1 00:00:27,069 --> 00:00:29,863 Ya. Semuanya baik-baik saja. 2 00:00:30,197 --> 00:00:33,742 Markahnya hebat dan dia bagus dalam kelas. 3 00:00:33,825 --> 00:00:37,579 Dia bertanya soalan yang bagus dan mempunyai pendapat sendiri. 4 00:00:37,663 --> 00:00:40,457 Saya pasti apabila dia dewasa, 5 00:00:40,541 --> 00:00:43,210 dia boleh mencapai apa-apa pun cita-citanya. 6 00:00:43,710 --> 00:00:44,711 Ya. 7 00:00:45,796 --> 00:00:46,797 Apa? 8 00:00:47,631 --> 00:00:51,552 Tidak. Terima kasih. Itu sangat baik. 9 00:00:52,344 --> 00:00:53,554 Saya ikhlas. 10 00:00:53,637 --> 00:00:55,055 Saya tahu. 11 00:00:57,474 --> 00:01:00,602 - Okey. Ada apa-apa soalan… - Cuma… 12 00:01:00,686 --> 00:01:02,312 Dulu saya seperti dia. 13 00:01:03,856 --> 00:01:06,149 - Baiklah. - Ya. 14 00:01:06,233 --> 00:01:09,695 Aduhai! Saya dapat semua "A" semasa 11 tahun. 15 00:01:09,778 --> 00:01:11,280 - Hebat. - Aduhai! 16 00:01:11,363 --> 00:01:13,574 Semasa gred lima? Tolonglah. Saya terbaik dalam matematik. 17 00:01:13,657 --> 00:01:16,869 - Saya dapat markah penuh. - Hebat. 18 00:01:16,952 --> 00:01:20,247 Ia tak penting, tapi saya rasa seronok pada waktu itu. 19 00:01:21,915 --> 00:01:24,418 Semua orang akan beritahu saya perkara yang sama. 20 00:01:24,501 --> 00:01:28,338 "Dia sangat bijak. Dia boleh capai apa-apa saja kalau dia fokus." 21 00:01:29,256 --> 00:01:30,883 Di mana saya akhirnya? 22 00:01:33,427 --> 00:01:34,636 Awak perlu jawab? 23 00:01:34,720 --> 00:01:37,181 - Tidak. - Tak mengapa. 24 00:01:37,681 --> 00:01:40,100 Lagipun saya perlu pergi. Jawablah panggilan itu. 25 00:01:40,184 --> 00:01:42,311 - Terima kasih. Tidak, tak mengapa. - Tak apa. Kita boleh… 26 00:01:42,394 --> 00:01:44,563 Tak apa. Terima kasih sebab luangkan masa. 27 00:01:45,063 --> 00:01:46,440 Okey. Terima kasih. 28 00:01:46,523 --> 00:01:48,317 - Selamat tinggal. - Selamat tinggal. 29 00:02:13,258 --> 00:02:15,719 Hei. Boleh cakap dengan ayah awak? 30 00:02:15,802 --> 00:02:17,846 - Dia hubungi awak? - Dia asyik hubungi saya. 31 00:02:17,930 --> 00:02:20,641 - Saya dah kata jangan beri nombor awak. - Sepuluh tahun lepas? 32 00:02:20,724 --> 00:02:22,601 - Awak mahu saya buat apa? - Jangan jawab. 33 00:02:22,684 --> 00:02:25,437 - Dia takkan berhenti hubungi. - Matikan telefon awak. 34 00:02:26,396 --> 00:02:28,690 Saya ada anak perempuan. Saya tak boleh matikan telefon. 35 00:02:28,774 --> 00:02:31,568 - Dia akan berhenti nanti. - Tolong jawab panggilan dia. 36 00:02:31,652 --> 00:02:35,072 - Tak boleh. Jangan begitu. - Saya akan jawab panggilan dia. Betul. 37 00:02:35,155 --> 00:02:36,698 Hei, Artie. Apa khabar? 38 00:02:38,408 --> 00:02:40,118 Helo? Victor? 39 00:02:40,202 --> 00:02:41,203 Hai, ayah. 40 00:02:41,912 --> 00:02:44,373 Aduhai, Josh! Mujurlah. 41 00:02:44,456 --> 00:02:47,000 Ayah tak boleh hubungi Victor pada waktu tengah malam. 42 00:02:47,084 --> 00:02:50,462 Ayah alami serangan jantung. Awak dengar suara ayah? 43 00:02:51,880 --> 00:02:53,298 Tolonglah. Ayah takut. 44 00:02:53,382 --> 00:02:54,508 Suara ayah seperti sihat. 45 00:02:55,259 --> 00:02:57,803 - Ayah perlu ke hospital. - Jadi pergi ke hospital. 46 00:02:58,762 --> 00:03:02,015 - Ayah tiada kereta. - Ayah ada kereta waktu kita jumpa dulu. 47 00:03:02,891 --> 00:03:05,394 Ya. Sudah berapa lama? 48 00:03:05,894 --> 00:03:09,606 Dengar. Jika ayah alami serangan jantung, ayah perlu hubungi 911. 49 00:03:10,107 --> 00:03:11,692 Tidak, mereka takkan sempat sampai. 50 00:03:11,775 --> 00:03:14,486 Aduhai, awak ingat ayah tipu? Tidak. 51 00:03:14,570 --> 00:03:17,239 Lengan kiri ayah kebas sejak 7:30. 52 00:03:17,322 --> 00:03:20,033 Itu kali pertama ayah hubungi awak, tapi awak tak jawab. 53 00:03:20,117 --> 00:03:21,660 Ia semakin teruk. 54 00:03:21,743 --> 00:03:24,288 Dada ayah sakit. Ayah tak boleh bernafas. 55 00:03:24,371 --> 00:03:27,541 Ayah pening. Aduhai! Ayah sedang pening sekarang. 56 00:03:27,624 --> 00:03:29,835 Kepala ayah berpusing. 57 00:03:29,918 --> 00:03:34,214 Aduhai! Kepala ayah berpusing. 58 00:03:46,894 --> 00:03:47,978 Aduhai! 59 00:03:49,021 --> 00:03:51,315 - Duduk di belakang. - Apa? 60 00:03:51,398 --> 00:03:53,233 Sekarang pandemik. Ayah tak pakai pelitup muka. 61 00:03:53,317 --> 00:03:54,693 - Duduk di belakang. - Okey. 62 00:04:00,782 --> 00:04:04,161 - Tempat yang cantik. - Boleh mula memandu? 63 00:04:10,083 --> 00:04:12,336 Ayah ambil kad kredit menggunakan nama saya. 64 00:04:12,419 --> 00:04:13,420 Apa? 65 00:04:13,504 --> 00:04:15,714 Saya kata ayah ambil kad kredit menggunakan nama saya. 66 00:04:17,257 --> 00:04:21,512 - Ayah tak faham maksud awak. - Pengutip hutang mencari saya. 67 00:04:21,595 --> 00:04:23,222 Semua itu penipuan. 68 00:04:23,305 --> 00:04:25,807 Ada pembayaran di Chez Jay's di Santa Monica. 69 00:04:25,891 --> 00:04:28,685 - Ramai orang pergi ke Jay's. - Saya tak pergi, ayah yang pergi. 70 00:04:28,769 --> 00:04:31,104 Jadi mereka tahu ayah awak suka makan di mana. 71 00:04:31,188 --> 00:04:32,773 Bukan susah untuk tahu itu. 72 00:04:33,482 --> 00:04:35,776 Ayah boleh beritahu ayah lelaki itu suka makan di mana. 73 00:04:35,859 --> 00:04:38,695 Ayah akan beri awak maklumat itu esok. 74 00:04:40,614 --> 00:04:42,741 Awak tak beritahu nombor keselamatan sosial awak, bukan? 75 00:04:47,120 --> 00:04:48,622 HOSPITAL EAST HOLLYWOOD AMBULANS 76 00:04:51,458 --> 00:04:52,960 Baiklah, selamat malam. 77 00:04:53,043 --> 00:04:56,547 Apa? Awak nak turunkan ayah seperti pemandu teksi? 78 00:04:56,630 --> 00:04:58,131 Ya, ayah perlu saya hantarkan. 79 00:04:58,215 --> 00:05:00,634 - Ya. - Jadi pergi. 80 00:05:00,717 --> 00:05:02,302 Awak tak ikut sekali? 81 00:05:02,386 --> 00:05:04,680 Tak. Saya takkan ikut ayah masuk hospital sekarang. 82 00:05:04,763 --> 00:05:06,723 Ayah tak beri perhatian apa yang sedang berlaku? 83 00:05:06,807 --> 00:05:09,434 Okey. Kalau awak tak mahu pergi, ayah pun tak pergi. 84 00:05:09,518 --> 00:05:12,479 - Ayah kena pergi. - Kenapa? Ia bukan membantu. 85 00:05:12,563 --> 00:05:15,190 - Ya, kalau ayah kena serangan jantung. - Tak semestinya. 86 00:05:15,274 --> 00:05:17,568 Okey. Jadi ayah tak kena serangan jantung. 87 00:05:17,651 --> 00:05:21,071 Bukan. Tadi ayah alaminya, sekarang dah tak lagi. 88 00:05:22,030 --> 00:05:25,450 Itu teruk? Awak lebih suka ayah nazak sekarang? 89 00:05:25,534 --> 00:05:28,829 Ayah ada simptom merisaukan, tapi ia dah reda, mujurlah. 90 00:05:28,912 --> 00:05:30,289 Jadi mari pergi minum. 91 00:05:30,998 --> 00:05:31,999 - Keluar. - Tolonglah. 92 00:05:32,082 --> 00:05:33,625 - Awak mahu ke mana? - Saya mahu balik. 93 00:05:33,709 --> 00:05:36,545 - Apa awak mahu buat di rumah? - Tidur. Sekarang pukul 2:00 pagi. 94 00:05:36,628 --> 00:05:39,423 Awak bukan boleh tidur kalau balik sekarang. 95 00:05:39,506 --> 00:05:40,674 Ayuh. Mari minum sebelum tidur. 96 00:05:40,757 --> 00:05:44,011 - Bar dah tutup. - Ayah tahu tempat kita boleh pergi. Ia… 97 00:05:44,094 --> 00:05:47,181 Ayah tahu saya dah berhenti minum sejak umur 13 tahun, bukan? 98 00:05:47,264 --> 00:05:48,640 Ayah tak ingat? 99 00:05:50,475 --> 00:05:52,811 Okey, baiklah. Mari minum kopi. 100 00:05:52,895 --> 00:05:56,231 - Semua kedai dah tutup, ayah. - Jadi kita pergi ke McDonald's. 101 00:05:56,315 --> 00:05:58,358 Saya tak mahu masuk McDonald's. 102 00:06:02,988 --> 00:06:05,699 Ambillah satu. Ayah beli untuk awak. 103 00:06:05,782 --> 00:06:06,825 Tak mahu, terima kasih. 104 00:06:06,909 --> 00:06:09,661 Okey. Ayah akan minum salah satu saja, 105 00:06:09,745 --> 00:06:11,288 kalau awak berubah fikiran. 106 00:06:11,788 --> 00:06:13,874 - Saya takkan berubah fikiran. - Okey. 107 00:06:16,543 --> 00:06:19,671 Alamak! Rasanya ayah dah minum kedua-duanya. 108 00:06:19,755 --> 00:06:22,007 - Saya tak peduli. - Baiklah. 109 00:06:24,051 --> 00:06:27,012 Awak apa khabar? 110 00:06:27,513 --> 00:06:29,431 Saya sihat. Ayah apa khabar? 111 00:06:29,515 --> 00:06:31,892 Awak mahu ayah jawab bagaimana? 112 00:06:31,975 --> 00:06:35,812 Awak ikhlas mahu tahu keadaan ayah atau cuma puaskan hati ayah? 113 00:06:36,730 --> 00:06:39,399 - Apa awak buat kebelakangan ini? - Kenapa ayah mahu tahu? 114 00:06:39,900 --> 00:06:43,612 Ayah mahu tahu sebab ayah ikhlas nak tahu keadaan awak. 115 00:06:43,695 --> 00:06:47,324 Awak mungkin tak mahu tahu tentang ayah tapi ayah dah tua dan membosankan. 116 00:06:47,407 --> 00:06:50,118 Awak orang muda. Awak patut buat banyak perkara. 117 00:06:50,202 --> 00:06:52,538 Maaf sebab saya tak seperti ayah jangka. 118 00:06:53,038 --> 00:06:55,249 - Tolonglah. Awak tak pernah… - Apa yang ayah mahu? 119 00:06:55,916 --> 00:06:58,460 Ayah tak mahu apa-apa. Ayah cuma mahu tahu tentang awak. 120 00:06:58,544 --> 00:07:01,421 Ayah mahu dengar tentang kehidupan awak dan perkara yang awak fikirkan. 121 00:07:01,505 --> 00:07:03,841 Awak anak ayah. Ayah mahu tahu semuanya. 122 00:07:05,300 --> 00:07:09,137 Beritahulah. Ayah akan dengar apa-apa saja. Apa yang awak buat hari ini? 123 00:07:09,221 --> 00:07:10,931 Awak buat roti seperti orang lain? 124 00:07:11,014 --> 00:07:13,642 Ayah asyik dengar semua orang buat roti semasa pandemik ini. 125 00:07:13,725 --> 00:07:16,562 Semua orang mahu yis, tapi tiada sesiapa dapatnya. 126 00:07:16,645 --> 00:07:18,230 Awak dapat beli yis? 127 00:07:18,313 --> 00:07:20,566 Tak. Saya bekerja. 128 00:07:20,649 --> 00:07:23,777 - Awak ada persembahan di Skype atau… - Bukan, kerja. 129 00:07:23,861 --> 00:07:26,738 Ayah tahu sukar apabila awak jadikan ia kerjaya. 130 00:07:27,239 --> 00:07:28,323 Saya guru. 131 00:07:28,407 --> 00:07:30,742 Okey. Awak mengajar kelas peribadi? 132 00:07:30,826 --> 00:07:33,787 Saya mengajar gred lima. Sekolah Rendah Van Nuys Barat. 133 00:07:39,668 --> 00:07:42,880 Awak mengajar di sekolah? 134 00:07:42,963 --> 00:07:45,841 Ya, tapi sekarang melalui Zoom. 135 00:07:46,425 --> 00:07:49,386 - Perlu ada kelayakan, bukan? - Saya ada ijazah perguruan. 136 00:07:49,469 --> 00:07:50,637 Aduhai! 137 00:07:53,223 --> 00:07:57,019 Bagaimana dengan kerja awak? 138 00:08:00,272 --> 00:08:01,273 Saya sukakannya. 139 00:08:01,356 --> 00:08:04,568 Baguslah. Ayah sangat bangga dengan awak. 140 00:08:04,651 --> 00:08:07,571 Awak buat ayah sangat gembira. 141 00:08:07,654 --> 00:08:10,407 Awak temui sesuatu yang awak suka dan melakukannya. 142 00:08:10,490 --> 00:08:13,827 Selain itu, awak mengajar. Awak membantu kanak-kanak. 143 00:08:13,911 --> 00:08:16,246 Ayah berasa lebih baik dengan hanya berdiri sebelah awak. 144 00:08:16,330 --> 00:08:19,541 Ayah mahu hubungi semua orang ayah kenal dan beritahu mereka anak ayah cikgu. 145 00:08:19,625 --> 00:08:20,626 Okey. 146 00:08:22,628 --> 00:08:24,671 Ayah rasa kerja awak hebat. 147 00:08:24,755 --> 00:08:26,340 - Betul. - Terima kasih. 148 00:08:29,551 --> 00:08:30,969 Apa ayah buat sekarang? 149 00:08:31,720 --> 00:08:32,971 Ayah? Biasalah. 150 00:08:33,639 --> 00:08:36,850 Sebenarnya, ayah banyak membaca. 151 00:08:36,933 --> 00:08:39,561 Biarkan TV bertutup, membuka buku. 152 00:08:39,645 --> 00:08:41,980 - Awak pernah baca Crime and Punishment? - Tidak. 153 00:08:42,063 --> 00:08:44,441 Ia hebat, sangat bergaya Rusia. 154 00:08:44,525 --> 00:08:47,361 Ia tentang seorang lelaki yang membunuh seorang wanita tua, 155 00:08:47,444 --> 00:08:48,862 bukan sebab duit atau apa-apa. 156 00:08:48,946 --> 00:08:51,323 Dia tak ada sebab khusus untuk bunuhnya. 157 00:08:51,406 --> 00:08:53,909 Tapi kita faham sebab dia membunuh. 158 00:08:53,992 --> 00:08:57,329 Dia semakin hilang akal, tapi kita boleh fahaminya 159 00:08:57,412 --> 00:09:00,040 - sebab dia tiada sesiapa untuk berbual… - Apa yang kita buat? 160 00:09:00,541 --> 00:09:03,418 Ayah sedang berbual. Kita berbual semula. 161 00:09:03,502 --> 00:09:07,256 - Tapi kita cuma berbual kosong. - Okey. Awak mahu berbual tentang apa? 162 00:09:07,339 --> 00:09:08,757 Beginilah. Apa kata… 163 00:09:08,841 --> 00:09:10,884 - Saya akan berpusing. - Beth apa khabar? 164 00:09:12,803 --> 00:09:15,013 - Apa khabar anak-anaknya? - Mereka sihat. 165 00:09:15,097 --> 00:09:18,433 - Saya jarang berjumpa mereka. - Tapi lebih banyak berbanding ayah. 166 00:09:18,517 --> 00:09:22,980 Ayah tak pernah jumpa anaknya yang kedua. Sara, itu namanya, bukan? 167 00:09:23,063 --> 00:09:26,024 - Ya. - Awak pasti tahu. 168 00:09:26,108 --> 00:09:27,818 Ia buat ayah rasa sangat sedih 169 00:09:27,901 --> 00:09:30,320 sebab ada cucu perempuan, tapi tak dibenarkan berjumpanya. 170 00:09:30,404 --> 00:09:33,574 Awak faham kenapa begitu? Sebab ayah keliru. 171 00:09:33,657 --> 00:09:36,159 Kakak awak suka melebih-lebih, 172 00:09:36,243 --> 00:09:38,203 tapi ini memang lebih teruk. 173 00:09:38,287 --> 00:09:41,623 Ayah sampai lewat beberapa kali ke taman permainan dan tiba-tiba… 174 00:09:41,707 --> 00:09:45,377 Ayah bukan lewat. Ayah khayal dan jatuhkan David. 175 00:09:45,460 --> 00:09:48,130 - Bukan. Hari itu ayah tak khayal. - Saya ada waktu itu. 176 00:09:48,213 --> 00:09:50,966 - Awak pernah tengok ayah khayal. - Hari itu ayah sangat khayal. 177 00:09:51,049 --> 00:09:53,093 - Awak tak dengar cakap ayah. - Apa yang saya tak dengar? 178 00:09:53,177 --> 00:09:56,013 Ayah cuba selamatkan seorang budak daripada jatuh. 179 00:09:56,096 --> 00:09:58,599 Ayah tak tahu kalau awak ingat sebab awak sengaja pilih 180 00:09:58,682 --> 00:10:00,976 untuk buat kisah ini tentang kegagalan ayah. 181 00:10:01,059 --> 00:10:04,521 Tapi ada budak lain yang memanjat 182 00:10:04,605 --> 00:10:08,317 dan ibu bapanya tiada di situ. Mungkin sedang bermain telefon. 183 00:10:08,400 --> 00:10:11,403 Ayah saja yang ada di situ dan budak itu terjatuh. 184 00:10:11,486 --> 00:10:13,614 Ayah berjaya sambar dia dengan satu tangan. 185 00:10:13,697 --> 00:10:16,658 Kalau tidak, leher budak itu mungkin patah. 186 00:10:16,742 --> 00:10:19,494 Ya, ayah perlu lepaskan satu tangan daripada David. 187 00:10:19,578 --> 00:10:23,081 Ya, dia terjatuh atas tanah, terbaring. 188 00:10:23,165 --> 00:10:24,917 Dia langsung tak cedera cuma terkejut. 189 00:10:25,000 --> 00:10:28,170 Tapi ayah dianggap sebagai pengacau. 190 00:10:30,714 --> 00:10:32,466 Bukan saya buat keputusan. 191 00:10:34,718 --> 00:10:37,471 Ayah hargai sokongan awak. 192 00:10:38,931 --> 00:10:42,476 Siapa peduli tentang David? Dia memang nakal. 193 00:10:43,936 --> 00:10:45,229 Sara bagaimana? 194 00:10:48,440 --> 00:10:51,818 Dia berbeza daripada David. Dia baik. 195 00:10:53,028 --> 00:10:54,738 Syukurlah. 196 00:10:54,821 --> 00:10:56,615 Beritahu ayah tentang dia. 197 00:10:56,698 --> 00:10:58,867 - Berapa umur dia sekarang? - Lima tahun. 198 00:11:00,744 --> 00:11:01,745 Aduhai! 199 00:11:14,967 --> 00:11:15,968 Dia… 200 00:11:18,262 --> 00:11:21,056 Dia sangat suka bunyi yang perlahan. 201 00:11:22,307 --> 00:11:25,102 Kami akan duduk di belakang bersama-sama 202 00:11:25,185 --> 00:11:26,520 kalau dapat luangkan masa berdua. 203 00:11:26,603 --> 00:11:31,233 Kami akan dengar bunyi angin, burung hantu atau apa-apa saja. 204 00:11:31,316 --> 00:11:33,819 Kami akan saling beritahu bunyi kami dengar. 205 00:11:33,902 --> 00:11:39,491 Kami bercakap dengan suara sangat perlahan untuk tahu siapa berbisik paling perlahan. 206 00:11:39,575 --> 00:11:41,869 - Perkara begitu. - Ya. Itu… 207 00:11:41,952 --> 00:11:45,038 - Itu yang kita lakukan dulu. - Apa yang kita lakukan dulu? 208 00:11:45,539 --> 00:11:49,042 Siapa boleh berbisik paling perlahan. Itu salah satu permainan kita. 209 00:11:50,002 --> 00:11:52,963 - Tidak. - Ya, ada. 210 00:11:53,046 --> 00:11:55,716 - Awak bergurau? Awak tak ingat? - Tidak. 211 00:11:57,926 --> 00:12:00,012 Awak sangat kecil. Sebaya dia. 212 00:12:00,095 --> 00:12:02,389 Dia juga mungkin tak ingat buat begitu dengan awak 213 00:12:02,472 --> 00:12:04,933 - apabila dia besar. - Dia akan ingat. 214 00:12:07,060 --> 00:12:09,646 Ini tak adil. Ini mengarut. 215 00:12:09,730 --> 00:12:12,441 Semasa awak kecil, kita berdua 216 00:12:12,524 --> 00:12:14,401 saling berbisik. 217 00:12:14,484 --> 00:12:18,238 - Siapa paling perlahan menang. - Maaf. Saya tak ingat. 218 00:12:22,534 --> 00:12:24,119 Ayah jadi kelu. 219 00:12:25,370 --> 00:12:26,705 Ayah sedih. 220 00:12:33,629 --> 00:12:37,049 Awak mungkin tak ingat perkara yang kita buat bersama. 221 00:12:38,967 --> 00:12:42,012 Awak ingat malam ayah bermain muzik di Troubadour? 222 00:12:42,095 --> 00:12:43,388 Ayah selalu sebutnya. 223 00:12:43,472 --> 00:12:46,725 Bukan sebab ayah bercakap tentangnya. Awak ada di sana. 224 00:12:46,808 --> 00:12:50,771 - Ya, saya tahu. Saya pernah lihat gambar. - Bukan dari gambar. Awak ingat malam itu? 225 00:12:52,898 --> 00:12:54,983 Mungkin. Saya tak pasti. Saya masih kecil. 226 00:12:55,067 --> 00:12:57,986 Awak ingat awak sangat mahu ke sana? 227 00:12:58,904 --> 00:13:03,033 Ayah sudah bersedia untuk pergi, awak benar-benar mahu ikut ayah. 228 00:13:03,116 --> 00:13:06,453 Ayah beritahu mak, "Saya mahu anak saya lihat saya bermain di Troubadour." 229 00:13:06,537 --> 00:13:09,957 Dia kata awak terlalu kecil. Awak sudah tidur dan ayah kata… 230 00:13:10,958 --> 00:13:12,709 "Okey, saya takkan bergaduh tentang ini. 231 00:13:12,793 --> 00:13:14,920 Ini malam terhebat kehidupan seni saya. 232 00:13:15,003 --> 00:13:16,880 Saya takkan buang masa bergaduh di sini." 233 00:13:16,964 --> 00:13:20,467 Ayah keluar rumah dan masuk kereta. 234 00:13:20,551 --> 00:13:24,221 Ayah memandu di sekitar rumah supaya ibu awak dengar ayah pergi. 235 00:13:24,304 --> 00:13:28,183 Ayah keluar dari kereta dan berjalan ke rumah. 236 00:13:28,267 --> 00:13:31,103 Ayah panjat tingkap bilik awak dan bawa awak keluar. 237 00:13:31,186 --> 00:13:35,107 Sebab itu awak berbaju tidur dalam gambar, sebab ayah bawa awak menyelinap keluar. 238 00:13:36,358 --> 00:13:38,735 Kita menaiki kereta bersama-sama, 239 00:13:38,819 --> 00:13:43,240 hanya kita berdua melalui Coldwater Canyon ke Hollywood. 240 00:13:46,034 --> 00:13:47,536 Awak tak ingat? 241 00:13:48,996 --> 00:13:51,999 - Mungkin saya ingat. - Ayuh, cuba. 242 00:13:54,209 --> 00:13:57,504 Susah nak kata. Ya, saya mungkin ingat. 243 00:13:58,547 --> 00:14:02,759 Itu masa terhebat dalam kehidupan ayah. Betul, ayah tak membesarkan cerita. 244 00:14:03,552 --> 00:14:07,389 Memandu ke Troubadour bersama awak di sebelah. 245 00:14:07,472 --> 00:14:10,726 Itulah masa yang ayah masih kenang sampai sekarang. 246 00:14:10,809 --> 00:14:15,230 Persembahan itu bukan mengecewakan. 247 00:14:15,314 --> 00:14:17,941 Cuma tiada apa-apa yang boleh dibanggakan. 248 00:14:18,025 --> 00:14:21,195 Tempat itu tak penuh. Ia pada malam Selasa. 249 00:14:21,278 --> 00:14:23,655 Penonton di sana sekumpulan orang tak guna, 250 00:14:23,739 --> 00:14:25,949 mereka fikir mereka sangat rock and roll 251 00:14:26,033 --> 00:14:27,951 untuk hargai set gubahan lagu yang wajar. 252 00:14:28,035 --> 00:14:32,331 Kecuali kita ada sepasang Marshall Stacks dan pedal sintesis, 253 00:14:32,414 --> 00:14:35,459 ada nama dungu seperti Slash atau Puff, 254 00:14:35,542 --> 00:14:39,796 atau apa-apa saja kugiran peniru Zeppelin, tiada sesiapa yang berminat. 255 00:14:39,880 --> 00:14:44,218 Itulah kisah kerjaya ayah yang jelik. 256 00:14:44,301 --> 00:14:45,302 Tapi awak… 257 00:14:46,553 --> 00:14:48,013 Awak berseronok. 258 00:14:48,096 --> 00:14:50,182 Awak berada di tepi pentas 259 00:14:50,265 --> 00:14:52,309 sebab di Troubadour tiada belakang pentas. 260 00:14:52,392 --> 00:14:53,810 Jadi ayah boleh nampak awak. 261 00:14:54,520 --> 00:14:58,649 Setiap kali ayah bosan dengan penonton yang menjengkelkan, 262 00:14:58,732 --> 00:15:01,818 yang berbual semasa ayah menyanyi, 263 00:15:02,653 --> 00:15:06,740 ayah tengok awak dan nampak awak melihat ayah. 264 00:15:06,823 --> 00:15:09,910 Muka awak sangat kelihatan… 265 00:15:11,620 --> 00:15:14,623 yang awak benar-benar mendengar muzik itu. Serta… 266 00:15:17,835 --> 00:15:22,130 Awak ingat tak waktu itu? Awak ingat tak ayah menyanyi? 267 00:15:26,802 --> 00:15:27,803 Ya. 268 00:15:28,345 --> 00:15:30,013 Awak ingat, bukan? 269 00:15:32,516 --> 00:15:35,978 Ayah bukan nak bercakap besar, tapi sejak hari awak lahir, 270 00:15:36,061 --> 00:15:39,147 awak akan menikmatinya setiap kali ayah menyanyi untuk awak. 271 00:15:39,231 --> 00:15:43,110 Ayah sudah tahu sebelum awak boleh merangkak awak akan jadi pemuzik. 272 00:15:43,193 --> 00:15:45,487 Ayah tak maksudkan dalam industri muzik. Maksud ayah… 273 00:15:45,571 --> 00:15:50,534 Pemuzik dan artis sebenar. Awak sangat menikmatinya. 274 00:15:51,493 --> 00:15:55,414 Dulu ayah berjalan sekeliling rumah sambil menyanyi dan mendukung awak. 275 00:15:55,497 --> 00:15:57,583 Itulah cara ayah semasa awak bayi. 276 00:15:57,666 --> 00:16:01,128 Kalau awak merengek atau menangis, ayah akan suruh mak hulurkan awak. 277 00:16:01,211 --> 00:16:04,840 Awak bertenang selepas beberapa lagu. 278 00:16:06,175 --> 00:16:10,762 Ayah menyanyi kepada awak lagu yang sama setiap malam pada waktu tidur. 279 00:16:12,097 --> 00:16:14,391 Awak ingat, bukan? 280 00:16:16,894 --> 00:16:18,478 Awak ingat lagu itu? 281 00:16:20,355 --> 00:16:22,774 - Bulan sungai - Ayah. 282 00:16:22,858 --> 00:16:24,651 Tolong jangan menyanyi. 283 00:16:24,735 --> 00:16:27,529 Lebih lebar daripada sebatu 284 00:16:28,238 --> 00:16:33,869 Aku akan merentasimu dengan gaya satu hari nanti 285 00:16:34,536 --> 00:16:41,293 Pembuat mimpi, kau pematah hati 286 00:16:41,376 --> 00:16:48,175 Ke mana saja kau pergi Aku akan mengikut arahmu 287 00:16:48,884 --> 00:16:52,930 Dua penghijrah 288 00:16:53,013 --> 00:16:56,099 Keluar untuk melihat dunia 289 00:16:56,183 --> 00:17:01,021 Ada banyak untuk dilihat 290 00:17:01,522 --> 00:17:08,153 Kita mengejar matlamat yang sama 291 00:17:09,195 --> 00:17:12,074 Menunggu masa depan yang hampir 292 00:17:12,156 --> 00:17:15,702 Rakan terbaikku 293 00:17:15,786 --> 00:17:20,832 Bulan sungai dan aku 294 00:17:24,627 --> 00:17:28,464 Kemudian ayah berkata, "Selamat malam. Ayah sayang awak." 295 00:17:31,760 --> 00:17:33,220 Apa jawapan awak? 296 00:17:40,811 --> 00:17:43,480 Saya kena balik. Saya kerja pagi nanti. 297 00:17:44,439 --> 00:17:47,067 Ya. Ayah juga. 298 00:17:47,150 --> 00:17:48,151 Ayah juga? 299 00:17:48,235 --> 00:17:51,071 - Ya. Kamu terkejut? - Ya. 300 00:17:51,154 --> 00:17:54,992 Banyak boleh berlaku dalam setahun dua. Sekarang sudah dua tahun? 301 00:17:55,659 --> 00:17:57,744 - Hampir tiga tahun. - Ya, jadi… 302 00:18:02,833 --> 00:18:05,419 - Apa yang ayah buat? - Apa maksud awak? 303 00:18:05,502 --> 00:18:07,296 Ayah kata ayah bekerja. Apa kerja ayah? 304 00:18:07,379 --> 00:18:11,675 Ya. Ayah kembali dengan jualan, sama seperti dulu. 305 00:18:11,758 --> 00:18:14,303 Bercakap di telefon tanpa henti dan tunaikan cek. 306 00:18:14,386 --> 00:18:15,971 Ia kelam-kabut. 307 00:18:16,054 --> 00:18:19,600 - Orang membeli barang semasa pandemik? - Sesetengah orang membeli. 308 00:18:19,683 --> 00:18:22,186 Tapi kerja itu dah berubah sebelum pandemik lagi. 309 00:18:22,269 --> 00:18:23,896 Ia sudah tiada maruah lagi. 310 00:18:23,979 --> 00:18:26,899 Pelanggan sudah benci kita sebelum mereka menjawab panggilan. 311 00:18:26,982 --> 00:18:30,861 Ia tak boleh bertahan. Ayah akan berhenti. 312 00:18:31,486 --> 00:18:32,487 Ya. 313 00:18:32,571 --> 00:18:33,906 Ayah sedang menyimpan duit. 314 00:18:33,989 --> 00:18:38,160 Ayah ada rancangan jika sempat kumpul 20,000 dolar. 315 00:18:39,620 --> 00:18:40,621 Apa? 316 00:18:41,330 --> 00:18:44,249 Ayah kebetulan sedang mengumpul 20,000 dolar, 317 00:18:44,333 --> 00:18:46,752 kemudian kena serangan jantung palsu dan hubungi saya? 318 00:18:46,835 --> 00:18:50,088 Awak yang tanya ayah. Ayah tak mulakan ia, tapi awak. 319 00:18:50,172 --> 00:18:51,590 Ayah mengejar peluang, 320 00:18:51,673 --> 00:18:54,384 ayah beritahu awak tentang hal itu semasa sedang berbual 321 00:18:54,468 --> 00:18:56,595 - sebab awak tanya. Itu saja. - Okey. 322 00:18:56,678 --> 00:19:00,015 Tolonglah. Idea Chuck Ferguson. Awak kenal Chuck. 323 00:19:00,516 --> 00:19:03,644 Kita pernah luangkan masa di rumah botnya di marina. 324 00:19:03,727 --> 00:19:07,189 - Awak ingat bot itu. - Rasanya saya ingat. 325 00:19:07,272 --> 00:19:12,236 Ya. Chuck berjaya dengan perniagaan simpanan mini selama 20 tahun ini. 326 00:19:12,319 --> 00:19:14,238 Orang ada banyak benda yang mereka tak mahu. 327 00:19:14,321 --> 00:19:17,032 Mereka tak mahu buang, jadi perlu simpan di satu tempat. 328 00:19:17,533 --> 00:19:19,660 Chuck sewakan beberapa dozen tempat simpanan itu. 329 00:19:19,743 --> 00:19:21,036 Kebanyakannya di tengah California, 330 00:19:21,119 --> 00:19:24,623 tapi dia sedang melihat tempat baru di Lancaster. Dia beritahu ayah. 331 00:19:24,706 --> 00:19:27,459 Pengurusannya tidak bagus, jadi dia akan beli, naikkan hasil. 332 00:19:27,543 --> 00:19:30,045 Dapatkan keuntungan hebat. Ia juga tak terkesan dengan resesi. 333 00:19:30,128 --> 00:19:32,965 Perniagaan itu menguntungkan semasa waktu begini 334 00:19:33,048 --> 00:19:34,925 sebab apabila orang kehilangan rumah, 335 00:19:35,008 --> 00:19:37,010 mereka masih perlukan tempat untuk simpan barang. 336 00:19:37,094 --> 00:19:39,054 Selepas beberapa tahun, ia dah tak perlukan modal. 337 00:19:39,137 --> 00:19:42,099 Ayah perlu tanya Chuck, tapi ayah mungkin boleh ajak awak 338 00:19:42,182 --> 00:19:43,684 - kalau awak mahu. - Lihat, itu yang sebenar. 339 00:19:43,767 --> 00:19:46,770 - Ayah bukan nak cuba paksa… - Ayah, saya tiada 20,000 dolar. 340 00:19:46,854 --> 00:19:49,231 - Saya tiada duit. - Ayah bukan mahu minta duit awak. 341 00:19:49,314 --> 00:19:51,316 Jika saya ada duit dalam bank, tapi saya tiada, 342 00:19:51,400 --> 00:19:54,319 saya takkan beri kepada ayah sebab kita tahu yang ayah akan buat. 343 00:19:54,403 --> 00:19:56,071 - Itu tak benar. - Saya mahu balik. 344 00:19:56,572 --> 00:20:00,409 Hei, ayah kata itu tak benar… Awak tak tahu tentang kehidupan ayah! 345 00:20:00,492 --> 00:20:01,493 Hei! 346 00:20:02,077 --> 00:20:04,079 Hei, jangan tinggalkan ayah. 347 00:20:06,665 --> 00:20:11,712 Ayah bukan seperti dulu. Betul. 348 00:20:13,380 --> 00:20:16,008 Ayah sama saja seperti dulu. 349 00:20:16,091 --> 00:20:17,718 Saya tak boleh bantu ayah. 350 00:20:20,470 --> 00:20:21,847 Awak sama seperti ayah. 351 00:20:21,930 --> 00:20:24,683 Tidak. Seumur hidup saya, saya cuba untuk tidak jadi seperti ayah! 352 00:20:24,766 --> 00:20:26,977 Awak membenci diri sendiri, sama seperti ayah! 353 00:20:28,520 --> 00:20:31,356 Awak tak boleh berhenti fikir tentang semua perkara awak patut buat 354 00:20:31,440 --> 00:20:32,858 dan sebab awak tidak buatnya. 355 00:20:33,692 --> 00:20:35,319 Sekarang sudah terlambat. 356 00:20:35,402 --> 00:20:38,238 Awak tak boleh berhenti berfikir, sama seperti ayah. 357 00:20:38,322 --> 00:20:41,742 Perbezaannya, ayah hanya salahkan diri sendiri. 358 00:20:42,993 --> 00:20:45,120 Tapi awak salahkan ayah. 359 00:20:45,996 --> 00:20:47,748 Ia bagus, bukan? 360 00:20:48,665 --> 00:20:51,543 Biarkan ia jadi kesalahan orang lain, bukan kesalahan sendiri. 361 00:20:53,003 --> 00:20:54,630 Ya. Rasa hebat. 362 00:20:56,131 --> 00:20:57,716 Ia seperti dadah. 363 00:21:06,767 --> 00:21:09,019 Hei. Ayah ada tempat mahu pergi? 364 00:21:11,563 --> 00:21:13,398 Jangan risaukan ayah. 365 00:21:50,853 --> 00:21:53,689 Josh! Hei, bangun. Ayah takkan biarkan awak terlepasnya. 366 00:21:53,772 --> 00:21:55,983 Awak boleh tengoknya. Ayuh. Mari pergi. 367 00:21:56,066 --> 00:21:58,277 Ayah tahu ia sukar, tapi kita boleh tengok. 368 00:21:58,360 --> 00:22:01,864 Ia pasti berbaloi. Ayah dah beritahu tahi bintang akan menghempas, bukan? 369 00:22:01,947 --> 00:22:04,074 Ayah dah kata inilah penamat semuanya. 370 00:22:07,661 --> 00:22:12,332 Sana. Nampak? Ayah tak mahu kamu takut. 371 00:22:12,416 --> 00:22:14,877 Ia takkan sakit. Ia akan berlaku sangat pantas. 372 00:22:14,960 --> 00:22:18,922 Ia akan jadi perkara paling terang kamu pernah lihat, kemudian ia berakhir. 373 00:22:19,006 --> 00:22:22,801 Tapi tak apa, sebab kita dapat melihatnya. Ayah sayangkan kamu. 374 00:22:22,885 --> 00:22:27,139 Ayah sangat sayang kamu berdua. Ayah sayang kamu. 375 00:22:28,849 --> 00:22:30,058 Ayah sayang kamu. 376 00:24:22,129 --> 00:24:24,131 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman