1 00:00:06,006 --> 00:00:07,916 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:55,013 --> 00:00:59,233 Baiklah, untuk gaun Chris. Ada beg ini juga, rekaan ini… 3 00:00:59,809 --> 00:01:01,349 Kemasan yang hebat. 4 00:01:02,479 --> 00:01:03,519 Menarik sungguh. 5 00:01:12,822 --> 00:01:15,242 - Bethann, cantiknya awak. - Terima kasih. 6 00:01:15,325 --> 00:01:16,825 Jelita. Awak rasa selesa? 7 00:01:16,910 --> 00:01:18,910 - Serta bergaya. - Bergaya. 8 00:01:18,995 --> 00:01:19,945 Saya suka. 9 00:01:20,038 --> 00:01:21,328 Biar saya lihat. 10 00:01:27,962 --> 00:01:30,802 Ia cantik. Awak tahu awak kegemaran saya. 11 00:01:31,883 --> 00:01:33,513 Okey. Jalan. 12 00:01:42,936 --> 00:01:43,806 Pat. 13 00:01:43,895 --> 00:01:44,975 Apa pendapat awak? 14 00:01:48,691 --> 00:01:51,241 Apa pendapat puan-puan? 15 00:01:58,243 --> 00:02:01,753 Mereka baru habis membelanjakan banyak wang suami mereka. 16 00:02:06,376 --> 00:02:08,246 Apa yang mereka paling mahukan? 17 00:02:08,753 --> 00:02:11,423 Rantai itu. 18 00:02:14,759 --> 00:02:18,599 Saya mahu yang ini. 19 00:02:19,347 --> 00:02:21,177 Apa-apa yang awak nak, sayang. 20 00:02:38,950 --> 00:02:41,740 BIAR DIRIMU YANG MERAWAT ATAU AKU AKAN MEMPERHALUSIMU 21 00:03:36,132 --> 00:03:37,302 Ia sempurna. 22 00:03:38,551 --> 00:03:41,141 - Awak tak faham. - Ia cantik, Halston. 23 00:03:41,221 --> 00:03:43,311 Ia sangat cantik. 24 00:03:43,389 --> 00:03:48,139 Tapi saya tak boleh hasilkannya. Penyumbatnya tak masuk secara menegak. 25 00:03:48,228 --> 00:03:50,938 Ya, saya nampak. Saya tak buta, David. 26 00:03:51,022 --> 00:03:52,362 Itu yang saya suka. 27 00:03:52,440 --> 00:03:54,570 Ertinya, tak boleh hasilkan banyak. 28 00:03:54,651 --> 00:03:58,741 Halston, mereka ada kilang. Kerja berulang diautomatikkan. 29 00:03:58,821 --> 00:04:02,491 Muncung dari atas akan mengisi botol secara menegak ke bawah. 30 00:04:02,575 --> 00:04:05,655 Cecair akan dipancut masuk. 31 00:04:07,413 --> 00:04:10,713 - Tak boleh buat dari tepi. - Sebab penyumbatnya senget. 32 00:04:10,792 --> 00:04:11,792 - Ya. - Ya. 33 00:04:11,876 --> 00:04:13,456 Remehnya perbincangan ini. 34 00:04:13,544 --> 00:04:15,924 Beginilah, botol ini melambangkan saya. 35 00:04:16,005 --> 00:04:17,715 Botol ini menyatakan Halston. 36 00:04:17,799 --> 00:04:19,339 Ia tak menyatakan Halston. 37 00:04:20,218 --> 00:04:23,928 Itu satu lagi isu, nama awak tiada pada botol. 38 00:04:24,430 --> 00:04:25,890 Ini karya seni, David. 39 00:04:25,974 --> 00:04:29,644 Saya tak mahu mencemarkan seni. Ini yang saya mahu! 40 00:04:29,727 --> 00:04:33,397 Minyak wangi bergantung pada ciri erotik botolnya. 41 00:04:33,481 --> 00:04:35,191 - Penyumbatnya juga. - Ya. 42 00:04:35,275 --> 00:04:38,105 Biasanya ia bersambung pada batang kaca. 43 00:04:38,194 --> 00:04:42,284 Ia mengghairahkan. Maafkan saya. Ia seperti… 44 00:04:42,865 --> 00:04:43,985 Macam zakar. 45 00:04:44,075 --> 00:04:47,575 Saya nak cakap simbol lingga, tapi ya, ia macam zakar. 46 00:04:47,662 --> 00:04:50,582 Wanita mencelupkan penyumbatnya. 47 00:04:50,665 --> 00:04:52,125 Itu perbuatan intim. 48 00:04:52,208 --> 00:04:53,538 Aksi menjolok. 49 00:04:53,626 --> 00:04:56,666 Dia menariknya keluar. Ia menitiskan minyak wangi. 50 00:04:56,754 --> 00:04:59,674 Dia menyapunya pada pergelangan tangan atau leher. 51 00:04:59,757 --> 00:05:03,757 Dengan botol itu, cuma ada penyumbat kontot 52 00:05:03,845 --> 00:05:05,175 yang senget. 53 00:05:05,263 --> 00:05:08,063 Nak jolok macam mana dengan benda itu? 54 00:05:08,141 --> 00:05:09,771 Botol ini yang saya mahu. 55 00:05:10,393 --> 00:05:11,893 Kita akan hasilkannya. 56 00:05:11,978 --> 00:05:15,478 Awak kata ia tak boleh dihasilkan tapi itu tak masuk akal. 57 00:05:15,565 --> 00:05:19,935 Maksud awak, ia terlalu mahal. Jadi, beritahu saya, semahal mana? 58 00:05:20,445 --> 00:05:22,855 Mungkin lebih kurang 50,000 dolar. 59 00:05:22,947 --> 00:05:26,327 Mereka perlu buat penyesuai untuk disambung pada muncung. 60 00:05:26,409 --> 00:05:28,539 Bagaimana kalau begini? Saya bayar. 61 00:05:28,619 --> 00:05:31,539 Simpan buku itu. Saya tak izinkan karyawan bayar. 62 00:05:31,622 --> 00:05:34,332 Ahli perniagaan suka kata karyawan tak boleh bayar 63 00:05:34,417 --> 00:05:36,917 tapi kami sentiasa membayar 64 00:05:37,003 --> 00:05:40,093 dengan cara yang kamu tak pernah dan takkan faham. 65 00:05:41,049 --> 00:05:43,379 Sekarang, perbualan ini dah berakhir 66 00:05:43,468 --> 00:05:46,678 atau kamu nak terus cakap yang saya tak tahu berasmara? 67 00:05:57,023 --> 00:05:57,943 SEBULAN SEBELUM ITU 68 00:05:58,024 --> 00:05:59,904 Halston, apa perasaan awak? 69 00:06:00,568 --> 00:06:04,158 Saya senang hati. Selain dapat duit, saya rasa dilindungi. 70 00:06:04,238 --> 00:06:07,238 Saya boleh jadi kreatif macam yang kita bincangkan. 71 00:06:07,325 --> 00:06:10,905 Saya rasa awak tunaikan janji dan saya sangat hargainya. 72 00:06:10,995 --> 00:06:13,655 Bagus. Itulah kerja saya. 73 00:06:14,874 --> 00:06:17,344 Baiklah, koleksi pakaian 74 00:06:17,418 --> 00:06:20,458 memang terjual dengan laris. 75 00:06:20,546 --> 00:06:22,166 Ia sepatutnya terus begitu. 76 00:06:22,256 --> 00:06:26,716 Tetapi jika awak mahu saya terus beri ruang yang awak perlukan 77 00:06:26,803 --> 00:06:28,893 untuk rasa kreatif dan dilindungi, 78 00:06:28,971 --> 00:06:31,471 awak perlu beri saya satu benda. 79 00:06:32,683 --> 00:06:33,603 Minyak wangi. 80 00:06:35,436 --> 00:06:37,606 Biar saya fikirkannya semasa cuti. 81 00:06:38,106 --> 00:06:41,186 Tidak, Halston. Kita perlukannya sekarang. 82 00:06:41,692 --> 00:06:44,402 Norton Simon memiliki jenama Max Factor. 83 00:06:44,487 --> 00:06:46,987 Saya telefon mereka. Mereka amat berminat. 84 00:06:47,073 --> 00:06:50,953 Minyak wangi Halston ada potensi sangat laris. 85 00:06:51,035 --> 00:06:52,945 Nama awak akan jadi sebutan ramai. 86 00:06:56,833 --> 00:07:01,173 Kalau saya beri awak minyak wangi, ada sesuatu yang saya mahu. 87 00:07:02,296 --> 00:07:03,336 Sebut saja. 88 00:07:03,423 --> 00:07:04,423 Atelier. 89 00:07:04,924 --> 00:07:08,854 Yang baru. Yang mewah. Studio sekarang terlalu kecil. 90 00:07:08,928 --> 00:07:12,598 Ada unit di Menara Olimpik yang akan mendorong kreativiti saya. 91 00:07:12,682 --> 00:07:15,232 Terasa bak berada di awang-awangan. 92 00:07:15,309 --> 00:07:19,729 Kalau minyak wangi awak berjaya, saya akan ikut saja kemahuan awak. 93 00:07:30,992 --> 00:07:34,122 - Mari kita keluar berparti. - Tak nak, esok kerja. 94 00:07:34,203 --> 00:07:37,713 Janganlah beri alasan. Sejak bila awak peduli hal itu? 95 00:07:37,790 --> 00:07:39,290 Tak, saya serius. 96 00:07:39,375 --> 00:07:42,205 Saya nak jadi orang dewasa yang bertanggungjawab. 97 00:07:42,295 --> 00:07:45,295 Saya tak boleh keluar semalam suntuk sesuka hati. 98 00:07:45,381 --> 00:07:47,681 Saya perlu siapkan dua koleksi esok. 99 00:07:50,303 --> 00:07:51,893 Saya faham maksud awak. 100 00:07:51,971 --> 00:07:55,061 Apa maksud awak? Saya cuma nak duduk di rumah. 101 00:07:55,141 --> 00:07:58,021 Duduk bersendirian. Awak suka bersendirian. 102 00:07:58,102 --> 00:07:59,232 Saya tak kata pun. 103 00:07:59,312 --> 00:08:01,982 Sudahlah, En. Halston yang popular nak mampus. 104 00:08:02,064 --> 00:08:04,614 - Saya tahu isi hati awak. - Apa maksud awak? 105 00:08:04,692 --> 00:08:06,652 Saya cuma pelacur bagi awak. 106 00:08:06,736 --> 00:08:10,066 Bukanlah, saya cuma tak nak keluar malam ini. 107 00:08:10,156 --> 00:08:12,196 Jangan mengarut, okey? 108 00:08:12,283 --> 00:08:14,493 Awak suka apabila saya puaskan awak. 109 00:08:14,577 --> 00:08:17,787 Kemudian saya dihalau dan hidup awak kembali sempurna. 110 00:08:17,872 --> 00:08:19,832 Pasang cadar sutera pada katil. 111 00:08:19,916 --> 00:08:21,746 Saya tak suka dilayan begitu. 112 00:08:21,834 --> 00:08:24,054 Awak tak nak dilihat dengan saya. 113 00:08:24,128 --> 00:08:27,128 Saya cuma objek bagi awak. Awak tak mahu selain itu. 114 00:08:28,674 --> 00:08:29,974 Baiklah. 115 00:08:30,676 --> 00:08:32,216 Saya keluarlah. 116 00:08:34,305 --> 00:08:35,175 Terima kasih. 117 00:08:39,852 --> 00:08:40,692 Tapi 118 00:08:41,729 --> 00:08:44,149 saya nak ada di rumah pada pukul 1 pagi, 119 00:08:44,232 --> 00:08:45,902 di katil saya sendiri. 120 00:08:45,983 --> 00:08:48,953 Ya, saya tidur seorang diri malam ini. 121 00:08:49,028 --> 00:08:50,028 Awak faham? 122 00:08:51,280 --> 00:08:53,910 Saya akan minum segelas dan tak guna kokaina. 123 00:08:54,575 --> 00:08:56,285 Tak nak kokaina. Baiklah. 124 00:09:00,831 --> 00:09:02,381 Biar saya berterus terang. 125 00:09:02,458 --> 00:09:05,958 Saya tahu Max Factor pernah popular 126 00:09:06,045 --> 00:09:08,505 pada zaman semasa bumi masih menyejuk. 127 00:09:08,589 --> 00:09:09,759 Ia akan popular semula. 128 00:09:09,840 --> 00:09:11,630 Tapi bukan sekarang, betul? 129 00:09:12,260 --> 00:09:16,180 Saya tak mahu biadab tapi Max Factor jenama kodi dan biasa. 130 00:09:16,264 --> 00:09:19,394 - Boleh beli di Woolworth's. - Itu kelebihannya. 131 00:09:19,475 --> 00:09:23,895 Yang bagusnya, keuntungannya tinggi melangit. 132 00:09:24,397 --> 00:09:26,517 Semua orang mampu beli Max Factor. 133 00:09:26,607 --> 00:09:28,607 Tapi itulah maksud saya, David. 134 00:09:28,693 --> 00:09:31,653 Jika semua orang mampu, apa gunanya kita memilikinya? 135 00:09:31,737 --> 00:09:34,777 Orang tak boleh beli Halston di kedai diskaun. 136 00:09:34,865 --> 00:09:36,365 Ia tak patut berlaku. 137 00:09:36,867 --> 00:09:38,697 Hilanglah misterinya. 138 00:09:39,537 --> 00:09:41,367 Maaf jika bunyinya angkuh. 139 00:09:41,455 --> 00:09:43,865 Memang bunyinya angkuh. 140 00:09:44,792 --> 00:09:47,042 Halston, bukankah awak dari Indiana? 141 00:09:48,129 --> 00:09:48,959 Dulu. 142 00:09:50,840 --> 00:09:54,220 Produk murah Max Factor 143 00:09:54,302 --> 00:09:57,602 yang berbalut plastik melambangkan semua yang saya tinggalkan. 144 00:09:57,680 --> 00:09:58,640 Saya faham. 145 00:09:59,140 --> 00:10:02,520 Tapi Max Factor menang dari segi skala. 146 00:10:02,602 --> 00:10:06,062 Max Factor boleh hasilkan minyak wangi Halston 147 00:10:06,147 --> 00:10:09,107 pada skala yang tak mampu ditandingi dalam pasaran. 148 00:10:09,191 --> 00:10:14,111 Mike, saya yakin awak baik orangnya tapi awak tak dengar kata saya. 149 00:10:17,950 --> 00:10:19,580 Mari kita keluar berjalan. 150 00:10:20,202 --> 00:10:23,752 - Bawa kot. Marilah. - Mari kita jalan-jalan. 151 00:10:28,127 --> 00:10:30,377 Halston. Terima kasih. 152 00:10:30,463 --> 00:10:33,763 Ini rumah baru saya yang siap minggu ini. 153 00:10:33,841 --> 00:10:35,511 Jika saya buat minyak wangi, 154 00:10:35,593 --> 00:10:40,473 ia mesti setanding atau mengatasi keanggunan dan cita rasa sehebat ini. 155 00:10:40,556 --> 00:10:43,136 Jika tidak, saya tak nak buat. 156 00:10:43,225 --> 00:10:44,435 Habis cerita. 157 00:10:50,399 --> 00:10:51,399 Ia menakjubkan. 158 00:10:54,028 --> 00:10:55,488 Baru saya faham. 159 00:11:12,505 --> 00:11:13,455 Celaka. 160 00:11:14,048 --> 00:11:15,418 Tak kelakar, Victor. 161 00:11:18,761 --> 00:11:19,761 Awak bencikannya. 162 00:11:20,888 --> 00:11:23,888 Awak rasa ia dingin. Saya rasa ini masa depan. 163 00:11:23,974 --> 00:11:27,444 Halston, saya suka, okey? 164 00:11:27,520 --> 00:11:30,020 Tiada orang ada cita rasa sehebat awak. 165 00:11:30,106 --> 00:11:33,566 - Saya nak pindah ke sini jika awak ajak. - Mestilah. 166 00:11:34,151 --> 00:11:36,861 Guna Oscar awak untuk tahan pintu bilik air. 167 00:11:41,325 --> 00:11:42,785 Sedap betul. 168 00:11:43,411 --> 00:11:47,121 Makanan sebenar, selepas berbulan-bulan merana di Mexico. 169 00:11:47,665 --> 00:11:49,875 Saya mula berbau seperti udang. 170 00:11:49,959 --> 00:11:52,039 - Liza! - Saya serius. 171 00:11:52,128 --> 00:11:53,838 Kami cuma diberi makan udang. 172 00:11:54,338 --> 00:11:58,178 Separuh filem itu berlaku di atas bot. 173 00:11:59,009 --> 00:12:01,139 Bot itu berbau sangat busuk. 174 00:12:01,637 --> 00:12:04,177 Gene Hackman enggan turun ke bawah geladak. 175 00:12:04,265 --> 00:12:07,435 Saya dan Burt turun untuk cari punca bau itu. 176 00:12:07,935 --> 00:12:09,725 Mereka memanggilnya bilga. 177 00:12:09,812 --> 00:12:11,692 Air kotor yang keruh dan busuk. 178 00:12:11,772 --> 00:12:14,732 Saya terfikir untuk muntah agar baunya lebih wangi. 179 00:12:14,817 --> 00:12:16,987 Sayang, sudahlah. Saya nak makan. 180 00:12:17,695 --> 00:12:18,605 Maaf. 181 00:12:20,448 --> 00:12:22,488 Siapa yang masak? Awak? 182 00:12:23,868 --> 00:12:24,738 Restoran 21. 183 00:12:26,036 --> 00:12:26,946 Apa? 184 00:12:27,580 --> 00:12:32,290 Amboi, mewah betul awak sekarang! 185 00:12:32,376 --> 00:12:35,626 Ya, saya cuma perlu telefon dan sebut nama saya. 186 00:12:35,713 --> 00:12:39,383 Tahu-tahu saja, dalam sepuluh minit, hidangan tiga sajian tiba. 187 00:12:39,467 --> 00:12:42,257 Cef sendiri tolak troli ke seberang jalan. 188 00:12:42,344 --> 00:12:44,724 - Pinggan, sudu garpu, semuanya. - Yakah? 189 00:12:47,767 --> 00:12:49,767 Okey, jika saya pindah ke sini, 190 00:12:50,895 --> 00:12:52,685 apa kita nak buat dengan Ed? 191 00:12:52,772 --> 00:12:55,112 Bantahan, mempengaruhi saksi. 192 00:12:56,817 --> 00:12:58,147 Tidak, Ed okey. 193 00:12:58,235 --> 00:13:00,485 Dia juruhias tetingkap. Ed sama saja. 194 00:13:00,571 --> 00:13:02,741 Bagaimana dengan Victor? Mana dia? 195 00:13:02,823 --> 00:13:04,623 Tak larat layan dia malam ini. 196 00:13:04,700 --> 00:13:06,660 Kedatangannya macam cuaca buruk 197 00:13:06,744 --> 00:13:09,464 yang tertumpu di dalam rumah kita. 198 00:13:10,039 --> 00:13:13,289 Terus terang, malam ini saya cuma nak berehat 199 00:13:13,375 --> 00:13:15,955 dan nikmati hidangan berbintang Michelin 200 00:13:16,045 --> 00:13:18,705 di rumah baru dengan wanita yang saya sayang. 201 00:13:24,970 --> 00:13:25,970 Halston… 202 00:13:28,224 --> 00:13:29,604 saya akan berkahwin. 203 00:13:32,269 --> 00:13:33,229 Dengan siapa? 204 00:13:33,312 --> 00:13:35,152 Jack. Awak rasa siapa lagi? 205 00:13:35,231 --> 00:13:37,151 Betul juga, sayang. 206 00:13:38,400 --> 00:13:39,440 Baguslah. 207 00:13:39,944 --> 00:13:40,994 Ya? 208 00:13:42,279 --> 00:13:44,199 Tak jadilah awak pindah ke sini. 209 00:13:44,949 --> 00:13:47,579 Sayang, apa yang tak kena? 210 00:13:48,661 --> 00:13:50,291 Saya jadi takut. 211 00:13:53,958 --> 00:13:56,668 Awak akan berkahwin dan kita takkan jumpa lagi. 212 00:13:56,752 --> 00:13:58,342 Itu takkan berlaku. 213 00:13:59,296 --> 00:14:01,506 Okey? Saya janji. 214 00:14:05,177 --> 00:14:06,047 Bagus. 215 00:14:24,280 --> 00:14:26,570 Halston, awak termenung jauh? 216 00:14:28,033 --> 00:14:29,033 Tidak. 217 00:14:32,204 --> 00:14:34,924 Saya fikir idea untuk gaun pengantin awak. 218 00:14:35,708 --> 00:14:36,748 Yakah? 219 00:14:38,210 --> 00:14:40,090 Awak memang yang terbaik. 220 00:14:44,341 --> 00:14:48,641 Jadi, anak Dorothy akan mengahwini anak Tin Man? 221 00:14:51,015 --> 00:14:53,265 Itu impian mutlak semua peminat gay. 222 00:14:57,229 --> 00:14:59,269 Apa kata Liza pakai warna kuning? 223 00:14:59,356 --> 00:15:01,816 Macam jalan bata kuning. 224 00:15:01,901 --> 00:15:03,571 Bukan saya yang kata begitu. 225 00:15:03,652 --> 00:15:04,612 Tak mungkin. 226 00:15:05,112 --> 00:15:08,202 - Buat gaun yang meleret. - Ya, biar panjang. 227 00:15:08,282 --> 00:15:10,702 - Kasut merah delima. Tolonglah. - Tidak. 228 00:15:11,368 --> 00:15:13,998 Elsa, boleh ambilkan sutera? Sutera kuning? 229 00:15:14,079 --> 00:15:16,119 Kain crepe de chine, saya rasa. 230 00:15:16,206 --> 00:15:17,626 Terima kasih, sayang. 231 00:15:18,459 --> 00:15:19,959 Saya suka. 232 00:15:21,420 --> 00:15:23,550 Awak tak rasa temanya ketara sangat? 233 00:15:23,631 --> 00:15:25,471 Dengan anjing di dalam bakul? 234 00:15:26,383 --> 00:15:27,683 Bagaimana dengan sut? 235 00:15:28,302 --> 00:15:30,762 Maksud saya, dia pernah pakai gaun. 236 00:15:30,846 --> 00:15:35,426 Tapi jaket dubel bres kuning? Dia pasti nampak bergaya. 237 00:15:35,517 --> 00:15:38,847 - Elsa, sayangku. - Elsa, awak genius. 238 00:15:38,938 --> 00:15:42,358 Elsa, sayangku, pergi beli vodka lagi. 239 00:15:43,067 --> 00:15:45,027 Maaf, saya bukan orang gaji awak. 240 00:15:45,110 --> 00:15:48,910 Ambil duit daripada jaket saya dan beli apa-apa yang awak nak. 241 00:15:48,989 --> 00:15:50,779 Ingat saya tiada wang? 242 00:15:50,866 --> 00:15:52,446 Saya tak kata begitu. 243 00:15:52,534 --> 00:15:54,954 Kami sedang bekerja. Awak teruklah. 244 00:15:55,037 --> 00:15:58,167 Lihat sini. Saya rasa dengan lapel tuksedo… 245 00:16:02,419 --> 00:16:04,919 Helo, semua. Nama saya Halston. 246 00:16:05,005 --> 00:16:06,625 Saya sangat berlagak. 247 00:16:06,715 --> 00:16:08,335 Saya sentiasa bekerja. 248 00:16:08,425 --> 00:16:09,965 Saya sangat penting 249 00:16:10,052 --> 00:16:12,812 dan saya suka ejek Victor dan kata dia teruk 250 00:16:13,305 --> 00:16:17,265 padahal jelas sekali saya yang teruk! 251 00:16:18,644 --> 00:16:19,604 Victor. 252 00:16:20,813 --> 00:16:21,693 Victor! 253 00:16:24,817 --> 00:16:25,687 Victor… 254 00:16:25,776 --> 00:16:26,896 Pergi mati. 255 00:16:26,986 --> 00:16:30,026 - Kenapa dengan awak? - Tak ada apa-apa. 256 00:16:30,114 --> 00:16:31,704 Bagi awak, semuanya elok. 257 00:16:31,782 --> 00:16:32,782 Victor… 258 00:16:34,576 --> 00:16:35,866 Saya nak ke majlis Liza. 259 00:16:35,953 --> 00:16:39,463 Kita semua akan ke majlis itu. Elsa, Joe, awak, semua model… 260 00:16:39,540 --> 00:16:41,130 Dengar sini, Halston. 261 00:16:41,208 --> 00:16:45,208 Saya nak hadiri majlis kahwin itu dengan awak. 262 00:16:45,963 --> 00:16:48,883 - Sebagai pasangan awak. - Awak mabuk teruk. 263 00:16:50,676 --> 00:16:51,886 Nak tahu sesuatu? 264 00:16:51,969 --> 00:16:52,889 Mulai sekarang, 265 00:16:54,054 --> 00:16:56,394 saya akan puaskan awak secara percuma. 266 00:16:56,473 --> 00:16:58,433 Saya takkan kenakan bayaran. 267 00:16:59,226 --> 00:17:01,556 "Tapi itu yang menyeronokkan, Victor. 268 00:17:01,645 --> 00:17:05,105 Saya suka pelacur susah. Itu yang menaikkan nafsu saya." 269 00:17:05,190 --> 00:17:06,440 Cuba teka. 270 00:17:07,484 --> 00:17:10,154 Saya bukan hanya pelacur, okey? 271 00:17:10,237 --> 00:17:14,157 Saya lebih daripada itu. Saya karyawan yang hebat. 272 00:17:14,241 --> 00:17:16,241 Saya patut lebih bererti kepada awak. 273 00:17:17,119 --> 00:17:19,999 Jadi mulai sekarang, saya pasangan awak. 274 00:17:20,080 --> 00:17:22,040 - Awak faham? - Ya. 275 00:17:22,541 --> 00:17:23,711 - Ya? - Ya. 276 00:17:23,792 --> 00:17:25,042 Okey. 277 00:17:25,127 --> 00:17:27,757 Jadi, apa kata awak biar pasangan awak 278 00:17:28,464 --> 00:17:31,514 bawa awak pulang dan puaskan awak cukup-cukup? 279 00:17:36,972 --> 00:17:39,852 Hei, Elsa. Sayangku, ini Halston. 280 00:17:39,933 --> 00:17:43,403 Saya nak balik untuk berasmara dengan Victor, kekasih saya. 281 00:17:44,855 --> 00:17:45,855 Tak guna. 282 00:17:57,910 --> 00:17:59,870 - Boleh saya ambil kot? - Terima kasih. 283 00:18:04,625 --> 00:18:07,125 Jadi, mesti awak pembuat minyak wangi saya. 284 00:18:10,380 --> 00:18:13,260 Awak perlu jelaskan minat awak terhadap orkid. 285 00:18:13,342 --> 00:18:16,642 Ia tak perlukan penjelasan. Bunganya cantik. 286 00:18:17,805 --> 00:18:19,425 Bunganya tiada bau. 287 00:18:21,642 --> 00:18:22,732 Dalam maksudnya. 288 00:18:23,227 --> 00:18:25,307 - Halston. - Adèle. 289 00:18:25,395 --> 00:18:26,935 Awak bekerja untuk siapa? 290 00:18:27,022 --> 00:18:29,572 Syarikat Wangian dan Perisa Antarabangsa. 291 00:18:29,650 --> 00:18:32,150 - Max Factor minta saya… - Awak kerja untuk saya. 292 00:18:33,195 --> 00:18:35,565 Jika kita nak reka minyak wangi bersama, 293 00:18:35,656 --> 00:18:38,526 awak kerja untuk Halston, bukan Max Factor. 294 00:18:43,163 --> 00:18:46,333 Sebelum kita mula, saya nak minta awak padamkan rokok. 295 00:18:46,917 --> 00:18:49,747 Awak boleh minta tapi itu takkan berlaku. 296 00:18:59,138 --> 00:19:03,308 Semua minyak wangi merupakan gabungan tiga lapisan. 297 00:19:04,309 --> 00:19:07,729 Lapisan dasar, tengah dan atas. 298 00:19:07,813 --> 00:19:11,233 Saya anggap lapisan atas sebagai masa kini. 299 00:19:11,733 --> 00:19:14,403 Ia seketika. Ia ada, kemudian menghilang. 300 00:19:15,070 --> 00:19:16,030 Lapisan tengah. 301 00:19:16,697 --> 00:19:20,867 Ia teras wangian. Jiwa minyak wangi. 302 00:19:20,951 --> 00:19:22,871 Ia menyatukan minyak wangi itu. 303 00:19:23,453 --> 00:19:25,753 Saya suka mula dengan lapisan bawah. 304 00:19:25,831 --> 00:19:27,001 Lapisan dasar. 305 00:19:27,082 --> 00:19:29,962 Lapisan dasar yang paling penting. 306 00:19:30,460 --> 00:19:32,300 Ia tentang masa lalu. 307 00:19:32,379 --> 00:19:34,879 Sambil kita kembangkan bahasa kita bersama, 308 00:19:34,965 --> 00:19:39,255 saya akan minta awak ingat semula hidup awak. 309 00:19:39,344 --> 00:19:45,934 Bau, ya, tapi juga perasaan, kenangan. 310 00:19:54,109 --> 00:19:55,899 Baunya macam baja tahi lembu. 311 00:19:57,613 --> 00:19:58,743 Menarik. 312 00:20:00,407 --> 00:20:01,577 Itu bau gaharu. 313 00:20:02,201 --> 00:20:04,081 Berbau kasturi dan semerbak. 314 00:20:04,161 --> 00:20:07,211 Haruman purba. Daripada pokok gaharu. 315 00:20:07,289 --> 00:20:08,539 Bukan baja tahi lembu 316 00:20:09,166 --> 00:20:12,246 tapi menariknya, itu yang awak bayangkan. 317 00:20:14,796 --> 00:20:18,046 Tiada jawapan yang salah. Ini cuma proses. 318 00:20:18,133 --> 00:20:20,393 Cukuplah proses itu untuk hari ini. 319 00:20:20,469 --> 00:20:24,009 Tak naklah wanita Halston berjalan dengan bau macam lembu. 320 00:20:24,097 --> 00:20:27,177 Mari aturkan perjumpaan lain. Mohammed? 321 00:20:27,267 --> 00:20:31,147 Ya, apabila kita jumpa, saya nak awak fikirkan beberapa perkara. 322 00:20:31,230 --> 00:20:32,860 Saya ada kerja rumah? 323 00:20:32,940 --> 00:20:34,020 Tak sukar. 324 00:20:34,566 --> 00:20:37,736 Cuma tiga perkataan dari masa silam awak. 325 00:20:40,155 --> 00:20:41,195 Ya, baiklah. 326 00:20:41,281 --> 00:20:43,201 Cakaplah tindakan saya betul. 327 00:20:43,283 --> 00:20:44,413 Ulang cakap saya. 328 00:20:44,493 --> 00:20:47,753 Saya akan mengahwini lelaki terbaik bagi saya. 329 00:20:48,455 --> 00:20:49,865 - Halston. - Cakap. 330 00:20:52,834 --> 00:20:55,504 Saya akan mengahwini lelaki terbaik bagi saya. 331 00:20:56,088 --> 00:20:57,838 Saya akan raikannya. 332 00:20:59,549 --> 00:21:01,129 Saya akan raikannya. 333 00:21:04,429 --> 00:21:06,179 Awak memang kejam! 334 00:21:06,765 --> 00:21:08,015 - Ayuh. - Ayuh. 335 00:21:08,100 --> 00:21:10,980 Saya isytiharkan anda sebagai suami isteri. 336 00:21:17,651 --> 00:21:18,941 Syabas! 337 00:21:19,027 --> 00:21:19,987 Liza! 338 00:21:23,699 --> 00:21:24,779 Sayang awak. 339 00:21:24,866 --> 00:21:26,156 Saya sayang awak. 340 00:21:42,843 --> 00:21:44,143 Semoga berbahagia! 341 00:21:44,219 --> 00:21:46,509 - Awak cantik! - Awak jelita. 342 00:21:49,474 --> 00:21:50,684 Jangan risau. 343 00:21:51,268 --> 00:21:52,768 Saya boleh jaga awak. 344 00:21:54,354 --> 00:21:55,564 Saya jadi Liza baru. 345 00:21:56,064 --> 00:21:58,734 Tak. Jangan harap. Itu tugas saya. 346 00:22:03,405 --> 00:22:04,815 Perkataan seterusnya? 347 00:22:05,824 --> 00:22:06,784 Rumput. 348 00:22:10,746 --> 00:22:11,996 Rumput yang dipotong? 349 00:22:12,873 --> 00:22:15,043 Macam laman yang baru dimesin? 350 00:22:15,959 --> 00:22:16,839 Tidak. 351 00:22:18,503 --> 00:22:20,133 Tidak, rumput musim bunga, 352 00:22:21,089 --> 00:22:24,259 tumbuh dari celah lumpur selepas ais cair. 353 00:22:26,011 --> 00:22:27,051 Bunga dafodil. 354 00:22:28,680 --> 00:22:31,270 Perasaan apa yang bau dafodil cetuskan? 355 00:22:32,100 --> 00:22:33,100 Kesucian. 356 00:22:34,561 --> 00:22:35,441 Keselesaan. 357 00:22:43,236 --> 00:22:44,316 Saya suka. 358 00:22:44,404 --> 00:22:45,414 Baunya wangi. 359 00:22:46,073 --> 00:22:48,283 Macam sitrus. Sangat ringan. 360 00:22:49,618 --> 00:22:51,448 Tapi ia perlukan lapisan bawah. 361 00:23:02,964 --> 00:23:03,884 Ini bau apa? 362 00:23:03,965 --> 00:23:05,085 Kulit. 363 00:23:09,012 --> 00:23:10,562 Awak nak tambah bau apa? 364 00:23:11,139 --> 00:23:11,969 Sabun. 365 00:23:13,392 --> 00:23:14,352 Atau… 366 00:23:16,603 --> 00:23:18,113 krim cukur. 367 00:23:24,945 --> 00:23:26,105 Pandai awak buat. 368 00:23:29,241 --> 00:23:31,541 Bau itu timbulkan perasaan apa? 369 00:23:34,287 --> 00:23:35,327 Kemesraan. 370 00:23:37,666 --> 00:23:38,786 Apa semua ini? 371 00:23:39,626 --> 00:23:40,706 Rasa diterima. 372 00:23:42,504 --> 00:23:44,464 Hallie Mae, jangan manjakan dia 373 00:23:44,548 --> 00:23:46,798 atau dia akan jadi lelaki lembut. 374 00:23:46,883 --> 00:23:49,433 - Awak nak dia jadi begitu? - Jangan! 375 00:23:59,855 --> 00:24:01,725 Saya tahu ini sukar 376 00:24:02,566 --> 00:24:04,566 tapi kita sedang buat dengan baik. 377 00:24:07,195 --> 00:24:08,905 Datang semula minggu ini. 378 00:24:12,242 --> 00:24:13,202 Halston. 379 00:24:14,536 --> 00:24:17,496 Nanti, bawa contoh bau untuk saya. 380 00:24:17,581 --> 00:24:18,621 Ya? 381 00:24:22,919 --> 00:24:24,919 Lucy, saya dah balik. 382 00:24:30,093 --> 00:24:31,053 Awak buat apa? 383 00:24:31,136 --> 00:24:32,676 Saya masak untuk awak. 384 00:24:33,638 --> 00:24:35,848 Arepa Venezuela, pankek jagung. 385 00:24:36,850 --> 00:24:38,560 Saya tak tipu awak. Mari. 386 00:24:40,437 --> 00:24:41,307 Marilah. 387 00:24:52,282 --> 00:24:54,162 Janganlah takut akan saya. 388 00:24:58,788 --> 00:25:01,118 Awak nak orang sekeliling awak setia. 389 00:25:02,167 --> 00:25:05,997 Awak nak mereka patuh cakap awak. Tapi saya bukan begitu. 390 00:25:06,755 --> 00:25:11,635 Saya melawan cakap awak kerana saya tak setia membabi buta. 391 00:25:12,636 --> 00:25:13,756 Saya setia. 392 00:25:15,639 --> 00:25:17,719 Tapi saya perlu jadi diri sendiri. 393 00:25:19,184 --> 00:25:20,274 Faham? 394 00:25:26,149 --> 00:25:27,069 Macam ini. 395 00:25:29,486 --> 00:25:30,396 Macam ini? 396 00:25:31,154 --> 00:25:32,914 Tak. Pandang mata saya. 397 00:25:37,702 --> 00:25:38,832 Rasainya. 398 00:25:40,580 --> 00:25:41,460 Satu pasukan. 399 00:25:41,957 --> 00:25:42,787 Saya dan awak. 400 00:25:52,759 --> 00:25:54,889 Kenapa awak suka pinggirkan saya? 401 00:25:54,970 --> 00:25:59,270 Tak, saya cuma penat. Ini hari yang sukar. 402 00:25:59,349 --> 00:26:02,809 Itu masalah awak. Awak fikir awak saja yang penat. 403 00:26:02,894 --> 00:26:07,074 Awak tahu apa yang memenatkan? Jadi saya, karyawan yang orang tak tahu. 404 00:26:07,148 --> 00:26:09,028 Kita boleh jadi satu pasukan. 405 00:26:09,109 --> 00:26:11,739 Tapi bagi awak, saya macam sampah yang kotor. 406 00:26:11,820 --> 00:26:14,410 Saya tak sanggup layan awak. Keluar. 407 00:26:15,657 --> 00:26:18,367 Saya masak untuk awak tapi awak halau saya? 408 00:26:18,451 --> 00:26:20,451 Telefonlah Ed, makan dengan dia. 409 00:26:20,537 --> 00:26:23,037 Ya Tuhan! Saya tak peduli tentang Ed! 410 00:26:26,835 --> 00:26:28,835 Saya sayang awak. Awak pula? 411 00:26:28,920 --> 00:26:32,010 - Keluar dari sini. - Tak guna. Saya sayang awak. 412 00:26:32,090 --> 00:26:32,970 Beritahu saya, 413 00:26:34,301 --> 00:26:35,511 awak sayangkan saya. 414 00:26:36,720 --> 00:26:38,680 Saya tak mampu. 415 00:26:43,685 --> 00:26:45,935 Okey. 416 00:26:53,278 --> 00:26:54,238 Victor. 417 00:26:55,488 --> 00:26:56,868 Jangan tinggalkan saya. 418 00:26:57,365 --> 00:26:59,575 Victor, jangan pergi. Tolonglah. 419 00:27:02,912 --> 00:27:03,752 Tolonglah. 420 00:27:06,416 --> 00:27:09,036 Tolonglah! 421 00:27:10,587 --> 00:27:14,507 Okey, maafkan saya. Maaf, sayang. Saya tak patut desak awak. 422 00:27:14,591 --> 00:27:18,261 Maafkan saya. Saya ada di sini. 423 00:27:22,140 --> 00:27:23,310 Wanita Halston. 424 00:27:23,391 --> 00:27:24,231 RASAI SENSASINYA 425 00:27:24,309 --> 00:27:27,729 Berkeyakinan. Jelita. Berumur 28 hingga 45 tahun. 426 00:27:27,812 --> 00:27:30,232 Pendapatan purata isi rumah 38,000 dolar, 427 00:27:30,315 --> 00:27:31,935 menyukai kemewahan. 428 00:27:32,025 --> 00:27:35,105 Suka keluar bersuka ria tapi gemar duduk di rumah. 429 00:27:35,612 --> 00:27:37,782 Di meja sisi katilnya, Chanel No. 5 430 00:27:38,365 --> 00:27:41,325 dan Charlie, minyak wangi yang perlu dikalahkan. 431 00:27:41,910 --> 00:27:44,040 - Macam mana kita nak buat? - Tidak. 432 00:27:46,164 --> 00:27:50,094 Baiklah. Awak tak nak apa, botolnya? 433 00:27:50,168 --> 00:27:53,168 Tak apa, ada banyak pilihan. Tunggu. 434 00:27:53,254 --> 00:27:54,594 Tidak. 435 00:27:55,215 --> 00:27:56,255 Okey. 436 00:27:56,341 --> 00:27:59,091 - Tidak. - Awak tak tengok pun. 437 00:28:01,179 --> 00:28:02,639 Awak perlu bekerjasama. 438 00:28:05,725 --> 00:28:08,015 Tidak. 439 00:28:08,603 --> 00:28:09,563 Tidak. 440 00:28:11,481 --> 00:28:12,481 Tidak. 441 00:28:13,358 --> 00:28:14,188 Tidak. 442 00:28:15,110 --> 00:28:15,990 Tidak. 443 00:28:16,069 --> 00:28:17,949 UNTUK DIRIMU SEPENUHNYA 444 00:28:18,029 --> 00:28:18,949 Tidak. 445 00:28:19,030 --> 00:28:20,910 Boleh kita cakap berdua? 446 00:28:20,990 --> 00:28:21,830 Tidak. 447 00:28:22,909 --> 00:28:24,619 Ya, kenapa dengan rantai itu? 448 00:28:24,703 --> 00:28:27,123 - Boleh awak buat dengan kaca? - Ya. 449 00:28:27,205 --> 00:28:29,075 Tapi Halston sayang, 450 00:28:30,041 --> 00:28:33,631 Saya beri awak botol itu, kemudian? Apa yang saya dapat? 451 00:28:33,712 --> 00:28:37,472 Saya cakap dengan Walter Hoving hari ini di Tiffany 452 00:28:37,549 --> 00:28:43,259 dan dia mahu ambil awak sebagai pereka dalam syarikat. 453 00:28:43,346 --> 00:28:44,506 Itu saja? 454 00:28:45,098 --> 00:28:46,388 Awak tak dengar? 455 00:28:47,100 --> 00:28:51,400 Saya beri botol minyak wangi, awak beri saya temu duga di suatu tempat? 456 00:28:51,479 --> 00:28:52,769 Kenapa dengan awak? 457 00:28:52,856 --> 00:28:54,646 Tapi saya juga belikan 458 00:28:54,733 --> 00:28:57,153 kot bulu yang mahal. 459 00:28:57,819 --> 00:29:01,779 Bulu rubah Artik. Tunggulah awak tengok nanti. 460 00:29:01,865 --> 00:29:02,695 Cantik sangat. 461 00:29:02,782 --> 00:29:05,122 Hebatnya, Halston. 462 00:29:05,201 --> 00:29:07,081 Kot? Mulia sungguh awak. 463 00:29:07,162 --> 00:29:08,792 Okey, sudahlah. 464 00:29:08,872 --> 00:29:11,042 Saya beri awak apartmen saya. 465 00:29:15,795 --> 00:29:17,205 Saya bayar sewanya. 466 00:29:17,297 --> 00:29:18,917 Tinggal percuma di sini. 467 00:29:20,175 --> 00:29:21,295 Cakap terus terang. 468 00:29:22,385 --> 00:29:25,805 Awak ikhlas atau nak saya dekat supaya boleh kawal saya? 469 00:29:25,889 --> 00:29:28,099 Saya nak awak dekat untuk kawal awak. 470 00:29:30,977 --> 00:29:31,847 Okey. 471 00:29:32,353 --> 00:29:33,193 Baiklah. 472 00:29:34,105 --> 00:29:35,265 Saya setuju. 473 00:29:35,356 --> 00:29:36,266 Bagus. 474 00:29:40,153 --> 00:29:41,613 Kejadian tempoh hari 475 00:29:42,906 --> 00:29:44,276 sangat biasa berlaku. 476 00:29:46,826 --> 00:29:51,706 Bau ialah deria manusia yang paling terikat dengan ingatan. 477 00:29:53,082 --> 00:29:56,292 Keintiman masa lalu dan masa kini. 478 00:29:57,337 --> 00:29:59,627 Jadi, awak ada perasaan yang kuat, 479 00:30:00,131 --> 00:30:02,011 maknanya awak buat kerja. 480 00:30:03,593 --> 00:30:04,803 Jadi, terima kasih. 481 00:30:04,886 --> 00:30:09,346 Saya patut berterima kasih. Tak perlu jumpa ahli psikoanalisis lagi. 482 00:30:09,432 --> 00:30:12,062 Saya boleh datang ke sini, hidu sampel bau 483 00:30:12,143 --> 00:30:14,103 dan menangis bila-bila saya suka. 484 00:30:14,604 --> 00:30:15,814 Bagus untuk saya. 485 00:30:20,568 --> 00:30:26,318 Rasanya saya ada halangan emosi yang perlu diteliti. 486 00:30:29,410 --> 00:30:31,660 - Awak ada kerja rumah. - Ya. 487 00:30:33,414 --> 00:30:36,714 Awak salah ketika awak kata bunga orkid tiada bau. 488 00:30:44,551 --> 00:30:46,851 Ini namanya Lady of the Night. 489 00:30:47,720 --> 00:30:51,980 Mengingatkan saya kepada freesia atau lily of the valley. 490 00:30:52,058 --> 00:30:53,308 Ia jarang ditemui. 491 00:30:54,602 --> 00:30:56,272 Itu sesuatu yang bagus. 492 00:31:00,108 --> 00:31:00,978 Satu lagi, 493 00:31:02,360 --> 00:31:04,700 kita juga ada tembakau. 494 00:31:04,779 --> 00:31:07,119 Selalunya dalam minyak kelonyor lelaki, 495 00:31:07,198 --> 00:31:09,198 bukan dalam minyak wangi wanita. 496 00:31:09,284 --> 00:31:10,494 Baunya manis. 497 00:31:11,661 --> 00:31:13,911 Tembakau ini diproses dengan gula. 498 00:31:13,997 --> 00:31:15,867 Baunya menenangkan saya. 499 00:31:16,624 --> 00:31:19,134 Macam roti yang dibakar di dalam ketuhar. 500 00:31:19,210 --> 00:31:22,800 Menarik. Saya menyukainya, Halston. 501 00:31:24,757 --> 00:31:26,717 - Saya ada satu lagi. - Menarik. 502 00:31:36,269 --> 00:31:37,349 Itu seluar dalam? 503 00:31:37,437 --> 00:31:38,267 Ya. 504 00:31:39,188 --> 00:31:40,518 Bukan saya punya. 505 00:31:40,607 --> 00:31:42,397 Ia milik kekasih saya, Victor. 506 00:31:43,109 --> 00:31:46,399 - Mungkin awak tak nak hidu baunya. - Beri kepada saya. 507 00:32:30,365 --> 00:32:31,565 Halston… 508 00:32:33,993 --> 00:32:37,583 awak ada bakat jadi pembuat minyak wangi. 509 00:32:40,041 --> 00:32:41,791 Minyak Wangi Halston. 510 00:32:43,878 --> 00:32:45,248 Membelai rasa. 511 00:32:46,089 --> 00:32:47,549 Mewah. 512 00:32:48,675 --> 00:32:50,045 Mempesona. 513 00:32:53,429 --> 00:32:55,679 Minyak wangi Halston tulen. 514 00:32:57,308 --> 00:33:00,098 Boleh didapati di gedung serbaneka eksklusif. 515 00:33:01,396 --> 00:33:02,606 Habis terjual. 516 00:33:02,689 --> 00:33:04,359 Habis sebelum tengah hari. 517 00:33:04,440 --> 00:33:07,650 Ramai orang beli hanya kerana botolnya. 518 00:33:11,322 --> 00:33:12,572 Terima kasih. 519 00:33:18,705 --> 00:33:21,495 - Apa pendapat awak tentang kita? - Maksud awak? 520 00:33:22,000 --> 00:33:23,670 Mesti awak tahu maksud saya. 521 00:33:24,168 --> 00:33:25,798 Sebenarnya, saya tak tahu. 522 00:33:32,385 --> 00:33:33,635 Sayang. 523 00:33:34,429 --> 00:33:35,759 Saya sayang awak. 524 00:33:35,847 --> 00:33:37,347 Saya sayang awak juga. 525 00:33:39,517 --> 00:33:41,557 Tapi diri saya bukan begitu. 526 00:33:41,644 --> 00:33:42,774 Awak pun tahu. 527 00:33:44,147 --> 00:33:45,647 Saya tahu. 528 00:33:46,315 --> 00:33:48,225 Tapi saya perlu cuba. 529 00:33:49,694 --> 00:33:51,744 Awak saja lelaki yang faham saya. 530 00:33:52,238 --> 00:33:54,028 Satu-satunya yang pernah cuba. 531 00:33:55,408 --> 00:33:56,828 Saya Halston. 532 00:33:56,909 --> 00:33:58,449 Sukacita saya perkenalkan 533 00:33:58,536 --> 00:34:02,416 koleksi baharu bagasi Ultrasuede yang mewah daripada Hartmann. 534 00:34:03,082 --> 00:34:07,052 Akhirnya, Halston ada koleksi bagasi baharu. 535 00:34:08,379 --> 00:34:10,209 Helo, saya Halston. 536 00:34:10,298 --> 00:34:13,798 Sesuatu yang selesa dipijak selepas seharian penat bekerja 537 00:34:13,885 --> 00:34:15,675 ialah permaidani Karastan. 538 00:34:15,762 --> 00:34:17,102 Lihatlah mutunya. 539 00:34:17,597 --> 00:34:20,217 Permaidani Halston untuk hari ini dan esok. 540 00:34:20,308 --> 00:34:22,438 Helo, saya Halston. 541 00:34:22,518 --> 00:34:25,728 Sukacita saya mengumumkan koleksi fesyen atasan baharu. 542 00:34:25,813 --> 00:34:27,903 Dalam penerbangan Braniff Airlines, 543 00:34:27,982 --> 00:34:31,152 tempat duduk, uniform, malah selipar di kaki anda 544 00:34:31,235 --> 00:34:32,775 direka oleh saya sendiri. 545 00:34:32,862 --> 00:34:36,662 Helo, saya Halston. Masa depan amat cerah dan moden. 546 00:34:36,741 --> 00:34:40,241 Cermin mata hitam Halston mampu menghadapi setiap detik. 547 00:34:40,328 --> 00:34:42,158 Lihat dunia moden dengan jelas. 548 00:34:42,747 --> 00:34:44,617 Halston untuk anda hari ini. 549 00:34:44,707 --> 00:34:46,537 Halston untuk anda setiap hari. 550 00:34:47,043 --> 00:34:48,923 Halston untuk dunia anda. 551 00:34:49,545 --> 00:34:52,665 Nampaknya saya perlu mengaku kesilapan. 552 00:34:53,674 --> 00:34:57,394 Ini 50,000 dolar yang awak beri dengan faedah. 553 00:34:57,470 --> 00:34:58,350 Terima kasih. 554 00:34:58,971 --> 00:35:01,851 David, Michael, terima kasih. Kamu baik hati. 555 00:35:01,933 --> 00:35:03,603 Tak banyak kami boleh cakap. 556 00:35:03,684 --> 00:35:07,194 Minyak wangi Halston ialah kejayaan antarabangsa terbesar 557 00:35:07,271 --> 00:35:09,901 dalam sejarah kejayaan antarabangsa. 558 00:35:09,982 --> 00:35:13,862 Ia mengatasi jangkaan. Terima kasih. 559 00:35:15,279 --> 00:35:17,739 Terima kasih. Saya temankan kamu keluar. 560 00:35:19,492 --> 00:35:23,832 Apa-apa pun, saya ingin cipta minyak wangi lelaki. 561 00:35:23,913 --> 00:35:27,333 Saya akan tengok prototaip akhir botolnya hujung bulan ini. 562 00:35:27,416 --> 00:35:31,496 Tapi saya mesti beri amaran, botolnya agak mencabar. 563 00:35:31,587 --> 00:35:34,837 Ia zakar lelaki yang besar. 564 00:35:38,553 --> 00:35:39,473 Saya bergurau. 565 00:35:40,346 --> 00:35:42,136 Ya Tuhan. 566 00:35:42,849 --> 00:35:46,439 Sebenarnya, jika Halston hasilkannya, jualannya pasti laris. 567 00:35:46,519 --> 00:35:49,189 Awak kata jika minyak wangi saya berjaya, 568 00:35:49,272 --> 00:35:51,072 saya boleh dapat apa-apa saja. 569 00:35:51,149 --> 00:35:54,239 Sumpah, apa-apa saja yang awak mahu. 570 00:35:54,318 --> 00:35:55,358 Bagus. 571 00:36:00,575 --> 00:36:01,945 - Selamat pagi. - Pagi. 572 00:36:02,034 --> 00:36:04,834 Maaf, koleksi stoking perlukan jawapan hari ini. 573 00:36:04,912 --> 00:36:06,042 Lelaki atau wanita? 574 00:36:06,581 --> 00:36:07,501 Mana-mana satu. 575 00:36:08,166 --> 00:36:09,076 Kedua-duanya. 576 00:36:13,129 --> 00:36:15,549 - Selamat pagi, semua. - Selamat pagi, Halston. 577 00:36:15,631 --> 00:36:16,471 Victor. 578 00:36:17,091 --> 00:36:18,221 Jangan kacau saya. 579 00:36:19,218 --> 00:36:21,598 Kita keluar malam ini. Baliklah meridap. 580 00:36:21,679 --> 00:36:23,559 Saya baru tiba. Apa itu meridap? 581 00:36:23,639 --> 00:36:28,639 Saya beritahu awak sepanjang minggu. Ini malam pembukaan. Studio 54. 582 00:36:28,728 --> 00:36:31,268 Andy akan berada di sana, Bianca, Liza. 583 00:36:32,690 --> 00:36:34,900 Sayang, Victor Hugo pun ada di sana. 584 00:36:34,984 --> 00:36:37,494 Saya tak boleh pergi. Saya terlalu sibuk. 585 00:36:37,570 --> 00:36:41,280 Bosan. Apa kata nenek duduk di kerusi goyang? 586 00:36:41,365 --> 00:36:43,445 Saya ambilkan selimut dan kucing. 587 00:36:43,534 --> 00:36:44,874 Janganlah. 588 00:36:45,578 --> 00:36:47,208 Mungkin kita jumpa di sana. 589 00:36:47,997 --> 00:36:49,997 Macam awak cuba gembirakan saya. 590 00:36:50,750 --> 00:36:52,420 Mungkin gembirakan kita? 591 00:36:52,501 --> 00:36:53,881 Saya suka. 592 00:36:53,961 --> 00:36:55,211 - Halston? - Maaf, Ed. 593 00:36:55,796 --> 00:36:57,586 - Jangan. - Saya tiada masa. 594 00:36:58,633 --> 00:37:01,513 - Adakan masa. - Awak tak boleh meluru masuk. 595 00:37:01,594 --> 00:37:04,514 Ya, setiausaha awak dan semua orang kata begitu. 596 00:37:04,597 --> 00:37:06,927 - Saya dilarang jumpa awak. - Tak benar. 597 00:37:07,016 --> 00:37:08,176 Mengarut, Halston! 598 00:37:08,267 --> 00:37:11,017 Semakin hari, dengan setiap produk baru, 599 00:37:11,103 --> 00:37:13,403 semakin sukar nak jumpa awak. 600 00:37:14,148 --> 00:37:15,728 Ada saja halangan. 601 00:37:15,816 --> 00:37:18,106 Itulah ertinya kejayaan, Ed. 602 00:37:18,194 --> 00:37:20,364 Saya bukan orang lagi. Saya jenama. 603 00:37:20,446 --> 00:37:24,156 Jenama itu perlukan saya cari masa untuk jadi kreatif, berfikir. 604 00:37:24,659 --> 00:37:26,449 Halston dalam fasa membangun. 605 00:37:27,578 --> 00:37:28,998 Nak bangunkan apa lagi? 606 00:37:29,080 --> 00:37:30,160 Stoking. 607 00:37:30,873 --> 00:37:32,083 Nampaknya begitulah. 608 00:37:35,586 --> 00:37:37,376 Kita perlu bincang hal Victor. 609 00:37:38,256 --> 00:37:40,676 Saya hias tetingkap. Itu tugas saya. 610 00:37:40,758 --> 00:37:42,758 Kini Victor rasa itu kerja dia. 611 00:37:48,182 --> 00:37:49,102 Ia lokasi jenayah. 612 00:37:49,684 --> 00:37:53,024 Victor tukar paparan saya jadi lokasi jenayah ganas. 613 00:37:53,604 --> 00:37:55,404 Awak nak tanya saya apa, Ed? 614 00:37:55,898 --> 00:37:57,688 Saya minta awak pilih. 615 00:37:59,235 --> 00:38:00,105 Victor 616 00:38:01,320 --> 00:38:02,150 atau saya. 617 00:38:02,238 --> 00:38:03,448 Saya pilih Victor. 618 00:38:05,574 --> 00:38:06,744 - Halston? - Ya. 619 00:38:06,826 --> 00:38:09,246 Mereka datang untuk urusan botol minyak wangi lelaki. 620 00:38:09,328 --> 00:38:11,708 Suruh mereka masuk. Terima kasih, Sassy. 621 00:39:41,921 --> 00:39:44,261 Halston! 622 00:40:39,562 --> 00:40:41,812 BERDASARKAN BUKU SIMPLY HALSTON OLEH STEVEN GAINES 623 00:43:20,055 --> 00:43:22,515 Terjemahan sari kata oleh Fariza Zainal