1 00:00:13,015 --> 00:00:15,267 Orang kata, "Jika tak belajar dari sejarah, 2 00:00:15,309 --> 00:00:16,935 "kita akan mengulanginya." 3 00:00:17,019 --> 00:00:19,813 Wujud dalam ekspresi itu, mengulang sejarah itu teruk. 4 00:00:19,897 --> 00:00:20,981 JALAN 125 B - LEBUH DR MARTIN LUTHER KIN 5 00:00:21,064 --> 00:00:22,316 Sesuatu untuk dielak. 6 00:00:25,944 --> 00:00:29,865 Walau bagaimanapun, di Harlem kini, ahli antropologi mengatakan, 7 00:00:29,948 --> 00:00:33,035 dengan mempelajari siapa kita dahulu, keadaan bandar, 8 00:00:33,118 --> 00:00:35,245 kita mungkin bertuah untuk mengulanginya. 9 00:00:35,329 --> 00:00:37,498 Awak nak jadi tukang tilik sambilan? 10 00:00:37,581 --> 00:00:39,416 -Ia mustahil. -Patutkah saya cuba? 11 00:00:40,000 --> 00:00:43,253 Ini aspek Zuhal pada garis hayat awak. 12 00:00:43,378 --> 00:00:45,088 Ia amat kuat. 13 00:00:45,881 --> 00:00:50,385 Tapi kesilapan besar kembali, menghantui awak. 14 00:00:50,469 --> 00:00:53,096 Kesilapannya ialah setuju membayar tilikan. 15 00:00:53,806 --> 00:00:56,433 Permusuhan bagaikan merokok baharu. 16 00:00:56,517 --> 00:00:58,519 Awak hanya memusnahkan diri. 17 00:00:58,602 --> 00:01:01,772 -Apa-apalah! -Ada sesiapa nak tilik nasib? 18 00:01:01,855 --> 00:01:02,940 Tak. 19 00:01:04,483 --> 00:01:08,362 -Namaste. -Nama-jangan tinggal. Nama-pergi. 20 00:01:09,404 --> 00:01:11,031 Saya mesti dapat itu juga. 21 00:01:11,114 --> 00:01:15,077 -Sepupu tak guna yang mengarut? -Bukan, kesilapan lalu yang muncul. 22 00:01:16,411 --> 00:01:18,622 -Ian ada di kelab. -Apa? Malam ini? 23 00:01:18,705 --> 00:01:20,707 Awak baru nak beritahu? 24 00:01:20,791 --> 00:01:24,837 Saya bayar nasi dan kekacang mendengar Quinn mengutuk Jonas Brothers. 25 00:01:24,920 --> 00:01:26,463 Awak tak boleh mencelah? 26 00:01:26,547 --> 00:01:29,550 Zuhal pasti mahu awak berdua bersama. 27 00:01:29,633 --> 00:01:31,677 Minta maaf Zuhal. 28 00:01:32,386 --> 00:01:36,306 Saya memang hampir dengan dia. Tapi entahlah, saya tak berani. 29 00:01:48,652 --> 00:01:49,736 Dia bagus. 30 00:01:52,197 --> 00:01:54,074 -Awak tak perlu. -Tak mengapa. 31 00:01:54,157 --> 00:01:56,702 Dia tak patut ada di situ, buat saya gelabah. 32 00:01:56,785 --> 00:01:59,538 Empat tahun kemudian, dia masih ada kesan pada awak. 33 00:01:59,621 --> 00:02:01,290 Itu kuasa seksual yang serius. 34 00:02:01,373 --> 00:02:03,959 -Kuasa seksual? -Kenapa awak tak tahu? 35 00:02:04,668 --> 00:02:08,547 Bila tarikan lelaki amat kuat bayangan zakarnya 36 00:02:08,630 --> 00:02:11,091 menghantui awak seperti rumah lama. 37 00:02:11,675 --> 00:02:15,178 -Nampaknya saya belum rasa. -Saya ada kuasa seksual serius, 38 00:02:15,262 --> 00:02:16,722 dan tak ada zakar pun. 39 00:02:17,389 --> 00:02:19,600 -Hentikannya! -Saya cakap sahaja. 40 00:02:19,683 --> 00:02:21,727 Saya bukan wanita begini, 41 00:02:21,810 --> 00:02:23,103 lari daripada kekasih. 42 00:02:23,186 --> 00:02:26,857 Saya menyeru pengikut saya jadi wanita berani. 43 00:02:26,940 --> 00:02:29,276 -Ya, tapi terjumpa dengan Ian begitu? -Tahu! 44 00:02:29,359 --> 00:02:33,488 Dalam semua bar di New York? Tidak. Ini pasti petanda. 45 00:02:33,572 --> 00:02:37,826 Atau petanda ia mengarut dan bekas kekasih hanya menziarahi. 46 00:02:37,910 --> 00:02:40,996 Itu sebabnya. Parti pertunangan Paul dan Brittany. 47 00:02:41,079 --> 00:02:44,333 Sebab itu dia kembali. Kami yang perkenalkan mereka. 48 00:02:44,416 --> 00:02:45,959 Sekarang, mereka bertunang? 49 00:02:46,501 --> 00:02:48,670 Kenapa tak kenalkan sesiapa kepada saya? 50 00:02:48,754 --> 00:02:50,339 Sayang, keinginan itu kuat. 51 00:02:51,089 --> 00:02:53,425 Sepatutnya ia hanya gurauan. 52 00:02:53,508 --> 00:02:57,888 Mereka kawan paling romantik, Ian rasa kelakar jika kami semua keluar, 53 00:02:57,971 --> 00:02:59,806 dan akhirnya, mereka jatuh cinta. 54 00:02:59,890 --> 00:03:02,309 Jika Ian pergi, saya akan jatuh sakit. 55 00:03:02,392 --> 00:03:04,478 Kata orang yang lari dari bekas kekasih. 56 00:03:05,270 --> 00:03:07,397 Saya tak boleh sempurna setiap masa. 57 00:03:08,106 --> 00:03:11,610 -Hai! -Helo, Angie! Awak nampak hebat! 58 00:03:11,693 --> 00:03:15,197 -Hei, maaf. -Jadi? Siapa dia? 59 00:03:15,280 --> 00:03:20,577 Seorang penerbit. Kan saya cakap malam mikrofon terbuka bertuah. 60 00:03:20,661 --> 00:03:21,787 "Brother Pictures." 61 00:03:21,870 --> 00:03:23,288 -Ya. -Milik orang Hitam! 62 00:03:23,372 --> 00:03:26,416 Dia kata mereka ada projek besar "dalam rancangan," 63 00:03:26,500 --> 00:03:28,293 dan dia nak jumpa esok. 64 00:03:28,377 --> 00:03:30,796 -Alamak! -Ya Tuhan! 65 00:03:30,879 --> 00:03:33,048 -Itu kawan saya! -Ya, kawan! 66 00:03:33,131 --> 00:03:35,509 Tengok? Dah agak! Impian awak jadi nyata! 67 00:03:35,592 --> 00:03:39,346 Seperti kata Lady Gaga yang hebat, "Awak boleh gagal 99 kali…" 68 00:03:39,429 --> 00:03:42,140 -Saya hentikan awak setakat itu. -Terima kasih. 69 00:03:42,766 --> 00:03:43,767 Pelayan! 70 00:03:46,436 --> 00:03:50,691 Tye, saya hargai kesateriaan awak, tapi awak dah terlepas 2 hentian. 71 00:03:50,774 --> 00:03:51,650 Tiga. 72 00:03:52,275 --> 00:03:54,987 Saya cuma nak pastikan awak okey untuk jumpa Ian. 73 00:03:55,070 --> 00:03:58,073 Ya. Ia dah lama berlalu. Saya okey. 74 00:03:58,156 --> 00:04:00,993 Saya tak nampak kelebihan melepak dengan dia di parti. 75 00:04:01,076 --> 00:04:03,620 Ian yang boleh buat awak jadi… 76 00:04:04,162 --> 00:04:05,414 Kenapa? 77 00:04:10,085 --> 00:04:11,878 Itu dah lama berlalu. 78 00:04:11,962 --> 00:04:14,297 Saya hargai keprihatinan awak, tapi saya okey. 79 00:04:15,632 --> 00:04:18,635 Selepas sekian lama, kita masih cakap pasal Ian? 80 00:04:18,719 --> 00:04:21,430 -Tak jika awak tak nak. -Saya tak nak. 81 00:04:21,513 --> 00:04:22,723 -Faham. -Ya. 82 00:04:22,806 --> 00:04:27,436 Jadi, saya dapat tahu, temu ramah Forbes saya 83 00:04:27,519 --> 00:04:31,023 -menjadi liputan dua muka surat. -Apa? 84 00:04:31,106 --> 00:04:33,483 -Siap penggambaran dan semua. -Tye! Benarkah? 85 00:04:33,567 --> 00:04:38,488 Benar. Wanita bukan kulit putih pelik dalam teknologi akan masuk Forbes? 86 00:04:38,572 --> 00:04:40,282 Ya! Semua percakapan ini. 87 00:04:40,365 --> 00:04:42,951 Jika saya jenis orang yang terkenang 88 00:04:42,993 --> 00:04:45,787 sejauh mana pencapaian saya, saya akan cakap. 89 00:04:46,371 --> 00:04:49,750 -Bagaimana dengan Shayla? -Selesai. Dah tamat. 90 00:04:49,833 --> 00:04:52,127 Tunggu, apa? Sungguh cepat, untuk awak. 91 00:04:52,711 --> 00:04:56,298 Masalahnya, kami bekerja di bangunan sama, saya tak boleh lari. 92 00:04:56,381 --> 00:04:59,760 Saya perlu buat benda itu yang saya putuskan diri demi dia. 93 00:05:01,386 --> 00:05:04,389 "Saya faham. Tetapi saya perlu perbaiki diri saya, 94 00:05:04,473 --> 00:05:09,478 "supaya, saya harap suatu hari nanti, menjadi terbaik untuk awak." 95 00:05:14,024 --> 00:05:16,026 Bagus. Putus hubungan cara berdepan. 96 00:05:16,568 --> 00:05:18,737 Awak hebat, melepaskan kasanova awak. 97 00:05:18,820 --> 00:05:20,405 Tanda pagar, peningkatan. 98 00:05:24,284 --> 00:05:27,954 Dengan masa, budaya sesuatu tempat berkembang 99 00:05:28,038 --> 00:05:30,665 dengan orang dan idea baharu yang tiba. 100 00:05:31,249 --> 00:05:32,375 Tetapi persoalannya, 101 00:05:33,794 --> 00:05:37,506 berapa banyak kisah silam yang patut dipelihara? 102 00:05:38,965 --> 00:05:42,469 Berapa banyak pula patut dibuang untuk berkembang? 103 00:05:43,720 --> 00:05:47,474 Muat naik esei awak selewatnya malam esok. Jumpa awak minggu depan. 104 00:05:57,025 --> 00:05:58,985 Syarahan yang hebat, Profesor Parks. 105 00:05:59,569 --> 00:06:02,572 10 teratas semester ini. Bukan, 5 teratas. Tiga teratas. 106 00:06:02,656 --> 00:06:03,907 Terima kasih, Nora. 107 00:06:03,990 --> 00:06:07,786 -Bagaimana awak lakukannya? -Terima kasih sekali lagi, Nora. 108 00:06:07,869 --> 00:06:10,539 Betul-betul, bagaimana awak buat? Berapa banyak… 109 00:06:10,622 --> 00:06:12,415 Camille! 110 00:06:12,499 --> 00:06:16,044 Jemele Hill dan ahli panel lain baru sampai untuk perarakan wanita. 111 00:06:16,128 --> 00:06:19,422 Awak akan singgah? Lihat saya berucap. Sertai laungan. 112 00:06:19,506 --> 00:06:21,758 Saya memang akan cuba. 113 00:06:21,842 --> 00:06:23,593 Maksudnya, memang tak. 114 00:06:23,677 --> 00:06:26,555 Doktor Goodman, saya nak ke perarakan. 115 00:06:26,638 --> 00:06:28,807 -Saya jalan dengan awak. -Memang cuba. 116 00:06:35,438 --> 00:06:36,273 JALAN 125 B - LEBUH DR MARTIN LUTHER KING JR 117 00:06:36,356 --> 00:06:37,607 SALON EKSKLUSIF VALERIE SALON UNTUK RAMBUT ASLI 118 00:06:42,154 --> 00:06:43,113 Camille? 119 00:06:44,030 --> 00:06:46,533 -Ya Tuhan, Brittany! Hai! -Ya Tuhan. Hai! 120 00:06:46,616 --> 00:06:48,785 -Masih jumpa Tony? -Ya! Setiap dua minggu. 121 00:06:48,869 --> 00:06:53,039 Tak percaya awak kenalkan saya kepada bakal suami dan penggaya rambut. 122 00:06:53,123 --> 00:06:55,000 Awak terhutang upah pencari? 123 00:06:55,083 --> 00:06:57,419 Apa-apa sahaja, kawan. Separuh untuk Ian. 124 00:06:58,420 --> 00:07:00,797 Maaf. Ya Tuhan. 125 00:07:01,381 --> 00:07:03,008 Saya tak patut sebut Ian. 126 00:07:03,508 --> 00:07:04,843 Lupakan. Tak mengapa. 127 00:07:04,926 --> 00:07:06,761 -Kami baik. Ya. -Oh, bagus. 128 00:07:06,845 --> 00:07:09,222 Sebab saya risau awak buat benda bodoh 129 00:07:09,306 --> 00:07:11,725 macam tak datang parti saya untuk elak dia. 130 00:07:11,808 --> 00:07:14,311 -Tak! Saya bukan budak-budak. -Tak! 131 00:07:14,394 --> 00:07:17,480 Ya, pasti, saya akan datang. Saya tak sabar nak pergi. 132 00:07:17,564 --> 00:07:20,233 -Bagus. -Hanya mati yang menghalang saya. 133 00:07:20,317 --> 00:07:23,236 Walau saya mati, saya mahu mereka campak mayat di situ. 134 00:07:23,945 --> 00:07:25,864 -Jangan buat perkara pelik. -Faham. 135 00:07:27,240 --> 00:07:29,701 Kakak Angie. Ratu Angie. 136 00:07:29,784 --> 00:07:32,662 Saya Cole Thompson. Selamat datang ke Brother Pictures. 137 00:07:33,246 --> 00:07:34,581 Selamat berjumpa. 138 00:07:34,664 --> 00:07:38,251 Kami adalah kumpulan artis kulit Hitam untuk penonton kulit Hitam, 139 00:07:38,835 --> 00:07:41,504 berada di seluruh diaspora Afrika, 140 00:07:41,588 --> 00:07:44,507 untuk mengajar dan memberi inspirasi. 141 00:07:45,300 --> 00:07:49,512 Suara orang Hitam takkan kelemasan lagi 142 00:07:49,596 --> 00:07:52,807 oleh transmutasi perspektif kepada teras Eropah. 143 00:07:53,600 --> 00:07:55,268 Jadi, ia sebuah filem? 144 00:07:55,352 --> 00:07:56,478 Ia sebuah revolusi! 145 00:07:57,270 --> 00:08:01,816 Kisah orang Hitam akan diceritakan oleh suara kulit Hitam dan pandangannya. 146 00:08:02,400 --> 00:08:04,569 Tunggu. Cakap awak berbelit. 147 00:08:04,653 --> 00:08:07,113 -Awak cuba tipu saya buat porno? -Tidak. 148 00:08:07,197 --> 00:08:09,824 -Sebab saya pernah lakukannya. -Saya juga. 149 00:08:10,909 --> 00:08:15,205 Ini permulaan baharu, di mana kita mencabar diri kita 150 00:08:15,288 --> 00:08:19,751 daripada olahan cerita orang putih dan beri makna seni yang baharu. 151 00:08:19,834 --> 00:08:22,254 Seni orang Hitam sebenar. 152 00:08:22,337 --> 00:08:23,338 Jadi apa dia. 153 00:08:23,421 --> 00:08:28,468 Saudara ku, adakah awak bersedia menjadi sebahagian daripada sesuatu? 154 00:08:29,469 --> 00:08:32,222 Okey, ya. Jadi, kita buat apa? 155 00:08:32,806 --> 00:08:36,268 Ia Muzikal, Get Out, di Broadway. 156 00:08:37,352 --> 00:08:38,270 Ya. 157 00:08:40,647 --> 00:08:43,275 Saya beritahu lelaki bebas itu, tidak. 158 00:08:43,358 --> 00:08:45,443 Ya Tuhan, Angie. Pelanggan. 159 00:08:45,527 --> 00:08:46,695 Maaf. 160 00:08:47,404 --> 00:08:50,573 Saya kata, "Tak, terima kasih," kepada lelaki itu. 161 00:08:50,657 --> 00:08:53,493 Saya tak percaya awak tolak tawaran menyanyi. 162 00:08:53,576 --> 00:08:56,496 Saya tak percaya awak ingat saya setuju menyanyi 163 00:08:56,579 --> 00:08:58,957 dalam korus muzikal Get Out. 164 00:08:59,040 --> 00:09:03,128 Awak fikir itu sahaja kemampuan saya? Terima kasih, kerana yakin. 165 00:09:03,795 --> 00:09:06,589 Kenapa pula tawaran kerja awak jadi salah saya? 166 00:09:06,673 --> 00:09:08,466 Tolong jangan makan di sini. 167 00:09:08,550 --> 00:09:12,095 -Pekerja perlu bilik rehat. -Pekerja perlu bekerja. 168 00:09:14,431 --> 00:09:18,977 Ya Tuhan! Gaya retro. 169 00:09:19,060 --> 00:09:22,605 Ya Tuhan, saya terpegun! 170 00:09:22,689 --> 00:09:24,774 -Awak tak terpegun? -Ya, terpegun. 171 00:09:24,858 --> 00:09:26,735 Ya Tuhan, awak nampak hebat. 172 00:09:26,818 --> 00:09:30,739 Hasil pembelian awak disumbangkan kepada gelandangan New York 173 00:09:30,822 --> 00:09:32,991 jadi, seperti berbelanja tanpa bersalah. 174 00:09:33,491 --> 00:09:35,160 Saya perlu fikir dahulu. 175 00:09:35,702 --> 00:09:37,912 -Ia baju, bukan rumah. -Angie? 176 00:09:39,414 --> 00:09:41,791 Dia bergurau. 177 00:09:43,793 --> 00:09:45,837 Boleh tak awak jangan kecam pelanggan? 178 00:09:45,920 --> 00:09:49,049 Dia bukan pelanggan. Dia "Nak fikir dahulu." 179 00:09:49,132 --> 00:09:52,927 Dia datang ke sini, tiga, empat, lima kali seminggu, hanya melihat. 180 00:09:53,011 --> 00:09:56,639 -Dia tukang tengok profesional. -Alamak! 181 00:09:56,723 --> 00:09:58,725 Kalau bil AmEx, saya boleh jelaskan. 182 00:09:58,808 --> 00:10:01,770 Bukan. Pemilik kedai naikkan sewa lagi. 183 00:10:01,853 --> 00:10:03,104 Awak ambil AmEx saya? 184 00:10:03,188 --> 00:10:06,524 Jangan tertekan pasal itu dengan berita sewa baharu ini. 185 00:10:06,608 --> 00:10:09,110 Kita naik lagi 2500 sebulan? 186 00:10:09,694 --> 00:10:11,654 Sekarang pun saya hampir tak cukup. 187 00:10:12,947 --> 00:10:15,283 Saya tak boleh minta duit ibu bapa saya lagi. 188 00:10:15,367 --> 00:10:17,911 Awak boleh cuba jual lebih barang di sini. 189 00:10:17,994 --> 00:10:20,455 Bukankah itu yang saya buat setiap hari? 190 00:10:20,538 --> 00:10:24,000 -Hei, awak guna suara marah awak. -Maaf. 191 00:10:24,084 --> 00:10:25,210 Tak mengapa. 192 00:10:25,293 --> 00:10:28,505 Bukan sahaja minta duit lagi daripada ibu bapa saya. 193 00:10:28,588 --> 00:10:31,508 Tapi riak muka "kasihan awak" dari mak saya. 194 00:10:31,591 --> 00:10:36,054 Diikuti dengan syarahan wajib, "Awak kena cari suami". 195 00:10:36,137 --> 00:10:38,056 Macam saya lupa saya bujang. 196 00:10:38,765 --> 00:10:40,517 "Terima kasih ingatkan, mak". Tak. 197 00:10:40,600 --> 00:10:43,311 Saya takkan lakukan. Saya takkan minta daripadanya. 198 00:10:43,395 --> 00:10:44,270 Tidak. 199 00:10:45,563 --> 00:10:46,606 Saya setuju. 200 00:10:48,650 --> 00:10:50,693 Kecuali, saya tiada pilihan selain dia. 201 00:10:51,528 --> 00:10:53,113 Sekali lagi, saya setuju. 202 00:10:56,157 --> 00:10:59,536 Ayuh buat dengan cepat. Saya ambil cek dan kita keluar. 203 00:10:59,619 --> 00:11:03,039 Okey. Jadi awak mahu… Siapa mereka semua? 204 00:11:03,123 --> 00:11:05,166 Makan malam yang tegang jadi parti? 205 00:11:05,750 --> 00:11:09,712 Quinn. Kejutan pakaian kasual. 206 00:11:09,796 --> 00:11:11,798 -Angela. -Hei, Pn. Pat. 207 00:11:11,881 --> 00:11:15,009 -Ayah kata hanya kita sahaja. -Dia masih di pejabat. 208 00:11:15,093 --> 00:11:17,595 Ayah tak cakap kita anjurkan kutipan derma? 209 00:11:17,679 --> 00:11:20,348 Tak. Saya pasti akan ingat. 210 00:11:20,432 --> 00:11:21,307 Quinn? 211 00:11:22,559 --> 00:11:25,145 -Itu Damien? -Memang Damien. 212 00:11:25,228 --> 00:11:27,730 -Dia nampak hebat. -Kawan, awak buat silap. 213 00:11:28,314 --> 00:11:29,691 -Gembira jumpa awak. -Sama. 214 00:11:29,774 --> 00:11:31,568 Oh, awak saling mengenali. 215 00:11:31,651 --> 00:11:34,320 Hanya sepanjang setahun kami bersama, Mak. 216 00:11:34,404 --> 00:11:36,489 Jadi, cakap helo kepada isterinya, Tina. 217 00:11:37,157 --> 00:11:38,283 Oh, seronok… 218 00:11:40,118 --> 00:11:42,370 Lihatlah awak berdua. 219 00:11:43,329 --> 00:11:45,331 Wau, awak berdua. 220 00:11:46,082 --> 00:11:50,587 Awak nampak bahagia. Semua orang gembira. 221 00:11:51,963 --> 00:11:54,007 -Saya minta diri. -Jangan. Awak di sini. 222 00:11:54,090 --> 00:11:55,675 Awak mesti jumpa Isabela. 223 00:11:55,758 --> 00:11:58,553 Quinn? Ibu awak banyak bercerita pasal awak. 224 00:11:59,762 --> 00:12:01,097 Ada yang positif? 225 00:12:01,181 --> 00:12:03,433 Ini Isabela Benítez-Santiago. 226 00:12:03,516 --> 00:12:06,811 Dia akan pecahkan rekod AOC sebagai ahli Kongres termuda. 227 00:12:06,895 --> 00:12:08,188 Saya perlu menang dahulu. 228 00:12:08,271 --> 00:12:09,647 -Ceritakan. -Wau. 229 00:12:09,731 --> 00:12:14,986 Isabela menyokong orang kulit hitam, miskin dan orang miskin kulit hitam. 230 00:12:15,069 --> 00:12:16,196 Amat berkaitan. 231 00:12:16,279 --> 00:12:19,032 Mak rasa, dia boleh jadi mentor bagus untuk kamu. 232 00:12:19,824 --> 00:12:23,036 Hebat. Sebab saya memang perlukan mentor, 233 00:12:23,119 --> 00:12:25,413 yang lebih muda. 234 00:12:25,497 --> 00:12:27,707 Kamu kata nak berbincang? 235 00:12:30,960 --> 00:12:31,794 Jadi… 236 00:12:31,878 --> 00:12:34,339 Bisnes Quinn merosot, dia perlu wang segera. 237 00:12:34,422 --> 00:12:35,590 Terima kasih. 238 00:12:35,673 --> 00:12:39,511 Maaf, kawan. Saya bingung. Damien yang kacak ada isteri yang hamil. 239 00:12:40,929 --> 00:12:44,432 Sedikit lagi gin. Lebih banyak. 240 00:12:44,516 --> 00:12:46,100 Tuangkan. 241 00:12:46,184 --> 00:12:48,061 Jangan kedekut. Bukan awak punya. 242 00:12:48,144 --> 00:12:49,854 Berikan dia sebotol. 243 00:12:49,938 --> 00:12:51,981 Terima kasih, Puan J. 244 00:12:52,065 --> 00:12:53,983 Baiklah. Jadi, berapa banyak? 245 00:12:54,067 --> 00:12:58,112 Tuan kedai tiba-tiba menaikkan sewa lagi. 246 00:12:58,196 --> 00:13:00,990 Jadi, 2500. 247 00:13:03,368 --> 00:13:04,827 Hanya ingatan sayang. 248 00:13:04,911 --> 00:13:07,830 Daripada beri awak wang untuk kekalkan bisnes, 249 00:13:07,914 --> 00:13:10,625 kemudian, awak kembalikan kepada kebajikan, 250 00:13:10,708 --> 00:13:14,754 apa kata kita buang orang tengah dan mak beri cek kebajikan kamu? 251 00:13:14,837 --> 00:13:16,422 Tapi saya pereka, Mak. 252 00:13:17,090 --> 00:13:18,383 Sudah tentu. 253 00:13:18,967 --> 00:13:21,970 Mak dan ayah tak boleh jadi satu-satunya pelanggan. 254 00:13:22,053 --> 00:13:25,181 Tidak. Saya cuma perlu lebih modal, 255 00:13:25,265 --> 00:13:28,810 -kemudian, saya akan… -Kemudian tak sudah-sudah. Kasihan Quinn. 256 00:13:29,769 --> 00:13:31,521 Sekarang, Quinn dah okey. 257 00:13:34,857 --> 00:13:36,609 Alamak, Quinn. 258 00:13:37,402 --> 00:13:41,406 -Kereta masih 9 minit perjalanan. -Saya harap dia kacak. 259 00:13:42,031 --> 00:13:44,325 Saya dah cerita saya bersama pemandu Uber? 260 00:13:44,409 --> 00:13:45,493 Ya, awak dah cerita. 261 00:13:47,662 --> 00:13:49,289 Tuhan, dia amat menjengkelkan. 262 00:13:49,372 --> 00:13:52,584 -Benar. Tapi dia juga tuliskan cek awak. -Dengan benci. 263 00:13:52,667 --> 00:13:55,211 Itu bukan wanita yang sokong anak perempuannya. 264 00:13:55,295 --> 00:13:56,629 Ya, tapi awak ada. 265 00:13:56,713 --> 00:13:59,048 Bila orang beri awak sesuatu dengan percuma, 266 00:13:59,132 --> 00:14:01,801 awak bayar dan dengar bebelan mereka. 267 00:14:02,552 --> 00:14:05,555 Sayang, memang sukar mendapatkan $2500. 268 00:14:06,180 --> 00:14:07,557 Saya tahu. 269 00:14:08,224 --> 00:14:11,311 Saya tahu hak istimewa saya dan saya bersyukur. 270 00:14:11,394 --> 00:14:13,271 Kenapa dia perlu jadi teruk… 271 00:14:13,354 --> 00:14:16,024 -Di sini parti sebenar. -Hai! 272 00:14:16,107 --> 00:14:17,525 Gembira bertemu awak. 273 00:14:17,609 --> 00:14:20,862 Awak hampir berbaloi untuk daftar undi dan tugas juri. 274 00:14:21,446 --> 00:14:24,157 Gembira bertemu awak. Ibu awak sungguh hebat. 275 00:14:26,159 --> 00:14:27,869 Dia kumpul banyak wang demi saya. 276 00:14:27,952 --> 00:14:31,289 Sebab dia percaya dengan apa yang awak cuba lakukan. 277 00:14:32,040 --> 00:14:36,044 Mesti seronok, sebab saya tak pernah mencapai jangkaannya… 278 00:14:36,753 --> 00:14:37,754 Mesti teruk. 279 00:14:38,755 --> 00:14:43,134 Kebaikan apabila tiada apa-apa ialah tiada sesiapa harapkan apa-apa, jadi… 280 00:14:43,885 --> 00:14:46,888 Ayuh bersetuju untuk abaikan harapan dan saling menerima. 281 00:14:47,597 --> 00:14:49,307 Uber saya dah tiba. Pergi dulu. 282 00:14:50,558 --> 00:14:52,644 Dia memang mentor yang bagus. 283 00:14:54,729 --> 00:14:57,899 -Kereta. -Jika dia kacak, jangan halang saya. 284 00:15:07,158 --> 00:15:08,493 Wain ini bagus. 285 00:15:11,245 --> 00:15:13,414 -Hei. -Shayla, hai. 286 00:15:13,498 --> 00:15:15,541 Sebenarnya, saya ada mesyuarat nanti. 287 00:15:16,501 --> 00:15:19,629 Saya juga, jadi kita teruskan. 288 00:15:20,713 --> 00:15:25,843 Awak wanita yang hebat, bijak, luar biasa, dan… 289 00:15:25,927 --> 00:15:29,138 Berhenti, sebab awak yang luar biasa. 290 00:15:29,222 --> 00:15:30,515 Tapi saya setuju. 291 00:15:31,349 --> 00:15:33,017 Awak berhak yang lebih baik. 292 00:15:33,101 --> 00:15:34,644 -Ia bukan awak… -Ia saya. 293 00:15:34,727 --> 00:15:36,979 -Dan saya perlu… -Perbaiki diri saya. 294 00:15:37,063 --> 00:15:41,484 -Nampaknya, kita hanya… -Di haluan berbeza sekarang. 295 00:15:41,567 --> 00:15:43,861 Tunggu. Awak cuba berpisah dengan saya? 296 00:15:44,612 --> 00:15:46,155 Ia akan okey. 297 00:15:46,239 --> 00:15:50,493 Awak sememangnya tak gembira, dan awak layak dapat yang lebih baik. 298 00:15:50,576 --> 00:15:55,331 Bukan, awak yang tak gembira, dan layak dapat yang lebih baik. 299 00:15:55,415 --> 00:15:58,459 -Ini langkah saya. -Awak lebih baik tanpa saya. 300 00:15:58,543 --> 00:16:00,253 Tidak. 301 00:16:00,336 --> 00:16:03,339 Saya tak pentingkan diri dengan biarkan awak tanpa saya. 302 00:16:03,423 --> 00:16:05,758 Saya yang putuskan diri saya untuk awak. 303 00:16:05,842 --> 00:16:06,759 Adakah benar? 304 00:16:08,594 --> 00:16:12,306 Tidak. Hei, awak tak boleh buat saya yang berharap. 305 00:16:12,390 --> 00:16:13,891 Tiada siapa cakap berharap. 306 00:16:13,975 --> 00:16:15,560 Awak lebih bagus dari ini. 307 00:16:15,643 --> 00:16:18,354 Bukan, saya tidak. Itu awak! 308 00:16:18,938 --> 00:16:21,482 -Selamat tinggal. -Awak, selamat tinggal! 309 00:16:21,566 --> 00:16:23,943 Pergi. Berambus! 310 00:16:24,485 --> 00:16:28,239 Kasihan, Tye. Maafkan saya, awak jadi kecewa. 311 00:16:31,367 --> 00:16:35,079 Awak semua nampak. Saya putus dengan dia. 312 00:16:35,163 --> 00:16:37,707 Kawan, siapa peduli siapa cakap dahulu? 313 00:16:37,790 --> 00:16:41,502 -Awak memang nak berpisah dengannya. -Tapi itu langkah saya. 314 00:16:41,586 --> 00:16:42,754 Tak guna Shayla! 315 00:16:43,921 --> 00:16:46,340 Sebenarnya, semua bagus kecuali Shayla. 316 00:16:46,424 --> 00:16:47,884 Awak tahu apa mereka kata. 317 00:16:47,967 --> 00:16:50,470 Cara melupakan teman lama, cari yang baharu. 318 00:16:50,970 --> 00:16:54,599 Tapi mereka patut berhenti menjadikan wanita objek seks. 319 00:16:54,682 --> 00:16:57,935 -Saya cuma cakap. -Sudah tahun 2021. 320 00:16:58,019 --> 00:16:59,228 Wanita lelaki baharu. 321 00:16:59,312 --> 00:17:02,273 Adakah itu bermaksud awak tak akan balas teks saya? 322 00:17:02,356 --> 00:17:04,734 Saya cuba mendapatkan keyakinan semula. 323 00:17:04,817 --> 00:17:07,278 Saya akan cari perempuan, lakukan seks, 324 00:17:07,361 --> 00:17:09,822 kemudian, makan daging dan brokoli saya. 325 00:17:11,032 --> 00:17:12,742 Ia diperap sempurna. 326 00:17:14,035 --> 00:17:16,746 Bercakap tentang diperap sempurna! 327 00:17:26,589 --> 00:17:29,133 -Hei, seksi. -Hei, awak yang seksi. 328 00:17:29,801 --> 00:17:33,888 Di sinilah kita. Tiga wanita normal yang boleh ke mana sahaja. 329 00:17:33,971 --> 00:17:35,389 Awak perlu ke mana? 330 00:17:35,473 --> 00:17:38,059 Ia tempat asal dalam Bachelorette malam ini. 331 00:17:38,142 --> 00:17:40,561 Kenapa awak tak tipu dan cakap benda hebat? 332 00:17:40,645 --> 00:17:44,649 Alamak! Ya Tuhan, dia selalu buat begini. Tengok dia pergi. 333 00:17:44,732 --> 00:17:49,111 Setiap kali kita ikut dia ke kelab gay, dia sumpah akan dapat atau mati. 334 00:17:49,195 --> 00:17:50,488 Oh, dia akan dapat. 335 00:17:50,571 --> 00:17:53,699 Tuhan. Saya pesan McDonald lebih lama. 336 00:17:54,575 --> 00:17:55,993 Siapa mahu McDonald? 337 00:18:08,923 --> 00:18:11,676 -Saya tak buat begini pada malam pertama. -Sama. 338 00:18:12,218 --> 00:18:14,470 -Awak hanya istimewa. -Benarkah? 339 00:18:14,554 --> 00:18:16,848 Ya. Fokus. 340 00:18:41,998 --> 00:18:44,417 SEMOGA DIA BERBALOI UNTUK TINGGALKAN KAMI. 341 00:18:45,209 --> 00:18:49,922 Memang. Saya terbau dia buatkan sarapan. 342 00:18:50,006 --> 00:18:51,090 Nanti. 343 00:18:53,426 --> 00:18:55,344 Helo! 344 00:18:55,428 --> 00:18:56,429 A... 345 00:18:57,430 --> 00:18:58,681 Amy? 346 00:18:59,682 --> 00:19:00,766 Alison? 347 00:19:01,976 --> 00:19:03,060 Apa nama dia? 348 00:19:05,396 --> 00:19:06,856 Sayang? 349 00:19:11,861 --> 00:19:12,945 Tidak. 350 00:19:14,071 --> 00:19:16,490 Tidak. 351 00:19:17,783 --> 00:19:21,913 Perempuan ini makan daging dan brokoli saya kemudian pergi? 352 00:19:23,247 --> 00:19:24,665 Tak guna! 353 00:19:31,964 --> 00:19:33,132 Hai, Ian. 354 00:19:33,716 --> 00:19:35,635 Ian, bukan? Hai, Ian. 355 00:19:35,718 --> 00:19:38,512 Hai, Ian. 356 00:19:43,601 --> 00:19:46,312 Hai, Ian. Helo. Selamat. 357 00:19:46,395 --> 00:19:48,356 Bagaimana kelas masakan? 358 00:19:48,439 --> 00:19:51,067 Saya harap ia berbaloi. 359 00:19:53,152 --> 00:19:55,363 Apa khabar, kawan? 360 00:19:55,446 --> 00:19:57,323 Saya amat bagus, sayang. 361 00:19:59,533 --> 00:20:01,827 Saya tak begitu bagus. 362 00:20:04,747 --> 00:20:07,667 Oh, Ian, apa khabar? Hei! 363 00:20:11,796 --> 00:20:13,089 Hai, Ian. Apa khabar? 364 00:20:14,924 --> 00:20:17,843 ROBIN - PANGGILAN MASUK 365 00:20:19,011 --> 00:20:20,012 Hei, Robin. 366 00:20:21,639 --> 00:20:24,558 Saya tak boleh. Saya ada parti. Saya perlu pergi… 367 00:20:26,978 --> 00:20:28,521 Satu gelas. Boleh. 368 00:20:34,610 --> 00:20:36,737 Ada orang sudah berparti dahulu. 369 00:20:36,821 --> 00:20:39,407 Hei. Awak suka tequila? 370 00:20:40,032 --> 00:20:41,534 Saya suka tequila. 371 00:20:43,828 --> 00:20:46,789 -Oh, itu untuk saya? -Oh, tidak. 372 00:20:46,872 --> 00:20:49,375 Saya perlu ke majlis pertunangan nanti. 373 00:20:49,458 --> 00:20:50,584 Oh, sungguh baik. 374 00:20:50,668 --> 00:20:53,087 Hei, pelayan bar. Satu lagi sekarang! 375 00:20:53,170 --> 00:20:55,756 -Ya. Cepat. -Tunggu. 376 00:20:56,507 --> 00:20:58,134 Adakah kita akhirnya meraikan? 377 00:20:58,217 --> 00:21:00,970 Adakah ini minuman awak beritahu saya sepenuh masa? 378 00:21:01,053 --> 00:21:03,723 Kalau ya, mangkuk kaca mahal ini milik awak. 379 00:21:03,806 --> 00:21:04,640 Ini dia. 380 00:21:04,724 --> 00:21:06,892 Ini minuman bila saya beritahu awak, 381 00:21:06,976 --> 00:21:09,353 saya baru digantung. Saya keluar. 382 00:21:10,062 --> 00:21:11,355 Tunggu, apa? 383 00:21:12,565 --> 00:21:15,568 -Minuman lagi. Tunggu, apa yang berlaku? -Akan datang. 384 00:21:17,236 --> 00:21:18,738 Masa depan berlaku. 385 00:21:18,821 --> 00:21:21,907 Tetapi bukan kereta terbang, atau percutian di bulan, 386 00:21:21,991 --> 00:21:25,578 kita telah diberi amaran. 387 00:21:25,661 --> 00:21:27,663 -Ini dia. -Saya tak faham. 388 00:21:27,747 --> 00:21:29,290 Kenapa mereka gantung awak? 389 00:21:29,373 --> 00:21:32,251 Sebab apa yang saya cakap sewaktu perarakan semalam. 390 00:21:32,334 --> 00:21:35,671 Lebih kurang. Saya beritahu bahawa pengguguran bukan baharu, 391 00:21:35,755 --> 00:21:39,717 ia antara cara wanita mengawal kebolehan untuk hamil, 392 00:21:39,800 --> 00:21:43,137 dan seseorang menjerit, "Bukan semua wanita boleh hamil!". 393 00:21:43,220 --> 00:21:45,765 Saya kata, "Maksud saya biologinya wanita!" 394 00:21:45,848 --> 00:21:49,977 Kemudian, seseorang menjawab, "Biologi adalah hujah Barat," 395 00:21:50,061 --> 00:21:52,813 dan saya tak tahu apa mereka cakapkan. 396 00:21:52,897 --> 00:21:55,900 Tiba-tiba, saya dalam debat apa itu wanita, 397 00:21:55,983 --> 00:21:57,109 apa bukan wanita, 398 00:21:57,193 --> 00:22:00,321 yang tiada kena mengena dengan ucapan. 399 00:22:00,404 --> 00:22:03,741 Kemudian, Pertubuhan Wanita Trans Amerika 400 00:22:03,824 --> 00:22:06,911 hantar kenyataan yang saya patut dilarang di ucapan awam 401 00:22:06,994 --> 00:22:08,788 kerana sebut mereka bukan wanita, 402 00:22:08,871 --> 00:22:11,207 kemudian, Tabung Bela Ketidaksuburan kata, 403 00:22:11,290 --> 00:22:13,334 saya tak serius dengan kesusahan mereka, 404 00:22:13,417 --> 00:22:17,755 dan Perikatan Pemandulan Strategik kata, 405 00:22:17,838 --> 00:22:20,341 saya memalukan mereka kerana tak mahu anak, 406 00:22:20,424 --> 00:22:24,428 kemudian, saya dapat surat daripada SPCA. 407 00:22:24,512 --> 00:22:29,058 Ia kata, saya tak dibenarkan membela anjing untuk lima tahun akan datang. 408 00:22:29,141 --> 00:22:30,768 Tapi awak boleh bela kucing. 409 00:22:30,851 --> 00:22:33,104 Tiada siapa mahukan kucing, Camille! 410 00:22:34,063 --> 00:22:38,609 Perarakan besar-besaran ini, huru-hara sekelip mata. 411 00:22:40,319 --> 00:22:42,488 Maafkan saya. Alamak. 412 00:22:43,489 --> 00:22:46,033 Mereka akan hantar pengganti saya minggu depan. 413 00:22:46,659 --> 00:22:48,494 -Tentang kenaikan pangkat… -Nanti. 414 00:22:49,161 --> 00:22:51,789 Apa kesannya kepada masa depan saya? 415 00:22:52,373 --> 00:22:53,707 Saya tak tahu, Camille. 416 00:22:53,791 --> 00:22:56,210 Walau apa pun, saya jamin, 417 00:22:56,293 --> 00:22:59,421 ia lebih bagus daripada saya. 418 00:22:59,505 --> 00:23:02,925 Hei, tequila lagi. Ia bagus. 419 00:23:41,630 --> 00:23:42,631 Camille! 420 00:23:43,716 --> 00:23:44,717 Hai! 421 00:23:45,885 --> 00:23:49,680 Romantik tak? Saya dan Paul tonton Titanic paling tak sekali seminggu. 422 00:23:49,763 --> 00:23:50,723 Ya. 423 00:23:51,265 --> 00:23:53,225 Bukankah dia akhirnya mati? 424 00:23:53,309 --> 00:23:55,686 Jangan bawa tenaga negatif ke parti saya. 425 00:23:55,769 --> 00:23:58,147 -Sudah tentu tidak. -Okey. 426 00:23:58,230 --> 00:24:01,400 Tapi, saya mendapat khabar pelik dan buruk pasal kerja, 427 00:24:01,483 --> 00:24:05,279 jadi saya nak ucapkan tahniah dan nak berikan awak hadiah ini. 428 00:24:06,238 --> 00:24:08,324 Jadi, awak datang parti pertunangan saya 429 00:24:08,407 --> 00:24:10,576 untuk beritahu awak tak mahu datang? 430 00:24:10,659 --> 00:24:13,954 Bukan. Saya mahu datang, cuma… 431 00:24:14,038 --> 00:24:16,790 Bagus. Saya beritahu penasihat kerohanian saya, 432 00:24:16,874 --> 00:24:19,793 ada dua orang saya nak jumpa malam ini, awak… 433 00:24:19,877 --> 00:24:22,880 Ian! Itu, Ian! 434 00:24:34,141 --> 00:24:35,309 …nampak hebat. 435 00:24:37,645 --> 00:24:38,646 Alamak. 436 00:24:42,441 --> 00:24:43,567 Bangga dengan awak. 437 00:24:46,695 --> 00:24:47,613 Camille. 438 00:24:51,951 --> 00:24:52,952 Camille. 439 00:24:56,038 --> 00:24:56,872 Ian! 440 00:24:57,873 --> 00:24:58,791 Hai. 441 00:25:00,542 --> 00:25:03,587 Tak apa. Itu janggal. 442 00:25:05,089 --> 00:25:07,466 Maaf, saya tak pasti etika sepatutnya. 443 00:25:07,549 --> 00:25:09,843 Benar. Atau ex-tika. 444 00:25:10,844 --> 00:25:13,514 -Sebab kita bekas, jadi… -Itu kita. 445 00:25:13,597 --> 00:25:15,474 Ya, itu bodoh. 446 00:25:16,809 --> 00:25:18,394 -Jadi, hai. -Hei. 447 00:25:18,477 --> 00:25:21,939 -Berapa lama awak bercuti? -Oh, tak, saya pulang. Selamanya. 448 00:25:24,066 --> 00:25:25,067 Wau. 449 00:25:26,151 --> 00:25:29,029 -Tiada tuah mencari tandas. -Oh, okey. 450 00:25:29,738 --> 00:25:32,616 -Ini Mira. Mira, Camille. -Awak cantik. 451 00:25:33,492 --> 00:25:35,703 Saya menahan kencing sepanjang jalan. 452 00:25:35,786 --> 00:25:37,288 Awak nampak tandas? 453 00:25:40,207 --> 00:25:44,169 Terima kasih, Maksud saya, tak, saya tak jumpa tandas. 454 00:25:44,253 --> 00:25:47,965 Saya berterima kasih sebab kata saya cantik. 455 00:25:48,048 --> 00:25:50,551 -Awak jelita. -Awak sungguh baik. 456 00:25:50,634 --> 00:25:51,552 Ian? 457 00:25:52,344 --> 00:25:54,388 -Mari kita cari tandas. -Ya. 458 00:25:54,471 --> 00:25:56,432 -Kita jumpa nanti? -Ya. 459 00:25:56,515 --> 00:25:59,059 Cuba tahan saya 460 00:25:59,727 --> 00:26:02,855 sehingga kita jumpa nanti. 461 00:26:02,938 --> 00:26:05,107 Okey, berhenti bercakap, Camille. 462 00:26:05,816 --> 00:26:08,360 CAMILLE - PANGGILAN MASUK 463 00:26:08,444 --> 00:26:11,947 Kawan, saya memang nak telefon awak. 464 00:26:12,031 --> 00:26:14,408 -Ian bawa teman. -Oh, tidak. 465 00:26:14,491 --> 00:26:17,202 Dalam skala kosong ke Rihanna, betapa buruk rupanya? 466 00:26:17,286 --> 00:26:20,789 -Dia orang British, Tye. -Oh, dia pilih Kate Middleton. 467 00:26:20,873 --> 00:26:23,500 Dia bukan ke sini untuk parti, dia sudah kembali, 468 00:26:23,584 --> 00:26:24,668 tapi ia tak bagus. 469 00:26:24,752 --> 00:26:27,963 Saya melarikan diri kembali. Saya sembunyi di dapur. 470 00:26:28,047 --> 00:26:30,841 -Saya gadis biasa itu. -Awak mahu saya datang bantu? 471 00:26:30,924 --> 00:26:33,135 Tidak. Saya perlu keluar. 472 00:26:33,218 --> 00:26:35,721 Lama dia berdiri di pintu keluar. 473 00:26:35,804 --> 00:26:38,307 Sebaik sahaja dia bergerak, saya akan lari. 474 00:26:38,390 --> 00:26:41,977 Awak tahu tak? Saya juga mungkin tak naik pangkat. 475 00:26:42,061 --> 00:26:43,228 Apa yang berlaku? 476 00:26:43,312 --> 00:26:45,481 Ini pasti benda Zuhal di tangan saya. 477 00:26:45,564 --> 00:26:47,149 Oh tidak, ini teruk. 478 00:26:47,232 --> 00:26:50,277 Awak percaya tilikan sepupu saya? 479 00:26:50,361 --> 00:26:54,156 Tapi memang ada sesuatu berlaku. Gadis yang ikut saya balik dari kelab? 480 00:26:54,239 --> 00:26:58,077 Dia guna saya, makan makanan saya, kemudian, dia pergi. 481 00:26:58,160 --> 00:27:02,247 Tiada nota, tiada teks, tak ada apa. Dia ingat dia siapa? Saya? 482 00:27:02,331 --> 00:27:04,833 -Itu pun awak. -Hei. Okey. 483 00:27:04,917 --> 00:27:08,170 Masa permainan. Mari ikut kami untuk pusingan yang seronok, 484 00:27:08,253 --> 00:27:09,963 "Siapa Paling Kenal Brittany?". 485 00:27:10,047 --> 00:27:12,591 -Saya kenal. -Awak kenal? 486 00:27:12,674 --> 00:27:15,260 -Ya. Okey. -Okey. 487 00:27:17,763 --> 00:27:19,848 -Saya perlu keluar. -Tarik nafas. 488 00:27:19,932 --> 00:27:22,768 Jangan buat perangai Camille. 489 00:27:24,061 --> 00:27:26,605 Baik. Apa? 490 00:27:26,688 --> 00:27:29,274 Mari cuba sekali lagi. Ini pasti betul. 491 00:27:29,858 --> 00:27:33,612 Apakah filem Bette Midler kegemaran Brittany? 492 00:27:33,695 --> 00:27:36,281 Bukan, Paul, tak guna! 493 00:27:36,365 --> 00:27:39,118 Kenapa awak tak ingat saya paling suka Beaches? 494 00:27:39,201 --> 00:27:40,577 Awak beritahu ia Hocus… 495 00:27:52,923 --> 00:27:53,882 Awak nak ke mana? 496 00:27:57,386 --> 00:27:58,429 Hai. 497 00:27:59,596 --> 00:28:02,808 Saya ada hal lain perlu buat… 498 00:28:02,891 --> 00:28:04,268 Tak, awak tak ada. 499 00:28:05,060 --> 00:28:09,273 Tak, saya tak ada. Tapi parti ini teruk. 500 00:28:09,356 --> 00:28:11,525 Parti Paul dan Brittany, apa awak jangka? 501 00:28:12,025 --> 00:28:15,863 -Sudah tentu, awak di luar sini, khayal. -Tenang. Ia sah sekarang. 502 00:28:15,946 --> 00:28:18,949 -Tak, ia tak sah. -Awak cakap macam ibu saya. 503 00:28:21,243 --> 00:28:23,954 -Regina apa khabar? -Masih selalu bertanyakan awak. 504 00:28:24,580 --> 00:28:25,581 Nah. 505 00:28:26,748 --> 00:28:28,459 Awak takkan ditangkap. 506 00:28:39,011 --> 00:28:41,388 Tunggu. Perlahan-lahan. 507 00:28:44,850 --> 00:28:47,769 Rasanya waktu terakhir saya amat khayal dengan awak. 508 00:28:47,853 --> 00:28:48,770 Tidak. 509 00:28:49,313 --> 00:28:50,355 -Ya. -Ya? 510 00:28:51,273 --> 00:28:52,691 Permainan di Britt dan Paul. 511 00:28:53,525 --> 00:28:54,610 Masih ingat? 512 00:28:54,693 --> 00:28:58,447 Oh, aduhai. Boleh awak bayangkan betapa pelik perkahwinan itu nanti? 513 00:28:58,530 --> 00:29:00,824 -Ya. -Dengarnya ada pejalan tiang. 514 00:29:00,908 --> 00:29:02,117 -Ya Tuhan. -Ya. 515 00:29:02,201 --> 00:29:04,995 Saya perlu berpura-pura sakit untuk tak hadir. 516 00:29:05,078 --> 00:29:07,164 -Saya hampir buat malam ini. -Saya juga. 517 00:29:09,958 --> 00:29:11,543 Saya nampak awak malam lepas. 518 00:29:12,169 --> 00:29:14,421 Di mikrofon terbuka, saya diamkan saja. 519 00:29:14,505 --> 00:29:15,380 Benarkah? 520 00:29:16,423 --> 00:29:17,549 Itu pelik. 521 00:29:19,051 --> 00:29:20,719 Kenapa awak tak tegur? 522 00:29:21,303 --> 00:29:22,346 Saya cuma… 523 00:29:23,138 --> 00:29:24,056 Entahlah. 524 00:29:25,849 --> 00:29:26,934 Melihat awak bagai… 525 00:29:28,227 --> 00:29:29,937 Saya menjadi lemah. 526 00:29:30,020 --> 00:29:30,896 Ya. 527 00:29:30,979 --> 00:29:33,649 Banyak untuk diucapkan, saya tak tahu mana nak mula. 528 00:29:36,235 --> 00:29:38,362 Saya berharap awak datang malam ini. 529 00:29:40,656 --> 00:29:42,658 -Awak nampak cantik. -Terima kasih. 530 00:29:43,242 --> 00:29:44,326 Awak juga. 531 00:29:45,285 --> 00:29:46,245 Macam saya ingat. 532 00:29:48,664 --> 00:29:51,959 -Kecuali, awak potong rambut. -Awak suka? 533 00:29:55,254 --> 00:29:57,214 Ya, sesuai untuk awak. 534 00:29:58,006 --> 00:29:59,007 Terima kasih. 535 00:30:02,678 --> 00:30:06,306 Saya patut beredar sebab saya ada… 536 00:30:06,390 --> 00:30:08,809 Kerja dan benda saya perlu… 537 00:30:08,892 --> 00:30:11,687 -Ya. Saya akan… Pergi. -Tunggu, kalau awak mahu. 538 00:30:29,079 --> 00:30:30,163 Dah selesai merokok? 539 00:30:31,582 --> 00:30:33,083 Permainan parti dah tamat. 540 00:30:33,709 --> 00:30:35,294 Berakhir dengan tangisan. 541 00:30:35,377 --> 00:30:36,587 Ia sungguh kelakar. 542 00:30:38,046 --> 00:30:40,132 Orang ini tak suka permainan. 543 00:30:41,842 --> 00:30:43,302 Oh, benarkah? 544 00:30:47,598 --> 00:30:49,474 Jadi, saya jumpa awak nanti. 545 00:30:50,267 --> 00:30:51,351 -Ya. -Okey. Ya. 546 00:30:51,435 --> 00:30:53,937 -Gembira bertemu awak. -Ya, selamat tinggal. 547 00:30:54,021 --> 00:30:57,357 Alamak. Saya dah tak sabar nak menari. 548 00:30:57,941 --> 00:30:58,942 Ya? 549 00:30:59,943 --> 00:31:01,987 Awak kena menari dengan saya. 550 00:31:02,070 --> 00:31:03,655 -Sudah tentu. -Okey, bagus. 551 00:31:27,346 --> 00:31:30,015 Camillep - @DoctorCParks 274k Hantaran 142k Pengikut 552 00:31:30,098 --> 00:31:34,353 Bagaimana sebuah pulau kecil simpan banyak kenangan silam? #HarlemSelamanya 553 00:32:00,671 --> 00:32:01,505 Hei. 554 00:32:02,422 --> 00:32:03,256 Hei. 555 00:32:05,842 --> 00:32:08,679 Saya ingat nak telefon, tapi awak tukar nombor. 556 00:32:08,762 --> 00:32:11,682 Ya, saya dapat banyak panggilan dari China. 557 00:32:11,765 --> 00:32:13,850 Mereka mungkin dari mana-mana saja, 558 00:32:13,934 --> 00:32:16,561 tapi yang telefon bercakap bahasa China. 559 00:32:16,645 --> 00:32:20,065 Saya tak tahu apa dia mahu. Sampai saya nak belajar bahasa China 560 00:32:20,148 --> 00:32:23,110 supaya boleh beritahu saya bukan orang yang dicarinya. 561 00:32:23,193 --> 00:32:24,695 Kenapa saya membebel hal ini? 562 00:32:25,696 --> 00:32:29,491 -Saya perlu luahkan sesuatu. -Tunggu. Saya dulu. 563 00:32:32,244 --> 00:32:34,037 Saya pun nampak awak di acara itu 564 00:32:34,746 --> 00:32:37,165 dan saya takut mahu tegur 565 00:32:38,291 --> 00:32:42,087 kerana saya mungkin bukan sahaja menegur. Saya mungkin cium awak. 566 00:32:43,046 --> 00:32:44,089 Macam saya dah buat. 567 00:32:44,715 --> 00:32:47,008 Dan kata, saya buat kesilapan. 568 00:32:48,051 --> 00:32:50,804 Saya tahu. Kawan-kawan saya tahu. Kami tak cakap, 569 00:32:52,848 --> 00:32:54,266 tapi ia satu kesilapan. 570 00:32:55,517 --> 00:32:57,185 Sepatutnya saya mencuba. 571 00:32:57,269 --> 00:33:00,522 Saya tak patut biarkan jarak memisahkan kita. 572 00:33:01,898 --> 00:33:03,608 Sekarang awak dah kembali, 573 00:33:05,902 --> 00:33:07,863 saya rasa kita patut cuba sekali lagi. 574 00:33:16,079 --> 00:33:18,540 Okey. Saya dah luahkan perasaan saya. 575 00:33:18,623 --> 00:33:21,418 Giliran awak. Ia dipanggil resiprositi. Cakap sesuatu. 576 00:33:23,295 --> 00:33:24,880 -Camille… -Ya. 577 00:33:26,798 --> 00:33:28,133 Saya dah bertunang. 578 00:34:47,420 --> 00:34:49,422 Terjemahan sari kata oleh A.Jaaffar 579 00:34:49,506 --> 00:34:51,508 Penyelia Kreatif JuLeeDya