1 00:00:06,047 --> 00:00:07,917 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:51,051 --> 00:00:56,721 Sepuluh tahun selepas melancarkan kempen berdarah untuk menguasai wilayah sendiri, 3 00:00:56,806 --> 00:01:01,896 hulubalang samurai berkuasa, Oda Nobunaga, telah merampas sebahagian besar Jepun, 4 00:01:01,978 --> 00:01:04,478 termasuk ibu negaranya, Kyoto. 5 00:01:06,649 --> 00:01:09,649 Kini, didorong oleh cita-cita menggunung, 6 00:01:09,736 --> 00:01:14,116 dia ingin menghancurkan puak berkuasa yang masih menentang pemerintahannya. 7 00:01:14,199 --> 00:01:16,789 Dan buat kali pertama dalam lebih satu abad, 8 00:01:16,868 --> 00:01:19,658 menyatukan seluruh Jepun di bawah satu sepanduk. 9 00:01:20,288 --> 00:01:24,998 Tapi kekejaman Nobunaga yang luar biasa menyebabkan kemarahan yang meluas. 10 00:01:25,085 --> 00:01:29,085 Di seluruh negara, musuh yang berkuasa kini merancang kematiannya. 11 00:01:31,007 --> 00:01:35,887 JEPUN 1568 12 00:01:41,351 --> 00:01:44,401 Nobunaga ialah pakar di medan perang. 13 00:01:47,190 --> 00:01:53,610 Tapi di Kyoto, dia mula nampak potensi untuk meraih kuasa. 14 00:01:57,534 --> 00:02:01,704 Ini menyebabkan kebencian berpanjangan di kalangan pesaing Nobunaga. 15 00:02:01,788 --> 00:02:06,128 Mereka tahu Nobunaga mahu membolot kuasa. 16 00:02:09,921 --> 00:02:14,801 Ini bermakna pemerintahan Nobunaga di Jepun Tengah dikelilingi oleh musuh, 17 00:02:14,884 --> 00:02:17,054 yang meskipun berbeza latar belakang, 18 00:02:17,137 --> 00:02:21,847 mereka disatukan oleh kebencian dan risau tentang kawalannya yang makin meluas. 19 00:02:24,018 --> 00:02:27,188 Jika Nobunaga mahu menyatukan kuasanya di Jepun, 20 00:02:27,272 --> 00:02:31,612 dia perlu pilih untuk hapuskan atau bekerjasama dengan semua kuasa lain. 21 00:02:33,027 --> 00:02:35,487 Dan institusi Buddha, kuil-kuil besar… 22 00:02:36,406 --> 00:02:40,116 serta dua mazhab Buddha populis adalah ancaman terbesar baginya. 23 00:02:42,912 --> 00:02:47,542 Rahmat Buddha kepada kita… 24 00:02:47,625 --> 00:02:52,335 Pertubuhan Buddha adalah halangan besar dalam laluan Nobunaga. 25 00:02:52,422 --> 00:02:56,842 Inilah institusi yang amat berkait rapat dengan lanskap politik negara itu 26 00:02:56,926 --> 00:03:00,096 dan sering menggunakan pengaruh politik mereka. 27 00:03:07,979 --> 00:03:10,609 Fahaman Buddha telah lama wujud di Jepun, 28 00:03:10,690 --> 00:03:14,530 dan ia tiba di Jepun sebelum negara itu terbentuk 29 00:03:14,611 --> 00:03:17,201 dalam erti kata negara birokrasi berpusat. 30 00:03:19,824 --> 00:03:24,834 Konsepnya ialah kuil yang besar ini wujud untuk melakukan ritual dan upacara 31 00:03:24,913 --> 00:03:29,333 yang akan melindungi Jepun daripada pencerobohan, penyakit dan kesusahan. 32 00:03:29,417 --> 00:03:33,837 Ini adalah pertahanan ketuhanan terhadap sebarang ancaman luar atau dalaman. 33 00:03:36,633 --> 00:03:42,183 Institusi Buddha selalunya lengkap bersenjata seperti para hulubalang. 34 00:03:44,599 --> 00:03:46,729 Mereka sanggup berlawan hingga mati. 35 00:03:46,809 --> 00:03:47,939 Mereka tak gentar, 36 00:03:48,019 --> 00:03:51,729 dan mereka tahu kemenangan dalam perang akan menjamin syurga. 37 00:03:54,234 --> 00:03:58,154 Mereka adalah institusi besar yang mempunyai kekuatan tentera 38 00:03:58,238 --> 00:04:02,238 untuk menghalang dominasi Nobunaga ke atas Jepun Tengah. 39 00:04:06,246 --> 00:04:07,286 Kamu panggil? 40 00:04:17,465 --> 00:04:19,675 Hapuskan semua parasit ini! 41 00:04:19,759 --> 00:04:20,759 Mitsuhide! 42 00:04:21,928 --> 00:04:23,048 Pergi sekarang! 43 00:04:27,100 --> 00:04:28,140 Ya, tuan. 44 00:04:28,226 --> 00:04:30,346 Institusi Buddha yang besar itu 45 00:04:30,436 --> 00:04:33,936 bukan satu-satunya ancaman yang ada, malah bukan ancaman utama 46 00:04:34,023 --> 00:04:36,993 dari… mari kita namakannya, pihak Buddha. 47 00:04:37,068 --> 00:04:39,988 Ada juga sekta militan Buddha yang baru berkembang 48 00:04:40,071 --> 00:04:41,531 bernama Ikkō-ikki… 49 00:04:43,116 --> 00:04:46,826 yang merupakan komuniti penganut yang merebak ke seluruh negara. 50 00:04:48,121 --> 00:04:51,541 Ikkō-ikki menarik minat para petani dan pekerja rencam, 51 00:04:51,624 --> 00:04:54,794 kerana ia menggunakan formula mudah dalam pengampunan, 52 00:04:54,877 --> 00:04:57,297 iaitu mengakui kepercayaan kepada Buddha. 53 00:04:57,380 --> 00:05:02,340 Ia amat berkuasa di negara yang masih dilanda kemiskinan, kebuluran dan perang. 54 00:05:04,846 --> 00:05:07,966 Ikko menyatukan orang ramai yang berbeza status sosial 55 00:05:08,057 --> 00:05:11,937 untuk pertahankan tempat ibadat dan komuniti secara kolektif. 56 00:05:12,020 --> 00:05:16,400 Pedagang, penduduk kampung, sami, semua orang boleh bersatu di bawah 57 00:05:16,482 --> 00:05:19,492 satu kepercayaan untuk halau pemerintahan daimyo dari tanah mereka. 58 00:05:20,653 --> 00:05:25,073 Pada akhir tahun 1500-an, Ikkō-ikki mempunyai rangkaian di seluruh Jepun. 59 00:05:25,158 --> 00:05:27,448 Mereka bina kubu kuil yang besar… 60 00:05:30,538 --> 00:05:33,578 dan mereka bangkit hampir di semua wilayah. 61 00:05:38,379 --> 00:05:40,719 Mereka ada tentera sami dan petani. 62 00:05:41,257 --> 00:05:45,347 Mereka taat pada kuasa yang lebih tinggi. Mereka enggan jadi orang bawahan 63 00:05:45,428 --> 00:05:48,808 mana-mana ketua daimyo berkuasa, termasuk Oda Nobunaga. 64 00:05:48,890 --> 00:05:50,980 Oda Nobunaga… 65 00:05:52,268 --> 00:05:54,228 menyeksa orang kita. 66 00:05:55,772 --> 00:05:58,272 Perbuatannya seperti syaitan. 67 00:05:58,358 --> 00:06:03,238 Kita mesti lupakan imej bahawa sami Buddha adalah orang aman 68 00:06:03,321 --> 00:06:05,371 yang habiskan hidup dengan berdoa. 69 00:06:05,448 --> 00:06:08,078 Mereka tentera musuh yang menggerunkan. 70 00:06:11,621 --> 00:06:14,331 Jika Nobunaga tak ambil iktibar dari Ikkō-ikki, 71 00:06:14,415 --> 00:06:17,375 dan dia merasakan mereka mengancam kekuasaannya 72 00:06:17,460 --> 00:06:20,250 dan benarkan pemberontakan berlaku di seluruh negara 73 00:06:20,338 --> 00:06:23,418 di tempat-tempat strategik yang dia mahu kawal, 74 00:06:23,508 --> 00:06:25,468 maka dia perlu musnahkan mereka. 75 00:06:35,186 --> 00:06:39,766 Ketika Nobunaga menentang Ikkō-ikki, dia sasarkan untuk membasmi ia sepenuhnya 76 00:06:39,857 --> 00:06:42,527 dan membunuh sesiapa saja yang menghalangnya. 77 00:06:46,656 --> 00:06:48,946 Ogos, 1570. 78 00:06:49,033 --> 00:06:52,453 Nobunaga bergerak untuk musnahkan Ikkō-ikki buat selamanya. 79 00:06:53,162 --> 00:06:55,672 Selepas menghancurkan beberapa kubu mereka, 80 00:06:55,748 --> 00:06:59,458 dia memutuskan untuk menyerang pusat fahaman Buddha di Jepun. 81 00:06:59,544 --> 00:07:01,924 Kompleks kuil Enryaku-ji. 82 00:07:03,089 --> 00:07:07,299 Ia keputusan yang akan membahayakan segala yang telah dia usahakan. 83 00:07:14,976 --> 00:07:20,936 Kita sebagai penganut Buddha tak boleh benarkan ini berlaku. 84 00:07:21,524 --> 00:07:25,074 Kita tak boleh biarkan tindakannya. 85 00:07:25,153 --> 00:07:31,333 Enryaku-ji adalah kompleks Buddha paling berpengaruh di Jepun, 86 00:07:31,409 --> 00:07:34,909 dan berabad-abad lamanya, ia ada kuasa politik setanding 87 00:07:34,996 --> 00:07:38,996 dengan beberapa ketua puak di Jepun dan berhubungan rapat dengan istana. 88 00:07:39,083 --> 00:07:43,503 Walaupun membunuh bermakna mengingkari ajaran Buddha… 89 00:07:43,588 --> 00:07:46,628 Satu perkara yang menimbulkan kemarahan Nobunaga, 90 00:07:46,716 --> 00:07:49,836 yang sangat anti-Buddha, 91 00:07:50,928 --> 00:07:55,478 ialah para sami ini telah melindungi musuh-musuhnya yang melarikan diri. 92 00:07:56,142 --> 00:07:59,692 Bukan itu saja, ia sangat dekat dengan Kyoto, 93 00:07:59,770 --> 00:08:02,150 ia dapat melihat seluruh bandar itu, 94 00:08:02,857 --> 00:08:07,737 dan ini adalah ancaman strategik untuk kelangsungan hidup Nobunaga. 95 00:08:10,323 --> 00:08:13,743 Jadi dia buat keputusan paling bersejarah dalam kerjayanya. 96 00:08:13,826 --> 00:08:16,696 Dia akan menyerang dan menghancurkan 97 00:08:16,787 --> 00:08:20,627 biara terbesar di Jepun, iaitu Enryaku-ji. 98 00:08:23,085 --> 00:08:25,455 Pada September 1571, 99 00:08:25,546 --> 00:08:30,586 Nobunaga mengumpulkan tentera yang saiznya sesuai untuk pertempuran besar 100 00:08:30,676 --> 00:08:32,926 menentang musuh yang serius. 101 00:08:38,559 --> 00:08:43,269 Kemaraan Nobunaga ke arah Enryaku-ji menyebabkan ramai orang awam 102 00:08:43,981 --> 00:08:45,821 berundur ke puncak gunung, 103 00:08:45,900 --> 00:08:50,200 ke puncak Gunung Hiei, tempat terletaknya kompleks biara Enryaku-ji. 104 00:08:51,447 --> 00:08:55,367 Nobunaga arahkan tenteranya mara dalam barisan ke tepi gunung, 105 00:08:55,451 --> 00:08:57,871 dan bunuh sesiapa saja yang mereka jumpa… 106 00:08:59,664 --> 00:09:01,334 dan bakar sebarang bangunan. 107 00:09:03,042 --> 00:09:06,802 Sepanjang peperangan Sengoku, kekejaman berlaku di semua pihak, 108 00:09:06,879 --> 00:09:09,719 tapi Enryaku-ji membawanya ke tahap yang berbeza. 109 00:09:14,095 --> 00:09:17,515 Ada sumber menggambarkan askar Nobunaga ibarat haiwan liar. 110 00:09:22,853 --> 00:09:27,193 Semua askar Nobunaga telah tiba di puncak, dan di tengah kuil itu sendiri. 111 00:09:27,275 --> 00:09:31,565 Ketika mereka menghampiri, mereka beri kata dua kepada Enryaku-ji. 112 00:09:33,197 --> 00:09:35,777 Sama ada tunjukkan kesetiaan kepadanya, 113 00:09:36,659 --> 00:09:38,659 atau menentangnya dan dimusnahkan. 114 00:09:43,249 --> 00:09:44,829 Mereka pilih yang kedua. 115 00:09:48,337 --> 00:09:50,297 Kuil itu dibakar hingga jadi abu, 116 00:09:50,381 --> 00:09:55,261 dan penduduk Kyoto boleh melihat di langit timur dan nampak ia menyala 117 00:09:55,344 --> 00:09:59,434 akibat api marak di biara Buddha paling terkenal di Jepun. 118 00:10:01,267 --> 00:10:05,647 Askar Nobunaga memburu sesiapa saja yang terlepas dari kebakaran besar itu. 119 00:10:15,489 --> 00:10:17,949 - Ibu tak apa-apa? - Lari. 120 00:10:19,368 --> 00:10:21,038 Ibu! Lari. 121 00:10:21,621 --> 00:10:23,711 Ibu! 122 00:10:24,874 --> 00:10:29,714 Ini serangan tanpa belas ihsan yang mana tiada sami, wanita atau anak kecil… 123 00:10:30,963 --> 00:10:33,053 yang terlepas dari serangan itu. 124 00:11:06,791 --> 00:11:10,461 Nobunaga mengarahkan setiap wanita mahupun kanak-kanak, 125 00:11:11,295 --> 00:11:12,505 dipancung kepalanya, 126 00:11:12,588 --> 00:11:15,968 sedangkan askarnya sendiri tak sanggup untuk melihatnya. 127 00:11:17,927 --> 00:11:20,807 Dikatakan 20,000 orang maut 128 00:11:20,888 --> 00:11:25,138 akibat kezaliman dan kekejaman yang dahsyat ini. 129 00:11:25,726 --> 00:11:29,476 Malah ia menjijikkan beberapa jeneralnya yang paling setia. 130 00:11:31,190 --> 00:11:34,820 Akechi Mitsuhide, seorang penganut Buddha yang taat, 131 00:11:34,902 --> 00:11:36,282 sejak daripada itu 132 00:11:36,362 --> 00:11:41,242 mula meragui kebolehan Nobunaga untuk memerintah. 133 00:11:44,787 --> 00:11:48,787 Jelas wujud sesuatu yang tak dapat dibendung dalam diri Nobunaga. 134 00:11:48,874 --> 00:11:54,054 Tiada daimyo yang mengelak menggunakan kekerasan, tapi Nobunaga nampak seronok. 135 00:11:55,756 --> 00:11:57,626 Pembunuhan beramai-ramai ini mutlak. 136 00:11:57,717 --> 00:12:01,387 Dikatakan ada sungai darah yang mengalir ke lereng gunung, 137 00:12:01,470 --> 00:12:05,100 dan pastinya ini satu mesej. Ia mesej kepada puak Buddha lain. 138 00:12:05,182 --> 00:12:10,062 Ia juga mesej kepada daimyo lain bahawa Nobunaga tidak akur pada sempadan. 139 00:12:11,230 --> 00:12:13,520 Lelaki ini, yang buat pertama kalinya, 140 00:12:13,607 --> 00:12:18,737 berpotensi untuk menyatukan sekurang-kurangnya wilayah tengah Jepun 141 00:12:18,821 --> 00:12:22,321 akan lakukannya secara pertumpahan darah dan tujahan pedang. 142 00:12:24,076 --> 00:12:27,616 Namun, kemusnahan Enryaku-ji akan kembali menghantuinya. 143 00:12:30,750 --> 00:12:35,880 Pertumpahan darah berterusan apabila Nobunaga menyerang lebih banyak kubu, 144 00:12:35,963 --> 00:12:38,513 dan membunuh lebih ramai penganut Buddha. 145 00:12:40,009 --> 00:12:44,509 Tindakan ini membangkitkan kemarahan para hulubalang lain, iaitu daimyo, 146 00:12:44,597 --> 00:12:46,847 dan Nobunaga menjurus ke arah percanggahan. 147 00:12:46,932 --> 00:12:50,102 dengan musuh yang paling berkuasa dan menggerunkan. 148 00:12:54,857 --> 00:12:57,317 Bukan hanya pertubuhan Buddha 149 00:12:57,401 --> 00:13:01,241 yang terkejut dengan tindakan Nobunaga di Gunung Hiei. 150 00:13:01,322 --> 00:13:04,872 Ramai daimyo kini mula yakin bahawa 151 00:13:04,950 --> 00:13:08,910 Nobunaga adalah pemerintah zalim yang perlu digulingkan. 152 00:13:09,955 --> 00:13:14,915 Namun, hanya beberapa orang yang ada sumber untuk berbuat begitu. 153 00:13:17,254 --> 00:13:18,964 Salah seorangnya mampu, 154 00:13:19,048 --> 00:13:21,378 dan namanya Takeda Shingen. 155 00:13:25,554 --> 00:13:30,234 Takeda Shingen ialah daimyo dari Wilayah Kai di Jepun Tengah. 156 00:13:31,894 --> 00:13:37,324 Dia dikenali sebagai komander tentera yang garang. 157 00:13:38,901 --> 00:13:41,611 Dia terkenal dengan gelaran Harimau Kai, 158 00:13:41,695 --> 00:13:45,445 dan dia antara orang yang terakhir yang mempunyai kedudukan 159 00:13:45,533 --> 00:13:48,793 untuk menyekat kemaraan Nobunaga ke seluruh Jepun. 160 00:13:48,869 --> 00:13:50,369 Reputasinya amat rumit. 161 00:13:50,454 --> 00:13:53,584 Dari satu sudut, dia seorang yang amat ganas. 162 00:13:53,666 --> 00:13:57,086 Hukuman bagi jenayah tertentu adalah rebus hidup-hidup. 163 00:13:58,587 --> 00:14:01,877 Pada masa sama, dia seorang sami Buddha yang ditahbiskan. 164 00:14:02,967 --> 00:14:06,507 Slogan yang berkaitan dengannya merujuk kepada salah satu 165 00:14:06,595 --> 00:14:10,095 pujangga Buddha, "Di bawah syurga, hanya saya yang layak dihormati," 166 00:14:10,182 --> 00:14:14,142 dan Shingen mengubahsuainya. "Hanya saya yang layak ditakuti." 167 00:14:16,272 --> 00:14:22,152 Daimyo lain mengakui Takeda Shingen adalah ancaman yang amat penting 168 00:14:23,195 --> 00:14:27,615 dan dia merupakan ketua tentera yang menggerunkan. 169 00:14:27,700 --> 00:14:30,370 Apa yang berlaku ialah 170 00:14:30,452 --> 00:14:34,752 Shingen tahu Nobunaga adalah ancaman besar dan sebaliknya. 171 00:14:37,293 --> 00:14:39,963 Selepas kemusnahan Enryaku-ji, 172 00:14:40,045 --> 00:14:44,215 Takeda Shingen memutuskan bahawa dia perlu menyerang Nobunaga. 173 00:14:45,092 --> 00:14:48,302 Dia mulakan dengan percubaan menghapuskan 174 00:14:48,387 --> 00:14:51,177 sekutu Nobunaga, Tokugawa Ieyasu. 175 00:14:53,934 --> 00:14:56,694 Ieyasu berkhidmat untuk Nobunaga sejak Peperangan Okehazama 176 00:14:56,770 --> 00:15:00,190 dan kini antara jeneral dan penasihatnya yang paling dipercayai. 177 00:15:03,485 --> 00:15:06,355 Tapi tanah Ieyasu terletak di timur Nobunaga 178 00:15:06,447 --> 00:15:09,577 dan selatan Shingen, jadi dia di antara mereka berdua. 179 00:15:09,658 --> 00:15:13,948 Kini, Shingen akan serang Ieyasu dahulu dan kemudian menyerang Nobunaga. 180 00:15:15,915 --> 00:15:20,035 Inilah langkah pertama untuk pencerobohan menuju ke Kyoto 181 00:15:20,127 --> 00:15:22,957 untuk singkirkan Nobunaga dari Kyoto itu sendiri, 182 00:15:23,047 --> 00:15:26,587 supaya Shingen boleh menjadi pembesar baru Kota Diraja. 183 00:15:31,096 --> 00:15:33,886 Ini situasi yang berbahaya bagi Ieyasu, 184 00:15:33,974 --> 00:15:37,314 kerana ketika ini dia tahu askar musuh lebih ramai, 185 00:15:37,394 --> 00:15:39,904 dia berdepan jeneral yang menggerunkan. 186 00:15:39,980 --> 00:15:44,030 Tapi dia ada satu kelebihan, iaitu hubungannya dengan Oda Nobunaga. 187 00:15:44,109 --> 00:15:47,779 Dia boleh hubungi sekutu kuatnya dan minta bantuan. 188 00:15:56,205 --> 00:15:59,415 Tapi Nobunaga ketika itu terbabit dalam peperangan 189 00:15:59,500 --> 00:16:02,040 di Jepun Tengah menentang pertubuhan Buddha. 190 00:16:02,127 --> 00:16:04,627 Kebanyakan tenteranya sibuk dengan hal lain. 191 00:16:04,713 --> 00:16:10,183 Dia hantar pasukan kecil iaitu 3,000 orang komander bawahan untuk membantu Ieyasu. 192 00:16:12,805 --> 00:16:15,385 Ini pertaruhan berbahaya bagi Nobunaga. 193 00:16:15,474 --> 00:16:19,814 Jika Ieyasu tumbang, wilayah Nobunaga sendiri iaitu Owari, 194 00:16:19,895 --> 00:16:21,515 mungkin sasaran seterusnya. 195 00:16:21,605 --> 00:16:24,725 Tapi ia satu pertaruhan yang saya rasa dia perlu buat. 196 00:16:24,817 --> 00:16:26,647 Terlalu banyak peperangan lain. 197 00:16:30,531 --> 00:16:33,991 Kini, Takeda Shingen ada sekitar 35,000 orang askar. 198 00:16:36,120 --> 00:16:38,960 Ieyasu ada sekitar 8,000 orang askar… 199 00:16:43,210 --> 00:16:45,550 Kita bersemuka dengan mereka di padang. 200 00:16:46,130 --> 00:16:49,380 Kita lawan Takeda dan musnahkan mereka! Tiada kelemahan! 201 00:16:50,634 --> 00:16:53,724 Namun, dia masih mahu bertemu Shingen di padang. 202 00:16:54,888 --> 00:16:57,218 Sebab utama dia pilih untuk lakukannya 203 00:16:57,307 --> 00:17:01,937 adalah kerana dia yakin, kekuatan perlu ditunjukkan demi negeri lindungannya. 204 00:17:02,021 --> 00:17:05,521 Kesetiaan seorang samurai ketika ini ibarat jalan dua hala. 205 00:17:05,607 --> 00:17:08,487 Mereka setia kepada pemenang yang boleh lindungi mereka. 206 00:17:08,569 --> 00:17:13,529 Sedangkan pembesar yang tak mampu lindungi wilayahnya daripada dirompak tentera lain, 207 00:17:13,615 --> 00:17:14,905 layakkah dia diikuti? 208 00:17:18,746 --> 00:17:21,616 JEPUN 1573 209 00:17:21,707 --> 00:17:24,497 25 Januari, 1573. 210 00:17:25,335 --> 00:17:28,705 Ieyasu tak mengendahkan arahan komandernya untuk berundur. 211 00:17:29,506 --> 00:17:32,256 Dia kerah askarnya bersemuka dengan Shingen. 212 00:17:33,010 --> 00:17:37,770 Nisbah musuh ialah tiga kepada satu. Pun begitu, Ieyasu menyerang. 213 00:17:39,600 --> 00:17:43,020 Dalam beberapa jam, taktik dan bilangan askar Shingen yang lebih hebat 214 00:17:43,103 --> 00:17:45,653 memusnahkan tentera Ieyasu. 215 00:17:45,731 --> 00:17:46,981 Hampir gila dek hiba, 216 00:17:47,066 --> 00:17:51,236 Ieyasu terus bertarung dan terpaksa diheret ke tempat selamat. 217 00:18:06,210 --> 00:18:09,340 Ini satu kekalahan yang menundukkan Tokugawa Ieyasu. 218 00:18:09,421 --> 00:18:11,921 Dia cuba menentang tentera yang lebih kuat, 219 00:18:12,007 --> 00:18:16,007 seperti mana sekutunya, Nobunaga pernah lakukan, namun tewas mutlak. 220 00:18:21,100 --> 00:18:26,440 Kekalahan itu sangat melemahkan Ieyasu, di samping hakikat yang tahun depannya, 221 00:18:26,522 --> 00:18:28,272 tentera Takeda kembali 222 00:18:28,357 --> 00:18:32,147 dan merampas beberapa istananya, dan dia tak mampu menghalangnya. 223 00:18:32,236 --> 00:18:34,986 Dia langsung tak kerahkan tenteranya. 224 00:18:39,535 --> 00:18:43,325 Takeda Shingen benar-benar menjerut Ieyasu, 225 00:18:43,413 --> 00:18:47,003 dan jika dia benar-benar mahu menumpaskannya, dia boleh. 226 00:18:48,293 --> 00:18:53,013 Tapi pada awal dekad itu, 227 00:18:53,090 --> 00:18:58,390 di tengah-tengah kejayaan hebat yang sedang Shingen nikmati, dia meninggal. 228 00:19:00,889 --> 00:19:05,019 Ramai bersetuju dia meninggal akibat kanser hati. 229 00:19:05,102 --> 00:19:09,192 Pengakhirannya yang mendadak bagi seorang hulubalang yang terbilang. 230 00:19:11,650 --> 00:19:14,610 Sebelum kematiannya, dia arahkan pengikut seniornya 231 00:19:14,695 --> 00:19:17,525 agar merahsiakannya selama tiga tahun… 232 00:19:24,288 --> 00:19:29,588 supaya pewarisnya, Takeda Katsuyori, dapat menggabungkan kuasanya di Kai 233 00:19:29,668 --> 00:19:35,088 dan pengikut bawahannya, sebelum memulakan sebarang operasi. 234 00:19:41,180 --> 00:19:44,520 Takeda Katsuyori ialah jeneral yang handal. 235 00:19:44,600 --> 00:19:47,230 Dia bertarung dengan berani dalam peperangan. 236 00:19:47,311 --> 00:19:51,821 Masalah terbesarnya ialah mendapatkan sokongan jeneral senior ayahnya. 237 00:19:53,025 --> 00:19:57,315 Mereka adalah pengawal lama Shingen, yang bersama sepanjang hidupnya. 238 00:19:58,280 --> 00:20:01,660 Dia bersaing rapat dengan kenangan ayahnya. 239 00:20:03,827 --> 00:20:06,577 Ayahnya ialah seorang yang amat berpengaruh. 240 00:20:15,547 --> 00:20:19,677 Tak semua pengikut ayahnya mempercayainya. Ibu Katsuyori ialah 241 00:20:19,760 --> 00:20:24,100 salah seorang daripada wanita yang Shingen paksa menjadi gundik. 242 00:20:24,181 --> 00:20:26,891 Jadi, ramai pengikut Takeda tak percayakan Katsuyori. 243 00:20:26,975 --> 00:20:28,765 Mereka fikir, "Dia anak luar nikah. 244 00:20:28,852 --> 00:20:31,192 Dia anak hasil dari hubungan luar nikah 245 00:20:31,271 --> 00:20:34,481 dan ada kemungkinan dia tak setia kepada perjuangannya. 246 00:20:38,362 --> 00:20:42,372 Ketika Takeda Katsuyori cuba menjadi ketua puak Takeda… 247 00:20:45,077 --> 00:20:48,037 dia terima surat tak dijangka, tapi menggembirakan. 248 00:20:48,538 --> 00:20:53,168 Surat itu datang daripada isteri musuh terhebatnya, Tokugawa Ieyasu. 249 00:20:55,545 --> 00:20:57,915 Dan ia seperti sukar untuk dipercayai. 250 00:21:02,594 --> 00:21:05,894 Cik Puan Tsukiyama menghantar surat secara rahsia 251 00:21:05,973 --> 00:21:11,063 kepada ketua musuh Ieyasu, iaitu Takeda Katsuyori. 252 00:21:12,688 --> 00:21:17,108 Cik Puan Tsukiyama dan Tokugawa Ieyasu berkahwin ketika mereka kecil, 253 00:21:17,192 --> 00:21:19,532 sekitar umur 14 atau 15 tahun. 254 00:21:19,611 --> 00:21:22,031 Ia perkahwinan yang diatur untuk berdamai. 255 00:21:25,200 --> 00:21:27,620 Oleh kerana ini perkahwinan yang diatur, 256 00:21:27,703 --> 00:21:30,213 hubungan mereka tak pernah baik. 257 00:21:34,584 --> 00:21:39,134 Mereka hidup bersama selama 13 tahun dan mereka ada anak lelaki. 258 00:21:40,424 --> 00:21:45,224 Cik Puan Tsukiyama sangat sombong, cemburu, ganas, 259 00:21:45,304 --> 00:21:47,974 panas baran, dan sukar didekati. 260 00:21:48,849 --> 00:21:54,229 Ieyasu mula mengambil gundik, kemudian gundiknya bertambah. 261 00:21:55,772 --> 00:21:59,742 Ieyasu semestinya lebih suka bersama dengan gundik-gundiknya. 262 00:22:01,361 --> 00:22:04,821 Semua lelaki berkuasa pada zaman itu mempunyai gundik, 263 00:22:04,906 --> 00:22:08,946 tapi kita tahu Cik Puan Tsukiyama bersifat cemburu, 264 00:22:09,036 --> 00:22:12,156 jadi, barangkali dia cemburu 265 00:22:12,247 --> 00:22:15,667 kerana Ieyasu mempunyai sekitar 19 ke 20 orang gundik. 266 00:22:16,793 --> 00:22:19,843 Jadi, dia merasakan, situasinya tidak adil. 267 00:22:29,806 --> 00:22:35,846 Dalam surat itu, dia kata dia sanggup khianati Ieyasu dan Oda Nobunaga, 268 00:22:35,937 --> 00:22:37,307 dan sebagai pertukaran… 269 00:22:38,607 --> 00:22:42,487 bolehkah Katsuyori beri perlindungan dan tanah kepada anaknya 270 00:22:42,569 --> 00:22:46,819 dan bolehkah dia diberikan seorang suami dari kalangan jeneral Katsuyori? 271 00:23:09,554 --> 00:23:14,814 Jadi Katsuyori mungkin fikir, "Inilah peluang untuk hapuskan Ieyasu." 272 00:23:16,603 --> 00:23:21,533 Ini akan mengukuhkan kedudukannya sebagai ketua keluarga Takeda yang baru. 273 00:23:23,026 --> 00:23:28,406 Ia juga akan membantunya mendapatkan sokongan padu daripada pengikutnya. 274 00:23:30,617 --> 00:23:34,497 Takeda Katsuyori menjawab dan berkata, "Tiada masalah." 275 00:23:34,579 --> 00:23:37,579 Dia namakan jeneral yang akan dikahwinkan dengannya. 276 00:23:50,512 --> 00:23:53,722 Katsuyori tak tunggu tiga tahun seperti arahan ayahnya, 277 00:23:53,807 --> 00:23:55,927 sebaliknya dia bertindak lebih awal. 278 00:23:56,017 --> 00:24:00,727 Ini akan membawa kepada pertembungan paling ikonik pada zaman Sengoku. 279 00:24:04,734 --> 00:24:09,824 Pada tahun 1575, Katsuyori membawa tenteranya dan mengikut laluan yang sama 280 00:24:09,906 --> 00:24:12,236 seperti ayahnya beberapa tahun dahulu. 281 00:24:14,202 --> 00:24:18,962 Bagi Ieyasu, sekali lagi, ini adalah pencerobohan ke atas kawasannya. 282 00:24:22,002 --> 00:24:24,252 Tokugawa Ieyasu sedar akan ancaman itu 283 00:24:24,337 --> 00:24:28,467 kerana dia menerima utusan yang memperincikan saiz askar Takeda, 284 00:24:28,550 --> 00:24:30,510 iaitu sekitar 15,000 orang askar. 285 00:24:31,761 --> 00:24:33,971 Jika dia tak dapat halang mereka, 286 00:24:34,556 --> 00:24:37,346 mereka mungkin akan menghapuskannya sepenuhnya. 287 00:24:39,811 --> 00:24:43,271 Ieyasu melihat situasi itu sebagai serius. 288 00:24:44,608 --> 00:24:47,148 Dan dia segera hantar mesej kepada Nobunaga. 289 00:24:47,944 --> 00:24:52,664 Ieyasu adalah sekutu yang kuat dan setia sepanjang hubungan mereka bersama. 290 00:24:53,241 --> 00:24:57,451 Dia pernah berlawan dalam peperangan di samping Nobunaga, 291 00:24:58,497 --> 00:25:00,707 dan ada kalanya, selamatkan Nobunaga. 292 00:25:16,806 --> 00:25:18,176 Dia beritahu Nobunaga… 293 00:25:19,017 --> 00:25:21,347 "Saya dah buat semua ini untuk kamu… 294 00:25:22,562 --> 00:25:27,572 jika kamu tak hantar bantuan, saya akan bertukar pihak. 295 00:25:27,651 --> 00:25:30,991 Dan bersama-sama Katsuyori, kami akan serang tanah kamu, 296 00:25:31,071 --> 00:25:34,161 rampas istana kamu dan kami akan tumpaskan kamu." 297 00:25:34,741 --> 00:25:38,251 Perkara yang dinyatakan kepada Nobunaga adalah agak drastik. 298 00:25:39,704 --> 00:25:42,464 Jika Nobunaga tewas, 299 00:25:42,541 --> 00:25:45,921 boleh dikatakan ia adalah kekalahan paling serius 300 00:25:46,002 --> 00:25:48,422 yang pernah dia alami hingga setakat ini. 301 00:25:48,505 --> 00:25:53,635 Ia juga bermakna sebarang perluasan ke timur akan terhenti sepenuhnya. 302 00:25:55,303 --> 00:26:00,393 Nobunaga juga bergantung kepada aura ketakutan ini, aura kebal ini. 303 00:26:00,475 --> 00:26:04,015 Jika dia mula mendapat reputasi sebagai lelaki yang boleh dikalahkan, 304 00:26:04,104 --> 00:26:07,984 ia boleh menjadi titik tolak bagi penentangan pemerintahannya. 305 00:26:12,362 --> 00:26:14,782 Ieyasu betul dan Nobunaga juga tahu. 306 00:26:15,490 --> 00:26:20,500 Dia hantar surat yang menjanjikan sokongan berserta sejumlah emas, 307 00:26:20,579 --> 00:26:24,369 mengumpulkan angkatan tenteranya dan pergi bertemu Ieyasu. 308 00:26:24,457 --> 00:26:25,917 JEPUN 1575 309 00:26:28,712 --> 00:26:30,762 Jun, 1575. 310 00:26:31,548 --> 00:26:34,508 Nobunaga dan Ieyasu bergabung tenaga 311 00:26:34,593 --> 00:26:37,603 dan mereka mara bersama untuk berdepan Katsuyori. 312 00:26:39,806 --> 00:26:44,596 Tentera Nobunaga dan Ieyasu berhenti di Dataran Shitaragahara, 313 00:26:44,686 --> 00:26:48,766 beberapa batu dari tempat Katsuyori dan tenteranya kini berkhemah. 314 00:26:50,525 --> 00:26:52,645 Kini, pada malam pertarungan, 315 00:26:52,736 --> 00:26:55,776 Nobunaga mula melaksanakan rancangan berani 316 00:26:55,864 --> 00:27:00,494 yang dia harap akan membantunya menewaskan tentera yang paling menggerunkan. 317 00:27:11,838 --> 00:27:15,378 Salah satu perkara menarik tentang Oda Nobunaga ialah, 318 00:27:15,467 --> 00:27:20,177 senang kata, dia akan kaji dahulu. Dia bersiap sedia sebelum berlawan. 319 00:27:21,598 --> 00:27:24,558 Dari segi ketenteraan, puak Takeda terkenal dengan kelajuan mereka 320 00:27:24,643 --> 00:27:26,853 dalam mengatur semula tentera mereka. 321 00:27:26,936 --> 00:27:32,396 Jika dibiarkan, mereka boleh gerakkan tentera mereka dengan cepat, ini sesuatu 322 00:27:32,484 --> 00:27:36,364 yang membahayakan jika tak bersedia menghadapinya di medan perang. 323 00:27:37,113 --> 00:27:41,453 Untuk cuba mematahkan serangan itu, Nobunaga membina pagar kubu 324 00:27:41,534 --> 00:27:44,124 yang dia harap akan memperlahankan musuh. 325 00:27:45,330 --> 00:27:50,460 Halangan-halangan ini diletak supaya apabila Takeda mara ke hadapan, 326 00:27:50,543 --> 00:27:52,553 pergerakan mereka akan terganggu. 327 00:27:52,629 --> 00:27:59,259 Tujuannya adalah untuk mengumpan Takeda ke dalam zon membunuh. 328 00:27:59,344 --> 00:28:03,144 Sebaik di situ, halangan ini akan mengganggu pergerakan mereka. 329 00:28:05,558 --> 00:28:10,188 Di situlah penembak Oda dan Tokugawa akan jalankan tugas mereka. 330 00:28:12,565 --> 00:28:17,315 Namun, salah satu kelemahan besar senapang lantak di zaman ini 331 00:28:17,404 --> 00:28:21,204 ialah masa mengisi semula peluru adalah terlalu lama, 332 00:28:21,282 --> 00:28:25,042 dan menurut keterangan tradisi, 333 00:28:25,120 --> 00:28:29,750 Nobunaga mencipta satu teknik hebat untuk mengurangkan tempoh isian semula itu, 334 00:28:30,333 --> 00:28:32,383 iaitu tiga tembakan serentak. 335 00:28:34,045 --> 00:28:40,295 Terdapat unit arquebus yang digabungkan dengan dua atau tiga pemanah. 336 00:28:41,136 --> 00:28:43,846 Sementara arquebus diisi semula, 337 00:28:43,930 --> 00:28:47,850 pemanah boleh melindungi mereka ketika masa henti itu. 338 00:28:47,934 --> 00:28:52,904 Dek kerana tembakan berperingkat itu, maka terhasillah kesan tembakan berputar. 339 00:28:54,566 --> 00:28:56,986 Dan di belakang penembak Nobunaga, 340 00:28:57,068 --> 00:29:03,618 terdapat askar yang memegang tombak untuk menumbangkan penunggang kuda, 341 00:29:03,700 --> 00:29:07,500 yang kemudiannya boleh diserang dengan pedang atau lembing. 342 00:29:08,663 --> 00:29:14,133 Tentera Oda sudah tiba. Jika kita serang dari arah ini, kita boleh menang. 343 00:29:15,044 --> 00:29:17,304 Taktik tipikal Takeda 344 00:29:17,380 --> 00:29:20,430 adalah untuk cuba menggerakkan lawan mereka, 345 00:29:20,508 --> 00:29:23,008 kepung dan tewaskan mereka dari semua arah. 346 00:29:24,179 --> 00:29:30,059 Katsuyori yakin dia boleh memenangi pertempuran ini, begitu juga pengikutnya. 347 00:29:30,143 --> 00:29:36,233 Mereka pernah berdepan dengan Tokugawa dan memperolehi kemenangan hebat. 348 00:29:38,735 --> 00:29:40,145 Pada malam pertempuran, 349 00:29:40,236 --> 00:29:43,616 masih boleh dikatakan, apa saja boleh berlaku. 350 00:29:45,867 --> 00:29:51,327 Kekalahan mungkin merosakkan imej Nobunaga di sekitar Jepun. 351 00:29:51,414 --> 00:29:54,334 Dia ada ramai musuh menjelang pertengahan 1570-an. 352 00:29:54,417 --> 00:29:59,297 jika dia tewas, ia boleh jadi titik tolak bagi penentangan pemerintahannya. 353 00:30:02,175 --> 00:30:04,545 Apabila kedua-dua pihak bertembung pada waktu pagi, 354 00:30:05,220 --> 00:30:10,680 ia akan menjadi antara peperangan yang paling penting dalam sejarah Jepun. 355 00:30:21,611 --> 00:30:23,991 Pada pagi pertempuran itu, Takeda mara 356 00:30:24,072 --> 00:30:28,452 dan mengambil posisi serangan di rabung yang berdepan dengan kedudukan Oda. 357 00:30:31,246 --> 00:30:34,746 Keadaan senyap sunyi, melainkan bunyi pergerakan kuda. 358 00:30:38,837 --> 00:30:42,087 Katsuyori nampak kedudukan Oda, tapi… 359 00:30:42,173 --> 00:30:46,553 pada ketika itu, dia kurang pasti apakah yang bakal dihadapinya. 360 00:30:52,058 --> 00:30:54,308 Semua dah sedia? Serang! 361 00:30:57,605 --> 00:30:59,605 Cuba bayangkan kamu askar Takeda, 362 00:30:59,691 --> 00:31:02,781 kamu nampak musuh di depan, kamu menyerang. 363 00:31:02,861 --> 00:31:04,491 Tembak! 364 00:31:06,364 --> 00:31:08,914 Kamu mula dibedil peluru senapang lantak. 365 00:31:13,037 --> 00:31:14,997 Kemudian anak panah berapi. 366 00:31:15,582 --> 00:31:16,712 Serang! 367 00:31:17,333 --> 00:31:21,593 Pemimpin kamu memberi semangat dan kamu tiba di halangan barisan pertama, 368 00:31:21,671 --> 00:31:24,761 dan ada pengadang yang perlu kamu elak. 369 00:31:25,341 --> 00:31:26,381 Sekarang! 370 00:31:27,594 --> 00:31:30,224 Sementara itu, tembakan semakin kuat. 371 00:31:30,305 --> 00:31:32,265 Anak panah mula mengenai sasaran. 372 00:31:32,348 --> 00:31:35,728 Rakan seperjuangan di kiri kanan kamu terkena tembakan. 373 00:31:36,603 --> 00:31:40,063 Satu-satunya cara untuk melaluinya ialah melepasi halangan 374 00:31:40,148 --> 00:31:43,228 dan bertempur dengan musuh secara berdepan-depan. 375 00:31:44,402 --> 00:31:45,362 Serang! 376 00:31:51,451 --> 00:31:54,001 Katsuyori asyik kerah askarnya ke depan. 377 00:31:54,621 --> 00:31:57,121 Selagi dia teruskan serangan berhadap itu, 378 00:31:57,206 --> 00:32:00,286 gerakan selubungnya masih berpeluang untuk berjaya. 379 00:32:03,922 --> 00:32:07,382 Terdapat peluru dan anak panah terbang di merata tempat. 380 00:32:08,676 --> 00:32:11,846 Asap mengaburi pandangan, dan memedihkan mata. 381 00:32:23,691 --> 00:32:28,201 Mereka dibedil dari tepi oleh serangan hebat 382 00:32:28,279 --> 00:32:31,409 daripada askar berjalan kaki Oda yang menyerbu mereka. 383 00:32:31,824 --> 00:32:34,544 Dengan lembing dan tombak mereka. 384 00:32:34,619 --> 00:32:36,869 Tentera Takeda diserang habis-habisan. 385 00:32:37,705 --> 00:32:41,665 Ini membuktikan bahawa rancangan Nobunaga adalah untuk menyedut 386 00:32:41,751 --> 00:32:44,171 dan menahan mereka dalam zon membunuh. 387 00:32:48,925 --> 00:32:53,885 Di ketika ini, Katsuyori enggan mengalah. Jadi dia hantar segerombolan askar lagi. 388 00:32:53,972 --> 00:32:59,192 Ini berlaku tiga, empat, lima kali, dan ia membinasakan tentera Takeda. 389 00:33:01,187 --> 00:33:02,647 Ia satu penyembelihan. 390 00:33:09,529 --> 00:33:10,699 Teruskan! 391 00:33:11,364 --> 00:33:15,794 Apabila hari semakin berlalu, semakin jelas buat pengikut puak Takeda, 392 00:33:15,868 --> 00:33:17,618 yang mereka takkan menang. 393 00:33:19,414 --> 00:33:22,294 Maka, ramai yang mula berpatah balik, 394 00:33:22,375 --> 00:33:23,375 untuk berundur, 395 00:33:23,459 --> 00:33:28,549 dan inilah saat paling bahaya dalam sebarang sejarah pertarungan manusia, 396 00:33:28,631 --> 00:33:32,181 kerana apabila satu pihak berpaling dan mula melarikan diri, 397 00:33:32,260 --> 00:33:34,720 ketika itulah pembunuhan sebenar bermula. 398 00:33:36,222 --> 00:33:40,442 Tentulah Katsuyori tak mahu berundur. Dia komited untuk lawan atau mati. 399 00:33:41,477 --> 00:33:43,227 Apabila tenteranya gugur, 400 00:33:43,312 --> 00:33:44,402 Serang! 401 00:33:44,480 --> 00:33:48,780 komander bawahannya merayu supaya dia lari, 402 00:33:48,860 --> 00:33:53,410 hinggalah salah seorangnya meletakkan dia di atas kuda, mengasaknya ke utara, 403 00:33:54,198 --> 00:34:00,538 dan Katsuyori dapat kembali ke tanahnya dengan segelintir angkatannya. 404 00:34:05,084 --> 00:34:06,924 Sepanjang pertarungan tersebut, 405 00:34:07,003 --> 00:34:12,303 seramai 10,000 orang askar Katsuyori maut di medan perang. 406 00:34:12,383 --> 00:34:14,643 Ramai pemimpin Takeda… 407 00:34:16,179 --> 00:34:19,519 jeneral yang telah lama berkhidmat untuk Shingen, 408 00:34:19,599 --> 00:34:23,479 terbujur kaku bersama askar mereka. 409 00:34:28,775 --> 00:34:34,025 Nagashino sering dilihat sebagai titik perubahan dalam sejarah dunia 410 00:34:34,113 --> 00:34:40,083 kerana teknik tembakan berputar serentak Nobunaga. 411 00:34:41,412 --> 00:34:47,842 Apa yang mengagumkan ialah susun atur Nobunaga untuk membangunkan rancangan ini, 412 00:34:48,503 --> 00:34:52,923 untuk menggunakan halangan dengan cara tentera moden hari ini berlatih, 413 00:34:53,633 --> 00:34:56,473 dan menyatukan semua ini dalam satu rancangan 414 00:34:56,552 --> 00:34:59,472 yang direka untuk melenyapkan musuhnya. 415 00:35:03,184 --> 00:35:08,824 Pertarungan Nagashino adalah kejayaan besar buat Nobunaga dan Ieyasu 416 00:35:08,898 --> 00:35:13,108 kerana ia menghentam teruk 417 00:35:14,112 --> 00:35:17,742 salah satu daripada tiga daimyo utama di timur yang masih ada, 418 00:35:17,824 --> 00:35:23,454 dan yang paling hampir dengan kawasan Nobunaga. 419 00:35:25,248 --> 00:35:29,538 Katsuyori mengalami trauma psikologi yang mendalam akibat kejadian ini… 420 00:35:29,627 --> 00:35:30,837 Pergi sekarang. 421 00:35:32,463 --> 00:35:34,673 …hinggakan inilah kali terakhir 422 00:35:34,757 --> 00:35:38,337 dia keluar dari kawasan sendiri bersama angkatan tenteranya. 423 00:35:40,763 --> 00:35:44,023 Ia ambil masa beberapa tahun lagi untuk hapuskan Takeda, 424 00:35:44,100 --> 00:35:47,480 tapi boleh dikatakan, petandanya agak jelas. 425 00:35:47,562 --> 00:35:53,692 Mereka tidak lagi dapat mengancam Nobunaga selepas kejadian di Nagashino. 426 00:36:00,199 --> 00:36:03,579 Namun, walaupun ini adalah kemenangan besar untuk Ieyasu, 427 00:36:03,870 --> 00:36:07,670 kejayaannya tergugat apabila dia mengetahui isterinya, Tsukiyama, 428 00:36:07,748 --> 00:36:09,418 merancang untuk khianatinya. 429 00:36:25,266 --> 00:36:27,136 Surat-surat ini telah ditemui. 430 00:36:28,019 --> 00:36:32,939 Khabarnya, Nobunaga telah letakkan beberapa pengintip di kediaman Ieyasu. 431 00:36:33,024 --> 00:36:38,074 Ini boleh dipercayai. Semua kediaman ada pengintip, baik kawan mahupun musuh. 432 00:36:38,154 --> 00:36:41,244 Dan pembantu Cik Puan Tsukiyama dikatakan 433 00:36:41,324 --> 00:36:45,664 telah menjumpai surat tersebut dan menyerahkannya kepada Oda Nobunaga. 434 00:36:49,290 --> 00:36:54,590 Tak banyak bukti yang ada dan ia lebih kepada spekulasi, 435 00:36:54,670 --> 00:36:57,220 tapi mereka tak boleh abaikan isu ini. 436 00:36:57,298 --> 00:37:02,138 Oleh itu, Nobunaga mengarahkan Ieyasu untuk cari jalan penyelesaian. 437 00:37:02,762 --> 00:37:03,642 Pergi. 438 00:37:12,772 --> 00:37:15,692 Tokugawa Ieyasu perlu hapuskan Cik Puan Tsukiyama. 439 00:37:15,775 --> 00:37:16,935 Lepaskan saya! 440 00:37:17,818 --> 00:37:18,738 Lepaskan saya! 441 00:37:18,819 --> 00:37:20,949 Jadi Ieyasu putuskan untuk usir dia. 442 00:37:21,030 --> 00:37:25,410 Tapi jika dia masih hidup, mungkin dia akan buat lebih lagi. 443 00:37:49,433 --> 00:37:51,143 Ieyasu fikir lebih dari itu. 444 00:37:51,227 --> 00:37:54,517 Ieyasu mengesyaki anaknya mungkin akan cuba buat apa yang 445 00:37:54,605 --> 00:37:59,315 anak yang dihormati dan taat patut buat untuk balas dendam bagi ibunya. 446 00:37:59,402 --> 00:38:02,862 Jadi dia arahkan anaknya ditahan di dalam rumah. 447 00:38:06,742 --> 00:38:10,082 Namun, setelah digesa oleh Nobunaga, 448 00:38:10,162 --> 00:38:14,922 Ieyasu disuruh untuk memaksa anaknya bunuh diri. 449 00:38:17,336 --> 00:38:20,716 Pada masa ini, Nobunaga ialah seorang hulubalang yang kuat 450 00:38:20,798 --> 00:38:22,588 dan Ieyasu terpaksa akur. 451 00:38:22,675 --> 00:38:26,795 Ieyasu juga perlu kekalkan perikatan itu. Ia sangat penting. 452 00:38:26,887 --> 00:38:29,637 Jadi, walau apa pun yang dia fikir, 453 00:38:29,724 --> 00:38:34,154 jika Nobunaga mengarahkannya untuk bunuh anaknya sendiri, dia terpaksa buat. 454 00:38:37,732 --> 00:38:41,152 Ia perkara paling dahsyat yang dia diminta untuk lakukan, 455 00:38:41,235 --> 00:38:44,695 dan ia memberi kesan kepada hubungannya dengan Nobunaga 456 00:38:44,780 --> 00:38:47,160 buat sepanjang hidup mereka bersama. 457 00:38:51,662 --> 00:38:56,462 Kemenangan di Nagashino menjadikan Nobunaga hulubalang paling berkuasa.  458 00:39:00,421 --> 00:39:03,631 Sebahagian besar Jepun Tengah kini di bawah kawalannya. 459 00:39:06,302 --> 00:39:10,972 Impiannya untuk menyatukan seluruh negara di bawah panjinya kini makin hampir. 460 00:39:12,767 --> 00:39:14,517 Tapi ia perlukan pengorbanan. 461 00:39:14,602 --> 00:39:19,322 Nobunaga semakin paranoid dan dia nampak musuh di mana-mana. 462 00:39:23,402 --> 00:39:25,702 Pengkhianatan oleh Cik Puan Tsukiyama 463 00:39:25,780 --> 00:39:31,830 hanya menambahkan ketakutan Nobunaga terhadap musuh di sekelilingnya, 464 00:39:31,911 --> 00:39:37,671 sehinggakan dia merasa paranoid yang semua orang mahu membunuhnya. 465 00:39:40,127 --> 00:39:45,167 Letakkan diri anda di tempat Nobunaga sebaik saja dia sedar akan hal ini. 466 00:39:52,098 --> 00:39:56,478 Sesiapa yang bercucuk tanam, sesiapa yang berjalan di jalanan, 467 00:39:56,560 --> 00:40:02,150 mana-mana pembantu rumah yang berkhidmat untuknya boleh meracun minumannya. 468 00:40:02,233 --> 00:40:06,903 Ia membuatkan seseorang jadi serius apabila memikirkan dirinya tak selamat. 469 00:40:10,491 --> 00:40:14,581 Malah, terdapat beberapa cubaan untuk membunuh Nobunaga. 470 00:40:15,788 --> 00:40:19,208 Cubaan membunuh itu datang dari wilayah Iga. 471 00:40:20,292 --> 00:40:24,052 Dan Wilayah Iga adalah antara wilayah terkecil di Sengoku Jepun. 472 00:40:27,216 --> 00:40:31,926 Selama 150 tahun, rakyatnya telah menjaga diri mereka sendiri, 473 00:40:32,012 --> 00:40:36,272 dan menghalang sebarang pencerobohan ke atas kawasan mereka. 474 00:40:38,310 --> 00:40:39,730 Apabila berlawan, 475 00:40:39,812 --> 00:40:44,942 mereka bergabung dalam komuniti sendiri ibarat sebuah tentera gerila. 476 00:40:45,568 --> 00:40:51,198 Oleh itu, mereka telah menyerbu talian komunikasi Nobunaga selama beberapa tahun. 477 00:40:51,282 --> 00:40:56,332 Mereka sangat mahir dalam teknik peperangan yang tak teratur, 478 00:40:56,412 --> 00:41:01,332 maka inilah yang membawa kepada kemunculan legenda ninja Iga. 479 00:41:03,085 --> 00:41:07,335 Terbukti bahawa mereka ibarat duri dalam daging buat Oda Nobunaga. 480 00:41:08,757 --> 00:41:11,927 Mereka perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun. 481 00:41:12,011 --> 00:41:14,761 Nobunaga tak boleh benarkan mereka wujud, 482 00:41:15,514 --> 00:41:20,024 demi reputasi dan keselamatannya sendiri. 483 00:41:22,897 --> 00:41:25,317 Sepatutnya ia mudah saja, 484 00:41:26,025 --> 00:41:29,815 tapi rupanya ia salah satu kempen yang paling ganas dan berdarah 485 00:41:29,904 --> 00:41:31,704 dalam kerjaya Nobunaga. 486 00:42:03,270 --> 00:42:05,110 Terjemahan sari kata oleh Najaa