1 00:00:06,000 --> 00:00:08,880 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:14,333 --> 00:00:15,333 Ya. 3 00:00:18,625 --> 00:00:21,415 Jadi, saya beritahu dia… 4 00:00:22,208 --> 00:00:24,248 Ini sangat pelik, Pn. Nkosana. 5 00:00:24,333 --> 00:00:29,003 Jika awak ingat apa-apa lagi, sila hubungi saya terus. Terima kasih. 6 00:00:46,375 --> 00:00:49,285 - Kenapa awak ada gambar mak saya? - Saya tak tahu dia mak awak. 7 00:00:49,375 --> 00:00:51,875 Saya ambil dari firma ayah awak. 8 00:00:52,708 --> 00:00:55,168 Ya, saya bawa balik kerja suatu hari 9 00:00:55,250 --> 00:00:57,960 dan gambar ada di dalamnya secara rawak. 10 00:00:58,041 --> 00:00:59,381 Saya nak pulangkan. 11 00:00:59,458 --> 00:01:00,828 Jujur dengan saya. 12 00:01:01,916 --> 00:01:03,706 Dia ada kaitan dengan Fiks? 13 00:01:03,791 --> 00:01:04,791 Tak. 14 00:01:05,458 --> 00:01:07,998 Maksud saya, saya tak tahu. 15 00:01:08,083 --> 00:01:12,003 Saya akan ambil ini dan semua yang perlu dikembalikan. 16 00:01:13,750 --> 00:01:15,670 KB, tak perlu. 17 00:01:16,500 --> 00:01:20,130 - Saya nak pulangkan minggu ini. - Tak, saya berkeras. 18 00:01:39,750 --> 00:01:40,750 Terima kasih. 19 00:01:45,250 --> 00:01:46,790 Sekarang awak, anak muda. 20 00:01:46,875 --> 00:01:49,745 Jijik. Bukankah benda ini untuk telinga? 21 00:01:49,833 --> 00:01:51,833 Siya, berhenti bermain. 22 00:01:53,916 --> 00:01:55,076 Buka mulut kamu. 23 00:02:01,750 --> 00:02:04,130 Awak perlu sampel daripada kami semua? 24 00:02:04,750 --> 00:02:08,790 Kami cuba siasat dengan teliti kerana kes ini serius. 25 00:02:08,875 --> 00:02:11,375 Fiks pula? Kamu dah uji dia? 26 00:02:11,958 --> 00:02:13,038 Apa seterusnya? 27 00:02:13,125 --> 00:02:15,075 Rakan sekerja saya bersama dia. 28 00:02:15,166 --> 00:02:16,036 Okey. 29 00:02:18,916 --> 00:02:22,286 Terima kasih. Kami hargai kepekaan kamu dalam hal ini. 30 00:02:22,375 --> 00:02:24,745 Sementara ibu bapa Fikile ditahan, 31 00:02:24,833 --> 00:02:28,003 kamu mesti berkomunikasi dengan Fikile melalui saya. 32 00:02:28,083 --> 00:02:30,293 Terima kasih atas bantuan encik. 33 00:02:30,875 --> 00:02:31,915 Fikile, 34 00:02:33,083 --> 00:02:34,333 kami akan berhubung. 35 00:02:47,375 --> 00:02:49,495 Jadi supaya jelas, 36 00:02:49,583 --> 00:02:55,003 hingga kini suami awak tak tahu Fikile, menurut awak, "diambil secara sah"? 37 00:02:55,083 --> 00:02:56,793 Supaya jelas, detektif, 38 00:02:56,875 --> 00:02:58,495 buat kali ke 1,000, 39 00:02:58,583 --> 00:02:59,963 dia tak tahu. 40 00:03:02,750 --> 00:03:06,670 Jadi macam mana awak terlepas dengan penipuan yang begitu lama? 41 00:03:07,500 --> 00:03:09,960 Saya rasa ia rumit, Detektif Petersen. 42 00:03:10,041 --> 00:03:13,711 Awak perlu banyak bantuan untuk lakonan ini. 43 00:03:13,791 --> 00:03:15,041 Betul? 44 00:03:19,375 --> 00:03:22,205 Macam mana nak bersihkan nama suami saya? 45 00:03:23,750 --> 00:03:27,460 Awak boleh mengaku awak menculik Phume Khumalo. 46 00:03:27,541 --> 00:03:30,291 Beri juga nama rakan subahat awak. 47 00:03:30,375 --> 00:03:31,875 Dia anak saya. 48 00:03:31,958 --> 00:03:33,958 Saya ambil dia secara sah. 49 00:03:34,041 --> 00:03:37,081 - Tolong percayakan saya. - Itu saja, detektif. 50 00:03:37,833 --> 00:03:40,293 Saya nak cakap dengan klien saya. 51 00:03:41,000 --> 00:03:41,960 Sendirian. 52 00:03:43,583 --> 00:03:46,503 Kami cuma berbual, Encik Molapo. 53 00:03:46,583 --> 00:03:47,963 Tak perlu risau. 54 00:03:48,666 --> 00:03:49,746 Pn. Bhele. 55 00:03:58,083 --> 00:04:01,793 Awak tak faham maksud "jangan bercakap dengan sesiapa"? 56 00:04:03,166 --> 00:04:08,326 Awak tak faham maksud "bersihkan nama Brian"? 57 00:04:08,416 --> 00:04:10,166 Bawa saya keluar dari sini! 58 00:04:10,708 --> 00:04:12,168 Atau saya akan mengaku. 59 00:04:16,208 --> 00:04:20,378 Saya ingat gambar ini. Dia culik Phume. Kenapa awak tunjuk kepada saya? 60 00:04:21,583 --> 00:04:25,383 Wade, pegang topi awak. Saya jamin awak akan terkejut. 61 00:04:25,458 --> 00:04:26,708 Tapi saya tak pakai… 62 00:04:27,333 --> 00:04:29,793 Kenapa… Rambut saya tebal? Saya baru nak… 63 00:04:29,875 --> 00:04:30,875 Wade, dengar. 64 00:04:32,166 --> 00:04:33,036 Okey? 65 00:04:37,041 --> 00:04:38,131 Saya rasa ini… 66 00:04:39,125 --> 00:04:40,375 Ini mak KB. 67 00:04:41,750 --> 00:04:42,750 - Ya. - Apa? 68 00:04:44,958 --> 00:04:46,248 Bagaimana awak… 69 00:04:47,833 --> 00:04:48,753 Apa? 70 00:04:49,958 --> 00:04:50,958 Hei. 71 00:04:52,041 --> 00:04:53,881 Tahira sihat? Dia masih hidup? 72 00:04:53,958 --> 00:04:55,128 Lebih kurang. 73 00:04:55,208 --> 00:04:59,458 Muntah pukul tiga, bangun pukul lima, minta ampun pukul enam, 74 00:04:59,541 --> 00:05:02,501 merungut tentang Puleng dan Wade pukul lapan, jadi dia okey 75 00:05:02,583 --> 00:05:04,333 walaupun kali pertama mabuk. 76 00:05:04,416 --> 00:05:05,376 - Wah. - Ya. 77 00:05:05,458 --> 00:05:09,628 - Apa terjadi dengan Fikile? - Awak takkan percaya kalau saya cakap. 78 00:05:10,375 --> 00:05:12,625 Okey, cuba cakap. 79 00:05:13,750 --> 00:05:14,790 Mungkin nanti. 80 00:05:15,666 --> 00:05:20,126 Dengar sini, tentang mesyuarat Jawatankuasa Tarian Matrik dengan Daniels, 81 00:05:20,208 --> 00:05:24,248 boleh awak tangguh untuk beritahu dia tentang Reece? 82 00:05:25,291 --> 00:05:29,211 Tangguh? Sampai bila? Majlis tak lama lagi, kita tak ada duit. 83 00:05:29,291 --> 00:05:32,251 Kita perlu beritahu mereka yang dia dah buat silap. 84 00:05:32,333 --> 00:05:36,043 - Beri saya peluang untuk baiki. Tolong. - Bukan salah awak. 85 00:05:36,125 --> 00:05:38,165 Reece silap, dia perlu tanggung. 86 00:05:38,250 --> 00:05:42,290 Awak tak tahu cerita penuh, Wendy. Reece sedang ada masalah. 87 00:05:43,000 --> 00:05:46,750 Tolonglah, buat demi saya. Saya akan terhutang budi dengan awak. 88 00:05:50,166 --> 00:05:51,666 Jadi, mana gambar dia? 89 00:05:51,750 --> 00:05:55,000 KB ambil. Seolah-olah dia tak wujud dalam talian. 90 00:05:55,625 --> 00:05:57,455 Saya tak dapat cari gambar dia. 91 00:05:57,541 --> 00:06:01,211 Detektif perlu tahu tentang ini. KB kawan awak, tapi… 92 00:06:01,291 --> 00:06:03,081 Tapi itu mak KB, Wade. 93 00:06:04,000 --> 00:06:07,500 - Saya harap ada cara lain. - Awak dah lakukan cukup banyak. 94 00:06:08,791 --> 00:06:09,631 Tapi… 95 00:06:13,666 --> 00:06:14,786 Kita perlu bincang. 96 00:06:17,583 --> 00:06:21,213 Saya nak hubungi awak nanti untuk… 97 00:06:23,541 --> 00:06:28,171 mungkin minta maaf kerana menipu awak selama ini. 98 00:06:28,250 --> 00:06:30,790 Tapi saya nak awak tahu… 99 00:06:34,750 --> 00:06:35,750 saya betul-betul 100 00:06:37,375 --> 00:06:38,575 sukakan awak. 101 00:06:39,208 --> 00:06:41,578 Itu sebelum hal tentang Fiks. 102 00:06:41,666 --> 00:06:45,166 - Itu sangat… - Puleng, tunggu, okey? 103 00:06:46,625 --> 00:06:50,625 Kita bincangkan itu nanti. Sekarang, saya nak cakap tentang mak saya. 104 00:06:51,666 --> 00:06:54,246 Jangan tipu lagi. Tolonglah. 105 00:06:54,875 --> 00:06:56,245 Ini penting. 106 00:06:56,833 --> 00:06:58,253 Jadi, jangan tipu lagi. 107 00:07:00,625 --> 00:07:02,785 Kenapa awak ada gambar mak saya? 108 00:07:04,166 --> 00:07:06,246 Dia terlibat dalam semua ini? 109 00:07:15,958 --> 00:07:19,208 Okey, kamu semua buat dengan baik. 110 00:07:19,291 --> 00:07:21,001 Kamu mengatasi sasaran kamu. 111 00:07:21,541 --> 00:07:23,081 Tahniah. 112 00:07:25,833 --> 00:07:28,083 Tapi penyata bank ini tak lengkap. 113 00:07:28,166 --> 00:07:30,626 Tiada transaksi beberapa minggu lepas. 114 00:07:30,708 --> 00:07:31,708 Wendy? 115 00:07:33,375 --> 00:07:34,745 Saya tak pasti, puan. 116 00:07:36,750 --> 00:07:37,920 Reece bendahari. 117 00:07:38,000 --> 00:07:39,580 Dia sediakan dokumen. 118 00:07:40,208 --> 00:07:41,128 Reece? 119 00:07:44,625 --> 00:07:45,785 Peliknya. 120 00:07:49,250 --> 00:07:51,880 Nampaknya ada kesilapan percetakan. 121 00:07:51,958 --> 00:07:54,828 Maaf, puan. Boleh kami beritahu puan nanti? 122 00:07:54,916 --> 00:07:56,916 Secepat mungkin, Ackerman. 123 00:07:57,000 --> 00:08:00,500 Periksa semula semua penyata sebelum kamu hantar lain kali. 124 00:08:00,583 --> 00:08:02,423 Ya, saya akan periksa tiga kali. 125 00:08:02,916 --> 00:08:05,536 Tahniah kerana mencapai sasaran kamu. 126 00:08:05,625 --> 00:08:07,625 Saya tak sabar tunggu majlis itu. 127 00:08:08,541 --> 00:08:10,251 Wendy, semuanya okey? 128 00:08:10,833 --> 00:08:12,463 Kamu nak cakap sesuatu? 129 00:08:18,083 --> 00:08:20,003 Tak, puan, tiada apa-apa. 130 00:08:20,083 --> 00:08:21,083 Kami semua okey. 131 00:08:22,000 --> 00:08:23,580 Awak akan okey? 132 00:08:24,916 --> 00:08:26,706 Apa pendapat awak, Puleng? 133 00:08:26,791 --> 00:08:28,631 Ada apa-apa saya boleh tolong? 134 00:08:29,458 --> 00:08:32,668 Tolong siasat tentang penglibatan ibu bapa saya. 135 00:08:35,125 --> 00:08:37,075 Jadi kita ada masalah besar. 136 00:08:37,166 --> 00:08:38,416 Sangat besar. 137 00:08:38,500 --> 00:08:42,250 Jika akaun kita digodam iaitu duit dikeluarkan secara palsu, 138 00:08:42,333 --> 00:08:46,293 itu tanggungjawab bank dan bank harus bayar kita semula. 139 00:08:46,375 --> 00:08:48,625 Tahira betul. Awak dah siasat? 140 00:08:49,208 --> 00:08:51,998 Ya. Mereka cakap tentang kecuaian saya. 141 00:08:52,083 --> 00:08:55,043 Apa-apa pun, kes ini perlu masa untuk diselesaikan. 142 00:08:55,125 --> 00:08:57,165 Majlis dalam beberapa hari saja. 143 00:08:57,250 --> 00:08:59,880 Kita perlu duit dan rancangan sekarang. 144 00:08:59,958 --> 00:09:01,328 Kita perlu keajaiban. 145 00:09:01,416 --> 00:09:04,956 Ya, saya rasa kita tak dapat cari duit sebelum Isnin. 146 00:09:05,041 --> 00:09:06,581 Okey, saya akan mula. 147 00:09:08,291 --> 00:09:10,751 Saya ada baki 15,000 rand dalam kad itu. 148 00:09:10,833 --> 00:09:12,833 Ini saja duit yang saya ada. 149 00:09:12,916 --> 00:09:15,956 Maaf, saya hanya akan dapat dana amanah pada usia 21 tahun. 150 00:09:16,041 --> 00:09:18,501 Saya ada 6,000 tunai. 151 00:09:18,583 --> 00:09:20,213 Bum! Ada sesiapa lagi? 152 00:09:20,875 --> 00:09:25,535 Atau kita jawatankuasa tarian dalam sejarah Parkhurst yang gagal? 153 00:09:26,541 --> 00:09:29,921 Nampaknya orang lain tak ada duit. 154 00:09:35,083 --> 00:09:38,293 Berat nak mengaku, tapi Chris betul. Kita perlu rancangan. 155 00:09:38,375 --> 00:09:41,375 Banyak rancangan. Saya rasa kita patut berpecah. 156 00:09:41,458 --> 00:09:44,498 Kita akan buat banyak usaha sekali gus. 157 00:09:44,583 --> 00:09:45,463 Ya? 158 00:09:45,541 --> 00:09:47,081 - Ya. - Ya. 159 00:09:47,166 --> 00:09:51,576 Cetuskan idea untuk untung tinggi, kos rendah dengan pulangan pantas. 160 00:09:53,041 --> 00:09:56,921 - Apa awak buat, anak orang kaya? - Saya cuma nak simpan. 161 00:09:58,000 --> 00:09:59,000 Tak boleh. 162 00:10:00,291 --> 00:10:03,381 Saya akan simpan. Berapa nombor pin? 163 00:10:04,500 --> 00:10:07,920 Tiada nombor pin. Awak boleh keluarkan jika awak mahu. 164 00:10:13,375 --> 00:10:14,665 KLINIK ORANGE COVE - MESEJ 165 00:10:18,083 --> 00:10:23,043 Malangnya, disebabkan tiada pembayaran, Pn. Van Rensburg dikeluarkan hari ini. 166 00:10:23,125 --> 00:10:26,705 Sila hubungi Klinik Orange Cove untuk mengatur pengangkutan. 167 00:10:34,833 --> 00:10:35,713 Reece. 168 00:10:37,458 --> 00:10:38,538 Ada apa? 169 00:10:42,666 --> 00:10:43,666 Ini… 170 00:10:47,708 --> 00:10:48,878 Ibu saya. 171 00:10:51,958 --> 00:10:55,668 Saya pasti. Bayangkan kalau mak awak culik seseorang. 172 00:10:56,833 --> 00:10:58,753 KB akan tulis lagu tentangnya? 173 00:10:59,750 --> 00:11:01,130 Itu tak kelakar, Wade. 174 00:11:02,166 --> 00:11:03,246 Saya tak bergurau. 175 00:11:04,500 --> 00:11:06,790 Saya tak nak cakap tentang KB sekarang. 176 00:11:08,833 --> 00:11:10,463 Apa awak buat hujung minggu ini? 177 00:11:12,625 --> 00:11:14,125 Tak buat apa-apa. Awak? 178 00:11:15,000 --> 00:11:16,000 Tak buat apa-apa. 179 00:11:16,916 --> 00:11:18,416 Kita tak buat apa-apa. 180 00:11:18,500 --> 00:11:19,670 - Ya. - Ya. 181 00:11:25,416 --> 00:11:27,786 Awak nak melepak? 182 00:11:27,875 --> 00:11:30,535 Ya, alang-alang awak dah sebut. 183 00:11:31,041 --> 00:11:34,041 - Agak pelik di rumah sekarang. - Bagus. Dah tentu. 184 00:11:34,125 --> 00:11:36,495 - Awak ada idea? - Tak ada. 185 00:11:37,375 --> 00:11:39,035 - Tak ada? - Buatlah kejutan. 186 00:11:41,500 --> 00:11:43,420 Okey, kejutan. 187 00:11:50,916 --> 00:11:52,036 Bapa! 188 00:11:59,625 --> 00:12:00,745 Tapi kenapa? 189 00:12:01,791 --> 00:12:03,711 Bagaimana dia boleh fikirkannya? 190 00:12:04,208 --> 00:12:10,828 Awak perlu bercakap dengan isteri awak tentang sebabnya. 191 00:12:10,916 --> 00:12:14,166 Itu saja yang saya dapat cakap sekarang. 192 00:12:15,666 --> 00:12:21,326 Fikile, sayang, tolong beri kami ruang. Bapa perlu bercakap dengan pak cik kamu. 193 00:12:21,416 --> 00:12:22,706 Sudah tentu, bapa. 194 00:12:23,875 --> 00:12:26,075 Atau apa panggilan bapa sekarang? 195 00:12:26,916 --> 00:12:28,576 Kamu panggil saya bapa. 196 00:12:28,666 --> 00:12:30,376 Bapa besarkan kamu, nak. 197 00:12:32,500 --> 00:12:33,460 Bapa. 198 00:12:45,375 --> 00:12:46,375 Jadi… 199 00:12:47,166 --> 00:12:51,416 Jadi awak tahu tentang pengambilan anak angkat ini atau apa-apa pun ia? 200 00:12:51,916 --> 00:12:53,206 Ya, saya tahu. 201 00:12:53,291 --> 00:12:54,541 Awak diam saja? 202 00:12:55,500 --> 00:12:57,460 Selepas bertahun-tahun, Matla? 203 00:12:57,541 --> 00:13:02,671 Awak kenal Nwabisa. Dia minta saya sumpah untuk simpan rahsia. 204 00:13:02,750 --> 00:13:04,250 Tolonglah, Matla! 205 00:13:06,000 --> 00:13:09,710 Betulkah dia Phume Khumalo? 206 00:13:10,583 --> 00:13:12,543 Kita ada sebab untuk percaya, ya. 207 00:13:12,625 --> 00:13:16,495 Apa yang berlaku? Tolong jelaskan kepada saya. 208 00:13:16,583 --> 00:13:17,543 Percayalah. 209 00:13:17,625 --> 00:13:19,415 Lebih baik awak tak tahu. 210 00:13:23,166 --> 00:13:24,036 Selamat pagi. 211 00:13:27,791 --> 00:13:28,631 Terima kasih. 212 00:13:31,666 --> 00:13:34,786 - Kamu dah bercakap dengan Fikile? - Belum lagi. 213 00:13:34,875 --> 00:13:38,165 Dia sibuk semalam seperti yang mama dapat bayangkan. 214 00:13:41,583 --> 00:13:45,503 Saya nak ajak dia makan malam. Mama perlu beritahu dia segalanya. 215 00:13:49,375 --> 00:13:51,955 Detektif akan datang lebih kurang pukul lima 216 00:13:52,041 --> 00:13:55,211 untuk ambil komputer riba dan bukti lain yang mama ada 217 00:13:55,291 --> 00:13:57,881 dan beritahu ibu proses seterusnya. 218 00:13:58,750 --> 00:14:01,210 Mungkin kamu boleh bawa dia selepas itu? 219 00:14:02,041 --> 00:14:02,921 Okey. 220 00:14:03,958 --> 00:14:04,958 Terima kasih. 221 00:14:06,041 --> 00:14:06,961 Jumpa nanti. 222 00:14:23,041 --> 00:14:24,291 Ayah, ada masa? 223 00:14:24,375 --> 00:14:27,325 Selamat pagi. Ayah tak ada masa. 224 00:14:28,166 --> 00:14:32,166 Ayah perlu selesaikan masalah dengan Brian dan Nwabisa. Kenapa? 225 00:14:33,375 --> 00:14:35,165 Saya cuba hubungi mak. 226 00:14:35,250 --> 00:14:38,790 Dia tak jawab telefon atau mesej. Saya nak tahu jika dia okey. 227 00:14:38,875 --> 00:14:41,665 Ayah pasti dia tak apa-apa. Kamu tahu dia sibuk. 228 00:14:43,416 --> 00:14:45,126 Cuba lagi. Jumpa nanti. 229 00:14:45,625 --> 00:14:48,575 Ayah tahu tentang Fiks dan Puleng selama ini? 230 00:14:53,916 --> 00:14:54,916 Karabo. 231 00:14:56,583 --> 00:14:57,423 Ia rumit. 232 00:14:57,500 --> 00:14:58,630 Cubalah cakap. 233 00:14:58,708 --> 00:15:02,078 Bukan sekarang. Ayah nak keluarkan pasangan Bhele dari penjara dulu. 234 00:15:02,166 --> 00:15:04,076 Kita berbual selepas itu. 235 00:15:11,833 --> 00:15:12,753 CUCI KERETA 236 00:15:16,083 --> 00:15:17,333 PASARAN R13,700.00 237 00:15:18,291 --> 00:15:21,081 PASARAN R5,300.00 238 00:15:24,291 --> 00:15:25,751 DERMA UNTUK KELAS TARIAN 239 00:15:29,958 --> 00:15:32,168 MEMUAT NAIK KE PASAR 240 00:15:33,250 --> 00:15:35,540 SAYA DI RUMAH… SELAMATKAN SAYA! 241 00:15:35,625 --> 00:15:38,995 OKEY! SAYA ADA HIBURAN UNTUK AWAK 242 00:15:39,083 --> 00:15:41,883 Hei, P, saya ke rumah saya di Kommetjie. 243 00:15:41,958 --> 00:15:45,628 Saya nak periksa arkib Matla yang mungkin awak lepas pandang. 244 00:15:45,708 --> 00:15:47,578 Jika ada apa-apa, saya beritahu awak. 245 00:16:54,416 --> 00:16:55,456 Sam? 246 00:17:53,708 --> 00:17:55,378 KIT UJIAN DNA 247 00:18:05,000 --> 00:18:07,000 Ya, dia lembap, bukan? 248 00:18:07,083 --> 00:18:10,083 Dia tak cuba cium awak sejak hari itu di dalam teksi. 249 00:18:10,166 --> 00:18:12,496 Kawan, awak pasti dia suka perempuan? 250 00:18:12,583 --> 00:18:13,883 Dia suka perempuan. 251 00:18:16,333 --> 00:18:18,173 Ini okey? Keterlaluan? 252 00:18:18,250 --> 00:18:22,210 - Saya rasa pendapat kita berbeza. - Betul. 253 00:18:22,291 --> 00:18:24,381 Bergantung pada rupa yang awak nak. 254 00:18:24,458 --> 00:18:29,918 Awak nak rupa isteri yang cuci dan masak, SNS atau di tengah-tengah? 255 00:18:30,000 --> 00:18:32,500 SNS? Apa itu? 256 00:18:32,583 --> 00:18:35,293 Alamak, Puleng. Awak katak di bawah tempurung? 257 00:18:35,958 --> 00:18:37,078 Saya nak seks. 258 00:18:37,916 --> 00:18:40,036 Ini bodoh. Saya akan tanya Wade. 259 00:18:40,875 --> 00:18:42,125 Nanti dulu. 260 00:18:42,208 --> 00:18:46,288 Awak hantar mesej kepada janji temu awak untuk tanya nak pakai apa? 261 00:18:46,375 --> 00:18:47,325 Ya. 262 00:18:47,416 --> 00:18:49,416 Awak luar biasa. 263 00:18:50,375 --> 00:18:53,825 Tak tahu tempat dia nak bawa saya. Ia satu kejutan. 264 00:18:56,500 --> 00:18:58,000 Jadi? Apa yang kelakar? 265 00:18:58,083 --> 00:19:01,003 Saya hantar gambar pakaian awak. 266 00:19:01,083 --> 00:19:02,293 Zama. 267 00:19:02,375 --> 00:19:03,705 Awak menjengkelkan. 268 00:19:03,791 --> 00:19:06,081 Sejak bila awak dan Mark berbual? 269 00:19:06,166 --> 00:19:07,746 Dia memang kelakar. 270 00:19:07,833 --> 00:19:11,463 Rupa-rupanya dia ada dua ciri kegemaran saya. Tak sangka. 271 00:19:11,541 --> 00:19:13,461 Apa dia… Tak apa. 272 00:19:14,458 --> 00:19:17,128 Kenapa lelaki yang saya suka tak suka perempuan? Macam… 273 00:19:19,333 --> 00:19:20,543 Seluar sukan dan kasut? 274 00:19:22,208 --> 00:19:25,828 Mungkin dia akan bawa awak ke gim. Awak perlukan senaman. 275 00:19:25,916 --> 00:19:26,876 Diam. 276 00:19:30,458 --> 00:19:31,288 CUCI KERETA 277 00:19:31,875 --> 00:19:32,995 AURA POSITIF 278 00:19:34,208 --> 00:19:35,038 MASA MENCUCI 279 00:19:36,375 --> 00:19:37,205 MASA MANDI 280 00:19:48,125 --> 00:19:49,125 Tak guna. 281 00:19:49,208 --> 00:19:52,918 - Saya terlepas pertandingan baju basah? - Tak kelakarlah. 282 00:19:53,000 --> 00:19:55,710 Ini bukan hiburan yang saya fikirkan. 283 00:19:55,791 --> 00:19:59,171 Kenapa kita masih kumpul duit? Kita dah capai sasaran. 284 00:20:00,875 --> 00:20:04,165 Ya, saya akan jelaskan nanti. Cik Bos datang. 285 00:20:04,250 --> 00:20:07,420 Maaf, tapi tolong sambung kerja. Makin banyak kereta. 286 00:20:07,500 --> 00:20:10,250 Wah. Saya sangka awak menentang perhambaan. 287 00:20:12,125 --> 00:20:13,035 Nasib baik. 288 00:20:13,625 --> 00:20:14,455 Jumpa lagi. 289 00:20:16,375 --> 00:20:17,245 Hei. 290 00:20:17,916 --> 00:20:18,826 Hei. 291 00:20:20,916 --> 00:20:23,876 Ini 9,600 rand. 292 00:20:24,416 --> 00:20:26,126 Apa? Macam mana awak buat? 293 00:20:26,666 --> 00:20:30,916 - Jual tubuh kepada wanita tua yang kaya. - Sayangnya. Kasihan dia. 294 00:20:31,000 --> 00:20:33,380 Kasihan? Dia dapat tawaran hebat. 295 00:20:33,916 --> 00:20:36,956 Awak nak rasa? 296 00:20:38,500 --> 00:20:41,040 - Awak nak… - Jangan. Aduhai. 297 00:20:41,125 --> 00:20:42,785 Wendy, cubalah! 298 00:20:42,875 --> 00:20:44,915 - Apa awak buat nanti? - Tak ada apa-apa. 299 00:20:45,000 --> 00:20:48,540 Cuma nak dapatkan keputusan ujian paterniti hari ini. 300 00:20:49,666 --> 00:20:52,166 Mungkin tahu salasilah saya. 301 00:20:52,250 --> 00:20:53,670 - Aduhai. - Ibu bapa saya. 302 00:20:53,750 --> 00:20:56,080 - Begitu saja. - Maaf. 303 00:20:56,166 --> 00:20:58,626 Saya nak jemput awak makan malam. 304 00:20:58,708 --> 00:21:00,538 - Saya masak hari ini. - Ya? 305 00:21:00,625 --> 00:21:01,495 Tapi… 306 00:21:02,125 --> 00:21:03,165 Baguslah. 307 00:21:03,791 --> 00:21:06,501 - Jemputan diterima. - Awak pasti? 308 00:21:06,583 --> 00:21:08,293 Ya. 309 00:21:09,625 --> 00:21:11,745 Ia dapat tenangkan fikiran saya. 310 00:21:20,333 --> 00:21:21,963 Maaf. Sekejap. 311 00:21:24,708 --> 00:21:25,668 Mama? 312 00:21:28,166 --> 00:21:31,246 Apa? Tak guna. Mama okey? 313 00:21:32,750 --> 00:21:34,290 Okey, jumpa nanti. 314 00:21:36,250 --> 00:21:38,670 Serius? Tolonglah. Awak baru sampai. 315 00:21:38,750 --> 00:21:41,420 Mama saya baru diserang. Saya harus pergi. 316 00:21:41,500 --> 00:21:43,500 - Alamak. Dia okey? - Tak pasti. 317 00:21:45,250 --> 00:21:46,710 Saya akan hantar mesej. 318 00:21:57,500 --> 00:21:59,460 Saya mungkin takkan maafkan awak. 319 00:21:59,541 --> 00:22:00,751 Tak kelakar. 320 00:22:01,791 --> 00:22:04,711 - Saya ingat kita nak panjat bukit. - Balasan. 321 00:22:04,791 --> 00:22:06,131 Balasan sebab apa? 322 00:22:06,208 --> 00:22:08,828 Sebab libatkan saya dalam siasatan awak. 323 00:22:11,041 --> 00:22:12,001 Saya minta maaf. 324 00:22:12,625 --> 00:22:14,285 Tak, saya serius. 325 00:22:15,125 --> 00:22:16,455 Saya memang teruk. 326 00:22:18,125 --> 00:22:21,125 Saya rasa saya terdesak. 327 00:22:21,833 --> 00:22:23,503 Tak apa. Saya cuma bergurau. 328 00:22:24,416 --> 00:22:27,536 Awak selesaikan kes yang polis tak dapat selesaikan. 329 00:22:28,625 --> 00:22:29,745 Itu luar biasa. 330 00:22:31,500 --> 00:22:34,250 - Saya gembira sebab dapat bantu. - Kita. 331 00:22:37,083 --> 00:22:38,173 Kita selesaikannya. 332 00:22:39,166 --> 00:22:41,376 Saya tak dapat lakukannya tanpa awak. 333 00:22:44,416 --> 00:22:45,246 Terima kasih. 334 00:22:49,833 --> 00:22:51,583 Tanda pagar Pasukan Wuleng. 335 00:22:51,666 --> 00:22:52,626 Bukan. 336 00:22:54,458 --> 00:22:56,578 Tanda pagar Pulade. 337 00:22:56,666 --> 00:22:58,326 Bunyinya lebih baik. 338 00:22:59,000 --> 00:23:00,040 Okey. 339 00:23:06,875 --> 00:23:07,915 Awak okey? 340 00:23:08,750 --> 00:23:10,000 Ya. 341 00:23:13,416 --> 00:23:14,626 Saya tertanya-tanya 342 00:23:15,458 --> 00:23:18,538 jika kita dapat selesaikan perkara itu. 343 00:23:20,500 --> 00:23:23,420 Awak tahu, di dalam teksi hari itu? 344 00:23:28,125 --> 00:23:29,285 Saya nak. 345 00:23:29,375 --> 00:23:30,325 Awak nak. 346 00:23:42,916 --> 00:23:45,706 Betulkah mama tak nak jumpa doktor? 347 00:23:47,458 --> 00:23:48,788 Mama tak apa-apa, Sam. 348 00:23:50,833 --> 00:23:52,923 Mama jatuh, tapi selamat. 349 00:24:00,000 --> 00:24:02,750 Jadi, apa akan berlaku? 350 00:24:02,833 --> 00:24:06,003 - Kita cepatkannya. - Cepatkan? 351 00:24:08,125 --> 00:24:13,875 Ini tentang perkara yang mama awak tahu tentang kes Fikile Bhele, Phume Khumalo. 352 00:24:13,958 --> 00:24:17,578 Kamu berdua mesti dilindungi sebagai saksi dengan segera. 353 00:24:17,666 --> 00:24:20,036 Tinggalkan segalanya dan menghilang. 354 00:24:20,125 --> 00:24:23,455 Pasukan saya akan bawa barang keperluan kamu nanti. 355 00:24:24,083 --> 00:24:26,503 Ini saja cara untuk pastikan kamu selamat. 356 00:24:29,833 --> 00:24:33,633 Mama, saya patut beritahu Fiks makan malam dibatalkan, bukan? 357 00:24:34,375 --> 00:24:38,325 Mungkin Fikile sebahagian daripada masalah ini. 358 00:24:38,416 --> 00:24:40,206 Bukan Fiks. Itu mengarut. 359 00:24:40,291 --> 00:24:42,581 Awak sanggup bertaruh nyawa mama awak? 360 00:25:01,375 --> 00:25:02,955 Maafkan mama, Sam. 361 00:25:05,791 --> 00:25:07,331 Atas segalanya. 362 00:25:15,458 --> 00:25:17,878 Keputusan awak betul, tapi saya perlu telefon awak. 363 00:25:18,458 --> 00:25:20,288 Jika awak ubah fikiran. 364 00:25:25,541 --> 00:25:26,711 Terima kasih, Sam. 365 00:25:29,083 --> 00:25:32,333 SAM - MEMANGGIL 366 00:25:32,416 --> 00:25:34,536 Hei. Ini Sam. Saya tak boleh jawab… 367 00:25:34,625 --> 00:25:39,705 Dengan kutipan hari ini, kita dah kumpul 63,540. 368 00:25:40,791 --> 00:25:42,831 Kita masih kurang 40 peratus. 369 00:25:43,958 --> 00:25:45,288 Kita takkan sempat. 370 00:25:45,375 --> 00:25:46,285 Tak guna. 371 00:25:47,583 --> 00:25:50,083 - Dia masih tak jawab? - Tak. 372 00:25:50,166 --> 00:25:53,286 Tiada respon. Hidup saya bertambah teruk. 373 00:25:54,083 --> 00:25:58,213 Sam tak guna. Awak selalu biar lelaki mainkan awak, Fiks. 374 00:25:59,166 --> 00:26:00,706 Mereka tak layak untuk awak. 375 00:26:01,666 --> 00:26:04,666 Mari buat sesuatu yang menyeronokkan. Saya belanja. 376 00:26:04,750 --> 00:26:06,670 Bukan Sam saja, Chris. 377 00:26:06,750 --> 00:26:08,290 Ini hidup saya. 378 00:26:08,375 --> 00:26:10,455 Hidup saya bermasalah sekarang. 379 00:26:13,250 --> 00:26:15,000 - Saya nak balik. - Fiks. 380 00:26:15,083 --> 00:26:17,253 Kita dapat bersantai dan berbual. 381 00:26:17,333 --> 00:26:19,423 Chris, saya hargai awak. 382 00:26:19,500 --> 00:26:24,420 Awak sentiasa ada dalam hidup saya. Saya cuma perlu masa untuk bersendirian. 383 00:26:31,250 --> 00:26:33,920 - Awak perlu bercakap dengan Brian. - Tidak. 384 00:26:34,916 --> 00:26:35,876 Belum lagi. 385 00:26:36,625 --> 00:26:39,665 Saya takut dia akan tinggalkan saya 386 00:26:40,625 --> 00:26:42,375 apabila dia tahu hal sebenar. 387 00:26:42,458 --> 00:26:45,458 Apa awak nak? Awak nak terus mengelak daripada dia? 388 00:26:45,541 --> 00:26:48,211 Saya nak awak bawa saya keluar dari sini! 389 00:26:49,333 --> 00:26:52,423 Atau saya akan beritahu detektif perkara sebenar. 390 00:26:52,500 --> 00:26:54,710 Saya tak nak pikul kesalahan sendiri. 391 00:26:54,791 --> 00:26:57,171 Awak dah gila? 392 00:26:57,250 --> 00:26:59,250 Tolong ingat tempat awak. 393 00:26:59,333 --> 00:27:02,463 Dia dah ambil beberapa langkah 394 00:27:02,541 --> 00:27:04,711 untuk selesaikan masalah. 395 00:27:04,791 --> 00:27:07,921 - Awak cuma perlu bersabar. - Awak cakap dengan dia? 396 00:27:08,000 --> 00:27:10,040 - Ya. - Secara terus? 397 00:27:10,125 --> 00:27:11,285 Ya! 398 00:27:23,750 --> 00:27:24,830 Terima kasih. 399 00:27:24,916 --> 00:27:27,416 - Jumpa di sekolah. - Sama-sama. Selamat malam. 400 00:27:43,291 --> 00:27:45,211 Awak kawan yang baik, Ackerman. 401 00:27:45,291 --> 00:27:46,711 Tak apa. 402 00:27:46,791 --> 00:27:49,541 Rumah awak di laluan yang sama. Tak susah. 403 00:27:49,625 --> 00:27:53,375 Tak, maksud saya kepada Reece dan Fikile. 404 00:27:53,458 --> 00:27:57,458 Awak tolong kawan-kawan awak. Saya mungkin dah salah tentang awak. 405 00:27:58,166 --> 00:28:01,746 Adakah itu pujian daripada Wendy Dlamini? 406 00:28:02,791 --> 00:28:06,581 Jangan perasan, okey? Kita dalam masalah ini kerana awak. 407 00:28:07,291 --> 00:28:08,171 Selamat malam. 408 00:28:18,000 --> 00:28:19,130 Apa yang berlaku? 409 00:28:19,916 --> 00:28:22,326 - Ini tentang ujian paterniti? - Ya. 410 00:28:22,416 --> 00:28:27,166 Begini, Puleng, detektif nak cakap dengan mak dan ayah saja. 411 00:28:27,250 --> 00:28:28,880 Kami perlu beritahu kamu… 412 00:28:28,958 --> 00:28:31,708 Tak, saya nak dengar. 413 00:28:32,250 --> 00:28:35,830 Tiada rahsia lagi. Keputusannya Fiks ialah Phume. 414 00:28:35,916 --> 00:28:40,126 Saya cadangkan kita bincang keputusan sebelum kamu beritahu Puleng. 415 00:28:40,208 --> 00:28:41,078 Tidak. 416 00:28:41,166 --> 00:28:43,996 Ini semua berlaku atas usaha saya. 417 00:28:44,083 --> 00:28:47,043 Sekarang saya diketepikan? Tak boleh. 418 00:29:01,125 --> 00:29:02,075 Terima kasih. 419 00:29:04,625 --> 00:29:08,325 Keputusan DNA ini telah disiapkan oleh makmal sains forensik 420 00:29:08,416 --> 00:29:11,826 dari Jabatan Polis Afrika Selatan. Keputusannya seperti berikut. 421 00:29:12,458 --> 00:29:17,038 "Dalam kes paterniti Fikile Bhele, kami telah menentukan bahawa 422 00:29:18,041 --> 00:29:20,751 dia anak perempuan Thandeka Khumalo." 423 00:29:25,958 --> 00:29:27,038 Ada lagi. 424 00:29:28,791 --> 00:29:33,751 "Selepas dianalisis, kami telah menentukan bahawa Fikile Bhele 425 00:29:34,916 --> 00:29:37,786 bukan anak perempuan Julius Khumalo." 426 00:29:39,333 --> 00:29:42,883 "Dia kakak tiri Puleng Khumalo dan Siya Khumalo." 427 00:29:44,500 --> 00:29:47,710 Pertanyaan tentang keputusan dapat dijawab oleh saya 428 00:29:47,791 --> 00:29:50,921 atau rakan sekerja saya dari Forensik, Tamara. 429 00:29:54,041 --> 00:29:55,081 Ayah, tunggu. 430 00:29:55,791 --> 00:29:58,421 Ayah, tolonglah, ia cuma… 431 00:30:23,125 --> 00:30:25,495 Hari ini berlalu dan bertambah buruk. 432 00:30:30,958 --> 00:30:33,288 Jadi, siapa ayah kandung saya? 433 00:30:41,791 --> 00:30:43,631 Itu belum didedahkan lagi. 434 00:30:48,250 --> 00:30:49,130 Sekarang apa? 435 00:30:49,625 --> 00:30:54,375 Fikile perlu jumpa keluarga Khumalo. Saya akan aturkan dalam beberapa minggu. 436 00:31:13,666 --> 00:31:15,286 Baiklah, semua, dengar. 437 00:31:15,375 --> 00:31:18,165 Semua tahu kami Jawatankuasa Tarian Matrik 438 00:31:18,250 --> 00:31:21,630 yang menganjurkan Majlis Tarian untuk para pelajar Matrik 439 00:31:21,708 --> 00:31:24,708 dalam beberapa hari lagi. 440 00:31:24,791 --> 00:31:29,171 Secara ringkas, kamu mungkin ada bakat atau kemahiran istimewa 441 00:31:29,250 --> 00:31:31,960 yang kami perlu untuk menjayakan majlis. 442 00:31:32,541 --> 00:31:35,381 Wah, okey. Harap snek itu sedap! 443 00:31:36,041 --> 00:31:39,001 Siapa lagi nak keluar? Keluarlah. Cepat. 444 00:31:39,083 --> 00:31:40,043 Terima kasih. 445 00:31:40,125 --> 00:31:43,825 Berikut ialah senarai bidang yang kami perlukan bantuan. 446 00:31:43,916 --> 00:31:44,786 Wendy? 447 00:31:46,833 --> 00:31:52,213 Dua perkara utama yang kami mahu bincangkan ialah makanan dan muzik. 448 00:31:52,291 --> 00:31:54,631 Kita mula dengan makanan. 449 00:31:54,708 --> 00:31:57,128 Saya nak tunjuk sesuatu. 450 00:31:59,291 --> 00:32:01,081 Saya berusaha mencari. 451 00:32:02,958 --> 00:32:05,748 Surat perpisahan mak kepada ayah saya. 452 00:32:05,833 --> 00:32:07,043 Tengok tarikh. 453 00:32:07,125 --> 00:32:08,955 24 OGOS 2003 454 00:32:09,041 --> 00:32:11,751 Alamak. Beberapa hari selepas hari jadi Fiks. 455 00:32:14,416 --> 00:32:16,326 Dia macam nak cepat pergi. 456 00:32:17,750 --> 00:32:21,130 "Matla, saya mesti pergi atas sebab yang jelas. 457 00:32:21,208 --> 00:32:24,458 Maaf kerana melibatkan dan meninggalkan awak macam ini. 458 00:32:24,541 --> 00:32:25,921 Bukan niat saya. 459 00:32:26,791 --> 00:32:29,381 Awak tahu perbuatan kita ada akibatnya. 460 00:32:30,125 --> 00:32:32,665 Tapi awak dan KB akan dijaga. 461 00:32:32,750 --> 00:32:34,330 Sayang, Lisbeth." 462 00:32:35,583 --> 00:32:38,713 Dia bekerja untuk syarikat Point of Grace. 463 00:32:38,791 --> 00:32:41,461 Beberapa dokumen ada dalam arkib Matla. 464 00:32:42,750 --> 00:32:45,040 - Mereka terlibat dalam… - Pemerdagangan. 465 00:32:46,541 --> 00:32:47,961 Penggelapan kanak-kanak. 466 00:32:49,125 --> 00:32:53,415 Ayah awak bekas ahli lembaga. Dia jadi peguam semasa mereka didedahkan. 467 00:32:53,500 --> 00:32:55,000 Mak saya culik Fikile. 468 00:32:55,083 --> 00:32:56,543 Mesti dia, Puleng. 469 00:32:57,708 --> 00:33:01,998 Saya rasa lakaran ini dibuat selepas penculikan itu berlaku. 470 00:33:02,083 --> 00:33:05,963 Dia buat keputusan untuk ke luar negara, lari dan 471 00:33:07,083 --> 00:33:08,673 biar Matla besarkan saya. 472 00:33:10,416 --> 00:33:11,786 Dia tak kembali. 473 00:33:14,666 --> 00:33:17,626 - Awak tahu dia di mana? - Saya dah tak tahu. 474 00:33:19,625 --> 00:33:20,495 KB. 475 00:33:22,041 --> 00:33:25,541 Tak tahu cara nak cakap, tapi awak perlu beritahu polis. 476 00:33:25,625 --> 00:33:27,245 Awak faham, bukan? 477 00:33:34,583 --> 00:33:38,963 Pn. Bhele, mahkamah anggap awak berisiko untuk lari. 478 00:33:39,041 --> 00:33:43,461 Jadi ikat jamin ditolak. Awak akan dibawa ke Penjara Pollsmoor 479 00:33:43,541 --> 00:33:47,251 dan ditahan di sana hingga tarikh perbicaraan ditetapkan. 480 00:33:47,333 --> 00:33:48,753 Sidang ditangguhkan. 481 00:33:48,833 --> 00:33:49,923 Semua bangun. 482 00:33:58,208 --> 00:33:59,328 Bertahanlah. 483 00:34:13,083 --> 00:34:14,083 Nwabisa! 484 00:34:18,208 --> 00:34:19,418 Tujuh belas tahun. 485 00:34:20,833 --> 00:34:23,083 Awak rampas itu daripada kami sekeluarga. 486 00:34:33,041 --> 00:34:34,581 TARIAN MATRIK MALAM INI! 487 00:34:35,500 --> 00:34:36,540 LOKASINYA HEBAT! 488 00:34:36,625 --> 00:34:39,075 SIAPA DJ? WARGA PARKHURST HANYA BERPARTI! 489 00:34:46,083 --> 00:34:47,673 Senyum lebar. 490 00:34:50,458 --> 00:34:52,878 Apa? Oh, Tuhan! 491 00:34:55,833 --> 00:34:57,753 Kenapa tak cakap nak datang? 492 00:34:57,833 --> 00:34:59,003 Tak seronok nanti. 493 00:34:59,083 --> 00:35:00,833 - Mark. Apa khabar? - Baik. 494 00:35:00,916 --> 00:35:02,746 Awak nampak cantik. 495 00:35:02,833 --> 00:35:07,503 Mestilah, sayang. Saya perlu hadir di majlis Parkhurst. 496 00:35:08,125 --> 00:35:09,535 Okey. 497 00:35:09,625 --> 00:35:13,665 Zama cakap awak buat sesuatu untuk buktikan Fikile kakak awak. 498 00:35:13,750 --> 00:35:16,130 Saya rasa awak wira baru saya. 499 00:35:16,791 --> 00:35:19,671 Terima kasih. Saya tak buat sendiri. 500 00:35:19,750 --> 00:35:21,540 Kamu berdua. 501 00:35:21,625 --> 00:35:24,075 - Comelnya. - Sedia untuk ambil gambar? 502 00:35:24,166 --> 00:35:25,996 - Sudah tentu. - Ya, gambar. 503 00:35:28,750 --> 00:35:30,630 Ya, sayang. 504 00:35:39,625 --> 00:35:41,205 Kamu nampak sepadan. 505 00:35:41,791 --> 00:35:45,541 Saya pelayan kamu malam ini, jadi saya akan layan kamu dengan baik. 506 00:35:45,625 --> 00:35:46,455 Terima kasih. 507 00:35:46,541 --> 00:35:47,961 Mana muzik? 508 00:35:48,583 --> 00:35:49,713 DJ itu… 509 00:35:49,791 --> 00:35:50,751 Tak guna. KB. 510 00:35:51,416 --> 00:35:53,496 Hei, mana DJ itu? 511 00:35:53,583 --> 00:35:55,503 Entah. Dia tak jawab telefon. 512 00:35:56,250 --> 00:35:57,380 Alamak. 513 00:36:00,250 --> 00:36:04,080 Guna aplikasi muzik di telefon awak dan sambungkan ke kabel AUX. 514 00:36:04,166 --> 00:36:05,456 Awak serius? 515 00:36:05,541 --> 00:36:07,081 Ya. Buatlah. 516 00:36:08,333 --> 00:36:11,043 Ia nampak tiga kali lebih besar dalam gambar. 517 00:36:11,125 --> 00:36:14,955 Kita tak patut ambil makanan murah. Saya rasa nak menangis. 518 00:36:15,458 --> 00:36:17,208 Kita terpaksa berjimat. 519 00:36:18,208 --> 00:36:20,628 Semua orang duduk. Boleh kita hidangkan? 520 00:36:20,708 --> 00:36:22,038 Ya, ambillah. 521 00:36:22,125 --> 00:36:24,245 Ini cuma tomato mentah dan keju? 522 00:36:25,875 --> 00:36:27,495 Mana yang selebihnya? 523 00:36:34,500 --> 00:36:35,670 Hai, puan. 524 00:36:35,750 --> 00:36:38,170 Fikile, bagusnya kamu datang dan bantu. 525 00:36:38,250 --> 00:36:39,250 Apa khabar? 526 00:36:39,333 --> 00:36:40,503 Saya okey. 527 00:36:40,583 --> 00:36:42,833 - Kamu boleh cakap dengan saya. - Terima kasih. 528 00:36:44,500 --> 00:36:45,630 Silakan. 529 00:36:48,875 --> 00:36:51,495 Tuan-tuan dan puan-puan, sambil kita makan 530 00:36:51,583 --> 00:36:53,923 dipersilakan pengetua kita, Pn. Daniels 531 00:36:54,000 --> 00:36:57,000 untuk memulakan majlis ini dengan sepatah dua kata. 532 00:36:57,083 --> 00:36:58,253 Pn. Daniels. 533 00:37:05,083 --> 00:37:07,083 Hei, apa ini? Awak di mana? 534 00:37:07,166 --> 00:37:09,076 Maaf. Saya dalam perjalanan. 535 00:37:09,916 --> 00:37:13,246 - Kamu dan Wendy jumpa saya selepas ini. - Ya, puan. 536 00:37:13,791 --> 00:37:16,331 Selamat datang, kelas 2020. 537 00:37:22,416 --> 00:37:23,326 Wah. 538 00:37:24,000 --> 00:37:27,210 Hidangan utama ini teruk, bukan? 539 00:37:29,375 --> 00:37:31,825 Jangan pandang saya. Tanya kawan awak. 540 00:37:31,916 --> 00:37:33,206 Bendahari bijak. 541 00:37:33,875 --> 00:37:35,625 Apa kaitannya dengan awak? 542 00:37:36,125 --> 00:37:38,375 DATANG KE LOBI. DANIELS NAK JUMPA. 543 00:37:38,458 --> 00:37:41,788 Kenapa dengan makanan? Kamu ada wang yang cukup. 544 00:37:41,875 --> 00:37:43,375 Saya malu. 545 00:37:43,458 --> 00:37:46,248 Ada alumni yang disegani datang. 546 00:37:47,750 --> 00:37:49,670 Wendy, berapa bajet makanan? 547 00:37:50,208 --> 00:37:51,128 Muzik juga. 548 00:37:51,208 --> 00:37:54,078 KB mainkan muzik dari telefon dia! 549 00:37:54,166 --> 00:37:55,746 Kamu bayar dia? 550 00:37:55,833 --> 00:37:58,673 - Ada bajet untuk muzik? - Ada, puan. 551 00:37:59,708 --> 00:38:01,458 Tapi kemudian kami ada… 552 00:38:01,541 --> 00:38:02,751 Maaf, Pn. Daniels. 553 00:38:05,208 --> 00:38:07,128 Saya buat silap. Salah saya. 554 00:38:07,208 --> 00:38:08,918 Wendy tiada kaitan dengannya. 555 00:38:13,208 --> 00:38:14,578 - Berhenti. - Tak apa. 556 00:38:14,666 --> 00:38:17,166 Saya akan buat lebih lagi. Pasti? 557 00:38:17,916 --> 00:38:18,916 Apa-apa sajalah. 558 00:38:41,375 --> 00:38:44,165 Esok, kita akan mengaudit perbelanjaan. 559 00:38:44,250 --> 00:38:48,710 Bawa bendahari kamu dan penyata bank yang lengkap. 560 00:38:57,875 --> 00:39:01,665 Chris, awak takkan percaya orang yang baru sampai. 561 00:39:01,750 --> 00:39:02,710 Siapa? 562 00:39:12,458 --> 00:39:14,128 Kita akan ke KFC lepas ini? 563 00:39:20,166 --> 00:39:23,166 - Biar betul. - Tak, ini mengarut. Apa pula ini? 564 00:39:23,958 --> 00:39:24,788 Silakan. 565 00:39:25,750 --> 00:39:26,880 Ini pencuci mulut? 566 00:39:32,750 --> 00:39:35,040 Sila ke lantai tarian untuk muzik ini. 567 00:39:36,166 --> 00:39:38,826 DJ Maphorisa bersama anda! 568 00:39:41,458 --> 00:39:44,038 SUKA LAGU INI! MARI MENARI! DJ MAPHORISA DATANG? 569 00:40:05,625 --> 00:40:07,825 Awak bawa saya ke mana pada waktu begini? 570 00:40:19,291 --> 00:40:21,291 POLIS 571 00:40:56,791 --> 00:40:58,381 Storan dah penuh. 572 00:40:58,458 --> 00:41:01,288 Kad memori di dalam beg kamera di stor. 573 00:41:01,375 --> 00:41:03,785 Di sana? Okey. 574 00:41:06,333 --> 00:41:08,883 KB, awak dah selamatkan kita. 575 00:41:17,875 --> 00:41:20,625 Terkejut saya. Persembahan Maphorisa hebat. 576 00:41:20,708 --> 00:41:22,708 - Awak tahu? - Rasanya saya tahu. 577 00:41:22,791 --> 00:41:23,831 Matla yang bayar. 578 00:41:23,916 --> 00:41:24,956 Apa? 579 00:41:25,041 --> 00:41:27,081 Saya harus bayar Maphorisa. 580 00:41:27,166 --> 00:41:28,746 Saya ada kad kredit Matla. 581 00:41:28,833 --> 00:41:32,133 Dengan situasi sekarang, itu saja dia dapat bantu. 582 00:41:32,875 --> 00:41:38,035 Okey, apa awak buat di sini? Awak tak nak tengok persembahan? 583 00:41:38,875 --> 00:41:43,165 Ya, saya cari peluang untuk berbual dengan awak. 584 00:41:46,000 --> 00:41:47,960 Saya sudah fikir masak-masak. 585 00:41:48,541 --> 00:41:51,881 Saya rasa kita patut jumpa polis. Tentang mak saya. 586 00:41:54,083 --> 00:41:55,083 Okey. 587 00:41:55,166 --> 00:41:56,626 Awak pasti? 588 00:42:01,958 --> 00:42:03,498 Saya bangga dengan awak. 589 00:42:05,416 --> 00:42:07,956 Saya tahu betapa sukarnya ini untuk awak. 590 00:42:09,416 --> 00:42:12,496 Kita bincang nanti, ya? 591 00:42:15,625 --> 00:42:18,915 Mungkin saya tak jujur sepenuhnya. 592 00:42:19,958 --> 00:42:21,038 KB, tolong jangan. 593 00:42:21,125 --> 00:42:24,575 - Saya benci cara hubungan kita berakhir. - Saya juga. 594 00:42:26,291 --> 00:42:27,671 Tapi itu takdir. 595 00:42:48,750 --> 00:42:51,040 - Terima kasih banyak. - Sama-sama. 596 00:42:51,750 --> 00:42:54,210 Tolong ucap terima kasih kepada KB. 597 00:42:54,708 --> 00:42:56,458 - Okey. - Bagus. 598 00:42:56,541 --> 00:42:57,501 Sudah tentu. 599 00:43:02,791 --> 00:43:05,291 Malam yang hebat. Kita berjaya. 600 00:43:05,375 --> 00:43:07,285 Saya rasa nak peluk kamu semua. 601 00:43:07,375 --> 00:43:10,665 Okey, itu isyarat saya. 602 00:43:10,750 --> 00:43:12,580 Jumpa kamu di lantai tarian. 603 00:43:13,375 --> 00:43:14,825 Idea yang bagus, Tahira. 604 00:43:16,375 --> 00:43:18,285 Okey, hebat. 605 00:43:25,583 --> 00:43:27,583 Hei, awak okey? 606 00:43:28,416 --> 00:43:30,326 Ya. Saya okey. 607 00:43:31,666 --> 00:43:33,536 Saya cuma nikmati saat ini. 608 00:43:34,958 --> 00:43:39,208 Itu dan cuba fikir alasan yang kita akan beritahu Daniels esok. 609 00:43:40,208 --> 00:43:43,958 Jangan risau. Nanti kita fikir. Boleh kita meraikan saat ini? 610 00:43:44,041 --> 00:43:47,331 Kita dah buat dengan baik. Relaks, minum bir awak. 611 00:43:48,166 --> 00:43:49,456 Bagus. 612 00:44:01,708 --> 00:44:02,788 Van Rensburg. 613 00:44:02,875 --> 00:44:04,245 Pengetua Daniels. 614 00:44:06,833 --> 00:44:09,213 Tentang hal yang puan suruh saya siasat… 615 00:44:11,708 --> 00:44:14,208 Kamu dah jumpa pengedar dadah di sekolah? 616 00:44:14,291 --> 00:44:15,291 Ya. 617 00:44:21,666 --> 00:44:22,666 Saya. 618 00:44:28,500 --> 00:44:29,710 Hei. 619 00:44:29,791 --> 00:44:30,831 Hei. 620 00:44:32,875 --> 00:44:33,705 Okey. 621 00:44:38,083 --> 00:44:39,543 Okey, peluklah. 622 00:44:41,000 --> 00:44:44,330 Maaf. Saya masih cuba memahami semua ini. 623 00:44:44,416 --> 00:44:46,746 Mari ucap selamat. 624 00:44:49,916 --> 00:44:55,036 Jadi, awak dan KB dah selesaikan perselisihan faham kamu berdua. 625 00:44:55,125 --> 00:44:57,825 - Apa maksud awak? - Ingat saya tak tahu? 626 00:44:57,916 --> 00:45:00,916 Saya nampak kamu berciuman di bilik stor. 627 00:45:01,416 --> 00:45:03,126 Tutup pintu lain kali. 628 00:45:04,000 --> 00:45:07,170 Alamak. Boleh kita rahsiakannya? 629 00:45:08,458 --> 00:45:09,378 Okey. 630 00:45:10,416 --> 00:45:11,626 Semuanya okey? 631 00:45:12,625 --> 00:45:15,245 Tak. Hidup saya teruk. 632 00:45:15,333 --> 00:45:16,463 Serius? 633 00:45:17,875 --> 00:45:19,915 Maaf. Bagaimana keadaan Sam? 634 00:45:20,750 --> 00:45:24,330 Seperti seumur hidup saya, sebuah misteri. 635 00:45:27,083 --> 00:45:29,083 Sejujurnya, saya agak risau. 636 00:45:30,416 --> 00:45:33,206 Dia tak dapat dicari. 637 00:45:34,041 --> 00:45:37,921 Macam hilang. Dah beberapa hari tak dengar daripada dia. 638 00:45:39,208 --> 00:45:43,078 Saya dengar awak pandai cari orang. Mungkin awak dapat cari dia. 639 00:45:44,583 --> 00:45:49,293 Sudah tentu. Saya akan cari. Tapi saya perlu cari ayah awak dulu. 640 00:45:49,375 --> 00:45:50,915 Apa ini? 641 00:45:51,000 --> 00:45:52,420 Saya tak tahu. 642 00:45:54,250 --> 00:45:55,290 Hei. 643 00:45:57,583 --> 00:45:59,923 Ke mana awak pergi? Saya risau tadi. 644 00:46:01,541 --> 00:46:03,251 Boleh saya curi dia sekejap? 645 00:46:03,833 --> 00:46:04,833 Sudah tentu. 646 00:46:06,000 --> 00:46:06,880 Mari. 647 00:46:46,500 --> 00:46:48,460 Fikile! 648 00:46:52,958 --> 00:46:53,788 Fikile. 649 00:46:54,333 --> 00:46:55,963 Kita perlu pergi sekarang. 650 00:46:56,541 --> 00:46:59,581 Ada orang culik ibu kamu. Kita perlu pergi. 651 00:47:00,125 --> 00:47:01,745 - Apa? - Apa yang berlaku? 652 00:47:01,833 --> 00:47:03,673 Entah. Saya akan hantar mesej. 653 00:47:04,291 --> 00:47:05,381 Apa yang berlaku? 654 00:47:15,041 --> 00:47:16,041 Helo? 655 00:47:17,833 --> 00:47:19,503 Jangan salah faham. 656 00:47:20,666 --> 00:47:21,576 Ya, apa-apalah. 657 00:47:21,666 --> 00:47:23,916 Fiks baru diheret oleh polis. 658 00:47:24,000 --> 00:47:26,790 Apa? Alamak, mari pergi. 659 00:47:44,583 --> 00:47:46,173 Apa yang baru berlaku? 660 00:47:51,958 --> 00:47:54,418 Ke mana awak bawa saya? 661 00:48:11,333 --> 00:48:12,333 Lisbeth. 662 00:48:29,750 --> 00:48:31,080 Apa awak buat di sini? 663 00:48:31,166 --> 00:48:34,706 Saya nak selesaikan kesilapan awak, Nwabisa, seperti biasa. 664 00:48:38,750 --> 00:48:43,960 Sekarang, beritahu saya tentang gadis bernama Puleng. 665 00:49:42,250 --> 00:49:45,250 Terjemahan sari kata oleh Firdaus