1 00:00:06,047 --> 00:00:07,917 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:48,965 --> 00:00:50,715 JEPUN 1583 3 00:00:50,800 --> 00:00:53,300 Selepas menyatukan sebahagian besar Jepun, 4 00:00:53,386 --> 00:00:56,216 samurai Oda Nobunaga yang menakutkan telah mati. 5 00:00:58,183 --> 00:00:59,983 Penyokong setianya, Hideyoshi 6 00:01:00,060 --> 00:01:03,060 telah melancarkan rampasan kuasa dan membolot kuasa. 7 00:01:04,898 --> 00:01:06,018 Akibat berang, 8 00:01:06,107 --> 00:01:10,817 Jeneral Katsuie yang berkuasa melancarkan usahanya sendiri untuk mengawal negara. 9 00:01:12,072 --> 00:01:17,082 Dia telah memusnahkan tiga buah kubu yang mengawal laluan ke tanah musuh. 10 00:01:18,328 --> 00:01:19,658 Dua kubu telah tumpas. 11 00:01:20,121 --> 00:01:23,041 Yang ketiga, Shizugatake, masih kekal. 12 00:01:25,251 --> 00:01:28,511 Untuk merampasnya, dia hantar anak saudaranya, Morimasa. 13 00:01:29,422 --> 00:01:32,682 Jika dia berjaya, habislah Hideyoshi. 14 00:01:36,262 --> 00:01:39,772 JEPUN 1583 15 00:01:44,270 --> 00:01:50,280 Sakuma Morimasa tahu betapa pentingnya untuk menawan kubu Shizugatake… 16 00:01:53,404 --> 00:01:55,574 namun kubu itu tetap bertahan. 17 00:02:02,413 --> 00:02:04,503 Semakin lama ia bertahan, 18 00:02:04,582 --> 00:02:08,632 peluang buat Hideyoshi untuk menyelamatkannya adalah lebih tinggi. 19 00:02:17,804 --> 00:02:21,184 Masalahnya dengan pengepungan ialah, jika anda dikepung, 20 00:02:21,266 --> 00:02:25,266 anda sangat terdedah kepada serangan oleh pasukan bantuan. 21 00:02:25,353 --> 00:02:28,613 Tumpuan anda sepenuhnya pada istana ini, seperti yang sepatutnya, 22 00:02:28,690 --> 00:02:31,860 ia bermakna, anda membelakangkan dunia. 23 00:02:38,491 --> 00:02:41,701 Shibata Katsuie sangat bimbang… 24 00:02:44,914 --> 00:02:47,964 hinggakan dia hantar utusan kepada Sakuma 25 00:02:48,042 --> 00:02:51,002 yang mengatakan, "Abaikan pengepungan Shizugatake." 26 00:02:51,087 --> 00:02:54,877 "Duduki salah satu daripada dua kubu yang kamu telah tawan." 27 00:02:58,303 --> 00:03:02,223 Morimasa tak pedulikan arahan itu. 28 00:03:02,307 --> 00:03:05,597 Dia percaya dia ada masa untuk meneruskan pengepungan. 29 00:03:12,775 --> 00:03:16,645 "Shizugatake akan menjadi milik saya sebelum malam menjelang." 30 00:03:16,738 --> 00:03:19,818 Itulah mesej yang dihantar kepada tuannya. 31 00:03:25,038 --> 00:03:27,248 Shibata tak yakin. 32 00:03:31,085 --> 00:03:36,125 Dia tahu yang Sakuma Morimasa amat terdedah kepada serangan dari belakang 33 00:03:36,216 --> 00:03:38,126 oleh tentera Hideyoshi. 34 00:03:40,470 --> 00:03:44,140 Walaupun dia dari kelas paling rendah antara pahlawan samurai, 35 00:03:44,224 --> 00:03:47,894 Hideyoshi membuktikan dirinya jeneral yang sangat strategik. 36 00:03:47,977 --> 00:03:49,647 Seorang pakar taktik. 37 00:03:51,064 --> 00:03:52,944 Dia komander yang amat berbakat 38 00:03:53,024 --> 00:03:55,694 dengan reputasi yang terbukti di medan perang. 39 00:03:59,739 --> 00:04:04,659 Apabila mesej yang tiba memberitahu dia apa yang berlaku di Shizugatake… 40 00:04:06,621 --> 00:04:10,461 dia memutuskan bahawa ini adalah saat untuk dia merampas. 41 00:04:11,251 --> 00:04:12,591 Masa untuk pergi! 42 00:04:12,669 --> 00:04:17,219 Hideyoshi memberitahu utusan yang dia akan hantar bantuan segera… 43 00:04:17,298 --> 00:04:18,798 SEJARAWAN 44 00:04:18,883 --> 00:04:22,183 …jadi mereka perlu bertahan. 45 00:04:23,263 --> 00:04:24,643 Ikut saya! 46 00:04:29,852 --> 00:04:34,862 Hideyoshi terkenal kerana kebolehannya menggerakkan tentera dengan cepat, 47 00:04:36,401 --> 00:04:39,281 jadi dia memutuskan, jika dia dapat bawa tentera ke Shizugatake, 48 00:04:39,362 --> 00:04:44,452 dia mungkin ada ruang untuk serang balas, untuk hancurkan tentera yang mengepung 49 00:04:44,534 --> 00:04:47,204 dan memenangi kelebihan untuk dirinya sendiri. 50 00:04:52,875 --> 00:04:57,165 Kali pertama Morumasa Sakuma dapat tahu apa yang berlaku 51 00:04:57,797 --> 00:04:59,917 adalah ketika dia meninjau lembah… 52 00:05:02,385 --> 00:05:04,845 dan nampak ratusan samurai Hideyoshi 53 00:05:04,929 --> 00:05:08,139 berkawat menaiki laluan gunung yang sering dilalui. 54 00:05:10,977 --> 00:05:13,647 Ia satu kejutan besar buat Morimasa. 55 00:05:13,730 --> 00:05:16,440 Dia cuba sedaya-upaya mengatur semula tenteranya, 56 00:05:16,524 --> 00:05:20,324 untuk meletakkan pertahanan kukuh menentang kemaraan Hideyoshi… 57 00:05:23,406 --> 00:05:25,406 tapi ia dah terlewat. 58 00:05:32,498 --> 00:05:35,588 Askar Morimasa benar-benar tak teratur. 59 00:05:39,130 --> 00:05:43,300 Dan tentera Hideyoshi mempunyai kelebihan dengan serangan mengejut. 60 00:05:55,188 --> 00:06:00,438 Pertarungan Shizugatake adalah pertarungan bersemuka yang amat sengit. 61 00:06:02,153 --> 00:06:04,283 Ia adalah pembunuhan beramai-ramai… 62 00:06:05,323 --> 00:06:07,583 di satu ruang yang amat sempit. 63 00:06:16,042 --> 00:06:17,132 Saya menang. 64 00:06:17,960 --> 00:06:21,090 Nyawa Katsuie berada dalam tangan saya! 65 00:06:24,133 --> 00:06:27,013 Tak lama kemudian, askar Sakuma lari dari gunung itu 66 00:06:27,595 --> 00:06:30,765 untuk berlindung di istana Shibata. 67 00:06:30,848 --> 00:06:33,728 Tentera Hideyoshi mengejar. 68 00:06:44,320 --> 00:06:49,410 Selepas tiga hari dikepung, Shibata Katsuie tahu dia tiada harapan. 69 00:06:51,077 --> 00:06:57,457 Akhirnya Katsuie terpaksa memilih kematian. 70 00:06:57,542 --> 00:07:02,882 Jadi, dia melakukan seppuku. 71 00:07:11,431 --> 00:07:16,191 Kemenangan Hideyoshi di Shizugatake adalah pertarungan mutlak. 72 00:07:17,061 --> 00:07:21,401 Kini, Hideyoshi adalah pemerintah de facto Jepun 73 00:07:21,482 --> 00:07:25,322 dan pewaris wilayah Oda Nobunaga. 74 00:07:42,170 --> 00:07:45,470 Hideyoshi ialah figura yang jarang ditemui dalam sejarah politik, 75 00:07:45,548 --> 00:07:49,138 yang boleh dikatakan mempunyai visi. 76 00:07:49,218 --> 00:07:54,888 Untuk merasakan kemungkinan baru melangkaui segala yang pernah orang lalui. 77 00:07:59,437 --> 00:08:00,977 Kita perlu ingat, 78 00:08:01,063 --> 00:08:04,783 perang saudara itu telah berlanjutan selama seabad di Jepun. 79 00:08:05,401 --> 00:08:07,821 Semua yang masih hidup di Jepun tahu berperang, 80 00:08:07,904 --> 00:08:11,414 dan Hideyoshi cuba mencipta sistem politik yang stabil, 81 00:08:11,491 --> 00:08:14,331 yang mana perang saudara boleh ditamatkan. 82 00:08:16,287 --> 00:08:20,667 Meskipun Hideyoshi telah menjadi daimyo paling berkuasa di Jepun, 83 00:08:20,750 --> 00:08:22,500 dia masih dalam bahaya. 84 00:08:22,585 --> 00:08:26,295 Ada daimyo yang hebat yang mahu mengambil alih kuasa. 85 00:08:27,340 --> 00:08:29,340 Kemudian, ada Tokugawa Ieyasu, 86 00:08:30,009 --> 00:08:33,299 yang perlu dibentuk satu perikatan dengannya. 87 00:08:37,183 --> 00:08:39,523 Jadi, dia masih belum selamat. 88 00:08:43,606 --> 00:08:47,606 Walaupun mereka sama-sama bertarung di samping Nobunaga 89 00:08:47,693 --> 00:08:49,153 dalam banyak peperangan… 90 00:08:51,948 --> 00:08:55,578 Ieyasu bukanlah orang bawahan Nobunaga, 91 00:08:55,660 --> 00:08:56,740 dia adalah sekutu. 92 00:08:58,454 --> 00:09:01,964 Jadi, ia agak menjengkelkan Ieyasu 93 00:09:02,041 --> 00:09:04,541 apabila ada orang bawahan Nobunaga 94 00:09:05,169 --> 00:09:08,879 tiba-tiba bertindak seolah-olah dia berkuasa di seluruh Jepun. 95 00:09:14,679 --> 00:09:17,009 Ieyasu ada cita-citanya sendiri 96 00:09:17,098 --> 00:09:21,188 untuk mungkin menggantikan Hideyoshi dan menjadi lelaki paling berkuasa di Jepun. 97 00:09:26,774 --> 00:09:29,614 Dia seorang pakar strategi yang sabar. 98 00:09:29,694 --> 00:09:33,784 Dia tahu dia perlu menyerang dan mengerahkan angkatan tenteranya 99 00:09:33,864 --> 00:09:35,994 apabila dia lebih berkuasa. 100 00:09:37,743 --> 00:09:42,503 Jadi, dia perlu bersekutu dengan daimyo yang betul untuk kalahkan Hideyoshi. 101 00:09:42,582 --> 00:09:46,132 Ieyasu melihat langkah terbaiknya adalah memberi sokongan 102 00:09:46,210 --> 00:09:49,760 kepada anak kedua Oda Nobunaga, Oda Nobukatsu. 103 00:09:52,341 --> 00:09:57,181 Tuntutan Oda Nobukatsu adalah semata-mata dia pewaris sebenar Nobunaga, 104 00:09:57,763 --> 00:10:01,183 dan Hideyoshi telah melakukan rampasan kuasa secara haram. 105 00:10:03,978 --> 00:10:08,688 Tokugawa Ieyasu melihat perikatannya dengan Oda Nobukatsu 106 00:10:08,774 --> 00:10:13,704 sebagai peluang untuk tumpaskan Hideyoshi sebelum dia menjadi terlalu berkuasa. 107 00:10:17,783 --> 00:10:20,493 Dan mungkin dia rasa apabila masanya sesuai, 108 00:10:20,578 --> 00:10:24,328 dia akan singkirkan Nobukatsu dan ambil alih kuasa. 109 00:10:27,293 --> 00:10:29,463 Ia satu pertaruhan buat Ieyasu. 110 00:10:29,545 --> 00:10:33,715 Dia mempunyai reputasi sebagai pemikir yang penyabar dan teliti, 111 00:10:34,550 --> 00:10:38,260 namun, ada kalanya, pemikir yang sabar perlu juga ambil risiko, 112 00:10:38,846 --> 00:10:42,676 dan barangkali ini pertaruhan paling besar dalam kerjaya Ieyasu. 113 00:10:47,688 --> 00:10:50,318 Dengan sokongan tentera Nobukatsu, 114 00:10:50,399 --> 00:10:54,699 Ieyasu mengetuai tenteranya menentang angkatan Hideyoshi yang lebih besar. 115 00:10:55,988 --> 00:11:00,368 Terdapat beberapa pertembungan berdarah, tapi ia berakhir dengan kebuntuan. 116 00:11:00,451 --> 00:11:02,541 Rancangan Ieyasu memakan dirinya. 117 00:11:04,413 --> 00:11:07,383 Kini, dengan harapan dapat selamatkan saki baki tenteranya 118 00:11:07,458 --> 00:11:12,758 dan barangkali hidup sehari lagi, Ieyasu yang licik bertaruh lagi. 119 00:11:13,464 --> 00:11:17,764 Dia putuskan untuk bertemu Hideyoshi dan lihat jika mereka boleh berdamai. 120 00:11:36,821 --> 00:11:39,661 Ini mungkin membawa maut buat Ieyasu. 121 00:11:39,740 --> 00:11:42,790 Ada kemungkinan yang Hideyoshi akan mengkhianatinya. 122 00:11:57,341 --> 00:11:59,141 Pertemuan dengan Hideyoshi itu 123 00:11:59,218 --> 00:12:02,638 memberikan Hideyoshi peluang untuk membunuhnya. 124 00:12:05,224 --> 00:12:08,444 Saya yakin masing-masing tak percayakan satu sama lain. 125 00:12:22,199 --> 00:12:27,039 Dari sudut pandangan Hideyoshi, ada kelebihannya jika berbaik dengan Ieyasu. 126 00:12:27,580 --> 00:12:31,130 Dia ada tentera yang besar, dan terbukti dia jeneral hebat. 127 00:12:31,208 --> 00:12:35,048 Jadi, baginya, ada kelebihan jika Ieyasu menjadi sekutunya. 128 00:12:39,175 --> 00:12:41,835 Ieyasu akan tunduk hanya pada nama 129 00:12:41,927 --> 00:12:45,307 dan akui Hideyoshi adalah ketuanya, 130 00:12:45,389 --> 00:12:47,849 sebagai balasan untuk tamatkan permusuhan 131 00:12:47,933 --> 00:12:50,983 dan dapatkan kedudukan hampir sebagai orang kanan Hideyoshi. 132 00:12:56,233 --> 00:12:59,993 Jadi mereka lakukan perkara tradisi, iaitu bertukar tebusan. 133 00:13:00,571 --> 00:13:04,661 Ieyasu serahkan anak keduanya kepada Hideyoshi untuk dijadikan anak angkat. 134 00:13:09,538 --> 00:13:14,338 Hideyoshi serahkan ibu yang amat dia sayangi kepada Ieyasu. 135 00:13:15,586 --> 00:13:19,126 Prinsip di sebalik sistem tebusan itu agak mudah… 136 00:13:19,840 --> 00:13:24,550 Jika pihak satu lagi hancurkan keamanan, maka tebusan itu akan dihukum bunuh. 137 00:13:30,851 --> 00:13:31,941 Hideyoshi bertaruh 138 00:13:32,019 --> 00:13:34,979 yang dia boleh kekalkan perikatan ini dengan Ieyasu 139 00:13:35,064 --> 00:13:37,654 dan Ieyasu takkan jadi terlalu kuat 140 00:13:37,733 --> 00:13:40,243 untuk mencabarnya dan jadi yang terulung. 141 00:13:42,279 --> 00:13:45,159 Selepas berdekad-dekad peperangan di Jepun, 142 00:13:45,241 --> 00:13:47,951 semua daimyo ini tak percayakan satu sama lain. 143 00:13:48,369 --> 00:13:53,329 Perlu ada perubahan di mana mereka terima hakikat yang mereka boleh hidup bersama, 144 00:13:54,208 --> 00:13:59,298 dan bukannya musnahkan satu sama lain. Itulah yang anda lihat ketika ini. 145 00:14:06,762 --> 00:14:08,312 Perikatan yang penting ini 146 00:14:08,389 --> 00:14:11,639 membolehkan Ieyasu melindungi rusuk timur Hideyoshi, 147 00:14:12,351 --> 00:14:16,271 seterusnya Hideyoshi boleh fokus kepada menyatukan pusat negara. 148 00:14:19,316 --> 00:14:22,986 Tapi untuk menyatukan negara, Hideyoshi perlukan keabsahan. 149 00:14:30,202 --> 00:14:33,212 Tiada persoalan yang Hideyoshi layak berada di atas, 150 00:14:34,123 --> 00:14:37,423 tapi jelas sekali, dalam masyarakat yang masih pentingkan 151 00:14:37,501 --> 00:14:39,461 gelaran, martabat dan keturunan, 152 00:14:40,045 --> 00:14:43,505 Hideyoshi berdepan halangan yang kelihatan sukar diatasi. 153 00:14:46,719 --> 00:14:51,099 Keabsahan sebenar di Jepun datangnya daripada figura seorang Maharaja, 154 00:14:51,181 --> 00:14:57,061 tapi figura maharaja tersebut pada asasnya hanyalah sebuah simbolik, 155 00:14:57,146 --> 00:14:58,686 dan bukannya pemerintah. 156 00:14:58,772 --> 00:15:03,902 Hasilnya, sepanjang sejarah Jepun, kuasa seringkali dipegang oleh perdana menteri. 157 00:15:03,986 --> 00:15:07,276 Bagi kes Hideyoshi, dia nampak cara untuk sahkan kuasanya 158 00:15:07,364 --> 00:15:09,204 iaitu menjadi perdana menteri. 159 00:15:13,537 --> 00:15:17,457 Tapi, untuk menjadi perdana menteri, keturunannya perlulah betul. 160 00:15:17,541 --> 00:15:20,961 Dia perlu lahir dari satu cabang spesifik dalam keluarga bangsawan Fujiwara. 161 00:15:21,045 --> 00:15:24,125 Sebagai anak petani, Hideyoshi bukanlah orangnya. 162 00:15:26,592 --> 00:15:32,772 Keluarga Fujiwara telah menguasai istana selama sekurang-kurangnya 400 tahun. 163 00:15:34,683 --> 00:15:38,603 Strategi Toyotomi Hideyoshi ialah bekerjasama rapat dengan istana. 164 00:15:48,614 --> 00:15:53,704 Dia minta istana untuk tunjukkan keturunan keluarga yang ada 165 00:15:53,786 --> 00:15:56,406 dan perkara lain yang membantunya mendapat keabsahan. 166 00:15:59,249 --> 00:16:01,669 Sebagai balasan, dia akan bantu istana 167 00:16:01,752 --> 00:16:04,252 untuk bina semula istana yang telah musnah 168 00:16:04,338 --> 00:16:06,008 dan membina martabat istana. 169 00:16:21,981 --> 00:16:25,611 Yang misterinya, pihak istana menemui dokumen yang membuktikan 170 00:16:25,693 --> 00:16:30,283 bahawa Hideyoshi adalah sebenarnya keturunan keluarga bangsawan Fujiwara. 171 00:16:36,870 --> 00:16:41,540 Dia mereka keturunan baru yang palsu untuk dirinya. 172 00:16:47,464 --> 00:16:49,844 Dengan mengaku dirinya seorang Fujiwara, 173 00:16:49,925 --> 00:16:53,295 Hideyoshi berjaya menuntut gelaran Perdana Menteri. 174 00:17:03,439 --> 00:17:08,279 Kebangkitan pantas Hideyoshi menjadikannya lelaki paling berkuasa di Jepun. 175 00:17:09,820 --> 00:17:13,620 Dalam hanya lima tahun, dia berjaya meluaskan wilayahnya 176 00:17:13,699 --> 00:17:16,739 daripada satu pertiga negara kepada separuh, 177 00:17:16,827 --> 00:17:19,197 kini dia mahu merampas yang selebihnya. 178 00:17:19,830 --> 00:17:24,080 Tapi musuh yang kuat masih menentang cubaannya untuk mengawal sepenuhnya. 179 00:17:24,626 --> 00:17:29,666 Di timur, puak Hōjō menganggap diri mereka sebagai pemerintah sebenar Jepun 180 00:17:29,757 --> 00:17:34,677 dan di utara, dari dalam puak Date, seorang pencabar baru semakin meningkat, 181 00:17:35,596 --> 00:17:41,016 seorang pemimpin muda, bercita-cita tinggi dan berani nekad menghalang Hideyoshi: 182 00:17:42,603 --> 00:17:44,193 Date Masamune. 183 00:17:52,362 --> 00:17:55,242 Sebagai anak sulung puaknya, 184 00:17:55,824 --> 00:17:59,244 Masamune rasa dia berhak, 185 00:18:00,579 --> 00:18:05,209 tapi ia semakin bertambah buruk kerana di awal hidupnya 186 00:18:05,292 --> 00:18:08,382 dia mengalami cacar… 187 00:18:15,260 --> 00:18:18,470 yang mana dilihat sebagai penyakit orang kebanyakan. 188 00:18:19,681 --> 00:18:22,391 Ia bukan sahaja menjejaskan seluruh badannya, 189 00:18:22,476 --> 00:18:27,726 ia juga menyebabkan jangkitan pada salah satu saluran air mata di matanya, 190 00:18:27,815 --> 00:18:30,855 yang menyebabkan matanya terjojol dari kepalanya. 191 00:18:35,864 --> 00:18:38,784 Sejurus selepas dia 192 00:18:39,952 --> 00:18:44,412 dinamakan sebagai pengganti, ibunya sendiri cuba membunuhnya 193 00:18:44,498 --> 00:18:46,538 dan digantikan oleh abangnya. 194 00:18:48,627 --> 00:18:52,507 Bagi ibunya, mata kanannya yang masih rosak, 195 00:18:52,589 --> 00:18:56,299 menjadikannya seorang lelaki tak sempurna. 196 00:19:12,484 --> 00:19:14,784 Pada ketika itu, Masamune memutuskan 197 00:19:14,862 --> 00:19:17,662 untuk cungkil matanya dan hapuskan kelemahannya. 198 00:19:30,127 --> 00:19:35,337 Dia telah dikenali sebagai Dokuganryu, Naga Bermata Satu Oshu. 199 00:19:40,095 --> 00:19:45,055 Dia menuntut penyerahan. Dia mahukan kuasa dan yang paling penting, hormat. 200 00:19:47,769 --> 00:19:51,319 Ini menjadi pendorong Masamune. 201 00:19:51,398 --> 00:19:56,148 Mereka yang setia kepadanya, yang berparut dan penuh bertanda sepertinya, 202 00:19:56,236 --> 00:19:57,446 boleh diharap. 203 00:19:58,197 --> 00:20:01,577 Selainnya perlu dibunuh. 204 00:20:01,658 --> 00:20:05,538 Masamune terpaksa menghancurkan mereka. 205 00:20:13,754 --> 00:20:17,804 Di awal kerjaya Masamune, dia berdepan cabaran serius yang pertama. 206 00:20:20,469 --> 00:20:25,469 Salah seorang sekutu terdekat ayahnya, Ouchi Sadatsuna, 207 00:20:25,557 --> 00:20:28,977 telah diperdaya untuk berhenti menyokong Masamune 208 00:20:29,061 --> 00:20:32,061 oleh musuh lama puak itu, iaitu puak Ashina. 209 00:20:32,814 --> 00:20:38,744 Saya percaya, Sadatsuna nampak personaliti tak stabil pembesar muda itu, 210 00:20:38,820 --> 00:20:40,910 yang tak mampu menyatukan puak itu. 211 00:20:43,909 --> 00:20:48,369 Pemberontakan Sadatsuna perlu dihancurkan segera. 212 00:20:51,250 --> 00:20:56,760 Masamune memutuskan untuk bertindak tegas dan berperang menentang Ouchi Sadatsuna. 213 00:20:58,465 --> 00:21:02,795 Masamune arahkan tenteranya untuk menyerang Istana Odemori. 214 00:21:04,972 --> 00:21:11,272 Memang dia perlu hantar penyataan niat yang paling kejam 215 00:21:11,353 --> 00:21:13,313 dalam serangannya terhadap Ouchi. 216 00:21:13,897 --> 00:21:18,487 Kekuatan serangan itu adalah penanda bagi lelaki jenis apakah dia. 217 00:21:20,737 --> 00:21:23,277 Selepas mengepung istana itu, 218 00:21:24,408 --> 00:21:29,288 Masamune arahkan tenteranya untuk bunuh semua orang di sebalik tembok istana itu. 219 00:21:38,297 --> 00:21:39,917 Masamune menulis, 220 00:21:40,007 --> 00:21:42,927 "Kami bunuh semua termasuk wanita dan kanak-kanak. 221 00:21:43,010 --> 00:21:45,180 Bunuh semua termasuk anjing-anjing." 222 00:21:55,689 --> 00:22:00,609 Hakikat bahawa Masamune sanggup membunuh semua orang, 223 00:22:00,694 --> 00:22:02,994 pasti ada tujuan di sebaliknya, 224 00:22:03,071 --> 00:22:06,451 dan saya rasa ia perasaan takut yang mula berkembang. 225 00:22:07,659 --> 00:22:14,459 Raksasa bermata satu memburu negeri lindungannya yang memberontak 226 00:22:14,541 --> 00:22:16,591 untuk memberi pengajaran. 227 00:22:23,175 --> 00:22:25,715 Hideyoshi tahu tentang kebangkitan Masamune. 228 00:22:25,802 --> 00:22:29,892 Dia sedar yang Masamune ialah kuasa kuat yang baru di utara. 229 00:22:29,973 --> 00:22:31,813 Dia sedar, pada suatu masa, 230 00:22:31,892 --> 00:22:34,482 jika keadaan berterusan begitu, 231 00:22:34,561 --> 00:22:38,071 mereka akhirnya akan perlu bersepakat atau berperang. 232 00:22:41,568 --> 00:22:42,438 JEPUN 1588 233 00:22:42,527 --> 00:22:45,777 Kebimbangan Hideyoshi tentang Masamune akhirnya disahkan 234 00:22:45,864 --> 00:22:50,294 apabila Naga Bermata Satu itu melancarkan serangan baru terhadap pesaingnya, 235 00:22:51,078 --> 00:22:53,618 lantas mencetuskan perang saudara di utara. 236 00:22:55,207 --> 00:23:00,547 Tindakan Masamune membantu Hideyoshi mempertimbangkan tindakan baru yang berani 237 00:23:01,213 --> 00:23:05,013 yang mana dia harap dapat akhiri pertumpahan darah pada abad lalu 238 00:23:05,092 --> 00:23:08,012 dan menyatukan seluruh Jepun di bawah sepanduknya. 239 00:23:08,762 --> 00:23:13,522 Untuk menjadikannya realiti, kali ini dia mahu menggunakan sesuatu selain pedang. 240 00:23:16,812 --> 00:23:21,652 Tak lama selepas Hideyoshi menyatukan kuasanya sendiri, 241 00:23:21,733 --> 00:23:26,823 dia mula menghasilkan perundangan yang bertujuan membentuk semula 242 00:23:26,905 --> 00:23:29,865 corak masyarakat Jepun dengan cara paling mendalam. 243 00:23:49,719 --> 00:23:54,389 Salah satu pembaharuan pertama yang dijalankan oleh Hideyoshi 244 00:23:55,100 --> 00:23:59,350 ialah mengarahkan apa yang dikenali sebagai "pemburuan pedang". 245 00:24:10,907 --> 00:24:14,737 Dengan kata lain, dia hantar utusannya ke kawasan kampung untuk 246 00:24:14,828 --> 00:24:18,458 merampas segala senjata daripada rakyat biasa. 247 00:24:18,540 --> 00:24:21,790 Pada zaman pertengahan, kewujudan senjata adalah meluas, 248 00:24:21,877 --> 00:24:25,507 dan ini antara faktor yang menyumbang kepada ketidakstabilan 249 00:24:25,589 --> 00:24:27,259 dan penentangan politik. 250 00:24:27,340 --> 00:24:30,640 Lebih sukar untuk menentang pemerintahan politik pahlawan 251 00:24:30,719 --> 00:24:32,639 jika anda sendiri tiada senjata. 252 00:24:33,388 --> 00:24:36,018 Jadi, dalam erti kata lain, apa dia buat, 253 00:24:36,099 --> 00:24:39,729 ialah cuba menstabilkan struktur sosial negara 254 00:24:39,811 --> 00:24:45,321 dengan mencipta jurang antara kelas pahlawan elit yang bersenjata, 255 00:24:45,400 --> 00:24:50,200 yang merupakan minoriti kecil, dan penduduk biasa yang ramai, 256 00:24:50,280 --> 00:24:54,830 yang tiba-tiba tak dapat menentang kelas pahlawan. 257 00:24:56,661 --> 00:24:59,161 Ada ironi dalam polisi ini. 258 00:24:59,247 --> 00:25:03,707 Hideyoshi, yang mungkin bangkit daripada orang biasa atau orang kampung, 259 00:25:03,793 --> 00:25:08,553 sehinggalah ke puncak kuasanya telah melemahkan rakan-rakannya. 260 00:25:09,216 --> 00:25:12,386 Pada asasnya, dia menutup pintu di belakangnya. 261 00:25:21,603 --> 00:25:24,523 Selain undang-undang yang memisahkan kelas 262 00:25:24,606 --> 00:25:27,396 dan perlucutan senjata penduduk terhadap samurai, 263 00:25:27,484 --> 00:25:30,324 Hideyoshi keluarkan satu lagi perintah yang besar akibatnya, 264 00:25:30,403 --> 00:25:31,743 iaitu "perintah keamanan". 265 00:25:31,821 --> 00:25:36,121 Perintah ini mengharamkan mana-mana daimyo berperang secara bebas, 266 00:25:36,201 --> 00:25:38,871 sebaliknya, hanya Hideyoshi lelaki di Jepun 267 00:25:38,954 --> 00:25:42,124 yang boleh tentukan bila perang bermula dan bagaimana ia berlaku. 268 00:25:56,012 --> 00:25:59,602 Perintah keamanan Hideyoshi yang menyeluruh 269 00:25:59,683 --> 00:26:03,273 nampaknya hanya dipatuhi sekejap saja di utara. 270 00:26:06,606 --> 00:26:12,106 Menjelang akhir tahun 1580-an, Date Masamune telah memperluas 271 00:26:12,195 --> 00:26:14,855 kuasa keluarga Date dengan cepat dan dramatik. 272 00:26:28,128 --> 00:26:31,668 Pengikut Hideyoshi telah memaklumkan Date Masamune 273 00:26:31,756 --> 00:26:36,256 bahawa jika Masamune terus berperang dengan jiran-jirannya, 274 00:26:36,344 --> 00:26:38,854 Hideyoshi terpaksa bertindak menentangnya. 275 00:26:43,351 --> 00:26:48,981 Hideyoshi hanya anggap Masamune akan akur pada arahannya. 276 00:27:01,745 --> 00:27:03,075 Tapi, Masamune enggan. 277 00:27:03,872 --> 00:27:06,212 Masamune tak akan tunduk. 278 00:27:15,383 --> 00:27:20,063 Masamune ingin melindungi utara daripada barat… 279 00:27:21,556 --> 00:27:25,096 untuk perkukuhkan kawasan dan sekutunya 280 00:27:26,686 --> 00:27:30,856 dan hantar mesej yang jelas kepada sesiapa, bukan hanya Hideyoshi, 281 00:27:30,940 --> 00:27:33,780 bahawa bahagian utara tak boleh dipandang enteng. 282 00:27:36,946 --> 00:27:41,326 Bagi Masamune, mengalahkan puak Ashina adalah antara keutamaannya. 283 00:27:43,495 --> 00:27:47,495 Salasilah keluarga Ashina telah lama bertapak di utara. 284 00:27:47,582 --> 00:27:50,092 Mereka antara keluarga yang dihormati 285 00:27:50,168 --> 00:27:53,588 berpangkat tinggi dalam kalangan pahlawan di wilayah itu. 286 00:27:54,923 --> 00:27:57,763 Masamune sering menganggap puak Ashina 287 00:27:57,842 --> 00:28:01,682 sebagai salah satu pesaing paling penting dan ancaman serius. 288 00:28:02,389 --> 00:28:06,809 Jika dia boleh menakluki Ashina dan rampas wilayah mereka, 289 00:28:06,893 --> 00:28:09,483 Masamune akan muncul 290 00:28:09,562 --> 00:28:13,272 sebagai salah satu pemegang tanah paling berkuasa di negara itu, 291 00:28:13,358 --> 00:28:18,068 dengan kawalan di seluruh bahagian timur laut Jepun. 292 00:28:28,289 --> 00:28:31,289 Pada penghujung tahun 1580-an, 293 00:28:31,376 --> 00:28:35,416 peluang yang menarik jatuh ke riba Masamune. 294 00:28:37,507 --> 00:28:41,427 Seorang pembesar Ashina bernama Morikuni 295 00:28:41,511 --> 00:28:44,101 yang berpaling tadah kepada Date, 296 00:28:44,180 --> 00:28:48,940 mendedahkan bahawa puak Ashina sendiri, akibat daripada 297 00:28:49,519 --> 00:28:51,599 persaingan politik sesama sendiri, 298 00:28:51,688 --> 00:28:53,308 telah banyak berkurangan. 299 00:28:55,650 --> 00:28:59,780 Walaupun larangan perang antara wilayah 300 00:28:59,863 --> 00:29:02,743 oleh Hideyoshi kini berkuatkuasa, 301 00:29:02,824 --> 00:29:06,624 saya rasa Masamune anggap ini satu peluang 302 00:29:06,703 --> 00:29:10,003 yang mana hadiahnya terlalu menggoda untuk tidak dipetik. 303 00:29:18,173 --> 00:29:20,763 Masamune tahu kemenangan ke atas Ashina 304 00:29:20,842 --> 00:29:24,102 akan jadikannya pembesar paling berkuasa di Jepun Utara. 305 00:29:24,763 --> 00:29:27,143 Tapi kemenangan belum dalam genggaman. 306 00:29:27,223 --> 00:29:32,023 Puak Ashina ganas dan jika dia kalah, dia berdepan dengan kematian. 307 00:29:33,438 --> 00:29:38,028 Walaupun ada risiko ini, dia menyerang dengan lebih 20,000 orang. 308 00:29:38,651 --> 00:29:44,031 Sebilangan kecil pahlawan Ashina dihantar untuk memintasnya, 309 00:29:44,115 --> 00:29:48,445 lalu menyediakan pentas untuk pertarungan paling dahsyat dalam sejarah. 310 00:29:57,420 --> 00:30:00,840 Apabila tentera Date menyerang Izu, 311 00:30:00,924 --> 00:30:05,474 mereka bertemu pertahanan di tempat yang dikenali sebagai Suriagehara. 312 00:30:09,015 --> 00:30:13,265 Masamune berundur dengan pengawal berkudanya ke belakang 313 00:30:13,353 --> 00:30:19,233 dan kedua-dua tentera bermalam dan meningkatkan pertahanan mereka. 314 00:30:20,401 --> 00:30:24,611 Masamune yakin yang ini akan menjadi pembunuhan beramai-ramai 315 00:30:24,697 --> 00:30:27,827 yang orang Ashina tak pernah lihat. 316 00:30:29,577 --> 00:30:33,997 Apabila terbit fajar, tentera Ashina bersemuka dengan tentera Date. 317 00:30:35,959 --> 00:30:42,259 Mereka dalam huru-hara, bertarung dalam pertempuran berdepan-depan yang ganas. 318 00:30:48,596 --> 00:30:52,516 Tapi sebaik selepas fajar, ribut debu yang dahsyat meledak 319 00:30:54,727 --> 00:30:58,307 dan mengaburi mata askar-askar tersebut. 320 00:31:03,361 --> 00:31:05,991 Dari situ, keadaan menjadi buruk. 321 00:31:10,326 --> 00:31:15,036 Menjelang tengah hari, barisan tentera Date mula tumbang. 322 00:31:25,967 --> 00:31:32,177 Masamune sedar dengan jelas bahawa nyawa puaknya dalam bahaya. 323 00:31:35,059 --> 00:31:41,439 Masamune sendiri menunggang ke hadapan di sebelah kiri dengan pengawal berkuda. 324 00:31:52,702 --> 00:31:57,922 Mereka menghentam rusuk Ashina dengan kekuatan sebuah tukul. 325 00:32:11,346 --> 00:32:17,136 Mereka hanya perlu mengelilingi lawan dan pancung mereka di mana mereka berdiri. 326 00:32:20,939 --> 00:32:24,529 Ini bukan pertempuran, ini pembunuhan beramai-ramai. 327 00:32:38,623 --> 00:32:41,253 Kemenangan! 328 00:32:46,422 --> 00:32:49,552 Menurut rekod pertempuran itu, 329 00:32:49,634 --> 00:32:54,184 lebih 2,500 kepala dipancung 330 00:32:54,263 --> 00:32:58,103 dan dipaparkan secara rasmi untuk Masamune selepas pertempuran. 331 00:32:58,768 --> 00:33:02,768 Ini adalah lelaki yang sanggup ambil peluang untuk memenangi haknya. 332 00:33:06,359 --> 00:33:08,779 Setelah menang pertempuran dengan Ashina, 333 00:33:08,861 --> 00:33:11,111 yang merupakan kuasa besar di utara, 334 00:33:11,197 --> 00:33:13,697 Masamune kini memegang gelaran itu sendiri 335 00:33:13,783 --> 00:33:17,543 dan menjadi hulubalang paling berkuasa di wilayah utara. 336 00:33:19,872 --> 00:33:24,592 Ini menjadikan dia kuasa yang sangat kuat. Dia seseorang yang perlu diperhatikan. 337 00:33:25,420 --> 00:33:30,130 Bagi Hideyoshi, kehadiran Masamune ialah sesuatu yang dia tak boleh abaikan. 338 00:33:38,266 --> 00:33:39,806 JEPUN 1590 339 00:33:39,892 --> 00:33:43,402 Kurang daripada setahun selepas Pertempuran Suriagehara,  340 00:33:43,479 --> 00:33:47,979 Hideyoshi dan angkatan tenteranya mara ke utara iaitu rumah Masamune sendiri. 341 00:33:48,693 --> 00:33:51,703 Sasaran Hideyoshi ialah puak Hōjō, 342 00:33:51,779 --> 00:33:55,119 salah satu keluarga pahlawan terakhir yang menentang pemerintahannya. 343 00:33:55,783 --> 00:34:00,713 Tentera Hideyoshi mengepung kubu puak Hōjō, iaitu Istana Odawara. 344 00:34:01,330 --> 00:34:03,000 Sebagai ujian kesetiaan, 345 00:34:03,082 --> 00:34:07,592 Hideyoshi mengarahkan semua daimyo di utara bersumpah taat setia kepadanya 346 00:34:07,670 --> 00:34:10,380 dan menyertainya berperang menentang puak Hōjō. 347 00:34:10,715 --> 00:34:12,925 Hampir kesemuanya setuju serta-merta. 348 00:34:13,468 --> 00:34:16,098 Tapi, seseorang berani tangguhkan jawapannya. 349 00:34:22,935 --> 00:34:29,025 Setelah mengabaikan semua arahan Hideyoshi sebelum ini untuk hadir ke istana, 350 00:34:29,108 --> 00:34:33,488 pembesar Date kini menerima satu utusan daripada Hideyoshi. 351 00:34:38,284 --> 00:34:43,504 Satu perintah untuk menyertainya dalam pengepungan Istana Odawara. 352 00:34:46,459 --> 00:34:50,589 Kehadirannya di pengepungan itu hanya satu formaliti. 353 00:34:50,671 --> 00:34:52,881 Ketaatan kepada Hideyoshi. 354 00:34:53,716 --> 00:34:56,296 Inilah pertaruhan terakhir. 355 00:35:00,139 --> 00:35:05,439 Masamune sedar jika Hideyoshi kalahkan puak Hōjō, dialah sasaran seterusnya, 356 00:35:05,520 --> 00:35:08,900 dan Masamune tahu dia tak akan memenangi pertarungan itu. 357 00:35:16,489 --> 00:35:19,779 Masamune pergi ke pengepungan Odawara. 358 00:35:22,578 --> 00:35:24,538 Tapi ia mengikut syaratnya. 359 00:35:30,211 --> 00:35:36,511 Dia kumpulkan tenteranya dan perlahan mara merentas negara ke pengepungan itu. 360 00:35:37,218 --> 00:35:38,638 Dia beri banyak alasan: 361 00:35:38,719 --> 00:35:41,679 "Jalan teruk." "Saya dilengahkan oleh itu dan ini." 362 00:35:42,348 --> 00:35:46,638 Kemungkinan besar Masamune rasa Hideyoshi akan menang, atau mungkin tidak. 363 00:35:46,727 --> 00:35:52,317 Sebelum berpihak kepada sesiapa, dia mahu lihat siapa yang dia fikir ada kelebihan. 364 00:36:00,032 --> 00:36:03,662 Akhirnya, Hideyoshi telah menggerakkan banyak sumber 365 00:36:03,744 --> 00:36:09,134 dan ramai askar, lalu membolehkannya mengalahkan Hōjō dan merampas Odawara. 366 00:36:34,817 --> 00:36:40,697 Akhirnya, Masamune dan tenteranya tiba di kem pangkalan Hideyoshi, 367 00:36:42,658 --> 00:36:49,618 memakai kimono putih panjang yang terbaik, dan hanya membawa sebilah pedang pendek. 368 00:36:49,707 --> 00:36:52,497 Putih melambangkan kesucian, 369 00:36:52,585 --> 00:36:55,585 dan dalam konteks ini, ia melambangkan kematian, 370 00:36:55,671 --> 00:36:58,801 yang diperkuatkan dengannya membawa pedang pendek, 371 00:37:00,593 --> 00:37:06,313 yang dia akan gunakan untuk upacara bunuh diri jika Hideyoshi arahkannya. 372 00:37:10,019 --> 00:37:13,809 Mungkin ini satu pengakuan yang dia mungkin akan dibunuh 373 00:37:13,898 --> 00:37:18,438 kerana keengganannya untuk sertai pasukan Hideyoshi sebelum ini. 374 00:37:19,028 --> 00:37:22,488 Mungkin ia satu helah untuk meraih simpati Hideyoshi. 375 00:37:22,573 --> 00:37:26,543 Tapi, yang pasti, gaya dia datang bukanlah gaya seorang pengecut. 376 00:37:39,465 --> 00:37:45,965 Hideyoshi meletakkan Masamune di hadapan tribunal jeneral terhebatnya, 377 00:37:46,055 --> 00:37:48,385 termasuklah Tokugawa Ieyasu. 378 00:37:51,936 --> 00:37:56,646 Mereka mempersoalkannya kenapa dia tak akur kedudukan Hideyoshi lebih awal 379 00:37:56,732 --> 00:38:01,652 atau beri respons kepada utusan Hideyoshi. Masamune cuba berdalih dengan mengatakan, 380 00:38:01,737 --> 00:38:03,777 "Saya hanya orang kampung. 381 00:38:03,864 --> 00:38:07,454 Saya tak biasa dengan cara pemimpin hebat seperti kamu." 382 00:38:18,921 --> 00:38:24,471 Walaupun berdepan dengan kematian, Masamune langsung tak berganjak. 383 00:38:25,720 --> 00:38:26,970 Dia ada di sini, 384 00:38:27,596 --> 00:38:29,306 dan dia telah beri alasannya, 385 00:38:29,390 --> 00:38:33,230 dan jika itu tak cukup, dia bersedia untuk mati demi itu. 386 00:38:35,896 --> 00:38:38,396 Tapi dia takkan tunduk kepada sesiapa. 387 00:38:40,234 --> 00:38:43,824 Kalau kamu lambat sikit, kepala kamu akan dipancung. 388 00:38:45,865 --> 00:38:46,775 Saya faham. 389 00:38:51,203 --> 00:38:53,543 Jadi, Hideyoshi tak membunuhnya. 390 00:39:00,838 --> 00:39:01,918 Saya suka kamu. 391 00:39:04,216 --> 00:39:07,296 Nampaknya, Hideyoshi merasakan 392 00:39:07,386 --> 00:39:12,846 Masamune boleh jadi aset yang lebih besar untuknya jika dibiarkan hidup. 393 00:39:18,022 --> 00:39:19,022 Terima kasih. 394 00:39:20,858 --> 00:39:22,188 Bawakan sake. 395 00:39:26,197 --> 00:39:28,987 Hideyoshi tahu cara untuk meneutralkan Masamune 396 00:39:29,075 --> 00:39:34,455 dan dia lakukan tanpa cara muktamad yang membawa kepada pertumpahan darah 397 00:39:34,538 --> 00:39:36,578 yang ramai fikir dia akan lakukan. 398 00:39:36,665 --> 00:39:39,205 Dia paksa musuhnya untuk datang ke meja. 399 00:39:39,293 --> 00:39:43,093 Dia paksa musuh untuk bersetuju dengan keseimbangan politik ini. 400 00:39:43,172 --> 00:39:47,432 Pada dasarnya, dia paksa daimyo untuk setuju, ini masanya untuk berhenti. 401 00:39:47,510 --> 00:39:49,600 Masa untuk hentikan perang saudara. 402 00:39:50,096 --> 00:39:54,096 Setelah Masamune dipaksa akur, dan puak Hōjō ditewaskan, 403 00:39:54,183 --> 00:39:57,733 Hideyoshi akhirnya mencapai apa yang Nobunaga tak mampu buat. 404 00:39:58,646 --> 00:39:59,476 JEPUN 1590 405 00:39:59,563 --> 00:40:03,283 Untuk kali pertama dalam lebih 120 tahun, 406 00:40:03,359 --> 00:40:06,239 seluruh Jepun diperintah oleh seorang hulubalang. 407 00:40:07,947 --> 00:40:11,947 Melalui penggunaan keganasan, politik dan diplomasinya, 408 00:40:12,034 --> 00:40:16,124 seorang lelaki yang dilahirkan sebagai petani mendaki ke puncak kuasa. 409 00:40:30,344 --> 00:40:36,434 Sekitar tahun 1590-an, Hideyoshi menghadapi masalah ironik, 410 00:40:36,517 --> 00:40:40,017 iaitu dia berjaya dengan begitu pantas 411 00:40:40,104 --> 00:40:44,534 dan dia ada pengikut daimyo yang ramai, 412 00:40:44,608 --> 00:40:48,028 dan dia merasakan dia perlu pastikan mereka sibuk. 413 00:40:52,324 --> 00:40:53,874 Mereka ini penakluk. 414 00:40:55,786 --> 00:41:00,536 Mereka membesar dalam masyarakat di mana, jika kamu tak menakluk, kamu akan mati, 415 00:41:00,624 --> 00:41:04,134 keluarga kamu akan mati, dan tanah kamu dirampas. 416 00:41:11,260 --> 00:41:14,430 Apabila tiada lagi tanah untuk ditakluki di Jepun, apa nak buat? 417 00:41:14,513 --> 00:41:16,773 Dan itu satu teka-teki bagi Hideyoshi, 418 00:41:16,849 --> 00:41:21,519 yang dah lama bekerja untuk tamatkan perang. Apa nak buat dengan samurai itu? 419 00:41:32,406 --> 00:41:33,906 Jadi dia merancang 420 00:41:33,991 --> 00:41:38,041 satu usul yang hebat dan bercirikan megalomania. 421 00:41:39,997 --> 00:41:43,167 Tapi, bagi seorang pahlawan yang tak pernah silap dalam peperangan, 422 00:41:43,250 --> 00:41:46,460 dia bakal buat satu kesilapan strategi terbesar dalam hidupnya 423 00:41:46,545 --> 00:41:49,915 dan membawa bencana paling dahsyat dalam sejarah Jepun. 424 00:42:19,787 --> 00:42:21,537 Terjemahan sari kata oleh Najat Hamidi