1 00:01:28,130 --> 00:01:29,590 Hai, Joshua Corman bercakap. 2 00:01:31,341 --> 00:01:33,510 Ya, saya perlukan guru ganti hari ini. 3 00:03:16,113 --> 00:03:18,156 Helo, boleh beri nombor pengenalan encik? 4 00:03:18,240 --> 00:03:20,742 - Saya bercakap dengan orang? - Ya. 5 00:03:20,826 --> 00:03:23,579 Betulkah? Awak tak kedengaran seperti manusia. 6 00:03:24,162 --> 00:03:25,163 Saya manusia. 7 00:03:25,706 --> 00:03:28,750 Okey. Rasanya itu kedengaran lebih kepada manusia. 8 00:03:28,834 --> 00:03:33,755 - Boleh beri saya nombor pengenalan? - Ya. Maaf, ARX875… 9 00:03:33,839 --> 00:03:35,382 Tidak. Itu nombor kumpulan. 10 00:03:35,465 --> 00:03:37,342 Saya beritahu nombor yang ada di sini. 11 00:03:37,426 --> 00:03:39,344 Kenapa ada lebih daripada satu nombor? 12 00:03:39,428 --> 00:03:40,762 Saya tak tahu. 13 00:03:40,846 --> 00:03:44,474 Maaf. Okey, ini nombornya, 4438… 14 00:03:44,558 --> 00:03:48,645 Maaf, 438-779AH. 15 00:03:49,605 --> 00:03:52,065 Terima kasih. Siapa yang berada di talian? 16 00:03:52,149 --> 00:03:54,484 Saya baru beritahu nombor pengenalan. Awak tak dapat periksa siapa saya? 17 00:03:54,568 --> 00:03:56,445 - Saya perlu sahkan maklumat. - Maaf. 18 00:03:56,528 --> 00:04:00,073 - Nama saya Joshua Corman. - Tarikh lahir? 19 00:04:00,157 --> 00:04:02,743 Dengar, dada saya sedang sakit sekarang, 20 00:04:02,826 --> 00:04:06,246 jantung saya berdegup sangat kencang dan pernafasan saya tersekat-sekat, 21 00:04:06,330 --> 00:04:08,832 jadi saya mahu berjumpa doktor secepat mungkin 22 00:04:08,916 --> 00:04:10,459 sebab rasanya saya kena serangan jantung 23 00:04:10,542 --> 00:04:12,586 - dan saya tak pasti berapa lama lagi… - En. Corman. 24 00:04:12,669 --> 00:04:14,713 - …sebelum ia jadi sangat serius. - En. Corman! 25 00:04:14,796 --> 00:04:16,048 Saya perlukan tarikh lahir encik. 26 00:04:20,302 --> 00:04:22,971 - Pejabat doktor. - Ya. 27 00:04:23,055 --> 00:04:26,183 Helo, saya mahu buat janji temu dengan Dr. Gorcey. 28 00:04:27,226 --> 00:04:29,478 Encik pesakit Dr. Gorcey? 29 00:04:29,561 --> 00:04:32,898 Tidak. Saya dapat namanya dari rangkaian perubatan saya 30 00:04:32,981 --> 00:04:37,319 atau… kumpulan, situasi, apa-apa saja. 31 00:04:37,402 --> 00:04:41,657 Dr. Gorcey ada kekosongan pada 1 November pukul 10:30 pagi. 32 00:04:41,740 --> 00:04:42,908 - Encik perlu datang ke sini… - Maaf… 33 00:04:42,991 --> 00:04:44,701 - …15 minit lebih awal untuk isi… - November? 34 00:04:44,785 --> 00:04:46,787 Ya. Itu kekosongannya paling awal. 35 00:04:47,412 --> 00:04:48,956 Dua bulan dari sekarang? 36 00:04:52,751 --> 00:04:55,629 Boleh dia jumpa saya hari ini? 37 00:04:56,630 --> 00:04:58,507 Ini satu kecemasan? 38 00:05:00,092 --> 00:05:01,385 Ia seperti satu kecemasan. 39 00:05:02,094 --> 00:05:03,637 Boleh encik terangkan lebih khusus? 40 00:05:04,471 --> 00:05:09,726 Ya… saya rasa seperti sangat gemuruh. 41 00:05:09,810 --> 00:05:11,103 Saya pernah berasa gemuruh, 42 00:05:11,186 --> 00:05:13,605 tapi tak pernah rasa seperti ini. 43 00:05:13,689 --> 00:05:16,358 Saya sangka saya kena serangan jantung, 44 00:05:16,441 --> 00:05:18,110 ia pelik bagi seseorang sebaya saya, 45 00:05:18,193 --> 00:05:21,405 tapi saya ada bacanya dan ia boleh berlaku, tapi… 46 00:05:21,488 --> 00:05:25,701 Ya, entahlah. Saya rasa ia patut jadi semakin baik. 47 00:05:25,784 --> 00:05:28,620 Saya tunggu supaya ia jadi lebih baik, tapi tidak. 48 00:05:29,413 --> 00:05:32,875 Sebenarnya ia berasa lebih teruk berbanding sebelum ini atau… 49 00:05:33,417 --> 00:05:36,503 Jika ini satu kecemasan, encik perlu letak telefon dan hubungi 911. 50 00:05:36,587 --> 00:05:39,840 Ya. Tidak, saya tahu. Saya fikir mereka akan marah saya. 51 00:05:39,923 --> 00:05:41,884 Sebab ada… 52 00:05:41,967 --> 00:05:44,428 Ada lebih ramai orang dengan keadaan lebih teruk daripada saya. 53 00:05:44,511 --> 00:05:46,763 Saya fikir tak patut buat begitu. Jadi… 54 00:05:47,264 --> 00:05:50,017 Jika encik boleh memandu, encik boleh pergi ke rawatan kecemasan. 55 00:05:50,100 --> 00:05:52,227 Ya, tapi ia sangat mahal. Saya tak mampu. 56 00:05:52,311 --> 00:05:54,354 Saya tiada wang untuk itu. 57 00:05:54,897 --> 00:05:56,481 Saya tak pasti apa saya patut beritahu. 58 00:05:59,776 --> 00:06:02,446 - Encik masih di talian? - Ya. 59 00:06:05,741 --> 00:06:07,034 Saya perlukan bantuan. 60 00:06:09,620 --> 00:06:11,830 Encik sudah cuba fokus dengan pernafasan encik? 61 00:06:11,914 --> 00:06:13,123 Biar betul! 62 00:06:13,207 --> 00:06:15,918 - Tolong jangan cakap begitu dengan saya. - Saya bernafas dengan baik. 63 00:06:16,001 --> 00:06:18,670 Saya tak boleh pergi bekerja, duduk diam, berfikir dengan baik, 64 00:06:18,754 --> 00:06:21,924 tapi saya masih bernafas, jadi terima kasih saja untuk bantuan awak! 65 00:06:47,699 --> 00:06:48,700 Hei. 66 00:06:48,784 --> 00:06:51,537 Kadangkala awak alami kebimbangan, bukan? 67 00:06:52,037 --> 00:06:53,038 Ya. 68 00:06:53,121 --> 00:06:54,790 Awak ada makan ubat? 69 00:06:55,582 --> 00:06:57,334 Saya makan semua ubat yang ada. 70 00:06:57,417 --> 00:07:01,964 Zoloft, Celexa, Lexapro. Ia buat berat badan saya naik. 71 00:07:02,923 --> 00:07:08,303 Paxil, Xanax, Paxil sekali lagi. Klonopin. Ativan… 72 00:07:08,387 --> 00:07:11,890 Awak ada ubat itu sekarang? 73 00:07:14,768 --> 00:07:16,436 Awak alami serangan kebimbangan? 74 00:07:19,189 --> 00:07:22,276 Mungkin. Entahlah. Saya tak tahu maksud sebenarnya. 75 00:07:22,359 --> 00:07:25,821 Saya cuba baca tentangnya, tapi Internet… 76 00:07:27,614 --> 00:07:31,869 Saya tak pernah rasa begini. Mungkin sudah terlalu lama tak pernah begini. 77 00:07:33,370 --> 00:07:34,538 Apa perasaan awak? 78 00:07:37,207 --> 00:07:40,335 Rasanya saya berasa takut. 79 00:07:41,753 --> 00:07:43,046 Takutkan apa? 80 00:07:46,550 --> 00:07:47,801 Perkara dungu. 81 00:07:50,095 --> 00:07:53,765 Tapi awak tak boleh cakap ia dungu semasa awak mengalaminya, bukan? 82 00:07:57,269 --> 00:07:59,271 - Awak tahu apa yang awak perlukan? - Apa? 83 00:08:00,606 --> 00:08:01,648 Duduklah. 84 00:08:04,109 --> 00:08:05,110 Apa? 85 00:08:09,531 --> 00:08:11,783 Saya baru isinya sebelum awak sampai. 86 00:08:11,867 --> 00:08:13,785 Masih ada separuh mangkuk marijuana untuk awak. 87 00:08:13,869 --> 00:08:16,455 - Awak tahu saya dah berhenti. - Awak baru saja minta pil dari saya. 88 00:08:16,538 --> 00:08:18,332 - Itu berbeza. - Tidak, ia tetap dadah. 89 00:08:18,415 --> 00:08:20,459 Saya minta ubat. 90 00:08:20,542 --> 00:08:23,253 Percayalah, ini ubat. Ia gred perubatan. 91 00:08:23,337 --> 00:08:25,047 Boleh berikan saya Ativan? 92 00:08:26,965 --> 00:08:27,966 Terima kasih. 93 00:08:29,009 --> 00:08:30,177 Baiklah, kawan. 94 00:08:37,308 --> 00:08:39,227 Hei, boleh saya tanya sesuatu? 95 00:08:39,770 --> 00:08:43,607 Kenapa perlu tunggu serangan kebimbangan untuk awak singgah dan bertanya khabar? 96 00:08:43,690 --> 00:08:45,817 Kita jarang berjumpa dalam lima tahun ini. 97 00:08:45,901 --> 00:08:47,945 - Saya jumpa awak dua minggu lepas. - Selain itu. 98 00:08:48,028 --> 00:08:50,322 Entahlah. Awak mahu saya jawab apa? 99 00:08:53,242 --> 00:08:54,576 Megan tak sukakan saya? 100 00:08:55,410 --> 00:08:57,162 Sudah tentu dia sukakan awak. Apa maksud awak? 101 00:08:57,246 --> 00:08:59,248 Dia tak pernah sekali pun ketawa apabila saya berjenaka. 102 00:08:59,331 --> 00:09:01,542 Itu tak bermaksud dia tak suka awak. 103 00:09:05,462 --> 00:09:07,840 Saya akan beri pil itu jika awak mengaku dia tak suka saya. 104 00:09:07,923 --> 00:09:09,508 Dia sukakan awak. 105 00:09:09,591 --> 00:09:12,094 Kenapa peduli jika dia suka awak? Siapa peduli jika seseorang suka kita? 106 00:09:12,177 --> 00:09:13,971 Dungu untuk peduli jika seseorang suka kita. 107 00:09:14,054 --> 00:09:16,557 Tak dungu. Itu yang paling penting. 108 00:09:18,934 --> 00:09:21,395 - Okey. Sejujurnya? - Inilah masanya. 109 00:09:22,229 --> 00:09:24,898 - Awak ada cakap tentang nyanyian dia. - Saya sudah agaknya. 110 00:09:24,982 --> 00:09:26,984 Saya memang sudah agak. 111 00:09:27,067 --> 00:09:28,819 Itu sebenarnya satu pujian. 112 00:09:28,902 --> 00:09:30,404 - Saya tahu. - Bagaimana saya mahu tahu 113 00:09:30,487 --> 00:09:32,948 - yang dia tak suka Jewel? - Dia tak suka. 114 00:09:33,907 --> 00:09:36,410 Jadi saya cakap satu perkara dan dia terus bencikan saya? 115 00:09:36,493 --> 00:09:39,329 Saya tak rasa dia masih pedulikan hal itu. 116 00:09:39,413 --> 00:09:41,665 - Bila kali terakhir dia cakap tentangnya? - Saya tak ingat. 117 00:09:41,748 --> 00:09:44,585 - Cubalah fikir. - Sekurang-kurangnya setahun lepas. 118 00:09:46,295 --> 00:09:48,589 - Tapi kamu berdua berpisah setahun lepas. - Ya. 119 00:09:48,672 --> 00:09:51,967 - Jadi dia cakap tentang hal itu? - Boleh beri saya pil itu? 120 00:09:53,093 --> 00:09:54,344 Ya. 121 00:09:56,346 --> 00:10:00,267 Tak guna. Ini Adderall. Awak tak mahu pil ini. 122 00:10:02,561 --> 00:10:04,980 Saya perlu bersedia untuk pergi kerja, 123 00:10:05,063 --> 00:10:07,608 tapi saya gembira dapat jumpa awak. 124 00:10:10,485 --> 00:10:13,113 Kita patut luangkan masa bersama lagi nanti. 125 00:10:13,197 --> 00:10:14,531 Ya. Sudah tentu. 126 00:10:46,230 --> 00:10:48,357 Ya, saya Josh Corman. 127 00:10:48,440 --> 00:10:51,235 Boleh sahkan empat nombor terakhir sekuriti sosial? 128 00:10:51,318 --> 00:10:52,319 Tidak. 129 00:10:52,945 --> 00:10:54,696 Kalau begitu saya tak dapat tolong. 130 00:10:54,780 --> 00:10:57,449 Dengar, saya tak tahu jika ini satu penipuan atau… 131 00:10:57,533 --> 00:10:59,660 Jika awak ada terima e-mel daripada kami, 132 00:10:59,743 --> 00:11:03,080 maksudnya bil kad kredit VISA awak sudah lama tidak dibayar 133 00:11:03,163 --> 00:11:05,457 dan perkhidmatan kami sudah ditahan untuk mengutip bayaran. 134 00:11:05,541 --> 00:11:07,584 Ya, tapi awak mungkin menipu. 135 00:11:07,668 --> 00:11:09,461 - Josh, saya tidak menipu. - Maaf, 136 00:11:09,545 --> 00:11:11,672 tolong jangan panggil nama pertama saya. 137 00:11:11,755 --> 00:11:12,965 Selain nombor sekuriti sosial, 138 00:11:13,048 --> 00:11:16,301 awak boleh sahkan identiti dengan nama haiwan perliharaan pertama awak. 139 00:11:18,595 --> 00:11:19,847 Awak mahu sahkan begitu? 140 00:11:19,930 --> 00:11:20,973 Saya sedang berfikir. 141 00:11:22,808 --> 00:11:24,184 Baiklah. Misty. 142 00:11:24,268 --> 00:11:28,438 - Betul. Sekarang, Josh… - Tolong jangan panggil saya begitu. 143 00:11:28,522 --> 00:11:30,190 Maaf, kami ada skrip. 144 00:11:31,400 --> 00:11:33,318 Okey. Teruskan. 145 00:11:34,486 --> 00:11:38,615 Josh, mengikut rekod kami, awak berhutang dengan Global Card Visa melebihi $3,000… 146 00:11:38,699 --> 00:11:41,201 Global… Ya, begini, saya tidak ada kad Global Card Visa. 147 00:11:41,285 --> 00:11:42,411 Saya tidak ada kad itu. 148 00:11:42,494 --> 00:11:45,372 Keadaan sukar secara ekonomi bagi kita semua, termasuk saya. 149 00:11:45,455 --> 00:11:46,874 - Tak, awak tak faham. - Mungkin… 150 00:11:46,957 --> 00:11:49,209 Awak tersalah orang. Itu bukan saya. 151 00:11:49,293 --> 00:11:52,212 Josh, ini memang kad awak. Bagaimana dengan Misty? 152 00:11:55,048 --> 00:11:59,970 Boleh beritahu tiga perkara terakhir yang dibayar menggunakan kad itu? 153 00:12:01,221 --> 00:12:02,556 Gelson's. 154 00:12:02,639 --> 00:12:03,724 Saya tak beli di sana. 155 00:12:03,807 --> 00:12:05,684 Carlito's Way Cocktails. 156 00:12:05,767 --> 00:12:06,894 Saya tak minum arak. 157 00:12:08,437 --> 00:12:09,938 Chez Jay. 158 00:12:13,317 --> 00:12:15,694 - Josh? - Ya. 159 00:12:15,777 --> 00:12:17,988 - Awak tahu di mana Chez Jay dan… - Ya. 160 00:12:18,572 --> 00:12:21,950 - Awak ada pergi ke sana baru-baru ini? - Tidak, tapi ayah saya pergi. 161 00:12:22,034 --> 00:12:23,076 Apa? 162 00:12:24,995 --> 00:12:28,665 Rasanya dia mungkin daftar kad atas nama saya. 163 00:12:28,749 --> 00:12:32,127 Dia pernah buat begitu, tapi sudah lama. 164 00:12:32,211 --> 00:12:34,004 Josh, awak fikir saya akan percaya? 165 00:12:34,087 --> 00:12:37,257 Beginilah. Ini buat saya berasa cemas, jadi saya akan letak telefon. 166 00:12:37,341 --> 00:12:40,093 - Tolong jangan letak telefon, Josh. - Bergembiralah. Terima kasih banyak. 167 00:12:54,107 --> 00:12:55,108 BERITA KISAH UTAMA 168 00:12:55,192 --> 00:12:57,277 KRISIS IKLIM JAUH LEBIH TERUK BERBANDING YANG DISANGKAKAN 169 00:13:00,948 --> 00:13:03,992 JENNIFER GARNER BERKONGSI SIKAP KELAKARNYA DI MEDIA SOSIAL 170 00:13:23,846 --> 00:13:25,430 CARIAN GOOGLE 171 00:14:07,890 --> 00:14:09,391 "Kelawar penghisap darah betina 172 00:14:09,474 --> 00:14:11,685 lebih bersosial berbanding kelawar penghisap darah jantan." 173 00:14:11,768 --> 00:14:15,731 "Kelawar betina tinggal berkumpulan, tidak seperti kelawar jantan." 174 00:14:15,814 --> 00:14:18,025 "Ia meluangkan kebanyakan masanya untuk saling berias. 175 00:14:18,108 --> 00:14:20,068 Ini membina perhubungan mereka." 176 00:14:20,152 --> 00:14:23,488 "Lebih banyak kelawar yang dirias, lebih banyak perhubungan yang ada, 177 00:14:23,572 --> 00:14:26,825 dan peluang untuk hidup di dunia liar lebih baik, 178 00:14:26,909 --> 00:14:29,453 apabila tiada siapa pedulikannya. Tamat." 179 00:14:32,289 --> 00:14:33,415 Pembentangan yang bagus. 180 00:14:33,498 --> 00:14:38,253 Okey, jadi siapa ada soalan tentang kelawar penghisap darah? 181 00:14:38,337 --> 00:14:39,338 Mandy. 182 00:14:39,421 --> 00:14:41,590 Bagaimana dengan kelawar penghisap darah jantan? 183 00:14:41,673 --> 00:14:42,841 Ia mati. 184 00:14:42,925 --> 00:14:45,802 Ia tak berias, jadi ia tiada kawan. 185 00:14:45,886 --> 00:14:47,971 Tidak seperti kelawar penghisap darah betina. 186 00:14:48,055 --> 00:14:50,891 Jadi ia hanya bersendirian? Terapung? 187 00:14:50,974 --> 00:14:51,975 Betul. 188 00:15:04,029 --> 00:15:05,197 Hei, Ken. 189 00:15:05,280 --> 00:15:06,490 - Hei, Josh. - Hei. 190 00:15:07,074 --> 00:15:09,117 - Awak mahu, entahlah… - Maaf, apa? 191 00:15:09,201 --> 00:15:11,286 Awak mahu pergi minum kopi… 192 00:15:11,370 --> 00:15:13,580 - Maaf, saya perlu pergi. - Okey. 193 00:15:13,664 --> 00:15:14,998 - Okey, selamat tinggal. - Jumpa lagi. 194 00:15:23,632 --> 00:15:25,676 - Jadi awak berasa sakit? - Entahlah. 195 00:15:26,677 --> 00:15:28,303 Awak cakap awak alami sakit dada. 196 00:15:28,387 --> 00:15:31,139 Ya, semalam, saya fikir begitu, tapi entahlah. 197 00:15:32,182 --> 00:15:34,685 Sakit dada perkara serius. Awak perlu periksanya… 198 00:15:34,768 --> 00:15:38,397 Saya tak tahu jika saya memang sakit dada. Susah nak tahu yang sebenarnya. 199 00:15:40,148 --> 00:15:41,817 Awak patut lebih banyak bersenam. 200 00:15:42,901 --> 00:15:45,863 - Baguslah. Terima kasih. - Semua orang patut bersenam, bukan? 201 00:15:45,946 --> 00:15:46,947 Ya. 202 00:15:49,992 --> 00:15:51,869 - Awak berpeluh? - Di sini panas. 203 00:15:51,952 --> 00:15:53,036 - Tidak. - Ya, panas. 204 00:15:53,120 --> 00:15:54,913 - Ada sesuatu tak kena dengan awak. - Saya tiada apa-apa. 205 00:15:54,997 --> 00:15:56,665 - Awak nampak sakit. - Saya tak nampak sakit! 206 00:15:56,748 --> 00:15:58,208 - Awak nampak sakit. - Jangan melebih-lebih. 207 00:15:58,292 --> 00:16:00,252 Dengar… Awak patut lihat muka awak. 208 00:16:00,335 --> 00:16:03,213 - Okey. Baik, saya akan lihat muka saya. - Ya, pergilah. 209 00:16:05,924 --> 00:16:07,467 Aduhai, saya nampak pucat! 210 00:16:07,551 --> 00:16:09,761 Itu yang saya maksudkan. Awak perlu pergi periksa. 211 00:16:09,845 --> 00:16:11,430 Saya tak perlu buat apa-apa. 212 00:16:11,513 --> 00:16:13,765 - Ini kesihatan awak. Ia serius. - Ia bukan tentang kesihatan. 213 00:16:13,849 --> 00:16:15,601 - Ia… dalam kepala saya. - Apa? 214 00:16:15,684 --> 00:16:18,979 Saya alami kebimbangan atau panik. Kedua-duanya. Entahlah. 215 00:16:19,813 --> 00:16:21,023 Apa perbezaannya? 216 00:16:21,648 --> 00:16:22,858 Tak guna. Maaf. 217 00:16:24,026 --> 00:16:25,194 Ia seteruk mana? 218 00:16:28,405 --> 00:16:29,698 Teruk. 219 00:16:29,781 --> 00:16:34,745 Okey. Awak fikir apa berlaku? Atau apa… Hei! Apa penyebabnya? 220 00:16:35,871 --> 00:16:37,664 Saya tanya awak soalan. Kita boleh selesaikannya. 221 00:16:37,748 --> 00:16:39,958 - Kita cuma berbual. Apa penyebabnya? - Saya tak tahu. 222 00:16:40,042 --> 00:16:41,668 Okey. Awak kata awak berasa bimbang. 223 00:16:41,752 --> 00:16:43,420 - Apa yang awak bimbangkan? - Saya tak tahu! 224 00:16:43,504 --> 00:16:45,672 - Tak guna. - Fikir. Apa yang mengganggu fikiran awak? 225 00:16:46,924 --> 00:16:48,592 - Semua perkara. - Okey. 226 00:16:48,675 --> 00:16:51,637 - Boleh awak beri contoh khusus? - Tak, ia semua yang saya fikirkan. 227 00:16:51,720 --> 00:16:54,598 Contohnya, "Saya kunci kereta saya? Patutkah saya periksa? 228 00:16:54,681 --> 00:16:56,475 Tapi bagaimana jika saya terjatuh semasa pergi periksa? 229 00:16:56,558 --> 00:16:58,435 Jadi patutkah saya biarkan kereta saya tak berkunci?" 230 00:16:58,519 --> 00:17:01,021 Itu sudah terlalu khusus. 231 00:17:02,064 --> 00:17:04,066 Apa perkara penting yang mengganggu fikiran awak? 232 00:17:04,148 --> 00:17:07,069 Perkara penting? Entahlah. Seluruh dunia bermasalah, bukan? 233 00:17:07,152 --> 00:17:09,195 Ya. Itu betul. 234 00:17:10,030 --> 00:17:12,074 Betul, keadaan di dunia kucar-kacir. Tiada siapa boleh baikinya. 235 00:17:12,156 --> 00:17:14,785 - Jika kita cuba pun, ia seperti hentikan… - Okey, ini tak membantu. 236 00:17:14,867 --> 00:17:16,453 Ya. Saya tahu. 237 00:17:16,537 --> 00:17:19,164 Semua orang rasa perkara yang sama tentang keadaan dunia sekarang. 238 00:17:19,248 --> 00:17:21,625 Jadi tak mungkin itu sebabnya, bukan? Jadi apa lagi? 239 00:17:22,376 --> 00:17:23,585 Entahlah. Duit? 240 00:17:24,336 --> 00:17:27,839 - Ya. Tapi awak berduit, bukan? - Saya tak begitu berduit. 241 00:17:27,923 --> 00:17:28,924 - Okey, saya tahu. - Okey, tapi… 242 00:17:29,007 --> 00:17:30,801 Ada ramai orang yang kurang berduit… 243 00:17:30,884 --> 00:17:34,137 - Terima kasih. - …tapi saya takkan ada duit yang banyak. 244 00:17:34,221 --> 00:17:35,973 - Ya. - Saya belanja semua gaji setiap bulan 245 00:17:36,056 --> 00:17:39,852 membayar sewa, makanan, minyak dan pinjaman pelajaran. 246 00:17:39,935 --> 00:17:41,812 Mujurlah saya ada insurans kesihatan, 247 00:17:41,895 --> 00:17:43,397 tapi ia tak tanggung semuanya. 248 00:17:43,480 --> 00:17:45,566 Jika saya sakit teruk, habislah saya. 249 00:17:45,649 --> 00:17:47,192 Kami akan mulakan GoFund untuk awak. 250 00:17:48,610 --> 00:17:51,989 Tidak. Boleh awak bayangkan saya berada di Internet begitu dan… Tidak. 251 00:17:52,072 --> 00:17:54,366 Saya lebih sanggup bunuh diri di tempat tersorok. 252 00:17:54,449 --> 00:17:56,869 Hei. Jangan bergurau begitu. 253 00:17:56,952 --> 00:17:58,370 - Apa? - Itu tidak kelakar. 254 00:17:58,453 --> 00:18:01,290 - Saya tak maksudkan begitu. - Tolonglah. Tak, saya tahu, tapi… 255 00:18:01,373 --> 00:18:04,042 Awak kata mahu bunuh diri sebab awak sangat miskin. 256 00:18:04,126 --> 00:18:05,669 - Bukan. - Itu yang awak kata. 257 00:18:05,752 --> 00:18:08,005 Walau apa pun awak kata, kita tak ada masalah duit. 258 00:18:08,088 --> 00:18:12,551 Tak begitu bermasalah, bukan? Jadi apa lagi masalah awak? 259 00:18:13,969 --> 00:18:15,971 - Apa lagi? - Saya tak tahu. 260 00:18:17,556 --> 00:18:18,724 Saya tak ada… 261 00:18:20,184 --> 00:18:21,185 cinta. 262 00:18:21,268 --> 00:18:23,729 Saya tiada apa-apa hubungan lebih daripada setahun. 263 00:18:23,812 --> 00:18:26,648 - Ada yang tak kena dengan saya. - Awak tiada apa-apa masalah. 264 00:18:26,732 --> 00:18:29,568 Cuma awak… Kita memilih. Baiklah, apa lagi? 265 00:18:30,986 --> 00:18:32,154 Entahlah, saya… 266 00:18:35,157 --> 00:18:38,911 Saya dah rosakkan kehidupan saya, saya langsung tak istimewa. 267 00:18:39,578 --> 00:18:41,830 - Itu tak betul. - Baik, ia tak betul. 268 00:18:41,914 --> 00:18:42,956 Awak mahu saya cakap apa? 269 00:18:43,040 --> 00:18:45,334 Saya cuba menjawab soalan mengarut awak. 270 00:18:46,877 --> 00:18:47,878 Okey. 271 00:18:50,380 --> 00:18:52,758 - Awak sudah cuba cari di Internet? - Ya. Sudah. 272 00:18:52,841 --> 00:18:54,801 Itu yang saya lakukan selama empat jam tadi. 273 00:18:54,885 --> 00:18:56,637 Membaca perkara mengarut. 274 00:18:56,720 --> 00:18:58,347 Saya tahu ia mengarut semasa membacanya. 275 00:18:58,430 --> 00:19:00,724 Saya fikir, "Mungkin jika saya baca satu lagi artikel mengarut, 276 00:19:00,807 --> 00:19:02,184 saya akan jumpa sesuatu yang boleh membantu." 277 00:19:02,851 --> 00:19:05,020 Bagaimana dengan selimut pemberat? 278 00:19:05,103 --> 00:19:06,688 Saya sudah tengok. Harganya 250 dolar. 279 00:19:06,772 --> 00:19:09,233 Tidak. Lupakannya. Kita boleh buat versi sendiri. 280 00:19:09,316 --> 00:19:12,444 - Kita tak boleh buat versi sendiri… - Selimut pemberat? 281 00:19:12,528 --> 00:19:13,654 Tentulah boleh. Tunggu saja. 282 00:19:14,279 --> 00:19:15,322 Tidak! Tunggu di sana. 283 00:19:15,405 --> 00:19:16,865 Tunggu di sana, saya akan kembali. 284 00:19:22,037 --> 00:19:23,205 Baring di atas lantai. 285 00:19:23,789 --> 00:19:24,915 Apa maksud awak? 286 00:19:24,998 --> 00:19:27,459 Kita perlu bertindak jika awak mahu berhenti rasa begini. 287 00:19:27,543 --> 00:19:29,837 - Saya takkan berbaring. - Kita akan tahu jika ia berhasil. 288 00:19:29,920 --> 00:19:31,964 - Baring saja di lantai. Cubalah. - Ya Tuhan. 289 00:19:32,047 --> 00:19:33,340 Boleh jangan cakap begitu? Aduhai. 290 00:19:33,423 --> 00:19:34,508 - Maaf. - Okey. 291 00:19:35,759 --> 00:19:37,928 - Cepat, baring. - Saya sedang baring. 292 00:19:38,011 --> 00:19:39,221 Begitulah. 293 00:19:39,805 --> 00:19:41,640 - Awak serius? - Awak fikir bagaimana caranya? 294 00:19:41,723 --> 00:19:43,392 - Saya tidak… - Ia selimut. 295 00:19:44,560 --> 00:19:46,228 - Bahu saya. - Maaf. 296 00:19:47,437 --> 00:19:48,522 Rasa lebih baik. 297 00:19:48,605 --> 00:19:51,859 Saya tak rasa begitu, tapi rasanya saya tak penting. 298 00:19:59,533 --> 00:20:00,659 Mungkin kita patut berbual. 299 00:20:04,830 --> 00:20:07,249 - Rasa bimbang awak berkurangan? - Langsung tidak. 300 00:20:10,586 --> 00:20:11,587 Sebentar. 301 00:20:12,087 --> 00:20:13,755 - Apa yang awak buat? - Tunggu sebentar. 302 00:20:13,839 --> 00:20:14,840 Apa? 303 00:20:14,923 --> 00:20:16,091 Ada perlawanan Dodgers. 304 00:20:21,722 --> 00:20:24,224 - Awak memang banyak berpeluh. - Ya, sebab ini tak berjaya. 305 00:20:24,308 --> 00:20:26,101 Awak belum berinya peluang. 306 00:20:29,855 --> 00:20:31,273 - Saya mahu bangun. - Awak mahu ke mana? 307 00:20:31,356 --> 00:20:33,358 - Saya mahu… - Tidak, tak boleh! 308 00:20:33,442 --> 00:20:35,944 - Saya perlukan masa berfikir, faham? - Awak perlu selesaikannya. 309 00:20:36,028 --> 00:20:38,447 Saya takkan tinggalkan awak bersendirian selepas awak kata begitu tadi. 310 00:20:38,530 --> 00:20:40,157 Hei! 311 00:20:40,240 --> 00:20:41,408 Dengar. Maafkan saya. 312 00:20:41,491 --> 00:20:44,661 Maaf, tapi inilah caranya, okey? Sama ada terus guna selimut pemberat ini 313 00:20:44,745 --> 00:20:47,039 atau beritahu saya cara awak mahu selesaikannya. 314 00:21:10,270 --> 00:21:13,524 Hai, saya datang untuk bengkel pernafasan. 315 00:21:13,607 --> 00:21:15,609 Pintu pertama di sebelah kanan koridor. 316 00:21:15,692 --> 00:21:18,946 Okey. Saya baca di Internet bayarannya mengikut kemampuan. 317 00:21:19,029 --> 00:21:20,822 - Betul? - Ya, betul. 318 00:21:20,906 --> 00:21:25,661 Bagus, jadi ia lima dolar atau 20 dolar atau… 319 00:21:25,744 --> 00:21:26,745 Boleh. 320 00:21:27,371 --> 00:21:29,581 Ada apa-apa panduan? 321 00:21:29,665 --> 00:21:31,500 Ya. Bayar mengikut kemampuan awak. 322 00:21:32,292 --> 00:21:33,502 Ya. 323 00:21:33,585 --> 00:21:37,297 Saya tak tahu kadar biasa untuk bengkel pernafasan. 324 00:21:37,965 --> 00:21:38,966 Saya juga. 325 00:21:41,802 --> 00:21:44,555 Okey. Saya mahu bayar harga berpatutan. 326 00:21:45,681 --> 00:21:48,976 Saya tak mahu terlebih bayar. Awak faham? 327 00:21:52,688 --> 00:21:56,567 Boleh awak beritahu berapa kebanyakan orang bayar? 328 00:21:56,650 --> 00:21:58,485 Maaf. Saya tak boleh beritahu. 329 00:21:59,361 --> 00:22:01,864 Kenapa? Saya bukan suruh buat sesuatu yang salah atau… 330 00:22:01,947 --> 00:22:04,241 Ia melanggar batas etika. 331 00:22:07,661 --> 00:22:10,163 Bagaimana jika saya tunggu 332 00:22:10,247 --> 00:22:12,291 dan ada orang datang, saya boleh tengok bayaran mereka. 333 00:22:12,374 --> 00:22:14,751 Lebih baik jika awak tak buat begitu. 334 00:22:15,961 --> 00:22:16,962 Okey. 335 00:22:19,506 --> 00:22:24,636 Okey. Jadi… ambillah. 336 00:22:25,137 --> 00:22:26,763 - Awak mahu duit baki? - Saya tak tahu. 337 00:22:53,874 --> 00:22:54,875 Hai. 338 00:23:00,005 --> 00:23:01,006 Maaf. 339 00:23:25,948 --> 00:23:28,617 Hai, semua. Saya Chris. 340 00:23:38,210 --> 00:23:41,755 Terima kasih sebab datang hari ini. 341 00:23:42,339 --> 00:23:45,801 Kumpulan ini tak pernah wujud. Ia takkan wujud lagi selepas ini. 342 00:23:48,136 --> 00:23:51,598 Ada sesiapa mahu berkongsi sebab mereka ke sini hari ini? 343 00:23:51,682 --> 00:23:53,141 Hai, Alice. Apa khabar? 344 00:23:53,851 --> 00:23:56,478 Saya berasa sangat sedih minggu ini. 345 00:23:56,562 --> 00:23:58,105 Menantu perempuan awak? 346 00:23:58,188 --> 00:24:02,150 Selain itu. Anjing saya sedang nazak. 347 00:24:03,193 --> 00:24:04,403 Itu menyedihkan. 348 00:24:05,320 --> 00:24:07,656 Itu yang awak cakap semasa saya beritahu awak minggu lepas. 349 00:24:09,283 --> 00:24:10,576 Ia masih menyedihkan. 350 00:24:12,452 --> 00:24:13,453 Ada sesiapa lagi? 351 00:24:14,830 --> 00:24:15,831 Hei, ya? 352 00:24:17,374 --> 00:24:20,085 Saya ada banyak sekatan apabila berkaitan keintiman 353 00:24:20,169 --> 00:24:22,504 yang disebabkan oleh zaman kanak-kanak yang sangat huru-hara. 354 00:24:22,588 --> 00:24:23,881 Saya bersimpati. 355 00:24:23,964 --> 00:24:27,551 Saya juga ada zaman kanak-kanak begitu dan cara ini sangat membantu. 356 00:24:35,642 --> 00:24:38,103 Maaf, rasanya fikiran saya akan terganggu. 357 00:24:39,980 --> 00:24:43,692 Saya bayar 20 dolar untuk bengkel ini, 358 00:24:43,775 --> 00:24:46,320 saya mula sedar yang saya terlebih bayar. 359 00:24:48,697 --> 00:24:51,074 Pernafasan nanti akan bantu hilangkan rasa terganggu itu. 360 00:24:53,410 --> 00:24:54,578 Ada sesiapa lagi? 361 00:24:55,454 --> 00:24:58,165 Saya rasa sangat bersendirian hari ini. 362 00:25:02,794 --> 00:25:04,004 Awak sudah tidak bersendirian. 363 00:25:07,257 --> 00:25:10,302 Okey, mari bermula. 364 00:25:10,385 --> 00:25:14,348 Kita akan menarik nafas ke dalam perut selama 20 minit pertama, 365 00:25:15,432 --> 00:25:16,600 ke dalam dada, 366 00:25:17,142 --> 00:25:18,894 kemudian menghembuskan melalui mulut. 367 00:25:26,026 --> 00:25:29,571 Apabila awak sudah sedia, baring di atas lantai. 368 00:25:31,740 --> 00:25:33,659 Baring dengan selesa di atas tikar. 369 00:25:35,619 --> 00:25:36,828 Tutup mata. 370 00:25:38,664 --> 00:25:39,831 Kemudian kita akan bermula. 371 00:29:23,639 --> 00:29:25,641 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman