1 00:00:07,187 --> 00:00:09,312 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:01:22,896 --> 00:01:24,479 - Lari. - Bagaimana dengan Miles? 3 00:01:24,562 --> 00:01:27,354 Tak mengapa, okey? Kita perlu keluar dari sini. 4 00:01:27,646 --> 00:01:30,646 - Ke mana kita nak pergi? - Saya tak tahu, mana-mana sahaja. 5 00:01:30,729 --> 00:01:32,771 - Flora! - Tak! saya tak suka permainan ini. 6 00:01:33,229 --> 00:01:35,146 - Saya tak akan pergi. - Flora! 7 00:01:35,229 --> 00:01:36,604 Awak tak boleh paksa saya! 8 00:01:37,396 --> 00:01:39,646 - Kita mesti pergi. - Miles, awak di mana? 9 00:01:59,979 --> 00:02:01,937 Ketika pertengahan abad ke-17… 10 00:02:06,729 --> 00:02:09,979 terdapat seorang duda tinggal di wilayah Hampshire, 11 00:02:11,646 --> 00:02:13,771 Orangnya biasa-biasa sahaja. 12 00:02:13,854 --> 00:02:16,354 Saya namakannya Mr. Willoughby. 13 00:02:16,896 --> 00:02:20,021 Panggilan terhormat, sesuai dengan dirinya. 14 00:02:22,521 --> 00:02:25,229 Dia telah menduda selepas enam tahun perkahwinannya 15 00:02:25,312 --> 00:02:27,896 dan dia setia menjaga anak-anaknya bersendirian. 16 00:02:28,437 --> 00:02:31,979 Dua orang anak perempuan yang jarak umurnya selang lima tahun. 17 00:02:32,479 --> 00:02:33,854 Yang sulung bernama Viola. 18 00:02:34,604 --> 00:02:36,312 Yang bongsu bernama, Perdita, 19 00:02:36,396 --> 00:02:39,146 nama sempena anak perempuan yang lahir antara mereka 20 00:02:39,521 --> 00:02:41,979 tetapi hanya hidup beberapa minggu. 21 00:02:43,896 --> 00:02:47,979 Setelah ayah mereka dikebumikan mereka diingatkan tentang perkahwinan. 22 00:02:49,062 --> 00:02:50,729 Bagi kedua-dua gadis itu, tiada seorang lelaki pun 23 00:02:50,812 --> 00:02:53,812 yang mampu untuk mengambil alih urusan ekonomi En. Willoughby. 24 00:02:54,646 --> 00:02:56,979 Begitu juga dengan rumah mereka di Bly, 25 00:02:57,062 --> 00:02:58,479 rumah kekal mereka. 26 00:03:05,437 --> 00:03:08,396 Kaum wanita pada zaman itu tidak bernilai apa-apa. 27 00:03:08,646 --> 00:03:11,521 Tiada masa depan tanpa bergantung pada lelaki. 28 00:03:13,729 --> 00:03:16,521 Jadi, mereka ibarat menjadi anak-anak kecil semula. 29 00:03:17,437 --> 00:03:20,687 Tapi, tanpa sesiapa di dunia ini selain satu sama lain. 30 00:03:24,812 --> 00:03:26,479 Pada ketika itu, dua beradik itu, 31 00:03:26,562 --> 00:03:29,229 sedang meningkat dewasa. 32 00:03:29,854 --> 00:03:31,854 Perdita seorang yang lemah lembut. 33 00:03:32,271 --> 00:03:34,104 Viola pula seorang yang bijak. 34 00:03:34,271 --> 00:03:37,271 Semestinya Voila lebih bagus dari segi penampilan. 35 00:03:37,396 --> 00:03:38,271 Sentiasa. 36 00:03:39,021 --> 00:03:41,354 Antara lelaki-lelaki muda, rakan-rakan dan jiran mereka 37 00:03:41,437 --> 00:03:43,146 ada ramai lelaki yang hebat. 38 00:03:43,979 --> 00:03:46,896 Ada lelaki yang setia, dan ada juga beberapa yang 39 00:03:46,979 --> 00:03:49,937 bangga dengan pencapaian mereka yang pandai memikat 40 00:03:50,687 --> 00:03:51,729 atau menakluk. 41 00:03:52,479 --> 00:03:54,604 Tapi, Viola tahu semua niat mereka. 42 00:03:55,146 --> 00:03:58,604 Rakus, oportunis, kaki kikis. 43 00:04:00,604 --> 00:04:03,937 Kaki kikis yang menggunakan kematian Mr. Willoughby, 44 00:04:04,604 --> 00:04:07,646 untuk mengikis kekayaannya melalui anak perempuannya. 45 00:04:07,729 --> 00:04:10,687 Tidak, Bly tidak akan jatuh ke tangan orang luar, 46 00:04:10,812 --> 00:04:13,062 dan adik beradik itu mesti menjaganya. 47 00:04:13,187 --> 00:04:16,521 Paling tidak, ia mesti jatuh pada keturunan yang sama. 48 00:04:18,271 --> 00:04:21,312 Disebabkan itu, Viola menjemput sepupu jauhnya. 49 00:04:22,854 --> 00:04:25,104 En. Arthur Lloyd 50 00:04:27,521 --> 00:04:30,146 Pada dasarnya, dia bukanlah seorang pewaris. 51 00:04:30,604 --> 00:04:32,812 Dia ialah seorang yang jujur, tegas, 52 00:04:33,229 --> 00:04:34,396 pemuda yang bijak. 53 00:04:35,312 --> 00:04:36,896 Kaya dari segi kewangan, 54 00:04:37,521 --> 00:04:39,687 kesihatan dan kehidupan yang selesa. 55 00:04:39,771 --> 00:04:42,354 Dan masih belum mempunyai kekasih. 56 00:04:45,854 --> 00:04:49,479 Viola memastikan yang dia tiada semasa ketibaan sepupunya itu. 57 00:04:49,687 --> 00:04:52,812 Meninggalkan Perdita melayan sepupunya itu, 58 00:04:52,896 --> 00:04:54,937 sementara Viola menunggu masa yang sesuai, 59 00:04:55,021 --> 00:04:58,062 dia mendapati sepupunya itu seorang lelaki yang berbudi bahasa. 60 00:04:58,146 --> 00:04:59,562 Wajahnya sangat kacak. 61 00:04:59,646 --> 00:05:01,396 Dia seorang yang terpelajar, dan juga pengembara. 62 00:05:01,687 --> 00:05:04,521 Dia pandai bahasa Perancis, pandai bermain seruling, 63 00:05:04,604 --> 00:05:07,437 boleh membaca ayat dengan kuat dan lancar. 64 00:05:09,437 --> 00:05:11,771 Apabila Perdita baru saja mula mempunyai perasaan 65 00:05:11,854 --> 00:05:13,479 terhadap lelaki itu… 66 00:05:20,312 --> 00:05:21,854 Viola menjelaskan yang dia lambat 67 00:05:21,937 --> 00:05:24,687 kerana menyelesaikan masalah kutipan sewa. 68 00:05:25,062 --> 00:05:27,812 Sesetengah lelaki, melihat peluang dengan kematian ayahnya, 69 00:05:28,021 --> 00:05:31,354 tidak menjangka yang dia tahu menguruskan perniagaan. 70 00:05:31,604 --> 00:05:34,812 Itu betul, tetapi juga lakonan. 71 00:05:35,937 --> 00:05:39,104 Bahkan, dari mula kemunculan Viola adalah lakonan semata-mata. 72 00:05:39,687 --> 00:05:41,146 Keringat dari kepura-puraannya, 73 00:05:41,229 --> 00:05:42,812 kekuatan dari rambutnya. 74 00:05:42,896 --> 00:05:44,687 Perniagaannya, buku-bukunya. 75 00:05:45,146 --> 00:05:46,896 But menunggang di beranda. 76 00:05:47,021 --> 00:05:49,187 Bahkan potret yang tergantung 77 00:05:49,271 --> 00:05:52,937 diatur oleh Viola, menyampaikan tujuan sebenar mereka kepada Arthur. 78 00:05:53,021 --> 00:05:55,479 Dia boleh mengahwininya, atau adiknya, 79 00:05:55,562 --> 00:05:59,062 tetapi dia tak sepatutnya melanggar kuasa asal Bly Manor, 80 00:05:59,229 --> 00:06:01,229 atau pun cara ia diuruskan. 81 00:06:02,479 --> 00:06:04,104 Perkahwinannya berlangsung sederhana, 82 00:06:04,187 --> 00:06:06,854 sesuai dengan urusan perniagaan yang sepatutnya. 83 00:06:06,979 --> 00:06:08,937 Majlis yang sesuai untuk Viola, 84 00:06:09,062 --> 00:06:12,187 yang perlu mengekalkan kuasanya ke atas Bly, 85 00:06:12,354 --> 00:06:14,146 dan majlis yang sesuai bagi Perdita, 86 00:06:14,229 --> 00:06:16,812 yang sering menikmati keselesaan tempat kelahirannya. 87 00:06:16,896 --> 00:06:20,146 …untuk saling memiliki dan menjaga bermula hari ini dan seterusnya, 88 00:06:20,229 --> 00:06:23,062 ketika baik atau buruk, ketika kaya atau miskin, 89 00:06:23,521 --> 00:06:24,979 ketika sakit atau sihat, 90 00:06:25,729 --> 00:06:27,937 untuk mencintai dan menghargai… 91 00:06:28,604 --> 00:06:30,479 sehingga ajal memisahkan kita. 92 00:06:33,479 --> 00:06:36,021 Menurut ketetapan suci Tuhan 93 00:06:37,979 --> 00:06:41,146 dan dengan ini, saya bersetuju untuk mengahwini kamu. 94 00:06:44,646 --> 00:06:48,646 Saya, Viola, mengambil Arthur menjadi suami saya, 95 00:06:49,437 --> 00:06:51,937 untuk saling memiliki dan menjaga bermula hari ini dan seterusnya, 96 00:06:52,021 --> 00:06:54,729 ketika baik atau buruk, ketika kaya atau miskin, 97 00:06:54,812 --> 00:06:56,312 ketika sakit atau sihat, 98 00:06:56,687 --> 00:06:58,771 untuk mencintai, menghargai… 99 00:07:01,312 --> 00:07:03,104 sehingga ajal memisahkan kita. 100 00:07:04,729 --> 00:07:05,896 Dan patuh. 101 00:07:06,354 --> 00:07:09,437 Untuk mencintai, menghargai, dan patuh. 102 00:07:15,229 --> 00:07:18,187 Paderi itu percaya kesalahan ucapan itu tidak disengajakan. 103 00:07:18,271 --> 00:07:19,437 Sebenarnya tidak. 104 00:07:19,687 --> 00:07:23,354 Bukan satu kejutan buat Perdita, yang lebih mengenali kakaknya. 105 00:07:23,562 --> 00:07:26,187 Bukan juga kejutan buat Tuhan, fikir Perdita, 106 00:07:26,271 --> 00:07:28,771 kerana perkahwinan yang dirancang kakaknya itu berjaya. 107 00:07:28,854 --> 00:07:30,896 Lagipun Tuhan sudah menciptakan kakaknya sebegitu. 108 00:08:05,979 --> 00:08:08,521 Urusan mereka selesai, perniagaan mereka selesai, 109 00:08:08,604 --> 00:08:09,937 rumah mereka selamat, 110 00:08:10,187 --> 00:08:12,521 Viola mula termenung. 111 00:08:14,187 --> 00:08:15,354 Dia akan tidur. 112 00:08:17,604 --> 00:08:18,771 Dia akan bangun. 113 00:08:21,146 --> 00:08:23,354 Dia fikir mungkin kerana bilik itu. 114 00:08:23,521 --> 00:08:27,854 Itu adalah bilik dan katil ibu bapanya yang sekarang menjadi miliknya. 115 00:08:30,771 --> 00:08:33,854 Akibat kegelisahan yang baru dialaminya, 116 00:08:34,979 --> 00:08:36,062 dia akan berjalan. 117 00:08:41,312 --> 00:08:42,396 Dia akan tidur. 118 00:08:45,187 --> 00:08:46,271 Dia akan bangun. 119 00:08:49,104 --> 00:08:50,354 Dia akan berjalan. 120 00:08:53,229 --> 00:08:55,187 Mungkin bukan kerana bilik itu. 121 00:08:56,146 --> 00:08:58,229 Tidak, mungkin kerana benda lain. 122 00:09:03,687 --> 00:09:05,896 Viola sedar walau apapun tujuannya, 123 00:09:06,604 --> 00:09:10,229 lambat laun, perkahwinannya akan mempunyai rasa kasih sayang. 124 00:09:26,187 --> 00:09:28,604 Mak tiada kata-kata manis untuk awak. 125 00:09:29,812 --> 00:09:31,729 Dunia di luar sana sangat ganas. 126 00:09:33,271 --> 00:09:34,687 Tapi, awak lebih ganas. 127 00:09:37,146 --> 00:09:38,354 Bly milik awak. 128 00:09:38,979 --> 00:09:41,479 Mereka akan cuba merampasnya sama seperti yang jadi pada mak. 129 00:09:42,729 --> 00:09:44,562 Mak tak akan membiarkannya. 130 00:09:46,312 --> 00:09:49,062 Bahkan, kita akan berusaha, sayangku. 131 00:09:51,104 --> 00:09:52,146 Awak. 132 00:09:53,854 --> 00:09:54,896 Saya. 133 00:09:56,646 --> 00:09:57,479 Kita. 134 00:10:06,021 --> 00:10:07,729 Suasana menjadi lebih terang 135 00:10:08,312 --> 00:10:09,937 selepas kelahiran Isabel. 136 00:10:10,812 --> 00:10:14,479 Tetapi tiada apa yang kekal, perubahan perlukan masa. 137 00:10:14,729 --> 00:10:17,062 Perubahan hadir tanpa sedar. 138 00:10:17,312 --> 00:10:19,521 Ia tidak mengumumkan kehadirannya. 139 00:10:19,979 --> 00:10:22,104 Tidak, perubahan sedang menghampiri. 140 00:10:22,687 --> 00:10:25,062 Ketika itu, apabila mereka sedar,  141 00:10:25,812 --> 00:10:27,854 ia sudah terlambat. 142 00:10:33,396 --> 00:10:34,521 Bagi Viola… 143 00:10:36,312 --> 00:10:38,562 dia mula mengesyaki sesuatu 144 00:10:38,646 --> 00:10:42,187 yang tidak serius mengganggu paru-parunya. 145 00:10:44,229 --> 00:10:49,229 Viola suka menggayakan pakaian yang terbaik di dunia. 146 00:10:49,604 --> 00:10:52,187 Citarasa yang membuatkan suaminya bangga dengannya. 147 00:10:52,271 --> 00:10:55,604 Kain yang daripada sutera dan satin,  148 00:10:55,687 --> 00:10:59,771 menggunakan benang, baldu dan renda dari serata dunia, 149 00:10:59,854 --> 00:11:01,771 dari pelbagai harga. 150 00:11:01,854 --> 00:11:05,896 Ada yang sangat mahal dan unik seolah-olah dari benang permata 151 00:11:06,062 --> 00:11:08,437 yang menyaluti tangannya yang licik, 152 00:11:08,562 --> 00:11:11,271 tanpa sepatah kata pun datang dari bibirnya. 153 00:11:14,771 --> 00:11:17,729 Yang datang dari bibirnya hanyalah penyakitnya… 154 00:11:19,854 --> 00:11:22,187 yang akhirnya mustahil untuk diabaikan. 155 00:12:07,729 --> 00:12:08,979 Ia bukan kerana wabak itu. 156 00:12:09,062 --> 00:12:10,187 Oh, mujurlah. 157 00:12:12,229 --> 00:12:14,229 Tapi ini bukan berita yang baik. 158 00:12:14,312 --> 00:12:15,771 Dia menghidap batuk kering. 159 00:12:16,271 --> 00:12:17,646 - Apa maksud… - Berapa lama? 160 00:12:17,729 --> 00:12:19,687 - Apa maksudnya? - Berapa lama, doktor? 161 00:12:20,021 --> 00:12:21,896 Berbulan. Paling lama dalam beberapa bulan. 162 00:12:23,021 --> 00:12:25,604 Saya harus asingkan dia daripada kamu semua. 163 00:12:26,146 --> 00:12:27,354 Anak perempuan kami. 164 00:12:28,229 --> 00:12:30,396 Dia tak boleh tidur tanpa ibunya. 165 00:12:30,479 --> 00:12:31,604 Asingkan. 166 00:12:32,021 --> 00:12:33,521 Awak akan merawat dia. 167 00:12:34,229 --> 00:12:35,062 Sembuhkan dia. 168 00:12:35,562 --> 00:12:37,771 - Saya tak yakin jika boleh. - Awak mesti. 169 00:12:38,937 --> 00:12:41,812 Awak mesti. Tuhan akan tolong, tapi awak mesti cuba. 170 00:12:54,479 --> 00:12:55,312 Tidak. 171 00:12:56,354 --> 00:12:58,604 Tidak, saya nak berada di katil kita. 172 00:12:58,854 --> 00:13:00,062 Tak boleh, sayang. 173 00:13:01,562 --> 00:13:03,937 Saya mahu berada di katil kita. 174 00:13:04,979 --> 00:13:05,812 Arthur. 175 00:13:08,021 --> 00:13:09,646 - Tolong. - Isabel. 176 00:13:11,104 --> 00:13:12,521 Fikirkan tentang Isabel. 177 00:14:27,354 --> 00:14:29,312 Setelah semua perkara yang memenatkan itu, 178 00:14:29,396 --> 00:14:31,354 paderi itu datang semula ke Bly, 179 00:14:32,812 --> 00:14:35,271 tapi untuk membacakan sesuatu yang lebih teruk 180 00:14:36,104 --> 00:14:39,187 daripada ikrar perkahwinan yang pernah dia ungkapkan. 181 00:14:39,271 --> 00:14:42,437 "Aku pergi dan menyediakan tempat bagimu." 182 00:14:43,604 --> 00:14:45,646 "Dan Aku akan datang kembali 183 00:14:46,896 --> 00:14:49,312 dan membawa kamu ke tempat-Ku, 184 00:14:50,521 --> 00:14:52,312 supaya di mana Aku berada, 185 00:14:52,437 --> 00:14:54,229 kamu pun berada." 186 00:14:57,479 --> 00:14:58,312 Saudari… 187 00:14:59,229 --> 00:15:01,229 kamu harus ulangi bacaan itu. 188 00:15:02,396 --> 00:15:04,021 Ikut saya. 189 00:15:05,437 --> 00:15:08,229 "Aku pergi dan menyediakan tempat bagimu." 190 00:15:10,396 --> 00:15:13,937 "Dan Aku akan datang kembali dan membawa kamu ke tempat-Ku, 191 00:15:14,854 --> 00:15:18,479 supaya di mana Aku berada, kamu pun berada." 192 00:15:19,854 --> 00:15:22,229 Saudari, kita cuba lagi sekali. 193 00:15:24,437 --> 00:15:27,479 "Aku pergi dan menyediakan tempat bagimu." 194 00:15:27,562 --> 00:15:28,521 Tidak. 195 00:15:29,437 --> 00:15:30,854 Apa yang kamu cakapkan? 196 00:15:32,187 --> 00:15:33,021 Tidak. 197 00:15:34,479 --> 00:15:35,729 Saya tak akan pergi. 198 00:15:39,437 --> 00:15:40,812 Beritahu Tuhan awak… 199 00:15:41,854 --> 00:15:46,396 yang saya tak mahu pergi. 200 00:15:49,479 --> 00:15:52,187 Viola, awak harus ulangi bacaan itu. 201 00:15:53,271 --> 00:15:57,021 ini bukan tentang tubuh awak, sayang. 202 00:15:57,771 --> 00:15:59,812 Kita harus merawat jiwa awak. 203 00:16:00,146 --> 00:16:03,021 - Saya risaukan jiwa awak. - Tidak. 204 00:16:03,104 --> 00:16:04,229 Perdita, jangan. 205 00:16:04,479 --> 00:16:06,021 Kakak, awak beritahu mereka. 206 00:16:06,104 --> 00:16:09,187 Beritahu paderi itu dan Tuhannya. 207 00:16:09,604 --> 00:16:10,562 Beritahu mereka, "tidak." 208 00:16:10,646 --> 00:16:13,729 Tuhan mahu jiwanya yang suci untuk dibawa ke rumahnya. 209 00:16:13,812 --> 00:16:15,187 Tuhan patut lebih tahu. 210 00:16:15,604 --> 00:16:17,146 Dia jadi begitu kerana Tuhan yang menciptanya. 211 00:16:18,021 --> 00:16:20,646 Jika dia tak mahu pergi, dia tak akan pergi. 212 00:16:27,604 --> 00:16:29,479 Masa pun berlalu. 213 00:16:29,562 --> 00:16:32,396 Dari hari ke minggu, ke bulan, sehingga bertahun-tahun. 214 00:16:32,604 --> 00:16:34,062 Matahari terus berputar 215 00:16:34,146 --> 00:16:35,979 mengelilingi galaksi. 216 00:16:37,187 --> 00:16:38,021 Sehingga… 217 00:16:38,437 --> 00:16:39,271 Isabel. 218 00:16:40,229 --> 00:16:43,229 …lima tahun telah berlalu, dan semuanya berubah. 219 00:16:43,312 --> 00:16:44,146 Isabel. 220 00:16:44,854 --> 00:16:46,604 Tolonglah, beri saya sikit masa lagi. 221 00:16:46,687 --> 00:16:48,687 Awak bukannya boleh baca buku itu pun. 222 00:16:48,771 --> 00:16:50,229 Saya boleh baca. 223 00:16:50,312 --> 00:16:51,187 Pergi tidur. 224 00:16:52,062 --> 00:16:53,854 Sudah tiga kali mak cik cakap. 225 00:16:59,187 --> 00:17:00,021 Tak boleh. 226 00:17:00,562 --> 00:17:01,521 Sekejap sahaja. 227 00:17:01,604 --> 00:17:02,479 Tak boleh. 228 00:17:02,687 --> 00:17:03,896 Baiklah, sekali sahaja. 229 00:17:03,979 --> 00:17:06,979 - Tapi ini masa untuk tidur. - Sekali sahaja. 230 00:17:08,271 --> 00:17:09,312 Bagus, tuan. 231 00:17:15,854 --> 00:17:16,812 Lihatlah. 232 00:17:17,229 --> 00:17:18,854 Nampaknya awak semakin bagus. 233 00:17:19,562 --> 00:17:21,479 Ya, ayah rasa awak dah bersedia. 234 00:17:22,646 --> 00:17:23,896 Kita perlukan muzik. 235 00:17:23,979 --> 00:17:25,104 Oh, tak perlu. 236 00:17:25,646 --> 00:17:29,354 Sebenarnya, untuk belajar menari, kita hanya perlukan nombor. 237 00:17:32,521 --> 00:17:37,396 Satu, dua, tiga. 238 00:17:37,479 --> 00:17:39,312 Pijak, dua, tiga. 239 00:17:39,396 --> 00:17:40,604 Pusing, dua, tiga. 240 00:17:41,062 --> 00:17:43,437 Mak cik, kita perlukan muzik, bukan? 241 00:17:43,521 --> 00:17:45,604 Kita perlukan tidur. 242 00:17:45,687 --> 00:17:47,646 Oh, mak cik ini membosankan. 243 00:17:48,354 --> 00:17:49,312 Mak cik begitu? 244 00:17:50,021 --> 00:17:51,854 Mak cik tahu menari? 245 00:17:51,937 --> 00:17:54,312 Mastilah saya tahu menari, cik muda. 246 00:17:54,396 --> 00:17:56,062 Saya tak pernah nampak mak cik menari. 247 00:17:56,146 --> 00:17:57,521 Awak dah terkena, Perdi. 248 00:17:58,021 --> 00:17:59,354 Saya tahu. 249 00:18:01,104 --> 00:18:03,229 - Oh, tak mahu… - Sekali sahaja. 250 00:18:05,062 --> 00:18:08,021 Mari tunjukkan cara menari yang betul. 251 00:18:22,479 --> 00:18:25,896 Satu, dua, tiga. 252 00:18:25,979 --> 00:18:27,562 Pijak, dua, tiga. 253 00:18:27,646 --> 00:18:29,562 Pusing, dua, tiga. 254 00:18:29,937 --> 00:18:34,521 Satu, dua, tiga. 255 00:18:51,479 --> 00:18:55,104 Viola telah melepasi ramalan doktor dan paderi itu. 256 00:18:55,479 --> 00:18:59,354 Dia masih hidup, akibat kedegilannya sendiri. 257 00:18:59,854 --> 00:19:00,729 Mak, dah bangun! 258 00:19:00,812 --> 00:19:04,104 Isabel, awak tahukan, tak boleh terlalu rapat dengan mak. 259 00:19:04,187 --> 00:19:06,562 Vi, kenapa awak keluar dari bilik? Awak akan kesejukan nanti. 260 00:19:06,646 --> 00:19:08,729 Saya tak mahu terlepas majlis ini. 261 00:19:09,812 --> 00:19:12,979 Mari, saya bawa awak ke bilik. Saya akan buatkan awak teh herba. 262 00:19:13,062 --> 00:19:16,271 Saya tak mahu teh. Saya mahu bercakap dengan anak saya. 263 00:19:45,479 --> 00:19:46,604 Bawa saya ke bilik. 264 00:19:49,021 --> 00:19:49,854 Baiklah. 265 00:20:22,146 --> 00:20:24,062 - Saya minta maaf. - Tak perlu. 266 00:20:24,146 --> 00:20:26,854 - Awak tahu saya boleh menari dengan dia. - Saya tahu. 267 00:20:27,687 --> 00:20:29,562 Saya boleh menari dengan suami saya. 268 00:20:31,729 --> 00:20:33,521 Awak tak perlu gantikan saya. 269 00:20:34,937 --> 00:20:36,354 Dalam setiap perkara. 270 00:20:37,229 --> 00:20:38,229 Saya takkan buat begitu. 271 00:20:42,271 --> 00:20:43,896 Semoga kakak tidur nyenyak. 272 00:20:48,146 --> 00:20:51,146 Ada orang kampung yang mengatakan Viola telah mati. 273 00:20:51,729 --> 00:20:53,062 Bahkan, setiap malam. 274 00:20:53,187 --> 00:20:54,646 Beberapa tahun dahulu, 275 00:20:55,146 --> 00:20:58,396 sebuah pedati gelap yang dibawa oleh kuda bermata merah 276 00:20:58,479 --> 00:21:01,021 tidak dibenarkan masuk di pintu Bly Manor. 277 00:21:01,187 --> 00:21:05,062 Pedati gelap dan pemandunya seringkali dihalau 278 00:21:05,854 --> 00:21:08,937 sehingga dia tidak berminat lagi untuk ke Bly Manor. 279 00:21:16,604 --> 00:21:19,271 Terbaring aku dan cintaku 280 00:21:20,437 --> 00:21:23,062 Di bawah pohon willow 281 00:21:24,896 --> 00:21:27,896 Kini aku terbaring sendirian 282 00:21:29,104 --> 00:21:31,937 Dan menangis di sini 283 00:21:33,021 --> 00:21:37,104 Menyanyikan "O willow waly, 284 00:21:38,104 --> 00:21:41,354 Di pohon yang menangis bersamaku 285 00:21:42,354 --> 00:21:46,271 Menyanyikan "O willow waly" 286 00:21:47,104 --> 00:21:51,021 Sehingga cintaku pulang padaku 287 00:22:08,771 --> 00:22:10,146 Saya mahu tidur dengan dia. 288 00:22:10,229 --> 00:22:11,687 Tak boleh, Viola. 289 00:22:11,896 --> 00:22:13,729 Tapi, saya rasa sihat hari ini. 290 00:22:14,104 --> 00:22:18,312 Setiap hari awak cakap begitu dan awak semakin teruk dari hari ke hari. 291 00:22:22,021 --> 00:22:24,146 Cik Puan Bly Manor 292 00:22:24,229 --> 00:22:25,312 Saya tiada niat apa-apa. 293 00:22:25,396 --> 00:22:28,312 - Tipu. - Tak pernah, Viola. 294 00:22:28,396 --> 00:22:29,229 Penipu. 295 00:22:34,687 --> 00:22:38,312 Jika pun dia melihat saya waktu ini, itu kerana dia kesunyian. 296 00:22:38,396 --> 00:22:39,646 Dia juga manusia. 297 00:22:40,062 --> 00:22:43,396 Ini kerana selama lima tahun, perkara yang dia lakukan sebagai suami 298 00:22:43,479 --> 00:22:44,604 hanyalah bersedih. 299 00:22:54,646 --> 00:22:56,771 - Saya tak akan benarkan. - Awak tak akan. 300 00:22:57,437 --> 00:22:58,854 Saya tahu, saya perasan. 301 00:23:01,604 --> 00:23:03,854 Awak patut fikirkan tentang anak awak. 302 00:23:04,437 --> 00:23:05,396 Fikirkan tentang Isabel. 303 00:23:06,562 --> 00:23:09,729 Apa yang akan dia warisi? Apa kenangan yang dia ada? 304 00:23:10,396 --> 00:23:12,729 Boleh jadi ini? Perangai awak? 305 00:23:14,354 --> 00:23:17,062 Viola, dengan kasih sayang, semuanya boleh berlaku. 306 00:23:26,771 --> 00:23:30,146 Setelah tahun ke enam Viola hidup seperti mayat hidup, 307 00:23:30,229 --> 00:23:33,146 dia mengumpulkan semua barang kemas dan baju-baju yang 308 00:23:33,229 --> 00:23:36,229 dia belanjakan sebelum dia jatuh sakit, ke biliknya. 309 00:24:26,312 --> 00:24:29,021 Saya tak akan ditanam bersama barang kemas saya. 310 00:24:29,146 --> 00:24:30,229 Ataupun pakaian-pakaian saya. 311 00:24:31,604 --> 00:24:35,062 Cincin saya, kain renda, dan sutera. 312 00:24:36,896 --> 00:24:40,854 Saya tidak mahu bermegah dengan semua ini lagi. 313 00:24:44,104 --> 00:24:46,979 Semua ini akan menjadi harta pusaka anak kita. 314 00:24:49,396 --> 00:24:51,021 Jadi, awak mesti simpan. 315 00:24:51,937 --> 00:24:54,146 Jaga betul-betul, untuk anak kita. 316 00:24:55,062 --> 00:24:56,896 Dia akan membesar dengannya. 317 00:24:59,437 --> 00:25:00,604 Semua ini disaluti… 318 00:25:01,604 --> 00:25:03,146 dilindungi dengan kelopak mawar. 319 00:25:04,354 --> 00:25:07,771 Untuk menjaga warnanya di dalam kegelapan bauan yang wangi. 320 00:25:09,437 --> 00:25:11,771 Boleh awak berjanji pada saya, Atrhur? 321 00:25:12,687 --> 00:25:14,021 Janji apa? 322 00:25:14,104 --> 00:25:17,104 Berjanji yang awak akan menjaganya untuk anak kita. 323 00:25:17,187 --> 00:25:18,896 Awak akan simpan kunci ini 324 00:25:19,021 --> 00:25:20,562 dan awak tak akan beri pada sesiapa 325 00:25:21,229 --> 00:25:23,896 kecuali anak kita. 326 00:25:26,271 --> 00:25:27,104 Janji. 327 00:25:28,396 --> 00:25:29,437 Saya janji. 328 00:25:50,729 --> 00:25:53,229 Kejatuhan ekonomi melanda, 329 00:25:53,771 --> 00:25:56,062 perniagaan Arthur menyebabkan dia sering kali keluar. 330 00:25:56,146 --> 00:26:00,146 Ke tempat yang jauh di seberang laut, ke tempat eksotik dan kaya. 331 00:26:04,771 --> 00:26:08,021 Dengan pemergian Atrhur, semua kepura-puraan diketepikan. 332 00:26:08,771 --> 00:26:10,062 Mungkin itulah masanya. 333 00:26:10,396 --> 00:26:13,687 Mungkin semua yang terjadi di dunia ini ada hadnya 334 00:26:13,771 --> 00:26:16,687 yang mana selepas itu ia tidak mampu ditanggung lagi. 335 00:26:16,896 --> 00:26:19,687 Tapi malam itu, ketika Perdita melihat kakaknya, 336 00:26:20,104 --> 00:26:21,646 dia terfikirkan sesuatu. 337 00:26:21,896 --> 00:26:24,729 Perkataan yang mula muncul setahun yang lalu, 338 00:26:24,979 --> 00:26:29,396 seperti kesan di paru-paru Viola, yang berkembang di tempat rahsia. 339 00:26:30,021 --> 00:26:33,437 Perkataan yang terlintas di hatinya dan menyedarkannya. 340 00:26:34,146 --> 00:26:37,979 Perkataan yang bermula dari hatinya, sama seperti kesakitan Viola. 341 00:26:39,396 --> 00:26:41,437 Ia terus tersebar dengan pantas. 342 00:26:41,562 --> 00:26:45,271 Bisikan di telinganya, di seluruh mindanya. 343 00:26:45,354 --> 00:26:49,937 Kini, perkataan itu menjalar ke bahu dan lengannya, 344 00:26:50,354 --> 00:26:52,687 sehingga sampai ke tangannya. 345 00:26:53,896 --> 00:26:55,687 Perkataan itu adalah… 346 00:26:56,354 --> 00:26:57,229 "belas kasihan." 347 00:26:58,146 --> 00:27:00,479 Perkataan itu adalah dusta. 348 00:27:03,312 --> 00:27:06,854 Bukan belas kasihan yang membelenggu minda dan jiwanya, 349 00:27:06,937 --> 00:27:08,521 apabila dia menggerakkan tangannya. 350 00:27:08,604 --> 00:27:12,521 Untuk setiap tamparan, hinaan dan hari-hari yang telah berlalu. 351 00:27:12,604 --> 00:27:14,937 Setiap saat, selepas upacara yang terakhir itu. 352 00:27:15,812 --> 00:27:19,604 Ada perkataan lain yang membelenggunya selama ini. 353 00:27:19,687 --> 00:27:22,896 Dia sedar, perkataan itu bukannya belas kasihan. 354 00:27:22,979 --> 00:27:26,479 Perkataan yang sudah lama dalam fikirannya adalah... 355 00:27:27,687 --> 00:27:28,521 "cukup." 356 00:28:03,312 --> 00:28:06,812 Arthur menghadapi kesedihannya dengan berhati-hati dan bermaruah. 357 00:28:36,187 --> 00:28:38,479 AMANAH SAYA 358 00:28:45,812 --> 00:28:49,604 Duda itu, yang kini menjadi pemilik di Bly Manor, 359 00:28:49,979 --> 00:28:53,271 diramalkan dia akan berkahwin semula tidak lama lagi. 360 00:28:53,354 --> 00:28:55,562 Ada ramai gadis muda yang menunggu 361 00:28:55,646 --> 00:28:58,562 tapi bukan salah mereka tidak terpilih 362 00:28:58,646 --> 00:29:01,021 kerana setelah enam bulan kepulangannya 363 00:29:01,104 --> 00:29:03,062 ramalan itu ternyata tidak benar. 364 00:29:04,271 --> 00:29:07,854 Kerana dari mata Perdita, dia merasakan aura Viola. 365 00:29:08,562 --> 00:29:10,187 Dan aura itu semakin tebal, 366 00:29:11,229 --> 00:29:13,937 sehinggakan dia tidak menghiraukan gadis lain. 367 00:29:15,979 --> 00:29:18,687 Mereka akhirnya berkahwin, secara rahsia. 368 00:29:19,854 --> 00:29:21,187 Hanya mereka sahaja. 369 00:29:21,646 --> 00:29:24,854 Dengan harapan, yang mana ketika itu menjadi jenaka, 370 00:29:25,104 --> 00:29:27,521 yang mendiang Viola tidak akan tahu. 371 00:29:27,562 --> 00:29:29,396 VIOLA LLOYD 1645 - 1680 UMUR 35 TAHUN 372 00:29:30,187 --> 00:29:31,562 Pada malam perkahwinan mereka,  373 00:29:31,646 --> 00:29:35,062 Perdita tidur di katil yang pernah menjadi milik kakaknya, 374 00:29:35,437 --> 00:29:38,187 yang semua itu pernah menjadi impiannya. 375 00:29:39,687 --> 00:29:41,771 Bagi Arthur, seorang wanita yang cantik, 376 00:29:41,854 --> 00:29:45,104 mempunyai keinginan yang sama melalui apa yang diwarisinya. 377 00:29:45,687 --> 00:29:48,771 Tetapi, keinginan Perdita, seperti yang kita tahu, 378 00:29:48,854 --> 00:29:50,562 kekal menjadi misteri. 379 00:29:54,437 --> 00:29:56,604 Di awal tiga tahun perkahwinan mereka, 380 00:29:56,687 --> 00:30:00,062 Pn. Lloyd yang baru gagal untuk melahirkan zuriat. 381 00:30:02,187 --> 00:30:07,562 Anak angkatnya pula tidak mahu menganggapnya sebagai seorang ibu. 382 00:30:42,021 --> 00:30:45,104 Arthur pula, banyak mengalami kerugian. 383 00:30:45,896 --> 00:30:47,104 Ini mengakibatkan 384 00:30:47,187 --> 00:30:49,354 mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan 385 00:30:50,187 --> 00:30:52,521 dan Perdita pula tidak membantu apa-apa, 386 00:30:52,604 --> 00:30:54,271 berbeza daripada kakaknya. 387 00:30:57,646 --> 00:30:59,146 Dia mula teringatkan 388 00:30:59,229 --> 00:31:02,354 barangan mewah kakaknya yang kini telah disimpan 389 00:31:02,437 --> 00:31:04,271 menjadi pusaka untuk anaknya. 390 00:31:04,354 --> 00:31:08,187 Pusaka itu terbiar di tempat suram, di dalam loteng yang berhabuk. 391 00:31:09,562 --> 00:31:12,396 Sangat menyeksakan melihat pakaian mewah itu 392 00:31:12,479 --> 00:31:15,646 dibiarkan menunggu anak gadisnya dewasa, 393 00:31:16,146 --> 00:31:17,271 oleh yang demikian, 394 00:31:17,854 --> 00:31:19,979 pada tahun ke enam kematian Voila, 395 00:31:22,354 --> 00:31:24,229 Perdita sudah tidak mampu bersabar. 396 00:31:25,437 --> 00:31:26,979 Rumah kita semakin teruk. 397 00:31:27,687 --> 00:31:29,354 Kewangan kita juga teruk. 398 00:31:30,187 --> 00:31:33,312 Kita ada penyelesaiannya, terkunci di loteng. 399 00:31:33,896 --> 00:31:36,312 Kita tak mampu menggaji pembantu rumah, 400 00:31:36,396 --> 00:31:39,646 sedangkan kain-kain sutera dan batu permata terkunci rapi di atas. 401 00:31:39,729 --> 00:31:41,229 - Perdita… - Jika tak cukup untuk kita, 402 00:31:41,312 --> 00:31:42,437 paling tidak cukup untuk betulkan keadaan. 403 00:31:42,521 --> 00:31:44,729 - Tak boleh. - Dia pasti benarkan. 404 00:31:45,354 --> 00:31:48,104 Kalaulah dia dapat lihat betapa dahsyatnya keadaan kita, 405 00:31:48,187 --> 00:31:50,146 betapa dahsyatnya apa yang awak lakukan, 406 00:31:51,354 --> 00:31:52,604 - Saya? - Ya. 407 00:31:53,146 --> 00:31:56,937 Bukankan awak sepatutnya bertanggungjawab dalam hal kewangan kita? 408 00:31:57,062 --> 00:31:59,771 Bukankah awak yang menyebabkan kita mengalami kerugian? 409 00:32:01,729 --> 00:32:04,021 Apa yang kakak saya mahukan, adalah supaya Bly sentiasa masyhur. 410 00:32:04,104 --> 00:32:07,687 Dia akan lakukan apa sahaja untuk selamatkan Bly, 411 00:32:07,771 --> 00:32:08,854 awak patut tahu. 412 00:32:08,937 --> 00:32:10,021 Itu semua untuk Isabel. 413 00:32:10,104 --> 00:32:11,729 Rumah ini untuk Isabel. 414 00:32:12,521 --> 00:32:15,479 Kita biarkan ia musnah sebelum dia layak dapatkannya? 415 00:32:15,562 --> 00:32:17,854 Sekali lagi saya ingatkan, Perdita… 416 00:32:19,146 --> 00:32:20,729 ini bukan persoalannya. 417 00:32:20,812 --> 00:32:24,646 Dan saya tidak senang jika awak mengungkit tentangnya lagi. 418 00:32:24,729 --> 00:32:25,562 Baguslah. 419 00:32:26,271 --> 00:32:28,521 Senang saya tahu, nilai yang saya ada. 420 00:32:29,021 --> 00:32:31,729 Terpaksa berkorban demi kemahuan seseorang. 421 00:32:36,854 --> 00:32:39,646 Sayang, ini bukan kemahuan saya. 422 00:32:41,479 --> 00:32:42,646 Ini adalah janji. 423 00:32:43,729 --> 00:32:44,562 Satu sumpah. 424 00:32:44,979 --> 00:32:45,896 Satu sumpah. 425 00:32:47,896 --> 00:32:48,771 Kepada Viola. 426 00:32:49,937 --> 00:32:50,771 Semestinya. 427 00:32:51,687 --> 00:32:53,896 Kita tak boleh memungkiri sumpah kepada Viola. 428 00:32:55,271 --> 00:32:58,521 Tapi, apa hak Viola untuk menghapuskan masa depan kita? 429 00:33:00,479 --> 00:33:04,229 Apa hak dia untuk butakan hati awak dan bersikap kejam sebegini? 430 00:33:04,729 --> 00:33:05,854 Cukuplah. 431 00:36:03,021 --> 00:36:03,854 Perdita? 432 00:36:46,771 --> 00:36:48,562 Para pendengar, kita kembali, 433 00:36:49,062 --> 00:36:50,396 ke malam sebelum itu. 434 00:36:50,604 --> 00:36:53,312 Malam di mana sebelum Viola tidur. 435 00:39:29,104 --> 00:39:30,354 Dia akan tidur. 436 00:39:33,271 --> 00:39:34,354 Dia akan bangun. 437 00:39:45,229 --> 00:39:46,479 Dia akan berjalan. 438 00:40:23,229 --> 00:40:24,437 Dia akan tidur. 439 00:40:26,896 --> 00:40:28,271 Dia akan bangun. 440 00:40:30,604 --> 00:40:31,896 Dia akan berjalan. 441 00:40:36,396 --> 00:40:37,854 Dan masa terus berlalu. 442 00:40:38,729 --> 00:40:41,937 Agak mustahil untuk menentukan bila ia akan berakhir. 443 00:40:53,354 --> 00:40:54,187 Tidur. 444 00:40:55,979 --> 00:40:56,812 Bangun. 445 00:40:58,854 --> 00:40:59,687 Berjalan. 446 00:41:02,854 --> 00:41:03,812 Tidur. 447 00:41:04,229 --> 00:41:05,062 Bangun. 448 00:41:05,604 --> 00:41:06,437 Berjalan. 449 00:41:09,062 --> 00:41:11,271 Sehingga sampai suatu masa 450 00:41:12,146 --> 00:41:13,521 dia menerima kenyataan. 451 00:41:18,771 --> 00:41:21,021 Dia menerima kenyataan bahawa dia sudah mati. 452 00:41:21,104 --> 00:41:23,729 Dia menerima kenyataan bahawa suaminya telah berkahwin. 453 00:41:23,812 --> 00:41:27,229 Dia menerima kenyataan bahawa anaknya membesar tanpa dia. 454 00:41:28,604 --> 00:41:31,521 Dia menerima kenyataan bahawa bilik itu hanyalah khayalannya, 455 00:41:31,604 --> 00:41:34,521 sesuatu yang dicipta, pembohongan yang lebih baik 456 00:41:35,229 --> 00:41:37,354 daripada kebenaran tentang jasadnya. 457 00:41:38,521 --> 00:41:42,271 Tetapi di penghujung seksaannya, sesuatu menanti, 458 00:41:42,521 --> 00:41:46,354 habuan yang dia tahu suatu hari nanti, pintu itu akan terbuka. 459 00:41:47,062 --> 00:41:49,729 Suatu hari nanti, pintu itu dibuka kuncinya 460 00:41:49,812 --> 00:41:53,354 dan suatu hari nanti, Isabel akan membuka pusaka ibunya, 461 00:41:53,479 --> 00:41:54,937 dan menuntut habuannya. 462 00:41:55,979 --> 00:41:57,396 Kedua-dua habuannya. 463 00:41:57,812 --> 00:42:00,521 Siang dan malam silih berganti, 464 00:42:01,646 --> 00:42:05,396 setelah lautan masa, akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba. 465 00:43:01,479 --> 00:43:03,062 Ketika dia melihat suaminya, 466 00:43:03,146 --> 00:43:06,854 dia tidak nampak apa-apa melainkan kesedihannya. 467 00:43:07,646 --> 00:43:08,479 Hanya itu. 468 00:43:09,062 --> 00:43:10,896 Dia terharu dan dia… 469 00:43:12,187 --> 00:43:13,854 tidur dan menunggu. 470 00:43:35,271 --> 00:43:38,187 Mereka menguburkan Pn. Perdita dan mulakan kehidupan baru. 471 00:43:39,187 --> 00:43:41,604 Mereka kehilangan perniagaan dan rumah mereka. 472 00:43:41,979 --> 00:43:44,271 Walaupun bukan dari segi undang-undang, tapi dari segi semangat. 473 00:43:44,687 --> 00:43:46,271 Mereka mahu pindah dari sini, 474 00:43:46,354 --> 00:43:49,479 jual rumah itu dan mulakan kehidupan yang sederhana dan tenang, 475 00:43:49,562 --> 00:43:51,062 hanya mereka berdua. 476 00:43:51,729 --> 00:43:53,312 Mereka berdua dan juga… 477 00:43:54,312 --> 00:43:55,146 Viola. 478 00:43:56,146 --> 00:43:59,604 Akhirnya, paling tidak dia akan bersama mereka berdua. 479 00:43:59,687 --> 00:44:01,521 Suami dan anaknya. 480 00:44:01,854 --> 00:44:05,687 Walaupun mereka tak boleh nampak, pegang ataupun dengar dia. 481 00:44:06,271 --> 00:44:07,104 Tak mengapa. 482 00:44:07,354 --> 00:44:10,437 Dia akan sentiasa bersama mereka dan itu yang paling penting. 483 00:44:12,771 --> 00:44:14,021 Mereka mahu meninggalkan Bly, 484 00:44:14,229 --> 00:44:16,687 meninggalkan apa yang sepatutnya menjadi milik mereka. 485 00:44:17,104 --> 00:44:20,062 Habuan yang Viola akan dapat selama kesunyiannya. 486 00:44:20,479 --> 00:44:23,396 Untuk sepanjang penyeksaan yang dialaminya. 487 00:44:23,896 --> 00:44:26,729 Tetapi, Arthur, seorang yang mempercayai tahyul, 488 00:44:26,812 --> 00:44:29,646 telah melihat wajah ngeri mayat Perdita. 489 00:44:29,896 --> 00:44:34,187 Fikiran karutnya tidak menerima alasan lain dan dia yakin dengannya. 490 00:44:34,521 --> 00:44:36,729 Walau apapun sumpahan yang terjadi pada isteri keduanya, 491 00:44:36,812 --> 00:44:40,562 dia tak akan membiarkan anaknya menjadi mangsa. 492 00:44:40,646 --> 00:44:42,646 Anaknya, atau sesiapapun. 493 00:44:51,521 --> 00:44:55,146 Dilempar di paya yang dalam adalah suatu penghinaan yang teruk, 494 00:44:55,229 --> 00:44:57,771 sementara anak gadisnya membesar menjadi seorang wanita. 495 00:44:57,896 --> 00:44:59,937 Ditinggalkan seperti ini… 496 00:45:03,229 --> 00:45:05,229 menggoreskan hati Viola. 497 00:45:06,729 --> 00:45:10,104 Perasaan ditinggalkan di tempat lain, 498 00:45:10,187 --> 00:45:11,687 di alam yang lain, 499 00:45:11,771 --> 00:45:13,812 telah lenyap semenjak kematiannya, 500 00:45:14,146 --> 00:45:16,646 tapi kini, dia tidak akan mengalah. 501 00:45:17,021 --> 00:45:19,354 Dengan apa yang ditinggalkan sebagai wasiatnya, 502 00:45:19,854 --> 00:45:22,812 ketika dia sedang sakit dan menghadapi segala tentangan, 503 00:45:23,187 --> 00:45:25,479 Viola tidak akan pergi. 504 00:45:26,604 --> 00:45:30,396 Anak sulung Willoughby, yang pernah menjadi Puan Llyod Bly, 505 00:45:31,146 --> 00:45:34,354 kekal di situ, kerana kedegilannya sendiri. 506 00:45:36,771 --> 00:45:41,104 Tarikan graviti dunia dihiraukan, malah dia mencipta gravitinya sendiri, 507 00:45:41,646 --> 00:45:43,312 graviti demi kehendaknya, 508 00:45:43,437 --> 00:45:46,479 yang mengubah rupa bumi di Bly Manor selama-lamanya. 509 00:45:46,896 --> 00:45:49,396 Dan sekali lagi, dia akan tidur. 510 00:46:01,562 --> 00:46:02,687 Dia akan bangun. 511 00:46:13,562 --> 00:46:14,812 Dia akan berjalan. 512 00:46:18,937 --> 00:46:20,687 Seperti bangun dari mimpi ngeri, 513 00:46:20,771 --> 00:46:22,562 dia akan balik ke rumahnya, 514 00:46:22,937 --> 00:46:26,146 merasakan yang dia seperti berada dalam mimpi. 515 00:46:29,979 --> 00:46:32,104 Merasakan jika dia berjalan ke bilik itu, 516 00:46:32,521 --> 00:46:34,854 bilik di mana dia dan suaminya pernah bersama, 517 00:46:35,937 --> 00:46:36,937 anak gadisnya, 518 00:46:37,896 --> 00:46:41,271 dan mungkin mimpi ngerinya akan hilang, 519 00:46:41,396 --> 00:46:44,187 yang mungkin dia boleh tidur diselimuti selimut yang hangat, 520 00:46:44,271 --> 00:46:46,521 dan pulang ke pengkuan keluarganya, 521 00:46:47,312 --> 00:46:49,229 yang selama ini menunggunya.  522 00:46:50,229 --> 00:46:53,146 Dia hanya mampu melihat katil yang kosong… 523 00:46:54,521 --> 00:46:55,687 dan dia akan teringat. 524 00:46:58,021 --> 00:47:00,396 Ingatan itu sendiri sudah sangat menyedihkannya. 525 00:47:22,812 --> 00:47:24,771 Hatinya akan berkecai semula,  526 00:47:25,229 --> 00:47:26,521 terbakar di sanubarinya, 527 00:47:27,104 --> 00:47:29,812 kesakitan mendalam yang diharap akan terpadam oleh 528 00:47:30,062 --> 00:47:32,771 air yang sejuk dan berlumpur di tempat tinggal barunya. 529 00:47:33,312 --> 00:47:34,646 Itulah rumah barunya. 530 00:47:36,271 --> 00:47:38,229 Oleh itu, dia akan tidur, 531 00:47:38,771 --> 00:47:39,979 dan dia akan lupa. 532 00:47:40,479 --> 00:47:43,021 Apabila sudah lupa, dia akan bangun. 533 00:47:46,354 --> 00:47:47,562 Dia akan berjalan. 534 00:47:49,937 --> 00:47:52,271 Berapa kali malam, berapa kali berjalan, 535 00:47:53,146 --> 00:47:54,562 dia tidak lagi menghitung. 536 00:47:54,812 --> 00:47:56,479 Difikirannya hanya ada satu tujuan, 537 00:47:56,562 --> 00:47:58,979 untuk melihat apa yang berada di atas katilnya, 538 00:47:59,062 --> 00:48:02,396 dan setiap kali dia bangun, anak gadisnya, 539 00:48:02,771 --> 00:48:04,354 akan menunggunya. 540 00:48:15,937 --> 00:48:18,729 Satu dekad telah berlalu, dan dia tidak perasan, 541 00:48:19,396 --> 00:48:22,229 langsung tidak sedar, bahawa selepas wabak melanda perkampungan itu, 542 00:48:22,312 --> 00:48:24,229 rumahnya yang kosong itu telah menjadi tempat kuarantin 543 00:48:24,312 --> 00:48:27,646 untuk penyakit batuk maut yang melanda ketika itu. 544 00:48:29,729 --> 00:48:30,646 Di mana anakku? 545 00:48:35,812 --> 00:48:37,437 Apa yang awak buat di sini? 546 00:48:42,812 --> 00:48:43,771 Di sini bahaya. 547 00:48:44,271 --> 00:48:46,354 Awak tak boleh berada di sini tanpa memakai topeng. 548 00:48:47,562 --> 00:48:48,396 Di mana? 549 00:48:52,437 --> 00:48:54,104 Doktor itu mati, 550 00:48:54,646 --> 00:48:58,854 dan dia terus terlupa, dan fenomena pelik berlaku. 551 00:48:59,646 --> 00:49:02,604 Sepertinya, graviti ciptaan Viola 552 00:49:02,687 --> 00:49:04,187 yang menahan dia di tanah itu, 553 00:49:04,562 --> 00:49:06,146 yang menyeksa jiwanya, 554 00:49:07,146 --> 00:49:08,979 juga menahan orang lain yang mati di situ. 555 00:49:10,187 --> 00:49:11,146 Dia akan tidur,  556 00:49:11,521 --> 00:49:13,979 dan seperti mimpi, dia akan melupakannya. 557 00:49:14,896 --> 00:49:17,312 Dan setelah melupakannya, dia akan bangun. 558 00:49:19,896 --> 00:49:21,062 Dia akan berjalan. 559 00:49:34,396 --> 00:49:37,146 Viola sedar akan percubaan untuk mengusirnya. 560 00:49:43,646 --> 00:49:45,146 Malangnya, paderi itu 561 00:49:45,229 --> 00:49:47,896 menjadi mangsa kedua yang mati di tangan Viola. 562 00:49:51,937 --> 00:49:52,979 Dia akan tidur, 563 00:49:53,562 --> 00:49:56,729 lupa, dan lupa, dan lupa. 564 00:49:57,437 --> 00:49:58,729 Akibatnya, 565 00:49:59,187 --> 00:50:01,312 kesakitannya menjadi semakin teruk. 566 00:50:02,771 --> 00:50:04,146 Semua perkara akan lenyap. 567 00:50:04,604 --> 00:50:08,771 Semua. Termasuk badan, batuan, mahupun bintang. 568 00:50:09,104 --> 00:50:12,729 Masa melenyapkan semuanya. Itulah lumrah dunia. 569 00:50:12,812 --> 00:50:18,479 Masa lalu akan lenyap, memori akan pudar, begitu juga dengan roh. 570 00:50:18,937 --> 00:50:20,646 Semuanya terhasil oleh masa, 571 00:50:21,187 --> 00:50:22,729 begitu juga dengan jiwanya. 572 00:50:24,521 --> 00:50:27,812 Bangun, jalan, dan lupa semula. 573 00:50:28,771 --> 00:50:30,271 Namanya juga, telah dilupakan. 574 00:50:30,354 --> 00:50:32,271 Nama adiknya juga, dilupakan. 575 00:50:32,854 --> 00:50:34,312 Ingatannya lenyap, 576 00:50:34,729 --> 00:50:36,771 tidak lama nanti, wajahnya juga. 577 00:50:37,687 --> 00:50:39,354 Ingatannya lenyap sehingga… 578 00:50:39,687 --> 00:50:43,312 pada suatu hari, dia terjumpa seorang budak di atas katil anaknya, 579 00:50:43,396 --> 00:50:46,396 Dia sudah tidak ingat lagi siapa yang dia mahu lihat. 580 00:50:46,896 --> 00:50:49,646 Apa yang dia tahu hanyalah dia berjalan sejauh itu,  581 00:50:50,062 --> 00:50:51,604 untuk mencari seorang budak, 582 00:50:51,979 --> 00:50:54,021 Dan ketika itu, ada seorang budak. 583 00:50:54,521 --> 00:50:56,687 Dia yakin itulah anak yang dia cari. 584 00:50:57,646 --> 00:50:59,396 Yakin. 585 00:51:00,729 --> 00:51:03,646 Dia akan tidur, dan dia akan lenyap. 586 00:51:04,146 --> 00:51:06,562 Dan semakin lenyap. 587 00:51:08,021 --> 00:51:09,396 Begitu juga dengan yang lain. 588 00:51:10,771 --> 00:51:12,562 Jiwa yang mati di orbitnya… 589 00:51:15,021 --> 00:51:17,271 terperangkap di dalam graviti yang dicipta 590 00:51:17,354 --> 00:51:19,729 oleh Viola untuk Bly Manor. 591 00:51:22,146 --> 00:51:23,854 Mereka juga semakin lenyap. 592 00:51:36,646 --> 00:51:39,937 Anak sulung Willoughby, yang pernah menjadi Puan Llyod di Bly, 593 00:51:40,062 --> 00:51:43,021 kini hanyalah kepercayaan, hanya sekadar perasaan 594 00:51:43,104 --> 00:51:47,896 tiada wanita atau manusia, tiada nama atau wajah. 595 00:51:48,437 --> 00:51:49,396 Hanya kehendak. 596 00:51:49,521 --> 00:51:50,354 Kehendak… 597 00:51:50,854 --> 00:51:51,854 dan kesunyian. 598 00:51:52,604 --> 00:51:53,687 Dan juga dendam. 599 00:51:54,104 --> 00:51:56,104 Nasibnya merupakan mimpi ngerinya. 600 00:51:56,604 --> 00:51:59,104 Nasib yang menimpa semua yang terperangkap di Bly. 601 00:51:59,271 --> 00:52:01,354 Nasib yang menimpa adik Viola, 602 00:52:01,771 --> 00:52:03,229 yang kini dilupakan di loteng itu. 603 00:52:03,312 --> 00:52:05,479 Dia tidak tahu yang dia pernah mempunyai kakak… 604 00:52:06,062 --> 00:52:08,104 yang membunuhnya atau dibunuh olehnya. 605 00:52:10,021 --> 00:52:12,396 Nasib yang menimpa sesiapa yang tidak bernasib baik 606 00:52:12,479 --> 00:52:14,271 kerana melalui laluannya. 607 00:52:14,729 --> 00:52:15,562 Berhenti. 608 00:52:16,646 --> 00:52:17,479 Berhenti! 609 00:52:18,812 --> 00:52:20,687 Nasib yang menimpa pembantu malang itu, 610 00:52:21,312 --> 00:52:22,687 beberapa tahun kemudian. 611 00:52:24,354 --> 00:52:27,646 Nasib yang menimpa sesiapa sahaja yang mati di Bly, 612 00:52:28,437 --> 00:52:31,104 yang sedar, mereka terperangkap di dalam graviti Viola, 613 00:52:32,104 --> 00:52:34,437 walaupun tidak mati di tangan Viola. 614 00:52:38,521 --> 00:52:40,729 Tiada harapan untuk mereka yang bernasib malang, 615 00:52:40,812 --> 00:52:42,271 yang mati di tanah Bly. 616 00:52:44,312 --> 00:52:46,146 Tiada harapan untuk mangsa Bly, 617 00:52:46,479 --> 00:52:48,729 baik menjadi mangsa keadaan, 618 00:52:48,854 --> 00:52:50,021 nafsu, 619 00:52:50,687 --> 00:52:53,062 penyakit atau apapun. 620 00:52:57,729 --> 00:53:00,562 Sepertinya juga, tiada harapan untuk pengasuh itu… 621 00:53:01,896 --> 00:53:05,479 yang selalu ternampak bayangan orang mati, 622 00:53:05,562 --> 00:53:08,104 yang terperangkap di graviti itu,  623 00:53:08,896 --> 00:53:11,521 yang mana akhirnya, dia berada di laluan yang meragut nyawanya. 624 00:54:33,396 --> 00:54:36,312 Terjemahan sari kata oleh: Faridzah Lokman