1 00:00:07,125 --> 00:00:10,208 SEBUAH SIRI ANIMASI NETFLIX 2 00:00:16,458 --> 00:00:18,541 Di pusat alam semesta, 3 00:00:18,625 --> 00:00:21,000 di planet Eternia, 4 00:00:21,083 --> 00:00:25,541 terletaknya Istana Grayskull yang merupakan sebuah kubu purba misteri. 5 00:00:25,625 --> 00:00:29,916 Kuasanya cuba dirampas oleh syaitan jahat Gunung Ular, 6 00:00:30,000 --> 00:00:32,375 yakni suaka dosa dan kedukaan 7 00:00:32,458 --> 00:00:37,416 yang dikuasai oleh syaitan bernama Skeletor dan pengikut jahatnya. 8 00:00:37,500 --> 00:00:42,083 Satu-satunya orang yang menjadi penghalang ialah Putera Adam, 9 00:00:42,166 --> 00:00:47,041 yang melindungi rahsia Istana Grayskull sebagai He-Man, 10 00:00:47,125 --> 00:00:50,583 lelaki paling berkuasa di seluruh alam semesta! 11 00:00:51,708 --> 00:00:54,791 Empat makhluk saja yang tahu rahsia ini. 12 00:00:54,875 --> 00:00:57,208 Mereka, Pelindung Grayskull, 13 00:00:57,291 --> 00:00:59,583 dalam kalangan tentera yang mulia, 14 00:00:59,666 --> 00:01:04,083 bersumpah untuk melindungi Istana Grayskull daripada kemusnahan 15 00:01:04,166 --> 00:01:08,250 kerana bahawasanya mereka yang menguasai Grayskull mempunyai kuasa, 16 00:01:08,333 --> 00:01:10,666 kuasa untuk menjadi 17 00:01:10,750 --> 00:01:14,458 Syah Alam Semesta! 18 00:01:37,500 --> 00:01:41,416 Jangan menangis, Teela comel. 19 00:01:55,166 --> 00:01:56,708 Ia satu rahmat. 20 00:01:57,208 --> 00:02:00,666 Ia akan muncul apabila dia memerlukannya. 21 00:02:00,750 --> 00:02:03,083 Saya takkan tinggalkan anak kita. 22 00:02:03,166 --> 00:02:04,375 Saya tahu. 23 00:02:04,875 --> 00:02:07,208 Tapi ajar dia supaya dia tahu jaga diri sendiri. 24 00:02:07,833 --> 00:02:11,791 Satu hari nanti, dia akan melindungi awak dan Eternia. 25 00:02:12,916 --> 00:02:14,416 Intan payung, 26 00:02:15,208 --> 00:02:18,958 ibu amat menyayangi kamu, 27 00:02:19,583 --> 00:02:22,041 tapi ibu perlu pergi buat seketika. 28 00:02:23,041 --> 00:02:25,875 Ibu akan pergi untuk melihat seluruh alam semesta 29 00:02:26,458 --> 00:02:29,625 dan ia nampak remeh 30 00:02:30,208 --> 00:02:32,500 kalau dibandingkan dengan perasaan ibu 31 00:02:32,583 --> 00:02:35,208 pada hari kamu dilahirkan. 32 00:02:35,291 --> 00:02:37,250 Ibu. 33 00:02:43,250 --> 00:02:44,666 Duncan kesayanganku. 34 00:03:56,666 --> 00:03:59,791 Jangan menangis. 35 00:04:25,708 --> 00:04:27,833 Dengarlah kisah ahli sihir 36 00:04:27,916 --> 00:04:30,750 pada saat-saatnya yang paling malang, 37 00:04:30,833 --> 00:04:34,250 "Cari pedang itu!" jerit perempuan tua kerepot itu. 38 00:04:34,333 --> 00:04:36,791 "Ia sumber kuasa sihir saya." 39 00:04:36,875 --> 00:04:38,916 Dia seru tiga orang ke Grayskull. 40 00:04:39,000 --> 00:04:41,916 Ahli sihir, pahlawan dan pengawal. 41 00:04:42,000 --> 00:04:44,750 Harapan sudah punah, perwira mereka sudah mati 42 00:04:44,833 --> 00:04:48,250 dan dia merayu kepada mereka, "Cari pedang itu!" 43 00:04:49,250 --> 00:04:51,291 Putera Adam. 44 00:04:52,875 --> 00:04:55,666 Pakatan dibuat dan kumpulan dibentuk 45 00:04:55,750 --> 00:04:59,000 yang merempuh neraka hingga ke syurga! 46 00:04:59,083 --> 00:05:01,250 Namun sekarang baru mereka faham. 47 00:05:01,333 --> 00:05:05,500 Semuanya demi Skeletor! 48 00:05:06,958 --> 00:05:09,916 Rasanya macam tembaga. 49 00:05:10,916 --> 00:05:12,875 Benda apa, tuanku? 50 00:05:13,541 --> 00:05:15,333 Masa, agaknya, 51 00:05:15,416 --> 00:05:17,875 atau ia mungkin hanya bintang. 52 00:05:17,958 --> 00:05:21,041 Selepas bertahun-tahun mengidam, 53 00:05:21,125 --> 00:05:23,958 mungkin saya cuma menikmati 54 00:05:24,458 --> 00:05:28,250 rasa kejayaan gilang-gemilang! 55 00:05:29,875 --> 00:05:34,916 Saya nampak masa yang berabad-abad lamanya berlalu pergi di sudut bumantara. 56 00:05:35,000 --> 00:05:38,625 Saya melihat planet yang hanya terdiri daripada ais 57 00:05:38,708 --> 00:05:42,333 dan suria purba yang terbakar dan akhirnya mati, 58 00:05:42,416 --> 00:05:46,916 membawa bersamanya seluruh peradaban ke arah kegelapan yang abadi. 59 00:05:47,000 --> 00:05:52,041 Udara ini penuh dengan kesedihan dan kegilaan. 60 00:05:52,125 --> 00:05:53,958 Awak pasti menyukainya, Lynnie. 61 00:05:54,958 --> 00:05:58,291 Ahli sihir yang manis, 62 00:05:58,375 --> 00:05:59,958 awak dah sedar. 63 00:06:00,041 --> 00:06:03,166 Tapi awak nampak lembik saja. 64 00:06:03,250 --> 00:06:04,916 Apabila kuasa ajaib kembali, 65 00:06:05,000 --> 00:06:08,166 awak tak gunakannya untuk memulihkan kekuatan awak, 66 00:06:08,250 --> 00:06:11,500 sebaliknya awak biar Eternia menggunakannya dulu. 67 00:06:11,583 --> 00:06:14,833 Mulianya, tapi bodoh! 68 00:06:14,916 --> 00:06:17,833 Kalau awak tak sibuk membantu orang lain, 69 00:06:17,916 --> 00:06:20,333 awak mungkin akan menjangkakan kemunculan saya. 70 00:06:21,083 --> 00:06:23,166 Tapi malangnya, 71 00:06:23,250 --> 00:06:25,791 selepas bertahun-tahun lamanya, 72 00:06:25,875 --> 00:06:29,708 akhirnya saya tahu rahsia Grayskull. 73 00:06:29,791 --> 00:06:32,750 Kita mahu percaya bahawa alam yang teratur ini 74 00:06:32,833 --> 00:06:36,333 wujud kerana binaannya yang agung, 75 00:06:36,416 --> 00:06:39,500 namun, yang ada cuma kuasa. 76 00:06:39,583 --> 00:06:44,125 Kuasa yang indah, rawak dan sejati! 77 00:06:45,625 --> 00:06:49,666 Tapi entah kenapa, 78 00:06:49,750 --> 00:06:53,666 kuasa itu selalu berada dalam genggaman satu entiti. 79 00:06:53,750 --> 00:06:57,041 Seorang saja, dalam banyak-banyak makhluk! 80 00:06:57,625 --> 00:06:59,083 Kini, 81 00:06:59,583 --> 00:07:02,541 kuasa itu dalam genggaman saya. 82 00:07:02,625 --> 00:07:07,416 Tak lama lagi, seluruh Eternia akan ingat saat bersejarah 83 00:07:07,500 --> 00:07:13,291 ketika Skeletor bunuh He-Man! 84 00:07:13,375 --> 00:07:15,791 Saya bukan He-Man. 85 00:07:21,875 --> 00:07:24,541 Apa awak kata? 86 00:07:25,833 --> 00:07:28,000 Saya Adam! 87 00:07:29,708 --> 00:07:31,250 Putera Eternia 88 00:07:31,958 --> 00:07:32,916 dan pelindung… 89 00:07:45,583 --> 00:07:50,291 Pelindung rahsia Istana Grayskull! 90 00:07:56,750 --> 00:08:00,666 Ini pula kawan saya yang berani, 91 00:08:01,375 --> 00:08:02,500 Cringer. 92 00:08:09,666 --> 00:08:10,625 Tidak! 93 00:08:11,708 --> 00:08:14,375 - Pergi, Teela! Ayah akan halang dia! - Jangan, ayah! 94 00:08:14,458 --> 00:08:15,583 Pergi! 95 00:08:54,291 --> 00:08:56,125 Awak nak ke mana? 96 00:08:59,458 --> 00:09:02,041 Masa bermain dah tamat. 97 00:09:14,041 --> 00:09:16,458 Tiada lagi tempat untuk kamu pergi 98 00:09:16,541 --> 00:09:19,041 atau bersembunyi. 99 00:09:19,125 --> 00:09:24,208 Kuasa Grayskull telah melupakan kamu! 100 00:09:45,583 --> 00:09:47,958 Ahli sihir bodoh. 101 00:09:48,041 --> 00:09:52,250 Sihir awak tak cukup kuat untuk menyerang dewa. 102 00:09:52,333 --> 00:09:55,166 Sihir saya mungkin belum pulih sepenuhnya, 103 00:09:55,250 --> 00:09:58,541 tapi awak hanya berangan menjadi dewa, Skeletor. 104 00:09:58,625 --> 00:10:01,000 Awak lupa diri awak yang sebenar. 105 00:10:01,625 --> 00:10:03,375 Saya apa sebenarnya? 106 00:10:04,250 --> 00:10:06,458 Awak cuma tulang. 107 00:10:29,041 --> 00:10:30,041 Tidak! 108 00:10:33,291 --> 00:10:35,375 Sabar, Bentara Laskar. 109 00:10:48,791 --> 00:10:51,500 Tidak! 110 00:10:59,166 --> 00:11:01,541 Awak menjengkelkan. 111 00:11:01,625 --> 00:11:05,958 Awak dah terlalu lama menjadi ahli sihir. 112 00:11:06,583 --> 00:11:09,083 Kita perlukan orang baru! 113 00:11:12,875 --> 00:11:16,583 Tidak! 114 00:11:26,833 --> 00:11:29,458 Kenapa awak buat begitu? 115 00:11:29,541 --> 00:11:31,166 Kenapa, sayang? 116 00:11:34,250 --> 00:11:35,791 Duncan kesayanganku. 117 00:11:44,041 --> 00:11:46,375 Teela! 118 00:11:57,458 --> 00:11:59,041 Awak perlu bantu dia! 119 00:12:05,041 --> 00:12:06,166 Ya Tuhan! 120 00:12:06,250 --> 00:12:07,375 Putera Adam! 121 00:12:08,125 --> 00:12:11,458 Kita perlu hentikan pendarahannya. 122 00:12:20,958 --> 00:12:22,333 Zoar, bantulah saya. 123 00:13:11,458 --> 00:13:13,625 Ibu sayang kamu, intan payung. 124 00:13:23,916 --> 00:13:27,125 Tidak! Sayang, jangan tinggalkan saya! 125 00:13:40,458 --> 00:13:45,000 Kesedihan amat menjelikkan. 126 00:13:45,083 --> 00:13:46,958 Kurung dia di kurungan bawah tanah! 127 00:13:47,041 --> 00:13:49,666 Biar dia berendam air mata 128 00:13:49,750 --> 00:13:54,958 sebelum saya kerat lengannya. 129 00:14:00,083 --> 00:14:03,541 Alam semesta ini penuh dengan mayat 130 00:14:03,625 --> 00:14:07,375 kerana manusia dilahirkan semata-mata untuk mati. 131 00:14:07,958 --> 00:14:09,500 Dewa, sebaliknya, 132 00:14:10,666 --> 00:14:13,458 hidup selama-lamanya. 133 00:14:16,583 --> 00:14:20,958 Istana misteri ini perlukan wanita sihir. 134 00:14:21,041 --> 00:14:26,208 Oleh itu, awak kini dilantik sebagai ahli sihir Grayskull yang baharu. 135 00:14:31,583 --> 00:14:34,458 Tengoklah kejayaan yang saya capai apabila saya tak dikelilingi 136 00:14:34,541 --> 00:14:37,791 makhluk-makhluk bodoh yang menjelikkan! 137 00:14:37,875 --> 00:14:42,833 Perkara terbaik yang pernah berlaku kepada saya ialah pembunuhan saya. 138 00:14:43,458 --> 00:14:45,083 Namun begitu, awak selamat. 139 00:14:45,166 --> 00:14:48,625 Sebelum saya dihancurkan oleh bebola itu, 140 00:14:48,708 --> 00:14:53,625 saya sempat memasukkan roh saya ke dalam tongkat sakti awak. 141 00:14:53,708 --> 00:14:57,083 Melaluinya, saya menyerap kuasa awak 142 00:14:57,166 --> 00:15:01,000 dan dengan perlahan-lahan, membina tubuh saya daripada awak! 143 00:15:01,083 --> 00:15:04,000 Apabila saya cukup kuat, saya berbisik kepada awak 144 00:15:04,083 --> 00:15:06,708 impian dan keinginan yang membawa awak ke sini! 145 00:15:06,791 --> 00:15:09,041 Awak pergunakan saya! 146 00:15:09,125 --> 00:15:11,291 Memang saya pergunakan awak, 147 00:15:11,875 --> 00:15:15,083 tapi saya menebusnya dengan mempertingkatkan kuasa awak 148 00:15:15,166 --> 00:15:17,458 dengan kuasa saya. 149 00:15:26,083 --> 00:15:29,583 Malangnya, tempat keramat ahli sihir ini 150 00:15:29,666 --> 00:15:32,541 terikat kepada satu sumpahan jahat, sayang. 151 00:15:33,333 --> 00:15:36,750 Awak terikat 152 00:15:36,833 --> 00:15:38,833 kepada Grayskull selama-lamanya 153 00:15:38,916 --> 00:15:43,041 dan tak boleh tinggalkan kubu terbiar ini. 154 00:15:43,750 --> 00:15:46,041 Tapi dengan kuasa baru saya ini, 155 00:15:48,125 --> 00:15:50,375 saya akan bawakan alam semesta 156 00:15:51,750 --> 00:15:53,166 kepada awak! 157 00:15:55,000 --> 00:15:58,833 Sekarang, gunakan kuasa itu 158 00:15:58,916 --> 00:16:02,000 untuk mencari lokasi hamba-hamba ahli sihir itu! 159 00:16:05,625 --> 00:16:09,416 - Bagaimana awak pulihkan dia? - Saya pun tak tahu. 160 00:16:09,500 --> 00:16:10,625 Ayuh! 161 00:16:17,416 --> 00:16:20,291 Raja dan permaisuri baru saja pergi 162 00:16:20,375 --> 00:16:23,791 dan kamu dah datang untuk menjarah istana ini. 163 00:16:25,958 --> 00:16:28,916 Awak boleh serang dia dengan penumbuk awak 164 00:16:29,000 --> 00:16:32,416 jika awak benarkan saya pukul awak dengan penumbuk saya. 165 00:16:33,333 --> 00:16:35,291 Clamp Champ! Fisto! Kamu butakah? 166 00:16:35,375 --> 00:16:37,541 - Dia Teela! - Teela! 167 00:16:39,333 --> 00:16:40,750 Saya sungguh tak sangka! 168 00:16:40,833 --> 00:16:44,166 Kami kenal Teela, tapi kami tak kenal dia! 169 00:16:44,750 --> 00:16:46,708 Dia kawan saya, Fisto. 170 00:16:48,291 --> 00:16:49,625 Kamu tentu kenal saya. 171 00:16:50,208 --> 00:16:51,125 Putera Adam. 172 00:16:51,791 --> 00:16:54,833 Ilmu hitam apakah ini? 173 00:16:54,916 --> 00:16:59,125 Ilmu hitam? Awak patut lihat kuasa Teela tadi. 174 00:16:59,208 --> 00:17:02,041 Ini bukan sihir. Adam masih hidup. 175 00:17:02,583 --> 00:17:03,625 Entah bagaimana. 176 00:17:03,708 --> 00:17:06,958 Raja dan permaisuri pasti gembira! 177 00:17:07,041 --> 00:17:11,083 Raenius, di mana semua orang? Di mana bonda dan ayahanda? 178 00:17:11,166 --> 00:17:13,625 Mereka baru saja pergi dengan Jet Pejuang Talon. 179 00:17:14,416 --> 00:17:17,708 Selepas melihat segala yang berlaku di langit Grayskull, 180 00:17:17,791 --> 00:17:20,541 raja memerintahkan semua warga supaya meninggalkan Eternos. 181 00:17:21,416 --> 00:17:25,208 Kemudian, kami semua sepatutnya berkumpul semula di Point Dread. 182 00:17:26,500 --> 00:17:29,208 Betulkah Skeletor dah kembali? 183 00:17:30,000 --> 00:17:31,375 Tanyalah dia sendiri. 184 00:17:48,375 --> 00:17:50,416 Dia memang dah kembali. 185 00:17:50,500 --> 00:17:53,333 Saya tak sabar menumbuknya. 186 00:17:53,416 --> 00:17:56,458 Warga Eternia yang lemah, 187 00:17:56,541 --> 00:18:00,916 ketua kamu yang berkuasa ini akan mengurniakan satu tujuan hidup 188 00:18:01,000 --> 00:18:04,458 bagi nyawa kamu yang tak berguna itu. 189 00:18:04,541 --> 00:18:07,375 Iaitu sebagai angkatan tentera mayat! 190 00:18:27,000 --> 00:18:28,583 Itu pun awak. 191 00:18:29,166 --> 00:18:33,208 Nyawa awak liat betul, ya. 192 00:18:33,791 --> 00:18:36,541 Tak apa, biar saya bantu! 193 00:18:43,250 --> 00:18:45,250 Kabus ini menghakis! 194 00:18:45,333 --> 00:18:46,791 Elakkan kabus itu. 195 00:18:51,125 --> 00:18:53,333 - Adam! - Pergi, biar saya uruskan! 196 00:18:54,791 --> 00:18:55,750 Mari sini! 197 00:18:56,833 --> 00:19:00,250 Sekarang bukan masa untuk beristirahat, Putera Adam. 198 00:19:01,291 --> 00:19:03,208 Pedihnya! Ayuh! 199 00:19:03,833 --> 00:19:05,583 Ikut arah ini! Mari! 200 00:19:07,625 --> 00:19:09,958 Sekarang, kabus ini 201 00:19:10,625 --> 00:19:12,958 akan bertemu dengan penumbuk saya! 202 00:20:24,250 --> 00:20:26,416 Raenius, ini saya! Sudahlah! 203 00:20:35,458 --> 00:20:40,250 Tak ada gunanya, mereka bukan lagi kawan-kawan kita. 204 00:20:41,125 --> 00:20:42,666 Maaf, Clamp Champ, saya terpaksa. 205 00:20:56,791 --> 00:21:00,875 Kalau awak nak kalahkan saya penumbuk saja tak mencukupi! 206 00:21:12,333 --> 00:21:13,208 Hei, Teela! 207 00:21:26,416 --> 00:21:27,416 Maafkan saya. 208 00:21:47,416 --> 00:21:48,958 Maafkan saya, kawan-kawan. 209 00:21:49,708 --> 00:21:51,916 Awak tak sepatutnya mati begini. 210 00:21:54,000 --> 00:21:56,458 Roh mereka jujur dan ikhlas. 211 00:21:57,250 --> 00:21:59,708 Setahu saya tentang alam sesudah mati, 212 00:21:59,791 --> 00:22:03,416 Fisto dan Clamp Champ tentu sudah berada di Preternia. 213 00:22:12,041 --> 00:22:13,583 Mungkin, 214 00:22:14,708 --> 00:22:19,000 tapi seperti yang kamu nampak, roh mereka ada 215 00:22:19,083 --> 00:22:21,458 dalam genggaman tangan saya. 216 00:22:21,958 --> 00:22:26,416 Begitulah hebatnya kuasa yang saya miliki. 217 00:22:26,500 --> 00:22:30,666 Sekarang, saya bukan saja menguasai alam hidup dan mati, 218 00:22:30,750 --> 00:22:33,791 tapi juga alam sesudah mati! 219 00:22:33,875 --> 00:22:36,458 Sebaliknya, awak, Adam, 220 00:22:36,541 --> 00:22:39,208 awak salah guna kuasa ini. 221 00:22:39,291 --> 00:22:43,375 Awak sembunyikannya dan menggunakannya hanya untuk menghukum saya 222 00:22:43,458 --> 00:22:48,875 sedangkan awak boleh menggunakannya untuk memisahkan roh daripada badan saya 223 00:22:48,958 --> 00:22:52,750 seperti yang saya buat kepada kawan-kawan awak! 224 00:22:52,833 --> 00:22:59,500 Akibatnya, mereka takkan menerima balasan dan ganjaran di Preternia 225 00:23:02,083 --> 00:23:07,333 dan sebaliknya dihukum di Subternia selama-lamanya! 226 00:23:12,958 --> 00:23:15,541 Berani awak serang saya? 227 00:23:16,208 --> 00:23:20,708 Tanpa pedang bodoh awak, awak bukan lagi He-Man. 228 00:23:20,791 --> 00:23:23,791 Malah, awak bukan pun manusia. 229 00:23:25,875 --> 00:23:27,833 Tengoklah awak! 230 00:23:27,916 --> 00:23:30,750 Dulu, awak buat saya sengsara, 231 00:23:30,833 --> 00:23:34,916 tapi kini, awak cuma ibarat serangga. 232 00:23:39,291 --> 00:23:42,250 Lagak berani awak melucukan. 233 00:23:42,333 --> 00:23:44,291 Awak nak lawan saya? 234 00:23:44,375 --> 00:23:47,250 Saya boleh bunuh awak hanya dengan minda saya, 235 00:23:47,333 --> 00:23:51,208 tapi awak fikir awak boleh tumbuk saya sampai mati? 236 00:23:52,791 --> 00:23:54,416 Beginilah, adik, 237 00:23:55,708 --> 00:23:58,041 cubalah lawan saya. 238 00:24:07,458 --> 00:24:08,666 Kenapa awak ketawa? 239 00:24:09,250 --> 00:24:11,625 Pedang itu menyalurkan kuasa, 240 00:24:11,708 --> 00:24:12,791 tapi pencetusnya 241 00:24:13,333 --> 00:24:16,041 ialah saya dan saya sering tertanya-tanya 242 00:24:17,125 --> 00:24:20,625 rahsia hebat apakah yang akan terbongkar 243 00:24:20,708 --> 00:24:22,416 jika pedang itu tiada 244 00:24:22,916 --> 00:24:24,625 ketika saya ucap kata-kata itu. 245 00:24:26,166 --> 00:24:27,333 Tidak… 246 00:24:27,416 --> 00:24:31,083 Dengan Kuasa Grayskull! 247 00:25:44,041 --> 00:25:49,041 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin