1 00:00:06,723 --> 00:00:07,563 Padam. 2 00:00:07,643 --> 00:00:09,763 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 3 00:00:10,123 --> 00:00:10,963 Padam. 4 00:00:12,923 --> 00:00:14,043 - Padam. - Padam. 5 00:00:16,043 --> 00:00:17,243 - Abai. - Padam. 6 00:00:17,323 --> 00:00:19,883 SACRAMENTO, ENAM BULAN LALU 7 00:00:19,963 --> 00:00:20,803 Abai. 8 00:00:20,883 --> 00:00:22,563 PADAM, ABAI 9 00:00:22,643 --> 00:00:23,483 Abai. 10 00:00:23,563 --> 00:00:25,963 KEBOGELAN, SPAM, MENYAKITI DIRI, BUNUH DIRI 11 00:00:26,043 --> 00:00:26,883 Abai. 12 00:00:26,963 --> 00:00:28,523 PENDERAAN, PENGGANAS, ANCAMAN 13 00:00:28,603 --> 00:00:29,683 Padam. Penyumbaleweng. 14 00:00:29,763 --> 00:00:30,603 Padam. 15 00:00:31,483 --> 00:00:32,603 SARAH DALAM TALIAN 16 00:00:32,683 --> 00:00:33,723 - Abai. - Abai. 17 00:00:33,803 --> 00:00:34,723 Abai. 18 00:00:35,563 --> 00:00:37,843 …sangat marah. 19 00:00:37,923 --> 00:00:42,283 Kita patut patuh saja kerana dia bos? 20 00:00:42,363 --> 00:00:44,403 Mengarut sungguh. 21 00:00:45,083 --> 00:00:47,683 Saya tahu. Awak buat saya gembira juga. 22 00:00:48,403 --> 00:00:50,363 Bertuah saya kenal awak. 23 00:00:50,443 --> 00:00:52,203 Saya sayang awak. 24 00:00:52,923 --> 00:00:53,923 Celaka. 25 00:00:54,003 --> 00:00:55,003 Betul. 26 00:00:57,163 --> 00:00:58,163 Saya pun tak sabar. 27 00:00:58,323 --> 00:00:59,843 SIMON: SAYA NAK JUMPA AWAK 28 00:00:59,923 --> 00:01:00,763 Saya juga. 29 00:01:02,603 --> 00:01:04,403 Sebentar. Abang saya. 30 00:01:07,083 --> 00:01:09,283 SARAH: SAYA MASIH DI TEMPAT KERJA. DUA SYIF. 31 00:01:09,763 --> 00:01:11,283 - Padam. - Abai. 32 00:01:11,363 --> 00:01:12,683 SIMON: BILA AWAK HABIS? 33 00:01:16,563 --> 00:01:18,683 Saya pergi dulu. Abang saya panggil. 34 00:01:18,843 --> 00:01:20,203 SARAH: DALAM PERJALANAN BALIK 35 00:01:20,283 --> 00:01:21,923 Okey, kita berbual nanti. 36 00:01:22,003 --> 00:01:23,523 TERIMA KASIH 37 00:01:26,363 --> 00:01:27,523 - Abai. - Abai. 38 00:01:29,403 --> 00:01:30,243 Abai. 39 00:01:31,643 --> 00:01:32,883 - Abai. - Abai. 40 00:01:32,963 --> 00:01:34,323 - Padam. - Abai. 41 00:01:44,483 --> 00:01:45,963 Jarang dengar khabar awak. 42 00:01:46,043 --> 00:01:47,603 Saya sibuk. 43 00:01:48,163 --> 00:01:49,163 Ya? 44 00:01:49,243 --> 00:01:53,003 Sebab pangsapuri ini nampak kemas. 45 00:01:54,003 --> 00:01:56,683 Ada makanan di dalam peti akhirnya. 46 00:01:58,163 --> 00:02:00,083 Awak juga asyik tersengih. 47 00:02:01,283 --> 00:02:02,283 Siapa lelaki itu? 48 00:02:03,123 --> 00:02:04,203 Jeremy. 49 00:02:04,763 --> 00:02:05,803 Saya sangat suka dia. 50 00:02:05,883 --> 00:02:08,763 - Ya? - Betul-betul suka. 51 00:02:08,843 --> 00:02:11,643 Ceritalah lagi. Di mana kamu berjumpa? 52 00:02:12,283 --> 00:02:14,283 Di mana lagi semua orang berkenalan? 53 00:02:15,363 --> 00:02:19,323 Sarah, boleh berhati-hati? Kita tak kenal mereka. 54 00:02:19,883 --> 00:02:22,443 Sebab itu awak datang? Menghakimi saya? 55 00:02:22,523 --> 00:02:24,923 - Boleh guna telefon saja. - Bukanlah. 56 00:02:25,003 --> 00:02:26,803 Saya hanya nak awak jaga diri. 57 00:02:26,883 --> 00:02:28,963 Saya memang jaga diri sendiri! 58 00:02:29,043 --> 00:02:33,483 Tengok, saya masak kegemaran awak, sayur campur terlebih masak dengan sos. 59 00:02:34,443 --> 00:02:35,283 Selain itu… 60 00:02:36,283 --> 00:02:38,323 - Saya mula mencipta lagi. - Ya? 61 00:02:39,683 --> 00:02:41,563 Awak arca paling hujung. 62 00:02:44,203 --> 00:02:45,723 Salah seorang Village People? 63 00:02:48,643 --> 00:02:51,283 - Saya nak minta awak buat sesuatu. - Apa? 64 00:02:51,803 --> 00:02:53,763 - Cari kerja lain. - Kenapa? 65 00:02:53,843 --> 00:02:55,763 Klonis dah kacau fikiran awak. 66 00:02:55,843 --> 00:02:57,563 Awak mudah paranoia. 67 00:02:58,203 --> 00:02:59,723 Saya dapat menyara hidup, jadi… 68 00:03:00,283 --> 00:03:01,563 Marilah ke sini. 69 00:03:06,123 --> 00:03:07,283 Oh, Tuhan. 70 00:03:09,203 --> 00:03:10,643 Begitulah. 71 00:03:11,203 --> 00:03:13,003 Abang saya! 72 00:03:31,843 --> 00:03:37,563 ABANG 73 00:03:38,963 --> 00:03:42,563 SEKARANG 74 00:03:43,563 --> 00:03:44,563 Maaf. 75 00:03:46,243 --> 00:03:47,243 Saya hubungi awak. 76 00:03:47,323 --> 00:03:48,643 Abai. 77 00:03:48,723 --> 00:03:50,603 - Tonton berita malam tadi? - Abai. 78 00:03:50,683 --> 00:03:52,483 Bagaimana mereka dapat mesej itu? 79 00:03:54,403 --> 00:03:58,163 Wartawan itu ceroboh rumah saya dan curi telefon Sarah, okey? 80 00:03:58,683 --> 00:03:59,523 Boleh begitu? 81 00:03:59,603 --> 00:04:03,043 Entahlah. Apa saya patut buat? Hubungi polis? 82 00:04:03,123 --> 00:04:05,803 Mereka tahu tentang Sarah. Awak faham maksudnya? 83 00:04:05,883 --> 00:04:07,283 Ya, saya tahu. 84 00:04:08,043 --> 00:04:09,083 Arah jam sebelas. 85 00:04:11,203 --> 00:04:13,643 Hai, Detektif Amiri dari Balai Polis Oakland. 86 00:04:13,723 --> 00:04:15,803 Pergi saja. Keluar dari sini. 87 00:04:15,883 --> 00:04:18,043 …jumpa staf awak, Simon Burton. 88 00:04:21,843 --> 00:04:22,963 Simon. 89 00:04:30,363 --> 00:04:31,923 - Padam. - Abai. 90 00:04:34,123 --> 00:04:35,443 - Abai. - Abai. 91 00:04:35,523 --> 00:04:36,363 Abai. 92 00:04:37,003 --> 00:04:38,083 - Hei. - Hai. 93 00:04:38,163 --> 00:04:39,723 - Polis Oakland nak jumpa. - Okey. 94 00:04:39,803 --> 00:04:40,963 - Simon Burton? - Ya. 95 00:04:41,043 --> 00:04:43,523 Detektif Roshan Amiri, Polis Oakland. 96 00:04:44,123 --> 00:04:46,483 Tugas awak adalah menapis kandungan? 97 00:04:46,563 --> 00:04:47,723 Ya. 98 00:04:47,803 --> 00:04:51,363 Saya tengok sekitar 10,000 imej sehari. 99 00:04:52,163 --> 00:04:56,723 Simon, saya sedang menyiasat pembunuhan Nick Brewer. 100 00:04:56,803 --> 00:04:57,883 Baiklah. 101 00:04:57,963 --> 00:04:59,683 Kami mengikut petunjuk 102 00:04:59,763 --> 00:05:02,483 kerana maklumat baharu yang disiar dalam GBZ malam tadi. 103 00:05:02,563 --> 00:05:04,043 Baiklah. Boleh saya bantu? 104 00:05:04,123 --> 00:05:05,883 Awak tahu kes Nick Brewer? 105 00:05:05,963 --> 00:05:07,123 Ya. Sudah tersebar. 106 00:05:08,403 --> 00:05:10,963 Awak tahu adik awak ada hubungan dengan Nick? 107 00:05:11,043 --> 00:05:12,203 Tidak. 108 00:05:12,283 --> 00:05:15,763 - Dia tak sebut mereka bercinta? - Tak, saya tak ingat pula. 109 00:05:18,483 --> 00:05:19,723 PANGGILAN MASUK 110 00:05:19,803 --> 00:05:20,643 Jadi… 111 00:05:22,203 --> 00:05:23,403 jelas sekali… 112 00:05:25,003 --> 00:05:27,523 awak tak pernah jumpa Nick Brewer? 113 00:05:27,603 --> 00:05:28,803 Tidak. 114 00:05:29,603 --> 00:05:31,083 Awak rapat dengan adik awak? 115 00:05:32,843 --> 00:05:33,923 Adakah kami rapat? 116 00:05:36,163 --> 00:05:38,683 Dulu. Kami akhirnya renggang. 117 00:05:38,763 --> 00:05:39,843 Apa yang terjadi? 118 00:05:40,963 --> 00:05:41,923 Biasalah hidup. 119 00:05:43,763 --> 00:05:47,163 Ya. Bos kata awak bercuti minggu lepas? 120 00:05:48,003 --> 00:05:49,203 Ya. 121 00:05:49,283 --> 00:05:50,803 Saya tak pergi ke Oakland 122 00:05:50,883 --> 00:05:52,803 kalau awak nak tahu. 123 00:05:52,883 --> 00:05:53,723 Buat apa? 124 00:05:54,443 --> 00:05:56,843 Pergi memancing bersama seorang kawan. 125 00:05:56,923 --> 00:05:58,363 - Memancing? - Ya, dengan… 126 00:05:59,243 --> 00:06:01,883 Kawan saya, Daryl. 127 00:06:03,203 --> 00:06:06,723 Kami pergi ke Sungai Russian. Beberapa jam ke barat dari sini. 128 00:06:06,803 --> 00:06:08,523 - Ada nombor telefon dia? - Ya. 129 00:06:14,003 --> 00:06:15,163 Silakan. 130 00:06:15,243 --> 00:06:16,243 Terima kasih. 131 00:06:20,323 --> 00:06:21,523 Dapat tangkap apa-apa? 132 00:06:25,363 --> 00:06:26,323 Tidak. 133 00:06:26,403 --> 00:06:29,123 Ya, tak juga. Beberapa ekor terubuk saja. 134 00:06:32,843 --> 00:06:36,083 Adakah awak sentiasa ikut cakap wartawan? 135 00:06:38,643 --> 00:06:40,283 Saya hanya ikut petunjuk. 136 00:06:40,363 --> 00:06:41,563 - Betul. - Kerja saya. 137 00:06:41,643 --> 00:06:42,523 Sudah tentu. 138 00:06:43,003 --> 00:06:45,603 Awak akan keluar dari Sacramento beberapa hari lagi? 139 00:06:46,363 --> 00:06:47,363 Tidak. 140 00:06:47,443 --> 00:06:49,123 - Maklumkan saya. - Baiklah. 141 00:06:49,203 --> 00:06:50,603 Ya. Terima kasih. 142 00:06:51,403 --> 00:06:52,523 - Itu saja? - Ya. 143 00:06:53,203 --> 00:06:54,203 Okey. 144 00:06:55,683 --> 00:06:56,523 Oh, ya. 145 00:06:58,363 --> 00:06:59,843 Takziah saya ucapkan. 146 00:06:59,923 --> 00:07:03,603 Memang teruk kehilangan adik awak dengan cara begitu. 147 00:07:06,043 --> 00:07:07,163 Saya bersimpati. 148 00:07:09,243 --> 00:07:10,603 - Terima kasih. - Ya. 149 00:07:37,083 --> 00:07:38,803 DARYL: JAWAB PANGGILAN AWAK 150 00:07:39,163 --> 00:07:41,963 SIMON: JANGAN JAWAB 151 00:07:42,043 --> 00:07:44,323 JANGAN DATANG SEMULA HARI INI 152 00:07:44,403 --> 00:07:45,803 JANGAN BALIK KE RUMAH 153 00:08:02,003 --> 00:08:04,803 Ada sesuatu terjadi kepada kekasih awak? Jeremy? 154 00:08:04,883 --> 00:08:06,523 Dia cuba perbaiki masalah. 155 00:08:07,723 --> 00:08:08,803 Apa maksudnya? 156 00:08:10,243 --> 00:08:13,683 Dia ada kekasih lain? Dah kahwin? 157 00:08:14,243 --> 00:08:17,523 Jangan berleter, Encik Menghakimi. 158 00:08:18,683 --> 00:08:19,683 Okey. 159 00:08:24,003 --> 00:08:28,603 Saya singgah tempat kerja awak, katanya awak dah seminggu tak datang. 160 00:08:30,203 --> 00:08:32,363 Awak ada makan ubat? 161 00:08:33,563 --> 00:08:34,643 Awak kesakitan? 162 00:08:43,083 --> 00:08:45,123 Berhenti beri saya duit. 163 00:08:46,643 --> 00:08:49,843 Berhenti cuba mengawal saya. 164 00:08:49,923 --> 00:08:50,963 Berhenti… 165 00:08:53,483 --> 00:08:55,403 Berhenti cuba selamatkan saya. 166 00:08:58,003 --> 00:09:01,203 Kenapa saya tak boleh jadi macam orang lain? 167 00:09:02,563 --> 00:09:04,803 Kenapa saya tak boleh bahagia? 168 00:09:07,763 --> 00:09:11,403 Kenapa semuanya sangat susah? 169 00:09:11,483 --> 00:09:12,923 Hei. Semuanya baik. 170 00:09:14,603 --> 00:09:17,403 - Sakit sungguh, Simon. - Mari sini. Semua okey. 171 00:09:17,483 --> 00:09:19,443 Sakit tak terkata! 172 00:09:19,523 --> 00:09:21,483 Saya tahu. 173 00:09:22,203 --> 00:09:23,043 Saya tahu. 174 00:09:41,963 --> 00:09:48,963 BOLEH TAHAN HASIL SEHARI! BERSAMA DARYL WOODRELL 175 00:09:49,203 --> 00:09:50,563 PANGGILAN MASUK 176 00:09:57,403 --> 00:09:58,483 Detektif Amiri. 177 00:09:58,563 --> 00:09:59,883 Awak dah tengok? 178 00:10:01,003 --> 00:10:02,363 Hei, Pia. Apa khabar? 179 00:10:02,963 --> 00:10:04,563 Ya. Saya baik. 180 00:10:04,643 --> 00:10:07,883 Rupa-rupanya abang saya psikopat dan pemangsa seksual. 181 00:10:07,963 --> 00:10:10,043 Saya cuba hubungi awak. Di mana awak? 182 00:10:10,123 --> 00:10:11,523 Di luar bandar. 183 00:10:11,603 --> 00:10:12,963 Adakah di Sacramento? 184 00:10:14,563 --> 00:10:15,643 Memang betul. 185 00:10:15,723 --> 00:10:17,843 Saya jumpa abang Sarah Burton. 186 00:10:17,923 --> 00:10:19,243 Adakah dia suspek? 187 00:10:19,323 --> 00:10:21,723 Dia ada motif kerana kejadian yang menimpa adiknya. 188 00:10:23,723 --> 00:10:26,043 Jadi, awak rasa wawancara itu benar? 189 00:10:26,123 --> 00:10:29,123 - Saya balik esok. Kita cakap nanti? - Baiklah. 190 00:10:42,083 --> 00:10:43,683 - Okey. - Boleh beri protein? 191 00:10:43,763 --> 00:10:45,323 - Terima kasih, ibu. - Tak. 192 00:10:45,403 --> 00:10:46,803 Salad untuk Kai. 193 00:10:47,843 --> 00:10:50,123 Okey. Cukuplah guna telefon. 194 00:10:50,203 --> 00:10:53,043 Saya sentiasa dapat mesej. Mungkin daripada wartawan. 195 00:10:53,123 --> 00:10:54,923 Asyik tanya soalan bodoh. 196 00:10:55,003 --> 00:10:56,723 - Jangan jawab. - Ya. 197 00:10:56,803 --> 00:10:58,363 Sudahlah, mari makan. 198 00:10:58,963 --> 00:11:01,403 - Marilah. Nampak sedap. - Sedap. 199 00:11:01,483 --> 00:11:02,963 - Ya. - Makanlah. 200 00:11:03,043 --> 00:11:05,603 Siapa simpan semua gambar Nick? 201 00:11:07,563 --> 00:11:08,403 Sophie? 202 00:11:09,003 --> 00:11:10,003 Saya. 203 00:11:10,083 --> 00:11:11,363 Apahal, Matt? 204 00:11:11,443 --> 00:11:14,003 - Saya cuma tolong, Pia. - Saya yang suruh. 205 00:11:14,083 --> 00:11:15,203 Kenapa? 206 00:11:15,283 --> 00:11:17,403 Serius? Awak tak tahu sebabnya? 207 00:11:18,243 --> 00:11:19,643 Awak kurang ajar. 208 00:11:19,723 --> 00:11:21,603 - Cakaplah, budak hebat. - Budak hebat? 209 00:11:21,683 --> 00:11:23,083 - Sudahlah. - Hei. 210 00:11:23,163 --> 00:11:25,403 - Kenapa kamu ada di sini? - Mereka kawan saya. 211 00:11:25,483 --> 00:11:27,523 - Jangan begitu. - Kenapa simpan gambar dia? 212 00:11:27,603 --> 00:11:29,803 Dia baru seminggu mati. Apa masalah awak? 213 00:11:29,883 --> 00:11:31,163 Semua orang berhenti! 214 00:11:37,483 --> 00:11:39,283 Beri kepada ibu. 215 00:11:39,363 --> 00:11:41,083 - Tak mahu. - Berikan. 216 00:11:43,643 --> 00:11:44,643 Awak pun sama. 217 00:11:46,683 --> 00:11:48,243 Jangan guna telefon di meja lagi. 218 00:11:49,123 --> 00:11:51,403 Okey. Tak membantu pun. 219 00:12:06,283 --> 00:12:07,763 Awak tidur di sini? 220 00:12:10,483 --> 00:12:12,163 Awak tahu perkara yang teruk? 221 00:12:13,523 --> 00:12:15,803 Saya tahu dia sayang mereka, tapi… 222 00:12:17,243 --> 00:12:19,043 Saya tak tahu jika dia sayang saya. 223 00:12:19,963 --> 00:12:21,603 Jangan cakap begitu. 224 00:12:22,123 --> 00:12:23,483 Sudah tentu dia sayang. 225 00:12:30,443 --> 00:12:32,483 Cuma tak masuk akal. 226 00:12:33,923 --> 00:12:38,123 Maksud saya, kenapa Nick sanggup hantar mesej begitu? 227 00:12:38,603 --> 00:12:42,323 - Bunyinya macam dia? - Dua anak saya harapkan saya. 228 00:12:42,403 --> 00:12:46,923 Lebih cepat kami dapat terima hakikat, lebih cepat kami pulih. 229 00:12:50,443 --> 00:12:51,843 Saya hanya tak percaya. 230 00:13:07,843 --> 00:13:08,683 Hei, Matt. 231 00:13:10,723 --> 00:13:11,763 Tertinggal satu. 232 00:13:20,243 --> 00:13:21,603 Mari cuba lagi. 233 00:13:21,683 --> 00:13:22,763 Apa yang awak buat? 234 00:13:22,843 --> 00:13:25,323 Memancing bersama kawan saya, Simon. 235 00:13:25,963 --> 00:13:27,323 Bagus. Di mana? 236 00:13:27,803 --> 00:13:28,803 Sungai Russian. 237 00:13:29,483 --> 00:13:30,483 Untuk apa? 238 00:13:31,763 --> 00:13:33,483 Steelhead. Tak guna. 239 00:13:34,123 --> 00:13:35,123 Terubuk. 240 00:13:35,203 --> 00:13:37,403 Steelhead, September. Terubuk, April. 241 00:13:37,963 --> 00:13:39,923 Entahlah, mungkin baik kita lari. 242 00:13:40,683 --> 00:13:41,523 Ke mana? 243 00:13:42,243 --> 00:13:45,523 Mexico, kawan? Kita boleh makan taco. 244 00:13:45,603 --> 00:13:49,443 Bagaimana awak nak hidup di Mexico? Awak masih tinggal dengan ibu awak. 245 00:13:49,523 --> 00:13:50,843 Jika lari, kita dikejar. 246 00:13:50,923 --> 00:13:53,483 Mari cuba lagi. Kekalkan cerita kita. 247 00:13:55,483 --> 00:13:57,483 Awak tahu saya boleh dedahkan awak? 248 00:14:01,563 --> 00:14:02,403 Apa? 249 00:14:06,003 --> 00:14:07,003 Lalu cakap apa? 250 00:14:08,403 --> 00:14:10,123 Cakap apa, Daryl? 251 00:14:10,963 --> 00:14:12,003 Tiada apa-apa. 252 00:14:16,883 --> 00:14:18,563 Kita dah sembunyikan jejak. 253 00:14:20,523 --> 00:14:21,643 Mereka tiada bukti. 254 00:14:23,523 --> 00:14:24,843 Kekal dengan cerita itu 255 00:14:25,643 --> 00:14:26,843 dan buat macam biasa. 256 00:14:28,923 --> 00:14:29,763 Okey? 257 00:14:30,243 --> 00:14:31,083 Ya. 258 00:14:31,723 --> 00:14:33,363 Buat macam biasa. Faham. 259 00:14:34,523 --> 00:14:36,403 Kawan, dunia ini tak rata. 260 00:14:36,483 --> 00:14:39,923 Tak. Berhenti percaya teori konspirasi. 261 00:14:40,003 --> 00:14:40,883 EMPAT BULAN LALU 262 00:14:40,963 --> 00:14:43,363 Kenapa kita tak tergelincir ke tepi? 263 00:14:46,883 --> 00:14:47,883 Biar betul? 264 00:14:48,923 --> 00:14:51,523 Baik awak periksa kepala itu. Helo? 265 00:14:52,883 --> 00:14:54,723 Simon, maafkan saya. 266 00:14:55,323 --> 00:14:57,723 Saya benar-benar minta maaf. 267 00:15:00,363 --> 00:15:01,803 - Sarah? - Dia okey? 268 00:15:04,403 --> 00:15:05,443 Apa yang tak kena? 269 00:15:16,843 --> 00:15:17,923 Sarah! 270 00:15:19,883 --> 00:15:20,963 Sarah! 271 00:15:24,003 --> 00:15:25,123 Sarah! 272 00:15:25,203 --> 00:15:27,523 Sarah, tidak! 273 00:15:27,603 --> 00:15:30,923 Tidak! 274 00:16:03,123 --> 00:16:04,123 MASUKKAN KATA LALUAN 275 00:16:04,203 --> 00:16:05,843 MESEJ 276 00:16:05,923 --> 00:16:09,003 JEREMY: SAYA TAK PEDULI! 277 00:16:09,083 --> 00:16:11,083 AWAK NAK SAYA BUAT? BETUL? 278 00:16:11,163 --> 00:16:15,243 TERUSKAN! BUATLAH. SAYA TAK PEDULI! 279 00:16:28,323 --> 00:16:33,723 BOLEH TAHAN HASIL SEHARI! BERSAMA DARYL WOODRELL 280 00:16:41,483 --> 00:16:42,483 PANGGILAN MASUK 281 00:16:45,643 --> 00:16:46,483 Sophie? 282 00:16:46,563 --> 00:16:50,123 Hei, Pia. Detektif Luca nak saya datang esok. 283 00:16:50,203 --> 00:16:51,203 Kenapa? 284 00:16:51,683 --> 00:16:55,283 Ada rakaman orang yang langgar kereta Emma sampai terbabas. 285 00:16:55,363 --> 00:16:58,363 Entahlah. Mereka nak saya cuba cam. 286 00:16:59,523 --> 00:17:00,683 Seorang lelaki? 287 00:17:02,483 --> 00:17:03,843 Ya, itu katanya. 288 00:17:05,243 --> 00:17:06,243 Di mana awak? 289 00:17:07,803 --> 00:17:09,243 Keluar ambil angin. 290 00:17:09,723 --> 00:17:11,123 Nak kosongkan fikiran. 291 00:17:11,203 --> 00:17:12,203 Awak okey? 292 00:17:14,563 --> 00:17:16,883 Pagi ini, saya… 293 00:17:16,963 --> 00:17:18,163 Entahlah. Saya… 294 00:17:18,243 --> 00:17:19,403 Maafkan saya, okey? 295 00:17:19,483 --> 00:17:23,083 Sophie, awak tak perlu jelaskan apa-apa. 296 00:17:24,123 --> 00:17:25,283 Kita akan cakap nanti. 297 00:17:32,163 --> 00:17:33,003 Itu pun dia. 298 00:17:53,483 --> 00:17:55,203 Saya perlu keluar dari Oakland. 299 00:17:55,283 --> 00:17:58,203 Saya rasa nak pukul orang. Beberapa orang. 300 00:17:58,283 --> 00:18:00,123 Bagaimana awak jumpa saya? 301 00:18:01,043 --> 00:18:04,563 Ada 43 buah motel di Sacramento. Saya cari dari paling murah. 302 00:18:04,643 --> 00:18:06,243 Agak cepat, ya? 303 00:18:07,763 --> 00:18:09,763 - Saya bawa bir. - Saya tak minum. 304 00:18:10,763 --> 00:18:11,763 Saya minum. 305 00:18:31,203 --> 00:18:32,883 Bagaimana dengan Simon Burton? 306 00:18:34,603 --> 00:18:35,603 Dia ada alibi. 307 00:18:37,323 --> 00:18:38,323 Memancing? 308 00:18:42,043 --> 00:18:43,443 Saya tengok profilnya. 309 00:18:45,123 --> 00:18:47,563 Saya perasan dia muatkan gambar ini 310 00:18:47,643 --> 00:18:49,803 pada hari Nick diculik. 311 00:18:50,723 --> 00:18:52,843 Suapan lain semuanya hal politik, 312 00:18:52,923 --> 00:18:54,803 Nietzsche dan… 313 00:18:55,523 --> 00:18:57,403 Rage Against the Machine. 314 00:18:57,483 --> 00:19:00,283 Tatal tarikh berbulan-bulan barulah ada swafoto. 315 00:19:01,123 --> 00:19:02,283 Saya perasan juga. 316 00:19:08,003 --> 00:19:10,283 Awak tak minum. Apa lagi kita boleh buat? 317 00:19:13,243 --> 00:19:15,003 Awak nak buat apa-apa? 318 00:19:39,963 --> 00:19:43,843 Maaf. Jabatan akan gugurkan saya daripada kes. 319 00:19:43,923 --> 00:19:44,883 Mereka tahu? 320 00:19:46,243 --> 00:19:47,123 Saya akan beritahu. 321 00:19:54,523 --> 00:19:56,083 Okey, saya pergi dulu. 322 00:19:57,203 --> 00:19:58,283 Awak bermalam di mana? 323 00:20:02,083 --> 00:20:03,003 Saya cari bilik. 324 00:20:04,563 --> 00:20:05,403 Okey. 325 00:21:16,363 --> 00:21:19,163 TIADA WARNA, HANYA KEINDAHAN BENTUK 326 00:21:20,563 --> 00:21:21,563 MASAK STU SAYUR 327 00:21:25,643 --> 00:21:28,003 Sejurus sebelum cinta kita hilang… 328 00:21:28,083 --> 00:21:29,803 Begitulah. 329 00:21:31,123 --> 00:21:34,043 Aku tak berganjak bagai Bintang Utara 330 00:21:34,123 --> 00:21:35,443 Laluku berkata 331 00:21:36,443 --> 00:21:39,083 Sentiasa dalam kegelapan 332 00:21:40,403 --> 00:21:43,563 SAYA SANGAT GEMBIRA! 333 00:21:46,043 --> 00:21:49,603 JEREMY KATA DIA CINTAKAN SAYA MALAM INI HATI SAYA BAHAGIA 334 00:21:51,803 --> 00:21:55,363 Apa kemungkinan Jeremy sebenarnya arkitek dari San Jose? 335 00:21:55,443 --> 00:21:56,523 TIGA BULAN LALU 336 00:21:56,603 --> 00:21:57,603 Tiada kemungkinan. 337 00:21:58,563 --> 00:22:01,363 Nama dia sudah tentu bukan Jeremy Wilkerson. 338 00:22:02,563 --> 00:22:04,043 PENUHI RUMAH DENGAN BUNGA 339 00:22:07,803 --> 00:22:08,883 JEREMY WILKERSON UMUR 37 340 00:22:13,123 --> 00:22:14,123 Okey, kita mula. 341 00:22:17,123 --> 00:22:18,323 Asal dari Oakland. 342 00:22:19,843 --> 00:22:20,683 Sudah berkahwin. 343 00:22:23,203 --> 00:22:25,643 - Dia benci isterinya. - Ya. 344 00:22:25,723 --> 00:22:29,083 Cariannya dah dikecilkan kepada separuh populasi Amerika. 345 00:22:30,603 --> 00:22:32,203 Suka bola tampar wanita. 346 00:22:33,203 --> 00:22:36,283 Dia nak bawa Sarah ke perlawanan Oakland Lynx. 347 00:22:40,803 --> 00:22:41,963 Beri komputer itu. 348 00:22:48,683 --> 00:22:51,123 CARIAN IMEJ BOLA TAMPAR WANITA OAKLAND LYNX 349 00:22:53,083 --> 00:22:56,283 UNIVERSITI OAKLAND 350 00:22:56,603 --> 00:22:58,483 JURUTERAPI FIZIKAL NICK BREWER (KANAN) 351 00:22:58,563 --> 00:22:59,723 Celaka. 352 00:23:01,243 --> 00:23:02,283 Ini orangnya. 353 00:23:07,003 --> 00:23:07,843 Nick Brewer. 354 00:23:08,803 --> 00:23:11,003 Juruterapi fizikal Oakland Lynx. 355 00:23:12,923 --> 00:23:13,923 Dia datang. 356 00:23:15,803 --> 00:23:16,803 Hei. 357 00:23:16,883 --> 00:23:17,883 Hei, kawan. 358 00:23:24,563 --> 00:23:26,083 PIA BERSAMA NICK BREWER 359 00:23:26,163 --> 00:23:27,483 Dia tampan. 360 00:23:28,883 --> 00:23:30,123 Adiknya cantik juga. 361 00:23:31,443 --> 00:23:32,803 Hei, ada apa? 362 00:23:32,883 --> 00:23:36,163 Masalah enjin. Boleh pinjam telefon untuk hubungi AAA? 363 00:23:37,203 --> 00:23:39,603 Alamak. Saya tak cas pagi ini. 364 00:23:39,683 --> 00:23:40,923 Masa tak sesuai. Maaf. 365 00:23:41,683 --> 00:23:44,003 Selamat datang ke tahap keenam kehibaan. 366 00:23:45,123 --> 00:23:45,963 Balas dendam. 367 00:23:48,003 --> 00:23:49,123 Tak boleh pantas. 368 00:23:52,243 --> 00:23:53,603 Ayuh, kawan. 369 00:23:56,883 --> 00:23:58,323 Dia perlu menderita. 370 00:24:17,003 --> 00:24:17,843 Alamak. 371 00:24:26,443 --> 00:24:28,763 POLIS 372 00:24:41,163 --> 00:24:43,163 Selamat pagi. Boleh saya bantu? 373 00:24:43,923 --> 00:24:44,763 Hei. 374 00:24:46,563 --> 00:24:47,403 Nak pergi ke mana? 375 00:24:48,003 --> 00:24:50,803 Tak. Ya, maaf. Saya nak derma kepada Goodwill. 376 00:24:51,843 --> 00:24:54,443 Ini Pegawai Woodburn dari Balai Polis Sacramento. 377 00:24:54,523 --> 00:24:55,603 - Hai. - Hai. 378 00:24:55,683 --> 00:24:59,483 Kami nak minta awak datang ke balai untuk beri keterangan rasmi. 379 00:25:00,643 --> 00:25:01,483 Ya. 380 00:25:02,803 --> 00:25:06,083 Cuma saya dah lewat ke pejabat. Boleh saya datang nanti? 381 00:25:06,163 --> 00:25:08,163 Kami akan beritahu yang awak bantu siasatan. 382 00:25:08,243 --> 00:25:10,443 Ya, naik kereta kami. 383 00:25:11,323 --> 00:25:13,283 Boleh saya pandu kereta sendiri? 384 00:25:13,363 --> 00:25:14,923 Saya boleh pergi ke pejabat nanti. 385 00:25:15,003 --> 00:25:16,083 - Sudah tentu. - Okey. 386 00:25:16,603 --> 00:25:17,603 Ikut kami. 387 00:25:28,083 --> 00:25:30,483 - Kekal rapat dengan dia. - Ya, tuan. 388 00:26:04,643 --> 00:26:06,283 Cepat! 389 00:26:19,763 --> 00:26:20,603 Hei. 390 00:26:21,363 --> 00:26:25,163 Ini saya. Saya nak beritahu, saya berada di Klonis. 391 00:26:25,243 --> 00:26:27,163 Saya nak cakap sendiri dengan Simon Burton. 392 00:26:27,243 --> 00:26:30,923 Jadi, hubungi saya… 393 00:26:32,163 --> 00:26:33,843 apabila awak dapat mesej ini. 394 00:26:35,083 --> 00:26:37,203 Hubungi saya sekarang! 395 00:27:24,523 --> 00:27:27,283 Simon, meniarap! Sekarang juga! 396 00:27:28,083 --> 00:27:29,043 Celaka! 397 00:27:47,963 --> 00:27:50,603 Awak adiknya. Apa yang awak buat di sini? 398 00:27:52,723 --> 00:27:54,123 - Jumpa kawan saya. - Daryl? 399 00:27:54,923 --> 00:27:56,243 - Daryl? - Billie, apa kata… 400 00:27:59,283 --> 00:28:00,843 Dia ada pistol! Hubungi polis! 401 00:28:00,923 --> 00:28:02,323 Saya akan bunuh awak! 402 00:28:08,483 --> 00:28:09,483 Celaka. 403 00:28:09,563 --> 00:28:10,483 - Maaf! - Hei! 404 00:28:10,563 --> 00:28:12,643 - Berhenti! - Berhenti! 405 00:28:15,003 --> 00:28:15,883 Ke tepi! 406 00:28:15,963 --> 00:28:18,043 - Ke tepi! - Hei! 407 00:28:25,483 --> 00:28:26,323 Celaka. 408 00:28:27,643 --> 00:28:28,803 Meniarap! 409 00:28:28,883 --> 00:28:29,843 Meniarap! 410 00:28:29,923 --> 00:28:31,323 Meniarap sekarang, Simon! 411 00:28:32,403 --> 00:28:34,083 Letak tangan di atas kepala! 412 00:28:35,363 --> 00:28:36,523 Tangan, Simon! 413 00:28:37,763 --> 00:28:40,083 Letak tangan di atas kepala! 414 00:28:41,763 --> 00:28:42,883 Tangan di atas kepala! 415 00:28:43,643 --> 00:28:45,323 Jangan! 416 00:28:49,963 --> 00:28:51,563 Letak tangan di atas kepala. 417 00:28:55,123 --> 00:28:55,963 Sekarang. 418 00:29:37,803 --> 00:29:41,243 SEBELAS HARI LALU 419 00:29:43,683 --> 00:29:44,563 Hei. 420 00:29:45,403 --> 00:29:46,843 Hei, jahanam. 421 00:29:46,923 --> 00:29:47,923 Masa untuk parti. 422 00:29:56,123 --> 00:29:57,043 Siapa awak? 423 00:29:59,523 --> 00:30:00,443 Kamu… 424 00:30:00,963 --> 00:30:03,723 Apa pun semua ini, saya rasa kamu silap. 425 00:30:03,803 --> 00:30:06,043 Awak tersilap orang. 426 00:30:06,123 --> 00:30:08,043 - Beritahulah Maggie Oxley, Jeremy. - Sial. 427 00:30:09,283 --> 00:30:11,643 - Siapa Maggie? - Adik dia, bedebah! 428 00:30:11,723 --> 00:30:13,363 Kawan saya! 429 00:30:16,763 --> 00:30:19,083 - Saya tak kenal. - Tutup mulut awak. 430 00:30:20,563 --> 00:30:23,763 - Saya tak faham langsung. - Diam! 431 00:30:26,043 --> 00:30:28,523 - Tulis. - Nak saya tulis apa? 432 00:30:30,323 --> 00:30:32,283 Sesuatu terjadi kepada adik awak? 433 00:30:46,723 --> 00:30:53,723 SAYA DERA WANITA 434 00:30:58,883 --> 00:31:00,123 Angkat yang satu lagi. 435 00:31:06,163 --> 00:31:07,563 TONTONAN LIMA JUTA, SAYA MATI 436 00:31:08,363 --> 00:31:09,363 Pegang. 437 00:31:13,483 --> 00:31:14,483 Okey, bagus. 438 00:31:34,363 --> 00:31:35,683 MUAT NAIK VIDEO 439 00:31:36,923 --> 00:31:37,923 Hidup awak… 440 00:31:38,763 --> 00:31:40,203 secara rasmi berakhir. 441 00:31:43,883 --> 00:31:44,883 Puas hati? 442 00:31:51,363 --> 00:31:52,723 Mari tularkan. 443 00:32:05,723 --> 00:32:07,043 SAYA BUNUH SEORANG WANITA 444 00:32:07,123 --> 00:32:08,923 Tidak. Janganlah. 445 00:32:09,003 --> 00:32:10,723 Kebenaran terlalu menyakitkan? 446 00:32:13,163 --> 00:32:14,923 Adik awak mati? Itu sebabnya? 447 00:32:15,483 --> 00:32:17,363 - Bagaimana dia mati? - Pegang. 448 00:32:18,083 --> 00:32:20,123 Kali ini, peluru jawabnya. 449 00:32:20,203 --> 00:32:24,003 Tolong jangan buat begini. Sudah tentu ada penjelasan. 450 00:32:24,083 --> 00:32:26,083 Pegang sepanduk atau kami takkan tunggu. 451 00:32:26,163 --> 00:32:28,723 Saya tak kenal adik awak, percayalah. 452 00:32:29,403 --> 00:32:31,323 Saya tak sentuh atau bunuh dia! 453 00:32:31,403 --> 00:32:34,203 - Awak tolong dia bunuh diri! - Apa? 454 00:32:34,763 --> 00:32:36,763 Apa maksud awak? Awak pun tahu! 455 00:32:42,003 --> 00:32:44,723 Sekarang masa orang tahu betapa celakanya awak. 456 00:32:44,803 --> 00:32:46,883 Angkat sepanduk itu! 457 00:32:49,683 --> 00:32:50,523 Okey. 458 00:32:51,123 --> 00:32:54,123 Tiga, dua, satu. 459 00:32:55,683 --> 00:32:56,523 Mula. 460 00:33:06,683 --> 00:33:10,563 Tontonan 3,580,224? 461 00:33:11,203 --> 00:33:13,123 Sekejap saja pasti lima juta. 462 00:33:18,283 --> 00:33:19,643 Apa bukti yang awak ada? 463 00:33:20,883 --> 00:33:23,523 Kenapa awak fikir saya ada kaitan dengan kematian dia? 464 00:33:25,683 --> 00:33:26,963 Boleh tunjukkan bukti? 465 00:33:28,923 --> 00:33:30,803 Macam permintaan terakhir, betul? 466 00:33:47,923 --> 00:33:48,923 Saya… 467 00:33:49,803 --> 00:33:51,763 Bukan saya. Saya tak buat profil itu. 468 00:33:51,843 --> 00:33:53,363 Lagi? Anjing makan kerja awak? 469 00:33:53,443 --> 00:33:56,283 Saya tiada profil janji temu pun. Saya ada isteri dan dua anak. 470 00:33:56,363 --> 00:33:59,563 Ya, kami tahu! Dua anak remaja, isteri yang cantik. 471 00:33:59,643 --> 00:34:01,163 - Betul? - Ya. 472 00:34:01,243 --> 00:34:04,283 Sayangnya dia tiduri orang lain, betul? 473 00:34:06,123 --> 00:34:07,963 Adik saya tulis jurnal. 474 00:34:08,483 --> 00:34:10,603 Dia tulis setiap cerita yang awak beritahu. 475 00:34:10,683 --> 00:34:12,363 Saya tak kenal adik awak. 476 00:34:12,443 --> 00:34:14,083 Sudahlah! Boleh awak hentikan? 477 00:34:14,163 --> 00:34:15,323 Kami tahu! 478 00:34:15,403 --> 00:34:16,403 Tengok! 479 00:34:17,163 --> 00:34:18,443 Tengok. Itu awak. 480 00:34:19,043 --> 00:34:20,443 Awak bersama dia. 481 00:34:20,523 --> 00:34:24,363 - Bukan saya. Gambar palsu. - Bedebah! 482 00:34:25,083 --> 00:34:26,763 BARANG SIMON 483 00:34:27,323 --> 00:34:29,683 - Nama awak Simon? - Jangan guna nama saya. 484 00:34:29,763 --> 00:34:31,443 - Simon… - Jangan guna nama saya! 485 00:34:31,523 --> 00:34:35,363 Gambar dan profil itu palsu! Orang lain yang buat. 486 00:34:35,443 --> 00:34:37,003 Matilah awak hari ini 487 00:34:37,723 --> 00:34:39,843 dan Sarah akhirnya bersemadi dengan aman. 488 00:34:40,683 --> 00:34:41,963 Awak faham? 489 00:35:13,883 --> 00:35:15,403 BILIK SOAL SIASAT SATU 490 00:35:24,723 --> 00:35:26,603 Hak-hak awak dimaklumkan. 491 00:35:28,963 --> 00:35:30,963 Ceritakan tentang awak dan Nick Brewer. 492 00:35:37,963 --> 00:35:38,803 Okey. 493 00:35:40,243 --> 00:35:42,763 Boleh mula atau kita duduk di sini sepanjang malam. 494 00:35:47,203 --> 00:35:49,323 Detektif? Dia dah sampai. 495 00:35:49,403 --> 00:35:50,403 Terima kasih. 496 00:35:55,763 --> 00:35:56,763 Saya akan kembali. 497 00:36:21,563 --> 00:36:23,923 Awak kata dia bunuh diri, Simon. 498 00:36:29,083 --> 00:36:30,443 Ayah saya pun sama. 499 00:36:31,203 --> 00:36:34,123 Saya tahu muslihat awak. Cara itu takkan berkesan. 500 00:36:35,803 --> 00:36:36,803 Benar. 501 00:36:38,443 --> 00:36:40,883 Dia bunuh diri semasa kami kecil. 502 00:36:43,043 --> 00:36:44,443 Kami jumpa dia… 503 00:36:47,683 --> 00:36:48,763 Musnah hidup kami. 504 00:36:52,083 --> 00:36:53,323 Saya faham perasaan awak. 505 00:36:54,923 --> 00:36:57,363 Saya pikul beban sama sepanjang hidup. 506 00:36:57,843 --> 00:37:01,043 Rasa bersalah, marah pada dunia dan semua orang. 507 00:37:07,723 --> 00:37:10,883 Awak memang fikir ia salah awak, tapi bukan. 508 00:37:12,163 --> 00:37:13,403 Saya rasa salah awak. 509 00:37:15,203 --> 00:37:16,043 Tidak. 510 00:37:19,443 --> 00:37:20,763 Saya minta awak… 511 00:37:22,883 --> 00:37:25,763 sebagai abang, jangan buat begini kepada Pia, adik saya. 512 00:37:25,843 --> 00:37:28,763 Dia kawan baik saya. Dia hanya ada saya. 513 00:37:35,203 --> 00:37:37,443 Simon, gambar yang awak tunjuk… 514 00:37:39,043 --> 00:37:41,923 Gambar saya dan Sarah itu sudah tentu disunting 515 00:37:42,003 --> 00:37:44,203 sebab saya tahu gambar itu. 516 00:37:44,283 --> 00:37:47,363 Gambar saya dan Sophie, isteri saya. 517 00:37:47,443 --> 00:37:49,283 Kami bercuti di Maui. 518 00:37:50,683 --> 00:37:51,523 Carilah. 519 00:37:54,483 --> 00:37:56,883 Cari mana-mana yang tak konsisten. 520 00:37:56,963 --> 00:37:58,723 Pencahayaan, warna… 521 00:38:00,883 --> 00:38:02,683 Garisan ufuk pun tak sekata. 522 00:38:08,923 --> 00:38:11,083 Awak tahu saya betul. Awak bukan pembunuh. 523 00:38:15,123 --> 00:38:16,563 Baru lepas empat juta. 524 00:38:17,083 --> 00:38:18,523 Sudah bahagian terakhir. 525 00:38:19,443 --> 00:38:23,803 Saya rasa agak teruja. Normal, betul? 526 00:38:24,563 --> 00:38:25,403 Masa yang baik. 527 00:38:55,843 --> 00:38:57,083 Pia, saya suruh awak balik. 528 00:38:57,643 --> 00:38:58,963 Dia mengaku? 529 00:39:01,643 --> 00:39:05,003 Dia tak mahu peguam, tapi tak cakap apa-apa. 530 00:39:06,163 --> 00:39:08,323 Dia akan dibawa ke penjara daerah. 531 00:39:10,323 --> 00:39:11,163 Awak okey? 532 00:39:12,723 --> 00:39:14,123 Lebih baik berbanding dia. 533 00:39:17,923 --> 00:39:20,123 Saya hantar awak. Pegawai akan bawa kereta awak. 534 00:39:20,203 --> 00:39:21,803 Boleh tunggu di sini? 535 00:39:21,883 --> 00:39:22,723 Ya. 536 00:39:29,243 --> 00:39:31,563 Kawan awak, Daryl, sedang disoal. 537 00:39:33,403 --> 00:39:34,643 Banyak yang dia cakap. 538 00:39:35,843 --> 00:39:38,363 Tulisan pada sepanduk ketiga itu miliknya. 539 00:39:40,963 --> 00:39:41,963 Simon… 540 00:39:43,043 --> 00:39:44,483 Dia kata awak bunuh Nick. 541 00:39:48,363 --> 00:39:49,923 Katanya idea awak… 542 00:39:51,803 --> 00:39:53,003 dan menyaksikannya. 543 00:39:54,843 --> 00:39:56,603 Awak patut cakap sekarang. 544 00:40:06,483 --> 00:40:08,043 Saya nak cakap dengan adik dia. 545 00:40:10,683 --> 00:40:11,803 Bercakap dengan Pia. 546 00:40:15,803 --> 00:40:17,963 Selepas itu, saya akan beritahu awak. 547 00:40:22,923 --> 00:40:23,803 Hei. 548 00:40:25,963 --> 00:40:28,043 Saya berada di Balai Polis Oakland. 549 00:40:30,283 --> 00:40:33,243 Roshan sedang menyoal si abang. 550 00:40:34,403 --> 00:40:36,763 Mereka rasa dapat tangkap rakan subahat juga. 551 00:40:39,043 --> 00:40:40,043 Sophie? 552 00:40:42,683 --> 00:40:44,323 Awak dengar, Sophie? 553 00:40:46,043 --> 00:40:47,083 Ya, saya dengar. 554 00:40:49,923 --> 00:40:51,123 Mereka dapat tangkap. 555 00:40:53,003 --> 00:40:55,243 Apa awak akan buat kalau adik awak mati? 556 00:40:57,523 --> 00:40:58,923 Saya tak faham. 557 00:41:01,723 --> 00:41:02,843 Tiada apa-apa. Saya… 558 00:41:03,643 --> 00:41:05,723 Saya lega ia dah berakhir. 559 00:41:13,963 --> 00:41:14,963 Saya pergi dulu. 560 00:41:23,403 --> 00:41:25,123 KEJUTAN DALAM KISAH NICHOLAS BREWER 561 00:41:37,083 --> 00:41:39,083 Ibu. 562 00:41:40,323 --> 00:41:41,323 Semuanya okey. 563 00:41:42,003 --> 00:41:43,003 Semua baik. 564 00:41:50,443 --> 00:41:51,803 Dia nak cakap dengan awak. 565 00:42:00,043 --> 00:42:00,883 Kenapa? 566 00:42:00,963 --> 00:42:04,403 Dia akan beri keterangan penuh, tapi nak cakap dengan awak dulu. 567 00:42:11,603 --> 00:42:12,603 Terpulang pada awak. 568 00:42:33,003 --> 00:42:34,163 Semua pasti baik. 569 00:43:18,603 --> 00:43:21,083 Awak mungkin fikir tindakan awak mulia, betul? 570 00:43:23,443 --> 00:43:24,803 Tebus kematian adik awak. 571 00:43:27,683 --> 00:43:28,883 Awak mungkin fikir… 572 00:43:30,243 --> 00:43:31,283 tindakan itu baik. 573 00:43:35,403 --> 00:43:36,523 Masalahnya… 574 00:43:39,123 --> 00:43:40,283 adik awak… 575 00:43:42,763 --> 00:43:44,043 tetap mati… 576 00:43:46,283 --> 00:43:48,443 dan awak pula… 577 00:43:50,763 --> 00:43:52,443 tak dapat jumpa dia lagi. 578 00:43:55,923 --> 00:43:57,283 Tak dapat peluk dia. 579 00:44:00,323 --> 00:44:01,843 Tak dapat ketawa dengan dia. 580 00:44:04,843 --> 00:44:07,923 Segala kenangan antara kamu… 581 00:44:10,683 --> 00:44:12,203 Hanya tinggal kenangan. 582 00:44:14,723 --> 00:44:15,803 Dia sudah tiada. 583 00:44:19,963 --> 00:44:20,963 Jadi… 584 00:44:23,523 --> 00:44:24,723 Apa yang awak buat? 585 00:44:26,923 --> 00:44:28,963 Apa yang awak capai? 586 00:44:37,323 --> 00:44:39,523 TONTONAN LIMA JUTA 587 00:44:42,283 --> 00:44:43,443 Tak guna. 588 00:44:45,163 --> 00:44:46,763 Kita akan terkenal. 589 00:44:48,563 --> 00:44:49,723 Masa pertunjukan. 590 00:44:50,923 --> 00:44:51,763 Ya. 591 00:44:54,563 --> 00:44:55,403 Baiklah. 592 00:45:05,123 --> 00:45:06,123 Tembak dia! 593 00:45:06,603 --> 00:45:08,123 Tembak dia, Simon! 594 00:45:09,003 --> 00:45:11,283 Dia nampak muka kita, Simon! 595 00:45:12,443 --> 00:45:14,523 Apa? Kejar dia! 596 00:45:18,803 --> 00:45:19,883 Simon! 597 00:45:34,123 --> 00:45:35,963 Awak lepaskan saya. Kenapa kejar? 598 00:45:37,683 --> 00:45:38,603 Betul cakap awak. 599 00:45:41,243 --> 00:45:44,363 Dalangnya boleh ambil gambar saya, tahu tentang hidup saya. 600 00:45:44,443 --> 00:45:47,123 Seorang saja tahu tentang hubungan itu. 601 00:45:47,203 --> 00:45:49,603 Simon! Celaka. 602 00:45:49,683 --> 00:45:52,123 - Bedebah! - Tolong lepaskan saya. 603 00:45:52,203 --> 00:45:55,083 Sumpah saya akan cari orang yang lakukannya 604 00:45:55,163 --> 00:45:57,003 dan buat mereka terima padah! 605 00:45:57,083 --> 00:45:59,683 Saya janji akan heret mereka kepada polis! 606 00:46:01,923 --> 00:46:02,763 Celaka. 607 00:46:02,843 --> 00:46:03,843 Simon! 608 00:46:05,323 --> 00:46:06,163 Tolonglah. 609 00:46:18,003 --> 00:46:19,483 Saya buat silap. 610 00:46:22,763 --> 00:46:24,283 Saya salah orang. 611 00:46:27,323 --> 00:46:28,643 Maafkan saya. 612 00:46:30,163 --> 00:46:31,403 Maafkan saya. 613 00:46:44,643 --> 00:46:45,763 Siapa bunuh dia? 614 00:46:47,923 --> 00:46:49,723 - Saya tak tahu. - Awak tahu. 615 00:46:50,963 --> 00:46:51,963 Awak. 616 00:46:52,723 --> 00:46:54,523 Sepanduk itu pengakuan awak. 617 00:46:55,203 --> 00:46:56,283 Saya bebaskan dia. 618 00:46:57,243 --> 00:47:00,283 Kali terakhir saya nampak dia, dia lari. 619 00:47:03,683 --> 00:47:04,923 Saya tak tipu. 620 00:47:06,563 --> 00:47:07,643 Saya bebaskan dia. 621 00:47:15,483 --> 00:47:16,323 Pia. 622 00:47:40,563 --> 00:47:43,963 Jangan cepat buat kesimpulan. Dia berbohong. 623 00:47:44,523 --> 00:47:48,083 Dia nak jaga diri sendiri. Dia ugut bunuh, ingat? 624 00:47:48,163 --> 00:47:49,803 Kalau dia tak tipu? 625 00:47:52,483 --> 00:47:54,283 Kalau betul dia bebaskan Nick? 626 00:47:56,443 --> 00:47:58,363 Kalau orang lain yang bunuh Nick? 627 00:48:25,923 --> 00:48:30,203 Sejurus sebelum cinta kita hilang… 628 00:48:31,323 --> 00:48:34,203 Aku tak berganjak bagai Bintang Utara 629 00:48:34,283 --> 00:48:35,723 Laluku berkata 630 00:48:36,283 --> 00:48:39,363 Sentiasa dalam kegelapan 631 00:48:39,443 --> 00:48:41,523 Di mana tempatnya? 632 00:48:41,603 --> 00:48:46,203 Kalau kau mahukanku, aku berada di bar 633 00:48:46,283 --> 00:48:52,483 Di sebalik pelapik gelas kartun 634 00:48:53,603 --> 00:48:57,843 Dalam kebiruan skrin televisyen 635 00:48:59,323 --> 00:49:02,323 Aku melukis peta Kanada 636 00:49:02,403 --> 00:49:07,843 Kanada 637 00:49:31,883 --> 00:49:33,203 AL_2005: ADA APA-APA BERITA? 638 00:49:35,683 --> 00:49:40,403 ETHAN_B: NAMPAKNYA PEMBUNUH DAH DITANGKAP 639 00:49:42,043 --> 00:49:47,443 ETHAN_B: TERIMA KASIH KERANA SOKONG SAYA 640 00:49:49,843 --> 00:49:52,563 AL_2005: AWAK BOLEH HARAPKAN SAYA 641 00:49:53,883 --> 00:49:56,843 AL_2005: SAYA PANDAI SIMPAN RAHSIA 642 00:51:40,283 --> 00:51:47,003 Terjemahan sari kata oleh NH Azizan