1 00:00:06,110 --> 00:00:07,945 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:44,273 --> 00:00:49,153 Didorong cita-cita yang kejam dan gila untuk menakluk Jepun Tengah, 3 00:00:49,236 --> 00:00:53,365 Nobunaga telah hancurkan ramai musuh yang memandang rendah terhadapnya. 4 00:00:54,075 --> 00:00:58,996 Kempen ketenteraannya yang ganas untuk melemahkan institusi Buddha 5 00:00:59,080 --> 00:01:02,958 telah menyebabkan populasi di situ berpaling daripadanya. 6 00:01:03,042 --> 00:01:07,296 Malah, jeneralnya sendiri mempersoalkan kesetiaan mereka kepada Nobunaga. 7 00:01:09,590 --> 00:01:10,716 Tidak terhalang, 8 00:01:10,800 --> 00:01:15,387 Nobunaga menyasarkan sekumpulan pemberontak di gunung dari wilayah Iga, 9 00:01:15,471 --> 00:01:17,932 yang enggan menerima pemerintahannya. 10 00:01:25,397 --> 00:01:29,693 WILAYAH IGA (JEPUN TENGAH) 11 00:01:40,538 --> 00:01:45,459 Selama 150 tahun, mereka yang dipanggil "pemberontak Iga"  12 00:01:45,543 --> 00:01:51,549 telah mengawal diri mereka sendiri, menjauhkan penceroboh dari kawasan mereka. 13 00:02:01,559 --> 00:02:07,940 Mereka adalah sekumpulan pembalak, petani dan nelayan, 14 00:02:08,023 --> 00:02:11,402 serta individu lasak lain yang terpilih 15 00:02:11,485 --> 00:02:15,447 untuk membina hidup di kawasan pergunungan di Iga. 16 00:02:20,077 --> 00:02:24,165 Mereka mengukir hidup mereka daripada batu-bata 17 00:02:24,248 --> 00:02:28,502 dan berangkakan tulang belulang  tanah tempat tinggal mereka. 18 00:02:36,886 --> 00:02:40,139 Mereka lebih memahami landskap itu berbanding orang lain 19 00:02:40,222 --> 00:02:43,642 dan mampu melancarkan apa yang dinamakan perang gerila 20 00:02:43,726 --> 00:02:47,229 terhadap sesiapa yang berani masuk ke kawasan mereka. 21 00:03:14,048 --> 00:03:18,719 Mereka sangat mahir dalam teknik peperangan tak teratur, 22 00:03:18,802 --> 00:03:22,014 yang mana itulah satu-satunya cara yang mereka ada, 23 00:03:22,097 --> 00:03:26,602 maka inilah yang melahirkan legenda ninja Iga. 24 00:03:30,105 --> 00:03:33,943 Perkataan "ninja", yang amat biasa kita dengar hari ini, 25 00:03:34,026 --> 00:03:38,405 adalah, pada dasarnya, sebuah interpretasi kepada ungkapan Jepun 26 00:03:38,489 --> 00:03:42,159 yang merujuk kepada kerahsiaan. Dan ia disebut sebagai shinobi. 27 00:03:53,963 --> 00:03:57,800 Shinobi yang bagus boleh melakukan hampir apa-apa saja. 28 00:04:00,511 --> 00:04:01,637 Perisikan… 29 00:04:03,180 --> 00:04:05,391 sebarang bentuk pengumpulan maklumat… 30 00:04:10,729 --> 00:04:11,772 dan pembunuhan. 31 00:04:23,742 --> 00:04:26,161 Latihan akan bermula dari usia muda. 32 00:04:27,830 --> 00:04:30,291 Tapi selain daripada seni bela diri biasa, 33 00:04:30,374 --> 00:04:33,669 ini juga termasuk teknik penyediaan bahan letupan, 34 00:04:33,752 --> 00:04:36,839 malah, dalam beberapa kes, racun. 35 00:04:41,844 --> 00:04:44,388 Ramai wanita juga dilatih sebagai shinobi. 36 00:04:44,471 --> 00:04:48,851 Maknanya, mereka dilatih menjadi  pengintip, pembunuh, pengumpul maklumat. 37 00:04:49,977 --> 00:04:52,438 Mereka boleh menyusup masuk rumah sasaran. 38 00:04:52,521 --> 00:04:55,024 Mereka boleh sembunyi di tempat yang jelas. 39 00:04:55,107 --> 00:04:58,319 Mereka dilatih untuk sesuaikan diri dengan masyarakat, 40 00:04:58,402 --> 00:05:01,905 tapi sebagai ejen shinobi. 41 00:05:04,783 --> 00:05:08,370 Ada seorang shinobi wanita bernama Mochizuki Chiyome, 42 00:05:08,454 --> 00:05:10,873 dan dia dilatih di pergunungan. 43 00:05:13,459 --> 00:05:16,670 Dia mendekati lelaki dan mengumpul maklumat. 44 00:05:19,673 --> 00:05:22,301 Jika perlu, shinobi akan tidur dengan mereka. 45 00:05:25,554 --> 00:05:30,225 Kadangkala, mereka bunuh orang selepas dapat maklumat. 46 00:05:32,936 --> 00:05:35,647 Jadi, mereka juga dilatih untuk jadi pembunuh. 47 00:05:36,231 --> 00:05:38,609 JENERAL ODA DIBUNUH PADA 1571 48 00:05:38,692 --> 00:05:40,444 Apa saja kamu panggil mereka, 49 00:05:40,527 --> 00:05:43,322 shinobi, ninja atau pemberontak, 50 00:05:43,405 --> 00:05:47,284 mereka telah mengembangkan seni mereka 51 00:05:47,368 --> 00:05:50,662 di rumah mereka di pergunungan Iga sejak berabad lamanya. 52 00:05:53,749 --> 00:05:58,295 Kehidupan yang sukar melahirkan lelaki dan wanita yang kental. 53 00:06:00,297 --> 00:06:06,136 Pembunuh, pengintip dan ejen ini tak patut dipandang rendah 54 00:06:06,220 --> 00:06:11,308 kerana demi sedikit wang, mereka mampu lakukan lebih daripada sepasukan tentera. 55 00:06:20,901 --> 00:06:23,445 Untuk menambah lagi penghinaan, 56 00:06:23,529 --> 00:06:28,575 pahlawan Iga terus melakukan serbuan terhadap wilayah Oda. 57 00:06:31,036 --> 00:06:36,083 Mereka terbukti menjadi duri dalam daging bagi Oda Nobunaga, 58 00:06:36,166 --> 00:06:39,086 dan dia ingin membanteras mereka. 59 00:06:40,379 --> 00:06:42,589 Bunuh setiap seorang daripada mereka! 60 00:06:46,510 --> 00:06:48,679 Celaka mereka semua! 61 00:06:50,013 --> 00:06:51,223 Berani mereka. 62 00:06:55,936 --> 00:06:58,272 Bawakan sake! 63 00:06:58,355 --> 00:07:01,650 Bukan saja mereka menyerbu talian komunikasinya, 64 00:07:01,733 --> 00:07:04,445 wilayah mereka betul-betul bersebelahan 65 00:07:04,528 --> 00:07:08,782 dengan wilayah anak Nobunaga, Oda Nobukatsu. 66 00:07:10,742 --> 00:07:13,203 Sake! Bawakan sake! 67 00:07:18,959 --> 00:07:23,755 Oda Nobukatsu memutuskan untuk memusnahkan mereka bagi pihak ayahnya. 68 00:07:25,757 --> 00:07:31,722 Semestinya, Nobukatsu dibayangi oleh abang-abangnya dalam pelbagai aspek. 69 00:07:33,682 --> 00:07:36,059 Mungkin Nobukatsu nampak ini satu peluang 70 00:07:36,143 --> 00:07:39,062 untuk buktikan nilainya kepada ayahnya, Nobunaga. 71 00:07:48,113 --> 00:07:50,616 Rancangan Oda Nobukatsu agak mudah. 72 00:07:51,200 --> 00:07:54,828 Dia akan memasuki Iga melalui tiga laluan gunung berasingan, 73 00:07:54,912 --> 00:07:58,248 gabungkan tenteranya dan musnahkan petani-petani ini. 74 00:08:12,804 --> 00:08:15,349 Nobukatsu yang lebih konvensional 75 00:08:15,432 --> 00:08:17,226 mara ke Iga, 76 00:08:17,309 --> 00:08:20,812 dia fikir mereka ini hanya sekadar penduduk di pedalaman. 77 00:09:09,111 --> 00:09:12,072 Orang Iga tahu di mana mereka akan berada 78 00:09:12,155 --> 00:09:15,242 dan di mana tempat terbaik untuk menyerang mereka. 79 00:09:16,577 --> 00:09:18,328 Sebagai pakar perang gerila, 80 00:09:18,412 --> 00:09:22,958 mereka nekad untuk menjadikan gunung Iga sebagai senjata. 81 00:09:35,512 --> 00:09:37,264 Apabila pertarungan bermula, 82 00:09:37,347 --> 00:09:42,561 tentera Nobukatsu cuba membentuk blok mereka untuk menyerang balas… 83 00:09:42,644 --> 00:09:43,520 Serang! 84 00:09:43,604 --> 00:09:46,356 Tapi mereka tak tahu siapa yang mereka tembak. 85 00:09:47,774 --> 00:09:52,738 Sepanjang itu, Iga berterusan mengalir ke depan dan belakang ibarat air pasang. 86 00:10:06,918 --> 00:10:09,671 Ia adalah suatu babak yang mengelirukan. 87 00:10:13,050 --> 00:10:15,969 Pertarungan ini bukan pertempuran. Ia penumpasan. 88 00:10:16,595 --> 00:10:18,597 Tanpa arahan, tanpa matlamat. 89 00:10:20,182 --> 00:10:25,812 Semasa serangan itu, seorang jeneral senior Nobukatsu terbunuh. 90 00:10:31,109 --> 00:10:34,488 Ia sangat memalukan bagi Oda Nobukatsu, 91 00:10:34,571 --> 00:10:36,865 jadi dia mengarah berundur segera. 92 00:10:42,287 --> 00:10:44,456 Dalam perjalanan pulang ke Ise, 93 00:10:44,539 --> 00:10:48,710 setiap inci perjalanan mereka diganggu oleh penduduk tempatan, 94 00:10:48,794 --> 00:10:52,255 kayu dan batu digunakan bagi mereka yang tiada senjata 95 00:10:52,339 --> 00:10:56,468 dan menyerang askar-askar yang terdesak untuk berundur itu dengannya. 96 00:11:00,639 --> 00:11:03,809 Tentera yang terselamat berundur dengan tergesa-gesa 97 00:11:03,892 --> 00:11:07,229 tanpa mengetahui siapa atau apa yang melawan mereka. 98 00:11:28,125 --> 00:11:30,877 Bagaimana kamu boleh dibelasah sekumpulan petani? 99 00:11:30,961 --> 00:11:33,505 Kamu memalukan nama Oda. 100 00:11:38,635 --> 00:11:42,264 Kempen itu adalah satu kegagalan yang tak pernah berlaku. 101 00:11:50,522 --> 00:11:51,523 Cukuplah. 102 00:11:52,107 --> 00:11:52,983 Keluar. 103 00:11:53,900 --> 00:11:57,696 Jika kekalahan ini tak dihukum, 104 00:11:57,779 --> 00:11:59,865 ia mungkin akan membawa kepada 105 00:12:00,741 --> 00:12:03,744 pemberontakan yang lebih besar terhadapnya. 106 00:12:06,913 --> 00:12:10,542 Dan kita tahu, Nobunaga cukup marah hingga sanggup 107 00:12:10,625 --> 00:12:13,170 mempertimbangkan untuk membunuh Nobukatsu. 108 00:12:16,047 --> 00:12:18,008 Saya nak kamu bunuh mereka semua. 109 00:12:18,842 --> 00:12:24,765 Sebaliknya, rancangannya adalah untuk menghapuskan Iga dari peta. 110 00:12:30,854 --> 00:12:36,151 Pada 1581, Nobunaga memilih lima jeneralnya yang paling berpengalaman 111 00:12:36,234 --> 00:12:42,783 untuk pencerobohan besar-besaran ke atas Iga dari lima arah berbeza. 112 00:12:45,911 --> 00:12:49,831 Penduduk Iga ingkar sekuat-kuatnya. 113 00:12:52,876 --> 00:12:56,463 Namun, orang Iga tak dapat lakukan 114 00:12:56,546 --> 00:12:59,341 apa yang mereka buat ketika Nobukatsu menyerang. 115 00:12:59,925 --> 00:13:04,513 Mereka tiada sumber untuk serang hendap lima angkatan tentera berasingan. 116 00:13:04,596 --> 00:13:10,393 Tentera Nobunaga mara dan membakar setiap kampung dan rumah yang mereka temui, 117 00:13:15,315 --> 00:13:18,318 serta membunuh sesiapa saja yang berlindung. 118 00:13:23,114 --> 00:13:26,117 Situasi ini memang ibarat kisah David dan Goliath, 119 00:13:27,035 --> 00:13:29,287 tapi kali ini Goliath akan menang. 120 00:13:29,996 --> 00:13:34,417 Lelaki, wanita dan anak kecil dibunuh dengan pedang atau dibakar. 121 00:13:39,172 --> 00:13:43,927 Malah, dikatakan bahawa, daripada membiarkan orang tersayang 122 00:13:44,010 --> 00:13:46,054 jatuh ke tangan musuh,  123 00:13:46,137 --> 00:13:51,351 askar Iga sanggup membunuh keluarga mereka sendiri sebelum membunuh diri. 124 00:13:53,520 --> 00:13:57,691 Bukan sekadar untuk lindungi maruah keluarga, tapi untuk simpan rahsia. 125 00:14:01,695 --> 00:14:03,572 Ini adalah pembunuhan kaum, 126 00:14:03,655 --> 00:14:09,160 kemusnahan yang sengaja dan sistematik terhadap nyawa di Iga. 127 00:14:10,704 --> 00:14:16,209 Nobunaga dimalukan di luar kemampuannya, 128 00:14:16,293 --> 00:14:20,714 dan seluruh wilayah ini akan menanggung akibatnya dengan nyawa mereka. 129 00:14:28,513 --> 00:14:31,975 Setelah berjaya menenangkan Iga… 130 00:14:33,560 --> 00:14:39,149 Oda Nobunaga telah mencapai kemuncak kekuatan dan kekuasaannya. 131 00:14:42,068 --> 00:14:43,987 KOMANDER PEMBERONTAK IGA 132 00:14:48,283 --> 00:14:53,455 Dia telah hampir berjaya menyatukan seluruh negara Jepun. 133 00:15:19,314 --> 00:15:23,443 Bukan saja dia kalahkan beberapa nama terhebat dalam sejarah Jepun, 134 00:15:23,526 --> 00:15:25,862 dia juga menegaskan kuasanya 135 00:15:25,946 --> 00:15:29,824 dengan membina kubu terhebat yang pernah dilihat di Jepun. 136 00:15:30,533 --> 00:15:32,702 Ia adalah istana Azuchi. 137 00:15:35,497 --> 00:15:39,501 Menara utama tujuh tingkat istana itu dihias dengan gaya baru. 138 00:15:41,044 --> 00:15:43,129 Setiap tingkat menara itu 139 00:15:43,213 --> 00:15:49,177 mempunyai pelbagai kilasan tentang dewa atau haiwan atau lelaki yang berkuasa. 140 00:15:50,804 --> 00:15:53,056 Jadi, semakin kamu menaiki menara itu, 141 00:15:53,139 --> 00:15:56,101 boleh dikatakan, pangkat makhluk semakin tinggi. 142 00:16:01,439 --> 00:16:05,151 Tapi di puncak, iaitu bilik peribadi Nobunaga, 143 00:16:05,235 --> 00:16:06,486 tiada apa-apa… 144 00:16:08,363 --> 00:16:09,531 kecuali cermin, 145 00:16:10,532 --> 00:16:12,951 di mana dia boleh lihat wajahnya sendiri. 146 00:16:25,463 --> 00:16:29,676 Sama seperti Iskandar Yang Agung telah disingkirkan di gurun Mesir, 147 00:16:29,759 --> 00:16:33,471 ada kepercayaan di mana, oleh kerana Nobunaga pasang cermin 148 00:16:33,555 --> 00:16:37,100 yang merupakan simbol tradisional bagi dewa di Jepun, 149 00:16:37,183 --> 00:16:39,310 dia anggap dirinya sebagai dewa. 150 00:16:45,942 --> 00:16:48,570 Dia telah menjadi hakim berdarah, 151 00:16:48,653 --> 00:16:54,242 mengerat semua kelas dan kawasan di Jepun, 152 00:16:54,325 --> 00:16:57,245 mengukir kuasanya sendiri… 153 00:16:58,663 --> 00:17:01,666 dan ekoran segala pembunuhannya, 154 00:17:01,750 --> 00:17:06,921 beberapa orang di Kyoto memberikannya nama 155 00:17:07,005 --> 00:17:09,424 Raja Syaitan Enam Syurga. 156 00:17:13,970 --> 00:17:15,805 Tiba satu tahap 157 00:17:15,889 --> 00:17:20,060 di mana kamu perlu berundur daripada kuasa 158 00:17:20,894 --> 00:17:22,937 atau terus membunuh. 159 00:17:24,189 --> 00:17:26,691 Nobunaga pilih yang kedua. 160 00:17:32,197 --> 00:17:33,031 JEPUN 1582 161 00:17:33,114 --> 00:17:37,702 Kononnya Raja Syaitan itu meneruskan rancangan perluasannya yang kejam 162 00:17:37,786 --> 00:17:39,954 dan meletakkan sasaran baru, 163 00:17:40,038 --> 00:17:44,793 keluarga Mori yang berkuasa, yang memerintah wilayah besar di barat. 164 00:17:44,876 --> 00:17:49,297 Dia arahkan jeneral yang lama berkhidmat dan dipercayai, Toyotomi Hideyoshi, 165 00:17:49,380 --> 00:17:51,800 untuk menyerang kubu utama istana mereka. 166 00:17:52,550 --> 00:17:56,638 Ia tindakan yang akan memberi kesan mendalam pada masa depan mereka. 167 00:18:07,732 --> 00:18:10,610 Waktu itu, Hideyoshi ialah antara jeneral tertinggi Nobunaga, 168 00:18:10,693 --> 00:18:13,071 dan dia diamanahkan kempen menentang 169 00:18:13,154 --> 00:18:17,659 keluarga Mori di Jepun Barat, salah satu keluarga daimyo paling berkuasa. 170 00:18:22,372 --> 00:18:27,127 Hideyoshi mengepung salah satu istana Mori iaitu Istana Takamatsu. 171 00:18:29,587 --> 00:18:33,550 Istana itu dikawal oleh kira-kira 5,000 askar, 172 00:18:33,633 --> 00:18:37,720 yang mana telah dikelilingi oleh 30,000 askar Hideyoshi. 173 00:18:37,804 --> 00:18:44,519 Namun, dia terima laporan yang Mori akan tiba dengan lebih 40,000 orang askar. 174 00:18:48,231 --> 00:18:51,025 Ini meletakkan Hideyoshi dalam posisi berbahaya. 175 00:18:52,694 --> 00:18:56,364 Jika tentera bantuan Mori tiba, 176 00:18:56,447 --> 00:18:58,575 dia akan terperangkap di antara 177 00:18:58,658 --> 00:19:02,745 pembela istana itu dan tembok mereka serta tentera bantuan Mori. 178 00:19:14,549 --> 00:19:18,720 Hideyoshi hantar pesanan kepada Oda Nobunaga 179 00:19:18,803 --> 00:19:20,680 memperincikan keadaan itu 180 00:19:20,763 --> 00:19:24,726 dan meminta Nobunaga datang dengan angkatan tenteranya 181 00:19:24,809 --> 00:19:27,312 untuk lawan tentera Mori yang bakal tiba. 182 00:19:37,780 --> 00:19:41,451 Mitsuhide… hantar askar kamu untuk bantu Hideyoshi. 183 00:19:41,534 --> 00:19:42,744 Saya akan ikut. 184 00:19:44,913 --> 00:19:47,624 Menyedari keterdesakan situasi itu, 185 00:19:47,707 --> 00:19:52,879 Nobunaga beri arahan kepada Mitsuhide untuk bergerak ke barat secepat mungkin. 186 00:19:52,962 --> 00:19:56,591 Nobunaga bersedia untuk mengekori bersama tenteranya sendiri. 187 00:19:59,802 --> 00:20:03,181 Akechi Mitsuhide mempunyai latar belakang yang luar biasa. 188 00:20:04,307 --> 00:20:07,268 Dia memasuki khidmat Nobunaga sebagai ronin. 189 00:20:07,352 --> 00:20:11,481 Maksudnya, samurai yang tuannya dahulu maut dalam pertempuran. 190 00:20:11,898 --> 00:20:16,819 Kebanyakan pembesar akan pilih daripada keluarga sekutu rapat selama berabad-abad 191 00:20:16,903 --> 00:20:18,404 untuk jadi komander kanan mereka. 192 00:20:18,488 --> 00:20:21,449 Nobunaga sanggup ambil pengembara ini, 193 00:20:21,532 --> 00:20:25,662 yang tiada kaitan dengan keluarga Oda dan jadikannya pemimpin senior. 194 00:20:27,705 --> 00:20:30,833 SEBELAS TAHUN LALU 195 00:20:31,459 --> 00:20:33,461 Mitsuhide penganut Buddha tegar 196 00:20:33,544 --> 00:20:38,216 dan dia terganggu oleh pembunuhan beramai- ramai penganut Buddha di Gunung Hiei. 197 00:20:50,853 --> 00:20:52,730 Tolong berhenti! 198 00:20:58,611 --> 00:21:00,947 Kita juga tahu, kadangkala, 199 00:21:01,030 --> 00:21:05,493 Nobunaga menghinanya di khalayak ramai dan memalukannya. 200 00:21:05,576 --> 00:21:08,162 Tolong berhenti! 201 00:21:10,999 --> 00:21:14,877 Antara pelbagai kesalahan Nobunaga terhadap Mitsuhide, 202 00:21:15,837 --> 00:21:18,506 dikatakan semasa satu kempen ketenteraan, 203 00:21:18,589 --> 00:21:21,634 keganasan Nobunaga adalah punca 204 00:21:21,718 --> 00:21:24,220 kematian ibu Mitsuhide. 205 00:21:27,932 --> 00:21:32,228 Kebencian ini… Layanan buruk ini, penyalahgunaan ini, 206 00:21:32,312 --> 00:21:36,065 mengasak-asak hatinya. Itulah yang mendorongnya hilang kawalan. 207 00:21:45,825 --> 00:21:46,826 Masanya dah tiba. 208 00:21:48,828 --> 00:21:50,079 Kita pergi berperang. 209 00:21:51,039 --> 00:21:51,914 Ya, tuan! 210 00:21:59,630 --> 00:22:02,383 Dia tidak pergi membantu Hideyoshi, 211 00:22:03,134 --> 00:22:06,512 sebaliknya Mitsuhide arahkan askarnya untuk mara ke Kyoto. 212 00:22:09,974 --> 00:22:12,810 Dan pada saat-saat akhir 213 00:22:12,894 --> 00:22:15,813 barulah dia beritahu rancangannya kepada jeneralnya, 214 00:22:15,897 --> 00:22:20,485 iaitu membunuh Nobunaga dan mengambil alih sendiri Jepun. 215 00:22:31,079 --> 00:22:36,084 Malam itu, Nobunaga berehat di kuil kecil di Kyoto bernama Honnō-ji. 216 00:22:39,962 --> 00:22:43,007 Nobunaga menyimpan sekumpulan pelatih 217 00:22:43,091 --> 00:22:46,219 dan pengawal peribadi sebagai tentera peribadinya. 218 00:22:47,095 --> 00:22:48,930 Di saat inilah dia lemah. 219 00:22:53,726 --> 00:22:56,562 Ini peluang yang mungkin takkan datang lagi 220 00:22:56,646 --> 00:22:59,315 dan nampaknya begitulah pandangan Mitsuhide. 221 00:23:05,321 --> 00:23:09,409 Mitsuhide mengarahkan tenteranya ke tengah Kyoto 222 00:23:09,492 --> 00:23:13,746 dan melancarkan serangan hebat ke atas kuil Honnō-ji. 223 00:23:23,423 --> 00:23:27,427 Nobunaga langsung tak menjangkakannya. 224 00:23:32,306 --> 00:23:34,517 Apabila dia sedar apa yang berlaku, 225 00:23:39,897 --> 00:23:42,233 dia bertarung hingga ke nafas terakhir. 226 00:23:45,695 --> 00:23:49,782 Tak lama kemudian Oda Nobunaga terima kenyataan yang ia telah tamat. 227 00:23:53,161 --> 00:23:55,538 Namun, dia tak dapat melarikan diri 228 00:23:58,749 --> 00:24:02,503 dan dia berundur ke salah satu bilik di belakang kuil itu. 229 00:25:01,687 --> 00:25:06,234 Bagi seluruh dunia, peningkatan Nobunaga kelihatan seperti tak dapat dihalang. 230 00:25:09,570 --> 00:25:12,198 Dalam 20 tahun, dia bermula dengan 231 00:25:12,281 --> 00:25:15,243 memerintah satu bahagian wilayah kecil 232 00:25:15,326 --> 00:25:17,578 kepada memerintah satu pertiga negara, 233 00:25:18,538 --> 00:25:22,458 dan kini, dalam hanya satu hari, dunia telah terbalik. 234 00:25:26,671 --> 00:25:31,801 Ini episod yang mengejutkan yang tiada siapa jangkakan. 235 00:25:33,553 --> 00:25:37,139 Terutamanya waris Nobunaga iaitu anak sulungnya, Nobutada, 236 00:25:37,223 --> 00:25:40,851 yang kini berada di istana Azuchi, kira-kira 20 batu ke timur. 237 00:25:43,938 --> 00:25:46,190 Perkara seterusnya yang Mitsuhide buat 238 00:25:46,274 --> 00:25:49,694 ialah menggerakkan tenteranya ke Azuchi dan bunuh Nobutada. 239 00:25:54,574 --> 00:25:57,702 Dengan membunuh Nobunaga dan warisnya, 240 00:25:57,785 --> 00:26:02,456 Mitsuhide telah mencipta lompang kuasa di Jepun, 241 00:26:03,457 --> 00:26:07,169 dan dia nekad untuk mengisi lompang itu sendiri. 242 00:26:12,550 --> 00:26:16,554 Kematian Nobunaga di tangan Akechi Mitsuhide adalah mengejutkan. 243 00:26:19,098 --> 00:26:22,143 Hulubalang hebat itu kini telah dibunuh, 244 00:26:22,226 --> 00:26:25,646 maka corak politik yang orang sangka akan diwujudkan 245 00:26:25,730 --> 00:26:27,565 kini menjadi rebutan. 246 00:26:27,648 --> 00:26:30,443 Ia perlumbaan siapa paling cepat rampas kuasa. 247 00:26:30,526 --> 00:26:33,821 Pada asasnya, ada tiga pesaing. Ada Akechi Mitsuhide, 248 00:26:34,905 --> 00:26:38,492 Tokugawa Ieyasu yang berada di timur, 249 00:26:38,576 --> 00:26:40,786 dan ada Toyotomi Hideyoshi. 250 00:26:44,874 --> 00:26:49,754 Sementara semua ini berlaku, Hideyoshi berada di Jepun Barat melawan Mori. 251 00:26:49,837 --> 00:26:53,382 Dia menantikan berita bantuan dari pusat jajahan Oda 252 00:26:53,466 --> 00:26:55,051 dengan penuh keresahan. 253 00:26:56,385 --> 00:26:58,471 Apabila utusan akhirnya tiba, 254 00:26:58,554 --> 00:27:02,975 apa yang diberitahu kepada Hideyoshi bakal mengubah haluan sejarah Jepun. 255 00:27:05,561 --> 00:27:06,937 Nobunaga dah mati. 256 00:27:11,776 --> 00:27:15,488 Hideyoshi akan buat apa yang seorang pahlawan setia patut buat 257 00:27:15,571 --> 00:27:20,868 dan balas dendam, menunjukkan kesetiaannya kepada Nobunaga walau selepas kematiannya. 258 00:27:25,039 --> 00:27:28,250 Selama 11 hari, Mitsuhide tidak dicabar. 259 00:27:29,710 --> 00:27:32,963 Hideyoshi harus balas dendam buat tuannya yang terbunuh, 260 00:27:33,047 --> 00:27:36,884 kerana risau hulubalang lain akan menyokong Mitsuhide. 261 00:27:37,968 --> 00:27:42,098 Hideyoshi bergegas ke Kyoto untuk bertarung dengan Mitsuhide 262 00:27:42,181 --> 00:27:45,768 bagi menentukan siapa bakal merampas kuasa di Jepun Tengah. 263 00:27:53,651 --> 00:27:56,153 Mitsuhide, pada waktu itu, terkejut kerana 264 00:27:56,237 --> 00:27:59,365 Hideyoshi dapat bergerak cepat untuk menentangnya. 265 00:27:59,448 --> 00:28:04,328 Dia sangka dia ada masa untuk mengukuhkan kedudukannya di Jepun Tengah 266 00:28:04,412 --> 00:28:07,206 sebelum dia terpaksa berdepan sebarang ancaman. 267 00:28:08,874 --> 00:28:10,751 Kita akan bergerak ke arah ini. 268 00:28:11,335 --> 00:28:14,588 Dia faham yang angkatan tenteranya lebih kecil, 269 00:28:14,672 --> 00:28:18,509 jadi dia pilih kedudukan di satu tempat bernama Yamazaki. 270 00:28:22,680 --> 00:28:25,391 Sebab pertarungan berlaku di Yamazaki  271 00:28:25,474 --> 00:28:31,313 adalah kerana istana Akechi Mitsuhide terletak di jalan yang sangat sempit 272 00:28:31,397 --> 00:28:35,276 yang dilindungi oleh gunung di satu sisi dan sungai di sisi lain. 273 00:28:35,359 --> 00:28:37,903 Ia tempat terbaik untuk bertahan. 274 00:28:43,743 --> 00:28:46,912 Jika kamu tak kawal rupa bumi dan memilihnya 275 00:28:46,996 --> 00:28:51,375 untuk elakkan tentera lain mengepung kamu sedangkan angkatan kamu sedikit, 276 00:28:51,459 --> 00:28:53,586 maka pada dasarnya, kamu akan kalah. 277 00:28:53,669 --> 00:28:57,798 Contoh klasik ialah Peperangan Thermopylae dalam sejarah Barat, bukan? 278 00:28:57,882 --> 00:29:01,552 300 askar Sparta yang menghalang laluan askar Parsi. 279 00:29:01,635 --> 00:29:03,179 Itulah teori Mitsuhide, 280 00:29:03,262 --> 00:29:07,057 iaitu dia boleh guna kelebihan pertahanan untuk kepentingannya. 281 00:29:10,519 --> 00:29:12,229 Namun, dia buat kesilapan kritikal. 282 00:29:12,313 --> 00:29:16,817 Dia tak tempatkan askar di gunung yang bernama Tennōzan. 283 00:29:33,667 --> 00:29:37,129 Tentera Hideyoshi tiba dahulu dan merampas tanah tinggi. 284 00:30:04,281 --> 00:30:08,035 Hideyoshi arahkan sayap kanannya untuk serang tentera Akechi. 285 00:30:11,497 --> 00:30:15,000 Sebaik mereka bertarung, dia kemudian lancarkan sayap kiri. 286 00:30:17,628 --> 00:30:21,549 Jadi, dia merempuh tentera Akechi dari kedua-dua belah. 287 00:30:26,554 --> 00:30:29,557 Apabila pertempuran tercetus antara kedua-dua belah, 288 00:30:30,224 --> 00:30:33,310 pada awalnya kelihatan seperti Mitsuhide akan menang. 289 00:30:39,900 --> 00:30:42,486 Yamazaki adalah pertempuran yang sengit. 290 00:30:45,614 --> 00:30:49,577 Bunyi jeritan askar, darah mengalir daripada luka. 291 00:30:55,124 --> 00:30:59,962 Terutamanya tembakan bertumpu daripada arquebus, 292 00:31:00,045 --> 00:31:03,048 yang kini jadi kebiasaan dalam peperangan samurai. 293 00:31:06,260 --> 00:31:09,680 Maka pertempuran ini bermula dikaburi oleh kepulan asap, 294 00:31:10,723 --> 00:31:14,977 dan dari dalam tembakan padat ini ternampak pancaran cahaya pistol, 295 00:31:15,060 --> 00:31:18,731 bunyi jeritan kuda dan libasan bilah pedang. 296 00:31:34,330 --> 00:31:35,289 Akechi! 297 00:31:39,919 --> 00:31:42,046 Serangan itu terlalu hebat. 298 00:31:43,213 --> 00:31:44,673 Mitsuhide terpaksa lari. 299 00:31:51,972 --> 00:31:54,558 Mitsuhide berjaya lakukan itu. 300 00:31:56,101 --> 00:31:59,355 Dia melarikan diri dengan hanya beberapa pengikut setia 301 00:31:59,438 --> 00:32:02,024 dan cuba bersembunyi di kampung berdekatan. 302 00:32:05,569 --> 00:32:07,821 Beberapa petani ternampak dia. 303 00:32:11,283 --> 00:32:13,744 Mitsuhide dikepung… 304 00:32:15,829 --> 00:32:17,289 dan ditikam hingga mati. 305 00:32:24,171 --> 00:32:26,548 Akechi Mitsuhide kini terbujur kaku 306 00:32:26,632 --> 00:32:30,761 13 hari selepas membunuh tuannya, Oda Nobunaga. 307 00:32:34,890 --> 00:32:37,977 Oleh itu, generasi selepasnya mengenalinya 308 00:32:38,060 --> 00:32:41,855 dengan ejekan sebagai "Shogun 13 Hari". 309 00:32:45,275 --> 00:32:49,530 Dengan membalas dendam terhadap pembelot, Akechi Mitsuhide, demi tuannya, 310 00:32:49,613 --> 00:32:53,158 Hideyoshi melangkah ke dalam lompang politik yang tercipta. 311 00:32:53,242 --> 00:32:56,161 Dia paling cepat bertindak berbanding daimyo lain, 312 00:32:56,245 --> 00:32:59,081 dia mengalahkan Mitsuhide dalam pertempuran 313 00:32:59,164 --> 00:33:01,750 hanya dua minggu selepas kematian Nobunaga, 314 00:33:01,834 --> 00:33:05,004 dan kini dia memancang kepala Akechi Mitsuhide. 315 00:33:07,089 --> 00:33:08,882 Ia merupakan satu pengumuman 316 00:33:08,966 --> 00:33:13,345 bahawa Hideyoshi merancang untuk jadi daimyo paling berkuasa di negara itu. 317 00:33:16,432 --> 00:33:18,308 Ia amaran kepada orang lain. 318 00:33:18,392 --> 00:33:19,893 SEJARAWAN 319 00:33:19,977 --> 00:33:22,521 Jika memberontak, kamu akan jadi begini. 320 00:33:22,604 --> 00:33:26,191 Pada masa yang sama, ia juga bermakna Hideyoshilah 321 00:33:26,275 --> 00:33:29,319 yang membunuh pemberontak itu. 322 00:33:29,403 --> 00:33:33,115 Itu siaran akhbarnya. 323 00:33:35,909 --> 00:33:38,996 Hideyoshi lahir tanpa nama keluarga. Dia orang biasa. 324 00:33:39,079 --> 00:33:41,832 Ada yang kata dia lahir sebagai orang terbuang. 325 00:33:41,915 --> 00:33:46,378 Dia bangkit dengan kemahiran luar biasa, kepintaran dan kelicikannya. 326 00:33:50,257 --> 00:33:51,258 Hideyoshi… 327 00:33:52,301 --> 00:33:55,387 saya rasa, kebangkitannya boleh dikatakan amat cepat. 328 00:33:55,888 --> 00:33:59,141 Ramai petani terlibat dalam peperangan pada zaman ini 329 00:33:59,224 --> 00:34:01,935 sebagai askar berjalan,  tapi berjaya meningkat 330 00:34:02,019 --> 00:34:05,564 kepada apa yang kita boleh sebut sebagai kelas pegawai? 331 00:34:05,647 --> 00:34:07,357 Itu jarang berlaku. 332 00:34:07,441 --> 00:34:10,444 Akibatnya, Hideyoshi kini di kedudukan yang saya rasa, 333 00:34:10,527 --> 00:34:15,115 sukar diduga bagi lelaki yang mempunyai status sosial begitu. 334 00:34:15,741 --> 00:34:17,576 Dia mempunyai kuasa yang besar. 335 00:34:29,671 --> 00:34:33,133 Walaupun Hideyoshi telah menjadi daimyo paling berkuasa di Jepun, 336 00:34:33,217 --> 00:34:37,096 telah mencapai keabsahan setelah membalas dendam buat tuannya, 337 00:34:37,179 --> 00:34:38,972 dia tetap berada dalam bahaya. 338 00:34:39,556 --> 00:34:43,310 Ada lagi daimyo di bahagian Jepun yang lain, di barat dan timur, 339 00:34:43,393 --> 00:34:45,938 dan daimyo lain di bawah lindungan Nobunaga, 340 00:34:46,021 --> 00:34:48,607 yang akan mahu merampas kuasa. 341 00:34:48,690 --> 00:34:50,567 Jadi, dia masih belum selamat, 342 00:34:50,651 --> 00:34:53,862 tapi dia berada di kedudukan yang paling menguntungkan. 343 00:35:01,620 --> 00:35:04,498 Isteri Hideyoshi digelar Cik Puan Nene, 344 00:35:04,581 --> 00:35:09,211 dan dia amat penting bagi usaha Hideyoshi mengambil alih tempat Nobunaga. 345 00:35:09,294 --> 00:35:12,089 Dia orang paling penting dalam hidup Hideyoshi. 346 00:35:12,172 --> 00:35:14,883 Dia penyokong kuat Hideyoshi. Dialah sandaran Hideyoshi. 347 00:35:36,822 --> 00:35:40,617 Dia bertanggungjawab sepenuhnya dalam segala urusan Istana Osaka. 348 00:35:40,701 --> 00:35:43,203 Dia bertanggungjawab menjaga keamanan. 349 00:35:43,871 --> 00:35:46,707 Pada dasarnya, dialah daimyo ketika Hideyoshi tiada. 350 00:35:48,959 --> 00:35:53,172 Ketika Hideyoshi sertai kempen ketenteraan, mereka saling berutus surat. 351 00:35:55,591 --> 00:36:00,929 Nene juga menasihati Hideyoshi tentang apa yang patut dilakukan kepada tawanannya, 352 00:36:01,013 --> 00:36:02,431 pembentukan sekutunya, 353 00:36:02,514 --> 00:36:06,560 dan apa syarat yang perlu Hideyoshi beri kepada orang lain. 354 00:36:09,062 --> 00:36:13,650 Nene dan Hideyoshi bersama-sama melihat Jepun sebagai tanah mereka sendiri. 355 00:36:13,734 --> 00:36:19,072 Mereka mula melihat tanah ini sebagai alam Tuhan yang mereka boleh perintah. 356 00:36:34,630 --> 00:36:37,799 Bagi Hideyoshi, ini adalah takdirnya. 357 00:36:38,508 --> 00:36:42,763 Kini dia berpeluang untuk mengambil alih jajahan Nobunaga, 358 00:36:44,097 --> 00:36:48,310 tapi, sebelum itu, dia perlu meneutralkan penentangan yang masih ada 359 00:36:48,393 --> 00:36:50,646 daripada ahli keluarga Oda yang lain. 360 00:36:54,066 --> 00:36:59,655 Selepas rampasan kuasa Mitsuhide, dua anak Nobunaga masih hidup. 361 00:37:02,074 --> 00:37:06,745 Yang lebih tua ialah Nobutaka, yang lebih muda, Nobukatsu. 362 00:37:07,829 --> 00:37:12,834 Tuntutan Oda Nobukatsu hanyalah dia adalah waris sebenar Nobunaga, 363 00:37:12,918 --> 00:37:16,630 dan Hideyoshi telah melakukan rampasan kuasa yang haram. 364 00:37:19,132 --> 00:37:21,843 Reaksi segera Oda Nobutaka 365 00:37:21,927 --> 00:37:26,014 adalah mencari sekutu untuk menghalang Hideyoshi yang berlagak itu 366 00:37:26,098 --> 00:37:27,933 daripada merampas kedudukannya. 367 00:37:32,187 --> 00:37:35,941 Oda Nobutaka menemui bekas jeneral Oda Nobunaga. 368 00:37:36,984 --> 00:37:41,655 Salah seorangnya ialah jeneral penting bernama Shibata Katsuie. 369 00:37:43,865 --> 00:37:49,246 Katsuie pernah bertarung di samping Nobunaga sejak era Okehazama 370 00:37:50,163 --> 00:37:52,916 selain peperangan lain yang pernah disertainya 371 00:37:53,000 --> 00:37:58,797 iaitu pertempuran Anegawa, Nagashino dan kempen yang lama menentang Ikkō-ikki. 372 00:38:01,091 --> 00:38:04,928 Dia masih setia terhadap kenangan Nobunaga, 373 00:38:05,012 --> 00:38:09,766 maka dia sekutu yang mudah untuk Oda Nobutaka ambil. 374 00:38:09,850 --> 00:38:11,977 Dia seorang musuh yang menggerunkan. 375 00:38:15,522 --> 00:38:19,109 Dan Shibata Katsuie fikir, "Inilah saat saya. 376 00:38:19,192 --> 00:38:23,405 Ini peluang untuk saya tewaskan Hideyoshi dan kukuhkan kedudukan saya 377 00:38:23,488 --> 00:38:26,199 sebagai yang pertama di antara sekutu puak Oda. 378 00:38:26,283 --> 00:38:31,705 Dan perpecahan itu menimbulkan konflik, pertembungan antara Hideyoshi dan Shibata. 379 00:38:35,167 --> 00:38:39,463 Kelemahan besar yang dihadapi oleh Shibata Katsuie 380 00:38:39,546 --> 00:38:44,426 adalah dia tak boleh segera menyerang Hideyoshi, 381 00:38:44,509 --> 00:38:46,928 dan itu hanyalah kerana cuaca. 382 00:38:48,305 --> 00:38:50,057 Sekarang musim sejuk, 383 00:38:50,140 --> 00:38:54,686 dan pergunungan di antara wilayahnya dan Kyoto diliputi salji. 384 00:38:55,479 --> 00:38:59,608 Dia perlu tunggu sehingga musim bunga untuk bergerak, 385 00:38:59,691 --> 00:39:03,695 dan itu memberi kelebihan besar buat Hideyoshi. 386 00:39:03,779 --> 00:39:05,030 JEPUN 1582 387 00:39:05,113 --> 00:39:06,782 Ketika bulan musim sejuk, 388 00:39:06,865 --> 00:39:11,161 Hideyoshi memperkukuhkan tiga kubunya yang mengawal laluan pergunungan 389 00:39:11,244 --> 00:39:14,414 dalam usaha melengahkan kemaraan Katsuie. 390 00:39:15,832 --> 00:39:19,503 Kemudian Hideyoshi mengepung Istana Gifu yang berhampiran, 391 00:39:19,586 --> 00:39:21,546 yang dikawal oleh sekutu Katsuie. 392 00:39:21,630 --> 00:39:22,464 ISTANA GIFU 393 00:39:22,547 --> 00:39:24,633 Apabila nyah beku musim bunga tiba, 394 00:39:24,716 --> 00:39:27,803 Katsuie bergerak merampas kubu gunung. 395 00:39:28,637 --> 00:39:30,222 Jika dia berjaya, 396 00:39:30,305 --> 00:39:35,060 impian Hideyoshi untuk memerintah Jepun akan berakhir sepantas ia bermula. 397 00:39:42,317 --> 00:39:43,944 ISTANA KITANOSHO 398 00:39:44,027 --> 00:39:47,280 (MARKAS SHIBATA KATSUIE) 1583 399 00:39:53,203 --> 00:39:54,955 Sewaktu nyah beku musim bunga tiba, 400 00:39:55,038 --> 00:39:58,583 Shibata Katsuie menghantar angkatan yang besar 401 00:39:58,667 --> 00:40:02,170 untuk mendapatkan tiga kubu sempadan 402 00:40:02,254 --> 00:40:05,340 yang Hideyoshi tubuhkan di puncak gunung. 403 00:40:13,348 --> 00:40:18,395 Itu satu-satunya cara untuk menjamin laluan yang selamat buat tenteranya. 404 00:40:22,607 --> 00:40:24,526 Pada mulanya, plot itu berjaya. 405 00:40:26,403 --> 00:40:30,532 Askar Katsuie menguasai sepenuhnya dua kubu pertama. 406 00:40:39,458 --> 00:40:43,962 Askar yang terselamat melarikan diri untuk berlindung di kubu ketiga. 407 00:40:44,045 --> 00:40:48,175 Namanya Shizugatake dan ia yang paling besar antara tiga kubu itu. 408 00:40:51,219 --> 00:40:57,100 Shibata Katsuie kumpulkan pasukannya untuk menawan hadiah terakhir ini 409 00:40:57,184 --> 00:41:00,187 ini yang akan menjamin kemaraan menentang Hideyoshi. 410 00:41:01,480 --> 00:41:03,523 Jika Shizugatake tumbang, 411 00:41:03,607 --> 00:41:06,026 pemerintahan Hideyoshi akan berakhir. 412 00:41:13,408 --> 00:41:16,786 Pertaruhannya amat tinggi buat Hideyoshi. 413 00:41:23,126 --> 00:41:27,297 Kini bermulalah perebutan kuasa  paling muktamad 414 00:41:27,380 --> 00:41:29,549 dalam sejarah Jepun. 415 00:42:00,914 --> 00:42:02,749 Terjemahan sari kata oleh Najaa