1 00:00:06,068 --> 00:00:07,945 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:48,986 --> 00:00:50,738 JEPUN 1583 3 00:00:50,821 --> 00:00:53,324 Selepas menyatukan sebahagian besar Jepun, 4 00:00:53,407 --> 00:00:56,243 samurai Oda Nobunaga yang menakutkan telah mati. 5 00:00:58,204 --> 00:00:59,997 Penyokong setianya, Hideyoshi 6 00:01:00,081 --> 00:01:03,084 telah melancarkan rampasan kuasa dan membolot kuasa. 7 00:01:04,919 --> 00:01:06,045 Akibat berang, 8 00:01:06,128 --> 00:01:10,841 Jeneral Katsuie yang berkuasa melancarkan usahanya sendiri untuk mengawal negara. 9 00:01:12,093 --> 00:01:17,098 Dia telah memusnahkan tiga buah kubu yang mengawal laluan ke tanah musuh. 10 00:01:18,349 --> 00:01:19,683 Dua kubu telah tumpas. 11 00:01:20,142 --> 00:01:23,062 Yang ketiga, Shizugatake, masih kekal. 12 00:01:25,272 --> 00:01:28,526 Untuk merampasnya, dia hantar anak saudaranya, Morimasa. 13 00:01:29,443 --> 00:01:32,696 Jika dia berjaya, habislah Hideyoshi. 14 00:01:36,283 --> 00:01:39,787 JEPUN 1583 15 00:01:44,291 --> 00:01:50,297 Sakuma Morimasa tahu betapa pentingnya untuk menawan kubu Shizugatake… 16 00:01:53,425 --> 00:01:55,594 namun kubu itu tetap bertahan. 17 00:02:02,434 --> 00:02:04,520 Semakin lama ia bertahan, 18 00:02:04,603 --> 00:02:08,649 peluang buat Hideyoshi untuk menyelamatkannya adalah lebih tinggi. 19 00:02:17,825 --> 00:02:21,203 Masalahnya dengan pengepungan ialah, jika anda dikepung, 20 00:02:21,287 --> 00:02:25,291 anda sangat terdedah kepada serangan oleh pasukan bantuan. 21 00:02:25,374 --> 00:02:28,627 Tumpuan anda sepenuhnya pada istana ini, seperti yang sepatutnya, 22 00:02:28,711 --> 00:02:31,881 ia bermakna, anda membelakangkan dunia. 23 00:02:38,512 --> 00:02:41,724 Shibata Katsuie sangat bimbang… 24 00:02:44,935 --> 00:02:47,980 hinggakan dia hantar utusan kepada Sakuma 25 00:02:48,063 --> 00:02:51,025 yang mengatakan, "Abaikan pengepungan Shizugatake." 26 00:02:51,108 --> 00:02:54,904 "Duduki salah satu daripada dua kubu yang kamu telah tawan." 27 00:02:58,324 --> 00:03:02,244 Morimasa tak pedulikan arahan itu. 28 00:03:02,328 --> 00:03:05,623 Dia percaya dia ada masa untuk meneruskan pengepungan. 29 00:03:12,796 --> 00:03:16,675 "Shizugatake akan menjadi milik saya sebelum malam menjelang." 30 00:03:16,759 --> 00:03:19,845 Itulah mesej yang dihantar kepada tuannya. 31 00:03:25,059 --> 00:03:27,269 Shibata tak yakin. 32 00:03:31,106 --> 00:03:36,153 Dia tahu yang Sakuma Morimasa amat terdedah kepada serangan dari belakang 33 00:03:36,237 --> 00:03:38,155 oleh tentera Hideyoshi. 34 00:03:40,491 --> 00:03:44,161 Walaupun dia dari kelas paling rendah antara pahlawan samurai, 35 00:03:44,245 --> 00:03:47,915 Hideyoshi membuktikan dirinya jeneral yang sangat strategik. 36 00:03:47,998 --> 00:03:49,667 Seorang pakar taktik. 37 00:03:51,085 --> 00:03:52,962 Dia komander yang amat berbakat 38 00:03:53,045 --> 00:03:55,714 dengan reputasi yang terbukti di medan perang. 39 00:03:59,760 --> 00:04:04,682 Apabila mesej yang tiba memberitahu dia apa yang berlaku di Shizugatake… 40 00:04:06,642 --> 00:04:10,479 dia memutuskan bahawa ini adalah saat untuk dia merampas. 41 00:04:11,272 --> 00:04:12,606 Masa untuk pergi! 42 00:04:12,690 --> 00:04:17,236 Hideyoshi memberitahu utusan yang  dia akan hantar bantuan segera… 43 00:04:17,319 --> 00:04:18,821 SEJARAWAN 44 00:04:18,904 --> 00:04:22,199 …jadi mereka perlu bertahan. 45 00:04:23,284 --> 00:04:24,660 Ikut saya! 46 00:04:29,873 --> 00:04:34,878 Hideyoshi terkenal kerana kebolehannya menggerakkan tentera dengan cepat, 47 00:04:36,422 --> 00:04:39,300 jadi dia memutuskan, jika dia dapat bawa tentera ke Shizugatake, 48 00:04:39,383 --> 00:04:44,471 dia mungkin ada ruang untuk serang balas, untuk hancurkan tentera yang mengepung 49 00:04:44,555 --> 00:04:47,224 dan memenangi kelebihan untuk dirinya sendiri. 50 00:04:52,896 --> 00:04:57,192 Kali pertama Morumasa Sakuma dapat tahu apa yang berlaku 51 00:04:57,818 --> 00:04:59,945 adalah ketika dia meninjau lembah… 52 00:05:02,406 --> 00:05:04,867 dan nampak ratusan samurai Hideyoshi 53 00:05:04,950 --> 00:05:08,162 berkawat menaiki laluan gunung yang sering dilalui. 54 00:05:10,998 --> 00:05:13,667 Ia satu kejutan besar buat Morimasa. 55 00:05:13,751 --> 00:05:16,462 Dia cuba sedaya-upaya mengatur semula tenteranya, 56 00:05:16,545 --> 00:05:20,341 untuk meletakkan pertahanan kukuh menentang kemaraan Hideyoshi… 57 00:05:23,427 --> 00:05:25,429 tapi ia dah terlewat. 58 00:05:32,519 --> 00:05:35,606 Askar Morimasa benar-benar tak teratur. 59 00:05:39,151 --> 00:05:43,322 Dan tentera Hideyoshi mempunyai kelebihan dengan serangan mengejut. 60 00:05:55,209 --> 00:06:00,464 Pertarungan Shizugatake adalah pertarungan bersemuka yang amat sengit. 61 00:06:02,174 --> 00:06:04,301 Ia adalah pembunuhan beramai-ramai… 62 00:06:05,344 --> 00:06:07,596 di satu ruang yang amat sempit. 63 00:06:16,063 --> 00:06:17,147 Saya menang. 64 00:06:17,981 --> 00:06:21,110 Nyawa Katsuie berada dalam tangan saya! 65 00:06:24,154 --> 00:06:27,032 Tak lama kemudian, askar Sakuma lari dari gunung itu 66 00:06:27,616 --> 00:06:30,786 untuk berlindung di istana Shibata. 67 00:06:30,869 --> 00:06:33,747 Tentera Hideyoshi mengejar. 68 00:06:44,341 --> 00:06:49,430 Selepas tiga hari dikepung, Shibata Katsuie tahu dia tiada harapan. 69 00:06:51,098 --> 00:06:57,479 Akhirnya Katsuie terpaksa memilih kematian. 70 00:06:57,563 --> 00:07:02,901 Jadi, dia melakukan seppuku. 71 00:07:11,452 --> 00:07:16,206 Kemenangan Hideyoshi di Shizugatake adalah pertarungan mutlak. 72 00:07:17,082 --> 00:07:21,420 Kini, Hideyoshi adalah pemerintah de facto Jepun 73 00:07:21,503 --> 00:07:25,340 dan pewaris wilayah Oda Nobunaga. 74 00:07:42,191 --> 00:07:45,486 Hideyoshi ialah figura yang jarang ditemui dalam sejarah politik, 75 00:07:45,569 --> 00:07:49,156 yang boleh dikatakan mempunyai visi. 76 00:07:49,239 --> 00:07:54,912 Untuk merasakan kemungkinan baru melangkaui segala yang pernah orang lalui. 77 00:07:59,458 --> 00:08:01,001 Kita perlu ingat, 78 00:08:01,084 --> 00:08:04,796 perang saudara itu telah berlanjutan selama seabad di Jepun. 79 00:08:05,422 --> 00:08:07,841 Semua yang masih hidup di Jepun tahu berperang, 80 00:08:07,925 --> 00:08:11,428 dan Hideyoshi cuba mencipta sistem politik yang stabil, 81 00:08:11,512 --> 00:08:14,348 yang mana perang saudara boleh ditamatkan. 82 00:08:16,308 --> 00:08:20,687 Meskipun Hideyoshi telah menjadi daimyo paling berkuasa di Jepun, 83 00:08:20,771 --> 00:08:22,523 dia masih dalam bahaya. 84 00:08:22,606 --> 00:08:26,318 Ada daimyo yang hebat yang mahu mengambil alih kuasa. 85 00:08:27,361 --> 00:08:29,363 Kemudian, ada Tokugawa Ieyasu, 86 00:08:30,030 --> 00:08:33,325 yang perlu dibentuk satu perikatan dengannya. 87 00:08:37,204 --> 00:08:39,540 Jadi, dia masih belum selamat. 88 00:08:43,627 --> 00:08:47,631 Walaupun mereka sama-sama bertarung di samping Nobunaga 89 00:08:47,714 --> 00:08:49,174 dalam banyak peperangan… 90 00:08:51,969 --> 00:08:55,597 Ieyasu bukanlah orang bawahan Nobunaga, 91 00:08:55,681 --> 00:08:56,765 dia adalah sekutu. 92 00:08:58,475 --> 00:09:01,979 Jadi, ia agak menjengkelkan Ieyasu 93 00:09:02,062 --> 00:09:04,565 apabila ada orang bawahan Nobunaga 94 00:09:05,190 --> 00:09:08,902 tiba-tiba bertindak seolah-olah dia berkuasa di seluruh Jepun. 95 00:09:14,700 --> 00:09:17,035 Ieyasu ada cita-citanya sendiri 96 00:09:17,119 --> 00:09:21,206 untuk mungkin menggantikan Hideyoshi dan menjadi lelaki paling berkuasa di Jepun. 97 00:09:26,795 --> 00:09:29,631 Dia seorang pakar strategi yang sabar. 98 00:09:29,715 --> 00:09:33,802 Dia tahu dia perlu menyerang dan mengerahkan angkatan tenteranya 99 00:09:33,885 --> 00:09:36,013 apabila dia lebih berkuasa. 100 00:09:37,764 --> 00:09:42,519 Jadi, dia perlu bersekutu dengan daimyo yang betul untuk kalahkan Hideyoshi. 101 00:09:42,603 --> 00:09:46,148 Ieyasu melihat langkah terbaiknya adalah memberi sokongan 102 00:09:46,231 --> 00:09:49,776 kepada anak kedua Oda Nobunaga, Oda Nobukatsu. 103 00:09:52,362 --> 00:09:57,200 Tuntutan Oda Nobukatsu adalah semata-mata dia pewaris sebenar Nobunaga, 104 00:09:57,784 --> 00:10:01,204 dan Hideyoshi telah melakukan rampasan kuasa secara haram. 105 00:10:03,999 --> 00:10:08,712 Tokugawa Ieyasu melihat perikatannya dengan Oda Nobukatsu 106 00:10:08,795 --> 00:10:13,717 sebagai peluang untuk tumpaskan Hideyoshi sebelum dia menjadi terlalu berkuasa. 107 00:10:17,804 --> 00:10:20,515 Dan mungkin dia rasa apabila masanya sesuai, 108 00:10:20,599 --> 00:10:24,353 dia akan singkirkan Nobukatsu dan ambil alih kuasa. 109 00:10:27,314 --> 00:10:29,483 Ia satu pertaruhan buat Ieyasu. 110 00:10:29,566 --> 00:10:33,737 Dia mempunyai reputasi sebagai pemikir yang penyabar dan teliti, 111 00:10:34,571 --> 00:10:38,283 namun, ada kalanya, pemikir yang sabar perlu juga ambil risiko, 112 00:10:38,867 --> 00:10:42,704 dan barangkali ini pertaruhan paling besar dalam kerjaya Ieyasu. 113 00:10:47,709 --> 00:10:50,337 Dengan sokongan tentera Nobukatsu, 114 00:10:50,420 --> 00:10:54,716 Ieyasu mengetuai tenteranya menentang angkatan Hideyoshi yang lebih besar. 115 00:10:56,009 --> 00:11:00,389 Terdapat beberapa pertembungan berdarah, tapi ia berakhir dengan kebuntuan. 116 00:11:00,472 --> 00:11:02,557 Rancangan Ieyasu memakan dirinya. 117 00:11:04,434 --> 00:11:07,396 Kini, dengan harapan dapat selamatkan saki baki tenteranya 118 00:11:07,479 --> 00:11:12,776 dan barangkali hidup sehari lagi, Ieyasu yang licik bertaruh lagi. 119 00:11:13,485 --> 00:11:17,781 Dia putuskan untuk bertemu Hideyoshi dan lihat jika mereka boleh berdamai. 120 00:11:36,842 --> 00:11:39,678 Ini mungkin membawa maut buat Ieyasu. 121 00:11:39,761 --> 00:11:42,806 Ada kemungkinan yang Hideyoshi akan mengkhianatinya. 122 00:11:57,362 --> 00:11:59,156 Pertemuan dengan Hideyoshi itu 123 00:11:59,239 --> 00:12:02,659 memberikan Hideyoshi peluang  untuk membunuhnya. 124 00:12:05,245 --> 00:12:08,457 Saya yakin masing-masing tak percayakan satu sama lain. 125 00:12:22,220 --> 00:12:27,058 Dari sudut pandangan Hideyoshi, ada kelebihannya jika berbaik dengan Ieyasu. 126 00:12:27,601 --> 00:12:31,146 Dia ada tentera yang besar, dan terbukti dia jeneral hebat. 127 00:12:31,229 --> 00:12:35,066 Jadi, baginya, ada kelebihan jika Ieyasu menjadi sekutunya. 128 00:12:39,196 --> 00:12:41,865 Ieyasu akan tunduk hanya pada nama 129 00:12:41,948 --> 00:12:45,327 dan akui Hideyoshi adalah ketuanya, 130 00:12:45,410 --> 00:12:47,871 sebagai balasan untuk tamatkan permusuhan 131 00:12:47,954 --> 00:12:50,999 dan dapatkan kedudukan hampir sebagai orang kanan Hideyoshi. 132 00:12:56,254 --> 00:13:00,008 Jadi mereka lakukan perkara tradisi, iaitu bertukar tebusan. 133 00:13:00,592 --> 00:13:04,679 Ieyasu serahkan anak keduanya kepada Hideyoshi untuk dijadikan anak angkat. 134 00:13:09,559 --> 00:13:14,356 Hideyoshi serahkan ibu yang amat dia sayangi kepada Ieyasu. 135 00:13:15,607 --> 00:13:19,152 Prinsip di sebalik sistem tebusan itu agak mudah… 136 00:13:19,861 --> 00:13:24,574 Jika pihak satu lagi hancurkan keamanan, maka tebusan itu akan dihukum bunuh. 137 00:13:30,872 --> 00:13:31,957 Hideyoshi bertaruh 138 00:13:32,040 --> 00:13:35,001 yang dia boleh kekalkan perikatan ini dengan Ieyasu 139 00:13:35,085 --> 00:13:37,671 dan Ieyasu takkan jadi terlalu kuat 140 00:13:37,754 --> 00:13:40,257 untuk mencabarnya dan jadi yang terulung. 141 00:13:42,300 --> 00:13:45,178 Selepas berdekad-dekad peperangan di Jepun, 142 00:13:45,262 --> 00:13:47,973 semua daimyo ini tak percayakan satu sama lain. 143 00:13:48,390 --> 00:13:53,353 Perlu ada perubahan di mana mereka terima hakikat yang mereka boleh hidup bersama, 144 00:13:54,229 --> 00:13:59,317 dan bukannya musnahkan satu sama lain. Itulah yang anda lihat ketika ini. 145 00:14:06,783 --> 00:14:08,326 Perikatan yang penting ini 146 00:14:08,410 --> 00:14:11,663 membolehkan Ieyasu melindungi rusuk timur Hideyoshi, 147 00:14:12,372 --> 00:14:16,293 seterusnya Hideyoshi boleh fokus kepada menyatukan pusat negara. 148 00:14:19,337 --> 00:14:23,008 Tapi untuk menyatukan negara,  Hideyoshi perlukan keabsahan. 149 00:14:30,223 --> 00:14:33,226 Tiada persoalan yang Hideyoshi layak berada di atas, 150 00:14:34,144 --> 00:14:37,439 tapi jelas sekali, dalam masyarakat yang masih pentingkan 151 00:14:37,522 --> 00:14:39,482 gelaran, martabat dan keturunan, 152 00:14:40,066 --> 00:14:43,528 Hideyoshi berdepan halangan yang kelihatan sukar diatasi. 153 00:14:46,740 --> 00:14:51,119 Keabsahan sebenar di Jepun datangnya daripada figura seorang Maharaja, 154 00:14:51,202 --> 00:14:57,083 tapi figura maharaja tersebut pada asasnya hanyalah sebuah simbolik, 155 00:14:57,167 --> 00:14:58,710 dan bukannya pemerintah. 156 00:14:58,793 --> 00:15:03,924 Hasilnya, sepanjang sejarah Jepun, kuasa seringkali dipegang oleh perdana menteri. 157 00:15:04,007 --> 00:15:07,302 Bagi kes Hideyoshi, dia nampak cara untuk sahkan kuasanya 158 00:15:07,385 --> 00:15:09,220 iaitu menjadi perdana menteri. 159 00:15:13,558 --> 00:15:17,479 Tapi, untuk menjadi perdana menteri, keturunannya perlulah betul. 160 00:15:17,562 --> 00:15:20,982 Dia perlu lahir dari satu cabang spesifik dalam keluarga bangsawan Fujiwara. 161 00:15:21,066 --> 00:15:24,152 Sebagai anak petani, Hideyoshi bukanlah orangnya. 162 00:15:26,613 --> 00:15:32,786 Keluarga Fujiwara telah menguasai istana selama sekurang-kurangnya 400 tahun. 163 00:15:34,704 --> 00:15:38,625 Strategi Toyotomi Hideyoshi ialah bekerjasama rapat dengan istana. 164 00:15:48,635 --> 00:15:53,723 Dia minta istana untuk tunjukkan keturunan keluarga yang ada 165 00:15:53,807 --> 00:15:56,434 dan perkara lain yang membantunya mendapat keabsahan. 166 00:15:59,270 --> 00:16:01,690 Sebagai balasan, dia akan bantu istana 167 00:16:01,773 --> 00:16:04,275 untuk bina semula istana yang telah musnah 168 00:16:04,359 --> 00:16:06,027 dan membina martabat istana. 169 00:16:22,002 --> 00:16:25,630 Yang misterinya, pihak istana menemui dokumen yang membuktikan 170 00:16:25,714 --> 00:16:30,301 bahawa Hideyoshi adalah sebenarnya keturunan keluarga bangsawan Fujiwara. 171 00:16:36,891 --> 00:16:41,563 Dia mereka keturunan baru yang palsu untuk dirinya. 172 00:16:47,485 --> 00:16:49,863 Dengan mengaku dirinya seorang Fujiwara, 173 00:16:49,946 --> 00:16:53,324 Hideyoshi berjaya menuntut gelaran Perdana Menteri. 174 00:17:03,460 --> 00:17:08,298 Kebangkitan pantas Hideyoshi menjadikannya lelaki paling berkuasa di Jepun. 175 00:17:09,841 --> 00:17:13,636 Dalam hanya lima tahun, dia berjaya meluaskan wilayahnya 176 00:17:13,720 --> 00:17:16,765 daripada satu pertiga negara kepada separuh, 177 00:17:16,848 --> 00:17:19,225 kini dia mahu merampas yang selebihnya. 178 00:17:19,851 --> 00:17:24,105 Tapi musuh yang kuat masih menentang cubaannya untuk mengawal sepenuhnya. 179 00:17:24,647 --> 00:17:29,694 Di timur, puak Hōjō menganggap diri mereka sebagai pemerintah sebenar Jepun 180 00:17:29,778 --> 00:17:34,699 dan di utara, dari dalam puak Date, seorang pencabar baru semakin meningkat, 181 00:17:35,617 --> 00:17:41,039 seorang pemimpin muda, bercita-cita tinggi dan berani nekad menghalang Hideyoshi: 182 00:17:42,624 --> 00:17:44,209 Date Masamune. 183 00:17:52,383 --> 00:17:55,261 Sebagai anak sulung puaknya, 184 00:17:55,845 --> 00:17:59,265 Masamune rasa dia berhak, 185 00:18:00,600 --> 00:18:05,230 tapi ia semakin bertambah buruk kerana di awal hidupnya 186 00:18:05,313 --> 00:18:08,399 dia mengalami cacar… 187 00:18:15,281 --> 00:18:18,493 yang mana dilihat sebagai penyakit orang kebanyakan. 188 00:18:19,702 --> 00:18:22,413 Ia bukan sahaja menjejaskan seluruh badannya, 189 00:18:22,497 --> 00:18:27,752 ia juga menyebabkan jangkitan pada salah satu saluran air mata di matanya, 190 00:18:27,836 --> 00:18:30,880 yang menyebabkan matanya terjojol dari kepalanya. 191 00:18:35,885 --> 00:18:38,805 Sejurus selepas dia 192 00:18:39,973 --> 00:18:44,435 dinamakan sebagai pengganti, ibunya sendiri cuba membunuhnya 193 00:18:44,519 --> 00:18:46,563 dan digantikan oleh abangnya. 194 00:18:48,648 --> 00:18:52,527 Bagi ibunya, mata kanannya yang masih rosak, 195 00:18:52,610 --> 00:18:56,322 menjadikannya seorang lelaki tak sempurna. 196 00:19:12,505 --> 00:19:14,799 Pada ketika itu, Masamune memutuskan 197 00:19:14,883 --> 00:19:17,677 untuk cungkil matanya dan hapuskan kelemahannya. 198 00:19:30,148 --> 00:19:35,361 Dia telah dikenali sebagai Dokuganryu, Naga Bermata Satu Oshu. 199 00:19:40,116 --> 00:19:45,079 Dia menuntut penyerahan. Dia mahukan kuasa dan yang paling penting, hormat. 200 00:19:47,790 --> 00:19:51,336 Ini menjadi pendorong Masamune. 201 00:19:51,419 --> 00:19:56,174 Mereka yang setia kepadanya, yang berparut dan penuh bertanda sepertinya, 202 00:19:56,257 --> 00:19:57,467 boleh diharap. 203 00:19:58,218 --> 00:20:01,596 Selainnya perlu dibunuh. 204 00:20:01,679 --> 00:20:05,558 Masamune terpaksa menghancurkan mereka. 205 00:20:13,775 --> 00:20:17,820 Di awal kerjaya Masamune, dia berdepan cabaran serius yang pertama. 206 00:20:20,490 --> 00:20:25,495 Salah seorang sekutu terdekat ayahnya, Ouchi Sadatsuna, 207 00:20:25,578 --> 00:20:28,998 telah diperdaya untuk berhenti menyokong Masamune 208 00:20:29,082 --> 00:20:32,085 oleh musuh lama puak itu, iaitu puak Ashina. 209 00:20:32,835 --> 00:20:38,758 Saya percaya, Sadatsuna nampak personaliti tak stabil pembesar muda itu, 210 00:20:38,841 --> 00:20:40,927 yang tak mampu menyatukan puak itu. 211 00:20:43,930 --> 00:20:48,393 Pemberontakan Sadatsuna perlu dihancurkan segera. 212 00:20:51,271 --> 00:20:56,776 Masamune memutuskan untuk bertindak tegas dan berperang menentang Ouchi Sadatsuna. 213 00:20:58,486 --> 00:21:02,824 Masamune arahkan tenteranya untuk menyerang Istana Odemori. 214 00:21:04,993 --> 00:21:11,291 Memang dia perlu hantar penyataan niat yang paling kejam 215 00:21:11,374 --> 00:21:13,334 dalam serangannya terhadap Ouchi. 216 00:21:13,918 --> 00:21:18,506 Kekuatan serangan itu adalah penanda bagi lelaki jenis apakah dia. 217 00:21:20,758 --> 00:21:23,303 Selepas mengepung istana itu, 218 00:21:24,429 --> 00:21:29,309 Masamune arahkan tenteranya untuk bunuh semua orang di sebalik tembok istana itu. 219 00:21:38,318 --> 00:21:39,944 Masamune menulis, 220 00:21:40,028 --> 00:21:42,947 "Kami bunuh semua termasuk wanita dan kanak-kanak. 221 00:21:43,031 --> 00:21:45,199 Bunuh semua termasuk anjing-anjing." 222 00:21:55,710 --> 00:22:00,631 Hakikat bahawa Masamune sanggup membunuh semua orang, 223 00:22:00,715 --> 00:22:03,009 pasti ada tujuan di sebaliknya, 224 00:22:03,092 --> 00:22:06,471 dan saya rasa ia perasaan takut yang mula berkembang. 225 00:22:07,680 --> 00:22:14,479 Raksasa bermata satu memburu negeri lindungannya yang memberontak 226 00:22:14,562 --> 00:22:16,606 untuk memberi pengajaran. 227 00:22:23,196 --> 00:22:25,740 Hideyoshi tahu tentang kebangkitan Masamune. 228 00:22:25,823 --> 00:22:29,911 Dia sedar yang Masamune ialah kuasa kuat yang baru di utara. 229 00:22:29,994 --> 00:22:31,829 Dia sedar, pada suatu masa, 230 00:22:31,913 --> 00:22:34,499 jika keadaan berterusan begitu, 231 00:22:34,582 --> 00:22:38,086 mereka akhirnya akan perlu bersepakat atau berperang. 232 00:22:41,589 --> 00:22:42,465 JEPUN 1588 233 00:22:42,548 --> 00:22:45,802 Kebimbangan Hideyoshi tentang Masamune akhirnya disahkan 234 00:22:45,885 --> 00:22:50,306 apabila Naga Bermata Satu itu melancarkan serangan baru terhadap pesaingnya, 235 00:22:51,099 --> 00:22:53,643 lantas mencetuskan perang saudara di utara. 236 00:22:55,228 --> 00:23:00,566 Tindakan Masamune membantu Hideyoshi mempertimbangkan tindakan baru yang berani 237 00:23:01,234 --> 00:23:05,029 yang mana dia harap dapat akhiri pertumpahan darah pada abad lalu 238 00:23:05,113 --> 00:23:08,032 dan menyatukan seluruh Jepun di bawah sepanduknya. 239 00:23:08,783 --> 00:23:13,538 Untuk menjadikannya realiti, kali ini dia mahu menggunakan sesuatu selain pedang. 240 00:23:16,833 --> 00:23:21,671 Tak lama selepas Hideyoshi menyatukan kuasanya sendiri, 241 00:23:21,754 --> 00:23:26,843 dia mula menghasilkan perundangan yang bertujuan membentuk semula 242 00:23:26,926 --> 00:23:29,887 corak masyarakat Jepun dengan cara paling mendalam. 243 00:23:49,740 --> 00:23:54,412 Salah satu pembaharuan pertama yang dijalankan oleh Hideyoshi 244 00:23:55,121 --> 00:23:59,375 ialah mengarahkan apa yang dikenali sebagai "pemburuan pedang". 245 00:24:10,928 --> 00:24:14,765 Dengan kata lain, dia hantar utusannya ke kawasan kampung untuk 246 00:24:14,849 --> 00:24:18,478 merampas segala senjata daripada rakyat biasa. 247 00:24:18,561 --> 00:24:21,814 Pada zaman pertengahan, kewujudan senjata adalah meluas, 248 00:24:21,898 --> 00:24:25,526 dan ini antara faktor yang menyumbang kepada ketidakstabilan 249 00:24:25,610 --> 00:24:27,278 dan penentangan politik. 250 00:24:27,361 --> 00:24:30,656 Lebih sukar untuk menentang pemerintahan politik pahlawan 251 00:24:30,740 --> 00:24:32,658 jika anda sendiri tiada senjata. 252 00:24:33,409 --> 00:24:36,037 Jadi, dalam erti kata lain, apa dia buat, 253 00:24:36,120 --> 00:24:39,749 ialah cuba menstabilkan struktur sosial negara 254 00:24:39,832 --> 00:24:45,338 dengan mencipta jurang antara kelas pahlawan elit yang bersenjata, 255 00:24:45,421 --> 00:24:50,218 yang merupakan minoriti kecil, dan penduduk biasa yang ramai, 256 00:24:50,301 --> 00:24:54,847 yang tiba-tiba tak dapat menentang kelas pahlawan. 257 00:24:56,682 --> 00:24:59,185 Ada ironi dalam polisi ini. 258 00:24:59,268 --> 00:25:03,731 Hideyoshi, yang mungkin bangkit daripada orang biasa atau orang kampung, 259 00:25:03,814 --> 00:25:08,569 sehinggalah ke puncak kuasanya telah melemahkan rakan-rakannya. 260 00:25:09,237 --> 00:25:12,406 Pada asasnya, dia menutup pintu di belakangnya. 261 00:25:21,624 --> 00:25:24,544 Selain undang-undang yang memisahkan kelas 262 00:25:24,627 --> 00:25:27,421 dan perlucutan senjata penduduk terhadap samurai, 263 00:25:27,505 --> 00:25:30,341 Hideyoshi keluarkan satu lagi perintah yang besar akibatnya, 264 00:25:30,424 --> 00:25:31,759 iaitu "perintah keamanan". 265 00:25:31,842 --> 00:25:36,138 Perintah ini mengharamkan mana-mana daimyo berperang secara bebas, 266 00:25:36,222 --> 00:25:38,891 sebaliknya, hanya Hideyoshi lelaki di Jepun 267 00:25:38,975 --> 00:25:42,144 yang boleh tentukan bila perang bermula dan bagaimana ia berlaku. 268 00:25:56,033 --> 00:25:59,620 Perintah keamanan Hideyoshi yang menyeluruh 269 00:25:59,704 --> 00:26:03,291 nampaknya hanya dipatuhi sekejap saja di utara. 270 00:26:06,627 --> 00:26:12,133 Menjelang akhir tahun 1580-an, Date Masamune telah memperluas 271 00:26:12,216 --> 00:26:14,885 kuasa keluarga Date dengan cepat dan dramatik. 272 00:26:28,149 --> 00:26:31,694 Pengikut Hideyoshi telah memaklumkan Date Masamune 273 00:26:31,777 --> 00:26:36,282 bahawa jika Masamune terus berperang dengan jiran-jirannya, 274 00:26:36,365 --> 00:26:38,868 Hideyoshi terpaksa bertindak menentangnya. 275 00:26:43,372 --> 00:26:49,003 Hideyoshi hanya anggap Masamune akan akur pada arahannya. 276 00:27:01,766 --> 00:27:03,100 Tapi, Masamune enggan. 277 00:27:03,893 --> 00:27:06,228 Masamune tak akan tunduk. 278 00:27:15,404 --> 00:27:20,076 Masamune ingin melindungi utara daripada barat… 279 00:27:21,577 --> 00:27:25,122 untuk perkukuhkan kawasan dan sekutunya 280 00:27:26,707 --> 00:27:30,878 dan hantar mesej yang jelas kepada sesiapa, bukan hanya Hideyoshi, 281 00:27:30,961 --> 00:27:33,798 bahawa bahagian utara tak boleh dipandang enteng. 282 00:27:36,967 --> 00:27:41,347 Bagi Masamune, mengalahkan puak Ashina adalah antara keutamaannya. 283 00:27:43,516 --> 00:27:47,520 Salasilah keluarga Ashina telah lama bertapak di utara. 284 00:27:47,603 --> 00:27:50,106 Mereka antara keluarga yang dihormati 285 00:27:50,189 --> 00:27:53,609 berpangkat tinggi dalam kalangan pahlawan di wilayah itu. 286 00:27:54,944 --> 00:27:57,780 Masamune sering menganggap puak Ashina 287 00:27:57,863 --> 00:28:01,701 sebagai salah satu pesaing paling penting dan ancaman serius. 288 00:28:02,410 --> 00:28:06,831 Jika dia boleh menakluki Ashina dan rampas wilayah mereka, 289 00:28:06,914 --> 00:28:09,500 Masamune akan muncul 290 00:28:09,583 --> 00:28:13,295 sebagai salah satu pemegang tanah paling berkuasa di negara itu, 291 00:28:13,379 --> 00:28:18,092 dengan kawalan di seluruh bahagian timur laut Jepun. 292 00:28:28,310 --> 00:28:31,313 Pada penghujung tahun 1580-an, 293 00:28:31,397 --> 00:28:35,443 peluang yang menarik jatuh ke riba Masamune. 294 00:28:37,528 --> 00:28:41,449 Seorang pembesar Ashina bernama Morikuni 295 00:28:41,532 --> 00:28:44,118 yang berpaling tadah kepada Date, 296 00:28:44,201 --> 00:28:48,956 mendedahkan bahawa puak Ashina sendiri, akibat daripada 297 00:28:49,540 --> 00:28:51,625 persaingan politik sesama sendiri, 298 00:28:51,709 --> 00:28:53,335 telah banyak berkurangan. 299 00:28:55,671 --> 00:28:59,800 Walaupun larangan perang antara wilayah 300 00:28:59,884 --> 00:29:02,762 oleh Hideyoshi kini berkuatkuasa, 301 00:29:02,845 --> 00:29:06,640 saya rasa Masamune anggap ini satu peluang 302 00:29:06,724 --> 00:29:10,019 yang mana hadiahnya terlalu menggoda untuk tidak dipetik. 303 00:29:18,194 --> 00:29:20,780 Masamune tahu kemenangan ke atas Ashina 304 00:29:20,863 --> 00:29:24,116 akan jadikannya pembesar paling berkuasa di Jepun Utara. 305 00:29:24,784 --> 00:29:27,161 Tapi kemenangan belum dalam genggaman. 306 00:29:27,244 --> 00:29:32,041 Puak Ashina ganas dan jika dia kalah, dia berdepan dengan kematian. 307 00:29:33,459 --> 00:29:38,047 Walaupun ada risiko ini, dia menyerang dengan lebih 20,000 orang. 308 00:29:38,672 --> 00:29:44,053 Sebilangan kecil pahlawan Ashina dihantar untuk memintasnya, 309 00:29:44,136 --> 00:29:48,474 lalu menyediakan pentas untuk pertarungan paling dahsyat dalam sejarah. 310 00:29:57,441 --> 00:30:00,861 Apabila tentera Date menyerang Izu, 311 00:30:00,945 --> 00:30:05,491 mereka bertemu pertahanan di tempat yang dikenali sebagai Suriagehara. 312 00:30:09,036 --> 00:30:13,290 Masamune berundur dengan pengawal berkudanya ke belakang 313 00:30:13,374 --> 00:30:19,255 dan kedua-dua tentera bermalam dan meningkatkan pertahanan mereka. 314 00:30:20,422 --> 00:30:24,635 Masamune yakin yang ini akan menjadi pembunuhan beramai-ramai 315 00:30:24,718 --> 00:30:27,847 yang orang Ashina tak pernah lihat. 316 00:30:29,598 --> 00:30:34,019 Apabila terbit fajar, tentera Ashina bersemuka dengan tentera Date. 317 00:30:35,980 --> 00:30:42,278 Mereka dalam huru-hara, bertarung dalam pertempuran berdepan-depan yang ganas. 318 00:30:48,617 --> 00:30:52,538 Tapi sebaik selepas fajar, ribut debu yang dahsyat meledak 319 00:30:54,748 --> 00:30:58,335 dan mengaburi mata askar-askar tersebut. 320 00:31:03,382 --> 00:31:06,010 Dari situ, keadaan menjadi buruk. 321 00:31:10,347 --> 00:31:15,060 Menjelang tengah hari, barisan tentera Date mula tumbang. 322 00:31:25,988 --> 00:31:32,202 Masamune sedar dengan jelas bahawa nyawa puaknya dalam bahaya. 323 00:31:35,080 --> 00:31:41,462 Masamune sendiri menunggang ke hadapan di sebelah kiri dengan pengawal berkuda. 324 00:31:52,723 --> 00:31:57,937 Mereka menghentam rusuk Ashina dengan kekuatan sebuah tukul. 325 00:32:11,367 --> 00:32:17,164 Mereka hanya perlu mengelilingi lawan dan  pancung mereka di mana mereka berdiri. 326 00:32:20,960 --> 00:32:24,546 Ini bukan pertempuran, ini pembunuhan beramai-ramai. 327 00:32:38,644 --> 00:32:41,271 Kemenangan! 328 00:32:46,443 --> 00:32:49,571 Menurut rekod pertempuran itu, 329 00:32:49,655 --> 00:32:54,201 lebih 2,500 kepala dipancung 330 00:32:54,284 --> 00:32:58,122 dan dipaparkan secara rasmi untuk Masamune selepas pertempuran. 331 00:32:58,789 --> 00:33:02,793 Ini adalah lelaki yang sanggup ambil peluang untuk memenangi haknya. 332 00:33:06,380 --> 00:33:08,799 Setelah menang pertempuran dengan Ashina, 333 00:33:08,882 --> 00:33:11,135 yang merupakan kuasa besar di utara, 334 00:33:11,218 --> 00:33:13,721 Masamune kini memegang gelaran itu sendiri 335 00:33:13,804 --> 00:33:17,558 dan menjadi hulubalang paling berkuasa di wilayah utara. 336 00:33:19,893 --> 00:33:24,606 Ini menjadikan dia kuasa yang sangat kuat. Dia seseorang yang perlu diperhatikan. 337 00:33:25,441 --> 00:33:30,154 Bagi Hideyoshi, kehadiran Masamune ialah sesuatu yang dia tak boleh abaikan. 338 00:33:38,287 --> 00:33:39,830 JEPUN 1590 339 00:33:39,913 --> 00:33:43,417 Kurang daripada setahun selepas Pertempuran Suriagehara,  340 00:33:43,500 --> 00:33:48,005 Hideyoshi dan angkatan tenteranya mara ke utara iaitu rumah Masamune sendiri. 341 00:33:48,714 --> 00:33:51,717 Sasaran Hideyoshi ialah puak Hōjō, 342 00:33:51,800 --> 00:33:55,137 salah satu keluarga pahlawan terakhir yang menentang pemerintahannya. 343 00:33:55,804 --> 00:34:00,726 Tentera Hideyoshi mengepung kubu puak Hōjō, iaitu Istana Odawara. 344 00:34:01,351 --> 00:34:03,020 Sebagai ujian kesetiaan, 345 00:34:03,103 --> 00:34:07,608 Hideyoshi mengarahkan semua daimyo di utara bersumpah taat setia kepadanya 346 00:34:07,691 --> 00:34:10,402 dan menyertainya berperang menentang puak Hōjō. 347 00:34:10,736 --> 00:34:12,946 Hampir kesemuanya setuju serta-merta. 348 00:34:13,489 --> 00:34:16,116 Tapi, seseorang berani tangguhkan jawapannya. 349 00:34:22,956 --> 00:34:29,046 Setelah mengabaikan semua arahan Hideyoshi sebelum ini untuk hadir ke istana, 350 00:34:29,129 --> 00:34:33,509 pembesar Date kini menerima satu utusan daripada Hideyoshi. 351 00:34:38,305 --> 00:34:43,519 Satu perintah untuk menyertainya dalam pengepungan Istana Odawara. 352 00:34:46,480 --> 00:34:50,609 Kehadirannya di pengepungan itu hanya satu formaliti. 353 00:34:50,692 --> 00:34:52,903 Ketaatan kepada Hideyoshi. 354 00:34:53,737 --> 00:34:56,323 Inilah pertaruhan terakhir. 355 00:35:00,160 --> 00:35:05,457 Masamune sedar jika Hideyoshi kalahkan puak Hōjō, dialah sasaran seterusnya, 356 00:35:05,541 --> 00:35:08,919 dan Masamune tahu dia tak akan memenangi pertarungan itu. 357 00:35:16,510 --> 00:35:19,805 Masamune pergi ke pengepungan Odawara. 358 00:35:22,599 --> 00:35:24,560 Tapi ia mengikut syaratnya. 359 00:35:30,232 --> 00:35:36,530 Dia kumpulkan tenteranya dan perlahan mara merentas negara ke pengepungan itu. 360 00:35:37,239 --> 00:35:38,657 Dia beri banyak alasan: 361 00:35:38,740 --> 00:35:41,702 "Jalan teruk." "Saya dilengahkan oleh itu dan ini." 362 00:35:42,369 --> 00:35:46,665 Kemungkinan besar Masamune rasa Hideyoshi akan menang, atau mungkin tidak. 363 00:35:46,748 --> 00:35:52,337 Sebelum berpihak kepada sesiapa, dia mahu lihat siapa yang dia fikir ada kelebihan. 364 00:36:00,053 --> 00:36:03,682 Akhirnya, Hideyoshi telah menggerakkan banyak sumber 365 00:36:03,765 --> 00:36:09,146 dan ramai askar, lalu membolehkannya mengalahkan Hōjō dan merampas Odawara. 366 00:36:34,838 --> 00:36:40,719 Akhirnya, Masamune dan tenteranya tiba di kem pangkalan Hideyoshi, 367 00:36:42,679 --> 00:36:49,645 memakai kimono putih panjang yang terbaik, dan hanya membawa sebilah pedang pendek. 368 00:36:49,728 --> 00:36:52,522 Putih melambangkan kesucian, 369 00:36:52,606 --> 00:36:55,609 dan dalam konteks ini, ia melambangkan kematian, 370 00:36:55,692 --> 00:36:58,820 yang diperkuatkan dengannya membawa pedang pendek, 371 00:37:00,614 --> 00:37:06,328 yang dia akan gunakan untuk upacara bunuh diri jika Hideyoshi arahkannya. 372 00:37:10,040 --> 00:37:13,835 Mungkin ini satu pengakuan yang dia mungkin akan dibunuh 373 00:37:13,919 --> 00:37:18,465 kerana keengganannya untuk sertai pasukan Hideyoshi sebelum ini. 374 00:37:19,049 --> 00:37:22,511 Mungkin ia satu helah untuk meraih simpati Hideyoshi. 375 00:37:22,594 --> 00:37:26,556 Tapi, yang pasti, gaya dia datang bukanlah gaya seorang pengecut. 376 00:37:39,486 --> 00:37:45,993 Hideyoshi meletakkan Masamune di hadapan tribunal jeneral terhebatnya, 377 00:37:46,076 --> 00:37:48,412 termasuklah Tokugawa Ieyasu. 378 00:37:51,957 --> 00:37:56,670 Mereka mempersoalkannya kenapa dia tak akur kedudukan Hideyoshi lebih awal 379 00:37:56,753 --> 00:38:01,675 atau beri respons kepada utusan Hideyoshi. Masamune cuba berdalih dengan mengatakan, 380 00:38:01,758 --> 00:38:03,802 "Saya hanya orang kampung. 381 00:38:03,885 --> 00:38:07,472 Saya tak biasa dengan cara pemimpin hebat seperti kamu." 382 00:38:18,942 --> 00:38:24,489 Walaupun berdepan dengan kematian, Masamune langsung tak berganjak. 383 00:38:25,741 --> 00:38:26,992 Dia ada di sini, 384 00:38:27,617 --> 00:38:29,328 dan dia telah beri alasannya, 385 00:38:29,411 --> 00:38:33,248 dan jika itu tak cukup, dia bersedia untuk mati demi itu. 386 00:38:35,917 --> 00:38:38,420 Tapi dia takkan tunduk kepada sesiapa. 387 00:38:40,255 --> 00:38:43,842 Kalau kamu lambat sikit, kepala kamu akan dipancung. 388 00:38:45,886 --> 00:38:46,803 Saya faham. 389 00:38:51,224 --> 00:38:53,560 Jadi, Hideyoshi tak membunuhnya. 390 00:39:00,859 --> 00:39:01,943 Saya suka kamu. 391 00:39:04,237 --> 00:39:07,324 Nampaknya, Hideyoshi merasakan 392 00:39:07,407 --> 00:39:12,871 Masamune boleh jadi aset yang lebih besar untuknya jika dibiarkan hidup. 393 00:39:18,043 --> 00:39:19,044 Terima kasih. 394 00:39:20,879 --> 00:39:22,214 Bawakan sake. 395 00:39:26,218 --> 00:39:29,012 Hideyoshi tahu cara untuk meneutralkan Masamune 396 00:39:29,096 --> 00:39:34,476 dan dia lakukan tanpa cara muktamad yang membawa kepada pertumpahan darah 397 00:39:34,559 --> 00:39:36,603 yang ramai fikir dia akan lakukan. 398 00:39:36,686 --> 00:39:39,231 Dia paksa musuhnya untuk datang ke meja. 399 00:39:39,314 --> 00:39:43,110 Dia paksa musuh untuk bersetuju dengan keseimbangan politik ini. 400 00:39:43,193 --> 00:39:47,447 Pada dasarnya, dia paksa daimyo untuk setuju, ini masanya untuk berhenti. 401 00:39:47,531 --> 00:39:49,616 Masa untuk hentikan perang saudara. 402 00:39:50,117 --> 00:39:54,121 Setelah Masamune dipaksa akur, dan puak Hōjō ditewaskan, 403 00:39:54,204 --> 00:39:57,749 Hideyoshi akhirnya mencapai apa yang Nobunaga tak mampu buat. 404 00:39:58,667 --> 00:39:59,501 JEPUN 1590 405 00:39:59,584 --> 00:40:03,296 Untuk kali pertama dalam lebih 120 tahun, 406 00:40:03,380 --> 00:40:06,258 seluruh Jepun diperintah oleh seorang hulubalang. 407 00:40:07,968 --> 00:40:11,972 Melalui penggunaan keganasan, politik dan diplomasinya, 408 00:40:12,055 --> 00:40:16,143 seorang lelaki yang dilahirkan sebagai petani mendaki ke puncak kuasa. 409 00:40:30,365 --> 00:40:36,455 Sekitar tahun 1590-an, Hideyoshi menghadapi masalah ironik, 410 00:40:36,538 --> 00:40:40,041 iaitu dia berjaya dengan begitu pantas 411 00:40:40,125 --> 00:40:44,546 dan dia ada pengikut daimyo yang ramai, 412 00:40:44,629 --> 00:40:48,049 dan dia merasakan dia perlu pastikan mereka sibuk. 413 00:40:52,345 --> 00:40:53,889 Mereka ini penakluk. 414 00:40:55,807 --> 00:41:00,562 Mereka membesar dalam masyarakat di mana, jika kamu tak menakluk, kamu akan mati, 415 00:41:00,645 --> 00:41:04,149 keluarga kamu akan mati, dan tanah kamu dirampas. 416 00:41:11,281 --> 00:41:14,451 Apabila tiada lagi tanah untuk ditakluki di Jepun, apa nak buat? 417 00:41:14,534 --> 00:41:16,786 Dan itu satu teka-teki bagi Hideyoshi, 418 00:41:16,870 --> 00:41:21,541 yang dah lama bekerja untuk tamatkan perang. Apa nak buat dengan samurai itu? 419 00:41:32,427 --> 00:41:33,929 Jadi dia merancang 420 00:41:34,012 --> 00:41:38,058 satu usul yang hebat dan bercirikan megalomania. 421 00:41:40,018 --> 00:41:43,188 Tapi, bagi seorang pahlawan yang tak pernah silap dalam peperangan, 422 00:41:43,271 --> 00:41:46,483 dia bakal buat satu kesilapan strategi terbesar dalam hidupnya 423 00:41:46,566 --> 00:41:49,945 dan membawa bencana paling dahsyat dalam sejarah Jepun. 424 00:42:19,808 --> 00:42:21,560 Terjemahan sari kata oleh Najat Hamidi