1 00:00:06,000 --> 00:00:08,880 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:37,840 --> 00:00:39,400 Apa yang kamu tangkap itu? 3 00:00:40,280 --> 00:00:41,440 Tiada apa-apa lagi. 4 00:00:43,440 --> 00:00:45,240 Laju sungguh. 5 00:00:45,320 --> 00:00:46,760 Nak ibu tunjuk caranya? 6 00:00:47,840 --> 00:00:48,680 Ya? 7 00:00:59,360 --> 00:01:00,520 Makanan dah siap! 8 00:01:08,480 --> 00:01:10,760 - Hai. - Mari ambil. 9 00:01:11,280 --> 00:01:12,120 Saya datang! 10 00:01:13,360 --> 00:01:16,040 - Nak apa, Adam? - Boleh beri sosej dan bakon? 11 00:02:49,040 --> 00:02:50,000 Nah. 12 00:02:53,680 --> 00:02:54,520 Ayuh. 13 00:02:55,000 --> 00:02:55,960 Ambillah. 14 00:03:15,320 --> 00:03:16,720 Tunjukkan bawah lidah. 15 00:03:26,280 --> 00:03:28,160 Saya telefon pada pukul 11:30. 16 00:03:51,000 --> 00:03:52,160 Rob, awak gila? 17 00:03:53,040 --> 00:03:55,320 Jika ditangkap, sebulan lagi kita di sini. 18 00:03:56,320 --> 00:03:57,320 Siapa peduli? 19 00:03:57,400 --> 00:03:59,320 Sebulan saja. Kita boleh buat. 20 00:04:00,400 --> 00:04:03,280 Ertinya 30 hari lagi saya tak dapat cium David. 21 00:04:05,040 --> 00:04:06,000 Tolonglah. 22 00:04:09,880 --> 00:04:11,560 Saya tak kenal awak di luar. 23 00:04:12,280 --> 00:04:13,520 Apa maksudnya? 24 00:04:14,240 --> 00:04:15,280 Saya ialah saya. 25 00:04:15,360 --> 00:04:17,400 Hidup kita di luar amat berbeza. 26 00:04:17,480 --> 00:04:18,840 Jadi? 27 00:04:18,920 --> 00:04:20,680 Jadi, semuanya akan berubah. 28 00:04:21,480 --> 00:04:22,800 Bagi awak, itu bagus. 29 00:04:23,480 --> 00:04:25,160 Bagi saya, tak begitu bagus. 30 00:04:25,880 --> 00:04:27,520 Saya tahu awak tak nak balik. 31 00:04:29,000 --> 00:04:30,640 Tapi ia pasti lebih baik. 32 00:04:30,720 --> 00:04:31,800 Awak dah baik. 33 00:04:31,880 --> 00:04:33,320 Di sini dengan awak, 34 00:04:33,960 --> 00:04:34,920 saya lebih baik. 35 00:04:36,120 --> 00:04:37,280 Kita setaraf. 36 00:04:38,720 --> 00:04:41,120 Makanan sama, pakaian sama… 37 00:04:42,560 --> 00:04:44,200 peraturan sama, semua sama. 38 00:04:45,040 --> 00:04:47,560 Di luar sana, saya cuma penagih dengan… 39 00:04:48,760 --> 00:04:50,040 keluarga yang teruk. 40 00:04:51,240 --> 00:04:52,760 Tiada kawan, tiada bakat. 41 00:04:56,040 --> 00:04:58,120 Saya tak mahu kembali ke hidup itu. 42 00:05:05,480 --> 00:05:09,080 Kadangkala saya rasa saya paling gembira di sini bersama awak. 43 00:05:13,040 --> 00:05:15,800 Sejujurnya, saya mahu kita tertangkap 44 00:05:16,440 --> 00:05:17,640 agar awak tak pergi. 45 00:05:17,720 --> 00:05:18,800 Janganlah. 46 00:05:25,600 --> 00:05:27,320 Awak perlu janji dengan saya. 47 00:05:27,880 --> 00:05:28,800 Okey. 48 00:05:29,840 --> 00:05:31,920 Janji awak akan datang melawat. 49 00:05:32,000 --> 00:05:33,800 - Jangan mengarut. - Sungguh. 50 00:05:34,760 --> 00:05:37,240 Awak mahu pujuk saya atau diri sendiri? 51 00:05:42,400 --> 00:05:45,160 Baiklah, maaf atas kelakuan saya. Maafkan saya. 52 00:05:47,520 --> 00:05:48,360 Saya janji. 53 00:06:01,040 --> 00:06:01,960 Boleh saya bantu? 54 00:06:02,800 --> 00:06:06,440 Dr. Ferguson ada? Saya Anthony, saya… 55 00:06:07,320 --> 00:06:09,760 Cakap Anthony datang. Saya pesakitnya. 56 00:06:13,720 --> 00:06:15,160 Kenapa dengan muka awak? 57 00:06:17,760 --> 00:06:19,320 Awak tak patut datang. 58 00:06:23,600 --> 00:06:24,520 Awak isterinya? 59 00:06:25,520 --> 00:06:27,520 Ini bukan waktu yang sesuai. 60 00:06:28,120 --> 00:06:29,880 - Tolong pergi. - Dia ada? 61 00:06:32,720 --> 00:06:33,880 Kita tak boleh bercakap. 62 00:06:33,960 --> 00:06:34,960 Awak tak apa-apa? 63 00:06:37,120 --> 00:06:38,000 Dia yang buat? 64 00:06:39,960 --> 00:06:41,280 Awak perlukan bantuan? 65 00:06:43,760 --> 00:06:44,760 Saya boleh bantu. 66 00:06:45,560 --> 00:06:46,480 Terima kasih. 67 00:06:47,400 --> 00:06:48,240 Awak baik. 68 00:07:03,920 --> 00:07:05,600 Kenapa dengan mata awak? 69 00:07:07,080 --> 00:07:09,120 Saya terlanggar almari. 70 00:07:10,680 --> 00:07:11,600 Almari? 71 00:07:11,680 --> 00:07:15,520 Jangan. Saya tahu. Rupanya saja yang teruk, saya janji. 72 00:07:16,080 --> 00:07:16,920 Baguslah, 73 00:07:17,000 --> 00:07:19,360 nampak macam dipukul dengan kayu kriket. 74 00:07:21,360 --> 00:07:22,200 Saya fikir… 75 00:07:23,320 --> 00:07:25,240 kita tak perlu ke gim hari ini. 76 00:07:26,120 --> 00:07:27,160 Apa yang berlaku? 77 00:07:28,440 --> 00:07:30,160 - Ada kecederaan lain? - Tak. 78 00:07:30,960 --> 00:07:32,960 Ia sangat bodoh sebenarnya. 79 00:07:33,960 --> 00:07:35,160 Tak perlulah risau. 80 00:07:36,760 --> 00:07:37,840 Boleh kita… 81 00:07:39,120 --> 00:07:40,680 pergi ke taman? 82 00:07:40,760 --> 00:07:42,520 Kita boleh berlari di luar. 83 00:07:43,920 --> 00:07:44,880 Baiklah. 84 00:07:49,000 --> 00:07:50,240 Dua puluh lima naik. 85 00:07:51,400 --> 00:07:52,680 Dua puluh lima turun. 86 00:07:53,640 --> 00:07:55,160 Kemudian lima puluh naik. 87 00:08:25,760 --> 00:08:26,920 Tak mahu buat lagi. 88 00:08:29,720 --> 00:08:32,560 Saya tak tahu betapa enaknya tidur lena. 89 00:08:34,480 --> 00:08:36,320 Saya tahu awak boleh buat. 90 00:08:36,400 --> 00:08:38,720 Saya tahu awak boleh kawal mimpi awak. 91 00:08:39,480 --> 00:08:40,680 Bagaimana awak tahu? 92 00:08:41,640 --> 00:08:43,160 Awak bersinar, Louise. 93 00:08:44,560 --> 00:08:45,720 Sama seperti Rob. 94 00:08:47,080 --> 00:08:48,400 Saya boleh baca orang. 95 00:08:49,840 --> 00:08:50,720 Jadi… 96 00:08:51,640 --> 00:08:52,680 Mana awak pergi? 97 00:08:52,760 --> 00:08:54,480 Pintu awak bawa awak ke mana? 98 00:08:55,080 --> 00:08:56,480 Saya ke rumah ibu saya, 99 00:08:56,560 --> 00:09:01,640 ke bilik lama saya dan masuk ke katil saya untuk tidur. 100 00:09:02,200 --> 00:09:04,000 Awak boleh pergi ke mana-mana. 101 00:09:04,680 --> 00:09:06,040 Mana-mana dalam dunia. 102 00:09:06,800 --> 00:09:07,960 Dengan sesiapa. 103 00:09:10,080 --> 00:09:12,200 Saya cuma mahu tidur saja. 104 00:09:15,560 --> 00:09:17,520 Saya rasa pelik membaca tentang 105 00:09:17,600 --> 00:09:19,760 masa silam awak daripada orang lain. 106 00:09:20,960 --> 00:09:22,160 Awak tak kisah? 107 00:09:24,480 --> 00:09:25,680 Itu cerita lama. 108 00:09:27,440 --> 00:09:31,120 Saya tahu membacanya lebih baik berbanding saya menjelaskannya. 109 00:09:32,880 --> 00:09:33,720 Teruskan. 110 00:09:35,120 --> 00:09:35,960 Awak perlu. 111 00:09:43,160 --> 00:09:45,520 Awak mungkin mengubah hidup saya, Adele. 112 00:09:46,120 --> 00:09:47,560 Apa gunanya kawan? 113 00:09:48,520 --> 00:09:50,840 Mungkin nanti, awak pula bantu saya. 114 00:10:01,880 --> 00:10:02,800 Selamat pagi. 115 00:10:03,560 --> 00:10:05,560 Awak terlepas keseronokan tadi. 116 00:10:06,080 --> 00:10:07,440 Ibu bapa Hawkins datang 117 00:10:07,520 --> 00:10:11,440 dan kini mereka di pejabat Sharma bersama Dr. Ferguson. 118 00:10:12,160 --> 00:10:14,000 Ada masalah dengan Anthony? 119 00:10:14,560 --> 00:10:15,560 Mungkin. 120 00:10:15,640 --> 00:10:17,000 Terima kasih. 121 00:10:17,080 --> 00:10:20,640 Saya tak perlu cakap, tapi kami ambil serius tentang hal ini. 122 00:10:20,720 --> 00:10:24,080 Anthony suka Dr. Ferguson. Dia takkan reka cerita. 123 00:10:24,160 --> 00:10:28,480 Saya perlu tanya, kenapa Anthony pergi ke rumah Dr. Ferguson? 124 00:10:30,360 --> 00:10:33,240 Saya janji kami akan siasat perkara ini. 125 00:10:33,320 --> 00:10:37,360 Saya tahu anak saya ada masalah, tapi saya tak rasa dia tipu. 126 00:10:37,440 --> 00:10:39,400 Bukan tentang hal begini. 127 00:10:39,480 --> 00:10:40,720 Tak, dia takkan tipu. 128 00:10:41,520 --> 00:10:42,440 Saya akan telefon. 129 00:10:42,520 --> 00:10:44,240 Terima kasih banyak. 130 00:10:44,320 --> 00:10:46,040 Terima kasih kerana berjumpa. 131 00:10:46,840 --> 00:10:49,160 Boleh kami bantu apa-apa, Dr. Sharma? 132 00:10:49,760 --> 00:10:53,040 Buat saja tugas seperti biasa, Sue. Terima kasih. 133 00:11:07,120 --> 00:11:08,800 Mahu rujuk dia kepada siapa? 134 00:11:08,880 --> 00:11:12,040 Awak pun tahu, saya perlu menjalankan tugas 135 00:11:12,120 --> 00:11:14,400 untuk menyiasat tuduhan seperti ini. 136 00:11:14,480 --> 00:11:15,600 Siasat? 137 00:11:16,960 --> 00:11:21,240 Masalahnya di sini ialah seorang pesakit muncul di rumah saya. 138 00:11:21,960 --> 00:11:23,360 Apa-apa pun yang jadi 139 00:11:23,440 --> 00:11:25,080 dalam hidup saya tiada kaitan. 140 00:11:25,160 --> 00:11:29,360 Walaupun begitu, David, ini tuduhan yang serius. 141 00:11:30,680 --> 00:11:32,280 Apa yang awak perlu dengar? 142 00:11:33,280 --> 00:11:35,120 Saya tak pukul Adele. 143 00:11:37,920 --> 00:11:38,760 Telefon dia. 144 00:11:40,560 --> 00:11:43,320 Saya tak sorok apa-apa. Saya akan diam di sini. 145 00:11:48,160 --> 00:11:49,120 Helo, sayang. 146 00:11:49,680 --> 00:11:50,720 Helo, Adele. 147 00:11:50,800 --> 00:11:52,520 Ini Dr. Sharma. 148 00:11:53,080 --> 00:11:55,600 Oh, Dilip. Sungguh memalukan. 149 00:11:56,360 --> 00:11:58,760 Saya nampak nombor pejabat, saya fikir David. 150 00:12:08,800 --> 00:12:12,040 Kekok rasanya, Adele, tapi… 151 00:12:13,280 --> 00:12:15,720 Salah seorang pesakit David, 152 00:12:16,400 --> 00:12:18,720 seorang pemuda bernama Anthony Hawkins, 153 00:12:19,200 --> 00:12:22,600 dia cakap dia nampak David pukul awak. 154 00:12:23,840 --> 00:12:25,480 Jadi saya perlu tanya, 155 00:12:26,360 --> 00:12:28,040 suami awak ada pukul awak? 156 00:12:36,640 --> 00:12:37,600 Maafkan saya, 157 00:12:38,160 --> 00:12:42,280 saya tahu ia tak lucu tapi David takkan pukul saya. 158 00:12:43,000 --> 00:12:46,360 Memang muka saya lebam, tapi ia salah saya. 159 00:12:47,160 --> 00:12:48,920 Saya kemalangan di dapur. 160 00:12:49,720 --> 00:12:52,200 - Pasti David beritahu awak. - Ya. 161 00:12:52,680 --> 00:12:54,000 Awak sedang mendengar? 162 00:12:55,160 --> 00:12:56,120 Tidak. 163 00:12:56,200 --> 00:12:58,800 Tidak, saya sedang tunggu. Bil gas. 164 00:12:59,360 --> 00:13:00,560 Operator lambat. 165 00:13:04,040 --> 00:13:06,000 Saya rasa ini salah saya. 166 00:13:06,680 --> 00:13:07,680 Kenapa pula? 167 00:13:08,440 --> 00:13:10,000 Anthony datang ke rumah. 168 00:13:10,600 --> 00:13:12,640 Saya tak mahu beri dia masalah. 169 00:13:12,720 --> 00:13:14,120 Dia nampak terdesak. 170 00:13:14,840 --> 00:13:17,360 Dia pasti dimarahi apabila datang ke rumah. 171 00:13:17,920 --> 00:13:20,720 Tapi dia bukan masalah awak, Adele. 172 00:13:21,280 --> 00:13:23,720 Dia tak boleh datang sesuka hati. 173 00:13:23,800 --> 00:13:25,800 Tidak. Saya faham. 174 00:13:26,440 --> 00:13:30,280 Tapi tiada apa-apa yang perlu dirisaukan kecuali kecuaian saya. 175 00:13:30,360 --> 00:13:32,440 Terima kasih untuk masa awak. 176 00:13:32,520 --> 00:13:36,000 Sekali lagi, minta maaf kerana bertanya. 177 00:13:36,480 --> 00:13:37,440 Selamat tinggal. 178 00:13:55,120 --> 00:13:57,440 Jadi, apa pendapat awak? 179 00:13:58,600 --> 00:13:59,440 Cantik. 180 00:14:00,280 --> 00:14:03,200 Kenapa tak beritahu saya tentang Anthony Hawkins? 181 00:14:03,880 --> 00:14:05,840 Saya tak mahu budak itu dimarahi. 182 00:14:06,480 --> 00:14:07,640 Dia perlukan awak. 183 00:14:08,720 --> 00:14:10,520 Jadi kenapa dia cakap… 184 00:14:11,160 --> 00:14:12,480 dia nampak saya pukul? 185 00:14:13,160 --> 00:14:14,720 Awak beritahu saya, David. 186 00:14:15,760 --> 00:14:17,000 Awak pakar psikiatri. 187 00:14:19,040 --> 00:14:21,360 - Awak tak pernah jumpa dia? - Tak. 188 00:14:21,440 --> 00:14:23,040 Saya tak pernah jumpa dia. 189 00:14:24,440 --> 00:14:27,800 Tunjuk gubahan bunga yang awak suka sebelum saya menjerit. 190 00:14:37,960 --> 00:14:38,800 Itu. 191 00:14:43,760 --> 00:14:44,760 Awak nak ke mana? 192 00:15:18,280 --> 00:15:19,320 Hai. 193 00:15:19,400 --> 00:15:20,280 Hai. 194 00:15:49,040 --> 00:15:50,640 Teruk betul hari ini. 195 00:15:52,240 --> 00:15:53,760 Saya perlu jumpa awak. 196 00:15:58,720 --> 00:16:01,280 - Kita berjumpa setiap hari. - Bukan begini. 197 00:16:01,360 --> 00:16:03,560 Kita tak boleh jadi diri kita. 198 00:16:05,280 --> 00:16:07,000 "Kita" tak wujud, bukan? 199 00:16:08,240 --> 00:16:09,200 Awak okey? 200 00:16:10,720 --> 00:16:11,920 Awak pukul dia? 201 00:16:14,640 --> 00:16:15,640 Awak tahu? 202 00:16:15,720 --> 00:16:17,760 Tiada rahsia di pejabat itu. 203 00:16:18,680 --> 00:16:21,000 Baik kita harap ada rahsia di pejabat. 204 00:16:21,080 --> 00:16:21,920 Benarkah? 205 00:16:27,080 --> 00:16:29,520 Awak fikir saya boleh buat begitu? 206 00:16:29,600 --> 00:16:30,600 Saya tak tahu. 207 00:16:30,680 --> 00:16:33,000 Awak mengelak setiap kali saya tanya. 208 00:16:33,080 --> 00:16:36,240 - Apa patut saya fikir? - Tentulah saya tak pukul dia. 209 00:16:39,320 --> 00:16:42,920 Dia kata dia buka almari dapur dan mukanya terhantuk. 210 00:16:43,560 --> 00:16:46,360 Entah benar atau tidak, tapi saya tak pukul dia. 211 00:16:49,200 --> 00:16:52,520 Saya tak percaya dia dan awak tak percaya saya. Tak guna. 212 00:16:54,680 --> 00:16:56,200 Awak akan beritahu saya, 213 00:16:58,120 --> 00:16:59,600 jika saya tak tanya? 214 00:17:00,640 --> 00:17:01,560 Mungkin tidak. 215 00:17:02,800 --> 00:17:04,800 Nak tahu kenapa saya mengelak? 216 00:17:05,840 --> 00:17:08,920 Awak satu-satunya perkara baik dalam hidup saya 217 00:17:09,000 --> 00:17:12,040 dan saya mahu asingkan awak daripada semua itu. 218 00:17:12,640 --> 00:17:14,000 Apa maksudnya? 219 00:17:16,520 --> 00:17:17,520 Nak saya pergi? 220 00:17:18,240 --> 00:17:20,480 Saya nak awak selesaikan masalah awak 221 00:17:21,480 --> 00:17:23,200 kerana saya menyayangi awak. 222 00:17:24,640 --> 00:17:25,480 Ini… 223 00:17:26,480 --> 00:17:29,200 Hubungan kita tak membantu, bukan? 224 00:17:34,320 --> 00:17:36,040 Awak masih mencintai Adele? 225 00:17:40,680 --> 00:17:43,600 - Dia masih mencintai awak? - Dia mencintai saya. 226 00:17:44,160 --> 00:17:45,520 Walaupun tiada gunanya. 227 00:17:48,560 --> 00:17:50,800 Awak tahu betapa buruk bunyinya itu? 228 00:17:54,360 --> 00:17:55,960 Baliklah, David. 229 00:17:56,920 --> 00:17:58,800 Balik dan selesaikan masalah. 230 00:18:11,920 --> 00:18:14,120 Mungkin awak perlu kurang minum juga. 231 00:19:08,320 --> 00:19:11,080 Satu, dua, tiga, empat, lima… 232 00:19:11,840 --> 00:19:13,120 Makanan dah siap. 233 00:19:18,880 --> 00:19:20,000 Awak tak patut ada. 234 00:19:44,920 --> 00:19:45,760 Ya! 235 00:20:38,280 --> 00:20:41,200 Saya benar-benar mencintai Adele. 236 00:20:42,240 --> 00:20:43,680 Semuanya tentang dia. 237 00:20:45,480 --> 00:20:46,760 Saya tak mahu pergi. 238 00:20:48,360 --> 00:20:50,200 Saya akan terpisah dengannya. 239 00:20:52,080 --> 00:20:54,880 Dia fikir Dr. David akan jaga dia. 240 00:20:55,720 --> 00:20:56,600 Tidak. 241 00:20:57,200 --> 00:20:59,400 Dia tak faham orang macam saya faham. 242 00:21:00,000 --> 00:21:02,960 Adele dilindungi seumur hidupnya. 243 00:21:04,080 --> 00:21:05,600 Tapi saya tahu kebenaran. 244 00:21:06,800 --> 00:21:10,240 Seperti kejadian yang sebenarnya menimpa ibu bapa Adele. 245 00:21:11,240 --> 00:21:15,080 Benarkah David memandu pada tengah malam untuk selamatkan dia? 246 00:21:17,560 --> 00:21:19,680 Saya rasa itu bukannya kebetulan. 247 00:21:22,080 --> 00:21:25,320 Tapi jika Adele fikir saya akan lupakan dia, dia salah. 248 00:21:26,200 --> 00:21:27,480 Saya akan jaga dia 249 00:21:28,280 --> 00:21:30,400 kerana saya pasti David takkan jaga. 250 00:22:57,720 --> 00:22:58,880 Maafkan saya… 251 00:22:59,920 --> 00:23:03,000 tentang malam tadi, saya tak patut susahkan awak. 252 00:23:08,160 --> 00:23:09,880 Louise, tunggu. Tolonglah. 253 00:23:14,560 --> 00:23:16,280 Saya benar-benar ambil berat… 254 00:23:17,120 --> 00:23:17,960 tentang awak. 255 00:23:26,320 --> 00:23:27,400 Saya fikir… 256 00:23:31,760 --> 00:23:33,400 Saya selalu fikirkan awak. 257 00:23:34,240 --> 00:23:35,640 Saya tak boleh tahan. 258 00:23:36,160 --> 00:23:40,400 Saya seperti ada kehidupan lain dengan awak dalam fikiran saya 259 00:23:40,480 --> 00:23:43,040 dan saya tak tidur malam kerana memikirkan 260 00:23:43,120 --> 00:23:44,840 cara untuk bersama awak. 261 00:23:44,920 --> 00:23:46,240 Bersama dengan bebas. 262 00:23:49,560 --> 00:23:52,320 Saya tahu awak tak faham keadaan saya sekarang. 263 00:23:52,920 --> 00:23:57,280 Tapi ada sesuatu yang saya perlu uruskan sendiri. 264 00:23:57,880 --> 00:23:59,360 Saya tahu itu tak adil 265 00:23:59,440 --> 00:24:02,200 dan awak tak perlu beri saya peluang, tapi… 266 00:24:05,920 --> 00:24:07,640 Saya jatuh cinta dengan awak. 267 00:24:21,000 --> 00:24:22,000 David. 268 00:24:31,280 --> 00:24:32,240 Itu tak adil. 269 00:24:32,320 --> 00:24:35,200 - Betul. - Apa saya nak buat tentang itu? 270 00:24:36,120 --> 00:24:38,320 Saya tak boleh tentukan hidup awak. 271 00:24:38,400 --> 00:24:39,960 Saya akan selesaikannya. 272 00:24:40,040 --> 00:24:41,200 Betul. 273 00:25:05,880 --> 00:25:06,920 Hai, Emma. 274 00:25:07,920 --> 00:25:10,120 Hai, Puan Ferguson. Hai. 275 00:25:10,200 --> 00:25:13,640 Saya nak cepat, tapi saya mahu lanjutkan keahlian tetamu 276 00:25:13,720 --> 00:25:16,000 untuk kawan saya, Louise Barnsley. 277 00:25:16,080 --> 00:25:19,120 Boleh awak aturkan dan hubungi saya di rumah nanti? 278 00:25:19,560 --> 00:25:20,560 Sudah tentu. 279 00:25:20,640 --> 00:25:22,360 Telefon selepas pukul enam. 280 00:25:22,480 --> 00:25:24,600 Selepas pukul enam, tiada masalah. 281 00:25:58,360 --> 00:25:59,320 Helo, Anthony. 282 00:26:01,280 --> 00:26:03,920 Saya tak boleh jumpa Dr. Ferguson lagi, 283 00:26:04,520 --> 00:26:05,640 disebabkan dakwaan saya. 284 00:26:06,160 --> 00:26:08,400 Awak bertindak dengan berani, Anthony. 285 00:26:09,240 --> 00:26:10,480 Saya berterima kasih. 286 00:26:13,120 --> 00:26:14,920 Suami awak takkan suka. 287 00:26:15,480 --> 00:26:17,240 Saya tak peduli tentang dia. 288 00:26:18,120 --> 00:26:19,840 Awak pun tak patut peduli. 289 00:26:20,760 --> 00:26:22,080 Dia tinggalkan awak. 290 00:26:27,040 --> 00:26:28,200 Awak dah belikan? 291 00:26:30,800 --> 00:26:31,680 Ya. 292 00:26:43,800 --> 00:26:44,840 Saya tahu hal lain… 293 00:26:46,000 --> 00:26:46,880 tentang dia. 294 00:26:47,360 --> 00:26:48,200 Tapi… 295 00:26:48,880 --> 00:26:50,120 awak takkan suka. 296 00:26:53,560 --> 00:26:55,320 Apa kata awak beritahu saya? 297 00:27:38,000 --> 00:27:39,240 Wah. 298 00:27:52,680 --> 00:27:53,640 Dua puluh lapan. 299 00:28:00,160 --> 00:28:02,080 - Simpan bakinya. - Terima kasih. 300 00:28:03,600 --> 00:28:05,040 Saya tak percaya! 301 00:28:05,960 --> 00:28:07,720 Ia sangat besar! 302 00:28:12,320 --> 00:28:17,800 Itu mak cik saudara saya beberapa keturunan dahulu, Mak Cik Adele. 303 00:28:17,880 --> 00:28:19,440 Saya dinamakan sempenanya. 304 00:28:19,520 --> 00:28:20,760 Saya faham sebabnya. 305 00:28:20,840 --> 00:28:22,080 Rupanya seperti awak. 306 00:28:22,840 --> 00:28:24,840 Dia amat mencintai suaminya 307 00:28:24,920 --> 00:28:27,520 yang curang dengan beberapa pembantu rumah. 308 00:28:27,600 --> 00:28:30,280 Suaminya mati mengejut akibat serangan jantung 309 00:28:30,360 --> 00:28:32,760 tapi dia selalu meluangkan masa di mur 310 00:28:32,840 --> 00:28:34,160 dan menurut legenda, 311 00:28:34,240 --> 00:28:37,760 ahli sihir ajar dia jampi untuk hentikan jantung suaminya. 312 00:28:40,120 --> 00:28:40,960 Adele, 313 00:28:42,320 --> 00:28:45,520 bingkai itu lebih bernilai daripada apartmen Ailsa. 314 00:28:46,160 --> 00:28:49,160 Jika kita jual, saya boleh beli dadah seumur hidup. 315 00:28:49,240 --> 00:28:50,480 Ini pula… 316 00:28:51,320 --> 00:28:52,520 ialah bilik makan. 317 00:28:56,040 --> 00:28:58,560 Semasa kecil, saya suka berdiri di sini 318 00:28:58,640 --> 00:29:01,120 dan lihat pembantu rumah memotong rumput. 319 00:29:03,400 --> 00:29:05,320 Sayang, beritahu pembantu rumah. 320 00:29:05,400 --> 00:29:07,600 Ada cap jari di seluruh kristal ini. 321 00:29:07,680 --> 00:29:09,400 - Nak pecat dia? - Ya. 322 00:29:09,480 --> 00:29:12,680 Atur makan malam pada pukul tujuh. Ayam betina panggang. 323 00:29:27,080 --> 00:29:28,240 Ini bilik mereka. 324 00:29:30,760 --> 00:29:32,120 Mereka tak sedar pun. 325 00:29:38,400 --> 00:29:40,760 Ayuh. Mari pergi. 326 00:29:41,280 --> 00:29:42,440 Busuk baunya. 327 00:29:48,560 --> 00:29:50,240 Permaidani ini hebat. 328 00:29:51,720 --> 00:29:53,200 Ia daripada beruang. 329 00:29:54,120 --> 00:29:55,640 Awak khayal. 330 00:29:57,280 --> 00:29:58,920 Ada beruang di Scotland? 331 00:29:59,440 --> 00:30:00,520 Tidak lagi. 332 00:30:00,600 --> 00:30:02,200 Keluarga awaklah puncanya. 333 00:30:10,840 --> 00:30:12,120 Awak bawa benda lain? 334 00:30:14,240 --> 00:30:15,080 Ya. 335 00:30:17,560 --> 00:30:19,000 Awak cuba berhenti? 336 00:30:19,760 --> 00:30:20,880 Saya tak mahu. 337 00:30:24,680 --> 00:30:26,120 Tak boleh buat di rumah. 338 00:30:27,160 --> 00:30:28,960 Sorokkan sebelum David sampai. 339 00:30:29,040 --> 00:30:29,960 Tunggu… 340 00:30:30,720 --> 00:30:31,920 Dia akan datang? 341 00:30:33,080 --> 00:30:34,040 Sabtu ini. 342 00:30:34,720 --> 00:30:36,840 Setelah selesai kelas di universiti. 343 00:30:37,520 --> 00:30:39,000 Awak tak beritahu saya. 344 00:30:40,560 --> 00:30:42,680 Awak tak boleh bolot saya selamanya. 345 00:30:44,960 --> 00:30:45,840 Mungkin tidak. 346 00:30:48,720 --> 00:30:50,880 Tapi saya nak tanya soalan penting. 347 00:30:53,920 --> 00:30:54,840 Okey. 348 00:30:55,440 --> 00:30:57,720 Apa rasanya jadi sangat kaya… 349 00:30:58,320 --> 00:30:59,640 dan sangat cantik? 350 00:31:03,040 --> 00:31:04,080 Rasanya sunyi. 351 00:31:05,400 --> 00:31:06,520 Baiklah… 352 00:31:08,840 --> 00:31:09,920 mari kita tukar. 353 00:31:10,720 --> 00:31:14,000 Saya akan beri apa-apa saja untuk rumah ini tanpa kawan. 354 00:31:43,000 --> 00:31:43,840 Helo. 355 00:31:43,920 --> 00:31:45,840 Helo, ini Encik Ferguson? 356 00:31:45,920 --> 00:31:47,280 Ya, ini David Ferguson. 357 00:31:47,360 --> 00:31:49,720 Helo, ini Emma memanggil dari gim. 358 00:31:49,800 --> 00:31:52,920 Saya nak sahkan keahlian tetamu untuk Louise Barnsley. 359 00:31:58,720 --> 00:31:59,640 Maaf… 360 00:32:02,280 --> 00:32:04,840 Awak nak sahkan keahlian tetamu untuk siapa? 361 00:32:05,320 --> 00:32:08,400 Louise Barnsley. Atas permintaan Adele Ferguson. 362 00:32:15,920 --> 00:32:16,800 Helo? 363 00:32:17,840 --> 00:32:18,800 En. Ferguson? 364 00:32:36,000 --> 00:32:37,000 Siapa itu? 365 00:32:39,240 --> 00:32:40,400 Mana telefon awak? 366 00:32:43,040 --> 00:32:44,040 Telefon awak. 367 00:33:56,240 --> 00:33:57,080 Siapa itu? 368 00:33:58,800 --> 00:33:59,680 Saya. 369 00:34:00,280 --> 00:34:01,120 Buka pintu. 370 00:34:03,480 --> 00:34:04,360 Hei. 371 00:34:07,960 --> 00:34:08,920 Apa… 372 00:34:10,920 --> 00:34:11,920 Apa masalahnya? 373 00:34:14,240 --> 00:34:15,160 Hei. 374 00:34:17,040 --> 00:34:18,360 Awak dan Adele. 375 00:34:22,040 --> 00:34:23,400 Sepanjang masa ini. 376 00:34:24,000 --> 00:34:25,560 Awak tak cakap apa-apa. 377 00:34:28,400 --> 00:34:29,720 Saya tak tahu caranya. 378 00:34:30,440 --> 00:34:34,800 Bukan sengaja, saya terserempak dengannya di luar sekolah Adam. 379 00:34:34,880 --> 00:34:37,440 Dia ajak minum kopi. Saya tak boleh menolak! 380 00:34:38,320 --> 00:34:39,360 Kebetulan saja. 381 00:34:39,440 --> 00:34:42,480 Awak tak beritahu dia yang kita kerja bersama? 382 00:34:42,560 --> 00:34:44,400 Tak terfikir untuk beritahu? 383 00:34:44,480 --> 00:34:46,920 - Gilakah awak? - Saya tak gila! 384 00:34:47,000 --> 00:34:49,360 Betulkah? Bagi saya, awak memang gila! 385 00:34:49,440 --> 00:34:50,640 Berambus, David! 386 00:34:51,120 --> 00:34:54,080 Saya tak mahu jadi kawannya. Sungguh! 387 00:34:54,880 --> 00:34:57,480 Tapi dia kesunyian, saya mengasihaninya. 388 00:34:57,560 --> 00:35:00,520 Saya satu-satunya kawan dia. Satu saja. Kenapa? 389 00:35:01,520 --> 00:35:03,480 Kita berjumpa sekali saja di bar. 390 00:35:03,560 --> 00:35:05,720 Saya fikir tiada salahnya, tapi ia berubah. 391 00:35:05,800 --> 00:35:07,040 Kita menjadi rapat. 392 00:35:10,320 --> 00:35:11,840 Ia huru-hara. Saya tahu. 393 00:35:14,600 --> 00:35:16,640 Oh, Tuhan. 394 00:35:16,720 --> 00:35:18,520 Begitu banyak penipuan. 395 00:35:18,600 --> 00:35:20,840 Saya tak tipu! Saya cuma tak beritahu. 396 00:35:24,160 --> 00:35:25,800 Ingatkan saya boleh percaya awak. 397 00:35:25,880 --> 00:35:28,040 Tentang kecurangan awak? 398 00:35:28,640 --> 00:35:30,040 Tentang itu? 399 00:35:30,120 --> 00:35:32,360 Awak risau tentang apa, David? 400 00:35:32,440 --> 00:35:34,040 Risau saya akan bantu dia? 401 00:35:34,120 --> 00:35:37,640 Suruh dia maki awak apabila awak telefon untuk periksa dia? 402 00:35:38,600 --> 00:35:40,400 Apa yang dia ceritakan? 403 00:35:40,480 --> 00:35:44,480 Tiada apa-apa. Selain daripada dia mencintai awak, tapi saya nampak. 404 00:35:44,560 --> 00:35:48,280 Awak bermain dengan fikirannya. Dia sangat menakuti awak. 405 00:35:50,560 --> 00:35:52,480 Awak fikir saya seteruk itu? 406 00:35:52,560 --> 00:35:54,880 Saya rasa saya pun teruk sekarang. 407 00:35:56,280 --> 00:35:58,840 Saya jadi orang yang saya benci kerana awak. 408 00:35:59,760 --> 00:36:02,880 Awak nak saya rasa bersalah kerana berkawan dengannya? 409 00:36:02,960 --> 00:36:04,880 Saya rasa bersalah tentang awak. 410 00:36:05,320 --> 00:36:06,760 Jatuh cinta dengan awak. 411 00:36:07,440 --> 00:36:11,920 Saya buat terhadapnya seperti orang buat terhadap saya. Adele tak buat salah. 412 00:36:15,400 --> 00:36:20,840 Jangan sesekali fikir awak boleh faham perkahwinan saya. 413 00:36:21,560 --> 00:36:23,120 Awak takut apa, David? 414 00:36:23,200 --> 00:36:24,880 Takut saya tahu rahsia awak? 415 00:36:26,760 --> 00:36:29,000 Apa yang awak fikir awak tahu? 416 00:36:29,600 --> 00:36:30,960 Awak dapat duitnya. 417 00:36:38,720 --> 00:36:39,600 Awak dipecat. 418 00:36:42,160 --> 00:36:43,320 - Apa? - Esok… 419 00:36:45,000 --> 00:36:47,680 awak beri notis berhenti kepada Dr. Sharma. 420 00:36:47,760 --> 00:36:50,880 - Saya tak kisah tentang sebabnya… - David. 421 00:36:50,960 --> 00:36:53,840 Awak boleh reka cerita. Itu mudah untuk awak. 422 00:36:53,920 --> 00:36:56,240 Jika awak beritahu dia tentang kita, 423 00:36:56,320 --> 00:36:57,600 saya akan tunjuk ini. 424 00:36:59,400 --> 00:37:01,040 Jauhkan diri daripada saya. 425 00:37:02,040 --> 00:37:04,120 Jauhkan diri daripada Adele. 426 00:37:05,280 --> 00:37:06,960 Kami bukan urusan awak. 427 00:37:08,160 --> 00:37:09,440 Awak faham? 428 00:37:44,080 --> 00:37:46,520 Seperti saya cakap tadi, saya minta maaf… 429 00:37:47,520 --> 00:37:49,840 atas notis yang singkat ini, tapi… 430 00:37:50,760 --> 00:37:54,520 saya ada masalah keluarga yang perlu diuruskan segera. 431 00:37:56,160 --> 00:37:57,920 Maafkan saya, Louise. 432 00:37:59,080 --> 00:38:00,800 Apa boleh saya bantu? 433 00:38:02,320 --> 00:38:03,280 Tiada apa-apa. 434 00:38:04,000 --> 00:38:06,680 Jika awak ingin bercakap… 435 00:38:07,280 --> 00:38:08,640 atau apa-apa pun, 436 00:38:08,720 --> 00:38:10,840 janji awak akan telefon saya 437 00:38:11,360 --> 00:38:12,600 atau Dr. Ferguson. 438 00:38:12,680 --> 00:38:13,880 Betul tak, David? 439 00:38:13,960 --> 00:38:14,840 Sudah tentu. 440 00:38:14,920 --> 00:38:16,120 Apa-apa saja. 441 00:38:16,680 --> 00:38:17,720 Mari kita… 442 00:38:18,200 --> 00:38:20,680 anggap ini sebagai cuti panjang. 443 00:38:20,760 --> 00:38:21,600 Ya? 444 00:38:23,680 --> 00:38:24,560 Apa? 445 00:38:24,640 --> 00:38:27,680 Kami cari pekerja sementara untuk gantikan awak 446 00:38:27,760 --> 00:38:31,400 dan saya akan hubungi awak sebulan lagi untuk periksa. 447 00:38:32,480 --> 00:38:33,320 Boleh? 448 00:38:41,480 --> 00:38:43,560 Awak pekerja yang baik. 449 00:38:44,320 --> 00:38:46,760 Saya tak boleh lepaskan awak semudah itu. 450 00:38:47,520 --> 00:38:48,480 Okey? 451 00:38:49,240 --> 00:38:50,480 Maafkan saya. 452 00:38:58,560 --> 00:38:59,800 Sayang. 453 00:39:00,720 --> 00:39:03,760 Awak pasti tak boleh beritahu saya apa yang berlaku? 454 00:39:12,960 --> 00:39:14,320 Saya akan rindu awak. 455 00:39:16,600 --> 00:39:17,520 Sungguh. 456 00:39:24,800 --> 00:39:26,480 Semoga berjaya, Louise. 457 00:39:28,480 --> 00:39:30,160 Apa yang berlaku? 458 00:39:30,240 --> 00:39:31,360 Tak boleh beritahu? 459 00:39:34,320 --> 00:39:35,440 Louise. 460 00:40:14,080 --> 00:40:15,080 Helo? 461 00:40:31,080 --> 00:40:31,920 Adele? 462 00:40:34,880 --> 00:40:35,800 Adele! 463 00:40:36,840 --> 00:40:37,960 Adele! 464 00:40:49,040 --> 00:40:49,880 Adele! 465 00:40:52,360 --> 00:40:53,680 Adele! 466 00:40:55,520 --> 00:40:56,560 Celaka! 467 00:41:15,920 --> 00:41:17,120 Adele. 468 00:41:17,840 --> 00:41:19,400 Hei! 469 00:41:21,160 --> 00:41:22,120 Adele? 470 00:41:23,720 --> 00:41:24,840 Syukurlah. 471 00:41:24,920 --> 00:41:25,760 Adele? 472 00:41:26,440 --> 00:41:30,440 Adele? Sedarlah. Ayuh. 473 00:41:31,960 --> 00:41:34,600 Celaka. 474 00:41:44,480 --> 00:41:45,520 Louise! 475 00:41:46,440 --> 00:41:49,800 - Awak basah kuyup. - Ya. 476 00:41:50,640 --> 00:41:52,800 Awak tak jawab. Saya nampak awak dan fikir… 477 00:41:52,880 --> 00:41:54,080 Awak perlukan tuala. 478 00:41:55,280 --> 00:41:56,280 Jangan bergerak. 479 00:41:58,760 --> 00:42:00,880 Ya Tuhan. Saya ingat awak dah mati. 480 00:42:02,600 --> 00:42:03,760 Kenapa awak datang? 481 00:42:07,240 --> 00:42:08,720 Itu tak penting sekarang. 482 00:42:09,680 --> 00:42:12,560 Mari kita minum kopi dulu. 483 00:42:12,640 --> 00:42:13,480 Ya? 484 00:42:14,080 --> 00:42:14,920 Ya? 485 00:42:17,280 --> 00:42:19,120 Pegang saya. Ayuh. 486 00:42:19,640 --> 00:42:22,320 Saya tak percaya David pecat awak. 487 00:42:23,640 --> 00:42:24,640 Maafkan saya. 488 00:42:27,240 --> 00:42:30,640 Kenapa tak beritahu dia yang saya tak benarkan awak cakap? 489 00:42:32,080 --> 00:42:33,240 Saya dah berjanji. 490 00:42:34,000 --> 00:42:35,600 Awak simpan rahsia kita. 491 00:42:38,240 --> 00:42:39,480 Saya cakap dengannya. 492 00:42:40,080 --> 00:42:40,920 Saya jelaskan. 493 00:42:42,280 --> 00:42:44,480 Saya takkan kembali jika dia merayu pun. 494 00:42:48,000 --> 00:42:50,840 Saya tahu awak fikir David baik, tapi… 495 00:42:52,480 --> 00:42:53,800 awak perlu tahu. 496 00:42:56,720 --> 00:42:59,040 Ada sebab lain David pecat saya. 497 00:43:02,560 --> 00:43:04,400 Kami telah… 498 00:43:07,520 --> 00:43:08,720 Maaf, apa? 499 00:43:09,960 --> 00:43:11,400 Apa yang awak ambil? 500 00:43:20,200 --> 00:43:21,200 Di mana, Adele? 501 00:43:22,120 --> 00:43:22,960 Di sana? 502 00:43:28,360 --> 00:43:29,920 David beri kepada awak? 503 00:43:32,000 --> 00:43:32,920 Ya. 504 00:43:33,880 --> 00:43:35,560 Untuk keresahan saya. 505 00:43:35,640 --> 00:43:39,440 Ini ubat anti-psikotik dan sedatif yang kuat. 506 00:43:41,960 --> 00:43:44,200 Dah berapa lama dia suruh awak ambil? 507 00:43:45,560 --> 00:43:46,520 Lama juga. 508 00:43:47,920 --> 00:43:49,320 Saya tak selalu ambil. 509 00:43:50,880 --> 00:43:54,200 Kadangkala dia perhatikan dan saya tiada pilihan. 510 00:43:55,360 --> 00:43:56,480 Macam pagi tadi. 511 00:43:58,680 --> 00:44:00,320 Kami bukan begini dahulu. 512 00:44:02,840 --> 00:44:03,840 Bila ia bermula? 513 00:44:06,080 --> 00:44:07,320 Selepas Brighton. 514 00:44:09,160 --> 00:44:10,640 Apa berlaku di Brighton? 515 00:44:14,160 --> 00:44:15,600 Dia ada hubungan sulit. 516 00:44:21,760 --> 00:44:22,880 Marianne. 517 00:44:25,920 --> 00:44:29,320 Dia memiliki kafe kecil berhampiran pejabatnya. 518 00:44:30,680 --> 00:44:32,520 Dia namakannya Kafe Cozy. 519 00:44:34,400 --> 00:44:35,400 Selesa tempatnya. 520 00:44:36,640 --> 00:44:38,040 Mereka memang selesa. 521 00:44:39,400 --> 00:44:40,480 Bila ia terjadi? 522 00:44:40,920 --> 00:44:42,480 Sebelum berpindah ke sini. 523 00:44:43,400 --> 00:44:46,520 Rumah ini sepatutnya jadi permulaan baharu kami. 524 00:44:49,200 --> 00:44:50,240 Kononnya. 525 00:44:52,880 --> 00:44:54,320 Kenapa tak tinggalkan dia? 526 00:44:57,160 --> 00:44:58,400 Ia tak semudah itu. 527 00:45:02,240 --> 00:45:03,640 Walaupun saya mahu, 528 00:45:04,760 --> 00:45:07,200 disebabkan masalah dan masa silam saya… 529 00:45:08,520 --> 00:45:10,120 Dia ada fail tentang saya. 530 00:45:11,080 --> 00:45:14,120 Semua yang dia perlukan untuk buat saya nampak gila. 531 00:45:15,080 --> 00:45:16,840 Itu jaminan untuknya. 532 00:45:17,720 --> 00:45:19,640 Dia pakar psikiatri. 533 00:45:20,720 --> 00:45:22,960 Saya cuma isterinya yang gila. 534 00:45:23,040 --> 00:45:24,520 Saya tahu kebenarannya. 535 00:45:24,960 --> 00:45:26,960 Saya tak boleh libatkan awak lagi. 536 00:45:27,720 --> 00:45:28,720 Ia tak adil. 537 00:45:29,800 --> 00:45:31,680 Dia tak boleh tahu awak datang. 538 00:45:32,960 --> 00:45:34,400 Tak perlu jadi begini. 539 00:45:41,000 --> 00:45:42,520 Mungkin benar saya gila. 540 00:45:45,160 --> 00:45:47,520 Saya cuma nak David mencintai saya lagi. 541 00:45:48,800 --> 00:45:50,080 Seperti dahulu. 542 00:45:52,800 --> 00:45:53,640 Atau mungkin… 543 00:45:55,360 --> 00:45:56,880 awak perlu pertimbangkan… 544 00:45:58,160 --> 00:46:01,240 bahawa David bukan lelaki yang awak sangkakan. 545 00:46:09,080 --> 00:46:11,320 Saya menakuti tempat ini semasa kecil. 546 00:46:13,520 --> 00:46:15,560 Saya selalu tak dibenarkan ke sini 547 00:46:15,640 --> 00:46:19,080 hingga saya bermimpi ada raksasa cuba keluar dari bawahnya. 548 00:46:42,560 --> 00:46:44,000 Tak nampak pun dasarnya. 549 00:46:46,240 --> 00:46:48,040 Boleh rasa kesejukannya. 550 00:46:50,240 --> 00:46:51,200 Ia menyeramkan. 551 00:46:54,680 --> 00:46:55,880 Semasa di Westlands, 552 00:46:55,960 --> 00:46:59,520 saya bermimpi menangis kesedihan hingga air mata memenuhinya. 553 00:47:00,920 --> 00:47:02,200 Awak rasa lebih baik? 554 00:47:02,640 --> 00:47:03,800 Sedikit. 555 00:47:06,160 --> 00:47:09,720 Tapi apabila bangun, mimpinya hilang dan dunia masih nyata. 556 00:47:12,040 --> 00:47:13,760 Kalaulah saya boleh pulihkan. 557 00:47:15,680 --> 00:47:16,600 Awak pulihkan. 558 00:47:17,240 --> 00:47:18,200 Awak di sini. 559 00:47:19,440 --> 00:47:21,240 Saya amat gembira awak datang. 560 00:47:22,440 --> 00:47:23,680 Saya suka tempat ini. 561 00:47:25,600 --> 00:47:27,400 Saya nak duduk di sini selamanya. 562 00:47:31,880 --> 00:47:34,080 Mungkin saya boleh halau raksasa itu. 563 00:48:11,800 --> 00:48:12,760 Masuklah, David. 564 00:48:13,520 --> 00:48:14,480 Jangan mengarut. 565 00:48:20,560 --> 00:48:22,800 Awak pasti awak tak tahu siapa Louise? 566 00:48:23,400 --> 00:48:24,520 Semasa bertemu dia? 567 00:48:27,400 --> 00:48:28,600 Bagaimana nak tahu? 568 00:48:30,000 --> 00:48:31,760 Kita semua tinggal di sini. 569 00:48:32,240 --> 00:48:33,680 Ia cuma kebetulan. 570 00:48:34,200 --> 00:48:35,280 Satu lagi. 571 00:48:35,360 --> 00:48:37,320 - Apa? - Satu lagi kebetulan. 572 00:48:38,880 --> 00:48:41,120 Terlalu banyak kebetulan, Adele. 573 00:48:41,200 --> 00:48:42,400 Hidup memang begitu. 574 00:48:44,120 --> 00:48:47,240 Banyak perkara berlaku, awak lalui dan teruskan hidup. 575 00:48:50,000 --> 00:48:51,600 Awak perlu teruskan hidup. 576 00:48:52,480 --> 00:48:55,680 Jika awak risaukan perkara silam yang tak boleh diubah, 577 00:48:55,760 --> 00:48:57,080 awak boleh jadi gila. 578 00:48:57,720 --> 00:48:59,200 Ia tiada erti bagi awak. 579 00:48:59,280 --> 00:49:00,280 Itu tak benar. 580 00:49:04,320 --> 00:49:08,720 Bagi saya, saat itu menunjukkan betapa awak mencintai saya. 581 00:49:10,440 --> 00:49:12,160 Ia bukan kenangan yang buruk. 582 00:49:16,600 --> 00:49:17,920 Tiada siapa tahu. 583 00:49:20,000 --> 00:49:22,440 Tiada siapa akan tahu. 584 00:49:24,280 --> 00:49:25,880 Mungkin mereka patut tahu. 585 00:49:29,480 --> 00:49:32,040 - Lihatlah kita. - Awak yang tak lupakannya. 586 00:49:33,600 --> 00:49:35,600 Awak nak biar ia musnahkan kita. 587 00:49:37,880 --> 00:49:39,960 Ia takkan membantu, David. 588 00:49:42,200 --> 00:49:43,040 Percayalah. 589 00:49:54,920 --> 00:49:57,280 Saya akan buat teh pudina untuk kita. 590 00:49:57,360 --> 00:49:58,840 Ia akan bantu awak tidur. 591 00:50:02,560 --> 00:50:04,400 Saya akan baiki keadaan, David. 592 00:50:05,320 --> 00:50:06,320 Lihatlah nanti. 593 00:52:11,160 --> 00:52:13,080 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman