1 00:00:01,667 --> 00:00:03,875 Remaja perempuan di AvengerCon. 2 00:00:05,708 --> 00:00:07,125 SEBELUM INI 3 00:00:07,208 --> 00:00:09,625 Nampaknya kuasa itu datang dari dalam diri awak. 4 00:00:09,708 --> 00:00:11,708 Gelang itu lepaskan kuasa dalam awak. 5 00:00:11,792 --> 00:00:15,875 Gelang itu milik mak Nani, Aisha. 6 00:00:15,958 --> 00:00:19,625 -Apa terjadi pada mak Sana? -Dia hilang malam itu. 7 00:00:19,708 --> 00:00:22,292 Ammi tahu apa yang berlaku kepada Moyang? Aisha? 8 00:00:22,417 --> 00:00:23,750 Mana kamu dengar nama itu? 9 00:00:23,833 --> 00:00:26,583 Nak abang tutup lampu atau kamu masih takut dengan jin? 10 00:00:26,708 --> 00:00:27,625 Saya bukan budak. 11 00:00:27,708 --> 00:00:30,833 Kamu berjaya! Program kemasukan awal Caltech itu. 12 00:00:30,917 --> 00:00:32,958 Tapi ia di California. 13 00:00:33,042 --> 00:00:34,792 Itu satu lagi malapetaka adiwira, 14 00:00:34,875 --> 00:00:37,958 dan dia pula bangga dengan Captain Marvel murahan. 15 00:00:38,042 --> 00:00:41,125 Lepas itu, budak berkuasa itu cuba bunuh kamu. 16 00:00:41,458 --> 00:00:44,083 Dia bukan cuba bunuh saya. Dia selamatkan saya. 17 00:00:45,292 --> 00:00:46,833 Tolong! 18 00:00:46,917 --> 00:00:50,042 Mana ada gadis Pakistan dari Bandar Jersey selamatkan dunia? 19 00:00:50,125 --> 00:00:51,250 Itu Night Light! 20 00:00:53,417 --> 00:00:56,875 Geledah setiap kuil, pusat komuniti dan masjid. 21 00:01:00,417 --> 00:01:01,583 -Masuk. -Kamran? 22 00:01:01,792 --> 00:01:04,583 Dah lama saya tunggu untuk berjumpa dengan kamu. 23 00:01:04,667 --> 00:01:05,917 Kenalkan mak saya. 24 00:01:46,625 --> 00:01:50,417 INDIA DI BAWAH JAJAHAN BRITISH, 1942 25 00:02:14,875 --> 00:02:18,708 Fariha, Saleem, saya jumpa gelang itu. 26 00:02:26,917 --> 00:02:28,958 Perlukah kita risau dengan lengan itu? 27 00:02:30,333 --> 00:02:32,625 Awak dengar lelaki dari kuil itu cakap? 28 00:02:33,250 --> 00:02:34,917 Dia kata kita perlukan dua. 29 00:02:37,875 --> 00:02:39,250 Biar saya tengok. 30 00:02:54,875 --> 00:02:56,125 Mana sebelah lagi? 31 00:02:56,583 --> 00:03:00,417 Saya dah cakap. Pihak British pasti dah rampas semuanya. 32 00:03:00,542 --> 00:03:02,958 Hei! Buat apa di sini? Ini kawasan larangan. 33 00:03:03,042 --> 00:03:04,917 -Satu pun jadilah. -Kami akan tembak. 34 00:03:06,042 --> 00:03:09,167 -Dengan perintah Ratu, bersedia. -Jangan biar dia terlepas. 35 00:03:09,250 --> 00:03:10,833 Pergi. Tengokkan Aadam. 36 00:03:11,500 --> 00:03:14,208 Najma, itu tentera British. Kita tak ada masa. 37 00:03:14,958 --> 00:03:17,500 Aisha, kita tak tahu apa satu gelang boleh buat. 38 00:03:17,833 --> 00:03:19,292 Fariha! Saleem! Sini! 39 00:03:19,375 --> 00:03:22,042 Mereka nak hancurkan gua ini. Mereka nak letupkannya. 40 00:03:22,125 --> 00:03:25,833 Walaupun peluang tipis gelang ini boleh bawa kita balik, kita kena cuba. 41 00:03:39,083 --> 00:03:40,417 Awak nampak tak? 42 00:03:49,542 --> 00:03:52,000 Aisha, jangan biar mereka dapatkan gelang ini. 43 00:03:52,417 --> 00:03:54,875 Awak ikut sana, saya periksa yang lain. 44 00:03:56,583 --> 00:03:57,917 Okey? Tak mengapa. 45 00:03:58,000 --> 00:03:59,333 Jumpa nanti. 46 00:04:02,000 --> 00:04:03,375 -Saya janji. -Pergi. 47 00:04:10,292 --> 00:04:14,292 Sejak itu, kami melarikan diri bersama. Moyang kamu, Aisha pula... 48 00:04:14,750 --> 00:04:16,375 itu kali terakhir nampak dia. 49 00:04:23,125 --> 00:04:25,625 Macam mana awak kenal dia? 50 00:04:25,708 --> 00:04:28,625 Adakah awak semua satu sekolah? 51 00:04:29,417 --> 00:04:35,167 Bukan begitu. Aisha dari dimensi lain. Kami juga begitu. 52 00:04:37,000 --> 00:04:41,958 -Ya, tentulah. Ya. -Ini bukan pilihan kami. Kami dibuang. 53 00:04:42,417 --> 00:04:46,417 Dan bila kami hampir jumpa jalan pulang, kami terpisah. 54 00:04:47,625 --> 00:04:51,458 Kami cuba cari dia, tapi sejak kejadian Pembahagian India, 55 00:04:52,708 --> 00:04:57,125 kami anggap dia hilang, macam ramai yang lain. 56 00:05:01,542 --> 00:05:02,917 Bertih jagung! 57 00:05:06,667 --> 00:05:09,625 Pedulikan dia. Kami dah hidup 100 tahun, 58 00:05:09,708 --> 00:05:12,708 tapi saya tak faham kenapa benda ni juga yang dia suka. 59 00:05:12,792 --> 00:05:13,625 Tak baik. 60 00:05:13,708 --> 00:05:19,708 Ya, tentang itu. Awak semua nampak bagus walaupun dah wujud sejak tahun 40-an. 61 00:05:20,917 --> 00:05:25,750 -Terima kasih. -Okey, bukan semua. Dia 17 tahun. 62 00:05:26,167 --> 00:05:27,833 Bagus. Itu melegakan. 63 00:05:30,625 --> 00:05:33,792 Kamu betul. Dia memang comel. 64 00:05:34,500 --> 00:05:37,333 Saya tak cakap begitu. Saya ada fikir begitu. 65 00:05:37,417 --> 00:05:39,958 -Kamu tak patut dengar itu. -Ini sangat janggal. 66 00:05:40,042 --> 00:05:42,167 -Awak buat ia janggal. -Apa saya ajar? 67 00:05:42,250 --> 00:05:44,917 -Kenapa muka merah? -Dia tak cakap tentang awak. 68 00:05:45,000 --> 00:05:46,458 Ada orang suka... 69 00:05:46,542 --> 00:05:51,083 -Mari. Di sini bising. -Ini rumah saya. 70 00:05:51,167 --> 00:05:53,833 Ada tanya dia lapar tak? Tak ada orang tanya pun. 71 00:05:53,917 --> 00:05:56,500 Saya belum cakap terima kasih sebab selamatkan saya. 72 00:05:56,792 --> 00:05:59,292 Kami patut lindungi keluarga Aisha. 73 00:05:59,958 --> 00:06:03,250 Kami tak tahu dia ada keluarga, sampailah kamu pakai gelang itu, 74 00:06:03,333 --> 00:06:05,083 dan kami rasai kehadiran Noor. 75 00:06:06,792 --> 00:06:12,208 Noor? Maksudnya cahaya, bukan? "Gadis Noor" Tak kenalah. 76 00:06:12,333 --> 00:06:16,583 Dalam diri kami pun ada Noor. Kuasa itu yang buat kami lambat tua. 77 00:06:18,042 --> 00:06:21,458 Tapi kami tak dapat gunakan sepenuhnya dalam dimensi ini. 78 00:06:22,583 --> 00:06:25,333 Mungkin sebab kamu dari sini, kamu boleh gunakannya. 79 00:06:26,500 --> 00:06:29,458 Bagaimana dengan Kamran? Bukankah dia dilahirkan di sini? 80 00:06:30,458 --> 00:06:32,958 Gelang itu bantu kamu bebaskan Noor itu. 81 00:06:33,750 --> 00:06:36,917 Mungkin satu hari nanti, itu akan berlaku pada dia. 82 00:06:37,958 --> 00:06:41,667 Banyak benda buruk berlaku sejak saya pakai gelang ini. 83 00:06:42,083 --> 00:06:45,917 Saya jatuhkan budak dari bangunan. Saya juga kena kejar dengan dron. 84 00:06:46,000 --> 00:06:51,417 Jadi saya rasa tidak ada apa yang bagus tentang gelang ini. 85 00:06:51,708 --> 00:06:53,083 Mestilah ada. 86 00:06:54,167 --> 00:06:57,417 Gelang itu dan kuasanya bawa kamu kepada saya 87 00:06:58,208 --> 00:07:00,333 dan orang-orang yang sama dengan kamu. 88 00:07:01,792 --> 00:07:05,417 Orang di luar sana lihat kamu sebagai budak yang suka berangan. 89 00:07:06,042 --> 00:07:09,625 Tapi saya tahu yang kamu boleh jadi hebat. 90 00:07:12,792 --> 00:07:14,125 Jadi awak nak gelang saya? 91 00:07:18,250 --> 00:07:25,042 Impian Aisha nak bawa kami pulang. Kamu perlu selesaikan apa yang dia mulakan. 92 00:07:27,417 --> 00:07:30,125 Di mana tempat asal awak? 93 00:07:30,625 --> 00:07:34,833 Dan awak ni apa? Apa saya patut panggil awak? Kita ni apa? 94 00:07:36,833 --> 00:07:42,500 Dalam dimensi asal kita, dimensi Noor, kita dikenali sebagai Clandestine. 95 00:07:43,000 --> 00:07:49,875 Kita pernah dipanggil Ajnabi, Majnoon, Makhluk Halus, 96 00:07:49,958 --> 00:07:51,167 dan sebagainya. 97 00:07:52,042 --> 00:07:55,042 Tapi kita lebih dikenali sebagai Jin. 98 00:07:56,917 --> 00:07:58,375 Tunggu. Awak cakap Jin? 99 00:08:03,667 --> 00:08:05,750 Awak mesti tak percaya kalau saya... 100 00:08:05,833 --> 00:08:09,375 Awak tak boleh mesej, "Saya okey," dan terus tidur. 101 00:08:09,500 --> 00:08:12,458 Semalam polis datang dan tanya tentang Night Light... 102 00:08:12,542 --> 00:08:14,917 Polis hantar dron itu? Dron kejar saya semalam. 103 00:08:15,000 --> 00:08:17,417 Juga, kita tak mahu guna nama Night Light. 104 00:08:17,500 --> 00:08:19,625 -Apa maksud awak? -Ia nama yang teruk. 105 00:08:19,708 --> 00:08:23,542 -Bunyi macam kebudak-budakan. -Kamala, fokus. 106 00:08:24,917 --> 00:08:27,625 -Saya seorang Jin. -Awak apa? 107 00:08:30,958 --> 00:08:35,875 Saya tahu saya apa. Saya bukan orang Asgard atau makhluk asing, 108 00:08:36,583 --> 00:08:37,875 atau makhluk yang hebat. 109 00:08:38,458 --> 00:08:40,958 Saya ialah apa yang saya takut masa kecil. 110 00:08:42,250 --> 00:08:45,292 Dulu saya selalu dengar cerita hantu dan jin. 111 00:08:45,375 --> 00:08:47,875 Tapi Jin lagi teruk sebab Jin wujud. 112 00:08:47,958 --> 00:08:49,875 Dari mana awak tahu semua ini? 113 00:08:50,875 --> 00:08:55,250 Ada sekumpulan Jin selamatkan saya daripada dron malam tadi. 114 00:08:56,375 --> 00:09:01,833 Mereka digelar Clandestine. Kamran salah seorang dari mereka. 115 00:09:03,583 --> 00:09:06,250 Betul saya cakap yang dia aneh sikit? 116 00:09:06,333 --> 00:09:07,417 Mereka semua baik. 117 00:09:07,542 --> 00:09:10,833 Mereka beritahu saya tentang gelang itu dan kuasa saya 118 00:09:10,917 --> 00:09:13,000 dan tentang moyang Aisha. 119 00:09:13,083 --> 00:09:16,917 Itu satu kemajuan. Lagi satu, mereka nak bantuan saya, jadi awak kena tolong. 120 00:09:20,667 --> 00:09:24,208 Dah agak dah. Okey, ya, boleh. Apa salahnya? 121 00:09:24,292 --> 00:09:28,625 Masalahnya saya tak tahu bagaimana nak tolong sekumpulan hantu 122 00:09:29,417 --> 00:09:32,792 dan anak mereka yang tak kacak itu. Saya perlukan maklumat lagi. 123 00:09:32,875 --> 00:09:36,042 Saya akan beritahu semuanya. Sebelum itu... 124 00:09:37,083 --> 00:09:40,708 Awak pandai matematik. Tahu apa-apa tentang perjalanan 125 00:09:40,792 --> 00:09:42,333 antara dimensi? 126 00:09:43,333 --> 00:09:47,458 Terutamanya dimensi Noor? Ejaan N-O-O- 127 00:09:47,542 --> 00:09:51,125 Ada kajian yang saya pernah baca tentang itu. Oleh Dr. Erik Selvig. 128 00:09:51,208 --> 00:09:54,917 Bagus. Awak baca balik sebab saya kena pergi beli barang untuk mehndi. 129 00:09:55,500 --> 00:09:56,500 Sebelum itu... 130 00:09:58,542 --> 00:09:59,375 Awak terkenal. 131 00:10:02,375 --> 00:10:03,375 Apa? 132 00:10:15,208 --> 00:10:18,000 -Ada masalah, Pegawai? -Panggil saya Ejen. 133 00:10:18,583 --> 00:10:21,125 Jabatan Kawalan Kerosakan. 134 00:10:21,667 --> 00:10:26,083 Kami terima laporan tentang individu berkuasa tak dikenali 135 00:10:26,167 --> 00:10:27,500 beroperasi di masjid ini. 136 00:10:27,917 --> 00:10:31,500 Beroperasi? Di sini? Saya rasa tak ada. 137 00:10:32,500 --> 00:10:35,625 Kalau kenal sesiapa yang boleh terbang, suruh jumpa saya. 138 00:10:35,958 --> 00:10:38,042 Saya cari orang untuk bersihkan talang. 139 00:10:39,458 --> 00:10:41,042 Berpecah. Geledah tempat ini. 140 00:10:41,125 --> 00:10:44,375 Tak boleh geledah tanpa izin. Awak tak ada kuasa di sini. 141 00:10:45,125 --> 00:10:49,250 -Apa kamu cakap? -Nakia Bahadir, ahli lembaga masjid. 142 00:10:49,417 --> 00:10:51,458 Undian pun tak habis kira lagi. 143 00:10:51,625 --> 00:10:54,958 Baiklah, bakal ahli, tapi saya yakin dengan undian saya. 144 00:10:55,292 --> 00:10:58,667 Menurut kod jenayah A.S, pegawai penguatkuasa undang-undang dilarang 145 00:10:58,750 --> 00:11:00,958 memasuki ruang persendirian tanpa waran. 146 00:11:01,792 --> 00:11:04,792 Kamu belajar tentang kod jenayah di sekolah? 147 00:11:05,000 --> 00:11:06,625 Dari Law & Order. S aya betul. 148 00:11:07,833 --> 00:11:12,875 Ini perkara yang sangat serius. Jadi baik kamu beri kerjasama. 149 00:11:13,250 --> 00:11:15,583 Kerana orang dicari itu ada kuasa luar biasa 150 00:11:15,667 --> 00:11:17,708 atau sebab dia dilihat di masjid? 151 00:11:17,875 --> 00:11:19,917 Sila datang balik selepas dapat waran. 152 00:11:22,417 --> 00:11:26,875 Maaf, Cik Ejen. Lain kali, tolong tanggalkan kasut. 153 00:11:53,083 --> 00:11:54,125 Hei. 154 00:11:58,042 --> 00:12:02,167 Ini tentang latihan menari? Kalau awak banyak berlatih, boleh jadi sebagus saya. 155 00:12:02,542 --> 00:12:05,333 -Jangan perasan. Saya penari yang hebat. -Usaha lagi. 156 00:12:06,625 --> 00:12:07,750 Kenapa, Nakia? 157 00:12:11,667 --> 00:12:15,500 -Tak ada apa-apa. -Sangat meyakinkan. 158 00:12:20,708 --> 00:12:23,125 Saya nak benda nak cakap dengan awak. 159 00:12:23,208 --> 00:12:24,625 -Ini sebab dia. -Apa? 160 00:12:24,708 --> 00:12:28,542 Night Light. Teruk betul nama itu. 161 00:12:28,917 --> 00:12:29,750 Setuju. 162 00:12:30,833 --> 00:12:34,167 Kawalan Kerosakan, sebuah agensi kerajaan bersenjata, datang 163 00:12:34,250 --> 00:12:35,458 ke masjid hari ini? 164 00:12:35,542 --> 00:12:36,375 Apa? 165 00:12:36,458 --> 00:12:38,750 Serbu masuk, ingat kita tahu tentang dia, 166 00:12:38,833 --> 00:12:41,000 dia buat kita jadi sasaran lagi. 167 00:12:41,208 --> 00:12:43,875 Dia macam tak tahu, kalau dia tahu pun, dia tak kisah. 168 00:12:43,958 --> 00:12:47,750 -Kawalan Kerosakan? Mereka nak apa? -Saya tak tahu. 169 00:12:47,833 --> 00:12:50,792 Mereka nak kita serahkan dia agaknya. 170 00:12:51,292 --> 00:12:55,625 Muslim baik kena pantau mereka yang jahat dan awasi komuniti mereka. 171 00:12:57,542 --> 00:13:00,833 Habis kacau mesyuarat pemilihan ahli tadi. 172 00:13:02,208 --> 00:13:06,583 Di mana saya, 173 00:13:08,583 --> 00:13:11,458 menjadi ahli lembaga. 174 00:13:15,583 --> 00:13:16,417 Kamala. 175 00:13:18,292 --> 00:13:21,458 -Maksud awak, awak menang? -Mungkin. 176 00:13:24,542 --> 00:13:25,958 -Hei. -Hei. 177 00:13:29,292 --> 00:13:30,333 Terima kasih. 178 00:13:32,042 --> 00:13:34,125 Mari bersiap untuk mehndi. 179 00:13:38,500 --> 00:13:41,708 Kamala, mereka semua keluarga kamu? 180 00:13:44,208 --> 00:13:48,208 Ya, kami orang Pakistan. Kami ada ramai saudara-mara. 181 00:13:49,000 --> 00:13:50,000 Begitu rupanya. 182 00:13:51,250 --> 00:13:55,417 Mak Cik Shirin, baguslah mak cik sudi datang. 183 00:13:56,208 --> 00:14:01,708 Demi kawan, naik pesawat 28 jam dengan empat persinggahan pun makcik sanggup. 184 00:14:02,625 --> 00:14:05,625 Mak cik lebih daripada kawan, percayalah. 185 00:14:05,792 --> 00:14:11,250 Mak cik rasa sedih sangat sebab Sana tak dapat datang. 186 00:14:12,375 --> 00:14:15,958 Mesti sedih mak kamu tak ada untuk raikannya dengan kamu. 187 00:14:16,583 --> 00:14:17,833 Biasalah dia. 188 00:14:19,167 --> 00:14:22,458 Masa saya kahwin pun, dia tak ada. Anak saya kahwin, lagilah. 189 00:14:22,583 --> 00:14:28,333 Kamu ada mak cik. Lagipun, lebih baik begini sebenarnya. Kurang drama. 190 00:14:28,417 --> 00:14:29,250 Betul. 191 00:14:29,333 --> 00:14:31,667 Begitulah perhubungan antara ibu dan anak. 192 00:14:32,583 --> 00:14:36,333 Pastikan kamu tak menyusahkan mak kamu. 193 00:14:37,542 --> 00:14:42,708 -Saya? Tak. Saya takkan buat begitu. -Yalah. 194 00:14:42,792 --> 00:14:44,583 Nampaknya dia anak yang sempurna. 195 00:14:56,083 --> 00:14:57,292 Jenaka yang baik, semua. 196 00:14:57,542 --> 00:15:01,667 Sangat lucu, tapi awak sepatutnya sorok sepasang kasut saja, 197 00:15:01,750 --> 00:15:03,167 bukan semua kasut saya. 198 00:15:05,083 --> 00:15:07,500 -Tak lucu. -Sangat lucu. 199 00:15:07,583 --> 00:15:09,250 Sheikh Abdullah, awak okey? 200 00:15:10,042 --> 00:15:13,875 Saya dengar FBI datang dan tuduh awak buat benda jahat. 201 00:15:14,542 --> 00:15:19,583 Tak. Hanya beberapa ejen Kawalan Kerosakan datang perhatikan masjid. 202 00:15:19,667 --> 00:15:21,875 Mereka ada apa-apa maklumat tentang dia? 203 00:15:22,292 --> 00:15:27,167 Sama macam yang kita tahu. Bangsa kita, mungkin gadis Muslim. 204 00:15:28,000 --> 00:15:30,000 Mereka tak nampak gembira mengenainya. 205 00:15:30,875 --> 00:15:34,125 Budak itu betul-betul menyusahkan. Ibu bapa dia mesti malu. 206 00:15:34,708 --> 00:15:37,125 Kamala, Bruno datang sini tadi. 207 00:15:37,417 --> 00:15:41,042 Dia tak boleh tinggalkan kerja dia dan tinggalkan kotak ini untuk kamu. 208 00:15:47,208 --> 00:15:50,542 Betul. Ya, begitu. Begitulah. Awak dah pandai. 209 00:15:50,625 --> 00:15:51,667 Bagus. Sangat bagus. 210 00:16:02,750 --> 00:16:04,792 Semua sedang berseronok di sana. 211 00:16:04,875 --> 00:16:07,417 Apa kamu buat di sini seorang diri? 212 00:16:09,583 --> 00:16:15,125 Awak setuju dengan semua orang? Tentang gadis bertopeng itu? 213 00:16:17,042 --> 00:16:17,958 Kamu pula? 214 00:16:19,125 --> 00:16:22,875 Bagus juga ada adiwira yang boleh lawan untuk jaga kita. 215 00:16:23,833 --> 00:16:27,667 Tapi, mungkin dia cuma burukkan keadaan. 216 00:16:29,417 --> 00:16:31,708 Saya tak rasa budak di menara tu akan setuju. 217 00:16:34,167 --> 00:16:39,250 Bagaimana dia nak yakinkan semua orang yang dia baik? 218 00:16:40,292 --> 00:16:44,000 Kebaikan bukan dari diri kita, Kamala. 219 00:16:46,083 --> 00:16:47,417 Ia apa yang kita buat. 220 00:17:22,458 --> 00:17:24,333 Ini bakinya. Selamat malam. 221 00:17:32,167 --> 00:17:34,042 -Hei, Bruno. -Hai. 222 00:17:34,625 --> 00:17:35,958 Rugi tak datang rumah. 223 00:17:39,875 --> 00:17:43,792 -Ya, pak cik okey? -Kamu boleh simpan rahsia? 224 00:17:46,542 --> 00:17:47,375 Pai Ceri 225 00:17:50,167 --> 00:17:53,458 Muneeba larang pak cik makan ini. Tapi, tengoklah. 226 00:17:53,542 --> 00:17:58,792 Ada sesuatu yang ada dalam makanan ini. 227 00:17:59,708 --> 00:18:03,458 -Pak cik tak boleh tahan. -Saya akan rahsiakannya. 228 00:18:07,125 --> 00:18:09,458 Ini tugasan untuk kelas Kajian Budaya. 229 00:18:10,208 --> 00:18:11,833 -Tentang Jin? -Ya. 230 00:18:12,208 --> 00:18:14,667 -Biar pak cik tengok. -Tak perlu, pak cik. 231 00:18:14,792 --> 00:18:17,500 Biar pak cik tengok. 232 00:18:18,792 --> 00:18:20,083 Ini dalam Bahasa Urdu. 233 00:18:20,833 --> 00:18:23,500 Pak cik boleh tolong. Biar pak cik tolong. 234 00:18:24,417 --> 00:18:25,833 Okey, biar pak cik baca. 235 00:18:26,833 --> 00:18:31,083 "Jin ialah kisah dongeng makhluk ghaib sebelum kedatangan Islam. 236 00:18:31,708 --> 00:18:36,042 "Mempunyai pelbagai nama merentasi zaman dan budaya. 237 00:18:36,458 --> 00:18:40,458 "Ada yang panggil genie. Juga digelar iblis. 238 00:18:43,458 --> 00:18:46,292 "Menurut legenda, ada sekumpulan Jin tersembunyi, 239 00:18:46,625 --> 00:18:53,042 "diusir dari dunia mereka dan disumpah untuk hidup selamanya di dunia kita. 240 00:18:53,958 --> 00:18:55,792 "Mereka bergerak secara senyap, 241 00:18:56,125 --> 00:18:59,708 "mencari kunci yang boleh bawa mereka pulang. 242 00:19:00,667 --> 00:19:06,542 "Tetapi mereka perlukan satu kuasa purba untuk buka jalan pulang." 243 00:19:08,792 --> 00:19:09,750 Menarik. 244 00:19:12,792 --> 00:19:16,042 Pak cik tak pernah dengar cerita itu. Jumpa lagi, Bruno. 245 00:19:16,958 --> 00:19:18,500 -Selamat malam, Pak Cik. -Ya. 246 00:19:23,417 --> 00:19:27,208 Saya masukkan data kesan kuasa dari awak dan buat sebuah simulasi. 247 00:19:27,708 --> 00:19:28,875 Kenapa lutut awak? 248 00:19:29,375 --> 00:19:31,167 Selepas berlanggar dengan dron, 249 00:19:31,250 --> 00:19:33,208 jatuh dari trak, dan baru rasa sakit? 250 00:19:33,292 --> 00:19:35,833 Ingat tentang kajian yang saya cakap? 251 00:19:35,917 --> 00:19:38,083 Secara teorinya, ia tak mustahil. 252 00:19:38,333 --> 00:19:40,625 Tak mustahil untuk merentas antara dimensi. 253 00:19:40,750 --> 00:19:43,875 tapi kita perlukan tenaga asas dari matahari. 254 00:19:44,625 --> 00:19:47,000 Apa saya sedar ialah semua masalah teoretikal 255 00:19:47,083 --> 00:19:48,542 tak ambil kira nilai ralat. 256 00:19:48,708 --> 00:19:50,375 Dan kalau perlu tenaga matahari, 257 00:19:50,458 --> 00:19:52,542 cuba fikir besar mana nilai ralat itu. 258 00:19:53,917 --> 00:19:57,750 Cuba guna bahasa yang mudah difahami. 259 00:19:59,750 --> 00:20:03,708 Kalau awak bantu mereka pulang, ada benda mungkin meletup. 260 00:20:05,333 --> 00:20:06,917 -Mungkin? -Kamala. 261 00:20:07,000 --> 00:20:10,542 -Mungkin. Ada peluang. -Kamala. 262 00:20:10,625 --> 00:20:12,542 Mungkin. Jadi ada peluang. 263 00:20:13,250 --> 00:20:15,667 Okey. Ada sebab kenapa saya ada gelang ini. 264 00:20:17,625 --> 00:20:21,750 Sudah jelas saya tak boleh jadi adiwira. 265 00:20:23,500 --> 00:20:24,417 Saya tak tahu. 266 00:20:27,042 --> 00:20:28,792 Mungkin ini yang saya perlu buat. 267 00:20:28,875 --> 00:20:30,750 Sesuatu yang baik. 268 00:20:30,958 --> 00:20:32,042 Saya dapat Caltech. 269 00:20:35,000 --> 00:20:39,833 Apa? Baguslah. Saya tak tahu awak dah tahu keputusan. 270 00:20:39,917 --> 00:20:43,833 Ya. Saya rasa saya akan pergi. 271 00:20:45,042 --> 00:20:47,167 Tapi saya tak boleh pergi sehingga saya... 272 00:20:48,875 --> 00:20:50,792 tahu semuanya baik-baik saja. 273 00:20:52,292 --> 00:20:55,708 -Kenapa tak beritahu awal-awal. -Awak nampak sibuk. 274 00:21:00,083 --> 00:21:03,167 Kamala, kalau awak nak tolong mereka, saya boleh tolong awak. 275 00:21:03,292 --> 00:21:05,458 Saya boleh buat kajian dan fikir caranya. 276 00:21:05,542 --> 00:21:09,125 Tetapi sekarang, hari ini, 277 00:21:11,458 --> 00:21:13,458 tak nampak cara selamat untuk buatnya. 278 00:21:15,208 --> 00:21:16,500 Carol Danvers tak tunggu. 279 00:21:17,375 --> 00:21:20,083 Dia sanggup buat apa saja dan tolong mereka. 280 00:21:20,167 --> 00:21:22,417 Kalau begitu Carol Danvers bertindak melulu. 281 00:21:24,333 --> 00:21:26,500 Saya rasa nasib baik awak bukan dia. 282 00:21:32,000 --> 00:21:36,625 -Mala. Hei, apa yang berlaku? -Saya terjatuh dari basikal. 283 00:21:39,500 --> 00:21:43,000 Duduk. Mari kita tengok apa kita boleh buat. 284 00:21:50,458 --> 00:21:51,292 Ammi? 285 00:21:54,208 --> 00:21:56,625 Ammi pernah rasa macam satu dunia menentang Ammi? 286 00:21:57,708 --> 00:22:00,542 Macam Ammi nak sangat benda itu dan selepas Ammi dapat, 287 00:22:00,625 --> 00:22:03,750 Ammi sedar yang ia tak sehebat macam yang bayangkan. 288 00:22:05,583 --> 00:22:09,917 Pernah. Amerika dulu cabaran Ammi. 289 00:22:10,667 --> 00:22:15,000 Ammi dan Abbu kamu betul-betul nak datang ke sini. 290 00:22:15,375 --> 00:22:18,333 Apabila kami dah sampai sini, hidup kami susah. 291 00:22:20,583 --> 00:22:23,667 Abbu kamu kerja lebih masa tapi gaji dia tak banyak. 292 00:22:24,083 --> 00:22:26,458 Aamir masih bayi ketika itu. 293 00:22:26,833 --> 00:22:28,750 Bahasa Inggeris Ammi pun tak bagus. 294 00:22:31,375 --> 00:22:34,583 Ammi tak pernah rasa begitu sunyi. 295 00:22:35,333 --> 00:22:39,167 -Apa Ammi buat? - Ammi jumpa masjid. 296 00:22:40,167 --> 00:22:43,708 Ammi jumpa Mak Cik Ruby dan Humaira. 297 00:22:44,292 --> 00:22:49,208 Ammi jumpa keluarga Ammi 298 00:22:50,625 --> 00:22:52,000 yang sangat sayangkan Ammi. 299 00:22:53,875 --> 00:22:56,125 Kamala, dengar baik-baik. 300 00:22:56,583 --> 00:23:01,250 Walau apa pun cabaran kamu hadapi, kamu tak perlu hadapinya seorang diri. 301 00:23:13,292 --> 00:23:15,375 Tak apa. Semua akan okey. 302 00:23:17,917 --> 00:23:19,833 Sudah, jangan sedih. 303 00:23:20,625 --> 00:23:23,667 Tahu kenapa? Abang kamu nak berkahwin. 304 00:23:24,750 --> 00:23:27,042 Ya. Memang tak pernah terfikir. 305 00:23:27,125 --> 00:23:28,375 Memang tak sangka, bukan? 306 00:23:35,125 --> 00:23:41,000 KAMALA - Hei. Ingin membantu tetapi ia boleh menjadi berbahaya. 307 00:23:41,083 --> 00:23:44,458 Perlu lebih banyak masa. 308 00:23:46,417 --> 00:23:49,042 KAMRAN Fokus pada perkahwinan... 309 00:23:49,125 --> 00:23:52,125 Kita akan fikirkannya. 310 00:23:56,792 --> 00:24:00,208 Pernikahan Aamir & Tyesha 311 00:24:07,917 --> 00:24:09,292 Mari, Abbu tolong. 312 00:24:22,292 --> 00:24:25,667 -732 dolar. -Apa? 313 00:24:27,583 --> 00:24:34,583 Duit dalam akaun bank saya cuma ada 732 dolar 49 sen. 314 00:24:36,917 --> 00:24:39,542 Tak sangka banyak juga. 315 00:24:41,250 --> 00:24:42,750 Tak perlu risau tentang itu. 316 00:24:43,333 --> 00:24:45,042 Kamu akan tahu apa nak buat. 317 00:24:49,125 --> 00:24:49,958 Dengar. 318 00:24:52,500 --> 00:24:56,292 Seorang lelaki cuma ada satu pilihan asas dalam hidup. 319 00:24:56,375 --> 00:24:59,125 Untuk hidup dalam ketakutan atau disayangi. 320 00:25:00,208 --> 00:25:06,458 Lelaki yang pilih kasih sayang, dia pilih joonoon. 321 00:25:07,833 --> 00:25:12,458 Semangat. Dia pilih keyakinan, keberanian. 322 00:25:13,875 --> 00:25:16,958 Kamu pakai shalwar kameez setiap hari. 323 00:25:17,167 --> 00:25:19,875 Kamu akan berdiri menghadap Tuhan, 324 00:25:19,958 --> 00:25:23,000 keluarga kamu dan menjadi suami kepada kekasih hati kamu. 325 00:25:24,708 --> 00:25:26,292 Kamu berani, anakku. 326 00:25:28,458 --> 00:25:31,375 Sebab kamu pilih untuk mempunyai keluarga. 327 00:25:37,042 --> 00:25:41,917 Orang yang pilih keluarga tidak akan keseorangan. 328 00:25:45,917 --> 00:25:51,458 Saya tak pernah tengok ada pasangan yang begitu yakin dengan cinta mereka. 329 00:25:53,667 --> 00:25:57,625 -Terima Aamir Khan sebagai suami? -Ya. 330 00:25:57,792 --> 00:26:02,333 -Sudi terima Aamir Khan sebagai suami? -Ya. 331 00:26:02,500 --> 00:26:07,458 -Kamu terima Aamir Khan sebagai suami? -Ya. 332 00:26:09,708 --> 00:26:12,125 Kamu sudi terima Tyesha Hillman sebagai isteri? 333 00:26:12,208 --> 00:26:13,083 Ya, sudah tentu. 334 00:26:15,167 --> 00:26:17,625 Kamu sudi terima Tyesha Hillman sebagai isteri? 335 00:26:18,167 --> 00:26:19,042 Ya. 336 00:26:19,958 --> 00:26:21,958 Terima Tyesha Hillman sebagai isteri? 337 00:26:24,708 --> 00:26:25,583 Ya. 338 00:26:27,500 --> 00:26:29,500 Sekarang kamu suami isteri yang sah. 339 00:26:42,833 --> 00:26:44,208 Mak nampak telefon saya? 340 00:26:46,958 --> 00:26:48,292 Kami tak nak beritahu mak. 341 00:26:48,542 --> 00:26:50,833 Saya memang nak cakap. Dia cuma perlukan masa. 342 00:26:51,250 --> 00:26:52,583 Kita tak ada masa. 343 00:26:53,750 --> 00:26:56,125 Mungkin berbahaya jika tidak buat dengan betul. 344 00:26:56,250 --> 00:26:58,375 Mestilah bahaya. Kenapa pula tak bahaya? 345 00:27:00,625 --> 00:27:06,542 Tunggu? Mak tahu? Tapi mak tetap suruh Kamala buat? 346 00:27:06,625 --> 00:27:08,792 Tempat ini takkan jadi tempat tinggal kita. 347 00:27:08,875 --> 00:27:10,625 Kita kena paksa dia tolong kita. 348 00:27:11,458 --> 00:27:13,125 Mak tak akan minta tolong lagi. 349 00:27:27,458 --> 00:27:29,917 Apa tujuan semua ini? 350 00:27:30,583 --> 00:27:32,667 Ia berikan kecekalan dalam perkahwinan 351 00:27:32,750 --> 00:27:35,042 jadi setiap kali bertengkar, jadi makin rapat. 352 00:27:35,125 --> 00:27:36,708 -Boleh percayakah? -Siapa tahu? 353 00:27:37,000 --> 00:27:38,958 Ini semua untuk suka-suka saja. 354 00:27:40,042 --> 00:27:41,875 Mereka betul-betul sukakan Bruno. 355 00:27:42,292 --> 00:27:45,292 Masa untuk pertunjukan istimewa bagi kedua-dua mempelai. 356 00:27:45,375 --> 00:27:48,042 Masa untuk pergi. Sudah tiba masanya. 357 00:27:48,292 --> 00:27:49,458 Okey. 358 00:28:19,542 --> 00:28:20,375 Gabe! 359 00:28:29,792 --> 00:28:30,625 Ya! 360 00:28:37,250 --> 00:28:38,167 Oh, Tuhanku. 361 00:28:41,000 --> 00:28:42,792 -Dia akan jatuh. -Dia tak suka. 362 00:28:58,583 --> 00:28:59,417 Okey. 363 00:29:21,042 --> 00:29:21,875 Apa? 364 00:29:43,958 --> 00:29:46,458 Kami adalah Brown Jovi. 365 00:29:46,958 --> 00:29:51,958 Kami juga main untuk Hari Raya, Diwali dan bar mitzvah, 366 00:29:52,042 --> 00:29:55,208 majlis hari jadi dan quinceaƱera. 367 00:29:55,292 --> 00:29:57,542 Brown Jovi buat semuanya. 368 00:29:57,625 --> 00:30:00,417 Baiklah. Muzik rentak perlahan. 369 00:30:03,167 --> 00:30:04,500 Nak menari? 370 00:30:06,292 --> 00:30:07,250 Ya. 371 00:30:10,875 --> 00:30:15,167 Kamala. Hei, boleh kita bercakap? 372 00:30:15,875 --> 00:30:17,625 -Dengan awak seorang. -Tidak. 373 00:30:19,333 --> 00:30:21,542 Awak dan seluruh keluarga awak dalam bahaya. 374 00:30:21,708 --> 00:30:23,417 -Saya datang nak bagi amaran. -Apa? 375 00:30:23,583 --> 00:30:26,292 Saya ingat mereka boleh bertolak ansur. 376 00:30:26,708 --> 00:30:28,625 -Semua di sini dalam bahaya. -Apa? 377 00:30:29,042 --> 00:30:30,167 Mereka mahukan awak. 378 00:30:30,250 --> 00:30:32,583 Mereka baik. Saya akan bincang dengan mereka. 379 00:30:32,667 --> 00:30:33,917 Mereka tak nak bincang. 380 00:30:34,000 --> 00:30:36,208 Mereka akan bunuh semua orang. Tolong pergi. 381 00:30:36,292 --> 00:30:40,292 -Hei, awak kena pergi. -Jangan sibuk, Brian. 382 00:30:40,375 --> 00:30:41,375 Bukan urusan awak. 383 00:30:41,458 --> 00:30:44,000 Kalau mak saya nak sesuatu, dia akan dapatkannya. 384 00:30:44,083 --> 00:30:46,750 -Semua ahli keluarga ada di sini. -Saya cuba telefon. 385 00:30:50,208 --> 00:30:51,792 Kamala, semua orang akan mati. 386 00:30:53,833 --> 00:30:57,792 -Biar saya alih perhatian mereka. -Macam mana? Begitu senang? 387 00:30:58,083 --> 00:30:59,458 Kita guna cara klasik. 388 00:31:03,917 --> 00:31:05,458 Pastikan semua orang keluar. 389 00:31:06,917 --> 00:31:07,833 Pergi. 390 00:31:11,792 --> 00:31:13,667 Ada kebakaran. Kita kena keluar. 391 00:31:13,792 --> 00:31:16,792 Cepat. Pergi. Ya. 392 00:31:17,583 --> 00:31:19,083 Ada kebakaran. Maaf. 393 00:31:19,167 --> 00:31:21,083 -Kebakaran? -Saya kena ambil duit itu. 394 00:31:22,000 --> 00:31:23,125 Aamir, ayuh! 395 00:31:23,208 --> 00:31:26,750 -Mari, Tyesha. Mari pergi. -Tolonglah, mak. 396 00:31:28,250 --> 00:31:29,875 Jangan halang mak. 397 00:31:33,708 --> 00:31:36,542 Hati-hati semua. Ruang koridor hampir kosong. 398 00:31:36,833 --> 00:31:38,083 Maaf, encik. Saya... 399 00:31:53,667 --> 00:31:57,333 DEMI KESELAMATAN! Jika anda BUKAN PEKERJA TIDAK DIBENARKAN MASUK KE SINI! 400 00:31:57,417 --> 00:31:59,042 Semua orang keluar sekarang. 401 00:32:09,667 --> 00:32:11,708 Saya kena pergi. 402 00:32:14,708 --> 00:32:16,292 Boleh kita berbincang? 403 00:32:47,875 --> 00:32:51,917 Tahniah. Sekurang-kurangnya awak nampak cantik. 404 00:32:52,792 --> 00:32:54,833 -Awak pun. -Terima kasih. 405 00:32:57,667 --> 00:33:01,208 Kamala yang tarik penggera itu. Saya nampak dengan mata saya sendiri. 406 00:33:01,292 --> 00:33:02,708 Awak bukan boleh nampak apa. 407 00:33:02,792 --> 00:33:04,708 Tahu tak lesen memandu dia kena tarik? 408 00:33:06,083 --> 00:33:07,083 Saya nampak. 409 00:33:15,000 --> 00:33:17,000 Tak ada gunanya kamu melawan. 410 00:33:19,167 --> 00:33:23,542 Gelang itu dibuat untuk sesuatu yang lebih besar. 411 00:33:23,625 --> 00:33:26,333 Jangan pentingkan diri sendiri, Kamala. 412 00:33:32,167 --> 00:33:33,917 Bruno, di mana Kamala? 413 00:33:34,000 --> 00:33:36,417 Semua okey? Mereka tak benarkan kita masuk. 414 00:33:36,500 --> 00:33:37,667 Apa yang berlaku? 415 00:34:20,208 --> 00:34:24,958 Bantu kami pulang dan semuanya akan berakhir. 416 00:35:42,083 --> 00:35:43,000 Bruno! 417 00:35:57,833 --> 00:35:58,875 Jangan kacau dia. 418 00:36:08,542 --> 00:36:10,708 Bruno, awak tak apa-apa? 419 00:36:14,000 --> 00:36:17,417 -Bawa Brian pergi. -Dia sengaja salah sebut nama saya. 420 00:36:32,000 --> 00:36:32,833 Ayuh. 421 00:36:40,292 --> 00:36:42,042 Mari sini. 422 00:36:42,917 --> 00:36:44,000 Mana kamu nak pergi? 423 00:37:00,417 --> 00:37:01,708 Kamu tak boleh lari lagi. 424 00:37:02,667 --> 00:37:03,667 -Awak okey? -Ya. 425 00:37:14,250 --> 00:37:16,667 Kenapa buat begini? Awak kata nak lindungi saya. 426 00:37:16,750 --> 00:37:18,542 Buat apa nak lindungi pengkhianat? 427 00:37:36,458 --> 00:37:38,167 Ejen Persekutuan! Angkat tangan! 428 00:37:39,708 --> 00:37:41,583 Saya kata, jangan bergerak! 429 00:37:42,333 --> 00:37:45,125 -Pintu belakang, sekarang! -Jangan bergerak. 430 00:37:45,708 --> 00:37:47,792 -Seorang wanita ditahan. -Saya dapat dia. 431 00:37:47,875 --> 00:37:48,833 Pergi! 432 00:37:49,375 --> 00:37:50,458 Bangun! 433 00:37:50,792 --> 00:37:51,917 Dapat tahan dia. 434 00:37:52,208 --> 00:37:53,375 Kamu! Jangan bergerak! 435 00:37:55,125 --> 00:37:56,917 Mari pergi! Cepat! 436 00:37:57,042 --> 00:37:58,708 -Bangun! -Bawa dia pergi! 437 00:38:10,083 --> 00:38:12,125 -Kamala? -Nakia. 438 00:38:13,083 --> 00:38:15,667 Apa itu tadi? 439 00:38:17,500 --> 00:38:18,417 Maafkan saya. 440 00:38:21,458 --> 00:38:22,375 Awak rupanya? 441 00:38:23,750 --> 00:38:26,125 Awak orangnya dan awak tak cakap apa-apa? 442 00:38:26,208 --> 00:38:29,042 Kamala, awak kena pergi. Mereka mahukan awak. 443 00:38:29,125 --> 00:38:31,625 -Tunggu. Tolong tunggu. -Tak boleh. 444 00:38:31,875 --> 00:38:33,750 -Nakia akan jaga saya. -Apa? Tidak. 445 00:38:33,833 --> 00:38:34,667 Pergi. 446 00:38:36,292 --> 00:38:37,167 Awak jatuhkan ni. 447 00:38:37,958 --> 00:38:40,167 Nanti saya jelaskan segalanya. Saya janji. 448 00:38:42,250 --> 00:38:44,208 -Apa yang berlaku? -Saya akan jelaskan. 449 00:38:44,292 --> 00:38:46,000 -Awak tak apa-apa? -Tak. 450 00:38:50,667 --> 00:38:52,458 Oh, Kamala. Syukurlah. 451 00:38:53,250 --> 00:38:55,000 Kamu pergi ke mana? 452 00:38:56,583 --> 00:38:58,542 Adakah kamu yang tarik penggera itu? 453 00:38:59,542 --> 00:39:02,458 Siapa orang-orang yang bersama kamu? Mereka ditahan. 454 00:39:03,083 --> 00:39:05,000 Boleh beritahu apa yang berlaku? 455 00:39:07,750 --> 00:39:12,000 Kamala, tolonglah. Jujur dengan kami. 456 00:39:12,917 --> 00:39:15,750 Kamu anak perempuan kami. Kami mahu tolong. 457 00:39:16,667 --> 00:39:19,917 Tapi kami tak boleh tolong kalau kami tak tahu apa yang berlaku. 458 00:39:24,417 --> 00:39:28,958 Saya tak boleh beritahu. 459 00:39:57,708 --> 00:39:58,583 Panggilan Video Nani 460 00:40:02,667 --> 00:40:04,750 -Hai, Nani. -Helo, Kamala? 461 00:40:04,833 --> 00:40:07,292 -Boleh telefon nanti? -Kena datang ke Karachi. 462 00:40:07,375 --> 00:40:11,167 Apa? Ammi takkan bagi saya pergi. 463 00:40:11,375 --> 00:40:13,083 Kamu berdua perlu datang. 464 00:40:13,375 --> 00:40:16,500 Nani, boleh saya telefon esok? 465 00:40:16,958 --> 00:40:18,083 Kamu nampak tak? 466 00:40:19,833 --> 00:40:22,667 -Nampak apa? -Kamu nampak kereta api itu? 467 00:40:25,250 --> 00:40:28,125 -Bagaimana Nani tahu tentang itu? -Nani juga nampak. 468 00:40:28,417 --> 00:40:30,083 Itulah sebabnya kamu kena datang. 469 00:40:30,167 --> 00:40:32,083 Kamu kena datang ke Karachi. 470 00:40:32,250 --> 00:40:35,000 Tunggu. Nani? 471 00:40:48,875 --> 00:40:51,333 BERDASARKAN KOMIK MARVEL 472 00:42:15,458 --> 00:42:17,583 MARVEL STUDIOS MEMPERSEMBAHKAN 473 00:44:56,750 --> 00:44:58,750 Terjemahan sari kata oleh Jasmine Heng