1 00:00:06,214 --> 00:00:08,675 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:17,934 --> 00:00:21,521 1.13 PAGI 3 00:00:37,203 --> 00:00:38,288 8.00 PAGI 4 00:00:38,371 --> 00:00:41,958 Terima kasih kerana sudi datang dari Washington DC 5 00:00:42,042 --> 00:00:43,126 untuk jumpa kami. 6 00:00:43,209 --> 00:00:48,089 Jika ada apa-apa yang kami boleh bantu sebelum kita mulakan, kopi atau… 7 00:00:48,173 --> 00:00:50,925 Jeneral Naird, pentadbiran baru bermakna bajet baru, 8 00:00:51,009 --> 00:00:53,803 dan bajet awak dipotong secara drastik. 9 00:00:54,679 --> 00:00:57,474 Tak nak kopi atau donat? 10 00:00:58,767 --> 00:01:00,185 Tak. Baiklah. 11 00:01:00,268 --> 00:01:02,854 Kami faham kami perlu kurangkan perbelanjaan. 12 00:01:02,937 --> 00:01:05,273 Berapa banyak yang dipotong? 13 00:01:05,356 --> 00:01:06,566 Hampir separuh. 14 00:01:06,649 --> 00:01:07,692 Mana boleh! 15 00:01:07,776 --> 00:01:10,945 - Ya Tuhan - Mana boleh berkira-kira dalam hal sains. 16 00:01:11,029 --> 00:01:13,907 Okey. Beginilah. Kami boleh ikat perut sikit. 17 00:01:13,990 --> 00:01:15,617 Ketika saya di kawasan musuh, 18 00:01:15,700 --> 00:01:19,662 bekalan makanan harian saya bertahan selama tiga minggu. 19 00:01:19,746 --> 00:01:23,416 Rahsianya, kita perlu telan banyak udara. 20 00:01:23,500 --> 00:01:25,627 Buat perut kita rasa ia dah kenyang. 21 00:01:25,710 --> 00:01:28,797 Ia tak elok dari segi fizikal. 22 00:01:28,880 --> 00:01:31,800 Ia menyebabkan usus kembung macam belon, dan itu… 23 00:01:31,883 --> 00:01:34,219 Saya nak senarai potongan pada tengah hari. 24 00:01:34,302 --> 00:01:35,428 Okey. Tengah hari. 25 00:01:35,512 --> 00:01:38,264 Jika tak boleh buat, orang lain akan buatkan. 26 00:01:38,348 --> 00:01:39,599 Tak boleh bersopan? 27 00:01:40,517 --> 00:01:41,351 Apa? 28 00:01:41,434 --> 00:01:42,477 Apa? 29 00:01:44,229 --> 00:01:45,939 Terima kasih, Cik… 30 00:01:47,607 --> 00:01:48,858 Aduh, teruknya. 31 00:01:48,942 --> 00:01:51,694 Harapnya misi Marikh saya tak dibatalkan. 32 00:01:51,778 --> 00:01:54,697 Saya dan Dr. Chan sendiri usahakan projek itu. 33 00:01:54,781 --> 00:01:56,407 Ia takkan… Ia okey. 34 00:01:56,491 --> 00:02:00,662 Apatah lagi ada angkasawan dalam perjalanan ke Marikh sekarang. 35 00:02:00,745 --> 00:02:01,996 Apa saya nak cakap? 36 00:02:02,080 --> 00:02:05,834 "Hei, Kapten Lancaster, tentang jisim tulang yang awak hilang 37 00:02:05,917 --> 00:02:09,129 kerana mengembara sendirian selama sembilan bulan itu." 38 00:02:09,212 --> 00:02:12,132 "Semuanya sia-sia. Nikmati osteoporosis awak. " 39 00:02:12,215 --> 00:02:13,842 Saya tahu, Adrian. 40 00:02:13,925 --> 00:02:17,011 Kita cuma perlu teliti tentang pemotongan. Itu saja. 41 00:02:17,512 --> 00:02:20,306 Wanita itu baru ambil kerusi preskripsi saya. 42 00:02:20,390 --> 00:02:24,519 Siapa peduli tentang kerusi pejabat awak, Brad? 43 00:02:24,602 --> 00:02:27,230 Ia direka khas untuk menyokong testis saya. 44 00:02:27,313 --> 00:02:31,067 Boleh guna kerusi pejabat biasa. Awak bukan telur Fabergé. 45 00:02:31,151 --> 00:02:33,862 Kita cuma perlu cari jalan untuk berjimat. 46 00:02:33,945 --> 00:02:35,947 Okey. Ini contoh yang bagus. 47 00:02:36,030 --> 00:02:39,576 Pencetak 3D untuk baiki rover di lokasi. Ini boleh dipotong. 48 00:02:39,659 --> 00:02:43,788 Baiklah, potong saja sebab kita bukan dalam bidang sains roket. 49 00:02:43,872 --> 00:02:47,625 Betul tak? Eh memang bidang kita. Eh silap, itu dulu. 50 00:02:47,709 --> 00:02:49,127 Mungkin ini membantu, 51 00:02:49,210 --> 00:02:51,921 mak cik saya kencing dalam gelap untuk jimat elektrik. 52 00:02:52,005 --> 00:02:53,047 Tak membantu. 53 00:02:54,632 --> 00:02:57,886 Awak beli saham? Awak tahu apa-apa tentang saham? 54 00:02:57,969 --> 00:02:59,012 Tak tahu langsung. 55 00:02:59,095 --> 00:03:02,473 Kekasih saya yang cerita. Saya untung hampir dua ribu sehari. 56 00:03:02,557 --> 00:03:04,392 Saya tak buat apa-apa pun. 57 00:03:04,475 --> 00:03:07,478 Ya? Macam tak percaya saja. 58 00:03:08,521 --> 00:03:12,775 Namun, kerja impian saya adalah dibayar untuk tak buat apa-apa. 59 00:03:12,859 --> 00:03:15,486 Kekasih saya kata beli sekarang sementara ia murah. 60 00:03:15,570 --> 00:03:17,113 Berapa saya perlu melabur? 61 00:03:17,197 --> 00:03:20,450 Awak nak jadi sekaya mana? Perlu duit untuk buat duit. 62 00:03:20,533 --> 00:03:22,452 Saya boleh guna dana kolej saya. 63 00:03:22,535 --> 00:03:23,953 Itu idea yang bernas. 64 00:03:25,455 --> 00:03:26,372 Ya? 65 00:03:29,792 --> 00:03:34,130 Okey. Saya rasa data menyokong pelbagai tafsiran. 66 00:03:34,214 --> 00:03:36,507 Lihat semula kuadran satu… 67 00:03:36,591 --> 00:03:39,969 Saham. Apa pendapat kamu? Ia bagus untuk kita, bukan? 68 00:03:40,053 --> 00:03:41,095 Apa? 69 00:03:42,055 --> 00:03:44,849 Alamak. Maaf. Saya mengganggu? 70 00:03:44,933 --> 00:03:45,892 Sebenarnya… 71 00:03:45,975 --> 00:03:47,060 Hal roket. 72 00:03:47,143 --> 00:03:50,104 Tak. Kami nak tahu jika Angela suka saya atau tak. 73 00:03:50,188 --> 00:03:52,523 Sebenarnya, saya tak suka hasil ini. 74 00:03:52,607 --> 00:03:55,360 Nisbah mesej kepada respons, lima kepada satu. 75 00:03:55,443 --> 00:03:57,528 Ya, mungkin emoji yang awak guna. 76 00:03:57,612 --> 00:04:01,574 Saya tak guna emoji. Saya guna emotikon. Ini comel, bukan? 77 00:04:02,158 --> 00:04:04,661 Orang dah tak guna emotikon. 78 00:04:04,744 --> 00:04:05,828 Ya? 79 00:04:07,163 --> 00:04:08,414 Kenapa tak beritahu? 80 00:04:08,498 --> 00:04:12,293 Orang di sini bijak, tapi tiada yang cakap emotikon dah lapuk? 81 00:04:12,377 --> 00:04:13,795 Saya macam orang bodoh! 82 00:04:14,629 --> 00:04:18,049 - Kejap. Awak dan Angela bercinta? - Itu yang kami cuba fikirkan. 83 00:04:18,132 --> 00:04:21,552 Biar saya ceritakan garis masa sekali lagi. Okey? 84 00:04:22,095 --> 00:04:24,514 Angela balik dari bulan, 85 00:04:24,597 --> 00:04:27,934 kami cium dan bermalam bersama di bilik hotel. 86 00:04:28,017 --> 00:04:31,646 Kami bercumbuan, semua berjalan lancar, tapi tiba-tiba terhenti. 87 00:04:31,729 --> 00:04:34,816 Entah kenapa, dia dah tak hubungi saya. 88 00:04:36,192 --> 00:04:37,026 Hotel mana? 89 00:04:39,862 --> 00:04:41,281 Courtyard by Marriott. 90 00:04:41,364 --> 00:04:45,868 Saya ahli Ganjaran Bonvoy. Apa? Dia fikir saya kedekut? 91 00:04:47,161 --> 00:04:49,622 Naik taraf bilik guna poin! Nampak taman. 92 00:04:49,706 --> 00:04:51,874 Ia bilik suite eksekutif junior. 93 00:04:51,958 --> 00:04:53,793 Tak dapat bilik suite eksekutif. 94 00:04:53,876 --> 00:04:56,045 Ia mahal sangat. Saya tak mampu. 95 00:04:56,129 --> 00:04:57,839 Kami pesan sarapan kontinental… 96 00:04:57,922 --> 00:05:00,925 Hei, awak berputar macam OJ287. 97 00:05:02,093 --> 00:05:05,138 Aduhai. Ia kuasar. Objek berputar terpantas di alam semesta. 98 00:05:05,221 --> 00:05:06,347 Hebatnya. 99 00:05:06,431 --> 00:05:07,598 Ya. Oh. 100 00:05:10,476 --> 00:05:12,603 - Ya. - Oh. 101 00:05:15,148 --> 00:05:16,274 Awak terlebih fikir. 102 00:05:17,775 --> 00:05:19,861 Fokus. Tolong fokus. 103 00:05:19,944 --> 00:05:21,070 Pandang sini. 104 00:05:21,154 --> 00:05:24,324 Jadual sidang media di tangan saya sekarang, okey? 105 00:05:24,407 --> 00:05:27,452 Kamu dah tahu Angkatan Angkasa kini dalam perhatian. 106 00:05:27,535 --> 00:05:30,038 Pihak media benci, tapi suka kita. 107 00:05:30,121 --> 00:05:32,040 "Apa maknanya?" Biar saya jelaskan. 108 00:05:32,123 --> 00:05:34,751 Mereka suka benci kita, dan mereka benci suka kita. 109 00:05:34,834 --> 00:05:36,961 Jadi, kita semua perlu sepakat 110 00:05:37,045 --> 00:05:40,089 apabila jawab soalan tentang kejadian di bulan. 111 00:05:40,173 --> 00:05:43,968 Macam, "Hei, kamu hampir mulakan perang bulan dengan China?" 112 00:05:44,052 --> 00:05:47,096 Tepat sekali. Namun, betulkah kita buat begitu? 113 00:05:47,180 --> 00:05:48,348 - Ya. - Ya. 114 00:05:48,431 --> 00:05:53,561 Atau ada "gangguan komunikasi sementara, 115 00:05:53,644 --> 00:05:55,980 tapi dengan diplomasi dan kerjasama, 116 00:05:56,064 --> 00:05:59,317 kedua-dua negara bekerjasama untuk pulang ke Bumi"? 117 00:06:00,485 --> 00:06:03,696 Itu yang dinamakan memutarkan cerita dalam bidang ini. 118 00:06:04,614 --> 00:06:07,492 Kita akan beritahu apa terjadi pada burung saya? 119 00:06:07,575 --> 00:06:10,745 Tidak sama sekali. Burung itu burung dari bulan. 120 00:06:10,828 --> 00:06:13,331 Eddie tak bunuh atau makan benda hidup. 121 00:06:13,414 --> 00:06:15,291 Saya tak kesal dan akan buat lagi. 122 00:06:15,375 --> 00:06:17,126 Burung ke mana lepas sidang media? 123 00:06:17,210 --> 00:06:20,546 Jangan makan burung itu sebab ia haiwan kesayangan Pella. 124 00:06:20,630 --> 00:06:22,799 Saya tiada kaitan dengan burung ini. 125 00:06:22,882 --> 00:06:25,051 Hubungan kami satu penipuan. 126 00:06:25,134 --> 00:06:27,845 Ada 30 minit untuk jadikannya benar. Cukup? 127 00:06:28,930 --> 00:06:29,764 Tak. 128 00:06:30,348 --> 00:06:32,975 Okey. Ingat mantera kita, semua. 129 00:06:33,059 --> 00:06:34,936 Apa-apa yang berlaku di bulan… 130 00:06:36,646 --> 00:06:37,814 kekal di bulan! 131 00:06:37,897 --> 00:06:41,025 Wah! Ap-apa yang berlaku di bulan… 132 00:06:41,109 --> 00:06:42,026 …kekal di bulan. 133 00:06:42,110 --> 00:06:45,071 Bagus. Kita akan jawab beberapa soalan latihan. 134 00:06:45,154 --> 00:06:46,239 Saya pihak media. 135 00:06:46,322 --> 00:06:47,532 - Dah sedia? - Ya. 136 00:06:47,615 --> 00:06:48,866 Seorang saja. Dah sedia? 137 00:06:48,950 --> 00:06:50,576 - Ya. - Saya bersedia. 138 00:06:50,660 --> 00:06:51,994 Awak, di belakang. 139 00:06:52,078 --> 00:06:55,081 Siapa, saya? Terima kasih, pilih saya. 140 00:06:55,164 --> 00:06:57,542 Ron Stimply, National Geographic. 141 00:06:57,625 --> 00:07:00,002 Soalan ringkas untuk semua pegawai. 142 00:07:00,086 --> 00:07:02,046 Tahu fakta menarik tentang bulan? 143 00:07:02,130 --> 00:07:04,924 Ya. Helo. Saya tahu, Ron Stimply. 144 00:07:05,007 --> 00:07:06,509 Ya, Saya Ron Stimply. 145 00:07:06,592 --> 00:07:09,262 Permukaan bulan yang menghadap Bumi sentiasa sama. 146 00:07:09,345 --> 00:07:12,807 Wah! Seronoknya. Saya suka awak ambil hal ini serius. 147 00:07:12,890 --> 00:07:17,145 Sekarang saya akan tanya soalan sama kepada orang lain. Awak. 148 00:07:18,187 --> 00:07:20,273 Ia rata, Ron. 149 00:07:20,356 --> 00:07:22,900 Taklah. Ia bulat. 150 00:07:22,984 --> 00:07:24,861 Piza pun begitu. 151 00:07:25,445 --> 00:07:27,363 Ia juga rata. 152 00:07:27,947 --> 00:07:29,449 Percayalah. Saya dah makan. 153 00:07:29,532 --> 00:07:32,326 Bagus, ada orang sebut apa kami semua fikirkan. 154 00:07:32,410 --> 00:07:33,369 - Ya. - Ya. 155 00:07:33,453 --> 00:07:35,163 Okey, tukar rancangan. 156 00:07:35,246 --> 00:07:38,708 Hanya Angela dan burung akan jumpa media. 157 00:07:38,791 --> 00:07:40,084 - Sekejap. - Tak! 158 00:07:40,168 --> 00:07:42,336 Tak. Saya tak boleh buat sendirian. 159 00:07:42,420 --> 00:07:44,422 Saya dan Jeneral Naird percaya, 160 00:07:44,505 --> 00:07:47,258 Angela Ali adalah masa depan Angkatan Angkasa. 161 00:07:47,341 --> 00:07:51,929 Dia ialah wirawati seterusnya dalam sejarah Amerika. 162 00:07:52,013 --> 00:07:53,389 Idea ini teruk. 163 00:07:53,473 --> 00:07:56,642 Saya yang kata, "Seronok jadi Hitam di bulan." 164 00:07:56,726 --> 00:07:57,727 - Ingat? - Ya. 165 00:07:57,810 --> 00:08:02,315 Seluruh Amerika suka, macam dapat coklat goreng bersalut dadah di pesta. 166 00:08:02,398 --> 00:08:04,108 Angela, awak seorang ratu. 167 00:08:04,192 --> 00:08:05,902 Awak ratu Amerika. 168 00:08:05,985 --> 00:08:07,320 Pakai mahkota awak. 169 00:08:08,154 --> 00:08:10,907 Saya berbelanja $600 untuk ubah rupa. 170 00:08:11,824 --> 00:08:13,326 Awak nampak cantik. 171 00:08:13,409 --> 00:08:14,619 Bawa ia keluar. 172 00:08:16,913 --> 00:08:20,958 - Letak pencetak ke dalam kereta saya. - Apa lagi mereka akan ambil? 173 00:08:22,210 --> 00:08:23,461 Mengarut. 174 00:08:24,462 --> 00:08:27,840 NASA. Awak sebut NASA? Dah tentu, NASA. 175 00:08:27,924 --> 00:08:30,009 Singkatan Nerda Sains Berkebolehan Sederhana. 176 00:08:30,092 --> 00:08:34,555 Adrian, dengar khabar, bajet awak telah dipotong separuh. 177 00:08:34,639 --> 00:08:35,848 Pergi mampus. 178 00:08:35,932 --> 00:08:36,807 Awaklah. 179 00:08:37,308 --> 00:08:38,518 Pergi mampus! 180 00:08:38,601 --> 00:08:40,394 - Awak… - Apa pun… 181 00:08:40,478 --> 00:08:44,190 Bilik ini sangat menyedihkan. 182 00:08:44,273 --> 00:08:48,152 Yalah. Saya memberhentikan sepertiga kumpulan sains pagi tadi. 183 00:08:48,236 --> 00:08:50,071 Berita baik. Kamu lapar? 184 00:08:50,154 --> 00:08:52,823 - Saya belanja. - Harap kamu ada "McSelera". 185 00:08:52,907 --> 00:08:55,243 Makanan dari bilik makan eksekutif? 186 00:08:55,326 --> 00:08:58,162 Bilik itu dah tiada, jadi kita kena bawa bekal. 187 00:08:58,246 --> 00:09:01,916 Saya dah pesan salmon Cajun hangus dengan vinaigret kranberi. 188 00:09:01,999 --> 00:09:05,127 Beginilah, semua, saya tahu ia sukar. 189 00:09:05,211 --> 00:09:08,673 Saya tahu semua orang dah berkorban, 190 00:09:10,049 --> 00:09:11,551 tapi biar saya bercerita. 191 00:09:11,634 --> 00:09:13,553 Ibu bapa saya alami kesukaran. 192 00:09:13,636 --> 00:09:17,807 Saya tahu tiada hadiah di bawah pokok Krismas tahun itu. 193 00:09:18,307 --> 00:09:20,518 Pagi Krismas, apa ayah saya buat? 194 00:09:20,601 --> 00:09:23,396 Ayah saya meniarap 195 00:09:23,938 --> 00:09:26,566 dan merangkak di bawah pokok itu. 196 00:09:28,401 --> 00:09:32,863 Kemudian ibu saya dan saya merangkak di bawah pokok. 197 00:09:32,947 --> 00:09:37,618 Kami bertiga baring di bawah pokok, jadi hadiah sesama sendiri. 198 00:09:39,161 --> 00:09:41,581 Melihat semua ranting yang kering. 199 00:09:42,123 --> 00:09:45,918 Ia menyedihkan dan teruk. 200 00:09:46,544 --> 00:09:49,046 Namun, ketika itu, tetap ada kecantikan. 201 00:09:49,547 --> 00:09:54,260 Itulah semangat yang saya cari di Angkatan Angkasa. 202 00:09:55,261 --> 00:09:56,470 Dua masalah. 203 00:09:56,554 --> 00:09:57,597 Sekarang Mac 204 00:09:58,097 --> 00:10:00,391 dan cerita itu sangat membimbangkan. 205 00:10:00,474 --> 00:10:04,228 Ketika ibu bapa saya pokai pun, tetap ada hadiah di bawah pokok. 206 00:10:04,312 --> 00:10:06,647 Kami pernah tak mampu beli mesin karaoke, 207 00:10:06,731 --> 00:10:10,026 tapi mereka tetap belikan saya mikrofon plasik murah. 208 00:10:10,109 --> 00:10:12,820 - Bagus. - Awak dapat McNugget, budak manja. 209 00:10:12,903 --> 00:10:13,904 Senang diri, Brad. 210 00:10:13,988 --> 00:10:16,824 Saya nak dengar "Semangat Angkatan Angkasa". 211 00:10:16,907 --> 00:10:17,742 Satu, dua, tiga. 212 00:10:17,825 --> 00:10:19,285 Semangat Angkatan Angkasa! 213 00:10:20,828 --> 00:10:21,787 Ya Tuhan. 214 00:10:21,871 --> 00:10:25,541 Kami dah nyahaktifkan satelit dan melepaskan staf tak penting. 215 00:10:26,208 --> 00:10:28,878 Bilik makan cef eksekutif dah tiada. 216 00:10:29,378 --> 00:10:31,881 Susah, tapi kami berjaya capai sasaran. 217 00:10:31,964 --> 00:10:33,424 Jauh lagi daripada sasaran. 218 00:10:34,008 --> 00:10:37,303 Awak kira untuk tahun kalendar, bukan tahun kewangan. 219 00:10:37,386 --> 00:10:42,183 Awak perlu potong perbelanjaan tiga bulan. Ada satu benda yang awak boleh potong. 220 00:10:42,266 --> 00:10:43,225 Tak. 221 00:10:43,309 --> 00:10:47,188 Tak boleh sentuh misi Marikh. 222 00:10:47,938 --> 00:10:52,234 Ia projek penting untuk Dr. Mallory. Jika dipotong, hatinya akan hancur. 223 00:10:52,318 --> 00:10:54,987 Saya syorkan lebih baik awak beritahu dia cepat. 224 00:10:56,781 --> 00:10:59,367 Awak memang kejam. 225 00:11:07,541 --> 00:11:08,626 Dia anak saya. 226 00:11:21,472 --> 00:11:22,598 B-7. 227 00:11:24,725 --> 00:11:26,102 Mesin bodoh. 228 00:11:26,644 --> 00:11:29,647 Awak diprogramkan untuk buat satu perkara, 229 00:11:29,730 --> 00:11:32,942 apa yang awak tak faham? 230 00:11:33,442 --> 00:11:35,778 Huruf "B"? Atau "tujuh"… Hei. 231 00:11:36,404 --> 00:11:37,446 Awak okey? 232 00:11:38,489 --> 00:11:39,699 Hebat. 233 00:11:39,782 --> 00:11:41,450 Ia cuma snek, Adrian. 234 00:11:41,534 --> 00:11:45,830 Tak, saya baru terima berita tak diingini. 235 00:11:46,997 --> 00:11:47,915 Ya? 236 00:11:48,708 --> 00:11:51,961 Ya, Jerome telefon. Terpaksa buat eutanasia pada kucing. 237 00:11:53,087 --> 00:11:54,213 Oh! 238 00:11:54,296 --> 00:11:56,507 Saya bersimpati. 239 00:11:56,590 --> 00:11:59,093 Saya tak tahu awak ada kucing. 240 00:11:59,176 --> 00:12:01,011 Ia kucing Jerome sebenarnya. 241 00:12:02,388 --> 00:12:03,764 Awak nak cakap dengan saya? 242 00:12:04,640 --> 00:12:06,934 Ya, saya nak cakap tentang Mar… 243 00:12:07,017 --> 00:12:07,852 Apa? 244 00:12:08,602 --> 00:12:11,731 …bar. Coklat bar Mars. Mesin ini ada coklat bar Mars? 245 00:12:12,606 --> 00:12:13,733 Ada pun. 246 00:12:14,233 --> 00:12:15,901 Saya sangat sukakannya. 247 00:12:15,985 --> 00:12:19,864 Pada saat ini, saya tak kisah asalkan dapat snek dari mesin ini. 248 00:12:19,947 --> 00:12:25,327 Yalah. Okey. Apa pun, semoga hal kucing itu dipermudahkan. 249 00:12:26,996 --> 00:12:28,330 Alamak. 250 00:12:30,291 --> 00:12:33,335 Selamat datang! Helo, semua. Sila duduk. 251 00:12:33,419 --> 00:12:35,838 Apa yang berlaku? 252 00:12:35,921 --> 00:12:39,425 Saya dah biasa buat sidang media, tapi kali ini amat jelas 253 00:12:39,508 --> 00:12:43,304 yang ini kumpulan media paling menarik dan bijak pernah saya lihat. 254 00:12:43,387 --> 00:12:45,890 Datang dari mana? Kamu model? Media palsu? 255 00:12:45,973 --> 00:12:48,392 Tengoklah. Model. 256 00:12:48,476 --> 00:12:49,685 Ini tak masuk akal. 257 00:12:49,769 --> 00:12:52,688 Hadirin sekalian, tanpa berlengah-lengah lagi, 258 00:12:52,772 --> 00:12:54,815 seorang wira, legenda, 259 00:12:54,899 --> 00:12:57,818 penjaga Angkatan Angkasa, 260 00:12:57,902 --> 00:13:00,988 beri tepukan kepada Kapten Angela Ali. Ayuh! 261 00:13:02,406 --> 00:13:03,240 Tak guna! 262 00:13:03,324 --> 00:13:07,161 Hei. Saya datang lagi. Mari mula. Terima kasih. 263 00:13:07,745 --> 00:13:09,914 - Apa khabar, kapten? - Hebat. 264 00:13:09,997 --> 00:13:11,832 Bagus. Mari mulakan. 265 00:13:11,916 --> 00:13:13,751 Angkat tangan. Berikan soalan. 266 00:13:13,834 --> 00:13:16,796 Awak yang bertulang pipi tinggi di barisan depan. 267 00:13:16,879 --> 00:13:18,672 Tentu awak ada soalan bagus. 268 00:13:18,756 --> 00:13:20,174 Di mana angkasawan lain? 269 00:13:20,257 --> 00:13:23,344 Angkasawan lain ada janji temu peribadi atau gigi. 270 00:13:23,427 --> 00:13:26,847 Jangan risau. Awak ada soalan untuk wira ini? 271 00:13:26,931 --> 00:13:29,725 Ya. Dua kuasa besar tentera di bulan bersama. 272 00:13:29,809 --> 00:13:33,354 Ada masalah ketika mengaturkan perjalanan pulang 273 00:13:33,437 --> 00:13:35,397 kedua-dua angkasawan negara? 274 00:13:35,981 --> 00:13:41,237 Ya. Ada salah faham sikit, 275 00:13:41,320 --> 00:13:43,197 tapi dengan diplomasi dan kerjasama, 276 00:13:43,280 --> 00:13:47,952 kami dapat bersatu untuk balik dengan selamat ke "bum". 277 00:13:49,036 --> 00:13:49,912 "Bum"? 278 00:13:50,496 --> 00:13:52,373 Apa? Tak, saya kata "Bumi". 279 00:13:52,456 --> 00:13:55,334 Saya dengar "Bumi". Awak kata "Bumi". Dia kata Bumi. 280 00:13:55,417 --> 00:13:57,878 Mengagumkan. Diplomasi dan kerjasama. 281 00:13:57,962 --> 00:14:00,548 Saya suka. Soalan dan jawapan yang bagus. 282 00:14:00,631 --> 00:14:03,217 Tak sangka dapat tengok. Ada soalan kedua? 283 00:14:03,300 --> 00:14:04,802 Kita perlu bertenang… 284 00:14:04,885 --> 00:14:07,638 Awak habiskan udara kami! Ini udara Amerika! 285 00:14:07,721 --> 00:14:09,682 Orang Amerika tipikal. Semua dia punya. 286 00:14:09,765 --> 00:14:12,059 Awak di dalam kapal kami! Makan makanan kami! 287 00:14:12,142 --> 00:14:13,435 Ia makanan kami juga! 288 00:14:13,519 --> 00:14:15,813 Kami orang Amerika, biasa dengan hidangan besar. 289 00:14:15,896 --> 00:14:18,023 Ada banyak udara lagi. Tak luak pun. 290 00:14:18,107 --> 00:14:21,193 - Makanan pun banyak lagi. Kita okey! - Serta poltri. 291 00:14:21,277 --> 00:14:24,238 Tak apa. Kita kena bertenang, jika tak, kita akan mati. 292 00:14:24,321 --> 00:14:25,322 Kapten Ali. 293 00:14:25,948 --> 00:14:26,949 Kapten Ali? 294 00:14:27,032 --> 00:14:29,243 Maaf. Apa soalannya? 295 00:14:29,326 --> 00:14:32,037 Hei, boleh jangan berbisik soalan? 296 00:14:32,121 --> 00:14:33,205 Tahulah dia wira, 297 00:14:33,289 --> 00:14:36,792 tapi dia tiada pendengaran super macam Daredevil atau Spider-Man. 298 00:14:36,876 --> 00:14:40,004 Cakap kuat-kuat, suara biasa. Sila ulang. Di tengah. 299 00:14:40,087 --> 00:14:41,922 Kapten Ali, siapa atau apa awak 300 00:14:42,006 --> 00:14:43,674 paling rindukan semasa di bulan? 301 00:14:43,757 --> 00:14:45,050 Diam. Ini dia. 302 00:14:45,134 --> 00:14:47,887 Siapa atau apa yang saya paling rindukan di bulan? 303 00:14:51,599 --> 00:14:52,892 Snek pedas Corn Nuts. 304 00:14:54,435 --> 00:14:57,605 Tentu sakit hati, kecuali nama gelaran awak Corn Nuts. 305 00:14:58,689 --> 00:14:59,899 Diamlah, Xyler. 306 00:14:59,982 --> 00:15:01,150 Saya tak cakap apa-apa. 307 00:15:01,233 --> 00:15:04,653 Hei, awak patut belikan dia Corn Nuts pedas itu. 308 00:15:04,737 --> 00:15:07,114 Ya? Awak tak rasa itu terlalu mendesak? 309 00:15:07,197 --> 00:15:10,242 Tak. Bagi saya, ia menunjukkan yang awak peka. 310 00:15:10,910 --> 00:15:14,914 Ia perbuatan yang baik dan romantik, serta menarik. 311 00:15:14,997 --> 00:15:16,373 Ia idea yang bagus. 312 00:15:16,457 --> 00:15:18,292 Corn Nuts? Kita boleh untung besar. 313 00:15:18,375 --> 00:15:21,378 Jangan sebut jenama sehingga Kraft bayar kita. 314 00:15:21,462 --> 00:15:23,130 Itu moto kita. Awak kenapa? 315 00:15:23,213 --> 00:15:25,799 Maaf. Burung itu buat saya hilang tumpuan. 316 00:15:25,883 --> 00:15:28,260 Jangan salahkan burung. Ia popular. 317 00:15:28,344 --> 00:15:31,180 "Burung Bulan" nombor satu. Tiada siapa tahu 318 00:15:31,263 --> 00:15:33,807 ia burung lain. Saya suka burung itu. 319 00:15:33,891 --> 00:15:35,434 Fikir pasal temu bual seterusnya. 320 00:15:35,517 --> 00:15:37,978 Saya tak boleh buat temu bual lagi. 321 00:15:38,062 --> 00:15:41,899 Saya akan terus terang dengan awak. Saya ada masalah. 322 00:15:41,982 --> 00:15:45,527 Okey? Sejak saya balik. Saya tak boleh buat benda kecil pun. 323 00:15:45,611 --> 00:15:46,695 Saya tak cuci baju. 324 00:15:46,779 --> 00:15:50,991 Saya beli yang baru, pakai sampai kotor dan buang ke luar tingkap. 325 00:15:51,075 --> 00:15:52,743 - Itu normal. - Ia tak normal! 326 00:15:52,826 --> 00:15:54,495 Ia normal. Betul. 327 00:15:54,578 --> 00:15:57,206 Semua orang suka beli baju baru. 328 00:15:57,289 --> 00:15:58,582 Siapa suka cuci baju? 329 00:15:58,666 --> 00:16:01,919 Saya cuma perlu berehat daripada hal bulan ini. 330 00:16:02,002 --> 00:16:03,337 Ia ada merata-rata. 331 00:16:03,420 --> 00:16:05,422 "Itu Gadis Bulan. Sain belakang suami saya." 332 00:16:05,506 --> 00:16:08,092 - Saya perlu berhenti cakap pasal bulan. - Okey. 333 00:16:09,718 --> 00:16:11,345 Mungkin ini boleh membantu. 334 00:16:11,428 --> 00:16:12,471 Syukurlah. 335 00:16:12,972 --> 00:16:14,473 - Tak, jangan. - Apa? 336 00:16:14,556 --> 00:16:16,642 - Terus masuk mulut? - Entah. 337 00:16:16,725 --> 00:16:19,019 Ia alat telinga. Pakai di telinga. 338 00:16:19,103 --> 00:16:21,063 Saya akan beri jawapan dari tepi. 339 00:16:21,146 --> 00:16:24,024 Awak cakap apa saya cakap. Rehatkan minda awak. 340 00:16:24,108 --> 00:16:25,734 Awak rasa ini akan berjaya? 341 00:16:25,818 --> 00:16:28,696 Saya tahu ia akan berjaya. Percayalah. 342 00:16:32,157 --> 00:16:34,660 Albertson, sekarang tak sesuai. 343 00:16:34,743 --> 00:16:37,997 Saya tak berminat dengan hal NASA awak. 344 00:16:38,080 --> 00:16:40,624 Jangan letak telefon, Adrian. 345 00:16:40,708 --> 00:16:42,751 Saya mungkin ada maklumat menarik. 346 00:16:42,835 --> 00:16:44,169 Mallory menguap. 347 00:16:44,253 --> 00:16:47,006 Penyampai khabar potongan bajet awak itu 348 00:16:47,089 --> 00:16:49,133 ada kawan di Pentagon, 349 00:16:49,216 --> 00:16:52,386 dan mereka mencari pengganti untuk Jeneral Naird. 350 00:16:52,469 --> 00:16:55,180 Hei, awak ada bukti sebenar? 351 00:16:55,723 --> 00:16:58,350 Atau awak cuma mengarut? 352 00:16:58,434 --> 00:17:01,228 Salinan senarai rasmi calon cukup sebagai bukti? 353 00:17:01,311 --> 00:17:04,481 Tak guna. Hari ini semakin teruk. 354 00:17:07,026 --> 00:17:09,862 Saya rasa saya akan ambil yang itu. Terima kasih. 355 00:17:11,739 --> 00:17:13,866 - Beli mufin? - Ya. 356 00:17:13,949 --> 00:17:16,076 Pilihan bagus. Itu kranberi? 357 00:17:16,160 --> 00:17:18,787 Ya. Beri biru dah habis, jadi… 358 00:17:18,871 --> 00:17:20,205 Alahai. Tak apalah. 359 00:17:20,289 --> 00:17:21,373 Saya suka mufin. 360 00:17:22,958 --> 00:17:24,460 Mark, saya terfikir. 361 00:17:24,543 --> 00:17:27,546 Boleh kita bercakap berdua sahaja? 362 00:17:28,589 --> 00:17:29,757 Boleh. Ya. 363 00:17:29,840 --> 00:17:32,676 Sebenarnya, saya pun perlu bercakap dengan awak. 364 00:17:33,427 --> 00:17:34,261 Okey. 365 00:17:34,762 --> 00:17:36,597 Apa kata kita jalan-jalan di luar? 366 00:17:36,680 --> 00:17:38,182 Ya. Mari… 367 00:17:38,265 --> 00:17:42,811 Ya, kita patut ke luar. Keluar pintu. Di luar. 368 00:17:42,895 --> 00:17:44,897 Boleh juga. Keluar. Ambil angin. 369 00:17:44,980 --> 00:17:46,356 - Ya. - Jauh daripada orang. 370 00:17:46,440 --> 00:17:48,484 Jauhi orang dan benda boleh pecah. 371 00:17:48,567 --> 00:17:51,695 - Ya. Saya boleh makan mufin di luar. - Nak bungkus? 372 00:17:51,779 --> 00:17:53,197 Tak. Saya okey. 373 00:17:53,280 --> 00:17:55,449 - Napkin? - Tak perlu. 374 00:17:55,532 --> 00:17:56,617 Okey. 375 00:17:57,743 --> 00:17:59,411 - Bagus berada di luar. - Ya. 376 00:18:00,079 --> 00:18:01,955 Bagus di luar untuk… 377 00:18:03,707 --> 00:18:05,334 Ramainya pengawal. 378 00:18:05,417 --> 00:18:09,755 Mark, elok saya terus terang saja. 379 00:18:09,838 --> 00:18:13,383 Saya ada berita buruk untuk disampaikan. 380 00:18:13,884 --> 00:18:15,302 Berita buruk untuk saya? 381 00:18:15,385 --> 00:18:17,179 Ya, awak akan benci. Saya benci. 382 00:18:17,262 --> 00:18:19,848 Adrian, saya ada berita buruk untuk awak. 383 00:18:19,932 --> 00:18:22,476 - Berita ini lagi teruk. - Rasanya ini lagi teruk. 384 00:18:22,559 --> 00:18:26,396 Bagaimana kita nak tentukan tanpa tahu kedua-dua berita dulu? 385 00:18:26,480 --> 00:18:29,066 Betul, tapi mana teruk? Berita buruk dulu… 386 00:18:29,149 --> 00:18:31,026 - Ya. Kedua. - Saya rasa kedua. 387 00:18:31,110 --> 00:18:32,402 - Ya… Ia… - Atau awal. 388 00:18:32,486 --> 00:18:35,989 Beginilah. Beritahu saja berita buruk saya itu. Senang. 389 00:18:36,073 --> 00:18:40,536 Pihak pentadbiran nak ganti awak di Angkatan Angkasa. 390 00:18:41,662 --> 00:18:42,621 Apa? 391 00:18:42,704 --> 00:18:44,123 Rakan sekerja saya, 392 00:18:44,206 --> 00:18:49,837 sebenarnya parasit yang melekap pada saya di NASA, 393 00:18:49,920 --> 00:18:52,798 yang dapat tahu. Dia beri senarai calon pengganti. 394 00:18:52,881 --> 00:18:55,425 Tak. Saya tak nak tengok senarai… 395 00:18:55,509 --> 00:18:57,052 Awak yang suruh beritahu. 396 00:18:57,136 --> 00:19:00,055 Ya, tapi saya tak suruh tabur garam pada luka 397 00:19:00,139 --> 00:19:01,932 dan cucuh rokok menyala. 398 00:19:02,015 --> 00:19:03,976 Dah kata, berita saya lagi teruk. 399 00:19:04,059 --> 00:19:05,727 - Berita saya lagi teruk. - Dah kata. 400 00:19:05,811 --> 00:19:07,104 Tak, mana boleh… Apa? 401 00:19:07,187 --> 00:19:08,480 Misi Marikh dibatalkan. 402 00:19:08,564 --> 00:19:09,815 - Tak! - Ya. 403 00:19:10,315 --> 00:19:11,400 - Maaf. - Tak! 404 00:19:11,483 --> 00:19:14,111 - Saya cuba beri amaran. - Tak! Katakan tak! 405 00:19:14,194 --> 00:19:16,905 - Tak boleh sebab ia benar. - Tolonglah! Kata tak. 406 00:19:16,989 --> 00:19:18,240 - Tak boleh. - Tak guna! 407 00:19:18,323 --> 00:19:19,533 Tak guna! Saya tahu. 408 00:19:19,616 --> 00:19:20,617 Tak guna! 409 00:19:22,286 --> 00:19:23,203 Tak guna! 410 00:19:27,499 --> 00:19:28,375 Okey. 411 00:19:29,001 --> 00:19:30,002 Luahkan. 412 00:19:41,263 --> 00:19:43,015 - Lebih baik? - Ya. Okey. 413 00:19:44,474 --> 00:19:46,185 - Awak? - Okey. 414 00:19:46,685 --> 00:19:47,811 Mufin itu tak okey. 415 00:19:48,395 --> 00:19:49,229 Ya. 416 00:19:51,231 --> 00:19:52,524 Mereka kata empat bulan. 417 00:19:52,608 --> 00:19:55,986 Saya benci pegawai DC yang berkira, kedekut dan penipu. 418 00:19:56,069 --> 00:19:58,572 Saya tahu. Maaf tentang misi Marikh. 419 00:19:58,655 --> 00:20:00,949 Saya tahu awak tentu selamatkan jika boleh. 420 00:20:01,033 --> 00:20:02,242 Maaf. 421 00:20:03,243 --> 00:20:04,119 Maafkan saya. 422 00:20:04,620 --> 00:20:06,413 Ya Tuhan. 423 00:20:06,496 --> 00:20:09,499 Tahu siapa kita perlu beritahu tentang misi Marikh? 424 00:20:09,583 --> 00:20:10,459 Siapa? 425 00:20:14,588 --> 00:20:16,965 - Aduhai. - Ya, "Aduhai." 426 00:20:17,841 --> 00:20:19,468 MENYAMBUNGKAN KAPSUL MARIKH 427 00:20:19,551 --> 00:20:20,552 Baiklah. 428 00:20:20,636 --> 00:20:22,804 Ia perlu dibuat. Awak nak saya buat? 429 00:20:22,888 --> 00:20:25,140 Tak apa. Biar saya buat. Ini tugas saya. 430 00:20:25,766 --> 00:20:26,767 Okey. 431 00:20:27,392 --> 00:20:32,648 Ya! Panggilan! Ini hebat. Hai! 432 00:20:33,232 --> 00:20:35,776 Helo, Kapten Lancaster. Apa khabar? 433 00:20:36,276 --> 00:20:37,945 Saya baik saja. 434 00:20:38,028 --> 00:20:39,905 Saya rindu Bumi, 435 00:20:39,988 --> 00:20:41,990 keluarga saya, 436 00:20:42,074 --> 00:20:43,742 makanan, 437 00:20:43,825 --> 00:20:47,287 dan berdiri di tempat bergraviti. 438 00:20:47,371 --> 00:20:50,165 Nampaknya jantung saya mengecil sikit. 439 00:20:50,249 --> 00:20:51,875 Tapi itu… Saya okey. 440 00:20:51,959 --> 00:20:55,087 Orang tak suka perungut, suruh saja saya diam. 441 00:20:55,170 --> 00:20:57,881 Semua ini berbaloi apabila saya mendarat di Marikh. 442 00:20:57,965 --> 00:20:59,174 Keseronokan seumur hidup 443 00:20:59,258 --> 00:21:02,552 yang saya menanti-nantikan sepanjang hayat saya. 444 00:21:04,096 --> 00:21:05,931 Nama saya akan tercatat dalam sejarah. 445 00:21:06,014 --> 00:21:09,935 Ya, itu yang saya nak bincangkan. 446 00:21:10,018 --> 00:21:13,146 Ya, tapi sekejap. Maaf. Saya ada banyak soalan. 447 00:21:13,230 --> 00:21:16,358 Apa khabar anak saya? Saya tak pegang dia sejak lahir. 448 00:21:16,441 --> 00:21:18,402 Sihat. 449 00:21:18,485 --> 00:21:20,946 Dia dah mula bercakap. 450 00:21:21,029 --> 00:21:22,406 Apa dia cakap? 451 00:21:23,073 --> 00:21:26,326 "Saya sayang ayah." 452 00:21:26,410 --> 00:21:27,911 Apa awak buat? 453 00:21:27,995 --> 00:21:30,330 Itu mengagumkan. 454 00:21:32,708 --> 00:21:33,875 - Sekejap. - Ya. 455 00:21:33,959 --> 00:21:36,670 Okey. Apa cerita pasukan New York Jets saya? 456 00:21:37,337 --> 00:21:39,256 - Awak kena beritahu dia. - Jets… 457 00:21:40,257 --> 00:21:41,508 COROT 458 00:21:43,302 --> 00:21:45,012 - Saya tak boleh. - Boleh. 459 00:21:45,095 --> 00:21:47,472 Jeneral Naird nak beritahu awak sesuatu. 460 00:21:47,556 --> 00:21:49,683 Taklah. Okey. Ya. 461 00:21:50,225 --> 00:21:51,893 - Silakan. - Okey. Ya. 462 00:21:51,977 --> 00:21:54,980 Helo, Kapten Lancaster. Ini Jeneral Naird. 463 00:21:56,648 --> 00:21:58,734 Saya perlu beritahu awak sesuatu. 464 00:22:00,610 --> 00:22:02,696 Jets awak akan ke Super Bowl! 465 00:22:03,697 --> 00:22:05,782 - Mereka mungkin menang. - Wah! 466 00:22:05,866 --> 00:22:07,993 Satu keajaiban. 467 00:22:08,076 --> 00:22:09,036 Ya. 468 00:22:09,119 --> 00:22:10,871 Ya Tuhan. 469 00:22:13,332 --> 00:22:14,791 Saya sangat gementar. 470 00:22:15,459 --> 00:22:16,710 Jika ia gagal? 471 00:22:16,793 --> 00:22:18,670 Bersedia untuk jadi kaya. 472 00:22:18,754 --> 00:22:20,464 Okey. Bersedia. 473 00:22:20,547 --> 00:22:23,842 Tiga, dua, satu. 474 00:22:25,177 --> 00:22:26,136 Saya dah buat. 475 00:22:26,762 --> 00:22:28,638 Kapten Ali, awak jadi subjek 476 00:22:28,722 --> 00:22:31,433 yang banyak diberi perhatian sejak balik dari bulan. 477 00:22:31,516 --> 00:22:33,226 Susah tak menyesuaikan diri? 478 00:22:33,310 --> 00:22:35,604 Tentang diberi perhatian. 479 00:22:35,687 --> 00:22:38,231 Ia menyerlahkan bahagian luar, 480 00:22:38,315 --> 00:22:40,525 sedangkan cahaya sebenar seseorang 481 00:22:40,609 --> 00:22:43,737 - …paling cerah dari dalam. - …paling cerah dari talam. 482 00:22:44,571 --> 00:22:45,906 Talam? 483 00:22:46,698 --> 00:22:47,824 Seperti kuih talam? 484 00:22:47,908 --> 00:22:50,952 - Dalam. Maaf. Saya silap. - Dalam. Maaf. Saya silap. 485 00:22:51,036 --> 00:22:52,746 - Dalam. - Dalam. 486 00:22:52,829 --> 00:22:54,206 - Okey. - Maaf. 487 00:22:55,290 --> 00:22:59,127 Angkasawan China dan Amerika balik menaiki kapsul yang sama. 488 00:22:59,211 --> 00:23:02,297 - Ya. - Di bulan, pernah awak terfikir, 489 00:23:03,215 --> 00:23:04,674 "Saya mungkin tak dapat balik." 490 00:23:04,758 --> 00:23:06,259 - Tentulah tak. Tak. - Tentulah. 491 00:23:06,343 --> 00:23:08,512 - Tak. Tentulah tak. - Cakap, "Tentulah tak." 492 00:23:08,595 --> 00:23:11,139 Saya kata , "Tentulah tak." Itu yang saya kata. 493 00:23:12,224 --> 00:23:14,768 Okey, boleh kita teruskan? 494 00:23:14,851 --> 00:23:15,769 - Ya. - Okey. 495 00:23:15,852 --> 00:23:18,438 Sesuatu yang ramai ingin tahu… 496 00:23:18,522 --> 00:23:22,859 Awak digelar wira Amerika. Apa maksud "wira" bagi awak? 497 00:23:22,943 --> 00:23:24,403 Ini soalan bagus. 498 00:23:24,486 --> 00:23:26,738 - Ini soalan bagus. - Terima kasih sebab tanya. 499 00:23:26,822 --> 00:23:28,615 Wira. Rosa Parks. 500 00:23:28,698 --> 00:23:30,700 - Maaf. Tak boleh. - Serena Williams. 501 00:23:30,784 --> 00:23:32,911 - Apa awak buat? - Saya muak dengar "wira". 502 00:23:32,994 --> 00:23:35,705 Saya dah muak, okey? Cukup. Saya bukan wira. 503 00:23:35,789 --> 00:23:36,832 Saya angkasawan. 504 00:23:37,332 --> 00:23:40,752 Jeneral Naird beri saya peluang untuk pergi ke bulan. 505 00:23:40,836 --> 00:23:44,923 Saya berjaya dan saya selamat balik. Kami berjaya di bawah pimpinannya. 506 00:23:45,006 --> 00:23:48,468 Kami cuma jalankan tugas. Entahlah. 507 00:23:48,552 --> 00:23:51,388 Saya bukan wira, tapi awak tahu siapa wira sebenar? 508 00:23:51,471 --> 00:23:52,681 Saya serius. 509 00:23:52,764 --> 00:23:55,350 Orang yang buat Corn Nuts pedas. 510 00:23:56,309 --> 00:23:57,269 Saya tahu. 511 00:23:57,352 --> 00:24:00,480 Betul. Atau pembuat kit dram hebat saya. 512 00:24:00,564 --> 00:24:01,565 Itulah wira. 513 00:24:02,190 --> 00:24:04,192 Budak yang buat kerja sekolah tiap hari. 514 00:24:04,276 --> 00:24:07,821 Orang yang cuci pakaian. Saya tak buat semua itu dan saya… 515 00:24:08,363 --> 00:24:10,157 Mereka wira sebenar. Bukan saya. 516 00:24:12,451 --> 00:24:15,454 Anda dengar itu di sini dulu. Kita semua wira. 517 00:24:15,537 --> 00:24:18,415 Ini daripada wira Amerika sebenar. 518 00:24:18,498 --> 00:24:20,625 Rupa-rupanya, dia pemain dram. 519 00:24:20,709 --> 00:24:23,086 Terima kasih. Awak buat dengan baik. 520 00:24:23,170 --> 00:24:24,921 - Ya. Maaf. - "Kita semua wira"? 521 00:24:25,005 --> 00:24:28,049 - Saya tahu. - Tak, ia hebat. Tengok ini. 522 00:24:28,133 --> 00:24:30,510 "Gadis Bulan Pemain Dram" popular sekarang. 523 00:24:30,594 --> 00:24:33,054 Awak dah ada meme. Tengoklah. 524 00:24:36,141 --> 00:24:37,976 - Bagus. - Ya! Ia sangat hebat. 525 00:24:38,768 --> 00:24:40,270 Hari yang teruk, bukan? 526 00:24:40,353 --> 00:24:42,439 Teruk betul. 527 00:24:42,522 --> 00:24:44,608 Sumber kita dah tiada. 528 00:24:45,275 --> 00:24:46,860 Misi Marikh dah tiada. 529 00:24:47,611 --> 00:24:49,446 Brad dah tiada kerusi testikel. 530 00:24:49,529 --> 00:24:51,740 Jadi, kami fikir elok juga 531 00:24:51,823 --> 00:24:56,953 kumpulkan semua orang dan ucapkan Selamat Hari Krismas! 532 00:24:57,454 --> 00:24:58,538 Selamat Hari Krismas. 533 00:24:58,622 --> 00:25:00,248 - Tapi ini bulan Mac. - Masuk! 534 00:25:00,332 --> 00:25:02,334 Selamat bercuti. Selamat Hari Krismas. 535 00:25:02,417 --> 00:25:04,336 - Selamat Hari Krismas. - Bagus. 536 00:25:05,795 --> 00:25:07,088 Biar saya tolong. 537 00:25:09,633 --> 00:25:11,176 Mesin karaoke? 538 00:25:11,259 --> 00:25:13,094 "Penggegar Parti Max." 539 00:25:13,178 --> 00:25:15,096 - Hebat. - Terima kasih, jeneral. 540 00:25:15,180 --> 00:25:17,682 Kejap, saya tak jumpa muzik tarian. 541 00:25:17,766 --> 00:25:18,683 Cari Dua Lipa. 542 00:25:18,767 --> 00:25:20,352 Tiada, tapi ada "Jingle Bells". 543 00:25:20,435 --> 00:25:22,729 Kebanyakannya muzik Krismas hak awam. 544 00:25:22,812 --> 00:25:26,316 Bagaimana dengan himpunan karya Alvin dan Chipmunk? 545 00:25:28,068 --> 00:25:29,027 "O Night Night." 546 00:25:29,110 --> 00:25:32,030 HEI TERINGATKAN AWAK JOM BERKARAOKE. BILIK PELANCARAN! 547 00:25:32,113 --> 00:25:33,198 Mariah Carey. 548 00:25:33,281 --> 00:25:34,324 Mariah Carey. 549 00:25:34,407 --> 00:25:36,326 Apa pendapat awak? 550 00:25:36,409 --> 00:25:38,662 Saya nak hantar dengan emoji menyanyi. 551 00:25:39,329 --> 00:25:40,205 Comel. 552 00:25:40,288 --> 00:25:41,122 Ya? 553 00:26:07,482 --> 00:26:09,734 Kami ucapkan selamat hari Krismas 554 00:26:09,818 --> 00:26:12,195 Serta selamat Tahun Baru 555 00:26:12,279 --> 00:26:14,614 Kami ucapkan selamat hari Krismas 556 00:26:14,698 --> 00:26:17,117 Kami ucapkan selamat hari Krismas 557 00:26:17,200 --> 00:26:19,452 Kami ucapkan selamat hari Krismas 558 00:26:19,536 --> 00:26:21,454 Serta selamat Tahun Baru… 559 00:26:21,538 --> 00:26:22,497 Di mana Angela? 560 00:26:22,581 --> 00:26:24,249 Entah. Dia dah pergi. 561 00:26:24,958 --> 00:26:27,669 Hei, jujur. Awak rasa dia jumpa lelaki lain? 562 00:26:27,752 --> 00:26:29,254 Entah. Jom nyanyi bersama. 563 00:26:29,337 --> 00:26:31,548 …serta selamat Tahun Baru 564 00:26:31,631 --> 00:26:34,092 Kami ucapkan selamat hari Krismas 565 00:26:34,175 --> 00:26:36,511 Kami ucapkan selamat hari Krismas 566 00:26:36,595 --> 00:26:38,722 Kami ucapkan selamat hari Krismas 567 00:26:38,805 --> 00:26:45,020 Serta selamat Tahun Baru 568 00:28:11,398 --> 00:28:16,319 Terjemahan sari kata oleh H. Segara