1 00:00:07,000 --> 00:00:08,250 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:27,125 --> 00:00:30,708 Gergasi Lemas 3 00:00:36,625 --> 00:00:39,750 ...ditutup sepenuhnya. Kita mengetahuinya sekian lama. 4 00:00:44,750 --> 00:00:47,208 Ribut besar melanda pada malam sebelum. 5 00:00:47,291 --> 00:00:50,416 Jadi, pekan ini menerima berita pertama lewat pagi berikutnya 6 00:00:50,500 --> 00:00:54,125 tentang kedatangan ia selepas nelayan tempatan menemuinya. 7 00:00:54,916 --> 00:00:58,916 Sebagai saintis, rakan kerja dan saya, menganggap laporan pertama 8 00:00:59,000 --> 00:01:01,791 hanya khabar angin atau palsu. 9 00:01:02,750 --> 00:01:06,333 Namun, selepas lebih ramai saksi kembali dari pantai itu, 10 00:01:06,416 --> 00:01:09,125 akhirnya kami bercadang untuk datang menyiasat tentangnya. 11 00:01:09,958 --> 00:01:12,791 Ayuh, Steven. Tiada masa untuk berdiri diam terpegun. 12 00:01:13,708 --> 00:01:15,166 Saya datang. 13 00:01:16,750 --> 00:01:19,416 Pasti beratnya kira-kira 60 tan. 14 00:01:19,500 --> 00:01:23,291 Saya rasa hampir 80. Tulang saja pasti 30 tan. 15 00:01:24,250 --> 00:01:26,625 Raut mukanya yang luas itu 16 00:01:26,708 --> 00:01:29,666 menyukarkan penaksiran umur gergasi ini, 17 00:01:29,750 --> 00:01:32,250 namun, mulut dan hidung yang terbentuk sempurna 18 00:01:32,333 --> 00:01:36,458 menunjukkan ia seorang lelaki muda yang pendiam dan tenang. 19 00:01:42,500 --> 00:01:46,000 Ia mempunyai wajah yang mulia, memiliki tarikan yang menakjubkan, 20 00:01:46,083 --> 00:01:49,458 yang tak sepadan dengan kekuatan gergasi yang besar. 21 00:01:54,541 --> 00:01:57,125 Ketinggian yang agung ibarat Homer 22 00:01:57,208 --> 00:02:00,416 menunjukkan contoh asli Argonaut yang mati lemas 23 00:02:00,500 --> 00:02:02,500 atau seorang wira dari The Odyssey 24 00:02:02,583 --> 00:02:06,833 bertentangan dengan manusia bersaiz normal seperti yang dibayangkan sebelum ini. 25 00:02:17,833 --> 00:02:22,791 Perkara paling menarik tentulah skala saiznya, 26 00:02:22,875 --> 00:02:27,875 namun, yang paling menarik adalah hakikat kewujudannya. 27 00:02:27,958 --> 00:02:31,208 Kehidupan kita penuh dengan ketidakpastian, 28 00:02:31,291 --> 00:02:35,458 namun gergasi ini dengan pastinya wujud... 29 00:02:36,333 --> 00:02:39,750 lalu membolehkan kita menyingkap suatu lagi dunia yang penuh kepastian 30 00:02:39,833 --> 00:02:45,500 bahawa pemerhati di pantai ini adalah salinan kerdil yang tak sempurna. 31 00:02:47,833 --> 00:02:49,208 Lihat di sana. 32 00:02:54,916 --> 00:02:56,458 Siapa itu? Marilah. 33 00:03:10,250 --> 00:03:12,541 Oh, ia seperti getah. 34 00:03:18,291 --> 00:03:20,166 - Naik. - Ia licin. 35 00:03:31,375 --> 00:03:32,875 Bagaimana di atas sana? 36 00:03:35,958 --> 00:03:37,458 Lucu? 37 00:03:38,833 --> 00:03:41,000 Teddy, tak guna, saya hampir jatuh. 38 00:03:41,083 --> 00:03:42,875 Kamu nampak sangat takut. 39 00:03:45,083 --> 00:03:48,166 Dari jauh, ia seperti sedang tidur saja 40 00:03:48,250 --> 00:03:51,583 dan, mungkin, tanpa beri amaran, merapatkan kakinya 41 00:03:51,666 --> 00:03:56,500 dan memusnahkan replika kecil dirinya yang sedang mengerumuninya. 42 00:04:03,958 --> 00:04:05,541 Namun semakin lama, 43 00:04:05,625 --> 00:04:09,708 keajaiban yang dibawa gergasi itu mula pudar. 44 00:04:11,291 --> 00:04:13,958 Mari pulang. Hampir waktu malam. 45 00:04:14,041 --> 00:04:16,416 Ya. Betul juga. 46 00:04:24,416 --> 00:04:27,833 Tiga hari berlalu sebelum lawatan saya berikutnya ke pantai itu. 47 00:04:33,041 --> 00:04:35,625 Melihat minat pada gergasi itu, 48 00:04:35,708 --> 00:04:38,375 rakan di institusi mewakilkan tugas 49 00:04:38,458 --> 00:04:40,833 pemerhatian gergasi tersebut kepada saya. 50 00:04:41,750 --> 00:04:45,291 Ia bukannya sesuatu yang menakutkan, kerana jujurnya, 51 00:04:45,375 --> 00:04:47,708 gergasi itu masih hidup bagi saya. 52 00:04:49,083 --> 00:04:52,708 Malah, lebih hidup berbanding kebanyakan orang di sekeliling saya. 53 00:05:00,958 --> 00:05:02,958 Bukan begitu. Ia sangat besar. 54 00:05:03,625 --> 00:05:07,666 Jika tukang potong mula di sini, kita dapat sampai ke tulang peha. 55 00:05:08,291 --> 00:05:10,375 Dan boleh terus ke pinggulnya. 56 00:05:10,458 --> 00:05:12,583 Akan ambil masa yang lama untuk selesaikannya. 57 00:05:15,458 --> 00:05:16,333 Hari berikutnya, 58 00:05:16,416 --> 00:05:20,000 saya melewatkan lawatan saya sehingga lewat petang, 59 00:05:20,083 --> 00:05:23,000 agar tak begitu ramai pengunjung di pantai itu. 60 00:05:31,000 --> 00:05:35,500 Rendaman berlarutan di dalam air garam dan tumefaksi tisunya 61 00:05:35,583 --> 00:05:38,291 membuat wajahnya kelihatan kurang muda. 62 00:05:38,375 --> 00:05:42,416 Raut wajahnya kini menunjukan kematangan biasa, 63 00:05:42,500 --> 00:05:45,041 yang menunjukkan tanda-tanda reput. 64 00:05:47,625 --> 00:05:52,333 Inilah permulaan penyerahan dirinya kepada sistem masa yang mencabar, 65 00:05:52,416 --> 00:05:55,500 yang turut dilalui setiap manusia. 66 00:05:56,833 --> 00:05:59,291 Walaupun ia kelihatan gagah, 67 00:05:59,375 --> 00:06:04,458 perubahan yang berterusan ini, tanda kematian dalam hidup ini, 68 00:06:04,541 --> 00:06:08,250 memberikan saya keberanian untuk berdiri di atas mayatnya. 69 00:06:39,958 --> 00:06:45,583 Perspektif baharu ini buat saya lebih peka dengan penderitaan fizikalgergasi ini. 70 00:06:45,666 --> 00:06:49,500 Ia tetap sakit walaupun dia tak tahu mengenainya. 71 00:06:57,375 --> 00:06:59,958 Akhirnya, wajah gergasi ini berubah 72 00:07:00,041 --> 00:07:03,166 lalu menunjukan kepenatan dan ketidakupayaan. 73 00:07:05,875 --> 00:07:08,416 Terperangkap dalam pusaran sama 74 00:07:08,500 --> 00:07:11,541 yang turut melanda takdir hayat kita yang terhad. 75 00:07:14,708 --> 00:07:18,666 Dan penderitaannya dijadikan lebih tragik dengan kesunyian 76 00:07:18,750 --> 00:07:20,458 yang dilaluinya. 77 00:07:20,541 --> 00:07:24,416 Dibuang seperti kapal karam di sebuah persisiran pantai kosong. 78 00:07:27,375 --> 00:07:29,916 BUKTI 79 00:07:30,000 --> 00:07:33,958 Pemotongan pertama adalah permulaan tindakan penjarahan. 80 00:07:35,250 --> 00:07:36,791 Dua hari berlalu, 81 00:07:36,875 --> 00:07:39,166 sementara saya menghadapi keengganan 82 00:07:39,250 --> 00:07:42,250 menyaksikan penamat kepada pemandangan hebat ini. 83 00:07:48,625 --> 00:07:50,416 Walaupun ia bersaiz besar, 84 00:07:50,500 --> 00:07:55,458 penghinaan terhadap badan gergasi ini membuatkan ia kelihatan seperti manusia. 85 00:07:55,916 --> 00:07:57,166 Lebih terdedah pada bahaya. 86 00:07:58,208 --> 00:08:02,416 Namun kelemahan itu mengeluarkan rasa benci terpendam, 87 00:08:02,500 --> 00:08:07,375 menggalakkan kerja pemusnahan gergasi oleh makhluk kecil di sekelilingnya. 88 00:08:12,458 --> 00:08:14,583 Apabila saya melawat pantai itu keesokan hari, 89 00:08:14,666 --> 00:08:19,333 saya melihat, dengan rasa lega, kepalanya telah dibuang. 90 00:08:27,458 --> 00:08:30,833 Beberapa minggu berlalu sebelum saya kembali ke pantai itu. 91 00:08:30,916 --> 00:08:35,000 Ketika itu, ciri-ciri kemanusiaan gergasi itu telah pun lenyap. 92 00:08:35,791 --> 00:08:37,083 Selamat petang, kawan. 93 00:08:43,583 --> 00:08:47,500 Dan dengan lenyapnya kesan-kesan terakhir keperibadian 94 00:08:47,583 --> 00:08:50,125 yang sebelum ini menghiasi tubuh tersebut, 95 00:08:50,208 --> 00:08:54,416 minat para penonton, akhirnya, telah hilang. 96 00:09:08,333 --> 00:09:12,708 Beberapa bulan kemudian, selepas ketibaan gergasi itu dilupakan, 97 00:09:12,791 --> 00:09:17,625 beberapa bahagian badan mula muncul di seluruh pekan. 98 00:09:25,000 --> 00:09:27,208 Kebanyakannya hanya tulang. 99 00:09:27,291 --> 00:09:28,500 PENYEMBELIHAN BALLARD 100 00:09:28,583 --> 00:09:33,875 Serpihan terpisah yang gagah ini seperti menunjukkan intipati 101 00:09:33,958 --> 00:09:35,583 keagungan gergasi tersebut 102 00:09:35,666 --> 00:09:38,916 berbanding ingatan saya tentang apendaj yang kembung itu. 103 00:09:42,791 --> 00:09:46,041 Saya pasti, jika saya mencari di pub seluruh pekan, 104 00:09:46,125 --> 00:09:51,500 hotel dan restoran, saya pasti melihat hidung atau telinga gergasi yang diawet 105 00:09:51,583 --> 00:09:54,250 digantung sebagai perhiasan di dinding dan pendiang. 106 00:09:55,291 --> 00:09:56,708 Tiket, dapatkan di sini! 107 00:09:56,791 --> 00:09:58,000 DUNIA KEAJAIBAN PERTUNJUKAN 108 00:09:58,083 --> 00:10:00,958 Keluar dari sini. Jika nak tengok, bayarlah. 109 00:10:01,500 --> 00:10:03,625 Untuk anggota kemaluan yang besar itu, 110 00:10:03,708 --> 00:10:07,291 ia dipamerkan di muzium aneh di sebuah sarkas kecil, 111 00:10:07,375 --> 00:10:10,208 yang berhijrah di seluruh pesisir barat daya. 112 00:10:11,083 --> 00:10:13,416 Anggota yang penting itu, 113 00:10:13,500 --> 00:10:16,791 dengan skala besar dan pernah berpoten, 114 00:10:16,875 --> 00:10:19,875 memenuhi ruang khemah itu, 115 00:10:19,958 --> 00:10:23,708 walaupun, malangnya, tersalah label sebagai kepunyaan ikan paus. 116 00:10:28,666 --> 00:10:33,125 Walaupun mereka yang hadir dan nampak gergasi selepas ribut kini mengingatinya, 117 00:10:33,208 --> 00:10:36,625 setidaknya, kini, sebagai raksasa laut yang besar. 118 00:10:38,041 --> 00:10:40,625 Namun, gergasi itu masih hidup bagi saya. 119 00:10:41,458 --> 00:10:43,750 Saya sering bermimpi kebangkitannya. 120 00:10:44,250 --> 00:10:47,625 Gergasi besar berjalan di tengah pekan, 121 00:10:47,708 --> 00:10:52,625 mengutip bahagian dirinya untuk kembali ke perjalanan di lautan. 122 00:12:20,833 --> 00:12:23,333 Terjemahan sari kata oleh Amirul Izhnan bin Mohamad