1 00:00:09,043 --> 00:00:11,626 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:21,084 --> 00:00:22,793 Dia dah tidur, akhirnya. 3 00:00:23,376 --> 00:00:25,334 Saya hanya bacakan 10 buah buku. 4 00:00:28,751 --> 00:00:32,251 - Ia tak muat di dalam beg-beg itu. - Dua beg ialah hadnya. 5 00:00:32,334 --> 00:00:34,168 Saya juga perlu timbangnya. 6 00:00:34,918 --> 00:00:36,126 Mungkin ini petanda. 7 00:00:37,751 --> 00:00:39,626 Sayang… 8 00:00:39,709 --> 00:00:42,293 Ini perjalanan yang penting! 9 00:00:45,001 --> 00:00:47,376 Ia takkan muat. Gila! 10 00:00:47,459 --> 00:00:49,376 Secara teknikal, ia fasa gila. 11 00:00:49,459 --> 00:00:50,543 Boleh awak pergi? 12 00:00:51,126 --> 00:00:53,501 Awak pernah lihat diri awak? 13 00:00:54,043 --> 00:00:55,126 - 13 bulan! - Dan… 14 00:00:55,209 --> 00:00:57,543 - Dah 13 bulan saya okey. - Jika simptom itu kembali di sana? 15 00:00:57,626 --> 00:00:59,126 Itu takkan berlaku. 16 00:00:59,709 --> 00:01:02,126 Rawatan baru ini berkesan. Awak pun tahu. 17 00:01:02,418 --> 00:01:03,251 Saya pun tahu. 18 00:01:04,126 --> 00:01:05,293 Betulkah awak tahu? 19 00:01:06,293 --> 00:01:08,209 Saya cuba melindungi awak. 20 00:01:08,293 --> 00:01:09,459 Kelakarnya. 21 00:01:10,001 --> 00:01:13,418 Apabila saya buat sesuatu untuk kerjaya saya, ia fasa gila. 22 00:01:16,418 --> 00:01:17,251 Pelik. 23 00:01:20,668 --> 00:01:22,251 Jangan lupa pil awak. 24 00:01:39,459 --> 00:01:40,709 Masih tiada apa-apa? 25 00:01:40,793 --> 00:01:44,584 Tiada. Umpama orang Rusia memutuskan hubungan dengan semua orang. 26 00:01:44,751 --> 00:01:45,584 Baiklah. 27 00:01:45,668 --> 00:01:48,501 Bagaimana jika orang Rusia tiba dulu di bilik kebal? 28 00:01:48,584 --> 00:01:51,584 Saya akan kata benih itu cukup untuk dikongsi. 29 00:01:51,668 --> 00:01:54,001 Semoga berjaya. Laporkan kepada kami. 30 00:01:54,084 --> 00:01:54,918 Baiklah. 31 00:01:56,959 --> 00:01:59,834 Bagaimana jika Rusia tak mahu berkongsi? 32 00:02:03,959 --> 00:02:05,543 Nampak seperti bolt biasa. 33 00:02:06,834 --> 00:02:10,876 Mungkin apabila kita keluarkan bolt, kerusi boleh ditarik keluar. 34 00:02:10,959 --> 00:02:13,293 Berapa banyak benih boleh muat di sini? 35 00:02:13,668 --> 00:02:15,251 Jika kita penuhkannya? 36 00:02:16,626 --> 00:02:17,709 Banyak. 37 00:02:17,793 --> 00:02:18,793 Mungkin berjuta. 38 00:02:19,376 --> 00:02:21,418 Kita tak perlukan begitu banyak. 39 00:02:21,918 --> 00:02:24,959 Masalah matahari akan berakhir. Semuanya akan kembali normal. 40 00:02:25,043 --> 00:02:28,751 Tak benar. Biarpun matahari dah normal, keadaan tak akan kembali normal. 41 00:02:28,834 --> 00:02:31,043 Andaikan kita jumpa benih yang betul. 42 00:02:33,418 --> 00:02:36,334 Thea, apa sayur kegemaran awak? 43 00:02:36,418 --> 00:02:39,668 Kobis panggang. Sesuatu yang mudah. 44 00:02:39,751 --> 00:02:41,459 Terung dengan bawang putih. 45 00:02:41,543 --> 00:02:42,626 Lobak putih. 46 00:02:42,709 --> 00:02:45,543 Cara nenek saya selalu buat dengan serbuk roti. 47 00:02:45,626 --> 00:02:48,043 - Ayaz? - Ayaz, mari sekejap? 48 00:02:51,043 --> 00:02:52,376 Jawapan awak, Ayaz? 49 00:02:53,918 --> 00:02:54,959 Kentang goreng. 50 00:02:58,293 --> 00:02:59,126 Ada apa? 51 00:02:59,209 --> 00:03:01,918 Jika Rusia sampai dulu, apa kita nak buat? 52 00:03:02,001 --> 00:03:03,459 Kenapa awak tanya saya? 53 00:03:03,543 --> 00:03:08,043 Jangan marah, awak lebih pandai menguruskan konflik. 54 00:03:08,126 --> 00:03:09,334 Jangan ambil hati. 55 00:03:10,293 --> 00:03:11,459 Tidak. 56 00:03:11,543 --> 00:03:15,626 Pertama, kita perlu yakinkan mereka bahawa ia cukup untuk semua orang. 57 00:03:15,709 --> 00:03:17,418 Dia akan suruh mereka kongsi. 58 00:03:17,501 --> 00:03:18,959 Jika mereka tak mahu? 59 00:03:19,043 --> 00:03:21,209 Bagaimana jika Rusia enggan? 60 00:03:21,293 --> 00:03:24,751 Selagi tak lebih daripada 17 orang, kita selamat. 61 00:03:24,834 --> 00:03:25,918 Tujuh belas? 62 00:03:26,251 --> 00:03:27,459 Angka yang khusus. 63 00:03:28,459 --> 00:03:29,751 Tidak… 64 00:03:29,834 --> 00:03:32,001 17 butir peluru di dalam pistol ini. 65 00:03:33,501 --> 00:03:35,376 - Mana awak dapatnya? - Bunker. 66 00:03:38,084 --> 00:03:39,626 Tolong simpannya. 67 00:03:39,709 --> 00:03:42,834 - Saya rasa tak sedap hati. - Tiada apa awak boleh buat sekarang. 68 00:03:42,918 --> 00:03:44,084 Saya akan muntah. 69 00:03:44,168 --> 00:03:45,709 Tekanan buat saya muntah. 70 00:03:45,793 --> 00:03:50,501 Tarik nafas panjang, kemudian beritahu Ines kita akan mendarat dalam 30 minit. 71 00:03:51,043 --> 00:03:53,751 Apabila kita pasti boleh mendarat, saya akan radio dia. 72 00:03:53,834 --> 00:03:55,834 Panggil dia! 73 00:03:55,918 --> 00:03:57,293 Apa gunanya? 74 00:03:57,376 --> 00:04:02,876 Bercakap dengan Ines akan melegakan tekanan awak. 75 00:04:03,376 --> 00:04:05,126 Awak macam budak-budak. 76 00:04:08,209 --> 00:04:10,209 Ines, ini Markus. 77 00:04:10,293 --> 00:04:11,251 Awak dengar? 78 00:04:18,459 --> 00:04:21,293 Ines, awak dengar tak? 79 00:04:25,543 --> 00:04:26,459 Di mana dia? 80 00:04:26,543 --> 00:04:28,834 Saya tak tahu. Tiada siapa beritahu! 81 00:04:29,334 --> 00:04:30,168 Tapi? 82 00:04:31,168 --> 00:04:34,834 Saya tak kata Sylvie ikut cakap awak, saya cuma jawab soalan. 83 00:04:34,959 --> 00:04:39,376 - Semua yang dia cakap itu bohong. - Bagaimana kita tahu video itu benar? 84 00:04:40,043 --> 00:04:42,168 Awak tak percayakan apa awak lihat? 85 00:04:42,334 --> 00:04:45,834 Tanpa audio, ia kurang nuansa. 86 00:04:45,918 --> 00:04:48,251 - Ia tiada konteks. - Nuansa? 87 00:04:48,334 --> 00:04:52,459 - Mejar mati dibakar perlahan-lahan. - Itulah hakikatnya, Horst. 88 00:04:53,376 --> 00:04:56,793 Hakikatnya, kita tak tahu apa yang berlaku kepada Terenzio. 89 00:04:56,876 --> 00:04:58,834 - Itu hakikatnya? - Ya. 90 00:04:59,334 --> 00:05:03,001 - Terenzio akan tinggalkan yang lain. - Mereka tak akan datang! 91 00:05:03,084 --> 00:05:04,834 Saya tak tahu itu ketika itu, 92 00:05:04,876 --> 00:05:06,876 Saya rasa dia pentingkan diri, ya? 93 00:05:07,209 --> 00:05:09,501 Dia buat silap. Dia berdosa. 94 00:05:10,126 --> 00:05:11,751 Tapi kita semua berdosa. 95 00:05:13,334 --> 00:05:14,543 Dan Sylvie… 96 00:05:14,626 --> 00:05:15,626 Sylvie, apa? 97 00:05:16,876 --> 00:05:18,459 Sylvie apa, Rik? 98 00:05:18,501 --> 00:05:19,459 Bagaimana, Ines? 99 00:05:19,543 --> 00:05:23,459 Mungkin ada sebabnya Sylvie buat apa yang dia buat dalam video itu. 100 00:05:23,543 --> 00:05:24,959 Apa awak cakap? 101 00:05:25,043 --> 00:05:27,834 Perbuatan Sylvie tetap salah. 102 00:05:30,918 --> 00:05:32,918 Tiada siapa patut dibunuh. 103 00:05:35,168 --> 00:05:37,251 Awak bunuh seorang pegawai, Sylvie. 104 00:05:37,584 --> 00:05:40,626 Sebagai bekas tentera, awak patut tahu akibatnya. 105 00:05:40,709 --> 00:05:44,126 Saya pernah jadi tentera, maksudnya saya tahu saya ada hak. 106 00:05:44,501 --> 00:05:47,334 Saya juga tahu awak tak tahu apa yang awak buat. 107 00:05:49,709 --> 00:05:53,209 Awak rasa hanya kebetulan Kutu-kutu yang lemah bersama awak? 108 00:05:55,168 --> 00:05:57,668 Kami dah hantar sekutu awak pergi, Sylvie. 109 00:05:58,751 --> 00:06:01,293 Sekurang-kurangnya yang perlu kami risaukan. 110 00:06:03,543 --> 00:06:06,126 Saya tahu apa yang saya sedang buat. 111 00:06:29,876 --> 00:06:31,418 Awak letak di sebelah saya? 112 00:06:31,501 --> 00:06:34,126 Kali terakhir saya berlegar, ia di ruang udara Iceland. 113 00:06:34,209 --> 00:06:37,751 Saya hanya nampak kemusnahan. Saya harap awak lebih bertuah. 114 00:06:38,584 --> 00:06:40,168 Awak nak buat saya muntah? 115 00:06:41,251 --> 00:06:42,293 Ini dia. 116 00:06:50,168 --> 00:06:51,251 Tiada orang Rusia. 117 00:06:51,626 --> 00:06:52,501 Semua selamat. 118 00:06:57,876 --> 00:07:00,084 Bagaimana dengan perut awak sekarang? 119 00:07:00,459 --> 00:07:01,501 Beransur baik. 120 00:07:16,751 --> 00:07:18,834 - Dua malam untuk punggah? - Mungkin kurang. 121 00:07:18,918 --> 00:07:22,626 Siang lebih singkat di Utara.  Ada lebih masa untuk punggah benih. 122 00:07:22,709 --> 00:07:25,543 - Jika Rusia tiba? - Pulau ini hanya ada satu landasan. 123 00:07:25,626 --> 00:07:28,584 Mereka takkan datang. Saya letak pesawat begini agar tiada pesawat boleh mendarat. 124 00:07:28,668 --> 00:07:31,459 Kapten Mathieu Douek,  pemberontak antikomunis. 125 00:07:31,626 --> 00:07:32,793 Sangat mengagumkan. 126 00:07:33,293 --> 00:07:34,834 Begitu juga rancangan ini. 127 00:07:34,918 --> 00:07:37,876 Ia mengingatkan saya ketika saya terbang berhampiran kutub. 128 00:07:43,543 --> 00:07:45,001 Ada apa-apa di sana? 129 00:07:45,084 --> 00:07:46,668 Beberapa pekerja penyelenggaraan. 130 00:07:46,751 --> 00:07:48,209 Hanya beberapa mayat. 131 00:07:48,293 --> 00:07:50,293 Dulu itu bukan perkara biasa. 132 00:07:54,793 --> 00:07:57,918 - Sejak bila awak begitu keji? - Siapa awak untuk menilai? 133 00:07:58,001 --> 00:07:59,418 Bukan saya menilai, tapi Tuhan! 134 00:07:59,501 --> 00:08:01,543 - Tolonglah. - "Kau dilarang membunuh." 135 00:08:01,626 --> 00:08:03,168 - Awak patut tahu. - Cukup. 136 00:08:03,251 --> 00:08:07,668 "Kau tidak boleh buat tuduhan palsu ke atas jiran kau," yang juga satu rukun. 137 00:08:07,751 --> 00:08:08,918 - Sylvie. - Itu pun awak. 138 00:08:09,001 --> 00:08:12,251 - Kenapa awak semua di sini? - Ini saja tempat kita boleh bercakap. 139 00:08:12,334 --> 00:08:14,126 - Ini saja tempat untuk bersembunyi. - Jadi awak tahu, 140 00:08:14,209 --> 00:08:17,334 - kami sokong awak, tak kira apa pun. - Sudah tentu. 141 00:08:17,418 --> 00:08:18,293 Ya, 100%. 142 00:08:22,626 --> 00:08:23,834 100%. 143 00:08:24,668 --> 00:08:27,918 Sylvie, maafkan saya, tapi membunuh adalah dosa. 144 00:08:28,001 --> 00:08:29,418 - Rik! - Berhenti! 145 00:08:29,501 --> 00:08:32,209 Apa berlaku tak penting. Apa kita nak buat sekarang? 146 00:08:32,293 --> 00:08:34,959 - Persoalannya, apa yang mereka akan buat. - Askar-askar itu? 147 00:08:35,459 --> 00:08:37,126 Sesetengahnya berniat jahat. 148 00:08:37,543 --> 00:08:40,043 Awak nampak cara Heremans pandang awak? Macam penyumbaleweng! 149 00:08:40,126 --> 00:08:43,043 Jika mereka datang,  tujuannya ialah mencari saya. 150 00:08:59,418 --> 00:09:00,376 Kasihan mereka. 151 00:09:01,168 --> 00:09:04,876 Mereka tentu turun pada waktu malam dan keluar pada waktu siang. 152 00:09:06,168 --> 00:09:08,459 Mereka mula terbakar sebelum sampai ke pintu. 153 00:09:08,543 --> 00:09:11,501 Bayangkan kulit awak mula mendidih. 154 00:09:11,584 --> 00:09:13,668 - Saya tak nak bayangkan. - Naluri memaksa mereka lari ke pintu. 155 00:09:13,751 --> 00:09:16,293 - Kita patut kebumikan mereka. - Tiada masa. 156 00:09:18,584 --> 00:09:20,334 Kita buat malam nanti. 157 00:09:24,626 --> 00:09:26,501 Kita datang dari Tuhan. Kepada Tuhan kita kembali. 158 00:09:26,584 --> 00:09:28,376 Osman, matahari akan terbit. 159 00:09:30,959 --> 00:09:32,459 Bersemadilah dengan aman. 160 00:09:36,459 --> 00:09:38,043 Rumah kelab Penerbangan 21. 161 00:09:38,126 --> 00:09:41,709 Tentera tak berhak menghukum penumpang, termasuk Sylvie. 162 00:09:42,293 --> 00:09:44,709 Nampaknya, bukan begitu pendapat mereka. 163 00:09:44,959 --> 00:09:50,418 Tapi saya rasa saya boleh yakinkan mereka untuk tunggu mereka yang lain balik 164 00:09:51,334 --> 00:09:53,084 sebelum menghukum Sylvie. 165 00:09:53,168 --> 00:09:54,293 "Menghukum"? 166 00:09:54,376 --> 00:09:56,543 Kita patut berterima kasih kepadanya.  Dia selamatkan kita. 167 00:09:56,626 --> 00:09:58,334 Baguslah, Tuan Duta. 168 00:09:58,418 --> 00:10:01,918 Tapi ia rundingan. 169 00:10:02,001 --> 00:10:06,834 Saya pasti saya perlu beri mereka sesuatu untuk dapatkan apa yang kita mahu. 170 00:10:06,918 --> 00:10:07,876 Maksudnya? 171 00:10:09,293 --> 00:10:10,918 Maksud saya, sebagai ganti, 172 00:10:11,418 --> 00:10:13,668 awak semua tinggal di sini sehingga yang lain balik. 173 00:10:13,751 --> 00:10:15,959 - Jadi, kami banduan? - Tidak. 174 00:10:16,043 --> 00:10:19,168 - Mereka yang patut dikurung. - Ini untuk perlindungan awak! 175 00:10:19,251 --> 00:10:21,543 Perlindungan kami? Itulah yang Nazi kata. 176 00:10:21,626 --> 00:10:22,543 Hei! 177 00:10:23,959 --> 00:10:25,043 Tolonglah. 178 00:10:26,209 --> 00:10:28,584 Saya merayu, awak semua… 179 00:10:29,668 --> 00:10:31,876 bertenang, berehatlah. 180 00:10:31,959 --> 00:10:36,126 - Semua akan okey apabila yang lain balik. - Bagi kami. Bagaimana dengan Sylvie? 181 00:10:40,584 --> 00:10:44,209 Bagi seorang askar, dunia dibahagikan antara musuh dan sekutu. 182 00:10:44,293 --> 00:10:47,626 - Kita semua boleh jadi sekutu! - Ya, saya setuju! 183 00:10:47,709 --> 00:10:52,084 Kita cuma perlu mereka lihat Sylvie sebagai sekutu sekali lagi. 184 00:10:52,168 --> 00:10:54,918 Itu misi saya sekarang. 185 00:10:56,834 --> 00:10:58,376 Boleh saya teruskan? 186 00:10:59,251 --> 00:11:00,459 Jumpa nanti. 187 00:11:15,126 --> 00:11:17,126 Benihnya mesti ada di dalam. 188 00:11:18,918 --> 00:11:20,959 - Tak guna! - Cuba yang itu. 189 00:11:21,043 --> 00:11:22,793 - Berkunci. - Apa? 190 00:11:22,876 --> 00:11:23,709 Berkunci. 191 00:11:27,209 --> 00:11:29,918 - Awak tahu nak buat apa? - Mungkin ada kod lalai. 192 00:11:30,001 --> 00:11:31,626 Awak pun pencuri juga? 193 00:11:34,793 --> 00:11:36,251 Kita perlukan kad kunci. 194 00:11:38,459 --> 00:11:41,418 Mereka berdua di luar mesti ada kad. Kita tunggu hingga gelap. 195 00:11:41,501 --> 00:11:43,126 Apa kita nak buat sekarang? 196 00:11:43,751 --> 00:11:47,709 - Tunggu sehingga matahari terbenam. - Kita patut tinggal di bunker. 197 00:11:48,001 --> 00:11:49,834 Walaupun dengan Rik berdengkur. 198 00:11:51,584 --> 00:11:53,084 Mari kita tidur, okey? 199 00:11:54,418 --> 00:11:55,834 Saya rasa tak sihat. 200 00:11:59,376 --> 00:12:02,084 Bagaimana reaksi mereka tentang dikurung? 201 00:12:02,168 --> 00:12:03,209 Mereka marah? 202 00:12:04,209 --> 00:12:06,501 Sebaliknya. Mereka menghargainya. 203 00:12:06,584 --> 00:12:08,251 Jadi, mereka takutkan kami? 204 00:12:09,084 --> 00:12:11,709 Tak, maksud saya mereka bersyukur. 205 00:12:11,793 --> 00:12:16,543 Mereka bersyukur awak bersetuju menangguhkan perbicaraan. 206 00:12:17,043 --> 00:12:20,168 Bagaimana seseorang yang lidah kelu boleh jadi duta? 207 00:12:21,584 --> 00:12:23,793 Cakap elok-elok sikit, Sarjan. 208 00:12:23,876 --> 00:12:28,418 Saya ada ijazah kedoktoran peperangan dan konflik dari Kolej Pembroke. 209 00:12:28,501 --> 00:12:31,126 - Saya bergurau. Bertenang! - Itu di Oxford! 210 00:12:31,959 --> 00:12:38,126 Apa yang saya cuba katakan ialah para  penumpang okey dengan rancangan ini, 211 00:12:38,209 --> 00:12:42,168 dan saya harap awak dan tentera lain juga okey. 212 00:12:42,251 --> 00:12:46,084 - Misinya hanya mahu jadi popular. - Dia seorang diplomat. Biasalah. 213 00:12:46,168 --> 00:12:49,084 Dia buat apa yang termampu. Dia lelaki yang baik. 214 00:12:49,168 --> 00:12:52,293 - Kita patut pergi, lari. - Lari dan pergi ke mana? 215 00:12:54,168 --> 00:12:56,251 Kita hanya selamat di dalam bunker. 216 00:12:56,959 --> 00:12:59,001 Gerardo betul. Kita patut berehat. 217 00:13:01,168 --> 00:13:03,584 Paling penting, kita perlu bersedia 218 00:13:03,668 --> 00:13:05,668 jika mereka menolak cadangan itu. 219 00:13:07,543 --> 00:13:08,793 Sylvie… 220 00:13:10,084 --> 00:13:11,626 Sylvie buat perkara jahat, 221 00:13:13,376 --> 00:13:16,584 tapi itu tak bermakna kita patut buat perkara buruk. 222 00:13:18,418 --> 00:13:20,543 Saya tiada niat buat begitu. 223 00:13:21,168 --> 00:13:24,501 Sekarang Thea sudah tiada dan kolonel dah mati… 224 00:13:25,334 --> 00:13:29,959 kita patut buat sekurang-kurangnya satu benda sementara mereka tiada. 225 00:13:33,084 --> 00:13:34,084 Perbicaraan? 226 00:13:34,626 --> 00:13:35,459 Betul. 227 00:13:37,126 --> 00:13:39,751 Sesuatu yang saya nak buat sejak kita sampai. 228 00:13:46,376 --> 00:13:47,626 Buat apa? 229 00:13:52,293 --> 00:13:54,084 - Minum, Duta. - Minum. 230 00:13:57,293 --> 00:14:01,918 - Saya dengar muzik ini semasa saya tidur. - Maksud awak, ketika awak mengigau. 231 00:14:02,626 --> 00:14:04,876 Tiga cakera yang sama, berulang kali. 232 00:14:05,876 --> 00:14:10,459 Di tempat saya, awak tak tahu bagaimana ia akan berakhir apabila keluar malam. 233 00:14:12,126 --> 00:14:13,418 Saya rindukan itu. 234 00:14:14,293 --> 00:14:15,959 Yang tak dijangka. 235 00:14:17,168 --> 00:14:20,959 Awak dah nak tidur? Awak sangat menjengkelkan. Kawan, ayuh. 236 00:14:21,043 --> 00:14:22,001 Dia nak ke mana? 237 00:14:30,918 --> 00:14:32,584 Awak mahu yang tak dijangka? 238 00:14:59,959 --> 00:15:02,209 Pintu! Ada orang datang! 239 00:15:22,209 --> 00:15:25,001 - Horst, Rik, mari. - Kami tidak buat apa-apa. 240 00:15:25,084 --> 00:15:27,834 Jangan takut. Awak berdua bukan ditimpa masalah. 241 00:15:27,918 --> 00:15:30,501 - Saya mahu tunjukkan sesuatu. - Apa? 242 00:15:31,168 --> 00:15:32,418 Benda sains. 243 00:15:33,626 --> 00:15:34,459 Mari. 244 00:15:35,126 --> 00:15:36,293 Sekejap. 245 00:15:36,376 --> 00:15:39,376 Jangan risau tentang itu. Semua orang sedang tunggu. 246 00:15:55,668 --> 00:15:57,168 Boleh saya bantu? 247 00:15:57,751 --> 00:15:59,001 Tak guna! 248 00:15:59,626 --> 00:16:01,001 Bertenang. 249 00:16:01,084 --> 00:16:03,918 Awak orang Jerman? Awak semua orang Jerman? 250 00:16:04,001 --> 00:16:05,334 Dia orang Jerman. 251 00:16:06,251 --> 00:16:07,459 Orang Belgium… 252 00:16:08,668 --> 00:16:09,584 Orang Perancis, 253 00:16:10,126 --> 00:16:10,959 Maghribi, 254 00:16:13,043 --> 00:16:13,876 Poland. 255 00:16:14,793 --> 00:16:15,626 Dan Turki. 256 00:16:16,126 --> 00:16:16,959 Awak pula? 257 00:16:18,918 --> 00:16:21,001 - Saya apa? - Awak orang Perancis? 258 00:16:21,084 --> 00:16:23,459 Jangan cuba soal saya. Awak tak ada hak! 259 00:16:25,709 --> 00:16:28,459 - Biar betul. - Awak lebih suka bertinju tanpanya? 260 00:16:28,543 --> 00:16:30,001 Kenapa nak kami bertinju? 261 00:16:30,084 --> 00:16:32,459 Rik perlu lawan seseorang yang sama dengan saiznya! 262 00:16:32,543 --> 00:16:33,418 Macam Ines! 263 00:16:35,459 --> 00:16:37,793 Mereka tak boleh paksa kita pukul kuat. 264 00:16:40,584 --> 00:16:42,584 - Yang ini awak punya, okey - Apa? 265 00:16:45,543 --> 00:16:46,918 Nama saya Ayaz. 266 00:16:47,001 --> 00:16:48,001 Siapa nama awak? 267 00:16:50,626 --> 00:16:51,543 Dipilih. 268 00:16:52,543 --> 00:16:54,751 - Dipilih? - Dipilih. 269 00:16:55,418 --> 00:16:57,501 Saya dipilih. Sebab itu saya masih hidup. 270 00:16:57,584 --> 00:16:59,293 - Berundur! - Ya. 271 00:17:01,209 --> 00:17:02,918 - Awak bersendirian? - Ya. 272 00:17:04,209 --> 00:17:05,126 Kami... 273 00:17:07,001 --> 00:17:07,959 juga dipilih. 274 00:17:08,709 --> 00:17:10,126 Ya, betul. 275 00:17:11,376 --> 00:17:14,126 Ada ramai orang. Kenapa mereka perlukan Horst dan Rik? 276 00:17:14,209 --> 00:17:16,751 Mungkin untuk eksperimen sains? 277 00:17:16,834 --> 00:17:18,293 Pada tengah malam? 278 00:17:18,793 --> 00:17:20,043 Tak, ini waktu siang. 279 00:17:20,418 --> 00:17:22,376 Awak faham maksud saya. 280 00:17:22,959 --> 00:17:25,834 Ada sesuatu yang tak kena. Saya boleh rasakannya. 281 00:17:26,293 --> 00:17:30,376 - Tak sangka awak sedih kehilangan Rik. - Saya tak peduli tentang Rik. 282 00:17:32,918 --> 00:17:34,584 Awak meniduri Horst, bukan? 283 00:17:35,793 --> 00:17:37,501 Jaga mulut celopar awak. 284 00:17:37,584 --> 00:17:39,918 Ya! Awak sukakannya. 285 00:17:41,209 --> 00:17:42,209 Awak mesti suka. 286 00:17:42,918 --> 00:17:44,751 - Ya. - Betul. Dia menawan. 287 00:17:48,084 --> 00:17:49,251 Betul tak? 288 00:17:54,043 --> 00:17:55,459 Sesuatu yang saintifik… 289 00:17:55,834 --> 00:17:57,084 Ada kemungkinan. 290 00:17:58,751 --> 00:17:59,959 Ayuh, Rik! 291 00:18:05,834 --> 00:18:09,168 Pukul dengan kuat atau kami akan kerjakan perempuan awak! 292 00:18:15,376 --> 00:18:16,209 Okey? 293 00:18:18,376 --> 00:18:20,876 Pegang dia. Jangan biarkan kepalanya bergerak. 294 00:18:20,959 --> 00:18:23,793 - Dia tak buat apa-apa. - Saya tak buat apa-apa! 295 00:18:25,459 --> 00:18:27,959 Awak takkan tumbuk lelaki yang dikekang. 296 00:18:28,168 --> 00:18:30,626 Tak, dia akan tonton pertarungan sebenar. 297 00:18:49,043 --> 00:18:50,501 Apa yang berlaku? 298 00:18:53,209 --> 00:18:54,084 Apa awak buat? 299 00:18:54,168 --> 00:18:56,751 Kita perlukan Horst untuk tanam benih! 300 00:19:02,001 --> 00:19:03,251 Awak okey, Horst? 301 00:19:04,418 --> 00:19:06,001 Kedua-dua mayat di atas, 302 00:19:06,793 --> 00:19:08,751 adakah mereka rakan sekerja awak? 303 00:19:09,376 --> 00:19:12,584 Ansgar bekerja... Ansgar bekerja di sini sepenuh masa. 304 00:19:13,543 --> 00:19:17,501 Seorang lagi ialah ahli sains. Saya tak ingat nama dia. 305 00:19:18,793 --> 00:19:20,876 Bagaimana awak terselamat daripada gas? 306 00:19:20,959 --> 00:19:22,043 Gas? 307 00:19:23,793 --> 00:19:24,709 - Ya, gas. - Tak! 308 00:19:24,793 --> 00:19:27,293 Kimia. Sebab itulah mereka mati apabila mereka ke atas. 309 00:19:27,376 --> 00:19:28,709 Bukan racun. 310 00:19:28,793 --> 00:19:30,043 Ia matahari. 311 00:19:30,751 --> 00:19:32,459 Betul. Ia matahari. 312 00:19:32,543 --> 00:19:34,334 - Matahari, ya? - Betul. 313 00:19:34,418 --> 00:19:35,543 Mengarut. 314 00:19:35,626 --> 00:19:37,501 Matahari membunuh semua orang. 315 00:19:37,584 --> 00:19:40,501 - Saya tahu ia tak masuk akal... - Saya bukan gila 316 00:19:41,876 --> 00:19:45,126 Air ialah satu-satunya bahan biasa yang boleh jadi cecair, pepejal atau gas. 317 00:19:45,209 --> 00:19:47,918 Ahli sains itu beritahu saya. Siapa nama dia? 318 00:19:48,834 --> 00:19:50,126 Siapa nama awak? 319 00:19:50,209 --> 00:19:53,668 Gia. Saya juruarkib untuk Program Makanan Dunia. 320 00:19:56,793 --> 00:19:58,626 Selamat berkenalan, Gia. 321 00:19:58,709 --> 00:20:01,168 Berapa lama awak di sini? 322 00:20:02,959 --> 00:20:06,668 Mereka berdua mati pada hari ketiga saya. 323 00:20:06,751 --> 00:20:08,334 Itu lima minggu lalu. 324 00:20:08,418 --> 00:20:10,918 Awak bersendirian di sini selama 5 minggu, 325 00:20:11,001 --> 00:20:13,876 - tanpa komunikasi atau berita? - Tiada telefon di sini. 326 00:20:13,959 --> 00:20:17,543 - Walaupun sebelum racun itu. - Bukan racun. Ia matahari. 327 00:20:21,584 --> 00:20:24,084 Apa yang awak buat di sini selama ini, Gia? 328 00:20:24,709 --> 00:20:29,543 Saya mengelak racun, mengasingkan benih. Saya harap dapat jumpa anak saya lagi. 329 00:20:31,084 --> 00:20:32,751 Benih ada di dalam? 330 00:20:35,876 --> 00:20:37,334 Boleh kami masuk? 331 00:20:38,501 --> 00:20:41,626 Saya dah kata, saya juruarkib. Saya mengatur semuanya. 332 00:20:45,584 --> 00:20:46,418 Ayuh. 333 00:21:09,543 --> 00:21:10,543 Apa yang terjadi? 334 00:21:11,501 --> 00:21:14,251 Perlahankan suara awak. Dia sudah hilang akal! 335 00:21:15,834 --> 00:21:17,584 Apa yang berlaku? 336 00:21:25,334 --> 00:21:27,626 Saya tak tahu apa-apa tentang benih, tapi saya makannya. 337 00:21:27,709 --> 00:21:29,793 Saya bina tenaga untuk gas beracun. 338 00:21:29,876 --> 00:21:32,668 - Tiada gas beracun. - Saya dengar. 339 00:21:33,918 --> 00:21:36,168 Dan dia. Dan dia. 340 00:21:36,834 --> 00:21:37,751 Saya tahu apa yang saya nampak. 341 00:21:37,834 --> 00:21:40,501 Semasa saya ke pintu, saya nampak Ansgar dan Benjamin… 342 00:21:40,584 --> 00:21:43,418 Benjamin! 343 00:21:44,418 --> 00:21:46,418 Saya tahu saya akan ingat namanya! 344 00:21:51,626 --> 00:21:53,626 - Horst! - Apa sedang berlaku? 345 00:21:54,959 --> 00:21:56,376 Apa yang terjadi? 346 00:21:57,001 --> 00:21:59,459 - Kita ada perjanjian! - Tidurlah. 347 00:21:59,543 --> 00:22:00,418 Bawa dia. 348 00:22:00,501 --> 00:22:01,501 Tolonglah! 349 00:22:02,126 --> 00:22:03,751 - Sylvie. - Lepaskan saya! 350 00:22:04,751 --> 00:22:06,543 Saya akan letaknya... 351 00:22:08,043 --> 00:22:08,959 di sana. 352 00:22:11,001 --> 00:22:11,876 Itu dia. 353 00:22:16,584 --> 00:22:19,293 Saya jumpa ini di atas lantai. Gia Snow. 354 00:22:19,376 --> 00:22:21,084 Ia ubat antipsikotik. 355 00:22:21,168 --> 00:22:23,501 - Salah seorang pekerja saya... - Gia psikotik? 356 00:22:23,584 --> 00:22:25,959 Atau bipolar. Apa pun, ia kosong. 357 00:22:26,668 --> 00:22:28,376 Dia dah lama di sini. 358 00:22:31,459 --> 00:22:34,793 - Kasihankan dia! - Sudah tentu. Bukan salah dia. 359 00:22:36,501 --> 00:22:38,084 Bawa Markus kembali ke pesawat. 360 00:22:38,168 --> 00:22:40,584 Dia boleh beritahu Ines kita akan balik awal. 361 00:22:40,668 --> 00:22:43,418 - Dengan sedikit benih? - Kita akan bekerja dua kali lebih cepat. 362 00:22:43,501 --> 00:22:44,501 Dia perlukan ubat. 363 00:22:44,584 --> 00:22:48,001 Harap-harap, kita jumpa apa yang dia perlukan apabila kita kembali ke Bulgaria. 364 00:22:48,084 --> 00:22:51,793 Kita ada masalah. Dia tak benarkan kita ambil benih atau dia. 365 00:22:53,668 --> 00:22:55,709 Awak tahu awak akan ingat namanya! 366 00:22:57,376 --> 00:23:00,459 Ada apa-apa di dunia baru ini yang mudah? 367 00:23:04,751 --> 00:23:06,001 Apa dia buat di sini? 368 00:23:07,543 --> 00:23:08,918 Rik baik. 369 00:23:14,918 --> 00:23:18,543 Saya terpaksa kurung Sylvie. Dia serang Wilson dan Kaplan. 370 00:23:19,043 --> 00:23:21,043 - Kurung dia di mana? - Penjara. 371 00:23:22,959 --> 00:23:24,751 Apapun, di situlah tempatnya. 372 00:23:26,168 --> 00:23:28,334 Saya dah agak mereka rancang sesuatu. 373 00:23:28,418 --> 00:23:30,334 - Saya dipukul curi. - Oleh siapa? 374 00:23:30,418 --> 00:23:31,543 Felipe. 375 00:23:31,626 --> 00:23:33,543 Tapi itu tak penting. 376 00:23:33,626 --> 00:23:35,793 Ia penting apabila saya bunuh dia. 377 00:23:35,876 --> 00:23:37,293 Jangan cakap begitu! 378 00:23:40,376 --> 00:23:41,376 Maaf. 379 00:23:41,459 --> 00:23:42,584 Saya tak bergurau. 380 00:23:42,668 --> 00:23:45,251 Horst, saya kenal ramai orang yang bergaduh. 381 00:23:45,918 --> 00:23:49,084 Adik-beradik saya, ayah saya,  pak cik saya. Mereka selalu bergaduh. 382 00:23:49,168 --> 00:23:52,293 - Awak bukan macam mereka. - Berapa lama awak kenal saya, dua bulan? 383 00:23:53,293 --> 00:23:54,918 Ia satu pujian, Horst. 384 00:23:57,793 --> 00:23:59,209 Hentikannya? 385 00:24:02,876 --> 00:24:04,126 Masalah kecil, tuan. 386 00:24:04,209 --> 00:24:08,251 Tomé dan saya di atas dan kami dengar Markus menjerit di radio. 387 00:24:08,334 --> 00:24:09,168 Tentang apa? 388 00:24:09,251 --> 00:24:12,793 Mereka mungkin akan pulang awal. Mereka jumpa orang gila. 389 00:24:12,876 --> 00:24:15,709 - Balik awal? - Tapi itu bukan masalahnya. 390 00:24:17,501 --> 00:24:19,668 Markus asyik bertanya di mana Ines. 391 00:24:19,751 --> 00:24:22,751 Katanya Ines yang patut bertugas pada waktu malam. 392 00:24:23,501 --> 00:24:24,918 Awak dan Tomé kata apa? 393 00:24:26,001 --> 00:24:27,501 Tomé kata Ines ditahan. 394 00:24:31,584 --> 00:24:33,501 - Apa? - Saya kata itu tak benar. 395 00:24:33,584 --> 00:24:35,584 Kemudian saya tamatkan transmisi. 396 00:24:40,001 --> 00:24:41,001 Awak berdua… 397 00:24:42,376 --> 00:24:43,584 bodoh! 398 00:24:46,543 --> 00:24:50,084 Tolong beritahu Tomé saya mahu bercakap dengannya nanti. 399 00:24:53,001 --> 00:24:56,001 Tak mahu mereka kembali  dan fikir kita buat salah. 400 00:24:56,626 --> 00:25:00,584 Jika mereka fikir ada yang tak kena, mereka mungkin takkan kembali. 401 00:25:05,293 --> 00:25:06,668 Biar saya uruskan. 402 00:25:09,459 --> 00:25:10,501 Okey. 403 00:25:11,126 --> 00:25:12,543 Patutkah saya ikut dia? 404 00:25:13,668 --> 00:25:14,543 Heremans? 405 00:25:16,334 --> 00:25:18,709 Boleh berikan Rik kunci ke bilik? 406 00:25:20,668 --> 00:25:21,501 Apa? 407 00:25:22,126 --> 00:25:24,043 - Saya perlukannya untuk Ines. - Cari Johansen. 408 00:25:24,126 --> 00:25:25,376 Ambil kunci dia. 409 00:25:29,043 --> 00:25:30,543 Saya nak suruh Rik tengok 410 00:25:30,626 --> 00:25:33,293 jika penumpang lain mahu makanan atau air. 411 00:25:34,043 --> 00:25:35,001 Boleh tak? 412 00:25:35,543 --> 00:25:38,334 Awak akan membantu mereka dan kami. 413 00:25:45,501 --> 00:25:46,418 Sudah tentu. 414 00:25:55,459 --> 00:25:56,459 Apa halnya itu? 415 00:25:57,918 --> 00:25:59,668 Apa salahnya ada sekutu. 416 00:26:05,084 --> 00:26:06,084 Rik! 417 00:26:06,168 --> 00:26:08,376 Ya. Saya ingat awak mungkin lapar. 418 00:26:10,084 --> 00:26:10,959 Nah. 419 00:26:11,043 --> 00:26:13,668 - Mereka benarkan awak buat begitu? - Ya. 420 00:26:13,751 --> 00:26:16,251 Mereka anggap saya orang tengah sekarang. 421 00:26:16,334 --> 00:26:20,126 Saya penumpang, tapi saya juga ada pengalaman dalam keselamatan. 422 00:26:21,543 --> 00:26:22,626 Awak ada kunci? 423 00:26:24,668 --> 00:26:26,043 Buka pintu untuk saya. 424 00:26:26,668 --> 00:26:27,543 Ia dah dibuka. 425 00:26:28,293 --> 00:26:31,293 - Malam ini, apabila semua orang tidur. - Kenapa? 426 00:26:32,584 --> 00:26:35,084 - Rik, mereka akan seksa saya. - Tak. 427 00:26:35,168 --> 00:26:37,834 Itu saya tak kisah, tapi saya tak tahu apa mereka akan buat kepada yang lain. 428 00:26:37,918 --> 00:26:40,459 Mereka kata tak akan cederakan sesiapa. 429 00:26:40,543 --> 00:26:42,793 Saya juga tak nak cederakan sesiapa. 430 00:26:44,793 --> 00:26:48,126 - Saya cuma nak cari pistol. - Apa? Apa maksud awak? 431 00:26:49,418 --> 00:26:51,418 Saya akan tahan mereka hingga mereka balik. 432 00:26:51,501 --> 00:26:53,334 Tak. Tahan mereka? 433 00:26:53,418 --> 00:26:56,126 Tiada keganasan.  Hanya untuk menjaga keamanan. 434 00:26:56,876 --> 00:26:58,001 Sylvie! 435 00:26:58,084 --> 00:27:01,293 Mereka cuma mahu lepaskan tekanan,  itu saja. 436 00:27:01,376 --> 00:27:04,126 - Rik. - Tak lama lagi kita akan ada biji benih. 437 00:27:04,209 --> 00:27:06,418 - Kita akan bekerjasama lagi... - Rik! 438 00:27:07,459 --> 00:27:09,959 Bersama-sama demi kelangsungan hidup kita. 439 00:27:10,418 --> 00:27:13,459 - Bersama demi kelangsungan hidup kita? - Ya, betul. 440 00:27:16,001 --> 00:27:18,959 Jadi muka Horst, itu demi kelangsungan hidup kita? 441 00:27:23,459 --> 00:27:24,668 Fikirkan yang lain. 442 00:27:46,626 --> 00:27:47,751 Ines! 443 00:27:47,834 --> 00:27:49,751 - Untuk apa? - Bukan urusan awak. 444 00:27:49,834 --> 00:27:51,459 Jangan biar dia ambil Ines. 445 00:27:52,334 --> 00:27:53,876 Awak tak boleh ambil dia. 446 00:27:57,918 --> 00:27:59,168 Bertenang, Klitschko. 447 00:28:00,418 --> 00:28:02,376 - Apa dia cakap? - Bahawa Ines ditangkap. 448 00:28:02,459 --> 00:28:05,751 - Dalam bahasa apa? - Apa maksud awak, "dalam bahasa apa"? 449 00:28:05,834 --> 00:28:07,293 Bahasa apa yang Tomé guna? 450 00:28:07,376 --> 00:28:08,668 Oh, Inggeris. 451 00:28:08,751 --> 00:28:09,834 Bahasa Inggeris? 452 00:28:09,918 --> 00:28:12,293 - Ines? Ada sesiapa? - Bahasa Inggeris Tomé teruk. 453 00:28:12,793 --> 00:28:13,959 Dia agak jelas. 454 00:28:14,709 --> 00:28:15,584 Ines! 455 00:28:16,834 --> 00:28:19,918 - Kenapa awak perlukan dia? - Cuma bantuan radio. 456 00:28:21,168 --> 00:28:23,334 Saya bersumpah atas nyawa ibu saya. 457 00:28:23,543 --> 00:28:25,126 Mak awak pasti dah mati. 458 00:28:27,834 --> 00:28:29,001 Jadi nyawa saya. 459 00:28:29,751 --> 00:28:30,918 Radio, itu saja. 460 00:28:31,001 --> 00:28:33,668 Ayuh, Markus sedang menunggu. 461 00:28:44,293 --> 00:28:45,459 Ines! Ada sesiapa? 462 00:28:47,584 --> 00:28:48,959 - Markus? - Ines! 463 00:28:49,543 --> 00:28:52,043 - Apa khabar? - Bagaimana keadaan awak? 464 00:28:53,084 --> 00:28:55,084 Bagus. Semuanya baik. 465 00:28:55,168 --> 00:28:58,959 Di mana awak tadi? Tomé kata ada masalah. 466 00:28:59,751 --> 00:29:01,543 Tiada masalah. 467 00:29:02,543 --> 00:29:03,959 Di mana awak tadi? 468 00:29:05,001 --> 00:29:07,334 Mereka gila! Tolong kembali! 469 00:29:08,293 --> 00:29:13,001 Ines, siapa yang gila? Kami tak dengar. Apa yang berlaku? 470 00:29:13,584 --> 00:29:14,584 Ines! 471 00:29:17,168 --> 00:29:20,293 Tolong, ulang, tolong. 472 00:29:20,376 --> 00:29:22,501 Apa maksud awak? Siapa gila? 473 00:29:22,584 --> 00:29:24,584 Kami tak dengar. Ines! 474 00:29:27,459 --> 00:29:29,543 Ines, kami tak dengar tadi. 475 00:29:29,626 --> 00:29:31,793 - Awak dengar? - Larilah ke Norway. 476 00:31:30,334 --> 00:31:34,334 Terjemahan sari kata oleh L.I.S.