1 00:00:13,139 --> 00:00:15,933 Bagi penonton yang hilang ingatan jangka pendek, 2 00:00:16,017 --> 00:00:20,730 Devi langsung tidak terima tawaran. Ya, betul itu, langsung tiada. 3 00:00:20,813 --> 00:00:23,858 Air yang sudah cukup keruh sekarang bertambah keruh. 4 00:00:23,941 --> 00:00:26,360 Kenapa menjerit? Posum masuk bilik? 5 00:00:26,444 --> 00:00:28,529 Sekejap. 6 00:00:28,613 --> 00:00:31,365 - Kamu dah dapat keputusan? - Ya. 7 00:00:32,450 --> 00:00:34,660 Baik, jangan buat mak tertanya-tanya. 8 00:00:34,744 --> 00:00:37,663 Bagaimana Devi boleh beritahu dia tiada tawaran? 9 00:00:37,747 --> 00:00:39,916 Bahawa dia hancurkan masa depan dia? 10 00:00:39,999 --> 00:00:43,377 Bahawa anak tunggal mak dia satu kegagalan yang besar? 11 00:00:43,461 --> 00:00:45,713 Sayang, ayuh. Kamu dapat masuk mana? 12 00:00:46,672 --> 00:00:47,632 Semua tempat. 13 00:00:47,715 --> 00:00:49,592 Jawapannya, dia tidak beritahu. 14 00:00:49,675 --> 00:00:51,094 Ya Tuhan! 15 00:00:51,761 --> 00:00:53,429 Kamu menakjubkan! 16 00:00:57,975 --> 00:01:01,312 NEVER HAVE I EVER …MENGHADIRI MAJLIS TARIAN 17 00:01:02,772 --> 00:01:04,482 Hai, Akshara. Saya Devi Vishwakumar. 18 00:01:04,565 --> 00:01:08,194 Mereka tidak sengaja letak saya dalam senarai menunggu. 19 00:01:08,277 --> 00:01:09,403 Mungkin ia gurauan, 20 00:01:09,487 --> 00:01:12,865 dan saya rasa ia kelakar, bukan kejam. 21 00:01:13,366 --> 00:01:14,659 Tolong telefon saya. 22 00:01:14,742 --> 00:01:19,539 Kepala Devi ibarat bola yang tersasar, berpusing tanpa henti di luar kawalan. 23 00:01:19,622 --> 00:01:23,376 Devi Delishwakumar, awak memang bijak! 24 00:01:23,459 --> 00:01:25,211 - Tahniah! - Apa? 25 00:01:25,294 --> 00:01:26,671 Awak masuk setiap Ivy? 26 00:01:26,754 --> 00:01:29,215 Mak awak beritahu mak saya. Mengagumkan. 27 00:01:29,298 --> 00:01:31,300 Ya Tuhan, penipuan dah tersebar, 28 00:01:31,384 --> 00:01:33,594 tapi kebenaran terlalu menyakitkan. 29 00:01:33,678 --> 00:01:35,429 Tengoklah kita. 30 00:01:35,513 --> 00:01:38,307 Eleanor bakal menjadi bintang Hollywood, 31 00:01:38,391 --> 00:01:40,768 saya dan Devi teman sebilik di Princeton. 32 00:01:41,644 --> 00:01:44,772 - Awak masih mahu masuk Princeton, bukan? - Ya. 33 00:01:44,856 --> 00:01:46,482 Saya mahu masuk Princeton. 34 00:01:46,566 --> 00:01:51,779 Maksud saya, kita menjadi orang yang kita impikan semasa tahun pertama, 35 00:01:52,363 --> 00:01:55,783 dan malam ini kita boleh sambut di majlis tarian senior. 36 00:01:55,867 --> 00:01:56,868 Sangat sempurna. 37 00:01:56,951 --> 00:01:58,619 Betul, majlis tarian. 38 00:01:59,120 --> 00:02:02,540 Malam yang Devi nantikan sepanjang tahun persekolahan dia 39 00:02:02,623 --> 00:02:07,086 tapi biasalah, Devi cipta masalah yang terlalu besar untuk dia bergembira. 40 00:02:07,670 --> 00:02:09,672 Betul, memang sempurna. 41 00:02:10,173 --> 00:02:12,633 Saya perlu berbincang dengan Cik Warner, 42 00:02:12,717 --> 00:02:13,968 tapi sangat teruja. 43 00:02:14,552 --> 00:02:15,803 Saya pun perlu pergi. 44 00:02:15,887 --> 00:02:19,390 Saya akan pamer Gears dan saya perlu betulkannya. 45 00:02:19,473 --> 00:02:23,436 Ia muat turun video CrossFit dan suka meneka BMI orang dengan kuat. 46 00:02:24,020 --> 00:02:27,440 Saya pun perlu buat banyak perkara yang sangat menarik, 47 00:02:27,523 --> 00:02:30,276 jadi saya perlu uruskan semua itu. 48 00:02:30,359 --> 00:02:31,736 Jumpa malam ini! 49 00:02:33,487 --> 00:02:35,323 Hai, mahu cakap dengan saya? 50 00:02:35,406 --> 00:02:39,160 Saya tidak mahu cakap dengan sesiapa, tapi saya perlu cakap dengan awak. 51 00:02:39,243 --> 00:02:41,245 Nampaknya, awak ponteng kelas, 52 00:02:41,329 --> 00:02:44,248 dan dah berminggu awak tidak hantar tugasan. 53 00:02:44,332 --> 00:02:45,374 Apa yang berlaku? 54 00:02:45,458 --> 00:02:49,921 Memandangkan Columbia dah terima saya, saya boleh bertenang dan berehat. 55 00:02:51,672 --> 00:02:55,009 Baik, izinkan diri saya yang tua memaksa awak berusaha, 56 00:02:55,092 --> 00:02:57,762 sebab jika awak bermasalah, awak akan gagal 57 00:02:57,845 --> 00:03:00,264 dan Columbia tarik balik tawaran mereka. 58 00:03:00,348 --> 00:03:02,058 Trent kata ia hanya mitos. 59 00:03:02,141 --> 00:03:03,434 Trent Harrison? 60 00:03:03,517 --> 00:03:07,063 Budak super senior yang gantung beg pada penggera kebakaran? 61 00:03:07,146 --> 00:03:09,649 Awak terima nasihat akademik daripada dia? 62 00:03:09,732 --> 00:03:11,150 Ya Tuhan. 63 00:03:11,651 --> 00:03:13,611 Ya Tuhan, saya ada banyak kerja. 64 00:03:20,201 --> 00:03:22,119 Hei, awak buat apa di sini? 65 00:03:22,203 --> 00:03:24,497 Hanya menjenguk kawan-kawan saya. 66 00:03:24,580 --> 00:03:25,998 Awak baik? 67 00:03:26,082 --> 00:03:27,291 Awak nampak sedih. 68 00:03:27,375 --> 00:03:30,628 Macam kesedihan sebenar, bukan macam awak berlatih. 69 00:03:30,711 --> 00:03:33,297 Ya, saya jumpa mak saya tempoh hari. 70 00:03:33,381 --> 00:03:35,466 Awak jumpa mak awak? 71 00:03:35,967 --> 00:03:37,885 Awak tumbuk mulut dia? 72 00:03:37,969 --> 00:03:40,221 Tidak, saya dah tidak marah. 73 00:03:40,304 --> 00:03:42,932 Saya agak kasihan akan dia. 74 00:03:43,015 --> 00:03:48,521 Maksud saya, dia korbankan hidup dia untuk mencapai impian yang mustahil. 75 00:03:48,604 --> 00:03:51,023 Saya risau itulah takdir saya. 76 00:03:51,107 --> 00:03:53,776 Awak bergurau? Tentu awak akan berjaya. 77 00:03:53,859 --> 00:03:56,487 Awak paling berbakat di dunia yang rata ini. 78 00:03:56,570 --> 00:04:01,450 Awak tahu berapa ramai pelakon berbakat yang tiada kerja di LA? 79 00:04:01,534 --> 00:04:05,496 Semua orang berdoa agar pengarah pilih mereka. 80 00:04:05,579 --> 00:04:07,331 Jadi awak jadilah pengarah. 81 00:04:09,500 --> 00:04:12,128 Sekejap, itu idea yang baik. 82 00:04:12,211 --> 00:04:14,630 Saya boleh belajar mengarah 83 00:04:14,714 --> 00:04:17,425 dan buat projek lakonan sendiri, 84 00:04:17,508 --> 00:04:21,137 macam Greta Gerwig, atau beberapa pengarah lelaki bermasalah. 85 00:04:21,220 --> 00:04:23,931 Maksud saya, awak boleh belasah pengarah, 86 00:04:24,015 --> 00:04:26,017 sorok dalam almari, curi baju, 87 00:04:26,100 --> 00:04:28,728 dan berpura-pura beri diri sendiri watak. 88 00:04:29,979 --> 00:04:31,480 Idea awak pun bagus. 89 00:04:33,065 --> 00:04:37,320 El-Bell, saya perlu ke kelas. Saya tidak mahu jadi senior tahun ketiga, 90 00:04:37,820 --> 00:04:40,031 tapi saya tidak risau akan awak. 91 00:04:40,114 --> 00:04:42,408 Saya berpegang pada cakap saya. 92 00:04:42,992 --> 00:04:44,410 Awak seorang bintang. 93 00:04:51,625 --> 00:04:56,672 Cik Warner, ada universiti berkelas tinggi yang terima permohonan pada hari sama? 94 00:04:56,756 --> 00:04:59,675 Alamak, awak tidak pilih jalan selamat? 95 00:04:59,759 --> 00:05:02,553 Kenapa biar? Lain kali sepak saya sampai sedar. 96 00:05:02,636 --> 00:05:04,221 Ya, saya memang mahu. 97 00:05:04,722 --> 00:05:07,475 Maaf, Devi. Awak masuk senarai menunggu? 98 00:05:08,100 --> 00:05:09,143 Hanya Princeton. 99 00:05:09,226 --> 00:05:10,394 Saya memang bodoh. 100 00:05:10,478 --> 00:05:12,897 Kenapa saya sangka saya layak masuk? 101 00:05:12,980 --> 00:05:15,816 Sebab awak memang layak. Awak pelajar cemerlang, 102 00:05:15,900 --> 00:05:20,279 tapi mereka terima berpuluh ribu permohonan daripada pelajar cemerlang. 103 00:05:20,363 --> 00:05:21,572 Saya perlu buat apa? 104 00:05:21,655 --> 00:05:24,158 Awak dalam senarai menunggu. 105 00:05:24,241 --> 00:05:25,409 Awak mungkin masuk. 106 00:05:25,493 --> 00:05:27,661 Bagaimana jika saya tidak diterima? 107 00:05:27,745 --> 00:05:31,582 Mohon semula pada musim luruh akan datang. Ia bukan kiamat. 108 00:05:32,708 --> 00:05:34,085 Ia kiamat, Cik Warner. 109 00:05:34,794 --> 00:05:36,295 Memang kiamat. 110 00:05:44,178 --> 00:05:45,721 PAMERAN TEKNOLOGI SEKOLAH TINGGI 111 00:05:45,805 --> 00:05:49,266 Kami intip pameran lain. Awak dan Gears yang terbaik. 112 00:05:49,350 --> 00:05:50,893 Betul? Ya Tuhan. 113 00:05:50,976 --> 00:05:54,188 Adakah itu Dr. Leela Tye? Dia salah seorang hakim? 114 00:05:54,271 --> 00:05:55,314 Siapa Leela Tye? 115 00:05:55,398 --> 00:05:58,943 Dia ketua robotik di Howard dan dia memang mengagumkan. 116 00:05:59,026 --> 00:06:00,653 Alamak, dia datang sini. 117 00:06:01,445 --> 00:06:03,406 - Hai, saya… - Dr. Tye. 118 00:06:03,489 --> 00:06:07,326 Saya tahu. Saya Fabiola Torres, dan ini robot saya, Gears Brosnan. 119 00:06:07,410 --> 00:06:09,954 Nama yang menarik. Kenalkan Gears. 120 00:06:10,037 --> 00:06:13,290 Ia boleh mengesan karbon monoksida, angkat sesuatu 10 kali ganda lebih berat 121 00:06:13,374 --> 00:06:15,960 dan beri nasihat hubungan yang bagus. 122 00:06:16,043 --> 00:06:19,171 Hubungan ibarat improvisasi, bukan untuk semua orang. 123 00:06:19,255 --> 00:06:20,089 Ia comel. 124 00:06:20,172 --> 00:06:23,217 Awak tidak ketawa. Saya akan ingat. 125 00:06:23,300 --> 00:06:26,011 Itu reaksi dia terhadap saya? 126 00:06:26,846 --> 00:06:31,142 Cik Torres, awak seorang pelajar yang mencipta kecerdasan buatan sebenar? 127 00:06:31,725 --> 00:06:35,813 Saya tidak akan menggelarnya "buatan". Ini diri sebenar Gears. 128 00:06:36,647 --> 00:06:38,190 Itu sangat mengagumkan. 129 00:06:38,774 --> 00:06:42,653 Lebih mengagumkan daripada beg pinggang dengan pengecas saya? 130 00:06:43,237 --> 00:06:45,364 - Ya. - Sangat bagus. Terima kasih. 131 00:06:46,031 --> 00:06:48,159 Awak akan sambung belajar di mana? 132 00:06:48,242 --> 00:06:51,120 Fakulti kejuruteraan di Howard sangat bagus. 133 00:06:51,203 --> 00:06:53,873 Saya tahu, sebab itu saya dah mohon masuk. 134 00:06:53,956 --> 00:06:56,250 Saya yakin awak terima banyak pilihan, 135 00:06:56,333 --> 00:06:58,043 tapi saya masuk Howard 136 00:06:58,127 --> 00:07:01,338 kerana mereka mahu jadikan bidang ini lebih menyeluruh. 137 00:07:01,422 --> 00:07:02,548 Ya Tuhan. 138 00:07:02,631 --> 00:07:05,259 Itu yang saya cuba buat di sekolah. 139 00:07:05,342 --> 00:07:08,387 Semasa saya jadi kapten, kebanyakan ahli lelaki, 140 00:07:08,471 --> 00:07:10,097 tapi kami banyak berubah, 141 00:07:10,181 --> 00:07:12,933 dan makmal berbau lebih harum sekarang. 142 00:07:13,017 --> 00:07:14,310 Sudah tentu. 143 00:07:14,810 --> 00:07:17,229 Saya mungkin terlalu memujuk awak, 144 00:07:17,313 --> 00:07:20,065 tapi jika awak mahu, makmal saya kosong. 145 00:07:20,149 --> 00:07:22,067 Saya suka mengajar bakat baru, 146 00:07:22,151 --> 00:07:23,944 dan saya rasa awak sesuai. 147 00:07:24,028 --> 00:07:25,154 Betul? Saya? 148 00:07:25,237 --> 00:07:26,572 Ya, awak. 149 00:07:27,281 --> 00:07:31,368 Dengar, saya perlu tengok pameran lain. Saya harap kita berjumpa lagi. 150 00:07:31,452 --> 00:07:33,662 Mungkin ya, mungkin tidak. 151 00:07:33,746 --> 00:07:36,749 Ramai orang berminat dengan Fab dan Gears sekarang. 152 00:07:36,832 --> 00:07:40,085 Saya minta maaf. Saya perlu rendahkan tahap keyakinan. 153 00:07:41,295 --> 00:07:43,214 Telefon talian kecemasan, 154 00:07:43,297 --> 00:07:46,383 seseorang hampir pengsan kerana terlalu teruja. 155 00:07:47,051 --> 00:07:51,305 Devi keluar dengan semangat yang lebih rendah dari ikat ekor kuda Trent. 156 00:07:51,388 --> 00:07:53,849 Dia dah musnahkan masa depan dia, 157 00:07:53,933 --> 00:07:56,393 dan dia perlu jujur dengan mak dia. 158 00:07:56,477 --> 00:07:58,479 Apa yang lebih teruk daripada itu? 159 00:07:58,562 --> 00:08:01,023 Ucap tahniah kepada Devi Vishwakumar. 160 00:08:01,106 --> 00:08:04,610 Katanya permohonan dia diterima di semua Liga Ivy. 161 00:08:04,693 --> 00:08:08,113 Berpakaian kemas pada hari Isnin, pihak media akan datang. 162 00:08:09,448 --> 00:08:12,034 Baik, ya, itu lebih teruk. 163 00:08:12,535 --> 00:08:14,328 Saya baru dengar. Awak hebat. 164 00:08:21,210 --> 00:08:22,086 David? 165 00:08:23,921 --> 00:08:24,755 Awak baik? 166 00:08:25,798 --> 00:08:26,632 Hai. 167 00:08:27,258 --> 00:08:28,092 Ya. 168 00:08:28,175 --> 00:08:30,553 Saya pun terkejut jika itu keputusan saya. 169 00:08:30,636 --> 00:08:32,888 Tahniah. Ia memang gila. 170 00:08:32,972 --> 00:08:36,433 Ya, "gila" perkataan yang paling sesuai. 171 00:08:37,726 --> 00:08:39,103 Awak buat apa di sini? 172 00:08:39,186 --> 00:08:42,648 Saya hilang semangat dan berhenti buat tugasan saya, 173 00:08:42,731 --> 00:08:44,775 jadi Cik Warner beri amaran. 174 00:08:44,858 --> 00:08:47,570 Saya tidak boleh pergi majlis tarian. Saya perlu siapkan tugasan 175 00:08:47,653 --> 00:08:50,239 supaya Columbia tidak tarik tawaran. 176 00:08:50,322 --> 00:08:51,407 Apa? 177 00:08:51,490 --> 00:08:54,535 Macam mana awak boleh buang peluang berharga itu? 178 00:08:54,618 --> 00:08:56,829 Ada orang yang memang mahukannya. 179 00:08:56,912 --> 00:08:59,415 Saya tahu, maaf. Saya membetulkan keadaan. 180 00:08:59,915 --> 00:09:01,333 Awak mahu pukul saya? 181 00:09:03,002 --> 00:09:03,836 Tidak. 182 00:09:04,587 --> 00:09:06,088 Mahu saya tolong awak? 183 00:09:06,171 --> 00:09:07,006 Betul? 184 00:09:07,089 --> 00:09:10,134 Awak lebih rela buat kalkulus daripada berseronok? 185 00:09:10,718 --> 00:09:13,095 Jangan soal. Terima bantuan saya. 186 00:09:19,852 --> 00:09:22,146 Devi bersembunyi sepanjang hari itu. 187 00:09:22,229 --> 00:09:23,564 Dia buat tugasan Ben, 188 00:09:23,647 --> 00:09:25,024 sekarang dia di rumah. 189 00:09:25,107 --> 00:09:29,111 Sepatutnya dia bersiap untuk malam penuh ajaib dalam hidup dia… 190 00:09:32,406 --> 00:09:33,365 atau sebaliknya. 191 00:09:39,330 --> 00:09:41,457 - Helo. - Hai, Devi. 192 00:09:41,540 --> 00:09:43,417 Saya Akshara dari Princeton. 193 00:09:43,500 --> 00:09:45,502 Maaf saya baru telefon awak. 194 00:09:45,586 --> 00:09:47,546 Saya sibuk kebelakangan ini. 195 00:09:48,130 --> 00:09:51,508 Baik. Kenapa saya dalam senarai menunggu? 196 00:09:51,592 --> 00:09:54,511 Saya hanya boleh berserah, 197 00:09:54,595 --> 00:09:57,181 atau saya boleh pujuk awak dengan sesuatu? 198 00:09:57,264 --> 00:10:01,143 Awak hanya boleh menulis karangan tambahan buat masa sekarang. 199 00:10:01,226 --> 00:10:03,646 Itu saja? Tulis karangan lain? 200 00:10:03,729 --> 00:10:05,856 Tapi saya dah tulis segalanya. 201 00:10:05,939 --> 00:10:07,524 Awak boleh luah lagi. 202 00:10:07,608 --> 00:10:09,109 Karangan pertama awak… 203 00:10:09,610 --> 00:10:12,696 Ia ditulis dengan sangat baik. Ia sangat akademik. 204 00:10:12,780 --> 00:10:16,200 Banyak kali awak guna perkataan "dikotomi". 205 00:10:17,326 --> 00:10:20,871 - Awak tidak tunjuk diri awak. - Awak kenal saya. 206 00:10:20,954 --> 00:10:22,623 Saya telefon setiap minggu. 207 00:10:22,706 --> 00:10:25,167 Hanya awak tahu satu gigi saya palsu. 208 00:10:25,250 --> 00:10:29,254 Ya, betul itu, tapi saya mahu tahu tentang pembentukan diri awak. 209 00:10:29,880 --> 00:10:32,841 Nasihat saya untuk karangan ini, 210 00:10:34,051 --> 00:10:34,968 luah lagi. 211 00:10:35,803 --> 00:10:38,972 Jika saya buat begitu, apa peluang saya? 212 00:10:39,056 --> 00:10:41,016 Saya tidak akan berbolak-balik. 213 00:10:41,100 --> 00:10:43,644 Kami tidak ambil semua calon senarai tunggu 214 00:10:43,727 --> 00:10:46,438 tapi awak berpeluang, jadi tidak salah mencuba. 215 00:10:47,106 --> 00:10:50,275 Walau apa pun berlaku, walau di mana pun awak, 216 00:10:50,359 --> 00:10:51,985 masa depan awak cerah. 217 00:10:52,486 --> 00:10:53,320 Ya. 218 00:10:54,279 --> 00:10:55,155 Baiklah. 219 00:10:57,199 --> 00:10:58,033 Sembang lagi. 220 00:11:02,246 --> 00:11:05,374 Wah. Sayang, kamu nampak cantik. 221 00:11:06,417 --> 00:11:07,251 Terima kasih. 222 00:11:09,503 --> 00:11:12,506 Mak, saya perlu beritahu sesuatu. 223 00:11:12,589 --> 00:11:15,384 Sebenarnya mak pun mahu berbual. 224 00:11:17,094 --> 00:11:18,011 Kamu tahu, 225 00:11:18,846 --> 00:11:23,559 mak teringat akan pencapaian hebat kamu, 226 00:11:23,642 --> 00:11:25,936 dan pada malam istimewa kamu, 227 00:11:26,729 --> 00:11:31,233 dan mak teringat sewaktu ayah kamu ajak mak pindah ke sini. 228 00:11:31,316 --> 00:11:33,610 Kamu tahu, pada mulanya, mak… 229 00:11:34,319 --> 00:11:37,906 Mak tidak mahu, hidup kami sangat sukar. 230 00:11:37,990 --> 00:11:40,367 Tapi apabila mak pandang kamu sekarang, 231 00:11:40,451 --> 00:11:42,786 kamu sangat cantik, 232 00:11:44,496 --> 00:11:46,039 dan sangat berjaya, 233 00:11:46,623 --> 00:11:49,918 mak boleh terima segala kesukaran itu. 234 00:11:52,713 --> 00:11:53,547 Itu saja. 235 00:11:53,630 --> 00:11:57,050 Sebelum perbualan ini, Devi memang dah lemah semangat, 236 00:11:57,134 --> 00:12:00,095 tapi sekarang semangat dia sedalam teras Bumi. 237 00:12:00,179 --> 00:12:01,638 Baik, cepat. 238 00:12:01,722 --> 00:12:05,392 Kawan-kawan kamu menunggu di luar dengan limusin yang kodi. 239 00:12:06,977 --> 00:12:10,147 Selamat datang. Saya gembira dapat memandu kamu. 240 00:12:10,230 --> 00:12:14,026 Nama saya Stoo, macam ejaan biasa, S-T-O-O. 241 00:12:14,109 --> 00:12:17,488 Duduk, bertenang dan sila minum 242 00:12:17,571 --> 00:12:19,698 lebihan minuman penumpang di Vegas. 243 00:12:19,782 --> 00:12:22,993 Itu vodka? Bagus. 244 00:12:23,076 --> 00:12:26,830 Gadis-gadis kita dalam perjalanan ke majlis tarian senior. 245 00:12:26,914 --> 00:12:29,708 Mereka gembira mereka pergi bersama. 246 00:12:29,792 --> 00:12:33,170 Mereka sangat matang. Tentu mereka akan sedar perkara itu 247 00:12:33,253 --> 00:12:36,340 jika mereka tidak berdepan masalah lain. 248 00:12:36,423 --> 00:12:37,883 Hei, Devi. 249 00:12:39,301 --> 00:12:44,181 Memandangkan kita akan memulakan hidup baru di tempat baru, 250 00:12:44,264 --> 00:12:47,726 pentingkah untuk saya menjadi teman sebilik awak? 251 00:12:49,144 --> 00:12:50,270 Apa? 252 00:12:50,354 --> 00:12:51,939 Ya, sangat penting. 253 00:12:52,022 --> 00:12:53,106 Samalah. 254 00:12:53,190 --> 00:12:56,610 Saya memang mahu dan memang ia akan berlaku. 255 00:12:56,693 --> 00:12:58,237 Boleh beri saya vodka? 256 00:12:58,987 --> 00:13:01,740 Wah, terus minum vodka? 257 00:13:02,366 --> 00:13:05,160 Baik, mari berpesta. 258 00:13:05,911 --> 00:13:08,372 Pemandu, tunjuk pemandangan yang indah. 259 00:13:08,455 --> 00:13:11,834 Baiklah, kita akan naik gunung. 260 00:13:18,799 --> 00:13:21,051 Devi, ayuh. Mari sini. 261 00:13:26,473 --> 00:13:31,478 Pada malam paling suci sekolah tinggi, 262 00:13:32,437 --> 00:13:35,023 saya sangat bangga dengan awak berdua, 263 00:13:35,607 --> 00:13:38,527 menang pameran teknologi dan terima semua tawaran. 264 00:13:38,610 --> 00:13:40,654 Ucap selamat untuk masa depan. 265 00:13:40,737 --> 00:13:42,281 Secerah sinaran matahari! 266 00:13:45,993 --> 00:13:47,411 Ya Tuhan! 267 00:13:51,832 --> 00:13:54,626 Ini Stoo, pemandu limusin kamu. 268 00:13:55,168 --> 00:13:56,795 Ada sesiapa mati? 269 00:13:57,379 --> 00:13:59,172 Alamak, Devi, awak cedera? 270 00:14:00,883 --> 00:14:02,551 Saya tidak terima tawaran. 271 00:14:03,260 --> 00:14:04,177 Apa? 272 00:14:04,261 --> 00:14:06,346 Saya langsung tidak terima tawaran. 273 00:14:12,060 --> 00:14:13,645 Kamu baik? 274 00:14:13,729 --> 00:14:16,982 Jangan tidur beberapa hari, takut ada pendarahan otak. 275 00:14:17,065 --> 00:14:18,483 Terima kasih atas petua. 276 00:14:18,567 --> 00:14:21,570 Awak akan ganti tayar? Ada tayar ganti? 277 00:14:23,030 --> 00:14:25,365 Saya jujur, itulah tayar ganti. 278 00:14:25,449 --> 00:14:27,534 Pagi tadi berlaku kemalangan teruk. 279 00:14:28,118 --> 00:14:29,912 Tiada capaian di sini. 280 00:14:29,995 --> 00:14:32,372 Ya, nampaknya salah seorang 281 00:14:32,456 --> 00:14:35,167 perlu pergi Pep Boys untuk ambil tayar baru. 282 00:14:37,502 --> 00:14:38,712 Saya akan pergi. 283 00:14:38,795 --> 00:14:41,840 Untuk pengetahuan, saya pun pakai pakaian formal. 284 00:14:42,424 --> 00:14:43,425 Saja beritahu. 285 00:14:44,801 --> 00:14:45,719 Ya Tuhan. 286 00:14:48,096 --> 00:14:49,348 Mahu bincang? 287 00:14:52,059 --> 00:14:53,894 Mungkin sambil minum vodka? 288 00:14:54,561 --> 00:14:55,437 Baiklah. 289 00:14:57,606 --> 00:15:00,233 Pax, terima kasih kerana menawarkan diri 290 00:15:00,317 --> 00:15:02,694 dan membuktikan bahawa ahli jawatankuasa 291 00:15:02,778 --> 00:15:05,864 bukan guru yang tidak dijemput ke majlis tarian sendiri. 292 00:15:05,948 --> 00:15:07,449 Ya, sudah tentu. 293 00:15:07,532 --> 00:15:11,995 Malangnya, hanya satu tugas yang kosong iaitu menjaga tandas. 294 00:15:12,079 --> 00:15:13,538 Apa? Biar betul, kawan. 295 00:15:13,622 --> 00:15:16,959 Maaf. Hanya halang pelajar daripada minum atau merokok. 296 00:15:17,042 --> 00:15:20,045 Saya tidak boleh buat, mereka anggap saya kawan. 297 00:15:20,629 --> 00:15:23,298 Tapi awak tidak keseorangan. 298 00:15:27,636 --> 00:15:30,013 Kali pertama dalam hidup dia yang indah, 299 00:15:30,097 --> 00:15:33,767 Paxton melihat seseorang masuk dengan gaya perlahan, 300 00:15:33,850 --> 00:15:36,103 dan ia memang sempurna. 301 00:15:37,521 --> 00:15:38,772 Hai. 302 00:15:38,855 --> 00:15:39,690 Awak cantik. 303 00:15:39,773 --> 00:15:41,692 Terima kasih. Awak kacak. 304 00:15:42,359 --> 00:15:45,112 Nampaknya kita berstatus rendah lagi. 305 00:15:45,195 --> 00:15:46,488 Itu awak. 306 00:15:46,571 --> 00:15:48,657 Saya tidak pernah berstatus rendah… 307 00:15:49,908 --> 00:15:50,742 Betul. 308 00:15:55,080 --> 00:15:57,165 Saya minta maaf sangat. 309 00:15:57,666 --> 00:15:59,751 Saya tiada niat mahu menipu. 310 00:16:00,335 --> 00:16:02,921 Saya tidak mahu jujur dengan mak saya. 311 00:16:03,005 --> 00:16:05,090 Jangan risau. Kami faham. 312 00:16:06,216 --> 00:16:09,720 Saya perlu beritahu Pengetua Grubbs sebelum dia panggil The Today Show. 313 00:16:10,220 --> 00:16:14,307 Ya Tuhan, kenapa saya sentiasa psiko? 314 00:16:14,391 --> 00:16:17,602 Saya suka sikap psiko awak. Ia sangat menarik. 315 00:16:18,645 --> 00:16:20,022 Ya, betul. 316 00:16:21,982 --> 00:16:24,526 Maaf kita tidak akan tinggal sebilik. 317 00:16:26,236 --> 00:16:30,991 Sebenarnya, saya cari cara untuk beritahu yang saya tidak mahu masuk Princeton. 318 00:16:31,575 --> 00:16:33,827 - Apa? - Saya mahu masuk Howard. 319 00:16:33,910 --> 00:16:36,079 - Bagus. - Betul? 320 00:16:36,830 --> 00:16:37,664 Ya. 321 00:16:38,373 --> 00:16:39,624 Saya tumpang gembira. 322 00:16:41,334 --> 00:16:43,587 Awak akan buat apa, Devi? 323 00:16:44,963 --> 00:16:48,967 Saya perlu tulis karangan untuk keluar dari senarai tunggu, 324 00:16:49,051 --> 00:16:52,846 tapi pegawai kemasukan kata peluang saya sangat tipis. 325 00:16:55,015 --> 00:16:57,184 Setidaknya awak berdua berjaya. 326 00:16:57,267 --> 00:16:59,519 Tidak, saya tidak berjaya. 327 00:17:00,228 --> 00:17:02,606 Saya langsung tidak terima skrip. 328 00:17:02,689 --> 00:17:06,318 Tapi jangan risau, saya akan ambil kelas mengarah. 329 00:17:06,401 --> 00:17:07,819 Ia idea Trent. 330 00:17:07,903 --> 00:17:09,821 Awak sembang dengan Trent? 331 00:17:10,405 --> 00:17:11,448 Sembang biasa. 332 00:17:14,159 --> 00:17:16,161 El, sangat jelas. 333 00:17:16,745 --> 00:17:17,746 Awak cinta Trent. 334 00:17:18,413 --> 00:17:19,456 Beritahu dia. 335 00:17:22,209 --> 00:17:25,629 Hai, semua, saya berjaya mendaki turun. 336 00:17:25,712 --> 00:17:27,005 Hanya jatuh dua kali. 337 00:17:27,547 --> 00:17:32,094 Tapi kita perlu tunda limusin. Kamu terpaksa naik trak tunda. 338 00:17:32,969 --> 00:17:34,805 Apa kata hantar kami balik? 339 00:17:35,388 --> 00:17:38,225 Saya mahu pergi rumah orang lain. 340 00:17:41,478 --> 00:17:42,604 Akhirnya. 341 00:17:42,687 --> 00:17:44,564 Peanut Buster Parfait dari… 342 00:17:44,648 --> 00:17:46,358 Dari Eleanor? 343 00:17:46,441 --> 00:17:47,567 Hai. 344 00:17:47,651 --> 00:17:50,237 Maaf saya tidak bawa ais krim awak. 345 00:17:50,320 --> 00:17:52,030 Saya datang… 346 00:17:53,240 --> 00:17:55,784 Awak baik? Muka awak macam nampak kambing. 347 00:17:55,867 --> 00:17:58,036 - Maksud awak hantu? - Tidak. 348 00:17:59,037 --> 00:17:59,996 Baik. 349 00:18:00,080 --> 00:18:02,374 Saya datang 350 00:18:02,457 --> 00:18:06,044 sebab hidup penuh ketidaktentuan, betul? 351 00:18:06,128 --> 00:18:09,381 Maksud saya, malam ini, limusin saya kemalangan, 352 00:18:09,464 --> 00:18:12,134 dan Devi, pelajar terbaik kita, beritahu 353 00:18:12,217 --> 00:18:14,594 dia langsung tidak terima tawaran. 354 00:18:14,678 --> 00:18:15,512 Sekejap, apa? 355 00:18:17,389 --> 00:18:18,223 Hai. 356 00:18:18,306 --> 00:18:20,350 Maaf, ada tetamu di rumah saya. 357 00:18:20,433 --> 00:18:22,310 Eleanor, saya kenalkan Ben. 358 00:18:22,394 --> 00:18:25,814 Apa maksud awak? Devi terima semua tawaran. 359 00:18:26,398 --> 00:18:29,359 Sebenarnya, sebaliknya yang berlaku. 360 00:18:29,442 --> 00:18:30,527 Dia baik? 361 00:18:30,610 --> 00:18:33,071 Ben, apa kata awak baca situasi ini? 362 00:18:33,155 --> 00:18:34,406 Eleanor macam duyung 363 00:18:34,489 --> 00:18:36,700 dan mahu cakap sesuatu yang menarik. 364 00:18:37,826 --> 00:18:39,452 Ya, sudah tentu. Maaf. 365 00:18:41,371 --> 00:18:44,207 Baik, dia dah pergi. Teruskan. 366 00:18:44,291 --> 00:18:47,961 Saya mahu cakap, walaupun hidup penuh ketidaktentuan, 367 00:18:48,545 --> 00:18:50,255 saya yakin tentang sesuatu. 368 00:18:50,338 --> 00:18:51,464 Saya mahu bersama awak. 369 00:18:51,548 --> 00:18:54,801 Ya! Itulah yang saya harap awak cakap. 370 00:18:54,885 --> 00:18:59,472 Maksud awak secara romantik, bukan? Bukan macam pasukan The Amazing Race? 371 00:19:00,557 --> 00:19:02,100 Ya, secara romantik. 372 00:19:15,363 --> 00:19:16,198 Baik, Shrimp, 373 00:19:16,281 --> 00:19:19,242 awak tidak perlu bawa bungkusan baju peluh. 374 00:19:20,035 --> 00:19:21,953 - Ini cara saya berak. - Shrimp. 375 00:19:23,455 --> 00:19:24,372 Terima kasih. 376 00:19:26,833 --> 00:19:28,960 Apa pula kali ini? 377 00:19:30,921 --> 00:19:32,714 - Schnapps Laffy Taffy. - Wah. 378 00:19:32,797 --> 00:19:34,257 - Perisa baru. - Baiklah. 379 00:19:35,300 --> 00:19:38,553 Inilah sebabnya saya mahu mengajar. 380 00:19:38,637 --> 00:19:39,638 Ya. 381 00:19:39,721 --> 00:19:43,266 Kita membentuk masa depan dengan satu pam pada satu masa. 382 00:19:45,685 --> 00:19:49,022 Saya ingin tahu. Kenapa awak menjadi cikgu? 383 00:19:49,606 --> 00:19:52,359 Semasa saya di sekolah tinggi, 384 00:19:52,984 --> 00:19:55,779 ibu bapa saya berdepan perceraian yang teruk, 385 00:19:55,862 --> 00:19:57,656 dan prestasi saya menurun. 386 00:19:58,490 --> 00:20:02,118 Seorang guru halang saya daripada gagal. 387 00:20:03,286 --> 00:20:04,579 Ia kedengaran basi, 388 00:20:04,663 --> 00:20:07,207 tapi saya mahu mengubah hidup macam itu. 389 00:20:08,500 --> 00:20:10,001 Ia tidak kedengaran basi. 390 00:20:10,502 --> 00:20:11,920 Saya rasa ia bagus. 391 00:20:12,504 --> 00:20:14,881 Nampaknya awak dah sedar. 392 00:20:16,216 --> 00:20:18,426 Saya dengar awak bantu Eric. 393 00:20:19,302 --> 00:20:21,888 Tidaklah, saya tidak buat apa pun. 394 00:20:21,972 --> 00:20:24,140 Saya hanya tiup wisel dan suruh dia jangan lemas. 395 00:20:24,224 --> 00:20:26,851 Apa pun, 396 00:20:27,519 --> 00:20:29,354 awak boleh buat jika awak mahu. 397 00:20:29,437 --> 00:20:31,690 Saya gembira dapat bantu dia. 398 00:20:32,357 --> 00:20:34,234 Saya boleh bekerja macam itu. 399 00:20:36,695 --> 00:20:40,532 Ada perkara lain yang agak menarik tentang kerja ini. 400 00:20:41,199 --> 00:20:42,033 Betul? 401 00:20:42,701 --> 00:20:43,535 Ya. 402 00:20:44,911 --> 00:20:46,705 Awak mahu melepak dengan saya? 403 00:20:47,289 --> 00:20:50,083 Mungkin jauh dari bilik air? 404 00:20:50,667 --> 00:20:51,543 Ya. 405 00:20:52,419 --> 00:20:53,920 Idea yang menarik. 406 00:20:57,799 --> 00:20:59,467 Kami perlu bantuan. 407 00:20:59,551 --> 00:21:02,053 Brody cuba hisap hujung pensel, 408 00:21:02,804 --> 00:21:04,389 tapi tersekat di tingkap. 409 00:21:04,973 --> 00:21:05,849 Baik. 410 00:21:06,641 --> 00:21:07,475 Ayuh. 411 00:21:18,987 --> 00:21:19,988 Ben? 412 00:21:20,071 --> 00:21:23,074 Ya Tuhan. Macam inilah Paxton masuk? 413 00:21:23,158 --> 00:21:24,701 Itu memang berbahaya. 414 00:21:24,784 --> 00:21:27,495 Saya hanya boleh berpaut pada jalaran tajam. 415 00:21:28,663 --> 00:21:30,123 Dia buat dengan mudah. 416 00:21:31,833 --> 00:21:35,253 - Bagus. - Awak buat apa di sini? 417 00:21:36,046 --> 00:21:38,340 Saya tahu tentang situasi awak. 418 00:21:39,674 --> 00:21:40,633 Menyedihkan? 419 00:21:41,426 --> 00:21:42,844 Ia tidak menyedihkan. 420 00:21:43,928 --> 00:21:44,929 Ya, betul. 421 00:21:45,430 --> 00:21:48,308 Semua penolakan dan satu senarai tunggu 422 00:21:48,391 --> 00:21:50,310 memang menyedihkan, jadi… 423 00:21:50,393 --> 00:21:51,978 Awak masuk senarai tunggu? 424 00:21:52,062 --> 00:21:53,480 Ya, Princeton. 425 00:21:53,563 --> 00:21:54,731 Masih ada peluang. 426 00:21:54,814 --> 00:21:55,815 Tidak. 427 00:21:55,899 --> 00:21:58,026 Mereka suruh buat karangan lain. Saya tidak mahu. 428 00:21:58,109 --> 00:22:00,278 Apa? Awak dah gila? 429 00:22:00,362 --> 00:22:03,365 Saya tidak akan buang masa. Saya dah muak. 430 00:22:04,240 --> 00:22:06,826 Saya akan mohon pada musim luruh depan. 431 00:22:06,910 --> 00:22:09,037 Devi, dengar, awak banyak kerenah. 432 00:22:09,120 --> 00:22:13,958 Awak gila, penipu, suka berpeluh, tidak tahu memandu… 433 00:22:14,042 --> 00:22:16,711 - Itu kejam. - Tapi awak tidak putus asa. 434 00:22:17,212 --> 00:22:19,923 Tiada bezanya, 435 00:22:20,006 --> 00:22:22,217 sebab saya tiada peluang untuk masuk. 436 00:22:26,721 --> 00:22:32,394 Hanya saya tahu keinginan awak untuk masuk dan saya tahu awak berusaha sehabis baik. 437 00:22:32,894 --> 00:22:33,895 Jika saya awak, 438 00:22:33,978 --> 00:22:36,689 saya mahu orang komakan saya. 439 00:22:36,773 --> 00:22:38,316 Ya, saya mahu. 440 00:22:38,858 --> 00:22:41,778 Tapi jika awak tidak cuba, awak akan menyesal. 441 00:22:45,407 --> 00:22:46,866 Hei, Ben? 442 00:22:46,950 --> 00:22:47,784 Ya. 443 00:22:50,829 --> 00:22:53,665 Maaf saya cakap awak kejam semasa Margot di sini. 444 00:22:54,249 --> 00:22:55,417 Sebenarnya 445 00:22:56,876 --> 00:23:00,088 awak sangat baik. Awak berusaha untuk ceriakan saya. 446 00:23:00,839 --> 00:23:01,756 Ia berhasil? 447 00:23:01,840 --> 00:23:02,924 Tidak sangat. 448 00:23:06,177 --> 00:23:08,930 Tapi saya akan tulis karangan itu. 449 00:23:11,474 --> 00:23:14,853 Apabila awak kata saya kejam, saya tidak kisah sangat. 450 00:23:15,603 --> 00:23:18,857 Perkara yang saya asyik teringat ialah 451 00:23:18,940 --> 00:23:22,652 awak kata saya yang cakap kita tidak patut bersama. 452 00:23:25,113 --> 00:23:26,948 Mungkin saya salah, David. 453 00:23:47,886 --> 00:23:49,554 Apa yang kamu buat? 454 00:23:49,637 --> 00:23:51,389 Mak, bukan itu yang berlaku. 455 00:23:51,473 --> 00:23:53,725 Tengok? Kami berpakaian lengkap. 456 00:23:53,808 --> 00:23:54,726 Apa? 457 00:23:55,226 --> 00:23:57,729 Itu kamu, Ben. Mak sangka dia patung. 458 00:23:57,812 --> 00:24:00,064 Sekarang saya dah nampak, jadi keluar. 459 00:24:01,274 --> 00:24:02,942 Cik Warner telefon mak. 460 00:24:03,026 --> 00:24:06,154 Kamu tidak terima tawaran dan kamu menipu mak? 461 00:24:06,237 --> 00:24:08,281 Baik, saya tahu. Saya tidak… 462 00:24:08,364 --> 00:24:11,034 Apa? Mak biar kamu urus permohonan itu 463 00:24:11,117 --> 00:24:13,745 sebab mak sangka kamu boleh berfikiran waras. 464 00:24:13,828 --> 00:24:16,706 Kenapa kamu hanya memohon Liga Ivy? 465 00:24:16,789 --> 00:24:18,208 Kenapa bodoh sangat? 466 00:24:20,502 --> 00:24:22,337 Maksud mak bukan bodoh… 467 00:24:22,921 --> 00:24:23,880 Itu maksud mak. 468 00:24:25,548 --> 00:24:28,092 Mak betul, saya bodoh. 469 00:24:29,135 --> 00:24:33,348 Saya minta maaf sangat. Tiada gunanya mak pindah dari India. 470 00:24:33,932 --> 00:24:37,185 - Devi… - Boleh biar saya bersendirian? 471 00:24:39,103 --> 00:24:39,938 Baik. 472 00:24:43,525 --> 00:24:46,945 Awak akan tamat belajar tidak lama lagi. Memang mengujakan. 473 00:24:47,737 --> 00:24:50,114 - Betul? - Bagi saya, mengujakan. 474 00:24:50,198 --> 00:24:54,202 Saya tidak perlu dengar tentang politik sosial dalam orkestra. 475 00:24:54,285 --> 00:24:57,413 Awak suka dengar kegedikan pemain alat tiup kayu. 476 00:24:58,289 --> 00:24:59,290 Ya, saya suka. 477 00:25:00,917 --> 00:25:03,086 Kenapa? Kenapa awak nampak muram? 478 00:25:03,670 --> 00:25:04,629 Saya tidak tahu. 479 00:25:04,712 --> 00:25:06,839 Mungkin sebab saya satu kegagalan. 480 00:25:06,923 --> 00:25:10,343 Apa maksud awak? Awak bukan kegagalan. 481 00:25:10,426 --> 00:25:11,386 Bagaimana? 482 00:25:11,469 --> 00:25:14,097 Skala awak? Antara gagal dengan tong sampah? 483 00:25:15,056 --> 00:25:20,186 Kali pertama saya jumpa awak, awak pemarah dan suka pendam perasaan. 484 00:25:20,979 --> 00:25:23,356 Awak tidak mahu memahami perasaan awak, 485 00:25:23,439 --> 00:25:25,733 kesakitan dan trauma awak. 486 00:25:25,817 --> 00:25:27,735 Awak hanya mahu pecahkan barang. 487 00:25:28,486 --> 00:25:32,407 Saya terpaksa sorok semua pasu saya sebelum awak datang. 488 00:25:33,575 --> 00:25:35,702 - Maaf. - Tengok awak sekarang. 489 00:25:36,869 --> 00:25:38,788 Tengok perkembangan awak. 490 00:25:39,372 --> 00:25:43,418 Awak berdepan trauma awak, awak menjadi lebih baik. 491 00:25:43,501 --> 00:25:46,087 Maaf saya agak beremosi, 492 00:25:46,170 --> 00:25:49,132 tapi kadangkala saya rasa 493 00:25:49,215 --> 00:25:51,759 sangat risau akan awak, budak. 494 00:25:52,552 --> 00:25:53,928 Tengok awak hari ini. 495 00:25:54,012 --> 00:25:56,973 Saya sangat bangga dengan awak. 496 00:25:57,557 --> 00:25:59,267 Awak bertahan, sayang. 497 00:26:00,018 --> 00:26:01,269 Awak pemandiri. 498 00:26:02,145 --> 00:26:03,229 Awak yakin? 499 00:26:03,313 --> 00:26:05,273 Masalah kecil ini, 500 00:26:05,815 --> 00:26:07,442 hanya satu halangan kecil 501 00:26:07,525 --> 00:26:09,944 berbanding semua cabaran sebelum ini. 502 00:26:10,028 --> 00:26:12,572 Awak boleh buat jika awak berusaha. 503 00:26:19,037 --> 00:26:20,455 Terima kasih, Dr. Ryan. 504 00:26:21,331 --> 00:26:23,166 Terima kasih kerana bantu saya. 505 00:26:24,709 --> 00:26:26,628 Saya minta maaf pasu awak pecah. 506 00:26:27,462 --> 00:26:28,796 Jangan risau. 507 00:26:28,880 --> 00:26:30,840 Pasu itu agak hodoh. 508 00:26:33,426 --> 00:26:36,638 Bahagian Kemasukan Arizona State. Boleh saya bantu? 509 00:26:36,721 --> 00:26:39,182 Hai. Nama saya Paxton Hall-Yoshida. 510 00:26:39,265 --> 00:26:41,184 Saya daftar pada awal tahun ini, 511 00:26:41,267 --> 00:26:42,518 tapi saya tarik diri, 512 00:26:42,602 --> 00:26:45,229 tapi sekarang saya mahu kembali 513 00:26:45,313 --> 00:26:47,815 dan tukar jurusan kepada pendidikan… 514 00:26:47,899 --> 00:26:50,485 Awak tidak perlu cerita kisah hidup awak. 515 00:26:50,568 --> 00:26:51,944 Maaf. 516 00:26:52,028 --> 00:26:54,238 Saya sambungkan ke Kemasukan Ijazah. 517 00:26:54,322 --> 00:26:55,198 Baik. 518 00:26:55,907 --> 00:26:58,284 Tahniah kerana menjadi Sun Devil semula. 519 00:26:59,786 --> 00:27:01,079 Terima kasih. 520 00:27:03,665 --> 00:27:05,917 Selepas berbual dengan Dr. Ryan, 521 00:27:06,000 --> 00:27:09,337 Devi tahu perkara yang dia perlu tulis. 522 00:27:12,590 --> 00:27:16,719 Dulu, seseorang suruh saya tulis karangan kolej tentang ayah saya. 523 00:27:16,803 --> 00:27:18,346 Tapi saya tidak mahu, 524 00:27:18,429 --> 00:27:21,599 kerana saya macam mencari belas kasihan dan ia salah. 525 00:27:21,683 --> 00:27:24,894 Tapi tiada cara untuk mengenali diri saya 526 00:27:24,977 --> 00:27:26,270 tanpa mengenali ayah. 527 00:27:26,771 --> 00:27:30,983 Ayah saya meninggal dunia semasa tahun pertama sekolah tinggi 528 00:27:31,067 --> 00:27:34,445 dan dia meninggal di depan saya semasa konsert orkestra. 529 00:27:35,071 --> 00:27:36,197 Umur saya 15 tahun, 530 00:27:36,280 --> 00:27:39,200 dan saya lihat orang yang saya paling sayang 531 00:27:39,283 --> 00:27:41,202 hilang di depan mata saya. 532 00:27:41,786 --> 00:27:46,541 Saya tidak mahu fokus tentang kematian, tapi cara hidup dia yang membentuk saya. 533 00:27:47,250 --> 00:27:51,379 Senyuman tidak pernah lekang dari wajah dia dan dia optimis. 534 00:27:51,963 --> 00:27:55,299 Princeton merupakan impian yang saya dan ayah saya bina. 535 00:27:55,383 --> 00:27:58,177 Saya berpegang teguh pada Princeton 536 00:27:58,261 --> 00:28:00,012 supaya saya terus ingat ayah. 537 00:28:00,096 --> 00:28:01,514 Tanah antara dua sungai. 538 00:28:01,597 --> 00:28:04,559 Jika anda tidak terima saya, saya faham. 539 00:28:04,642 --> 00:28:06,227 Saya tidak akan lupa ayah. 540 00:28:06,310 --> 00:28:08,104 Ayah sentiasa di samping saya. 541 00:28:08,730 --> 00:28:10,857 Tapi jika ada tempat untuk saya, 542 00:28:10,940 --> 00:28:13,943 saya janji saya tidak akan leka walaupun sesaat, 543 00:28:14,444 --> 00:28:17,989 sebab ia bukan hanya impian saya seorang. 544 00:29:16,506 --> 00:29:19,550 Terjemahan sari kata oleh Zarifah Kamarulhisham