1 00:00:51,552 --> 00:00:52,553 Hai. 2 00:00:53,470 --> 00:00:54,471 Ini barang awak. 3 00:00:55,389 --> 00:00:56,473 Tolong tandatangan. 4 00:01:00,811 --> 00:01:02,020 - Terima kasih. - Sama-sama. 5 00:01:02,104 --> 00:01:07,067 Jadi saya jawab, "Um, okey. Hai. Awak tak boleh layan saya begini." 6 00:01:08,235 --> 00:01:12,573 Ya. Tak boleh. Tepat sekali. Saya cakap, "Kita berdua sudah dewasa, 7 00:01:12,656 --> 00:01:15,075 tapi salah seorang sangat bersikap kebudak-budakan." 8 00:01:15,158 --> 00:01:17,369 Bukan salah saya jika dia benci kehidupannya. 9 00:01:17,452 --> 00:01:20,956 Dia perlu bertanggungjawab dan bukan lepas kemarahan kepada saya. Ya. 10 00:01:21,039 --> 00:01:23,792 Saya pesan salad tanpa bawang. Ia patut sampai tanpa bawang. 11 00:01:23,876 --> 00:01:26,545 Itu yang perlu berlaku sekarang. 12 00:01:27,462 --> 00:01:28,839 - Betul. - Ini pen. 13 00:01:28,922 --> 00:01:32,342 Saya tak perlukan interaksi begini, lebih-lebih lagi pada hari ini. 14 00:01:32,426 --> 00:01:33,427 Awak ada… 15 00:01:37,764 --> 00:01:39,266 Tak guna. 16 00:01:50,319 --> 00:01:52,029 Ya Tuhan, Victor. 17 00:01:52,863 --> 00:01:55,115 Maaf. Saya bukan nak buat awak takut. 18 00:01:55,782 --> 00:01:58,160 Tangan saya penuh. Awak boleh letak di bawah. 19 00:01:58,243 --> 00:02:01,246 Baik. Teruskan. Saya akan urusnya. Tiada masalah. 20 00:02:02,372 --> 00:02:04,458 Awak pergi ke perlawanan Dodgers hujung minggu ini? 21 00:02:04,541 --> 00:02:05,834 Saya ada tiket, 22 00:02:05,918 --> 00:02:07,794 - tapi saya beri kepada orang. - Apa? Awak buat begitu? 23 00:02:07,878 --> 00:02:10,172 Ya. Anak perempuan saya tak berminat semasa kali terakhir kami pergi. 24 00:02:10,255 --> 00:02:13,300 Dulu dia suka, tapi sekarang tidak lagi, jadi… Kami akan buat aktiviti lain. 25 00:02:13,383 --> 00:02:15,969 - Ia tak mengapa. Ya. - Berapa umur anak awak? 26 00:02:16,053 --> 00:02:18,472 - Tiga belas. - Zaman remaja memang sukar. 27 00:02:19,223 --> 00:02:21,975 - Ia akan jadi lebih baik? - Saya tak tahu. 28 00:02:22,059 --> 00:02:25,103 Anak perempuan saya tinggal dengan ayahnya, abangnya bersama saya, 29 00:02:25,187 --> 00:02:26,730 abangnya yang saya sangat benci. 30 00:02:28,065 --> 00:02:29,358 - Okey. - Saya… 31 00:02:29,441 --> 00:02:31,151 - Selamat tinggal. Jumpa lagi. - Ya. Okey. 32 00:02:31,652 --> 00:02:32,986 Selamat berhari minggu, okey? 33 00:02:34,696 --> 00:02:37,824 Hei, Victor, itu terlalu serius? 34 00:02:37,908 --> 00:02:40,577 Awak tak apa-apa. Tidak. Serius yang berpatutan. 35 00:02:40,661 --> 00:02:42,287 - Ya. Selamat tinggal. - Selamat tinggal. 36 00:02:43,247 --> 00:02:46,250 ARTURO CASTRO DALAM 37 00:02:47,835 --> 00:02:50,546 Jika kau mahu Berjalan-jalan denganku 38 00:02:50,629 --> 00:02:52,548 Kita menaiki Impala beroda tiga Dengan tayar emas Dayton 39 00:02:52,631 --> 00:02:57,469 Kenapa aku hidup begini? Hei, mesti sebab duit! 40 00:02:57,553 --> 00:03:02,057 Jika kau mahu berkhayal denganku Hisap sebatang L di belakang Benz E 41 00:03:02,140 --> 00:03:03,600 En. Morales 42 00:03:03,684 --> 00:03:06,770 Kenapa aku rasa begini? Hei, mesti sebab duit! 43 00:03:18,699 --> 00:03:19,700 - Kawan. - Hei. 44 00:03:19,783 --> 00:03:22,244 - Apa yang berlaku? Awak masak Bolognese. - Bukan. 45 00:03:22,327 --> 00:03:24,872 - Ini sos lasagna saya yang istimewa. - Jesus. Betul? 46 00:03:24,955 --> 00:03:27,416 - Boleh jangan sebut namanya? - Maaf. 47 00:03:27,499 --> 00:03:29,418 - Gabi akan datang esok. - Dia tiada di sini, bukan? 48 00:03:29,501 --> 00:03:31,128 Tidak, tapi awak mungkin tersasul depan dia. 49 00:03:31,211 --> 00:03:33,672 - Okey, sebentar. Itu untuk Gabi? - Ya. 50 00:03:33,755 --> 00:03:35,507 Tapi dia datang esok. 51 00:03:35,591 --> 00:03:38,051 Ya. Tapi dia sudah tidak suka memasak dengan saya, 52 00:03:38,135 --> 00:03:39,553 jadi saya kehilangan masa itu bersamanya. 53 00:03:39,636 --> 00:03:42,890 - Jadi saya fikir saya masak sehari awal. - Ya, tapi apa awak mahu buat? 54 00:03:42,973 --> 00:03:44,933 Masak semua ini dan masukkan dalam peti ais? 55 00:03:46,059 --> 00:03:47,060 Apa? 56 00:03:47,144 --> 00:03:48,979 Awak boleh makan selepas dia makan esok. 57 00:03:49,062 --> 00:03:51,231 Tapi jika saya menguntukkan bahagian saya… 58 00:03:51,315 --> 00:03:52,983 Kenapa perlu ada rundingan? 59 00:03:53,066 --> 00:03:54,359 - Kenapa dengan awak? - Jadi ia baru dimasak… 60 00:03:54,443 --> 00:03:56,236 - Tolong keluar dari dapur saya. - Okey. 61 00:03:56,320 --> 00:03:57,321 Tak guna. 62 00:03:59,114 --> 00:04:00,199 Tak guna. 63 00:04:31,688 --> 00:04:32,689 - Helo. - Hei. 64 00:04:32,773 --> 00:04:34,733 Gabi, ayah sudah sampai! 65 00:04:35,817 --> 00:04:38,654 Pakaian awak bergaya hutan. 66 00:04:39,696 --> 00:04:41,657 Ia bukan bergaya hutan. 67 00:04:41,740 --> 00:04:44,284 Tidak, maksud saya, awak nampak cantik. 68 00:04:50,624 --> 00:04:51,792 Gaba Gaba, apa khabar? 69 00:04:52,668 --> 00:04:54,753 Ya, awak biarkan ayah? Helo? 70 00:04:56,755 --> 00:04:57,756 Kenapa dengan dia? 71 00:04:58,674 --> 00:05:01,885 Sekumpulan budak perempuan tidur di rumah Adriana semalam. 72 00:05:01,969 --> 00:05:03,554 Dia tak dijemput. 73 00:05:03,637 --> 00:05:05,222 - Kenapa? - Entahlah. 74 00:05:05,305 --> 00:05:07,474 Dia bersikap begitu sepanjang hari. 75 00:05:08,809 --> 00:05:11,603 Tidak. Awak perlu tukar pakaian lain. 76 00:05:11,687 --> 00:05:14,189 - Kenapa? - Gabi, dengar cakap mak. 77 00:05:14,273 --> 00:05:16,441 Saya okey. 78 00:05:19,945 --> 00:05:21,363 - Semoga berjaya. - Ya. 79 00:05:26,743 --> 00:05:28,453 Awak mahu pesan apa? 80 00:05:29,079 --> 00:05:30,330 Saya cakap saya tak lapar. 81 00:05:30,414 --> 00:05:32,916 Ya, tapi ini masa makan tengah hari. Awak perlu makan, bukan? 82 00:05:33,000 --> 00:05:36,503 Ya, tapi tak semestinya saya perlu berasa lapar. 83 00:05:36,587 --> 00:05:38,213 Saya mengikut keperluan badan saya. 84 00:05:38,714 --> 00:05:41,049 Okey. Badan awak… 85 00:05:41,550 --> 00:05:43,135 Bagaimana jika ayah beli sekarang 86 00:05:43,218 --> 00:05:45,846 dan awak makan nanti apabila awak lapar? 87 00:05:45,929 --> 00:05:48,599 - Awak mahu ayam pedas? - Ada makanan vegan? 88 00:05:49,099 --> 00:05:50,642 Awak sudah jadi vegan? 89 00:05:51,351 --> 00:05:53,979 Saya bukan vegan, saya cuma makan makanan vegan. 90 00:05:54,062 --> 00:05:57,107 Tapi awak bukan vegan. Awak makan Dodger Dog sebelum ini. 91 00:05:57,191 --> 00:06:00,360 Ya, ia menjijikkan. Perut saya sakit selama tiga hari. 92 00:06:00,444 --> 00:06:02,487 Ya, perut awak sakit sebab awak jarang buang air besar. 93 00:06:02,571 --> 00:06:03,947 - Berhenti. - Awak sukar buang air besar. 94 00:06:04,031 --> 00:06:05,407 Berhenti bercakap. Saya tak lapar. 95 00:06:05,490 --> 00:06:08,243 - Boleh kita pergi? - Kita di pandu lalu. 96 00:06:08,327 --> 00:06:11,079 Ada kereta di depan dan belakang kita, susur jalan di sana, 97 00:06:11,163 --> 00:06:12,164 dan menu yang besar. 98 00:06:12,247 --> 00:06:14,875 - Awak mahu ayah pergi ke mana? - Jadi kita perlu tunggu saja? 99 00:06:14,958 --> 00:06:17,002 Ayah mahu beli sandwic ayam pedas untuk ayah, 100 00:06:17,085 --> 00:06:19,087 awak boleh buat apa-apa saja awak mahu. 101 00:06:19,171 --> 00:06:20,797 Bagaimana? Idea yang bagus? 102 00:06:22,216 --> 00:06:24,801 Okey? Okey. 103 00:06:25,427 --> 00:06:27,137 Ayah boleh buang air besar dengan baik. 104 00:06:35,938 --> 00:06:36,939 Hei. 105 00:06:39,608 --> 00:06:40,609 Hei. 106 00:06:42,486 --> 00:06:44,071 - Awak tak apa-apa? - Ya. 107 00:06:44,154 --> 00:06:45,364 Apa awak buat? 108 00:06:46,907 --> 00:06:48,325 Melihat ke luar tingkap. 109 00:06:52,120 --> 00:06:54,414 - Hei, Gabi sudah sampai. - Okey. 110 00:06:54,998 --> 00:06:57,543 - Awak mahu saya… Okey. - Saya okey. Hei, Gabi. 111 00:06:57,626 --> 00:06:58,627 Hei. 112 00:06:59,169 --> 00:07:01,547 Okey. Pergi letak barang. Ayah mahu bawa awak mendaki. 113 00:07:01,630 --> 00:07:03,382 Tak boleh, ada banyak kerja rumah. 114 00:07:03,465 --> 00:07:06,343 Awak selalu cakap begitu, tapi awak di telefon dengan kawan-kawan. 115 00:07:06,426 --> 00:07:07,594 Membuat kerja rumah. 116 00:07:07,678 --> 00:07:10,347 Awak perlukan udara. Manusia perlukan udara. 117 00:07:10,430 --> 00:07:12,349 Inilah udara. Saya ada udara. 118 00:07:12,933 --> 00:07:14,935 - Ia indah, bukan? - Rasanya. 119 00:07:16,270 --> 00:07:18,564 - Ia akan jadi lebih indah. - Bila? 120 00:07:18,647 --> 00:07:19,648 Sebentar lagi. 121 00:07:20,232 --> 00:07:22,234 Kenapa kita tak pergi ke perlawanan Dodger? 122 00:07:22,734 --> 00:07:23,735 Awak serius? 123 00:07:23,819 --> 00:07:26,572 - Dua minggu lepas awak kata ia teruk. - Saya tak kata begitu. 124 00:07:26,655 --> 00:07:28,824 Awak kata, "Saya tak mahu ke sini lagi." 125 00:07:28,907 --> 00:07:31,660 Apa-apa saja. Saya sudah sedia untuk balik bila-bila ayah mahu. 126 00:07:31,743 --> 00:07:33,745 Tolonglah. Awak vegan, bukan? 127 00:07:33,829 --> 00:07:35,622 Awak sepatutnya minat aktiviti bersenam. 128 00:07:36,415 --> 00:07:38,375 - Bukan? - Itu satu stereotaip. 129 00:07:40,669 --> 00:07:41,879 Semuanya okey? 130 00:07:44,715 --> 00:07:46,717 Hei, boleh awak bermain telefon nanti? 131 00:07:46,800 --> 00:07:49,428 - Tak boleh. - Tolonglah, kita dalam alam semula jadi. 132 00:07:50,387 --> 00:07:51,513 Hei. Walau apa pun itu, 133 00:07:51,597 --> 00:07:53,390 - ayah pasti boleh buat nanti… - Tak boleh. 134 00:07:53,473 --> 00:07:54,933 Mereka bukan kawan ayah, tapi kawan saya. 135 00:07:55,017 --> 00:07:57,269 Maaf, tapi ayah tak faham hal ini. 136 00:07:57,352 --> 00:07:59,646 Okey. Ayah juga ada kawan. 137 00:07:59,730 --> 00:08:03,525 - Langsung tak sama. - Ya, tapi ayah ingat waktu itu. 138 00:08:03,609 --> 00:08:04,943 Saya pasti dulu berbeza. 139 00:08:05,027 --> 00:08:07,571 Ia berbeza, tapi ayah pasti ia juga lebih kurang sama. 140 00:08:09,781 --> 00:08:11,366 Ayah tahu sikap budak perempuan. 141 00:08:12,492 --> 00:08:13,827 - Betul? - Ya. 142 00:08:13,911 --> 00:08:16,121 Okey. Bagaimana sikap budak perempuan? 143 00:08:17,122 --> 00:08:20,709 Sangat kasar? Lebih-lebih lagi sesama mereka. 144 00:08:22,836 --> 00:08:23,837 Apa-apa saja. 145 00:08:27,382 --> 00:08:29,843 Sayang, kalau awak berasa dipulaukan atau apa-apa saja, 146 00:08:29,927 --> 00:08:31,470 awak tahu ayah sentiasa ada, bukan? 147 00:08:31,553 --> 00:08:33,347 Ayah akan sentiasa ada untuk awak. 148 00:08:33,429 --> 00:08:35,933 Sentiasa ada. Ayah takkan ke mana-mana. 149 00:08:36,517 --> 00:08:41,063 Mak beritahu ayah tentang Adriana? Kenapa beritahu ayah? Mak sangat dungu. 150 00:08:41,145 --> 00:08:43,815 Hei. Jangan cakap ibu awak begitu. Faham? 151 00:08:44,983 --> 00:08:46,818 Okey. Cukuplah. Beri ayah telefon awak. 152 00:08:46,902 --> 00:08:49,404 - Tidak. Ayah, saya perlu jawabnya. - Ya. Ayah sudah minta dengan baik. 153 00:08:49,488 --> 00:08:50,989 - Tak perlu. Beri telefon itu. - Tidak. 154 00:08:51,073 --> 00:08:52,324 - Ayah akan pulangkan nanti. - Lepaskan. 155 00:08:52,407 --> 00:08:53,408 Beri ayah telefon awak. 156 00:08:53,492 --> 00:08:55,744 Sayang, ayah beli telefon ini jadi beri kepada ayah. 157 00:08:55,827 --> 00:08:57,955 Lepaskan tangan ayah daripada saya! 158 00:09:01,708 --> 00:09:04,962 Dengar cakap ayah. Semua ini tak penting. Ia tak penting. 159 00:09:05,045 --> 00:09:07,965 Awak fikir ia penting sebab awak sentiasa memandangnya. 160 00:09:08,048 --> 00:09:10,551 Jangan pandangnya sehari, awak akan rasa lebih lega. 161 00:09:10,634 --> 00:09:11,635 Percayalah. 162 00:09:13,762 --> 00:09:14,972 Ayah sangat tua. 163 00:09:24,606 --> 00:09:28,902 Saya hanya mempunyai satu visi dan cuba mencapai visi itu. 164 00:09:30,153 --> 00:09:32,614 Saya cuba berikan kasih sayang semasa mencapainya. 165 00:09:38,287 --> 00:09:41,623 Saya sangat sayang kamu semua. 166 00:09:44,293 --> 00:09:45,294 Okey. 167 00:09:47,921 --> 00:09:48,922 Selamat tinggal. 168 00:09:49,506 --> 00:09:51,341 Okey. Jadi ayah faham maksud saya? 169 00:09:51,425 --> 00:09:53,802 Ada bahagian yang dia berpura-pura. 170 00:09:53,886 --> 00:09:56,221 - Ayah tak faham maksudnya. - Tak, semasa hampir ke pertengahan. 171 00:09:56,305 --> 00:09:58,307 Awak tak perasan? Dia menyenguk terlalu kuat? 172 00:09:58,390 --> 00:09:59,600 - Ayah, dengar sini. - Apa? 173 00:09:59,683 --> 00:10:00,851 Selepas video ini disiarkan, 174 00:10:00,934 --> 00:10:03,228 - dia kehilangan 75,000 pelanggan. - Ya. 175 00:10:03,312 --> 00:10:05,772 Dia bukannya boleh berada dalam kilang di China 176 00:10:05,856 --> 00:10:08,942 untuk pastikan semuanya selamat dan tiada merkuri dalam gincu itu. 177 00:10:09,026 --> 00:10:10,819 Jadi secara teknikal, ia bukan salahnya. 178 00:10:10,903 --> 00:10:13,155 Tapi semua orang bertindak seolah-olah dia bermasalah, 179 00:10:13,238 --> 00:10:15,199 dan mereka tak tahu betapa kuatnya dia berusaha. 180 00:10:15,282 --> 00:10:17,242 - Awak tahu betapa kuat dia berusaha? - Ya. 181 00:10:17,326 --> 00:10:21,747 Dia bangun 6:30 pagi, guna dua jam untuk rambut dan solekan. 182 00:10:21,830 --> 00:10:24,124 Kemudian dia rakam dan edit semuanya sendiri. 183 00:10:24,208 --> 00:10:27,377 Jadi tak adil hanya sebab satu masalah kecil, 184 00:10:27,461 --> 00:10:28,962 seluruh komuniti menentang dia. 185 00:10:29,046 --> 00:10:32,216 Ia bukan satu hal kecil. Dia jual alat solek beracun, bukan? 186 00:10:32,299 --> 00:10:36,553 Itu sangat bahaya. Ayah rasa dia patut dikritik. 187 00:10:36,637 --> 00:10:38,388 - Ya Tuhan. Ayah serius? - Ya. 188 00:10:38,472 --> 00:10:40,974 Ayah tahu berapa ramai orang dia bantu semasa mereka bermasalah, 189 00:10:41,058 --> 00:10:42,935 tapi apabila dia bermasalah, tiada siapa mahu menyokong dia? 190 00:10:43,018 --> 00:10:44,937 - Awak tak perlu beri reaksi begitu. - Bagaimana? 191 00:10:45,020 --> 00:10:47,147 Sangat beremosi, sayang. Itu hanya pendapat ayah. 192 00:10:48,232 --> 00:10:50,150 - Ayah selalu buat begini. - Buat apa? 193 00:10:50,651 --> 00:10:53,111 - Buat saya rasa dungu sebab minat saya. - Tolonglah. 194 00:10:53,195 --> 00:10:55,656 - Ayah bukan mahu buat begitu. - Lupakannya. 195 00:10:58,951 --> 00:10:59,952 Baiklah. 196 00:11:01,745 --> 00:11:03,372 Bagaimana jika kita tidur? 197 00:11:04,623 --> 00:11:06,500 - Pergi tidur. Ya. - Baik. 198 00:11:09,336 --> 00:11:10,337 Ayuh. 199 00:11:12,089 --> 00:11:14,466 Saya mahu menonton TV. Saya tak penat. 200 00:11:14,550 --> 00:11:17,052 Tolonglah. Ini sudah lepas masa tidur awak. Ayuh. 201 00:11:17,135 --> 00:11:20,264 - Masa tidur saya? - Sekarang sudah lewat. Ayuh. 202 00:11:20,347 --> 00:11:22,266 - Hari ini hari Sabtu. - Ayah sudah beri kelonggaran. 203 00:11:22,349 --> 00:11:24,351 Ibu awak takkan benarkan awak berjaga selewat ini. 204 00:11:24,434 --> 00:11:27,312 - Jangan babitkan mak. - Bukan. Boleh awak bangun? 205 00:11:28,146 --> 00:11:29,940 - Tidak. - Ayah tak mahu bergaduh dengan awak. 206 00:11:30,023 --> 00:11:32,192 Tolong bangun. Ayah penat. 207 00:11:32,276 --> 00:11:35,737 Ayah takkan biarkan awak baring di sofa. Itu tak betul. Tolonglah. Terima kasih. 208 00:11:35,821 --> 00:11:37,823 Aduhai! Kenapa susah betul? 209 00:11:41,869 --> 00:11:43,912 Ya… Hei. 210 00:11:45,205 --> 00:11:46,874 Tak mengapa. Siapa peduli? 211 00:11:46,957 --> 00:11:50,335 Lihat. Kita akan terbalikkan ia. 212 00:11:54,298 --> 00:11:56,800 Nampak? Yalah… 213 00:11:56,884 --> 00:11:59,052 - …ada kesan piza di sana… - Saya tak peduli. 214 00:12:00,262 --> 00:12:03,098 Ayah tahu awak tak suka berbual tentang hal badan dengan ayah. 215 00:12:03,182 --> 00:12:04,933 - Ayah. - Tapi kebocoran haid itu normal. 216 00:12:05,017 --> 00:12:06,018 Berhenti bercakap. 217 00:12:06,101 --> 00:12:08,061 Teman wanita ayah di sekolah tinggi selalu jadi begitu. 218 00:12:08,145 --> 00:12:09,980 Diam! Jangan bercakap, okey? 219 00:12:10,063 --> 00:12:12,900 Saya tak mahu ke sini hujung minggu ini. Mak yang suruh. 220 00:12:16,403 --> 00:12:17,404 Baiklah, 221 00:12:18,071 --> 00:12:20,240 apa perkara lain awak akan lakukan di rumah mak? 222 00:12:20,324 --> 00:12:23,327 Saya akan duduk atas katil sendiri dan gunakan pad pemanas mak. 223 00:12:24,494 --> 00:12:28,457 Kita tak ada pad pemanas, tapi kita boleh buat sendiri. 224 00:12:28,540 --> 00:12:30,125 - Ya Tuhan. - Tidak. Ayah boleh buat. 225 00:12:30,792 --> 00:12:31,960 Tunggu di sana. 226 00:12:32,920 --> 00:12:33,921 Sebentar. 227 00:12:47,768 --> 00:12:49,144 STADIUM DODGER LOS ANGELES 228 00:12:51,146 --> 00:12:54,066 Hei. Ayah panaskan tuala. Ia sama seperti pad pemanas. 229 00:12:54,149 --> 00:12:55,526 Saya tak mahu. 230 00:12:56,026 --> 00:12:57,861 Ayah janji fungsinya sama saja. 231 00:12:57,945 --> 00:13:00,489 - Ia takkan sama. - Awak belum cuba. 232 00:13:00,572 --> 00:13:02,407 Boleh ayah pergi? 233 00:13:05,035 --> 00:13:07,037 Ada perkara lain ayah boleh tolong? 234 00:13:11,583 --> 00:13:12,584 Okey. 235 00:13:14,586 --> 00:13:15,587 UNTUK GABI 236 00:13:43,282 --> 00:13:46,159 - Awak okey? - Ya, cuma kekejangan. 237 00:13:47,703 --> 00:13:51,164 - Mereka tiada pad pemanas? - Sudah tentu tidak. 238 00:13:59,590 --> 00:14:03,302 Begini. Saya ada cara yang berkesan untuk saya. 239 00:14:03,385 --> 00:14:04,845 Saya boleh tunjuk kalau awak mahu. 240 00:14:05,345 --> 00:14:06,346 Betul? 241 00:14:12,060 --> 00:14:13,437 Itu bilik awak? 242 00:14:13,520 --> 00:14:16,481 Itu bilik ayah saya, tapi saya gunanya semasa di sini. 243 00:14:16,565 --> 00:14:18,066 Dia tidur di atas sofa. 244 00:14:19,234 --> 00:14:21,403 Cuma jangan tengok hiasan mengarut di dindingnya. 245 00:14:25,908 --> 00:14:29,036 Awak akan lihat nanti. Ini akan melegakan tekanan itu. 246 00:14:31,622 --> 00:14:33,540 Aduhai! Saya sudah rasanya. 247 00:14:34,124 --> 00:14:35,125 Bagus. 248 00:14:43,175 --> 00:14:44,176 Hai. 249 00:14:44,259 --> 00:14:46,303 Helo. 250 00:14:46,386 --> 00:14:48,263 Saya tak mahu mengganggu. Teruskan saja. 251 00:14:49,181 --> 00:14:52,434 - Ayah, ini Caroline. - Hai, Caroline. Saya Victor. 252 00:14:52,935 --> 00:14:55,020 Hai. Saya berkawan dengan… 253 00:14:56,605 --> 00:14:57,814 Ya Tuhan. 254 00:14:58,482 --> 00:14:59,775 Josh? 255 00:14:59,858 --> 00:15:01,193 Ya. 256 00:15:01,276 --> 00:15:03,862 Saya juga selalu terlupa namanya. Tak mengapa. 257 00:15:03,946 --> 00:15:05,822 Dia masuk ke bilik air semasa saya di dalamnya. 258 00:15:05,906 --> 00:15:08,617 Dia mahu tunjukkan teknik dia belajar dalam kelas tarian, 259 00:15:08,700 --> 00:15:11,119 ia sangat membantu melegakan kekejangan. 260 00:15:11,203 --> 00:15:14,248 Ayah mahu saya guna tuala panas sebab dia tiada pad pemanas. 261 00:15:16,375 --> 00:15:18,293 Saya pernah gunanya, ia menjadi. 262 00:15:25,342 --> 00:15:26,885 Sebenarnya, teknik itu nampak selesa. 263 00:15:26,969 --> 00:15:29,888 - Boleh saya sertai sekali? - Ya. Marilah. 264 00:15:29,972 --> 00:15:32,057 Ia bagus untuk bahagian pinggang. 265 00:15:32,140 --> 00:15:33,684 Okey, mari cuba. 266 00:15:34,351 --> 00:15:35,602 - Okey. - Mengesot ke dalam. 267 00:15:36,979 --> 00:15:39,231 Ya Tuhan. Ya, melegakan. 268 00:15:40,065 --> 00:15:42,401 Sudah berapa lama awak kenal Josh? 269 00:15:44,069 --> 00:15:46,655 Kami mula berbual minggu lepas. 270 00:15:47,155 --> 00:15:49,283 - Berbual? - Bermesej. 271 00:15:49,366 --> 00:15:50,993 Awak akan terus bermesej? 272 00:15:52,786 --> 00:15:54,872 Mungkin tidak. 273 00:16:02,421 --> 00:16:03,755 Jadi asmara kamu teruk? 274 00:16:17,227 --> 00:16:18,228 Hei. 275 00:16:19,980 --> 00:16:22,357 Boleh cepat sedikit? Ayah tak mahu terlambat. 276 00:16:23,358 --> 00:16:24,651 Gabi? 277 00:16:24,735 --> 00:16:27,196 - Hampir siap. - Okey, terima kasih. 278 00:16:27,696 --> 00:16:28,822 Sepuluh minit lagi. 279 00:16:49,092 --> 00:16:51,220 Dari mana awak dapat kasut baru itu? 280 00:16:52,304 --> 00:16:53,305 Apa? 281 00:16:53,388 --> 00:16:55,849 Sudahlah. Kasut Air Jordans itu. Awak dapatnya dari mana? 282 00:16:56,433 --> 00:16:57,726 Awak selongkar barang saya? 283 00:16:58,352 --> 00:17:00,729 Awak membawa kasut baru sepanjang minggu, 284 00:17:00,812 --> 00:17:02,231 tapi tak pakai sekali pun. 285 00:17:02,314 --> 00:17:04,148 Apa masalahnya? 286 00:17:04,233 --> 00:17:05,733 Tiada apa-apa. Itu kasut saya. 287 00:17:06,609 --> 00:17:09,320 Ayah tahu ibu awak tak belikan awak kasut 120 dolar. 288 00:17:09,404 --> 00:17:11,448 Dia takkan belikan. Jadi dari mana awak dapatnya? 289 00:17:11,531 --> 00:17:12,699 Saya pinjam, okey? 290 00:17:12,782 --> 00:17:15,661 Kenapa awak begitu mempertahankan diri jika awak pinjam? 291 00:17:15,743 --> 00:17:16,828 - Sebab… - Kenapa? 292 00:17:16,912 --> 00:17:18,121 Ayah tak percayakan saya. 293 00:17:18,664 --> 00:17:22,125 Tidak. Itu tak betul. Ayah percayakan awak. 294 00:17:22,709 --> 00:17:25,212 Tapi ayah percaya awak takkan menipu, bukan? 295 00:17:28,882 --> 00:17:33,679 Saya pinjam dari Adriana. Saya akan pulangkan. 296 00:17:33,762 --> 00:17:36,515 Saya akan pulangkan selepas mengambil gambar. 297 00:17:36,598 --> 00:17:39,393 Saya hanya mahu ambil gambar yang comel untuk Vincent. 298 00:17:41,603 --> 00:17:42,688 Baiklah. 299 00:17:44,857 --> 00:17:47,484 Tak guna. Kita sangat tak rapat sehingga awak tak boleh 300 00:17:47,568 --> 00:17:49,194 beritahu awak perlukan kasut baru? 301 00:17:49,278 --> 00:17:51,530 - Kenapa buat ia jadi tentang ayah? - Bukan. Ia tentang awak. 302 00:17:51,613 --> 00:17:52,656 Awak mencuri dari kawan awak. 303 00:17:52,739 --> 00:17:54,449 Saya akan pulangkan selepas ambil gambar. 304 00:17:54,533 --> 00:17:57,119 Ya, tapi itu yang paling teruk, bukan? 305 00:17:57,202 --> 00:17:59,913 Awak mahu kasut untuk menarik perhatian lelaki? 306 00:17:59,997 --> 00:18:01,206 Itu mengarut. 307 00:18:01,290 --> 00:18:03,250 - Ayah tak tahu apa-apa. - Ya, ayah tahu semuanya. 308 00:18:03,333 --> 00:18:05,752 - Ayah juga tahu yang awak… - Ya, saya tahu. 309 00:18:05,836 --> 00:18:06,879 Saya pernah dengarnya. 310 00:18:06,962 --> 00:18:10,132 Saya sangat hebat dan sangat baik, sebab itu lelaki akan suka saya. 311 00:18:10,215 --> 00:18:11,383 - Ya. - Ya, tidak. 312 00:18:11,466 --> 00:18:13,218 Ayah bukan nak kata begitu. 313 00:18:13,302 --> 00:18:15,596 Awak sangat menjengkelkan sepanjang minggu ini, 314 00:18:15,679 --> 00:18:17,681 dan sekarang ayah dapat tahu awak juga pencuri? 315 00:18:17,764 --> 00:18:20,184 Ya. Sekurang-kurangnya saya takkan jadi seorang pemandu 316 00:18:20,267 --> 00:18:22,519 yang tak mampu ada rumah sendiri. 317 00:18:33,947 --> 00:18:36,074 Ayah bangga dengan kerja ayah. 318 00:18:36,992 --> 00:18:38,202 Awak faham? 319 00:18:38,869 --> 00:18:40,579 Ayah juga bagus dengan kerja ayah. 320 00:18:42,122 --> 00:18:43,832 Ayah hanya tinggal dengan Josh 321 00:18:43,916 --> 00:18:46,418 supaya dapat beri semua yang awak perlukan. 322 00:18:49,713 --> 00:18:51,632 Awak nampak kehidupan ayah dan fikir ia menyedihkan. 323 00:18:51,715 --> 00:18:53,967 Tidak, sayang, bukan begitu. 324 00:18:56,136 --> 00:18:58,639 Jika awak fikir kehidupan yang baik 325 00:18:58,722 --> 00:19:00,140 hanya datang dengan Air Jordans… 326 00:19:02,726 --> 00:19:04,937 kehidupan akan mengecewakan awak. 327 00:19:07,022 --> 00:19:10,108 Gembiralah, saudara 328 00:19:10,192 --> 00:19:15,906 Jika kita saling menyayangi Ia sebab dia telah bangkit 329 00:19:16,448 --> 00:19:19,535 Dia telah bangkit 330 00:19:19,618 --> 00:19:22,621 Dia telah bangkit 331 00:19:22,704 --> 00:19:25,874 Dia telah bangkit 332 00:19:25,958 --> 00:19:29,044 Hallelujah 333 00:19:29,127 --> 00:19:32,339 Hallelujah 334 00:19:32,422 --> 00:19:35,425 Hallelujah 335 00:19:35,509 --> 00:19:38,637 Hallelujah 336 00:19:38,720 --> 00:19:41,890 Dia telah bangkit 337 00:19:41,974 --> 00:19:45,185 Dia telah bangkit 338 00:19:45,269 --> 00:19:47,646 Dia telah bangkit 339 00:19:47,729 --> 00:19:49,189 - Sudah ambil semua barang? - Ya. 340 00:19:49,273 --> 00:19:50,858 - Awak pasti? - Ya. 341 00:19:50,941 --> 00:19:51,942 Okey. 342 00:19:59,408 --> 00:20:01,618 - Hei. - Helo. 343 00:20:01,702 --> 00:20:03,120 Bagaimana hujung minggu awak? 344 00:20:04,496 --> 00:20:07,541 Tiada "Helo"? Tiada sapaan. 345 00:20:09,751 --> 00:20:11,545 Saya curi Air Jordans Adriana. 346 00:20:12,129 --> 00:20:13,881 - Hujung minggu ini? - Tidak, minggu lepas. 347 00:20:14,923 --> 00:20:16,800 Okey, jadi itu sebabnya. 348 00:20:16,884 --> 00:20:19,052 Tapi semasa di gereja, saya buat rancangan. 349 00:20:19,136 --> 00:20:22,139 Saya boleh tolong mak dan ayah, jagakan anak Jessica 350 00:20:22,222 --> 00:20:24,600 sehingga saya ada duit yang cukup untuk beli semula kasutnya. 351 00:20:24,683 --> 00:20:27,394 Ya, itu permulaan yang bagus, tapi awak juga dihukum selama sebulan. 352 00:20:27,477 --> 00:20:29,229 Dihukum? Sudah tiada sesiapa dihukum sekarang. 353 00:20:29,313 --> 00:20:31,231 Awak selalu cakap tentang budak yang dihukum. 354 00:20:31,315 --> 00:20:32,816 - Tak guna. - Hei! 355 00:20:32,900 --> 00:20:35,360 Awak terus cakap begitu, ia akan jadi dua bulan. Faham? 356 00:20:35,444 --> 00:20:37,446 Okey, jadi sekarang mak dan ayah bekerjasama. 357 00:20:37,529 --> 00:20:39,531 Mungkin patut buat begitu semasa masih berkahwin. 358 00:20:39,615 --> 00:20:41,033 - Dua bulan! - Gabi. 359 00:20:41,116 --> 00:20:43,911 - Awak belajar cakap begini dari mana? - Mungkin dari mak dan ayah. 360 00:20:43,994 --> 00:20:46,788 Mak dan ayah berpura-pura bagus. Mak bercinta dengan suami orang. 361 00:20:46,872 --> 00:20:49,208 Ayah pula ada wanita aneh tinggal di rumah ayah. 362 00:20:49,291 --> 00:20:52,211 Biar betul. Mak dan ayah tak tahu apa-apa yang kamu lakukan. 363 00:20:54,296 --> 00:20:55,923 - Dia bukan wanita saya. - Richard… 364 00:20:56,006 --> 00:20:58,217 - Mereka hampir bercerai, jadi… - Dia kekasih Josh. 365 00:20:58,300 --> 00:21:00,260 - Bukannya boleh miliki wanita… - Entah kenapa saya… 366 00:21:00,344 --> 00:21:02,513 Awak tak boleh jelaskan kepada saya. 367 00:21:04,056 --> 00:21:05,849 Kenapa dia buat kita jadi begini? 368 00:21:05,933 --> 00:21:07,392 - Dia anak awak. - Dia anak awak. 369 00:21:07,476 --> 00:21:09,895 - Awak pasti? - Ya. Dia anak awak. 370 00:21:13,357 --> 00:21:15,067 Kita sudah rosakkan semuanya? 371 00:21:15,943 --> 00:21:18,237 - Bukan semuanya. - Awak pasti? 372 00:21:18,320 --> 00:21:19,321 Mungkin sesetengahnya. 373 00:21:20,239 --> 00:21:23,492 - Tapi lebih baik berbanding ramai orang. - Lebih baik daripada ibu bapa kita. 374 00:21:23,575 --> 00:21:25,077 - Lebih baik daripada ibu bapa awak. - Hei. 375 00:21:25,160 --> 00:21:27,037 Apa? Awak kata sesuatu? 376 00:21:27,120 --> 00:21:29,248 - Saya dengar sesuatu. - Tidak. Ia cuma loghat saya. 377 00:21:32,876 --> 00:21:35,212 - Dengar, saya perlu… Ya. - Saya tak mahu mengganggu. Silakan. 378 00:21:35,295 --> 00:21:37,381 Semoga berjaya dengan dia. Jumpa beberapa minggu lagi. 379 00:21:37,464 --> 00:21:38,674 Baiklah. 380 00:22:57,878 --> 00:22:59,880 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman