1 00:00:07,041 --> 00:00:10,208 SEBUAH SIRI ANIMASI NETFLIX 2 00:00:20,375 --> 00:00:24,250 TIKUS PARIT 3 00:00:33,333 --> 00:00:37,250 Kalau ini helah Skeletor sekalipun, ayahanda masih tak peduli. 4 00:00:37,333 --> 00:00:40,500 Ini bukan muslihat Skeletor, ayahanda. 5 00:00:40,583 --> 00:00:41,916 Teela hidupkan saya. 6 00:00:42,791 --> 00:00:43,666 Teela? 7 00:00:46,416 --> 00:00:47,416 Tuanku, patik… 8 00:00:47,500 --> 00:00:51,750 Kamu hidupkan semula anak beta. Terima kasih, Teela. 9 00:00:55,583 --> 00:00:58,666 Maaf atas pemergian patik, tuanku, patik… 10 00:00:59,250 --> 00:01:03,416 Kamu kecewa dan marah, dan berhak meninggalkan Eternos. 11 00:01:04,000 --> 00:01:07,291 Banyak kebenaran disembunyikan daripadanya dan beta. 12 00:01:07,375 --> 00:01:08,208 Ayahanda. 13 00:01:09,083 --> 00:01:11,500 Saya sepatutnya ceritakan tentang He-Man. 14 00:01:11,583 --> 00:01:14,416 Ayahanda juga patut beritahu awak setiap hari 15 00:01:14,500 --> 00:01:17,541 betapa bangganya ayahanda dengan diri awak. 16 00:01:18,208 --> 00:01:21,250 Semua orang patut belajar daripada kesilapan mereka. 17 00:01:21,333 --> 00:01:24,500 Termasuklah raja. Terutamanya raja. 18 00:01:26,333 --> 00:01:28,625 Apa khabar, rimau penakut? 19 00:01:28,708 --> 00:01:30,833 Siapa? Saya? Saya… 20 00:01:30,916 --> 00:01:34,125 Cringer yang selamatkan kami semua daripada Skeletor. 21 00:01:34,208 --> 00:01:35,041 Apa? 22 00:01:35,125 --> 00:01:38,125 Skeletor hampir bunuh saya sekali lagi, 23 00:01:38,208 --> 00:01:40,833 tapi Cringer selamatkan saya. 24 00:01:44,000 --> 00:01:47,000 Terima kasih, Rimau Tempur yang mulia. 25 00:01:47,916 --> 00:01:50,125 Sama-sama, tuanku. 26 00:01:50,625 --> 00:01:52,291 Kamu siapa pula? 27 00:01:52,375 --> 00:01:55,875 Hai, tuanku, patik Andra. 28 00:01:55,958 --> 00:01:58,291 Tuanku. Patik kawan Teela dan… 29 00:01:58,375 --> 00:02:02,916 Dia banyak membantu. Tanpa Andra, Adam takkan berada di sini sekarang. 30 00:02:03,000 --> 00:02:04,041 Betulkah? 31 00:02:04,625 --> 00:02:07,458 Budi kamu tak mampu beta balas. 32 00:02:08,041 --> 00:02:11,500 Namun, sebagai raja, beta boleh beri banyak ganjaran wang. 33 00:02:12,208 --> 00:02:15,583 Sebut saja jumlahnya dan beta akan tunaikan. 34 00:02:20,375 --> 00:02:22,041 Tuanku, 35 00:02:22,583 --> 00:02:26,125 selepas datuk patik mati, patik hidup di jalanan sendirian. 36 00:02:26,208 --> 00:02:28,625 Patik jarang tidur, tapi kalau sempat, 37 00:02:29,208 --> 00:02:31,500 patik mengimpikan hidup berkeluarga. 38 00:02:32,083 --> 00:02:36,041 Buat kali pertama dalam hidup patik, patik dah jumpa keluarga itu. 39 00:02:37,708 --> 00:02:39,625 Jadi, kalau tuanku mahu tahu, 40 00:02:40,250 --> 00:02:42,333 patik cuma mahu bersama kamu semua. 41 00:02:44,083 --> 00:02:47,208 Saudari, lihatlah sekeliling, ini perkhemahan tentera. 42 00:02:47,291 --> 00:02:50,708 Kami sedang bersedia untuk berperang. Orang awam perlu beredar. 43 00:02:52,250 --> 00:02:54,291 Ya, tuanku. Patik faham. 44 00:02:54,375 --> 00:02:56,041 Malangnya, kamu tak faham. 45 00:02:56,125 --> 00:03:01,416 Kamu hanya boleh berada di sini kalau kamu leftenan Tentera Diraja beta. 46 00:03:01,500 --> 00:03:03,500 Betulkah? 47 00:03:03,583 --> 00:03:06,458 Ya Tuhan. Ya, tuanku. 48 00:03:06,541 --> 00:03:08,708 Percayalah, tuanku takkan menyesal. 49 00:03:08,791 --> 00:03:10,291 Terima kasih, tuanku. 50 00:03:10,375 --> 00:03:14,666 Tak, terima kasih, leftenan, kerana bawa keluarga beta ke Point Dread. 51 00:03:15,375 --> 00:03:18,208 Bukan patik yang bawa. Teela yang bawa. 52 00:03:18,791 --> 00:03:20,333 Teela bawa kami di sini. 53 00:03:20,416 --> 00:03:22,333 - Dengan kuasa ajaib! - Betulkah? 54 00:03:40,291 --> 00:03:41,125 Adam? 55 00:03:42,125 --> 00:03:43,208 Bonda! 56 00:03:44,000 --> 00:03:44,875 Adam! 57 00:03:56,041 --> 00:03:58,083 Bagaimana ini boleh berlaku? 58 00:03:58,666 --> 00:04:01,291 Panjang ceritanya, tapi sekarang, 59 00:04:02,250 --> 00:04:04,750 saya gembira kerana kita dapat bersatu. 60 00:04:07,541 --> 00:04:09,333 Cerita panjang konon. 61 00:04:09,416 --> 00:04:11,416 Ikut bonda sekarang 62 00:04:11,500 --> 00:04:14,083 dan ceritakan segalanya. 63 00:04:28,250 --> 00:04:30,875 Bersabarlah. Kita akan dapatkan bantuan. 64 00:04:41,875 --> 00:04:44,250 Awak dah berlembut, Bentara Laskar. 65 00:04:45,333 --> 00:04:47,708 Ketiadaan pertarungan melemahkan awak. 66 00:04:48,833 --> 00:04:52,000 Lelaki paling berbahaya di Eternia. 67 00:04:52,083 --> 00:04:55,375 Dulu awak musuh yang menggerunkan, 68 00:04:55,458 --> 00:04:58,583 tapi kini awak tak berdaya. 69 00:05:01,125 --> 00:05:04,708 Apa rasanya kehilangan semua kuasa awak? 70 00:05:05,458 --> 00:05:06,625 Awak beritahulah saya. 71 00:05:06,708 --> 00:05:09,500 Manalah saya tahu. Kuasa saya semakin kuat. 72 00:05:10,000 --> 00:05:13,125 Saya ada kuasa untuk buat awak menderita 73 00:05:15,333 --> 00:05:17,666 atau menghilangkan penderitaan itu. 74 00:05:20,625 --> 00:05:23,666 Awak kendalikan kuasa seolah-olah ia permainan, 75 00:05:23,750 --> 00:05:26,750 tapi saya dah lihat cara kuasa sebenar dikendalikan. 76 00:05:27,458 --> 00:05:29,791 Ahli sihir kesayangan awak. 77 00:05:29,875 --> 00:05:35,000 Kamu berdua ada persamaan lain selain minat terhadap He-Man, bukan? 78 00:05:36,500 --> 00:05:38,125 Saya dah agak. 79 00:05:38,833 --> 00:05:41,875 Ceritakan tentang ahli sihir itu, Bentara Laskar. 80 00:05:43,041 --> 00:05:45,583 Jika tidak, sebagai ahli sihir baru, 81 00:05:45,666 --> 00:05:49,041 saya akan belah kepala awak untuk baca fikiran awak. 82 00:05:50,375 --> 00:05:53,083 Dia wanita terhebat yang saya pernah kenal. 83 00:05:53,708 --> 00:05:55,916 Dia juga ahli sihir terbaik. 84 00:05:56,000 --> 00:05:59,000 Saya akan jadi berkali ganda lebih baik daripadanya. 85 00:05:59,958 --> 00:06:03,916 Yalah, awak dah buli Orlax. Ia permulaan yang baik. 86 00:06:04,666 --> 00:06:07,083 Selepas teman lelaki awak buli awak. 87 00:06:08,875 --> 00:06:12,708 Apa? Awak ingat seluruh istana ini tak dengar? 88 00:06:12,791 --> 00:06:15,541 Makhluk di sini yang benci awak pun 89 00:06:15,625 --> 00:06:20,000 rasa kasihan apabila mendengar dia memperkutak-katikkan awak. 90 00:06:20,083 --> 00:06:23,666 Tiada sesiapa yang takut kepada awak, Evil-Lyn. 91 00:06:23,750 --> 00:06:25,375 Kami semua kasihankan awak. 92 00:06:25,458 --> 00:06:29,375 Tak usah rasa kasihan kerana saya ada kuasa. 93 00:06:29,458 --> 00:06:32,333 Apa awak dah buat dengan kuasa itu? 94 00:06:32,416 --> 00:06:36,000 Mungkin saya patut tanya, Skeletor izinkan awak buat apa dengannya? 95 00:06:36,083 --> 00:06:39,333 Ahli sihir asal amat berkuasa hingga dia berkongsi kuasa itu. 96 00:06:39,416 --> 00:06:43,708 Dia berhak mengurniakannya atau mengambilnya semula sesuka hati. 97 00:06:43,791 --> 00:06:49,041 Kuasa saya jauh lebih banyak daripada yang ahli sihir awak miliki. 98 00:06:49,125 --> 00:06:53,333 Namun, awak diperkecilkan oleh tuan awak 99 00:06:54,000 --> 00:06:56,916 hingga tak sedar yang awak lebih kuat daripadanya. 100 00:06:59,416 --> 00:07:05,041 Kuasa yang wira miliki hanya boleh dikurniakan oleh ahli sihir. 101 00:07:05,125 --> 00:07:08,750 Jadi, jika betullah awak ahli sihir yang baru, 102 00:07:09,333 --> 00:07:13,833 bermakna Skeletor ialah hamba awak. 103 00:07:31,583 --> 00:07:34,625 Kami sedang mencari mangsa dan pelarian semasa penggera berbunyi 104 00:07:34,708 --> 00:07:37,666 dan bonda ingat Skeletor datang untuk bunuh Randor. 105 00:07:38,166 --> 00:07:42,416 Kalaulah bonda dapat lihat wajah ayahanda kamu 106 00:07:42,500 --> 00:07:44,375 ketika kamu muncul! 107 00:07:45,000 --> 00:07:49,208 Saya nak tanya, kenapa saya kesan ketegangan antara bonda dengannya? 108 00:07:50,458 --> 00:07:55,041 Cahaya seolah-olah malap selepas kami kehilangan anak. 109 00:07:55,750 --> 00:07:59,166 Dunia menjadi terlalu gelap untuk kami berdua. 110 00:08:00,291 --> 00:08:01,666 Tapi saya masih hidup. 111 00:08:02,291 --> 00:08:04,291 Sekarang, memanglah. 112 00:08:05,416 --> 00:08:07,541 Tapi selama ketiadaan kamu, 113 00:08:08,375 --> 00:08:11,666 dia salahkan bonda kerana menyimpan rahsia kamu. 114 00:08:12,166 --> 00:08:14,583 Pada mulanya, bonda benci tuduhannya, 115 00:08:15,583 --> 00:08:17,625 lama-lama, bonda mula membencinya. 116 00:08:18,708 --> 00:08:20,541 Kami berdua patah hati, 117 00:08:20,625 --> 00:08:25,000 menghantui istana bagaikan roh diri kami sebelum ini. 118 00:08:25,583 --> 00:08:28,083 Kami langsung tak sependapat! 119 00:08:28,166 --> 00:08:30,416 Akhirnya, bonda hilang sabar 120 00:08:31,000 --> 00:08:32,708 dan bercadang meninggalkannya 121 00:08:33,333 --> 00:08:35,083 dan mungkin pulang ke bumi. 122 00:08:35,750 --> 00:08:39,791 Sehinggalah Raenius hantar kami ke sini dengan Jet Pejuang Talon. 123 00:08:40,375 --> 00:08:42,291 dan malapetaka menimpa. 124 00:08:42,375 --> 00:08:46,750 Ini semua salah saya. Perkahwinan bonda musnah disebabkan saya. 125 00:08:47,291 --> 00:08:49,666 Anak, ini bukan salah kamu. 126 00:08:50,208 --> 00:08:53,666 Kadangkala, hubungan jadi renggang. 127 00:08:56,208 --> 00:09:00,041 Jika segalanya makin musnah, kita takkan dapat bertahan lagi! 128 00:09:00,125 --> 00:09:05,583 Walaupun pedang itu ada pada saya, budak itu berjaya seru kuasa tanpanya! 129 00:09:06,083 --> 00:09:08,083 Penyelesaian untuk persoalan ini 130 00:09:08,166 --> 00:09:11,125 tentu ada di luar sana di ruang angka… 131 00:09:14,083 --> 00:09:16,208 Adakah saya membosankan awak, Lyn? 132 00:09:16,791 --> 00:09:20,541 Mari sini, saya nak tunjukkan sesuatu. 133 00:09:33,166 --> 00:09:34,708 Nikmatilah ia, Lyn. 134 00:09:35,208 --> 00:09:37,666 Alam semesta ini sangat luas, 135 00:09:37,750 --> 00:09:41,750 tapi kita masih fikir kita berharga. 136 00:09:41,833 --> 00:09:43,458 Tapi kita tak penting. 137 00:09:43,541 --> 00:09:45,791 Kita cuma ibarat hama yang hanyut 138 00:09:45,875 --> 00:09:48,375 di angkasa yang dipenuhi bintang. 139 00:10:15,875 --> 00:10:19,916 Lihatlah, Puncak Cakerawala. 140 00:10:21,833 --> 00:10:25,333 Tak lama lagi, buat pertama kalinya sejak alam tercipta, 141 00:10:25,416 --> 00:10:28,875 semua planet terjajar seperti selepas pembentukannya, 142 00:10:28,958 --> 00:10:33,916 dan sekali lagi, Eternia akan berada di pusat alam semesta. 143 00:10:34,000 --> 00:10:36,750 Memandangkan saya pemilik pedang ini, 144 00:10:36,833 --> 00:10:38,500 Puncak Cakerawala ini 145 00:10:38,583 --> 00:10:42,083 bukan saja melimpahi saya dengan kuasa ke atas alam semesta, 146 00:10:42,166 --> 00:10:45,916 tapi juga kuasa ke atas kewujudan segala-galanya! 147 00:10:47,333 --> 00:10:50,208 Kewujudan ini perlu diubah. 148 00:10:50,833 --> 00:10:52,500 Yalah, tengoklah keadaannya. 149 00:10:54,375 --> 00:10:55,791 Semuanya nampak 150 00:10:56,458 --> 00:10:57,458 kosong. 151 00:10:58,166 --> 00:11:01,500 Tiada rekaan, jadi ia tak bermakna. 152 00:11:02,083 --> 00:11:04,333 Yang ada, cuma kesengsaraan. 153 00:11:05,666 --> 00:11:09,875 Hidup hanya perjalanan menuju maut yang perit dan tak berkesudahan 154 00:11:09,958 --> 00:11:11,208 tanpa sebarang harapan, 155 00:11:12,208 --> 00:11:14,083 tiada sebab atau rancangan. 156 00:11:14,166 --> 00:11:16,708 Kita semua bersendirian. 157 00:11:24,000 --> 00:11:25,333 Kita mesti berwaspada 158 00:11:25,416 --> 00:11:29,000 apabila berdepan dengan kekosongan yang tak bertebing. 159 00:11:29,083 --> 00:11:31,625 Ia boleh buat kita ketagih. 160 00:11:32,625 --> 00:11:38,125 Semakin saya mendekati Puncak Cakerawala, semakin kuat saya jadinya. 161 00:11:38,208 --> 00:11:43,333 Maka, saya tak peduli jika Adam boleh seru kuasa tanpa pedang 162 00:11:43,416 --> 00:11:47,833 kerana semua kuasa yang wujud akan jadi milik saya. 163 00:11:47,916 --> 00:11:49,000 Kemudian, apa jadi? 164 00:11:49,583 --> 00:11:51,708 Apa maksud awak? 165 00:11:51,791 --> 00:11:55,083 Saya juga akan bunuh He-Man versi ini. 166 00:11:55,166 --> 00:11:59,458 Mula-mula, dia akan melutut, kemudian dia akan mati. 167 00:11:59,541 --> 00:12:03,666 Semuanya dibunuh oleh Skeletor! 168 00:12:03,750 --> 00:12:06,625 Itu saja? Itu matlamat awak? 169 00:12:07,208 --> 00:12:10,375 Awak bakal menguasai semua kuasa yang wujud 170 00:12:10,458 --> 00:12:13,833 dan awak nak gunakannya untuk bunuh He-Man? 171 00:12:19,166 --> 00:12:22,458 Berani awak ketawakan saya, ahli sihir! 172 00:12:22,541 --> 00:12:24,791 Awak ingat awak siapa? 173 00:12:25,416 --> 00:12:26,500 Bukan He-Man. 174 00:12:26,583 --> 00:12:30,875 Tapi jika saya He-Man, awak mungkin akan pedulikan saya. 175 00:12:34,250 --> 00:12:37,833 Awak mengganggu tumpuan saya terhadap Puncak Cakerawala. 176 00:12:38,666 --> 00:12:43,500 Awak tak perlukan Puncak Cakerawala untuk menewaskan He-Man, bodoh. 177 00:12:43,583 --> 00:12:46,416 Guna minda awak untuk bunuh Raja Randor dari sini 178 00:12:46,500 --> 00:12:51,083 dan Putera Adam akan merayu kepada awak supaya tak bunuh ibunya. 179 00:12:51,166 --> 00:12:56,375 Tak sangka, hebat juga idea tikus parit ini! 180 00:13:17,541 --> 00:13:20,041 Dia fikir puan miliknya, 181 00:13:22,000 --> 00:13:24,000 tapi apa pendapat puan? 182 00:13:26,791 --> 00:13:29,166 Pernah saya ceritakan pertemuan saya dengan Skeletor? 183 00:13:30,666 --> 00:13:31,875 Mestilah tak pernah. 184 00:13:32,625 --> 00:13:37,500 Sebelum ini, saya jarang tegur awak kerana saya ingat awak bodoh. 185 00:13:38,250 --> 00:13:42,833 Tapi kini saya sedar awaklah orang paling rapat dengan saya. 186 00:13:44,541 --> 00:13:46,708 Saya dilahirkan di kawasan sesak di Zalesia. 187 00:13:48,291 --> 00:13:52,000 Pada hari jadi kelima saya, ibu bapa saya kebuluran 188 00:13:52,083 --> 00:13:54,208 dan terpaksa makan saya. 189 00:13:58,125 --> 00:14:00,250 Untuk mengelak daripada dimakan, 190 00:14:01,375 --> 00:14:03,083 saya menyorok di dalam parit. 191 00:14:04,500 --> 00:14:05,666 Macam tikus. 192 00:14:07,958 --> 00:14:10,833 Pembetung itu selamat, jadi saya tinggal di sana 193 00:14:11,625 --> 00:14:13,166 selama 20 tahun. 194 00:14:20,291 --> 00:14:21,833 Kemudian, daripada mangsa… 195 00:14:22,875 --> 00:14:24,291 Hati-hati sikit! 196 00:14:24,375 --> 00:14:25,666 …saya jadi pemangsa. 197 00:14:26,666 --> 00:14:27,666 Hei! 198 00:14:55,083 --> 00:14:58,583 Ketika saya percaya yang saya lebih hina daripada najis, 199 00:15:11,625 --> 00:15:14,291 dia temui saya. 200 00:15:30,416 --> 00:15:32,208 Saya benci Skeletor, 201 00:15:32,875 --> 00:15:34,541 tapi saya terhutang budi kepadanya. 202 00:15:36,416 --> 00:15:40,833 Dia bantu saya tinggalkan parit Zalesia, ajar saya bertarung, 203 00:15:40,916 --> 00:15:44,083 tingkatkan sihir saya dan beri saya tempat tinggal. 204 00:15:45,416 --> 00:15:48,000 Dia fikir puan milik dia. 205 00:15:48,500 --> 00:15:50,708 Orang saya ada satu pepatah. 206 00:15:54,500 --> 00:15:58,000 Maksudnya, "Saya milik diri sendiri." 207 00:15:58,583 --> 00:16:00,666 Kuasailah hidup puan. 208 00:16:01,166 --> 00:16:05,125 Pergi dari sini. Jika tidak, dia akan bunuh puan satu hari nanti. 209 00:16:05,708 --> 00:16:07,500 Saya sedar hakikat itu. 210 00:16:08,000 --> 00:16:10,125 Puan pun tahu. 211 00:16:10,791 --> 00:16:14,875 Puan perlu bebaskan diri puan daripada cengkaman Skeletor. 212 00:16:15,958 --> 00:16:16,875 Tidak. 213 00:16:18,083 --> 00:16:19,583 Saya perlu bebaskan kita semua. 214 00:16:30,541 --> 00:16:33,875 Drebar, bawa saya ke Grayskull cepat! 215 00:16:34,666 --> 00:16:36,083 Apa yang awak cuba elak? 216 00:16:36,666 --> 00:16:38,416 Entahlah. 217 00:16:38,500 --> 00:16:42,166 Rasanya saya baru tahu ibu bapa saya juga manusia biasa. 218 00:16:42,250 --> 00:16:44,541 Kedua-duanya? Bertuahnya awak. 219 00:16:45,125 --> 00:16:49,291 Rahsia He-Man dan rahsia saya telah memusnahkan hubungan ibu bapa saya. 220 00:16:49,875 --> 00:16:53,416 Ia juga telah merenggangkan persahabatan kita. 221 00:16:56,000 --> 00:16:57,000 Tengoklah. 222 00:16:58,041 --> 00:17:02,250 Kita berjuang tanpa henti sepanjang hidup kita. 223 00:17:02,875 --> 00:17:04,916 Padahal itu bukan kehendak kita, 224 00:17:05,000 --> 00:17:07,500 tapi kita buat untuk melindungi orang kita. 225 00:17:08,250 --> 00:17:09,458 Itulah tanggungjawab kita. 226 00:17:10,041 --> 00:17:13,500 Awak ingat rahsia awak akan mengancam orang tersayang. 227 00:17:14,000 --> 00:17:18,333 Saya tahu yang niat awak baik semasa awak buat begitu. 228 00:17:18,416 --> 00:17:19,458 Terima kasih. 229 00:17:19,541 --> 00:17:22,875 Tapi ia tak bermakna yang rahsia awak tak sakiti sesiapa. 230 00:17:25,458 --> 00:17:27,583 Saya ada satu lagi rahsia. 231 00:17:28,708 --> 00:17:30,875 Saya sepatutnya beritahu awak dulu. 232 00:17:30,958 --> 00:17:33,000 Saya dah cuba di Preternia, tapi… 233 00:17:33,083 --> 00:17:34,166 Saya tahu. 234 00:17:34,750 --> 00:17:36,750 Ahli sihir itu ibu saya. 235 00:17:37,916 --> 00:17:39,875 Saya memang dah lama tahu. 236 00:17:40,916 --> 00:17:44,916 Atau mungkin saya baru menyedarinya di Pergunungan Mistik ini. 237 00:17:45,500 --> 00:17:47,333 Namanya pun satu petunjuk. 238 00:17:47,916 --> 00:17:49,208 Ia penuh misteri. 239 00:17:50,666 --> 00:17:53,958 Mungkin sebab itu kita tiba di sini selepas saya guna kuasa ahli sihir 240 00:17:54,041 --> 00:17:56,166 untuk meninggalkan Eternos. 241 00:17:57,291 --> 00:17:59,166 Kuasa ibu saya. 242 00:18:00,875 --> 00:18:02,750 Maaf kerana merahsiakannya. 243 00:18:03,791 --> 00:18:06,250 Selama ini, awak boleh mengenalinya, 244 00:18:06,750 --> 00:18:07,875 tapi kini dah terlambat. 245 00:18:09,208 --> 00:18:10,916 Dia boleh saja beritahu saya. 246 00:18:11,416 --> 00:18:13,666 Ketika kita berjumpa dia di Grayskull. 247 00:18:14,541 --> 00:18:16,083 Mungkin dia yang tak mahu. 248 00:18:17,416 --> 00:18:19,500 Hati manusia sukar difahami. 249 00:18:20,333 --> 00:18:22,458 Apatah lagi hati seorang ahli sihir. 250 00:18:29,125 --> 00:18:32,291 Awak nak bertengkar lagi dengan saya? 251 00:18:33,666 --> 00:18:35,916 Niat saya sebaliknya, sayang. 252 00:18:36,000 --> 00:18:38,458 Saya memang suka bertengkar dengan awak. 253 00:18:38,541 --> 00:18:43,875 Awak dah lama balik, tapi kita masih belum melakukan hobi kegemaran kita. 254 00:18:44,458 --> 00:18:46,291 Hobi apa? 255 00:18:46,375 --> 00:18:49,541 Awak pun tahu saya sentiasa tertarik kepada kuasa itu. 256 00:18:49,625 --> 00:18:53,166 Kini awak dah memilikinya, maka saya juga mahu merasainya. 257 00:18:57,083 --> 00:18:58,458 Bukan dengan cara ini. 258 00:18:58,541 --> 00:19:02,041 Jika manusia meniduri dewa, dia mungkin mati. 259 00:19:02,125 --> 00:19:05,166 Tidak, awak harus matikan kuasa awak 260 00:19:05,875 --> 00:19:07,375 supaya saya tak terbunuh. 261 00:19:10,750 --> 00:19:15,250 Kembalikan kuasa ini! 262 00:19:50,000 --> 00:19:54,250 Saya gembira kerana awak dengar cakap saya. 263 00:20:03,000 --> 00:20:05,125 Bukan itu tujuan saya ke sini. 264 00:20:08,125 --> 00:20:11,083 Awak lelaki bodoh yang mudah diramal. 265 00:20:11,166 --> 00:20:13,125 Awak berada di ambang malapetaka, 266 00:20:13,208 --> 00:20:17,041 tapi awak enggan berfikir lebih jauh dan masih dikaburi permusuhan 267 00:20:17,125 --> 00:20:18,500 dan impian keji awak. 268 00:20:18,583 --> 00:20:21,000 Awak menyedihkan. 269 00:20:21,750 --> 00:20:24,291 Awak takkan dapat bunuh He-Man. 270 00:20:25,166 --> 00:20:27,041 Kalau awak berjaya pun, awak akan buntu. 271 00:20:27,125 --> 00:20:30,666 Dia satu-satunya matlamat hidup awak yang kosong ini. 272 00:20:31,458 --> 00:20:33,583 Cubalah bertimbang rasa, Lyn. 273 00:20:34,166 --> 00:20:36,375 Tidak, ia dah terlambat. 274 00:20:36,458 --> 00:20:39,916 Awak tunjukkan alam semesta yang wujud tanpa sebab. 275 00:20:40,000 --> 00:20:43,250 Yang ada cuma kuasa tak terbatas dan kekacauan. 276 00:20:43,333 --> 00:20:44,416 Saya dah berkorban 277 00:20:44,500 --> 00:20:48,125 untuk mengembalikan sihir yang hilang ketika awak hancurkan bebola itu. 278 00:20:48,708 --> 00:20:51,791 Saya lakukannya demi tujuan yang amat rapuh. 279 00:20:51,875 --> 00:20:53,791 Semuanya kerana benda ini tiada? 280 00:20:54,541 --> 00:20:57,458 Pedang bodoh yang awak sayang lebih daripada segalanya, 281 00:20:57,958 --> 00:20:59,708 termasuklah saya. 282 00:21:00,375 --> 00:21:03,291 Tapi apabila saya memegang 283 00:21:03,375 --> 00:21:07,500 pedang yang awak kejar selama ini, saya tertanya-tanya 284 00:21:08,041 --> 00:21:10,958 kenapa saya perlu biar diri saya terikat kepada Grayskull 285 00:21:11,041 --> 00:21:13,125 sedangkan saya boleh jadi wira. 286 00:21:14,250 --> 00:21:15,791 Alamak. 287 00:21:16,458 --> 00:21:19,791 Dengan Kuasa Grayskull! 288 00:21:27,000 --> 00:21:29,666 Kuasa milikku. 289 00:22:07,250 --> 00:22:08,750 Rasa macam pernah tengok. 290 00:22:17,666 --> 00:22:20,416 Selamat malam, seluruh warga Eternia. 291 00:22:22,833 --> 00:22:25,916 Bahlul tak guna yang menyedihkan, 292 00:22:26,583 --> 00:22:29,166 merangkak dalam lumpur dan berangan kononnya 293 00:22:29,250 --> 00:22:31,250 hidup kamu bermakna. 294 00:22:31,833 --> 00:22:36,666 Penderitaan kamu yang berpanjangan ini pasti ada balasannya. 295 00:22:37,375 --> 00:22:38,291 Dongak! 296 00:22:50,875 --> 00:22:54,458 Untuk menjadikan hidup kamu bermakna, kamu mengejar ganjaran 297 00:22:54,541 --> 00:22:57,291 bersama wira awak di alam sesudah mati. 298 00:22:57,916 --> 00:23:01,250 Kini saya akan membebaskan kamu daripada belenggu rohani. 299 00:23:21,750 --> 00:23:24,083 Bangkit dan nikmatilah ia. 300 00:23:24,166 --> 00:23:27,166 Hidup tidak lagi bermakna, yang ada cuma huru-hara. 301 00:23:27,250 --> 00:23:31,041 Maka, kepada huru-haralah, kita akan kembali. 302 00:23:41,041 --> 00:23:45,500 Jika Evil-Lyn berjaya kawal kuasa itu, bermakna dia dah bunuh Skeletor. 303 00:23:45,583 --> 00:23:49,500 Dia dah bunuh semua penghuni syurga! 304 00:23:49,583 --> 00:23:53,041 Jika kita mahu hidup, kita perlu tumpaskan dia. 305 00:23:53,625 --> 00:23:57,166 Bagaimana? Senjata kita tak dapat menandingi Evil-Lyn. 306 00:24:00,166 --> 00:24:02,708 Nampaknya, kita hanya dapat tumpaskan dia 307 00:24:03,250 --> 00:24:05,625 dengan bantuan ahli sihir lain. 308 00:24:06,208 --> 00:24:10,625 Teela, makin lama, kebolehan Evil-Lyn makin bertambah 309 00:24:10,708 --> 00:24:12,708 dan semakin kuat. 310 00:24:13,291 --> 00:24:15,208 Jadi saya perlu ikut caranya. 311 00:24:15,291 --> 00:24:18,125 Jika saya dapat kuasa itu, saya boleh halang dia. 312 00:24:18,208 --> 00:24:19,708 Saya cuma perlukan masa. 313 00:24:19,791 --> 00:24:22,875 Kita juga perlukan semua bantuan yang ada. 314 00:24:22,958 --> 00:24:27,500 Saya akan minta warga Avion dan Adreenid sertai kita. 315 00:24:27,583 --> 00:24:29,041 Kita tiada masa, tuanku. 316 00:24:29,125 --> 00:24:30,875 Biar patik cuba. 317 00:24:30,958 --> 00:24:33,416 Patik boleh hantar pesanan psikik ke seluruh Eternia 318 00:24:33,500 --> 00:24:35,583 dan minta bantuan semua orang. 319 00:24:36,250 --> 00:24:41,166 Pada saat ini, kita patut terima bantuan daripada sesiapa saja. 320 00:24:48,875 --> 00:24:52,666 Jangan tengok saja, bahlul diraja, 321 00:24:52,750 --> 00:24:55,875 jemputlah saya masuk. 322 00:25:39,916 --> 00:25:44,916 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin