1 00:00:06,006 --> 00:00:07,916 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:20,311 --> 00:00:21,941 Saya takkan tipu awak. 3 00:00:22,731 --> 00:00:24,021 Kita asyik kalah. 4 00:00:24,941 --> 00:00:26,321 Kita kejar mata. 5 00:00:28,069 --> 00:00:30,069 Tolong dengar betul-betul. 6 00:00:31,156 --> 00:00:33,736 Apabila mula saja, terus ke laluan dalam. 7 00:00:33,825 --> 00:00:36,155 Pintas kereta lain dan pastikan… 8 00:00:41,082 --> 00:00:43,672 Hoi! Awak pakai fon kepala? 9 00:00:44,252 --> 00:00:47,342 Dah dengar lagu baru Cardi B? Sedap. 10 00:00:48,631 --> 00:00:51,761 Saya tak tahu awak dengar lagu. Jangan peningkan saya. 11 00:00:51,843 --> 00:00:54,013 - Tolong fokus. - Saya fokus. 12 00:00:54,679 --> 00:00:55,509 Okey. 13 00:00:56,431 --> 00:00:58,681 Saya nak tahu keadaan brek seharian. 14 00:00:58,767 --> 00:01:02,307 Beritahu saya selalu. Kalau pembelokan mula terlebih, cakap. 15 00:01:02,395 --> 00:01:05,015 Awak tengok diri awak pada spek hitam saya? 16 00:01:05,565 --> 00:01:06,395 Sini! 17 00:01:08,151 --> 00:01:09,781 Kita dah bincang hal ini! 18 00:01:10,278 --> 00:01:12,608 Lagano dengar muzik sebelum perlumbaan. 19 00:01:12,697 --> 00:01:13,987 Tapi dia menang! 20 00:01:14,074 --> 00:01:16,794 Dia sempat mandi dan makan sebelum awak habis. 21 00:01:16,868 --> 00:01:19,448 Jika kereta saya bagus, saya boleh menang! 22 00:01:19,537 --> 00:01:20,997 Kereta itu sempurna! 23 00:01:21,081 --> 00:01:23,501 Mari saya lurutkan pewarna rambut awak! 24 00:01:23,583 --> 00:01:24,753 Ini warna asli! 25 00:01:24,834 --> 00:01:26,294 Hei! 26 00:01:26,377 --> 00:01:28,707 Seminit lagi nak mula. Kamu kenapa? 27 00:01:28,797 --> 00:01:30,337 Dia pakai fon kepala lagi. 28 00:01:31,633 --> 00:01:33,343 Kita dah bincang hal ini! 29 00:01:49,651 --> 00:01:51,281 Baiklah, semua. 30 00:01:51,361 --> 00:01:55,371 Prestasi sebelum ini kurang baik tapi semuanya berubah hari ini. 31 00:01:55,949 --> 00:01:58,199 Bendera hijau dikibarkan, mula. 32 00:02:01,121 --> 00:02:03,501 20 berlanggar dengan 74 di selekoh satu, 33 00:02:03,581 --> 00:02:05,461 kini kedua-duanya tersingkir. 34 00:02:12,048 --> 00:02:13,548 Siapa nak pretzel? 35 00:02:14,926 --> 00:02:16,256 Marilah. 36 00:02:30,400 --> 00:02:32,690 {\an8}Ada cakap dengan bos? Dia marah? 37 00:02:33,278 --> 00:02:34,528 {\an8}Tak. Dia tak marah. 38 00:02:34,612 --> 00:02:38,412 {\an8}Awak berlanggar pusingan pertama. Lepas 499 lagi, dia dah reda. 39 00:02:40,660 --> 00:02:42,120 {\an8}- Jadi, dia faham. - Ya. 40 00:02:43,830 --> 00:02:45,620 {\an8}- Apa pendapat awak? - Menarik. 41 00:02:45,707 --> 00:02:48,627 {\an8}Kalaulah ada laluan untuk Bobby datang peluk saya 42 00:02:48,710 --> 00:02:50,420 {\an8}lepas dia dapat hadiah saya. 43 00:02:50,503 --> 00:02:52,383 {\an8}Mesti dia suka hadiah saya. 44 00:02:52,881 --> 00:02:55,301 {\an8}Saya belikan sepuluh paun sosej tupai. 45 00:02:55,383 --> 00:02:57,343 {\an8}Saya tahu bunyinya macam sedikit 46 00:02:57,427 --> 00:02:59,967 {\an8}tapi itu tupai yang banyak. 47 00:03:01,097 --> 00:03:01,927 {\an8}Saya pun. 48 00:03:02,015 --> 00:03:05,225 {\an8}Disebabkan saya, Bobby akan tonton pementasan terhebat. 49 00:03:05,310 --> 00:03:06,730 {\an8}Dua tiket Hamilton. 50 00:03:06,811 --> 00:03:09,061 {\an8}Aduh, rugi dua tiket. 51 00:03:12,192 --> 00:03:14,742 {\an8}Kenapa kita selalu nak bersaing? 52 00:03:14,819 --> 00:03:17,159 {\an8}Berilah hadiah untuk gembirakan orang. 53 00:03:17,238 --> 00:03:19,658 {\an8}Ya, tapi hadiah awak tak menggembirakan. 54 00:03:25,622 --> 00:03:27,122 {\an8}Lihat. 55 00:03:27,207 --> 00:03:28,207 {\an8}Dia menari. 56 00:03:29,292 --> 00:03:32,462 {\an8}Awak boleh beri hadiah hebat itu kepada Bobby 57 00:03:32,545 --> 00:03:35,085 {\an8}di sebelah ukiran oleh Fredric Remington, 58 00:03:35,173 --> 00:03:37,473 {\an8}artis kegemaran Bobby. 59 00:03:37,550 --> 00:03:39,340 {\an8}Tunggu, dari mana datangnya? 60 00:03:39,469 --> 00:03:40,679 {\an8}Itu hadiah awak? 61 00:03:41,512 --> 00:03:45,232 {\an8}- Itu melebihi had 500 dolar. - Jauh lebih mahal. Saya menipu. 62 00:03:46,267 --> 00:03:49,147 {\an8}Ingatkan saya rasa bersalah tapi saya gembira. 63 00:03:49,646 --> 00:03:51,856 {\an8}Saya takkan buat perkara betul lagi. 64 00:03:52,357 --> 00:03:54,187 {\an8}Tunggu. Ya. 65 00:03:54,859 --> 00:03:56,189 {\an8}Gambar latar baru. 66 00:03:57,320 --> 00:04:00,160 {\an8}Yang seronoknya, Bobby dah nak sampai 67 00:04:00,240 --> 00:04:02,870 {\an8}dan sudah terlambat untuk awak buat apa-apa. 68 00:04:03,409 --> 00:04:04,239 {\an8}Mungkin. 69 00:04:04,327 --> 00:04:05,447 {\an8}Melainkan… 70 00:04:06,037 --> 00:04:07,617 {\an8}Rugi tak ada trompet. 71 00:04:07,705 --> 00:04:09,665 {\an8}Sila bawa masuk! 72 00:04:14,629 --> 00:04:16,419 Hebat. Boleh saya pandu? 73 00:04:16,506 --> 00:04:17,876 - Tidak. - Tidak. 74 00:04:18,716 --> 00:04:19,716 Ini apa? 75 00:04:19,801 --> 00:04:22,511 Kereta Bobby semasa menang perlumbaan pertama. 76 00:04:22,595 --> 00:04:25,845 Akhirnya saya jumpa di bangsal usang di Memphis. 77 00:04:25,932 --> 00:04:28,942 Saya bergusti lengan deminya. Sebelum tawarkan wang. 78 00:04:30,770 --> 00:04:32,810 Takkan tak sampai 500 dolar? 79 00:04:32,897 --> 00:04:36,147 Begini, Beth. Jika nak menipu, menipu betul-betul. 80 00:04:36,234 --> 00:04:38,954 Awak macam poodle marah. Saya nak ambil gambar. 81 00:04:39,445 --> 00:04:41,275 Tunggu, kamera pandang saya. 82 00:04:41,364 --> 00:04:42,824 - Okey. - Terpusing pula. 83 00:04:42,907 --> 00:04:45,287 Bagaimana nak tukar? Saya ambil swafoto. 84 00:04:45,368 --> 00:04:48,158 Saya dah tahu. Tak, saya matikan lampu di rumah. 85 00:04:48,246 --> 00:04:49,746 Tunggu. Bagaimana nak… 86 00:04:49,831 --> 00:04:50,961 Hai, Kevin. 87 00:04:51,582 --> 00:04:52,422 Catherine. 88 00:04:52,917 --> 00:04:55,877 Lihatlah awak. Bobby tak cakap yang awak datang. 89 00:04:55,962 --> 00:04:59,172 Semua orang. Ini Catherine. Anak Bobby. 90 00:04:59,257 --> 00:05:01,587 - Ini Jake, pelumba kami. - Helo. 91 00:05:01,676 --> 00:05:03,296 - Jangan. - Jangan. 92 00:05:04,971 --> 00:05:06,851 - Ini Beth. - Kita pernah jumpa. 93 00:05:06,931 --> 00:05:10,311 Awak pengurus pejabat dan awak suka sesuatu. 94 00:05:11,769 --> 00:05:15,109 Maaf. Saya tak ingat, tapi awak suka sesuatu yang pelik. 95 00:05:16,190 --> 00:05:19,030 Tak pelik, saya kumpul bekas gula-gula Pez. 96 00:05:21,029 --> 00:05:22,029 Ya. 97 00:05:24,324 --> 00:05:28,124 Ramai orang buat. Kumpulan Facebook kami agak besar. 98 00:05:30,246 --> 00:05:32,706 - Hei, Chuck. Masih suka memburu? - Hei. 99 00:05:32,790 --> 00:05:35,500 Ya, nak apa-apa yang berkaki empat? 100 00:05:35,585 --> 00:05:38,545 Kekasih lama dengan isterinya, model Instagram. 101 00:05:39,797 --> 00:05:43,507 Saya bayangkan rusa atau arnab, tapi suka hati awak. 102 00:05:47,221 --> 00:05:49,521 Ini Amir. Dia ketua jurutera kami. 103 00:05:49,599 --> 00:05:51,979 Dia beli tiket muzikal untuk ayah awak. 104 00:05:52,060 --> 00:05:53,900 Saya tak perlu tahu nama awak. 105 00:05:55,021 --> 00:05:56,441 Menang 11 Anugerah Tony. 106 00:05:57,357 --> 00:05:58,857 Anak ayah! 107 00:06:00,068 --> 00:06:03,108 - Selamat hari jadi, Bobby. - Terima kasih. 108 00:06:03,196 --> 00:06:06,616 - Tak ada orang tahu saya datang. - Ya, ayah tak beritahu. 109 00:06:06,699 --> 00:06:09,579 - Semuanya okey? - Ya, tak ada apa-apa. 110 00:06:09,660 --> 00:06:12,120 Boleh saya minta perhatian kamu sebentar? 111 00:06:13,373 --> 00:06:15,463 Pertama, terima kasih adakan parti. 112 00:06:15,541 --> 00:06:18,091 Apabila berlumba tanpa helmet semasa remaja, 113 00:06:18,169 --> 00:06:21,209 tak sangka dapat cecah umur yang mula dengan tujuh. 114 00:06:21,672 --> 00:06:22,802 Saya 70 tahun. 115 00:06:24,175 --> 00:06:25,675 Kalau begitu, cakaplah. 116 00:06:26,969 --> 00:06:30,429 Saya dah buat keputusan. Sebelum saya cakap, jangan panik. 117 00:06:30,515 --> 00:06:33,885 Saya mewakili kumpulan ini apabila saya kata kami panik. 118 00:06:34,685 --> 00:06:36,645 Saya seronok selama ini. 119 00:06:36,729 --> 00:06:40,479 Tapi sebelum ajal, ada sesuatu yang saya nak buat. 120 00:06:40,566 --> 00:06:41,936 Pergi ke Hawaii, 121 00:06:42,026 --> 00:06:45,196 hadiri pesta yang ada khinzir guling dan tarian… 122 00:06:45,279 --> 00:06:46,359 Apa namanya? 123 00:06:46,447 --> 00:06:48,157 Awak nak tutup bengkel? 124 00:06:48,241 --> 00:06:49,491 Tak. Luau! 125 00:06:49,992 --> 00:06:50,912 Luau. 126 00:06:50,993 --> 00:06:53,833 Saya tak terfikir pun nak tutup tempat ini. 127 00:06:53,913 --> 00:06:57,293 Sebab itulah Catherine datang. Dia akan ambil alih. 128 00:06:57,375 --> 00:06:58,995 Inilah bos baru kamu. 129 00:07:04,090 --> 00:07:04,920 Hai. 130 00:07:07,135 --> 00:07:10,465 Apa kata kita semua beri tepukan kepada Catherine? 131 00:07:11,097 --> 00:07:13,177 Selamat menyertai kami. 132 00:07:13,266 --> 00:07:15,936 Saya belikan kereta untuk awak. Ya. 133 00:07:20,314 --> 00:07:21,944 Mesti awak nak berbincang. 134 00:07:24,360 --> 00:07:27,950 Harapnya tak kisah jika kawan lama kita, Jack Daniels ada. 135 00:07:28,739 --> 00:07:31,449 - Pukul 11. Saya baru makan kek. - Nak tak? 136 00:07:31,534 --> 00:07:33,834 Saya perlu pura-pura menolak, bukan? 137 00:07:35,913 --> 00:07:38,583 Kenapa tak beritahu saya awak nak berundur? 138 00:07:38,666 --> 00:07:40,666 Awak akan rayu saya ubah fikiran. 139 00:07:40,751 --> 00:07:43,841 Saya takkan merayu kecuali awak yakin ia berhasil. 140 00:07:43,921 --> 00:07:46,341 Pastikan awak benar-benar yakin. 141 00:07:46,424 --> 00:07:50,014 Kalau saya dah melutut, susah nak bangun semula. 142 00:07:50,803 --> 00:07:52,223 Saya dah tak macam dulu. 143 00:07:52,305 --> 00:07:55,885 20 tahun lalu, kita di atas. Kini, dapat tengah pun susah. 144 00:07:55,975 --> 00:07:58,515 Tapi itu lumrah sukan lumba. 145 00:07:58,603 --> 00:07:59,813 Ada naik dan turun. 146 00:07:59,896 --> 00:08:02,896 Tahun 2014, kita tak tamat berlumba pun. 147 00:08:02,982 --> 00:08:05,532 2015, kita buka musim dengan menang Daytona. 148 00:08:05,610 --> 00:08:06,820 Bukan hal itu saja. 149 00:08:06,903 --> 00:08:10,283 Dulu saya tunggu hari lumba. Saya yang pertama di litar. 150 00:08:10,781 --> 00:08:13,081 Bau gasolin, tayar. 151 00:08:13,159 --> 00:08:15,909 Sosej mini yang entah apa-apa namanya. 152 00:08:16,454 --> 00:08:17,294 Corn dog? 153 00:08:17,914 --> 00:08:21,334 Tak apalah. Sekarang, saya banyak tonton perlumbaan di TV. 154 00:08:21,417 --> 00:08:23,627 Tapi awak bangunkan sukan ini. 155 00:08:23,711 --> 00:08:24,801 Kroisan sosej. 156 00:08:26,422 --> 00:08:28,472 Betul. Tengok, awak masih cekap. 157 00:08:28,549 --> 00:08:30,759 Lumba sekarang melibatkan komputer. 158 00:08:30,843 --> 00:08:32,853 Keadaan berubah, bolehkah saya? 159 00:08:32,929 --> 00:08:34,509 Awak boleh berubah. 160 00:08:34,597 --> 00:08:37,017 Dulu awak panggil wanita "adik manis". 161 00:08:37,099 --> 00:08:41,099 Kemudian peguam wanita itu e-mel awak. Awak berubah. 162 00:08:43,022 --> 00:08:44,822 Awak risau tentang Catherine? 163 00:08:44,899 --> 00:08:48,069 Dia lulusan Stanford. Dia ada banyak idea bijak. 164 00:08:48,152 --> 00:08:50,112 Kita tak perlukan idea. 165 00:08:50,196 --> 00:08:51,816 Idea lebih menyusahkan. 166 00:08:51,906 --> 00:08:53,196 Macam nasi. 167 00:08:53,282 --> 00:08:56,202 Elok saja selama 5,000 tahun, kemudian orang kata, 168 00:08:56,702 --> 00:08:58,542 "Parut kubis bunga jadi nasi." 169 00:08:59,956 --> 00:09:03,076 Percayalah, dengan naluri awak dan otaknya, 170 00:09:03,167 --> 00:09:05,287 kamu boleh cabar Gibbs dan Hendrick. 171 00:09:05,378 --> 00:09:08,798 Selama ini kita okey saja tanpa otak. 172 00:09:09,924 --> 00:09:12,184 Jangan fikir saya perlekeh awak. 173 00:09:12,260 --> 00:09:15,390 Awak nadi pasukan. Tiada orang bina kereta macam awak. 174 00:09:16,347 --> 00:09:17,177 Betul. 175 00:09:17,682 --> 00:09:19,352 Pasukan ini pun bersemangat. 176 00:09:19,433 --> 00:09:21,983 Saya disayangi. Susah saya nak nafikan. 177 00:09:23,020 --> 00:09:24,270 Awak dapatkan Jake. 178 00:09:24,355 --> 00:09:27,725 Budaknya cekap memandu, walaupun bodoh macam oposum. 179 00:09:28,401 --> 00:09:30,611 Mungkin tak bodoh macam oposum, 180 00:09:31,112 --> 00:09:33,612 tapi mungkin lembam macam rakun corot. 181 00:09:35,575 --> 00:09:38,825 Awak dan Catherine pasti serasi macam nanas dengan ham. 182 00:09:38,911 --> 00:09:41,871 Maaf, saya asyik fikir tentang luau. 183 00:09:42,915 --> 00:09:44,915 - Awak okey? - Ya. 184 00:09:45,418 --> 00:09:46,248 Baiklah. 185 00:09:48,337 --> 00:09:49,457 Mesti rindu. 186 00:09:49,547 --> 00:09:51,627 - Mari kembali ke parti. - Ya. 187 00:09:51,716 --> 00:09:54,506 Mesti awak suka hadiah saya. Ukiran Remington. 188 00:09:57,597 --> 00:09:59,387 - Pagi. - Pagi. 189 00:09:59,473 --> 00:10:01,143 Saya tak tidur semalam. 190 00:10:01,225 --> 00:10:02,175 Samalah kita. 191 00:10:02,768 --> 00:10:05,228 Memang kek itu perlu disejukkan. 192 00:10:07,857 --> 00:10:10,027 Ini soal Catherine ambil alih. 193 00:10:10,693 --> 00:10:11,743 Usah risau. 194 00:10:11,819 --> 00:10:14,819 Bobby kata saya akan uruskan tempat ini. 195 00:10:14,905 --> 00:10:18,025 Saya rasa tidak. Saya cari maklumat tentang Catherine. 196 00:10:18,117 --> 00:10:21,247 Dia tak mulakan perniagaan terakhirnya, dia ambil alih 197 00:10:21,329 --> 00:10:23,369 dan buang pengasas syarikat… 198 00:10:23,456 --> 00:10:25,996 Awak makan kek semalam? 199 00:10:27,877 --> 00:10:29,587 Kek ini bukan masalahnya. 200 00:10:30,212 --> 00:10:32,672 Kalau ya pun, perut saya akan terbiasa. 201 00:10:33,924 --> 00:10:35,724 Tak risau tentang Catherine? 202 00:10:35,801 --> 00:10:38,301 Dia anak Bobby, saya kenal sejak dia kecil. 203 00:10:38,804 --> 00:10:42,184 Ini bukan masuk bakul angkat sendiri 204 00:10:42,266 --> 00:10:43,476 tapi saya idola dia. 205 00:10:48,439 --> 00:10:49,439 Awak serius? 206 00:10:51,984 --> 00:10:53,034 Siapa telefon? 207 00:10:53,110 --> 00:10:54,570 Cuma pembekal… 208 00:10:55,946 --> 00:10:58,526 Beli apa daripada Karen "tiga emoji hati"? 209 00:10:59,200 --> 00:11:00,740 Defibrilator. 210 00:11:02,578 --> 00:11:05,368 Awak ada kekasih tiga hati tapi saya tak tahu? 211 00:11:05,456 --> 00:11:07,786 Dia masukkan nombornya dan hati itu. 212 00:11:07,875 --> 00:11:09,375 Kenapa tak beritahu saya? 213 00:11:09,460 --> 00:11:12,340 Nanti awak terlebih peduli. Macam kes Lisa. 214 00:11:12,421 --> 00:11:14,381 - Saya suka Lisa. - Tepat sekali. 215 00:11:14,465 --> 00:11:18,175 Kami berpisah, dia menangis. Saya beritahu awak, awak menangis. 216 00:11:18,260 --> 00:11:20,810 Dua wanita hampa tiap kali saya putus cinta. 217 00:11:21,514 --> 00:11:24,564 Lisa yang pergi dan awak ceritakan sambil menangis. 218 00:11:25,393 --> 00:11:28,193 Saya cuma nak elakkan suasana sedih. 219 00:11:29,480 --> 00:11:32,690 Seronoknya, janji temu berkembar dengan saya dan Frank. 220 00:11:32,775 --> 00:11:36,235 Saya tak nak naik basikal panjang, awak takkan kayuh. 221 00:11:39,073 --> 00:11:41,123 Kaki saya tak sampailah. 222 00:11:41,200 --> 00:11:44,660 Lebam tulang kering saya. Maaflah tak tolong kayuh. 223 00:11:46,247 --> 00:11:49,457 Beginilah, mari makan bersama malam ini. 224 00:11:49,542 --> 00:11:51,962 - Seronoknya. - Jangan seronok sangat. 225 00:11:53,337 --> 00:11:57,547 Laporan itu dalam peti masuk awak. Mujur saya datang awal macam selalu. 226 00:11:58,092 --> 00:11:59,302 Hai, Catherine. 227 00:12:00,261 --> 00:12:01,101 Hei, Beth. 228 00:12:03,347 --> 00:12:05,097 Cantiknya misai. 229 00:12:05,599 --> 00:12:07,269 Saya lupa awak bekas pelumba 230 00:12:07,351 --> 00:12:09,441 dan awak salah seorang Mario Bros. 231 00:12:11,147 --> 00:12:14,937 Itu dah lama sampai saya tak ingat, tapi saya rasa tarikhnya 232 00:12:15,025 --> 00:12:17,445 4 September 1994. 233 00:12:17,528 --> 00:12:18,948 Darlington Raceway. 234 00:12:19,029 --> 00:12:22,659 Pelumba muda mengejutkan dunia dengan kemenangan luar biasa. 235 00:12:22,742 --> 00:12:23,622 Awak? 236 00:12:23,701 --> 00:12:25,831 Ya, itu sebabnya saya dramatik tadi. 237 00:12:26,662 --> 00:12:29,332 Saya tahu ayah saya terkejutkan awak. 238 00:12:29,415 --> 00:12:32,075 Saya nak bincangkannya sebelum jadi kekok. 239 00:12:32,168 --> 00:12:33,538 Kenapa pula nak kekok? 240 00:12:33,627 --> 00:12:36,797 Saya tak tahu. Saya bos awak dan jauh lebih muda. 241 00:12:38,215 --> 00:12:41,005 "Jauh lebih" agak agresif, bukan? 242 00:12:41,510 --> 00:12:43,470 - Bila awak tamat sekolah? - 2010. 243 00:12:44,013 --> 00:12:45,563 Mari tengok tempat ini. 244 00:12:48,684 --> 00:12:51,564 Ini tempat untuk bahagian korporat. 245 00:12:51,645 --> 00:12:53,765 Perakaunan, pemasaran, 246 00:12:54,273 --> 00:12:55,233 membosankan. 247 00:12:56,317 --> 00:12:59,317 Tiada keseronokan. Beth uruskan masalah di sini. 248 00:12:59,403 --> 00:13:01,993 Sebenarnya, ini kerja paling teruk. 249 00:13:02,072 --> 00:13:05,742 - Carl, saya takkan berjaya tanpa awak. - Jika awak ada masa… 250 00:13:05,826 --> 00:13:07,326 Bukan sekarang. 251 00:13:07,411 --> 00:13:08,831 - Maaf. - Pergilah. 252 00:13:10,498 --> 00:13:12,458 Mari saya kenalkan kru. 253 00:13:12,541 --> 00:13:15,041 Penyerap tiada isu mampatan atau lantunan. 254 00:13:15,127 --> 00:13:18,667 - Ya, saya tahu. - Jadi, kenapa saya buat laporan ini? 255 00:13:18,756 --> 00:13:23,216 Saya penat dengar pergaduhan awak dengan isteri awak tentang sarung duvet. 256 00:13:23,803 --> 00:13:26,603 Sarung duvet bukan isunya, tapi sarung bantal. 257 00:13:28,182 --> 00:13:29,182 Hei. 258 00:13:29,266 --> 00:13:31,766 Saya bawa Catherine tengok bengkel. 259 00:13:31,852 --> 00:13:35,192 Selain saya, ini dua orang paling penting di sini. 260 00:13:35,272 --> 00:13:36,362 Terima kasih. 261 00:13:36,440 --> 00:13:39,190 Saya kena cakap kerana awak di sebelah Chuck. 262 00:13:40,486 --> 00:13:42,656 Ada cara untuk tingkatkan kelajuan? 263 00:13:42,738 --> 00:13:43,818 Main tipu. 264 00:13:43,906 --> 00:13:46,156 Baik, kita naikkan bajet menipu 100%. 265 00:13:47,743 --> 00:13:51,163 - Awak tahu saya bergurau, bukan? - Ya, saya pun. 266 00:13:52,832 --> 00:13:55,502 Awak kenyit sambil cakap. Tak boleh menipu. 267 00:13:55,584 --> 00:13:56,794 Tentulah tak boleh. 268 00:13:57,378 --> 00:14:01,048 Bunyi macam awak kenyit. Saya nak jelaskan. Jangan menipu. 269 00:14:01,924 --> 00:14:04,134 Saya faham dengan jelas. 270 00:14:06,512 --> 00:14:08,352 Bagus. Dia akan tipu, bukan? 271 00:14:08,430 --> 00:14:11,390 Dalam NASCAR, kita tak tipu, kita buat pembaharuan. 272 00:14:11,475 --> 00:14:13,805 - Sampai tertangkap. - Kalau tertangkap? 273 00:14:13,894 --> 00:14:15,944 Dendanya besar. Jangan menipu. 274 00:14:17,565 --> 00:14:19,315 Kita ada banyak kerja. 275 00:14:19,400 --> 00:14:22,320 Mudah? Tidak. Tapi saya sahut cabaran baru. 276 00:14:22,403 --> 00:14:26,953 Saya tak rasa ada cabaran. Semuanya berjalan lancar di sini. 277 00:14:27,032 --> 00:14:29,082 Ya. Betul. 278 00:14:30,661 --> 00:14:32,291 Tapi betulkah? 279 00:14:33,622 --> 00:14:38,542 Empat tahun tak menang dan cuma dua kali dalam sepuluh terbaik musim ini. 280 00:14:38,627 --> 00:14:40,497 Bukan begitu, sebut begini. 281 00:14:40,588 --> 00:14:43,548 Dua kali dalam sepuluh terbaik musim ini! 282 00:14:44,383 --> 00:14:48,603 Kita guna cara saya capai kejayaan di Silicon Valley. 283 00:14:48,679 --> 00:14:50,509 Berbelanja, cari orang terbaik, 284 00:14:50,598 --> 00:14:52,978 buat kecoh, dapatkan perhatian. 285 00:14:53,058 --> 00:14:56,648 Saya setuju tentang berbelanja, tapi kita ada orang terbaik. 286 00:14:56,729 --> 00:14:58,689 Ya. Betul. 287 00:15:00,065 --> 00:15:01,275 Tapi betulkah? 288 00:15:02,318 --> 00:15:04,698 Hentian pit 0,5 saat di bawah purata. 289 00:15:04,778 --> 00:15:08,368 Kadar kegagalan mekanikal naik 18% daripada tiga tahun lalu. 290 00:15:08,449 --> 00:15:11,539 Nak sebut nombor? Baiklah, 25. Apa pendapat awak? 291 00:15:11,619 --> 00:15:14,619 Itu bilangan tahun saya di sini sebelum awak datang. 292 00:15:14,705 --> 00:15:17,205 Kevin, jangan ambil hati. 293 00:15:17,291 --> 00:15:21,091 Tapi saya nak jelaskan saya tak mahu pecat sesiapa 294 00:15:21,170 --> 00:15:23,960 tapi saya akan ambil langkah perlu untuk menang. 295 00:15:24,632 --> 00:15:28,592 Saya setuju. Kita akan jayakan pasukan. Tengok, awak keluar. 296 00:15:30,095 --> 00:15:32,635 Mesti syarikat dulu tak sedih awak berhenti. 297 00:15:39,980 --> 00:15:41,270 Dapat 924. 298 00:15:41,357 --> 00:15:44,737 Ini paling tinggi sejak Jeff Gordon curi skuter awak. 299 00:15:47,947 --> 00:15:51,197 Untuk kali terakhir, bukan skuter, tapi motor lasak. 300 00:15:52,952 --> 00:15:56,212 Saya rasa awak betul. Catherine akan pecat kita. 301 00:15:56,288 --> 00:15:58,708 Awak dah mula panik? Saya dah lama panik. 302 00:15:58,791 --> 00:16:01,211 Takkan dua-dua nak panik. Kita dah janji. 303 00:16:01,293 --> 00:16:03,803 Ini macam nasib pasukan Sinclair. 304 00:16:03,879 --> 00:16:06,879 Pelabur kaya beli, cuba modenkan pasukan, 305 00:16:06,966 --> 00:16:09,336 pecat semua yang mahir tentang kereta. 306 00:16:09,426 --> 00:16:11,966 Kini bengkel mereka dah jadi Dunkin' Donuts. 307 00:16:12,054 --> 00:16:14,474 - Dah rasa Coffee Coolatta? - Sedap. 308 00:16:15,891 --> 00:16:17,311 - Memang sedap. - Itulah. 309 00:16:17,935 --> 00:16:19,555 Dia nak naik taraf pasukan. 310 00:16:19,645 --> 00:16:22,145 Mula-mula ganti kereta, akhirnya ganti saya 311 00:16:22,231 --> 00:16:23,571 dengan lulusan MIT. 312 00:16:24,066 --> 00:16:25,986 Tak semestinya kita dipecat. 313 00:16:26,068 --> 00:16:28,648 Jom cadangkan orang yang kita tak peduli. 314 00:16:28,737 --> 00:16:30,357 Siapa yang kita tak suka? 315 00:16:30,864 --> 00:16:32,414 - Carl. - Siapa Carl? 316 00:16:32,491 --> 00:16:33,701 Akauntan. 317 00:16:34,284 --> 00:16:35,664 Nama dia Bill. 318 00:16:36,954 --> 00:16:38,964 Carl ialah mendiang abangnya. 319 00:16:40,749 --> 00:16:42,839 Jangan kata awak panggil dia Carl. 320 00:16:44,712 --> 00:16:46,922 Kalaulah saya boleh ambil kad hari jadi itu. 321 00:16:49,091 --> 00:16:50,881 Frank sampai sekejap lagi. 322 00:16:50,968 --> 00:16:53,048 Mari cari meja dan risau nanti. 323 00:16:53,137 --> 00:16:53,967 Okey. 324 00:16:54,054 --> 00:16:56,274 Di mana Karen si tiga hati? 325 00:16:56,348 --> 00:16:57,348 Dalam perjalanan. 326 00:16:58,308 --> 00:17:02,268 Saya dah beritahu awak saya masuk program Abang Angkat? 327 00:17:02,354 --> 00:17:03,234 Yakah? 328 00:17:03,313 --> 00:17:05,613 Ya, tak sangka saya belum cakap. 329 00:17:05,691 --> 00:17:07,361 Ia penting dalam hidup saya. 330 00:17:07,860 --> 00:17:12,160 Awak beritahu Karen awak sertainya dan takut saya bocorkan rahsia. 331 00:17:12,239 --> 00:17:14,489 Dia kata kawannya dalam program itu. 332 00:17:14,575 --> 00:17:16,155 Saya kata nak sertainya. 333 00:17:16,243 --> 00:17:18,663 Saya rasa dia dengar, "Saya sertainya." 334 00:17:19,288 --> 00:17:21,708 Sebab dia kata, "Hebatnya. Sejak bila?" 335 00:17:21,790 --> 00:17:23,500 Tanpa berfikir panjang, 336 00:17:24,001 --> 00:17:26,961 saya kata saya mentor budak bernama Hector. 337 00:17:27,046 --> 00:17:28,046 Dia ada asma. 338 00:17:30,549 --> 00:17:32,589 Dia kumpul patung burung hantu. 339 00:17:35,554 --> 00:17:37,934 Saya cakap tanpa sengaja, Beth. 340 00:17:42,144 --> 00:17:43,194 Jake. 341 00:17:43,771 --> 00:17:44,611 Helo? 342 00:17:45,439 --> 00:17:46,819 Bawa bertenang. 343 00:17:47,733 --> 00:17:48,573 Tidak. 344 00:17:49,359 --> 00:17:50,609 Awak nampak di mana? 345 00:17:51,987 --> 00:17:53,697 Apa itu cerita Instagram? 346 00:17:54,323 --> 00:17:57,493 Pernah ada siaran yang tak layak jadi suapan utama? 347 00:18:01,371 --> 00:18:02,371 Beri sini. 348 00:18:03,040 --> 00:18:03,920 Hei, Jake. 349 00:18:05,000 --> 00:18:05,830 Okey. 350 00:18:06,335 --> 00:18:07,455 Kami datang. 351 00:18:07,544 --> 00:18:08,554 Terukkah? 352 00:18:08,629 --> 00:18:11,669 - Ya, kita kena ke sana. - Sempat beli Coolatta? 353 00:18:11,757 --> 00:18:14,507 Pemandu kita nak berhenti tapi awak nak kopi? 354 00:18:14,593 --> 00:18:15,433 Yalah. 355 00:18:18,847 --> 00:18:19,967 Saya berhenti. 356 00:18:20,724 --> 00:18:21,774 Biar saya tengok. 357 00:18:22,684 --> 00:18:26,064 Tadi Catherine makan dengan Jessie de la Cruz. 358 00:18:26,814 --> 00:18:28,694 Pelumba wanita? Hebat. 359 00:18:29,733 --> 00:18:32,653 Jika kami tak ada awak. Awak paling hebat. 360 00:18:32,736 --> 00:18:36,066 Jessie tag akaun saya. Dia nak saya tengok. 361 00:18:36,824 --> 00:18:39,744 Tindakan dia bijak, saya pun akan buat begitu. 362 00:18:39,827 --> 00:18:43,247 Tapi bukan kepada diri sendiri. Nanti, kopi kamu dari mana? 363 00:18:44,998 --> 00:18:46,538 Tak kisah. Jangan berhenti. 364 00:18:46,625 --> 00:18:50,045 Kalau saya dipecat, pasukan lain akan fikir bukan-bukan. 365 00:18:50,129 --> 00:18:51,509 Rosak reputasi saya. 366 00:18:51,588 --> 00:18:53,088 Saya perlu lindungi diri. 367 00:18:53,173 --> 00:18:56,393 Macam awak mengaku tinggalkan Lisa, padahal sebaliknya. 368 00:18:56,468 --> 00:18:58,508 Bergantung pada perspektif. 369 00:18:58,595 --> 00:19:00,505 Lihat? Nampak menyedihkan. 370 00:19:00,597 --> 00:19:03,637 Kita akan betulkan keadaan, okey? Saya janji… 371 00:19:04,143 --> 00:19:06,563 Apa benda pada tangan awak itu? 372 00:19:07,771 --> 00:19:09,651 - Gelang suci. - Apa? 373 00:19:10,566 --> 00:19:13,526 Setiap manik ada jampi tuah yang berbeza. 374 00:19:13,610 --> 00:19:15,150 Gelang ini amat berkesan. 375 00:19:15,237 --> 00:19:16,317 Yang paling hebat, 376 00:19:16,405 --> 00:19:18,405 ia buatan siamang Tibet. 377 00:19:24,830 --> 00:19:27,170 - Maksud awak, sami? - Itu yang saya kata. 378 00:19:27,666 --> 00:19:29,166 Sami, siamang, sama saja. 379 00:19:29,835 --> 00:19:33,295 Nama saya Jacob tapi orang pendekkan jadi Jake. 380 00:19:34,506 --> 00:19:36,176 Orang panggil siamang sami. 381 00:19:44,057 --> 00:19:48,977 Mujurlah hal itu dah jelas, saya minta maaf atas kebodohan Beth. 382 00:19:50,647 --> 00:19:54,227 Saya dah telefon Catherine. Dia akan jelaskan. 383 00:19:54,318 --> 00:19:55,148 Saya di sini. 384 00:19:55,235 --> 00:19:58,355 Jika saya nampak marah, itu kerana saya di sini. 385 00:19:58,947 --> 00:20:01,277 Awak makan dengan Jessie de la Cruz? 386 00:20:01,366 --> 00:20:03,286 - Tak. - Dia muat naik foto ini. 387 00:20:03,869 --> 00:20:04,869 Ya. 388 00:20:06,121 --> 00:20:10,291 Masalahnya, nampaknya awak nak gantikan Jake. 389 00:20:10,375 --> 00:20:13,665 Sebaik awak jelaskan, kami boleh sambung kutuk gelangnya. 390 00:20:14,171 --> 00:20:18,301 Saya tak mahu awak tahu begini tapi Jessie akan ambil tempat awak. 391 00:20:18,383 --> 00:20:21,803 Dia juara termuda dalam Siri Pro K&N dan dia wanita. 392 00:20:21,887 --> 00:20:23,007 Dia baru 19 tahun. 393 00:20:23,096 --> 00:20:25,016 Seluar dalam saya lebih tua. 394 00:20:27,351 --> 00:20:29,351 Apa? Masih elok. Saya cuci tangan. 395 00:20:30,395 --> 00:20:32,185 Jessie pelumba yang hebat. 396 00:20:32,981 --> 00:20:34,611 Dia akan tarik perhatian. 397 00:20:34,691 --> 00:20:37,611 Awak kata nak tunggu sebelum buat perubahan besar. 398 00:20:37,694 --> 00:20:40,494 Cat di ruang letak kereta awak pun belum kering. 399 00:20:40,572 --> 00:20:43,662 - Awak yang langgar cat itu? - Jangan lari topik. 400 00:20:44,826 --> 00:20:49,156 Dengar sini, maafkan saya. Kami akan bayar awak sampai habis musim. 401 00:20:49,248 --> 00:20:52,328 Saya berhenti. Beritahu dia. Jangan Kevinkan saya. 402 00:20:52,417 --> 00:20:56,627 Itu bukan ayat dan awak tak boleh berhenti. 403 00:20:56,713 --> 00:20:59,633 Jessie bagus tapi awak dah ada pelumba hebat. 404 00:20:59,716 --> 00:21:01,886 Awak suka menang? Jake orangnya. 405 00:21:01,969 --> 00:21:05,719 Tak boleh, prestasinya teruk. Dia tak habiskan tiga perlumbaan. 406 00:21:05,806 --> 00:21:08,306 Itu bukan salah dia. Kita satu pasukan. 407 00:21:08,392 --> 00:21:10,522 Jangan salahkan pelumba saja. 408 00:21:10,602 --> 00:21:12,772 - Vegas. - Peninjau tak suruh elak. 409 00:21:12,854 --> 00:21:15,984 - Martinsville. - Serpihan rosakkan dua tayar. 410 00:21:16,066 --> 00:21:17,276 Okey, Richmond. 411 00:21:17,859 --> 00:21:19,279 Richmond salah dia. 412 00:21:19,361 --> 00:21:23,121 Tapi saya pun faham, dia nampak awan mirip Abraham Lincoln. 413 00:21:26,702 --> 00:21:27,662 Memang sama. 414 00:21:28,161 --> 00:21:29,001 Ya. 415 00:21:35,794 --> 00:21:38,344 Seiras. Tahi lalat pun ada. Dengar sini. 416 00:21:40,132 --> 00:21:44,302 Boleh dia baiki prestasi? Ya. Tapi hal yang tak boleh diajar, dia tahu. 417 00:21:44,386 --> 00:21:47,346 - Yang boleh diajar, saya enggan belajar. - Cukup. 418 00:21:49,266 --> 00:21:50,556 Awak tak membantu. 419 00:21:51,268 --> 00:21:54,808 Jika awak nak pecat orang untuk bawa perubahan, pecat saya. 420 00:21:54,896 --> 00:21:56,606 Jangan buat saya serba salah. 421 00:21:56,690 --> 00:22:00,490 - Nanti, tak perlu fikir sekarang. - Apa kata mereka berlumba? 422 00:22:00,986 --> 00:22:04,156 Atau kita boleh ikut cara pelumba tahun 1950-an. 423 00:22:07,492 --> 00:22:08,872 Pusingan terpantas menang. 424 00:22:08,952 --> 00:22:11,162 NASCAR larang berlumba tanpa sebab. 425 00:22:11,246 --> 00:22:14,996 NASCAR takkan tahu kecuali gadis pilihan awak takut… 426 00:22:15,083 --> 00:22:16,753 Saya nak jaga hati Jake. 427 00:22:16,835 --> 00:22:19,295 Jake pasti okey. Ayuh berlumba malam ini. 428 00:22:19,379 --> 00:22:20,259 - Sedia? - Ya. 429 00:22:20,756 --> 00:22:23,126 Jika saya kalah, ingat. Saya berhenti. 430 00:22:27,971 --> 00:22:28,971 Kereta ini okey? 431 00:22:29,639 --> 00:22:32,269 Awak selalu tanya tentang kereta. 432 00:22:32,351 --> 00:22:34,641 Kenapa tak tanya khabar Chuck? 433 00:22:36,355 --> 00:22:38,265 Betul kata awak. Maaf. 434 00:22:39,191 --> 00:22:40,321 Apa khabar? 435 00:22:40,817 --> 00:22:41,857 Sama saja. 436 00:22:49,910 --> 00:22:51,830 - Hei. - Terima kasih datang. 437 00:22:51,912 --> 00:22:53,252 Jessie, ini kru. 438 00:22:53,330 --> 00:22:54,750 - Apa khabar? - Hai. 439 00:22:54,831 --> 00:22:56,211 - Salam perkenalan. - Jangan. 440 00:22:56,291 --> 00:22:59,801 Kalau saya kasihankan awak, saya tak sanggup berlumba. 441 00:22:59,878 --> 00:23:02,048 Nak kacau fikiran saya? Cubalah. 442 00:23:02,130 --> 00:23:03,720 Saya dah kacau pun. 443 00:23:05,509 --> 00:23:06,799 Alamak, hebatnya dia. 444 00:23:08,011 --> 00:23:11,101 Satu pusingan untuk pecut maksimum, pusingan terpantas menang. 445 00:23:11,181 --> 00:23:13,641 Kepala atau bunga? Yang betul jalan dulu. 446 00:23:13,725 --> 00:23:14,885 Saya dulu. 447 00:23:20,857 --> 00:23:22,187 Saya suka budak itu. 448 00:23:22,275 --> 00:23:25,065 Dia anak biadab yang saya tak pernah ada. 449 00:23:26,029 --> 00:23:28,699 Takkan saya saja yang rasa dia suka saya? 450 00:23:28,782 --> 00:23:31,242 Ya, macam jerung suka anak anjing laut. 451 00:23:31,827 --> 00:23:33,037 Awak pun perasan? 452 00:23:36,540 --> 00:23:37,830 Dah satu pusingan. 453 00:23:38,333 --> 00:23:39,883 Kelajuan pusingan tadi? 454 00:23:39,960 --> 00:23:41,460 Sangat laju. 455 00:23:41,545 --> 00:23:43,705 - Cakaplah, saya boleh terima. - 157. 456 00:23:43,797 --> 00:23:44,627 Bagus! 457 00:23:45,424 --> 00:23:49,144 - Perlukah saya pura-pura tak sokong? - Jake boleh kalahkannya. 458 00:23:50,220 --> 00:23:51,430 Itu dia. 459 00:23:54,099 --> 00:23:58,059 29,3 saat, 161 batu sejam. 460 00:24:02,566 --> 00:24:03,396 29,3 saat. 461 00:24:03,483 --> 00:24:06,073 - Tak cukup bagus. - Saya akan atasinya. 462 00:24:06,153 --> 00:24:08,533 Dia pelumba hebat tapi bukan untuk awak 463 00:24:08,613 --> 00:24:10,243 kerana saya akan menang. 464 00:24:24,713 --> 00:24:26,473 Dia buat nampak senang. 465 00:24:37,309 --> 00:24:38,769 Sudah kelajuan maksimum. 466 00:24:39,978 --> 00:24:41,228 Macam mana masanya? 467 00:24:42,647 --> 00:24:47,067 Jessie, saya Amir, ketua jurutera. Peminat awak. Tak sabar nak bekerjasama. 468 00:24:47,152 --> 00:24:49,202 - Ayuh, Jakey. - Berapa masanya? 469 00:24:49,738 --> 00:24:51,108 Persaingan ini sengit. 470 00:24:51,198 --> 00:24:52,528 Cepatlah. 471 00:24:53,158 --> 00:24:54,278 Sedikit lagi. 472 00:24:54,910 --> 00:24:55,950 Sedikit lagi. 473 00:24:56,828 --> 00:24:58,408 Dah tamat. 474 00:24:58,497 --> 00:25:01,287 Tepat 28 saat. Awak kalahkan dia lebih sesaat. 475 00:25:01,374 --> 00:25:03,674 Bagus! Saya dah kata dia yang terbaik. 476 00:25:04,252 --> 00:25:06,172 Ya! Alamak, gelang saya! 477 00:25:08,298 --> 00:25:09,968 Siamang bodoh. Alamak. 478 00:25:12,344 --> 00:25:13,184 Saya okey. 479 00:25:17,766 --> 00:25:19,016 Okey, kalau begitu… 480 00:25:20,018 --> 00:25:23,098 Pergi baiki kereta. Saya nak balik cuci seluar dalam. 481 00:25:23,188 --> 00:25:24,358 Syabas. 482 00:25:27,067 --> 00:25:29,437 - Jom, saya belanja minum bir. - Kevin. 483 00:25:29,945 --> 00:25:33,235 Karen. Yang saya tinggalkan di restoran. 484 00:25:33,323 --> 00:25:35,533 Maaf, saya memang nak telefon. 485 00:25:35,617 --> 00:25:38,657 Awak cuba jalapeno inti keju krim? 486 00:25:38,745 --> 00:25:41,495 Sedap betul. Intinya keju. 487 00:25:43,458 --> 00:25:45,088 Saya nak biar kamu berbual. 488 00:25:45,168 --> 00:25:47,088 Cukuplah lihat satu nahas tadi. 489 00:25:48,588 --> 00:25:50,798 Maaflah, saya dapat bos baru. 490 00:25:50,882 --> 00:25:53,092 Hal ini lucu. Jika awak maafkan, saya beritahu. 491 00:25:53,176 --> 00:25:55,676 - Saya maafkan. - Terima kasih. 492 00:25:55,762 --> 00:25:57,682 Tapi saya tetap nak berpisah. 493 00:25:57,764 --> 00:26:00,564 Awak hebat tapi saya tahu lelaki macam awak. 494 00:26:00,642 --> 00:26:03,902 Maksud awak, lelaki kacak yang awak tak jadi marah 495 00:26:03,979 --> 00:26:05,399 kerana dia kacak sangat? 496 00:26:05,480 --> 00:26:07,360 Lelaki kacak yang gila kerja. 497 00:26:07,440 --> 00:26:09,730 Bukan setiap hari. Hari ini gila. 498 00:26:09,818 --> 00:26:11,698 - Masalah dah selesai? - Ya. 499 00:26:11,778 --> 00:26:13,148 Bagus, jaga diri. 500 00:26:16,241 --> 00:26:17,081 Nanti. 501 00:26:19,119 --> 00:26:20,249 Ini burung hantu. 502 00:26:21,454 --> 00:26:22,914 Mesti Hector suka. 503 00:26:28,962 --> 00:26:30,382 - Hei. - Hei. 504 00:26:31,673 --> 00:26:32,923 Awak tonton apa? 505 00:26:33,592 --> 00:26:35,592 Rakaman perlumbaan lama. 506 00:26:36,386 --> 00:26:39,466 - Perlumbaan awak di Darlington lagi? - Tak. 507 00:26:40,348 --> 00:26:42,558 Saya pintas Gordon, tengoklah. 508 00:26:47,063 --> 00:26:50,693 Jadi, nampaknya awak dan Karen dah berpisah. 509 00:26:52,152 --> 00:26:55,242 Saya biar kamu berbual tapi saya pasang telinga. 510 00:26:57,324 --> 00:26:58,954 Nak menangis kali ini? 511 00:26:59,534 --> 00:27:00,374 Tak. 512 00:27:01,328 --> 00:27:02,948 Tapi saya rindu Hector. 513 00:27:04,623 --> 00:27:07,253 Awak boleh sertai program Abang Angkat. 514 00:27:08,293 --> 00:27:11,003 Mungkin wanita seterusnya tak minat. 515 00:27:13,048 --> 00:27:14,218 Betul kata Karen. 516 00:27:14,299 --> 00:27:16,549 Tempat ini akan sentiasa didahulukan. 517 00:27:17,052 --> 00:27:19,392 Ada 40 orang bergantung pada saya. 518 00:27:19,471 --> 00:27:21,721 Bagaimana seorang wanita nak bersaing? 519 00:27:21,806 --> 00:27:25,686 Awak akan jumpa orang yang sayang pasukan ini macam awak. 520 00:27:26,269 --> 00:27:27,099 Yalah. 521 00:27:27,687 --> 00:27:30,817 Kebarangkaliannya sifar dalam satu bilion. 522 00:27:31,983 --> 00:27:33,533 Entahlah. 523 00:27:37,656 --> 00:27:38,776 Saya nak pulang. 524 00:27:39,532 --> 00:27:42,872 - Awak okey? - Ya, saya nak habiskannya. 525 00:27:43,453 --> 00:27:45,413 Nak tonton dengan saya? 526 00:27:45,497 --> 00:27:47,207 Apa kesudahannya? 527 00:27:48,249 --> 00:27:49,459 Orang baik menang. 528 00:27:50,585 --> 00:27:51,415 Okey. 529 00:27:58,176 --> 00:27:59,636 Berapa lama lagi? 530 00:27:59,719 --> 00:28:01,759 - Dua jam setengah. - Selamat malam. 531 00:28:56,735 --> 00:28:59,275 Terjemahan sari kata oleh Fariza Zainal