1 00:00:06,090 --> 00:00:08,926 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:19,645 --> 00:00:21,647 Saya memang suka Krismas. 3 00:00:21,731 --> 00:00:23,649 SELAMAT HARI KRISMAS 4 00:00:23,733 --> 00:00:25,860 Paket coklat panas dalam stoking, 5 00:00:25,943 --> 00:00:28,529 maraton filem Krismas, lilin… 6 00:00:32,408 --> 00:00:36,496 Tak kira betapa miskinnya kami, ibu saya selalu jadikan Krismas bagus. 7 00:00:39,832 --> 00:00:41,751 Saya panggil ia kilauan ajaib. 8 00:00:43,377 --> 00:00:47,924 Tambah kilauan dan tiada sesiapa nampak kehodohan di sebaliknya. 9 00:00:50,885 --> 00:00:52,887 Kita perlukan kilauan ajaib. 10 00:01:01,938 --> 00:01:03,439 Selamat Hari Krismas. 11 00:01:15,993 --> 00:01:17,954 Saya akan hantar ke balai polis. 12 00:01:19,163 --> 00:01:22,750 Untuk pengetahuan, saya masih tak gembira tentang pistol ini. 13 00:01:22,834 --> 00:01:24,377 Dia panggil saya raksasa. 14 00:01:29,090 --> 00:01:30,383 Dia remaja, 15 00:01:31,384 --> 00:01:35,263 dan dia ada banyak kemarahan dan perasaan 16 00:01:35,972 --> 00:01:37,348 yang dia kongsi, tapi… 17 00:01:39,016 --> 00:01:41,686 - Dia sayang awak. - Dia panggil saya raksasa. 18 00:01:42,311 --> 00:01:43,146 Saya tahu. 19 00:01:47,024 --> 00:01:50,027 - Teruk sangatkah saya? - Awak tak teruk. 20 00:01:50,695 --> 00:01:52,071 Saya suka awak. 21 00:01:52,155 --> 00:01:52,989 Kadangkala. 22 00:01:53,072 --> 00:01:55,533 Ada lagi pistol yang tersembunyi? 23 00:01:55,616 --> 00:01:57,952 Diikat di paha awak? Di bawah katil? 24 00:01:58,035 --> 00:02:00,496 Awak fikir saya Whitey Bulger? 25 00:02:01,122 --> 00:02:04,292 - Saya dengar. Tiada senjata. - Yalah. 26 00:02:06,377 --> 00:02:07,587 Okey. 27 00:02:09,839 --> 00:02:10,756 Bangun. 28 00:02:15,761 --> 00:02:19,307 Hei, Austin, kamu nak libatkan diri 29 00:02:19,390 --> 00:02:22,351 dalam tradisi lama yang setua saya? 30 00:02:22,435 --> 00:02:23,853 Seratus tahun? 31 00:02:24,770 --> 00:02:27,899 Ya, lucu, ketawakan Paul. Buli lelaki baharu itu. 32 00:02:27,982 --> 00:02:28,941 Apa tradisi itu? 33 00:02:29,025 --> 00:02:32,695 Setiap tahun, saya, adik dan ayah saya potong pokok Krismas. 34 00:02:32,778 --> 00:02:35,615 - Dengan senjata? - Dengan kapak, ya. 35 00:02:35,698 --> 00:02:37,909 - Boleh saya guna laser? - Kapak saja. 36 00:02:37,992 --> 00:02:39,410 Bagaimana, nak ikut? 37 00:02:39,994 --> 00:02:42,246 Bagus. Kamu boleh jumpa datuk dan pak cik baharu 38 00:02:42,330 --> 00:02:44,498 sebelum mereka datang untuk jamuan Krismas. 39 00:02:45,791 --> 00:02:48,252 - Apa? - Mereka kaya? Ginny kata mereka kaya. 40 00:02:48,336 --> 00:02:52,173 Saya kata mereka beradab dan guna pisau mentega. 41 00:02:52,256 --> 00:02:54,300 Kelengkapan saya tak ada pisau mentega. 42 00:02:55,760 --> 00:02:57,178 Ibu, itu cuma gurauan. 43 00:02:57,261 --> 00:02:59,013 Kita perlu beli pisau mentega. 44 00:02:59,096 --> 00:03:02,767 Saya jamin, keluarga saya tak peduli tentang pisau mentega. 45 00:03:02,850 --> 00:03:04,977 Tak, saya nak meja makan kita mewah 46 00:03:05,061 --> 00:03:08,564 macam jamuan Krismas Martha Stewart yang pertama selepas keluar penjara. 47 00:03:08,648 --> 00:03:10,233 Saya mahu mereka kagum 48 00:03:10,316 --> 00:03:13,277 dan tak fikir saya raksasa yang akan kahwini anak mereka. 49 00:03:13,945 --> 00:03:15,071 Maksud ibu, 50 00:03:15,154 --> 00:03:19,075 dia mahu berkongsi semangat Krismas dengan keluarga. 51 00:03:24,288 --> 00:03:26,791 Ibu, mahu beli barang Krismas di Boston? 52 00:03:26,874 --> 00:03:30,127 - Kita boleh beli pisau mentega. - Bagus. Kamu patut pergi. 53 00:03:30,211 --> 00:03:31,212 Baiklah. 54 00:03:31,295 --> 00:03:34,257 Mari mulakan tradisi sendiri kerana kita tak dijemput 55 00:03:34,340 --> 00:03:37,969 ke sesi pemusnahan pokok Krismas lelaki sasa dan bermisai. 56 00:03:38,552 --> 00:03:40,429 Ya. Ibu nak mandi. 57 00:03:47,144 --> 00:03:48,062 Saya rosakkan ibu. 58 00:03:48,145 --> 00:03:52,191 Tidak. Dia cuma perlukan sedikit masa, 59 00:03:52,984 --> 00:03:53,859 itu saja. 60 00:03:57,613 --> 00:03:59,573 Saya tak pernah nampak dia sedih. 61 00:03:59,657 --> 00:04:01,826 Dia takkan apa-apa, dia dah dewasa. 62 00:04:02,660 --> 00:04:04,328 Saya tak nak ia musnahkan Krismas. 63 00:04:04,412 --> 00:04:06,747 Awak tak nak ia musnahkan Krismas? 64 00:04:06,831 --> 00:04:08,666 Bunyi macam filem Krismas Hallmark. 65 00:04:08,749 --> 00:04:11,836 - Saya suka filem Krismas Hallmark. - Okey, Tiny Tim. 66 00:04:12,378 --> 00:04:14,005 Awak Tiny Tim yang comel. 67 00:04:14,714 --> 00:04:17,133 "Saya tak nak ia musnahkan Krismas." 68 00:04:18,384 --> 00:04:19,802 Dah cakap dengan dia? 69 00:04:19,885 --> 00:04:21,220 Ya, saya dah cuba. 70 00:04:21,721 --> 00:04:23,180 Dia kata, "Semua okey," 71 00:04:23,264 --> 00:04:28,019 dengan cara yang menunjukkan ia tak okey, tak pernah okey dan takkan okey lagi. 72 00:04:30,313 --> 00:04:32,523 - Saya akan terus cuba. - Awak patut. 73 00:04:33,024 --> 00:04:35,985 - Untuk Krismas. - Kenapa benci Krismas? 74 00:04:36,068 --> 00:04:37,903 Hari yang meraikan konsumerisme 75 00:04:37,987 --> 00:04:40,781 dan penindasan kewangan terhadap kelas bawahan dan pertengahan? 76 00:04:40,865 --> 00:04:42,825 Tak ada apa-apa. Saya suka. 77 00:04:42,908 --> 00:04:44,160 - Pinjam dia. - Dia diperlukan. 78 00:04:44,243 --> 00:04:45,745 Helo. Hai. Okey. 79 00:04:47,038 --> 00:04:49,290 Kami tiada polisi pemulangan, jadi… 80 00:04:50,666 --> 00:04:54,670 Bracia, awak setuju. Apa yang Ginny cakap, awak buat. Dia menentukannya. 81 00:04:54,754 --> 00:04:57,214 Ya, sebab saya tahu Ginny tak sadistik 82 00:04:57,298 --> 00:04:59,925 dan tak mahu saya terbakar lalu mati. 83 00:05:01,052 --> 00:05:04,055 Tolong saya, okey? Kawan kita ini ada peluang. 84 00:05:04,138 --> 00:05:06,515 Dia dapat Bryon untuk Santa Rahsia. 85 00:05:07,183 --> 00:05:09,226 Hadiah itu boleh jadi janji temu, 86 00:05:09,310 --> 00:05:11,854 dengan dia, untuk meluangkan masa bersama. 87 00:05:12,688 --> 00:05:15,941 Tiket ke Bilik Melepaskan Diri dari beberapa tahun lalu. 88 00:05:16,025 --> 00:05:17,568 Itu atau topi Patriot. 89 00:05:17,693 --> 00:05:18,736 Lebih masuk akal. 90 00:05:18,819 --> 00:05:19,862 Kurang terdesak. 91 00:05:19,945 --> 00:05:22,823 Ginny, tolong saya. Saya takut. Tiket atau topi? 92 00:05:22,907 --> 00:05:24,158 Tiket. 93 00:05:24,241 --> 00:05:27,787 Biasanya, melihat sejarah saya, saya lebih memihak kepada topi. 94 00:05:27,870 --> 00:05:30,373 Pendam perasaan selama yang mungkin, 95 00:05:30,456 --> 00:05:33,667 tenggelam dalam toksin sendiri dan mungkin mati akibat usus bocor. 96 00:05:34,251 --> 00:05:36,003 Saya dah agak. Syukurlah. 97 00:05:36,087 --> 00:05:38,589 Tapi saya lembut hati jika melibatkan Krismas. 98 00:05:38,672 --> 00:05:40,841 Saya tengok The Muppet Christmas Carol lapan juta kali 99 00:05:40,925 --> 00:05:42,885 dan saya suka minum coklat panas pudina, 100 00:05:42,968 --> 00:05:44,595 jadi saya pilih tiket. 101 00:05:44,678 --> 00:05:46,764 - Ya! - Awak kecewakan saya. 102 00:05:46,847 --> 00:05:50,476 Bracia, ini Krismas. Ambi peluang. Jangan beri Bryon topi. 103 00:05:51,060 --> 00:05:52,978 Ginny Krismas menakutkan. 104 00:05:56,023 --> 00:05:58,275 - Jumpa nanti. - Okey, selamat tinggal. 105 00:06:08,953 --> 00:06:10,329 RUMAH BISKUT HALIA 106 00:06:10,413 --> 00:06:12,998 Nick, boleh sediakan stesen coklat panas? 107 00:06:13,082 --> 00:06:14,625 Pembakar perlukan palam. 108 00:06:14,708 --> 00:06:18,712 Jika ini rupa Kutub Utara, saya harap orang bunian ada kesatuan sekerja. 109 00:06:18,796 --> 00:06:20,506 - Berapa tiket dijual? - Banyak. 110 00:06:20,589 --> 00:06:23,050 Banyak lagi sudah tentu, kita jual tiket di pintu. 111 00:06:24,510 --> 00:06:27,138 Bagus, sekarang saya cakap berima. 112 00:06:27,221 --> 00:06:31,058 - Saya juga jemput wanita dan kanak-kanak. - Dari Titanic? 113 00:06:31,142 --> 00:06:32,685 Dari pusat perlindungan. 114 00:06:32,768 --> 00:06:35,312 Kita kumpul duit untuk mereka, jadi mereka dijemput. 115 00:06:35,396 --> 00:06:36,647 Kenapa saya tak terfikir? 116 00:06:36,730 --> 00:06:39,733 Sebab tiada sesiapa fikir tentang wanita dan kanak-kanak. 117 00:06:39,817 --> 00:06:41,569 - Kecuali di Titanic. - Okey. 118 00:06:41,652 --> 00:06:44,572 Mari letak stesen membuat hiasan di sana, 119 00:06:44,655 --> 00:06:49,285 rumah biskut halia bersaiz besar di sana, kerusi Santa di pentas, tentu sekali… 120 00:06:49,368 --> 00:06:51,036 Maaf, kerusi Santa? Sekejap. 121 00:06:51,996 --> 00:06:53,664 Saya ada sesuatu untuk awak. 122 00:06:54,665 --> 00:06:58,377 Orang boleh duduk di riba awak dan beritahu hajat mereka untuk pekan ini. 123 00:06:58,461 --> 00:07:01,630 - Apa bezanya dengan hari lain? - Kini mereka di riba awak. 124 00:07:01,714 --> 00:07:05,509 - Ini bagus, saya suka. - Bagus, kerana untuk awak… 125 00:07:08,053 --> 00:07:11,765 - Apa kain felt yang buruk itu? - Orang bunian yang membantu. 126 00:07:12,349 --> 00:07:15,603 Syukurlah saya ambil pinjaman pelajar untuk pendidikan Ivy League. 127 00:07:15,686 --> 00:07:17,730 Oh, Tuhan, saya ternampak kasut? 128 00:07:19,815 --> 00:07:21,775 Cakaplah ia tak bergerincing. 129 00:07:22,693 --> 00:07:23,527 Okey. 130 00:07:25,821 --> 00:07:28,324 Gambar dah disukai lebih seribu kali. 131 00:07:28,407 --> 00:07:29,533 Gambar apa? 132 00:07:30,242 --> 00:07:31,785 DUDUK DI RIBA DATUK BANDAR SANTA 133 00:07:31,869 --> 00:07:34,580 - Apa itu? Itu dari bilik tidur kita? - Penarik wanita. 134 00:07:34,663 --> 00:07:37,374 Tiada penarik wanita dalam komunikasi rasmi. 135 00:07:37,458 --> 00:07:39,543 Takkan saya perlu menjelaskannya? 136 00:07:39,627 --> 00:07:41,879 - Saya akan padam. - Padam bererti kesilapan. 137 00:07:41,962 --> 00:07:44,757 Sebelum awak marah, awak dapat 10,000 pengikut lagi. 138 00:07:44,840 --> 00:07:45,841 Ia berhasil. 139 00:07:47,301 --> 00:07:50,930 - Tapi ia takkan berulang. - Ya, susah saya nak percaya. 140 00:07:51,555 --> 00:07:53,891 Tanggalkan baju dan bergusti. 141 00:07:53,974 --> 00:07:56,227 Apa-apa pun ini, tinggalkan di rumah. 142 00:08:02,566 --> 00:08:04,109 Ada gambar lain yang boleh diguna. 143 00:08:06,153 --> 00:08:10,324 Ada pondok ciuman mistletoe dipersetujui di karnival musim sejuk. 144 00:08:10,407 --> 00:08:13,953 Oh, Wellsbury mahu mengikut arus zaman. 145 00:08:14,036 --> 00:08:17,289 - Kalaulah saya ada orang untuk dicium. - Oh, ya? Baiklah. 146 00:08:17,373 --> 00:08:19,291 Okey, saya buat masalah. Saya mesej Sophie. 147 00:08:19,375 --> 00:08:21,835 Apa? Alamak, biar saya lihat. 148 00:08:22,753 --> 00:08:24,255 Itu bukan teruk sangat. 149 00:08:24,338 --> 00:08:26,715 Ia cuma, "Selamat Bercuti", awak tahu? 150 00:08:27,216 --> 00:08:30,386 "Hei, Sophie, saya tak nak hantar pada hari Krismas 151 00:08:30,469 --> 00:08:33,055 dan merosakkan cuti awak kerana kita bekas kekasih jahat, 152 00:08:33,138 --> 00:08:37,142 tapi saya nak hubungi dan beritahu awak yang saya fikir tentang awak, 153 00:08:37,226 --> 00:08:38,811 dan saya doakan yang terbaik. 154 00:08:38,894 --> 00:08:41,397 Saya senyum apabila memikirkan memori kita bersama 155 00:08:41,480 --> 00:08:43,440 dan saya harap semuanya berjalan lancar. 156 00:08:43,524 --> 00:08:46,527 Tiada tekanan untuk balas jika awak rasa berbeza. 157 00:08:47,903 --> 00:08:50,322 Hidup ini pelik. Selamat Hari Krismas." Oh, Max. 158 00:08:50,406 --> 00:08:52,533 Ya. Saya juga klik suka pada gambar dia dan Josh. 159 00:08:52,616 --> 00:08:53,659 Tidak. 160 00:08:53,742 --> 00:08:56,829 Ya, saya cuma nak dia tahu yang saya okey dengan dia 161 00:08:56,912 --> 00:08:58,205 dan hubungan baharunya. 162 00:08:58,289 --> 00:08:59,206 Ya Tuhan. 163 00:09:00,583 --> 00:09:02,835 Okey, apa awak rasa? 164 00:09:02,918 --> 00:09:04,545 Apa saya rasa? Saya rasa nak mati. 165 00:09:04,628 --> 00:09:08,340 Saya mati di dalam, dada saya mereput dan saya tak ingat kegembiraan. 166 00:09:13,304 --> 00:09:14,305 Awak nak donat? 167 00:09:14,388 --> 00:09:16,849 Mestilah mahu donat. Soalan apa itu? 168 00:09:16,932 --> 00:09:18,017 Ia tertulis "desa". 169 00:09:18,100 --> 00:09:19,685 Hai. Helo. Apa khabar? 170 00:09:19,768 --> 00:09:20,603 - Hai. - Hei. 171 00:09:20,686 --> 00:09:23,772 Kenapa awak begitu riang? 172 00:09:23,856 --> 00:09:27,735 - Ini Krismas. Saya suka Krismas. - Awak pergi ke karnival esok? 173 00:09:28,319 --> 00:09:30,988 Ya, kita pergi. Saya beritahu ibu yang kita akan cat wajah. 174 00:09:31,071 --> 00:09:34,617 Tolonglah. Tak bolehkah kita nikmati musim cuti saja? 175 00:09:35,242 --> 00:09:38,621 Dua jam saja. Lagipun, ia untuk kanak-kanak pusat perlindungan. 176 00:09:38,704 --> 00:09:40,873 Okey, boleh kita beri duit saja? 177 00:09:40,956 --> 00:09:43,959 Tak, itu agak sombong. 178 00:09:44,043 --> 00:09:44,877 Benci orang kaya. 179 00:09:44,960 --> 00:09:46,962 Awak ada rumah musim panas, awak orang kaya. 180 00:09:47,046 --> 00:09:47,963 Ini Krismas. 181 00:09:48,047 --> 00:09:51,342 Saya belum cuti. Masih ada satu lagi latihan untuk Wellington. 182 00:09:51,425 --> 00:09:54,470 Saya juga benci Krismas dan cinta, dan semuanya teruk. 183 00:09:56,513 --> 00:10:00,643 Hunter, ingat kita tonton The Grinch semasa gred ketujuh dan awak menangis? 184 00:10:01,769 --> 00:10:03,312 Hatinya membesar. 185 00:10:03,395 --> 00:10:06,649 Lelaki boleh menangis, Samantha. Matanglah sikit. 186 00:10:07,232 --> 00:10:09,985 Saya tahu. Saya suka buat lelaki menangis. 187 00:10:10,903 --> 00:10:12,196 Saya suka kuasanya. 188 00:10:13,614 --> 00:10:15,991 Okey, waktu rehat tamat. Sayang kamu, serius. 189 00:10:16,075 --> 00:10:17,576 Benci awak, gurau. 190 00:10:17,660 --> 00:10:18,952 Selamat jalan. 191 00:10:19,995 --> 00:10:22,289 Tandas. Benci kamu, apa-apa saja. 192 00:10:25,918 --> 00:10:27,086 Awak mahu? 193 00:10:32,424 --> 00:10:34,510 - Cuma satu dolar biasa, bukan? - Ya. 194 00:10:34,593 --> 00:10:36,470 - Kita lipat sekali. - Okey. 195 00:10:36,553 --> 00:10:38,430 - Ya. - Kita lipat dua kali. 196 00:10:38,514 --> 00:10:40,599 - Ya. - Kali ketiga mesti berjaya, bukan? 197 00:10:40,683 --> 00:10:43,435 Tapi kita akan lipat kali keempat. 198 00:10:43,519 --> 00:10:45,312 - Okey. - Masukkan di dalam. 199 00:10:48,899 --> 00:10:52,027 Wah! 200 00:10:53,654 --> 00:10:56,657 Austin. Kamu nampak sesuatu di belakang telinganya? 201 00:10:56,740 --> 00:10:58,659 Apa itu? Jangan bergerak… 202 00:11:00,327 --> 00:11:02,329 Itu dia! 203 00:11:02,413 --> 00:11:05,332 Okey, semua, kemas. Cakap apa kepada ayah Austin? 204 00:11:05,416 --> 00:11:07,292 Terima kasih! 205 00:11:07,376 --> 00:11:09,378 - Berseronoklah. - Selamat tinggal! 206 00:11:09,461 --> 00:11:10,462 Terima kasih. 207 00:11:11,463 --> 00:11:12,506 Ini untuk kamu. 208 00:11:16,719 --> 00:11:18,846 Kenapa tak nak ibu tahu yang ayah di sini? 209 00:11:20,556 --> 00:11:24,059 Sebab apa peraturan pertama ahli silap mata? 210 00:11:25,477 --> 00:11:27,187 Jangan bocorkan rahsia. 211 00:11:27,813 --> 00:11:29,898 Betul. Ayah sedang periksa keadaan. 212 00:11:29,982 --> 00:11:33,485 Lagipun, ayah nak buat kejutan Krismas, bukan? 213 00:11:34,278 --> 00:11:35,362 Jumpa lagi. 214 00:11:39,616 --> 00:11:40,492 Itu pun kamu. 215 00:11:41,660 --> 00:11:43,871 Masa untuk pokok Krismas! Sedia? 216 00:11:46,165 --> 00:11:47,040 Mari! 217 00:11:51,545 --> 00:11:52,504 Selamat tinggal. 218 00:12:00,012 --> 00:12:01,305 Bagusnya. 219 00:12:02,765 --> 00:12:06,310 Saya anggap awak peminat Pats kerana awak main bola sepak. 220 00:12:07,269 --> 00:12:09,188 - Awak Santa Rahsia saya? - Ya. 221 00:12:09,813 --> 00:12:11,857 Ini hebat. Terima kasih. 222 00:12:14,818 --> 00:12:16,278 Awak peminat Pats? 223 00:12:16,862 --> 00:12:20,574 - Kita perlu tonton perlawanannya. - Ya. Tentu seronok. 224 00:12:21,158 --> 00:12:22,034 Hebat. 225 00:12:32,753 --> 00:12:35,756 - Saya suka. - Jangan pandang saya! 226 00:12:35,839 --> 00:12:37,883 Saya tak kenal Santa Rahsia awak. 227 00:12:39,343 --> 00:12:42,387 Ia untuk awak cipta dunia imaginasi awak. 228 00:12:53,023 --> 00:12:53,982 Terima kasih. 229 00:12:58,987 --> 00:12:59,822 Hei. 230 00:13:00,989 --> 00:13:03,116 - Wain? - Tak, terima kasih. 231 00:13:03,200 --> 00:13:05,035 Saya datang untuk jemput Ginny. 232 00:13:05,994 --> 00:13:07,454 Kami nak membeli-belah. 233 00:13:08,622 --> 00:13:09,581 Seronok, bukan? 234 00:13:12,417 --> 00:13:15,504 Dia cuma budak. Okey? Dia tak maksudkannya. 235 00:13:18,507 --> 00:13:20,676 - Ibu, saya dah sedia. - Mari. 236 00:13:23,554 --> 00:13:25,138 Saya cari beberapa tempat. 237 00:13:25,848 --> 00:13:28,517 Jalan Newbury, jika kita ada kad kredit Paul. 238 00:13:33,146 --> 00:13:36,275 Ibu, minta maaf untuk puisi itu. 239 00:13:37,150 --> 00:13:38,902 Ibu tak nak buat di sini. 240 00:13:38,986 --> 00:13:41,905 - Saya bukan nak memalukan ibu. - Ibu kata ibu okey. 241 00:13:43,156 --> 00:13:44,700 Ibu tak pandang saya pun. 242 00:13:49,079 --> 00:13:49,913 Ibu. 243 00:13:49,997 --> 00:13:52,416 Ibu rasa macam penipu hampir setiap masa. 244 00:13:52,499 --> 00:13:55,711 Ibu tak perlukan bantuan kamu, percayalah. 245 00:13:55,794 --> 00:13:57,504 - Ibu… - Ibu tahu. 246 00:13:57,588 --> 00:14:00,966 Hidup sukar, ibu teruk, kamu minta maaf, tak apa. 247 00:14:02,092 --> 00:14:03,385 Mari beli-belah di Boston. 248 00:14:20,652 --> 00:14:23,405 Ho, ho, ho. Selamat Hari Krismas. 249 00:14:23,488 --> 00:14:24,865 - Gil. - Kejutan. 250 00:14:26,366 --> 00:14:27,618 Apa yang awak buat? 251 00:14:27,701 --> 00:14:29,453 Santa suruh saya bawa ini. 252 00:15:06,907 --> 00:15:09,743 Wah. Ini… 253 00:15:14,164 --> 00:15:15,832 Selamat Hari Krismas, G. 254 00:15:22,047 --> 00:15:23,840 Saya fikir awak mungkin suka. 255 00:15:23,924 --> 00:15:26,468 Saya bawa balik tiga kotak dari Afrika Selatan. 256 00:15:26,551 --> 00:15:29,096 Saya suka Afrika Selatan. Dua kali saya ke sana. 257 00:15:29,179 --> 00:15:32,766 Okey, suka mengembara. Awak ada lawatan akan datang? 258 00:15:33,350 --> 00:15:35,936 Saya cuba benda baharu yang dipanggil "duduk setempat". 259 00:15:36,019 --> 00:15:39,773 Jadi, awak jenis yang tak reti duduk diam? 260 00:15:39,856 --> 00:15:43,610 Dia bertanya dengan teruja kepada lelaki yang dia baru kenal 261 00:15:44,444 --> 00:15:45,988 dan agak suka. 262 00:15:48,156 --> 00:15:49,866 Saya muda ketika dapat Ginny. 263 00:15:50,534 --> 00:15:53,996 Saya terlepas banyak masa dengannya, dan ia menyedihkan. 264 00:15:55,038 --> 00:15:57,666 Kini dia remaja, dan saya mahu ada dengannya. 265 00:15:58,375 --> 00:15:59,334 Jadi, saya di sini. 266 00:16:01,128 --> 00:16:02,462 Baguslah. 267 00:16:03,380 --> 00:16:04,631 Saya pun ada di sini. 268 00:16:05,465 --> 00:16:07,426 Jadi, awak agak suka saya? 269 00:16:07,509 --> 00:16:11,221 - Saya nak tengok rumah bujang! - Maaf, ayah, kami berdekatan. 270 00:16:17,811 --> 00:16:22,065 Simone, ini anak saya, Ginny, dan ibunya, Georgia. 271 00:16:23,567 --> 00:16:24,776 Simone "tidak penting". 272 00:16:26,945 --> 00:16:29,239 Itu nama panggilan saya atau… 273 00:16:29,322 --> 00:16:32,409 Tidak. Tidak, maaf. Hai. 274 00:16:32,993 --> 00:16:35,412 Ya, hai. Selamat bertemu. Awak cantik. 275 00:16:36,038 --> 00:16:39,166 Apartmen ini sangat bagus, Zi. Nampak hebat. 276 00:16:39,249 --> 00:16:41,126 Tak macam rumah bujang. 277 00:16:41,209 --> 00:16:45,630 Saya bukan nak cakap awak bujang atau apa-apa pun, 278 00:16:45,714 --> 00:16:46,798 awak bukan bujang. 279 00:16:47,591 --> 00:16:50,677 Tidak, awak bujang. Maksud saya, kita tak bersama. 280 00:16:51,678 --> 00:16:53,096 Saya akan berkahwin. 281 00:16:54,139 --> 00:16:57,809 Bukan rumah bujang macam awak bawa ramai gadis ke sini… 282 00:16:57,893 --> 00:16:59,144 Bukan begitu. 283 00:16:59,227 --> 00:17:02,564 Saya tak tahu jika awak bawa ramai gadis ke sini, 284 00:17:02,647 --> 00:17:05,067 macam mana saya nak tahu? Tapi… 285 00:17:05,150 --> 00:17:06,735 Mungkin awak saja. 286 00:17:11,823 --> 00:17:14,034 - Okey… - Kami patut pergi. 287 00:17:14,534 --> 00:17:17,579 - Maaf. - Ya, kami singgah dengan melulu. 288 00:17:17,662 --> 00:17:20,499 Kami minta diri dulu. Ia berima. 289 00:17:21,083 --> 00:17:22,209 Ibu asyik berima. 290 00:17:22,918 --> 00:17:26,088 - Ginny, puisi kamu menghantui ibu. - Puisi? 291 00:17:27,172 --> 00:17:30,383 Tidak, jangan mula. Saya ada banyak kerja. 292 00:17:30,467 --> 00:17:33,845 Saya menganjurkan jamuan Krismas untuk bakal mertua, jadi… 293 00:17:33,929 --> 00:17:35,847 Awak patut datang, Zion. 294 00:17:35,931 --> 00:17:37,099 Atau kamu berdua. 295 00:17:37,724 --> 00:17:40,477 Terima kasih, tapi saya bersama keluarga saya. 296 00:17:40,560 --> 00:17:42,229 Ibu bapa saya dan Mak Cik Rayna datang. 297 00:17:42,312 --> 00:17:44,564 Bawa mereka. Bawa mereka ke sana. 298 00:17:45,524 --> 00:17:46,900 - Ibu buat apa? - Entah. 299 00:17:46,983 --> 00:17:47,984 - Okey. - Pasti? 300 00:17:48,068 --> 00:17:50,320 Saya suka jika dapat sambut dengan Ginny. 301 00:17:50,403 --> 00:17:53,573 Saya pasti? Saya tanya dengan kuat, jadi mestilah pasti. 302 00:17:55,450 --> 00:17:57,077 Kami akan pergi, jadi… 303 00:17:57,160 --> 00:18:01,164 Oh, Ginny, bagus dapat berjumpa kamu. 304 00:18:01,748 --> 00:18:03,708 Dan Georgia, terima kasih kerana… 305 00:18:03,792 --> 00:18:05,335 Kerana cakap saya cantik. 306 00:18:05,961 --> 00:18:08,964 - Hebat. Ibu cakap kuat? - Ya. 307 00:18:14,719 --> 00:18:16,930 Saya bukan nak awak jumpa Ginny begitu. 308 00:18:17,722 --> 00:18:20,934 Tidak? Betulkah? Saya rasa ia berjalan lancar. 309 00:18:25,105 --> 00:18:28,400 Jadi, itu bekas isteri awak, ya? 310 00:18:28,900 --> 00:18:29,734 Ya. 311 00:18:32,988 --> 00:18:33,864 Menarik. 312 00:18:36,158 --> 00:18:37,868 SIMONE_ADA_DI_SINI 313 00:18:43,540 --> 00:18:45,584 Apa yang ibu jumpa? 314 00:18:45,667 --> 00:18:47,169 Dia peguam. 315 00:18:48,003 --> 00:18:50,755 Dia ambil terlalu banyak swafoto untuk usia 30-an. 316 00:18:51,339 --> 00:18:54,176 Dia membesar di Boston, pergi ke Howard, kemudian Harvard. 317 00:18:54,801 --> 00:18:57,179 Dia ada anjing cavapoo bernama Jacks. 318 00:18:57,262 --> 00:18:59,931 Ibu, letak telefon. 319 00:19:00,765 --> 00:19:02,392 Kamu tahu tentang Simone, bukan? 320 00:19:02,976 --> 00:19:05,812 Jika ayah kamu ada kekasih baharu, kamu perlu beritahu ibu. 321 00:19:05,896 --> 00:19:08,356 Atau kamu memang nak memalukan ibu? 322 00:19:08,440 --> 00:19:09,608 Okey, itu tak adil. 323 00:19:11,318 --> 00:19:13,820 Ada orang pesan pokok? 324 00:19:14,696 --> 00:19:17,490 Wah, itu pokok sebenar. 325 00:19:17,574 --> 00:19:20,410 Lebih baik daripada pokok palsu yang ibu curi dulu. 326 00:19:23,580 --> 00:19:24,831 Seronok membeli-belah? 327 00:19:26,958 --> 00:19:28,501 Kamu beli hadiah? 328 00:19:29,920 --> 00:19:32,756 Budak itu terlalu selesa dengan kapak. 329 00:19:33,340 --> 00:19:38,511 Hei, saya mungkin jemput ibu bapa Zion ke jamuan Krismas. 330 00:19:39,638 --> 00:19:40,764 Maaf, apa? 331 00:19:48,605 --> 00:19:50,482 Hadiah. 332 00:20:40,865 --> 00:20:41,700 Austin. 333 00:20:44,494 --> 00:20:46,079 Kami menghias pokok. 334 00:21:13,440 --> 00:21:15,108 CARI BERPANDUKAN IMEJ MUAT NAIK FAIL 335 00:21:18,320 --> 00:21:20,405 Geng motosikal Mata Berdarah. 336 00:21:21,406 --> 00:21:24,784 Pengubahan wang haram, kegiatan haram, 337 00:21:25,452 --> 00:21:26,536 mencuri kenderaan. 338 00:21:31,124 --> 00:21:32,208 Peguam yang sama. 339 00:21:40,342 --> 00:21:41,676 CAT WAJAH KRISMAS 340 00:21:43,386 --> 00:21:44,554 BAR COKLAT PANAS 341 00:21:45,263 --> 00:21:47,182 Semua orang berseronok? 342 00:21:50,018 --> 00:21:53,563 Penduduk Wellsbury adalah orang paling baik dan pemurah. 343 00:21:53,646 --> 00:21:56,691 - Dan itu jelas hari ini. - Ya. 344 00:21:56,775 --> 00:21:59,235 Sebagai penghargaan atas kemurahan anda, 345 00:21:59,319 --> 00:22:02,614 saya bawa tetamu khas dari Kutub Utara sebagai kejutan. 346 00:22:02,697 --> 00:22:04,199 Ini Santa Klaus! 347 00:22:06,743 --> 00:22:09,162 Ho, ho, ho! 348 00:22:09,245 --> 00:22:12,957 Oh, Tuhan! Saya suka Santa! 349 00:22:13,041 --> 00:22:14,459 Ho, ho! 350 00:22:15,335 --> 00:22:19,422 Saya berehat daripada membuat mainan untuk membantu datuk bandar anda. 351 00:22:19,506 --> 00:22:20,757 Anda suka dia? 352 00:22:21,466 --> 00:22:23,218 Ho, ho, ho, baguslah! 353 00:22:23,301 --> 00:22:26,304 Baiklah, jika anda ada hajat untuk Wellsbury, 354 00:22:26,388 --> 00:22:31,810 silakan jumpa saya dan saya akan beritahu Datuk Bandar Rudolph… 355 00:22:32,560 --> 00:22:34,604 Datuk Bandar Randolph. 356 00:22:35,188 --> 00:22:37,357 Selamat bercuti! 357 00:22:50,578 --> 00:22:53,248 - Suka rumah biskut halia saya? - Ya, ia hebat. 358 00:22:53,331 --> 00:22:54,958 Aising nampak macam salji. 359 00:22:55,041 --> 00:22:57,794 - Apa ini? - Ini zombi yang Marcus buat. 360 00:22:57,877 --> 00:23:01,798 Dia kata rumah biskut halia kami wujud dalam dunia selepas bencana. 361 00:23:02,382 --> 00:23:03,466 Begitu rupanya. 362 00:23:04,384 --> 00:23:07,345 - Boleh tambah orang salji? - Ya, di sebelah zombi. 363 00:23:08,096 --> 00:23:10,932 - Baiklah, saya nak pergi dulu. - Apa? Kenapa? 364 00:23:11,015 --> 00:23:13,017 Saya akan jumpa awak sebelum ke Vermont. 365 00:23:15,603 --> 00:23:16,604 Selamat tinggal. 366 00:23:19,691 --> 00:23:20,900 Oh, Tuhan. 367 00:23:23,653 --> 00:23:24,779 Hei. 368 00:23:26,030 --> 00:23:27,657 Dia mesti cinta awak. 369 00:23:27,740 --> 00:23:29,868 - Dia tak suka semua ini. - Krismas? 370 00:23:30,452 --> 00:23:31,619 Orang. 371 00:23:32,787 --> 00:23:34,998 Max, nampak rumah biskut halia saya? 372 00:23:35,081 --> 00:23:37,333 Ia begitu menyerlah, adik. 373 00:23:40,003 --> 00:23:42,589 Beritahu semua hajat awak untuk Wellsbury. 374 00:23:43,256 --> 00:23:44,674 - Ho, ho, ho. - Helo, Santa. 375 00:23:44,757 --> 00:23:45,717 Selamat datang. 376 00:23:59,439 --> 00:24:02,442 Awak selalu muncul tanpa diundang. 377 00:24:04,194 --> 00:24:06,237 - Georgia. - Apa awak buat di sini? 378 00:24:06,321 --> 00:24:07,947 - Saya datang untuk Nick. - Mengarut. 379 00:24:08,031 --> 00:24:11,618 Nick kawan saya dan dia mula ambil berat tentang awak 380 00:24:11,701 --> 00:24:14,871 kerana dia tak tahu awak bukan Jesse, guru gred tiga, 381 00:24:14,954 --> 00:24:18,416 dan awak sebenarnya Keith Mars murahan yang nak kacau hidup saya. 382 00:24:21,002 --> 00:24:23,505 Hei, peguam awak, Martin Guillory, 383 00:24:24,130 --> 00:24:26,716 dia uruskan hal estet Kenny untuk awak, bukan? 384 00:24:27,300 --> 00:24:30,803 Dia juga peguam awak di New Orleans selepas suami pertama awak hilang, 385 00:24:30,887 --> 00:24:34,599 dan dia ada hubungan menarik dengan geng motosikal 386 00:24:34,682 --> 00:24:37,769 yang ada sejarah aktiviti jenayah. 387 00:24:38,520 --> 00:24:39,646 Mata Berdarah. 388 00:24:41,481 --> 00:24:44,108 Saya suka kostum ini, ya. 389 00:24:44,609 --> 00:24:46,152 Saya juga suka tatu awak. 390 00:24:47,070 --> 00:24:49,697 Saya tahu awak ada banyak sejarah. 391 00:24:50,323 --> 00:24:51,407 Saya akan cari. 392 00:24:56,329 --> 00:24:57,956 Tiada apa-apa untuk dicari. 393 00:25:00,333 --> 00:25:01,793 - Terima kasih. - Jaga diri. 394 00:25:06,214 --> 00:25:07,799 - Hei. - Hei. 395 00:25:19,310 --> 00:25:21,187 Begini, Joe, malam kelmarin, 396 00:25:22,021 --> 00:25:23,231 ia satu kesilapan. 397 00:25:24,190 --> 00:25:25,900 - Ya, okey. - Saya cuma… 398 00:25:27,151 --> 00:25:30,863 Saya tak perlukan kerumitan dalam hidup saya sekarang. 399 00:25:32,240 --> 00:25:33,658 Ya, saya faham. 400 00:25:34,200 --> 00:25:35,076 Bagus. 401 00:25:37,161 --> 00:25:38,454 Selamat Hari Krismas. 402 00:25:49,048 --> 00:25:52,885 Ya. Sekejap saja. Saya akan kembali. 403 00:25:58,433 --> 00:26:00,768 Tolong saya. Lihat orang beratur. 404 00:26:07,150 --> 00:26:10,653 Awak sangat popular dengan para ibu, Santa. 405 00:26:13,156 --> 00:26:15,908 Boleh En. dan Pn. Klaus berbual sebentar 406 00:26:15,992 --> 00:26:17,702 di dalam rumah biskut halia? 407 00:26:19,287 --> 00:26:21,456 RUMAH BISKUT HALIA 408 00:26:26,252 --> 00:26:27,295 Ada apa? 409 00:26:27,378 --> 00:26:29,464 Ada apa? Awak muat naik… 410 00:26:30,632 --> 00:26:32,967 Awak muat naik gambar seksi saya tanpa beritahu saya 411 00:26:33,051 --> 00:26:35,386 dan jemput orang duduk di riba saya. 412 00:26:35,470 --> 00:26:37,305 Awak jadikan saya gurauan. 413 00:26:37,889 --> 00:26:40,600 Paul, apabila wanita ini lihat undi seterusnya 414 00:26:40,683 --> 00:26:43,102 dan rasa bodoh kerana tak tahu tentang alderman, 415 00:26:43,186 --> 00:26:45,355 mereka akan nampak nama Paul Randolph 416 00:26:45,438 --> 00:26:46,856 dan undi awak. 417 00:26:46,939 --> 00:26:50,234 Jangan buat begitu. Jangan cakap macam saya tak tahu apa-apa. 418 00:26:50,318 --> 00:26:53,988 Saya jadi datuk bandar sebelum awak tiba. Awak pekerja saya dan di pejabat, 419 00:26:54,072 --> 00:26:55,365 saya bos awak. 420 00:26:56,658 --> 00:26:58,743 Okey, Datuk Bandar. 421 00:26:58,826 --> 00:27:00,203 Saya serius. 422 00:27:01,996 --> 00:27:04,707 - Awak pula? - Saya serius. 423 00:27:04,791 --> 00:27:06,584 Tapi sukar untuk jadi serius 424 00:27:06,668 --> 00:27:09,337 apabila dimarah oleh Santa di rumah biskut halia. 425 00:27:09,420 --> 00:27:10,296 Okey? 426 00:27:13,132 --> 00:27:17,762 - Adakah ini tentang pistol? - Ini tentang semuanya, Georgia. 427 00:27:18,638 --> 00:27:22,350 Pistol, gambar, ini, anak-anak. 428 00:27:22,934 --> 00:27:26,396 Saya faham awak sedang melalui kesukaran dengan Ginny, 429 00:27:26,479 --> 00:27:29,023 awak boleh marah, tapi saya takkan benarkan 430 00:27:29,107 --> 00:27:32,819 awak tidak menghormati saya. Bukan di pejabat atau di rumah. 431 00:27:33,611 --> 00:27:35,780 Saya tinggal di sana, itu rumah saya juga 432 00:27:35,863 --> 00:27:38,324 dan saya mahu dihormati di rumah sendiri. 433 00:27:38,408 --> 00:27:40,326 Ya Tuhan, Georgia, saya… 434 00:27:41,661 --> 00:27:42,578 Saya di sana, 435 00:27:43,454 --> 00:27:47,375 hanya menunggu untuk awak benarkan saya masuk. 436 00:27:50,920 --> 00:27:52,296 Kita akan berkahwin. 437 00:27:54,048 --> 00:27:55,800 Bila ia akan berlaku? 438 00:27:58,094 --> 00:27:58,970 Maafkan saya. 439 00:28:19,615 --> 00:28:21,993 MAHU CIUMAN? AMBIL KAD PERSETUJUAN 440 00:28:28,791 --> 00:28:29,917 Hei, apa khabar? 441 00:28:30,001 --> 00:28:32,628 - Persetujuan itu seksi. - Betul. 442 00:28:32,712 --> 00:28:33,629 Saya peminat setia. 443 00:28:33,713 --> 00:28:36,215 Hei, Ginny. Max. Bracia. 444 00:28:39,385 --> 00:28:41,053 - Topi itu? - Apa? 445 00:28:42,054 --> 00:28:43,055 Pengecut. 446 00:28:43,139 --> 00:28:44,056 Oh, Tuhan. 447 00:28:45,850 --> 00:28:48,227 Saya akan kembali. Silver. 448 00:28:48,311 --> 00:28:49,645 - Hei. - Max, hai. 449 00:28:49,729 --> 00:28:52,899 Boleh kita tukar tempat? Giliran Sophie selepas ini. 450 00:28:54,650 --> 00:28:55,985 Ya, boleh. 451 00:28:56,068 --> 00:28:57,904 Terima kasih. Awak hebat. 452 00:28:58,488 --> 00:28:59,989 - Max… - Saya ambil. Maaf. 453 00:29:04,786 --> 00:29:05,620 Max? 454 00:29:06,496 --> 00:29:08,080 Awak nak ciuman? 455 00:29:09,248 --> 00:29:10,249 Tidak. 456 00:29:12,084 --> 00:29:12,919 Sophie. 457 00:29:13,711 --> 00:29:16,798 - Kenapa awak buat begini? - Ia cuma coklat. 458 00:29:17,965 --> 00:29:21,093 Kita dah berpisah, Max. Saya nak awak terima. 459 00:29:21,844 --> 00:29:27,016 Tolonglah, berhenti mesej saya dan berhenti klik suka di Instagram saya. 460 00:29:28,810 --> 00:29:29,727 Tolonglah. 461 00:29:31,938 --> 00:29:33,147 Berhenti. 462 00:29:47,119 --> 00:29:49,038 Saya benci kita tak sambut Krismas bersama. 463 00:29:49,121 --> 00:29:51,123 Saya tahu. Hei. 464 00:29:52,542 --> 00:29:53,417 Nah. 465 00:30:02,760 --> 00:30:04,178 Buku nota terapi saya. 466 00:30:05,680 --> 00:30:07,390 Saya tak sedar pun ia hilang. 467 00:30:07,473 --> 00:30:09,642 Saya mahu luarnya sehebat isinya. 468 00:30:10,560 --> 00:30:11,477 Saya tak buka. 469 00:30:13,646 --> 00:30:16,732 Dunia ini teruk, tapi awak orang kegemaran saya. 470 00:30:18,234 --> 00:30:19,110 Awak saja. 471 00:30:25,324 --> 00:30:27,034 Saya cinta awak, Virginia Miller. 472 00:30:27,785 --> 00:30:29,412 Hari ini, esok, selamanya. 473 00:30:33,249 --> 00:30:34,584 Saya cinta awak juga. 474 00:30:35,626 --> 00:30:36,794 Banyak. 475 00:30:39,839 --> 00:30:41,382 Baiklah, saya perlu pergi. 476 00:30:42,008 --> 00:30:44,510 Okey. Selamat Hari Krismas. 477 00:30:45,678 --> 00:30:46,846 Selamat konsumerisme. 478 00:30:49,515 --> 00:30:52,184 Hai. Kenapa kamu senyum? 479 00:30:52,935 --> 00:30:53,936 Tak ada apa-apa. 480 00:30:56,397 --> 00:30:57,899 Ibu… 481 00:30:58,941 --> 00:31:02,653 - Perlukan bantuan. - Tidak, ibu boleh buat. 482 00:31:02,737 --> 00:31:05,865 Tentulah ibu perlukan bantuan! Ibu bapa Paul tak pernah datang, 483 00:31:05,948 --> 00:31:09,076 dan kita perlu pastikan Lynette fikir semuanya cukup perisa. 484 00:31:15,124 --> 00:31:17,710 Tidak! 485 00:31:21,005 --> 00:31:22,840 Tiada tulang. 486 00:31:22,924 --> 00:31:25,843 Okey. Ibu, bangun. 487 00:31:26,594 --> 00:31:27,929 Mereka akan tiba. 488 00:31:28,429 --> 00:31:31,974 Ibu bapa Paul benci ibu, Ibu bapa Zion benci ibu, 489 00:31:32,058 --> 00:31:33,559 kamu benci ibu. 490 00:31:33,643 --> 00:31:35,478 Saya tak benci ibu. 491 00:31:37,980 --> 00:31:39,398 Saya sedang bergelut. 492 00:31:40,024 --> 00:31:42,652 Saya nak ibu faham. Ibu tak nampak? 493 00:31:43,235 --> 00:31:44,737 Ibu tak dengar puisi itu? 494 00:31:45,947 --> 00:31:47,615 Ibu dengar puisi itu. 495 00:31:50,493 --> 00:31:52,286 Tak, saya rasa ibu tak dengar. 496 00:33:06,402 --> 00:33:08,863 Lynette, terima kasih kerana datang pada saat akhir. 497 00:33:08,946 --> 00:33:13,034 Tak pernah terlambat untuk jemput saya jumpa cucu saya. 498 00:33:13,117 --> 00:33:15,619 Terlalu banyak sambutan tanpanya. 499 00:33:17,955 --> 00:33:18,831 Okey. 500 00:33:20,499 --> 00:33:23,002 Itu pilihan yang menarik. 501 00:33:26,422 --> 00:33:27,798 Nampak pisau mentega? 502 00:33:28,549 --> 00:33:30,176 Paul, bagaimana dengan kerja? 503 00:33:30,259 --> 00:33:32,219 Bila nak keluar dari sini dan bertanding untuk gabenor? 504 00:33:32,303 --> 00:33:34,013 Apabila saya tentukan, ayah. 505 00:33:34,764 --> 00:33:37,183 Paul baru adakan karnival musim sejuk 506 00:33:37,266 --> 00:33:39,185 untuk pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak. 507 00:33:39,268 --> 00:33:40,478 Dapat lebih 50 ribu. 508 00:33:40,561 --> 00:33:41,771 Saya nampak gambarnya. 509 00:33:42,646 --> 00:33:43,689 Lima puluh ribu? 510 00:33:43,773 --> 00:33:45,691 Saya bernasib malang. Ada duit di atas? 511 00:33:48,527 --> 00:33:52,239 Georgia, bagaimana dengan musim cuti ini? 512 00:33:52,323 --> 00:33:55,451 Ini Krismas pertama sejak suami awak meninggal dunia, bukan? 513 00:33:56,118 --> 00:33:56,952 Ya. 514 00:33:57,787 --> 00:34:00,081 Maafkan saya, saya tak tahu. 515 00:34:00,164 --> 00:34:03,084 Adakah itu ayah Austin? 516 00:34:04,627 --> 00:34:07,046 Tidak. Ayah Austin… 517 00:34:07,129 --> 00:34:08,714 Dia di penjara. 518 00:34:10,758 --> 00:34:12,927 Ya. Terima kasih, Lynette. 519 00:34:13,010 --> 00:34:14,970 Teruknya. Untuk apa? 520 00:34:15,054 --> 00:34:17,473 Penipuan, penggelapan wang… 521 00:34:17,556 --> 00:34:18,474 Ubi kentang? 522 00:34:24,230 --> 00:34:27,691 Zion, apa yang Simone buat untuk cuti ini? 523 00:34:29,026 --> 00:34:32,279 Simone? Sayang, siapa Simone? 524 00:34:32,363 --> 00:34:33,989 Dia kawan saya. 525 00:34:34,073 --> 00:34:36,826 Zion ada kawan baharu. Mari bincang tentang dia. 526 00:34:36,909 --> 00:34:38,994 Itu yang awak ceritakan di Blue Farm? 527 00:34:39,078 --> 00:34:40,621 Bagaimana dengannya… 528 00:34:42,623 --> 00:34:44,959 - Siapa nak dengar jenaka? - Saya. 529 00:34:45,042 --> 00:34:50,256 Bagus. Budak yang tak percayakan Santa dipanggil apa? 530 00:34:52,591 --> 00:34:56,804 Pemberontak tanpa Klaus. 531 00:34:58,389 --> 00:34:59,265 Lucu. 532 00:35:00,015 --> 00:35:00,850 Jadi, Zion… 533 00:35:02,434 --> 00:35:03,727 Apa kerjanya? 534 00:35:04,395 --> 00:35:07,189 - Dia peguam pertahanan jenayah. - Kamu rahsiakan dia? 535 00:35:07,273 --> 00:35:09,900 - Saya tak rahsiakan dia. - Dia ahli AKA? 536 00:35:09,984 --> 00:35:11,777 Dia bukan Divine Nine, ibu. 537 00:35:11,861 --> 00:35:13,654 Dia belajar di mana? 538 00:35:13,737 --> 00:35:15,114 Howard dan Harvard. 539 00:35:15,197 --> 00:35:19,618 Tiada apa-apa yang lebih penting bagi wanita selain pendidikan yang baik. 540 00:35:22,079 --> 00:35:24,540 Ginny, kamu akan memohon untuk ke kolej. 541 00:35:24,623 --> 00:35:27,668 - Kamu gred apa? - Saya cuma pelajar tahun dua. 542 00:35:27,751 --> 00:35:28,919 Kamu pula, Austin? 543 00:35:29,003 --> 00:35:30,963 Kamu nak ke kolej mana? 544 00:35:31,463 --> 00:35:32,798 Itu satu lagi gurauan? 545 00:35:32,882 --> 00:35:34,175 Saya tak bergurau. 546 00:35:36,177 --> 00:35:39,138 Ginny, saya dan Paul pergi ke Brown, 547 00:35:39,221 --> 00:35:42,600 jadi secara teknikal, kamu dianggap legasi di sana. 548 00:35:42,683 --> 00:35:45,603 Dia juga legasi di American. Ia dekat dengan kami. 549 00:35:45,686 --> 00:35:47,730 American. Sekolah yang bagus. 550 00:35:47,813 --> 00:35:51,108 Dia juga legasi di Howard dan Spelman. 551 00:35:51,192 --> 00:35:53,485 Georgia, kamu pula? Kamu belajar di mana? 552 00:35:53,569 --> 00:35:55,279 Georgia tak pernah ke kolej. 553 00:35:57,656 --> 00:36:00,159 Lynette, awak macam menulis biografi saya. 554 00:36:01,827 --> 00:36:03,120 Lihatlah sekeliling. 555 00:36:03,996 --> 00:36:06,248 Ia sukar, tapi saya bawa mereka ke sini. 556 00:36:06,874 --> 00:36:08,167 Saya yang buat. 557 00:36:08,250 --> 00:36:10,336 Ia tak patut jadi sukar. 558 00:36:10,920 --> 00:36:13,214 Kami tawarkan semuanya kepada kamu. 559 00:36:13,297 --> 00:36:14,924 Kami nak sara kamu. 560 00:36:15,007 --> 00:36:16,884 Kamu boleh hidup dengan baik. 561 00:36:16,967 --> 00:36:19,553 Ginny mungkin dapat hidup yang baik, 562 00:36:20,512 --> 00:36:22,598 tapi kamu tak benarkan kami bantu. 563 00:36:22,681 --> 00:36:26,227 Malah kamu ambil cucu saya dan buat dia lalui macam-macam. 564 00:36:32,858 --> 00:36:34,401 Saya nak ambil wain. 565 00:36:34,485 --> 00:36:37,321 Atau diploma sekolah saya. Saya akan kembali. 566 00:36:52,795 --> 00:36:53,671 Ibu. 567 00:36:54,296 --> 00:36:56,298 Bukan kamu, bukan sekarang. 568 00:36:58,467 --> 00:36:59,385 Ibu. 569 00:36:59,468 --> 00:37:03,514 Ibu tak nak cakap dengan kamu atau ibu akan menangis di depan mereka. 570 00:37:10,562 --> 00:37:11,855 Hei, Peach. 571 00:37:13,899 --> 00:37:16,527 Dia betul dan itu yang buat saya sedih. 572 00:37:17,695 --> 00:37:21,282 Saya tak patut lari. Ia tak perlu jadi seteruk itu. 573 00:37:21,365 --> 00:37:24,743 - Itu cerita lama. - Sekarang saya dah rosakkan Ginny. 574 00:37:25,327 --> 00:37:27,997 - Jangan begitu. - Dia sangat bijak, Zion. 575 00:37:28,080 --> 00:37:31,542 Dia ada anugerah. Kata-katanya indah. 576 00:37:32,751 --> 00:37:33,711 Tajam, 577 00:37:34,545 --> 00:37:35,713 tapi indah. 578 00:37:35,796 --> 00:37:37,923 Ia tak patut jadi begini. 579 00:37:41,802 --> 00:37:42,886 Saya ambil alih. 580 00:37:48,434 --> 00:37:51,520 Saya tak mahu ke sana semula dan awak tak boleh paksa 581 00:37:51,603 --> 00:37:52,980 walaupun awak marah saya. 582 00:37:53,522 --> 00:37:55,316 - Georgia… - Saya nak ambil angin. 583 00:38:09,913 --> 00:38:15,502 Wahai bintang ajaib 584 00:38:15,586 --> 00:38:18,547 Bintang malam 585 00:38:18,630 --> 00:38:23,010 Bintang yang cukup indah 586 00:38:23,093 --> 00:38:26,764 Terang 587 00:38:30,142 --> 00:38:32,269 Kamu naik atas kerana marah nenek? 588 00:38:33,896 --> 00:38:35,397 Saya tak marah nenek. 589 00:38:36,357 --> 00:38:38,067 Saya harap nenek tak benci ibu. 590 00:38:38,817 --> 00:38:40,194 Nenek tak benci dia. 591 00:38:41,737 --> 00:38:42,863 Nenek benci sedikit. 592 00:38:43,572 --> 00:38:45,824 Nenek marah dia sedikit. 593 00:38:47,659 --> 00:38:50,829 Nenek selalu terfikir tentang kamu, 594 00:38:51,747 --> 00:38:53,123 tentang hidup kamu, 595 00:38:54,416 --> 00:38:57,878 dan nenek nak pastikan kamu tahu kamu ada keluarga untuk bercakap 596 00:38:58,462 --> 00:39:00,839 tentang perkara yang ibu kamu tak faham. 597 00:39:00,923 --> 00:39:01,799 Okey? 598 00:39:04,051 --> 00:39:05,219 Okey. 599 00:39:05,302 --> 00:39:09,056 Jika kamu perlukan apa-apa, telefon saja kami. 600 00:39:09,890 --> 00:39:12,184 Nenek ada iPhone baharu yang canggih. 601 00:39:12,684 --> 00:39:14,728 Okey? Nenek boleh mesej. 602 00:39:14,812 --> 00:39:17,398 Nenek boleh hantar JIF atau GIF. 603 00:39:17,481 --> 00:39:19,024 - Apa… - Masih dipertikaikan. 604 00:39:20,484 --> 00:39:21,318 Mari sini. 605 00:39:23,695 --> 00:39:26,782 - Nenek sayang kamu. - Saya sayang nenek juga. 606 00:39:29,785 --> 00:39:31,745 - Hai, kawan. - Apa? 607 00:39:31,829 --> 00:39:35,290 Ginny cakap awak jadi tuan rumah untuk jamuan Krismas. 608 00:39:35,374 --> 00:39:37,584 Ia berjalan dengan lancar. 609 00:39:38,252 --> 00:39:39,211 Okey. 610 00:39:40,003 --> 00:39:41,296 - Ya. - Okey. 611 00:39:42,214 --> 00:39:44,466 Saya memandu dan nampak awak di tingkap. 612 00:39:44,550 --> 00:39:47,594 Kenapa bersendirian dan sedih di sini pada malam Krismas? 613 00:39:47,678 --> 00:39:48,595 Saya tak sedih. 614 00:39:48,679 --> 00:39:49,972 Awak nampak sedih. 615 00:39:50,556 --> 00:39:54,601 Awak benci ibu bapa awak? Semua budak memang benci ibu bapa mereka? 616 00:39:54,685 --> 00:39:57,062 - Saya suka ibu bapa saya. - Sudah tentu. 617 00:40:01,358 --> 00:40:02,860 Semasa Ginny masih kecil, 618 00:40:03,360 --> 00:40:05,779 kami tonton filem Krismas dan saya fikir, 619 00:40:06,363 --> 00:40:08,907 "Satu hari nanti, Krismas saya akan seindah itu. 620 00:40:09,408 --> 00:40:12,411 Meja yang dihias sempurna, tiada masalah duit." 621 00:40:16,707 --> 00:40:19,042 Strategi itu sentiasa berkesan, 622 00:40:19,126 --> 00:40:22,337 menetapkan kebahagiaan berdasarkan filem berjuta dolar. 623 00:40:24,756 --> 00:40:26,758 Saya fikir saya boleh lakukannya. 624 00:40:27,259 --> 00:40:31,597 Tinggal di sini, ada perkahwinan dan hidup yang sempurna, bahagia. 625 00:40:35,726 --> 00:40:39,438 Awak tahu, musuh kebahagiaan ialah kemahuan. 626 00:40:50,908 --> 00:40:52,618 Kenapa awak tak bersama keluarga? 627 00:40:53,869 --> 00:40:55,787 Ibu bapa saya di California, 628 00:40:55,871 --> 00:40:59,041 jadi saya sambut Tahun Baharu bersama mereka dan kakak saya. 629 00:40:59,124 --> 00:41:00,667 Saya tak tahu awak ada kakak. 630 00:41:01,960 --> 00:41:04,046 Banyak yang saya tak tahu tentang awak. 631 00:41:04,129 --> 00:41:05,422 Betul. 632 00:41:09,176 --> 00:41:10,928 Saya ada kakak, Sasha. 633 00:41:11,011 --> 00:41:13,096 Awak ingatkan saya kepada dia. 634 00:41:13,180 --> 00:41:14,681 Dia cantik dan berbakat. 635 00:41:15,265 --> 00:41:16,475 Dia suka mengarah. 636 00:41:18,936 --> 00:41:20,604 Tahu apa saya suka tentang awak? 637 00:41:22,814 --> 00:41:24,399 Apa yang awak suka? 638 00:41:24,983 --> 00:41:27,319 Saya tak pernah rasa awak menilai saya. 639 00:41:32,533 --> 00:41:35,536 Awak silap kerana saya selalu menilai awak. 640 00:41:50,676 --> 00:41:53,720 Terima kasih. Saya perlukan ini, Joe. 641 00:41:54,888 --> 00:41:56,139 Selamat Hari Krismas. 642 00:42:02,646 --> 00:42:06,817 Saya sentiasa bermimpi yang saya akan lari daripada semua masalah saya 643 00:42:06,900 --> 00:42:08,735 menaiki kuda putih yang cantik. 644 00:42:09,903 --> 00:42:11,113 Saya suka kuda, 645 00:42:12,406 --> 00:42:13,740 sejak saya kecil. 646 00:42:24,835 --> 00:42:26,753 Ya, saya ingat. 647 00:43:23,518 --> 00:43:24,936 Kami dah tutup. 648 00:43:33,362 --> 00:43:34,363 Hai. 649 00:44:41,138 --> 00:44:44,641 Wah, Battleship! Saya suka jadi kaya. Terima kasih, Paul. 650 00:44:49,354 --> 00:44:51,773 Austin, kamu yang lukis? 651 00:44:52,357 --> 00:44:54,985 Saya dan Marcus lukis semua hadiah bersama. 652 00:44:56,653 --> 00:44:57,696 Terima kasih. 653 00:45:01,283 --> 00:45:03,243 Ini pula… 654 00:45:05,746 --> 00:45:06,663 untuk awak. 655 00:45:08,874 --> 00:45:10,542 THE MOUNT SIMPAN TARIKH INI 656 00:45:11,376 --> 00:45:12,502 The Mount? 657 00:45:13,545 --> 00:45:16,506 Tapi macam mana? Tempahannya penuh berbulan-bulan. 658 00:45:16,590 --> 00:45:18,717 Tarikh yang ada cuma dua tahun lagi. 659 00:45:19,259 --> 00:45:20,677 Saya datuk bandar. 660 00:45:24,431 --> 00:45:26,683 - Selamat Hari Krismas. - Terima kasih. 661 00:45:27,184 --> 00:45:28,477 Tengoklah. 662 00:45:41,531 --> 00:45:42,491 Apa? 663 00:45:44,159 --> 00:45:46,203 - Apa? Mana ia… - Wah. 664 00:45:46,286 --> 00:45:47,287 Syabas. 665 00:45:48,079 --> 00:45:49,623 Syabas, Austin. 666 00:45:50,415 --> 00:45:51,958 Oh, dan Battleship… 667 00:45:52,042 --> 00:45:53,418 - Apa itu? - Battleship… 668 00:45:57,005 --> 00:45:57,881 Gil. 669 00:45:58,507 --> 00:45:59,925 Selamat Hari Krismas, G. 670 00:46:00,008 --> 00:46:01,134 Celaka. 671 00:46:04,054 --> 00:46:06,932 Terima kasih. Bagus dapat jumpa awak lagi, Gil. 672 00:46:07,015 --> 00:46:11,728 Saya akui, saya tak tahu hadiah yang sesuai untuk gadis remaja. 673 00:46:12,312 --> 00:46:15,732 Kali terakhir saya jumpa kamu, kamu cuma mahu tonton Teen Titans. 674 00:46:15,816 --> 00:46:17,818 Wah, ayah, saya suka! 675 00:46:17,901 --> 00:46:19,110 Baguslah. 676 00:46:19,820 --> 00:46:20,987 Bila awak keluar? 677 00:46:22,280 --> 00:46:23,698 Tolonglah, G, jangan… 678 00:46:23,782 --> 00:46:25,575 Ibu, ia kejutan. 679 00:46:25,659 --> 00:46:28,995 Apabila ayah muncul, kita beritahu ibu. 680 00:46:29,079 --> 00:46:30,121 Okey? 681 00:46:31,331 --> 00:46:32,624 Jangan begitu. 682 00:46:37,045 --> 00:46:38,004 Hei. 683 00:46:40,882 --> 00:46:41,925 Saya tak mahu. 684 00:46:57,274 --> 00:46:58,149 Terima kasih. 685 00:47:01,027 --> 00:47:02,571 Awak nak dia pergi? 686 00:47:04,197 --> 00:47:08,326 Tunggu, saya minta maaf, saya tak datang untuk ganggu Krismas kamu. 687 00:47:08,410 --> 00:47:11,204 Saya cuma nak jumpa anak saya pada hari Krismas. 688 00:47:12,497 --> 00:47:16,376 Kadangkala, lebih baik minta maaf daripada minta kebenaran. 689 00:47:16,459 --> 00:47:19,713 Entahlah. Saya rasa kebenaran ada nilainya. 690 00:47:21,423 --> 00:47:22,257 Ya. 691 00:47:25,385 --> 00:47:27,721 Ayah tak nak ikut kami main kereta luncur? 692 00:47:27,804 --> 00:47:31,141 Tak, kamu pergilah. Ayah nak ucap selamat tinggal kepada ibu. 693 00:47:33,059 --> 00:47:34,311 Mari peluk ayah. 694 00:47:36,813 --> 00:47:37,647 Berseronoklah. 695 00:47:44,321 --> 00:47:46,197 - Georgia, saya dah berubah. - Bagus. 696 00:47:47,115 --> 00:47:48,283 Awak perlu berubah. 697 00:48:29,574 --> 00:48:30,909 Ayuh. 698 00:48:31,576 --> 00:48:32,410 Jawablah. 699 00:48:33,370 --> 00:48:34,329 Georgia? 700 00:48:34,412 --> 00:48:36,164 Ginny bakar dirinya, Zion. 701 00:48:36,247 --> 00:48:39,459 Anak kita, dia guna pemetik api dan bakar dirinya. 702 00:48:39,542 --> 00:48:42,379 Saya jumpa buku nota dia. Dia tulis semuanya. 703 00:48:47,676 --> 00:48:49,636 Kita perlu buat sesuatu! 704 00:48:49,719 --> 00:48:51,554 Kita perlu bantu dia! 705 00:48:51,638 --> 00:48:52,555 Saya tahu. 706 00:48:53,598 --> 00:48:55,100 - Saya tahu. - Awak tahu? 707 00:48:55,684 --> 00:48:56,893 Apa maksud awak? 708 00:48:57,477 --> 00:48:58,353 Dia… 709 00:48:58,937 --> 00:49:01,523 Dia pergi ke terapi. Dia nak pulih. 710 00:49:03,149 --> 00:49:04,192 Awak tahu? 711 00:49:05,485 --> 00:49:07,278 Awak tahu tentang ini? 712 00:49:07,362 --> 00:49:08,196 Georgia… 713 00:49:14,452 --> 00:49:15,453 Tunjuk. 714 00:49:16,496 --> 00:49:17,372 Apa? 715 00:49:18,206 --> 00:49:19,332 Tunjuk kepada ibu. 716 00:49:23,044 --> 00:49:25,213 - Ibu? - Kamu bakar diri kamu? 717 00:49:25,296 --> 00:49:27,465 - Ibu. Apa ibu buat? - Tunjuk! 718 00:49:27,549 --> 00:49:28,591 - Di mana? - Berhenti! 719 00:49:28,675 --> 00:49:30,176 - Kamu buat di mana? - Lepaskan. 720 00:49:30,260 --> 00:49:31,553 - Ibu nak tengok. - Berhenti! 721 00:49:31,636 --> 00:49:34,514 - Di mana? - Ibu, lepaskan saya! 722 00:49:39,060 --> 00:49:41,438 Baiklah! Ibu nak tengok? 723 00:49:53,658 --> 00:49:55,493 Dah berapa lama kamu buat? 724 00:50:01,082 --> 00:50:04,377 - Saya tak nak ibu menangis. - Ibu tak faham. 725 00:50:04,461 --> 00:50:08,131 Kenapa? Kenapa kamu buat begitu kepada diri kamu? 726 00:50:09,174 --> 00:50:13,470 - Kerana ibu? Ibu puncanya? - Tak, ia tak semudah itu. 727 00:50:13,553 --> 00:50:14,721 Kerana Kenny? 728 00:50:14,804 --> 00:50:16,848 Ia membebankan, ibu tahu. 729 00:50:16,931 --> 00:50:20,351 Ibu cuba rahsiakan daripada kamu. Ibu cuba lindungi kamu. 730 00:50:20,435 --> 00:50:22,771 Ibu cuma nak lindungi kamu. 731 00:50:22,854 --> 00:50:24,773 Tak, ia bermula sebelum itu. 732 00:50:25,565 --> 00:50:26,983 Anak ibu yang cantik. 733 00:50:29,694 --> 00:50:33,323 Anak ibu yang istimewa dan ajaib. Kenapa? 734 00:50:33,990 --> 00:50:35,575 Kenapa kamu buat begitu? 735 00:50:41,664 --> 00:50:42,957 Saya benci. 736 00:50:44,626 --> 00:50:45,835 Saya nak berhenti. 737 00:51:02,310 --> 00:51:03,186 Mari sini. 738 00:51:13,696 --> 00:51:16,950 Ibu minta maaf kerana tak sedar. 739 00:51:18,618 --> 00:51:20,578 Ibu minta maaf, sayang. 740 00:51:22,038 --> 00:51:23,373 Untuk segalanya. 741 00:51:26,459 --> 00:51:28,795 Beri kepada ibu, okey? 742 00:51:30,505 --> 00:51:32,841 Beri semua kesakitan itu kepada ibu. 743 00:51:33,800 --> 00:51:34,801 Ibu boleh uruskan. 744 00:51:36,136 --> 00:51:36,970 Mari sini. 745 00:51:39,139 --> 00:51:41,558 Ibu ada di sini, okey? 746 00:51:42,142 --> 00:51:45,311 Ibu di sini. 747 00:51:50,024 --> 00:51:50,859 Mari sini. 748 00:51:54,404 --> 00:51:58,658 Saya minta maaf kerana rosakkan Krismas. 749 00:52:01,244 --> 00:52:04,038 Krismas dah rosak lama sebelum ini. 750 00:52:04,122 --> 00:52:05,331 Ini kita. 751 00:52:10,044 --> 00:52:13,756 Krismas Ginny dan Georgia yang istimewa. 752 00:52:13,840 --> 00:52:14,799 Betul? 753 00:53:14,609 --> 00:53:18,947 JIKA ANDA ATAU ORANG YANG ANDA KENAL MAHU MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI, 754 00:53:19,030 --> 00:53:24,535 MAKLUMAT DAN SUMBER DISEDIAKAN DI WWW.WANNATALKABOUTIT.COM 755 00:54:26,597 --> 00:54:28,599 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman