1 00:00:06,110 --> 00:00:07,945 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:51,947 --> 00:00:55,826 1551. Keadaan Jepun huru-hara. 3 00:00:56,994 --> 00:01:01,123 Setelah berkurun lamanya memerintah, kerajaan pusatnya hilang kawalan… 4 00:01:02,500 --> 00:01:06,545 dan negara itu terjerumus ke dalam perang saudara yang ganas. 5 00:01:08,714 --> 00:01:12,760 Anarki bermaharajalela akibat  hulubalang bersenjata bergelar daimyo 6 00:01:12,843 --> 00:01:15,096 berebut kuasa dan tanah jajahan. 7 00:01:17,139 --> 00:01:19,100 Di wilayah kecil bernama Owari, 8 00:01:19,183 --> 00:01:22,186 di dalam suku yang tak dikenali bernama Oda, 9 00:01:22,269 --> 00:01:26,524 seorang samurai bakal melancarkan sebuah kempen berdarah, 10 00:01:26,607 --> 00:01:28,734 di mana ramai yang akan terbunuh, 11 00:01:28,818 --> 00:01:33,197 dan melakar sejarah Jepun buat 300 tahun seterusnya. 12 00:01:38,285 --> 00:01:40,830 JEPUN 1551 13 00:02:11,402 --> 00:02:17,116 Kejadian paling penting pada 1551 buat keluarga Oda ialah kematian Oda Nobuhide. 14 00:02:24,165 --> 00:02:28,711 Apabila Nobuhide meninggal dunia, 15 00:02:28,794 --> 00:02:31,922 keluarga Oda serta-merta berpecah belah. 16 00:02:35,759 --> 00:02:38,971 Kamu takkan dapat mengetuai suku ini! 17 00:02:43,893 --> 00:02:45,811 Kematian seorang pembesar, 18 00:02:45,895 --> 00:02:51,108 adalah satu krisis utama dalam sebarang kekuasaan atau suku. 19 00:02:59,033 --> 00:03:01,827 Sebuah suku selalunya dianggap sebagai keluarga, 20 00:03:01,911 --> 00:03:04,246 tapi bukanlah keluarga yang biasa. 21 00:03:04,330 --> 00:03:06,415 Ia ada teras kekeluargaan, 22 00:03:06,498 --> 00:03:10,628 saudara-saudara yang mungkin mahukan kedudukan, tapi juga, 23 00:03:10,711 --> 00:03:13,255 ada pembantu, ada orang gaji, 24 00:03:13,339 --> 00:03:16,467 ada ipar duai. Maka, wujudlah puak-puak. 25 00:03:18,427 --> 00:03:22,014 Dan ketika itulah puak-puak ini akan menguji kekuatan mereka. 26 00:03:23,641 --> 00:03:27,186 Satu lagi masalah keluarga Oda ialah mereka suku yang kecil 27 00:03:27,269 --> 00:03:30,606 dan mereka dikelilingi oleh suku-suku yang lebih besar. 28 00:03:32,983 --> 00:03:35,611 Maka mereka harus lebih fokus kepada strategi 29 00:03:35,694 --> 00:03:38,697 dan fikir lebih teliti tentang cara meneruskan hidup 30 00:03:38,781 --> 00:03:41,617 kerana mereka hanyalah pelanduk di antara gajah. 31 00:03:55,422 --> 00:03:58,968 Oleh kerana keluarga Oda berada dalam situasi yang berbahaya, 32 00:03:59,051 --> 00:04:02,179 Oda Nobuhide mengejutkan ahli keluarganya 33 00:04:02,263 --> 00:04:07,017 kerana memilih anak sulungnya sebagai pewaris, iaitu Oda Nobunaga… 34 00:04:10,604 --> 00:04:13,941 yang tidak begitu disukai atas pelbagai sebab. 35 00:04:14,024 --> 00:04:17,987 Terdapat tentangan serius daripada saudara dan sepupu Nobunaga, 36 00:04:18,070 --> 00:04:19,947 dan ramai juga yang menentang. 37 00:04:20,030 --> 00:04:24,827 Mereka semua fikir mereka lebih layak daripada Nobunaga yang masih muda. 38 00:04:44,888 --> 00:04:48,350 Tindakan Nobunaga di majlis pengebumian ayahnya menambahkan 39 00:04:48,434 --> 00:04:51,979 kebencian ahli keluarganya yang memang tak menyukainya, 40 00:04:52,062 --> 00:04:55,733 kerana dia tidak berkabung dengan cara yang sesuai, 41 00:04:55,816 --> 00:05:00,321 sebaliknya dia mencampak segenggam kemenyan ke atas altar. 42 00:05:02,323 --> 00:05:03,490 Bodoh! 43 00:05:10,706 --> 00:05:14,293 Nobunaga terkenal dengan sikapnya yang panas baran. 44 00:05:17,463 --> 00:05:20,132 Dia seorang yang berperangai buruk dan jahat. 45 00:05:26,096 --> 00:05:29,058 Maka ramai orang, sama ada di dalam suku Oda, 46 00:05:29,141 --> 00:05:32,811 mahupun keluarga daimyo yang bersekutu dengan suku Oda, 47 00:05:32,895 --> 00:05:34,897 menganggapnya sebagai orang bodoh. 48 00:05:48,786 --> 00:05:49,995 Abang, tolonglah! 49 00:05:58,754 --> 00:06:02,591 Di Jepun, upacara adalah perkara yang amat penting. 50 00:06:03,384 --> 00:06:06,637 Dan ahli-ahli kerabat suka mengikut adat dan tradisi. 51 00:06:08,055 --> 00:06:10,307 Dia melanggar tradisi sepenuhnya. 52 00:06:19,024 --> 00:06:22,194 Tindakan Nobunaga menyebabkan kebimbangan yang serius 53 00:06:22,277 --> 00:06:24,822 buat ahli-ahli yang bakal dipimpinnya, 54 00:06:24,905 --> 00:06:28,951 hinggakan salah seorang mereka mengambil tindakan paling drastik. 55 00:06:33,956 --> 00:06:35,958 Namanya Hirate Masahide, 56 00:06:36,041 --> 00:06:39,837 dan dia sepatutnya menjadi ketua penasihat bagi pewaris baru itu. 57 00:07:03,402 --> 00:07:07,239 Dia amat terkejut dan malu dengan tindakan Nobunaga, 58 00:07:07,322 --> 00:07:09,825 maka sebagai protes, dia melakukan seppuku. 59 00:07:09,908 --> 00:07:12,536 Dengan kata lain, dia belah perutnya sendiri. 60 00:07:15,372 --> 00:07:17,791 Ia sejenis ritual mengeluarkan isi perut. 61 00:07:19,460 --> 00:07:23,172 Ada beberapa kes di mana terdapat orang yang belah perut mereka 62 00:07:23,255 --> 00:07:25,090 dan menarik keluar usus mereka. 63 00:07:27,176 --> 00:07:30,554 Ia antara cara seseorang itu mengawal kematiannya sendiri. 64 00:07:31,763 --> 00:07:33,223 Tapi boleh jadi juga, 65 00:07:33,307 --> 00:07:36,393 dalam sesetengah kes, cara untuk protes. 66 00:07:36,477 --> 00:07:41,857 Ia boleh jadi satu cara untuk buat seseorang terkejut dan patuh pada sesuatu. 67 00:07:47,863 --> 00:07:52,159 Mungkin Masahide memberi isyarat kepada ahli suku Oda yang lain, "Lihat, 68 00:07:52,242 --> 00:07:56,747 jika kamu rasa Nobunaga seorang yang bodoh dan tak beradab, 69 00:07:56,830 --> 00:07:58,415 dan kamu hormati saya, 70 00:07:58,499 --> 00:08:01,668 pembunuhan diri saya adalah satu tanda 71 00:08:01,752 --> 00:08:05,088 yang Nobunaga bukanlah orang yang perlu kamu sokong. 72 00:08:11,887 --> 00:08:15,599 Sejak dari hari pertama lagi, nyawa Nobunaga terancam. 73 00:08:18,477 --> 00:08:23,398 Dia sedar dia berseorangan dalam keadaan yang berbahaya. 74 00:08:24,066 --> 00:08:26,276 Apatah lagi ia berkaitan keluarga. 75 00:08:27,986 --> 00:08:32,783 Dalam era Sengoku, pembunuhan dalam keluarga adalah perkara biasa. 76 00:08:32,866 --> 00:08:34,785 Ayah bunuh anak lelaki mereka. 77 00:08:34,868 --> 00:08:37,913 Anak lelaki bunuh ayah. Adik beradik berbunuhan. 78 00:08:39,373 --> 00:08:41,542 Dan semuanya untuk merebut kuasa. 79 00:09:00,477 --> 00:09:05,023 Ada yang mengesyaki isterinya, Nōhime, mempunyai rancangan jahat, 80 00:09:08,026 --> 00:09:12,281 kerana dia anak perempuan kepada musuhnya, Saitō Dōsan, 81 00:09:12,364 --> 00:09:16,034 yang dikenali sebagai Si Ular Mino. Dia Anak Perempuan Si Ular. 82 00:09:17,619 --> 00:09:20,872 Mereka berkahwin sebagai perdamaian antara dua suku itu, 83 00:09:20,956 --> 00:09:22,958 maka ada kesangsian 84 00:09:23,041 --> 00:09:27,713 yang dia diletakkan di situ untuk mengintip Nobunaga. 85 00:09:29,256 --> 00:09:32,759 Malah, mungkin untuk membunuhnya jika perlu. 86 00:09:35,554 --> 00:09:39,474 Dan inilah salah satu bahaya dalam perkahwinan begini, 87 00:09:39,558 --> 00:09:42,894 di mana anak musuhnya berada di katilnya sendiri. 88 00:09:48,400 --> 00:09:51,028 Mungkin dia boleh membunuh menggunakan racun. 89 00:09:56,658 --> 00:09:59,369 Jika dia mati, ia baik untuk kita. 90 00:10:00,829 --> 00:10:04,041 Dia mementingkan diri. Dia hanya fikir tentang dirinya. 91 00:10:07,419 --> 00:10:10,005 Dan ada ura-ura mengatakan dia bersubahat 92 00:10:10,088 --> 00:10:12,633 dengan adik Nobunaga, iaitu Nobuyuki. 93 00:10:12,716 --> 00:10:14,259 ODA NOBUYUKI ADIK NOBUNAGA 94 00:10:14,801 --> 00:10:17,554 Nobuyuki agak dikagumi di kalangan keluarganya, 95 00:10:17,638 --> 00:10:21,975 kerana dia bukan kaki botol dan amat berbeza dengan Nobunaga. 96 00:10:24,770 --> 00:10:27,356 Boleh dikatakan dia anak yang baik. 97 00:10:27,439 --> 00:10:31,985 Anak yang menjaga maruah bapanya selama beliau masih hidup. 98 00:10:37,949 --> 00:10:41,578 Nobunaga bernasib baik kerana salah seorang pembantu setianya 99 00:10:41,662 --> 00:10:45,582 memaklumkannya tentang hasrat Nobuyuki untuk merampas kuasa. 100 00:10:55,300 --> 00:10:57,719 Ampunkan saya! 101 00:11:04,434 --> 00:11:05,352 Abang… 102 00:11:13,777 --> 00:11:16,446 Kamu bukan adik saya. 103 00:11:26,665 --> 00:11:31,378 Ini menampilkan aspek karakternya yang… 104 00:11:31,461 --> 00:11:33,797 amat ganas. 105 00:11:35,006 --> 00:11:37,509 Bertunjangkan keinginan untuk terus hidup, 106 00:11:38,218 --> 00:11:41,263 bertunjangkan keinginan untuk berjaya, 107 00:11:41,346 --> 00:11:45,225 inilah cara Nobunaga mengumumkan 108 00:11:45,308 --> 00:11:49,354 yang dia sanggup berputih tulang. 109 00:11:49,438 --> 00:11:51,857 Kekalahan individu ini 110 00:11:51,940 --> 00:11:55,193 menandakan Nobunaga adalah seorang yang perlu dihormati. 111 00:12:01,366 --> 00:12:05,203 Dengan terhapusnya ancaman daripada keluarga terdekatnya 112 00:12:05,287 --> 00:12:09,624 Nobunaga mengalihkan perhatiannya kepada ancaman terbesar dan terakhir 113 00:12:10,250 --> 00:12:12,502 terhadap penguasaannya dalam Wilayah Owari… 114 00:12:13,295 --> 00:12:15,338 iaitu sepupunya Nobukata. 115 00:12:15,422 --> 00:12:16,840 SEPUPU NOBUNAGA 116 00:12:20,385 --> 00:12:22,804 Nobukata mengawal Owari Utara. 117 00:12:28,018 --> 00:12:30,395 Terdapat 3,000 orang di bawah arahannya. 118 00:12:32,856 --> 00:12:35,066 Nobukata ialah musuh yang amat ganas. 119 00:12:36,318 --> 00:12:39,571 Jadi, pada ketika itu, terdapat dua orang pahlawan baru. 120 00:12:40,906 --> 00:12:44,826 Persaingan antara mereka, pada dasarnya, tak dapat dielakkan, 121 00:12:44,910 --> 00:12:49,247 memandangkan masing-masing menguasai separuh daripada Owari ketika itu, 122 00:12:49,331 --> 00:12:50,916 dan mahu meluaskan jajahan mereka. 123 00:12:50,999 --> 00:12:54,085 Mereka bukan setakat berebut tanah dan jajahan, 124 00:12:54,169 --> 00:12:57,255 malah untuk menjadi ketua keluarga Oda. 125 00:12:57,339 --> 00:13:02,928 Dan demi itu, saya rasa Nobunaga mahukan satu peperangan yang dapat memutuskan 126 00:13:03,011 --> 00:13:06,223 sama ada dia menang atau tewas. 127 00:13:10,602 --> 00:13:14,898 Nobunaga perlu bala tentera yang penuh dengan samurai jika mahu berperang. 128 00:13:22,614 --> 00:13:25,867 Lapan ratus tahun sebelum Nobunaga mula aktif, 129 00:13:25,951 --> 00:13:30,121 tiada siapa mahu digelar samurai kerana ia bermakna menjadi "hamba." 130 00:13:37,254 --> 00:13:40,674 Lama kelamaan, maknanya berubah menjadi apa yang kita fahami kini, 131 00:13:40,757 --> 00:13:45,387 iaitu orang yang setaraf dengan kesatria berkuda bagi zaman Jepun lama. 132 00:13:52,602 --> 00:13:58,525 Akhirnya "samurai" membawa maksud "bushi" iaitu kelas pahlawan. 133 00:14:09,119 --> 00:14:12,998 Tentunya, senjata paling ikonik samurai ialah katana. 134 00:14:13,081 --> 00:14:14,416 Pedang Jepun. 135 00:14:17,127 --> 00:14:21,548 Ia dianggap secara meluas sebagai pedang terbaik dalam sejarah dunia. 136 00:14:23,466 --> 00:14:27,470 Ia mempunyai bilah lasak yang amat tajam dan melengkung. 137 00:14:31,266 --> 00:14:35,186 Ia membolehkan seorang samurai melibas sedari sarungnya, 138 00:14:35,270 --> 00:14:38,982 dan juga memberi kelebihan yang besar buat samurai berkuda 139 00:14:39,065 --> 00:14:43,028 kerana setiap libasan ke bawah terhadap askar berjalan kaki… 140 00:14:45,739 --> 00:14:49,826 membawa momentum kuda berlari tersebut ke atasnya. 141 00:14:51,369 --> 00:14:54,331 Mereka adalah pahlawan atletik yang hebat. 142 00:14:54,414 --> 00:14:59,669 Mereka hanya tahu berperang. Mereka dilahirkan untuk berperang. 143 00:15:04,299 --> 00:15:07,802 Mereka mungkin adalah pahlawan terhandal dalam sejarah. 144 00:15:19,689 --> 00:15:24,986 Nobunaga masih berpegang kepada tradisi lama samurai. 145 00:15:27,489 --> 00:15:31,993 Tapi dia sedar, peperangan di Jepun semakin meninggalkan gaya lama tersebut. 146 00:15:33,995 --> 00:15:37,958 Peperangan kian menjadi perindustrian. Dia perlu tentera yang ramai. 147 00:15:41,503 --> 00:15:45,048 Oda Nobunaga boleh dianggap sebagai Iskandar Agung di Jepun. 148 00:15:45,131 --> 00:15:48,218 Kemungkinan besar dia ketua tentera paling inovatif ketika itu 149 00:15:48,301 --> 00:15:53,306 kerana dia amat terbuka kepada pelbagai idea baru. 150 00:15:54,808 --> 00:15:57,102 Sebelum zaman Nobunaga, 151 00:15:57,185 --> 00:16:01,606 tentera dan peperangan tidak melibatkan bilangan yang besar. 152 00:16:01,690 --> 00:16:03,942 Apabila tenteranya semakin besar, 153 00:16:04,025 --> 00:16:07,278 dek kerana tekanan untuk menewaskan musuhnya, 154 00:16:07,362 --> 00:16:11,908 Nobunaga mula cuba merekrut lebih ramai orang kebanyakan. 155 00:16:11,992 --> 00:16:14,244 Mereka dikenali sebagai ashigaru. 156 00:16:15,120 --> 00:16:19,457 Mereka rakyat marhaen yang dikerah berperang. Mereka askar berjalan kaki. 157 00:16:19,541 --> 00:16:23,336 Mereka rakyat yang hidup di bawah kawalan samurai 158 00:16:23,420 --> 00:16:25,964 selama 400 tahun. 159 00:16:26,047 --> 00:16:30,010 Mereka adalah harta peribadi, mereka hamba kepada para pembesar 160 00:16:30,093 --> 00:16:33,930 dan mereka digunakan sewenang-wenangnya. 161 00:16:43,398 --> 00:16:47,193 Tapi terdapat perbezaan ketara antara ashigaru Nobunaga 162 00:16:47,277 --> 00:16:52,323 dan ashigaru biasa yang hanyalah rakyat biasa tanpa kemahiran. 163 00:16:53,158 --> 00:16:57,412 Nobunaga memberi mereka peralatan lengkap dan melatih mereka. 164 00:16:58,747 --> 00:17:02,292 Dia tahu, dengan adanya kesetiaan, 165 00:17:02,375 --> 00:17:06,171 mereka boleh menjadi amat efektif dan berbahaya. 166 00:17:06,880 --> 00:17:10,467 Askar-askar ini lebih bernilai daripada sebilangan samurai. 167 00:17:11,634 --> 00:17:15,597 Mereka berubah daripada satu gerombolan kepada sebuah tentera. 168 00:17:18,516 --> 00:17:22,645 1558, setahun selepas membunuh adiknya, 169 00:17:22,729 --> 00:17:27,358 dan disertai oleh lebih kurang 3,000 orang tenteranya, 170 00:17:28,401 --> 00:17:31,654 Nobunaga meninggalkan kubunya di Selatan Owari, 171 00:17:31,738 --> 00:17:35,450 dan berarak ke utara untuk menentang pesaingnya, Nobukata. 172 00:17:37,285 --> 00:17:38,411 Sebagai respons, 173 00:17:38,495 --> 00:17:43,333 Nobukata mengerah tenteranya seramai 3,000 orang samurai berpengalaman 174 00:17:43,416 --> 00:17:46,127 untuk memintas dan menghancurkan penyerang itu. 175 00:17:47,253 --> 00:17:50,882 Nobunaga kurang berpengalaman dalam arahan di medan perang 176 00:17:50,965 --> 00:17:53,676 dan dia berdepan dengan cabaran besar, 177 00:17:53,760 --> 00:17:55,678 namun dia ada satu kelebihan, 178 00:17:55,762 --> 00:17:57,722 sebuah hadiah daripada dunia luar 179 00:17:57,806 --> 00:18:01,184 yang akan selamanya merubah rupa bentuk peperangan Jepun. 180 00:18:14,864 --> 00:18:19,202 Pada 1453, sebuah kapal Portugis dari Macau 181 00:18:19,285 --> 00:18:21,496 dihanyutkan oleh ribut 182 00:18:21,579 --> 00:18:24,916 dan karam di sebuah pulau kecil di Tanegashima, 183 00:18:24,999 --> 00:18:27,043 iaitu di perairan selatan Jepun. 184 00:18:27,127 --> 00:18:30,588 Barangkali ia ingin ke tanah besar China. 185 00:18:30,672 --> 00:18:35,176 Dan, seperti yang biasa berlaku di Jepun, sesuatu berlaku secara tak sengaja. 186 00:18:35,260 --> 00:18:38,138 Nak ke tempat lain, tapi tersesat ke Jepun. 187 00:18:44,435 --> 00:18:47,689 Mereka ada sejenis senjata, arquebus. 188 00:18:54,654 --> 00:18:59,951 Bagi kebanyakan daimyo, penggunaan senjata api tidak membawa banyak kebaikan. 189 00:19:02,495 --> 00:19:06,541 Ia mengambil masa untuk diisi peluru, ia bising dan berbau busuk, 190 00:19:06,624 --> 00:19:09,460 dan jika hujan, ia mungkin tak berfungsi. 191 00:19:09,544 --> 00:19:14,924 Maka, daimyo ini agak ragu-ragu untuk menggunakan arquebus sepenuhnya… 192 00:19:16,759 --> 00:19:18,845 tapi Oda Nobunaga tidak peduli. 193 00:19:20,722 --> 00:19:25,101 Dia datang dari kawasan kecil, dia tahu dia harus guna sebarang kelebihan 194 00:19:25,185 --> 00:19:27,437 untuk tewaskan musuh yang lebih besar. 195 00:19:27,520 --> 00:19:31,024 Maka dia bersedia menggunakan arquebus itu dari awal lagi. 196 00:19:31,441 --> 00:19:35,069 Oda Nobunaga antara yang pertama menyedari kekuatan tenteranya 197 00:19:35,153 --> 00:19:38,990 dan dia mampu membeli sejumlah besar pistol, 198 00:19:39,073 --> 00:19:43,494 yang mana ia mengubah kedudukan mereka dari peserta medan perang 199 00:19:43,578 --> 00:19:45,413 kepada kuasa yang mendominasi. 200 00:19:59,552 --> 00:20:02,805 Semakin Nobukata dan Nobunaga menghampiri konflik, 201 00:20:02,889 --> 00:20:06,226 Nobunaga memutuskan untuk menyerang. Dia tinggalkan Istana Kiyosu, 202 00:20:06,309 --> 00:20:09,812 dan menggerakkan tenteranya ke Iwakura 203 00:20:09,896 --> 00:20:12,815 di mana tentera Nobukata berada. 204 00:20:17,654 --> 00:20:21,282 Nobunaga memiliki lebih kurang 3,000 orang askar ketika itu. 205 00:20:22,325 --> 00:20:26,537 Dan barangkali dia ada lebih kurang 400 ke 500 pucuk pistol. 206 00:20:37,632 --> 00:20:42,220 Di hadapannya, Nobukata juga mempunyai lebih kurang 3,000 orang askar. 207 00:20:43,680 --> 00:20:46,474 Barangkali peralatan mereka lebih lengkap. 208 00:20:47,558 --> 00:20:50,853 Kamu harus bersedia untuk mati. 209 00:20:55,191 --> 00:20:56,526 Pergi! 210 00:20:59,404 --> 00:21:03,491 Bagi Nobukata dan Nobunaga, ini adalah antara hidup dan mati. 211 00:21:03,574 --> 00:21:07,370 Walapun mereka tak dapat hapuskan tentera lawan sepenuhnya, 212 00:21:07,453 --> 00:21:09,038 besar kemungkinan, bagi yang kalah, 213 00:21:09,122 --> 00:21:13,251 orang bawahannya akan lompat ke pihak lawan dan yang kalah akan musnah. 214 00:21:17,964 --> 00:21:19,048 Tunggu. 215 00:21:25,430 --> 00:21:31,686 Nobunaga perlu memerangkap musuhnya untuk mara ke zon membunuh, 216 00:21:31,769 --> 00:21:33,563 dalam lingkungan 100 meter. 217 00:21:33,646 --> 00:21:34,522 Tunggu. 218 00:21:43,364 --> 00:21:44,240 Tembak! 219 00:21:54,334 --> 00:21:58,087 Tembakan bertalu-talu daripada askar bersenapang 220 00:21:58,755 --> 00:22:03,593 mampu melemahkan hatta musuh yang paling kuat, sama ada berperisai atau tidak. 221 00:22:10,391 --> 00:22:14,187 Tapi, tempoh isi semula senapang adalah lama. 222 00:22:21,903 --> 00:22:25,198 Maka, peperangan itu akhirnya… 223 00:22:27,033 --> 00:22:29,786 menjadi pertempuran jarak dekat. 224 00:22:40,213 --> 00:22:44,133 Dalam peperangan ini, ia melibatkan askar kampung  225 00:22:44,217 --> 00:22:48,346 menentang pasukan elit yang memandang rendah kepada mereka. 226 00:22:49,806 --> 00:22:53,434 Setelah samurai yang kepenatan itu berada dalam jarak dekat, 227 00:22:53,518 --> 00:22:57,814 mereka menentang orang yang sanggup berputih tulang dan tak berputih mata. 228 00:23:05,613 --> 00:23:10,785 Pertempuran jarak dekat adalah lebih ganas daripada yang dapat dibayangkan. 229 00:23:11,744 --> 00:23:15,331 Anda berada dekat dengan musuh hingga boleh bau nafas mereka. 230 00:23:19,502 --> 00:23:22,588 Cukup dekat hingga boleh nampak maut di mata mereka 231 00:23:22,672 --> 00:23:25,883 ketika pedang dihunus ke perut mereka. 232 00:23:28,010 --> 00:23:31,222 Sementara itu, bedilan peluru bersimpang-siur. 233 00:23:33,349 --> 00:23:35,893 Suasana gempita dengan jeritan orang, 234 00:23:35,977 --> 00:23:39,480 baik panggilan perang, mahupun teriakan yang tercedera. 235 00:23:44,277 --> 00:23:46,529 Barangkali seperti berlawan di neraka. 236 00:23:48,281 --> 00:23:53,035 Selepas tiga jam, tentera Nobunaga mula menguasai. 237 00:23:56,164 --> 00:23:59,792 Mereka memecahbelahkan tentera Nobukata dan menewaskan mereka. 238 00:24:10,344 --> 00:24:16,100 Di akhir peperangan itu, angka kematian dianggarkan melebihi 1,200 orang. 239 00:24:17,018 --> 00:24:22,315 Ini adalah kadar kematian yang amat tinggi bagi peperangan yang kecil. 240 00:24:32,825 --> 00:24:37,371 Tentera Iwakura di bawah pimpinan Nobukata berundur kembali ke Istana Iwakura… 241 00:24:43,878 --> 00:24:48,591 yang berjaya bertahan dalam pengepungan selama tiga bulan, tapi akhirnya, gugur. 242 00:24:50,343 --> 00:24:52,220 Nobukata dibunuh… 243 00:24:56,057 --> 00:25:01,103 dan Nobunaga adalah satu-satunya pembesar yang masih hidup di Wilayah Owari. 244 00:25:06,275 --> 00:25:09,445 Setelah Peperangan Ukino, 245 00:25:10,071 --> 00:25:15,952 akhirnya Nobunaga secara rasminya mengambil alih penguasaan Owari. 246 00:25:16,035 --> 00:25:19,080 Dialah Pembesar Keluarga Oda. 247 00:25:22,375 --> 00:25:29,006 Walaupun masih muda, Nobunaga membesar menjadi komander perang boleh diharap. 248 00:25:32,593 --> 00:25:35,638 Dia bukan lagi "si tolol dari Owari." 249 00:25:37,640 --> 00:25:41,185 Dia menyedari dalam angkatan tenteranya, 250 00:25:41,269 --> 00:25:45,940 kekuatan dan kelemahan samurai. 251 00:25:47,400 --> 00:25:54,323 Kelebihan askar bawahan serta kepentingan teknologi. 252 00:25:57,535 --> 00:26:02,623 Saya rasa, ketika itulah dia memasang cita-cita yang tinggi. 253 00:26:04,458 --> 00:26:09,672 Kekuatan tentera Nobunaga yang ditunjukkan dalam penaklukan Owari 254 00:26:09,755 --> 00:26:12,592 kini akan digunakan di tempat lain. 255 00:26:18,097 --> 00:26:21,225 Sembilan tahun yang berdarah selepas kematian ayahnya, 256 00:26:21,309 --> 00:26:25,563 tak dipertikaikan lagi yang kini Nobunaga adalah ketua Wilayah Owari. 257 00:26:25,646 --> 00:26:30,568 Tapi pemerintahannya baru saja bermula apabila muncul ancaman baru dari Timur. 258 00:26:30,651 --> 00:26:36,032 Imagawa Yoshimoto, salah satu daimyo, atau hulubalang, yang digeruni di Jepun, 259 00:26:36,115 --> 00:26:39,035 mula mengorak langkah bersama bala tenteranya. 260 00:26:39,660 --> 00:26:44,999 Sasarannya ialah Kyoto, ibu negara  dan pusat ketenteraan tradisi di Jepun. 261 00:26:45,666 --> 00:26:49,003 Untuk ke sana, dia perlu menembusi Owari. 262 00:26:49,086 --> 00:26:50,379 Jika dia berjaya, 263 00:26:50,463 --> 00:26:54,550 impian Nobunaga akan hancur berkecai. 264 00:26:56,927 --> 00:27:01,974 Barangkali terdapat enam, mungkin lapan, daimyo yang amat berkuasa 265 00:27:02,058 --> 00:27:06,562 yang boleh menggalakkan apa yang dipanggil penyatuan negara. 266 00:27:06,646 --> 00:27:11,150 Dan itu bermakna, menakluki ibu negara, Kyoto. 267 00:27:12,568 --> 00:27:14,236 Salah satunya ialah Imagawa. 268 00:27:14,862 --> 00:27:18,407 Niat Imagawa Yoshimoto ialah menakluki Kyoto. 269 00:27:19,116 --> 00:27:21,994 Untuk itu, dia perlu mara ke ibu negara, 270 00:27:22,078 --> 00:27:26,999 dan untuk mara ke ibu negara, dia perlu melalui Wilayah Owari dahulu. 271 00:27:29,126 --> 00:27:32,838 Tapi Nobunaga tak mahu benarkan Imagawa melalui situ. 272 00:27:33,589 --> 00:27:38,844 Nobunaga nekad ingin menyekat kemaraan Imagawa di sempadannya. 273 00:27:41,305 --> 00:27:47,311 Akibat daripada itu, dia tiada pilihan selain menyelesaikannya dengan peperangan. 274 00:27:53,526 --> 00:27:57,863 Dalam konflik dengan Oda, Imagawa mempunyai banyak kelebihan. 275 00:27:57,947 --> 00:28:02,159 Imagawa Yoshimoto ialah pemilik kepada kawasan yang amat besar, 276 00:28:02,243 --> 00:28:04,578 amat kaya dan amat berkuasa. 277 00:28:06,580 --> 00:28:11,293 Babad sejarah menyenaraikan tenteranya seramai 45,000 orang. 278 00:28:11,377 --> 00:28:14,004 Anggaran yang lebih munasabah ialah 25,000. 279 00:28:14,088 --> 00:28:17,717 Namun, ia tetap angka yang jauh lebih besar daripada Nobunaga. 280 00:28:18,134 --> 00:28:22,263 Nisbah tenteranya kepada tentera Nobunaga ialah dua belas kepada satu. 281 00:28:23,931 --> 00:28:27,685 Maka, dengan kekuatan angkatan tentera yang amat besar, 282 00:28:27,768 --> 00:28:32,148 Imagawa menjangkakan dia dapat masuk, hapuskan Nobunaga, 283 00:28:32,231 --> 00:28:35,276 dan teruskan perjalanannya ke Kyoto. 284 00:28:38,946 --> 00:28:43,576 Maka, dia mula menyerang kubu pertahanan Nobunaga 285 00:28:43,659 --> 00:28:46,036 dan menawannya dengan mudah. 286 00:28:50,249 --> 00:28:54,754 Samurai yang dihantar untuk menjalankan misinya ialah Tokugawa Ieyasu. 287 00:28:58,758 --> 00:29:01,844 Ieyasu muda, namun dia pakar dalam taktik peperangan. 288 00:29:01,927 --> 00:29:03,888 Dia berkhidmat untuk Yoshimoto. 289 00:29:06,390 --> 00:29:11,228 Tapi dia juga bercita-cita tinggi dan dia tahu masa depannya cerah. 290 00:29:22,156 --> 00:29:26,035 Jeneral Nobunaga faham yang peluang mereka tipis 291 00:29:26,118 --> 00:29:28,871 dan tentera musuh lebih ramai, jadi mereka menggesa Nobunaga 292 00:29:28,954 --> 00:29:32,541 untuk ikut cara lazim iaitu berkubu apabila dikepung 293 00:29:32,625 --> 00:29:35,211 menggunakan posisi pertahanan terbaik 294 00:29:35,294 --> 00:29:38,923 dan cuba bertahan hingga mungkin nasib mereka akan berubah. 295 00:29:40,966 --> 00:29:43,093 Nobunaga mempunyai pendapat berbeza. 296 00:29:46,263 --> 00:29:49,975 Dia mahu mencuba sesuatu yang tak dijangka dan berlainan, 297 00:29:50,059 --> 00:29:55,606 sesuatu yang tak diduga oleh pihak musuh dan berharap pertaruhan ini berjaya 298 00:29:55,689 --> 00:29:59,568 mengubah situasi tersebut agar menyebelahinya. 299 00:30:03,739 --> 00:30:10,371 Antara kebolehan terhebat Nobunaga ialah kemampuannya menyusun atur. 300 00:30:11,330 --> 00:30:13,165 Bilangan musuh melebihi mereka, 301 00:30:13,958 --> 00:30:16,794 tapi dia ada lebih banyak maklumat. 302 00:30:21,590 --> 00:30:25,094 Ini satu lagu contoh kebijaksanaan Nobunaga. 303 00:30:25,177 --> 00:30:27,930 Dia ada ramai pengintip di seluruh wilayah 304 00:30:28,013 --> 00:30:31,433 yang memberikannya maklumat setiap hari, bahkan setiap jam. 305 00:30:33,477 --> 00:30:38,232 Pergerakan musuh, kekuatan mereka, kedudukan kem mereka, apa mereka buat. 306 00:30:38,315 --> 00:30:39,483 Dia tahu semuanya. 307 00:30:47,908 --> 00:30:51,036 Pengintip yang diutus Nobunaga mendapati kem Yoshimoto 308 00:30:51,120 --> 00:30:53,372 berada di atas Gunung Okehazama. 309 00:30:56,250 --> 00:31:00,796 Imaga Yoshimoto berkhemah di Okehazama dengan 5,000 askar. 310 00:31:00,880 --> 00:31:04,300 Maknanya, tenteranya yang selebihnya berada di tempat lain. 311 00:31:07,261 --> 00:31:11,640 Jadi, keseluruhannya, ia dapat digambarkan, 312 00:31:11,724 --> 00:31:15,227 ya, Imagawa Yoshimoto mempunyai angkatan tentera yang besar, 313 00:31:16,020 --> 00:31:18,606 tapi ia berantakan. Ia berpecah belah. 314 00:31:21,317 --> 00:31:25,821 Jadi, Nobunaga menyimpulkan bahawa jika ketua pasukan musuh dapat dibunuh, 315 00:31:25,905 --> 00:31:29,033 maka mereka akan runtuh. Tiada yang menyatukan mereka. 316 00:31:29,116 --> 00:31:34,371 Oleh itu, dia tak perlu tewaskan mereka, dia hanya perlu bunuh Imagawa Yoshimoto. 317 00:31:43,255 --> 00:31:45,799 Dia memutuskan untuk buat serangan mengejut. 318 00:31:46,800 --> 00:31:51,597 Dalam zaman itu, peperangan dilakukan dengan cara lazim bagi zaman itu. 319 00:31:51,680 --> 00:31:55,601 Mereka berperang di tempat lapang. Mereka adakan pengepungan. 320 00:31:57,853 --> 00:32:01,148 Tiada siapa pernah cuba lakukan serangan mengejut begini. 321 00:32:03,692 --> 00:32:08,155 Tapi, walaupun tak ramai, Nobunaga sanggup serang tentera yang lebih besar, 322 00:32:08,238 --> 00:32:11,116 dengan peluang yang tipis untuk gunakan kesempatan yang ada. 323 00:32:11,200 --> 00:32:14,620 Menyerang di waktu malam, atau menyerang secara mengejut. 324 00:32:19,583 --> 00:32:22,169 Ia tanda awal menunjukkan betapa Nobunaga 325 00:32:22,252 --> 00:32:25,297 bijak, berdaya cipta dan berfikir di luar kotak. 326 00:32:30,386 --> 00:32:36,392 Ketika ini, Nobunaga dan tenteranya telah mengepung kem Yoshimoto. 327 00:32:43,941 --> 00:32:50,155 Imagawa Yoshimoto sedang mengadakan upacara pemeriksaan kepala. 328 00:32:50,239 --> 00:32:54,451 Ia upacara di mana seorang hulubalang, atau komander, 329 00:32:54,535 --> 00:33:00,332 dipersembahkan dengan kepala pihak musuh yang tewas. 330 00:33:06,380 --> 00:33:11,510 Ia akan dirapikan, dibasuh dan disolek. 331 00:33:11,593 --> 00:33:14,847 Dari satu aspek yang pelik, upacara ini adalah perlakuan 332 00:33:15,597 --> 00:33:18,559 membalas dendam dan memalukan terhadap pihak lawan, 333 00:33:18,642 --> 00:33:21,020 yang mana kepala mereka diperagakan sebagai objek, 334 00:33:21,603 --> 00:33:24,565 tetapi juga, wujud penghormatan dalam tindakan itu. 335 00:33:24,648 --> 00:33:27,151 Kepala yang dipenggal itu perlu disaksikan 336 00:33:27,234 --> 00:33:31,071 dengan rasa hormat yang selayaknya diberikan kepada tuan badannya. 337 00:33:48,422 --> 00:33:52,885 Imagawa Yoshimoto berada dalam keadaan santai. 338 00:33:53,594 --> 00:33:59,433 Mereka sedang makan, minum dan meraikan perjalanan mereka yang lancar setakat itu. 339 00:34:05,814 --> 00:34:08,734 Ini waktu yang dinantikan oleh Nobunaga. 340 00:34:15,282 --> 00:34:18,827 Tapi ia berisiko. Bagi Nobunaga, ia antara hidup dan mati. 341 00:34:22,081 --> 00:34:23,457 Tapi dia tiada pilihan. 342 00:34:24,374 --> 00:34:29,088 Dia mesti bunuh Yoshimoto. Dia mesti penggal kepala ular. 343 00:34:30,714 --> 00:34:33,383 Tenteranya menyerbu ke depan dan mula membunuh 344 00:34:34,384 --> 00:34:37,221 askar-askar Imagawa yang mereka dekati. 345 00:34:39,973 --> 00:34:43,102 Kem Imagawa keliru, mereka tak tahu apa yang berlaku. 346 00:34:43,185 --> 00:34:47,314 Imagawa Yoshimoto pula fikir telah berlaku pergaduhan 347 00:34:47,397 --> 00:34:51,860 kerana askar-askarnya mabuk dan mula berkelahi. 348 00:34:51,944 --> 00:34:55,739 Agak lama sebelum mereka sedar yang sebenarnya mereka diserang. 349 00:35:00,869 --> 00:35:03,914 Sementara itu, tentera Oda menyerbu mereka. 350 00:35:04,498 --> 00:35:08,877 Askar Imagawa mula panik. Mereka mencampakkan senjata mereka. 351 00:35:08,961 --> 00:35:12,381 Mereka lari bertempiaran ke arah bukit sepantas mungkin. 352 00:35:14,216 --> 00:35:15,884 Keadaan amat huru-hara. 353 00:35:20,264 --> 00:35:21,807 Dalam sekelip mata… 354 00:35:24,309 --> 00:35:28,605 askar Yoshimoto tinggal 300 orang. Kini keadaan sudah terbalik. 355 00:35:31,150 --> 00:35:32,943 Pertempuran ini amat mendesak. 356 00:35:36,822 --> 00:35:42,661 Salah seorang askar Oda berjaya menyerang Yoshimoto. 357 00:35:56,425 --> 00:35:57,843 Jeneral musuh dah mati. 358 00:35:59,428 --> 00:36:02,723 Tentera Imagawa yang tinggal berpecah dan melarikan diri. 359 00:36:04,516 --> 00:36:07,227 Askar-askar Imagawa yang berada di tempat lain 360 00:36:07,311 --> 00:36:09,938 tahu apa yang terjadi, dan memutuskan untuk berundur. 361 00:36:11,982 --> 00:36:15,485 Nobunaga telah mencapai kejayaan yang menakjubkan. 362 00:36:20,157 --> 00:36:24,494 Peperangan Okehazama berlangsung selama hanya 15 minit, 363 00:36:24,578 --> 00:36:28,916 namun ia antara peperangan yang paling memberi impak kepada sejarah Jepun. 364 00:36:31,210 --> 00:36:36,506 Serangan mengejutnya yang berjaya itu menunjukkan dia genius menyusun strategi 365 00:36:36,590 --> 00:36:39,426 yang mana ia amat jarang ditemui pada zaman itu. 366 00:36:39,509 --> 00:36:43,972 Kebanyakan suku kecil takkan berani menentang musuh yang lebih besar. 367 00:36:44,932 --> 00:36:49,811 Namun, tingkah laku yang merisaukan pembantu Nobunaga 368 00:36:49,895 --> 00:36:51,688 ketika pengebumian ayahnya… 369 00:36:53,023 --> 00:36:54,524 kini diperakui. 370 00:36:54,608 --> 00:36:56,693 Ia menampakkannya semberono, 371 00:36:56,777 --> 00:37:00,530 dan berisiko, namun dia juga telah berfikir dengan teliti… 372 00:37:01,531 --> 00:37:05,619 apakah kemungkinan yang terbaik untuk dia terus hidup dan menakluk. 373 00:37:07,371 --> 00:37:12,000 Selain berjaya menumpaskan salah satu kuasa terbesar di Jepun Tengah, 374 00:37:12,709 --> 00:37:16,296 Oda Nobunaga juga menjadi semakin terkenal. 375 00:37:16,380 --> 00:37:18,966 Ia juga menjadi batu loncatan 376 00:37:19,049 --> 00:37:23,929 untuknya memulakan proses yang bakal menjadi penyatuan semula Jepun. 377 00:37:28,267 --> 00:37:35,232 Akibat daripada peperangan Okehazama, Nobunaga mendapat dua sekutu penting 378 00:37:35,315 --> 00:37:40,862 yang bakal menampungnya selama beberapa tahun dan membantunya capai kemenangan. 379 00:37:40,946 --> 00:37:46,076 Di Okehazamalah tempat Nobunaga mula menghargai bakat 380 00:37:46,159 --> 00:37:51,123 seorang samurai muda yang telah menyertai tenteranya sebagai ashigaru. 381 00:37:52,124 --> 00:37:54,793 Namanya ialah Toyotomi Hideyoshi. 382 00:37:57,045 --> 00:38:01,049 Hideyoshi bermula sebagai askar berjalan kaki dalam tentera Nobunaga, 383 00:38:01,133 --> 00:38:05,304 namun kemahiran bertempurnya mengagumkan Nobunaga. 384 00:38:12,436 --> 00:38:15,897 Dia bukan setakat handal dalam bertempur berdepan-depan. 385 00:38:15,981 --> 00:38:19,359 Dia juga memiliki kebolehan mengatur orang lain. 386 00:38:19,443 --> 00:38:22,821 Dengan kata lain, dia menunjukkan potensi kepimpinan. 387 00:38:32,205 --> 00:38:34,916 Kesan daripada itu, Hideyoshi dinaikkan pangkat 388 00:38:35,000 --> 00:38:38,837 menjadi salah seorang jeneral Nobunaga yang taat dan setia, 389 00:38:38,920 --> 00:38:42,924 dan seterusnya menjadi orang yang banyak mempengaruhi sejarah Jepun. 390 00:38:51,808 --> 00:38:57,522 Terdapat satu lagi perikatan yang terbentuk akibat peperangan itu. 391 00:38:57,606 --> 00:38:59,524 Dan ia amat berbeza daripada 392 00:38:59,608 --> 00:39:02,778 hubungan antara Nobunaga dan Hideyoshi. 393 00:39:04,404 --> 00:39:08,867 Lelaki yang dimaksudkan adalah Tokugawa Ieyasu. 394 00:39:10,744 --> 00:39:14,790 Ketika muda, dia diserahkan oleh ayahnya sendiri sebagai tawanan 395 00:39:14,873 --> 00:39:16,666 kepada keluarga Imagawa. 396 00:39:20,003 --> 00:39:25,258 Ieyasu dibesarkan oleh mereka dan  patutnya berkhidmat untuk tentera Imagawa. 397 00:39:27,761 --> 00:39:31,306 Tapi ketua keluarga Imagawa kini telah meninggal dunia. 398 00:39:32,516 --> 00:39:35,435 Jadi, Ieyasu membuat keputusan untuk menyertai 399 00:39:36,019 --> 00:39:40,148 lelaki yang telah menewaskan tuannya iaitu Oda Nobunaga. 400 00:39:42,984 --> 00:39:46,071 Melihatkan betapa cepatnya Ieyasu bertukar kesetiaan, 401 00:39:46,154 --> 00:39:50,242 menunjukkan kesetiaan amat mudah bertukar ganti ketika zaman Sengoku. 402 00:39:50,325 --> 00:39:54,663 Tiada lagi peraturan. Ini perang habis-habisan untuk merebut takhta Jepun. 403 00:39:54,746 --> 00:39:57,624 Maka, siapa yang sanggup ambil risiko, 404 00:39:57,707 --> 00:40:00,210 lebih berani untuk mendekati  405 00:40:00,293 --> 00:40:03,338 pihak yang lebih berkuasa atau sedang meningkat. 406 00:40:05,090 --> 00:40:09,010 Peperangan Okehazama ini penting kerana, tiba-tiba, 407 00:40:09,094 --> 00:40:13,890 tiga orang yang bakal membentuk nasib Jepun mula bersekutu, 408 00:40:13,974 --> 00:40:19,438 iaitu Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi dan Tokugawa Ieyasu. 409 00:40:23,567 --> 00:40:26,862 Dengan adanya Ieyasu dan Hideyoshi di sampingnya, 410 00:40:26,945 --> 00:40:30,907 Nobunaga melancarkan siri kempen berdarah ke atas pesaingnya. 411 00:40:31,658 --> 00:40:34,161 Dia menakluk lebih banyak jajahan. 412 00:40:34,995 --> 00:40:38,999 Kemudian, dia mara dengan beraninya ke arah ibu negara itu, Kyoto. 413 00:40:40,250 --> 00:40:44,546 Dari situ, Nobunaga merancang untuk melancarkan strategi paling beraninya, 414 00:40:45,005 --> 00:40:47,382 iaitu penyatuan semula Jepun. 415 00:40:50,510 --> 00:40:52,596 Namun, dia masih lagi dalam bahaya. 416 00:40:53,305 --> 00:40:56,766 Masih ada daimyo lain yang berada di barat dan utara 417 00:40:56,850 --> 00:40:59,019 yang mengancam kekuasaan Nobunaga 418 00:40:59,102 --> 00:41:01,730 kerana mereka enggan patuh kepadanya. 419 00:41:03,231 --> 00:41:05,984 Dan siapa yang enggan taat kepadanya, 420 00:41:06,067 --> 00:41:09,196 akan merasai kemurkaannya dan dibunuh, 421 00:41:09,279 --> 00:41:12,532 kerana dia takkan biarkan sesiapa pun menentangnya. 422 00:41:12,866 --> 00:41:14,284 Hanya lelaki begitu saja 423 00:41:14,367 --> 00:41:17,704 yang bakal memulakan proses penyatuan Jepun. 424 00:41:22,459 --> 00:41:26,963 Senario ini tentulah menimbulkan kemarahan pesaing Nobunaga. 425 00:41:27,506 --> 00:41:31,384 Mereka tahu Nobunaga mahu membolot kuasa. 426 00:41:31,968 --> 00:41:35,472 Maka, pertempuran sebenar buat Jepun bakal bermula. 427 00:42:05,752 --> 00:42:07,337 Terjemahan sari kata oleh Naja