1 00:00:06,958 --> 00:00:10,166 SEBUAH SIRI ANIMASI NETFLIX 2 00:00:20,083 --> 00:00:24,291 LELAKI PALING BAHAYA DI ETERNIA 3 00:00:31,458 --> 00:00:35,000 Patutlah awak melanun, Skeletor, 4 00:00:35,083 --> 00:00:38,041 sebab muka awak terpampang pada bendera mereka. 5 00:00:41,333 --> 00:00:46,750 Saya dan Mer-Man telah bersekutu untuk menentang awak! 6 00:00:46,833 --> 00:00:50,625 Meskipun kami berbeza dari pelbagai segi, 7 00:00:50,708 --> 00:00:53,375 kami berkongsi satu perkara yang sama, 8 00:00:53,458 --> 00:00:55,916 kebencian terhadap He-Man! 9 00:00:56,000 --> 00:01:00,333 Apabila air laut memenuhi peparu dan awak sudah mengambil nafas terakhir, 10 00:01:01,125 --> 00:01:03,750 ketahuilah bahawa Mer-Man, iaitu saya 11 00:01:03,833 --> 00:01:09,083 yang tarik Pedang Kuasa daripada tangan awak yang sejuk dan kaku. 12 00:01:15,125 --> 00:01:17,416 Saya tak sabar bertarung dengan awak, 13 00:01:17,500 --> 00:01:20,041 tapi saya takkan tertunggu-tunggu. 14 00:01:48,375 --> 00:01:51,083 Bagaimana dengan warna granit untuk kapal? 15 00:02:06,000 --> 00:02:10,416 Disebabkan Bentara Laskar, awak kebasahan, Skeletor. 16 00:02:10,500 --> 00:02:13,416 Dia kata "awak kebasahan"? 17 00:02:14,375 --> 00:02:18,083 He-Man bergurau macam budak remaja yang jarang keluar. 18 00:02:18,875 --> 00:02:22,125 He-Man budak baik yang diagung-agungkan, 19 00:02:23,291 --> 00:02:26,916 tapi ancaman sebenarnya ialah Bentara Laskar. 20 00:02:27,000 --> 00:02:29,958 Saya selalu beritahu semua warga Gunung Ular 21 00:02:30,041 --> 00:02:33,750 bahawa dia lelaki paling berbahaya di seluruh Eternia. 22 00:02:33,833 --> 00:02:38,083 Diakah yang guna laser dalam air? Saya kena jumpa dia! 23 00:02:38,166 --> 00:02:39,875 Gadis muda dan idolanya. 24 00:02:39,958 --> 00:02:45,041 Saya juga tertarik kepada lelaki berbahaya ketika saya muda dan bodoh seperti awak. 25 00:02:45,125 --> 00:02:46,333 Apa? 26 00:02:46,416 --> 00:02:50,458 Jangan buang masa dengan lelaki berbahaya. Mereka pentingkan diri. 27 00:02:50,541 --> 00:02:54,333 Mereka takkan berubah dan takkan balas cinta awak. 28 00:02:56,083 --> 00:02:59,166 Jangan dengar cakap penjahat seperti Evil-Lyn, Andra. 29 00:02:59,250 --> 00:03:03,041 Ingat, dia seorang saja di sini yang tahu rahsia Skeletor. 30 00:03:04,833 --> 00:03:08,666 Tapi bukan saya seorang saja yang mengharapkan cinta, bukan begitu, Teela? 31 00:03:13,833 --> 00:03:18,083 Entah kenapa saya boleh fikir wanita bernama Evil-Lyn baik. 32 00:03:47,333 --> 00:03:49,125 Orang tua bodoh! 33 00:03:49,208 --> 00:03:51,291 Kita kekurangan kuasa ajaib 34 00:03:51,375 --> 00:03:56,000 dan awak boleh pula tumpahkan secawan air yang dijampi? 35 00:04:10,375 --> 00:04:12,166 Awak akan terima balasannya. 36 00:04:17,000 --> 00:04:18,750 Hentikan pembidaah itu! 37 00:04:18,833 --> 00:04:23,333 Papan Induk mahu daging busuk mereka dijadikan korban! 38 00:04:28,666 --> 00:04:31,125 Kuasa ajaib sudah lenyap! 39 00:04:31,208 --> 00:04:34,708 Hidup Gegancu Suci! 40 00:05:30,125 --> 00:05:31,125 Saya matikannya! 41 00:05:31,208 --> 00:05:32,833 Siapa… 42 00:06:07,375 --> 00:06:10,375 Masa untuk awak bergabung dengan Papan Induk. 43 00:06:39,166 --> 00:06:40,583 Mata awak banyak 44 00:06:40,666 --> 00:06:43,291 tapi awak masih tak perasan kemunculan saya. 45 00:06:43,916 --> 00:06:46,458 Saya tak mahu bergaduh dengan awak, Lelaki Haiwan. 46 00:06:46,541 --> 00:06:51,583 Sesiapa yang ugut dia jadi musuh saya. 47 00:06:51,666 --> 00:06:56,250 Tinggalkan jemaah menyedihkan ini dengan air mereka dan nyah awak dari sini. 48 00:06:56,333 --> 00:07:01,208 Jika tidak, atas nama Skeletor, saya sumpah saya akan bunuh awak. 49 00:07:03,916 --> 00:07:05,875 Malangnya kita tak sehaluan. 50 00:07:15,708 --> 00:07:16,875 Saya kagum. 51 00:07:17,791 --> 00:07:20,666 Bagus cara awak pertahankan orang tua itu. 52 00:07:21,166 --> 00:07:25,583 Saya tahu serba sedikit tentang hidup sebagai orang tua. 53 00:07:25,666 --> 00:07:26,750 Ayah? 54 00:07:28,541 --> 00:07:30,166 Wahai suria dan bulanku, 55 00:07:30,750 --> 00:07:32,458 maafkanlah ayah. 56 00:07:32,541 --> 00:07:35,541 Ayah kesal kerana banyak berahsia dengan awak. 57 00:07:35,625 --> 00:07:39,333 Jika awak beri ayah peluang, ayah akan… 58 00:07:39,416 --> 00:07:42,375 Kita tiada masa untuk aksi keluarga berantakan ini. 59 00:07:42,458 --> 00:07:44,208 Kita perlukan Bentara Laskar. 60 00:07:44,791 --> 00:07:45,666 "Kita?" 61 00:07:46,291 --> 00:07:48,583 Kami mahu ayah tempa Pedang Kuasa. 62 00:07:49,291 --> 00:07:50,666 Itu saja? 63 00:07:50,750 --> 00:07:54,458 Kalau ayah cuba satukan dua keping logam, 64 00:07:54,541 --> 00:07:56,333 ayah boleh dihukum mati? 65 00:07:56,416 --> 00:07:59,458 Raja dah lucutkan pangkat ayah, 66 00:07:59,541 --> 00:08:02,250 dan jika ayah tak hantar cawan ini, 67 00:08:02,333 --> 00:08:05,000 bukan pangkat saja yang ayah akan hilang. 68 00:08:05,083 --> 00:08:06,833 Ayah akan hilang kawan. 69 00:08:18,750 --> 00:08:20,833 WIRA 70 00:08:30,166 --> 00:08:31,458 Orko! 71 00:08:33,125 --> 00:08:36,166 Teela? Itu awak? 72 00:08:36,875 --> 00:08:39,000 Dia nampak sakit. 73 00:08:39,083 --> 00:08:41,791 Tapi saya masih boleh buat silap mata. 74 00:08:43,833 --> 00:08:47,708 Bilik ini gelap dan tak ceria, 75 00:08:47,791 --> 00:08:50,708 penuhilah ia dengan cahaya suria. 76 00:08:57,375 --> 00:08:59,083 Maafkan saya, Teela. 77 00:08:59,666 --> 00:09:02,833 Agaknya saya memang kurang sihat. 78 00:09:03,416 --> 00:09:05,041 Ini akan membantu. 79 00:09:05,125 --> 00:09:08,125 Minum air yang dijampi ini, kawan. 80 00:09:10,083 --> 00:09:11,541 Apa yang terjadi? 81 00:09:11,625 --> 00:09:14,125 Memandangkan kuasa ajaib tiada di Eternia, 82 00:09:14,208 --> 00:09:18,541 ahli sihir seperti saya dan dialah yang menerima kesan paling teruk. 83 00:09:18,625 --> 00:09:22,000 Saya ahli sihir diraja, terima kasih. 84 00:09:22,083 --> 00:09:24,250 Saya juga satu-satunya bangsa Trolla di istana 85 00:09:24,333 --> 00:09:27,500 milik Raja Randor dan Ratu Marlena yang baik hati. 86 00:09:28,958 --> 00:09:32,708 Sehinggalah mereka halau saya 87 00:09:32,791 --> 00:09:35,041 selepas Putera Adam… 88 00:09:36,666 --> 00:09:37,916 selepas He-Man… 89 00:09:41,416 --> 00:09:42,833 Awak masih rindukan dia. 90 00:09:45,750 --> 00:09:46,958 Setiap hari. 91 00:09:47,666 --> 00:09:50,125 Saya fikir masa akan mengubati hati saya. 92 00:09:50,208 --> 00:09:51,583 Saya juga fikir begitu. 93 00:09:52,791 --> 00:09:54,333 Semua ini amat mengharukan 94 00:09:54,416 --> 00:09:57,750 tapi tengoklah Orko, jelas sekali kita kesuntukan masa. 95 00:09:57,833 --> 00:10:00,958 Kami datang untuk minta pertolongan Bentara Laskar. 96 00:10:01,041 --> 00:10:03,000 Awak mahu bantu kami atau tidak? 97 00:10:04,250 --> 00:10:05,583 Maafkan saya, 98 00:10:08,166 --> 00:10:10,666 tapi saya sudah tidak lagi bertempur. 99 00:10:15,250 --> 00:10:17,416 Bagaimana dengan tanggungjawab terhadap Eternia? 100 00:10:17,500 --> 00:10:20,416 Ayah bertanggungjawab ke atas Putera Adam 101 00:10:21,541 --> 00:10:23,583 tapi dia tiada di sini, bukan? 102 00:10:24,125 --> 00:10:28,416 Jadi ayah tak perlu lagi berkhidmat untuk keluarga diraja. 103 00:10:29,375 --> 00:10:32,416 Saya hampir percaya yang ayah dah berubah 104 00:10:32,500 --> 00:10:34,916 tapi ayah sama seperti ketika saya pergi. 105 00:10:35,000 --> 00:10:38,458 Ayah masih bersedih dan terlalu risau akan keluarga diraja, 106 00:10:38,541 --> 00:10:40,625 tanpa memikirkan dirinya. 107 00:10:40,708 --> 00:10:43,750 Percayalah, itu tidak benar. 108 00:10:43,833 --> 00:10:45,416 Roboto! 109 00:10:45,500 --> 00:10:48,041 Keluarga ada banyak makna, Teela. 110 00:10:48,125 --> 00:10:50,625 Anak angkat yang dibesarkan seperti anak sendiri. 111 00:10:50,708 --> 00:10:54,916 Anak angkat yang dibina untuk menjadi versi terbaik diri kita. 112 00:10:55,000 --> 00:10:58,500 Kawan berani yang mengamanahkan kita dengan rahsia dirinya. 113 00:10:59,083 --> 00:11:01,250 Malah makhluk dari dimensi lain. 114 00:11:02,250 --> 00:11:04,083 Kita yang bina keluarga kita. 115 00:11:04,791 --> 00:11:07,000 Walaupun ayah sayang awak, Teela, 116 00:11:07,625 --> 00:11:09,958 ayah tak boleh tinggalkan keluarga ini. 117 00:11:10,541 --> 00:11:13,875 Saya boleh. Saya nak ikut kalian. 118 00:11:13,958 --> 00:11:17,208 Jangan harap. Jalan pun awak tak mampu. 119 00:11:17,291 --> 00:11:19,416 Saya tak perlu berjalan. 120 00:11:20,875 --> 00:11:22,416 Saya boleh terapung! 121 00:11:22,916 --> 00:11:24,625 Ia tak selamat, Orko. 122 00:11:24,708 --> 00:11:27,666 Kami akan pergi ke Subternia, alam si mati. 123 00:11:27,750 --> 00:11:30,208 Daripada rupanya, kita pasti akan mati. 124 00:11:34,208 --> 00:11:38,000 Saya hargai niat awak, tapi awak tak patut terlibat. 125 00:11:38,083 --> 00:11:39,666 Tolonglah, Teela. 126 00:11:39,750 --> 00:11:42,958 Saat terindah saya adalah semasa bersama awak 127 00:11:43,041 --> 00:11:48,041 dan saya perlukan keseronokan untuk sembuh. 128 00:11:48,125 --> 00:11:50,500 Namun ia di luar sana. 129 00:11:50,583 --> 00:11:53,041 Jadi bawalah saya mengembara 130 00:11:53,625 --> 00:11:54,791 seperti dulu. 131 00:11:56,208 --> 00:11:58,083 Untuk kali ini saja. 132 00:11:58,708 --> 00:12:00,833 Saya takkan kecewakan awak lagi. 133 00:12:00,916 --> 00:12:03,625 Saya janji. Saya takkan nakal-nakal. 134 00:12:05,166 --> 00:12:07,083 Walaupun awak sertai kami, Orko, 135 00:12:07,166 --> 00:12:10,000 Duncan saja yang boleh tempa semula Pedang Kuasa. 136 00:12:10,666 --> 00:12:12,583 Awak mahu orang yang ada ingatan Duncan? 137 00:12:13,166 --> 00:12:17,583 Awak? Awak tak boleh ikut mereka. Awak bodohkah? 138 00:12:17,666 --> 00:12:20,666 Kalau betul, kita sama-sama bodoh 139 00:12:20,750 --> 00:12:23,333 kerana laluan saraf saya dibina berdasarkan laluan awak. 140 00:12:23,416 --> 00:12:25,416 Awak bina saya ketika awak muda, 141 00:12:25,500 --> 00:12:29,125 jadi saya akan buat segala yang awak akan buat. 142 00:12:29,208 --> 00:12:31,833 Saya beroperasi berdasarkan ingatan awak, 143 00:12:32,333 --> 00:12:36,625 bererti saya juga tahu cara untuk menempa Pedang Kuasa. 144 00:12:37,833 --> 00:12:42,458 Oleh sebab itu, saya tahu saya akan paksa diri saya supaya bersetuju. 145 00:12:45,000 --> 00:12:46,750 Kalau awak berdua mahu pergi… 146 00:12:51,291 --> 00:12:53,916 maka saya akan ikut keluarga saya. 147 00:12:55,166 --> 00:12:57,041 - Tidak. - Tidak? 148 00:12:57,125 --> 00:12:59,000 Apa maksud awak? 149 00:12:59,083 --> 00:13:01,833 Roboto boleh tempa pedang itu, jadi dia ikut kita. 150 00:13:01,916 --> 00:13:03,791 Duncan akan pergi ke Grayskull. 151 00:13:03,875 --> 00:13:07,708 Grayskull? Ayah tahu awak marah ayah, tapi Randor kata yang… 152 00:13:07,791 --> 00:13:09,166 Ahli sihir ada di sana. 153 00:13:10,583 --> 00:13:11,583 Dia sedang nazak. 154 00:13:13,000 --> 00:13:15,041 Cringer saja yang melindunginya. 155 00:13:15,625 --> 00:13:20,000 Jika Tri-Klops dan pengikut kultusnya mahu musnahkan totem ajaib, 156 00:13:20,083 --> 00:13:22,458 Grayskull pasti akan diserang nanti. 157 00:13:23,875 --> 00:13:27,500 Ayah tak mahu berahsia lagi, jadi ayah perlu beritahu sesuatu. 158 00:13:27,583 --> 00:13:30,916 Tidak, kita tiada masa untuk drama keluarga. 159 00:13:31,000 --> 00:13:34,583 Ketinggian bara bebola ini hampir separuh ketinggian semalam. 160 00:13:35,666 --> 00:13:37,750 Lain kali sajalah ayah cerita. 161 00:13:37,833 --> 00:13:39,208 Jika nasib kita baik. 162 00:13:41,750 --> 00:13:44,041 Entah apa perasaan saya tentang masa silam, 163 00:13:44,125 --> 00:13:46,916 tapi jika ayah nak tebus kesilapan ayah… 164 00:13:50,000 --> 00:13:52,041 selamatkanlah ahli sihir. 165 00:14:08,083 --> 00:14:10,291 Menakjubkan. 166 00:14:18,708 --> 00:14:20,458 Saya suka tempat begini. 167 00:14:20,541 --> 00:14:24,291 Ia luas, dahsyat, semula jadi. 168 00:14:24,833 --> 00:14:26,875 Dulu awak tak suka pun. 169 00:14:26,958 --> 00:14:29,208 Dulu saya suka Laut Kristal. 170 00:14:29,291 --> 00:14:31,375 Saya cuma tak suka teman saya. 171 00:14:31,458 --> 00:14:35,166 Awak asyik bercerita tentang He-Man. 172 00:14:36,000 --> 00:14:38,083 Awak pula asyik bercerita tentang Skeletor. 173 00:14:39,083 --> 00:14:41,000 Dulu saya bodoh! 174 00:14:41,083 --> 00:14:43,875 Saya mengabdikan diri kepadanya hingga tak sedar 175 00:14:43,958 --> 00:14:47,083 yang saya boleh menjadi Syah Alam Semesta. 176 00:14:47,166 --> 00:14:49,166 Saya ditakdirkan untuk memerintah. 177 00:14:49,250 --> 00:14:51,875 Namun saya tak merealisasikan takdir saya 178 00:14:51,958 --> 00:14:55,166 dan habiskan hidup saya untuk merealisasikan takdirnya. 179 00:14:55,250 --> 00:14:57,458 Dia dah mati. Teruskanlah hidup awak. 180 00:14:58,375 --> 00:14:59,500 Macam awak? 181 00:14:59,583 --> 00:15:02,000 Awak pun sama dan cuma mengelak. 182 00:15:02,083 --> 00:15:05,916 Kalau ia dah mati, tanamlah ia. Jika tidak, jaga ia baik-baik. 183 00:15:06,583 --> 00:15:10,958 Tapi awak perlu hadapinya, jika tidak, ia akan menghantui awak. 184 00:15:11,541 --> 00:15:13,791 Diamlah. Jiwa saya tenang. 185 00:15:13,875 --> 00:15:16,208 Sedangkan awak sedang menuju ke neraka. 186 00:15:24,750 --> 00:15:27,916 Kita selalu fikir kita akan lupa hari sebegini. 187 00:15:28,875 --> 00:15:32,625 Apa? Tengoklah. Mestilah saya akan ingat hari ini. 188 00:15:32,708 --> 00:15:33,916 Saya pasti tak lupa. 189 00:15:35,291 --> 00:15:39,250 Bertahun-tahun saya berjuang bersama pahlawan terhebat Eternia, 190 00:15:39,916 --> 00:15:42,875 tapi sudah banyak yang saya dah lupa. 191 00:15:43,625 --> 00:15:46,250 Semua kenangan saya kabur. 192 00:15:46,333 --> 00:15:49,958 Jadi jika awak mahu jadi pengembara, 193 00:15:50,541 --> 00:15:52,625 simpanlah diari. 194 00:15:52,708 --> 00:15:54,791 Tulis segala yang awak buat, 195 00:15:54,875 --> 00:15:57,875 termasuk perkara bodoh yang awak fikir tak penting 196 00:15:57,958 --> 00:16:02,375 kerana apabila pengembaraan berakhir, itu saja yang awak ada, 197 00:16:02,458 --> 00:16:05,500 kawan baik dan kenangan gembira. 198 00:16:09,000 --> 00:16:10,125 Itu apa? 199 00:16:14,333 --> 00:16:15,541 Bangsa Aquatica! 200 00:17:04,333 --> 00:17:06,666 Mer-Man! Lepaskan kami sekarang. 201 00:17:06,750 --> 00:17:11,125 Raja Laut tiada masa untuk melayan rayuan awak untuk hidup 202 00:17:11,208 --> 00:17:14,041 tapi saya ada masa untuk dengar awak mati. 203 00:17:14,125 --> 00:17:16,541 Pembelot! 204 00:17:16,625 --> 00:17:18,916 Kami berjuang bersama Skeletor! 205 00:17:19,000 --> 00:17:24,458 Apabila Skeletor mati, kita tentu boleh rampas Eternia. 206 00:17:25,041 --> 00:17:27,291 Dengan awak di darat dan saya di laut, 207 00:17:27,375 --> 00:17:30,041 kita boleh kuasai alam semesta bersama! 208 00:17:30,125 --> 00:17:34,791 Tanpa ego Skeletor yang tinggi dan He-Man yang menghalang kita, 209 00:17:34,875 --> 00:17:36,750 kita boleh menguasainya! 210 00:17:36,833 --> 00:17:40,333 Namun awak terlupa tentang Mer-Man! 211 00:17:40,875 --> 00:17:44,458 Kini, awak takkan lupa Mer-Man lagi! 212 00:18:48,041 --> 00:18:50,708 Mahu saya bunuh ikan ini, cik puan? 213 00:18:50,791 --> 00:18:51,666 Tak perlu. 214 00:18:52,333 --> 00:18:54,916 Kuasanya ke atas laut boleh membantu kita. 215 00:18:55,000 --> 00:18:57,458 Saya suruh ayah pergi ke Grayskull! 216 00:18:57,541 --> 00:18:59,750 Ayah dah kata yang ayah sayang awak. 217 00:19:05,875 --> 00:19:07,708 Apa kata kita buat perjanjian, Mer-Man? 218 00:19:07,791 --> 00:19:11,666 Hantar kami ke pintu Subternia dan kami akan hantar awak ke laut. 219 00:19:11,750 --> 00:19:13,375 Jika awak enggan, 220 00:19:14,041 --> 00:19:18,291 awak akan mereput di luar hingga burung pun tak lalu makan awak. 221 00:19:48,416 --> 00:19:51,458 Kuasa ajaib di sini lebih kuat daripada di Eternos. 222 00:19:51,541 --> 00:19:53,333 Saya rasa lebih sihat. 223 00:19:53,916 --> 00:19:56,875 Bermakna Pedang Kuasa ada berdekatan. 224 00:19:58,375 --> 00:20:01,041 Saya dah tunaikan janji saya. 225 00:20:01,958 --> 00:20:03,041 Bebaskan ikan itu. 226 00:20:07,958 --> 00:20:11,083 Laut takkan lupa, Evil-Lyn. 227 00:20:15,791 --> 00:20:18,416 Saya juga takkan lupa. 228 00:20:20,166 --> 00:20:22,208 Dia mencurigakan. 229 00:20:24,000 --> 00:20:26,166 Awak semua pun fikir perkara sama. 230 00:20:27,125 --> 00:20:29,666 Masuk dan keluar dari Subternia secepat mungkin. 231 00:20:29,750 --> 00:20:32,750 Tiada benda boleh hidup lama di alam si mati. 232 00:21:01,166 --> 00:21:04,416 Tuan-tuan dan puan-puan, inilah pintu Subternia. 233 00:21:07,750 --> 00:21:10,000 Bagaimana cara untuk membukanya? 234 00:21:11,458 --> 00:21:12,375 Berundur. 235 00:22:10,291 --> 00:22:14,250 Saya perlu pergi, tapi saya faham jika kamu enggan sertai saya. 236 00:22:14,333 --> 00:22:16,708 Di sini ada kuasa jahat dan keganasan. 237 00:22:17,208 --> 00:22:20,208 Tak apa, Teela. Saya tak takut. 238 00:22:20,291 --> 00:22:22,750 Jadi awak memang bodoh. 239 00:23:39,083 --> 00:23:41,625 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin