1 00:00:09,043 --> 00:00:11,163 LADANG CLARKSON 2 00:00:11,243 --> 00:00:13,363 BAB 11 3 00:00:13,443 --> 00:00:18,323 MEMBODEK 4 00:00:27,403 --> 00:00:29,403 Saya tak sabar untuk Alan, si jurubina, 5 00:00:29,483 --> 00:00:32,803 mula mengubah bangsal bebiri menjadi restoran. 6 00:00:34,003 --> 00:00:38,923 Namun, sebelum mula, saya perlu dapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan. 7 00:00:41,563 --> 00:00:46,163 Saya ke sini untuk jumpa wanita 8 00:00:46,243 --> 00:00:51,163 yang menjadi ketua jabatan perancangan di Majlis Daerah Oxfordshire Barat. 9 00:00:51,243 --> 00:00:53,763 Saya akan... Jika dia enggan dirakam, 10 00:00:53,843 --> 00:00:56,843 kru penggambaran akan tunggu 11 00:00:56,923 --> 00:01:00,723 di sana kerana perjumpaan ini sangat penting. 12 00:01:00,803 --> 00:01:04,043 Jika saya silap dan dia menolak, 13 00:01:04,763 --> 00:01:08,603 rosaklah rancangan saya untuk tahun ini. 14 00:01:10,163 --> 00:01:11,243 Itu pun dia. 15 00:01:12,203 --> 00:01:13,123 Selamat bertemu. 16 00:01:13,603 --> 00:01:14,963 Terima kasih kerana datang. 17 00:01:16,763 --> 00:01:20,923 Perjumpaan itu, yang juga melibatkan orang penting dari jabatan lain, 18 00:01:20,963 --> 00:01:23,483 berlangsung lebih daripada sejam. 19 00:01:23,603 --> 00:01:29,483 Setelah selesai, saya dan Charlie perlu fikirkan situasi kami. 20 00:01:32,403 --> 00:01:36,003 Ketua pembangunan ekonomi majlis, bahagian perniagaan tadi, 21 00:01:36,083 --> 00:01:38,683 sangat menyokong usaha kita. 22 00:01:38,763 --> 00:01:41,323 Ia akan menarik ramai orang ke kawasan ini, 23 00:01:41,403 --> 00:01:44,363 tapi Joan dari Perancangan... 24 00:01:44,443 --> 00:01:47,763 Pendapatnya jelas, dia tahu tempat ini sensitif. 25 00:01:47,883 --> 00:01:52,083 Dia risau kerana tempat ini kawasan semula jadi indah yang ulung. 26 00:01:52,163 --> 00:01:56,803 Dia tak suka banyak kereta dan serabut. Saya faham. Memang teruk. 27 00:01:56,883 --> 00:01:58,723 Dia tak suka tandas itu. 28 00:01:58,803 --> 00:02:00,323 -Saya faham semua itu. -Ya. 29 00:02:00,403 --> 00:02:05,243 Yang saya faham, masalah utamanya ialah orang tempatan. 30 00:02:05,643 --> 00:02:08,363 Kita perlu libatkan orang tempatan. 31 00:02:08,763 --> 00:02:13,843 Awak perlu berinteraksi dengan mereka secara positif, Jeremy. 32 00:02:20,123 --> 00:02:23,763 Ini kampungnya, lebih kurang sebatu dari bangsal bebiri, 33 00:02:23,843 --> 00:02:26,123 tempat saya akan perjuangkan rancangan saya. 34 00:02:26,643 --> 00:02:27,883 Chadlington. 35 00:02:34,883 --> 00:02:38,443 Selepas musim pertama disiarkan, penduduk tempatan di sinilah 36 00:02:39,603 --> 00:02:43,363 yang paling tak suka dengan kepopularan kedai kami. 37 00:02:50,763 --> 00:02:52,243 Demi menceriakan mereka, 38 00:02:52,323 --> 00:02:55,643 saya melancarkan Operasi Hati dan Minda, 39 00:02:55,723 --> 00:03:00,763 yang akan bermula di padang bunga liar ini. 40 00:03:02,443 --> 00:03:03,603 Selamat pagi. 41 00:03:04,123 --> 00:03:05,603 Ini apa? 42 00:03:05,883 --> 00:03:07,083 Selama dua tahun ini, 43 00:03:07,163 --> 00:03:09,963 saya dermakan separuh benih bunga liar saya 44 00:03:10,043 --> 00:03:12,483 kepada persatuan hortikultur. 45 00:03:12,883 --> 00:03:18,123 Kini, saya nak simpan sikit untuk beri kepada orang kampung. 46 00:03:18,203 --> 00:03:21,763 Padang rumput ini bahagian ladang kegemaran saya. 47 00:03:21,843 --> 00:03:25,003 Kalau jual benih itu, berapa harganya? 48 00:03:25,443 --> 00:03:28,883 -Dalam £90, £100 sekilo. -£100 sekilo. 49 00:03:28,963 --> 00:03:31,603 Jadi, ia tanaman paling berharga di ladang ini. 50 00:03:31,683 --> 00:03:32,523 Mungkinlah. 51 00:03:33,083 --> 00:03:35,123 Boleh kita tanam di Chadlington? 52 00:03:35,203 --> 00:03:37,123 Ya. Ada kawasan kecil untuknya. 53 00:03:37,803 --> 00:03:40,603 -Maaf, ada... -Ya, kapal terbang. 54 00:03:40,683 --> 00:03:44,683 Ini tempat peluru berpandu darat ke udara. 55 00:03:44,763 --> 00:03:47,843 Jarang nampak, tapi mereka tahu ada penggambaran. 56 00:03:47,923 --> 00:03:49,683 Taklah, mereka selalu ada. 57 00:03:49,763 --> 00:03:52,763 Jika saya tembak sebuah, mereka fikir ia tak sengaja. 58 00:03:52,843 --> 00:03:54,483 Namun, jika dua atau tiga, 59 00:03:54,563 --> 00:03:56,963 komuniti pemilik kapal terbang akan tahu. 60 00:03:57,043 --> 00:03:57,883 Ya. 61 00:03:57,963 --> 00:04:00,163 Terpaksalah menghadap bini. 62 00:04:00,243 --> 00:04:01,203 Ya, betul. 63 00:04:04,923 --> 00:04:09,323 Lambai kepada jiran. Ingat, Operasi Hati dan Minda. 64 00:04:11,883 --> 00:04:13,363 Dah sampai. 65 00:04:13,443 --> 00:04:16,283 DEWAN MEMORIAL KELAB SUKAN DAN SOSIAL 66 00:04:18,043 --> 00:04:20,243 Ini dia. Ini benih saya. 67 00:04:20,283 --> 00:04:23,283 Ia bernilai £250. 68 00:04:32,043 --> 00:04:35,763 -Helo. Sue ada? -Sue yang mana? 69 00:04:35,843 --> 00:04:36,923 Apa khabar? 70 00:04:37,083 --> 00:04:39,923 -Cox. -Dia tiada. 71 00:04:40,403 --> 00:04:42,243 Saya nak beri benih ini kepadanya. 72 00:04:42,363 --> 00:04:45,083 -Dia tiada di sini. -Okey. 73 00:04:48,683 --> 00:04:52,403 Akhirnya, ada orang yang nak ambil benih saya. 74 00:04:53,043 --> 00:04:54,283 Hai. 75 00:04:54,683 --> 00:04:56,283 Awak tukang kebun di sini? 76 00:04:56,363 --> 00:04:59,683 Tak, saya pengerusi pemegang amanah. 77 00:05:01,723 --> 00:05:03,203 Baiklah. Ini dia. 78 00:05:03,283 --> 00:05:05,643 -Orkid urat hijau. -Bagus. 79 00:05:05,723 --> 00:05:07,563 Orkid hitam. 80 00:05:07,643 --> 00:05:11,203 -Terima kasih banyak-banyak, Jeremy. -Okey. Terima kasih. 81 00:05:12,283 --> 00:05:16,083 Sebenarnya, pemberian benih bunga liar hanya permulaan. 82 00:05:16,963 --> 00:05:21,963 Jika saya nak sokongan seluruh kampung, saya perlu buat sesuatu yang lebih besar. 83 00:05:22,083 --> 00:05:23,483 Jadi, saya ada rancangan. 84 00:05:24,963 --> 00:05:26,683 Satu, dua, tiga. 85 00:05:26,963 --> 00:05:27,923 Bagus. 86 00:05:31,123 --> 00:05:34,683 Diddly Squat menaja Kelab Bola Sepak Chadlington. 87 00:05:42,403 --> 00:05:43,763 Baju ini selesa. 88 00:05:44,163 --> 00:05:45,723 -Sangat selesa. -Ya. 89 00:05:48,083 --> 00:05:49,723 Wisel tendangan pertama berbunyi 90 00:05:52,083 --> 00:05:56,923 dan perlawanan sulung saya sebagai penaja kelab pun bermula. 91 00:05:57,003 --> 00:06:01,283 Chadlington FC lawan Chadlington Reserves. 92 00:06:01,723 --> 00:06:03,603 -Ayuh, Chadlington. -Ayuh, Chad. 93 00:06:06,323 --> 00:06:09,283 Rasa pelik, saya pernah main dengan mereka di sekolah. 94 00:06:09,363 --> 00:06:11,203 Mereka pasukan atas kami. 95 00:06:11,283 --> 00:06:15,003 -Ada gambar awak bermain? -Ada. Rambut saya panjang masa itu. 96 00:06:15,083 --> 00:06:17,003 -Gaya rambut lain? -Ya. 97 00:06:17,083 --> 00:06:18,323 Awak agak tembam. 98 00:06:18,443 --> 00:06:20,163 -Apa maksud awak? -Debab. 99 00:06:22,843 --> 00:06:24,083 Ayuh, Chadlington. 100 00:06:25,363 --> 00:06:28,283 Ramai juga yang datang untuk tengok baju baru pasukan. 101 00:06:29,083 --> 00:06:30,083 Ayuh, Chad. 102 00:06:30,163 --> 00:06:33,043 Termasuk Gerald dan adiknya. 103 00:06:45,083 --> 00:06:46,403 Itu bola kami! 104 00:06:46,803 --> 00:06:49,963 Awak tahu nama semua pemain pasukan Chelsea, bukan? 105 00:06:50,043 --> 00:06:53,203 Awak tahu semua nama pemain pasukan yang awak taja ini? 106 00:06:53,283 --> 00:06:54,963 -Mestilah. -Awak tak tahu. 107 00:06:55,043 --> 00:06:57,483 Betul. Mudah saja, okey. 108 00:06:57,563 --> 00:07:00,643 Penyokongnya. Cooper, Cooper dan Cooper. 109 00:07:01,843 --> 00:07:04,763 -Berikan nama seorang pemain. -Cooper, Cooper, Cooper. 110 00:07:04,843 --> 00:07:07,643 Cooper... 111 00:07:07,723 --> 00:07:09,043 -Ya. -Yang itu, Cooper. 112 00:07:09,123 --> 00:07:12,243 -Hidup di kampung ini mudah. -Cooper bermaharajalela. 113 00:07:16,203 --> 00:07:17,563 Tangkapan hebat. 114 00:07:18,043 --> 00:07:21,083 Sebaliknya, komen Kaleb sangat kasar. 115 00:07:22,723 --> 00:07:23,883 Mengarut. 116 00:07:25,563 --> 00:07:27,883 Biar betul? 117 00:07:30,243 --> 00:07:31,803 Bangunlah! 118 00:07:31,883 --> 00:07:33,683 Bangun, Josh! 119 00:07:35,323 --> 00:07:37,483 Kalau awak uruskan Stadium Emirates, 120 00:07:37,563 --> 00:07:42,283 sikap awak begini apabila menonton Arsenal? 121 00:07:42,363 --> 00:07:46,123 Saya penaja pasukan ini dan saya tahu perasaannya. 122 00:07:46,203 --> 00:07:48,403 -Itu lain. -Sama sajalah. 123 00:07:48,483 --> 00:07:49,683 Itu lainlah. 124 00:07:50,843 --> 00:07:54,883 Pada separuh masa, pemain mula minum minuman tenaga 125 00:07:56,323 --> 00:07:59,203 dan Gerald tunjukkan kami rumah kelab. 126 00:08:03,883 --> 00:08:07,283 Kami dapat tahu yang dia agak terkenal. 127 00:08:08,523 --> 00:08:10,763 Ini bukan awak kerana gambarnya berwarna. 128 00:08:12,243 --> 00:08:15,883 -Tengok ini, ada K. Cooper di sini. -Dah tentulah. 129 00:08:16,283 --> 00:08:18,203 Kalau saya, tentu pada 1980-an. 130 00:08:18,883 --> 00:08:20,243 Gerald Cooper. 131 00:08:20,603 --> 00:08:21,763 Di mana awak? 132 00:08:23,043 --> 00:08:25,643 -Gaya misai awak sama? -Ya. 133 00:08:34,403 --> 00:08:35,563 Wah! Ini awak. 134 00:08:36,923 --> 00:08:40,043 Awak macam baru menyanyi Tiger Feet dalam Top of the Pops, 135 00:08:40,123 --> 00:08:41,763 kemudian terus main bola sepak. 136 00:08:47,163 --> 00:08:49,323 Tak, rupa awak macam ahli kumpulan Slade. 137 00:08:52,283 --> 00:08:56,323 Pada separuh kedua, aksi permainan makin pantas. 138 00:09:02,163 --> 00:09:03,043 Aduhai. 139 00:09:04,083 --> 00:09:05,363 -Ya! -Ya. 140 00:09:06,643 --> 00:09:07,763 Hebat. 141 00:09:09,163 --> 00:09:12,323 Tak lama kemudian, saya dapati selaku penaja pasukan, 142 00:09:12,403 --> 00:09:16,003 saya perlu beli papan mata. 143 00:09:16,323 --> 00:09:18,283 -Awak rasa dah berapa? -3-1. 144 00:09:18,363 --> 00:09:21,683 -3-1, tapi awak pula kata 4-1? -Saya rasa dah 3-1. 145 00:09:22,763 --> 00:09:23,883 -Dua sama? -Tak. 146 00:09:24,163 --> 00:09:25,323 Ia 5-1. 147 00:09:25,803 --> 00:09:28,803 Wisel akhir berbunyi, maka tamatlah permainan yang bagus 148 00:09:28,883 --> 00:09:30,883 untuk Chadlington FC. 149 00:09:31,243 --> 00:09:34,523 -6-1. -Chadlington main lawan pasukan sendiri. 150 00:09:35,123 --> 00:09:39,403 Saya harap pelaburan saya ini akan bawa untung. 151 00:09:40,003 --> 00:09:43,083 Awak rasa ini akan memikat hati dan minda orang kampung? 152 00:09:43,163 --> 00:09:44,083 Ya. 153 00:09:46,443 --> 00:09:48,203 TANGGALKAN BUT SELEPAS PERMAINAN 154 00:09:52,043 --> 00:09:54,923 Sementara saya membodek orang tempatan, 155 00:09:55,003 --> 00:09:59,443 Charlie berada di pejabatnya yang penuh dengan seni halus, 156 00:10:01,243 --> 00:10:04,523 bekerja keras untuk permohonan perancangan restoran. 157 00:10:05,523 --> 00:10:11,003 Jeremy perlu pujuk majlis kariah kerana pengaruh mereka besar 158 00:10:11,083 --> 00:10:13,923 dalam menyokong permohonan ini. 159 00:10:15,243 --> 00:10:19,683 Namun, Majlis Daerah Oxfordshire Barat 160 00:10:19,763 --> 00:10:23,403 yang akan buat keputusan tentang restoran itu. 161 00:10:23,483 --> 00:10:26,883 Kami perlu pujuk ramai orang semasa fasa perancangan ini. 162 00:10:27,163 --> 00:10:30,763 Polis dan pihak pengurusan lebuh raya. 163 00:10:31,203 --> 00:10:34,683 Pengurusan lebuh raya selalu menegur kedai ladang. 164 00:10:34,803 --> 00:10:37,763 Polis terpaksa kawal trafik beberapa kali dalam seminggu. 165 00:10:37,803 --> 00:10:40,883 Kami perlu sediakan jalan masuk dan keluar yang sesuai. 166 00:10:41,043 --> 00:10:43,003 Ada tinjauan arkeologi 167 00:10:43,083 --> 00:10:46,083 dan ekologi. Kami kena buat betul-betul. 168 00:10:46,163 --> 00:10:47,563 Majlis Wilayah Oxfordshire 169 00:10:47,683 --> 00:10:50,803 tentu nak tahu yang ia akan jana keuntungan ekonomi. 170 00:10:51,043 --> 00:10:55,523 Kami perlu yakinkan semua di kawasan semula jadi indah ulung ini 171 00:10:55,603 --> 00:10:58,363 yang ia takkan menjejaskan tempat ini. 172 00:10:58,883 --> 00:11:03,443 Kami perlu maklumkan setiap tempat yang kami nak tanam pokok pagar, 173 00:11:03,523 --> 00:11:06,483 supaya pencemaran cahaya tak berlaku di lembah itu. 174 00:11:06,563 --> 00:11:10,883 Banyak kerja dan pita merah. Kami kena buat betul-betul. 175 00:11:10,963 --> 00:11:16,243 Ia bukan sesuatu yang boleh dibuat sewenang-wenangnya di tengah ladang. 176 00:11:24,323 --> 00:11:28,243 Sementara itu di ladang, Dilwyn, si doktor haiwan, datang melawat. 177 00:11:28,323 --> 00:11:33,203 Buat pertama kalinya, dia tak datang untuk menyeluk punggung haiwan. 178 00:11:33,763 --> 00:11:37,283 Jangan bergaduh. Ayuh. Anjing baik. 179 00:11:38,523 --> 00:11:42,043 -Mana boleh ada ladang tanpa anjing. -Tengok itu. 180 00:11:42,283 --> 00:11:44,363 -Comel betul. -Comel, bukan? 181 00:11:44,443 --> 00:11:45,963 -Ya. -Adik-beradik. 182 00:11:46,043 --> 00:11:48,923 -Okey. -Anjing Labrador berwarna musang. 183 00:11:49,003 --> 00:11:50,523 -Jarang ditemui. -Betul. 184 00:11:50,723 --> 00:11:52,003 Ya. 185 00:11:52,083 --> 00:11:53,243 Hei, anak anjing. 186 00:11:53,323 --> 00:11:56,043 -Ia perlu makan ubat cacing. -Ya. 187 00:11:56,123 --> 00:11:57,803 -Pemasangan mikrocip. -Ya. 188 00:11:57,883 --> 00:11:59,083 -Serta... -Vaksin. 189 00:11:59,163 --> 00:12:00,523 -Vaksin. -Ya. 190 00:12:00,603 --> 00:12:03,083 Ia sangat comel. 191 00:12:03,163 --> 00:12:05,723 Saya nak golekkan awak dan geletek perut. 192 00:12:06,363 --> 00:12:08,723 Saya dah tak peduli, 193 00:12:08,803 --> 00:12:10,323 lantaklah ladang. 194 00:12:11,803 --> 00:12:13,643 Anjing baik. 195 00:12:14,763 --> 00:12:19,723 Walaupun saya nak bermain dengan anjing saya sepanjang hari, 196 00:12:20,283 --> 00:12:22,843 saya masih ada ladang untuk diuruskan. 197 00:12:24,443 --> 00:12:25,923 Musim luruh semakin dekat, 198 00:12:26,003 --> 00:12:29,523 maknanya tanaman tahun depan perlu ditanam. 199 00:12:32,483 --> 00:12:35,483 Selepas musim pertama Ladang Clarkson disiarkan, 200 00:12:35,563 --> 00:12:37,963 ramai peladang yang mengejek saja. 201 00:12:38,043 --> 00:12:43,683 Mereka kata penggembur tiga meter saya ini terlalu kecil untuk traktor saya. 202 00:12:44,523 --> 00:12:48,403 Mereka takkan ejek saya lagi kerana saya dah beli yang baru. 203 00:12:50,883 --> 00:12:51,923 Ini dia. 204 00:12:52,603 --> 00:12:56,883 Jentera besar dan rumit selebar enam meter 205 00:12:56,963 --> 00:13:00,043 yang dibina berasaskan sains dan kejuruteraan berat. 206 00:13:00,643 --> 00:13:03,123 Nasib baik saya ada traktor besar. 207 00:13:03,843 --> 00:13:04,923 Baiklah. 208 00:13:05,963 --> 00:13:09,923 Tugas pertama. Angkat, jadi kita angkat. 209 00:13:12,883 --> 00:13:14,443 Alamak! 210 00:13:16,483 --> 00:13:17,883 Turun. 211 00:13:19,523 --> 00:13:22,803 Jika saya tak angkat tinggi sangat... Itu caranya. Ya. 212 00:13:22,883 --> 00:13:24,763 Okey. Kita cuba lagi. Angkat. 213 00:13:30,283 --> 00:13:31,963 Ya Tuhan! 214 00:13:34,363 --> 00:13:35,523 Apa hal? 215 00:13:36,443 --> 00:13:38,563 Tak bolehlah begini. Apa hal? 216 00:13:39,723 --> 00:13:40,643 Aduhai. 217 00:13:41,003 --> 00:13:45,483 Seperti yang dijangkakan, Yoda desa muncul pada saat itu. 218 00:13:46,483 --> 00:13:47,763 Ia tak nak bergerak. 219 00:13:48,363 --> 00:13:50,923 Mesin di belakang itu seberat empat tan. 220 00:13:53,283 --> 00:13:55,123 Orang lain buat macam mana? 221 00:13:55,803 --> 00:13:57,963 Perlu pemberat di depan, bodoh. 222 00:14:03,083 --> 00:14:05,643 Setelah Kaleb pasangkan pemberat... 223 00:14:05,883 --> 00:14:08,323 Okey. Ini akan selesaikan masalah? 224 00:14:08,403 --> 00:14:09,643 Sepatutnya okey. 225 00:14:12,283 --> 00:14:13,843 ...saya pun bertolak ke ladang. 226 00:14:16,323 --> 00:14:18,363 Ada satu setengah tan di depan, 227 00:14:18,443 --> 00:14:21,243 empat tan di belakang dan sembilan tan di tengah. 228 00:14:21,323 --> 00:14:23,283 Jentera ini berat pagi ini. 229 00:14:26,243 --> 00:14:29,083 Kita dah sampai di ladang. 230 00:14:32,403 --> 00:14:35,363 Mesin ini tak sama seperti penggembur sebelum ini. 231 00:14:35,443 --> 00:14:39,203 Ia bukan pembajak. Itu tak elok untuk alam sekitar. 232 00:14:39,283 --> 00:14:45,003 Sambil bergerak, ia akan menggalakkan benda begini, 233 00:14:45,083 --> 00:14:48,043 yang tak dituai tahun lepas, 234 00:14:48,123 --> 00:14:50,723 untuk bercampur dengan tanah dan tumbuh semula. 235 00:14:50,923 --> 00:14:54,403 Apabila ia mula tumbuh, kita datang dan bunuh semuanya 236 00:14:54,483 --> 00:14:57,683 supaya ladang ini benar-benar kosong untuk kita tanam 237 00:14:58,323 --> 00:14:59,763 tanaman tahun depan. 238 00:15:01,363 --> 00:15:04,443 Saya tak faham sangat, tapi saya tahu caranya. 239 00:15:07,203 --> 00:15:08,483 Turun. 240 00:15:09,483 --> 00:15:10,563 Mari mula. 241 00:15:16,323 --> 00:15:17,443 Saya bertani. 242 00:15:22,643 --> 00:15:27,003 Saya baru perasan yang saya mulakan kerjaya pertanian saya di ladang ini. 243 00:15:27,603 --> 00:15:31,723 Kini, ia ladang pertama yang saya gemburkan untuk 2022. 244 00:15:34,843 --> 00:15:36,403 Semuanya berjalan lancar. 245 00:15:38,163 --> 00:15:43,283 Namun, selepas beberapa pusingan, traktor mula meragam balik. 246 00:15:47,923 --> 00:15:49,123 Saya tak sempat... 247 00:15:49,363 --> 00:15:52,723 Macam mana nak pusing jika tayarnya tak cecah tanah? 248 00:15:55,123 --> 00:15:56,483 Apa hal? 249 00:15:57,043 --> 00:16:00,643 Masalahnya, apabila traktor Lambo saya ini makan minyak, 250 00:16:00,723 --> 00:16:03,363 tangki minyak jadi semakin ringan. 251 00:16:03,443 --> 00:16:08,803 Maknanya, bahagian depan tak cukup berat untuk kekalkan tayar di atas tanah. 252 00:16:09,443 --> 00:16:10,803 Tak guna. 253 00:16:13,203 --> 00:16:15,363 Saya putuskan untuk balik 254 00:16:15,443 --> 00:16:18,803 dan isi minyak sebelum keadaan jadi lebih teruk. 255 00:16:22,403 --> 00:16:23,323 Ayuh. 256 00:16:27,363 --> 00:16:28,923 Banyak sangat putaran. 257 00:16:30,403 --> 00:16:33,723 Kita cuba pacuan empat roda. Mungkin boleh membantu. 258 00:16:33,803 --> 00:16:34,803 Kita cuba ini. 259 00:16:36,643 --> 00:16:38,803 Tidak. Alamak! 260 00:16:39,643 --> 00:16:40,923 Tak membantu langsung. 261 00:16:41,403 --> 00:16:44,643 Macam mana saya nak keluar dari sini? 262 00:16:47,083 --> 00:16:48,603 Alamak! 263 00:16:51,003 --> 00:16:53,683 Ayuh. 264 00:16:54,083 --> 00:16:55,683 Ya Tuhan! 265 00:16:56,803 --> 00:17:00,043 Jelas, saya perlu cari pemberat tambahan, 266 00:17:00,123 --> 00:17:02,323 dan, nasib baik, ada pemberat muncul. 267 00:17:03,323 --> 00:17:04,643 Belum. 268 00:17:07,803 --> 00:17:09,123 Okey. Dah sedia? 269 00:17:15,203 --> 00:17:17,323 Brek tangan. Guna brek tangan. 270 00:17:20,323 --> 00:17:21,523 Berjaya. 271 00:17:25,843 --> 00:17:27,083 Aduhai. 272 00:17:33,683 --> 00:17:38,123 Esoknya, saya patut menggembur tanah lagi, 273 00:17:38,243 --> 00:17:40,603 tapi ada masalah yang lebih berat. 274 00:17:41,003 --> 00:17:43,523 Walaupun saya dah cuba pikat hati orang tempatan, 275 00:17:43,603 --> 00:17:47,363 saya masih banyak terima aduan. 276 00:17:50,803 --> 00:17:51,923 Awak nampak tertekan. 277 00:17:53,483 --> 00:17:56,843 "Dengan kiraan rasmi yang menganggarkan lebih 400 pelawat 278 00:17:56,923 --> 00:17:59,763 "dan barisan tiga jam ke kedai ladang Diddly Squat, 279 00:17:59,843 --> 00:18:01,683 "kedai yang asalnya berskala kecil 280 00:18:01,763 --> 00:18:05,083 "kini telah menjadi operasi yang tak mampu dibendung lagi. 281 00:18:05,123 --> 00:18:07,243 "Ini mencipta pergerakan tak terkawal 282 00:18:07,323 --> 00:18:10,563 "dan masalah alam sekitar yang beri kesan terhadap kualiti..." 283 00:18:11,123 --> 00:18:13,603 Kalau saya yang tulis, tentu ambil masa seharian. 284 00:18:13,843 --> 00:18:19,123 Mereka hantar gambar bas. Mereka tak suka bas ini datang. 285 00:18:20,083 --> 00:18:21,843 Katanya ada terlalu banyak kereta. 286 00:18:21,923 --> 00:18:24,723 Ramai orang datang ke kedai ladang menaiki bas. 287 00:18:24,803 --> 00:18:26,723 -Mereka bising tentang itu juga. -Ya. 288 00:18:27,243 --> 00:18:29,203 Saya teringin jumpa orang-orang 289 00:18:29,283 --> 00:18:32,843 yang tiada kerja lain selain menulis surat aduan. 290 00:18:32,963 --> 00:18:34,843 Kita berdua sangat sibuk. 291 00:18:34,963 --> 00:18:38,563 Saya tiada masa untuk hadap komputer dan tulis surat berjela. 292 00:18:38,843 --> 00:18:39,683 Tengok. 293 00:18:40,283 --> 00:18:42,843 "Saya bosan dengan semua berkaitan Jeremy Clarkson." 294 00:18:43,683 --> 00:18:45,443 Awak tengoklah sendiri. 295 00:18:45,523 --> 00:18:51,203 Ada penduduk kampung yang mulakan pendanaan awam "Hentikan Diddly Squat." 296 00:18:51,523 --> 00:18:53,083 Mereka dah... 297 00:18:57,843 --> 00:19:00,603 Oleh sebab semua dah tahu yang saya akan mohon 298 00:19:00,723 --> 00:19:02,763 kebenaran untuk buka restoran, 299 00:19:02,843 --> 00:19:07,283 saya rasa saya perlu bertindak cepat dan adakan mesyuarat kampung. 300 00:19:09,603 --> 00:19:10,803 Di sini. 301 00:19:12,283 --> 00:19:14,843 Saya tulis pada poster ini, 302 00:19:14,923 --> 00:19:18,563 "Oleh sebab ada aduan tentang Diddly Squat di kampung ini, 303 00:19:18,603 --> 00:19:21,123 "Jeremy Clarkson akan berada di Dewan Memorial 304 00:19:21,243 --> 00:19:23,563 "untuk jelaskan pelannya dan jawab soalan. 305 00:19:23,603 --> 00:19:25,963 "Semua penduduk kampung dijemput hadir. 306 00:19:26,043 --> 00:19:27,963 "Keju dan wain akan dihidangkan." 307 00:19:29,483 --> 00:19:32,603 Baru-baru ini ada aduan di laman web rasmi majlis 308 00:19:32,723 --> 00:19:35,923 yang berbunyi, "Lelaki yang ingat dia petani di Diddly Squat..." 309 00:19:37,243 --> 00:19:38,243 Betul juga. 310 00:19:38,563 --> 00:19:41,723 "...tak hasilkan apa-apa pun sebenarnya di ladangnya." 311 00:19:41,803 --> 00:19:42,763 Adalah. 312 00:19:42,843 --> 00:19:47,283 Ada pula kata, "Bangsal bebiri itu tak pernah digunakan untuk bebiri beranak." 313 00:19:47,363 --> 00:19:51,003 Padahal ada bukti dokumen. 314 00:19:51,083 --> 00:19:53,843 Teruk betul aduan mereka. 315 00:19:54,123 --> 00:19:57,763 Sebab itulah saya nak adakan sesi soal jawab. Mereka boleh tanya, 316 00:19:58,483 --> 00:20:01,043 "Apa yang awak buat? Apa rancangan awak?" 317 00:20:01,683 --> 00:20:03,923 Awak ada rasa risau tak? 318 00:20:04,523 --> 00:20:05,763 Ya, ada. 319 00:20:05,843 --> 00:20:08,283 Sebab wanita daripada majlis kariah itu 320 00:20:08,363 --> 00:20:11,843 kata mereka yang marah, sangat marah. 321 00:20:12,763 --> 00:20:14,523 Sangat marah. 322 00:20:15,203 --> 00:20:20,043 Ya, ia menakutkan kerana saya pernah tengok Straw Dogs. 323 00:20:20,123 --> 00:20:21,363 Saya tengok Local Hero. 324 00:20:21,483 --> 00:20:25,123 Faham-faham sajalah sikap orang kampung apabila terlalu teruja. 325 00:20:25,203 --> 00:20:29,123 Mereka datang bawa serampang peladang, tapi saya akan cuba tenangkan. 326 00:20:38,203 --> 00:20:43,523 Esoknya, berita tentang mesyuarat dah tersebar, tapi secara negatif. 327 00:20:46,603 --> 00:20:52,603 Okey. Papan notis komuniti Chadlington kata saya iblis. 328 00:20:53,323 --> 00:20:56,843 Rancangan pertanian ini kerja iblis. 329 00:20:57,523 --> 00:20:59,483 Ladang ini rumah iblis. 330 00:21:01,443 --> 00:21:03,923 Kita tengoklah macam mana nanti dan... 331 00:21:11,043 --> 00:21:13,283 CHADLINGTON SILA PANDU PERLAHAN 332 00:21:31,483 --> 00:21:35,203 Nak buat gaya majlis kahwin 1970-an yang saya suka. 333 00:21:51,683 --> 00:21:56,163 Apabila penduduk kampung tiba, kru penggambaran terpaksa keluar 334 00:21:56,243 --> 00:22:00,003 kerana mereka bertegas mesyuarat tak boleh dirakam. 335 00:22:01,403 --> 00:22:05,403 Sambil Charlie dan Kaleb curi dengar di tingkap 336 00:22:05,483 --> 00:22:09,123 dan mikrofon saya masih terpasang, 337 00:22:09,203 --> 00:22:13,563 saya tunggu semua orang duduk lalu memulakan mesyuarat. 338 00:22:14,883 --> 00:22:19,563 Kami tak jangka dengan apa jadi setelah rancangan ini disiarkan. 339 00:22:19,643 --> 00:22:22,523 Keadaan huru-hara, trafik, lumpur dan pemanduan laju. 340 00:22:22,963 --> 00:22:25,323 Bagaikan mimpi ngeri. Saya setuju. 341 00:22:25,403 --> 00:22:28,443 Apa yang kami boleh buat untuk ubah keadaan ini? 342 00:22:28,523 --> 00:22:31,003 Tarik orang ke sini agar mereka berbelanja, 343 00:22:31,083 --> 00:22:33,723 tanpa menjejaskan hidup sesiapa di kampung ini? 344 00:22:34,323 --> 00:22:38,443 Saya harap pembuka kata saya dapat menenangkan keadaan, 345 00:22:38,523 --> 00:22:39,603 tapi tidak. 346 00:22:39,723 --> 00:22:43,923 Awak tiada rasa simpati atau empati terhadap penduduk kampung ini. 347 00:22:44,003 --> 00:22:45,603 Awak panggil kami orang bodoh. 348 00:22:45,683 --> 00:22:48,523 "Awak kata setiap kampung ada seorang. Kami ada enam." 349 00:22:50,003 --> 00:22:51,723 Saya tak nak digelar orang bodoh. 350 00:22:51,803 --> 00:22:53,963 Tak patut kata itu. Awak patut mohon maaf. 351 00:22:54,043 --> 00:22:56,163 -Saya minta maaf. -Okey. 352 00:22:56,243 --> 00:22:59,323 Kata-kata awak tak bodoh langsung dan betul kata awak. 353 00:22:59,403 --> 00:23:04,323 Namun, ada beberapa perkara di laman web Majlis Daerah yang bodoh. 354 00:23:04,403 --> 00:23:08,323 "Bangsal bebiri tak pernah digunakan. Ladang tak hasilkan apa-apa." 355 00:23:08,403 --> 00:23:12,323 Semua perkara itu tak masuk akal kerana ladang kami ada hasil. 356 00:23:12,403 --> 00:23:13,523 Betul katanya. 357 00:23:13,603 --> 00:23:16,003 Hakikatnya, awak bukan petani. 358 00:23:16,083 --> 00:23:19,603 Awak personaliti media, tapi kami bukan Love Island. 359 00:23:20,843 --> 00:23:21,963 Apa? 360 00:23:22,083 --> 00:23:24,483 Ya. Saya hos Who Wants to Be a Millionaire? 361 00:23:24,563 --> 00:23:25,683 dan The Grand Tour. 362 00:23:25,763 --> 00:23:27,883 Tapi ladang itu minat saya. 363 00:23:27,963 --> 00:23:29,923 Awak tak perlukan pendapatan kedai. 364 00:23:30,003 --> 00:23:31,363 Ladang perlukan pendapatan. 365 00:23:31,563 --> 00:23:33,763 Secara peribadinya, awak tak perlu. 366 00:23:34,683 --> 00:23:36,843 Tentu dia tak sangka akan jadi begini. 367 00:23:36,923 --> 00:23:39,403 Tiada guna berkata, "Tutup kedai." Mana boleh. 368 00:23:39,483 --> 00:23:41,883 Kami perlukan aliran pendapatan untuk ladang. 369 00:23:41,963 --> 00:23:43,883 -Tapi dia tetap jawab. -Ya. 370 00:23:44,843 --> 00:23:50,043 Selepas mereka dah luah perasaan, timbul persoalan penting. 371 00:23:50,403 --> 00:23:52,883 Jadi, awak nak jadikan bangsal bebiri 372 00:23:52,963 --> 00:23:55,843 sebuah kafe, restoran atau apa-apalah. 373 00:23:56,003 --> 00:24:00,563 Ya. Kami ada lembu, termasuk lembu betina muda. Ia akan hasilkan daging. 374 00:24:00,643 --> 00:24:02,803 Kami ada ayam dan telur. 375 00:24:02,883 --> 00:24:07,603 Kami dah mula ada semua barang yang diperlukan untuk restoran. 376 00:24:07,723 --> 00:24:11,963 Yang kami nak tahu, apa tindakan awak dalam masa terdekat 377 00:24:12,043 --> 00:24:15,003 untuk kemaskan operasi, kawal trafik dan sebagainya. 378 00:24:15,083 --> 00:24:17,683 Kami akan hubungi pihak lebuh raya tentang kon. 379 00:24:17,763 --> 00:24:19,483 Itu perkara pertama pagi esok. 380 00:24:19,563 --> 00:24:21,523 Sekarang, ia menyakitkan mata saja. 381 00:24:21,603 --> 00:24:25,043 Kami perlu sediakan cucian kereta untuk orang cuci tayar 382 00:24:25,123 --> 00:24:28,083 sebelum mereka balik agar jalan raya tak berlumpur. 383 00:24:28,163 --> 00:24:31,323 Papan tanda, "Jangan letak kereta di bahu jalan." 384 00:24:31,403 --> 00:24:35,483 Kami boleh jadikannya satu kemudahan yang berguna dan bagus 385 00:24:35,563 --> 00:24:37,763 sampai orang yang lalu berkata, "Cantiknya." 386 00:24:37,843 --> 00:24:40,483 Saya nak buka agar ia jadi kedai ladang yang bagus 387 00:24:40,563 --> 00:24:42,603 dengan restoran yang bagus. 388 00:24:42,683 --> 00:24:45,323 Boleh berikan kami pas VIP? 389 00:24:45,403 --> 00:24:49,923 Boleh, ada diskaun dengan pas VIP. 390 00:24:50,003 --> 00:24:52,003 -Macam mana? -Hebat. 391 00:24:53,563 --> 00:24:56,683 Oleh itu, saya minta diri. 392 00:24:59,883 --> 00:25:00,803 Okey, pergi dulu. 393 00:25:01,243 --> 00:25:02,163 Jaga diri. 394 00:25:08,123 --> 00:25:12,963 Ia berjalan lebih baik daripada sangkaan saya. 395 00:25:13,563 --> 00:25:15,963 Mula-mula, kami dikritik. 396 00:25:16,083 --> 00:25:19,243 Ada orang yang datang dengan agenda. 397 00:25:21,203 --> 00:25:24,643 Biasalah, bukan? Nak cakap apa lagi? 398 00:25:24,723 --> 00:25:28,003 Tapi semua orang berhak ada pendapat masing-masing. 399 00:25:28,203 --> 00:25:33,403 Dengar pendapat orang, ikhlas, tunjuk awak kisah. Saya rasa dia kisah. 400 00:25:33,683 --> 00:25:35,443 Ia permulaan yang baik. 401 00:25:35,763 --> 00:25:38,523 Kami seronok berpeluang bercakap dengannya. 402 00:25:38,603 --> 00:25:40,763 Itu yang paling penting. 403 00:25:40,843 --> 00:25:42,963 Berbincang, bukan bersemuka. 404 00:25:50,243 --> 00:25:52,723 Esok paginya, seperti yang saya janjikan, 405 00:25:52,803 --> 00:25:56,323 saya mula kemaskan operasi di kawasan sekitar kedai ladang. 406 00:25:56,403 --> 00:25:57,363 SILA PANDU PERLAHAN 407 00:25:58,323 --> 00:26:00,523 Maknanya, perlu berbincang dengan Lisa. 408 00:26:03,643 --> 00:26:05,243 Kita perlu mulakan sekarang. 409 00:26:06,043 --> 00:26:08,043 Simpan semua kon ini. 410 00:26:08,603 --> 00:26:10,323 Pagar besi itu. 411 00:26:10,403 --> 00:26:13,003 Semua plastik dan kayu palet itu juga. 412 00:26:13,083 --> 00:26:15,243 Tong sampah perlu disorokkan. 413 00:26:15,323 --> 00:26:19,483 Sampah sarap yang merata itu perlu dibuang. 414 00:26:19,563 --> 00:26:22,283 Tengok bandela jerami kotor itu. Teruk betul. 415 00:26:22,363 --> 00:26:25,323 Awak tahu harga jerami? Saya tak nak beli yang baru. 416 00:26:25,403 --> 00:26:26,523 Tengok kon ini. 417 00:26:26,803 --> 00:26:29,123 -Datang ke... -Polis yang berikan. 418 00:26:29,203 --> 00:26:31,803 Polis letak di luar sana. Kita yang bawa masuk. 419 00:26:31,883 --> 00:26:34,283 Bukan saya. Seseorang telah bawa masuk 420 00:26:34,363 --> 00:26:36,683 dan guna kerana ia memudahkan. 421 00:26:36,763 --> 00:26:38,083 Tak boleh begitu. 422 00:26:38,163 --> 00:26:41,523 Tengok. Papan tanda biru itu idea siapa? 423 00:26:41,603 --> 00:26:43,683 Sementara, untuk sehari dua. 424 00:26:43,763 --> 00:26:45,723 Dah tiga bulan ia di situ. 425 00:26:45,803 --> 00:26:48,923 Kita dah ada papan tanda baru untuk bahu jalan berumput. 426 00:26:49,163 --> 00:26:50,923 Ya, saya tahu. 427 00:26:51,723 --> 00:26:55,523 Saya boleh uruskan semua ini, tapi nanti tiada barang di kedai. 428 00:26:55,603 --> 00:26:57,603 Memang bagus 429 00:26:57,723 --> 00:27:00,843 mereka bentuk label cantik untuk produk di kedai, 430 00:27:00,923 --> 00:27:03,443 tapi jika rupa kedainya begini... 431 00:27:03,523 --> 00:27:06,123 -Teruklah. -Ya. Apa awak nak buat? 432 00:27:06,203 --> 00:27:07,963 Saya tiada masa. 433 00:27:08,043 --> 00:27:10,563 Awak tak tahu... Saya perlu ke... 434 00:27:10,643 --> 00:27:12,803 Hari ini, saya perlu periksa 435 00:27:12,883 --> 00:27:15,523 jika salah seekor lembu kasi 436 00:27:15,603 --> 00:27:17,603 masih ada testikel. 437 00:27:17,763 --> 00:27:21,883 Charlie pun nak datang dan bincang tentang peraturan kerajaan baru. 438 00:27:21,963 --> 00:27:23,363 Saya sangat sibuk. 439 00:27:23,443 --> 00:27:26,763 Jika saya buat semua ini seharian, kedai kita tiada baranglah. 440 00:27:26,843 --> 00:27:29,283 Maaf, saya dah kata, "Awak jaga kedai ladang. 441 00:27:29,363 --> 00:27:30,483 "Saya jaga ladang." 442 00:27:30,603 --> 00:27:32,843 -Inilah kedai ladang. -Saya sediakan sarapan, 443 00:27:32,923 --> 00:27:34,243 makan tengah hari, malam. 444 00:27:34,323 --> 00:27:37,123 Bila? Sarapan? Makan tengah hari? Makan malam? 445 00:27:37,203 --> 00:27:39,723 Saya masak sendiri. Sosej dan kentang lecek. 446 00:27:39,843 --> 00:27:41,603 -Mana ada. -Betullah. 447 00:27:41,683 --> 00:27:44,043 Terhangus kerana anjing berak di atas karpet 448 00:27:44,123 --> 00:27:46,483 dan saya terpaksa bersihkan semasa memasak. 449 00:27:46,563 --> 00:27:48,443 Anjing awak, tahi awak. 450 00:27:48,523 --> 00:27:50,083 -Anjing saya? -Anjing kita. 451 00:27:50,163 --> 00:27:52,083 Awak nak anjing, awaklah bersihkan. 452 00:27:52,163 --> 00:27:54,803 -Ya... -"Saya alah terhadap tahi anjing." 453 00:27:55,443 --> 00:27:56,683 Saya pun. 454 00:27:56,763 --> 00:27:58,003 Tolonglah. 455 00:28:00,083 --> 00:28:01,243 Bodoh betul. 456 00:28:02,283 --> 00:28:04,243 Memang menjijikkan. 457 00:28:05,163 --> 00:28:07,083 Elok saja semasa musim panas. 458 00:28:07,763 --> 00:28:10,883 Kemudian hujan pun turun, habis kotor semuanya. 459 00:28:17,643 --> 00:28:20,683 HORMATI JIRAN KAMI. SILA PULANG DENGAN SENYAP - TERIMA KASIH 460 00:28:22,003 --> 00:28:25,043 Sementara Lisa sibuk dengan operasi mengemas, 461 00:28:29,763 --> 00:28:34,923 saya berusaha buat semua kerja ladang yang tak berkesudahan. 462 00:28:35,603 --> 00:28:36,603 Kejap. 463 00:28:36,763 --> 00:28:39,123 -Jika awak di dalam... -Boleh panjat keluar. 464 00:28:39,203 --> 00:28:40,643 Saya ada pengalaman. 465 00:28:40,723 --> 00:28:43,283 -Kenapa tak angkat dari luar? -Ini lebih senang. 466 00:28:43,363 --> 00:28:44,803 Lembunya tak besar. 467 00:28:53,323 --> 00:28:58,203 Ini skrotumnya saja. 468 00:28:59,603 --> 00:29:00,563 Alamak! 469 00:29:05,723 --> 00:29:07,523 Dah bebas. Nasib baik. 470 00:29:14,803 --> 00:29:17,203 -Nak saya buat? -Tak. 471 00:29:17,563 --> 00:29:18,683 Tengok ini. 472 00:29:24,203 --> 00:29:25,483 Aduhai. 473 00:29:28,043 --> 00:29:29,763 Apabila saya ada masa lapang... 474 00:29:29,843 --> 00:29:31,523 ...tempoh yang sangat tinggi... 475 00:29:31,603 --> 00:29:34,923 ...Charlie pasti muncul dan isikan dengan sesuatu. 476 00:29:35,563 --> 00:29:39,363 Ada rajah penting. Yang khusus. Semuanya berbalik pada hasil. 477 00:29:39,443 --> 00:29:41,523 Ini margin bersih ladang. 478 00:29:41,603 --> 00:29:45,723 -Apa maksud awak margin? -Pulangan awak 0.75 daripada satu peratus. 479 00:29:45,803 --> 00:29:49,283 Sebab kos awak tak banyak berubah. 480 00:29:49,723 --> 00:29:52,803 Senang cerita, garisan biru gelap ini 2021. 481 00:29:52,883 --> 00:29:54,523 -Ini menunjukkan... -Ya. 482 00:29:54,603 --> 00:29:57,123 Ini tuaiannya, garisan gelap. 483 00:29:57,203 --> 00:30:01,603 Tanaman giliran utama ialah gandum dan biji sesawi. 484 00:30:02,723 --> 00:30:04,163 Kosnya lebih kurang sama, 485 00:30:04,243 --> 00:30:06,843 tapi hasil tambahan dah masuk ke hasil akhir. 486 00:30:06,923 --> 00:30:08,683 Perlu tengok secara terperinci. 487 00:30:08,763 --> 00:30:10,643 -Teruk... -Saya akan tunjukkan. 488 00:30:10,723 --> 00:30:11,923 Aduhai. Tolonglah. 489 00:30:12,003 --> 00:30:13,803 -Saya selalu begini. -Taklah. 490 00:30:13,883 --> 00:30:15,163 Saya cuma letih. 491 00:30:15,243 --> 00:30:17,083 Pertanian buat saya penat. 492 00:30:20,523 --> 00:30:22,203 Selain daripada tekanan kerja, 493 00:30:22,283 --> 00:30:26,603 dunia kecil Diddly Squat kami kini terdedah kepada kritikan umum. 494 00:30:27,243 --> 00:30:31,003 Aktiviti saya menjadi topik debat negara. 495 00:30:31,643 --> 00:30:34,083 Kata Carla, dari Cotswolds Utara, tak jauh, 496 00:30:34,163 --> 00:30:35,843 ini bukan kali pertama 497 00:30:35,923 --> 00:30:39,483 Clarkson perlu tenangkan orang tempatan, selepas rumahnya meletup. 498 00:30:39,563 --> 00:30:42,163 Orang menghalang lalu lintas kampung 499 00:30:42,243 --> 00:30:46,883 yang dulunya tenang. Orang beratur berjam-jam untuk masuk. 500 00:30:46,963 --> 00:30:48,563 Mereka tak hormati tempat itu. 501 00:30:48,643 --> 00:30:50,043 Ini pihak yang menentang. 502 00:30:50,123 --> 00:30:52,923 Kita dengar pendapat Julie Gibb, dari Scarborough. 503 00:30:53,003 --> 00:30:54,243 Selamat petang, Jeremy. 504 00:30:54,323 --> 00:30:56,763 Kami pergi bercuti di Cotswolds. 505 00:30:56,843 --> 00:30:59,043 Kami lalu dan nampak semua lembu... 506 00:31:11,283 --> 00:31:12,683 Dengan semua yang berlaku, 507 00:31:12,923 --> 00:31:16,603 saya rasa nak menyorok di ladang. 508 00:31:18,363 --> 00:31:19,403 Itu yang saya buat. 509 00:31:22,483 --> 00:31:25,803 Saya suka masa ini, keluar ke ladang menaiki traktor. 510 00:31:26,963 --> 00:31:28,603 Sangat tenang. 511 00:31:32,483 --> 00:31:37,283 Pada hujung Forrest Gump, Forrest naik mesin potong rumputnya 512 00:31:37,363 --> 00:31:40,323 lalu memotong rumput padang di Greenbow, Alabama. 513 00:31:40,963 --> 00:31:42,363 Saya rasa begitu di sini. 514 00:31:43,843 --> 00:31:46,283 Semua pengembaraan hidup yang saya lalui, 515 00:31:46,363 --> 00:31:47,563 namun akhirnya, 516 00:31:48,243 --> 00:31:49,763 saya buat kerja ini. 517 00:31:52,323 --> 00:31:54,403 Saya suka. Saya benar-benar suka. 518 00:31:58,363 --> 00:32:02,123 Kaleb perlu sembur ladang ini dengan racun rumpai. 519 00:32:02,203 --> 00:32:03,883 Betul. 520 00:32:03,963 --> 00:32:06,763 Barli musim bunga akan ditanam di sini tahun ini, 521 00:32:06,843 --> 00:32:08,163 ia penting. 522 00:32:08,523 --> 00:32:10,603 Sebab kami akan guna itu untuk buat... 523 00:32:10,683 --> 00:32:12,163 Alamak! 524 00:32:15,083 --> 00:32:16,763 Saya terlanggar tiang telefon. 525 00:32:16,843 --> 00:32:18,203 Aduh! 526 00:32:20,483 --> 00:32:22,123 Okey. 527 00:32:24,803 --> 00:32:26,083 Aduhai. 528 00:32:32,523 --> 00:32:33,963 Dah rosak. 529 00:32:35,283 --> 00:32:37,803 Semua ini dah terbengkok. 530 00:32:37,883 --> 00:32:40,843 Awak boleh lihat yang itu menghala... Sepatutnya ia... 531 00:32:40,923 --> 00:32:42,403 Yang itu pun rosak juga. 532 00:32:43,523 --> 00:32:44,643 Aduhai. 533 00:32:47,123 --> 00:32:49,603 Kenapa mereka pasang tiang telefon di sini? 534 00:32:50,603 --> 00:32:54,523 Hanya satu cara situasi ini akan jadi lebih teruk. 535 00:33:04,923 --> 00:33:06,083 Alamak! 536 00:33:07,963 --> 00:33:09,963 -Awak rosakkan mesin? -Tak. 537 00:33:13,323 --> 00:33:15,163 Awak buat silap besar. 538 00:33:16,643 --> 00:33:18,923 -Aduhai. -Saya rosakkan yang itu juga. 539 00:33:23,763 --> 00:33:24,843 Awak bodoh betul. 540 00:33:25,723 --> 00:33:26,883 Selalu begini. 541 00:33:27,123 --> 00:33:28,283 Saya tahu. 542 00:33:29,403 --> 00:33:32,683 Jika kita luruskan, ia akan patah, bukan? 543 00:33:32,763 --> 00:33:35,283 Ya. Kita perlu luruskan semuanya. 544 00:33:35,363 --> 00:33:37,403 Potong dan kimpal balik. 545 00:33:37,483 --> 00:33:39,283 Awak pandai mengimpal? 546 00:33:39,363 --> 00:33:40,523 Awaklah uruskan. 547 00:33:40,603 --> 00:33:42,843 -Apa? Saya tak reti mengimpal. -Awak buat. 548 00:33:42,923 --> 00:33:44,283 Awaklah uruskan. 549 00:33:44,363 --> 00:33:45,243 Ya Tuhan. 550 00:33:45,363 --> 00:33:47,123 Saya buat semua ini pagi ini. 551 00:33:47,203 --> 00:33:49,043 Saya dah buat separuh ladang ini. 552 00:33:49,123 --> 00:33:50,643 -Mana ada. -Betul. 553 00:33:50,723 --> 00:33:52,763 Awak belum buat ladang ini. 554 00:33:52,843 --> 00:33:54,963 Dah. Saya dah buat separuh. 555 00:33:55,203 --> 00:33:57,523 -Kenapa tak cakap? -Jelas dah. 556 00:33:57,603 --> 00:33:59,603 Separuh ladang ini dah siap. 557 00:33:59,683 --> 00:34:01,643 Saya tak nampak pun. 558 00:34:01,723 --> 00:34:03,963 -Awak tak dapat bezakan? -Tak. 559 00:34:06,083 --> 00:34:10,003 Lalu kami pun berbincang tentang tiang lembaga elektrik yang rosak. 560 00:34:10,123 --> 00:34:12,363 Lebih baik awak beritahu mereka. 561 00:34:12,483 --> 00:34:15,243 -Mereka baru saja pasang semua ini. -Saya tahu. 562 00:34:15,723 --> 00:34:17,443 Apa kata kita abaikan saja? 563 00:34:18,203 --> 00:34:19,923 Lebih banyak kerosakan... 564 00:34:20,003 --> 00:34:23,203 Mungkin saya akan tuntut bahagian jentera baru. 565 00:34:23,323 --> 00:34:25,683 Awak letak tiang telefon di ladang saya 566 00:34:25,723 --> 00:34:27,643 dan saya tak reti mengelaknya. 567 00:34:27,683 --> 00:34:30,603 Kabus tebal tadi. Saya tak nampak. 568 00:34:31,323 --> 00:34:32,203 Aduhai. 569 00:34:32,843 --> 00:34:36,003 Pada saat itu, saya rasa saya dah rasa cukup malu, 570 00:34:36,243 --> 00:34:38,163 tapi rupa-rupanya belum lagi. 571 00:34:38,883 --> 00:34:41,563 Hai. Apa masalahnya? 572 00:34:41,643 --> 00:34:43,523 Beritahu dia masalahnya, Jeremy. 573 00:34:44,443 --> 00:34:45,923 Saya kemalangan tadi. 574 00:34:46,683 --> 00:34:47,683 Teruknya! 575 00:34:48,483 --> 00:34:50,203 Ia dah tercabut. 576 00:34:50,683 --> 00:34:51,603 Ya. 577 00:34:51,683 --> 00:34:53,243 Awak rosakkan mesin ini. 578 00:34:53,963 --> 00:34:57,163 Masalahnya, ini bukan mesin kita. 579 00:34:58,523 --> 00:35:00,203 Ini cuma... 580 00:35:01,003 --> 00:35:02,363 Ini cuma mesin contoh. 581 00:35:03,923 --> 00:35:04,843 Jadi... 582 00:35:05,483 --> 00:35:06,323 Okey. 583 00:35:06,683 --> 00:35:09,163 -Berapa harga mesin ini? -£20,000. 584 00:35:09,203 --> 00:35:10,443 Aduhai. 585 00:35:27,363 --> 00:35:31,123 Setelah mesin penggembur lama dikeluarkan daripada simpanan, 586 00:35:31,203 --> 00:35:33,203 akhirnya kami dapat siapkan kerja. 587 00:35:40,083 --> 00:35:41,963 Kemudian, kami hidupkan gerudi. 588 00:35:42,483 --> 00:35:43,683 Okey. Kita mulakan. 589 00:35:44,123 --> 00:35:47,243 Lalu mula menanam benih ke dalam tanah. 590 00:35:57,963 --> 00:36:02,203 Diiringi perbualan melalui radio seperti biasa. 591 00:36:02,683 --> 00:36:05,203 Dah berubah. Traktor saja. 592 00:36:05,243 --> 00:36:08,403 Ada isyarat sifar kilometer sejam yang berkelip. 593 00:36:08,563 --> 00:36:10,843 Tentu kipas awak dah rosak, betul tak? 594 00:36:10,923 --> 00:36:13,843 Macam mana pula? Saya tak sentuh mana-mana butang pun. 595 00:36:13,923 --> 00:36:15,323 Di mana butang kipas? 596 00:36:24,123 --> 00:36:27,123 Cuaca elok berterusan, dan beberapa hari kemudian, 597 00:36:28,323 --> 00:36:30,603 semua tanaman selesai ditanam. 598 00:36:34,203 --> 00:36:35,123 Syabas. 599 00:36:35,203 --> 00:36:38,563 Hanya satu tiang telefon yang rosak sikit. 600 00:36:38,643 --> 00:36:41,083 -Saya tak buat. -Ya, saya tahu. Saya yang buat. 601 00:36:44,843 --> 00:36:48,323 Tiba masa untuk bermesyuarat dengan Charlie pada tengah hari Ahad, 602 00:36:48,403 --> 00:36:51,443 yang akhirnya telah siapkan permohonan restoran. 603 00:36:54,883 --> 00:36:56,003 Fikirkan ini. 604 00:36:56,963 --> 00:36:59,883 Semua di atas pinggan itu ialah hasil Diddly Squat. 605 00:37:00,723 --> 00:37:03,243 Daging kambing, lobak merah, ubi kentang, 606 00:37:03,643 --> 00:37:08,883 ubi bit, tepung untuk kuah dan air mata air ini. 607 00:37:08,963 --> 00:37:11,123 Itulah tujuan restoran itu. 608 00:37:11,683 --> 00:37:15,603 Itu yang membuatnya sangat menarik kerana ia memang boleh berjaya. 609 00:37:15,683 --> 00:37:18,323 -Ini rancangan perniagaannya? -Ya. 610 00:37:18,403 --> 00:37:21,443 Dicetak di kedua-dua belah kertas, mesra alam. 611 00:37:21,523 --> 00:37:23,683 -Kertas kitar semula. -Tentulah. 612 00:37:24,163 --> 00:37:27,003 Tentu mereka terima banyak daripada petani. 613 00:37:27,083 --> 00:37:30,523 Ada banyak permintaan untuk kepelbagaian sekarang, 614 00:37:30,683 --> 00:37:32,083 tapi itulah yang diperlukan. 615 00:37:32,163 --> 00:37:36,003 Awak akan kehilangan subsidi bernilai £82,000. 616 00:37:36,083 --> 00:37:37,963 Kita perlu cuba isi tempat kosong. 617 00:37:38,203 --> 00:37:40,123 Sebab itu kita buat ini. 618 00:37:40,203 --> 00:37:42,163 -Ini akan dihantar hari ini? -Ya. 619 00:37:42,203 --> 00:37:45,963 Tak. Jika kita tak dapat kebenaran perancangan, 620 00:37:46,043 --> 00:37:51,203 habislah saya. Masalah besar. 621 00:37:51,323 --> 00:37:53,923 -Saya tahu. -Nanti saya akan ada banyak barang 622 00:37:54,003 --> 00:37:58,323 yang saya tak boleh untung pun kalau jual. 623 00:37:58,483 --> 00:38:00,603 -Betul. -Semuanya dah sedia. 624 00:38:00,683 --> 00:38:05,723 Saya cuma perlu Majlis Daerah Oxfordshire Barat kata, "Idea yang bagus." 625 00:38:09,523 --> 00:38:12,883 Sementara takdir ladang sedang dibincangkan di sini, 626 00:38:12,963 --> 00:38:15,203 di kilang pita merah tempatan... 627 00:38:15,323 --> 00:38:17,603 MAJLIS DAERAH OXFORDSHIRE BARAT 628 00:38:17,683 --> 00:38:18,523 Ayuh. 629 00:38:18,603 --> 00:38:21,083 ...saya perlu berikan perhatian kepada lembu, 630 00:38:21,163 --> 00:38:25,163 yang berdepan ancaman maut setiap malam. 631 00:38:41,123 --> 00:38:42,323 SETERUSNYA 632 00:38:43,083 --> 00:38:44,923 Dahsyatnya! 633 00:38:46,203 --> 00:38:47,603 -Tak boleh tembak? -Tak. 634 00:38:47,683 --> 00:38:48,683 -Gas beracun? -Tak. 635 00:38:48,803 --> 00:38:50,683 -Kambus sarangnya? -Tak boleh. 636 00:38:50,883 --> 00:38:54,643 Jika kena TB, ladang awak perlu ditutup. 637 00:38:56,683 --> 00:38:57,803 Alamak! 638 00:38:57,963 --> 00:38:59,243 KEPUTUSAN POSITIF 639 00:39:27,483 --> 00:39:29,483 Terjemahan sari kata oleh H. Segara 640 00:39:29,563 --> 00:39:31,563 Penyelia Kreatif Noorsalwati Nordin