1 00:00:08,112 --> 00:00:09,321 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:27,465 --> 00:00:29,258 - Tahniah! - Ya! 3 00:00:35,056 --> 00:00:37,183 Tahniah, Pn. Simon. 4 00:00:53,115 --> 00:00:54,867 Ya Tuhan, saya suka hidup saya. 5 00:01:03,000 --> 00:01:04,960 Tak masuk akal. 6 00:01:05,753 --> 00:01:07,046 Ini kehidupan kita. 7 00:01:20,392 --> 00:01:21,644 Tengoklah kamu. 8 00:01:21,727 --> 00:01:24,897 Kita nak ke majlis Grammy. Kita tak naik kereta? 9 00:01:26,315 --> 00:01:29,110 Orang dah biasa buat begitu. 10 00:02:41,724 --> 00:02:42,725 Saya tak boleh. 11 00:02:46,770 --> 00:02:51,066 Saya tahu betapa hebat kehidupan kita boleh jadi. Kita akan jadi… 12 00:02:52,818 --> 00:02:54,236 Ia pasti menakjubkan. 13 00:02:58,616 --> 00:03:01,952 Namun ia juga bermakna saya terpaksa lepaskan semua ini. 14 00:03:03,287 --> 00:03:06,290 Kehidupan ini tak sempurna. 15 00:03:07,333 --> 00:03:08,167 Ia… 16 00:03:09,710 --> 00:03:12,296 sangat sukar. 17 00:03:15,883 --> 00:03:21,680 Namun saya cintakan Cooper. Saya tak nak masa depan tanpa dia. 18 00:03:25,768 --> 00:03:29,146 Hidup ialah satu pilihan. 19 00:03:33,901 --> 00:03:35,110 Ini pilihan saya. 20 00:03:40,157 --> 00:03:41,575 Dialah teman hidup kamu? 21 00:03:43,535 --> 00:03:44,954 Dialah teman hidup kamu? 22 00:03:49,750 --> 00:03:50,584 Ya. 23 00:03:58,550 --> 00:04:01,053 Saya hanya mahukan kamu, Billie Mann. 24 00:04:07,226 --> 00:04:08,435 Hanya kamu. 25 00:05:17,087 --> 00:05:19,506 Siapa kata gajah perlu berwarna kelabu? 26 00:05:20,549 --> 00:05:23,260 Saya suka gajah berwarna merah jambu dan ungu. 27 00:05:23,344 --> 00:05:26,388 - Mak buat quesadilla. Boleh? - Di mana ayah? 28 00:05:28,640 --> 00:05:32,936 - Dia masih tidur. - Dah hampir waktu makan malam. 29 00:05:33,020 --> 00:05:34,313 Mak tahu, sayang. Dia… 30 00:05:35,689 --> 00:05:38,525 Dia tak sihat. 31 00:05:39,860 --> 00:05:41,070 Dia perlu berehat. 32 00:05:41,153 --> 00:05:45,532 - Saya akan buat kad untuk dia. - Bagusnya. 33 00:05:46,116 --> 00:05:48,077 Mak pasti dia akan menyukainya. 34 00:05:56,710 --> 00:05:58,337 Saya bawa makanan. 35 00:05:59,004 --> 00:06:03,884 - Hudson buatkan kad untuk kamu. - Saya tak nak makan. 36 00:06:05,260 --> 00:06:06,095 Dengar sini. 37 00:06:07,346 --> 00:06:09,598 - Perkara yang berlaku semalam… - Jangan. 38 00:06:12,351 --> 00:06:14,311 Saya sendiri tak kenal diri saya. 39 00:06:14,395 --> 00:06:17,815 - Saya dah jadi orang jahat. - Kamu tak jahat. 40 00:06:17,898 --> 00:06:22,361 - Saya dah langgar ikrar perkahwinan kita. - Bagi saya, kamu tak. 41 00:06:22,945 --> 00:06:26,031 Ia bukan curang jika ia berlaku di depan isteri kamu 42 00:06:26,115 --> 00:06:29,243 di parti seks yang dipersetujui bersama, bukan? 43 00:06:30,577 --> 00:06:32,996 - Perkara saya buat pada Devon… - Sayang. 44 00:06:36,417 --> 00:06:37,751 Semua itu tak penting. 45 00:06:39,128 --> 00:06:43,257 Saya nampak suami saya yang baik. 46 00:06:44,508 --> 00:06:46,176 Itu bukan diri saya lagi. 47 00:06:47,761 --> 00:06:52,724 Diri saya dan perkahwinan kita dah tercemar. 48 00:06:53,642 --> 00:06:58,522 Kita semua buat perkara yang salah. Kita semua ada kegelapan dalam diri kita. 49 00:06:58,605 --> 00:07:03,318 Tak, bukan saya. Kamu yang buat saya jadi begini. 50 00:07:04,611 --> 00:07:06,697 Ini bukan salah saya seorang. 51 00:07:09,783 --> 00:07:13,036 Saya cuba jadi orang lain untuk kamu 52 00:07:14,621 --> 00:07:15,622 disebabkan dia. 53 00:07:19,710 --> 00:07:23,255 Hari ini adalah permulaan yang baru. 54 00:07:24,131 --> 00:07:28,010 - Kita perlu lupakan kisah lalu. - Saya tak boleh buat begitu. 55 00:07:31,054 --> 00:07:33,891 Kita tak boleh betulkan keadaan ini. 56 00:07:37,060 --> 00:07:37,895 Cooper. 57 00:07:39,146 --> 00:07:40,439 Semuanya tercemar. 58 00:07:41,815 --> 00:07:44,151 Keluarga kita. 59 00:07:45,235 --> 00:07:46,695 Kawan-kawan kita. 60 00:07:47,905 --> 00:07:52,409 Kehidupan yang saya sukakan ini, satu-satunya kehidupan yang saya mahukan. 61 00:07:52,493 --> 00:07:54,995 - Kita boleh betulkan keadaan. - Bagaimana? 62 00:07:55,746 --> 00:07:59,082 Bagaimana saya nak pandang mereka, rumah ini, 63 00:07:59,750 --> 00:08:02,878 dan kamu tanpa nampak kotoran itu? 64 00:08:06,006 --> 00:08:07,216 Ini tak adil. 65 00:08:08,133 --> 00:08:12,429 Jika saya boleh lupakan perbuatan kamu dengan Trina, 66 00:08:13,013 --> 00:08:16,058 mengapa kamu tak boleh lupakan hal saya dengan Brad? 67 00:08:16,141 --> 00:08:20,354 - Kami tak bercium pun! - Kamu jatuh cinta dengan dia! 68 00:08:20,437 --> 00:08:22,648 - Kamu masih cintakan dia! - Brad dah tiada. 69 00:08:23,232 --> 00:08:24,191 Selama-lamanya. 70 00:08:24,274 --> 00:08:27,361 Percayalah. Dia takkan kembali. 71 00:08:27,444 --> 00:08:32,199 Brad masih akan berada dalam hidup kita! Saya tak percaya dia akan pergi. 72 00:08:32,282 --> 00:08:35,077 Ayah. Ayah dah bangun. 73 00:08:36,745 --> 00:08:37,746 Hei. 74 00:08:37,829 --> 00:08:38,664 Mari sini. 75 00:08:39,164 --> 00:08:39,998 Hudson. 76 00:08:43,043 --> 00:08:48,590 - Jangan menjerit kepada mak, okey? - Sayang, mak tak apa-apa. 77 00:08:49,633 --> 00:08:51,593 Kami cuma berbual. 78 00:08:57,724 --> 00:08:59,601 Terima kasih sebab berada di sini. 79 00:08:59,685 --> 00:09:04,565 Saya nak berkemas tadi. Kemudian, saya rasa saya patut buka sebotol wain. 80 00:09:07,901 --> 00:09:13,031 Saya tak nak cakap begini, tapi banyak yang dah berlaku. 81 00:09:14,866 --> 00:09:17,244 Mungkin kamu dan Coop patut berpisah seketika. 82 00:09:17,327 --> 00:09:18,161 Tak. 83 00:09:18,912 --> 00:09:20,622 - Untuk tenangkan fikiran. - Saya… 84 00:09:21,873 --> 00:09:24,751 Saya dah bertenang. Saya tahu perkara yang saya mahu. 85 00:09:24,835 --> 00:09:28,130 Saya menolak Brad demi Cooper. 86 00:09:28,630 --> 00:09:31,550 - Okey. Namun Coop… - Dia seperti tawar hati dengan saya. 87 00:09:31,633 --> 00:09:32,634 Saya tahu. 88 00:09:32,718 --> 00:09:34,136 Hal dengan Trina… 89 00:09:34,970 --> 00:09:37,639 - Kemudian, hal dengan bosnya. - Saya tahu. 90 00:09:38,890 --> 00:09:43,353 Perkahwinan kami semakin goyah. Namun saya takkan lepaskan dia. 91 00:09:44,313 --> 00:09:45,814 Saya cintakan suami saya. 92 00:09:48,150 --> 00:09:50,235 Saya akan dapatkan semula kehidupan kami. 93 00:10:06,835 --> 00:10:09,254 PINDAH MAKLUMAT PADA MAC INI 94 00:10:09,338 --> 00:10:12,257 Jurnal ini hampir memusnahkan perkahwinan saya. 95 00:10:13,842 --> 00:10:17,471 Mungkin kali ini, ia boleh selamatkan perkahwinan saya. 96 00:10:19,848 --> 00:10:22,934 Enam Oktober. Ucapkan selamat tinggal kepada Brad. 97 00:10:23,935 --> 00:10:24,853 Selama-lamanya. 98 00:10:29,566 --> 00:10:31,943 Saya rasa Betty Friedan cakap, 99 00:10:32,027 --> 00:10:35,530 kita boleh miliki semuanya tapi bukan pada masa yang sama. 100 00:10:35,614 --> 00:10:38,617 Jika kita terima hakikat itu, hidup kita akan jadi lebih mudah. 101 00:10:38,700 --> 00:10:41,745 Kita ada banyak kehidupan berbeza dalam satu hayat. 102 00:10:42,621 --> 00:10:45,290 Apabila saya melihat hidup saya secara keseluruhannya, 103 00:10:45,374 --> 00:10:49,252 semua yang saya buat selama ini, orang yang saya bersama dengan, 104 00:10:50,045 --> 00:10:52,130 semua keseronokan yang saya terima, 105 00:10:53,465 --> 00:10:57,636 saya sangat bertuah. 106 00:10:58,178 --> 00:11:00,347 SAYA. SANGAT. BERTUAH. 107 00:11:03,058 --> 00:11:06,645 Jadi Cooper boleh cakap tentang kotoran itu, tapi saya tahu 108 00:11:06,728 --> 00:11:09,773 kesusahan boleh menjadikan kita lebih kuat. 109 00:11:10,816 --> 00:11:14,611 Saya dah sampai sejauh ini. Saya tak akan kehilangan segalanya. 110 00:11:18,824 --> 00:11:22,285 Selepas sekolah, kami akan bawa kamu ke Los Angeles. 111 00:11:24,162 --> 00:11:25,247 Selamat pagi, Caroline. 112 00:11:26,998 --> 00:11:27,833 Billie. 113 00:11:29,710 --> 00:11:32,462 - Selamat pagi. - Apa yang dia buat? 114 00:11:32,546 --> 00:11:35,048 Dia berlatih untuk pesta antarabangsa. 115 00:11:35,132 --> 00:11:36,425 Kami dapat negara Perancis. 116 00:11:37,551 --> 00:11:41,179 Hannah, pergi bermain dengan Avery dan Isabella. 117 00:11:41,263 --> 00:11:42,097 Caroline. 118 00:11:42,180 --> 00:11:46,727 Hudson boleh bermain dengan blok mainan. Saya pergi dulu. 119 00:11:49,271 --> 00:11:52,107 Hudson, bahasa Perancis kamu sangat bagus. 120 00:11:52,190 --> 00:11:54,609 Sayang kamu. Jumpa selepas waktu makan tengah hari. 121 00:11:55,736 --> 00:11:56,570 Caroline. 122 00:11:56,653 --> 00:11:57,988 Caroline, tunggu. 123 00:12:00,866 --> 00:12:02,075 Apa yang kamu buat? 124 00:12:02,159 --> 00:12:05,746 Trina dah beritahu saya semuanya. Kamu bawa dia dan Devon ke parti seks? 125 00:12:06,329 --> 00:12:08,331 Apa? Tak. Trina yang bawa saya. 126 00:12:08,415 --> 00:12:09,875 Tolonglah. 127 00:12:10,375 --> 00:12:14,588 Trina takkan buat begitu. Kamu yang curang dengan suami kamu. 128 00:12:14,671 --> 00:12:16,298 - Saya tak curang. - Betulkah? 129 00:12:16,381 --> 00:12:21,178 Kamu mengaku di SoHo yang kamu sedang berfantasi tentang bekas kekasih kamu. 130 00:12:21,261 --> 00:12:24,181 Trina beritahu saya dia hubungi kamu semasa kamu di rumah saya, 131 00:12:24,264 --> 00:12:26,641 dan kamu menyelinap keluar untuk menjawabnya. 132 00:12:26,725 --> 00:12:29,644 Dengar sini. Saya tak pernah hakimi kamu sebab membenci seks. 133 00:12:29,728 --> 00:12:31,813 Jangan hakimi saya sebab saya suka seks. 134 00:12:34,566 --> 00:12:37,277 Saya nampak muka Devon. Perbuatan Cooper… 135 00:12:37,360 --> 00:12:40,071 - Cooper rasa bersalah. - Bukan salah dia. 136 00:12:40,155 --> 00:12:43,617 Ini salah kamu. Kamu yang buat dia lalui perkara teruk ini. 137 00:12:45,243 --> 00:12:48,163 Jika kamu masih bersama pada Krismas, saya akan makan baju saya. 138 00:12:56,421 --> 00:12:58,089 - Selamat pagi. - Selamat pagi. 139 00:13:16,233 --> 00:13:19,694 Cooper, terima kasih sebab sertai kami. Duduklah. 140 00:13:28,578 --> 00:13:29,996 Kejam, bukan? 141 00:13:30,080 --> 00:13:32,749 Dia kata dia diserang di Greenwich. Siapa sangka? 142 00:13:34,543 --> 00:13:35,627 Apa yang berlaku? 143 00:13:35,710 --> 00:13:41,091 Devon nak bentangkan idea hidrokuasa di kawasan perumahan. 144 00:13:41,675 --> 00:13:42,509 Sekali lagi. 145 00:13:42,592 --> 00:13:43,969 Saya rasa ia berisiko. 146 00:13:44,052 --> 00:13:46,888 Ada banyak syarikat dalam industri hidrokuasa, 147 00:13:46,972 --> 00:13:50,308 tapi menurut Devon, kamu rasa ia boleh menguntungkan. 148 00:13:50,892 --> 00:13:54,479 Memandangkan kamu berjaya dengan Nanogenics, 149 00:13:54,563 --> 00:13:58,316 saya perlu pertimbangkan semula pendapat kamu. 150 00:13:58,400 --> 00:14:00,527 Kamu tahu yang sumber kita terhad. 151 00:14:00,610 --> 00:14:03,572 Kamu rasa kita patut laburkannya dalam idea Devon? 152 00:14:11,288 --> 00:14:12,122 Ya. 153 00:14:13,748 --> 00:14:14,583 Ya. 154 00:14:16,376 --> 00:14:17,711 Baiklah. 155 00:14:18,879 --> 00:14:23,592 Ada banyak syarikat dalam industri ini. Jangan buat pelaburan penuh. 156 00:14:23,675 --> 00:14:28,263 Tak. Kita perlu buat pelaburan penuh. Dua kali ganda pelaburan Nanogenics. 157 00:14:32,642 --> 00:14:35,020 Saya akan aturkan sesi pembentangan. 158 00:14:40,150 --> 00:14:45,405 Jadi itulah rancangan kamu? Kamu nak ugut saya agar sokong idea kamu yang teruk itu? 159 00:14:45,488 --> 00:14:48,283 Saya belum buat keputusan. Ini baru permulaan. 160 00:14:48,366 --> 00:14:53,413 Kamu patut bersyukur. Jika saya laporkan kepada polis, kamu boleh dipenjarakan. 161 00:14:53,496 --> 00:14:56,708 Atau saya boleh laporkan kepada Jabatan Sumber Manusia. 162 00:14:57,459 --> 00:15:01,212 Sebaliknya, kita akan melabur dalam industri hidrokuasa, Cooper. 163 00:15:02,923 --> 00:15:06,635 Kamu tahu? Saya bakal menjadi rakan kongsi syarikat ini. 164 00:15:20,815 --> 00:15:23,777 Lihatlah. Kamu memang berani 165 00:15:23,860 --> 00:15:26,237 sebab datang tanpa sebakul mufin. 166 00:15:26,321 --> 00:15:30,742 Jangan mengarut. Saya dah cakap dengan Caroline. Kamu tipu dia. 167 00:15:30,825 --> 00:15:33,620 Betulkah? Saya sendiri tak pasti. 168 00:15:34,204 --> 00:15:36,456 Kamu tahu yang perkahwinan kami goyah, 169 00:15:36,539 --> 00:15:39,709 tapi kamu goda suami saya tanpa tanya saya dulu. 170 00:15:39,793 --> 00:15:43,296 Kamu minta bantuan saya. Kamu sendiri yang ke parti itu. 171 00:15:43,380 --> 00:15:47,509 Suami kamu yang suruh saya buat begitu. Dia seperti menikmatinya. 172 00:15:49,928 --> 00:15:51,596 Itu cuma satu kesilapan. 173 00:15:52,847 --> 00:15:55,809 Jangan berani sentuh suami saya lagi. 174 00:15:59,062 --> 00:16:01,690 Saya sangka kamu mahukan lebih lagi, Billie. 175 00:16:01,773 --> 00:16:04,609 Kamu sering bercakap tentang seks dan kebebasan. 176 00:16:04,693 --> 00:16:08,530 Namun kamu buat kecoh di parti persendirian. 177 00:16:08,613 --> 00:16:12,742 Saya tahu. Saya minta maaf, tapi itulah yang buat saya sedar 178 00:16:12,826 --> 00:16:15,704 bahawa saya tak mahu jadi seperti kamu dan Devon. 179 00:16:15,787 --> 00:16:19,040 Saya tak nak suami saya membayangkan wanita lain, 180 00:16:19,124 --> 00:16:21,167 apatah lagi berasmara dengan wanita lain. 181 00:16:21,251 --> 00:16:24,087 Kamu akan kembali menjadi isteri dan suri rumah? 182 00:16:24,170 --> 00:16:27,173 Tak. Saya mungkin akan kembali bekerja. 183 00:16:27,257 --> 00:16:32,137 Sebab kamu tak nak terganggu dengan keinginan feminin kamu yang tak tercapai. 184 00:16:32,220 --> 00:16:33,346 Tak. 185 00:16:34,514 --> 00:16:38,935 Ada banyak cara untuk jadi feminin, dan ada banyak keinginan yang berbeza. 186 00:16:39,019 --> 00:16:44,607 Baiklah. Kamu boleh tipu diri sendiri. Namun saya tahu kebenarannya. 187 00:16:45,400 --> 00:16:48,236 Suami kamu pun tahu. 188 00:16:48,319 --> 00:16:51,281 Saya dan Cooper sedang selesaikan isu ini. 189 00:16:51,364 --> 00:16:54,534 Kamu seorang saja begitu. Saya rasa Cooper tak nak selesaikannya. 190 00:16:55,035 --> 00:16:56,995 Dia kelihatan seperti dah bosan dengan kamu. 191 00:17:04,878 --> 00:17:07,547 - Boleh kita bercakap? - Ya, dah tentu. 192 00:17:15,930 --> 00:17:20,060 Saya tipu tadi. Saya tak suka idea hidrokuasa di kawasan perumahan. 193 00:17:20,643 --> 00:17:24,731 Biar saya teka. Devon juga tak diserang di Greenwich. 194 00:17:25,815 --> 00:17:29,402 Betul. Saya yang serang dia. 195 00:17:31,821 --> 00:17:33,907 Apa maksud kamu? 196 00:17:33,990 --> 00:17:36,659 Saya dan Billie cuba semarakkan cinta kami. 197 00:17:36,743 --> 00:17:38,953 Jadi kami… 198 00:17:40,121 --> 00:17:43,208 Devon dan Trina bawa kami ke… 199 00:17:45,919 --> 00:17:48,922 ke sebuah parti dan keadaan jadi tak terkawal. 200 00:17:49,005 --> 00:17:50,381 Saya… 201 00:17:51,257 --> 00:17:54,385 Saya buat sesuatu dengan Trina… 202 00:17:55,595 --> 00:17:58,181 dan Devon cuba nak lakukannya dengan Billie. 203 00:18:01,810 --> 00:18:03,061 Saya jadi marah. 204 00:18:04,604 --> 00:18:11,277 Tak sangka kamu boleh buat begitu. Ini bukan Cooper Connelly yang saya kenal. 205 00:18:11,361 --> 00:18:13,822 Saya juga tak kenal diri sendiri. 206 00:18:22,914 --> 00:18:25,041 Saya perlu lapor kepada Jabatan Sumber Manusia. 207 00:18:25,708 --> 00:18:29,504 Walaupun kejadian itu berlaku di luar waktu kerja, 208 00:18:29,587 --> 00:18:32,298 ia masih lagi perbalahan fizikal antara dua pekerja. 209 00:18:32,382 --> 00:18:33,216 Saya tahu. 210 00:18:33,716 --> 00:18:35,510 Saya tak boleh libatkan perasaan saya. 211 00:18:35,593 --> 00:18:39,305 Saya faham dan saya minta maaf. 212 00:18:39,389 --> 00:18:41,307 Saya kasihani kamu. 213 00:18:43,560 --> 00:18:45,311 Bila kamu nak tinggalkan dia? 214 00:18:47,981 --> 00:18:50,358 - Francesca… - Dia yang musnahkan kamu. 215 00:18:54,028 --> 00:18:57,949 Kamu dah selamatkan saya. Sekarang, giliran saya pula. 216 00:19:02,370 --> 00:19:04,164 Ini kunci pangsapuri saya. 217 00:19:04,914 --> 00:19:08,042 Kamu selamat di situ. Mungkin ini permulaan yang baru. 218 00:19:12,630 --> 00:19:14,507 Kamu tak perlu pulang lagi. 219 00:19:49,584 --> 00:19:50,835 HEI, AWAK HAMPIR SAMPAI? 220 00:19:50,919 --> 00:19:52,003 Mak? 221 00:19:55,048 --> 00:19:56,382 Hai, sayang. 222 00:19:56,466 --> 00:19:59,260 Lihatlah kamu! 223 00:19:59,761 --> 00:20:01,137 Apa itu bercerai? 224 00:20:03,598 --> 00:20:05,225 Di mana kamu dengar perkataan itu? 225 00:20:05,308 --> 00:20:08,811 Hannah kata, mak dia cakap yang mak dan ayah akan bercerai. 226 00:20:10,480 --> 00:20:14,150 Kami takkan bercerai. Okey? Ia… 227 00:20:16,277 --> 00:20:18,988 Ia tak benar. Mak janji. 228 00:20:21,449 --> 00:20:23,618 Hei. Mak Cik Sasha dah kembali. 229 00:20:24,953 --> 00:20:28,039 - Kamu patut dah pergi, bukan? - Ayah tiada di rumah. 230 00:20:28,122 --> 00:20:31,668 Dia akan pulang. Dia dalam perjalanan. 231 00:20:31,751 --> 00:20:33,670 Kita tak boleh buat Perancis tanpa ayah. 232 00:20:35,421 --> 00:20:37,840 Jangan risau, sayang. Kita ada… 233 00:20:39,008 --> 00:20:42,887 Kita ada pasport dan keju brie. Kita akan berseronok di sana. 234 00:20:46,349 --> 00:20:47,684 Hei, Huddy. 235 00:20:48,601 --> 00:20:53,356 Mari lihat Ellary? Ya? Okey. 236 00:20:53,856 --> 00:20:56,484 Pergi… Kita lumba ke sana. 237 00:21:10,748 --> 00:21:12,333 Hai, ini Cooper Connelly. 238 00:21:12,417 --> 00:21:15,295 Saya tak dapat jawab panggilan kamu. Sila tinggalkan pesanan. 239 00:21:15,378 --> 00:21:17,463 Saya akan hubungi kamu nanti. 240 00:21:18,256 --> 00:21:19,632 Cooper, di mana kamu? 241 00:21:20,174 --> 00:21:24,137 Saya tahu kamu marah, tapi ini Pesta Antarabangsa Hudson. 242 00:21:24,220 --> 00:21:25,888 Jangan buat begini pada dia. 243 00:21:28,391 --> 00:21:30,018 Pada kami. 244 00:21:30,935 --> 00:21:34,564 Hubungi saya. Tolonglah. 245 00:21:50,204 --> 00:21:52,332 Terima kasih sebab sudi jumpa saya. 246 00:21:58,129 --> 00:21:59,172 Kamu nak minum? 247 00:22:03,176 --> 00:22:04,927 Ya. Okey. 248 00:22:49,097 --> 00:22:50,473 Jadi ini… 249 00:22:53,267 --> 00:22:54,477 rumah kamu? 250 00:22:57,355 --> 00:22:58,773 Di sinilah kamu tinggal… 251 00:23:00,400 --> 00:23:01,484 bersama dulu. 252 00:23:05,029 --> 00:23:06,656 - Ya. - Dengar sini. 253 00:23:09,242 --> 00:23:11,411 Saya tahu kamu ada hubungan. 254 00:23:15,081 --> 00:23:18,459 Dia sentiasa cintakan kamu selama-lamanya. 255 00:23:18,543 --> 00:23:19,836 - Cooper… - Diam. 256 00:23:31,431 --> 00:23:32,807 Saya cuma nak tahu… 257 00:23:37,437 --> 00:23:39,230 Benarkah perasaan kamu terhadap dia? 258 00:23:42,692 --> 00:23:44,193 Jika saya tinggalkan dia… 259 00:23:45,945 --> 00:23:47,572 adakah kamu akan jaga dia? 260 00:23:49,949 --> 00:23:52,994 Bukan dia saja. Anak-anak saya juga. 261 00:23:55,079 --> 00:23:57,874 Mereka akan jadi sebahagian daripada hidup kamu. 262 00:24:01,294 --> 00:24:07,049 Saya takkan pergi selagi saya tak tahu yang mereka semua akan dijaga. 263 00:24:13,931 --> 00:24:15,183 Perasaan saya benar. 264 00:24:18,144 --> 00:24:21,689 Saya benar-benar jatuh cinta dengan isteri kamu. 265 00:24:23,858 --> 00:24:28,571 Saya sanggup buat dan berkorban apa-apa saja… 266 00:24:30,323 --> 00:24:32,700 untuk menjadi ayah bagi anak-anak kamu. 267 00:24:38,748 --> 00:24:40,583 Namun dia tak mahukan saya. 268 00:24:42,502 --> 00:24:44,253 Mengarut. 269 00:24:46,214 --> 00:24:47,256 Dia menolak saya. 270 00:24:50,468 --> 00:24:52,094 Percayalah, saya dah cuba. 271 00:24:54,597 --> 00:24:57,975 Saya dah belikan dia cincin, dan melamar dia. 272 00:25:01,437 --> 00:25:03,439 Dia menolak lamaran saya. 273 00:25:04,607 --> 00:25:06,150 Itulah dirinya. 274 00:25:08,194 --> 00:25:09,737 Itulah isteri kamu. 275 00:25:12,448 --> 00:25:13,741 Betulkah? 276 00:25:15,952 --> 00:25:19,872 Saya dah tak kenal isteri saya. 277 00:25:28,256 --> 00:25:29,632 Betul cakap kamu. 278 00:25:31,676 --> 00:25:33,427 Semasa kita makan malam dulu. 279 00:25:37,098 --> 00:25:39,809 Ada sebabnya dia tak pernah sebut tentang kamu. 280 00:25:42,061 --> 00:25:45,648 Dia sembunyikan diri sebenarnya sebab… 281 00:25:48,317 --> 00:25:53,447 saya rasa dia mahukan kehidupan… 282 00:25:55,658 --> 00:26:00,329 yang lebih liar dan lebih besar… 283 00:26:01,789 --> 00:26:03,040 daripada saya. 284 00:26:04,584 --> 00:26:05,751 Kamu salah. 285 00:26:07,753 --> 00:26:10,673 - Dia cintakan kamu. - Ya, buat masa sekarang. 286 00:26:12,216 --> 00:26:13,050 Mungkin. 287 00:26:16,554 --> 00:26:21,017 Namun kita tahu bahawa kehidupan yang saya boleh beri dia… 288 00:26:21,100 --> 00:26:24,186 Itulah yang dia mahukan. 289 00:26:32,737 --> 00:26:35,990 Anak-anak dan suami yang takkan menghilang. 290 00:26:39,493 --> 00:26:42,246 Saya tak mampu beri dia kehidupan begitu. 291 00:26:44,582 --> 00:26:48,127 Kehidupan liar takkan kekal lama. 292 00:26:50,963 --> 00:26:53,841 Pada penghujung hari, Billie nak saya menjadi… 293 00:26:57,511 --> 00:26:58,763 seperti kamu. 294 00:27:03,643 --> 00:27:07,021 Soalan yang sebenar bukan, "Adakah saya akan jaga dia?" 295 00:27:13,069 --> 00:27:14,737 Persoalannya, "Kamu akan jaga dia?" 296 00:27:58,447 --> 00:27:59,657 PERANCIS 297 00:28:05,371 --> 00:28:06,622 Jangan. 298 00:28:12,712 --> 00:28:14,255 Tiada sesiapa mahukannya. 299 00:28:17,883 --> 00:28:19,844 Tak mengapa, sayang. Kamu tahu… 300 00:28:21,512 --> 00:28:23,097 Mungkin mereka kenyang. 301 00:28:24,598 --> 00:28:27,393 Pergilah tengok gerai Jepun? Ada susyi salmon. 302 00:28:27,476 --> 00:28:30,646 Itu kegemaran kamu, bukan? Ya? Pergilah. 303 00:28:36,902 --> 00:28:38,863 Hannah, pergi cari ayah kamu. 304 00:28:38,946 --> 00:28:41,741 Para ayah sedang bawakan minuman. 305 00:28:42,408 --> 00:28:44,160 Bukan semua ayah yang datang. 306 00:28:44,243 --> 00:28:45,494 Okey, cukup. 307 00:28:46,328 --> 00:28:48,748 Saya tak peduli sebaik mana pun kamu, 308 00:28:48,831 --> 00:28:51,959 kamu tak boleh layan anak saya begitu. 309 00:28:52,042 --> 00:28:53,919 Billie, kamu perlu berundur. 310 00:28:54,003 --> 00:28:55,713 Caroline bukan masalah kamu. 311 00:28:55,796 --> 00:28:58,215 Ya. Bukan salah dia suami kamu tiada di sini. 312 00:28:58,299 --> 00:29:01,510 - Cooper sibuk di pejabat. - Devon kata dia balik dua jam lalu. 313 00:29:03,554 --> 00:29:06,682 Dengar, Billie, saya kesal atas perkara yang terjadi. 314 00:29:06,766 --> 00:29:08,726 Kamu tak tahu perkara yang terjadi. 315 00:29:09,310 --> 00:29:11,479 Saya tahu yang kamu persoalkan banyak perkara 316 00:29:11,562 --> 00:29:14,231 yang dah diterima oleh kebanyakan wanita di sini. 317 00:29:14,315 --> 00:29:17,443 Sebenarnya, saya mengagumi kamu. 318 00:29:17,526 --> 00:29:19,695 Tiada apa-apa yang perlu dikagumi. 319 00:29:20,404 --> 00:29:22,239 Namun ia juga menakutkan orang, 320 00:29:22,323 --> 00:29:26,035 sebab mereka tertanya-tanya tentang perkahwinan mereka. 321 00:29:26,619 --> 00:29:30,164 Saya tak tertanya-tanya, Judy. Saya suka kehidupan saya! 322 00:29:30,247 --> 00:29:33,292 Betulkah? Jadi mengapa kamu takut nak persoalkannya? 323 00:29:33,375 --> 00:29:38,881 Kita boleh mengaku bahawa kehidupan kita tak segembira yang disangkakan. 324 00:29:38,964 --> 00:29:43,761 Saya sangat gembira! Saya serius. 325 00:29:43,844 --> 00:29:47,681 Trina bukannya isteri pertama yang nak pergi ke parti seks. 326 00:29:47,765 --> 00:29:48,891 Apa? 327 00:29:48,974 --> 00:29:52,436 Kamu rasa apa akan berlaku jika bekas kekasih kamu 328 00:29:52,520 --> 00:29:55,189 tak botak, gemuk dan berada dalam perniagaan konkrit? 329 00:29:55,439 --> 00:29:58,567 Betul. Saya tak tahu lokasi Cooper. 330 00:29:58,651 --> 00:30:02,738 Saya tak pasti tentang perkahwinan kami, tapi saya sedang cuba menjalani hidup saya 331 00:30:02,822 --> 00:30:06,158 dengan mata dan hati yang terbuka. Ia ada banyak masalah, 332 00:30:06,242 --> 00:30:11,288 menggembirakan, meluluhkan jiwa dan memang begitulah perkahwinan. 333 00:30:11,372 --> 00:30:14,834 Tolonglah. Tak perlu berleter dan mengaku sajalah 334 00:30:14,917 --> 00:30:18,295 yang kamu nak kembali berasmara dengan ramai lelaki. 335 00:30:18,379 --> 00:30:22,550 Hei. Jangan ganggu dia. Kamu tak layak menghakimi dia. 336 00:30:22,633 --> 00:30:24,093 Berundur, budak baik. 337 00:30:24,176 --> 00:30:27,388 Saya dah bosan dengan kamu. Kamu bukannya baik sangat. 338 00:30:27,471 --> 00:30:31,183 Setidaknya, saya bertanggungjawab ke atas perbuatan saya. 339 00:30:33,394 --> 00:30:34,520 Kepada semua orang. 340 00:30:36,313 --> 00:30:38,774 Jika nak minta maaf, minta maaf kepada saya. 341 00:30:38,858 --> 00:30:42,570 Tak. Saya patut meminta maaf kepada dia. 342 00:30:43,112 --> 00:30:46,115 Kamu bercakap seperti pengecut. 343 00:30:47,658 --> 00:30:49,201 Kamu nak bergaduh di sini? 344 00:30:49,285 --> 00:30:51,579 - Kamu biarkan dia mengawal kamu… - Cukup, Dev. 345 00:30:51,662 --> 00:30:55,583 - Kamu lelaki dayus. - Jangan cakap tentang Billie begitu. 346 00:30:55,666 --> 00:30:58,794 Ya, kami ada masalah dan kami sedang menyelesaikannya. 347 00:30:58,878 --> 00:31:00,588 Begitulah perkahwinan. 348 00:31:01,297 --> 00:31:04,967 Beginilah caranya dalam dunia sebenar. 349 00:31:05,801 --> 00:31:08,804 Saya tak tahu kamu tinggal di dunia mana. 350 00:31:14,894 --> 00:31:18,314 Kamu cakaplah apa-apa saja, tapi Billie wanita yang baik. 351 00:31:19,273 --> 00:31:21,066 Dia seorang ibu yang hebat. 352 00:31:23,819 --> 00:31:26,989 Saya cintakan dia sepenuh hati. 353 00:31:30,409 --> 00:31:34,705 Ayah. Ada gelato di gerai Itali. Itu aiskrim, bukan? 354 00:31:35,414 --> 00:31:39,877 Kamu nak tahu? Ayah tahu kedai aiskrim terbaik di sini. 355 00:31:40,419 --> 00:31:41,712 Mari sini. 356 00:31:43,881 --> 00:31:45,257 Mari pergi dari sini. 357 00:32:11,659 --> 00:32:13,619 Saya tak dapat jadi rakan kongsi. 358 00:32:17,456 --> 00:32:18,749 Saya mungkin dipecat. 359 00:32:20,876 --> 00:32:23,087 Mereka masih perlu bercakap dengan Devon. 360 00:32:24,755 --> 00:32:28,550 - Saya pasti dia akan melawan. - Sayang. 361 00:32:29,927 --> 00:32:31,387 Saya minta maaf. 362 00:32:31,971 --> 00:32:34,098 Saya tahu kamu dah bekerja keras. 363 00:32:42,314 --> 00:32:43,691 Saya pergi jumpa dia. 364 00:32:45,651 --> 00:32:46,694 Brad. 365 00:32:47,569 --> 00:32:49,279 Saya tahu dia ke rumah kita. 366 00:32:51,365 --> 00:32:54,827 Dia yang datang sendiri. Saya suruh dia pulang. 367 00:32:54,910 --> 00:32:58,372 Saya tak beritahu kamu sebab tiada sebab untuk saya buat begitu. 368 00:32:58,455 --> 00:33:00,124 Saya takkan kembali kepada dia. 369 00:33:01,250 --> 00:33:03,919 Jika saya beritahu kamu yang dia datang… 370 00:33:04,962 --> 00:33:06,255 untuk melamar saya… 371 00:33:07,840 --> 00:33:10,759 - Kamu akan tinggalkan saya. - Tak semestinya. 372 00:33:10,843 --> 00:33:13,721 Jika kita nak selamatkan perkahwinan ini, 373 00:33:13,804 --> 00:33:17,182 kita perlu jujur antara satu sama lain. Mulai sekarang. 374 00:33:17,266 --> 00:33:18,100 Betul. 375 00:33:20,686 --> 00:33:22,479 Saya minta maaf. 376 00:33:23,188 --> 00:33:24,690 Atas segalanya. 377 00:33:26,442 --> 00:33:27,860 Kotoran boleh hilang. 378 00:33:29,361 --> 00:33:30,446 Ia boleh dicuci. 379 00:33:33,365 --> 00:33:35,784 Kita boleh selamatkan perkahwinan kita. 380 00:33:36,535 --> 00:33:38,162 Aiskrim ini sedap. 381 00:33:38,954 --> 00:33:41,540 Mari sini. Pandainya kamu. 382 00:33:41,623 --> 00:33:44,126 - Ya. - Sayang, nanti dulu. 383 00:33:45,419 --> 00:33:47,171 Ya. Di sana. 384 00:33:51,967 --> 00:33:52,801 Hei. 385 00:33:54,845 --> 00:33:56,388 Kita akan menjadi okey. 386 00:34:00,684 --> 00:34:03,937 Kamu ada janggut coklat. Kamu tahu? 387 00:34:05,898 --> 00:34:09,234 Ada banyak perkara yang boleh buat kita berdebar-debar. 388 00:34:10,402 --> 00:34:13,113 Perkara itu akan berubah-ubah dalam hidup kita. 389 00:34:18,035 --> 00:34:20,829 KEMASUKAN IJAZAH UNIVERSITI COLUMBIA 390 00:34:22,414 --> 00:34:23,624 UNIVERSITI COLUMBIA 391 00:34:25,834 --> 00:34:26,960 MOHON SEKARANG 392 00:34:35,427 --> 00:34:37,513 - Selamat pagi. - Selamat pagi. 393 00:34:37,596 --> 00:34:39,765 Okey. Ini dia, sayang. 394 00:34:40,808 --> 00:34:43,018 - Saya cintakan kamu. - Saya cintakan kamu. 395 00:34:43,102 --> 00:34:45,354 - Terima kasih, Olga. - Selamat jalan. 396 00:34:59,118 --> 00:35:01,745 - Kamu dah sambung belajar. - Ya. 397 00:35:02,913 --> 00:35:06,333 - Kita akan makan tengah hari. - Ya. 398 00:35:57,467 --> 00:35:58,594 Kamu nak masuk? 399 00:36:11,398 --> 00:36:14,818 Olga akan jemput kamu. Namun mak akan pulang pada waktu makan malam. 400 00:36:14,902 --> 00:36:16,028 Hai, Hudson. 401 00:36:24,661 --> 00:36:25,579 Terima kasih. 402 00:36:34,463 --> 00:36:37,132 Saya dah bercakap dengan Jabatan Sumber Manusia. 403 00:36:37,216 --> 00:36:41,178 Saya cakap yang semua itu hanya salah faham. 404 00:36:43,305 --> 00:36:44,264 Mereka percaya? 405 00:36:44,348 --> 00:36:47,434 Tak. Namun tiada plaintif, tiadalah rungutan. 406 00:36:52,564 --> 00:36:54,107 Terima kasih, kawan. 407 00:36:56,693 --> 00:36:57,861 Saya cemburu akan… 408 00:36:58,904 --> 00:37:00,572 kehidupan kamu dan Billie. 409 00:37:07,204 --> 00:37:08,205 Saya tahu. 410 00:37:08,789 --> 00:37:10,082 Saya bertuah. 411 00:37:18,048 --> 00:37:20,384 SESI BERTEMU PENULIS SASHA SNOW CARA KETIGA 412 00:37:22,719 --> 00:37:27,474 - Ramainya peminat Sasha. - Ya. Dia seperti bintang rock. 413 00:37:28,100 --> 00:37:29,768 Ia dipanggil penukaran kod. 414 00:37:30,352 --> 00:37:33,981 Ini perkara biasa dalam komuniti orang berkulit Hitam. 415 00:37:34,064 --> 00:37:38,277 Kita ubah cara kita bercakap berdasarkan orang kita bercakap dengan. 416 00:37:38,360 --> 00:37:40,988 Hal ini disebabkan cara kita bercakap 417 00:37:41,071 --> 00:37:43,156 dianggap tak boleh diterima 418 00:37:43,240 --> 00:37:44,449 oleh komuniti lain. 419 00:37:44,533 --> 00:37:47,786 Dalam kes ini, orang Amerika berkulit putih. 420 00:37:47,869 --> 00:37:51,873 Kita tinggalkan diri sebenar kita untuk cuba sesuaikan diri. 421 00:37:52,666 --> 00:37:54,626 Kamu tahu siapa lagi yang tukar personaliti? 422 00:37:56,795 --> 00:37:59,881 Wanita. Kita mengikut orang. 423 00:37:59,965 --> 00:38:05,053 Kita gunakan bahasa dan tingkah laku yang memenuhi jangkaan lelaki. 424 00:38:05,137 --> 00:38:07,097 Kita rendahkan diri sendiri, 425 00:38:07,180 --> 00:38:11,018 untuk menjadi kurang menakutkan dan kurang berbahaya. 426 00:38:11,101 --> 00:38:13,854 Ia berlaku pada sesetengah wanita dalam perkahwinan. 427 00:38:13,937 --> 00:38:17,816 Ramai orang berasa yang ini saja caranya untuk menjadi isteri. 428 00:38:17,899 --> 00:38:23,196 Memendam sifat sebenar adalah tingkah laku yang tak sihat. 429 00:38:23,280 --> 00:38:26,074 Kemudian, timbul perasaan marah. 430 00:38:26,658 --> 00:38:30,412 Kita akan perlu melepaskan kemarahan itu. 431 00:38:31,204 --> 00:38:32,706 Asimilasi. 432 00:38:32,789 --> 00:38:37,461 Menyesuaikan diri adalah strategi penting untuk hidup di Amerika. 433 00:38:37,544 --> 00:38:39,546 Namun adakah kelakuan… 434 00:38:48,138 --> 00:38:50,640 Wanita perlu menghormati perasaan mereka 435 00:38:50,724 --> 00:38:52,851 dan menghormati harga diri mereka. 436 00:38:52,934 --> 00:38:55,354 Sudah tentu matlamatnya 437 00:38:56,396 --> 00:38:59,566 adalah untuk kembali kepada diri yang sebenar. 438 00:39:00,150 --> 00:39:03,236 Walaupun orang lain berasa tak selesa. 439 00:39:05,489 --> 00:39:08,200 Itulah cara ketiga. 440 00:39:08,950 --> 00:39:12,329 Itulah yang kita semua perlu lakukan. 441 00:39:22,422 --> 00:39:25,217 - Dia memang hebat. - Saya tahu. 442 00:39:33,392 --> 00:39:38,772 - Keluarga Connelly. Kamu dah sampai. - Kami takkan terlepas sesi ini. 443 00:39:39,981 --> 00:39:41,066 Kamu okey? 444 00:39:41,691 --> 00:39:46,029 Ya. Saya tumpang gembira buat kamu. 445 00:39:47,030 --> 00:39:49,825 Menakjubkan, Sash. Banyak yang perlu difikirkan. 446 00:39:49,908 --> 00:39:51,618 - Hei. - Hei. 447 00:39:51,701 --> 00:39:52,869 Kamu ingat Alex? 448 00:39:54,329 --> 00:39:56,957 - Alex, hei. Cooper. Gembira bertemu kamu. - Saya juga. 449 00:39:57,040 --> 00:39:57,916 Dia suka mencekik. 450 00:39:59,751 --> 00:40:02,170 - Ya. Hai. - Hai. 451 00:40:02,254 --> 00:40:03,713 - Apa khabar? - Baik. Apa khabar? 452 00:40:03,797 --> 00:40:04,965 Baik. 453 00:40:05,632 --> 00:40:08,468 Saya akan hubungi kamu nanti. Saya ada berita. 454 00:40:11,930 --> 00:40:14,057 - Sedia untuk pulang? - Ya. 455 00:40:14,141 --> 00:40:17,102 Ambil buku kamu. Ini dia. 456 00:40:29,030 --> 00:40:31,700 Diri kita yang sebenar. 457 00:40:32,909 --> 00:40:36,121 Susah nak tahu yang mana satu diri sebenar kita. 458 00:40:43,545 --> 00:40:44,379 Hei. 459 00:40:45,172 --> 00:40:48,675 Apa khabar kawan baik saya dan penulis buku yang laris? 460 00:40:48,758 --> 00:40:49,885 Saya rasa hebat. 461 00:40:53,180 --> 00:40:54,639 Apa itu? 462 00:40:55,724 --> 00:40:57,851 Kamu yang cakap asfiksiasi erotik 463 00:40:57,934 --> 00:41:00,854 diperlukan untuk buatkan Sasha Snow berkahwin. 464 00:41:01,480 --> 00:41:03,565 Saya akan mempertimbangkannya. 465 00:41:03,648 --> 00:41:05,650 Lelaki yang mencekik melamar kamu? 466 00:41:06,234 --> 00:41:09,821 Alex. Saya cakap, saya perlukan masa selama 48 jam. 467 00:41:09,905 --> 00:41:13,325 Itu bukan jawapan yang dia nak dengar, tapi… 468 00:41:13,408 --> 00:41:15,285 Kamu pakai cincin itu. 469 00:41:15,368 --> 00:41:17,454 Sebab ia cantik. 470 00:41:18,622 --> 00:41:20,957 Saya perlu fikirkan perkara yang saya patut buat. 471 00:41:21,041 --> 00:41:23,376 Jadi apa pendapat kamu? 472 00:41:23,835 --> 00:41:27,214 Adakah saya akan bahagia dalam perkahwinan? 473 00:41:27,297 --> 00:41:30,884 Sekarang, saya yang beri nasihat perkahwinan kepada kamu? 474 00:41:30,967 --> 00:41:35,055 Janganlah begini. Kamu dan Coop dah bahagia sekarang. 475 00:41:35,138 --> 00:41:36,973 Kamu dah jumpa cara ketiga kamu. 476 00:41:37,724 --> 00:41:38,600 Betul? 477 00:41:38,683 --> 00:41:40,352 Ya. Betul. 478 00:41:40,435 --> 00:41:43,063 Kamu berjuang demi perkahwinan kamu, B. 479 00:41:43,146 --> 00:41:44,814 Pasti ada sebabnya. 480 00:41:44,898 --> 00:41:46,733 Ya. Ada banyak sebabnya. 481 00:41:47,400 --> 00:41:50,487 Inilah satu-satunya masa 482 00:41:50,570 --> 00:41:53,823 dalam kehidupan yang realiti lebih baik daripada sangkaan. 483 00:41:54,407 --> 00:41:55,283 Entahlah. 484 00:41:55,367 --> 00:41:58,578 Fantasi saya tentang Denzel berseluar dalam wanita kekal lama. 485 00:41:59,579 --> 00:42:00,580 Betul. 486 00:42:01,998 --> 00:42:04,668 Bagaimana nak tahu jika Alex jodoh saya? 487 00:42:04,751 --> 00:42:06,503 Wujudkah jodoh itu? 488 00:42:06,962 --> 00:42:10,966 Wujudkah lelaki yang boleh buatkan perkahwinan 489 00:42:11,049 --> 00:42:14,135 tak rasa seperti pengorbanan yang membosankan? 490 00:42:17,889 --> 00:42:18,890 Kita takkan tahu. 491 00:42:20,934 --> 00:42:21,851 B? 492 00:42:26,481 --> 00:42:27,732 Kamu tahu… 493 00:42:29,442 --> 00:42:34,614 Sentiasa ada lelaki lain yang lebih kacak, seksi… 494 00:42:36,616 --> 00:42:38,118 yang buatkan kita berdebar-debar. 495 00:42:40,704 --> 00:42:43,540 Namun dia tak setanding pasangan sejati. 496 00:42:44,749 --> 00:42:49,754 Kita dapat ahli pasukan untuk mengharungi susah dan senang dalam hidup. 497 00:42:50,922 --> 00:42:52,382 Kamu pasti? 498 00:42:55,135 --> 00:42:56,803 Perkara yang penting adalah… 499 00:42:58,597 --> 00:43:02,601 jika kamu boleh bangun di sebelahnya setiap hari selama-lamanya, 500 00:43:02,684 --> 00:43:03,852 dan berasa bahagia… 501 00:43:06,646 --> 00:43:08,106 kamu patut kahwini dia. 502 00:43:10,066 --> 00:43:14,446 Aduhai! Saya tak nak pulangkan cincin ini. 503 00:43:18,950 --> 00:43:20,952 Kamu bertuah, Billie Connelly. 504 00:43:26,458 --> 00:43:27,834 Betul. 505 00:43:36,426 --> 00:43:38,803 - Hei, semua. - Hei, Judy. 506 00:43:39,387 --> 00:43:41,806 Billie, kamu janji kamu akan jadi kru pembersihan. 507 00:43:41,890 --> 00:43:43,600 Saya masih ingat. 508 00:43:44,309 --> 00:43:46,061 Saya nak cari tempat duduk. 509 00:43:46,144 --> 00:43:48,730 Ambil program tambahan untuk Dev dan Sash. 510 00:43:48,813 --> 00:43:50,065 - Baiklah. - Ya. 511 00:43:50,565 --> 00:43:55,195 Ya Tuhan, Caroline. Ia kelihatan sedap. Saya berasa malu dengan brownie saya. 512 00:43:55,278 --> 00:43:59,574 Percaya atau tak, ia 100 peratus brownie vegan. 513 00:43:59,658 --> 00:44:01,701 Cubalah makan. Kamu akan percaya. 514 00:44:01,785 --> 00:44:05,413 - Caroline. Kamu letak cawan di mana? - Biar saya tunjukkan. 515 00:44:06,414 --> 00:44:07,457 Kamu bahagia? 516 00:44:09,042 --> 00:44:12,837 Inilah kehidupan kamu sekarang. Ini juga kehidupan saya sekarang. 517 00:44:13,588 --> 00:44:18,343 - Apa maksud kamu? - Devon nak mengikut cara Cooper. 518 00:44:19,052 --> 00:44:21,179 Tiada lagi parti. Jadi… 519 00:44:21,805 --> 00:44:22,764 Terima kasih? 520 00:44:23,723 --> 00:44:26,810 Dunia saya jadi lebih kecil dan kurang menyeronokkan. 521 00:44:27,977 --> 00:44:28,937 Trina. 522 00:44:29,604 --> 00:44:32,774 Mustahil untuk hidup secara liar di sini. 523 00:44:34,359 --> 00:44:36,861 Jadi harap-harap, kamu betul. 524 00:44:38,863 --> 00:44:40,782 Saya harap ia mencukupi. 525 00:44:44,494 --> 00:44:46,621 Okey, semua. Berusahalah. 526 00:45:01,219 --> 00:45:02,053 Hei. 527 00:45:05,098 --> 00:45:07,434 Kawan-kawan dan keluarga, sila duduk. 528 00:45:07,517 --> 00:45:09,185 Pertunjukan akan bermula. 529 00:45:11,396 --> 00:45:15,525 "Harapan adalah berkekalan." Ia menawan hati, bukan? 530 00:45:15,608 --> 00:45:18,611 Cik Brenda tak beritahu watak anak kita, jadi… 531 00:45:18,695 --> 00:45:21,990 Saya bertaruh sepuluh dolar yang Hudson dapat watak paling comel. 532 00:45:26,870 --> 00:45:28,079 HARAPAN ADALAH BERKEKALAN 533 00:45:28,163 --> 00:45:29,789 Keseronokan musim bunga. 534 00:45:30,665 --> 00:45:32,834 Bulan April ialah bulan pelangi. 535 00:45:32,917 --> 00:45:35,628 Bulan hujan musim bunga mengejut. 536 00:45:35,712 --> 00:45:37,464 Saya pokok. 537 00:45:37,547 --> 00:45:39,507 Saya bunga. 538 00:45:40,592 --> 00:45:42,218 Saya belalang. 539 00:45:42,761 --> 00:45:44,721 Saya dah cakap, dialah yang paling comel. 540 00:45:50,852 --> 00:45:52,395 Musim bunga dah tiba. 541 00:46:04,824 --> 00:46:07,160 Ada banyak keinginan yang berbeza. 542 00:46:09,162 --> 00:46:11,498 Ada banyak cara untuk menjadi feminin. 543 00:46:20,548 --> 00:46:26,137 Saya bahagia dapat bangun di sebelahnya setiap hari. 544 00:46:27,472 --> 00:46:28,765 Namun… 545 00:46:32,101 --> 00:46:33,269 Ya Tuhan. 546 00:46:34,687 --> 00:46:36,147 Ia tak memadai. 547 00:46:50,745 --> 00:46:51,913 Teruskan. 548 00:46:52,705 --> 00:46:53,790 Dua minit. 549 00:47:02,841 --> 00:47:07,804 PENJEJAK KELUARGA, BILLIE 550 00:47:15,144 --> 00:47:17,564 Ia bukan sesuatu yang wanita mahukan… 551 00:47:18,606 --> 00:47:21,860 wanita patut berseronok semasa muda, 552 00:47:22,443 --> 00:47:26,030 dan tinggalkan diri itu untuk menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab. 553 00:47:26,781 --> 00:47:28,658 Kita sepatutnya terima hakikat 554 00:47:28,741 --> 00:47:32,537 yang kita harus korbankan sebahagian diri kita kelak. 555 00:47:52,181 --> 00:47:53,057 Hei. 556 00:47:53,766 --> 00:47:54,642 Kamu okey? 557 00:47:57,478 --> 00:47:58,479 Entahlah. 558 00:48:02,275 --> 00:48:07,488 Namun kebebasan dan kuasa sebenar cuba menzahirkannya, 559 00:48:07,572 --> 00:48:09,532 dan menunjukkan sifat sebenar, 560 00:48:09,616 --> 00:48:12,035 untuk memberitahu keinginan kita. 561 00:48:21,044 --> 00:48:22,754 Saya mahukan semuanya. 562 00:48:22,837 --> 00:48:25,548 Saya mahukannya sekarang. 563 00:48:36,559 --> 00:48:38,394 Saya takkan tinggalkan suami saya. 564 00:48:42,148 --> 00:48:44,067 Hal ini tak mengubah apa-apa. 565 00:48:52,075 --> 00:48:53,409 Mari berasmara. 566 00:50:31,132 --> 00:50:33,634 Terjemahan sari kata oleh Aizat Bahri