1 00:00:11,054 --> 00:00:13,598 Nerda, hari yang ditunggu dah tiba. 2 00:00:13,681 --> 00:00:17,018 Hari bersejarah bagi pencapai lampau masokis. 3 00:00:17,101 --> 00:00:18,853 Ia hari keputusan awal. 4 00:00:18,936 --> 00:00:23,608 Pada pukul 4 petang ini, Devi akan bertemu takdir dia di Princeton. 5 00:00:23,691 --> 00:00:27,028 Cukup untuk mengatakan yang dia hanya agak tertekan. 6 00:00:28,446 --> 00:00:29,864 Apa pun boleh berlaku. 7 00:00:29,947 --> 00:00:32,325 Walaupun dia pelajar yang hebat, 8 00:00:32,408 --> 00:00:36,245 ada beberapa kekurangan dalam resume dia, 9 00:00:36,829 --> 00:00:41,292 iaitu penggantungan pada tahun kedua kerana menipu dan membuli. 10 00:00:41,375 --> 00:00:43,961 - Apa? - Cikgu kata kamu digantung. 11 00:00:44,045 --> 00:00:46,756 Waktu yang agak bodoh apabila teman lelaki Devi 12 00:00:46,839 --> 00:00:48,841 merompak pegawai Princeton. 13 00:00:48,925 --> 00:00:50,593 Hai. 14 00:00:50,676 --> 00:00:51,844 Ini dompet awak. 15 00:00:51,928 --> 00:00:53,721 Waktu itu, 16 00:00:53,805 --> 00:00:56,390 apabila Devi tidak dapat surat cadangan 17 00:00:56,474 --> 00:00:57,683 sebab dia menjerit… 18 00:00:57,767 --> 00:00:58,851 Zakar tanpa kulup. 19 00:01:00,895 --> 00:01:02,313 Jika semuanya baik, 20 00:01:02,396 --> 00:01:05,691 dialah Tiger Princeton pada musim luruh akan datang. 21 00:01:05,775 --> 00:01:07,944 Jika sebaliknya berlaku… 22 00:01:09,654 --> 00:01:10,571 Tuhan. 23 00:01:11,072 --> 00:01:13,783 Kamu baik, sayang? Hari yang penting. 24 00:01:15,034 --> 00:01:16,494 Mak mahu ingatkan kamu 25 00:01:16,577 --> 00:01:19,038 walau apa pun berlaku, semuanya baik. 26 00:01:19,122 --> 00:01:22,125 Apa maksud mak? Mak rasa saya tidak akan diterima. 27 00:01:22,208 --> 00:01:25,670 Tidak, mak hanya mahu kamu bersedia… 28 00:01:25,753 --> 00:01:29,215 Mak, jangan bersikap negatif. Nanti nasib saya malang. 29 00:01:29,298 --> 00:01:31,634 Salahkah jika mak percayakan saya? 30 00:01:31,717 --> 00:01:34,512 Devi, mak memang percayakan kamu, tapi… 31 00:01:38,266 --> 00:01:39,684 Hei. Cuba teka. 32 00:01:40,184 --> 00:01:41,936 Kata Jonah yang dengar daripada Chris C, 33 00:01:42,019 --> 00:01:44,188 mak dia ada kenalan di Princeton, 34 00:01:44,272 --> 00:01:47,108 Princeton terima satu kemasukan dari sini. 35 00:01:47,608 --> 00:01:49,527 Ia hari yang gembira bagi awak. 36 00:01:49,610 --> 00:01:51,821 Rasakan, mak Devi. 37 00:01:51,904 --> 00:01:54,532 Impian Devi akan menjadi kenyataan. 38 00:01:54,615 --> 00:01:57,243 Ben mengesahkan yang dia akan dapat… 39 00:01:57,326 --> 00:01:58,244 Penangguhan? 40 00:01:58,327 --> 00:01:59,579 Penangguhan? 41 00:01:59,662 --> 00:02:01,330 Mereka menangguhkan awak? 42 00:02:01,414 --> 00:02:02,832 Jika awak tertangguh… 43 00:02:02,915 --> 00:02:04,417 Siapa yang diterima? 44 00:02:07,587 --> 00:02:09,630 STATUS PERMOHONAN: TAHNIAH! 45 00:02:13,217 --> 00:02:17,054 NEVER HAVE I EVER …IMPIAN SAYA DIRAMPAS 46 00:02:17,138 --> 00:02:18,764 Ini tidak teruk sangat. 47 00:02:18,848 --> 00:02:20,641 Penangguhan bukan penolakan. 48 00:02:20,725 --> 00:02:22,810 Kamu tahu? Kita dah bersedia. 49 00:02:22,894 --> 00:02:24,812 Tidak, mak yang dah bersedia. 50 00:02:24,896 --> 00:02:27,607 Mak dan Princeton sangka saya teruk. 51 00:02:27,690 --> 00:02:29,567 Devi, kamu tidak teruk. 52 00:02:29,650 --> 00:02:32,737 Mak kata mereka akan tolak saya, dan mereka tolak. 53 00:02:32,820 --> 00:02:34,572 Mak tidak cakap macam itu. 54 00:02:34,655 --> 00:02:38,075 Mak hanya mahu kamu bersedia. Ia… 55 00:02:38,159 --> 00:02:41,996 Mak, susah sangat untuk mak cakap, "Devi, kamu akan masuk"? 56 00:02:42,079 --> 00:02:45,666 Bukankah kamu akan rasa lebih teruk jika mak cakap macam itu? 57 00:02:45,750 --> 00:02:49,128 Setidaknya saya tahu mak saya tidak anggap saya bodoh. 58 00:02:50,254 --> 00:02:51,088 Devi… 59 00:02:54,091 --> 00:02:56,135 - Hai. - Hai. 60 00:02:56,219 --> 00:02:58,679 Ada banyak bungkusan di depan. 61 00:02:58,763 --> 00:03:00,723 Nenek punya. 62 00:03:01,307 --> 00:03:03,851 Lenny, saya beli pakaian baru untuk awak. 63 00:03:03,935 --> 00:03:09,023 Saya naik gila tengok laman web Tommy Bahama. 64 00:03:09,106 --> 00:03:10,483 Betul. 65 00:03:10,566 --> 00:03:12,777 Nirmy, awak manjakan saya. 66 00:03:13,361 --> 00:03:16,280 Saya rasa saya jumpa sugar mama. 67 00:03:19,200 --> 00:03:22,745 Len, saya harap awak beli sesuatu yang bagus untuk nenek. 68 00:03:22,828 --> 00:03:24,872 Nenek tidak perlu apa-apa. 69 00:03:24,956 --> 00:03:27,208 Saya hanya mahu sentuhan fizikal. 70 00:03:27,291 --> 00:03:28,501 Ya Tuhan. 71 00:03:29,210 --> 00:03:31,963 Wah, menyesal saya balik awal. 72 00:03:32,046 --> 00:03:35,841 Baik saya telefon hotel dan beri mereka kad kredit saya 73 00:03:35,925 --> 00:03:38,302 jika kita mahu ke Palm Springs. 74 00:03:38,386 --> 00:03:39,387 Ambil dompet. 75 00:03:42,181 --> 00:03:45,184 Cik Warner, kenapa? Bagaimana ia boleh berlaku? 76 00:03:45,268 --> 00:03:48,354 Devi, awak tidak bersalah. Awak pelajar cemerlang, 77 00:03:48,437 --> 00:03:51,107 tapi persaingan untuk masuk sangat tinggi. 78 00:03:51,190 --> 00:03:53,192 Penangguhan tidak teruk. 79 00:03:53,276 --> 00:03:54,443 Ia tidak positif. 80 00:03:54,527 --> 00:03:56,946 Awak boleh masuk dengan keputusan biasa. 81 00:03:57,488 --> 00:04:00,199 Biasa. Inilah diri saya sekarang. 82 00:04:00,283 --> 00:04:02,660 Awak tidak perlu rasa malu. 83 00:04:02,743 --> 00:04:04,954 Awak patut mohon universiti lain. 84 00:04:05,037 --> 00:04:07,748 Baik, saya akan mohon Liga Ivy lain. 85 00:04:07,832 --> 00:04:11,127 Mungkin pilih beberapa universiti yang mudah untuk masuk. 86 00:04:11,711 --> 00:04:13,004 Berani cikgu? 87 00:04:13,087 --> 00:04:15,840 Saya dah cukup malu dengan keputusan biasa. 88 00:04:15,923 --> 00:04:18,050 Ada banyak universiti luar biasa 89 00:04:18,134 --> 00:04:20,094 yang bukan dalam Liga Ivy, betul? 90 00:04:20,177 --> 00:04:22,972 Kita tidak tahu keindahan sebenar. Saya tahu, 91 00:04:23,055 --> 00:04:25,141 tapi saya perlu ke Princeton. Jadi? 92 00:04:25,224 --> 00:04:28,644 Pada masa ini, awak hanya perlu tunggu dan lihat. 93 00:04:29,228 --> 00:04:31,856 Bukan gaya saya. Sukan? Saya tidak bersukan. 94 00:04:31,939 --> 00:04:32,898 Ada sebab. 95 00:04:32,982 --> 00:04:36,569 Ya, saya akan tambah kelas lain, tambah kelab dan bersukan. 96 00:04:36,652 --> 00:04:38,654 Jangan risau, saya boleh buat. 97 00:04:40,573 --> 00:04:44,952 Sekejap, siapa yang masuk Princeton jika bukan saya? 98 00:04:46,078 --> 00:04:47,747 Cikgu tidak boleh beritahu. 99 00:04:48,247 --> 00:04:50,624 Awak tahu, kerahsiaan penasihat kolej 100 00:04:51,125 --> 00:04:52,752 dan macam-macam lagi. 101 00:04:53,336 --> 00:04:54,211 Baik. 102 00:04:55,504 --> 00:04:59,467 Ya. Ia bukan glic atau gurauan. Permohonan saya tertangguh. 103 00:04:59,550 --> 00:05:01,886 Tidak! Itu senario paling teruk. 104 00:05:01,969 --> 00:05:04,764 Betul? Terima kasih atas semangat awak, Fabiola. 105 00:05:04,847 --> 00:05:07,141 Cik Dubs rahsiakan identiti musuh itu. 106 00:05:07,224 --> 00:05:08,934 Ada musuh? Saya benci dia. 107 00:05:09,518 --> 00:05:12,938 Patutkah kita benci musuh? Mereka hanya satu cabaran hidup. 108 00:05:13,022 --> 00:05:14,774 Saya tidak boleh teka. 109 00:05:14,857 --> 00:05:17,151 Saya tahu semua orang yang mohon awal. 110 00:05:17,234 --> 00:05:19,904 Ada Young Sheldon yang saya tidak kenal? 111 00:05:21,405 --> 00:05:23,491 Sekejap, Fab. 112 00:05:24,784 --> 00:05:26,702 Awak diterima masuk Yale? 113 00:05:28,120 --> 00:05:30,289 Saya tidak diterima masuk Yale. 114 00:05:30,373 --> 00:05:32,917 Mereka rugi, sebab awak mengagumkan. 115 00:05:33,709 --> 00:05:35,503 Apa masalah mereka? 116 00:05:35,586 --> 00:05:38,964 Mereka tidak sedar kesempurnaan yang duduk di depan saya? 117 00:05:39,048 --> 00:05:40,925 Tunggulah, saya berusaha. 118 00:05:41,008 --> 00:05:43,969 Aneesa, boleh saya masuk pasukan bola sepak? 119 00:05:44,053 --> 00:05:48,224 Devi, saya pernah nampak awak sesak nafas atas tangga gerak. 120 00:05:48,307 --> 00:05:49,767 Betul itu. 121 00:05:49,850 --> 00:05:51,102 Hei, Paxton. 122 00:05:51,769 --> 00:05:54,605 Ada sukan yang tidak terlalu memenatkan? 123 00:05:55,231 --> 00:05:58,109 Pasukan renang lelaki mencari pengurus alatan. 124 00:05:58,192 --> 00:06:00,361 - Ada surat pengakuan? - Ya. 125 00:06:00,444 --> 00:06:01,779 Bagus. Tunggu. 126 00:06:02,405 --> 00:06:05,825 Baiklah, lupakan masa lalu dan berusaha. 127 00:06:05,908 --> 00:06:09,036 Tapi jika saya tahu perampas tempat saya, 128 00:06:09,703 --> 00:06:10,955 saya musnahkan dia. 129 00:06:11,038 --> 00:06:11,872 Jumpa lagi. 130 00:06:13,916 --> 00:06:16,502 Nasib baik saya dah direkrut. Memenatkan. 131 00:06:16,585 --> 00:06:17,670 Jumpa lagi. 132 00:06:20,214 --> 00:06:21,048 El. 133 00:06:22,133 --> 00:06:23,717 Saya yang masuk Princeton. 134 00:06:24,802 --> 00:06:26,512 Bagaimana? Kenapa? Buat apa? 135 00:06:26,595 --> 00:06:28,472 Maaf, saya tidak tahu. 136 00:06:28,556 --> 00:06:31,851 Saya mahu risalah, tapi wanita itu cakap tentang robotik, 137 00:06:31,934 --> 00:06:34,520 dan saya bayar $70 untuk memohon. 138 00:06:34,603 --> 00:06:35,938 Saya terpengaruh, El. 139 00:06:36,021 --> 00:06:38,232 Habislah, dia akan mengamuk. 140 00:06:38,315 --> 00:06:40,734 Ya. Saya perlu buat apa? Mengaku? 141 00:06:40,818 --> 00:06:42,445 Tidak, jangan. 142 00:06:42,987 --> 00:06:46,740 Awak berdua tidak boleh bergaduh. Ini bukan masa yang sesuai. 143 00:06:46,824 --> 00:06:47,825 Kenapa? 144 00:06:48,617 --> 00:06:51,787 Tiada apa. Diam dan harap dia lupa. 145 00:06:52,997 --> 00:06:57,084 Tapi ia sangat mengagumkan, Fab. Saya sangat bangga dengan awak. 146 00:07:05,593 --> 00:07:08,345 Bukan semua orang muram di Sherman Oaks. 147 00:07:08,846 --> 00:07:13,100 Salah seorang si pintar kita sedang berjalan dengan penuh megah. 148 00:07:13,184 --> 00:07:16,562 Betul, Ben Gross diterima masuk Columbia. 149 00:07:17,730 --> 00:07:19,106 Sesuatu yang berbeza? 150 00:07:19,940 --> 00:07:22,693 Minyak wangi baru? Bau lemon terlalu kuat. 151 00:07:22,776 --> 00:07:25,362 Apa? Itu bau baldi tukang cuci. 152 00:07:27,406 --> 00:07:30,201 Tengok, sayang. Saya masuk Columbia. 153 00:07:30,284 --> 00:07:32,077 Saya tahu awak diterima masuk. 154 00:07:32,161 --> 00:07:34,955 Satelit di angkasa pun tahu awak diterima. 155 00:07:35,039 --> 00:07:37,208 Makan di rumah saya malam ini. 156 00:07:37,291 --> 00:07:40,211 Ada hidangan istimewa. David Blaine buat magik. 157 00:07:40,294 --> 00:07:45,174 Wah, tawaran yang menarik, tapi ada pertunjukan seni selepas sekolah, 158 00:07:45,257 --> 00:07:47,468 dan pemilik galeri akan datang. 159 00:07:47,551 --> 00:07:49,178 Jika dia suka, dia tayang. 160 00:07:49,261 --> 00:07:51,972 Bagus. Ada dua benda untuk kita raikan. 161 00:07:52,056 --> 00:07:53,891 Saya minta Patty masak lambat. 162 00:07:53,974 --> 00:07:56,352 David kata jadual dia padat, tapi tidak. 163 00:07:58,729 --> 00:08:02,441 Ada orang dah buat kajian pembiakan bakteria di stesen krimer? 164 00:08:03,025 --> 00:08:06,278 Mungkin tiada, sebab tiada siapa mahu tahu. 165 00:08:06,362 --> 00:08:07,404 Betul itu. 166 00:08:08,447 --> 00:08:12,618 Dengar, Kamala, saya jemput awak minum kopi 167 00:08:12,701 --> 00:08:14,703 sebab saya pengarah baru 168 00:08:14,787 --> 00:08:17,665 di Pusat Kesihatan Global Johns Hopkins. 169 00:08:18,249 --> 00:08:21,377 Ya Tuhan. Dr. Logan, tahniah. 170 00:08:21,460 --> 00:08:22,836 Terima kasih. 171 00:08:22,920 --> 00:08:25,172 Saya suka menjadi penasihat awak. 172 00:08:25,256 --> 00:08:27,341 Saya rasa awak sangat berbakat. 173 00:08:27,424 --> 00:08:30,344 Saya mahu tahu jika awak mahu ikut saya. 174 00:08:31,262 --> 00:08:34,473 Saya? Berpindah ke Maryland? Bila? 175 00:08:34,557 --> 00:08:38,269 Ia notis singkat, tapi dalam masa tiga minggu. 176 00:08:39,520 --> 00:08:41,438 Mungkin saya tidak akan sempat. 177 00:08:41,522 --> 00:08:43,440 Ada banyak urusan di sini. 178 00:08:43,524 --> 00:08:47,528 Contohnya, ada janji temu dengan doktor gigi hujung bulan ini. 179 00:08:48,445 --> 00:08:50,155 Ada doktor gigi di Maryland. 180 00:08:51,615 --> 00:08:55,202 Saya tahu ia mengejut, tapi program ini akan memperkenalkan 181 00:08:55,286 --> 00:08:57,621 ubat baru kepada dunia membangun, 182 00:08:57,705 --> 00:08:59,582 saya tahu ia minat awak. 183 00:08:59,665 --> 00:09:01,625 Betul. Saya hanya… 184 00:09:01,709 --> 00:09:02,960 Apa-apalah. 185 00:09:03,043 --> 00:09:06,130 Len, sayang. Saya tidak tahu sebab kita perlu tunggu. 186 00:09:06,213 --> 00:09:08,382 Saya hanya mahu bawa awak ke pantai. 187 00:09:08,465 --> 00:09:09,592 Saya tahu, sayang. 188 00:09:09,675 --> 00:09:12,344 Jadilah Jerry Maguire dan tunjuk duit itu. 189 00:09:12,428 --> 00:09:14,388 Jangan risau, saya ada rancangan. 190 00:09:14,471 --> 00:09:15,306 Terima kasih. 191 00:09:15,389 --> 00:09:17,182 Awak tidak perlu tunggu lama. 192 00:09:18,601 --> 00:09:19,685 Kamala? 193 00:09:22,229 --> 00:09:24,982 - Awak baik? - Ya, maaf. 194 00:09:25,065 --> 00:09:29,153 Seluar satin ini sangat licin. Saya tergelincir dari kerusi. 195 00:09:30,362 --> 00:09:32,906 Apa pendapat awak tentang tawaran ini? 196 00:09:32,990 --> 00:09:35,117 Ia peluang keemasan. 197 00:09:35,618 --> 00:09:37,745 Boleh beri saya sehari dua? 198 00:09:37,828 --> 00:09:38,704 Sudah tentu. 199 00:09:39,204 --> 00:09:40,914 Untuk menambah baik tawaran, 200 00:09:40,998 --> 00:09:43,542 awak terima bonus kemasukan dan kek ketam. 201 00:09:50,966 --> 00:09:54,511 Awak akan datang ke barbeku untuk penerima kemasukan awal? 202 00:09:55,387 --> 00:09:59,058 Tidak, saya tidak suka pesta atau daging yang diperap. 203 00:09:59,141 --> 00:10:00,559 Belum beritahu Devi? 204 00:10:01,560 --> 00:10:03,187 Saya tidak mampu. 205 00:10:03,270 --> 00:10:04,855 Baik, dengar. 206 00:10:04,938 --> 00:10:08,442 Barbeku di tempat letak kereta staf. Dia tiada di situ. 207 00:10:09,026 --> 00:10:10,527 Jadi singgah sekejap. 208 00:10:10,611 --> 00:10:13,030 Awak perlu meraikan kejayaan awak 209 00:10:13,113 --> 00:10:15,491 dan awak perlu makan coleslaw cikgu. 210 00:10:15,574 --> 00:10:17,326 Mulanya ia salad telur. 211 00:10:22,748 --> 00:10:24,792 Kenapa awak mahu bersukan? 212 00:10:25,584 --> 00:10:28,879 Awak tidak suka bersukan. 213 00:10:29,838 --> 00:10:34,051 Baik, untuk pengetahuan awak, Princeton tangguh permohonan saya. 214 00:10:34,134 --> 00:10:36,387 Itu tidak teruk. Awak tidak ditolak. 215 00:10:37,346 --> 00:10:38,180 Betul. 216 00:10:38,263 --> 00:10:40,474 Saya perlu menambah baik resume saya 217 00:10:40,557 --> 00:10:42,309 untuk menarik minat mereka. 218 00:10:42,393 --> 00:10:46,021 Menjadi kuli perenang lelaki akan mengubah keadaan? 219 00:10:46,730 --> 00:10:49,400 Mungkin. Saya tidak tahu. Saya mahu cuba. 220 00:10:50,567 --> 00:10:53,028 Saya tahu salah untuk saya cakap, 221 00:10:53,112 --> 00:10:57,616 tapi saya lega seseorang macam awak bergelut untuk masuk universiti. 222 00:10:57,700 --> 00:11:01,370 Bagus. Saya gembira kesengsaraan saya buat awak bahagia. 223 00:11:04,039 --> 00:11:05,499 Helo, jurulatih. 224 00:11:05,582 --> 00:11:10,129 Saya mahu menjadi pengurus alatan. Saya taip 100 perkataan seminit. 225 00:11:10,212 --> 00:11:13,465 Saya mahir guna Microsoft Word dan Excel. Kekuatan saya… 226 00:11:13,549 --> 00:11:16,635 Ya, boleh. Awak diterima. Badan awak agak tegap. 227 00:11:17,344 --> 00:11:19,805 Musim bermula selepas cuti musim sejuk, 228 00:11:19,888 --> 00:11:23,267 tapi awak boleh ambil Speedos di kereta saya sekarang. 229 00:11:23,350 --> 00:11:26,228 Seluar lama menipis, zakar mereka menjongol. 230 00:11:44,288 --> 00:11:47,249 Di situlah barbeku keputusan awal. 231 00:11:47,332 --> 00:11:51,086 Tengok mereka berseronok di bawah khemah yang meriah. 232 00:11:51,170 --> 00:11:52,755 Patutnya Devi di sana. 233 00:11:52,838 --> 00:11:55,299 Sebaliknya, dia ambil seluar dalam lelaki 234 00:11:55,382 --> 00:11:57,009 dari sebuah kereta usang. 235 00:11:57,551 --> 00:11:59,636 Sekejap, musuh yang masuk Princeton 236 00:11:59,720 --> 00:12:02,431 mungkin sedang berseronok di situ. 237 00:12:02,514 --> 00:12:05,934 Mungkin tiba masanya untuk menyiasat. 238 00:12:06,018 --> 00:12:07,394 Itu Washington State. 239 00:12:07,978 --> 00:12:09,146 Itu budak Duke 240 00:12:09,813 --> 00:12:10,689 dan Columbia. 241 00:12:11,273 --> 00:12:13,233 Tiada penampakan yang ganjil. 242 00:12:13,817 --> 00:12:15,527 Walaupun seorang… 243 00:12:20,741 --> 00:12:21,617 Fab? 244 00:12:22,576 --> 00:12:24,828 Kenapa datang barbeku kemasukan awal? 245 00:12:24,912 --> 00:12:27,164 Saya lapar. 246 00:12:27,998 --> 00:12:30,501 Jujur. Awak mohon masuk Yale? 247 00:12:31,919 --> 00:12:32,920 Devi, saya… 248 00:12:34,546 --> 00:12:35,464 Fabiola! 249 00:12:35,547 --> 00:12:36,590 Fabiola! 250 00:12:38,509 --> 00:12:39,468 Fabiola! 251 00:12:40,511 --> 00:12:42,471 Devi, maaf. Biar saya jelaskan. 252 00:12:42,554 --> 00:12:43,889 Tidak perlulah. 253 00:12:50,562 --> 00:12:53,440 Hei. Ini lukisan awak? Wah, sangat mengagumkan. 254 00:12:54,441 --> 00:12:58,529 Terima kasih. Itu Kade Andrews, pemilik galeri. Jangan panik. 255 00:13:00,489 --> 00:13:03,867 Dia ambil karya Samantha Rosenwald sebelum pertunjukan solo di Stanley's. 256 00:13:04,451 --> 00:13:06,411 - Awak faham? - Tidak. 257 00:13:06,995 --> 00:13:08,872 Hai. Ini karya awak? 258 00:13:08,956 --> 00:13:09,915 Ya. 259 00:13:10,999 --> 00:13:11,959 Awak tidak suka? 260 00:13:12,042 --> 00:13:14,461 Saya suka. Perspektif awak sangat segar. 261 00:13:14,545 --> 00:13:16,672 - Awak sangat berbakat. - Betul. 262 00:13:16,755 --> 00:13:20,551 Saya suruh dia jadikan karya dia sebagai NFT, baru dapat duit. 263 00:13:24,888 --> 00:13:28,100 Saya ambil minuman sementara awak berdua berbual. 264 00:13:36,984 --> 00:13:38,318 MARGOT MEMANGGIL 265 00:13:38,402 --> 00:13:40,279 Mahu minum apa? 266 00:13:40,362 --> 00:13:44,199 Ya, matahari yang bersinar. Ia memberi banyak ilham. 267 00:13:44,283 --> 00:13:45,909 Terima kasih, samalah. 268 00:13:45,993 --> 00:13:48,537 - Ada warna jingga gelap. - Tertekan. 269 00:13:48,620 --> 00:13:52,082 Budak lelaki kecil yang gemuruh itu teman lelaki awak? 270 00:13:52,916 --> 00:13:56,962 Ya. Maksud saya, saya tidak tahu. Ia tidak serius sangat, jadi… 271 00:13:57,045 --> 00:14:00,424 Ya, dia agak kekok untuk orang macam awak. 272 00:14:00,507 --> 00:14:03,468 - Macam gaya Urkel. - Betul itu. 273 00:14:04,303 --> 00:14:07,514 - Ya. - Sesuatu yang agak kejam untuk terdengar. 274 00:14:08,015 --> 00:14:11,685 Di seberang pekan, Devi pun sangat terkejut. 275 00:14:11,768 --> 00:14:14,187 Sanggup kawan baik dia buat begini? 276 00:14:14,271 --> 00:14:16,064 Sanggup Princeton buat begini? 277 00:14:16,148 --> 00:14:19,401 Jangan hempas pintu. Itu perangai budak kulit Putih. 278 00:14:19,484 --> 00:14:22,988 Saya baru tahu Fabiola mohon Princeton, 279 00:14:23,071 --> 00:14:24,364 dan dia diterima. 280 00:14:24,448 --> 00:14:27,159 Sayang, memang kesal sekali, 281 00:14:27,242 --> 00:14:29,620 tapi inilah maksud mak. 282 00:14:29,703 --> 00:14:32,122 - Kadangkala halangan muncul. - Sudahlah. 283 00:14:32,205 --> 00:14:35,250 Saya tidak mahu dengar pendapat rasional. 284 00:14:38,086 --> 00:14:40,923 Maaf, Len. Mungkin Devi tidak akan makan. 285 00:14:42,007 --> 00:14:43,842 Saya masak hidangan istimewa. 286 00:14:45,427 --> 00:14:49,765 - Tiada siapa tahu guna pintu? - Mak cik, nenek, kita perlu berbincang. 287 00:14:50,349 --> 00:14:51,433 Helo, Len. 288 00:15:00,025 --> 00:15:02,527 Baik, saya keberatan untuk beritahu nenek, 289 00:15:02,611 --> 00:15:06,365 tapi Len berbeza daripada sangkaan nenek. 290 00:15:06,949 --> 00:15:08,325 Dia jumpa wanita 291 00:15:08,408 --> 00:15:11,662 yang pakai pakaian dalam gaya korporat. 292 00:15:11,745 --> 00:15:13,997 Dia ada ramai kawan perempuan. 293 00:15:14,081 --> 00:15:16,124 Dia masuk beberapa kelas Zumba. 294 00:15:16,208 --> 00:15:18,293 Tidak, mereka bukan sekadar kawan. 295 00:15:19,211 --> 00:15:21,463 Saya rasa Len pernah bawa dia ke sini. 296 00:15:21,546 --> 00:15:24,174 Nenek yakin Len tidak curang. 297 00:15:24,257 --> 00:15:25,968 Nenek sentiasa puaskan dia. 298 00:15:26,051 --> 00:15:28,095 Dah melebih, mak, dah melebih. 299 00:15:28,178 --> 00:15:31,556 Saya rasa mereka terlibat dalam skim cepat kaya. 300 00:15:32,432 --> 00:15:35,268 Len tidak perlukan itu. Nenek kaya. 301 00:15:36,228 --> 00:15:37,062 Maksud mak? 302 00:15:37,980 --> 00:15:41,358 Apabila suami mak mati, Mohan yakinkan mak untuk melabur, 303 00:15:41,441 --> 00:15:43,610 jadi mak melabur dalam Apple, 304 00:15:43,694 --> 00:15:45,654 sebab ia nama yang sangat comel. 305 00:15:45,737 --> 00:15:48,657 Pada masa itu, saham hanya satu perempat. 306 00:15:48,740 --> 00:15:49,825 Ya Tuhan. 307 00:15:49,908 --> 00:15:52,452 Mak tidak pernah bayar barang dapur. 308 00:15:52,536 --> 00:15:54,746 Macam itulah orang kaya kekal kaya. 309 00:15:55,497 --> 00:15:57,958 Puan-puan, makan malam dah siap, 310 00:15:58,041 --> 00:16:00,627 tapi tunggu sebentar. 311 00:16:00,711 --> 00:16:02,337 Saya mahu cakap sesuatu. 312 00:16:03,005 --> 00:16:05,549 Nirmy, beberapa bulan ini 313 00:16:05,632 --> 00:16:08,552 hidup saya sangat mengagumkan, 314 00:16:09,136 --> 00:16:13,473 jadi saya mahu menghabiskan baki bulan saya di Bumi 315 00:16:14,099 --> 00:16:16,768 untuk menjadi gembira macam sekarang. 316 00:16:17,936 --> 00:16:20,230 Jadi, maksud saya, 317 00:16:20,981 --> 00:16:21,857 Nirmy… 318 00:16:24,568 --> 00:16:26,111 awak mahu mengahwini saya? 319 00:16:26,695 --> 00:16:29,906 Ya, Len. Saya mahu. 320 00:16:29,990 --> 00:16:30,907 Awak mahu? 321 00:16:31,908 --> 00:16:36,121 Kamala, nampaknya Len memang memiliki rancangan cepat kaya, 322 00:16:36,204 --> 00:16:37,873 nenek awaklah rancangan itu. 323 00:16:48,467 --> 00:16:49,342 Kenapa? 324 00:16:51,428 --> 00:16:52,846 Saya sangka awak akan gembira, 325 00:16:52,929 --> 00:16:56,266 tapi terlalu suram apabila cium orang yang sedih. 326 00:16:57,476 --> 00:17:00,187 Maaf, saya rasa bersalah dengan Devi. 327 00:17:00,270 --> 00:17:01,563 Fab, sudah. 328 00:17:01,646 --> 00:17:04,441 Ia mengagumkan. Devi patut bangga dengan awak. 329 00:17:04,524 --> 00:17:07,194 Jika tidak, biar. Awak boleh buat kawan baru. 330 00:17:07,277 --> 00:17:08,653 Saya tidak mahu kawan baru. 331 00:17:08,737 --> 00:17:10,197 Awak belum jumpa mereka. 332 00:17:10,280 --> 00:17:13,992 Saya tidak bercakap dengan kawan sekolah sebab mereka minat EDM. 333 00:17:14,076 --> 00:17:16,536 Saya mahu bercakap dengan kawan saya. 334 00:17:16,620 --> 00:17:18,205 Saya mahu Devi selamanya. 335 00:17:18,288 --> 00:17:19,915 Baik, maaf. 336 00:17:20,874 --> 00:17:23,251 Jika persahabatan awak terlalu teguh, 337 00:17:23,335 --> 00:17:26,088 Devi akan lupakannya. Bincang dengan dia. 338 00:17:27,506 --> 00:17:28,340 Betul? 339 00:17:28,423 --> 00:17:30,383 Ya. Semuanya akan baik. 340 00:17:31,009 --> 00:17:35,263 Apa kata kita gembirakan awak dengan menonton siborg seksi Westworld? 341 00:17:37,974 --> 00:17:39,518 SEKOLAH TINGGI SHERMAN OAKS 342 00:17:42,646 --> 00:17:44,606 - Hai. - Di mana beg awak? 343 00:17:44,689 --> 00:17:46,942 Dalam lokar saya. 344 00:17:48,944 --> 00:17:49,945 Boleh berbincang? 345 00:17:50,028 --> 00:17:52,489 Awak mahu rampas impian lain pula? 346 00:17:53,740 --> 00:17:57,119 Devi, berhenti. Dengar. Awak berdua perlu berkawan semula. 347 00:17:57,202 --> 00:17:59,871 Bagaimana boleh berkawan dengan orang asing? 348 00:17:59,955 --> 00:18:04,376 - Sejak bila awak mahu Princeton? - Saya mahu beritahu, tapi bagaimana? 349 00:18:04,459 --> 00:18:06,253 Mungkin dengan kata-kata? 350 00:18:07,003 --> 00:18:09,339 Awak menipu perkara yang penting. 351 00:18:09,422 --> 00:18:11,758 Saya tahu. Saya minta maaf sangat. 352 00:18:11,842 --> 00:18:14,761 Saya kecewa apabila permohonan saya tertangguh, 353 00:18:15,262 --> 00:18:17,305 tapi awak tikam belakang saya. 354 00:18:23,812 --> 00:18:25,605 Luka masih terbuka, betul? 355 00:18:26,731 --> 00:18:28,191 Eleanor, sebentar? 356 00:18:28,275 --> 00:18:31,528 Datang pada hari Jumaat pukul 6, bukan 7. 357 00:18:32,404 --> 00:18:34,322 Ketika itu orang berkumpul… 358 00:18:36,449 --> 00:18:38,243 Kumpulan kawan kecil ini 359 00:18:38,326 --> 00:18:40,954 perlu menambah baik komunikasi mereka. 360 00:18:42,205 --> 00:18:43,832 Apa maksud dia? 361 00:18:50,172 --> 00:18:51,548 Cuba teka. 362 00:18:51,631 --> 00:18:54,426 Kade letak lukisan saya di galeri. Bagus, bukan? 363 00:18:54,509 --> 00:18:56,511 - Ya, sangat bagus. - Saya tahu. 364 00:18:57,387 --> 00:19:00,182 Apa berlaku semalam? Awak menghilang. 365 00:19:01,266 --> 00:19:02,851 Awak termakan tenusu lagi? 366 00:19:02,934 --> 00:19:05,020 Tidak, saya boleh makan tenusu selagi saya makan ubat. 367 00:19:05,604 --> 00:19:07,564 Saya pergi sebab awak tertelefon 368 00:19:07,647 --> 00:19:10,233 dan saya tidak mahu mengganggu dengan "gaya Urkel" saya. 369 00:19:10,942 --> 00:19:13,862 Ya Tuhan, Ben. Maafkan saya. 370 00:19:13,945 --> 00:19:18,033 Sukar untuk terima teman wanita awak kata hubungan awak tidak serius. 371 00:19:18,992 --> 00:19:21,369 Sama macam tengok magik sendirian. 372 00:19:21,453 --> 00:19:24,623 Saya sangat bodoh. Saya mahu mengagumkan lelaki itu. 373 00:19:25,207 --> 00:19:27,250 Saya tahu hubungan kita serius, 374 00:19:27,334 --> 00:19:30,253 tapi dunia seni suka menilai, dan… 375 00:19:30,337 --> 00:19:33,632 - Awak malu dengan saya. - Tidak, saya tidak malu. 376 00:19:34,466 --> 00:19:37,427 Kita berbeza. Awak terlalu gemuruh. 377 00:19:38,345 --> 00:19:41,056 Hanya awak remaja yang menganji baju. 378 00:19:41,139 --> 00:19:43,600 Apa gunanya ada kolar yang tidak kemas? 379 00:19:44,142 --> 00:19:47,103 Sepatutnya semalam hari terindah saya. 380 00:19:47,187 --> 00:19:49,105 Usaha bertahun saya tercapai, 381 00:19:49,189 --> 00:19:52,609 kemudian awak buat saya rasa macam orang yang gagal. 382 00:19:53,193 --> 00:19:55,528 Saya tidak boleh bersama awak. 383 00:19:55,612 --> 00:19:56,738 Awak tidak gagal. 384 00:19:56,821 --> 00:19:59,199 Saya suka kekekokan awak. 385 00:20:00,158 --> 00:20:01,159 Ya, itu teruk. 386 00:20:02,285 --> 00:20:03,203 Kita dah tamat. 387 00:20:03,286 --> 00:20:05,538 Apa pun, Kade yang gagal. 388 00:20:05,622 --> 00:20:07,457 Jaket kulit vintaj 80-an dia? 389 00:20:07,540 --> 00:20:10,210 Ia jenama Club Monaco. Macam jaket mak saya. 390 00:20:11,044 --> 00:20:11,878 Ben… 391 00:20:19,761 --> 00:20:20,637 Bodoh. 392 00:20:22,889 --> 00:20:24,808 Baik. Hei. 393 00:20:24,891 --> 00:20:26,685 Masih marah tentang Princeton? 394 00:20:27,394 --> 00:20:30,188 Ya dan kawan baik saya rampas tempat saya. 395 00:20:31,314 --> 00:20:32,524 Fabiola diterima. 396 00:20:32,607 --> 00:20:34,609 Bagus untuk dia. 397 00:20:34,693 --> 00:20:38,071 Ia tidak bagus, Paxton. Persahabatan kami dah musnah. 398 00:20:38,655 --> 00:20:41,199 Baik, saya rasa awak agak dramatik. 399 00:20:41,283 --> 00:20:44,286 - Ia tidak seteruk itu. - Apa maksud awak? 400 00:20:44,369 --> 00:20:45,704 Boleh Trent mohon ASU? 401 00:20:45,787 --> 00:20:47,414 Saya tentu gembira. 402 00:20:47,497 --> 00:20:50,125 Jika Trent masuk, mungkin saya masih di sana. 403 00:20:50,208 --> 00:20:52,419 Jika dia rahsiakan daripada awak? 404 00:20:52,502 --> 00:20:54,421 Saya anggap ada sebab yang bagus 405 00:20:54,504 --> 00:20:57,215 atau kepala dia terhantuk pada Onewheel lagi. 406 00:20:58,508 --> 00:21:01,386 Awak tahu sebab Fabiola tidak beritahu awak. 407 00:21:01,886 --> 00:21:03,096 Sebab awak mengamuk. 408 00:21:03,179 --> 00:21:05,974 Saya boleh mengamuk. Ini impian saya. 409 00:21:07,851 --> 00:21:08,935 Awak tidak faham. 410 00:21:10,186 --> 00:21:11,604 Saya faham. 411 00:21:12,355 --> 00:21:15,108 Jika awak ingat, saya ada impian yang kukuh, 412 00:21:15,191 --> 00:21:18,194 tapi seseorang buat saya dilanggar kereta. 413 00:21:18,903 --> 00:21:22,198 Saya maafkan awak, bukan? Bukan itu saja. 414 00:21:22,282 --> 00:21:24,284 Kita banyak bercium selepas itu. 415 00:21:26,578 --> 00:21:28,955 Hei, awak perlu lupakannya, baik? 416 00:21:29,039 --> 00:21:31,416 Tidak berbaloi untuk hilang kawan baik. 417 00:21:32,834 --> 00:21:34,252 Ya, mungkin. 418 00:21:35,337 --> 00:21:38,256 Awak agak bijak selepas jadi staf. 419 00:21:38,965 --> 00:21:41,718 Sayangnya mereka suruh awak pakai baju buruk. 420 00:21:42,927 --> 00:21:44,304 Saya masih kacak. 421 00:21:56,399 --> 00:21:58,360 Baik, para pelajar, 422 00:21:58,443 --> 00:22:03,239 tiba masanya untuk mempersembahkan projek akhir semester ini. 423 00:22:03,823 --> 00:22:07,077 Dalam usaha untuk membetulkan kesilapan lalu, 424 00:22:07,160 --> 00:22:11,873 biar wanita kulit berwarna yang gagah berani bercakap dulu. 425 00:22:12,916 --> 00:22:13,917 Fabiola? 426 00:22:15,418 --> 00:22:16,294 Baik. 427 00:22:24,594 --> 00:22:28,014 Topik saya bertajuk dasar pemencilan Amerika tahun 1930-an. 428 00:22:31,726 --> 00:22:35,021 "Selepas Perang Dunia Pertama dan Zaman Meleset, 429 00:22:35,105 --> 00:22:38,233 Amerika menjauhkan diri daripada negara lain. 430 00:22:38,316 --> 00:22:40,735 Tapi inilah masalah pemencilan… 431 00:22:42,821 --> 00:22:44,072 semua orang perlu kawan." 432 00:22:45,115 --> 00:22:49,494 Amerika sangat memerlukan sekutu terbaik dia. 433 00:22:49,994 --> 00:22:54,290 Dia bergantung kepada mereka untuk perlindungan, kestabilan, 434 00:22:54,374 --> 00:22:56,751 dan malam yang menyeronokkan. 435 00:22:59,838 --> 00:23:00,755 Apa pun… 436 00:23:03,174 --> 00:23:05,885 dia menyesal kerana mengecewakan sekutu dia 437 00:23:06,719 --> 00:23:08,888 pada permulaan Perang Dunia Kedua. 438 00:23:10,265 --> 00:23:11,266 Sangat indah. 439 00:23:12,350 --> 00:23:16,312 Seronok apabila kita mewanitakan Amerika. 440 00:23:20,191 --> 00:23:21,776 Fab, awak tidak apa-apa? 441 00:23:21,860 --> 00:23:24,028 Jangan pujuk. Saya kawan yang jahat. 442 00:23:24,112 --> 00:23:25,321 Tidak, bukan. 443 00:23:25,822 --> 00:23:26,906 Saya masalahnya. 444 00:23:26,990 --> 00:23:30,201 Saya bukan pemilik Princeton. Awak boleh memohon masuk. 445 00:23:30,285 --> 00:23:31,995 Saya tidak patut menipu awak. 446 00:23:33,413 --> 00:23:34,664 Saya tahu sebab awak. 447 00:23:35,957 --> 00:23:39,836 Maaf saya buat awak rasa awak tidak boleh jujur dengan saya. 448 00:23:40,336 --> 00:23:43,381 - Saya tidak mahu ia berulang. - Saya pun sama. 449 00:23:43,465 --> 00:23:46,468 Awak diterima masuk Princeton, Fab. 450 00:23:46,551 --> 00:23:48,595 Hebat. Awak akan pergi? 451 00:23:49,179 --> 00:23:50,972 Boleh saya cakap saya bingung? 452 00:23:51,639 --> 00:23:52,849 Tentulah boleh. 453 00:23:53,349 --> 00:23:56,186 Jika awak tidak pergi, betina ini ada peluang. 454 00:23:58,354 --> 00:24:00,982 Ya, saya akan mohon masuk universiti lain. 455 00:24:01,065 --> 00:24:04,194 Mungkin pelik, tapi semasa kita melawat Princeton, 456 00:24:04,277 --> 00:24:05,528 saya tidak tertarik. 457 00:24:05,612 --> 00:24:08,072 Program robotik mereka menarik, 458 00:24:08,156 --> 00:24:09,782 ia nampak sempurna, tapi… 459 00:24:09,866 --> 00:24:12,452 Awak tidak akan mengahwini universiti, 460 00:24:13,870 --> 00:24:16,247 tapi saya faham maksud awak. 461 00:24:16,331 --> 00:24:17,999 Saya suka Princeton. 462 00:24:18,082 --> 00:24:22,629 Ya, mungkin saya pun akan suka. Saya bodoh, lupakannya. 463 00:24:23,880 --> 00:24:25,632 Mungkin boleh duduk sebilik. 464 00:24:25,715 --> 00:24:27,592 Ya Tuhan, ya! Tentu bagus. 465 00:24:31,054 --> 00:24:32,597 Awak berdua baik? 466 00:24:32,680 --> 00:24:35,350 - Dah berkawan? - Ya, dah berbaik. 467 00:24:37,268 --> 00:24:40,396 El, kebelakangan ini awak sangat pelik. Apa berlaku? 468 00:24:40,480 --> 00:24:42,857 Baik, sebenarnya, 469 00:24:42,941 --> 00:24:46,277 saya akan habis belajar dalam masa dua hari. 470 00:24:46,861 --> 00:24:48,029 - Apa? - Ya. 471 00:24:48,112 --> 00:24:50,657 Hanya awak berdua semasa musim bunga. 472 00:24:52,742 --> 00:24:53,826 Kejutan. 473 00:24:53,910 --> 00:24:55,328 Kenapa awak habis awal? 474 00:24:55,411 --> 00:24:58,456 Saya dengar cakap awak berdua semasa di Princeton. 475 00:24:58,540 --> 00:25:00,166 Saya perlu jadi pelakon. 476 00:25:00,959 --> 00:25:05,088 Juilliard cakap dengan jelas saya tidak layak masuk konservatori, 477 00:25:05,171 --> 00:25:07,799 jadi saya mahu mula kerjaya saya sekarang. 478 00:25:08,633 --> 00:25:10,385 Jadi awak berhenti sekolah? 479 00:25:10,468 --> 00:25:12,554 Ya. Saya wanita berkerjaya. 480 00:25:13,179 --> 00:25:17,100 Saya perlu cari projek, jadi saya wanita hampir berkerjaya. 481 00:25:20,311 --> 00:25:23,147 Baiklah. Tahniah. 482 00:25:23,231 --> 00:25:24,732 Wah, awak tamat belajar. 483 00:25:24,816 --> 00:25:25,858 Ya! 484 00:25:25,942 --> 00:25:27,777 Fabiola dapat masuk Princeton. 485 00:25:27,860 --> 00:25:29,654 Eleanor habis belajar awal, 486 00:25:29,737 --> 00:25:32,532 dan saya merungkai pelampung lorong. 487 00:25:32,615 --> 00:25:35,493 Jadi, semuanya baik. 488 00:25:36,452 --> 00:25:37,287 Betul? 489 00:25:40,415 --> 00:25:41,541 Devi? 490 00:25:43,710 --> 00:25:46,713 Saya masih sedih dengan penangguhan itu. 491 00:25:47,338 --> 00:25:51,509 Saya faham, tapi ingat, penangguhan tidak teruk sangat… 492 00:25:51,593 --> 00:25:53,970 Kenapa semua orang cakap macam itu? 493 00:25:54,053 --> 00:25:55,555 Penangguhan memang teruk. 494 00:25:55,638 --> 00:25:58,182 Mereka tidak yakin yang saya cukup bagus. 495 00:25:58,266 --> 00:26:00,226 Tapi awak rasa awak cukup bagus? 496 00:26:00,310 --> 00:26:02,770 Sejujurnya, saya dah tidak tahu. 497 00:26:03,438 --> 00:26:06,149 Sekarang saya rasa saya kurang berkemampuan. 498 00:26:06,232 --> 00:26:08,151 Mak saya tidak letak harapan. 499 00:26:08,735 --> 00:26:11,404 Sudah. Awak tahu saya tidak percaya itu. 500 00:26:11,487 --> 00:26:16,909 Devi, jika impian untuk masuk Princeton mampu buat awak rasa awak tiada nilai, 501 00:26:17,702 --> 00:26:20,872 pernahkah awak terfikir yang ia bukan untuk awak? 502 00:26:24,167 --> 00:26:27,712 Devi, darjah satu. Tidak lama lagi kamu akan masuk kolej. 503 00:26:27,795 --> 00:26:30,965 - Kamu mahu masuk mana? - Kolej Puteri. 504 00:26:31,883 --> 00:26:33,926 Mungkin Kolej Puteri tiada, 505 00:26:34,427 --> 00:26:36,054 tapi Kolej Princeton ada. 506 00:26:36,137 --> 00:26:37,597 Saya akan pergi sana. 507 00:26:37,680 --> 00:26:39,432 Universiti nombor satu. 508 00:26:39,515 --> 00:26:41,225 Impian besar. Ayah kagum. 509 00:26:41,934 --> 00:26:44,395 Ayah gembira kita buat keputusan awal. 510 00:26:48,524 --> 00:26:52,445 Saya rasa saya belum bersedia untuk lepaskan impian itu. 511 00:26:55,698 --> 00:26:56,616 Kamala. 512 00:26:56,699 --> 00:26:57,742 Hei. 513 00:26:57,825 --> 00:27:00,536 Awak dengar saya menjerit sebelum awak lari. 514 00:27:00,620 --> 00:27:03,873 Tidak. Saya bukan mengelak daripada awak. 515 00:27:03,956 --> 00:27:05,833 Ada rancangan hujung minggu? 516 00:27:06,417 --> 00:27:10,046 Ya, saya mahu berkemas sebab saya akan berpindah. 517 00:27:10,129 --> 00:27:12,298 Awak dah fikirkan tawaran saya? 518 00:27:13,383 --> 00:27:14,300 Sudah. 519 00:27:15,134 --> 00:27:16,969 Ini peluang yang hebat, 520 00:27:18,096 --> 00:27:20,598 tapi saya tidak boleh pindah ke Baltimore. 521 00:27:21,099 --> 00:27:22,809 Keluarga saya perlukan saya. 522 00:27:24,060 --> 00:27:25,520 Sayang sekali. 523 00:27:26,062 --> 00:27:26,938 Awak yakin? 524 00:27:28,856 --> 00:27:30,024 Baik, 525 00:27:31,526 --> 00:27:34,028 jika awak ubah fikiran, beritahu saya. 526 00:27:46,874 --> 00:27:47,875 Boleh bincang? 527 00:27:48,376 --> 00:27:50,712 Salad kerepek kentang kegemaran kamu. 528 00:27:50,795 --> 00:27:52,213 Empat perisa kerepek. 529 00:27:53,798 --> 00:27:56,217 - Itu keju Cheddar putih? - Ya, betul. 530 00:28:00,179 --> 00:28:01,347 Masuklah. 531 00:28:03,391 --> 00:28:06,978 Maaf mak bersikap negatif atau macam mak tidak percaya kamu. 532 00:28:07,061 --> 00:28:09,230 Itu langsung tidak benar. 533 00:28:10,064 --> 00:28:12,900 Mak hidup lebih lama berbanding kamu. 534 00:28:13,609 --> 00:28:16,904 Mak tahu kadangkala, kamu berusaha keras untuk sesuatu 535 00:28:16,988 --> 00:28:19,198 tapi keadaan tidak menjadi, faham? 536 00:28:20,491 --> 00:28:23,202 Mak pelajar pertama dalam program di India, 537 00:28:23,286 --> 00:28:25,204 tapi di sini tiada siapa peduli. 538 00:28:25,288 --> 00:28:27,248 Mak perlu mula semula. 539 00:28:27,331 --> 00:28:28,458 Itu teruk. 540 00:28:28,541 --> 00:28:30,376 Ya, mak sangat kecewa. 541 00:28:30,460 --> 00:28:32,170 Mak makan set keluarga KFC, 542 00:28:33,337 --> 00:28:34,297 mak pemayur. 543 00:28:34,380 --> 00:28:36,048 Mak, itu memang teruk. 544 00:28:36,716 --> 00:28:37,675 Mak tahu. 545 00:28:38,426 --> 00:28:41,095 Dengar, mak bukan mahu menyumpah kamu. 546 00:28:41,179 --> 00:28:45,683 Mak hanya mahu melindungi kamu daripada kekecewaan macam itu. 547 00:28:45,767 --> 00:28:48,478 Tapi mak percaya kamu 100 peratus, 548 00:28:48,561 --> 00:28:50,938 dan mak rasa Princeton sangat bodoh 549 00:28:51,022 --> 00:28:53,775 kerana melepaskan kamu pada peluang pertama. 550 00:28:54,734 --> 00:28:55,818 Terima kasih, mak. 551 00:28:55,902 --> 00:28:58,488 Saya mahu dengar Princeton itu bodoh. 552 00:28:58,571 --> 00:28:59,906 Ia sangat bodoh. 553 00:29:03,659 --> 00:29:04,744 Kamu tahu? 554 00:29:05,787 --> 00:29:08,331 Semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. 555 00:29:09,582 --> 00:29:11,375 Asalkan kamu tidak putus asa. 556 00:29:24,931 --> 00:29:26,599 Saya dah dengar cerita. 557 00:29:27,391 --> 00:29:31,521 Ya. Ia teruk, tapi saya tahu penangguhan tidak teruk. 558 00:29:31,604 --> 00:29:34,857 Apa? Tidak. Ia teruk. Keputusan biasa untuk orang biasa. 559 00:29:34,941 --> 00:29:37,235 Tepat sekali. Terima kasih. 560 00:29:37,318 --> 00:29:40,780 Tahniah awak dapat masuk Columbia. 561 00:29:40,863 --> 00:29:42,240 Sambut dengan Margot? 562 00:29:42,323 --> 00:29:44,700 Tidak, kami dah berpisah. 563 00:29:46,035 --> 00:29:46,869 Sayang sekali. 564 00:29:46,953 --> 00:29:49,288 Ya, ia minggu yang teruk bagi kita. 565 00:29:50,206 --> 00:29:52,500 Baik, jumpa awak selepas cuti. 566 00:29:52,583 --> 00:29:54,377 Semoga berjaya dengan permohonan. 567 00:29:56,212 --> 00:29:57,964 Jadi Ben dah tiada kekasih. 568 00:29:58,464 --> 00:30:00,174 Devi, awak sedar? 569 00:30:01,008 --> 00:30:03,177 Ya, saya rasa dia sedar. 570 00:30:53,102 --> 00:30:56,814 Terjemahan sari kata oleh Zarifah Kamarulhisham