1 00:00:06,049 --> 00:00:10,011 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:12,180 --> 00:00:15,308 Cepat buat sesuatu! Sial! 3 00:00:16,893 --> 00:00:18,686 Semua fokus dan dengar! 4 00:00:19,395 --> 00:00:22,106 Apabila saya berikan isyarat, melangkah tiga kali ke depan! 5 00:00:22,190 --> 00:00:23,483 Melangkah ke depan? 6 00:00:23,566 --> 00:00:24,942 Awak dah gila? 7 00:00:25,568 --> 00:00:27,069 Kita perlu buat mereka jatuh! 8 00:00:27,153 --> 00:00:28,613 Jangan merepek! 9 00:00:28,696 --> 00:00:29,989 Jom cuba! 10 00:00:30,072 --> 00:00:31,866 Tak, saya tak boleh! 11 00:00:31,949 --> 00:00:34,494 - Jika tak, kita akan mati! - Dalam kiraan tiga! 12 00:00:34,577 --> 00:00:35,661 Satu! 13 00:00:35,745 --> 00:00:36,621 Dua! 14 00:00:36,704 --> 00:00:37,955 Tiga! 15 00:00:46,714 --> 00:00:47,840 Tarik! 16 00:00:51,344 --> 00:00:52,303 Bertahan! 17 00:01:15,701 --> 00:01:17,453 Bertahan! 18 00:01:20,164 --> 00:01:21,332 Tidak! 19 00:01:22,625 --> 00:01:24,085 Tidak! 20 00:02:27,023 --> 00:02:31,027 EPISOD 5 DUNIA YANG ADIL 21 00:02:52,381 --> 00:02:53,299 Hei. 22 00:02:54,634 --> 00:02:56,302 Awak berdoa kepada siapa? 23 00:02:57,762 --> 00:02:59,138 Tuhan? 24 00:03:00,348 --> 00:03:03,351 Awak rasa awak masih hidup sekarang kerana Tuhan? 25 00:03:09,732 --> 00:03:13,027 Awak masih hidup dan mampu berdoa sekarang 26 00:03:13,861 --> 00:03:15,404 sebab datuk itu 27 00:03:16,572 --> 00:03:20,826 dan encik yang beri idea yang bernas ketika bermain tadi. 28 00:03:22,536 --> 00:03:24,622 Jadi jika nak berterima kasih, 29 00:03:25,539 --> 00:03:27,083 ucaplah kepada mereka. 30 00:03:30,252 --> 00:03:31,921 Gadis yang terpinggir. 31 00:03:32,004 --> 00:03:35,132 Awak tak dengar raungan orang yang jatuh tadi? 32 00:03:36,133 --> 00:03:39,470 Disebabkan pengorbanan mereka, kita dapat hidup satu hari lagi. 33 00:03:40,263 --> 00:03:42,974 Bagi pihak kita yang berdosa ini, 34 00:03:43,057 --> 00:03:46,560 saya berdoa dan berterima kasih atas pengorbanan mereka 35 00:03:47,186 --> 00:03:48,521 kepada Tuhan. 36 00:03:48,604 --> 00:03:49,772 Gila. 37 00:03:51,148 --> 00:03:52,692 Awak sendiri yang bunuh mereka. 38 00:03:57,321 --> 00:03:59,532 Kita akan masuk syurga jika berdoa? 39 00:04:00,074 --> 00:04:02,201 Sial, saya pun nak berdoalah. 40 00:04:03,452 --> 00:04:04,662 Oh, Tuhan. 41 00:04:04,745 --> 00:04:08,958 Hari ini kami telah bergabung tenaga menghantar ramai manusia menghadap-Mu. 42 00:04:09,041 --> 00:04:12,336 Selepas ini kami akan hantar lebih ramai orang kepada-Mu… 43 00:04:12,420 --> 00:04:13,963 Diamlah! 44 00:04:19,176 --> 00:04:20,011 Saya 45 00:04:20,803 --> 00:04:21,804 atau dia? 46 00:04:21,887 --> 00:04:23,306 Dua-dua. 47 00:04:44,368 --> 00:04:45,703 Siapa nama awak? 48 00:04:46,620 --> 00:04:48,539 Kenapa awak nak tahu? 49 00:04:48,622 --> 00:04:50,583 Untuk panggil awaklah. 50 00:04:50,666 --> 00:04:51,751 Jangan panggil. 51 00:04:52,710 --> 00:04:53,878 Berahsia betul. 52 00:04:55,504 --> 00:04:56,797 Saya nak minta tolong. 53 00:04:57,340 --> 00:04:58,758 Tolong jangan ganggu saya. 54 00:05:00,259 --> 00:05:02,428 Awak yang datang bercakap dengan saya dulu. 55 00:05:08,142 --> 00:05:11,145 Kamu sendiri nampak lelaki botak itu terkencing, bukan? 56 00:05:11,228 --> 00:05:14,732 Selepas itu, lelaki muda di belakangnya meraung… 57 00:06:55,499 --> 00:06:56,584 Nafasnya dah terhenti. 58 00:06:56,667 --> 00:06:58,043 Cepat panggil doktor. 59 00:06:59,712 --> 00:07:01,714 BILANGAN PEMAIN: 40 HADIAH TUNAI: 41.6 BILION WON 60 00:07:03,215 --> 00:07:06,468 Saya benar-benar sangka kita akan terus terjatuh. 61 00:07:06,552 --> 00:07:09,847 Tapi apabila kita ambil posisi begini, kita dapat kekuatan. 62 00:07:09,930 --> 00:07:11,432 Saya terkejut dan kagum. 63 00:07:11,515 --> 00:07:13,392 Tuan, bagaimana boleh fikir begitu? 64 00:07:14,768 --> 00:07:16,479 Ketika saya kanak-kanak… 65 00:07:16,562 --> 00:07:19,815 Awak tiru aksi dalam filem, bukan? Apakah nama filem itu? 66 00:07:19,899 --> 00:07:21,567 Filem yang buat aksi begini… 67 00:07:21,650 --> 00:07:23,152 The Matrix. 68 00:07:26,572 --> 00:07:29,950 Setelah datang ke Korea, awak tak bekerja dan cuma tonton filem? 69 00:07:32,536 --> 00:07:33,746 Selain itu, sayang. 70 00:07:34,747 --> 00:07:37,500 "Kita akan melangkah tiga kali ke depan." 71 00:07:37,583 --> 00:07:40,336 Aduhai, awak sangat hebat. 72 00:07:40,419 --> 00:07:42,671 Bagaimana awak boleh terfikirkan itu? 73 00:07:42,755 --> 00:07:44,298 Tadi awak cakap dia merepek. 74 00:07:45,925 --> 00:07:46,800 Saya? 75 00:07:47,968 --> 00:07:49,303 Apa awak merepek? 76 00:07:49,386 --> 00:07:50,596 Awak menangis 77 00:07:50,679 --> 00:07:53,974 dan cakap, "Awak dah gila? Jangan merepek!" 78 00:07:54,058 --> 00:07:55,518 Itu yang awak cakap. 79 00:07:55,601 --> 00:07:57,770 Awak dari negara mana? 80 00:07:57,853 --> 00:08:00,648 Awak ada visa? Awak datang secara haram, bukan? 81 00:08:00,731 --> 00:08:02,691 Aduhai, dengar sini semua. 82 00:08:02,775 --> 00:08:05,152 Patutkah orang asing yang tak tahu asal usul ini 83 00:08:05,236 --> 00:08:07,613 sertai kumpulan kita? 84 00:08:07,696 --> 00:08:10,783 Kali ini saya akan tukar ahli kumpulan ini. 85 00:08:11,367 --> 00:08:12,660 Siapa ketua di sini? 86 00:08:14,286 --> 00:08:17,122 Si kacak, awak ketua? 87 00:08:17,831 --> 00:08:20,751 Di sini tiada ketua. Kami semua sama. 88 00:08:21,877 --> 00:08:23,128 Itu lebih baik. 89 00:08:23,796 --> 00:08:25,339 Masyarakat yang setara. 90 00:08:26,340 --> 00:08:29,218 Sial, tak macam lelaki celaka 91 00:08:29,301 --> 00:08:32,638 yang buat sesuka hati seolah-olah dia raja. 92 00:08:33,472 --> 00:08:35,432 Kenapa mak cik disingkirkan? 93 00:08:37,476 --> 00:08:38,978 Sayang. 94 00:08:39,061 --> 00:08:41,522 Saya bukan mak cik. 95 00:08:42,565 --> 00:08:45,067 Saya Han Mi-nyeo. 96 00:08:45,150 --> 00:08:47,361 Panggil saya Mi-nyeo saja. 97 00:08:49,280 --> 00:08:50,906 Saya tak disingkirkan. 98 00:08:50,990 --> 00:08:52,783 Saya sendiri yang tarik diri. 99 00:08:52,866 --> 00:08:56,579 Si bedebah itu dan saya tak setaraf. 100 00:08:56,662 --> 00:08:57,955 Mereka abaikan awak 101 00:08:58,455 --> 00:09:00,040 dan cuma pilih lelaki kuat. 102 00:09:00,624 --> 00:09:02,334 Itu sebelum permainan bermula. 103 00:09:02,418 --> 00:09:04,837 Seperti mereka dah tahu lebih awal apa permainannya. 104 00:09:11,635 --> 00:09:14,388 Lampu akan dipadamkan dalam masa 30 minit. 105 00:09:14,471 --> 00:09:17,182 Semua diminta bersedia untuk tidur. 106 00:09:17,975 --> 00:09:19,935 Mungkin ada rusuhan lagi lepas lampu padam. 107 00:09:20,019 --> 00:09:21,145 Mari bersedia dulu. 108 00:09:21,228 --> 00:09:22,646 Bagaimana? 109 00:09:22,730 --> 00:09:24,940 Bersama gadis-gadis ini dan orang tua itu? 110 00:09:25,024 --> 00:09:26,567 Kita yang paling lemah di sini. 111 00:09:27,484 --> 00:09:29,486 Mari kita serang kumpulan yang lemah dulu. 112 00:09:31,280 --> 00:09:34,283 Orang yang percayakan Tuhan lebih kejam. 113 00:09:34,366 --> 00:09:35,951 Kita semua memang sudah berdosa. 114 00:09:37,494 --> 00:09:39,872 Tangan kita sudah berlumuran darah. 115 00:09:42,124 --> 00:09:44,960 Lebih baik cari mangsa dan kita serang saja. 116 00:09:45,044 --> 00:09:46,712 Ketika pergaduhan semalam, 117 00:09:47,880 --> 00:09:50,299 awak tahu bagaimana lelaki di depan saya mati? 118 00:09:52,051 --> 00:09:54,803 Lehernya dipatahkan oleh orang yang dia sangka kawannya. 119 00:09:55,929 --> 00:09:57,306 Kamu semua percayakan saya? 120 00:09:59,725 --> 00:10:01,226 Saya tak percayakan kamu semua. 121 00:10:05,481 --> 00:10:06,565 Baiklah. 122 00:10:06,649 --> 00:10:08,984 Kita utamakan perlindungan dulu. 123 00:10:09,693 --> 00:10:12,655 Sebelum lampu dipadamkan, mari buat dinding penghalang dulu. 124 00:10:13,489 --> 00:10:15,449 Kita lebih selamat jika ada perlindungan. 125 00:10:44,770 --> 00:10:46,105 Hei, En. Ssangmun-dong. 126 00:10:49,692 --> 00:10:51,610 Awak berusaha keras untuk terus hidup. 127 00:10:53,195 --> 00:10:54,113 Tapi 128 00:10:54,822 --> 00:10:56,281 adakah ini sudah memadai? 129 00:10:57,116 --> 00:10:59,743 Ini nampak goyah. 130 00:11:01,203 --> 00:11:02,413 Awak pula? 131 00:11:03,831 --> 00:11:06,291 Awak betul-betul percayakan ahli kumpulan awak 132 00:11:07,292 --> 00:11:08,752 yang tak guna itu? 133 00:11:12,423 --> 00:11:13,298 Cubalah. 134 00:11:15,342 --> 00:11:16,260 Cubalah. 135 00:11:16,343 --> 00:11:17,511 Cubalah, sial. 136 00:11:17,594 --> 00:11:19,388 Kalau saya mereka, 137 00:11:22,349 --> 00:11:24,143 jika ada rusuhan lepas lampu padam, 138 00:11:25,310 --> 00:11:27,146 saya akan bunuh awak dulu. 139 00:11:30,399 --> 00:11:32,568 Sebab awak yang paling kuat. 140 00:11:42,578 --> 00:11:44,121 Hebat. 141 00:11:50,335 --> 00:11:51,170 Bos. 142 00:11:52,004 --> 00:11:53,839 Kita patut mula dengan apa? 143 00:11:53,922 --> 00:11:55,299 Mari berehat malam ini. 144 00:11:55,966 --> 00:11:57,092 Kenapa? 145 00:11:58,051 --> 00:11:59,219 Mari kurangkan orang… 146 00:11:59,303 --> 00:12:00,637 Berehat sajalah! 147 00:12:03,098 --> 00:12:04,308 Baiklah. 148 00:12:05,225 --> 00:12:06,393 Hei. 149 00:12:06,477 --> 00:12:09,730 Kamu semua juga patut letak semua itu dan berehat. 150 00:12:15,986 --> 00:12:17,154 Di mana doktor? 151 00:12:17,738 --> 00:12:21,575 Tadi dia keluar untuk ke tandas. 152 00:13:02,074 --> 00:13:03,784 Lampu akan dipadamkan. 153 00:13:03,867 --> 00:13:05,661 Walaupun susah untuk serang kita, 154 00:13:05,744 --> 00:13:08,830 mari bergilir-gilir berjaga sebagai persediaan. 155 00:13:08,914 --> 00:13:09,998 Berjaga dua orang. 156 00:13:11,083 --> 00:13:13,001 Seorang mungkin akan tertidur 157 00:13:13,877 --> 00:13:16,380 atau khianati kita dan berpakat dengan kumpulan lain. 158 00:13:19,383 --> 00:13:20,259 Saya 159 00:13:21,134 --> 00:13:22,469 akan berjaga dulu. 160 00:13:23,136 --> 00:13:25,138 Orang tua susah mengantuk. 161 00:13:25,222 --> 00:13:26,723 Tuan, 162 00:13:26,807 --> 00:13:30,686 bagaimana kami boleh percayakan orang tua dan tidur dengan lena? 163 00:13:34,147 --> 00:13:35,399 Saya akan berjaga dulu. 164 00:13:38,860 --> 00:13:40,571 Saya juga akan berjaga. 165 00:13:40,654 --> 00:13:42,322 Saya belum mengantuk. 166 00:13:43,574 --> 00:13:45,033 Kemudian, saya akan berjaga. 167 00:13:45,701 --> 00:13:47,369 Selepas penat, kejutkan saya. 168 00:13:48,287 --> 00:13:50,789 Saya akan berjaga bersama awak. 169 00:13:51,456 --> 00:13:53,375 Itu pun jika awak tak kisah. 170 00:13:54,376 --> 00:13:55,669 Baiklah. 171 00:13:56,169 --> 00:13:58,380 BILANGAN PEMAIN: 40 HADIAH TUNAI: 41.6 BILION WON 172 00:14:10,642 --> 00:14:13,186 Kerja hari ini sudah selesai. 173 00:14:13,270 --> 00:14:16,648 Semua pekerja diminta kembali ke bilik masing-masing. 174 00:14:18,400 --> 00:14:22,696 Semua pekerja diminta segera kembali ke bilik masing-masing. 175 00:14:43,717 --> 00:14:44,635 Makanlah. 176 00:14:45,677 --> 00:14:48,388 Saya tak makan ketika waktu makan tadi dan simpan 177 00:14:49,139 --> 00:14:50,390 untuk beri kepada tuan. 178 00:14:50,474 --> 00:14:52,351 Kenapa awak tak makan? 179 00:14:53,310 --> 00:14:55,562 Hari ini saya selamat sebab tuan. 180 00:14:56,563 --> 00:14:58,231 Saya nak berterima kasih. 181 00:14:58,315 --> 00:14:59,816 Tak perlu. 182 00:15:00,484 --> 00:15:01,944 Saya buat demi selamatkan diri. 183 00:15:02,027 --> 00:15:03,820 Tuan juga pernah berikan duit. 184 00:15:05,322 --> 00:15:07,741 Saya nak balas budi tuan. 185 00:15:15,832 --> 00:15:16,708 Puas hati? 186 00:15:24,174 --> 00:15:25,550 Nama awak Ali, bukan? 187 00:15:26,343 --> 00:15:27,386 Berapa umur awak? 188 00:15:28,804 --> 00:15:30,931 Saya berusia 33 tahun. 189 00:15:32,474 --> 00:15:33,934 Jadi panggil saya Sang-woo. 190 00:15:35,560 --> 00:15:36,603 Betulkah? 191 00:15:37,938 --> 00:15:38,939 Sang-woo? 192 00:15:46,029 --> 00:15:47,239 Kenapa awak datang? 193 00:15:48,240 --> 00:15:49,992 Saya nak cari duit di Korea. 194 00:15:50,784 --> 00:15:52,035 Sang-woo. 195 00:15:52,119 --> 00:15:54,413 Bukan Korea, tapi di sini. 196 00:15:55,247 --> 00:15:56,373 Di permainan ini. 197 00:15:57,749 --> 00:15:58,750 Saya datang 198 00:15:59,710 --> 00:16:00,961 sebab tiada duit. 199 00:16:05,882 --> 00:16:07,050 Keluarga? 200 00:16:10,512 --> 00:16:14,850 Adik-adik dan ibu bapa saya berada di Pakistan. 201 00:16:16,268 --> 00:16:19,646 Isteri dan anak saya berada di Korea. 202 00:16:20,272 --> 00:16:21,314 Awak ada anak? 203 00:16:23,191 --> 00:16:24,401 Berapa usianya? 204 00:16:24,484 --> 00:16:25,986 Anak lelaki berusia setahun. 205 00:16:29,531 --> 00:16:30,657 Tentu awak rindu dia. 206 00:16:32,909 --> 00:16:33,869 Ya. 207 00:16:39,041 --> 00:16:40,542 Kenapa awak datang 208 00:16:41,752 --> 00:16:42,627 ke sini? 209 00:16:47,340 --> 00:16:48,550 Sebab tiada duit. 210 00:16:49,760 --> 00:16:50,844 Saya nak cari duit. 211 00:17:28,548 --> 00:17:31,093 Apa yang berlaku semalam, Nombor 29? 212 00:17:31,176 --> 00:17:32,219 Kenapa tak datang? 213 00:17:34,012 --> 00:17:35,013 Maaf. 214 00:17:36,181 --> 00:17:37,265 "Maaf"? 215 00:17:39,601 --> 00:17:42,437 Saya halang mereka daripada bunuh awak kerana rasa tak percaya. 216 00:17:43,730 --> 00:17:47,567 Saya dah balas jasa awak sebab selamatkan saya dulu. 217 00:17:49,611 --> 00:17:50,570 Jika diulang lagi, 218 00:17:51,321 --> 00:17:52,322 awak akan mati. 219 00:18:23,228 --> 00:18:26,565 Sekarang baru awak muncul, Nombor 29? 220 00:18:27,440 --> 00:18:28,692 Saya dah berikan amaran. 221 00:18:28,775 --> 00:18:30,652 Semalam tak dapat buat penghantaran. 222 00:18:30,735 --> 00:18:32,654 Adakah ini masalah kamu berdua saja? 223 00:18:32,737 --> 00:18:34,865 Kalau begitu, hantarlah sendiri. 224 00:18:36,199 --> 00:18:39,327 Kamu sangka mudah untuk menyelinap dari sini? 225 00:18:39,411 --> 00:18:42,164 Jangan buat kesilapan untuk penghantaran hari ini. 226 00:18:50,172 --> 00:18:52,966 Apa? Kamu masih belum selesai? 227 00:18:53,049 --> 00:18:56,011 Hari ini doktor buat kerja lambat. 228 00:18:56,094 --> 00:18:58,138 Doktor tak guna, cepat. 229 00:18:58,221 --> 00:19:00,765 Jika terlambat dan bot dah pergi, semuanya sia-sia. 230 00:19:01,349 --> 00:19:04,895 Hari-hari saya tak dapat makan dan tidur dengan baik. 231 00:19:06,563 --> 00:19:08,732 Cubalah buat sendiri selepas hampir mati. 232 00:19:21,578 --> 00:19:24,664 Sebab itulah kami beritahu permainan apa dan berikan makanan lebih 233 00:19:24,748 --> 00:19:26,791 agar awak tak mati. 234 00:19:47,187 --> 00:19:48,021 Gi-hun. 235 00:19:48,104 --> 00:19:49,189 Ya, Sang-woo. 236 00:19:49,940 --> 00:19:50,857 Awak perlu berjaga. 237 00:19:53,068 --> 00:19:54,152 Ya. 238 00:19:58,782 --> 00:19:59,658 Awak okey? 239 00:19:59,741 --> 00:20:00,575 Ya. 240 00:20:01,409 --> 00:20:03,328 Awak seperti mengigau. 241 00:20:03,411 --> 00:20:04,704 Tak. 242 00:20:04,788 --> 00:20:06,248 Saya okey. 243 00:20:08,291 --> 00:20:09,209 Hei. 244 00:20:10,752 --> 00:20:12,170 Kenapa awak tak tidur? 245 00:20:15,215 --> 00:20:16,716 Saya tak mengantuk. 246 00:20:18,093 --> 00:20:19,844 Saya pastikan semua orang selamat. 247 00:20:20,595 --> 00:20:22,472 Jangan risau dan tidurlah. 248 00:20:23,807 --> 00:20:25,517 Saya percayakan awak. 249 00:20:29,688 --> 00:20:31,064 Doktor belum kembali? 250 00:20:31,147 --> 00:20:31,982 Ya. 251 00:20:32,065 --> 00:20:34,484 Peliklah, dah lama dia ke tandas. 252 00:20:39,823 --> 00:20:40,865 Pegang baik-baik. 253 00:20:44,494 --> 00:20:45,745 Kita kesuntukan masa. 254 00:20:45,829 --> 00:20:47,664 Patutkah saya uruskan yang itu? 255 00:20:47,747 --> 00:20:50,542 Jika awak ajar cara membedah, saya pun boleh buat. 256 00:20:50,625 --> 00:20:53,670 Kamu rasa apa yang saya buat ini mudah? 257 00:20:54,337 --> 00:20:58,883 Jika tonton berita sekarang, jururawat menggantikan doktor untuk buat pembedahan. 258 00:21:00,510 --> 00:21:02,721 Mereka juga lebih baik daripada doktor. 259 00:21:02,804 --> 00:21:04,848 Jika begitu yakin, awak buatlah sendiri. 260 00:21:05,974 --> 00:21:11,229 Doktor palsu yang membunuh orang kerana kecuaian sendiri masih berlagak. 261 00:21:11,313 --> 00:21:14,733 Sebab itukah semua bebola mata yang awak keluarkan dulu tak boleh digunakan? 262 00:21:14,816 --> 00:21:16,401 Saya dimaki oleh pembeli. 263 00:21:16,901 --> 00:21:19,988 Ketika itu kamu suruh saya bedah orang yang belum mati. 264 00:21:20,071 --> 00:21:22,741 Dia bangun dan cuba melawan, jadi semuanya musnah. 265 00:21:22,824 --> 00:21:24,617 Kita tiada masa. 266 00:21:24,701 --> 00:21:26,077 Bot akan sampai tak lama lagi. 267 00:22:15,460 --> 00:22:16,795 Gi-hun. 268 00:22:28,932 --> 00:22:30,016 Hei. 269 00:22:33,937 --> 00:22:36,981 Apa yang awak sedang fikirkan? 270 00:22:38,066 --> 00:22:41,277 Saya sangka awak tertidur dengan mata terbuka. 271 00:22:45,073 --> 00:22:46,783 Saya teringatkan kisah silam. 272 00:22:46,866 --> 00:22:48,118 Kisah silam? 273 00:22:49,661 --> 00:22:53,164 Dulu berlaku mogok di syarikat saya bekerja. 274 00:22:55,750 --> 00:22:57,877 Kami buat penghalang begini. 275 00:22:57,961 --> 00:23:00,797 Awak bekerja di syarikat apa? 276 00:23:00,880 --> 00:23:02,298 Syarikat kereta. 277 00:23:06,010 --> 00:23:07,262 Kenapa berlaku mogok? 278 00:23:07,846 --> 00:23:10,223 Kami disuruh berhenti kerja kerana syarikat kerugian. 279 00:23:12,559 --> 00:23:14,769 Saya bekerja di sana lebih sepuluh tahun. 280 00:23:17,689 --> 00:23:19,190 Tentu sukar bagi awak. 281 00:23:24,946 --> 00:23:26,573 Anak saya hampir lahir ketika itu. 282 00:23:27,740 --> 00:23:29,951 Banyak benda yang memerlukan duit. 283 00:23:31,744 --> 00:23:34,706 Saya tiada persediaan apabila tiba-tiba disuruh berhenti. 284 00:23:36,541 --> 00:23:39,669 Orang atasan yang hancurkan syarikat, tapi kami yang perlu tanggung. 285 00:23:41,296 --> 00:23:42,380 Jadi kami marah. 286 00:23:44,215 --> 00:23:46,134 Saya dan rakan-rakan sekerja 287 00:23:47,635 --> 00:23:52,056 bergilir-gilir berjaga semasa di kilang. 288 00:23:54,809 --> 00:23:56,686 Kami risau polis merempuh masuk. 289 00:23:58,688 --> 00:24:00,064 Kami menggeletar. 290 00:24:00,148 --> 00:24:02,942 Ya. Lebih kurang sepuluh tahun lalu, 291 00:24:04,527 --> 00:24:07,989 ada mogok besar-besaran di sebuah syarikat kereta. 292 00:24:09,532 --> 00:24:13,620 Ketika itu ia dilaporkan sebagai berita tergempar. 293 00:24:14,537 --> 00:24:17,999 Ada orang mati di sana, bukan? 294 00:24:18,917 --> 00:24:19,792 Ya. 295 00:24:21,544 --> 00:24:22,545 Aduhai. 296 00:24:23,421 --> 00:24:24,672 Maaf. 297 00:24:25,423 --> 00:24:26,424 Saya tak patut… 298 00:24:27,842 --> 00:24:29,010 ungkit tentangnya. 299 00:24:42,941 --> 00:24:43,983 Tuan. 300 00:24:45,902 --> 00:24:46,903 Tuan okey? 301 00:24:50,490 --> 00:24:53,493 - Tuan demam. - Saya okey. 302 00:24:53,576 --> 00:24:55,662 Saya hampir terkencing ketika itu. 303 00:24:55,745 --> 00:24:59,040 Saya sangka dia pengsan, tiba-tiba dia bangun seerti zombi. 304 00:24:59,123 --> 00:25:01,751 Dia melihat saya dengan sebelah matanya terkeluar. 305 00:25:02,919 --> 00:25:04,754 Saya juga bermimpi semalam. 306 00:25:04,837 --> 00:25:06,714 Orang yang gagal Lampu Merah, Lampu Hijau 307 00:25:06,798 --> 00:25:08,716 semuanya ditembak. 308 00:25:09,384 --> 00:25:11,219 Jadi tak banyak yang kita dapat. 309 00:25:12,178 --> 00:25:15,223 Zombi itu saja yang nampak okey. 310 00:25:16,015 --> 00:25:19,936 Saya hampir nahas buat penghantaran. Cuma ada satu buah pinggang. 311 00:25:20,019 --> 00:25:21,688 Saya tak dapat upah yang cukup. 312 00:25:21,771 --> 00:25:24,107 Salah saya zombi itu ada satu buah pinggang? 313 00:25:24,691 --> 00:25:26,526 Harapnya, lelaki ini elok. 314 00:25:27,652 --> 00:25:31,322 Semua yang datang ke sini bukan dalam keadaan sihat, 315 00:25:31,406 --> 00:25:32,907 jadi saya risau. 316 00:25:37,370 --> 00:25:38,454 Berbaringlah. 317 00:25:40,456 --> 00:25:41,457 Tunggu sebentar. 318 00:25:41,541 --> 00:25:43,751 Saya perlu kebahkan demam awak. 319 00:25:49,215 --> 00:25:50,383 Tak guna. 320 00:25:50,466 --> 00:25:51,467 Gunalah ini. 321 00:26:01,019 --> 00:26:02,395 Apa yang berlaku… 322 00:26:04,314 --> 00:26:05,231 kepada zombi itu? 323 00:26:06,816 --> 00:26:08,776 Apa lagi? 324 00:26:08,860 --> 00:26:12,280 Saya dah pukul dia dengan benda itu sehingga dia mati. 325 00:26:16,367 --> 00:26:18,870 Kenapa awak tanya tentang itu? 326 00:26:18,953 --> 00:26:20,204 Awak juga nampak. 327 00:26:20,288 --> 00:26:21,456 Kenapa dengan awak? 328 00:26:22,707 --> 00:26:23,750 Awak tak ingat? 329 00:26:27,211 --> 00:26:28,338 Waktu itu, 330 00:26:29,964 --> 00:26:31,466 saya hilang fokus. 331 00:26:31,549 --> 00:26:32,800 Hilang fokus? 332 00:26:34,427 --> 00:26:36,637 Awak sendiri yang uruskan mayatnya. 333 00:26:38,890 --> 00:26:41,267 Nombor 29. 334 00:26:41,351 --> 00:26:44,103 - Awak… - Ini bilik bedah saya! 335 00:26:45,730 --> 00:26:48,649 Berhenti bertekak dan pegang ini baik-baik! 336 00:26:50,318 --> 00:26:52,695 Biar saya fokus buat kerja! 337 00:26:52,779 --> 00:26:56,282 Jika tidak, saya akan rosakkan saja organ-organ ini! 338 00:27:10,088 --> 00:27:11,339 Terima kasih. 339 00:27:16,386 --> 00:27:17,637 Berehatlah. 340 00:27:19,555 --> 00:27:23,643 Kumpulkan semula tenaga dan kita ajab bermain bersama-sama esok. 341 00:27:33,694 --> 00:27:35,029 Awak pun tidurlah. 342 00:27:35,905 --> 00:27:37,740 Saya boleh berjaga sendiri. 343 00:27:38,783 --> 00:27:40,201 Dua orang perlu berjaga. 344 00:27:41,244 --> 00:27:43,121 Saya pun dah terjaga. 345 00:27:47,083 --> 00:27:48,042 Terima kasih.… 346 00:27:53,339 --> 00:27:54,340 untuk air itu. 347 00:27:56,467 --> 00:27:57,677 Saya tak beri begitu saja. 348 00:27:58,928 --> 00:28:00,680 Esok ganti semula jika dapat air. 349 00:28:18,364 --> 00:28:20,950 - Pergi cepat. - Organnya dalam keadaan baik. 350 00:28:21,701 --> 00:28:23,119 Dapatkan bayaran secukupnya. 351 00:28:32,962 --> 00:28:35,006 Cepat, bot dah sampai. 352 00:28:51,689 --> 00:28:52,982 Beritahulah. 353 00:28:53,649 --> 00:28:54,817 Apa permainan seterusnya? 354 00:28:54,901 --> 00:28:56,152 Kami pun belum tahu. 355 00:28:57,236 --> 00:28:58,321 Apa maksudnya? 356 00:28:59,197 --> 00:29:00,031 Tak tahu? 357 00:29:00,114 --> 00:29:02,158 Kami belum diberitahu. 358 00:29:02,241 --> 00:29:03,910 Jadi tanyalah orang atasan. 359 00:29:04,744 --> 00:29:06,662 Bukankah ada yang jaga kamu dari atas? 360 00:29:06,746 --> 00:29:08,623 Jika dah tahu, tentu dia dah beritahu. 361 00:29:08,706 --> 00:29:11,626 - Tentu ada sebabnya. - Itu masalah kamu. 362 00:29:12,960 --> 00:29:14,545 Saya dah buat semua yang disuruh. 363 00:29:15,338 --> 00:29:16,839 Beritahu sekarang! 364 00:29:16,923 --> 00:29:18,424 Balik dan tunggu! 365 00:29:18,508 --> 00:29:20,301 Kami akan beritahu sebelum permainan. 366 00:29:21,552 --> 00:29:22,929 Jangan mengarut! 367 00:29:42,532 --> 00:29:43,950 Kenapa? 368 00:29:44,033 --> 00:29:45,117 Tarik! 369 00:30:28,077 --> 00:30:28,953 Bertenang! 370 00:30:29,036 --> 00:30:32,290 Jika tak tahu permainannya, orang di dalam akan bunuh saya malam ini. 371 00:30:32,373 --> 00:30:34,792 Sekarang tiada sesiapa yang tahu. 372 00:30:34,876 --> 00:30:35,751 Berikan masa. 373 00:30:35,835 --> 00:30:38,087 Kamu sangka saya akan percaya? 374 00:30:38,170 --> 00:30:39,338 Apa lagi kami nak buat? 375 00:30:39,422 --> 00:30:40,965 Awak pergi periksa. 376 00:30:42,300 --> 00:30:43,509 Awak pula 377 00:30:43,593 --> 00:30:45,970 tunggu di sini bersama saya hingga dia kembali. 378 00:30:46,053 --> 00:30:48,556 Jika terus begini, kita akan lebih bahaya. 379 00:30:48,639 --> 00:30:50,516 Awak perlu balik sebelum pagi. 380 00:30:50,600 --> 00:30:52,727 Itu bukan urusan saya! 381 00:30:53,728 --> 00:30:57,231 Saya takkan balik sebelum tahu apa permainannya. 382 00:30:57,315 --> 00:30:59,525 Baiklah, bertenang. 383 00:31:00,818 --> 00:31:02,820 Naik dan tanya apa permainannya. 384 00:31:04,238 --> 00:31:05,281 Baiklah. 385 00:31:11,078 --> 00:31:12,038 Tunggu. 386 00:31:12,580 --> 00:31:14,415 Awak perlu ambil kunci. 387 00:31:14,498 --> 00:31:17,168 Kunci ada di dalam poket kanan saya sebelah atas. 388 00:31:18,628 --> 00:31:20,379 Jangan menipu. 389 00:31:20,463 --> 00:31:21,589 Betul. 390 00:31:21,672 --> 00:31:24,175 Kunci ini diperlukan untuk masuk ke bilik kawalan. 391 00:31:24,258 --> 00:31:26,761 Jika tak percaya, awak ambillah sendiri. 392 00:32:07,134 --> 00:32:08,177 Jangan sentuh. 393 00:32:08,260 --> 00:32:10,346 - Itu bom. - Bom? 394 00:32:10,429 --> 00:32:14,016 Laluan ini dibina untuk bawa VIP keluar. 395 00:32:14,100 --> 00:32:15,184 Selepas semua keluar, 396 00:32:15,267 --> 00:32:18,479 bom itu akan diletupkan untuk hancurkan tempat ini. 397 00:32:18,562 --> 00:32:21,273 Siapakah VIP itu? 398 00:32:22,483 --> 00:32:23,734 Jangan masuk campur. 399 00:32:45,172 --> 00:32:46,257 Nombor 29. 400 00:32:57,268 --> 00:32:59,437 Kecemasan. Doktor melarikan diri. 401 00:33:05,943 --> 00:33:06,861 Sial! 402 00:33:21,500 --> 00:33:22,376 Celaka. 403 00:33:42,188 --> 00:33:44,815 Kenapa awak nak tahu siapa VIP? 404 00:33:47,026 --> 00:33:48,235 Saya berterima kasih. 405 00:33:49,820 --> 00:33:51,781 Mereka sediakan alatan menyelam 406 00:33:52,698 --> 00:33:54,283 dan laluan rahsia untuk kita. 407 00:33:54,366 --> 00:33:56,202 Awak bukan saja banyak bertanya, 408 00:33:56,911 --> 00:33:58,537 suara awak juga lain. 409 00:33:59,246 --> 00:34:00,414 Boleh tunjukkan wajah? 410 00:34:02,708 --> 00:34:03,959 Perlukah buat begini? 411 00:34:07,546 --> 00:34:09,090 Nak saya periksa lepas bunuh awak? 412 00:34:21,435 --> 00:34:22,895 Siapa awak? 413 00:34:33,239 --> 00:34:34,615 Tunjukkan wajah awak. 414 00:34:36,617 --> 00:34:38,160 Nak saya periksa lepas bunuh awak? 415 00:34:58,055 --> 00:34:59,014 Jangan dekat! 416 00:35:01,058 --> 00:35:03,352 Bertenang. Kita boleh betulkan keadaan. 417 00:35:03,435 --> 00:35:04,854 Bagaimana? 418 00:35:06,313 --> 00:35:07,231 Dengan bunuh saya? 419 00:35:07,314 --> 00:35:08,649 Fikirlah. 420 00:35:08,732 --> 00:35:10,401 Kenapa saya nak bunuh awak? 421 00:35:10,484 --> 00:35:12,319 Itu cuma membesarkan masalah. 422 00:35:12,403 --> 00:35:14,155 Masalah memang dah besar. 423 00:35:14,905 --> 00:35:16,282 Kawan awak dah mati. 424 00:35:16,365 --> 00:35:17,825 Dia bukan kawan saya. 425 00:35:17,908 --> 00:35:19,535 Awak cuma bunuh pekerja. 426 00:35:20,244 --> 00:35:22,163 Saya boleh masukkan dia ke dalam pembakar. 427 00:35:22,746 --> 00:35:24,331 Ia takkan meninggalkan jejak. 428 00:35:25,166 --> 00:35:27,751 Jika peserta menghilang, masalah akan timbul. 429 00:35:27,835 --> 00:35:30,629 Tapi jika seorang pekerja hilang, tiada apa-apa akan berlaku. 430 00:35:33,090 --> 00:35:34,300 Siapa saya? 431 00:35:35,217 --> 00:35:37,303 Sekarang itu tak penting. 432 00:35:42,766 --> 00:35:44,143 Apa yang penting, 433 00:35:44,226 --> 00:35:46,187 siapa yang arahkan awak buat begini? 434 00:35:48,063 --> 00:35:49,690 Orang yang awak panggil zombi. 435 00:35:50,983 --> 00:35:53,569 Orang yang bangun ketika pembedahan dengan satu buah pinggang. 436 00:35:54,862 --> 00:35:56,739 Tahu di mana satu lagi buah pinggang? 437 00:35:57,781 --> 00:35:58,782 Di sini. 438 00:35:59,825 --> 00:36:00,910 Ada di dalam. 439 00:36:02,912 --> 00:36:03,996 Dia beri kepada saya. 440 00:36:06,207 --> 00:36:07,958 - Dia abang saya! - Bukan! 441 00:36:10,711 --> 00:36:12,004 Perempuan. 442 00:36:12,087 --> 00:36:13,255 Dia perempuan. 443 00:36:13,339 --> 00:36:14,673 Bukan lelaki! 444 00:36:14,757 --> 00:36:17,343 Saya akan cari tahu apa permainannya. 445 00:36:17,426 --> 00:36:19,553 Jika kita terus timbulkan kekecohan di sini, 446 00:36:20,221 --> 00:36:22,181 kita berdua akan mati. 447 00:36:22,973 --> 00:36:23,807 Percayalah. 448 00:36:24,558 --> 00:36:28,229 - Peluang masih ada. - Bagaimana saya boleh percayakan awak? 449 00:36:45,746 --> 00:36:46,580 Nampak? 450 00:36:47,289 --> 00:36:49,583 Saya manusia macam awak. 451 00:37:03,138 --> 00:37:04,515 Ya. 452 00:37:04,598 --> 00:37:07,226 Awak cuma perlu kembali dengan senyap. 453 00:37:07,309 --> 00:37:09,728 Jika awak balik sebelum pagi, 454 00:37:11,063 --> 00:37:12,773 kita berdua boleh selamat. 455 00:37:19,905 --> 00:37:21,615 Jadi apa saya perlu buat? 456 00:37:25,786 --> 00:37:26,870 Doktor. 457 00:37:33,043 --> 00:37:35,045 Cuci muka awak dulu. 458 00:37:40,843 --> 00:37:42,303 Betul. 459 00:37:43,721 --> 00:37:44,763 Dia perempuan. 460 00:37:44,847 --> 00:37:46,307 Bagaimana saya boleh percaya? 461 00:37:46,390 --> 00:37:48,976 Sebelum dia dibedah, 462 00:37:50,102 --> 00:37:52,229 kami perkosa mayatnya. 463 00:37:53,147 --> 00:37:54,940 Kami tak buat begitu kepada lelaki. 464 00:37:55,983 --> 00:37:58,152 Jika tak percaya, periksalah senarai nama. 465 00:37:59,028 --> 00:38:01,030 - Senarai nama? - Ada senarai nama peserta. 466 00:38:01,113 --> 00:38:02,740 Termasuklah maklumat peribadi 467 00:38:02,823 --> 00:38:05,284 - dan rekod kesihatan. - Di mana? 468 00:38:09,121 --> 00:38:10,581 Bahagian atas tangga tadi, 469 00:38:11,582 --> 00:38:12,750 ada bilik ketua. 470 00:38:12,833 --> 00:38:13,834 Ketua? 471 00:38:13,917 --> 00:38:15,711 Awak pernah nampak, bukan? 472 00:38:15,794 --> 00:38:17,296 Orang yang pakai topeng berbeza. 473 00:38:26,513 --> 00:38:30,267 Biar saya bantu awak cari abang awak. 474 00:38:31,143 --> 00:38:34,396 Saya juga akan berikan duit jualan organ ini kepada awak. Betul! 475 00:38:36,732 --> 00:38:38,067 Jika kita berpakat… 476 00:38:54,208 --> 00:38:58,921 Kamu curi organ daripada mayat dan jual atau buat apa saja, 477 00:38:59,004 --> 00:39:00,839 saya tak kisah. 478 00:39:00,923 --> 00:39:02,132 Tapi kamu semua 479 00:39:02,216 --> 00:39:04,927 langgar peraturan terpenting di sini. 480 00:39:09,598 --> 00:39:10,849 Kesamarataan. 481 00:39:11,725 --> 00:39:14,103 Semua orang dalam permainan ini setara. 482 00:39:15,104 --> 00:39:18,816 Semua pemain bermain secara adil dengan syarat yang sama. 483 00:39:19,400 --> 00:39:22,736 Ini untuk memberi peluang terakhir kepada orang yang merasai ketidakadilan 484 00:39:23,362 --> 00:39:26,740 untuk bertarung dan menang dengan kedudukan yang setara. 485 00:39:27,950 --> 00:39:29,034 Kamu semua 486 00:39:29,118 --> 00:39:30,702 sudah langgar peraturan itu. 487 00:39:34,039 --> 00:39:35,332 Saya minta maaf. 488 00:40:26,049 --> 00:40:26,967 Tuan. 489 00:40:27,634 --> 00:40:28,886 Seorang lagi telah ditemui. 490 00:41:34,952 --> 00:41:36,078 Ini Nombor 28. 491 00:41:36,161 --> 00:41:37,454 Ada seorang lagi. 492 00:41:38,247 --> 00:41:39,540 Orang yang bunuh dia. 493 00:41:40,499 --> 00:41:42,459 Dia mungkin dah keluar ke pantai. 494 00:41:45,295 --> 00:41:46,964 Tangki oksigen masih tak terusik. 495 00:41:47,548 --> 00:41:48,757 Dia masih ada di sini. 496 00:41:49,716 --> 00:41:50,634 Cari dia. 497 00:43:38,450 --> 00:43:40,869 SENARAI PEMAIN, 1999 498 00:44:13,276 --> 00:44:16,822 SENARAI PEMAIN-PEMAIN 1 ARKIB SOTONG, A12 499 00:44:42,264 --> 00:44:43,849 Nombor 29 juga menghilang. 500 00:44:44,516 --> 00:44:45,517 Cari dia. 501 00:44:46,810 --> 00:44:48,854 Dia tak kelihatan melalui kamera keselamatan. 502 00:44:53,275 --> 00:44:54,901 Dia tentu ada di sini. 503 00:45:01,283 --> 00:45:05,203 Semua pemain diminta segera berkumpul di bahagian tengah. 504 00:45:05,287 --> 00:45:07,038 Ulang suara. 505 00:45:07,122 --> 00:45:09,499 - Semua pemain diminta - Cepat berkumpul. 506 00:45:09,583 --> 00:45:11,918 segera berkumpul di bahagian tengah. 507 00:45:14,171 --> 00:45:15,255 Cepat bergerak. 508 00:45:15,839 --> 00:45:18,800 Sial, kenapa begitu kecoh? 509 00:45:21,553 --> 00:45:23,305 Bos, doktor itu… 510 00:45:27,017 --> 00:45:28,018 Bangun! 511 00:45:29,811 --> 00:45:30,687 Bangun! 512 00:45:33,190 --> 00:45:34,024 Cepat! 513 00:45:34,107 --> 00:45:36,318 Dia tak sihat. 514 00:45:53,793 --> 00:45:57,380 NAMA: SEONG GI-HUN 515 00:46:27,536 --> 00:46:31,831 PUSINGAN 6 SENARAI PEMENANG 516 00:46:33,333 --> 00:46:35,585 PERMAINAN SOTONG KE-28 2015 PEMAIN 132, HWANG IN-HO 517 00:46:35,669 --> 00:46:36,503 Hwang In-ho. 518 00:46:42,842 --> 00:46:44,052 Tahun 2015. 519 00:46:44,135 --> 00:46:46,513 SENARAI PEMAIN-PEMAIN 1, 2015 520 00:46:51,017 --> 00:46:52,269 Pemain 132. 521 00:47:01,152 --> 00:47:02,529 NAMA: HWANG IN-HO 522 00:47:04,948 --> 00:47:06,116 Abang. 523 00:50:02,250 --> 00:50:06,921 Terjemahan sari kata oleh Kamelia Narisya