1 00:00:39,583 --> 00:00:41,167 MARVEL STUDIOS MEMPERSEMBAHKAN 2 00:00:42,125 --> 00:00:43,333 Masa. 3 00:00:46,542 --> 00:00:47,750 Ruang angkasa. 4 00:00:49,292 --> 00:00:50,292 Realiti. 5 00:00:53,292 --> 00:00:55,250 Bukan sekadar laluan linear. 6 00:00:59,833 --> 00:01:04,667 Malah satu prisma dengan kemungkinan yang tak berkesudahan, 7 00:01:06,875 --> 00:01:10,750 dengan satu pilihan boleh bercabang menjadi realiti tak terbatas, 8 00:01:13,083 --> 00:01:16,208 mencipta dunia alternatif daripada dunia yang kita tahu. 9 00:01:19,875 --> 00:01:21,625 Akulah Watcher. 10 00:01:23,583 --> 00:01:26,458 Akulah jurupandu melalui realiti baru yang luas ini. 11 00:01:26,542 --> 00:01:28,208 PRODUKSI MARVEL STUDIOS 12 00:01:28,292 --> 00:01:29,625 Ikut aku 13 00:01:30,125 --> 00:01:31,958 dan renungkan persoalan... 14 00:01:35,292 --> 00:01:36,750 "Bagaimana jika?" 15 00:01:44,458 --> 00:01:46,125 Setiap perjalanan ada permulaan, 16 00:01:46,958 --> 00:01:49,667 namun jika satu langkah diubah, 17 00:01:49,750 --> 00:01:53,458 kita boleh berakhir di destinasi yang benar-benar berbeza. 18 00:01:53,708 --> 00:01:57,125 WILAYAH KUNAR AFGHANISTAN 19 00:01:57,208 --> 00:01:59,125 Tak mengapa, ketawalah. 20 00:01:59,208 --> 00:02:00,875 Boleh kita bergambar bersama? 21 00:02:00,958 --> 00:02:04,000 Ya, tiada masalah. Tolong jangan buat isyarat itu. 22 00:02:04,083 --> 00:02:05,375 Buat saja, saya bergurau. 23 00:02:05,458 --> 00:02:08,458 Saya suka keamanan. Tapi saya tiada kerja jika dunia aman. 24 00:02:10,958 --> 00:02:12,333 Serangan dari kiri! 25 00:02:13,125 --> 00:02:14,833 Jimmy, jaga Stark! 26 00:02:16,875 --> 00:02:19,125 -Nanti. Berikan saya senapang. -Tunggu sini. 27 00:02:31,875 --> 00:02:33,750 INDUSTRI STARK 28 00:02:42,083 --> 00:02:44,750 Cara awak tiba amat menakjubkan. 29 00:02:44,833 --> 00:02:47,208 Sepuluh Cincin dah lindungi perjalanan. Ayuh pergi. 30 00:02:47,292 --> 00:02:50,583 Baiklah, Leftenan Killmonger? Apakah itu? 31 00:02:50,667 --> 00:02:51,917 -Nama Jerman? -Nama samaran. 32 00:02:54,708 --> 00:02:57,667 Nama itu amat sesuai. Saya dah faham dari mana asalnya. 33 00:02:58,125 --> 00:02:59,667 Petang ini awak sibuk? 34 00:03:03,917 --> 00:03:07,500 Wira tidak dilahirkan, tetapi muncul daripada kegelapan. 35 00:03:11,625 --> 00:03:13,042 Dibentuk dalam pertempuran. 36 00:03:16,833 --> 00:03:18,833 Ditakrifkan oleh pengorbanan. 37 00:03:18,917 --> 00:03:22,125 Saya Iron Man. 38 00:03:23,458 --> 00:03:26,708 Jika Tony Stark tidak ditakdirkan untuk ditangkap di Afghanistan, 39 00:03:26,792 --> 00:03:30,208 Era Iron Man takkan berlaku. 40 00:03:30,625 --> 00:03:33,875 Walaupun dia selamat, kita kehilangan seorang wira, 41 00:03:33,958 --> 00:03:35,958 penjahat pula mendapat peluang baru. 42 00:03:36,292 --> 00:03:38,208 En. Stark, awak cedera dalam serangan itu? 43 00:03:38,292 --> 00:03:41,167 Tidak, tapi minuman saya tumpah, Macallan tahun 1926. 44 00:03:41,250 --> 00:03:43,625 Jadi saya yakin itu jenayah perang. 45 00:03:43,708 --> 00:03:45,917 Tuan, saya Harry Whittington dari British Post. 46 00:03:46,000 --> 00:03:48,417 Apakah pengajaran yang diperoleh semasa di Afghanistan? 47 00:03:48,500 --> 00:03:51,292 Ya, jangan pergi ke tempat yang tiada Hotel Four Seasons. 48 00:03:52,833 --> 00:03:55,458 Adakah pengalaman ini mengubah diri awak? 49 00:03:55,542 --> 00:03:59,792 Saya nampak anak muda Amerika dibunuh oleh senjata yang saya cipta 50 00:03:59,875 --> 00:04:05,042 untuk melindungi mereka, dan saya sedar kami perlu buat lebih baik. 51 00:04:05,125 --> 00:04:08,083 Bina senjata lebih besar dan lawan lebih ganas, demi mereka. 52 00:04:08,167 --> 00:04:11,333 Sebab itu saya lantik Leftenan Eric Stevens, 53 00:04:11,417 --> 00:04:13,333 Tentera Laut SEAL yang menyelamatkan saya, 54 00:04:13,417 --> 00:04:16,917 sebagai Ketua Pegawai Keselamatan baru di Industri Stark. 55 00:04:17,000 --> 00:04:19,542 Mengarut betul. Patutnya saya yang naik pangkat. 56 00:04:23,542 --> 00:04:25,708 Baiklah. Tony dah kembali, kan? 57 00:04:25,958 --> 00:04:27,875 Leftenan, saya Christine Everhart. 58 00:04:27,958 --> 00:04:29,167 Acara ini dah selesai. 59 00:04:29,250 --> 00:04:31,583 Apa yang awak buat di Wilayah Kunar? 60 00:04:31,667 --> 00:04:33,833 Menyelamatkan saya. Kita dah cakap tadi. 61 00:04:33,917 --> 00:04:36,292 Cuma agak aneh. Sebab pada hari serangan itu, 62 00:04:36,375 --> 00:04:38,667 unitnya berpangkalan sejauh 400 kilometer. 63 00:04:38,750 --> 00:04:41,792 Jika awak cuba menyatakan dia sudah tahu tentang serangan itu... 64 00:04:41,875 --> 00:04:45,292 Betul kata dia. Saya tahu rancangan untuk membunuh Tony Stark 65 00:04:45,375 --> 00:04:47,625 semasa operasi sulit di dalam Sepuluh Cincin. 66 00:04:47,708 --> 00:04:50,833 Baiklah, cukup setakat ini. 67 00:04:50,917 --> 00:04:53,083 Perbualan ini sudah selesai. 68 00:04:53,167 --> 00:04:55,042 Ya, itu yang awak mahu, kan? 69 00:04:55,125 --> 00:04:59,250 Sebab rancangan itu dibiayai oleh COO Industri Stark, Obadiah Stane. 70 00:05:01,333 --> 00:05:05,833 Tony, entah apa yang budak ini merepek. 71 00:05:05,917 --> 00:05:07,958 Ayuh keluar dari sini dan uruskannya. 72 00:05:08,042 --> 00:05:10,833 Jangan risau, saya bawa resitnya. 73 00:05:10,917 --> 00:05:13,875 Pemindahan wang, dokumen bank dan rekod panggilan telefon. 74 00:05:13,958 --> 00:05:15,708 Cuba Google. Saya baru muat naik. 75 00:05:17,417 --> 00:05:18,417 Saya dah agak. 76 00:05:18,750 --> 00:05:20,042 Tony... 77 00:05:20,125 --> 00:05:21,917 Tak guna. Pengawal! 78 00:05:22,000 --> 00:05:23,583 Aduhai. 79 00:05:29,250 --> 00:05:30,667 Saya memang tak suka dia. 80 00:05:31,583 --> 00:05:36,250 Nampaknya lelaki ini pandai jadikan TV menarik, bukan? 81 00:05:36,792 --> 00:05:39,500 Pengganas, penyerang korporat dan model muka depan Maxim. 82 00:05:39,583 --> 00:05:41,208 Apa persamaan antara mereka? 83 00:05:41,292 --> 00:05:43,458 -Mahu gulingkan raja. -Namun tak berjaya. 84 00:05:43,542 --> 00:05:44,542 Saya terhutang budi. 85 00:05:44,625 --> 00:05:49,792 Sebab itu saya mahu awak sentiasa di samping saya sebagai COO baru. 86 00:05:49,875 --> 00:05:51,792 Awak berikan dia jawatan Obadiah? 87 00:05:51,875 --> 00:05:54,708 Entahlah, En. Stark. Saya seorang askar. 88 00:05:54,792 --> 00:05:58,125 Cukup sempurna. Kita berdua macam Butch dan Sundance. 89 00:05:58,208 --> 00:06:00,542 -Mereka dibunuh, Tony. -Okey, contoh buruk. 90 00:06:00,625 --> 00:06:03,875 Namun hakikatnya, saya perlukan orang yang hebat. 91 00:06:03,958 --> 00:06:06,708 Apa salahnya jika dia juga hebat membunuh. 92 00:06:08,125 --> 00:06:09,958 -Untuk pembunuh. -Ya. 93 00:06:10,042 --> 00:06:12,375 Awak Butch, saya Sundance. Jangan salah faham. 94 00:06:14,625 --> 00:06:20,458 Kolonel Rhodes, cuba ceritakan tentang sateria hebat yang menyamar ini? 95 00:06:20,958 --> 00:06:24,333 Lulusan Annapolis pada usia 19 tahun, dan MIT setahun kemudian. 96 00:06:24,417 --> 00:06:26,708 Semakin terkenal sejak menyertai SEAL 97 00:06:26,792 --> 00:06:30,417 sebagai anggota skuad sulit elit yang pakar dalam kerja-kerja kotor. 98 00:06:30,500 --> 00:06:32,542 -Kerja kotor macam pasang paip? -Pembunuhan. 99 00:06:32,625 --> 00:06:34,500 Mujurlah saya minta penjelasan. 100 00:06:34,583 --> 00:06:36,875 Bagi budak dari Oakland, dia agak berjaya. 101 00:06:36,958 --> 00:06:40,042 Apa yang merisaukan awak, Pepper? Selain daripada pembunuhan? 102 00:06:40,125 --> 00:06:43,917 Ramai orang mahu menumpang populariti Tony Stark. 103 00:06:44,000 --> 00:06:47,500 Tugas saya ialah menghidu niat sebenar mereka. 104 00:06:47,583 --> 00:06:49,167 -Dapat hidu apa-apa? -Tidak. 105 00:06:49,500 --> 00:06:53,292 Itulah masalahnya. Semua orang mahukan sesuatu. 106 00:06:57,000 --> 00:07:00,083 Selamat datang ke Alam Ria. Saya bina semua barangan di sini. 107 00:07:00,167 --> 00:07:02,625 Kecuali Lamborghini itu, ia cetakan 3D. 108 00:07:02,708 --> 00:07:04,208 Amboi, teknologi Repulsor? 109 00:07:04,292 --> 00:07:07,000 Saya cuba kecilkan Jericho sebagai senjata mudah alih. 110 00:07:07,083 --> 00:07:08,083 Pasti hebat. 111 00:07:08,167 --> 00:07:10,250 Sabar, pembunuh. Saya datang dengan aman. 112 00:07:10,333 --> 00:07:12,625 Apa kata ayah awak dulu? 113 00:07:12,708 --> 00:07:15,167 "Keamanan dicapai jika senjata kita lebih besar." 114 00:07:16,208 --> 00:07:18,042 Hei, bertenang. Dia sahabat kita. 115 00:07:18,125 --> 00:07:21,333 Ayah saya buat banyak perkara baik. Bagaimana dengan awak? 116 00:07:21,417 --> 00:07:23,292 -Rapat dengan ayah awak? -Tidak. 117 00:07:24,083 --> 00:07:26,833 Dia dah mati juga. Akibat pergaduhan gengster. 118 00:07:27,708 --> 00:07:32,250 Senjata di tangan yang salah. Saya harap tiada siapa perlu guna senjata. 119 00:07:33,583 --> 00:07:35,625 Tepat sekali. Namun... 120 00:07:37,042 --> 00:07:38,292 -Lupakan saja. -Apa? 121 00:07:38,375 --> 00:07:39,708 Cuma tesis kedoktoran saya. 122 00:07:39,792 --> 00:07:42,375 Saya bina rancangan untuk dron tempur automatik. 123 00:07:42,458 --> 00:07:44,708 Saya fikir, askar manusia tak perlu digunakan. 124 00:07:44,792 --> 00:07:46,792 Namun saya gagal fikir antara mukanya. 125 00:07:46,875 --> 00:07:48,792 Sebab awak tiada saya. Ayuh lakukannya. 126 00:07:48,875 --> 00:07:50,500 Mari kita bina projek sains awak. 127 00:07:50,583 --> 00:07:52,708 Awak selamatkan nyawa saya. Saya nak balas budi. 128 00:07:54,458 --> 00:07:57,208 J.A.R.V.I.S., cari dalam pangkalan data tesis kedoktoran MIT. 129 00:07:57,292 --> 00:07:58,792 -Projek... -Liberator. 130 00:07:58,875 --> 00:08:01,000 Awak pandai cipta jenama. 131 00:08:02,917 --> 00:08:05,667 Amboi, pilihan rekaan yang berani. 132 00:08:05,750 --> 00:08:07,375 Kenapa? Saya suka animasi Jepun. 133 00:08:07,458 --> 00:08:11,042 Jika tak berhasil, kita akan dapat model Gundam termahal di dunia. 134 00:08:11,125 --> 00:08:12,625 J.A.R.V.I.S., cari dalam gudang. 135 00:08:12,750 --> 00:08:15,292 Kita perlukan pendawaian FPV, pelitaran nano, 136 00:08:15,375 --> 00:08:17,833 dan Bloody Mary. Saya dah mula pening. 137 00:08:17,917 --> 00:08:20,792 INDUSTRI STARK 138 00:08:44,125 --> 00:08:47,292 Juruterbang manusia boleh buat silap. Jika J.A.R.V.I.S. memandu, 139 00:08:47,375 --> 00:08:52,125 dron bertindak balas dalam masa nyata dan tiada manusia perlu bergerak. 140 00:08:53,958 --> 00:08:58,250 Ujian pertama operasi Dron Liberator Stark. Masa untuk beraksi. 141 00:09:02,583 --> 00:09:04,375 Hanya gagal jika meletup. 142 00:09:05,208 --> 00:09:06,667 Okey, seperti itu. 143 00:09:07,250 --> 00:09:10,250 Nampaknya pemproses kawal atur dron terlalu pantas. 144 00:09:10,333 --> 00:09:12,708 Kita perlukan sumber kuasa lain. 145 00:09:12,792 --> 00:09:18,042 Hei, jika kita boleh kecilkan arka reaktor... 146 00:09:18,167 --> 00:09:20,750 -Tidak, idea itu dungu. -Kita perlukan vibranium. 147 00:09:20,833 --> 00:09:23,667 Jika kuasanya betul, ia boleh jadi sumber kuasa mandiri. 148 00:09:23,750 --> 00:09:25,500 Ya, awak dah pandai berfikir. 149 00:09:25,583 --> 00:09:27,750 Malangnya ayah saya dah habiskan semasa perang. 150 00:09:28,583 --> 00:09:29,708 Tidak semuanya. 151 00:09:39,375 --> 00:09:40,583 Dari mana awak dapat? 152 00:09:40,667 --> 00:09:42,792 Macam-macam barangan muncul di merata dunia. 153 00:09:42,875 --> 00:09:44,208 Cuma perlu ada kenalan. 154 00:09:44,292 --> 00:09:46,125 Saya kenal seseorang. 155 00:09:46,208 --> 00:09:50,125 Ulysses Klaue? Tidak, Tony. Tidak sama sekali. 156 00:09:50,208 --> 00:09:52,708 Bolehkah awak cakap begitu pada orang kaya macam saya? 157 00:09:52,792 --> 00:09:54,208 Tony, jangan lupa, 158 00:09:54,292 --> 00:09:58,375 Industri Stark tak berkawan dengan pengedar senjata pasaran gelap. 159 00:09:58,458 --> 00:10:00,417 -Betul kata dia, Tony. -Apa? 160 00:10:00,500 --> 00:10:02,708 Jika keadaan jadi teruk, pemegang saham marah. 161 00:10:02,792 --> 00:10:04,750 Melainkan kita ada alasan diplomatik. 162 00:10:04,833 --> 00:10:06,792 Kita hantar Rhodey. Dia Tentera Udara AS. 163 00:10:06,875 --> 00:10:09,708 Dia pegawai hubungan tentera kita. Semua selesai. 164 00:10:09,792 --> 00:10:11,500 Bagus idea itu. 165 00:10:11,583 --> 00:10:14,625 Bagus. Semua dah diluluskan. Pep, sediakan pesanan pembelian. 166 00:10:17,250 --> 00:10:20,042 LAMAN BARANG BURUK PINGGIR LAUT AFRIKA 167 00:10:20,375 --> 00:10:22,417 Tetamu penting dah tiba. 168 00:10:22,500 --> 00:10:26,000 Bukannya selalu orang Amerika nak bergaul dengan orang macam saya. 169 00:10:26,083 --> 00:10:28,833 Dunia tak dapat dibersihkan tanpa mengotorkan tangan. 170 00:10:29,042 --> 00:10:32,417 Bagusnya ayat itu. Awak patut sulam pada bantal. 171 00:10:33,042 --> 00:10:36,250 Dia memang banyak cakap. Beritahu saja awak nak tengok produk. 172 00:10:36,333 --> 00:10:37,917 Tentang vibranium itu... 173 00:10:38,958 --> 00:10:40,292 Tiada mukadimah nampaknya. 174 00:10:41,458 --> 00:10:44,333 Tak apalah, memang membazir masa pun. 175 00:10:45,583 --> 00:10:48,958 Tombak Dora Milaje. 176 00:10:49,042 --> 00:10:52,375 Saya beli $10 juta di pasaran gelap. Memang mahal, tapi... 177 00:10:52,458 --> 00:10:56,042 Tolonglah, Tony habiskan $10 juta pada hari yang membosankan di Vegas. 178 00:10:56,125 --> 00:11:01,208 Bagus, sebab awak memang serius, ayuh beralih ke barang baik. 179 00:11:10,625 --> 00:11:12,042 Dari mana awak jumpa semua ini? 180 00:11:13,083 --> 00:11:15,458 Apa yang berlaku? Ada penceroboh. 181 00:11:15,542 --> 00:11:17,167 Cari dan kurung mereka. 182 00:11:20,250 --> 00:11:23,625 Killmonger, awak nampak apa-apa? Killmonger! 183 00:11:25,333 --> 00:11:27,042 Sektor empat menghubungi sektor satu. 184 00:11:30,000 --> 00:11:32,000 Killmonger, hidupkan komunikator. Awak nampak? 185 00:12:05,375 --> 00:12:07,500 Pertengkaran kami bukan dengan awak, kolonel. 186 00:12:07,583 --> 00:12:09,917 Betul? Tapi awak serang kami. 187 00:12:10,000 --> 00:12:12,542 Biar saya bawa vibranium kembali ke tempat asalnya. 188 00:12:12,625 --> 00:12:14,417 Maaf, sepupu. Tak bolehlah begitu. 189 00:12:27,250 --> 00:12:29,250 Saya harap tak perlu bertindak begini. 190 00:12:36,375 --> 00:12:39,833 R&D Stark memang hebat. Perenjat sonik ini luar biasa. 191 00:12:41,042 --> 00:12:42,042 Tapi ini... 192 00:12:46,375 --> 00:12:48,708 -Ini yang saya mahu. -Kenapa, Erik? 193 00:12:50,417 --> 00:12:53,458 Soalan yang lebih wajar, mengapa pakai uniform penindas awak? 194 00:12:53,542 --> 00:12:55,708 Awak mahu berjuang atau mati demi mereka? 195 00:12:55,792 --> 00:13:00,750 Kita perlu menyertai satu sistem untuk mengubahnya. 196 00:13:00,833 --> 00:13:02,958 Tak perlu. Kita boleh hancurkannya. 197 00:13:12,292 --> 00:13:16,458 Aduhai, saya tak nak main catur dengan awak. 198 00:13:16,542 --> 00:13:20,042 Saya bocorkan tentang jualan ini kepada War Dogs Wakanda. 199 00:13:20,125 --> 00:13:23,917 Semuanya berlaku seperti yang awak ramalkan. 200 00:13:27,875 --> 00:13:30,708 Ayuh masukkan produk. Dora akan tiba sebentar lagi. 201 00:13:55,333 --> 00:13:57,458 Tentera AS, Industri Stark Terlibat dalam Kematian Putera Wakanda 202 00:13:57,542 --> 00:13:59,958 Kami takkan duduk diam sedangkan sumber kami dirampas, 203 00:14:00,042 --> 00:14:03,958 dan rakyat kami dibunuh oleh imperialis Amerika. 204 00:14:04,042 --> 00:14:06,292 Hei, Tony. Saya bawakan cenderahati. 205 00:14:06,958 --> 00:14:09,375 Apa? Hadiah dari kedai coklat di lapangan terbang? 206 00:14:09,458 --> 00:14:10,875 Awak dah tonton berita? 207 00:14:10,958 --> 00:14:13,333 Orang kita pun terkorban. Ayuh tunjuk siapa bos. 208 00:14:13,792 --> 00:14:15,958 Siapa bos sebenar, leftenan? 209 00:14:16,042 --> 00:14:18,000 Seingat saya, nama awak pada bangunan. 210 00:14:18,458 --> 00:14:21,125 Serta dalam semua kertas kerja. Pasti awak nampak. 211 00:14:22,000 --> 00:14:23,417 Namun awak tak nampak semuanya. 212 00:14:27,708 --> 00:14:31,417 Nasihat saya, jangan berahsia dengan J.A.R.V.I.S. Dia nampak semuanya. 213 00:14:31,500 --> 00:14:34,958 Pergilah telefon polis. Mereka takkan sempat tiba. 214 00:14:35,042 --> 00:14:38,250 Polis penguat kuasa undang-undang. Saya mahu keadilan. 215 00:14:42,083 --> 00:14:44,375 Awak tak pernah bekerja seumur hidup. 216 00:14:44,458 --> 00:14:46,375 Awak nak minta Pepper bunuh saya? 217 00:14:46,458 --> 00:14:49,875 Mungkin tidak, tapi tak perlu. Saya dah cairkan cincin awak. 218 00:14:54,917 --> 00:14:56,833 Betul kata awak, vibranium memang sesuai. 219 00:15:00,250 --> 00:15:02,083 Bagaimana? Nak raikan pembunuhan? 220 00:15:16,458 --> 00:15:18,708 Dia tahu kelemahan awak, kan? 221 00:15:18,792 --> 00:15:22,375 Jangan lupa awak yang programkan dron itu. Gerakan kamu berdua sama. 222 00:15:22,458 --> 00:15:24,167 Nampaknya saya perlu ubah serangan. 223 00:15:56,250 --> 00:15:59,083 Setiap tanda melambangkan pembunuhan. Awak patut tahu, Tony, 224 00:15:59,167 --> 00:16:01,083 saya teringin letak tanda awak. 225 00:16:02,833 --> 00:16:06,167 Saya pernah terfikir kita berdua boleh menakluki dunia. 226 00:16:06,667 --> 00:16:09,042 Kita tak berjuang dalam pertempuran yang sama, Tony. 227 00:16:10,375 --> 00:16:15,000 Dua anak yatim piatu bijak, yang mahu membanggakan ayah mereka. 228 00:16:15,083 --> 00:16:16,458 Bunyinya agak sama. 229 00:16:16,542 --> 00:16:18,375 Beza antara kita berdua, 230 00:16:20,000 --> 00:16:22,917 ialah awak tak nampak perbezaan kita berdua. 231 00:16:38,833 --> 00:16:42,458 Tombak vibranium keluaran Wakanda. Pasti angkara pembunuh upahan. 232 00:16:42,542 --> 00:16:43,958 Orang Wakanda beri amaran. 233 00:16:44,042 --> 00:16:45,333 Amaran yang agak keras. 234 00:16:45,417 --> 00:16:47,333 Kenapa tak dirakam oleh kamera pengawasan? 235 00:16:47,417 --> 00:16:50,000 J.A.R.V.I.S. dipadam bersih. Dengan mudah. 236 00:16:50,625 --> 00:16:51,917 Apa maksud awak, Pepper? 237 00:16:52,000 --> 00:16:54,917 Tiga pembunuhan dalam dua hari dengan satu orang yang sama. 238 00:16:55,000 --> 00:16:57,417 Awak bercakap dengan anggota tentera laut terhormat. 239 00:16:57,500 --> 00:16:58,500 Tak apa, jeneral. 240 00:16:58,583 --> 00:17:01,375 Jangan terlalu berkeras dengan dia. Dia dan Tony rapat. 241 00:17:02,875 --> 00:17:03,958 Apa tindakan seterusnya? 242 00:17:04,042 --> 00:17:06,083 Mereka mahu perang, kita akan berikan. 243 00:17:06,167 --> 00:17:07,875 Mulakan pengeluaran dron Liberator. 244 00:17:07,958 --> 00:17:11,125 Sekejap, peruntukan berjuta-juta dolar diperlukan. 245 00:17:11,208 --> 00:17:12,792 Kita perlu rujuk ahli lembaga. 246 00:17:12,875 --> 00:17:14,625 Akta Patriot akan diguna pakai. 247 00:17:14,708 --> 00:17:18,167 Dengan ini Tentera AS akan mengawal semua aset Industri Stark. 248 00:17:18,667 --> 00:17:19,875 Pasti awak bergurau. 249 00:17:19,958 --> 00:17:22,708 Saya tak pernah bergurau, Cik Potts. 250 00:17:22,792 --> 00:17:25,208 Kita dalam peperangan. Awak bekerja untuk saya. 251 00:17:34,375 --> 00:17:39,000 Tahniah, leftenan. Awak baru saja mencipta pertarungan kurun ke-21. 252 00:17:57,333 --> 00:17:59,292 Nampaknya itu... 253 00:17:59,375 --> 00:18:03,000 Ya! 254 00:18:03,917 --> 00:18:06,875 Seronok melihat vibranium saya dimanfaatkan. 255 00:18:06,958 --> 00:18:11,000 Ya, saya baru saja bermula. Nak pergi berjalan-jalan? 256 00:18:16,333 --> 00:18:20,708 -Di sini tempatnya? -Orang Wakanda banyak muslihat. 257 00:18:32,875 --> 00:18:34,083 Wakanda. 258 00:18:34,667 --> 00:18:36,542 Saya dah menemuinya, ayah. 259 00:18:36,625 --> 00:18:39,833 Hei, budak! Jom, kita kena pergi. 260 00:18:39,917 --> 00:18:41,458 Saya tak mahu urus niaga kita 261 00:18:41,542 --> 00:18:44,125 berakhir di hujung tombak mereka. 262 00:18:44,208 --> 00:18:45,250 Orang gasar. 263 00:18:45,333 --> 00:18:48,125 Awak pun cakap tadi, orang Wakanda banyak muslihat. 264 00:19:00,125 --> 00:19:02,375 Saya bawa hadiah dan tawaran demi keadilan. 265 00:19:03,667 --> 00:19:07,458 Saya N'Jadaka, anak Putera N'Jobu. 266 00:19:10,250 --> 00:19:11,667 Apa perkara mengarut ini? 267 00:19:11,750 --> 00:19:13,583 N'Jobu tiada anak! 268 00:19:13,667 --> 00:19:17,208 Saya yang buat kita percaya tentang itu. 269 00:19:19,250 --> 00:19:20,458 Kita sedang berperang. 270 00:19:20,542 --> 00:19:23,583 Dia masih askar Amerika. Apa yang dia tahu tentang kaum kita? 271 00:19:23,667 --> 00:19:25,458 Mereka kaum saya juga, sepupu. 272 00:19:25,542 --> 00:19:27,667 Saya bawakan orang yang curi vibranium awak 273 00:19:27,750 --> 00:19:31,167 dan membunuh kaum awak sebagai bukti kesetiaan pada Wakanda. 274 00:19:47,750 --> 00:19:50,417 Mata kamu seiras mata bapa kamu. 275 00:19:52,250 --> 00:19:54,333 Dia banyak bercerita tentang tuanku. 276 00:19:54,417 --> 00:19:58,417 Melihat matahari terbenam di puncak Gunung Bashenga dengan abangnya. 277 00:19:58,917 --> 00:20:03,375 Saya kongsi kisah yang sama dengan anak saya. 278 00:20:03,708 --> 00:20:06,708 Saya habiskan seluruh hidup mencari rumah saya. 279 00:20:06,792 --> 00:20:10,708 Tenanglah, anak saudaraku. Kamu sudah pulang. 280 00:20:11,750 --> 00:20:15,167 Tiada masa untuk berehat, tuanku. Peperangan sudah tiba. 281 00:20:17,875 --> 00:20:20,000 Dron itu dibuat daripada aloi vibranium. 282 00:20:20,083 --> 00:20:22,292 Seperti senjata awak, sukar dimusnahkan. 283 00:20:22,375 --> 00:20:26,625 Tolonglah, orang Amerika yang membinanya. Kita sempat balik makan tengah hari. 284 00:20:26,708 --> 00:20:28,417 Pasti tidak semudah itu. 285 00:20:28,500 --> 00:20:30,875 Dron beroperasi melalui matriks sarang. 286 00:20:30,958 --> 00:20:34,750 Saling berkomunikasi dalam masa nyata untuk memaksimumkan strategi. 287 00:20:34,833 --> 00:20:37,125 Bagaimana kita nak putuskan sambungannya? 288 00:20:37,208 --> 00:20:38,792 Umpannya ke dalam perisai daya. 289 00:20:38,875 --> 00:20:41,625 Gangguan elektromagnet akan menyekat taut naik ke satelit. 290 00:20:41,708 --> 00:20:44,583 Awak nak benarkan robot pembunuh masuk ke kota kita? 291 00:20:44,667 --> 00:20:47,333 Hanya itu cara untuk memutuskan sambungan AI J.A.R.V.I.S. 292 00:20:47,417 --> 00:20:49,000 Selepas itu, kita musnahkannya. 293 00:20:49,083 --> 00:20:51,458 Orang Amerika tiada lagi vibranium untuk membinanya. 294 00:20:51,542 --> 00:20:54,167 Patutkah kami mempertaruhkan nyawa kaum kami di tangan awak? 295 00:20:54,250 --> 00:20:56,542 Saya tahu perasaan kehilangan seseorang. 296 00:20:56,625 --> 00:21:00,333 Jika saya berpeluang menuntut bela demi ayah saya, saya pasti lakukannya. 297 00:21:03,458 --> 00:21:05,375 Mereka membunuh anak tuanku. 298 00:21:05,458 --> 00:21:09,375 Ada kemungkinan saya benar, dan bukankah ini berbaloi? 299 00:21:09,958 --> 00:21:11,583 Apa pendapat awak, jeneral? 300 00:21:17,417 --> 00:21:18,833 Demi T'Challa! 301 00:21:54,500 --> 00:21:56,417 PUSAT KAWALAN DRON NEVADA 302 00:21:56,958 --> 00:21:58,125 Maklumkan status. 303 00:21:58,208 --> 00:22:01,125 Seluruh sistem berfungsi. Dron sedang ambil posisi. 304 00:22:01,208 --> 00:22:02,667 Ini ibu negara Wakanda? 305 00:22:02,750 --> 00:22:05,375 -Sahkan lokasi. -Semua dron membidik sasaran. 306 00:22:08,708 --> 00:22:09,833 Masanya dah tiba. 307 00:22:09,917 --> 00:22:14,167 Ayah pasti tentang ini? Membiarkan orang asing menentukan takdir kita? 308 00:22:14,250 --> 00:22:15,708 Dia keluarga. 309 00:22:15,792 --> 00:22:17,167 Buka perisai. 310 00:22:24,167 --> 00:22:27,375 Wakanda. Khabar angin itu benar. 311 00:22:35,292 --> 00:22:37,500 Tunjukkan kehebatan sebenar Tentera AS. 312 00:22:37,583 --> 00:22:38,625 Tuanku? 313 00:22:38,708 --> 00:22:40,000 Tutup perisai. 314 00:22:53,625 --> 00:22:55,083 Apa yang berlaku? 315 00:22:55,167 --> 00:22:56,333 Ada gangguan. 316 00:22:56,417 --> 00:22:57,750 Semua dron terputus hubungan. 317 00:22:57,833 --> 00:23:00,125 Ya, saya tahu. Sambungkan semula! 318 00:23:09,250 --> 00:23:12,083 Cara itu berhasil. Betul kata awak. 319 00:23:12,167 --> 00:23:13,542 Terima kasih, anak saudara. 320 00:23:13,625 --> 00:23:16,875 Kamu membanggakan ayah dan pak cik kamu. 321 00:23:16,958 --> 00:23:18,750 Saya cuma mahu berkhidmat demi Wakanda. 322 00:23:18,833 --> 00:23:22,208 Mari sertai keraian kami malam ini. 323 00:23:22,292 --> 00:23:24,833 Apa jua perjalanan kehidupan kamu, 324 00:23:24,917 --> 00:23:27,417 rumah kamu sentiasa menanti di Wakanda. 325 00:23:28,375 --> 00:23:30,000 Saya mahu lebih lagi. 326 00:23:38,583 --> 00:23:39,875 Mustahil. 327 00:23:39,958 --> 00:23:41,625 Patutnya hubungan dron dah terputus. 328 00:23:41,708 --> 00:23:44,500 Tony Stark! Pasti dia bina pemancar sandaran. 329 00:23:44,583 --> 00:23:45,792 Kenapa dia buat begitu? 330 00:23:45,875 --> 00:23:47,750 Dia penjahat yang tak percayakan sesiapa. 331 00:23:51,458 --> 00:23:53,042 Serang! 332 00:24:20,667 --> 00:24:23,250 Wakanda selamanya! 333 00:25:34,375 --> 00:25:36,417 Wakanda selamanya! 334 00:25:42,500 --> 00:25:44,042 Demi T'Challa! 335 00:25:56,292 --> 00:25:57,958 TAUT NAIK DRON TERPUTUS 336 00:26:29,125 --> 00:26:31,292 Adakah ia memenuhi jangkaan kamu? 337 00:26:31,375 --> 00:26:32,625 Malah melampauinya. 338 00:26:32,708 --> 00:26:36,083 Kalaulah kita boleh kongsikan dengan saudara kita di seluruh dunia. 339 00:26:36,167 --> 00:26:38,500 Ayah kamu juga mahukannya. 340 00:26:38,583 --> 00:26:42,042 Mungkin sebab itu Bast bawa kamu kembali ke sini. 341 00:26:42,125 --> 00:26:45,375 Saya hamba Wakanda yang setia, tuanku. 342 00:26:45,458 --> 00:26:47,333 Izinkan saya berkhidmat. 343 00:26:48,667 --> 00:26:54,708 Dengan herba ini, kamulah Black Panther seterusnya. 344 00:27:13,792 --> 00:27:15,583 Adakah berbaloi... 345 00:27:17,792 --> 00:27:18,958 sepupu? 346 00:27:19,833 --> 00:27:22,000 Ya, saya buat apa yang perlu. 347 00:27:22,083 --> 00:27:24,333 Untuk apa? Takhta? 348 00:27:24,417 --> 00:27:26,250 Untuk menuntut bela demi ayah saya. 349 00:27:26,333 --> 00:27:29,333 Serta untuk semua saudara saya yang menderita akibat penindasan 350 00:27:29,417 --> 00:27:31,167 sementara awak hanya duduk dan lihat. 351 00:27:31,250 --> 00:27:34,792 Awak percaya penawar bagi penderitaan ialah lebih banyak penderitaan. 352 00:27:34,875 --> 00:27:37,417 Penawarnya ialah kuasa, dan kini saya memilikinya. 353 00:27:37,500 --> 00:27:39,458 Kerana awak mencurinya. 354 00:27:39,542 --> 00:27:44,042 Kuasa yang tak dimiliki selayaknya sangat rapuh, sepupu. 355 00:27:44,125 --> 00:27:46,625 Akhirnya ia akan menghancurkan awak. 356 00:27:46,708 --> 00:27:49,958 Dalam dunia awak, atau dunia kami. 357 00:27:53,583 --> 00:27:55,792 HANYA ANDA YANG BOLEH MENUNTUT BELA DEMI TONY STARK 358 00:27:55,875 --> 00:27:57,708 Pemusnah mengelilingi pantai Afrika. 359 00:27:57,792 --> 00:28:00,167 Sediakan semua misil Jericho sebelum jam 0600. 360 00:28:00,250 --> 00:28:01,958 -Baik, tuan. -Tuan, 361 00:28:02,042 --> 00:28:03,667 bukankah terlalu banyak senjata 362 00:28:03,750 --> 00:28:06,333 disasarkan pada negara yang tak dapat dicari dalam peta? 363 00:28:06,417 --> 00:28:08,417 Esok kita tak perlu cari lagi. 364 00:28:20,792 --> 00:28:22,833 Apa? Bagaimana awak dapat masuk? 365 00:28:22,917 --> 00:28:24,417 Saya nak membantu, Cik Potts. 366 00:28:29,125 --> 00:28:31,417 Saya dah agak. Dia yang bunuh Tony. 367 00:28:31,500 --> 00:28:34,083 Serta abang awak. Dari mana awak dapat maklumat ini? 368 00:28:34,167 --> 00:28:37,458 En. Stark memang genius, tapi bukan hanya dia yang genius. 369 00:28:37,542 --> 00:28:39,125 Nampaknya musuh kita sama. 370 00:28:39,208 --> 00:28:43,458 Malangnya, tentera pihak saya dan awak enggan mengakuinya. 371 00:28:43,542 --> 00:28:46,750 Ayuh kita bersama-sama buka mata mereka. 372 00:28:47,542 --> 00:28:50,375 Wira tak pernah terus hilang. 373 00:28:51,292 --> 00:28:52,958 Mereka hidup selama-lamanya. 374 00:28:54,000 --> 00:28:58,000 Begitu juga mereka yang bersemangat untuk meneruskan perjuangan. 375 00:29:32,125 --> 00:29:35,875 BERDASARKAN KOMIK MARVEL 376 00:30:59,542 --> 00:31:01,542 Terjemahan sari kata oleh Farahiah Senin