1 00:00:06,006 --> 00:00:07,924 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:11,970 --> 00:00:14,764 Selepas lihat ibunya gelak lagak remaja gatal, 3 00:00:14,848 --> 00:00:17,225 di dalam kereta mewah Dr. Jackson, 4 00:00:17,308 --> 00:00:19,853 remaja ini dahagakan jawapan. 5 00:00:19,936 --> 00:00:22,313 Adakah itu gelagat ibunya menggatal, 6 00:00:22,397 --> 00:00:25,191 atau ia cuma perjumpaan kerja biasa 7 00:00:25,275 --> 00:00:27,944 di tempat buat projek paling berleluasa? 8 00:00:30,196 --> 00:00:33,033 Oh, Devi! Kenapa dengan muka kamu? 9 00:00:33,116 --> 00:00:35,452 Muka macam nak sesuatu atau buat salah. 10 00:00:36,036 --> 00:00:38,246 Tak. Saya cuma teruja tengok mak. 11 00:00:38,329 --> 00:00:39,164 Apa cerita? 12 00:00:39,247 --> 00:00:42,834 Ada perkara menarik berlaku di pejabat, dengan seseorang? 13 00:00:42,917 --> 00:00:46,004 Kamu berminat nak tahu tentang kerja mak? 14 00:00:46,087 --> 00:00:48,423 Kamu tak pernah tanya hatta sekali pun. 15 00:00:48,506 --> 00:00:49,799 Mana mungkin. 16 00:00:49,883 --> 00:00:52,969 Saya budak skema, skinhead! Bukan itu. 17 00:00:53,053 --> 00:00:56,139 Saya cuma nak jadi kurang pentingkan diri. 18 00:00:56,222 --> 00:00:59,809 Jadi, apa-apa yang menarik berlaku di tempat kerja? 19 00:01:00,852 --> 00:01:05,565 Nak tahu tak? Sesuatu tak dijangka berlaku di tempat kerja. 20 00:01:06,566 --> 00:01:08,109 Ibu bapa Prashant hubungi mak. 21 00:01:08,193 --> 00:01:11,529 Mereka akan melawat Sherman Oaks. 22 00:01:11,613 --> 00:01:12,655 Apa? 23 00:01:12,739 --> 00:01:16,076 Amboi! Ya Tuhan! Kamu tahu apa maksudnya? 24 00:01:16,659 --> 00:01:17,827 Dia akan melamar. 25 00:01:18,453 --> 00:01:20,455 Tidak, terlalu awal untuk itu. 26 00:01:20,538 --> 00:01:22,415 Ya, hal yang sangat menarik. 27 00:01:22,499 --> 00:01:24,626 Mak, sambung cerita tentang kerja. 28 00:01:25,710 --> 00:01:27,045 Ceritakanlah. 29 00:01:27,128 --> 00:01:29,047 Oh, ya, mak teringat sesuatu. 30 00:01:29,130 --> 00:01:32,801 Minggu ini ada banyak makan malam. Jadi, kamu pandai-pandailah. 31 00:01:32,884 --> 00:01:36,054 Mungkin kami semua boleh ikut mak. 32 00:01:37,180 --> 00:01:40,100 Sayang, mak hargai minat kamu terhadap kerja mak 33 00:01:40,183 --> 00:01:41,768 yang datang tiba-tiba ini. 34 00:01:41,851 --> 00:01:45,647 Cuma terlalu melebih. Kurangkan sikit macam sebelum ini. 35 00:01:51,653 --> 00:01:55,990 …MENGEKORI IBU SENDIRI 36 00:01:57,867 --> 00:01:59,953 Hei, Fab. Soalan. 37 00:02:00,036 --> 00:02:02,705 Apa awak buat kalau nampak mak awak berintiman dalam kereta 38 00:02:02,789 --> 00:02:03,665 dengan lelaki lain? 39 00:02:03,748 --> 00:02:05,625 Dia curang dengan ayah saya? 40 00:02:05,708 --> 00:02:07,168 Tak. Ayah awak dah mati. 41 00:02:07,252 --> 00:02:08,169 Apa? 42 00:02:08,253 --> 00:02:11,798 Maafkan saya. Ini tentang saya. Saya patut mula dengannya. 43 00:02:11,881 --> 00:02:15,593 Saya rasa ibu saya mungkin bercinta, tapi terlalu awal, bukan? 44 00:02:15,677 --> 00:02:17,470 Ayah saya baru saja meninggal. 45 00:02:17,554 --> 00:02:19,889 Mungkin seks pengubat kesedihannya. 46 00:02:20,640 --> 00:02:23,726 Fab! Itu tak membantu dan menggelikan! 47 00:02:25,145 --> 00:02:26,688 Hei, El. 48 00:02:27,272 --> 00:02:31,484 Wah. Dia masih marah. Saya mesej dia dan dia tak balas. 49 00:02:31,568 --> 00:02:35,071 Kenapa awak cuba nak berbaik? Dia yang patut minta maaf. 50 00:02:36,197 --> 00:02:39,868 Saya cuma rindukan dia. Jujurnya, saya tak suka bergaduh. 51 00:02:39,951 --> 00:02:42,787 Awak tak penatkah orang asyik marahkan awak? 52 00:02:43,454 --> 00:02:46,833 Mereka tak marahkan saya sepanjang masa, bukan? 53 00:02:48,877 --> 00:02:50,920 Ilmuwan, berita buruk. 54 00:02:51,004 --> 00:02:54,966 Perbalahan cikgu dengan lembaga sekolah berakhir dengan kegagalan. 55 00:02:55,049 --> 00:02:59,846 Cikgu perlu buat peperiksaan akhir, bukan ujian akhir tarian tafsiran. 56 00:02:59,929 --> 00:03:01,931 Tapi saya dah pesan sut ketat dari Amazon! 57 00:03:02,015 --> 00:03:04,142 Namun, mereka tak boleh halang cikgu 58 00:03:04,225 --> 00:03:07,395 daripada menawarkan kredit tambahan untuk kreativiti. 59 00:03:08,688 --> 00:03:13,359 Tugasannya, buat pembentangan lisan pada hujung minggu ini 60 00:03:13,443 --> 00:03:16,821 tentang peristiwa hebat dalam sejarah Amerika 61 00:03:16,905 --> 00:03:21,910 yang telah meninggalkan kesan kepada kamu dan keluarga kamu. 62 00:03:22,869 --> 00:03:25,955 Kelas ini dipanggil Depani Sejarah. 63 00:03:27,123 --> 00:03:30,126 Siapa cukup berani untuk hadapi sejarah mereka? 64 00:03:31,836 --> 00:03:33,129 Ada sesiapa lagi? 65 00:03:36,299 --> 00:03:38,218 Paxton, kamu perlu guna tandas? 66 00:03:38,301 --> 00:03:41,387 Tak, saya nak buat projek kredit tambahan. 67 00:03:41,471 --> 00:03:42,305 Apa? 68 00:03:43,932 --> 00:03:46,392 Itu hebat dan tak mengejutkan pun. 69 00:03:48,519 --> 00:03:49,354 Okey. 70 00:03:54,484 --> 00:03:56,486 Awak buat perubahan, Lyle. 71 00:03:58,154 --> 00:04:00,573 Devi terdesak mahu mengkantoikan ibunya 72 00:04:00,657 --> 00:04:03,076 kerana bercinta dengan Dr. Jackson, 73 00:04:03,159 --> 00:04:07,622 namun memikirkan pertelingkahannya dengan Aneesa dan Eleanor, 74 00:04:07,705 --> 00:04:10,583 dia tahu dia perlukan bukti sebelum nak meroyan. 75 00:04:11,209 --> 00:04:12,168 Tepat sekali. 76 00:04:15,129 --> 00:04:16,673 MAKAN MALAM BERSAMA CHRIS JACKSON 77 00:04:19,467 --> 00:04:21,970 - Apa kamu buat di sini? - Curi duit. 78 00:04:22,053 --> 00:04:23,179 Apa? Untuk apa? 79 00:04:24,347 --> 00:04:26,557 Saya tak ada duit sebab saya budak. 80 00:04:27,767 --> 00:04:28,726 Keluar. 81 00:04:28,810 --> 00:04:30,645 SEKOLAH TINGGI SHERMAN OAKS 82 00:04:30,728 --> 00:04:32,230 Terima kasih teman saya. 83 00:04:32,313 --> 00:04:34,857 Mesti Tom dan Rita berlatih bersama. Pasti seronok. 84 00:04:35,942 --> 00:04:37,819 Hei, apa khabar? 85 00:04:39,862 --> 00:04:42,490 Sudahlah, ini gila! 86 00:04:42,573 --> 00:04:44,951 Seminggu kita tak berbual dan kita kawan baik. 87 00:04:45,743 --> 00:04:49,831 Kawan baik takkan cuba sabotaj hubungan masing-masing. 88 00:04:49,914 --> 00:04:53,626 Saya minta maaf kerana tuduh Malcolm menipu awak, 89 00:04:53,710 --> 00:04:55,086 tapi itu salah faham. 90 00:04:55,169 --> 00:04:56,796 Awak lukakan hati dia. 91 00:04:56,879 --> 00:04:59,882 Dia sangat tertekan sampai naik ruam di badan. 92 00:04:59,966 --> 00:05:03,886 Saya perlu tanggalkan semua gelang tangan saya beli dari kedai Robert Downey Jr. 93 00:05:03,970 --> 00:05:07,974 Saya betul-betul minta maaf, tapi saya ingat saya cuma jaga Eleanor. 94 00:05:08,558 --> 00:05:11,269 Amboi, awak fikir cara terbaik menjaga Eleanor 95 00:05:11,352 --> 00:05:13,479 ialah buat dia curigai kekasihnya? 96 00:05:14,647 --> 00:05:16,858 Saya rasa hati awak busuk. 97 00:05:16,941 --> 00:05:20,611 Hati dia tak busuk, Malcolm. Itu agak melampau. 98 00:05:20,695 --> 00:05:24,032 Awak pertahankan dia apabila dia buat emosi saya koyak? 99 00:05:24,115 --> 00:05:25,825 Saya mangsa di sini, Eleanor. 100 00:05:25,908 --> 00:05:27,243 Okey. Aduhai! 101 00:05:27,327 --> 00:05:29,746 Tidak. Tak okey. 102 00:05:31,164 --> 00:05:34,000 Awak tak pedulikan saya dalam hubungan ini. 103 00:05:38,755 --> 00:05:39,630 Eleanor! 104 00:05:41,841 --> 00:05:43,426 Penghujung abad ke-20, 105 00:05:43,509 --> 00:05:46,929 komuniti pendatang muncul di Timur Manhattan. 106 00:05:47,013 --> 00:05:49,766 Nenek moyang saya pekerja pakaian di sana. 107 00:05:49,849 --> 00:05:54,854 Jadi saya akan ceritakan kisah Ruthie Gross dari Jalan Rivington. 108 00:05:56,939 --> 00:05:59,275 - Awak okey? - Apa? 109 00:05:59,359 --> 00:06:00,651 Kenapa pandang saya? 110 00:06:00,735 --> 00:06:04,655 Taklah. Saya cari telefon saya. 111 00:06:09,285 --> 00:06:10,286 Ini dia. 112 00:06:24,342 --> 00:06:25,635 Saya masak malam ini. 113 00:06:25,718 --> 00:06:28,262 Apa pendapat awak tentang lelaki berapron? 114 00:07:02,463 --> 00:07:03,464 Mak pergi dulu. 115 00:07:04,715 --> 00:07:06,676 Hei, sepupu! 116 00:07:06,759 --> 00:07:09,971 Jadi saya fikir awak dan saya patut melepak. 117 00:07:10,054 --> 00:07:12,890 Saya anggap awak macam kakak saya. 118 00:07:13,558 --> 00:07:17,103 Saya ada tiga adik. Awak tak lain cuma sepupu kegemaran saya. 119 00:07:18,187 --> 00:07:20,940 Okey. Jadi awak apa cerita? 120 00:07:21,941 --> 00:07:25,361 Sejujurnya, hal tentang Prashant buat saya tertekan. 121 00:07:25,445 --> 00:07:26,654 Dia akan melamarkah? 122 00:07:26,737 --> 00:07:29,657 Kata-katanya tentang kerja saya baru-baru ini buat saya fikir 123 00:07:29,740 --> 00:07:32,076 jika dia calon yang sesuai. Entahlah… 124 00:07:32,160 --> 00:07:34,412 Kamala, awak nampak serabut. 125 00:07:34,495 --> 00:07:38,040 Jom keluar makan yogurt beku dan kita sambung borak. 126 00:07:38,833 --> 00:07:41,502 Bawa kunci kereta. Awak pandu. 127 00:07:42,170 --> 00:07:43,254 Boleh juga. 128 00:07:43,754 --> 00:07:45,298 Okey, fikir. 129 00:07:50,178 --> 00:07:55,975 BUKU UNTUK DISEDEKAHKAN 130 00:08:04,233 --> 00:08:05,193 Ojichan. 131 00:08:23,294 --> 00:08:26,172 "Kem Manzanar, 1944." 132 00:08:33,429 --> 00:08:35,139 JURNAL SUSUMU YOSHIDA 133 00:08:39,644 --> 00:08:40,645 Biar betul. 134 00:08:43,272 --> 00:08:46,025 Macam bukan kedai yogurt. Kedai timbulkah? 135 00:08:46,108 --> 00:08:48,736 Undang-undang zon di California longgar. 136 00:08:48,819 --> 00:08:51,155 Kamala, jangan marah, 137 00:08:51,239 --> 00:08:53,741 tapi saya tipu sunat. 138 00:08:54,242 --> 00:08:57,995 Devi! Kita di mana? Kejap, itu kereta mak awak? 139 00:08:58,079 --> 00:09:00,289 Ya, dan ini rumah Dr. Jackson. 140 00:09:00,373 --> 00:09:03,459 Saya syak mereka bercinta. Tapi saya perlukan bukti. 141 00:09:04,627 --> 00:09:09,382 …tapi Dr. Everett, awak tahu. Dalam keluarga saya, percutian seronok. 142 00:09:09,465 --> 00:09:12,009 Wain itu ada gabus. Bukan jenis pulas. 143 00:09:12,093 --> 00:09:13,636 Ini pasti janji temu. 144 00:09:13,719 --> 00:09:16,430 Adik saya cakap saya bodoh pada Hari Kesyukuran. 145 00:09:16,514 --> 00:09:20,685 Teka apa saya buat? Saya belikan anaknya set dram untuk Krismas. 146 00:09:20,768 --> 00:09:23,896 - Boleh bayangkan budak itu main… - Jahatnya awak. 147 00:09:25,815 --> 00:09:27,316 Itu gambar anak awak? 148 00:09:28,651 --> 00:09:29,819 Ya, betul. 149 00:09:29,902 --> 00:09:31,737 Wah, dia sangat kacak. 150 00:09:32,446 --> 00:09:33,698 Dia sendiri tahu. 151 00:09:35,825 --> 00:09:37,493 Dia sedang melondeh! 152 00:09:37,577 --> 00:09:39,453 Jangan cepat buat kesimpulan. 153 00:09:40,121 --> 00:09:43,749 Mari lihat jika dia jawab mesej daripada anak tunggalnya. 154 00:09:45,543 --> 00:09:48,963 "Bagaimana dengan makan malam? Banyak kerja siap?" 155 00:09:50,006 --> 00:09:50,923 Bukan apa… 156 00:09:55,094 --> 00:09:58,097 Mak saya cuma baca mesej saya! 157 00:10:04,979 --> 00:10:06,022 Awak dengar tak? 158 00:10:06,105 --> 00:10:06,981 Dengar apa? 159 00:10:08,983 --> 00:10:10,985 Tidak. Tak ada apa-apa. 160 00:10:11,068 --> 00:10:12,236 Terima kasih. 161 00:10:12,320 --> 00:10:16,782 Makan malam sedap dan saya hargai masakan awak untuk saya. 162 00:10:16,866 --> 00:10:18,909 Saya dah cakap saya pandai masak, 163 00:10:18,993 --> 00:10:21,287 dan saya ada pencuci mulut istimewa… 164 00:10:22,204 --> 00:10:24,332 Bukan itu maksud saya 165 00:10:25,291 --> 00:10:27,376 Mungkin itu maksudnya. 166 00:10:27,877 --> 00:10:30,254 Memang ada kobler pic di dalam ketuhar. 167 00:10:46,145 --> 00:10:48,356 Alamak! Mel suara saya! 168 00:10:49,523 --> 00:10:51,651 Devi, apa kamu buat di sini? 169 00:10:51,734 --> 00:10:55,655 Saya minta maaf, Dr. Jackson. Penceroboh ini anak saya. 170 00:10:55,738 --> 00:10:58,783 Apa yang saya buat? Apa mak buat? 171 00:10:58,866 --> 00:11:03,204 Kita hanyutkan abu ayah di laut, sekarang mak keluar dengan lelaki lain? 172 00:11:03,287 --> 00:11:06,791 Disebabkan mak, satu-satunya memori ayah saya dah hilang! 173 00:11:06,874 --> 00:11:10,336 Devi, bertenang! Mak tak bercinta dengan lelaki ini! 174 00:11:10,419 --> 00:11:12,546 Ini makan malam profesional! 175 00:11:13,547 --> 00:11:17,259 Sudah tentu. Kami hanya rakan sekerja. Itu saja. 176 00:11:18,969 --> 00:11:20,888 Boleh saya ambilkan kamu tuala? 177 00:11:21,597 --> 00:11:26,394 Melihat rasa kasihan di mata Dr. Jackson, kemarahan Devi berubah jadi rasa malu. 178 00:11:26,477 --> 00:11:30,690 Apa dia buat di dalam tab panas ini? Adakah dia dah meroyan? 179 00:11:31,399 --> 00:11:34,402 Beginilah, tak perlu ambil tuala, Dr. Jackson. 180 00:11:34,485 --> 00:11:37,279 Biar dia lencun sambil muhasabah dosa sendiri. 181 00:11:37,863 --> 00:11:39,782 Jumpa mak di luar. 182 00:11:41,367 --> 00:11:44,954 Okey, Kamala. Kira sehingga 100, dan awak akan turun. 183 00:11:45,579 --> 00:11:48,916 Devi, apa mak nak buat dengan kamu? 184 00:11:48,999 --> 00:11:50,084 Maafkan saya, mak. 185 00:11:50,167 --> 00:11:52,920 Saya sangka mak bercinta semula dan saya marah! 186 00:11:54,004 --> 00:11:56,298 Saya tahu mak takkan khianati ayah, 187 00:11:58,008 --> 00:12:00,511 atau keluar berjanji temu dengan baju kuning air begini. 188 00:12:01,804 --> 00:12:05,391 Faham tak? Kamu perlu berfikir sebelum bertindak. 189 00:12:05,474 --> 00:12:07,518 Pecah masuk rumah Dr. Jackson, 190 00:12:07,601 --> 00:12:11,772 terjun masuk ke dalam tab panasnya. Itu gila namanya! 191 00:12:12,356 --> 00:12:15,151 Tak cukup dengan telefon bimbit yang rosak, 192 00:12:15,234 --> 00:12:18,154 dan mel suara ayahnya hilang dek air jakuzi, 193 00:12:18,237 --> 00:12:20,740 Devi perlu dengar mak dia gelar dia gila? 194 00:12:20,823 --> 00:12:21,949 Koyak habis. 195 00:12:22,032 --> 00:12:23,284 Tak guna, Devi Gila! 196 00:12:23,367 --> 00:12:25,369 Wah, awak memang gila! 197 00:12:25,453 --> 00:12:27,705 Semua orang betul. Awak gila, Devi. 198 00:12:31,292 --> 00:12:34,503 Kamu nak ke mana, cik adik? Mak belum habis cakap. 199 00:12:40,217 --> 00:12:41,719 Saya minta maaf, mak. 200 00:12:47,391 --> 00:12:51,061 Hei, Pax. Kamu tak makan malam, jadi ayah bawa sepinggan. 201 00:12:51,145 --> 00:12:53,522 Saya siapkan projek kredit tambahan. 202 00:12:54,106 --> 00:12:55,065 Okey. 203 00:12:57,568 --> 00:13:00,571 Ayah tahu tak atuk pernah hidup di kem tahanan? 204 00:13:00,654 --> 00:13:02,698 Saya baru jumpa jurnal ayahnya. 205 00:13:03,407 --> 00:13:05,701 Ya, atuk budak kecil di sana. 206 00:13:05,785 --> 00:13:08,162 Kenapa tak ada orang beritahu saya? 207 00:13:08,871 --> 00:13:11,665 Atuk tak mahu cerita waktu dia membesar. 208 00:13:11,749 --> 00:13:13,709 Setiap kali kita tanya, dia diam. 209 00:13:14,794 --> 00:13:17,129 Ayah pun berhenti bertanya. 210 00:13:18,589 --> 00:13:20,591 Mungkin dia patut ceritakan. 211 00:13:20,674 --> 00:13:23,719 Kalau ada orang boleh suruh dia cerita, kamulah. 212 00:13:24,762 --> 00:13:26,514 Plat lesennya "GRAMPAX". 213 00:13:27,139 --> 00:13:30,184 Ya, saya harap dia tak buat begitu. 214 00:13:31,393 --> 00:13:34,230 Baiklah, saya akan telefon dia. 215 00:13:34,897 --> 00:13:35,731 Terima kasih. 216 00:13:40,152 --> 00:13:44,073 Jika Ruthie tak kudung kakinya dek kemalangan kereta troli itu, 217 00:13:44,156 --> 00:13:48,077 dia akan pergi bekerja di Kilang Triangle Shirtwaist pada hari itu, 218 00:13:48,160 --> 00:13:51,705 dan saya takkan wujud. 219 00:13:52,540 --> 00:13:53,457 Terima kasih. 220 00:13:55,376 --> 00:13:57,169 Syabas, Ben! 221 00:13:57,253 --> 00:13:59,171 Devi, giliran awak seterusnya. 222 00:14:00,297 --> 00:14:02,508 Devi, pembentangan kamu. 223 00:14:02,591 --> 00:14:04,593 Persembahan! Tak guna! 224 00:14:04,677 --> 00:14:06,428 Disebabkan drama keluarganya, 225 00:14:06,512 --> 00:14:09,265 Devi terlupa tugasan tentang trauma keluarga. 226 00:14:09,849 --> 00:14:12,726 Saya tak buat. Saya terlupa. 227 00:14:12,810 --> 00:14:15,646 Kamu tak buat projek kredit tambahan? 228 00:14:16,730 --> 00:14:18,440 Kamu marahkan cikgukah? 229 00:14:19,859 --> 00:14:22,653 Saya boleh bentang. Saya dah sedia. 230 00:14:22,736 --> 00:14:25,781 Paxton. Sudah tentu. Mulakan pembentangan. 231 00:14:31,412 --> 00:14:34,832 Ada antara kamu tak tahu, saya berdarah kacukan Jepun. 232 00:14:34,915 --> 00:14:36,667 Saya pun baru ketahuinya. 233 00:14:38,002 --> 00:14:42,214 Semasa Perang Dunia Kedua, di California ketika itu, 234 00:14:42,298 --> 00:14:45,759 kerajaan memaksa lebih 120,000 rakyat Jepun Amerika 235 00:14:45,843 --> 00:14:47,344 tinggal di kem tahanan. 236 00:14:47,428 --> 00:14:48,888 Datuk saya salah seorangnya. 237 00:14:48,971 --> 00:14:52,224 Saya boleh bercerita dan berkongsi statistik tentangnya, 238 00:14:52,308 --> 00:14:55,769 tapi sebab saya nak pembentangan ini dibuat dengan jayanya, 239 00:14:56,729 --> 00:15:00,190 saya fikir lebih baik saya jemput tuan punya badan sendiri. 240 00:15:01,984 --> 00:15:04,904 Biar betul! 241 00:15:08,282 --> 00:15:11,911 Sejarah yang hidup! Kita betul-betul mendepani sejarah! 242 00:15:13,370 --> 00:15:15,623 Ini datuk saya, Theodore Yoshida. 243 00:15:15,706 --> 00:15:16,582 Hai. 244 00:15:16,665 --> 00:15:20,169 Pertama sekali, Ojichan, atuk dilahirkan di Amerika, bukan? 245 00:15:20,252 --> 00:15:21,253 Ya. 246 00:15:21,337 --> 00:15:25,841 Walaupun atuk rakyat Amerika sejak lahir, atuk masih dianggap ancaman asing. 247 00:15:25,925 --> 00:15:27,968 Itu salah. Umur saya lima tahun. 248 00:15:29,219 --> 00:15:32,973 Manzanar terletak di pekan ladang yang ditinggalkan 249 00:15:33,057 --> 00:15:36,393 kerana airnya mengalir ke Los Angeles, membentuk padang pasir. 250 00:15:36,977 --> 00:15:38,687 Musim panas mencecah 38 darjah, 251 00:15:38,771 --> 00:15:40,481 dan suhu musim sejuk melampau 252 00:15:40,564 --> 00:15:42,733 kerana bekalan minyak tidak cukup. 253 00:15:42,816 --> 00:15:46,320 Ojichan, apa yang paling sukar semasa tinggal di kem itu? 254 00:15:47,905 --> 00:15:51,200 Melihat hati ayah saya remuk. 255 00:15:51,992 --> 00:15:53,494 Dia lelaki bermaruah. 256 00:15:54,078 --> 00:15:58,040 Apabila mereka jadikan dia banduan, mereka calarkan maruahnya, 257 00:15:59,041 --> 00:16:01,418 dan itu meninggalkan parut yang dalam. 258 00:16:02,336 --> 00:16:03,420 Saya bersimpati. 259 00:16:04,213 --> 00:16:07,007 Sebab itu saya tak pernah bercakap tentangnya. 260 00:16:07,549 --> 00:16:10,469 Sebaik nampak cucu saya keluar dari zon selesanya, 261 00:16:10,552 --> 00:16:12,846 saya pun tergerak untuk bercerita. 262 00:16:12,930 --> 00:16:16,475 Juga kerana saya antara orang terakhir masih ingat Manzanar, 263 00:16:16,558 --> 00:16:19,812 saya perlu ceritakan kisah saya supaya tiada siapa lupa. 264 00:16:23,399 --> 00:16:27,277 Itulah objektif utama kelas ini. 265 00:16:31,865 --> 00:16:32,700 Ya! 266 00:16:41,041 --> 00:16:43,293 Jadi apa yang berlaku, Devi? 267 00:16:44,003 --> 00:16:44,837 Tiada apa-apa. 268 00:16:44,920 --> 00:16:48,632 Saya duduk di sini memakai rantai firus gergasi mencuri tumpuan, 269 00:16:48,716 --> 00:16:51,552 dan kamu tak berjenaka tentangnya. Ada sesuatu. 270 00:16:51,635 --> 00:16:52,553 Tidak. 271 00:16:53,637 --> 00:16:54,638 Saya okey. 272 00:16:55,764 --> 00:17:00,310 Devi, beritahu saya apa yang buat kamu sedih. 273 00:17:01,520 --> 00:17:02,479 Dr. Ryan… 274 00:17:04,606 --> 00:17:06,025 doktor rasa saya gila? 275 00:17:06,108 --> 00:17:07,735 Tentulah tidak. 276 00:17:08,318 --> 00:17:12,448 Saya rasa saya mungkin gila. Semua di sekolah panggil saya Devi Gila. 277 00:17:12,531 --> 00:17:15,868 Sekarang ibu saya fikir saya gila selepas saya intip dia 278 00:17:15,951 --> 00:17:18,412 sebab saya paranoid dia bercinta dengan rakan sekerja, 279 00:17:18,495 --> 00:17:22,833 jadi saya panjat rumah lelaki itu dan intip mereka melalui atap jernih. 280 00:17:22,916 --> 00:17:25,878 Kemudian saya jatuh ke dalam tab panasnya. 281 00:17:25,961 --> 00:17:28,922 Itu memeningkan, tapi kamu tak gila. 282 00:17:29,631 --> 00:17:33,010 Kamu cuma tersakiti, dan kamu mungkin agak tertekan. 283 00:17:33,093 --> 00:17:36,013 Tak mengapa, saya boleh tolong kamu. 284 00:17:36,764 --> 00:17:40,017 Kamu hadapi kehilangan besar, dan kesakitan itu 285 00:17:40,100 --> 00:17:42,352 boleh datang dalam pelbagai bentuk. 286 00:17:44,063 --> 00:17:45,481 Seperti kelumpuhan saya? 287 00:17:45,564 --> 00:17:46,690 Tepat sekali. 288 00:17:47,691 --> 00:17:52,071 Saya enggan bincangkannya sebelum ini, tapi… 289 00:17:54,490 --> 00:17:55,741 kenapa ia berlaku? 290 00:17:56,450 --> 00:17:59,745 Kalau saya tak gila, macam mana saya lumpuhkan diri? 291 00:18:01,580 --> 00:18:07,419 Devi, dalam bidang kami, ia disebut kelemahan psikosomatik. 292 00:18:07,920 --> 00:18:11,548 Ia terjadi selepas kamu alami kejadian trauma. 293 00:18:13,342 --> 00:18:16,261 Seperti melihat ayah kamu meninggal di depan mata. 294 00:18:18,555 --> 00:18:21,517 Tapi itu tak bermakna kamu gila. Tengok saya. 295 00:18:23,477 --> 00:18:24,895 Maknanya kamu manusia. 296 00:18:25,687 --> 00:18:28,524 Devi, banyak yang kamu rasai, 297 00:18:28,607 --> 00:18:31,944 bermakna kadangkala kamu akan terluka, 298 00:18:32,027 --> 00:18:36,698 tapi ia juga bermakna kamu jalani sebuah kehidupan 299 00:18:36,782 --> 00:18:40,619 yang beremosi dan sangat indah. 300 00:18:44,748 --> 00:18:46,125 Terima kasih, Dr. Ryan. 301 00:18:47,417 --> 00:18:48,377 Sama-sama. 302 00:18:53,924 --> 00:18:55,300 Doktor agak bijak 303 00:18:55,384 --> 00:18:58,762 bagi seseorang yang pakai rantai bak najis Cookie Monster. 304 00:19:01,807 --> 00:19:03,183 Itu pun dia! 305 00:19:07,229 --> 00:19:08,188 Chris. Hai. 306 00:19:08,272 --> 00:19:10,649 Saya cuba hubungi awak sepanjang hari. 307 00:19:10,732 --> 00:19:12,776 Jururawat awak cakap awak sibuk. 308 00:19:12,860 --> 00:19:15,529 Kemudian dia ajak saya ke kelab beberapa kali. 309 00:19:15,612 --> 00:19:20,325 Saya nak telefon awak balik, tapi banyak perkara terjadi semalam dan… 310 00:19:20,826 --> 00:19:23,453 Malam tadi tak berakhir dengan baik, ya? 311 00:19:25,164 --> 00:19:27,499 Saya sangatlah malu. 312 00:19:27,583 --> 00:19:31,420 Tentu itu janji temu paling teruk dalam hidup awak. 313 00:19:31,503 --> 00:19:34,214 Saya pernah terperangkap di restoran berputar 314 00:19:34,298 --> 00:19:35,924 dengan kelajuan menggila. 315 00:19:39,219 --> 00:19:41,597 Chris, saya tak nak jadi kekasih awak. 316 00:19:43,265 --> 00:19:44,933 Adakah sebab anak awak? 317 00:19:48,103 --> 00:19:50,063 Sejujurnya, kerana saya juga. 318 00:19:50,814 --> 00:19:53,066 Saya rasa saya belum bersedia. 319 00:19:53,150 --> 00:19:54,985 Mungkin dalam beberapa tahun, 320 00:19:55,068 --> 00:19:57,863 tapi awak mungkin dah jadi milik orang lain. 321 00:19:58,488 --> 00:19:59,656 Saya tak tahu. 322 00:20:00,365 --> 00:20:03,285 Orang susah nak sukakan saya saat pertama kali berjumpa. 323 00:20:06,330 --> 00:20:08,081 Jumpa awak di dalam lif. 324 00:20:08,707 --> 00:20:10,167 Saya tak sabar. 325 00:20:29,978 --> 00:20:32,231 Apa mak buat? 326 00:20:36,068 --> 00:20:38,654 Apa kamu buat di pejabat Dr. Jackson? 327 00:20:38,737 --> 00:20:42,074 Saya cari mak sebab saya nak minta maaf 328 00:20:42,157 --> 00:20:44,868 sebab tuduh mak bercinta, tapi saya nampak mak cium dia. 329 00:20:44,952 --> 00:20:47,162 Jelaslah mak borek anak rintik 330 00:20:47,246 --> 00:20:49,206 sebab mak pun penipu besar! 331 00:20:49,289 --> 00:20:51,959 - Apa dah jadi? - Nenek nak tahu? 332 00:20:52,042 --> 00:20:55,754 Menantu nenek ada teman lelaki selepas anak nenek mati! 333 00:20:55,837 --> 00:20:58,757 Sebab itu mak tak sedih bila ayah meninggal! 334 00:21:02,844 --> 00:21:04,388 Begitu nenek tampar? 335 00:21:04,471 --> 00:21:08,558 Ya, dan dia layak ditampar. Jangan cakap dengan mak kamu begitu! 336 00:21:08,642 --> 00:21:11,353 Nenek tak dengar? Mak ada teman lelaki. 337 00:21:11,436 --> 00:21:13,438 Dengar sini, nak. 338 00:21:13,522 --> 00:21:14,940 Mak kamu wanita dewasa, 339 00:21:15,023 --> 00:21:18,110 dan dialah sebab kamu ada segala-galanya, 340 00:21:18,193 --> 00:21:19,569 termasuk hidup kamu. 341 00:21:20,279 --> 00:21:21,697 Dia boleh buat apa saja 342 00:21:23,073 --> 00:21:24,366 tanpa kamu hakiminya. 343 00:21:35,460 --> 00:21:38,171 Aplikasi cuaca saya kata ribut melanda malam ini. 344 00:21:38,255 --> 00:21:41,216 Saya perlukan tempat ini untuk berlatih dengan Malcolm 345 00:21:41,300 --> 00:21:43,093 dan kami akan menghayati watak! 346 00:21:43,176 --> 00:21:46,888 Sudah tentu, sayang. Kami tak mahu mengganggu kamu. 347 00:21:50,767 --> 00:21:54,980 Eleanor, kawan awak dah racuni awak dengan feminisme toksik. 348 00:21:55,063 --> 00:21:57,065 Jadi, saya nak putus dengan awak. 349 00:21:57,566 --> 00:22:01,236 Juga, saya rasa sangat terbelenggu dengan prinsip monogami. 350 00:22:01,820 --> 00:22:03,363 Selamat tinggal, sayang. 351 00:22:04,281 --> 00:22:06,908 Maaf, mak cik terlupa cermin mata mak cik. 352 00:22:10,495 --> 00:22:13,123 Eleanor, kamu okey tak? 353 00:22:14,374 --> 00:22:16,293 Malcolm baru putus dengan saya. 354 00:22:18,545 --> 00:22:20,422 Mak cik bersimpati, sayang. 355 00:22:21,506 --> 00:22:23,550 Dia cuma budak remaja yang bodoh. 356 00:22:23,633 --> 00:22:25,594 Malcolm seorang genius. 357 00:22:26,094 --> 00:22:27,262 Mak cik tak faham 358 00:22:27,346 --> 00:22:31,641 perasaan di dalam hubungan mekar sebab mak cik bersama ayah saya. 359 00:22:31,725 --> 00:22:34,728 Eleanor, mak cik juruhigin pergigian. 360 00:22:34,811 --> 00:22:37,564 Kami umpama pramugari mulut. 361 00:22:37,647 --> 00:22:41,026 Jadi, mak cik dah bercinta dengan ramai Malcolm. 362 00:22:42,027 --> 00:22:44,488 Cukup ramai. Bukan jumlah yang pelik. 363 00:22:45,280 --> 00:22:48,492 Tahu apa mak cik rasa paling seksi? Kestabilan. 364 00:22:49,159 --> 00:22:51,661 - Ew! - Jangan "ew" mak cik! 365 00:22:51,745 --> 00:22:55,082 Ayah kamu baik tapi kamu langsung tak hargai dia. 366 00:22:55,165 --> 00:22:57,042 Berilah dia peluang. 367 00:22:57,125 --> 00:23:00,504 Dia takkan tinggalkan kamu sepertimana mak kamu. 368 00:23:01,880 --> 00:23:03,507 Sepertimana juga Malcolm. 369 00:23:04,299 --> 00:23:05,550 Oh, Tuhan. 370 00:23:06,176 --> 00:23:10,889 Malcolm sama seperti ibu saya. Saya dah bercinta dengan ibu saya! 371 00:23:10,972 --> 00:23:13,642 - Apa? - Saya patut cuba bercinta dengan ayah! 372 00:23:13,725 --> 00:23:15,394 Bukan itu pengajarannya. 373 00:23:15,477 --> 00:23:17,270 Memang betul. 374 00:23:17,771 --> 00:23:19,106 Terima kasih, mak cik. 375 00:23:19,773 --> 00:23:21,900 Maaf kerana berkasar dengan mak cik. 376 00:23:26,029 --> 00:23:28,615 Ayah, boleh teman saya baca skrip? 377 00:23:34,037 --> 00:23:38,083 AWAK SEDANG BUAT APA? 378 00:23:38,166 --> 00:23:42,212 TAK BUAT APA-APA. 379 00:23:42,295 --> 00:23:44,965 AWAK NAK SAYA TEMAN? 380 00:23:54,349 --> 00:23:55,225 Paxton. 381 00:23:57,644 --> 00:23:59,312 Awak di rumah saya. 382 00:23:59,896 --> 00:24:01,398 Ya, rasanya. 383 00:24:04,359 --> 00:24:07,279 Saya cuma nak ucap terima kasih atas bantuan awak. 384 00:24:07,988 --> 00:24:11,074 Seronok dapat buat sesuatu yang cemerlang di sekolah. 385 00:24:11,158 --> 00:24:12,868 Paxton basah lencun, 386 00:24:12,951 --> 00:24:16,246 dan dia guna perkataan "baik" dan bukannya kata "bagus". 387 00:24:16,788 --> 00:24:18,165 Keseksiannya terserlah. 388 00:24:18,748 --> 00:24:23,211 Jadi awak datang ke sini untuk ulang kaji atau… 389 00:24:25,046 --> 00:24:25,881 Tidak. 390 00:24:57,787 --> 00:24:58,622 Seronok. 391 00:25:00,248 --> 00:25:01,374 Nanti saya telefon? 392 00:25:10,550 --> 00:25:14,846 Amboi, Devi "ulang kaji" untuk jadi teman wanita Paxton semula? 393 00:25:15,430 --> 00:25:18,141 Akhirnya, ulang kaji memberi hasil berbaloi. 394 00:25:20,268 --> 00:25:21,561 Dah lama nenek di situ? 395 00:25:22,437 --> 00:25:25,023 Menurut jam nenek, lima ke tujuh saat. 396 00:25:25,857 --> 00:25:28,735 Turun sekarang untuk perbincangan keluarga. 397 00:25:29,444 --> 00:25:31,738 - Saya tak nak cakap dengan mak. - Ya. 398 00:25:31,821 --> 00:25:33,198 Tergamak mak khianati ayah? 399 00:25:33,782 --> 00:25:36,159 Apa kata kamu tanya dia, nak? 400 00:25:36,868 --> 00:25:39,913 Sebelum ayah kamu pergi, nenek dengan dia bergaduh. 401 00:25:40,497 --> 00:25:42,249 Tentang simpanan nenek 402 00:25:42,332 --> 00:25:46,628 dan kenapa nenek tak boleh tanam duit dalam tanah pokok-pokok nenek. 403 00:25:47,379 --> 00:25:50,382 Nenek marahkan dia, jadi nenek letak telefon. 404 00:25:51,675 --> 00:25:54,177 Nenek akhiri perbualan dengan anak nenek. 405 00:25:55,387 --> 00:25:56,304 Nenek… 406 00:25:58,014 --> 00:26:01,851 Hidup ini tak berbaloi untuk kita letak telefon atau tak bercakap. 407 00:26:01,935 --> 00:26:02,978 Faham? 408 00:26:04,980 --> 00:26:05,981 Mari. 409 00:26:09,985 --> 00:26:13,488 Nenek tinggalkan kamu berdua untuk berbincang sesama kamu. 410 00:26:14,072 --> 00:26:17,075 Jika perlukan nenek, nenek dengar daripada dapur. 411 00:26:19,578 --> 00:26:22,706 Mak minta maaf sebab mak tipu kamu, Devi. 412 00:26:23,915 --> 00:26:25,375 Cepat ya teruskan hidup? 413 00:26:25,458 --> 00:26:28,086 Mak tak teruskan hidup, sayang. Langsung tak. 414 00:26:28,169 --> 00:26:31,381 Mak rindukan ayah kamu sehingga ia terasa menyesakkan. 415 00:26:32,591 --> 00:26:33,758 Rasanya mak cuma 416 00:26:35,218 --> 00:26:37,262 nak lari daripada kesakitan itu. 417 00:26:37,345 --> 00:26:39,889 Tapi percayalah, ia dah berakhir. 418 00:26:44,394 --> 00:26:48,273 Adakah kamu seorang saja yang boleh buat keputusan terburu-buru? 419 00:26:49,190 --> 00:26:52,736 Saya rasa macam ayah hilang daripada hidup kita. 420 00:26:52,819 --> 00:26:55,530 Saya simpan mel suara ayah, tapi dah hilang! 421 00:26:55,614 --> 00:26:57,866 Mak kedekut nak beli storan awan. 422 00:26:57,949 --> 00:27:00,243 Mak tak nak bayar benda tak nampak. 423 00:27:00,327 --> 00:27:02,454 Kalau saya terlupa suara ayah? 424 00:27:04,372 --> 00:27:06,499 Kamu takkan lupa, sayang. 425 00:27:07,083 --> 00:27:09,502 Ayah kamu sentiasa dalam diri kamu. 426 00:27:10,962 --> 00:27:15,050 Tapi jika kamu tak rasakannya, mak boleh tolong ingatkan kamu. 427 00:27:20,972 --> 00:27:22,766 Ke tepi, Paula Abdul. 428 00:27:22,849 --> 00:27:25,935 Sherman Oaks akan terima kehadiran selebriti terbaru. 429 00:27:26,019 --> 00:27:28,688 Devi Vishwakumar bakal dilahirkan! 430 00:27:28,772 --> 00:27:31,149 Kita belum putuskan nama lagi, okey? 431 00:27:31,232 --> 00:27:32,734 Duduk di sini. Hati-hati. 432 00:27:33,735 --> 00:27:37,906 - Apa pun nama kamu, Devi… - Tidak! 433 00:27:38,907 --> 00:27:43,703 Kami sangat teruja untuk bertemu kamu dan ayah sangat sayangkan kamu. 434 00:27:44,287 --> 00:27:45,789 Anak gadis sempurna ayah. 435 00:27:56,132 --> 00:27:57,634 - Eleanor! - Korang, kami… 436 00:27:58,176 --> 00:27:59,803 Ayah bangga dengan kamu. 437 00:27:59,886 --> 00:28:02,180 Ayah lupa kamu anak ayah. 438 00:28:02,263 --> 00:28:06,518 Ayah cuma nampak wanita Selatan berumur 60 tahun di atas pentas. 439 00:28:06,601 --> 00:28:10,230 Terima kasih, ayah. Ini semua kerana bantuan ayah 440 00:28:10,313 --> 00:28:13,441 dan Mak Cik Sharon yang pinjamkan saya gaun sendu ini 441 00:28:13,525 --> 00:28:16,569 di samping bantuan lain yang mak cik berikan. 442 00:28:19,989 --> 00:28:22,492 Peminat kamu nak berbual dengan kamu. 443 00:28:22,575 --> 00:28:23,868 Jumpa di kereta. 444 00:28:25,078 --> 00:28:26,496 Babai! Terima kasih! 445 00:28:29,499 --> 00:28:33,837 Kamu berdua datang juga walaupun saya cakap perkara buruk kepada kamu. 446 00:28:33,920 --> 00:28:36,923 Mestilah. Hidup ini terlalu pendek untuk bergaduh. 447 00:28:37,507 --> 00:28:40,260 Saya minta maaf. Saya tak maksudkannya. 448 00:28:40,343 --> 00:28:42,762 Saya terperangkap dalam jampi Malcolm. 449 00:28:42,846 --> 00:28:45,056 Wah. Kejap, kamu berdua dah putus? 450 00:28:45,140 --> 00:28:48,143 Ya, dia cakap nak putus melalui mesej. 451 00:28:48,226 --> 00:28:50,145 Mangkuk itu buat saya buta. 452 00:28:50,228 --> 00:28:52,731 Bayangkan mudahnya saya dipengaruhi kultus. 453 00:28:53,314 --> 00:28:55,567 Ya. Dah lama kami cakap begitu. 454 00:28:56,776 --> 00:29:00,071 Jadi, bukan Devi saja tak berteman ke majlis tari-menari. 455 00:29:06,995 --> 00:29:09,706 Sebenarnya, saya mungkin berteman. 456 00:29:13,460 --> 00:29:14,502 Hei, kawan. 457 00:29:15,086 --> 00:29:16,713 Paxton panggil dia "kawan"? 458 00:29:16,796 --> 00:29:19,424 Itu panggilan budak bola di Terbuka US, 459 00:29:19,507 --> 00:29:23,219 bukan untuk gadis yang awak tidur bersama buat kesekian kalinya. 460 00:29:23,303 --> 00:29:24,929 Apa yang berlaku di sini? 461 00:29:26,181 --> 00:29:28,558 Alamak! Adakah Devi dipermainkan? 462 00:30:18,733 --> 00:30:22,195 Terjemahan sari kata oleh Anya Haseyo