1 00:00:12,930 --> 00:00:15,558 Dah seminggu Devi berpisah dengan Ethan… 2 00:00:15,641 --> 00:00:16,476 SHAPI-RON 3 00:00:16,559 --> 00:00:20,855 …dan dia tidak sangka si dungu kacak itu hampir hancurkan masa depan dia. 4 00:00:21,439 --> 00:00:25,109 Dia akan turut serta dalam lawatan New York Cik Warner 5 00:00:25,193 --> 00:00:28,905 dan dia akan dapat melihat masa depan dia. 6 00:00:28,988 --> 00:00:30,990 Kawan-kawan, saya sangat teruja. 7 00:00:31,074 --> 00:00:33,493 Kita akan melawat universiti impian kita. 8 00:00:33,576 --> 00:00:36,120 Saya di Princeton, El di Juilliard, Fab di… 9 00:00:36,204 --> 00:00:39,540 Awak kata mak awak suruh mohon Liga Ivy, tapi kolej apa? 10 00:00:39,624 --> 00:00:42,710 Muka Fabiola macam orang tahan berak 11 00:00:42,794 --> 00:00:44,170 sebab jika anda ingat, 12 00:00:44,253 --> 00:00:46,798 dia memohon ke kolej impian kawan tertentu 13 00:00:46,881 --> 00:00:48,925 tanpa pengetahuan kawan tertentu. 14 00:00:49,008 --> 00:00:51,511 Fab, stoking mampatan awak terlalu mampat? 15 00:00:51,594 --> 00:00:53,387 Tidak. Saya… 16 00:00:55,348 --> 00:00:56,432 Saya dah mohon, 17 00:00:56,516 --> 00:00:59,310 tapi saya rasa awak tidak akan suka. 18 00:00:59,393 --> 00:01:03,147 Saya? Fab, awak gila? Saya akan sokong pilihan awak. 19 00:01:03,731 --> 00:01:05,817 Melainkan awak curi tempat saya. 20 00:01:07,318 --> 00:01:09,904 Tidak. Saya minta Yale. 21 00:01:09,987 --> 00:01:11,989 Bagus. Tentulah saya suka. 22 00:01:13,241 --> 00:01:15,868 - Awak tidak suka ejaan Connecticut. - Betul. 23 00:01:15,952 --> 00:01:17,578 Kenapa "C" itu tiada bunyi? 24 00:01:17,662 --> 00:01:20,957 Boleh awak larikan diri ke New Haven untuk tengok tempat. 25 00:01:21,040 --> 00:01:22,959 Ya, ia sangat bagus bagi saya. 26 00:01:23,042 --> 00:01:25,419 Wah, saya tidak sangka kita akan tengok 27 00:01:25,503 --> 00:01:27,421 kehidupan kita tahun depan. 28 00:01:30,258 --> 00:01:33,970 Devi, jangan bersandar. Saya mahu buat yoga. 29 00:01:34,595 --> 00:01:36,055 Baik. 30 00:01:38,558 --> 00:01:41,894 NEVER HAVE I EVER …PERGI KE NEW JERSEY 31 00:01:44,772 --> 00:01:48,651 Untuk memetik penulis lagu terhebat Amerika, Taylor Swift, 32 00:01:48,734 --> 00:01:50,444 "Selamat datang ke New York." 33 00:01:51,195 --> 00:01:53,489 Di sebelah barat Hell's Kitchen, 34 00:01:53,573 --> 00:01:56,576 atau nama lain, "Tandas Neraka." Selamat datang. 35 00:01:56,659 --> 00:01:59,787 Semasa lawatan, kita akan bergerak secara berkumpulan, 36 00:01:59,871 --> 00:02:03,207 tapi beberapa pengecualian untuk hari ini. En. Shapiro? 37 00:02:03,291 --> 00:02:07,879 Pertama, Eleanor Wong akan buat uji bakat di Juilliard. 38 00:02:07,962 --> 00:02:09,547 REHAT VOKAL, JANGAN CAKAP DENGAN SAYA. 39 00:02:09,630 --> 00:02:12,508 Kami menyokong proses awak. 40 00:02:13,009 --> 00:02:14,677 Ben Gross, 41 00:02:14,760 --> 00:02:17,847 ayah awak beri awak lawatan peribadi ke Columbia. 42 00:02:17,930 --> 00:02:22,018 Klien dia, Jerry Seinfeld, anak saudara dia belajar di sana. 43 00:02:22,101 --> 00:02:25,229 Kumpulan kita memang akan ke Columbia. 44 00:02:25,813 --> 00:02:26,647 Tidak mengapa. 45 00:02:26,731 --> 00:02:30,651 Baik. Devi, awak ada lawatan khas… 46 00:02:30,735 --> 00:02:33,988 Ke Princeton. Jangan benci saya sebab awak bukan saya. 47 00:02:34,071 --> 00:02:35,948 - Bukan sebab itu orang benci awak. - Diam. 48 00:02:36,032 --> 00:02:38,451 Awak cemburu. Awak bergaul dengan nerda pilih keluarga 49 00:02:38,534 --> 00:02:41,454 sementara saya lepak dengan ikon Sherman Oaks, Blair Quan. 50 00:02:41,537 --> 00:02:43,039 Semasa tahun pertama, 51 00:02:43,122 --> 00:02:46,876 Blair Quan senior nombor satu di Sekolah Tinggi Sherman Oaks. 52 00:02:46,959 --> 00:02:48,920 Dia bukan sekadar pelajar nombor satu, 53 00:02:49,003 --> 00:02:52,673 malah dia bintang luar kurikulum yang masuk Princeton awal. 54 00:02:52,757 --> 00:02:55,384 Jangan ada kesalahan ejaan dalam isu ini. 55 00:02:55,468 --> 00:02:58,554 Saya tidak akan terima sebarang cela. 56 00:02:58,638 --> 00:03:00,806 Jika tidak tahan, buat buku tahunan. 57 00:03:00,890 --> 00:03:04,602 Devi bertekad untuk mengikut jejak langkah dia yang hebat. 58 00:03:04,685 --> 00:03:08,397 Baik, saya pergi dulu. Saya akan bertemu takdir di Garden State. 59 00:03:08,481 --> 00:03:09,565 Saya teringat. 60 00:03:09,649 --> 00:03:12,401 Fabiola, awak boleh ikut Devi kerana awak… 61 00:03:12,485 --> 00:03:14,362 Boleh jaga dia dalam tren? 62 00:03:14,445 --> 00:03:16,030 Saya tidak kuat. 63 00:03:16,113 --> 00:03:20,618 Orang kata saya kuat sebab saya tinggi, tapi tulang saya macam biskut kering. 64 00:03:21,202 --> 00:03:24,455 Selesai? Orang lain teruja untuk tengok pinggir bandar. 65 00:03:24,538 --> 00:03:27,416 Saya perlu naik tren nombor 1 ke 116th Street… 66 00:03:27,500 --> 00:03:30,503 - Sangat rumit. - Google Maps, tiada siapa kisah. 67 00:03:30,586 --> 00:03:33,256 Sudah, awak berdua. Jom bergerak. 68 00:03:33,339 --> 00:03:34,674 Baiklah, NYU, di sini. 69 00:03:34,757 --> 00:03:36,133 Macam yang anda tengok, 70 00:03:36,217 --> 00:03:39,387 walaupun Devi selamatkan dia hari itu, 71 00:03:39,470 --> 00:03:41,180 mereka masih belum berbaik. 72 00:03:46,477 --> 00:03:50,189 Bagus, saya jumpa mak cik. Saya mahu beritahu sesuatu. 73 00:03:50,273 --> 00:03:51,857 Silakan. Kenapa? 74 00:03:51,941 --> 00:03:55,403 Nenek tinggalkan saya selepas pembedahan dan pergi kedai… 75 00:03:55,486 --> 00:03:58,239 Dia salah jalan dan sampai di Joshua Tree. 76 00:03:58,322 --> 00:03:59,323 - Betul. - Ya. 77 00:03:59,865 --> 00:04:04,453 Saya yakin Len bawa wanita lain ke rumah semasa saya sedang tidur. 78 00:04:05,037 --> 00:04:06,038 - Apa? - Ya. 79 00:04:06,122 --> 00:04:08,791 - Saya sumpah saya dengar suara. - Macam mana? 80 00:04:09,375 --> 00:04:12,128 Mungkin Kylie Minogue. 81 00:04:14,588 --> 00:04:17,925 Kamala, kamu ambil banyak Valium. Mungkin kamu silap? 82 00:04:19,135 --> 00:04:20,219 Mungkin. 83 00:04:21,012 --> 00:04:23,806 Saya rasa saya nampak penguin di sebelah. 84 00:04:23,889 --> 00:04:25,516 Ya, mungkin masih lali. 85 00:04:25,599 --> 00:04:26,434 Betul. 86 00:04:26,517 --> 00:04:29,228 Mak cik perlu pergi kerja supaya boleh balik. 87 00:04:29,312 --> 00:04:33,899 Hujung minggu ini, selepas 17 tahun, mak cik akan bersendirian di rumah ini, 88 00:04:33,983 --> 00:04:36,152 dan ia tentu hebat. 89 00:04:37,278 --> 00:04:38,404 Kelakar? 90 00:04:39,196 --> 00:04:41,907 Tidak, semoga berjaya. 91 00:04:41,991 --> 00:04:44,285 Sukar sendirian apabila tidak biasa. 92 00:04:44,368 --> 00:04:45,870 Saya tidak rasa ia sukar. 93 00:04:46,495 --> 00:04:48,789 Saya pernah pekak dalam SoulCycle, 94 00:04:48,873 --> 00:04:50,124 Sabtu terbaik saya. 95 00:04:50,708 --> 00:04:52,543 Baik. Saya pergi dulu. 96 00:04:57,923 --> 00:05:00,301 Biar betul, Princeton sangat cantik. 97 00:05:00,384 --> 00:05:03,095 Ada banyak bangunan Downton Abbey. 98 00:05:03,179 --> 00:05:05,264 - Kamu di mana? - Kami di Juilliard. 99 00:05:05,348 --> 00:05:06,932 El sedang bersiap sedia. 100 00:05:07,016 --> 00:05:08,351 Dia sedang… 101 00:05:09,143 --> 00:05:11,270 Mak kau. 102 00:05:11,354 --> 00:05:12,938 …buat senaman vokal. 103 00:05:13,022 --> 00:05:14,273 Ya, sudah tentu. 104 00:05:15,358 --> 00:05:16,400 Devi? 105 00:05:16,984 --> 00:05:20,738 Itulah dia. Mitos, legenda, Blair Quan. 106 00:05:20,821 --> 00:05:22,990 Blair, hai. Fab, saya perlu pergi. 107 00:05:23,074 --> 00:05:26,994 Hai! Saya sangat teruja untuk jumpa kembar kecil saya. 108 00:05:27,078 --> 00:05:30,206 Devi, dia kata awak berdua serupa. 109 00:05:30,289 --> 00:05:32,541 Saya dah jumpa wakil kemasukan. 110 00:05:32,625 --> 00:05:33,918 Dah berjumpa Akshara. 111 00:05:34,001 --> 00:05:35,086 Mahu buat apa? 112 00:05:35,169 --> 00:05:37,463 Mungkin melawat atau masuk kelas awak? 113 00:05:37,546 --> 00:05:39,507 Buat benda bosan itu selepas ini, 114 00:05:39,590 --> 00:05:41,926 sekarang buat sesuatu yang seronok. 115 00:05:42,009 --> 00:05:44,678 Selamat datang ke Rumah Inap Armstrong. 116 00:05:44,762 --> 00:05:46,263 Inilah kelab sosial saya. 117 00:05:46,347 --> 00:05:49,183 Letak barang awak, saya akan tunjuk tempat ini. 118 00:05:49,266 --> 00:05:50,601 Kemudian ke kelas. 119 00:05:50,684 --> 00:05:51,852 Ya Tuhan, Devi. 120 00:05:51,936 --> 00:05:56,107 Kelab untuk ahli di dalam rumah agam bersejarah. 121 00:05:56,190 --> 00:05:59,402 Siapa awak? Anak jutawan teknologi yang suka kuda? 122 00:06:01,487 --> 00:06:04,031 - …dia sedar. - Syabas. 123 00:06:04,115 --> 00:06:05,950 SENYAP! PROSES UJI BAKAT 124 00:06:08,202 --> 00:06:09,245 Terima kasih. 125 00:06:11,914 --> 00:06:12,873 Eleanor Wong. 126 00:06:12,957 --> 00:06:14,542 Hai. Ya, itu saya. 127 00:06:21,340 --> 00:06:23,884 Fabiola, kenapa awak berkelakuan aneh 128 00:06:23,968 --> 00:06:26,095 bila saya suruh awak ikut Devi? 129 00:06:26,178 --> 00:06:29,932 Saya berkelakuan aneh? Saya ingat saya sangat tenang. 130 00:06:30,015 --> 00:06:31,934 Awak belum beritahu Devi? 131 00:06:32,017 --> 00:06:33,436 Awak perlu beritahu dia. 132 00:06:33,519 --> 00:06:37,565 Saya boleh tunggu dia masuk, kemudian saya kata, "Kejutan!" 133 00:06:37,648 --> 00:06:40,901 Awak di bahagian Pantai Timur sekarang. 134 00:06:40,985 --> 00:06:42,611 Awak perlu buat lawatan. 135 00:06:42,695 --> 00:06:45,114 Saya tidak yakin jika saya patut mohon. 136 00:06:45,197 --> 00:06:47,450 Cikgu pernah tengok Devi naik angin? 137 00:06:47,533 --> 00:06:49,285 Hulk pun kalah dengan dia. 138 00:06:49,368 --> 00:06:52,538 Cikgu kenal dia. Sebab itu cikgu simpan topi keledar. 139 00:06:53,122 --> 00:06:54,999 Awak perlu utamakan diri awak 140 00:06:55,082 --> 00:06:57,334 dan tengok jika universiti itu sesuai. 141 00:06:58,544 --> 00:07:01,422 Pak cik tidak pernah rasa bahagia. 142 00:07:02,173 --> 00:07:04,633 Sekejap, Pak Cik Vanya, 143 00:07:05,259 --> 00:07:06,510 tolong tunggu. 144 00:07:08,637 --> 00:07:10,139 Kita boleh berehat. 145 00:07:11,015 --> 00:07:13,392 Kita boleh berehat. 146 00:07:18,689 --> 00:07:19,523 Tamat. 147 00:07:20,107 --> 00:07:22,568 Cik Wong, terima kasih kerana datang. 148 00:07:24,778 --> 00:07:25,696 Sudah tentu. 149 00:07:30,367 --> 00:07:32,620 Semua orang tidak tepuk tangan. 150 00:07:33,162 --> 00:07:33,996 Apa? 151 00:07:34,079 --> 00:07:38,584 Sebelum ini awak tepuk tangan kepada budak yang buat Othello. 152 00:07:38,667 --> 00:07:41,420 Setiap persembahan berbeza. 153 00:07:44,381 --> 00:07:46,091 Saya tiada peluang, bukan? 154 00:07:46,175 --> 00:07:48,802 Saya jamin kami belum buat keputusan. 155 00:07:48,886 --> 00:07:51,013 Tapi awak dah buat keputusan, bukan? 156 00:07:51,096 --> 00:07:53,766 Awak boleh jujur dengan saya. Saya terima. 157 00:07:55,601 --> 00:07:56,810 Sejujurnya, 158 00:07:57,728 --> 00:08:00,147 mungkin Juilliard tidak sesuai bagi awak. 159 00:08:00,231 --> 00:08:02,441 Ada banyak cara untuk jadi pelakon. 160 00:08:02,525 --> 00:08:04,360 Tengok Flo dari Progressive. 161 00:08:04,443 --> 00:08:06,070 Tentu dia ada rumah kedua. 162 00:08:08,948 --> 00:08:12,368 Tentu awak akan jumpa jalan awak. 163 00:08:13,369 --> 00:08:14,495 Terima kasih. 164 00:08:24,421 --> 00:08:26,340 Hai, semua. Ini Ben. 165 00:08:26,423 --> 00:08:29,134 Dia mohon awal. Dia mahu tengok kehidupan kita. 166 00:08:29,218 --> 00:08:30,427 Jangan malukan saya. 167 00:08:30,511 --> 00:08:31,845 Kami tidak janji. 168 00:08:32,972 --> 00:08:35,391 Kami bincang tentang artikel The Atlantic 169 00:08:35,474 --> 00:08:38,727 tentang peraturan melobi wang haram. Mahu duduk? 170 00:08:38,811 --> 00:08:41,146 Di sekolah, kehidupan sosial Ben 171 00:08:41,230 --> 00:08:44,233 merangkumi kosong kawan dan seorang musuh. 172 00:08:44,316 --> 00:08:46,527 Dia harap situasi akan berubah. 173 00:08:46,610 --> 00:08:48,279 Ya, ia hanya sandiwara. 174 00:08:48,362 --> 00:08:50,781 Big Oil yang mengatur undang-undang. 175 00:08:51,949 --> 00:08:55,160 Betul. Banyak pembuat kereta beralih kepada elektrik, 176 00:08:55,244 --> 00:08:56,495 jadi baguslah. 177 00:08:56,579 --> 00:08:58,789 Awak tahu kereta elektrik teruk? 178 00:08:58,872 --> 00:09:01,250 Perlombongan logam melanggar hak asasi, 179 00:09:01,333 --> 00:09:03,002 kita tiada sumber bersih. 180 00:09:03,085 --> 00:09:04,587 Ya, betul. 181 00:09:04,670 --> 00:09:08,215 Saya harap suatu hari jagung boleh menjadi sumber kuasa. 182 00:09:08,716 --> 00:09:10,467 Tidak, Ben. 183 00:09:10,551 --> 00:09:14,722 Sudah tentu kita tidak mahu menggalakkan pertanian monokultur. 184 00:09:14,805 --> 00:09:17,224 Tidak. Sudah tentu tidak. 185 00:09:17,725 --> 00:09:19,518 Kamu mahu pesan makanan? 186 00:09:19,602 --> 00:09:21,979 Ben, awak tetamu. Awak mahu makan apa? 187 00:09:23,731 --> 00:09:25,024 Makanan? 188 00:09:26,650 --> 00:09:29,778 Saya mahu makanan dari sumber mampan, neutral karbon, 189 00:09:29,862 --> 00:09:32,615 dan dihantar oleh pekerja yang bergaji minimum. 190 00:09:32,698 --> 00:09:33,574 Bertenang. 191 00:09:34,783 --> 00:09:35,743 Mahu makan piza? 192 00:09:36,327 --> 00:09:37,536 - Ya. - Piza sedap. 193 00:09:39,371 --> 00:09:41,915 Ya Tuhan, Devi, awak akan suka kolej. 194 00:09:41,999 --> 00:09:45,961 Dulu mak saya paksa saya belajar dan halang saya bercakap dengan lelaki. 195 00:09:46,045 --> 00:09:49,715 Di sini, gadis bukan sekadar bercakap dengan lelaki. 196 00:09:49,798 --> 00:09:52,176 Perkara paling menarik yang saya dengar. 197 00:09:52,259 --> 00:09:53,385 Ya, ia hebat. 198 00:09:53,469 --> 00:09:55,804 Tiada mak yang mengawal awak, 199 00:09:55,888 --> 00:09:58,140 buang seluar dalam seksi awak. 200 00:09:58,223 --> 00:09:59,642 Sama macam mak saya. 201 00:09:59,725 --> 00:10:03,520 Saya cakap ia cekak saya. Dia suruh saya pakai di Olive Garden. 202 00:10:05,022 --> 00:10:06,774 Pesta saya dah mula. 203 00:10:07,358 --> 00:10:08,609 Mahu pergi? 204 00:10:09,193 --> 00:10:10,194 Ya. 205 00:10:10,277 --> 00:10:11,654 Devi terkesima. 206 00:10:11,737 --> 00:10:13,572 Blair yang dia kenal di sekolah 207 00:10:13,656 --> 00:10:17,368 ponteng majlis tari untuk belajar tatabahasa tambahan Latin. 208 00:10:17,910 --> 00:10:19,912 Apa khabar semua? 209 00:10:19,995 --> 00:10:21,955 Bagaimana keadaan di sini? 210 00:10:22,039 --> 00:10:23,248 Tengok dia sekarang. 211 00:10:23,332 --> 00:10:26,543 Pergaulan dia lebih meriah daripada "Jingle Bell Rock." 212 00:10:26,627 --> 00:10:28,921 - Kamu cantik. Jom berpesta. - Baik. 213 00:10:31,840 --> 00:10:35,260 Baiklah, siapa mahu minum? 214 00:10:38,806 --> 00:10:40,683 Saya suka masa depan saya. 215 00:10:44,728 --> 00:10:45,896 Helo, mak dah… 216 00:10:53,112 --> 00:10:55,489 Ketenangan yang indah. 217 00:11:26,103 --> 00:11:27,312 Ben? 218 00:11:27,396 --> 00:11:30,649 Saya sangka awak melepak dengan kawan baru di Columbia. 219 00:11:31,233 --> 00:11:33,861 Ya, sangat seronok. Saya menyesuaikan diri, 220 00:11:33,944 --> 00:11:35,779 tapi saya balik untuk berehat, 221 00:11:35,863 --> 00:11:39,366 selepas perbualan yang penuh intelektual. 222 00:11:39,450 --> 00:11:41,243 Pelajar, dengar. 223 00:11:41,326 --> 00:11:45,330 Kami tidak dapat tiket untuk persembahan Broadway, 224 00:11:45,414 --> 00:11:48,959 tapi kami dapat dua tiket untuk muzikal Moulin Rouge! 225 00:11:49,918 --> 00:11:52,212 Untuk kamu, kami buat pesanan awal 226 00:11:52,296 --> 00:11:53,964 - versi filem… - Versi filem. 227 00:11:54,047 --> 00:11:55,299 - …di dini. - Di sini. 228 00:11:55,382 --> 00:11:57,426 Kamu pun boleh tengok. Seronok. 229 00:11:57,509 --> 00:11:58,343 Tengok. 230 00:12:00,554 --> 00:12:02,264 - Jom. - Jumpa lagi. 231 00:12:02,347 --> 00:12:03,932 Sebab kita perlu… 232 00:12:04,600 --> 00:12:08,270 El, awak baik? Dari tadi awak diam saja. 233 00:12:08,353 --> 00:12:10,773 - Saya tidak mahu cerita. - Baik. 234 00:12:10,856 --> 00:12:12,816 Saya akan tanya khabar Devi. 235 00:12:14,276 --> 00:12:15,736 Bagaimana lawatan kelas? 236 00:12:15,819 --> 00:12:18,197 Nisbah pelajar dengan guru bagus? 237 00:12:18,822 --> 00:12:20,199 Ya! 238 00:12:20,282 --> 00:12:23,285 Minum. Ya, sayang. 239 00:12:25,537 --> 00:12:26,622 Tidak pergi kelas, 240 00:12:26,705 --> 00:12:28,874 tapi Blair ajar saya berpesta 241 00:12:28,957 --> 00:12:31,043 di Rumah Inap Armstrong yang indah. 242 00:12:31,126 --> 00:12:32,377 Tentu awak akan suka. 243 00:12:34,046 --> 00:12:35,881 Tapi adakah dia akan suka? 244 00:12:36,799 --> 00:12:40,677 Dia hanya mohon untuk gembirakan mak dia dan tengok droid BB-8. 245 00:12:40,761 --> 00:12:42,846 Dia tahu dia perlu pergi melawat. 246 00:12:42,930 --> 00:12:44,056 Jom jumpa Devi? 247 00:12:44,139 --> 00:12:46,350 Mungkin awak akan seronok berpesta. 248 00:12:46,433 --> 00:12:50,521 Mungkin ambil maklumat tentang Princeton yang berguna untuk seseorang. 249 00:12:50,604 --> 00:12:52,606 Bagaimana dengan cikgu kita? 250 00:12:52,689 --> 00:12:55,776 Mereka akan beratur untuk minta autograf 251 00:12:55,859 --> 00:12:58,320 berjam selepas habis. Kita ada masa. 252 00:12:58,946 --> 00:13:04,034 Sebenarnya, saya mahu minuman keras 253 00:13:04,117 --> 00:13:06,954 kerana lawatan ini menghancurkan hidup saya. 254 00:13:07,037 --> 00:13:08,789 Ya, saya pun mahu minum. 255 00:13:09,665 --> 00:13:14,211 Sebab saya mahu meraikan hari yang penuh kegembiraan ini. 256 00:13:16,213 --> 00:13:17,047 Boleh ikut? 257 00:13:17,130 --> 00:13:20,342 Ya. Ayuh. Jom. Ayuh. 258 00:13:22,344 --> 00:13:24,805 Hai, saya Seth. Siapa nama awak? 259 00:13:24,888 --> 00:13:27,140 - Devi. - Seth, dia budak sekolah. 260 00:13:27,224 --> 00:13:28,642 Saya berundur. 261 00:13:29,601 --> 00:13:34,106 Blair, saya seronok. Hidup awak hebat. Saya mahu ikut jejak awak. 262 00:13:34,189 --> 00:13:37,025 Quan, awak buat apa? Awak perlu bekerja. 263 00:13:37,109 --> 00:13:38,777 Awak tidak pakai uniform. 264 00:13:38,861 --> 00:13:40,320 Maaf, En. Martel. 265 00:13:40,404 --> 00:13:44,116 Saya rasa lebih kreatif jika saya hantar minuman kepada mereka. 266 00:13:44,199 --> 00:13:45,742 Awak dipecat. Ayuh. 267 00:13:45,826 --> 00:13:48,203 Tolong, saya perlukan kerja ini. 268 00:13:48,287 --> 00:13:49,580 Awak bekerja di sini? 269 00:13:50,163 --> 00:13:53,375 Semua pelajar di sini perlu bekerja? Macam koperasi? 270 00:13:53,458 --> 00:13:56,420 Ya, dengar, 271 00:13:57,379 --> 00:13:58,755 saya bukan pelajar. 272 00:14:07,806 --> 00:14:08,974 - Hei. - Helo. 273 00:14:09,057 --> 00:14:11,268 Maaf mengganggu malam istimewa awak, 274 00:14:11,351 --> 00:14:13,061 tapi saya tertinggal telefon. 275 00:14:13,145 --> 00:14:15,272 Ya Tuhan. Ya, masuk. Silakan. 276 00:14:15,355 --> 00:14:17,691 - Ya, silakan. - Baiklah, saya cari. 277 00:14:19,234 --> 00:14:21,570 - Jumpa. - Sangat pantas. 278 00:14:21,653 --> 00:14:23,947 Saya risau saya tertampal dengan dinding. 279 00:14:24,740 --> 00:14:29,411 - Awak boleh berehat semula. - Sekejap, awak tidak perlu terburu-buru. 280 00:14:29,494 --> 00:14:32,372 Cerita tentang hari awak atau hari-hari lain. 281 00:14:32,456 --> 00:14:34,249 Cerita apa pun boleh. 282 00:14:35,083 --> 00:14:37,210 - Awak sunyi, bukan? - Sangat sunyi. 283 00:14:37,794 --> 00:14:40,213 Air hanya panas selama lima minit, 284 00:14:40,297 --> 00:14:42,758 kemudian awak hanya berendam dalam kolam? 285 00:14:44,051 --> 00:14:46,345 Awak perlu pergi tempat lain atau… 286 00:14:46,428 --> 00:14:49,139 Sebenarnya, Margot pergi rumah kawan dia. 287 00:14:49,890 --> 00:14:51,183 Awak boleh duduk? 288 00:14:51,266 --> 00:14:52,726 Ya Tuhan, syukurlah. 289 00:14:52,809 --> 00:14:55,062 Baik, kita patut buat apa? 290 00:14:55,145 --> 00:14:57,481 Awak mahu main permainan papan atau… 291 00:14:57,564 --> 00:14:58,649 Awak dah makan? 292 00:14:58,732 --> 00:15:00,609 Makan biskut kering 293 00:15:00,692 --> 00:15:02,903 sambil buat susun suai gambar. 294 00:15:04,279 --> 00:15:06,114 Saya minta maaf, Devi. 295 00:15:06,615 --> 00:15:08,158 Saya bukan mahu menipu. 296 00:15:08,784 --> 00:15:11,286 Ia sangat memalukan bagi saya. 297 00:15:11,370 --> 00:15:13,330 Apa yang berlaku? 298 00:15:13,413 --> 00:15:16,959 Rupanya jika awak asyik berpesta dan gagal dalam kelas, 299 00:15:17,042 --> 00:15:18,210 awak kena buang. 300 00:15:18,293 --> 00:15:21,380 Awak orang paling fokus yang saya kenal. 301 00:15:21,463 --> 00:15:24,967 Kenapa awak berhenti berusaha di kolej? 302 00:15:25,842 --> 00:15:29,012 Saya tidak tahu. Saya terlalu penat selepas sekolah. 303 00:15:29,096 --> 00:15:30,055 Awak faham. 304 00:15:30,138 --> 00:15:34,434 Awak buat berjuta kelas luar kurikulum, awak ambil kelas paling susah 305 00:15:34,518 --> 00:15:36,478 untuk masuk universiti macam ini. 306 00:15:36,561 --> 00:15:39,439 Apabila awak masuk, apa tujuan awak? 307 00:15:39,523 --> 00:15:41,650 Awak tidak akan jadi nombor satu, 308 00:15:41,733 --> 00:15:43,819 dan mak awak dah tidak membebel. 309 00:15:44,319 --> 00:15:46,822 - Mudah untuk hilang arah. - Sial. 310 00:15:47,406 --> 00:15:50,033 Perkara paling sukar bukan kerja sekolah, 311 00:15:50,534 --> 00:15:53,245 tapi hidup sendirian tanpa mengenali diri awak. 312 00:15:55,038 --> 00:15:56,999 Bagaimana keadaan awak sekarang? 313 00:15:57,082 --> 00:15:57,958 Saya baik. 314 00:15:58,875 --> 00:16:02,504 Saya hanya mencari diri saya sebelum saya buat keputusan lain. 315 00:16:04,756 --> 00:16:07,175 Sekejap. Saya akan tidur di mana? 316 00:16:07,259 --> 00:16:09,928 Saya hias pangsapuri macam asrama 317 00:16:10,012 --> 00:16:13,598 dan bayar jiran saya untuk pakai topi dan naik papan selaju. 318 00:16:13,682 --> 00:16:14,683 Bagus. 319 00:16:18,687 --> 00:16:20,439 Boleh tunggu di sini sekejap? 320 00:16:20,522 --> 00:16:22,065 Saya perlu minta kerja. 321 00:16:22,149 --> 00:16:24,317 Ya, sudah tentu. Berusaha, Tiger. 322 00:16:24,401 --> 00:16:26,445 Atau bekas Tiger. 323 00:16:27,195 --> 00:16:30,115 Devi terkejut mendengar cerita idola dia. 324 00:16:30,198 --> 00:16:32,659 Jika Blair yang sempurna tidak tahan, 325 00:16:32,743 --> 00:16:34,327 apatah lagi dia? 326 00:16:34,411 --> 00:16:37,080 Mungkin dia telah pandang rendah 327 00:16:37,164 --> 00:16:39,916 kesukaran semasa peralihan ke kolej. 328 00:16:40,000 --> 00:16:41,710 Devi, awak tertekan? 329 00:16:41,793 --> 00:16:43,712 Tidak, saya memandang awak. 330 00:16:44,296 --> 00:16:46,923 - Awak dalam lawatan, bukan? - Jangan soal. 331 00:16:47,007 --> 00:16:48,383 Maaf. Teruskan. 332 00:16:48,467 --> 00:16:53,472 Saya mahu minta maaf sebab saya soal awak tentang ASU. 333 00:16:55,640 --> 00:16:56,475 Jangan risau. 334 00:16:56,558 --> 00:16:59,436 Tidak, saya hanya budak yang menilai, 335 00:16:59,519 --> 00:17:01,646 walaupun saya sendiri tidak faham. 336 00:17:02,564 --> 00:17:04,524 Terima kasih, Devi. 337 00:17:05,358 --> 00:17:09,654 Selain itu, saya gembira boleh berjumpa awak di sekolah semula. 338 00:17:09,738 --> 00:17:11,281 Saya pun gembira. 339 00:17:13,200 --> 00:17:14,785 Keadaan baik di sana? 340 00:17:14,868 --> 00:17:16,495 Ya, sangat. 341 00:17:16,578 --> 00:17:21,041 Keadaan di sini agak berbeza daripada sangkaan saya. 342 00:17:21,124 --> 00:17:24,878 Ya, itulah perasaan saya tentang kolej. 343 00:17:25,712 --> 00:17:29,216 Kawan, saya cakap jangan guna telefon semasa dengan saya. 344 00:17:29,299 --> 00:17:31,093 Setiap Sabtu dan Ahad, awak milik saya. 345 00:17:31,176 --> 00:17:32,219 Saya datang. 346 00:17:32,302 --> 00:17:33,470 Awak perlu pergi? 347 00:17:33,553 --> 00:17:34,763 Ya, saya tertangkap. 348 00:17:34,846 --> 00:17:38,141 Terima kasih telefon saya. Jom keluar apabila awak balik. 349 00:17:39,059 --> 00:17:40,477 Ya. Jumpa nanti, Paxton. 350 00:17:41,561 --> 00:17:44,648 Ya Tuhan, itu Devi! Kita di tempat yang betul! 351 00:17:46,650 --> 00:17:48,985 - Kamu buat apa? - Mahu jumpa awak. 352 00:17:49,778 --> 00:17:50,862 Itu sangat bagus. 353 00:17:50,946 --> 00:17:53,156 Boleh bawa kami minum alkohol? 354 00:17:53,240 --> 00:17:55,158 Boleh, tapi… 355 00:17:55,242 --> 00:17:57,619 Kenapa awak duduk di luar dengan beg? 356 00:17:57,702 --> 00:18:00,122 - Dihalau kerana membosankan? - Ben… 357 00:18:00,205 --> 00:18:01,957 Devi, saya kembali. Masuk. 358 00:18:02,040 --> 00:18:04,000 Bagus. Boleh saya bawa kawan? 359 00:18:04,084 --> 00:18:05,794 Hai, semua. Ya, masuklah. 360 00:18:09,256 --> 00:18:12,134 Awak akan buat apa jika saya tidak datang? 361 00:18:12,217 --> 00:18:15,762 Saya hampir basuh mesin basuh pinggan. 362 00:18:15,846 --> 00:18:16,888 Memang teruk. 363 00:18:16,972 --> 00:18:18,807 Saya rasa awak betul. 364 00:18:18,890 --> 00:18:21,393 Bersendirian di rumah memang sukar. 365 00:18:21,476 --> 00:18:24,855 Apabila Devi masuk kolej, saya akan buat apa sendirian? 366 00:18:24,938 --> 00:18:25,939 Saya faham. 367 00:18:26,022 --> 00:18:30,652 Margot pernah pergi kem musim panas, saya sangat bosan, saya bina rumah kolam. 368 00:18:31,319 --> 00:18:32,529 Kami tiada kolam. 369 00:18:33,113 --> 00:18:33,947 Memang bagus. 370 00:18:35,782 --> 00:18:38,952 Saya sangka saya akan meluangkan masa dengan Mohan. 371 00:18:39,035 --> 00:18:42,622 Saya sangka kami akan buat hobi orang tua, awak tahu? 372 00:18:42,706 --> 00:18:45,458 Macam membina rumah burung. 373 00:18:45,542 --> 00:18:48,378 - Ya. - Tapi Mohan benci bertukang, jadi tidak. 374 00:18:48,461 --> 00:18:49,963 Boleh benci bertukang? 375 00:18:50,046 --> 00:18:53,008 Dia kata itu pengganti yang teruk untuk perwatakan. 376 00:18:53,091 --> 00:18:56,428 Itu dakwaan yang paling kasar bagi dunia pertukangan. 377 00:18:57,012 --> 00:18:57,929 Samalah. 378 00:18:58,805 --> 00:19:02,684 Dengar, saya tahu awak tidak rancang untuk hidup bersendirian. 379 00:19:02,767 --> 00:19:06,563 Saya pun sama, tapi kita akan mampu melaluinya. 380 00:19:07,898 --> 00:19:11,359 Jika awak berminat untuk membeli basikal baring… 381 00:19:11,443 --> 00:19:13,111 Saya rasa itu kemahuan saya. 382 00:19:13,195 --> 00:19:14,070 - Tidak. - Ya. 383 00:19:14,154 --> 00:19:15,947 Tidak, Andres, mustahil. 384 00:19:16,031 --> 00:19:18,116 Itu terlalu menyedihkan. 385 00:19:18,200 --> 00:19:20,035 Saya mahu buat teh. 386 00:19:20,118 --> 00:19:22,120 Apabila saya kembali, kita fikir 387 00:19:22,204 --> 00:19:24,497 tentang hobi yang lebih bermaruah. 388 00:19:27,918 --> 00:19:29,878 Kenapa datang kawasan bosan ini? 389 00:19:29,961 --> 00:19:32,505 - Rasa ingin tahu. - Sangat bagus. 390 00:19:33,089 --> 00:19:34,841 Baik, saya mahu berjalan. 391 00:19:36,509 --> 00:19:39,387 El, ini Sazerac awak. Cerita tentang hari ini. 392 00:19:39,471 --> 00:19:41,097 Ada sesuatu berlaku? 393 00:19:42,515 --> 00:19:45,936 Orang Juilliard kata lakonan saya teruk. 394 00:19:46,019 --> 00:19:47,395 Mereka kata saya teruk. 395 00:19:47,479 --> 00:19:50,440 Apa? Berani mereka? Awak pelakon yang hebat. 396 00:19:50,523 --> 00:19:52,567 Awak cakap sebab saya kawan awak. 397 00:19:52,651 --> 00:19:54,736 Tidak, kami tidak akan menipu awak. 398 00:19:54,819 --> 00:19:56,863 Kita tidak menipu satu sama lain, 399 00:19:56,947 --> 00:19:59,574 kecuali jika ia kecemasan. 400 00:19:59,658 --> 00:20:02,994 Saya tiada impian lain selain berlakon. 401 00:20:03,078 --> 00:20:04,329 Mungkin jadi dalang? 402 00:20:04,412 --> 00:20:08,583 El, awak tidak boleh biar orang tua itu rampas perkara yang awak minat. 403 00:20:08,667 --> 00:20:10,502 Ya. Awak perlu jadi pelakon. 404 00:20:10,585 --> 00:20:12,128 Terima kasih. 405 00:20:12,212 --> 00:20:16,424 Kamu dan minuman berasaskan absinte telah menaikkan semangat saya. 406 00:20:16,508 --> 00:20:18,301 Sekarang, boleh kita menari? 407 00:20:18,385 --> 00:20:20,262 - Ya. - Ya! 408 00:20:34,651 --> 00:20:37,153 Sekolah Tinggi, menari dengan saya. 409 00:20:37,237 --> 00:20:39,489 Saya mahu menari dengan kawan-kawan. 410 00:20:39,572 --> 00:20:42,200 - Menari dengan saya. - Ayuh. Lepaskan saya. 411 00:20:42,284 --> 00:20:44,327 - Jangan. - Bangsat, lepaskan dia. 412 00:20:46,204 --> 00:20:47,163 Awak baik? 413 00:20:55,088 --> 00:20:55,964 Hei. 414 00:20:57,966 --> 00:20:58,925 Muka awak baik? 415 00:20:59,009 --> 00:20:59,926 Jangan risau. 416 00:21:00,427 --> 00:21:02,178 Nampak menarik? 417 00:21:02,262 --> 00:21:03,471 Ya, 418 00:21:03,555 --> 00:21:05,640 tapi lebih baik letak pek ais itu. 419 00:21:08,310 --> 00:21:10,937 Mungkin saya hanya mengada-ngada, 420 00:21:11,021 --> 00:21:15,317 tapi kolej lebih menyeramkan daripada yang saya sangka. 421 00:21:15,400 --> 00:21:19,029 Sebab si celaka itu? Lain kali bawalah penyembur lada. 422 00:21:19,112 --> 00:21:20,947 Dia salah satu sebabnya. 423 00:21:21,031 --> 00:21:24,868 Awak tahu Blair gagal dalam kelas? 424 00:21:24,951 --> 00:21:26,661 Betul? Teruknya. 425 00:21:28,496 --> 00:21:30,623 Awak berdua cukup rapat untuk awak rasa sedih? 426 00:21:31,207 --> 00:21:34,002 Saya dan Blair sama. Jika dia kecundang… 427 00:21:34,085 --> 00:21:36,880 Awak pun akan kecundang? Tidak. 428 00:21:37,464 --> 00:21:41,092 Macam mana awak tahu? Saya bukan seorang yang stabil. 429 00:21:41,176 --> 00:21:44,596 Saya tahu Blair idola awak dan awak rasa awak berdua sama, 430 00:21:44,679 --> 00:21:46,681 tapi awak langsung tidak sama. 431 00:21:46,765 --> 00:21:49,017 Dulu dia lebih sempurna daripada awak. 432 00:21:49,100 --> 00:21:51,394 - Berani awak? - Itu masalah dia. 433 00:21:51,478 --> 00:21:54,147 Dia tidak buat silap dan tidak berseronok. 434 00:21:54,230 --> 00:21:55,982 Dia memang mahu meledak. 435 00:21:56,066 --> 00:21:57,734 Awak buat banyak silap, 436 00:21:57,817 --> 00:22:00,570 dan awak berpesta, ada banyak kekasih… 437 00:22:00,653 --> 00:22:02,489 Ada kekasih yang lebih baik. 438 00:22:04,574 --> 00:22:05,784 Awak kenal diri awak. 439 00:22:06,493 --> 00:22:07,619 Itu pendapat awak? 440 00:22:08,203 --> 00:22:09,496 Ya, betul. 441 00:22:10,622 --> 00:22:15,418 Seingat saya, saya hanya mahu masuk Princeton. 442 00:22:15,502 --> 00:22:16,795 Itu saja. 443 00:22:16,878 --> 00:22:20,840 Saya tidak terbayang tentang kehidupan selepas Princeton. 444 00:22:20,924 --> 00:22:23,009 Ya, saya faham maksud awak. 445 00:22:23,802 --> 00:22:28,181 Awak tahu saya teruja untuk pergi Columbia dan jumpa orang macam saya? 446 00:22:29,015 --> 00:22:32,102 Rupanya saya terlalu bodoh untuk masuk. 447 00:22:32,185 --> 00:22:34,270 Apa maksud awak? Itu tidak benar. 448 00:22:34,354 --> 00:22:35,980 Mereka tahu tentang dunia, 449 00:22:36,064 --> 00:22:39,401 mereka baca majalah yang saya tidak pernah dengar. 450 00:22:39,484 --> 00:22:42,779 Banyak kali saya buat carian tentang beberapa perkataan. 451 00:22:42,862 --> 00:22:44,197 Baik, jadi? 452 00:22:44,280 --> 00:22:46,074 Awak pun boleh baca artikel. 453 00:22:46,157 --> 00:22:50,495 Mungkin mereka hanya menunjuk dengan awak sebab mereka tidak yakin. 454 00:22:50,578 --> 00:22:51,538 Ya, mungkin. 455 00:22:51,621 --> 00:22:53,581 Ya, sudah tentu. 456 00:22:53,665 --> 00:22:56,042 Ben, awak boleh menang permainan ini. 457 00:22:56,126 --> 00:22:57,919 Awak penipu paling hebat. 458 00:22:59,003 --> 00:23:01,798 Terima kasih, David. Awak beri saya inspirasi. 459 00:23:07,262 --> 00:23:08,263 Hei. 460 00:23:10,807 --> 00:23:13,017 Saya benci kita tidak bercakap. 461 00:23:13,601 --> 00:23:16,855 Ya, maaf tentang itu. 462 00:23:16,938 --> 00:23:19,232 - Saya… - Awak tidak perlu jelaskan. 463 00:23:19,816 --> 00:23:20,817 Saya hanya 464 00:23:22,360 --> 00:23:23,486 mahu berkawan. 465 00:23:24,070 --> 00:23:26,781 Ya. Saya boleh jadi kawan awak. 466 00:23:28,950 --> 00:23:30,285 Saya bawa beg awak. 467 00:23:30,869 --> 00:23:32,537 Ya, maaf kami lambat. 468 00:23:32,620 --> 00:23:34,747 Fab berbual dengan pelajar di sini 469 00:23:34,831 --> 00:23:37,500 tentang pemenang Anugerah Nobel di sini. 470 00:23:37,584 --> 00:23:40,920 Berita baiknya, mereka halau Seth. 471 00:23:41,463 --> 00:23:43,965 Tapi dia beritahu orang awak bawah umur. 472 00:23:44,048 --> 00:23:45,258 Awak dilarang masuk. 473 00:23:45,341 --> 00:23:48,052 Jangan risau, kami memang perlu balik. 474 00:23:48,136 --> 00:23:50,680 Maaf lawatan ini bukan macam bayangan awak. 475 00:23:50,763 --> 00:23:53,183 Sebenarnya itu yang saya perlukan. 476 00:23:54,601 --> 00:23:56,144 Jumpa lagi, kembar kecil. 477 00:23:56,895 --> 00:23:58,313 - Jumpa lagi. - Jumpa lagi. 478 00:23:58,980 --> 00:24:00,648 Baik, mahu naik tren? 479 00:24:00,732 --> 00:24:02,859 Jangan risau. Kami dah sewa van. 480 00:24:02,942 --> 00:24:07,739 Semasa rehat, saya keluar untuk beli baju dan seluar pendek sepadan, 481 00:24:07,822 --> 00:24:09,991 saya keluarkan telefon untuk bayar, 482 00:24:10,074 --> 00:24:14,954 dan saya nampak banyak mesej daripada rakan sekelas kamu. 483 00:24:15,038 --> 00:24:19,709 Sekarang saya terpaksa gantung poster tanpa autograf di pejabat saya 484 00:24:19,792 --> 00:24:23,087 dan terlepas peluang untuk sentuh tangan Aaron Tveit. 485 00:24:23,171 --> 00:24:25,924 - Kami boleh jelaskan. - Lawatan dibatalkan. 486 00:24:26,549 --> 00:24:28,218 Kita akan balik pagi esok. 487 00:24:28,301 --> 00:24:29,802 Jangan terfikir 488 00:24:29,886 --> 00:24:32,722 untuk berhenti beli bagel dalam perjalanan balik. 489 00:24:39,687 --> 00:24:41,272 NALINI 490 00:24:46,778 --> 00:24:49,447 "Supaya sarang awak tidak kosong sangat." 491 00:24:54,619 --> 00:24:56,538 Jangan salahkan saya. 492 00:24:56,621 --> 00:24:58,331 Sila habiskan enam jam ini 493 00:24:58,414 --> 00:25:01,084 menyalahkan pemberontak berempat ini. 494 00:25:01,167 --> 00:25:04,546 Saya mahu melawat Parsons. Saya minat reka bentuk grafik. 495 00:25:05,046 --> 00:25:07,632 Jangan baling kacang. Saya ada alahan. 496 00:25:07,715 --> 00:25:11,886 Walaupun ramai pelajar memaki hamun Devi dan kawan-kawan dia, 497 00:25:11,970 --> 00:25:13,096 dia rasa gembira. 498 00:25:13,179 --> 00:25:15,014 Dia dah baik dengan Ben, 499 00:25:15,098 --> 00:25:17,517 dan yakin dengan masa depan di Princeton. 500 00:25:17,600 --> 00:25:18,643 Baik… 501 00:25:18,726 --> 00:25:21,479 Fab, maaf awak tidak boleh melawat Yale. 502 00:25:21,563 --> 00:25:22,814 Betul. 503 00:25:23,690 --> 00:25:25,817 Saya boleh buat lawatan maya. 504 00:25:25,900 --> 00:25:29,362 Ya, tiada perkara pelik yang akan berlaku. 505 00:26:20,580 --> 00:26:24,208 Terjemahan sari kata oleh Zarifah Kamarulhisham