1 00:01:20,998 --> 00:01:21,999 Josh. 2 00:01:23,625 --> 00:01:24,626 Ya? 3 00:01:26,003 --> 00:01:27,462 Apa awak buat di sini? 4 00:01:28,213 --> 00:01:29,381 Saya mahu jumpa ibu saya. 5 00:01:30,090 --> 00:01:32,718 Saya tahu. Masuklah. 6 00:01:36,638 --> 00:01:37,890 Kita tak pernah berjumpa. 7 00:01:39,183 --> 00:01:41,810 Tidak. Saya kenal awak dari gambar 8 00:01:41,894 --> 00:01:43,270 dan ibu awak bercerita tentang awak. 9 00:01:43,353 --> 00:01:44,980 - Awak mahu kopi? - Tidak, terima kasih. 10 00:01:45,063 --> 00:01:46,190 Silakan duduk. 11 00:01:46,690 --> 00:01:48,734 Tapi jangan duduk atas kerusi yang patah itu. 12 00:01:48,817 --> 00:01:51,069 Saya tahu kerusi itu patah, terima kasih. 13 00:01:53,405 --> 00:01:56,867 Sebiji untuk jantung dan sebiji untuk kanser prostat. 14 00:01:59,036 --> 00:02:00,329 Saya bersimpati. 15 00:02:01,038 --> 00:02:03,332 Tak mengapa. Ia tidak teruk. 16 00:02:03,916 --> 00:02:05,334 Tak beri kesan semasa saya berasmara. 17 00:02:06,001 --> 00:02:07,002 Baguslah. 18 00:02:07,628 --> 00:02:09,253 Gembira dapat berjumpa awak akhirnya. 19 00:02:10,047 --> 00:02:11,381 Apa Ruth beritahu awak tentang saya? 20 00:02:12,090 --> 00:02:13,467 Tiada apa-apa. 21 00:02:16,386 --> 00:02:18,514 Kelakar. Dia memang begitu. 22 00:02:18,597 --> 00:02:20,474 Dia tak begitu. 23 00:02:20,557 --> 00:02:22,434 Sudah tentulah. Awak tahu perangainya. 24 00:02:22,518 --> 00:02:23,560 Saya sangka saya tahu. 25 00:02:24,978 --> 00:02:26,605 Kenapa awak datang begitu awal? 26 00:02:26,688 --> 00:02:28,982 Saya mahu elak jalan sesak. 27 00:02:29,566 --> 00:02:31,985 Baiklah. Mak akan bersiap. 28 00:02:34,446 --> 00:02:36,031 Tengoklah dia. 29 00:02:45,123 --> 00:02:47,334 Kenapa memandu sangat perlahan? 30 00:02:50,170 --> 00:02:53,966 Saya sudah beritahu saya kena beberapa serangan panik. 31 00:02:54,049 --> 00:02:55,217 Mak sangka awak semakin baik. 32 00:02:55,300 --> 00:02:57,469 Ya. Saya dah semakin baik. Tapi saya… 33 00:02:57,553 --> 00:02:59,596 Sesetengah perkara buat saya jadi lebih bimbang. 34 00:02:59,680 --> 00:03:00,931 Contohnya memandu di lebuh raya, 35 00:03:01,014 --> 00:03:02,724 ia sebenarnya memang berbahaya. 36 00:03:02,808 --> 00:03:04,685 Semua orang patut berasa bimbang semasa memandu di lebuh raya. 37 00:03:04,768 --> 00:03:06,603 - Cuma kita sudah terbiasa. - Ya. 38 00:03:07,980 --> 00:03:10,983 Rasanya tak mengapa kalau awak memandu perlahan 39 00:03:11,066 --> 00:03:13,694 sebab awak sampai ke rumah mak begitu awal. 40 00:03:16,238 --> 00:03:20,075 Bagaimana mak dan Larry berkenalan? 41 00:03:20,158 --> 00:03:23,370 Ia bukan serius, kalau itu yang awak maksudkan. 42 00:03:23,453 --> 00:03:25,455 Tapi berapa lama kamu dah berpasangan? 43 00:03:27,249 --> 00:03:28,250 Lebih kurang setahun. 44 00:03:28,333 --> 00:03:29,334 Apa? 45 00:03:29,877 --> 00:03:31,545 Jangan besarkan hal ini. 46 00:03:32,296 --> 00:03:35,549 Tak percaya betul. Kita selalunya tak berahsia. 47 00:03:35,632 --> 00:03:37,301 Awak tak beritahu mak semuanya. 48 00:03:37,384 --> 00:03:38,594 Banyak yang saya beritahu. 49 00:03:39,636 --> 00:03:41,138 Setahun. 50 00:03:41,221 --> 00:03:44,516 Mak mula berjanji temu dengan dia Oktober tahun lepas? 51 00:03:44,600 --> 00:03:46,727 - Ya. Awak baru berpisah dengan Megan… - Ya. 52 00:03:46,810 --> 00:03:48,395 …jadi awak sensitif. 53 00:03:48,478 --> 00:03:51,148 Mak mahu beritahu selepas awak lebih kuat. 54 00:03:51,231 --> 00:03:53,358 Sekarang sudah setahun. Saya sudah lebih kuat? 55 00:03:53,942 --> 00:03:57,362 Awak tahu awak tak boleh terima orang lain gembira. 56 00:03:57,446 --> 00:03:58,864 Saya tidak tahu. 57 00:03:59,615 --> 00:04:03,827 Kita semua begitu, tapi awak lebih teruk berbanding orang lain. 58 00:04:08,332 --> 00:04:10,876 Bagaimana perasaan awak semasa kakak awak kahwini Aaron? 59 00:04:10,959 --> 00:04:13,670 - Saya sangat gembira untuknya. - Tak, awak fikir ada pilihan lebih baik. 60 00:04:13,754 --> 00:04:14,922 Itu… 61 00:04:15,005 --> 00:04:17,382 Tapi mak tak tahu sebab awak sangat bencikan Aaron. 62 00:04:17,466 --> 00:04:18,884 Saya tak bencikan Aaron. Dia okey. 63 00:04:18,966 --> 00:04:20,844 Apa masalahnya dengan okey? 64 00:04:20,928 --> 00:04:21,928 Tiada apa-apa. 65 00:04:22,971 --> 00:04:25,807 Mak fikir sebab dia sangat warak. Awak anti-Yahudi. 66 00:04:26,934 --> 00:04:28,018 Saya separuh Yahudi. 67 00:04:28,101 --> 00:04:29,353 Awak separuh anti-Yahudi. 68 00:04:29,436 --> 00:04:31,396 Itu satu tuduhan yang serius. 69 00:04:31,480 --> 00:04:34,024 - Jangan terlalu sensitif. - Saya bukan terlalu sensitif. 70 00:04:34,107 --> 00:04:38,946 Saya boleh mengkritik agama tanpa dipanggil sebagai anti-Yahudi. 71 00:04:40,322 --> 00:04:43,492 Ya, saya bangga menjadi Yahudi. 72 00:04:44,117 --> 00:04:45,285 - Betulkah? - Ya. 73 00:04:45,369 --> 00:04:46,370 Bagaimana? 74 00:04:46,870 --> 00:04:49,164 - "Bagaimana"? Saya… - Ya. Mak mahu mendengarnya. 75 00:04:49,248 --> 00:04:51,124 Bagaimana awak berbangga menjadi Yahudi? 76 00:04:51,208 --> 00:04:52,626 Saya bangga dengan… 77 00:04:54,169 --> 00:04:58,924 Bob Dylan, adik-beradik Coen, Ruth Bader Ginsburg, 78 00:04:59,007 --> 00:05:00,843 - daging dada dan tzimmes. - Berhenti. 79 00:05:00,926 --> 00:05:02,928 - Awak mengarut. - Baiklah, tapi itu tak penting. 80 00:05:03,011 --> 00:05:05,055 Masalah saya dengan Beth bukan sebab dia warak, 81 00:05:05,138 --> 00:05:06,765 tapi sebab dia suka mengawal. 82 00:05:06,849 --> 00:05:08,141 Saya sudah cakap banyak kali. 83 00:05:08,225 --> 00:05:09,935 Dia kahwini lelaki warak 84 00:05:10,018 --> 00:05:12,437 sebab dia fikir ia boleh buat dia terus mengawal. 85 00:05:12,521 --> 00:05:14,940 Tapi kita tak boleh kawal semua perkara 86 00:05:15,023 --> 00:05:18,861 dan sebab itu dia selalu tak gembira. 87 00:05:20,445 --> 00:05:22,865 Awak pasti dia yang tak gembira? 88 00:05:25,909 --> 00:05:28,245 Boleh kita berhenti? Mak mahu buang air kecil. 89 00:05:28,328 --> 00:05:30,831 - Tak boleh tunggu sehingga sampai sana? - Kita baru separuh perjalanan. 90 00:05:30,914 --> 00:05:32,541 Sebab Aaron mahu berpindah 91 00:05:32,624 --> 00:05:34,459 - jauh ke Valencia. - Ya Tuhan. 92 00:05:34,543 --> 00:05:37,129 Kita pasti sudah sampai kalau awak memandu lebih laju. 93 00:06:16,126 --> 00:06:18,045 Mak berasa sangat lega. 94 00:06:18,128 --> 00:06:19,129 Baguslah. 95 00:06:20,923 --> 00:06:23,383 Elizabeth ada suruh awak beli hadiah yang mana untuk Sara? 96 00:06:23,467 --> 00:06:24,468 Ya. 97 00:06:25,135 --> 00:06:28,347 Mak juga. Dia siap beritahu tempat untuk membeli. 98 00:06:28,430 --> 00:06:30,807 Sebahagian keseronokan beri hadiah ialah memilihnya. 99 00:06:30,891 --> 00:06:33,227 Ya, itulah maksud saya. Dia suka mengawal. 100 00:06:33,310 --> 00:06:35,854 Awak tak salah tentang hal itu. 101 00:06:41,902 --> 00:06:43,529 Saya gembira mak bersama seseorang. 102 00:06:44,446 --> 00:06:45,614 Terima kasih. 103 00:06:45,697 --> 00:06:47,115 Sudah lama mak tak berpasangan. 104 00:06:47,950 --> 00:06:49,785 Ia tak begitu lama. 105 00:06:49,868 --> 00:06:51,870 Ia sudah lama. Tapi peduli apa? 106 00:06:53,247 --> 00:06:54,665 Rasanya awak betul. 107 00:06:56,959 --> 00:06:58,585 Nasib mak malang dengan lelaki. 108 00:06:59,878 --> 00:07:00,879 Saya tak kata begitu. 109 00:07:01,588 --> 00:07:04,091 Tidak, nasib mak sangat malang. 110 00:07:06,468 --> 00:07:09,680 Nasib mak malang. Apa maksud awak? 111 00:07:09,763 --> 00:07:13,141 Entahlah. Ia sebab tuah atau ia pilihan mak? 112 00:07:16,395 --> 00:07:18,939 Ayah awak sangat berbeza semasa mak mula kenal dia. 113 00:07:19,022 --> 00:07:20,983 Dia tidak bermasalah seperti selepas itu. 114 00:07:21,066 --> 00:07:23,861 Mungkin dia bermasalah, tapi mak pilih untuk tidak melihatnya. 115 00:07:23,944 --> 00:07:26,405 Awak ingat perangai ayah awak lebih teruk daripada yang sebenarnya. 116 00:07:26,488 --> 00:07:27,739 Okey. 117 00:07:28,699 --> 00:07:30,033 Dia tak pernah pukul awak. 118 00:07:30,117 --> 00:07:32,744 Bergantung kepada pukulan yang mak maksudkan. 119 00:07:32,828 --> 00:07:34,454 Awak tak pernah berada dalam bahaya. 120 00:07:34,538 --> 00:07:37,082 - Keadaan kita sangat bahaya. - Bila? 121 00:07:37,165 --> 00:07:38,750 Semasa dia memandu kereta? 122 00:07:38,834 --> 00:07:40,460 Mak fikir kenapa saya pemandu yang gemuruh? 123 00:07:40,544 --> 00:07:42,546 Awak hanya bercakap tentang sekali apabila… 124 00:07:42,629 --> 00:07:44,173 Tidak. Banyak kali. 125 00:07:44,256 --> 00:07:46,258 Bagaimana dengan waktu dia hampir membakar rumah? 126 00:07:46,341 --> 00:07:48,886 - Dia tak hampir membakar rumah. - Lori bomba datang. 127 00:07:48,969 --> 00:07:51,013 Mereka gunakan hos. 128 00:07:52,556 --> 00:07:53,557 Maksud saya, 129 00:07:54,391 --> 00:07:56,310 mak boleh pilih ayah, saya tidak. 130 00:07:56,393 --> 00:07:59,229 Jadi mungkin saya yang malang. 131 00:08:03,066 --> 00:08:05,444 Kata-kata awak sangat memedihkan hati mak. 132 00:08:09,364 --> 00:08:10,824 Awak fikir bagaimana rasanya 133 00:08:10,908 --> 00:08:13,827 apabila ibu tahu anaknya salahkan dia sebab kehidupan anaknya yang menyedihkan? 134 00:08:13,911 --> 00:08:17,247 Saya bukan menyedihkan. Saya tak kata begitu. 135 00:08:17,331 --> 00:08:19,541 Awak mungkin tak berniat, tapi awak katakannya. 136 00:08:41,063 --> 00:08:43,023 - Mak mahu saya… - Tak mengapa. 137 00:08:46,443 --> 00:08:47,528 Helo? 138 00:08:50,739 --> 00:08:52,324 Helo? 139 00:08:52,407 --> 00:08:54,243 - Mak? - Helo. 140 00:08:54,326 --> 00:08:56,495 - Hei! - Hai. 141 00:08:56,578 --> 00:08:57,746 Ambillah. 142 00:08:58,830 --> 00:09:00,666 - Ambillah. - Terima kasih. 143 00:09:00,749 --> 00:09:01,750 Terima kasih. 144 00:09:01,834 --> 00:09:04,670 Kamu belikan hadiah yang saya minta. 145 00:09:04,753 --> 00:09:05,754 Ya, awak yang suruh. 146 00:09:05,838 --> 00:09:08,924 Ya. Kadangkala orang tak suka disuruh beli hadiah yang khusus. 147 00:09:09,007 --> 00:09:10,008 - Betulkah? - Tidak. 148 00:09:10,092 --> 00:09:11,927 Kamu suka beli hadiah yang kamu minta… 149 00:09:12,010 --> 00:09:13,053 - Punch buggy! - Okey. 150 00:09:13,136 --> 00:09:14,888 - David! - Apa "punch buggy"? 151 00:09:15,556 --> 00:09:17,140 Ia permainan yang dia main. 152 00:09:17,224 --> 00:09:18,433 - Ia permainan? - Ya. 153 00:09:18,517 --> 00:09:22,104 Saya tak tahu peraturannya, tapi dia fikir ia kelakar. 154 00:09:22,187 --> 00:09:23,689 - Ia sesuatu. - Okey. 155 00:09:23,772 --> 00:09:24,898 - Memang ada sesuatu. - Okey. 156 00:09:24,982 --> 00:09:26,233 - Hei, semua. - Hei. 157 00:09:26,316 --> 00:09:27,818 - Helo. - Hei. Hai. 158 00:09:28,610 --> 00:09:30,404 - Mak suka gaya rambut awak. - Hei. 159 00:09:30,487 --> 00:09:31,488 Pn. Nover? 160 00:09:31,572 --> 00:09:33,949 - Ini gaya biasa rambut saya. - Seseorang menangis di luar. 161 00:09:34,032 --> 00:09:36,201 - Mungkin dia kalah main "punch buggy." - Alamak. Tak guna. 162 00:09:37,160 --> 00:09:38,495 Maaf, Abby. 163 00:09:38,579 --> 00:09:41,039 Mak, kalau mak boleh tolong susun crudités, 164 00:09:41,123 --> 00:09:43,083 itu pasti sangat membantu. 165 00:09:44,209 --> 00:09:45,627 Boleh tunjuk kepada mak cik? 166 00:09:46,712 --> 00:09:49,047 - Apa khabar? - Sihat. Apa awak buat sekarang? 167 00:09:49,131 --> 00:09:50,299 Tiada apa-apa sangat. 168 00:09:50,382 --> 00:09:54,386 Cuma baru beli kereta baharu. Awak mungkin nampak semasa masuk. 169 00:09:56,054 --> 00:09:58,182 Subaru hijau di jalan masuk rumah. 170 00:09:58,265 --> 00:10:02,186 Menarik. Maaf, saya jarang perasan kereta. 171 00:10:02,269 --> 00:10:04,021 Saya nampaknya semasa memandu, tapi… 172 00:10:04,605 --> 00:10:07,191 Ya. Awak mahu tengok? 173 00:10:07,774 --> 00:10:10,068 - Ya, boleh. - Betul? Ia bukan paksaan. 174 00:10:10,152 --> 00:10:12,029 - Tak, saya boleh tengoknya. - Tak mengapa. 175 00:10:13,197 --> 00:10:14,990 - Jadi saya akan tengok waktu balik nanti. - Hebat. 176 00:10:15,073 --> 00:10:17,326 - Beritahu jika awak mahu saya bukanya. - Ya, hebat. 177 00:10:17,409 --> 00:10:18,827 Hebat. Bagus. 178 00:10:18,911 --> 00:10:20,204 Aaron! 179 00:10:21,288 --> 00:10:22,456 - Saya kena pergi. - Ya. 180 00:10:28,253 --> 00:10:29,421 Saya suka hummus Costco. 181 00:10:29,505 --> 00:10:31,882 - Josh. - Apa? Saya suka. 182 00:10:35,427 --> 00:10:38,972 Mak nampak berapa lama mereka biarkan dia mainnya? Itu tak bagus. 183 00:10:39,056 --> 00:10:41,517 Mak nampak mata dia? Menakutkan. 184 00:10:41,600 --> 00:10:44,811 Waktu sebaya dia, awak pun bermain permainan video sebanyak dia. 185 00:10:44,895 --> 00:10:47,648 Awak akan duduk depan TV selama berjam-jam lamanya. 186 00:10:48,232 --> 00:10:49,525 Awak membesar dengan baik. 187 00:10:49,608 --> 00:10:50,609 Betulkah? 188 00:10:50,692 --> 00:10:52,569 - Sudah habis bercakap? - Apa? Saya cuma risaukan dia. 189 00:10:52,653 --> 00:10:54,279 - Awak bukan risaukan dia. - Kenapa mak kata begitu? 190 00:10:54,363 --> 00:10:56,031 Awak sentiasa tak puas hati dengan David. 191 00:10:56,114 --> 00:10:57,366 Saya bukan tak puas hati dengan David. 192 00:10:57,449 --> 00:10:59,159 - Cuma dia teruk. - Dia tujuh tahun! 193 00:10:59,243 --> 00:11:01,411 Ya, tapi orang boleh jadi teruk walaupun tujuh tahun. 194 00:11:01,495 --> 00:11:03,372 Tak bermaksud dia kekal jadi teruk. 195 00:11:03,455 --> 00:11:06,542 Tapi saya tak berapa pasti tentang David, lebih-lebih kalau mereka biar… 196 00:11:06,625 --> 00:11:08,961 - Mereka biarkan dia bermain… - Tomato ini rosak. 197 00:11:28,063 --> 00:11:29,857 Ada burung hantu di halaman belakang? 198 00:11:29,940 --> 00:11:30,941 - Ya! - Ada. 199 00:11:31,024 --> 00:11:32,901 - Perlu buat sesuatu tentang burung ini. - Ya. 200 00:11:32,985 --> 00:11:35,904 Saya berjaga waktu siang walaupun saya ada waktu siang pada waktu malam. 201 00:11:35,988 --> 00:11:39,366 Pak cik tahu, ya. Sebelum ini kita berbual tentang burung hantu, 202 00:11:39,449 --> 00:11:42,786 waktu siang, ia tidur, tapi waktu malam, ia memburu. 203 00:11:43,412 --> 00:11:45,664 Ya, tapi… 204 00:11:46,790 --> 00:11:49,042 saya mahu memburu. Jadi saya mahu terbang 205 00:11:49,126 --> 00:11:50,794 dan buru tikus untuk makan malam saya. 206 00:11:50,878 --> 00:11:52,296 - Awak mahu terbang sekarang? - Ya. 207 00:11:52,379 --> 00:11:53,755 Okey. Sedia? Ayuh. 208 00:11:54,339 --> 00:11:56,800 Okey. Dia terbang. 209 00:11:56,884 --> 00:12:01,847 Dia terbang di padang rumput, mencari seekor tikus. 210 00:12:01,930 --> 00:12:03,432 - Ada seekor! Di sana! - Arah mana? 211 00:12:03,515 --> 00:12:05,517 - Di dalam. - Di dalam. Okey, mari pergi. 212 00:12:06,393 --> 00:12:07,394 Okey. Arah mana? 213 00:12:07,477 --> 00:12:08,937 - Di atas. - Di atas sini? 214 00:12:09,021 --> 00:12:10,063 - Ya. - Okey. 215 00:12:11,648 --> 00:12:14,234 Ia mendarat. 216 00:12:15,819 --> 00:12:17,279 Awak akan tangkap tikus itu? 217 00:12:17,362 --> 00:12:18,488 Dah dapat. 218 00:12:18,572 --> 00:12:20,949 Sekarang masa makan tikus untuk makan malam. 219 00:12:21,033 --> 00:12:22,534 Okey, masa makan malam. 220 00:12:25,370 --> 00:12:26,371 Bagaimana rasanya? 221 00:12:26,872 --> 00:12:30,042 Sedap, tapi kenapa burung hantu makan tikus? 222 00:12:30,125 --> 00:12:31,585 Rasanya sebab ia lapar. 223 00:12:31,668 --> 00:12:32,920 Kenapa? 224 00:12:33,003 --> 00:12:34,963 Sebab yang sama awak lapar. 225 00:12:35,047 --> 00:12:37,799 Awak kena makan untuk terus hidup. Badan awak perlukan makanan. 226 00:12:37,883 --> 00:12:39,092 Kenapa? 227 00:12:39,176 --> 00:12:44,348 Sebab makanan ada pelbagai nutrien dan protein. 228 00:12:44,431 --> 00:12:45,724 - Kenapa? - Kenapa? 229 00:12:46,600 --> 00:12:47,976 Itu soalan yang bagus. 230 00:12:48,060 --> 00:12:50,687 Sebab Tuhan buat dunia begitu? 231 00:12:54,650 --> 00:12:55,776 Awak dengarnya di mana? 232 00:12:55,859 --> 00:12:56,860 Betulkah? 233 00:12:57,903 --> 00:13:01,240 Ada orang beritahu cerita tentang Tuhan cipta dunia dalam tujuh hari? 234 00:13:01,323 --> 00:13:02,950 Ia bukan cerita. 235 00:13:03,534 --> 00:13:05,118 - Bukan? - Bukan! 236 00:13:05,202 --> 00:13:07,162 - Itu kelakar? - Ya. 237 00:13:07,246 --> 00:13:09,540 Okey, boleh pak cik tanya soalan? Awak pernah nampak Tuhan? 238 00:13:09,623 --> 00:13:10,707 - Ya. - Awak pernah nampak? 239 00:13:10,791 --> 00:13:12,167 Ya. Pak cik pernah nampak? 240 00:13:12,668 --> 00:13:13,794 Tidak. 241 00:13:13,877 --> 00:13:14,878 Kenapa? 242 00:13:17,256 --> 00:13:19,091 Pak cik tak pernah nampak dalam dunia sebenar, 243 00:13:19,174 --> 00:13:21,969 tapi itu tak bermaksud awak tak boleh nampak Tuhan. 244 00:13:22,678 --> 00:13:23,762 Kenapa? 245 00:13:26,139 --> 00:13:27,224 Kenapa? 246 00:13:27,307 --> 00:13:32,354 Sebab… Tuhan seperti tikus yang awak baru makan tadi. 247 00:13:32,437 --> 00:13:34,857 - Ia berpura-pura, tapi boleh rasa benar. - Josh. 248 00:13:36,191 --> 00:13:37,234 Hai. 249 00:13:37,317 --> 00:13:38,569 Hei. 250 00:13:38,652 --> 00:13:40,821 Sayang, kawan-kawan mencari awak di luar. 251 00:13:40,904 --> 00:13:42,531 Ucap selamat tinggal kepada Pak Cik Josh. 252 00:13:42,614 --> 00:13:44,825 Okey. Selamat tinggal, Pak Cik Josh. 253 00:13:44,908 --> 00:13:46,076 Selamat tinggal, sayang. 254 00:13:57,796 --> 00:13:59,673 - Pergilah. - Boleh kita berbual sebentar? 255 00:13:59,756 --> 00:14:01,216 Tidak, bukan sekarang. 256 00:14:05,846 --> 00:14:08,265 Awak pernah baca blog Things Organized Neatly? 257 00:14:09,641 --> 00:14:10,642 Tidak. 258 00:14:13,645 --> 00:14:14,813 Apa yang awak cari? 259 00:14:18,942 --> 00:14:20,152 Napkin hari jadi. 260 00:14:20,903 --> 00:14:22,029 Saya tak perlukan bantuan. 261 00:14:22,112 --> 00:14:23,363 "Beraneka"? 262 00:14:23,947 --> 00:14:25,449 Tak guna. 263 00:14:31,788 --> 00:14:34,374 - Dengar, maaf. - Tidak, awak tak rasa bersalah, Josh. 264 00:14:34,875 --> 00:14:37,503 Kalau awak rasa bersalah, awak takkan buat begitu langsung. 265 00:14:37,586 --> 00:14:39,296 Kami cuma berbual. 266 00:14:40,047 --> 00:14:43,550 Beritahu budak lima tahun yang Tuhan tak wujud bukan satu perbualan. 267 00:14:43,634 --> 00:14:46,178 Awak menyuakan idea awak kepada anak saya. 268 00:14:46,261 --> 00:14:49,306 Dia tanya saya jika saya pernah nampak Tuhan. Saya patut menipu? 269 00:14:49,389 --> 00:14:50,933 Ia bukan satu penipuan. 270 00:14:51,016 --> 00:14:52,434 Ia penipuan kalau saya kata pernah. 271 00:14:53,227 --> 00:14:55,604 Awak boleh beritahu kanak-kanak cerita dan biar mereka percaya 272 00:14:55,687 --> 00:14:57,189 walaupun ia tak benar. 273 00:14:57,272 --> 00:14:59,399 Jadi awak sendiri tak fikir yang Tuhan itu wujud, 274 00:14:59,483 --> 00:15:00,984 tapi awak mahu saya beritahu Sara… 275 00:15:01,068 --> 00:15:02,277 Tentulah saya percaya Tuhan wujud. 276 00:15:02,361 --> 00:15:04,571 Saya cuba menghormati pandangan awak. 277 00:15:04,655 --> 00:15:07,032 Tiada sesiapa di sini. Awak boleh beritahu pendapat sebenar awak. 278 00:15:10,244 --> 00:15:11,870 Itu pendapat sebenar saya. 279 00:15:13,288 --> 00:15:15,958 - Jika awak tak kahwini Aaron, jadi… - Tapi saya kahwini dia. 280 00:15:17,209 --> 00:15:18,919 Kadangkala awak sangat dungu. 281 00:15:19,002 --> 00:15:21,547 - Awak fikir awak tahu semuanya. - Saya tak fikir begitu. 282 00:15:21,630 --> 00:15:23,590 - Awak fikir awak tahu semuanya. - Saya fikir begitu? 283 00:15:23,674 --> 00:15:25,050 Ya. Awak fikir awak sudah tahu semuanya. 284 00:15:25,133 --> 00:15:28,428 Ada lelaki tua di langit, dan selagi awak mengikut peraturannya… 285 00:15:28,512 --> 00:15:30,514 jadi semuanya terkawal. 286 00:15:30,597 --> 00:15:32,266 Ya. Rasanya, 287 00:15:32,349 --> 00:15:35,477 lebih mudah jika semua tidak terkawal, sebab semuanya bukan salah awak. 288 00:15:38,313 --> 00:15:43,277 Awak fikir seluruh dunia kacau-bilau sebab kehidupan kita begitu dulu. 289 00:15:44,278 --> 00:15:45,487 Kehidupan awak masih begitu. 290 00:15:47,281 --> 00:15:51,493 Selamat hari jadi 291 00:15:52,035 --> 00:15:55,956 Selamat hari jadi 292 00:15:56,456 --> 00:16:01,086 Selamat hari jadi, Sara 293 00:16:01,628 --> 00:16:06,175 Selamat hari jadi 294 00:16:10,179 --> 00:16:11,180 Jumpa lagi, sayang. 295 00:16:11,930 --> 00:16:13,765 - Selamat hari jadi. - Terima kasih. 296 00:16:13,849 --> 00:16:15,851 Jumpa lagi, pemuda. Jaga perangai. 297 00:16:15,934 --> 00:16:17,686 - Terima kasih, mak. - Selamat malam, Aaron. 298 00:16:18,604 --> 00:16:20,981 - Baiklah. Jumpa lagi, sayang. - Sayang mak. 299 00:16:21,481 --> 00:16:23,859 - Saya sayang mak. - Mak juga sayang awak. Jangan risau. 300 00:16:23,942 --> 00:16:24,943 Terima kasih. 301 00:16:37,539 --> 00:16:38,874 Kenapa dengan awak? 302 00:16:53,305 --> 00:16:54,306 Maafkan saya. 303 00:16:55,349 --> 00:16:57,184 Awak tak rasa bersalah, okey? 304 00:16:57,267 --> 00:16:59,686 Sebab kalau rasa bersalah, awak takkan buat begini. 305 00:16:59,770 --> 00:17:03,190 - Saya bukan cuba buat sesuatu. - Awak tak cuba untuk tidak buatnya. 306 00:17:03,273 --> 00:17:06,484 - Sara tanya saya jika saya… - Sekarang salah Sara? 307 00:17:07,109 --> 00:17:09,738 Awak salahkan anak saudara awak yang berusia lima tahun? 308 00:17:09,820 --> 00:17:13,575 Sebab sebelum ini, semua masalah kehidupan awak berpunca dari mak. 309 00:17:13,659 --> 00:17:15,868 - Saya tak cakap begitu. - Itulah maksud awak. 310 00:17:21,750 --> 00:17:25,002 Awak tahu berapa banyak buku dungu mak baca untuk jadi ibu yang bagus? 311 00:17:27,089 --> 00:17:28,674 Ya. Saya ingat rak itu. 312 00:17:28,757 --> 00:17:30,133 Ada dua rak. 313 00:17:34,805 --> 00:17:36,348 Awak tahu betapa takutnya mak dulu? 314 00:17:43,772 --> 00:17:47,276 Tapi kemudian awak membesar. Awak kelihatan okey. 315 00:17:47,818 --> 00:17:50,487 Awak kelihatan seperti seseorang yang ada zaman kanak-kanak yang bagus. 316 00:17:51,697 --> 00:17:55,701 Jadi mak fikir, mungkin zaman kanak-kanak itu bagus. 317 00:17:56,910 --> 00:17:58,787 Mak faham yang ia boleh jadi lebih baik. 318 00:17:58,871 --> 00:18:00,664 Tapi ia pasti boleh jadi lebih teruk. 319 00:18:02,457 --> 00:18:05,043 Rasanya mak mula biarkan diri mak percaya… 320 00:18:07,671 --> 00:18:08,755 mungkin mak berjaya. 321 00:18:10,757 --> 00:18:15,429 Mungkin itu satu perkara mak buat dalam kehidupan mak yang berbaloi. 322 00:18:15,512 --> 00:18:17,556 Mak ibu yang bagus untuk anak mak. 323 00:18:19,933 --> 00:18:24,479 Rasanya mak cuma menipu diri sendiri sebab jelas sekali itu pun gagal. 324 00:18:24,563 --> 00:18:25,898 Mak, zaman kanak-kanak saya bagus. 325 00:18:25,981 --> 00:18:28,400 Tolong jangan kata begitu supaya mak rasa gembira 326 00:18:28,483 --> 00:18:30,694 - sebab ia buat mak rasa lebih teruk. - Mak… 327 00:18:32,613 --> 00:18:33,864 Mak ibu yang menakjubkan. 328 00:18:33,947 --> 00:18:36,491 - Sejak dulu lagi. - Tolong, berhenti kata begitu. 329 00:18:43,165 --> 00:18:44,166 Dengar. 330 00:18:46,084 --> 00:18:47,085 Mak mahu buang air kecil. 331 00:18:50,380 --> 00:18:51,381 Okey. 332 00:19:51,817 --> 00:19:53,318 Awak tengok apa? 333 00:19:56,738 --> 00:19:57,739 Tiada apa-apa. 334 00:20:15,924 --> 00:20:20,262 Apabila kita bertemu Aku lebih muda 335 00:20:20,345 --> 00:20:23,807 Daripada yang paling muda 336 00:20:35,861 --> 00:20:39,781 Kau basah Kau kelaparan 337 00:20:40,282 --> 00:20:43,118 Kau masih perlukan aku 338 00:20:43,994 --> 00:20:50,459 Kau kata aku boleh terbang Dan aku terbang 339 00:20:51,043 --> 00:20:54,087 Aku ingat sebelum kau tahu 340 00:20:54,171 --> 00:20:56,089 - Kau mengajarku cara bercakap - Cara bercakap 341 00:20:57,966 --> 00:21:00,260 Sekarang aku bercakap sepertimu 342 00:21:01,803 --> 00:21:03,555 Kau ajarku melihat 343 00:21:03,639 --> 00:21:07,643 Bukan melihat Tapi memandang lebih jauh sepertimu 344 00:21:07,726 --> 00:21:12,189 Aku sudah tahu kau akan Tinggalkanku satu hari nanti 345 00:21:12,272 --> 00:21:15,150 Tanpa penawar Bagi kasih sayangku 346 00:21:15,234 --> 00:21:17,277 Sejak aku dengar 347 00:21:17,361 --> 00:21:21,615 - Daripada perkataan pertamaku, mak - Perkataan pertamamu, mak 348 00:21:22,366 --> 00:21:25,661 Kau bentukkan diriku yang dahulu 349 00:21:26,370 --> 00:21:32,167 Tapi dia sudah hilang Hilang mengikut waktu 350 00:21:32,251 --> 00:21:36,463 Kau menjadi lelaki dewasa Yang baik 351 00:21:36,547 --> 00:21:42,302 Semuanya tetap sama Semuanya tetap anakku 352 00:21:43,428 --> 00:21:47,516 Tapi kita berlawan kata-kata 353 00:21:47,599 --> 00:21:51,144 Dan pertengkaran bermula 354 00:21:51,228 --> 00:21:58,151 Dan selepas semuanya kembali tenang Aku menyesal kata-kataku 355 00:21:58,861 --> 00:22:01,280 Kalaulah aku boleh beritahumu 356 00:22:01,363 --> 00:22:08,203 Kau jauh lebih layak bagi Tiga perkataan yang aku tak temui 357 00:22:08,996 --> 00:22:13,083 Tiada yang lain 358 00:22:13,166 --> 00:22:17,087 - Kau ibuku - Kau anakku 359 00:22:17,171 --> 00:22:19,214 Kau milikku 360 00:22:27,598 --> 00:22:30,434 Kadangkala kau buat aku marah 361 00:22:31,268 --> 00:22:35,022 Lebih sedikit daripada selalu 362 00:22:36,273 --> 00:22:40,527 Kau menjengkelkanku Dan aku pasti aku menjengkelkanmu 363 00:22:40,611 --> 00:22:42,446 Sudah pasti kita saling begitu 364 00:22:42,529 --> 00:22:46,909 Bukankah kita patut Beritahu perasaan kita 365 00:22:46,992 --> 00:22:52,581 Tapi aku memendamnya Dan hanya menipu 366 00:22:53,999 --> 00:22:57,920 Apabila kau senyum Kau bayanganku 367 00:22:59,379 --> 00:23:02,299 Bercampur dengan semua perasaanku 368 00:23:02,382 --> 00:23:08,222 Semua kekuranganku Lihatlah apa yang aku hasilkan 369 00:23:10,224 --> 00:23:15,020 Kenapa aku tak boleh katakan Yang kau paling perlu dengar 370 00:23:15,687 --> 00:23:20,567 Jangan berahsia denganku, sayang 371 00:23:31,036 --> 00:23:34,706 Kita berlawan kata-kata 372 00:23:34,790 --> 00:23:38,252 Dan pertengkaran bermula 373 00:23:38,335 --> 00:23:45,300 Dan selepas semuanya kembali tenang Aku menyesal kata-kataku 374 00:23:46,093 --> 00:23:48,345 Kalaulah aku boleh beritahumu 375 00:23:48,428 --> 00:23:52,057 Kau jauh lebih layak bagi 376 00:23:52,140 --> 00:23:56,854 Tiga perkataan yang aku tak temui 377 00:23:57,437 --> 00:24:01,525 Tiada yang lain 378 00:24:01,608 --> 00:24:05,320 - Kau ibuku - Kau anakku 379 00:24:05,404 --> 00:24:10,284 Kau milikku Kalaulah aku boleh beritahumu 380 00:26:16,910 --> 00:26:18,912 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman