1 00:00:06,006 --> 00:00:07,916 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:09,551 --> 00:00:11,891 Dia tak habis berlumba pun. 3 00:00:11,970 --> 00:00:14,510 Orang tak pernah beratur panjang untuk saya. 4 00:00:14,597 --> 00:00:15,557 Itu tak benar. 5 00:00:15,640 --> 00:00:18,560 Ingat lagi awak bogel kerana lebah masuk sut? 6 00:00:18,643 --> 00:00:19,693 Ya. 7 00:00:19,769 --> 00:00:23,269 Hanes marah. Silap hari tak pakai produk Hanes. 8 00:00:24,065 --> 00:00:26,025 Itu pun orang tak seramai ini. 9 00:00:26,109 --> 00:00:29,359 Sabar, mereka cuma lelaki tua yang mahu mengurat dia. 10 00:00:30,155 --> 00:00:32,615 Tapi golongan itu jugalah peminat awak. 11 00:00:33,950 --> 00:00:35,040 Jake Martin? 12 00:00:35,702 --> 00:00:36,542 Helo. 13 00:00:37,037 --> 00:00:37,867 Tengok? Ada. 14 00:00:37,954 --> 00:00:40,794 Boleh minta Jessie sain? Barisan panjang sangat. 15 00:00:42,542 --> 00:00:44,672 Inikah yang orang hodoh selalu rasa? 16 00:00:45,170 --> 00:00:46,960 Awak tanya orang yang salah. 17 00:00:48,173 --> 00:00:50,633 - Nak saya sain? - Ya, saya peminat setia. 18 00:00:52,260 --> 00:00:55,060 Kalau awak nak, kita boleh ambil gambar. 19 00:00:55,138 --> 00:00:56,348 Tak perlu. 20 00:00:58,099 --> 00:01:00,309 Itulah yang orang hodoh selalu rasa. 21 00:01:15,492 --> 00:01:16,742 Hei! Itu pun awak. 22 00:01:16,826 --> 00:01:19,076 Baru tiba dari New York. Semua okey? 23 00:01:19,662 --> 00:01:21,582 - Hebat, sebenarnya. - Betul? 24 00:01:21,664 --> 00:01:25,094 {\an8}Frank dan saya sertai lawatan mengelilingi Patung Liberty… 25 00:01:25,168 --> 00:01:26,378 {\an8}Memang saya tanya 26 00:01:26,461 --> 00:01:28,091 {\an8}tapi saya dah hilang minat. 27 00:01:29,547 --> 00:01:32,797 {\an8}Tak apalah, saya cuba. Ada buah tangan untuk saya? 28 00:01:32,884 --> 00:01:34,474 {\an8}- Tak ada. - Apa? 29 00:01:34,552 --> 00:01:37,312 {\an8}- Awak selalu belikan. - Kali ini tak ada. 30 00:01:37,388 --> 00:01:39,848 {\an8}Saya nampak awak pegang. Beri sini. 31 00:01:39,933 --> 00:01:40,893 {\an8}Yalah, ada. 32 00:01:40,975 --> 00:01:42,885 {\an8}- Ini apa? - Mesti awak suka. 33 00:01:44,145 --> 00:01:46,555 {\an8}Hebat, "Gigit Epal Besar". 34 00:01:46,648 --> 00:01:50,438 {\an8}- Awak cuma pakai seluar dalam lucu. - Masanya pun kena. 35 00:01:50,527 --> 00:01:53,487 {\an8}Getah "Siapa Lepaskan Anjing?" baru putus. 36 00:01:54,948 --> 00:01:57,488 {\an8}Morgan pergi tengok perlumbaan lagi? 37 00:01:58,993 --> 00:02:01,913 {\an8}Sebenarnya, saya tak nampak masa depan kami berdua 38 00:02:01,996 --> 00:02:03,956 {\an8}jadi saya terpaksa lepaskan dia. 39 00:02:05,083 --> 00:02:06,843 {\an8}Dia kecewakan awak? 40 00:02:07,418 --> 00:02:09,548 {\an8}Hati saya terhempas dan berkecai. 41 00:02:10,088 --> 00:02:13,758 {\an8}- Awak kata semuanya okey. - Saya tak nak kacau percutian awak. 42 00:02:14,259 --> 00:02:17,509 {\an8}Saya kata saya nak hubungan serius dan dia pandang saya 43 00:02:18,012 --> 00:02:21,562 {\an8}macam anjing yang tersedar ia perlu dimandikan. 44 00:02:25,562 --> 00:02:27,902 - Dulu saya pun selalu mengelak. - Ya. 45 00:02:27,981 --> 00:02:31,071 Kami dah tiada apa-apa, dia cuma gunakan saya. 46 00:02:31,151 --> 00:02:32,071 Untuk? 47 00:02:32,152 --> 00:02:34,242 Untuk apa? Awak fikir? 48 00:02:34,737 --> 00:02:37,027 Untuk habiskan baki makanan. 49 00:02:38,867 --> 00:02:40,787 Awak marah saya tak layan cerita awak. 50 00:02:40,869 --> 00:02:43,499 Awak sakitkan hati saya, jadi saya balas. 51 00:02:45,123 --> 00:02:47,043 - Jake dah jumpa doktor. - Bagus. 52 00:02:47,125 --> 00:02:48,785 Saya akan belajar mendengar. 53 00:02:48,877 --> 00:02:51,627 Itu masalah saya. Jadi, awak dan Frank seronok? 54 00:02:51,713 --> 00:02:53,883 Patung Liberty bukan… 55 00:02:53,965 --> 00:02:56,835 Saya silap lagi, cerita kali kedua lebih bosan. 56 00:02:58,094 --> 00:03:00,224 Apa keputusannya? 57 00:03:00,305 --> 00:03:03,515 Saya boleh berlumba. Doktor kata otak saya sempurna. 58 00:03:03,600 --> 00:03:06,230 Berbentuk kecil dan bulat seperti guli? 59 00:03:07,145 --> 00:03:09,015 - Bukan menurut ini. - Terbalik. 60 00:03:11,733 --> 00:03:14,073 Betul dah jumpa doktor? Dulu awak tipu. 61 00:03:14,152 --> 00:03:17,572 Sebab saya ada rahsia. Kalau tak, saya boleh dipercayai. 62 00:03:17,655 --> 00:03:18,695 Amir, periksa. 63 00:03:20,116 --> 00:03:23,196 Bukan ditulis dengan krayon. Tiada emoji. 64 00:03:24,162 --> 00:03:25,462 Apa itu fasa akut? 65 00:03:25,538 --> 00:03:28,328 Fasa "kiut"? Saya masih dalam fasa itu. 66 00:03:29,292 --> 00:03:32,132 - Bagus, dia boleh berlumba. - Bagus! 67 00:03:32,212 --> 00:03:34,382 Chuck, sediakan kereta, dia kembali. 68 00:03:34,464 --> 00:03:36,764 - Baik. - Nanti, kita bincang dulu. 69 00:03:36,841 --> 00:03:38,471 Bincang apa? Jake sihat. 70 00:03:38,551 --> 00:03:39,641 Jessie pun sihat. 71 00:03:39,719 --> 00:03:42,559 Terima kasih dia sudi ganti tapi Jake dah sihat. 72 00:03:42,639 --> 00:03:45,139 - Chuck, siapkan kereta. - Chuck, tunggu. 73 00:03:45,225 --> 00:03:47,055 Pandang saya. Sediakan kereta. 74 00:03:47,143 --> 00:03:49,653 Chuck nak tonton Real Housewives of Atlanta 75 00:03:49,729 --> 00:03:51,479 sementara kamu berbincang. 76 00:03:52,523 --> 00:03:54,193 Amir, sediakan kereta. 77 00:03:54,275 --> 00:03:57,605 - Amir, jangan sentuh. - Pandang saya. Sediakan kereta. 78 00:03:57,695 --> 00:03:59,275 - Okey. - Awak nak ke mana? 79 00:03:59,364 --> 00:04:00,874 Menyorok di tandas. 80 00:04:04,953 --> 00:04:06,833 Awak buat saya nampak bodoh. 81 00:04:06,913 --> 00:04:08,963 Bukan susah nak buat begitu. 82 00:04:09,624 --> 00:04:11,674 Saya janji nak jaga tempat Jake. 83 00:04:11,751 --> 00:04:15,001 Awak buat silap. Macam banyak kali sebelum ini. 84 00:04:15,088 --> 00:04:18,048 - Tahu kesilapan utama saya? - Tak belajar membaca? 85 00:04:20,885 --> 00:04:22,255 Okey. 86 00:04:22,345 --> 00:04:25,715 - Jessie masa depan pasukan ini. - Awak tak nak menang? 87 00:04:25,807 --> 00:04:27,517 Jake ada menang sejak saya tiba? 88 00:04:27,600 --> 00:04:30,480 Tiga kali sepuluh teratas dalam lima perlumbaan 89 00:04:30,561 --> 00:04:34,651 dan ini tak membantu saya, tapi Senyuman Terbaik di NASCAR.com. 90 00:04:34,732 --> 00:04:37,862 Dia boleh menang Rambut Terbaik tapi dia buat toncet. 91 00:04:37,944 --> 00:04:39,204 Itu memang kesilapan. 92 00:04:40,154 --> 00:04:41,244 Jessie bagus. 93 00:04:41,322 --> 00:04:45,492 Dia di tempat ke-32 perlumbaan pertama, tak habiskan yang seterusnya. 94 00:04:45,576 --> 00:04:49,656 Jika itu puaskan hati awak, simpan duit dan suruh Lou Akaun berlumba. 95 00:04:49,747 --> 00:04:51,457 Dia baru terkena strok. 96 00:04:51,541 --> 00:04:53,881 Bukan di sebelah kanan. Dia boleh buat. 97 00:04:56,796 --> 00:05:00,006 Ada penaja baru hubungi saya tentang Jessie. 98 00:05:00,091 --> 00:05:03,931 Syarikat lif kerusi untuk orang tua naik tangga? 99 00:05:05,388 --> 00:05:06,558 "Seronoknya!" 100 00:05:08,975 --> 00:05:11,095 "Hampir sepantas berjalan!" 101 00:05:11,811 --> 00:05:15,271 - Apa -apalah. - "Tunggu, saya baru pintas Jessie." 102 00:05:17,400 --> 00:05:18,900 Saya dah buat keputusan. 103 00:05:18,985 --> 00:05:21,945 - Mengakulah, sebab dia perempuan. - Sebahagiannya. 104 00:05:22,030 --> 00:05:24,660 Penaja suka. Ini perniagaan, kita cari duit. 105 00:05:24,741 --> 00:05:27,121 Atlet tak patut dipecat kerana cedera. 106 00:05:27,201 --> 00:05:30,581 Macam Wally Pipp. Dia sakit kepala, Lou Gehrig ganti dia. 107 00:05:30,663 --> 00:05:33,333 Lou Gehrig mulakan 2,000 permainan seterusnya. 108 00:05:33,416 --> 00:05:34,826 Bila awak cari info itu? 109 00:05:34,917 --> 00:05:38,337 Pagi tadi kerana saya tahu kita nak gaduh. Ada lagi? 110 00:05:38,421 --> 00:05:39,261 Tidak. 111 00:05:39,339 --> 00:05:42,629 Sedih apabila trivia sukan digunakan untuk kejahatan. 112 00:05:44,510 --> 00:05:46,260 Catherine Spencer. 113 00:05:46,346 --> 00:05:47,466 Saya tahu baca. 114 00:05:51,476 --> 00:05:54,346 Melampau, bukan? Awak sokong Jessie atau Jake? 115 00:05:54,437 --> 00:05:55,267 Diri sendiri. 116 00:05:55,355 --> 00:05:57,815 Saya cuba tak rapat dengan rakan sekerja. 117 00:05:57,899 --> 00:05:58,819 Kecuali saya? 118 00:05:58,900 --> 00:06:02,360 Kadangkala awak macam nak saya singgung awak, Amir. 119 00:06:04,030 --> 00:06:05,660 - Hai. - Catherine. 120 00:06:05,740 --> 00:06:06,990 Mesti kamu tahu, 121 00:06:07,075 --> 00:06:09,905 Kevin akan tinggalkan pasukan pada hujung musim. 122 00:06:09,994 --> 00:06:12,164 - Apa? - Saya tak sangka. 123 00:06:13,414 --> 00:06:16,754 Pasukan White Sox 1919 pun lagi pandai berpura-pura. 124 00:06:16,834 --> 00:06:18,884 Saya banyak baca trivia sukan. 125 00:06:18,961 --> 00:06:21,461 Sebagai ketua mekanik dan ketua jurutera, 126 00:06:21,547 --> 00:06:23,757 saya nak buat temu duga ketua kru. 127 00:06:23,841 --> 00:06:26,511 Hantar resume jika berminat. 128 00:06:26,594 --> 00:06:27,554 Terima kasih. 129 00:06:31,474 --> 00:06:32,854 Keji betul. 130 00:06:33,351 --> 00:06:36,811 Macamlah kita akan khianati Kevin dan gantikan dia. 131 00:06:36,896 --> 00:06:38,056 Dia tak kenal kita. 132 00:06:38,147 --> 00:06:40,357 - Saya rela ditembak demi Kev. - Ya. 133 00:06:40,441 --> 00:06:43,611 Mungkin bukan ditembak tapi saya rela ditumbuk. 134 00:06:43,694 --> 00:06:46,494 Bergantung pada orang yang menumbuk. 135 00:06:46,572 --> 00:06:50,032 - Maksud awak? - Jika Conor McGregor, saya tak berani. 136 00:06:50,118 --> 00:06:53,248 - Kita tak nak bunuh diri, bukan? - Betul. 137 00:06:53,329 --> 00:06:55,289 Lagipun, jika Conor tumbuk Kevin… 138 00:06:55,373 --> 00:06:58,083 - Mesti ada sebabnya. - Dia buat sesuatu. 139 00:06:58,167 --> 00:07:01,047 Tapi tumbukan orang lemah, macam budak? Mestilah. 140 00:07:01,129 --> 00:07:03,419 - Menengah rendah ke bawah? - Ya. 141 00:07:04,507 --> 00:07:07,637 Itu semua tak penting, kita takkan khianati kawan. 142 00:07:07,718 --> 00:07:09,678 Saya pun tak boleh buat kerjanya. 143 00:07:09,762 --> 00:07:12,352 Saya boleh buat tapi enggan khianati Kevin. 144 00:07:12,432 --> 00:07:13,562 Ya, saya pun. 145 00:07:13,641 --> 00:07:15,481 Mesti mereka akan berbaik. 146 00:07:15,560 --> 00:07:17,230 - Ya, macam selalu. - Ya. 147 00:07:18,396 --> 00:07:19,766 Tapi jika tidak? 148 00:07:27,405 --> 00:07:28,235 Hei. 149 00:07:28,322 --> 00:07:29,242 Jake. 150 00:07:30,241 --> 00:07:31,371 Duduklah. 151 00:07:31,451 --> 00:07:33,951 Kalau Catherine beri Jessie kerusi ini? 152 00:07:36,080 --> 00:07:39,380 Dengar sini, saya tak tahu cara nak beritahu awak. 153 00:07:39,459 --> 00:07:41,129 Saya bercakap dengannya. 154 00:07:42,295 --> 00:07:44,375 Dia pilih Jessie sebagai pelumba. 155 00:07:44,464 --> 00:07:47,094 Apa? Awak janji nak kembalikan tempat saya. 156 00:07:47,175 --> 00:07:48,625 Saya merayu kepada dia. 157 00:07:48,718 --> 00:07:51,098 Saya tak sangka anak Bobby Spencer 158 00:07:51,179 --> 00:07:54,469 akan menolak semua yang buat ayahnya hebat. 159 00:07:54,557 --> 00:07:58,017 Macam anak Santa tak percaya akan Krismas. 160 00:07:58,603 --> 00:08:01,023 Santa tak ada anak. Kita anak-anaknya. 161 00:08:06,194 --> 00:08:07,324 Maksud saya, 162 00:08:09,071 --> 00:08:10,161 saya takkan putus asa. 163 00:08:10,239 --> 00:08:13,159 - Awak tahu Mark Dooley di Haas? - Ya. 164 00:08:13,242 --> 00:08:14,542 Dia mencari orang. 165 00:08:14,619 --> 00:08:15,449 Betul. 166 00:08:15,536 --> 00:08:18,656 Saya ceritakan situasi kita dan kami akan jumpa esok. 167 00:08:18,748 --> 00:08:19,828 Jika tak menjadi? 168 00:08:20,541 --> 00:08:24,551 Saya akan hubungi semua pasukan. Saya akan bina kereta untuk awak. 169 00:08:25,171 --> 00:08:26,131 Saya sendiri. 170 00:08:26,214 --> 00:08:29,684 Kenapa saya kata begitu? Chuck akan bina, saya menyelia. 171 00:08:31,219 --> 00:08:34,179 Saya hargainya tapi mungkin ini penghujungnya. 172 00:08:34,263 --> 00:08:37,313 Apa? Ia belum berakhir. Lambat lagi. 173 00:08:37,391 --> 00:08:40,481 Macam dah dekat. Mana awak tahu awak perlu bersara? 174 00:08:42,438 --> 00:08:44,858 Mula-mula saya tak nak percaya. 175 00:08:45,483 --> 00:08:49,073 Belakang saya parah semasa langgar tembok di Martinsville. 176 00:08:49,570 --> 00:08:53,950 Saya ingat doktor kata saya perlu jalani empat jam pemulihan sehari. 177 00:08:54,033 --> 00:08:55,913 Tapi saya buat 20 jam sehari. 178 00:08:56,410 --> 00:08:58,540 Betul, saya tidur di gim. 179 00:08:58,621 --> 00:09:00,871 Saya angkat besi seberat 290 paun. 180 00:09:00,957 --> 00:09:02,627 Rasanya masih boleh. 181 00:09:04,669 --> 00:09:05,919 Jadi? 182 00:09:06,003 --> 00:09:09,673 Saya rakam, takut orang tak percaya. Ada VCR? Saya akan tunjuk. 183 00:09:10,174 --> 00:09:11,224 Bukan, berlumba. 184 00:09:12,510 --> 00:09:16,680 Saya jadi kuat tapi belakang saya tak pulih. 185 00:09:17,557 --> 00:09:20,427 Saya tipu Bobby tapi dia tahu. 186 00:09:20,935 --> 00:09:24,855 Dia jatuhkan pen dan kata, "Jika awak kutip, awak boleh kembali." 187 00:09:26,232 --> 00:09:29,862 Saya tak pernah menangis tapi itulah saat paling hampir. 188 00:09:29,944 --> 00:09:32,324 Awak menangis tengok video anak anjing. 189 00:09:32,905 --> 00:09:35,115 - Awak nampak kaki belakangnya? - Tak. 190 00:09:35,199 --> 00:09:38,159 Ya, kaki belakangnya tiada. Tapi ada roda. 191 00:09:39,328 --> 00:09:40,408 Tapi ia tak kisah, 192 00:09:40,496 --> 00:09:42,916 ia gembira dapat berlari keliling rumah. 193 00:09:43,416 --> 00:09:45,536 Sampailah ke depan tangga. 194 00:09:46,877 --> 00:09:48,667 Kenapa mereka terus merakam? 195 00:09:49,463 --> 00:09:52,133 Pokoknya, apabila zaman saya berakhir, 196 00:09:52,216 --> 00:09:55,336 Bobby latih saya jadi ketua kru. 197 00:09:55,428 --> 00:09:56,758 Awak rindu berlumba? 198 00:09:56,846 --> 00:09:58,056 Awak bergurau? 199 00:09:58,598 --> 00:09:59,558 Setiap hari. 200 00:09:59,640 --> 00:10:03,600 Setiap kali awak belok, saya ke kiri macam saya memandu. 201 00:10:03,686 --> 00:10:04,686 Aduhai. 202 00:10:05,146 --> 00:10:08,766 Apabila tiba hari awak bersara, bertahun-tahun dari sekarang, 203 00:10:09,483 --> 00:10:12,403 saya akan bantu awak macam Bobby bantu saya. 204 00:10:14,030 --> 00:10:17,160 Terima kasih tapi ini bukan muka ketua kru. 205 00:10:18,326 --> 00:10:21,866 Jangan terasa, awak bagus. Awak ada banyak pilihan. 206 00:10:21,954 --> 00:10:24,044 Awak boleh buka kedai perkakasan. 207 00:10:24,874 --> 00:10:27,004 Awak sesuai hantar perabot. 208 00:10:27,835 --> 00:10:30,665 Awak boleh jadi tukang kunci, tukang paip. 209 00:10:31,964 --> 00:10:33,424 Kerja di pusat boling. 210 00:10:33,507 --> 00:10:34,337 Okey. 211 00:10:35,301 --> 00:10:36,591 Perbualan yang bagus. 212 00:10:40,848 --> 00:10:42,638 Baiklah, apa bacaannya? 213 00:10:42,725 --> 00:10:45,055 Tunggu sekejap, saya periksa e-mel. 214 00:10:46,437 --> 00:10:48,727 Awak tunggu balasan tertentu? 215 00:10:49,565 --> 00:10:51,525 Macam biasa. Surat. 216 00:10:52,026 --> 00:10:52,936 Daripada kawan. 217 00:10:53,736 --> 00:10:56,446 Awak tak pernah ada kawan selama ini. 218 00:10:57,114 --> 00:10:58,374 Saya nak lihat. 219 00:10:58,449 --> 00:11:00,659 Mengaku sajalah. 220 00:11:00,743 --> 00:11:03,543 Saya boleh nampak pada muka penipu awak. 221 00:11:03,621 --> 00:11:07,251 Okey, saya memohon kerja Kevin dan tunggu jawapan Catherine. 222 00:11:08,334 --> 00:11:11,054 Awak lelaki jenis apa? 223 00:11:11,545 --> 00:11:14,965 Berani awak khianati kawan baik kita? 224 00:11:15,049 --> 00:11:16,929 Langsung tak ada kesetiaan. 225 00:11:17,760 --> 00:11:20,850 Kevin bakal berhenti dan tempatnya perlu digantikan. 226 00:11:20,930 --> 00:11:22,350 Lagipun, gajinya tinggi. 227 00:11:22,431 --> 00:11:26,561 Keluarga saya boleh ke Disneyland dan saya tak boleh ikut kerana sibuk. 228 00:11:26,644 --> 00:11:27,814 Sama-sama untung. 229 00:11:28,562 --> 00:11:30,982 Semalam awak kata awak tak layak pun. 230 00:11:31,065 --> 00:11:34,895 Jika awak fikir saya takkan memohon, awak pun takkan mohon. 231 00:11:34,985 --> 00:11:36,485 Ini namanya panjang akal. 232 00:11:36,570 --> 00:11:39,490 Ia satu lagi sebab saya lebih layak daripada awak. 233 00:11:40,533 --> 00:11:42,493 Saya memohon semalam. 234 00:11:42,576 --> 00:11:43,616 Betul. 235 00:11:43,703 --> 00:11:48,043 Saya dah sediakan resume ketua kru sejak hari Kevin lantik saya. 236 00:11:50,501 --> 00:11:51,541 - Awak… - Ya. 237 00:11:51,627 --> 00:11:52,917 Tak guna! 238 00:11:54,046 --> 00:11:57,006 Saya akan ingat sifat buruk ini apabila saya ketua. 239 00:11:57,091 --> 00:12:00,091 Saya rela bakar garaj daripada biar awak ketuainya. 240 00:12:00,177 --> 00:12:04,597 Lihat? Ugutan ganas macam inilah buat awak tak layak untuk jawatan itu. 241 00:12:04,682 --> 00:12:05,812 - Tak layak? - Ya. 242 00:12:05,891 --> 00:12:06,931 Saya tak layak? 243 00:12:07,017 --> 00:12:10,517 Saya nak sebut buat kali ketiga. Saya tak layak? 244 00:12:10,604 --> 00:12:14,024 Apabila ada masalah, awak menggigil macam anak burung. 245 00:12:14,108 --> 00:12:17,358 Awak lebih rapuh daripada koleksi porselin janda saya. 246 00:12:17,445 --> 00:12:20,275 Saya pecahkannya dan saya boleh patahkan awak. 247 00:12:22,533 --> 00:12:23,373 Beri bacaan! 248 00:12:28,330 --> 00:12:30,170 Mark, terima kasih sudi datang. 249 00:12:31,208 --> 00:12:33,248 Saya nak bangun untuk sapa awak, 250 00:12:33,335 --> 00:12:36,415 tapi jurulatih suruh saya cangkung 50 kali pagi tadi. 251 00:12:36,505 --> 00:12:38,715 Kaki saya macam nak putus. 252 00:12:38,799 --> 00:12:41,839 Tak apa, saya pernah buat 100 tekan tubi di gim, 253 00:12:41,927 --> 00:12:43,547 terpaksa balik naik Uber. 254 00:12:43,637 --> 00:12:45,887 Kena dail telefon dengan hidung. 255 00:12:46,682 --> 00:12:49,812 Tak perlu berbual kosong, ayuh bincang terus. 256 00:12:49,894 --> 00:12:51,734 Jake pelumba yang hebat 257 00:12:51,812 --> 00:12:53,812 tapi kontraknya belum tamat. 258 00:12:53,898 --> 00:12:57,278 Saya tak boleh buat tawaran selagi belum cakap dengan bos. 259 00:12:57,359 --> 00:13:01,069 Jake kehilangan tempatnya dan saya patut ajak Catherine 260 00:13:01,155 --> 00:13:04,405 tapi saya benci dia dan tak nak lihat muka bodohnya. 261 00:13:04,492 --> 00:13:05,662 Bukan Catherine. 262 00:13:06,160 --> 00:13:07,120 Bobby! 263 00:13:07,203 --> 00:13:10,043 Mark Dooley. Awak masih menipu? 264 00:13:10,122 --> 00:13:12,752 Masih menang jika itu yang awak nak tahu. 265 00:13:12,833 --> 00:13:14,633 Boleh pula awak bangun? 266 00:13:14,710 --> 00:13:18,920 Saya paksa diri demi Bobby Spencer. Dia wajar dihormati. 267 00:13:19,006 --> 00:13:21,086 Awak datang dari Hawaii? 268 00:13:21,175 --> 00:13:23,755 Saya akan ke sana minggu depan. 269 00:13:23,844 --> 00:13:26,894 Saya ambil kelas skuba sebagai persediaan. 270 00:13:26,972 --> 00:13:30,942 Terapung di dalam air macam burung pemangsa akuatik gergasi… 271 00:13:31,018 --> 00:13:32,848 Saya rasa begitu bebas, 272 00:13:32,937 --> 00:13:36,727 macam semasa saya makan biskut ganja mekanik hipi itu. 273 00:13:36,816 --> 00:13:37,686 Gilalah. 274 00:13:37,775 --> 00:13:40,145 Awak naik ke bumbung dengan mercun. 275 00:13:40,236 --> 00:13:43,196 Chuck renjat awak tiga kali tapi awak enggan turun. 276 00:13:44,573 --> 00:13:45,743 Saya suka. 277 00:13:45,825 --> 00:13:46,655 Ya. 278 00:13:46,742 --> 00:13:49,542 Bunyi badan awak berdentum pada trak aiskrim 279 00:13:49,620 --> 00:13:50,620 memang dahsyat. 280 00:13:50,704 --> 00:13:52,504 - Saya takkan buat lagi. - Ya. 281 00:13:53,374 --> 00:13:54,634 Jadi, apa halnya? 282 00:13:54,708 --> 00:13:56,418 Biarlah Kevin ceritakan. 283 00:13:56,502 --> 00:13:59,762 Konkusi Jake sudah pulih 284 00:13:59,839 --> 00:14:02,719 tapi Catherine tak jadikan dia pelumba semula. 285 00:14:02,800 --> 00:14:04,340 Dia nak Jessie berlumba? 286 00:14:04,844 --> 00:14:07,144 Jessie baik tapi tak secekap Jake. 287 00:14:07,221 --> 00:14:08,681 Dia enggan berganjak. 288 00:14:08,764 --> 00:14:11,274 Saya tanya jika Mark ada tempat untuk Jake. 289 00:14:11,350 --> 00:14:13,520 Awak yang ajar saya lindungi pelumba saya. 290 00:14:13,602 --> 00:14:16,112 Selepas laburkan masa dan wang untuk Jake, 291 00:14:16,188 --> 00:14:18,108 awak nak dia sertai pesaing? 292 00:14:18,190 --> 00:14:21,110 Ini macam kes pembedahan plastik isteri saya. 293 00:14:21,193 --> 00:14:24,033 Sebaik pembalut dibuka, dia bercinta dengan Dale Jarrett. 294 00:14:24,113 --> 00:14:25,953 Hebatnya Dale Jarrett. 295 00:14:26,031 --> 00:14:28,081 Diam, dia kacau isteri awak juga. 296 00:14:28,784 --> 00:14:29,624 Betul. 297 00:14:31,829 --> 00:14:34,119 Kevin, saya agak tersinggung 298 00:14:34,206 --> 00:14:36,916 awak terus jumpa pesaing tanpa jumpa saya dulu. 299 00:14:37,001 --> 00:14:39,341 Dah, awak suruh saya cari penyelesaian. 300 00:14:39,420 --> 00:14:41,590 Selepas awak pergi, dia pecat saya. 301 00:14:41,672 --> 00:14:44,472 Tapi gandingan kamu sehebat Donny dan Marie. 302 00:14:44,550 --> 00:14:47,340 Entah kenapa dia tak terima cadangan itu. 303 00:14:48,429 --> 00:14:50,849 Sebab itu saya panggil awak, Bobby. 304 00:14:50,931 --> 00:14:52,471 Jangan kecil hati, 305 00:14:52,558 --> 00:14:56,728 tapi anak awak tak cukup berpengalaman untuk tahu kehebatan Jake. 306 00:14:56,812 --> 00:14:59,272 Tapi saya tahu. Kereta saya menunggu dia. 307 00:14:59,356 --> 00:15:00,976 Kereta awak menunggu? 308 00:15:01,066 --> 00:15:03,566 Itu yang Dale Jarrett beritahu isteri saya. 309 00:15:07,990 --> 00:15:09,240 Hei, tutup pintu. 310 00:15:10,159 --> 00:15:11,079 Apa rahsianya? 311 00:15:11,160 --> 00:15:13,450 Kevin telefon saya. Berita tergempar. 312 00:15:13,537 --> 00:15:15,657 Kamu saja yang saya boleh beritahu. 313 00:15:15,748 --> 00:15:19,168 Saya masuk golongan dalaman? Saya tak pernah diterima. 314 00:15:19,251 --> 00:15:22,381 Saya pernah diajak di sekolah, rupanya itu Amir lain. 315 00:15:22,463 --> 00:15:24,883 Set Hot Wheels dia lengkap. Saya tak boleh lawan. 316 00:15:25,883 --> 00:15:28,303 Jika dia terlibat, saya nak keluar. 317 00:15:28,385 --> 00:15:31,055 Okey, kita perlu bertindak cepat. 318 00:15:31,138 --> 00:15:33,968 Stewart-Haas nak ambil Jake sebagai pelumba 319 00:15:34,058 --> 00:15:36,478 dan dia nak jadikan Kevin ketua kru. 320 00:15:36,560 --> 00:15:37,810 Kevin mahu bawa kamu. 321 00:15:37,895 --> 00:15:39,685 Siapa jadi ketua kru di sini? 322 00:15:39,772 --> 00:15:42,652 Peduli apa? Kita nak ikut Jake dan Kevin pergi. 323 00:15:42,733 --> 00:15:44,693 - Kamu setuju? - Berapa gajinya? 324 00:15:44,777 --> 00:15:46,737 Mungkin sama macam di sini. 325 00:15:46,820 --> 00:15:48,200 Melebihi nilai kamu. 326 00:15:48,280 --> 00:15:51,530 Betul juga, Amir. Awak patut terima. 327 00:15:51,617 --> 00:15:53,287 - Yakah? Awak pula? - Ya. 328 00:15:53,369 --> 00:15:55,959 Kamu tak nak tinggal di sini. 329 00:15:56,038 --> 00:15:58,748 Saya tahu orang yang memohon kerja Kevin. 330 00:15:58,832 --> 00:16:00,832 Kamu tak nak mereka jadi bos kamu. 331 00:16:00,918 --> 00:16:02,958 - Awak tengok permohonan? - Ya. 332 00:16:03,921 --> 00:16:06,301 Semua sekali? 333 00:16:07,132 --> 00:16:08,012 Ya. 334 00:16:08,092 --> 00:16:11,052 Saya rasa kamu tak mahu bekerja 335 00:16:11,136 --> 00:16:15,266 untuk Chuck "Pengkhianat" Stubbs atau Amir "Pembelot" Lajani. 336 00:16:16,350 --> 00:16:19,770 Amir! Awak mohon kerja Kevin? 337 00:16:19,853 --> 00:16:21,773 Dia mohon dulu. Periksa masanya. 338 00:16:21,855 --> 00:16:23,725 Kamu buat saya meluat. 339 00:16:23,816 --> 00:16:27,146 Selepas jasa Kevin kepada kamu, kamu nak gantikan dia? 340 00:16:27,820 --> 00:16:29,860 Kami sampai ke fasa temu duga? 341 00:16:30,614 --> 00:16:33,124 - Saya tak berminat. - Tunggu. 342 00:16:33,200 --> 00:16:35,450 Betulkah Kevin ada kerja baru? 343 00:16:36,286 --> 00:16:38,116 Entah, saya belum tanya. 344 00:16:38,205 --> 00:16:40,825 Awak berbohong kepada kami? Tergamak awak? 345 00:16:40,916 --> 00:16:42,876 Awak rasa itu akan berhasil? 346 00:16:42,960 --> 00:16:44,840 Ini saja cara yang saya ada. 347 00:16:46,880 --> 00:16:50,010 Saya takkan beritahu Kevin perbuatan kamu. 348 00:16:50,092 --> 00:16:52,852 - Terima kasih. - Tapi saya simpan resume ini. 349 00:16:53,470 --> 00:16:56,890 Lain kali saya kata, "Siapa nak karaoke?" 350 00:16:57,391 --> 00:16:59,231 apa yang kamu akan jawab? 351 00:16:59,810 --> 00:17:01,770 Ini dah melampau. 352 00:17:01,854 --> 00:17:04,364 Beritahu Kevin, saya boleh cari kerja baru. 353 00:17:04,440 --> 00:17:08,030 Tapi maruah saya bukan untuk dijual! 354 00:17:10,529 --> 00:17:11,529 Saya punya boleh. 355 00:17:12,990 --> 00:17:14,950 Harganya rendah. Mesti dijual. 356 00:17:16,785 --> 00:17:17,695 Apa halnya? 357 00:17:18,203 --> 00:17:21,123 Chuck dan Amir bergaduh kerana berebut kerja awak. 358 00:17:23,375 --> 00:17:24,455 Yang itu lucu. 359 00:17:24,543 --> 00:17:27,553 Saya harap awak kelakar di karaoke malam ini. 360 00:17:28,672 --> 00:17:30,762 Macam mana perjumpaan dengan Mark? 361 00:17:30,841 --> 00:17:34,431 Dia ajak Bobby, Bobby marah saya, kemudian dia marah Mark, 362 00:17:34,511 --> 00:17:37,141 kemudian marah gambar Dale Jarrett 363 00:17:37,222 --> 00:17:38,222 lalu keluar. 364 00:17:38,307 --> 00:17:40,427 - Mungkin dia masih menjerit. - Ya. 365 00:17:40,517 --> 00:17:41,977 Beri amaran kepada Dale. 366 00:17:42,061 --> 00:17:44,311 Itu cuma gambar tapi manalah tahu. 367 00:17:44,396 --> 00:17:46,766 - Itu dia, dia masih menjerit. - Ya. 368 00:17:47,775 --> 00:17:49,315 Berkumpul, semua. 369 00:17:49,401 --> 00:17:51,901 - Mari sini. Catherine? - Saya di sini. 370 00:17:51,987 --> 00:17:54,907 Awak buat ayah terkejut. Sama seperti ibu awak. 371 00:17:54,990 --> 00:17:58,240 Susah nak dengar dia berjalan dengan but Ugg. 372 00:17:58,327 --> 00:18:00,537 Itu bukan ibu saya, itu Chelsea. 373 00:18:01,789 --> 00:18:04,959 Hidup ayah sibuk sangat sampai tak ingat semua isteri. 374 00:18:05,542 --> 00:18:06,672 Apa halnya? 375 00:18:06,752 --> 00:18:09,802 Entah, saya tak peduli. Ini kelebihan kalau dipecat. 376 00:18:09,880 --> 00:18:11,420 Takkan awak tak peduli. 377 00:18:11,507 --> 00:18:13,967 Saya tak peduli. Saya dah putus asa. 378 00:18:14,051 --> 00:18:16,351 Saya nak mula pakai kasut lima jari. 379 00:18:16,428 --> 00:18:18,638 Setiap jari ada ruangnya sendiri. 380 00:18:18,722 --> 00:18:21,352 Saya tahu, awak hantar pautan setiap Krismas. 381 00:18:21,433 --> 00:18:23,813 Ya, kenapa susah sangat nak faham? 382 00:18:24,520 --> 00:18:25,690 Semua orang ada? 383 00:18:25,771 --> 00:18:30,151 Orang yang tak ada tak boleh jawab, jadi… 384 00:18:31,276 --> 00:18:33,356 Patutlah orang tak suka saya. 385 00:18:33,445 --> 00:18:36,655 Sejak saya mula berlumba sehingga hari saya bersara, 386 00:18:36,740 --> 00:18:39,160 hanya satu yang penting iaitu kemenangan. 387 00:18:39,827 --> 00:18:41,537 Sebab itu Jake pelumba kita. 388 00:18:41,620 --> 00:18:43,210 - Ya! - Ya! 389 00:18:43,288 --> 00:18:46,498 Orang kacak selalu murah rezeki. Maaf. Teruskan. 390 00:18:46,583 --> 00:18:48,003 - Ayah, saya… - Tunggu. 391 00:18:48,085 --> 00:18:51,665 Kalau Jake nak menang, dia perlukan ketua kru terbaik. 392 00:18:51,755 --> 00:18:53,215 - Kevin. - Bagus! 393 00:18:53,298 --> 00:18:55,588 Orang kacak memang murah rezeki! 394 00:18:56,218 --> 00:18:59,598 Saya bangga bekerja dengan awak. Awak buat yang terbaik. 395 00:18:59,680 --> 00:19:00,510 Terima kasih. 396 00:19:00,597 --> 00:19:03,677 Untuk jadi lebih baik, saya perlukan kasut lima jari. 397 00:19:03,767 --> 00:19:05,307 Saya pandang awak, Beth. 398 00:19:05,394 --> 00:19:07,104 Ayah, saya uruskan pasukan. 399 00:19:07,729 --> 00:19:08,939 Tidak lagi. 400 00:19:09,022 --> 00:19:10,362 Bobby dah kembali. 401 00:19:11,275 --> 00:19:14,185 - Bagusnya! - Bobby! 402 00:19:14,278 --> 00:19:16,158 - Selamat kembali, Bobby. - Ya! 403 00:20:11,210 --> 00:20:14,130 Terjemahan sari kata oleh Fariza Zainal