 00:27:31,777 --> 00:27:33,987 Saya rasa kami takkan perlukannya, Jurulatih Lasso. Terima kasih. 566 00:27:34,905 --> 00:27:36,532 Okey. Ya. 567 00:27:45,374 --> 00:27:46,875 - Awak okey? - Oh, ya. 568 00:27:47,417 --> 00:27:49,419 Ia pasti sempurna. Ya. 569 00:27:52,673 --> 00:27:55,050 Ingat, waktu inilah tiket ke Stomp sukar untuk didapati. 570 00:27:55,133 --> 00:27:57,511 Apa pun, ada wanita berambut merah berada di depan saya, 571 00:27:57,594 --> 00:27:59,429 jadi saya tepuk bahu dia, dia pusing dan cakap, 572 00:27:59,513 --> 00:28:01,598 "Ada masalah?" Saya jawab, "Ya, ada masalah." 573 00:28:01,682 --> 00:28:03,851 Dia cakap, "Jangan risau. Saya kenal pereka tarinya." 574 00:28:03,934 --> 00:28:04,935 Teka siapa… 575 00:28:26,331 --> 00:28:27,499 Semuanya okey, Rebecca? 576 00:28:31,670 --> 00:28:34,882 Bercinta memang pelik, bukan? 577 00:28:34,965 --> 00:28:37,843 - Ya. - Pada asasnya kita semua pelik. 578 00:28:37,926 --> 00:28:41,722 Bagaimana nak rasa selamat dengan seseorang? 579 00:28:41,805 --> 00:28:42,806 Rasanya tak boleh. 580 00:28:42,890 --> 00:28:45,267 Kawan saya, Flo, pernah beritahu saya 581 00:28:45,350 --> 00:28:49,730 hubungan intim adalah tentang biarkan diri terdedah kepada diserang. 582 00:28:50,522 --> 00:28:52,274 - Oh. - Ia teruk, bukan? 583 00:28:52,357 --> 00:28:53,692 Saya tak pernah mendengarnya. 584 00:28:53,775 --> 00:28:56,737 Tapi ia buat awak sedar yang ia menakutkan, 585 00:28:57,946 --> 00:28:59,656 apabila membenarkan diri terlibat dalam hubungan intim semula. 586 00:29:01,033 --> 00:29:02,743 Awak perlu jadi berani. 587 00:29:07,080 --> 00:29:08,665 Ia memang wujud, bukan? 588 00:29:10,626 --> 00:29:12,836 Saya perlu jadi cukup berani untuk benarkan seseorang… 589 00:29:14,755 --> 00:29:16,924 yang hebat mencintai saya, 590 00:29:17,007 --> 00:29:20,093 tanpa rasa takut dilukakan dan tanpa rasa takut tentang rasa... 591 00:29:22,054 --> 00:29:23,055 selamat. 592 00:29:26,433 --> 00:29:28,810 Maaf, awak nak berpisah dengan saya? 593 00:29:33,148 --> 00:29:36,735 Maaf. Saya sebenarnya tak tahu saya 594 00:29:36,818 --> 00:29:39,029 - akan lakukannya... - Tak, jangan risau. 595 00:29:45,410 --> 00:29:46,495 Saya belanja kopi. 596 00:29:47,079 --> 00:29:49,790 Ya, baiklah. Selamat. 597 00:29:59,633 --> 00:30:03,011 Dani Rojas, Rojas. Dani Rojas. 598 00:30:03,095 --> 00:30:05,138 Helo, jurulatih saya yang kacak. Boleh saya sertai latihan? 599 00:30:05,222 --> 00:30:06,431 Sudah tentu, Dani, boleh. 600 00:30:06,515 --> 00:30:08,350 Tapi jangan terlalu mendesak diri, okey? 601 00:30:08,433 --> 00:30:09,434 Baiklah, jurulatih. 602 00:30:21,196 --> 00:30:22,322 Dia tak balas lambaian? 603 00:30:22,406 --> 00:30:24,658 - Rasanya dia tak nampak saya. - Dia nampak awak. 604 00:31:10,204 --> 00:31:11,413 Hei, baiklah! 605 00:31:18,420 --> 00:31:20,672 Hei, ada banyak emoji baru di sini. Awak nampak ini? 606 00:31:20,756 --> 00:31:22,925 Awak ingat mereka tambah Groucho tapi tiada Harpo? 607 00:31:23,008 --> 00:31:24,426 Ia mengarut. 608 00:31:25,093 --> 00:31:29,306 Selamat malam, semua jurulatih, dan terima kasih untuk Dr. Sharon. Dia hebat. 609 00:31:29,389 --> 00:31:31,558 Tiada masalah, Dani. Kami gembira awak sihat semula. 610 00:31:32,726 --> 00:31:35,437 Ya, tapi sekejap. Saya cuma nak tahu. 611 00:31:35,521 --> 00:31:38,232 Apa yang membantu awak? 612 00:31:39,608 --> 00:31:40,984 Dr. Sharon bantu saya ingat 613 00:31:41,068 --> 00:31:44,446 walaupun bola sepak adalah segala-galanya, bola sepak juga adalah kematian. 614 00:31:45,989 --> 00:31:47,824 Bola sepak juga adalah bola sepak. 615 00:31:49,326 --> 00:31:50,869 Tapi biasanya bola sepak adalah segala-galanya! 616 00:31:51,703 --> 00:31:52,704 Ya. 617 00:31:55,457 --> 00:31:57,084 Ya, betul. 618 00:31:58,377 --> 00:32:01,255 Saya nak naik, berterima kasih kepada doktor bagus itu sebelum dia beredar. 619 00:32:01,922 --> 00:32:03,423 Sekurang-kurangnya itu yang awak patut buat. 620 00:32:04,049 --> 00:32:05,342 Hei, Higgins. Doktor masih ada? 621 00:32:05,425 --> 00:32:07,219 Tunggu, Ted. Dia ada sesi. 622 00:32:07,302 --> 00:32:08,470 Sesi? Dengan siapa? 623 00:32:10,055 --> 00:32:12,891 - Terima kasih, Sharon. Betul. - Sama-sama. 624 00:32:13,642 --> 00:32:14,643 Dia hebat. 625 00:32:15,644 --> 00:32:18,397 - Thierry? - Ya. Hai. 626 00:32:24,444 --> 00:32:27,447 Beberapa pemain minta untuk berjumpa Dr. Fieldstone sebelum dia beredar. 627 00:32:27,531 --> 00:32:28,615 Tiada salahnya, bukan? 628 00:32:29,199 --> 00:32:31,118 Tak, ia hebat. Ya. 629 00:32:35,998 --> 00:32:38,959 - Hai. - Hei, si cantik. Ada apa? 630 00:32:39,042 --> 00:32:40,294 Saya rasa seperti orang tak guna. 631 00:32:40,794 --> 00:32:43,422 Saya guna malam berseronok kita bersama untuk cuba ubah fikiran awak 632 00:32:43,505 --> 00:32:45,382 tentang sesuatu yang awak tak nak buat. 633 00:32:45,465 --> 00:32:47,634 Ia teruk dan saya benar-benar minta maaf. 634 00:32:47,718 --> 00:32:49,678 Awak sangat baik. Terima kasih. 635 00:32:49,761 --> 00:32:51,263 Saya nak pergi kerja sekarang. 636 00:32:51,346 --> 00:32:54,224 Saya boleh singgah di Waitrose, beli sebotol wain, bawa ia ke sana? 637 00:32:54,308 --> 00:32:57,269 Waitrose, bukan? Saya bercakap dengan ratu? 638 00:32:57,978 --> 00:32:59,438 Saya memang nak, tapi… 639 00:32:59,521 --> 00:33:01,315 Alamak! Ya, ia malam kumpulan ibu yoga. Maaf. 640 00:33:01,398 --> 00:33:04,109 Ya, tapi awak boleh minta maaf nanti. 641 00:33:04,193 --> 00:33:05,611 Saya boleh singgah dan kejutkan awak. 642 00:33:05,694 --> 00:33:08,488 Hei, Roy. Cepat. Ia dah nak mula. 643 00:33:09,323 --> 00:33:11,408 Saya takkan tidur. Berseronoklah, okey? 644 00:33:11,491 --> 00:33:12,492 Selamat tinggal, sayang. 645 00:33:14,703 --> 00:33:16,038 Mari lakukannya. 646 00:33:18,540 --> 00:33:20,667 Siapa akan tersingkir minggu ini 647 00:33:20,751 --> 00:33:24,463 dalam rancangan nombor satu UK, Lust Conquers All? 648 00:33:24,546 --> 00:33:27,966 Adakah rakan sekutu kaunter solekan terkenal Grimsby, Ellie? 649 00:33:28,050 --> 00:33:31,470 Jangan undi saya keluar, okey? Saya yang buat bibir awak jadi tebal. 650 00:33:31,553 --> 00:33:33,388 Diamlah, perempuan lucah. 651 00:33:33,472 --> 00:33:35,265 Tolonglah. Dia kelakar. 652 00:33:35,349 --> 00:33:38,185 Atau pemain bola dengan hubungan rambang, Jamie? 653 00:33:42,231 --> 00:33:44,691 Anda tak boleh singkirkan saya. Saya penjaring terhebat pulau ini. 654 00:33:45,859 --> 00:33:46,860 Secara seksual. 655 00:33:49,238 --> 00:33:50,989 Oh Tuhan, saya suka dia. 656 00:33:51,073 --> 00:33:52,199 Sama. 657 00:33:53,075 --> 00:33:55,410 - Oh Tuhan. - Boleh tambah rose saya, Janice? 658 00:33:55,494 --> 00:33:57,162 …ahli farmasi dari Borehamwood? 659 00:33:57,246 --> 00:33:59,873 - Atau Clara, skandal Bournemouth… - Minum. 660 00:33:59,957 --> 00:34:00,958 Minum. 661 00:34:32,947 --> 00:34:34,949 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid