1 00:00:12,458 --> 00:00:13,291 Surat. 2 00:00:21,208 --> 00:00:22,333 Ke hadapan Alex, 3 00:00:22,416 --> 00:00:24,541 aku berubah alamat buat sementara. 4 00:00:24,625 --> 00:00:26,250 Rumah ayah aku, Robert. 5 00:00:26,333 --> 00:00:29,125 Aku dan Gus duduk di sini kerana mak di penjara. 6 00:00:30,166 --> 00:00:34,583 Gus mula melukis semula, antara sebabnya untuk tutup dinding berlubang, 7 00:00:34,666 --> 00:00:36,416 tapi semuanya agak aneh. 8 00:00:36,500 --> 00:00:39,000 Semalam, dia lukis aku dengan rambut merah 9 00:00:39,083 --> 00:00:41,958 berjalan keluar dari kedai ayam di Jalan Barrett. 10 00:00:42,041 --> 00:00:44,541 Dia namakannya Elok Berdarah Daripada Mati. 11 00:00:45,750 --> 00:00:48,666 Dia tengah lukis pertemuan mak dengan ayah kami. 12 00:00:48,750 --> 00:00:52,250 Mak tak pernah cerita sebab dia lari dari rumah. 13 00:00:52,916 --> 00:00:56,291 Apa-apa pun, dia mengembara tumpang ke utara. 14 00:00:56,875 --> 00:01:00,625 Dia di luar Townsville ketika seorang lelaki gila culik dia 15 00:01:00,708 --> 00:01:03,541 dan memandu ke kawasan ladang tebu. 16 00:01:05,166 --> 00:01:08,083 Ada kerja pembaikan, jadi dia terpaksa perlahan. 17 00:01:08,166 --> 00:01:09,875 Jangan cakap apa-apa. 18 00:01:11,000 --> 00:01:11,958 Sial! 19 00:01:13,791 --> 00:01:16,541 Kemudian, mak aku terjun keluar ke jalan. 20 00:01:17,833 --> 00:01:18,833 Celaka! 21 00:01:26,875 --> 00:01:28,166 Perlahanlah sikit! 22 00:01:29,958 --> 00:01:32,250 Awak selamat, sayang. Saya ada. 23 00:01:33,625 --> 00:01:34,458 Ya Tuhan. 24 00:01:36,000 --> 00:01:36,875 Terima kasih. 25 00:01:42,583 --> 00:01:46,416 Mak merenung mata biru si jejaka yang baru selamatkan dia. 26 00:01:47,125 --> 00:01:49,041 Namanya Robert Bell. 27 00:01:49,125 --> 00:01:50,083 Helo. 28 00:01:50,166 --> 00:01:51,041 Dia ayah aku. 29 00:01:55,208 --> 00:02:00,083 EPISOD EMPAT: BUDAK KEHILANGAN AYAH 30 00:02:13,875 --> 00:02:17,416 KES-KES MELARIKAN DIRI DARI PENJARA AUSTRALIA YANG MASYHUR 31 00:02:41,625 --> 00:02:42,458 Celaka. 32 00:02:46,000 --> 00:02:46,875 Helo. 33 00:03:43,916 --> 00:03:44,750 Ya. 34 00:03:50,916 --> 00:03:51,875 Haram jadah. 35 00:03:51,958 --> 00:03:53,500 Haram jadah! 36 00:03:55,041 --> 00:03:55,875 Tolong! 37 00:04:01,125 --> 00:04:02,333 Tolong! 38 00:04:02,416 --> 00:04:03,666 - Ayah, apa… - Alamak! 39 00:04:11,416 --> 00:04:13,416 Kenapa kamu siram ayah? 40 00:04:13,500 --> 00:04:16,666 - Seluar ayah terbakar. - Ayah dah tanggalkan, bodoh. 41 00:04:18,625 --> 00:04:20,166 Kau okey, Robert? 42 00:04:23,125 --> 00:04:24,833 Persembahan dah tamat, semua. 43 00:04:25,458 --> 00:04:26,875 - Okey. - Terima kasih. 44 00:04:28,833 --> 00:04:30,625 - Jom. - Mana cermin mata ayah? 45 00:04:32,750 --> 00:04:34,541 Eli, mana cermin mata ayah? 46 00:04:38,708 --> 00:04:40,625 Kuatnya bau turpentin. 47 00:04:43,708 --> 00:04:44,708 Apa yang berlaku? 48 00:04:46,375 --> 00:04:48,000 Ayah cuma nak minum. 49 00:04:48,083 --> 00:04:49,666 Ayah patut pergi ke pub. 50 00:04:49,750 --> 00:04:54,416 Kamu patut berhenti guna duit ayah untuk beli cat dan barang melukis. 51 00:04:54,500 --> 00:04:56,541 Ayah patut bawa kami melawat mak. 52 00:04:56,625 --> 00:04:58,291 Ayah ada agorafobia, Eli. 53 00:04:58,375 --> 00:05:02,166 "Ketakutan yang amat sangat terhadap tempat yang luas dan lapang" 54 00:05:02,250 --> 00:05:04,208 menurut takrifan dalam kamus. 55 00:05:04,291 --> 00:05:06,583 - Suruh orang lain bawa kamu. - Siapa? 56 00:05:06,666 --> 00:05:08,875 Kawan lama kamu, Slim Halliday? 57 00:05:08,958 --> 00:05:11,666 Slim tak nak pergi. Kami dah tanya. 58 00:05:11,750 --> 00:05:14,500 Jangan jawab. Itu jabatan kebajikan. 59 00:05:14,583 --> 00:05:18,333 Pergilah ke sekolah kalau kamu tak nak dibela keluarga angkat. 60 00:05:18,416 --> 00:05:20,791 Jangan pandang ayah macam itu, Eli Bell! 61 00:05:20,875 --> 00:05:24,208 Bukan salah ayah bapa tiri kamu dimakan jerung. 62 00:05:30,083 --> 00:05:31,875 Aduhai, ayah minta maaf. 63 00:05:32,958 --> 00:05:36,250 Ayah nak pergi ambil elaun penganggur tengah hari ini. 64 00:05:36,333 --> 00:05:40,291 Kamu boleh beli ayam dan kentang goreng untuk makan malam, okey? 65 00:05:41,208 --> 00:05:44,125 Makan malam keluarga. Ya? 66 00:05:45,666 --> 00:05:48,583 Ayam dan kentang goreng. Esok pasti lebih baik. 67 00:05:53,416 --> 00:05:54,333 Maaf, nak. 68 00:06:14,333 --> 00:06:17,250 JABATAN KESIHATAN DAN KEBAJIKAN AWAM QUEENSLAND 69 00:06:37,166 --> 00:06:38,541 KEPADA ENCIK HALLIDAY, 70 00:06:38,625 --> 00:06:41,208 INI PERMINTAAN SEGERA UNTUK HADIR 71 00:06:41,291 --> 00:06:44,541 KE HOSPITAL ROYAL BRISBANE BAGI BIOPSI NODUS LIMFA. 72 00:07:13,916 --> 00:07:14,750 Tinker Bell. 73 00:07:16,833 --> 00:07:19,458 Abang kau kerat jari kau dengan kapak, ya? 74 00:07:19,541 --> 00:07:20,750 Itu cuma kemalangan. 75 00:07:23,208 --> 00:07:24,750 Kau nak kami tolong balas? 76 00:07:25,333 --> 00:07:28,458 Kau kena bela diri. Kalau tak, makin teruk nanti. 77 00:07:29,333 --> 00:07:31,166 Takut dia kerat konek kau pula. 78 00:07:32,041 --> 00:07:35,291 - Kami nak tubuhkan geng. Nak masuk? - Kau geng Darren. 79 00:07:35,375 --> 00:07:37,916 Darren berhenti sekolah untuk bantu mak dia. 80 00:07:38,458 --> 00:07:40,333 Dia bantu Bich urus restoran? 81 00:07:40,416 --> 00:07:42,208 Perniagaan satu lagi, bongok. 82 00:07:43,333 --> 00:07:44,750 Aku tak tahu tentangnya. 83 00:07:45,666 --> 00:07:46,583 Tak tahu konon. 84 00:07:46,666 --> 00:07:48,875 Mak kau dipenjarakan kerana mengedar. 85 00:07:48,958 --> 00:07:51,916 Apa khabar dia di Jalan Boggo? Kau belum lawat, ya? 86 00:07:52,541 --> 00:07:55,250 Ada ramai lesbian. Ada juga yang kongkek dengan pengawal. 87 00:07:57,333 --> 00:08:00,083 Kalau kau nak melawat, kau kena nampak segak. 88 00:08:01,083 --> 00:08:02,625 Aku ada syampu yang bagus. 89 00:08:05,583 --> 00:08:07,708 - Biar aku tangkap! Tolong. - Jangan! 90 00:08:09,833 --> 00:08:11,666 - Tahan tangan dia. - Bertenang. 91 00:08:11,750 --> 00:08:13,958 Jangan. Pergi mampuslah, Bobby. 92 00:08:15,583 --> 00:08:17,791 - Janganlah! - Macam mana rasanya? 93 00:08:17,875 --> 00:08:21,000 Gosok betul-betul. Baru akar rambut kau akan subur. 94 00:08:22,291 --> 00:08:23,875 - Bagus. - Lepaskan! 95 00:08:24,583 --> 00:08:25,750 Macam mana, Eli? 96 00:08:30,625 --> 00:08:31,875 Adik dapat video itu? 97 00:08:35,916 --> 00:08:36,875 Adik. 98 00:08:47,583 --> 00:08:48,583 Apa yang berlaku? 99 00:08:50,875 --> 00:08:54,916 Cuma sos tomato. Bobby Linyette dan geng dia kenakan adik. 100 00:08:59,500 --> 00:09:01,208 - Nak abang bantai mereka? - Tak. 101 00:09:01,291 --> 00:09:03,458 Adik perlu belajar pertahankan diri. 102 00:09:04,458 --> 00:09:06,541 Elok berdarah daripada mati, bukan? 103 00:09:17,791 --> 00:09:18,916 Ia akan makin baik. 104 00:09:19,833 --> 00:09:20,666 Apa? 105 00:09:20,750 --> 00:09:21,833 Kehidupan ini. 106 00:09:22,750 --> 00:09:25,291 Begitu baik sampai adik lupa kepahitan lama. 107 00:09:29,958 --> 00:09:30,791 Yalah. 108 00:09:31,958 --> 00:09:33,625 Macam mana mungkin? 109 00:09:35,250 --> 00:09:36,250 Pasti makin baik. 110 00:09:37,083 --> 00:09:38,458 Abang dah mengalaminya. 111 00:09:40,541 --> 00:09:42,583 Apa yang abang merepek ini? 112 00:09:42,666 --> 00:09:44,875 Kita lalui kehidupan sama berulang kali. 113 00:09:45,375 --> 00:09:49,333 Selepas mati, kita akan hidup semula. Semua sama, tapi masa berbeza. 114 00:09:50,583 --> 00:09:52,041 Teori abah lain. 115 00:09:52,666 --> 00:09:53,833 Ini bukan teori. 116 00:09:54,958 --> 00:09:57,000 Kita pernah mati. Adik ingat tak? 117 00:09:57,083 --> 00:09:58,208 Lalu, hidup semula. 118 00:10:05,250 --> 00:10:10,083 Abang selalu cuba ingat semula silap kita agar boleh tahu cara membetulkan keadaan. 119 00:10:11,583 --> 00:10:14,250 Cuma cebisan rambang datang dalam fikiran, 120 00:10:14,333 --> 00:10:16,833 tapi itulah cara untuk tahu masa depan. 121 00:10:23,166 --> 00:10:25,166 Ingat suara di telefon merah itu? 122 00:10:25,250 --> 00:10:26,291 Ingat. 123 00:10:26,375 --> 00:10:27,916 Adik cam suara itu, bukan? 124 00:10:29,500 --> 00:10:30,750 Rasanya itu abang. 125 00:10:33,666 --> 00:10:35,791 Abang hubungi adik dari masa depan. 126 00:10:43,625 --> 00:10:44,458 Beginilah. 127 00:10:45,083 --> 00:10:47,500 Adik gembira kita dapat berbual sekarang… 128 00:10:49,500 --> 00:10:52,041 tapi tolong jangan cakap macam orang gila. 129 00:10:53,583 --> 00:10:55,250 Hidup kita dah cukup susah. 130 00:11:35,666 --> 00:11:36,625 Tolong! 131 00:12:05,916 --> 00:12:07,875 Hei. Hei, pengawal! 132 00:12:11,833 --> 00:12:15,000 Frankie, cukup-cukuplah buat kecoh. Apa lagi awak nak? 133 00:12:15,083 --> 00:12:17,708 Saya nak berhubung dengan anak-anak saya. 134 00:12:17,791 --> 00:12:22,166 - Ada telefon. Ada nombor? - Nombor bekas suami, tapi dia tak jawab. 135 00:12:22,250 --> 00:12:24,916 - Hantarlah surat. - Dah, tapi tak dibalas. 136 00:12:25,000 --> 00:12:26,625 Cubalah hantar lagi. 137 00:12:28,125 --> 00:12:29,458 Saya tahu hal sebenar. 138 00:12:30,458 --> 00:12:32,833 Cakaplah. Apa yang awak tahu? 139 00:12:32,916 --> 00:12:36,250 Tim Cotton tak nak saya berhubung dengan keluarga saya. 140 00:12:37,000 --> 00:12:39,666 - Saya tak faham. - Tanyalah Detektif Cotton. 141 00:12:40,375 --> 00:12:44,458 Saya cuma nak hubungi keluarga saya macam orang lain di sini. 142 00:12:44,541 --> 00:12:46,666 Boleh beritahu dia? Tolonglah. 143 00:12:47,208 --> 00:12:50,416 Frankie, kami cuma nak agih makanan kepada kamu semua. 144 00:12:51,333 --> 00:12:54,416 Kalau ada pesanan untuk orang atasan, buatlah aduan. 145 00:13:32,333 --> 00:13:33,250 Kau nak rasa? 146 00:13:34,791 --> 00:13:35,625 Tak nak. 147 00:13:36,666 --> 00:13:37,833 Terima kasih. 148 00:13:38,583 --> 00:13:39,833 Aku perlu berfikir. 149 00:13:41,416 --> 00:13:42,583 Berfikir, ya? 150 00:13:43,750 --> 00:13:45,583 Inilah tempat paling sesuai. 151 00:14:06,250 --> 00:14:08,875 KISAH-KISAHNYA MELARIKAN DIRI MEMANG BENAR 152 00:14:08,958 --> 00:14:11,750 "HOUDINI JALAN BOGGO" INI CUBA LARI SEPULUH KALI 153 00:14:11,833 --> 00:14:13,291 DUA CUBAANNYA BERJAYA 154 00:14:13,375 --> 00:14:14,833 'LOMPATAN HALLIDAY' - BAGAIMANA? 155 00:14:17,041 --> 00:14:18,250 Tak guna. 156 00:14:19,500 --> 00:14:21,000 Tengoklah ini, anak-anak. 157 00:14:21,833 --> 00:14:24,666 Kamu perlu mula pergi ke sekolah secepat mungkin. 158 00:14:25,458 --> 00:14:27,166 KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH 159 00:14:27,750 --> 00:14:29,625 Bawa kami melawat mak dulu. 160 00:14:29,708 --> 00:14:32,750 Okey, kamu akan dibawa pergi dari sini, 161 00:14:32,833 --> 00:14:34,541 dibela keluarga angkat 162 00:14:34,625 --> 00:14:38,916 dan membesar untuk jadi penjenayah macam kawan kamu, Slim Halliday. 163 00:14:39,708 --> 00:14:41,458 Dia akan fikir kami lupa dia! 164 00:14:41,541 --> 00:14:44,458 Ayah bukannya suka-suka tak nak bawa kamu. 165 00:14:44,541 --> 00:14:46,166 Ayah cuba nak jaga kamu. 166 00:14:47,583 --> 00:14:48,708 Jangan jawab. 167 00:15:07,041 --> 00:15:09,208 Ini Lyle Orlik. 168 00:15:09,833 --> 00:15:13,000 Pengedar dadah Darra yang dilaporkan melarikan diri. 169 00:15:13,666 --> 00:15:18,041 Kita tahu pengimportan heroin dikuasai oleh geng-geng dari Vietnam. 170 00:15:19,250 --> 00:15:22,083 Mereka suka memotong anggota badan. 171 00:15:23,375 --> 00:15:26,166 Maksud awak, En. Orlik tak dimakan jerung? 172 00:15:28,000 --> 00:15:31,958 "Pemotongan bergerigi pada sendi lutut, punca tidak diketahui." 173 00:15:36,416 --> 00:15:38,250 Awak dah cari siapa Frankie? 174 00:15:39,208 --> 00:15:42,041 Frankie Bell, isteri de facto Lyle Orlik, 175 00:15:42,125 --> 00:15:45,333 ditahan kerana mengedar dan memiliki. 176 00:15:45,416 --> 00:15:49,000 Dia ada dua anak lelaki, 13 dan 15 tahun, pelajar di Sekolah Greenview. 177 00:15:49,083 --> 00:15:51,958 Anak keduanya, Eli, datang tempoh hari. 178 00:15:52,041 --> 00:15:55,000 Tangannya cedera. Dia kata ia angkara orang jahat. 179 00:15:55,875 --> 00:15:57,875 - Orang jahat macam mana? - Entah. 180 00:15:58,458 --> 00:16:01,041 Dia lari apabila polis datang. 181 00:16:01,125 --> 00:16:02,833 Tytus datang untuk mesyuarat 182 00:16:02,916 --> 00:16:06,416 dan Raymond Leary cuba masuk dengan menghantukkan kepalanya. 183 00:16:07,208 --> 00:16:11,500 Hospital merekodkan kecederaan Eli sebagai kemalangan di rumah. 184 00:16:12,291 --> 00:16:14,791 Katanya abang dia terpotong dengan kapak. 185 00:16:14,875 --> 00:16:16,500 Abangnya yang 15 tahun itu? 186 00:16:19,125 --> 00:16:22,041 Abang saya balun saya dengan pencakar kebun semasa 15 tahun. 187 00:16:22,125 --> 00:16:24,083 Kami cuba lakonkan semula El Cid. 188 00:16:24,166 --> 00:16:27,583 Sekolah enggan beritahu lokasi mereka. Mereka pun tak tahu. 189 00:16:27,666 --> 00:16:30,666 Tanyalah kawan awak, Tim Cotton. Mungkin dia tahu. 190 00:16:30,750 --> 00:16:31,666 Kami bukan kawan. 191 00:16:31,750 --> 00:16:34,833 Bukan, tapi dia minat awak. Itu pun bagus juga. 192 00:16:35,333 --> 00:16:36,666 Jangan tercengang. 193 00:16:37,291 --> 00:16:38,791 Gunakan bakat awak! 194 00:16:39,416 --> 00:16:43,333 Dapatkan cerita itu dan ambil semua ini cepat. 195 00:17:08,791 --> 00:17:10,916 Hai, Tim. 196 00:17:11,583 --> 00:17:13,125 Caitlyn? Helo. 197 00:17:13,750 --> 00:17:17,708 - Awak datang nak minta kerja, ya? - Saya tak ada kelayakan. 198 00:17:18,291 --> 00:17:21,208 Awak cuma kena pegang ular. Bukannya susah sangat. 199 00:17:24,791 --> 00:17:25,958 Awak nak minum apa? 200 00:17:26,958 --> 00:17:27,833 Air kosong. 201 00:17:28,333 --> 00:17:32,000 - Awak kena beli koktel untuk duduk. - Dia dengan saya, Bonnie. 202 00:17:32,916 --> 00:17:34,541 Pergi. Saya sayang awak. 203 00:17:37,916 --> 00:17:40,041 - Jadi? - Perang dadah Asia. 204 00:17:40,125 --> 00:17:44,375 Saya meneliti pembunuhan dendam lama sejak lima tahun lalu. 205 00:17:44,458 --> 00:17:47,375 Ramai mangsa penghantar dadah dan kes tak selesai. 206 00:17:47,458 --> 00:17:49,875 Jenayah luar negeri susah diselesaikan. 207 00:17:49,958 --> 00:17:52,250 Polis New South Wales sangat korup. 208 00:17:52,333 --> 00:17:53,791 Polis Queensland bersih? 209 00:17:54,375 --> 00:17:57,708 Jangan menghakimi standard moral kami yang tinggi. 210 00:18:03,750 --> 00:18:05,916 Jadi, Lyle Orlik? 211 00:18:06,000 --> 00:18:08,916 Mangsa jerung itu? Kenapa dengan dia? 212 00:18:09,000 --> 00:18:12,000 Anak dia, Eli Bell, datang ke pejabat akhbar saya, 213 00:18:12,500 --> 00:18:13,541 tanpa satu jari. 214 00:18:13,625 --> 00:18:15,291 Katanya dia ada cerita. 215 00:18:16,458 --> 00:18:17,291 Yakah? 216 00:18:18,750 --> 00:18:20,708 - Kami belum berbincang. - Jangan. 217 00:18:22,083 --> 00:18:24,333 Siasatan kami sedang dijalankan. 218 00:18:25,666 --> 00:18:27,083 Saya tak patut beritahu, 219 00:18:27,166 --> 00:18:29,750 tapi kami syak Dustin Vang dalangnya. 220 00:18:29,833 --> 00:18:32,000 Ketua geng BTK di Sydney itu? 221 00:18:32,875 --> 00:18:35,791 Jadi, pembunuhan Lyle Orlik berkait dengan dadah? 222 00:18:35,875 --> 00:18:39,375 Semua ini perlu kekal rahsia buat masa sekarang, faham? 223 00:18:39,458 --> 00:18:40,750 Apa? Sampai bila? 224 00:18:40,833 --> 00:18:43,083 Sampai ada bukti kukuh untuk mahkamah. 225 00:18:43,166 --> 00:18:45,250 Tak payah siasat tentangnya. 226 00:18:45,333 --> 00:18:48,166 - Berapa lama saya kena tunggu? - Beberapa bulan. 227 00:18:48,708 --> 00:18:50,250 - Beberapa tahun. - Sia-sia saja. 228 00:18:50,333 --> 00:18:51,208 Maaf, Caitie. 229 00:18:51,291 --> 00:18:55,708 Saya janji akan beritahu awak dulu apabila hampir dapat sabitkan pelakunya. 230 00:18:56,208 --> 00:18:58,166 Sementara itu, tolonglah kami. 231 00:18:58,791 --> 00:19:02,416 Biarkan saja bola itu lepas. Mungkin awak faham istilah itu. 232 00:19:02,500 --> 00:19:07,208 Ya. Saya selalu diminta buat begitu. Sebab itu saya benci kriket. 233 00:19:30,250 --> 00:19:31,125 Helo? 234 00:19:35,250 --> 00:19:36,791 Ada orang nak jumpa abang? 235 00:19:39,000 --> 00:19:40,916 - Helo? - Ya, sekejap. 236 00:19:52,166 --> 00:19:53,416 Helo, Cikgu Birkbeck. 237 00:19:53,500 --> 00:19:55,458 Helo, Eli. Ayah kamu ada? 238 00:19:57,708 --> 00:19:59,541 Dia bekerja syif malam. 239 00:19:59,625 --> 00:20:02,416 Jadi, sekarang waktu dia tidur. 240 00:20:02,500 --> 00:20:03,750 Tolong kejut dia. 241 00:20:05,625 --> 00:20:06,500 Baik. 242 00:20:12,166 --> 00:20:14,375 - Ayah. - Apa? Berambuslah. 243 00:20:15,833 --> 00:20:19,666 Poppy Birkbeck datang dengan polis. Polis itu bawa gari dan dia… 244 00:20:19,750 --> 00:20:21,583 Siapa pula Poppy Birkbeck? 245 00:20:21,666 --> 00:20:23,500 Hantu minda sekolah. 246 00:20:27,291 --> 00:20:28,750 Tolong buka langsir itu. 247 00:20:33,916 --> 00:20:35,000 Aduhai, Eli. 248 00:20:35,583 --> 00:20:38,708 - Kamu suka dia? - Dia baik juga. 249 00:20:38,791 --> 00:20:42,041 Dia suka menyibuk dan menjengkelkan, tapi baik orangnya. 250 00:20:42,125 --> 00:20:44,583 Cakap ayah akan keluar sekejap lagi. 251 00:20:44,666 --> 00:20:45,708 - Okey. - Okey. 252 00:20:47,791 --> 00:20:48,958 Sekejap, ya? 253 00:20:49,500 --> 00:20:50,333 Okey. 254 00:20:51,916 --> 00:20:53,416 Saya datang. 255 00:20:57,583 --> 00:20:58,458 Gus. 256 00:20:58,541 --> 00:21:00,291 Mari sini. 257 00:21:00,375 --> 00:21:04,916 Mari sini. Kemas semua ini. Kita ada pelawat. 258 00:21:05,583 --> 00:21:07,916 Kemas semuanya, okey? Terima kasih. 259 00:21:12,583 --> 00:21:13,500 Okey. 260 00:21:20,875 --> 00:21:23,041 Helo, saya Robert Bell. 261 00:21:23,125 --> 00:21:25,333 Poppy Birkbeck, kaunselor sekolah. 262 00:21:25,416 --> 00:21:27,083 Eli selalu cerita 263 00:21:27,166 --> 00:21:31,125 yang awak banyak beri nasihat berguna kepada mereka. 264 00:21:31,750 --> 00:21:32,958 Kami cuba sebaiknya. 265 00:21:35,000 --> 00:21:38,583 Mengenali sisi dalaman kanak-kanak amat penting bagi sekolah. 266 00:21:38,666 --> 00:21:40,250 Betul. 267 00:21:40,333 --> 00:21:43,000 Mendidik minda tanpa mendidik jiwa 268 00:21:43,083 --> 00:21:45,166 umpama tidak mendidik langsung. 269 00:21:45,250 --> 00:21:47,875 Betul. Saya berpegang pada pepatah itu. 270 00:21:47,958 --> 00:21:49,166 Kata-kata Aristotle. 271 00:21:49,250 --> 00:21:52,083 Sarjana Yunani yang hebat. Dia suka bersiar-siar. 272 00:21:53,416 --> 00:21:54,833 Ini Konstabel Daley. 273 00:21:55,333 --> 00:21:58,125 Selamat bertemu, Konstabel Daley. 274 00:21:58,208 --> 00:21:59,458 Sebenarnya, Robert… 275 00:21:59,541 --> 00:22:01,208 Boleh saya panggil Robert? 276 00:22:01,291 --> 00:22:02,833 Boleh, Pippy. Poppy. 277 00:22:03,458 --> 00:22:06,666 Dah tiga minggu mereka tak bersekolah, dan saya takut… 278 00:22:06,750 --> 00:22:10,958 Kami masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baharu 279 00:22:11,041 --> 00:22:13,916 selepas mak mereka dimasukkan ke penjara. 280 00:22:14,000 --> 00:22:15,541 Khabarnya ada kebakaran. 281 00:22:16,708 --> 00:22:19,000 Kuali terbakar. Biasalah itu. 282 00:22:19,083 --> 00:22:21,416 - Ada sesiapa cedera? - Tak, kami okey. 283 00:22:22,416 --> 00:22:25,166 Kami semua baik-baik saja di sini. 284 00:22:26,208 --> 00:22:28,833 - Boleh kami masuk sekejap? - Boleh. 285 00:22:30,208 --> 00:22:31,625 Mestilah boleh. 286 00:22:39,583 --> 00:22:42,375 - Saya memasuki rumah. - Baik. Saya tunggu. 287 00:22:42,958 --> 00:22:46,791 Kami sedang mengemas. Rumah ini agak bersepah. 288 00:22:55,541 --> 00:22:58,000 Gus, Eli, ini Konstabel Daley 289 00:22:58,583 --> 00:23:00,875 dari Jabatan Perlindungan Kanak-kanak. 290 00:23:01,458 --> 00:23:02,333 Apa khabar? 291 00:23:02,916 --> 00:23:04,791 Kami sihat. 292 00:23:04,875 --> 00:23:05,750 Ya. 293 00:23:05,833 --> 00:23:09,375 - Cikgu bersimpati tentang jari kamu. - Terkena kapak, ya? 294 00:23:10,583 --> 00:23:11,583 Ya. 295 00:23:11,666 --> 00:23:14,791 Saya memang bodoh. Saya tak patut buat begitu. 296 00:23:14,875 --> 00:23:16,583 Mesti Gussie sangat sedih. 297 00:23:16,666 --> 00:23:19,250 Gus tak sedih sangat pun. 298 00:23:20,208 --> 00:23:22,083 Duduklah dulu, Poppy. 299 00:23:23,625 --> 00:23:27,583 Kamu berdua pergilah dulu supaya kami boleh berkenalan. 300 00:23:28,250 --> 00:23:29,291 Berbual dan… 301 00:23:30,458 --> 00:23:31,958 Nah. Maaf, ya? 302 00:23:32,666 --> 00:23:33,750 Terima kasih. 303 00:23:33,833 --> 00:23:36,166 Bawakan teh dan biskut untuk kami. 304 00:23:37,500 --> 00:23:40,208 - Okey, bagus. - Jom, adik. 305 00:23:50,583 --> 00:23:52,000 Baiklah. 306 00:23:53,291 --> 00:23:54,666 "Teh dan biskut"? 307 00:24:05,958 --> 00:24:08,708 Mesti awak seronok mereka tinggal di sini. 308 00:24:08,791 --> 00:24:12,208 Saya rasa sangat beruntung, tapi tanggungjawabnya besar. 309 00:24:13,250 --> 00:24:16,000 Mereka tak boleh terus ponteng sekolah. 310 00:24:16,083 --> 00:24:18,416 Saya dah selalu cakap. Betul tak? 311 00:24:18,500 --> 00:24:19,583 - Betul! - Betul! 312 00:24:25,958 --> 00:24:26,833 Aduhai. 313 00:24:29,625 --> 00:24:31,500 Rekod kami menunjukkan 314 00:24:31,583 --> 00:24:34,375 yang mereka belum melawat mak mereka di penjara. 315 00:24:34,458 --> 00:24:38,333 Belum lagi. Kami semua agak sibuk. 316 00:24:41,208 --> 00:24:42,541 Tebalnya fail awak. 317 00:24:43,833 --> 00:24:44,958 Ada banyak laporan. 318 00:24:46,541 --> 00:24:47,416 Ya. 319 00:24:47,500 --> 00:24:52,208 Mereka mengalami pelbagai trauma sejak bertahun-tahun lalu. 320 00:24:53,416 --> 00:24:54,833 Perceraian awak, 321 00:24:56,000 --> 00:24:57,583 jenayah bapa tiri mereka 322 00:24:57,666 --> 00:24:59,666 dan kini, pemenjaraan mak mereka. 323 00:24:59,750 --> 00:25:00,583 Letak ini. 324 00:25:03,916 --> 00:25:04,791 Okey. 325 00:25:16,500 --> 00:25:19,750 Terima kasih, Gus. Kami nak cakap dengan kamu dan Eli. 326 00:25:20,708 --> 00:25:23,041 Kemas beg kamu berdua untuk bermalam. 327 00:25:23,125 --> 00:25:24,916 Tunggu sekejap. Apa? 328 00:25:47,500 --> 00:25:52,500 Robert, kakitangan di sekolah memandang tinggi kepada anak-anak awak. 329 00:25:52,583 --> 00:25:54,625 Kami rasa minda mereka luar biasa. 330 00:25:55,375 --> 00:25:57,083 Sangat luar biasa. 331 00:25:57,166 --> 00:25:59,083 Kenapa mereka perlu kemas beg? 332 00:25:59,166 --> 00:26:03,541 Kami harap awak boleh meyakinkan kami yang kami tak perlu ambil tindakan. 333 00:26:05,208 --> 00:26:08,041 Awak ugut nak rampas anak-anak saya? 334 00:26:08,708 --> 00:26:10,708 - Ini bukan ugutan, En. Bell. - Ya? 335 00:26:10,791 --> 00:26:14,291 Saya dah hidup cukup lama untuk tahu jika saya diugut. 336 00:26:14,375 --> 00:26:15,375 Robert. 337 00:26:15,458 --> 00:26:18,500 Kamu berdua datang kononnya dengan niat baik 338 00:26:18,583 --> 00:26:21,000 dan menyoal saya macam-macam. 339 00:26:21,083 --> 00:26:24,833 Ada kebakaran berlaku di sini, dan anak encik cedera parah. 340 00:26:24,916 --> 00:26:29,541 - Kami tak perlu jaga hati encik. - Baguslah, sebab saya memang tersinggung. 341 00:26:29,625 --> 00:26:32,250 Ada dua budak bawah jagaan tunggal awak. 342 00:26:32,333 --> 00:26:33,708 Sebab saya ayah mereka! 343 00:26:33,791 --> 00:26:37,458 Masalahnya, encik ada banyak rekod polis. 344 00:26:37,541 --> 00:26:40,000 Beginilah, saya tak menafikannya. 345 00:26:40,083 --> 00:26:43,583 Saya ada masalah mabuk kadang-kadang 346 00:26:43,666 --> 00:26:47,041 sehingga menyebabkan saya bertindak luar kawalan. 347 00:26:47,125 --> 00:26:50,541 Gangguan keamanan. Serangan yang menyebabkan kecederaan. 348 00:26:50,625 --> 00:26:54,458 Saya harus tambah. Kebanyakannya, saya sendiri yang cedera. 349 00:26:54,541 --> 00:26:55,958 Anak-anak pernah cedera? 350 00:26:56,041 --> 00:26:59,416 Saya cuma pernah lempang mereka kerana mereka nakal. 351 00:26:59,500 --> 00:27:00,916 Tak ada yang lagi teruk? 352 00:27:01,000 --> 00:27:04,041 Saya tak faham. Awak nak tuduh saya buat apa? 353 00:27:04,125 --> 00:27:06,000 Saya tak tuduh, cuma bertanya. 354 00:27:07,500 --> 00:27:10,000 Boleh kita bincang tentang karya seni Gus? 355 00:27:10,083 --> 00:27:11,291 Boleh. Saya… 356 00:27:11,916 --> 00:27:15,375 Boleh juga, Poppy. Mari bincang tentang seni. 357 00:27:15,458 --> 00:27:18,000 Lukisan-lukisan ini sangat cantik. 358 00:27:18,500 --> 00:27:20,916 Bagi budak 15 tahun, ia agak menakjubkan. 359 00:27:22,250 --> 00:27:25,416 Tapi kadangkala, pilihan subjeknya agak membimbangkan. 360 00:27:25,500 --> 00:27:28,166 Imaginasi dia liar. Begitulah keluarga kami. 361 00:27:29,875 --> 00:27:32,625 Ya Tuhan. Berapa fail awak ada tentang kami? 362 00:27:32,708 --> 00:27:34,833 Fail ini hanya untuk karya seni Gus. 363 00:27:35,333 --> 00:27:40,083 Saya beritahu Konstabel Daley, ada satu masa, Gus kerap lukis satu imej. 364 00:27:40,166 --> 00:27:42,583 Tak salah pun dia buat macam itu, bukan? 365 00:27:43,333 --> 00:27:46,875 Ini lukisan yang dia hantar untuk pertandingan fiksyen sains. 366 00:27:47,583 --> 00:27:49,125 Cantik lukisan ini. 367 00:27:49,791 --> 00:27:51,916 Ini pula potret keluarganya. 368 00:27:59,458 --> 00:28:02,250 Ya, lukisan ini cantik. 369 00:28:02,333 --> 00:28:05,458 Dia suka perjalanan menaiki kereta. Sejak dulu lagi. 370 00:28:05,541 --> 00:28:09,416 Eli kata Gus melukis satu mimpi yang mereka berdua alami. 371 00:28:09,916 --> 00:28:11,541 Dia boleh menggambarkannya. 372 00:28:11,625 --> 00:28:12,833 KENAPA BERITAHU DIA? 373 00:28:12,916 --> 00:28:15,750 Bunyi enjin kereta sewaktu bertolak pergi. 374 00:28:15,833 --> 00:28:17,458 Bau upholsteri kereta. 375 00:28:17,541 --> 00:28:19,375 Ya, Eli memang macam itu. 376 00:28:19,458 --> 00:28:21,166 Dia ingat setiap butiran. 377 00:28:21,250 --> 00:28:24,708 Memang tak mustahil untuk dua orang mimpi perkara sama, 378 00:28:24,791 --> 00:28:27,208 tapi ia sangat jarang berlaku. 379 00:28:27,291 --> 00:28:30,958 Jadi, saya rasa mungkin boleh lebih membantu 380 00:28:31,041 --> 00:28:34,083 kalau kita mengakui hakikat sebenar. 381 00:28:35,208 --> 00:28:37,083 Ia bukan mimpi, tapi memori. 382 00:28:46,500 --> 00:28:49,791 Nahas berlaku dua hari selepas isteri tinggalkan encik. 383 00:28:52,041 --> 00:28:55,125 Aduhai. Kenapa puan ungkit kejadian itu? 384 00:28:55,625 --> 00:29:00,333 Dalam keterangan awal yang ditarik balik, dia sangka encik nak bunuh anak-anak. 385 00:29:00,416 --> 00:29:01,333 Mengarut! 386 00:29:02,375 --> 00:29:03,333 Dia tarik balik. 387 00:29:04,041 --> 00:29:05,750 Dia tipu kerana dia marah. 388 00:29:05,833 --> 00:29:08,500 - Encik tak cuba bunuh mereka? - Mestilah tak! 389 00:29:12,916 --> 00:29:14,458 Kamu suka buat begini. 390 00:29:14,541 --> 00:29:17,666 Kamu suka buat begini, bukan? 391 00:29:17,750 --> 00:29:18,583 Tak, Robert. 392 00:29:19,083 --> 00:29:22,208 Saya datang dengan niat baik untuk dengar cerita awak. 393 00:29:22,291 --> 00:29:24,833 Kita nak yang terbaik untuk mereka berdua. 394 00:29:24,916 --> 00:29:27,958 Dengan merampas mereka daripada saya? 395 00:29:28,041 --> 00:29:29,166 Bukan macam itu. 396 00:29:30,125 --> 00:29:32,125 Itu yang kamu berdua fikir, bukan? 397 00:29:32,666 --> 00:29:35,750 Macam mana nak membantu kalau mereka dipisahkan? 398 00:29:35,833 --> 00:29:37,541 Mereka saling bergantung. 399 00:29:37,625 --> 00:29:41,083 Kamu nak mereka dibela keluarga angkat dan kata ayah mereka jahat. 400 00:29:45,125 --> 00:29:46,416 Saya sayang mereka. 401 00:29:47,541 --> 00:29:48,791 Mereka anak saya. 402 00:29:51,458 --> 00:29:53,541 Semasa mereka masih kecil, 403 00:29:54,833 --> 00:29:57,041 kehidupan saya sangat bahagia. 404 00:30:06,208 --> 00:30:08,208 Encik bawa mereka ke kawasan desa 405 00:30:08,875 --> 00:30:11,208 pada waktu malam, memakai baju tidur. 406 00:30:11,291 --> 00:30:14,708 Akhirnya, kamu bertiga tenggelam di dalam sebuah tasik. 407 00:30:16,541 --> 00:30:17,416 Tak guna! 408 00:30:24,833 --> 00:30:26,416 Okey, baiklah. 409 00:30:26,500 --> 00:30:29,666 Saya akan ceritakan perkara sebenar. 410 00:30:43,500 --> 00:30:46,916 Saya nak bawa mereka ke Air Terjun Cedar Creek 411 00:30:47,000 --> 00:30:48,250 untuk berkhemah. 412 00:30:53,375 --> 00:30:56,166 Saya ada masalah dengan mak mereka. 413 00:31:01,166 --> 00:31:03,750 Tapi budak-budak itu suka berkhemah 414 00:31:04,291 --> 00:31:05,666 di bawah bintang. 415 00:31:08,083 --> 00:31:11,458 Saya biasa kena serangan panik apabila saya tertekan. 416 00:31:11,541 --> 00:31:14,041 Saya mengalaminya sejak kecil lagi. 417 00:31:17,041 --> 00:31:18,291 Badan saya menggigil 418 00:31:19,250 --> 00:31:20,291 dengan teruk. 419 00:31:22,000 --> 00:31:25,541 Apabila sampai di selekoh tersembunyi, saya tak nampak jalan. 420 00:31:25,625 --> 00:31:28,791 Saya tak sedar yang kereta saya tengah laju. 421 00:32:26,125 --> 00:32:26,958 Mari sini! 422 00:33:26,916 --> 00:33:27,875 Eli. 423 00:33:37,875 --> 00:33:39,958 Eli. Bangunlah. 424 00:33:40,541 --> 00:33:42,125 Ya Tuhan. Jangan pergi. 425 00:33:44,291 --> 00:33:46,791 Saya sangka saya akan kehilangan Eli. 426 00:33:47,375 --> 00:33:50,291 Tolong! Tolong kami! 427 00:33:50,833 --> 00:33:51,750 Eli. 428 00:33:52,333 --> 00:33:57,500 Lelaki yang tinggal di sebuah pondok di kawasan empangan itu panggil bantuan. 429 00:33:57,583 --> 00:34:00,458 Tolonglah! 430 00:34:01,166 --> 00:34:02,541 Saya goncang badan dia. 431 00:34:04,375 --> 00:34:08,666 Saya menjerit kepada Tuhan dan berdoa agar Dia sedarkan Eli. 432 00:34:13,875 --> 00:34:15,833 Anak ayah. 433 00:34:17,916 --> 00:34:19,500 Jangan risau. Bangun. 434 00:34:19,583 --> 00:34:21,500 - Ambulans akan datang. - Eli. 435 00:34:23,333 --> 00:34:25,041 Aduhai. Kamu buat ayah takut. 436 00:34:38,583 --> 00:34:41,041 Apabila ambulans sampai, 437 00:34:41,125 --> 00:34:44,208 mereka kata kami bukan yang pertama terbabas di situ. 438 00:34:46,291 --> 00:34:49,000 Memang satu keajaiban tiada seorang pun cedera. 439 00:34:51,833 --> 00:34:53,541 Saya rasa kami bernasib baik. 440 00:34:57,250 --> 00:34:58,333 Ayah. 441 00:34:58,416 --> 00:35:00,541 Tunggu sekejap, anak-anak. 442 00:35:00,625 --> 00:35:02,250 Kami sibuk berbincang. 443 00:35:02,333 --> 00:35:03,666 Lekas pergi. 444 00:35:03,750 --> 00:35:04,750 Apa kamu nak? 445 00:35:10,041 --> 00:35:12,958 Jangan biar mereka ambil kami. Kami takkan pergi. 446 00:35:13,791 --> 00:35:15,500 Lantaklah semua yang berlaku. 447 00:35:15,583 --> 00:35:19,125 Saya dan Gus tak nak tinggal di mana-mana tempat lain. 448 00:35:26,333 --> 00:35:30,833 Robert, kalau awak boleh jamin yang mereka akan hadir semula ke sekolah 449 00:35:31,875 --> 00:35:34,958 dan bawa mereka lawat mak mereka, kami boleh izinkan. 450 00:35:35,041 --> 00:35:38,083 Saya tahu saya ayah yang teruk selama ini. 451 00:35:38,666 --> 00:35:42,041 Saya boleh buat begitu. Saya akan berubah. 452 00:35:43,500 --> 00:35:44,375 Percayalah. 453 00:35:44,958 --> 00:35:46,291 Percayalah, anak-anak. 454 00:35:51,000 --> 00:35:51,875 Jumpa lagi. 455 00:36:26,250 --> 00:36:27,791 Aduhai. 456 00:36:33,166 --> 00:36:35,000 Hodoh betul muka kau. 457 00:36:37,083 --> 00:36:39,416 Binatang itu pun rasa kau hodoh. 458 00:36:39,500 --> 00:36:42,875 Aku pernah tangkap orang yang kongkek dengan binatang ini. 459 00:36:43,375 --> 00:36:44,750 Betina lagi cantik, ya? 460 00:36:46,041 --> 00:36:49,541 Rupa tak penting pun kalau kau rela kongkek dengan binatang. 461 00:36:53,000 --> 00:36:54,083 Itu untuk apa? 462 00:36:55,916 --> 00:36:57,583 Potong giginya 463 00:36:59,083 --> 00:37:01,500 supaya tak gigit jantan-jantan lain. 464 00:37:05,208 --> 00:37:06,541 Berkenaan Lyle Orlik… 465 00:37:08,791 --> 00:37:10,208 Mangsa jerung itu? 466 00:37:10,750 --> 00:37:14,458 Ada orang tertanya-tanya jika dia mungkin masih hidup. 467 00:37:15,500 --> 00:37:18,625 Dengan kecederaan seteruk itu, bertuah kalau tak mati. 468 00:37:19,333 --> 00:37:21,541 Kau rasa dia bertuah? 469 00:37:22,333 --> 00:37:24,916 Aku rasa dia langsung tak bertuah. 470 00:37:26,708 --> 00:37:28,083 Kau guna ini untuk apa? 471 00:37:29,583 --> 00:37:30,833 Potong kuku kakinya. 472 00:37:32,916 --> 00:37:36,500 Anak dia hilang satu jari kerana berlaku kemalangan di rumah. 473 00:37:37,750 --> 00:37:39,375 Dunia ini memang berbahaya. 474 00:37:41,500 --> 00:37:44,791 Ada gadis dari Courier-Mail tengah siasat kes ini. 475 00:37:50,375 --> 00:37:54,208 Aku akan tanya bos kalau dia nak kami tutup semua jejak. 476 00:37:54,291 --> 00:37:57,750 Aku sangat risau kalau kau cuba tutup jejak. 477 00:37:58,625 --> 00:38:01,875 - Lagi bagus kalau tak… - Tim, kau kena ingat baik-baik. 478 00:38:02,500 --> 00:38:04,791 Melainkan kau yang bayar kami, 479 00:38:04,875 --> 00:38:07,875 bukan kau yang tentukan tindakan yang "lagi bagus". 480 00:38:07,958 --> 00:38:09,791 Aku di pihak kau, Ivan. 481 00:38:09,875 --> 00:38:12,791 Aku cuma nak kurangkan kes orang "dimakan jerung". 482 00:38:13,375 --> 00:38:15,541 Kalau macam itu, buatlah kerja kau. 483 00:38:15,625 --> 00:38:17,541 Usah beri budak-budak itu keluar 484 00:38:17,625 --> 00:38:21,458 dan suruh wartawan itu berhenti menyibuk. 485 00:38:21,541 --> 00:38:23,750 - Aku tengah cuba. - Tak berkesan pun. 486 00:38:23,833 --> 00:38:25,583 Jangan bertindak melulu. 487 00:38:25,666 --> 00:38:28,791 Wartawan itu akan berhenti. Aku akan uruskan budak-budak itu. 488 00:38:28,875 --> 00:38:30,041 Uruskanlah. 489 00:38:32,125 --> 00:38:34,083 Kalau tak, aku akan turun padang. 490 00:38:59,833 --> 00:39:01,041 - Jaga diri. - Baik. 491 00:39:01,125 --> 00:39:03,875 Hai, Tinker Bell. Boleh aku minta hajat? 492 00:39:08,083 --> 00:39:09,333 Kepada Gus dan Eli, 493 00:39:10,250 --> 00:39:11,750 ini kawan lama kau, Slim. 494 00:39:12,416 --> 00:39:15,958 Aku dah cuba telefon beberapa kali, tapi tak ada orang jawab. 495 00:39:16,041 --> 00:39:18,208 Mungkin kau berdua sibuk. 496 00:39:22,291 --> 00:39:23,916 Aku cuma nak beritahu yang… 497 00:39:24,000 --> 00:39:26,666 Aku cuma nak maklumkan satu berita buruk. 498 00:39:28,083 --> 00:39:32,208 Aku tak nak berpisah sebelum berdamai, jadi kalau kau nak memancing… 499 00:39:43,000 --> 00:39:43,833 Aduhai. 500 00:39:47,458 --> 00:39:49,000 Jom. Aku nak beri makanan. 501 00:39:49,750 --> 00:39:51,500 Cepatlah. 502 00:40:02,500 --> 00:40:05,708 Ayah, kami dah siap. Kita akan terlepas bas nanti. 503 00:40:07,041 --> 00:40:08,791 Sekarang waktu melawat mak. 504 00:40:12,333 --> 00:40:14,541 Anak-anak… 505 00:40:17,541 --> 00:40:19,750 Ayah tak boleh pergi. Maaf. 506 00:40:19,833 --> 00:40:22,416 Apa? Ayah dah janji. Kenapa tak boleh pula? 507 00:40:22,500 --> 00:40:26,333 Entahlah. Mak kamu masih benci ayah. 508 00:40:26,416 --> 00:40:29,666 Dia salahkan ayah kerana kemalangan itu. 509 00:40:29,750 --> 00:40:33,416 Tak apa. Jelaskan saja kepada dia macam Cikgu Birkbeck. 510 00:40:33,500 --> 00:40:35,625 Tak boleh. Dia takkan percaya, nak. 511 00:40:35,708 --> 00:40:37,666 - Tak boleh. - Ambil seluar dia. 512 00:40:38,333 --> 00:40:39,291 Baiklah. 513 00:40:39,375 --> 00:40:43,000 Ayah, mereka takkan beri masuk kalau ayah tak ada, jadi jom. 514 00:40:43,083 --> 00:40:45,333 Ayah minta maaf, nak. 515 00:40:45,416 --> 00:40:46,750 - Pegang dia. - Jangan. 516 00:40:46,833 --> 00:40:48,916 - Biar adik sarung seluar. - Jangan. 517 00:40:49,416 --> 00:40:52,500 - Tahan dia, abang! Tahan. - Agorafobia! 518 00:40:52,583 --> 00:40:54,416 - Jangan! - Ya. 519 00:40:54,500 --> 00:40:56,166 - Ya! - Ya Tuhan. 520 00:40:56,250 --> 00:40:58,083 Ya Tuhan. 521 00:40:59,083 --> 00:41:00,791 Apa pula sekarang? Jahanam. 522 00:41:01,375 --> 00:41:03,125 Jantung ayah. Ayah serius. 523 00:41:03,708 --> 00:41:05,500 - Berhenti. - Panggil ambulans. 524 00:41:05,583 --> 00:41:09,541 - Ayah tak ada masalah jantung. - Ada. Panggil ambulans. 525 00:41:10,333 --> 00:41:11,458 Ayah tak main-main. 526 00:41:12,583 --> 00:41:15,666 Dail kosong kosong kosong. 527 00:41:42,208 --> 00:41:43,833 Ke tepi. Biar kami uruskan. 528 00:41:45,750 --> 00:41:48,166 Baiklah, Robert. Ambil nafas. 529 00:41:48,250 --> 00:41:51,875 Dongak. Awak akan selamat. Kami nak bawa awak untuk diperiksa. 530 00:41:53,000 --> 00:41:54,958 - Pernahkah ia berlaku? - Selalu. 531 00:41:55,916 --> 00:41:57,375 Serangan kebimbangan. 532 00:41:57,458 --> 00:42:00,666 Saya buat analisis ECG dan ujian darah. Dia akan balik petang nanti. 533 00:42:03,250 --> 00:42:04,666 Helo, Jim. 534 00:42:04,750 --> 00:42:05,583 Hei, Rob. 535 00:42:15,750 --> 00:42:18,166 - Hei. - Maaf, mereka tak jadi datang. 536 00:42:19,625 --> 00:42:22,833 - Apa maksud puan? - Ayah mereka ada masalah kesihatan. 537 00:42:22,916 --> 00:42:26,000 Mereka sampai lewat, tapi tak boleh masuk tanpa orang dewasa. 538 00:42:26,083 --> 00:42:27,291 Pergi mampuslah. 539 00:42:27,875 --> 00:42:30,250 Hei! Frankie, jangan buat masalah. 540 00:42:30,333 --> 00:42:31,708 Saya nak jumpa mereka. 541 00:42:31,791 --> 00:42:33,583 - Anak-anak saya! - Frankie! 542 00:42:33,666 --> 00:42:38,125 Jangan sampai kami tarik hak melawat awak hingga Krismas. 543 00:42:38,208 --> 00:42:40,000 Saya nak jumpa anak-anak saya! 544 00:42:40,583 --> 00:42:42,500 Saya nak jumpa anak-anak saya! 545 00:42:43,083 --> 00:42:49,291 Saya nak jumpa anak-anak saya! 546 00:42:49,375 --> 00:42:51,375 Mak! 547 00:42:51,458 --> 00:42:52,458 Mak! 548 00:42:53,041 --> 00:42:54,375 Mak! 549 00:42:54,458 --> 00:42:55,416 Mak! 550 00:42:55,500 --> 00:42:56,500 Mak! 551 00:42:56,583 --> 00:43:00,250 Hei, kamu berdua. Berambus. Kalau tak, saya akan panggil polis. 552 00:43:27,333 --> 00:43:28,208 Baringlah. 553 00:44:21,666 --> 00:44:22,541 Hei, Shelly. 554 00:44:23,250 --> 00:44:24,125 Hei, Gus. 555 00:44:26,166 --> 00:44:27,000 Terima kasih. 556 00:44:29,083 --> 00:44:30,291 Apa khabar mak awak? 557 00:44:30,958 --> 00:44:34,208 Saya belum tahu. Ayah sepatutnya bawa kami jumpa dia. 558 00:44:36,125 --> 00:44:38,916 Saya suka mak awak. Tolong peluk dia untuk saya. 559 00:44:39,625 --> 00:44:42,541 Kita tak boleh peluk banduan ketika melawat. 560 00:44:42,625 --> 00:44:45,166 Kalau bertongkat pun tak boleh peluk juga. 561 00:44:45,666 --> 00:44:47,291 Macam mana rawatan awak? 562 00:44:53,666 --> 00:44:54,833 Tak ada rawatan. 563 00:44:54,916 --> 00:44:56,291 Distrofi otot. 564 00:44:57,500 --> 00:44:58,458 Paling teruk. 565 00:44:59,291 --> 00:45:01,541 Keadaan saya hanya akan semakin teruk. 566 00:45:04,375 --> 00:45:06,916 Lambat-laun, bertongkat pun saya tak mampu. 567 00:45:07,000 --> 00:45:10,833 Saya akan berkerusi roda sampai saya terlalu lemah untuk bernafas. 568 00:45:19,000 --> 00:45:20,708 Tapi keajaiban boleh berlaku. 569 00:45:21,458 --> 00:45:22,791 Awak dah cakap semula. 570 00:45:23,375 --> 00:45:24,791 Keajaiban boleh pergi jahanam. 571 00:45:26,250 --> 00:45:27,583 Apa saya boleh tolong? 572 00:45:33,208 --> 00:45:34,291 Adik nak burger? 573 00:45:35,166 --> 00:45:36,000 Apa-apalah. 574 00:45:50,083 --> 00:45:52,083 CANGKUK 575 00:45:54,875 --> 00:45:56,333 TALI 576 00:45:56,416 --> 00:45:58,833 CANGKUK DARIPADA DUA BATANG BUAIAN KAYU 577 00:46:04,708 --> 00:46:05,750 LOMPATAN HALLIDAY 578 00:46:11,166 --> 00:46:12,250 Ini Gill, ya? 579 00:46:13,083 --> 00:46:15,083 Aku nak jumpa Slim Halliday. 580 00:46:16,291 --> 00:46:17,125 Eli. 581 00:46:18,208 --> 00:46:19,416 Aku kawan dia. 582 00:46:20,375 --> 00:46:22,500 Beritahu dia yang aku perlu nasihat. 583 00:46:50,083 --> 00:46:51,166 Ada hasil? 584 00:46:54,666 --> 00:46:56,000 Beberapa ikan kecil. 585 00:46:57,833 --> 00:46:58,958 Kau dah ke sekolah? 586 00:47:04,708 --> 00:47:05,625 Ya. 587 00:47:06,958 --> 00:47:08,333 Polis paksa kami pergi. 588 00:47:08,916 --> 00:47:12,541 - Baguslah. Dah jumpa mak kau? - Dia tak balas surat kami. 589 00:47:13,958 --> 00:47:15,916 - Mungkin dia malu. - Kenapa pula? 590 00:47:16,000 --> 00:47:17,333 Dia tak buat salah. 591 00:47:17,416 --> 00:47:20,208 Kadang-kadang, perempuan memang pelik. 592 00:47:20,291 --> 00:47:22,708 Mungkin pengawal tak nak kami jumpa dia 593 00:47:22,791 --> 00:47:25,500 kerana takut kami cerita tentang Lyle dan Ivan Kroll. 594 00:47:25,583 --> 00:47:27,333 Dia mesti rindu kau, tapi… 595 00:47:28,250 --> 00:47:31,083 Dia nak kau berdua lupakan semuanya 596 00:47:31,166 --> 00:47:32,541 dan teruskan hidup. 597 00:47:32,625 --> 00:47:34,375 Hantar puding plum untuk Krismas. 598 00:47:34,458 --> 00:47:35,666 Dia takkan dapat. 599 00:47:36,583 --> 00:47:38,166 Mereka sekat surat kami. 600 00:47:38,250 --> 00:47:39,500 Betul juga. 601 00:47:39,583 --> 00:47:43,791 Ada beberapa cara lain untuk kirim surat selain pos. 602 00:47:43,875 --> 00:47:44,833 Contohnya? 603 00:47:45,708 --> 00:47:46,708 Tunggu sekejap. 604 00:47:48,250 --> 00:47:49,166 Umpan mengena? 605 00:47:49,250 --> 00:47:50,083 Sikit lagi. 606 00:47:50,166 --> 00:47:52,625 Jadi, apa cara lain yang ada? 607 00:47:52,708 --> 00:47:54,541 Aku kenal seseorang. 608 00:47:54,625 --> 00:47:55,875 George Masoumi. 609 00:47:57,333 --> 00:48:00,833 Dah 12 tahun dia hantar buah-buahan ke Penjara Jalan Boggo. 610 00:48:00,916 --> 00:48:02,000 Pengawal kenal dia 611 00:48:02,875 --> 00:48:05,583 dan takkan periksa bahagian bawah bekasnya. 612 00:48:05,666 --> 00:48:07,250 Apa yang dia seludup? 613 00:48:07,333 --> 00:48:10,125 Apa-apa yang kau nak. Rokok, seluar dalam seksi. 614 00:48:10,666 --> 00:48:13,291 Apa gunanya seluar dalam seksi di penjara? 615 00:48:14,416 --> 00:48:16,625 Itulah antara misteri kehidupan. 616 00:48:16,708 --> 00:48:21,333 Jadi, kalau aku nak hantar barang kepada mak aku secara rahsia, 617 00:48:21,416 --> 00:48:24,333 aku cuma perlu bayar George. 618 00:48:24,416 --> 00:48:25,416 Tak payah bayar. 619 00:48:26,125 --> 00:48:29,041 Aku bantu adik dia di penjara. Dia terhutang budi. 620 00:48:30,083 --> 00:48:31,000 Hantar apa? 621 00:48:32,083 --> 00:48:33,083 Alat untuk lari. 622 00:48:33,166 --> 00:48:35,750 Dia akan ditangkap dan hukuman digandakan. 623 00:48:35,833 --> 00:48:36,791 Kau berjaya. 624 00:48:36,875 --> 00:48:39,375 Aku tak pertaruhkan apa-apa. Aku dihukum seumur hidup. 625 00:48:39,458 --> 00:48:42,583 - Dia akan bebas selepas empat Krismas. - Empat tahun. 626 00:48:43,958 --> 00:48:45,625 Aku dah 17 tahun ketika itu. 627 00:48:50,375 --> 00:48:52,500 Maaflah. Aku cuma terlalu rindu dia. 628 00:48:54,375 --> 00:48:56,166 Tak ada orang dewasa jaga aku. 629 00:48:56,875 --> 00:48:58,791 Tinggal kau dan Robert. 630 00:48:59,416 --> 00:49:00,250 Ya, aku tahu, 631 00:49:00,750 --> 00:49:03,125 tapi empat tahun itu sekejap saja. 632 00:49:03,625 --> 00:49:06,416 Dia akan bebas awal kalau dia jaga kelakuan. 633 00:49:07,666 --> 00:49:10,250 Belajar saja rajin-rajin. Buat dia bangga. 634 00:49:10,333 --> 00:49:12,458 Wah. Sekejap. 635 00:49:14,083 --> 00:49:15,458 Umpan mengena lagi? 636 00:49:15,541 --> 00:49:17,083 Ya, ikan merah itu. 637 00:49:17,166 --> 00:49:19,458 Mesti beratnya dah sepuluh kilo. 638 00:49:19,541 --> 00:49:21,625 Aku perhati sejak mula-mula datang. 639 00:49:21,708 --> 00:49:22,958 Ikan itu amat licik. 640 00:49:23,041 --> 00:49:26,166 Sayang betul kalau aku mati sebelumnya. 641 00:49:27,208 --> 00:49:30,166 Aku rasa kau akan hidup beberapa tahun lagi, Slim. 642 00:49:30,875 --> 00:49:31,750 Tak juga. 643 00:49:33,125 --> 00:49:35,250 Karsinoma sel oat. Tahap empat. 644 00:49:37,916 --> 00:49:39,125 Ada berapa tahap? 645 00:49:41,666 --> 00:49:42,500 Empat. 646 00:49:44,000 --> 00:49:47,125 Jadi, berapa lama tempoh yang kau ada? 647 00:49:50,291 --> 00:49:51,500 Beberapa bulan saja. 648 00:49:53,583 --> 00:49:55,041 Beberapa bulan? 649 00:49:55,125 --> 00:49:57,458 Tak, Slim. Kenapa kau tak beritahu aku? 650 00:49:57,541 --> 00:49:59,791 Aku nak hantar surat kepada kau, 651 00:49:59,875 --> 00:50:01,291 tapi aku tak pandai. 652 00:50:04,833 --> 00:50:06,583 Tolonglah dapatkan rawatan. 653 00:50:07,958 --> 00:50:10,916 Aku tak nak dibedah. Ada cara lagi baik untuk mati. 654 00:50:11,000 --> 00:50:14,541 Kau tak boleh mati, Slim. Kau saja ayah yang kami masih ada. 655 00:50:14,625 --> 00:50:15,708 Robert ayah kau. 656 00:50:16,333 --> 00:50:17,416 Sejujurnya, 657 00:50:18,041 --> 00:50:20,333 aku dah ajar kau semua yang aku tahu. 658 00:50:20,416 --> 00:50:22,375 Kau perlu dapatkan rawatan, Slim. 659 00:50:25,166 --> 00:50:26,708 Aku nak kau terus hidup. 660 00:50:27,625 --> 00:50:28,458 Tolonglah. 661 00:50:29,291 --> 00:50:30,750 Jari berputar menyurat 662 00:50:31,791 --> 00:50:33,250 Lalu segalanya ternyata 663 00:50:34,250 --> 00:50:36,791 Tidak kewarakan jua belas kasihan 664 00:50:37,708 --> 00:50:40,041 Mampu mengundur segala kekhilafan 665 00:50:41,000 --> 00:50:43,625 Tidak jua lenyap dek mengalir air mata 666 00:50:44,625 --> 00:50:48,000 Rubaiyat oleh Omar Khayyam. Puisi terbaik sepanjang zaman. 667 00:50:52,083 --> 00:50:53,791 Pegang joran! 668 00:50:53,875 --> 00:50:55,250 Ikan itu! 669 00:50:55,333 --> 00:50:56,750 Pegang! Pegang joran! 670 00:50:57,625 --> 00:51:00,166 - Ya. Tarik cepat! - Itu jerungkah? 671 00:51:00,250 --> 00:51:03,416 Itulah ikan merah yang aku cakap tadi. Tarik cepat! 672 00:51:03,500 --> 00:51:05,416 Cepat! Tangkap! 673 00:51:05,500 --> 00:51:07,666 Lepaskan sikit. 674 00:51:07,750 --> 00:51:11,041 Biar ikan itu bergelut! Biarkannya cuba lepaskan diri! 675 00:51:12,666 --> 00:51:16,500 Tahan joran! Tak guna! 676 00:51:16,583 --> 00:51:18,625 Jangan lepaskan. Cuba… 677 00:51:20,875 --> 00:51:23,583 Ya Tuhan! Kita dapat. Ikan itu dah muncul. 678 00:51:27,375 --> 00:51:29,500 Jangan. Mari sini, ikan. 679 00:51:30,375 --> 00:51:32,125 Ya Tuhan! 680 00:51:32,708 --> 00:51:35,958 Slim, aku dapat tangkap! 681 00:51:36,041 --> 00:51:37,333 Slim, ambil jaring. 682 00:51:43,875 --> 00:51:45,041 Slim, tolonglah. 683 00:51:45,125 --> 00:51:46,916 Cakaplah sesuatu, Slim. 684 00:51:47,500 --> 00:51:49,500 Tolonglah, Slim. Bangun. 685 00:51:50,375 --> 00:51:52,291 Bangun, Slim. Tolonglah. 686 00:51:53,500 --> 00:51:54,750 Tolong! 687 00:51:56,500 --> 00:51:57,375 Tolong! 688 00:51:57,958 --> 00:52:00,333 Tolong! 689 00:52:01,375 --> 00:52:02,416 Tolong! 690 00:53:26,000 --> 00:53:27,916 BERDASARKAN BUKU OLEH TRENT DALTON 691 00:55:30,000 --> 00:55:34,416 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi