1 00:00:24,504 --> 00:00:28,467 Eddie dan Jean bertemu dan jatuh cinta. 2 00:00:29,468 --> 00:00:33,346 Eddie dan Jean telah berkahwin dan membeli sebuah rumah. 3 00:00:34,389 --> 00:00:37,434 Eddie dan Jean mahu mempunyai seorang anak, 4 00:00:37,517 --> 00:00:38,894 tetapi tak kesampaian. 5 00:00:39,811 --> 00:00:43,607 Jadi, setiap pagi Eddie mencium Jean, 6 00:00:43,690 --> 00:00:45,525 Eddie meninggalkan rumah... 7 00:00:46,693 --> 00:00:48,862 dan Jean bersendirian. 8 00:01:09,925 --> 00:01:13,887 Akulah Wanitamu 9 00:02:34,926 --> 00:02:36,428 Eddie tak guna. Apalah. 10 00:02:42,684 --> 00:02:45,186 Eddie, awak ada nampak gunting? Saya... 11 00:02:50,275 --> 00:02:51,860 Hei, awak memakainya. 12 00:02:51,943 --> 00:02:53,695 Awak nampak cantik memakainya. 13 00:02:58,992 --> 00:03:00,035 Siapa itu? 14 00:03:03,455 --> 00:03:04,915 Dia anak kita. 15 00:03:06,708 --> 00:03:09,377 Masih ada beberapa tag. 16 00:03:11,963 --> 00:03:14,090 Awak tak mahu cakap apa-apa? 17 00:03:16,593 --> 00:03:20,013 Adakah ini suatu gurauan, Eddie? Angin saya tak baik. 18 00:03:20,096 --> 00:03:21,014 Bukan. 19 00:03:23,725 --> 00:03:25,769 Ini seorang bayi, Jean. 20 00:03:25,852 --> 00:03:27,437 Saya boleh nampak. 21 00:03:28,188 --> 00:03:29,648 Semuanya telah diuruskan. 22 00:03:30,565 --> 00:03:32,150 Dia anak kita. 23 00:04:17,195 --> 00:04:18,321 Mari sini, lihatlah. 24 00:04:24,536 --> 00:04:25,912 Nah, awak boleh... 25 00:04:28,039 --> 00:04:29,290 Dari mana awak... 26 00:04:31,626 --> 00:04:33,169 Bukan sekarang, Jean. 27 00:04:41,011 --> 00:04:42,303 Ini bayi awak. 28 00:04:46,725 --> 00:04:48,059 Siapa nama dia? 29 00:04:49,394 --> 00:04:51,062 Terpulang kepada awak. 30 00:06:36,292 --> 00:06:37,585 Ada sesuatu terbakar? 31 00:06:38,545 --> 00:06:39,420 Ya. 32 00:06:53,268 --> 00:06:54,644 Di mana telur lagi satu? 33 00:06:55,311 --> 00:06:56,312 Di atas lantai. 34 00:07:04,696 --> 00:07:06,656 Biar saya periksa. 35 00:07:10,451 --> 00:07:13,872 Hei, saya takkan pulang malam ini. Awak akan baik-baik saja? 36 00:07:16,833 --> 00:07:19,043 Baguslah begitu. 37 00:07:20,336 --> 00:07:22,213 Eddie, saya... 38 00:07:28,344 --> 00:07:29,470 Apa? 39 00:07:33,183 --> 00:07:34,475 Tiada apa-apa. 40 00:07:38,563 --> 00:07:39,564 Hei. 41 00:07:42,233 --> 00:07:44,986 Jangan terlalu risau. 42 00:07:45,069 --> 00:07:47,155 Lagipun, telur awak tak sedap. 43 00:07:52,619 --> 00:07:55,163 Hei. Masuklah. Gembira dapat jumpa awak. 44 00:07:55,246 --> 00:07:56,956 Ralph, ya. 45 00:07:58,374 --> 00:08:01,461 Ayuh. Saya benar-benar... 46 00:08:01,544 --> 00:08:03,755 Hei, jaga mulut awak. Kami ada anak. 47 00:08:03,838 --> 00:08:05,673 Baiklah, saya tahu. 48 00:08:05,757 --> 00:08:06,925 Tunggu sekejap. 49 00:09:14,617 --> 00:09:15,618 Jimmy. 50 00:09:17,954 --> 00:09:19,539 Awak okey? 51 00:09:19,622 --> 00:09:20,623 Ya. Kenapa? 52 00:09:23,960 --> 00:09:25,420 Apa yang awak lakukan? 53 00:09:25,503 --> 00:09:26,796 Tiada siapa di sini? 54 00:09:30,133 --> 00:09:31,759 Apa maksud awak? 55 00:09:31,843 --> 00:09:35,513 Sesuatu berlaku malam ini. Kita kena pergi. Sekarang, Jean! 56 00:09:37,724 --> 00:09:39,225 Ayuh. Mari pergi. 57 00:09:39,309 --> 00:09:42,228 -Jimmy, apa yang awak buat di sini? -Teruskan. Ke hujung. 58 00:09:43,604 --> 00:09:45,481 Kenapa awak di dalam almari Eddie? 59 00:09:46,107 --> 00:09:49,152 Awak tiada masa bersiap. Awak boleh beli barang nanti. 60 00:09:49,235 --> 00:09:52,405 Jangan laju sangat. Saya tak tahu apa sedang berlaku. 61 00:09:52,488 --> 00:09:55,199 Awak akan berurusan dengan Cal tentang hala tuju awak. 62 00:09:55,283 --> 00:09:57,577 Siapa Cal? Di mana Eddie? 63 00:09:57,660 --> 00:09:59,412 Ini 200 ribu. 64 00:10:00,038 --> 00:10:02,832 Cal akan uruskan wang, tetapi awak menjaganya. 65 00:10:02,915 --> 00:10:03,750 Eddie okey? 66 00:10:03,833 --> 00:10:06,961 Awak terus beri dia 10 ribu dan fikir langkah seterusnya, 67 00:10:07,045 --> 00:10:10,757 -jika dia bersama awak. -Dia suruh beritahu saya ini? Apa... 68 00:10:10,840 --> 00:10:14,302 Jimmy. Berhenti. 69 00:10:14,385 --> 00:10:16,262 Jimmy, ini saya. Jean. 70 00:10:17,597 --> 00:10:20,266 Tolong beritahu saya apa yang berlaku. 71 00:10:20,350 --> 00:10:22,685 Ambil saja beg ini. 72 00:10:26,105 --> 00:10:27,732 Kejutkan budak itu. 73 00:11:09,690 --> 00:11:10,691 Saya Cal. 74 00:11:48,604 --> 00:11:52,066 Eddie cakap tak balik malam ini, tapi dia selalu kata begitu. 75 00:11:52,150 --> 00:11:55,820 Kemudian saya terjaga di tengah malam dan dia di sebelah saya. 76 00:11:55,903 --> 00:11:58,573 Saya tak tahu apa terjadi atau siapa awak 77 00:11:58,656 --> 00:12:00,825 atau kenapa semua ini berlaku. 78 00:12:02,285 --> 00:12:04,245 Dia tidak pernah begini. 79 00:12:04,328 --> 00:12:07,165 Seperti dia tahu sesuatu tidak kena. 80 00:12:07,248 --> 00:12:11,085 Dia menangis jika lapar, tapi dia baru saja makan. 81 00:12:12,503 --> 00:12:14,714 Bukankah itu kata orang tentang bayi? 82 00:12:14,797 --> 00:12:17,550 Mereka boleh rasa tenaga, seperti, 83 00:12:17,633 --> 00:12:21,721 jika awak cuba sembunyikannya, mereka tahu perasaan sebenar awak. 84 00:12:34,317 --> 00:12:36,444 Awak ada anak? 85 00:12:40,281 --> 00:12:41,324 Tidak. 86 00:13:18,569 --> 00:13:22,949 Saya dihalau keluar rumah dan dihantar bersama awak, seorang tak dikenali... 87 00:13:23,032 --> 00:13:26,410 -Awak tahu Eddie siapa, bukan? -Seorang pencuri? 88 00:13:26,494 --> 00:13:28,746 -Ya, saya tahu. -Jadi, awak tahu apa terjadi. 89 00:13:28,829 --> 00:13:30,623 Saya tak tahu siapa awak, tapi... 90 00:13:30,706 --> 00:13:32,667 Awak dan bayi itu selamat sebab saya. 91 00:13:36,963 --> 00:13:37,838 Harry. 92 00:13:38,756 --> 00:13:40,591 -Maaf? -Bayi ini. 93 00:13:41,342 --> 00:13:43,886 Saya fikir awak mungkin mahu tahu nama dia. 94 00:13:48,641 --> 00:13:49,976 Adakah dia okey? 95 00:13:51,644 --> 00:13:53,145 Saya tak tahu. 96 00:13:53,229 --> 00:13:54,772 Awak bekerja dengan dia? 97 00:13:55,481 --> 00:13:56,899 Saya pernah. 98 00:13:59,443 --> 00:14:02,029 Jimmy kata kita fikir ke mana saya pergi. 99 00:14:02,113 --> 00:14:04,740 -Saya ada kakak untuk dihubungi. -Tak boleh. 100 00:14:04,824 --> 00:14:07,952 -Berapa lama kita perlu pergi? -Saya tak tahu. 101 00:14:08,035 --> 00:14:10,746 Awak tak tahu di mana saya patut tinggal, 102 00:14:10,830 --> 00:14:14,333 berapa lama, dan awak tak tahu jika Eddie okey. 103 00:14:14,417 --> 00:14:18,045 -Biar saya telefon dia. Dia akan jelaskan. -Tidak boleh. 104 00:14:18,129 --> 00:14:21,215 -Dia suami saya. -Tiada siapa tahu dia di mana. 105 00:14:22,341 --> 00:14:25,386 Tidak boleh kerana tiada siapa tahu dia di mana. 106 00:14:27,847 --> 00:14:30,016 Adakah sesiapa mencari? 107 00:14:30,099 --> 00:14:31,684 Semua orang sedang mencari. 108 00:14:33,019 --> 00:14:35,354 Mereka juga mencari awak. 109 00:14:39,400 --> 00:14:40,943 Rumah yang cantik. 110 00:14:41,777 --> 00:14:43,112 Berhampiran taman. 111 00:14:44,780 --> 00:14:47,199 Saya suka berjalan dengan kereta sorong bayi. 112 00:15:54,892 --> 00:15:56,519 Kenapa ia tidak menyala? 113 00:16:00,272 --> 00:16:02,608 Saya diberitahu ia tak bagus untuk saya. 114 00:16:06,278 --> 00:16:08,197 Jadi, apa tujuannya? 115 00:16:12,785 --> 00:16:14,078 Ia membantu. 116 00:16:27,299 --> 00:16:28,884 Syukur kepada Tuhan. 117 00:16:37,476 --> 00:16:39,603 Nampaknya dia... 118 00:16:39,687 --> 00:16:41,063 Dia okey sekarang. 119 00:16:42,189 --> 00:16:44,024 Dia sudah mahu minum. 120 00:16:51,699 --> 00:16:56,162 Mungkin lebih mudah jika awak susukan dia menggunakan... 121 00:16:56,245 --> 00:16:57,288 Saya boleh keluar. 122 00:16:57,997 --> 00:16:59,248 Apa maksud awak? 123 00:17:01,208 --> 00:17:02,460 Menggunakan... 124 00:17:05,171 --> 00:17:09,300 Tak mengapa. Dia okey. Lihat? 125 00:17:26,108 --> 00:17:27,276 -Cal? -Kenapa? 126 00:17:27,359 --> 00:17:28,360 Harry. 127 00:17:28,444 --> 00:17:32,156 Ada sesuatu tidak kena. Badannya panas. Cuba rasa. 128 00:17:32,239 --> 00:17:34,784 Saya rasa kita perlu pergi ke hospital. 129 00:17:34,867 --> 00:17:38,287 Tidak boleh. Orang akan bertanya. 130 00:17:38,370 --> 00:17:40,206 Hospital memerlukan maklumat. 131 00:17:40,289 --> 00:17:44,794 Kenapa awak tak faham semua orang sedang mencari awak? Tidak boleh, Jean. 132 00:19:01,120 --> 00:19:02,121 Jean. 133 00:19:48,959 --> 00:19:50,085 Encik? 134 00:19:50,836 --> 00:19:52,254 Puan? 135 00:19:54,298 --> 00:19:55,341 Encik? 136 00:20:05,267 --> 00:20:06,518 Maafkan saya. 137 00:20:10,773 --> 00:20:12,066 Jangan pandang belakang. 138 00:20:54,316 --> 00:20:56,568 Puan, adakah awak tak apa-apa? 139 00:20:56,652 --> 00:20:57,486 Apa? 140 00:21:00,489 --> 00:21:01,490 Cuba rasa. 141 00:21:04,034 --> 00:21:05,285 Dah kebah. 142 00:21:05,786 --> 00:21:06,704 Maaf? 143 00:21:08,664 --> 00:21:11,333 Bayi ini, dia demam, tetapi sudah semakin... 144 00:21:11,417 --> 00:21:12,584 Keluar daripada kereta. 145 00:21:12,668 --> 00:21:13,794 Apa masalahnya? 146 00:21:13,877 --> 00:21:15,087 Keluar daripada kereta. 147 00:21:15,170 --> 00:21:17,214 Tapi, bayi ini sedang tidur. 148 00:21:19,174 --> 00:21:22,344 Tunggu. Cal! 149 00:21:27,975 --> 00:21:30,728 -Saya tak faham apa yang berlaku. -Buat apa dia suruh. 150 00:21:30,811 --> 00:21:34,106 -Adakah awak pasti awak tak apa-apa? -Ya. 151 00:21:34,189 --> 00:21:36,275 Lelaki ini tidak mengganggu awak? 152 00:21:38,360 --> 00:21:41,321 Puan, kenapa awak bersama lelaki ini? 153 00:21:41,405 --> 00:21:42,656 Dia suami saya. 154 00:21:50,122 --> 00:21:51,874 Ada sebarang masalah? 155 00:21:54,126 --> 00:21:56,378 Kenapa awak berdua tidur di dalam kereta? 156 00:21:56,462 --> 00:21:59,965 -Maafkan kami, pegawai. Kami baru... -Saya tanya dia. 157 00:22:06,013 --> 00:22:08,015 Kami sedang pindah ke rumah baru. 158 00:22:08,098 --> 00:22:13,896 Kami teruja dan nak memandu sepanjang malam dan tidur di sana. 159 00:22:13,979 --> 00:22:15,773 Tetapi kemudian sekitar... 160 00:22:17,232 --> 00:22:20,944 Saya tak tahu. Sekitar... Pukul berapa tadi, sayang? 161 00:22:23,238 --> 00:22:24,573 Sekitar 1.00 atau 2.00? 162 00:22:24,656 --> 00:22:28,202 Betul. Sekitar 1.00 atau 2.00, dia mula kepenatan, 163 00:22:28,285 --> 00:22:31,872 saya pula risau tentang bayi ini, tentang demamnya, 164 00:22:31,955 --> 00:22:36,126 saya suruh dia berhenti segera. Saya tak mahu dia pandu ke motel. 165 00:22:36,210 --> 00:22:38,629 Salah saya, pegawai. 166 00:22:40,839 --> 00:22:42,758 Adakah awak mempunyai anak? 167 00:22:45,427 --> 00:22:49,389 Awak tahulah perangai ibu-ibu. 168 00:22:51,350 --> 00:22:53,519 Ia tak akan berlaku lagi. Saya janji. 169 00:23:00,526 --> 00:23:01,902 Pastikan tak berlaku lagi. 170 00:23:35,936 --> 00:23:38,856 Saya tak tahu saya boleh berbohong seperti itu. 171 00:23:44,069 --> 00:23:45,070 Apa? 172 00:23:53,662 --> 00:23:55,622 Saya ada anak berkulit putih. 173 00:25:00,229 --> 00:25:02,022 Barang dapur sudah cukup. 174 00:25:03,440 --> 00:25:09,321 Ada susu, telur, 175 00:25:09,404 --> 00:25:10,739 roti, 176 00:25:12,574 --> 00:25:16,620 sedikit pisang, biskut, 177 00:25:18,747 --> 00:25:20,165 dan pasta. 178 00:25:24,920 --> 00:25:26,964 Ruang makan. 179 00:25:38,392 --> 00:25:39,935 Televisyen. 180 00:25:44,189 --> 00:25:47,526 Bilik awak dan bayi sudah tersedia di tingkat atas. 181 00:25:47,609 --> 00:25:52,030 Rumusan bayi yang awak minta, lampin dan ubat jika dia sakit lagi. 182 00:25:53,949 --> 00:25:57,786 Ada telefon di dalam laci sebelah katil awak di tingkat atas. 183 00:25:57,869 --> 00:26:00,414 Jika berlaku kecemasan, keluarkannya, 184 00:26:00,497 --> 00:26:03,834 pasang dan telefon nombor ini. 185 00:26:08,005 --> 00:26:09,006 Okey? 186 00:26:11,258 --> 00:26:13,677 Awak tak boleh bercakap dengan sesiapa. 187 00:26:13,760 --> 00:26:15,470 Tiada kawan. Tiada kenalan. 188 00:26:15,554 --> 00:26:17,889 Pastikan awak sentiasa mengunci pintu. 189 00:26:17,973 --> 00:26:21,601 -Kenapa beritahu semua ini seperti... -Saya akan kembali jika boleh. 190 00:26:21,685 --> 00:26:22,769 Bila awak boleh? 191 00:26:22,853 --> 00:26:25,314 -Bila kita akan pulang? -Saya mahu awak bersabar. 192 00:26:25,397 --> 00:26:27,566 -Jimmy kata awak akan tolong... -Jean. 193 00:26:27,649 --> 00:26:29,776 ...dan saya tidak pernah bersendirian. 194 00:26:29,860 --> 00:26:33,613 -Saya perlukan seketika... -Ini yang sepatutnya berlaku. 195 00:26:36,992 --> 00:26:40,996 -Tentu Eddie mahu awak bersama kami. -Saya sedang buat yang terbaik! 196 00:26:49,504 --> 00:26:52,257 Mari buat sebaik yang boleh. 197 00:27:07,814 --> 00:27:09,566 Siapa yang lakukan semua ini? 198 00:27:10,942 --> 00:27:13,028 Eddie masih ada kawan, rasanya. 199 00:27:13,945 --> 00:27:15,739 Apa maksud awak "masih"? 200 00:27:21,203 --> 00:27:22,120 Cal. 201 00:27:41,056 --> 00:27:43,058 Tentang taman itu? 202 00:27:44,601 --> 00:27:46,269 Tiada taman. 203 00:32:09,824 --> 00:32:11,034 Helo? 204 00:32:14,162 --> 00:32:17,082 Helo? Saya jiran awak. 205 00:32:22,837 --> 00:32:24,005 Hai. 206 00:32:25,882 --> 00:32:27,300 Adakah semuanya okey? 207 00:32:27,384 --> 00:32:28,927 Ya, sudah tentu. 208 00:32:29,010 --> 00:32:32,639 Tidak. Saya tak berniat menakutkan awak. 209 00:32:32,722 --> 00:32:35,558 Kawan saya tinggal di rumah ini bertahun-tahun. 210 00:32:36,434 --> 00:32:38,895 Bagus dapat melihat orang baru di sini. 211 00:32:42,607 --> 00:32:44,401 Saya Evelyn. 212 00:32:48,071 --> 00:32:49,322 Mary. 213 00:32:49,406 --> 00:32:51,116 Gembira berjumpa awak, Mary. 214 00:32:52,283 --> 00:32:54,035 Saya tinggal selang dua rumah. 215 00:32:55,161 --> 00:32:58,873 Suami saya meninggal beberapa tahun lalu. 216 00:32:58,957 --> 00:33:03,545 Jika awak perlukan sebarang pertolongan atau apa-apa... 217 00:33:07,382 --> 00:33:08,842 Terima kasih. 218 00:33:14,848 --> 00:33:15,849 Baiklah. 219 00:33:18,893 --> 00:33:19,728 Selamat tinggal. 220 00:33:19,811 --> 00:33:22,439 -Siapa nama bayi awak? -Harry. 221 00:33:22,981 --> 00:33:24,607 Harry. 222 00:33:27,652 --> 00:33:29,571 Harry dan Mary. 223 00:36:03,850 --> 00:36:05,143 Hantaran makanan. 224 00:36:11,274 --> 00:36:15,653 Tetapi apabila anak perempuan saya pindah, ia menjadi sukar semula. 225 00:36:18,656 --> 00:36:22,952 Apabila televisyen dipasang, saya lupa saya berseorangan. 226 00:36:29,250 --> 00:36:31,169 Ini sangat sedap. 227 00:36:31,252 --> 00:36:34,380 Mudah sahaja. Saya akan beri awak resipinya. 228 00:36:35,590 --> 00:36:37,508 Saya tak pandai memasak. 229 00:36:46,684 --> 00:36:51,606 Bolehkah saya tanya? Adakah Harry sukar untuk tidur malam? 230 00:36:52,607 --> 00:36:55,234 Maafkan saya. Awak dengar dia menangis? 231 00:36:55,318 --> 00:36:58,029 -Saya cuba untuk pastikan dia... -Bukan begitu, sayang. 232 00:36:59,238 --> 00:37:00,531 Cuma... 233 00:37:03,409 --> 00:37:06,704 Awak nampak kepenatan. 234 00:37:12,001 --> 00:37:13,962 Saya sangat letih. 235 00:37:16,130 --> 00:37:19,342 Saya letih sepanjang masa. 236 00:37:21,219 --> 00:37:24,472 Saya seperti dengar tangisannya ketika dia sedang tidur. 237 00:37:31,896 --> 00:37:35,191 Apa yang berlaku kepada suami awak? 238 00:37:46,661 --> 00:37:48,871 Saya menyibuk. 239 00:37:48,955 --> 00:37:50,248 Saya cuma... 240 00:37:52,917 --> 00:37:54,335 Di mana bilik air awak? 241 00:37:55,253 --> 00:37:57,588 Di atas, bilik paling hujung. 242 00:38:02,802 --> 00:38:05,388 Bukan awak kata kawan awak pernah tinggal di sini? 243 00:38:05,972 --> 00:38:07,056 Maaf? 244 00:38:07,140 --> 00:38:10,309 Awak kata kawan awak pernah tinggal di sini. Bilik air itu. 245 00:38:10,393 --> 00:38:12,895 Betul juga kata awak. 246 00:38:16,774 --> 00:38:19,902 Nampaknya saya semakin cepat menjadi tua. 247 00:38:53,603 --> 00:38:55,438 Evelyn? 248 00:38:59,525 --> 00:39:00,610 Eve... 249 00:39:04,322 --> 00:39:06,032 Awak tak apa-apa? 250 00:39:12,830 --> 00:39:14,248 Selamat malam. 251 00:42:51,757 --> 00:42:53,926 Tolong angkat. 252 00:42:55,511 --> 00:42:56,762 Helo? 253 00:43:15,865 --> 00:43:16,991 Tak guna. 254 00:43:56,822 --> 00:43:57,948 Evelyn? 255 00:44:05,790 --> 00:44:08,793 Evelyn? Saya tahu ini... 256 00:44:08,876 --> 00:44:09,794 Jean? 257 00:44:11,003 --> 00:44:11,879 Duduk. 258 00:44:53,254 --> 00:44:54,713 Di mana Eddie? 259 00:44:57,925 --> 00:44:59,427 Kami tahu awak tahu. 260 00:45:00,094 --> 00:45:01,679 Saya tak tahu apa-apa. 261 00:45:02,471 --> 00:45:05,099 Diamkan budak itu. 262 00:45:06,725 --> 00:45:08,769 -Kenapa dengan dia? -Saya perlu berdiri. 263 00:45:08,853 --> 00:45:10,646 -Duduk. -Saya perlu dodoi dia. 264 00:45:10,729 --> 00:45:12,857 -Tidak, itu... -Biar saya berdiri. 265 00:45:32,084 --> 00:45:34,795 -Tidak. Tak mengapa, dia... -Tutup telinga dia. 266 00:45:35,588 --> 00:45:36,422 Nanti... 267 00:45:46,056 --> 00:45:48,893 -Awak tak boleh bunuh orang. -Orang apa, Jean? 268 00:45:48,976 --> 00:45:51,937 -Saya tak mahu semua itu. -Kita boleh jelaskan. 269 00:45:52,021 --> 00:45:54,190 -Dia nampak saya bunuh! -Dia tak bersalah. 270 00:45:54,273 --> 00:45:56,734 -Bagaimana awak tahu? -Dia... Saya tahu apa? 271 00:45:56,817 --> 00:45:59,361 -Dia mungkin kerja untuk mereka. -Tak mungkin. 272 00:45:59,445 --> 00:46:02,364 Awak tak pernah terfikir begitu? 273 00:46:03,491 --> 00:46:05,117 Tapi jika dia tak bersalah? 274 00:46:05,201 --> 00:46:07,703 Dia sudah mati ketika awak ajak dia masuk rumah! 275 00:46:07,786 --> 00:46:09,497 Saya dah cakap, tiada orang lain. 276 00:46:10,873 --> 00:46:12,625 -Cuba guna jari. -Ia tak menjadi. 277 00:46:12,708 --> 00:46:14,919 -Biasanya jadi. -Tidak jika dia kelaparan. 278 00:46:15,002 --> 00:46:16,128 -Dia lapar? -Ya. 279 00:46:16,212 --> 00:46:18,547 -Susukan saja dia! -Saya tak boleh! 280 00:46:18,631 --> 00:46:21,926 -Macam saya tak pernah lihat. -Saya tak boleh! 281 00:47:21,402 --> 00:47:23,779 Saya tak boleh ada anak. 282 00:47:25,614 --> 00:47:27,700 Eddie cakap dia tak kisah. 283 00:47:27,783 --> 00:47:30,536 Itu bukan sebab dia mahukan saya. 284 00:47:30,619 --> 00:47:34,248 Dia cakap dia sayangkan saya dan kami akan atasinya. 285 00:47:35,749 --> 00:47:37,876 Tapi kami tak boleh ambil anak angkat 286 00:47:37,960 --> 00:47:40,129 disebabkan oleh rekodnya. 287 00:47:41,505 --> 00:47:42,548 Semestinya. 288 00:47:47,469 --> 00:47:50,973 Kemudian, satu hari, dia pulang dengan seorang bayi. 289 00:47:54,393 --> 00:47:56,895 Saya tanya, "Siapa itu?" 290 00:47:59,231 --> 00:48:01,358 Eddie senyum dan berkata, 291 00:48:02,818 --> 00:48:04,778 "Dia anak kita." 292 00:48:13,954 --> 00:48:16,457 Ibunya bermasalah. 293 00:48:16,540 --> 00:48:18,500 Eddie bayar untuk segalanya. 294 00:48:18,584 --> 00:48:20,461 Doktor terbaik. Semuanya. 295 00:48:20,544 --> 00:48:25,299 Ayahnya mahu putuskan hubungan, tapi Eddie berjaya memujuknya. 296 00:48:27,843 --> 00:48:31,305 Eddie cakap hidup semua orang dapat diselamatkan hari itu. 297 00:48:41,315 --> 00:48:43,776 Saya terfikir tentang ibunya. 298 00:48:47,529 --> 00:48:49,907 Saya fikir tentang dia sepanjang masa. 299 00:48:54,953 --> 00:48:57,289 Awak ada sesiapa? 300 00:48:58,499 --> 00:48:59,500 Apa? 301 00:49:02,294 --> 00:49:04,505 Pasti awak tak akan beritahu saya. 302 00:49:08,550 --> 00:49:10,636 Setelah tahu saya tak boleh ada anak, 303 00:49:10,719 --> 00:49:12,346 saya tidak lagi menginginkannya. 304 00:49:13,931 --> 00:49:16,016 Saya fikir mungkin itu lebih baik. 305 00:49:18,018 --> 00:49:20,896 Kita tak patut bawa bayi ke dalam kehidupan sebegini. 306 00:49:21,855 --> 00:49:23,857 Eddie seorang penjenayah. 307 00:49:26,235 --> 00:49:30,030 Saya beritahu diri sendiri, mungkin itu sebabnya saya asyik keguguran. 308 00:49:31,031 --> 00:49:33,826 Itulah sebabnya mereka tak mahu bersama saya. 309 00:49:41,250 --> 00:49:43,961 Tapi saya memang mahukan anak. 310 00:49:45,921 --> 00:49:48,006 Lebih daripada segala-galanya. 311 00:49:51,135 --> 00:49:53,929 Saya cuma perlu teruskan hidup, bukan? 312 00:49:54,012 --> 00:49:57,516 Jadi, saya hapuskan semua hasrat. 313 00:49:58,517 --> 00:50:02,271 Saya hapuskan semua hasrat untuk memiliki anak. 314 00:50:07,276 --> 00:50:10,362 Kemudian Eddie pulang bersama seorang bayi. 315 00:50:18,579 --> 00:50:20,831 Ini bukan tempat untuk seorang bayi. 316 00:50:27,838 --> 00:50:29,214 Adakah dia ketawa? 317 00:50:30,132 --> 00:50:31,341 Apa? 318 00:50:31,425 --> 00:50:33,010 Adakah awak buat dia ketawa? 319 00:50:33,677 --> 00:50:35,471 Apa yang awak cakapkan ini? 320 00:50:35,554 --> 00:50:38,849 Jika awak pernah dengar dia ketawa, awak tahu, bukan? 321 00:50:39,850 --> 00:50:42,311 Sudah tentu saya pernah dengar dia ketawa. 322 00:50:42,394 --> 00:50:43,937 Jadi, awak tahu. 323 00:50:49,526 --> 00:50:50,986 Dia ketawa. 324 00:50:54,573 --> 00:50:56,200 Terutamanya ketika saya... 325 00:50:58,869 --> 00:50:59,870 Apa? 326 00:51:01,747 --> 00:51:03,248 Ketika apa? 327 00:51:10,756 --> 00:51:13,467 Saya buat sesuatu ketika menyanyi. 328 00:51:14,468 --> 00:51:16,053 Entahlah, dia sukakannya. 329 00:51:16,136 --> 00:51:18,847 Ia berlaku dan berhasil, jadi saya teruskan saja. 330 00:51:19,431 --> 00:51:22,100 Ia bukan lagu tentang bayi. 331 00:51:24,895 --> 00:51:28,941 Bercakap tentangnya sekarang buat saya sedar ia sangat pelik. 332 00:51:29,900 --> 00:51:31,318 Buatlah. 333 00:51:31,401 --> 00:51:33,529 Dia sedang tidur. 334 00:51:33,612 --> 00:51:35,072 Saya boleh bayangkan. 335 00:51:35,155 --> 00:51:36,198 Sudah tentu tidak. 336 00:51:36,782 --> 00:51:39,910 Baiklah, jika awak begitu pengecut... 337 00:51:39,993 --> 00:51:44,832 Melihat keluar ketika hujan pagi 338 00:51:51,046 --> 00:51:55,759 Saya pernah merasa tiada ilham 339 00:51:59,972 --> 00:52:05,143 Apabila saya dapat tahu saya perlu menghadapi satu hari lagi 340 00:52:08,146 --> 00:52:11,608 Tuhan, ia buatkan saya begitu letih 341 00:52:12,943 --> 00:52:15,237 Sebelum hari saya bertemu awak 342 00:52:16,113 --> 00:52:19,408 Kehidupan sangat sukar 343 00:52:19,491 --> 00:52:24,913 Awaklah kunci ketenangan minda saya 344 00:52:24,997 --> 00:52:28,709 Kerana awak buat saya rasa 345 00:52:28,792 --> 00:52:31,670 Awak buat saya rasa 346 00:52:32,379 --> 00:52:34,756 Awak buat saya rasa 347 00:52:34,840 --> 00:52:39,803 Seperti seorang wanita biasa 348 00:52:41,471 --> 00:52:42,806 Wanita 349 00:54:13,939 --> 00:54:14,815 Okey? 350 00:54:16,108 --> 00:54:18,610 Ada kali pertama untuk segalanya. 351 00:54:22,239 --> 00:54:26,702 Ada beberapa tin di bilik makanan jika ini habis. 352 00:54:29,997 --> 00:54:33,125 Pakaian di dalam almari. Ada pam air di luar sana. 353 00:54:33,208 --> 00:54:35,877 Kayu api yang mencukupi berada di sebelah rumah. 354 00:54:36,712 --> 00:54:38,380 Tiada telefon. 355 00:54:38,463 --> 00:54:42,551 Tidak pernah ada sebarang masalah, tetapi jika perlu... 356 00:54:42,634 --> 00:54:43,760 Alihkan kerusi itu. 357 00:54:50,434 --> 00:54:51,810 Yang itu ke belakang. 358 00:54:54,146 --> 00:54:56,648 Angkat meja ini, alihkan ke sana. 359 00:55:20,255 --> 00:55:22,466 Ini tempat persembunyian saya 360 00:55:23,467 --> 00:55:24,843 ketika saya kecil. 361 00:55:27,679 --> 00:55:29,514 Ini kabin keluarga awak. 362 00:55:32,642 --> 00:55:34,895 Saya akan pulang segera. 363 00:55:34,978 --> 00:55:37,814 -Takkan mahu tinggalkan saya... -Ada idea lebih bagus? 364 00:55:37,898 --> 00:55:40,025 Bagaimana dengan wang di rumah? 365 00:55:40,984 --> 00:55:42,527 Wang itu sudah tiada, Jean. 366 00:55:42,611 --> 00:55:45,405 Tidakkah awak ada wang? Seperti Eddie? 367 00:55:47,074 --> 00:55:49,326 Saya bekerja untuk Eddie. 368 00:55:49,409 --> 00:55:51,119 Saya bukan Eddie. 369 00:55:51,203 --> 00:55:52,829 Adakah saya seperti tugas? 370 00:56:09,471 --> 00:56:11,306 Ini bukan tentang awak, Jean. 371 00:56:18,605 --> 00:56:24,194 Eddie bunuh bos, Marvin, pada malam kita larikan diri. 372 00:56:25,112 --> 00:56:27,280 Orang-orang Marvin pergi ke rumah awak, 373 00:56:27,364 --> 00:56:28,907 membunuh Jimmy. 374 00:56:28,990 --> 00:56:32,494 Sekarang tiada siapa tahu apa berlaku. Ia cuma... 375 00:56:32,577 --> 00:56:34,538 Bandar sudah kacau-bilau. 376 00:56:36,665 --> 00:56:38,083 Itu saja yang saya tahu. 377 00:56:43,046 --> 00:56:45,340 Eddie tak akan bunuh sesiapa. 378 00:56:52,305 --> 00:56:54,015 Eddie seorang pembunuh, Jean. 379 00:56:56,017 --> 00:56:58,478 Sudah lama dia begitu. 380 00:57:11,366 --> 00:57:12,951 Di mana dia sekarang? 381 00:57:14,119 --> 00:57:15,453 Saya tak tahu. 382 00:57:18,790 --> 00:57:20,292 Awak bersumpah? 383 00:57:24,880 --> 00:57:26,882 Saya memang tak tahu. 384 00:57:51,948 --> 00:57:54,034 Awak ada seseorang. 385 00:57:58,330 --> 00:58:00,999 Yang beritahu ia tak bagus untuk awak. 386 00:58:02,834 --> 00:58:06,046 Mereka cakap begitu kerana mereka sayangkan awak. 387 00:58:23,897 --> 00:58:25,941 Dia tidak mempunyai nama. 388 00:58:29,319 --> 00:58:30,403 Harry. 389 00:58:32,405 --> 00:58:34,241 Saya namakan dia Harry. 390 00:58:37,702 --> 00:58:40,455 Tiada sebab. Saya sukakan nama itu. 391 00:58:43,667 --> 00:58:47,337 Ketika kehamilan terpanjang saya, saya namakan bayi itu Harry. 392 00:58:51,424 --> 00:58:53,260 Saya tak pernah beritahu sesiapa. 393 00:59:12,362 --> 00:59:15,198 Berapa lama awak rasa sehingga... 394 01:01:24,452 --> 01:01:26,788 Api. 395 01:01:26,871 --> 01:01:29,249 Panas. 396 01:01:29,332 --> 01:01:30,333 Ya. 397 01:01:31,835 --> 01:01:33,545 Api. 398 01:01:40,385 --> 01:01:41,928 Panas. 399 01:01:46,558 --> 01:01:48,143 Saya buat begitu. 400 01:01:51,855 --> 01:01:53,398 Saya yang buatnya. 401 01:03:22,070 --> 01:03:23,196 Ibu! 402 01:03:24,447 --> 01:03:26,824 Dia jumpa tempat persembunyian saya. 403 01:03:27,909 --> 01:03:29,744 Nampaknya begitulah. 404 01:03:30,745 --> 01:03:34,541 Saya Teri. Ini Paul dan Art. 405 01:03:42,882 --> 01:03:44,509 Maafkan saya. Siapa? 406 01:03:45,635 --> 01:03:48,888 Teri. Isteri Cal? 407 01:03:52,183 --> 01:03:55,311 Apa kata awak keluar dari lubang itu, bantu kami mengemas? 408 01:03:55,395 --> 01:03:57,272 Hei, mari sini, bantu saya. 409 01:04:02,277 --> 01:04:04,362 Dia ialah... 410 01:04:05,154 --> 01:04:06,531 Ayah Cal. 411 01:04:08,199 --> 01:04:09,867 Awak isteri Eddie. 412 01:04:11,786 --> 01:04:13,329 Awak kenal Eddie? 413 01:04:15,999 --> 01:04:17,667 Ya. Saya kenal Eddie. 414 01:04:19,502 --> 01:04:23,590 Paul, boleh tolong periksa kayu api, sayang? 415 01:04:29,387 --> 01:04:33,099 Eddie pernah bekerja dengan Cal? 416 01:04:34,183 --> 01:04:35,935 Dia tak banyak beritahu saya. 417 01:04:36,019 --> 01:04:37,520 Cal seorang yang bijak. 418 01:04:38,229 --> 01:04:39,439 Adakah Cal... 419 01:04:39,522 --> 01:04:41,316 -Dia akan ke sini. -Adakah dia... 420 01:04:41,399 --> 01:04:43,192 Jangan risau tentang Cal. 421 01:04:44,694 --> 01:04:46,654 Hampir habis! 422 01:06:00,395 --> 01:06:03,147 Saya cuma mahu tidur semula. 423 01:06:04,649 --> 01:06:07,235 Sekarang saya tahu dari mana datang sifat Cal 424 01:06:11,406 --> 01:06:13,324 Adakah dia bagus dengan bayi? 425 01:06:17,245 --> 01:06:21,457 Teri cakap suami pertamanya tidak bagus. 426 01:06:28,089 --> 01:06:31,008 -Saya baru saja mahu beri dia makan. -Tidak. 427 01:06:31,801 --> 01:06:34,387 Kita tak makan di waktu tengah malam. 428 01:06:35,221 --> 01:06:37,682 Lebih bagus dia belajar begitu. 429 01:06:41,436 --> 01:06:42,729 Semuanya okey? 430 01:06:42,812 --> 01:06:46,441 Semuanya okey. Tidurlah semula. 431 01:06:57,243 --> 01:06:58,661 Ketika Paul masih kecil, 432 01:06:58,745 --> 01:07:03,541 kami terpaksa tinggal di sebuah hotel lama di bandar untuk seketika. 433 01:07:03,624 --> 01:07:06,711 -St. Francis. -Saya masih ingatnya. 434 01:07:07,920 --> 01:07:09,338 Kenapa? 435 01:07:09,422 --> 01:07:10,882 Ia selamat untuk kami. 436 01:07:10,965 --> 01:07:14,260 Ia dimiliki dan diuruskan oleh orang berkulit Hitam, 437 01:07:14,343 --> 01:07:17,430 tempat orang pergi untuk memperbaiki hidup mereka. 438 01:07:18,723 --> 01:07:22,143 Ia seperti tempat bergantung untuk sementara waktu. 439 01:07:23,269 --> 01:07:27,899 Masih belum mencukupi, tetapi lebih bagus daripada sebelumnya. 440 01:07:29,317 --> 01:07:32,445 "Jika mahu berputus asa, saya akan membawa harapan." 441 01:07:32,528 --> 01:07:35,948 Awak tahu Doa St. Francis? 442 01:07:36,032 --> 01:07:38,993 Perkara bagus saya belajar dari sekolah Katolik. 443 01:07:39,368 --> 01:07:43,664 Segalanya bau lama. Kadangkala, tandas tidak boleh pam. 444 01:07:44,332 --> 01:07:46,250 Tetapi Paul sukakannya. 445 01:07:46,334 --> 01:07:50,421 Ada telefon di koridor, dia akan berlari setiap kali ia berdering. 446 01:07:50,505 --> 01:07:53,800 Budak penjawab panggilan, sentiasa bersedia. 447 01:08:00,014 --> 01:08:01,849 Awak sedang bersembunyi. 448 01:08:02,809 --> 01:08:05,228 Paul, makan kacang pis awak. 449 01:08:17,448 --> 01:08:19,200 Apa awak buat pada kacang pis? 450 01:08:19,283 --> 01:08:20,576 Ada apa-apa masalah? 451 01:08:21,786 --> 01:08:23,996 Ini kacang pis di dalam tin? 452 01:08:24,789 --> 01:08:25,957 Ya. 453 01:08:28,125 --> 01:08:29,293 Ia sangat sedap. 454 01:08:32,797 --> 01:08:35,925 Garam, lada hitam, sedikit mentega, 455 01:08:36,008 --> 01:08:37,468 sedikit kasih sayang. 456 01:08:38,553 --> 01:08:41,055 Awak panaskannya terus dari tin? 457 01:08:41,973 --> 01:08:44,267 Saya tak pandai memasak. 458 01:08:44,350 --> 01:08:46,060 Awak beri keluarga makan, bukan? 459 01:08:46,143 --> 01:08:46,978 Ya, tetapi... 460 01:08:47,061 --> 01:08:49,313 Jadi, awak ialah cef terbaik di dunia. 461 01:08:55,570 --> 01:08:57,697 Saya dapatnya ketika Cal lima tahun. 462 01:08:59,615 --> 01:09:01,826 Adakah awak berkahwin? 463 01:09:01,909 --> 01:09:03,202 Saya pernah. 464 01:09:03,286 --> 01:09:06,706 Isteri saya meninggal kira-kira empat tahun lalu. 465 01:09:09,083 --> 01:09:11,043 Cal tak mahu cerita tentang apa-apa. 466 01:09:11,627 --> 01:09:14,171 Keluarganya atau apa saja. 467 01:09:14,255 --> 01:09:16,507 Bahaya pekerjaan. 468 01:09:21,304 --> 01:09:23,890 Saya mahu keluarkan pistol. 469 01:09:31,564 --> 01:09:32,899 Ia tidak berpeluru. 470 01:09:34,692 --> 01:09:36,736 Awak pernah guna? 471 01:09:39,530 --> 01:09:42,825 Semua orang dan senjata mereka. 472 01:09:42,909 --> 01:09:46,120 Suami saya tak benarkan saya pandu kereta. 473 01:09:49,040 --> 01:09:52,126 Sesiapa saja boleh belajar menembak. 474 01:09:53,210 --> 01:09:58,299 Perkara yang sukar ialah apa awak akan lakukan apabila tiba masanya. 475 01:09:58,382 --> 01:10:01,052 Jika awak berlatih, 476 01:10:01,135 --> 01:10:02,887 awak tarik picunya 477 01:10:04,055 --> 01:10:08,309 dan fikir tentang tekanan dan penjajarannya, 478 01:10:09,435 --> 01:10:12,188 tetapi sebenarnya awak perlu fikirkan 479 01:10:12,271 --> 01:10:15,149 apa awak akan buat jika ia benar-benar berlaku. 480 01:10:19,111 --> 01:10:20,112 Nah. 481 01:10:21,822 --> 01:10:23,449 Biasakan dengan beratnya. 482 01:10:42,385 --> 01:10:44,929 Kenapa Art ajar saya cara menggunakan pistol? 483 01:10:47,306 --> 01:10:50,142 Paul, boleh keluar dan cari datuk? 484 01:10:59,443 --> 01:11:01,946 Ada beberapa orang di luar pangsapuri kami. 485 01:11:02,822 --> 01:11:04,490 Awak tinggal di bandar? 486 01:11:04,573 --> 01:11:08,202 Ya. Mulanya, saya sangkakan Cal hanya paranoid, 487 01:11:08,285 --> 01:11:11,664 tapi dua malam berikutnya, dia berkemas dan menyuruh kami lari. 488 01:11:11,747 --> 01:11:13,416 Dia akan menyusul di belakang. 489 01:11:14,709 --> 01:11:18,170 Saya cuma mahu awak bersedia menghadapi apa berlaku nanti. 490 01:11:19,213 --> 01:11:20,423 Apa berlaku nanti? 491 01:11:20,506 --> 01:11:21,757 Saya tak tahu lagi, 492 01:11:23,426 --> 01:11:25,761 tapi saya pernah melaluinya sebelum ini. 493 01:11:47,658 --> 01:11:51,203 Art beritahu sesuatu semalam. 494 01:11:52,705 --> 01:11:53,706 Apa? 495 01:11:56,292 --> 01:11:58,669 Eddie merupakan suami pertama awak. 496 01:12:04,884 --> 01:12:05,968 Art beritahu itu? 497 01:12:08,512 --> 01:12:10,264 Saya fikirkannya sendiri. 498 01:12:14,310 --> 01:12:16,604 Eddie buat perkara yang sama pada awak? 499 01:12:17,188 --> 01:12:18,814 Sebelum Cal? 500 01:12:19,231 --> 01:12:21,942 Kecuali ia lebih teruk kerana kami ada anak. 501 01:12:22,610 --> 01:12:24,111 Tiada apa teruk untuk awak. 502 01:12:24,612 --> 01:12:26,322 Awak tak tahu lagi. 503 01:12:27,698 --> 01:12:29,241 Ya, saya tahu. 504 01:12:47,551 --> 01:12:50,387 Eddie tak pernah beritahu dia mempunyai isteri. 505 01:12:54,391 --> 01:12:56,685 Dia tak pernah beritahu saya banyak perkara. 506 01:12:58,604 --> 01:13:00,481 Itulah yang mereka lakukan. 507 01:15:21,538 --> 01:15:22,748 Teri. 508 01:15:24,500 --> 01:15:26,043 Adakah awak berjaga? 509 01:15:28,587 --> 01:15:30,965 Ada sesuatu yang tidak kena. 510 01:15:31,048 --> 01:15:34,385 Kita patut cari Cal. Kita perlu cari Cal dan Eddie. 511 01:15:34,468 --> 01:15:36,262 Berhenti risau tentang... 512 01:15:36,345 --> 01:15:39,056 Saya dah tak tahan disuruh oleh semua orang. 513 01:15:44,770 --> 01:15:45,771 Apa? 514 01:15:48,816 --> 01:15:50,359 Saya mahu pergi sebenarnya. 515 01:15:50,442 --> 01:15:53,612 Saya mahu pergi apabila pasti semua sudah tidur. 516 01:15:53,696 --> 01:15:56,448 Sudah tentu saya tahu Cal dalam bahaya. 517 01:15:56,532 --> 01:15:57,533 Maaf. 518 01:15:59,076 --> 01:16:01,328 Art patut beritahu awak pagi nanti. 519 01:16:02,955 --> 01:16:04,290 Saya akan ikut awak. 520 01:16:04,373 --> 01:16:06,500 Awak tak boleh halang saya. 521 01:16:06,583 --> 01:16:10,170 Tiada siapa berikan jawapan tentang apa yang saya patut buat, 522 01:16:10,254 --> 01:16:12,339 disebabkan memang tiada jawapan. 523 01:16:12,423 --> 01:16:14,842 Tiada siapa tahu apa-apa, 524 01:16:14,925 --> 01:16:17,511 saya akan lakukannya, saya ikut sama. 525 01:16:18,470 --> 01:16:19,847 Saya ikut sama. 526 01:16:22,975 --> 01:16:24,268 Sudah habis? 527 01:16:26,103 --> 01:16:28,022 -Ya. -Baiklah. 528 01:16:28,105 --> 01:16:29,523 Baiklah, saya ikut sama? 529 01:16:29,606 --> 01:16:31,400 Awak sudah pun cakap begitu. 530 01:16:33,861 --> 01:16:34,862 Okey. 531 01:18:31,228 --> 01:18:33,605 Dua tingkap gelap itu. 532 01:18:33,689 --> 01:18:34,940 Itulah pangsapuri kami. 533 01:18:35,983 --> 01:18:38,485 Biasanya kami biarkan lampu terpasang. 534 01:18:52,916 --> 01:18:54,418 Simpan di dalam poket awak. 535 01:18:56,128 --> 01:18:58,088 Supaya awak tahu ia di situ. 536 01:19:00,591 --> 01:19:03,302 Kita perlu ke suatu tempat 537 01:19:03,385 --> 01:19:06,263 dan setibanya di sana, awak perlu dengar cakap saya, okey? 538 01:19:09,683 --> 01:19:13,770 Awak tak boleh dedahkan siapa awak. Ini bukan tempat selamat untuk kita. 539 01:19:17,900 --> 01:19:20,444 Kita perlukan pakaian yang berbeza. 540 01:19:46,178 --> 01:19:47,554 Helo si cantik. 541 01:19:50,682 --> 01:19:51,683 Mahu? 542 01:19:54,728 --> 01:19:55,729 Tidak. 543 01:19:58,690 --> 01:19:59,775 Terima kasih. 544 01:20:36,937 --> 01:20:39,147 Nampak lelaki di situ? Itu Mike. 545 01:20:40,065 --> 01:20:43,068 Tunggu di sini, okey? Jangan bergaul. 546 01:20:53,328 --> 01:20:57,291 -Siapa lagi kalau bukan si seksi tua. -Jangan panggil saya tua, tak guna. 547 01:20:57,374 --> 01:21:00,460 Mari sini. Awak apa khabar? 548 01:21:02,379 --> 01:21:04,506 Tak sangka akan jumpa dia semula. 549 01:21:06,216 --> 01:21:07,759 Bagaimana awak kenal dia? 550 01:21:07,843 --> 01:21:10,387 Dia pernah berkahwin dengan lelaki yang saya kenal. 551 01:21:12,264 --> 01:21:13,265 Eddie? 552 01:21:14,308 --> 01:21:15,642 Awak kenal Eddie? 553 01:21:17,603 --> 01:21:19,730 Dia baru beritahu saya tentang Eddie. 554 01:21:19,813 --> 01:21:23,150 Ia memang sangat teruk. 555 01:21:25,319 --> 01:21:26,153 Apa? 556 01:21:26,903 --> 01:21:28,322 Awak tak tahu? 557 01:21:29,323 --> 01:21:31,491 Jaga diri awak apabila dengan dia. 558 01:21:34,328 --> 01:21:36,288 Dia ambil segalanya daripada Eddie. 559 01:21:36,371 --> 01:21:38,790 Maksud saya segalanya. 560 01:21:38,874 --> 01:21:43,170 Tapi dia mulakan kehidupan dan keluarga baru... 561 01:21:44,338 --> 01:21:47,341 jauh daripada tempat yang teruk ini. 562 01:21:47,424 --> 01:21:50,677 Seperti yang saya kata, tak sangka akan jumpa dia lagi. 563 01:21:50,761 --> 01:21:52,929 Ada sesuatu berlaku. Kita perlu pergi. 564 01:21:53,013 --> 01:21:54,473 Paul ialah anak Eddie. 565 01:21:57,476 --> 01:21:58,602 Bukan sekarang, Jean. 566 01:22:02,272 --> 01:22:05,942 Kenapa awak tak beritahu saya? Eddie pasti rahsiakannya. 567 01:22:06,026 --> 01:22:07,569 Kononnya melindungi saya, 568 01:22:07,653 --> 01:22:10,364 seperti awak dan Cal, tapi saya sudah tak percaya lagi. 569 01:22:10,447 --> 01:22:13,950 Adakah semua ini benar, atau awak sama seperti mereka? 570 01:22:20,415 --> 01:22:22,459 Tak guna! Mike! 571 01:22:23,627 --> 01:22:24,628 Ayuh. 572 01:22:31,426 --> 01:22:32,594 Apa yang awak lakukan? 573 01:22:32,678 --> 01:22:33,679 Tunggu di sini. 574 01:26:08,393 --> 01:26:09,811 Awak tak apa-apa? 575 01:26:47,182 --> 01:26:48,558 Tak mengapa. 576 01:26:52,145 --> 01:26:53,772 Awak okey. 577 01:26:58,276 --> 01:27:01,821 Tak mengapa. Awak okey. 578 01:27:12,082 --> 01:27:13,166 Terima kasih. 579 01:27:39,526 --> 01:27:40,777 Bilik 12. 580 01:28:23,278 --> 01:28:25,071 Saya kembali untuk awak. 581 01:28:25,947 --> 01:28:27,490 Tapi awak sudah tiada. 582 01:28:29,451 --> 01:28:30,452 Hai. 583 01:28:32,412 --> 01:28:36,082 Saya dan Eddie mendapat Paul pada tahun kami berkahwin. 584 01:28:36,166 --> 01:28:39,085 Tak lama selepas itu, saya dapat tahu apa dia buat. 585 01:28:40,795 --> 01:28:42,547 Saya mahu pergi, 586 01:28:42,630 --> 01:28:48,178 tapi Eddie berjanji kerja seterusnya akan menjadi yang terakhir. 587 01:28:48,261 --> 01:28:50,889 Ia bukan. Tak pernah berakhir. 588 01:28:52,891 --> 01:28:54,976 Cal ialah orang Eddie, 589 01:28:55,060 --> 01:28:58,605 tapi dia tak mahukannya. Tidak seperti cara Eddie. 590 01:28:58,688 --> 01:29:01,107 Mungkin dia juga sedikit takut. 591 01:29:02,734 --> 01:29:08,323 Tapi dia sentiasa ada. Sentiasa... walaupun. 592 01:29:10,241 --> 01:29:14,412 Kami mula rapat antara satu sama lain, dan akhirnya, 593 01:29:15,413 --> 01:29:17,165 kami jatuh cinta. 594 01:29:20,085 --> 01:29:24,631 Awak bersembunyi daripada Eddie, ketika berada di sini. 595 01:29:28,593 --> 01:29:30,553 Kami datang tanpa rancangan. 596 01:29:32,597 --> 01:29:35,308 Kami tak sabar dan berangkat pergi. 597 01:29:35,391 --> 01:29:37,602 Ketika itu Eddie menjumpai kami. 598 01:29:39,062 --> 01:29:41,106 Dia terlalu sayangkan kami, 599 01:29:41,189 --> 01:29:44,692 tapi dia takkan lepaskan kami sehingga dapat sesuatu. 600 01:29:44,776 --> 01:29:46,486 Jadi, kami buat perjanjian. 601 01:29:47,487 --> 01:29:50,448 Kami akan boleh bersama akhirnya, 602 01:29:50,532 --> 01:29:53,368 kami boleh keluar, 603 01:29:55,328 --> 01:29:58,540 tapi suatu hari, Eddie akan telefon 604 01:29:58,623 --> 01:30:02,585 dan Cal tidak boleh menolak. 605 01:30:04,671 --> 01:30:06,005 Itu ialah saya. 606 01:30:08,383 --> 01:30:09,634 Itu ialah awak. 607 01:30:16,683 --> 01:30:19,060 Saya bekerja di universiti 608 01:30:19,144 --> 01:30:21,521 dan Cal bekerja di syarikat pemindahan. 609 01:30:22,605 --> 01:30:25,775 Paul fikir Cal ialah ayahnya. 610 01:30:25,859 --> 01:30:28,278 Seorang ayah yang baik. 611 01:30:34,993 --> 01:30:38,079 Setelah masa berlalu, kami fikir semuanya telah berakhir. 612 01:30:38,163 --> 01:30:42,125 Kami telah berjaya keluar. 613 01:30:43,293 --> 01:30:44,836 Simpan masa silam dalam kotak 614 01:30:44,919 --> 01:30:49,257 dan simpan dalam laci rahsia 615 01:30:50,508 --> 01:30:53,052 yang kami rasakan mungkin akan... 616 01:30:55,013 --> 01:30:56,514 hilang saja. 617 01:31:00,476 --> 01:31:02,353 Maafkan saya. 618 01:31:10,111 --> 01:31:13,114 Mike, lelaki di kelab itu, seorang yang tak berguna. 619 01:31:13,198 --> 01:31:16,117 Memang begitu. Saya tahu ia sangat bahaya di situ. 620 01:31:16,201 --> 01:31:19,454 Keadaan jadi begitu sejak Eddie membunuh Marvin. 621 01:31:19,537 --> 01:31:23,082 Tapi pergi ke sana ialah pilihan terbaik kita. 622 01:31:23,166 --> 01:31:25,168 Apa maksud awak? 623 01:31:25,251 --> 01:31:28,713 Jika saya betul, Cal akan tahu saya berada di bandar. 624 01:31:28,796 --> 01:31:31,424 Jika Cal tahu, dia akan cari kita. 625 01:31:36,554 --> 01:31:38,723 Mike bekerja dengan Eddie? 626 01:31:38,806 --> 01:31:41,392 Mereka buat beberapa kerja bersama. 627 01:31:41,476 --> 01:31:43,770 Kemudian Eddie tembak putus telinganya. 628 01:31:51,611 --> 01:31:54,822 Mike panggil awak "si seksi". 629 01:31:57,075 --> 01:31:58,034 Adakah itu... 630 01:31:59,035 --> 01:32:00,453 Jangan beritahu saya... 631 01:32:13,466 --> 01:32:15,593 Jadi, apa kita nak buat sekarang? 632 01:32:15,677 --> 01:32:17,345 Kita tunggu. 633 01:33:28,249 --> 01:33:29,375 Helo? 634 01:33:32,462 --> 01:33:36,174 Teri, ada beberapa orang di luar. 635 01:33:36,257 --> 01:33:38,134 Boleh keluar melalui pintu belakang. 636 01:33:48,061 --> 01:33:49,187 Terima kasih. 637 01:33:50,563 --> 01:33:52,065 Saya akan jumpa awak di sana. 638 01:34:00,406 --> 01:34:03,534 Jean, tak kira apa yang awak dengar, 639 01:34:03,618 --> 01:34:05,203 teruskan berjalan. 640 01:34:16,255 --> 01:34:19,634 Hei, Teri, awak banyak bercakap, ya? 641 01:34:19,717 --> 01:34:21,844 Teri, awak nak ke mana? 642 01:34:43,074 --> 01:34:44,283 Di mana Teri? 643 01:34:45,535 --> 01:34:47,036 Katanya, jumpa kita di sini. 644 01:34:48,329 --> 01:34:49,247 Paul dan Harry? 645 01:34:49,330 --> 01:34:51,874 Dengan ayah awak. Di kabin. 646 01:34:54,669 --> 01:34:57,255 Boleh saya ambil pesanan awak berdua? 647 01:34:58,423 --> 01:35:00,675 -Kopi. -Dua. 648 01:35:07,473 --> 01:35:08,766 Adakah awak okey? 649 01:35:09,809 --> 01:35:11,436 Eddie sudah mati. 650 01:35:11,519 --> 01:35:13,020 Ini untuk awak. 651 01:35:16,274 --> 01:35:18,401 Setidaknya, hujan dah berhenti, bukan? 652 01:35:20,862 --> 01:35:22,113 Apa-apa lagi? 653 01:35:22,196 --> 01:35:23,573 Tidak. Terima kasih. 654 01:35:43,843 --> 01:35:45,178 Saya akan cari kerja. 655 01:35:46,179 --> 01:35:47,180 Apa? 656 01:35:49,056 --> 01:35:51,642 Mungkin sebuah pangsapuri. 657 01:35:53,102 --> 01:35:55,688 Sebuah tempat yang jauh. 658 01:35:57,273 --> 01:35:59,442 Harry akan membesar di sana. 659 01:36:03,446 --> 01:36:06,407 Dia tak akan ingat semua ini. 660 01:36:06,491 --> 01:36:09,535 Saya tahu segalanya, Cal. 661 01:36:23,341 --> 01:36:25,468 Adakah awak perlukan bantuan? 662 01:36:28,721 --> 01:36:30,223 Saya tak apa-apa. 663 01:36:36,395 --> 01:36:38,022 Di mana dia? 664 01:36:40,191 --> 01:36:41,609 Dia akan berada di sini. 665 01:36:46,739 --> 01:36:48,533 Adakah Eddie buat begitu? 666 01:36:51,786 --> 01:36:53,996 Dia telah mati sebelum saya tiba. 667 01:38:13,534 --> 01:38:16,495 -Ikut jambatan Jalan Wilson. -Ambil masa lebih lama. 668 01:38:16,579 --> 01:38:18,956 -Jauhi Sentral. -Kenapa? Kami tinggalkan trak. 669 01:38:19,665 --> 01:38:21,667 -Teri. -Kita perlu pulang kepada mereka. 670 01:38:21,751 --> 01:38:25,296 Awak cakap orang Mike di luar hotel. Saya tak percayakan dia. 671 01:38:25,379 --> 01:38:27,506 Orang tak berguna itu masih hidup. 672 01:38:27,590 --> 01:38:28,591 Tapi Eddie dah mati. 673 01:38:30,384 --> 01:38:31,802 Saya tak rasa dia tahu. 674 01:38:35,931 --> 01:38:37,308 Ada orang mengekori kita. 675 01:39:46,544 --> 01:39:48,170 Dia sudah tiada. 676 01:41:11,837 --> 01:41:13,214 Cal? 677 01:41:16,467 --> 01:41:17,843 Teri? 678 01:41:24,058 --> 01:41:29,271 Tidak. Teri? Cal! 679 01:41:30,147 --> 01:41:33,317 Tidak! Teri! 680 01:41:38,906 --> 01:41:39,907 Cal! 681 01:41:59,760 --> 01:42:00,678 Adakah ini dia? 682 01:42:00,761 --> 01:42:02,429 Tutup mulut awak. 683 01:42:14,692 --> 01:42:16,986 -Apa sedang berlaku? -Tutup mulut awak! 684 01:42:18,696 --> 01:42:20,614 -Adakah ini Jean? -Ya! 685 01:42:21,907 --> 01:42:22,783 Isteri Eddie? 686 01:42:22,867 --> 01:42:25,035 Jesus Christ! 687 01:42:33,419 --> 01:42:36,755 Bukankah saya suruh lelaki tak guna ini berdiam diri? 688 01:42:44,430 --> 01:42:47,057 Gembira dapat berjumpa awak akhirnya, Jean. 689 01:42:49,310 --> 01:42:52,479 Saya minta maaf kerana tak tahu awak berada di kelab saya. 690 01:43:05,743 --> 01:43:07,077 Di mana Eddie? 691 01:43:08,621 --> 01:43:10,789 Eddie sudah mati. 692 01:43:10,873 --> 01:43:13,626 Jean. 693 01:43:13,709 --> 01:43:14,960 Jangan buat begitu. 694 01:43:17,421 --> 01:43:18,797 Jangan menipu saya. 695 01:43:18,881 --> 01:43:24,720 Tidakkah awak tahu pada saat ini segalanya boleh berakhir? 696 01:43:24,803 --> 01:43:25,930 Apa awak perlu buat... 697 01:44:52,516 --> 01:44:53,517 Teri? 698 01:45:08,782 --> 01:45:10,075 Okey. 699 01:46:22,815 --> 01:46:25,192 Saya okey. 700 01:46:46,922 --> 01:46:47,923 Okey. 701 01:48:03,165 --> 01:48:04,041 Pergi. 702 01:48:06,543 --> 01:48:08,086 Saya sudah bunuh Mike. 703 01:49:16,863 --> 01:49:18,115 Jean... 704 01:49:19,950 --> 01:49:21,827 Saya rasa saya tak boleh bergerak. 705 01:50:45,160 --> 01:50:46,328 Art! 706 01:51:44,678 --> 01:51:48,807 Semuanya baik sekarang. Ibu dan ayah awak ada di luar. 707 01:51:55,772 --> 01:51:58,275 Tak mengapa, sayang. 708 01:51:58,358 --> 01:52:02,988 Ibu awak di sini. 709 01:52:07,826 --> 01:52:12,664 Okey. Kita akan main satu permainan. Okey? 710 01:52:13,874 --> 01:52:17,377 Awak perlu tutup mata, dan hanya buka jika saya beritahu. 711 01:52:17,461 --> 01:52:19,212 Okey? 712 01:52:19,296 --> 01:52:24,801 Apabila saya suruh buka mata, jangan lihat ke belakang. Faham? 713 01:52:28,680 --> 01:52:29,973 Baiklah, Paul. 714 01:52:32,559 --> 01:52:34,186 Tutup mata awak. 715 01:52:45,071 --> 01:52:46,740 Satu lagi yang besar di depan. 716 01:52:46,823 --> 01:52:48,992 Tangga. Tangga lagi. 717 01:52:51,912 --> 01:52:55,165 Okey, Paul. Pastikan mata ditutup. 718 01:53:04,007 --> 01:53:07,093 Okey, Paul. Buka mata awak. 719 01:54:00,063 --> 01:54:02,399 Awak tak patut lihat ke belakang. 720 01:55:10,800 --> 01:55:15,722 Akulah Wanitamu 721 02:00:07,931 --> 02:00:09,933 Terjemahan sari kata oleh Tasha Shawal 722 02:00:10,016 --> 02:00:12,018 Penyelia Kreatif H. Segara