1 00:00:27,277 --> 00:00:29,154 Quintus Benedictus Dio. 2 00:00:29,696 --> 00:00:35,160 Anda angkat sumpah sacramentum kepada Caesar, senat serta rakyat Rom 3 00:00:35,661 --> 00:00:42,501 agar memenuhi syarat perkhidmatan sebagai Praetor Galilee walaupun dihukum 4 00:00:43,001 --> 00:00:47,214 dan didapati bersalah membunuh orang awam 5 00:00:47,714 --> 00:00:52,135 anda diturunkan pangkat, gradus deiectio 6 00:00:52,219 --> 00:00:59,017 dan tugas lebih rendah, militae mutatio yang akan ditentukan di tribunal. 7 00:02:05,918 --> 00:02:06,877 Jangan terburu-buru. 8 00:02:16,929 --> 00:02:18,013 Tahniah, 9 00:02:19,056 --> 00:02:20,474 Praetor Gaius. 10 00:04:42,324 --> 00:04:43,575 Saya nak buat sesuatu. 11 00:04:44,535 --> 00:04:45,536 Saya nak tolong dia. 12 00:04:47,955 --> 00:04:50,082 Kamu tahu itu takkan membantu dia. 13 00:04:54,253 --> 00:04:55,254 Saya gagal. 14 00:04:56,755 --> 00:04:58,465 Gagal buat apa? 15 00:04:59,508 --> 00:05:00,801 Ini bukan ujian. 16 00:05:02,302 --> 00:05:03,136 Menjadi… 17 00:05:05,347 --> 00:05:06,348 Awak tahulah. 18 00:05:08,767 --> 00:05:09,768 Saya tak tahu. 19 00:05:11,061 --> 00:05:12,855 Gagal jalankan tugas saya sekarang. 20 00:05:15,107 --> 00:05:18,443 Macam mana saya nak jadi batu untuk seseorang pada saat begini? 21 00:05:20,195 --> 00:05:22,906 Thomas tak perlukan awak untuk jadi batu sekarang. 22 00:05:25,075 --> 00:05:27,327 Dia perlukan tanah yang kukuh untuk berjalan. 23 00:05:28,036 --> 00:05:30,038 Dia alami kehilangan besar. 24 00:05:32,875 --> 00:05:34,835 Inilah lumrah di dunia ini. 25 00:05:37,004 --> 00:05:37,838 Buat masa ini. 26 00:05:41,758 --> 00:05:42,593 Kehilangan? 27 00:05:46,346 --> 00:05:47,723 Awak tahu kebenarannya. 28 00:05:51,852 --> 00:05:54,271 Saya tak boleh beritahu dia ini lumrah dunia. 29 00:05:54,354 --> 00:05:56,106 Jadi jangan cakap apa-apa langsung. 30 00:05:57,733 --> 00:06:02,112 Kata-kata Thomas akan pujuk awak selepas tahu tentang Eden dan bayi? 31 00:06:07,534 --> 00:06:09,536 Awak pernah mengalami kehilangan. 32 00:06:10,996 --> 00:06:15,167 Itu buat awak lebih kuat untuk terus hidup dan berada di sisinya 33 00:06:16,210 --> 00:06:17,836 daripada menjadi batu. 34 00:06:39,691 --> 00:06:43,320 Apa yang berlaku? Saya tak tahu apa yang berlaku. 35 00:06:44,655 --> 00:06:45,489 Saya bersimpati. 36 00:06:45,572 --> 00:06:49,117 Dia dah tiada. 37 00:06:50,953 --> 00:06:51,787 Saya tahu. 38 00:06:53,288 --> 00:06:54,790 Cuma… 39 00:06:55,499 --> 00:06:56,834 Tarik nafas. 40 00:06:56,917 --> 00:06:57,751 Tak boleh. 41 00:06:58,293 --> 00:06:59,294 Saya tak boleh nafas. 42 00:06:59,878 --> 00:07:00,963 Saya rasa nak muntah. 43 00:07:03,257 --> 00:07:04,091 Baring. 44 00:07:07,803 --> 00:07:08,929 Apa saya boleh buat? 45 00:07:41,587 --> 00:07:43,839 Seandainya kita perhatikan dia. 46 00:07:47,259 --> 00:07:48,468 Jangan cakap begitu. 47 00:07:50,512 --> 00:07:52,097 Saya pegang tangan dia. 48 00:07:54,808 --> 00:07:56,226 Saya kehilangan dia. 49 00:07:58,437 --> 00:08:00,606 Dia dibunuh, Mary. 50 00:08:04,985 --> 00:08:07,529 Tiada apa yang boleh halang kejahatan dalam hati dia. 51 00:08:12,201 --> 00:08:13,702 Bolehkah Dia menghalangnya? 52 00:08:18,498 --> 00:08:19,416 Tanyalah Dia. 53 00:08:47,569 --> 00:08:49,363 Seseorang patut bersama Thomas. 54 00:08:49,863 --> 00:08:51,532 Tak, dia perlu menyendiri sekarang. 55 00:08:51,615 --> 00:08:52,783 Kenapa awak begitu pasti? 56 00:08:54,535 --> 00:08:55,536 Percayalah. 57 00:08:59,164 --> 00:09:00,791 Apa yang saya nak cakap, 58 00:09:00,874 --> 00:09:02,793 saya hanya boleh cakap di depan kamu berdua. 59 00:09:03,585 --> 00:09:06,338 - Saya fikirkannya sepanjang hari. - Hati-hati, James. 60 00:09:06,421 --> 00:09:09,132 Kenapa Jesus tak buat macam Dia buat dengan anak Jairus? 61 00:09:09,216 --> 00:09:12,803 Saya juga fikir begitu. Sepatah perkataan daripada Dia, nasib kita tak begini. 62 00:09:12,886 --> 00:09:15,347 Kita bersumpah takkan cakap soal kejadian di rumah itu. 63 00:09:15,430 --> 00:09:16,640 Kepada orang lain. 64 00:09:17,140 --> 00:09:18,308 Kita tahu apa kita lihat. 65 00:09:18,392 --> 00:09:20,561 Saya faham maksud awak. 66 00:09:21,812 --> 00:09:28,151 Saya juga fikir hal yang sama soal Eden. Kenapa dia tak tolong? Saya… 67 00:09:28,902 --> 00:09:32,614 - Saya benci mukzijatnya untuk orang lain. - Itu reaksi munasabah bagi saya. 68 00:09:32,698 --> 00:09:35,993 - Ya. - Ya. Ingat saja kata-kata Isaiah? 69 00:09:37,119 --> 00:09:41,373 "Rancangan-Ku bukan rancanganmu dan jalanmu bukanlah jalan-Ku.” 70 00:09:41,456 --> 00:09:42,666 Tuhan berfirman. 71 00:09:42,749 --> 00:09:46,545 "Setinggi langit di bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku daripada jalanmu 72 00:09:46,628 --> 00:09:48,922 dan rancangan-Ku daripada rancanganmu." 73 00:09:49,464 --> 00:09:50,966 Itu tak memudahkan keadaan. 74 00:09:51,049 --> 00:09:54,761 Jesus ada alasan untuk membenarkan apa yang berlaku kepada Eden 75 00:09:54,845 --> 00:09:57,806 yang saya tak faham ketika itu. 76 00:09:59,892 --> 00:10:02,060 Mungkin takkan faham sepenuhnya dalam hayat ini. 77 00:10:03,770 --> 00:10:05,939 Tapi saya tahu ia buat saya terdesak untuk Dia. 78 00:10:06,023 --> 00:10:08,150 Thomas tiada di dalam rumah Jairus. 79 00:10:08,233 --> 00:10:11,653 Dia tak tahu yang Jesus boleh hidupkan seseorang daripada kematian. 80 00:10:11,737 --> 00:10:16,325 Tapi dia percaya Jesus boleh buat apa saja dan kenapa tidak? 81 00:10:16,909 --> 00:10:19,995 Adakah anak perempuan Jairus lebih penting daripada Ramah? 82 00:10:20,078 --> 00:10:21,663 - Berbanding janin awak? - Sudah. 83 00:10:22,331 --> 00:10:23,874 Kita janji akan rahsiakannya. 84 00:10:23,957 --> 00:10:27,461 Sekarang, lebih jelas mengapa Thomas tak boleh tahu. 85 00:10:27,544 --> 00:10:30,005 Bagaimana kalau Jesus buat lagi, tapi untuk orang lain? 86 00:10:30,088 --> 00:10:31,798 Itu akan kecewakan Thomas. 87 00:10:31,882 --> 00:10:34,843 Mari kita hadapinya hari demi hari, okey? 88 00:10:36,970 --> 00:10:40,265 Lagipun, kita pelajar Dia, bukan setaraf dengan Dia. 89 00:10:40,349 --> 00:10:43,602 - Saya tak kata kita setaraf… - Jika tak tahu jawapan untuk sesuatu, 90 00:10:43,685 --> 00:10:46,104 kita boleh biarkan Jesus bercakap sendiri. 91 00:10:46,188 --> 00:10:48,273 Awak akan tulis. Matthew akan menulisnya. 92 00:10:48,357 --> 00:10:51,860 Masa akan mendedahkan hikmah sebalik misteri ini. 93 00:10:52,903 --> 00:10:55,322 Saya percaya kepada Tuhan yang berjalan di atas air. 94 00:11:00,702 --> 00:11:01,537 Ya. 95 00:11:19,972 --> 00:11:21,682 Kita macam jarang berpeluk, bukan? 96 00:11:24,393 --> 00:11:25,519 Ya. 97 00:11:29,398 --> 00:11:30,232 Berehatlah. 98 00:11:39,408 --> 00:11:40,909 Ingat masa kita memancing? 99 00:11:41,493 --> 00:11:44,913 Orang-orang tua panggil awak "James" dan saya "John"? 100 00:11:45,622 --> 00:11:49,042 Mereka selalu betul. Bukan orang-orang tua saja. 101 00:11:49,793 --> 00:11:50,794 Tidak. 102 00:11:53,714 --> 00:11:56,967 Orang selalu anggap kita sama sebab kita tak pernah terpisah. 103 00:11:58,260 --> 00:11:59,970 Kita buat semuanya bersama. 104 00:12:00,053 --> 00:12:04,183 Kita memancing bersama-sama, kita pergi ke Hammer bersama-sama. 105 00:12:04,266 --> 00:12:05,142 Ya. 106 00:12:05,642 --> 00:12:06,977 Saumah bersama-sama. 107 00:12:09,354 --> 00:12:11,273 Kemudian kita ikut Jesus bersama-sama. 108 00:12:12,816 --> 00:12:15,068 Tapi apabila awak jalankan misi bersama Thomas, 109 00:12:16,445 --> 00:12:18,447 awak kembali 110 00:12:20,824 --> 00:12:24,995 dan rasa macam awak lebih rapat dengan dia berbanding saya. 111 00:12:25,621 --> 00:12:31,210 Macam dia baru dan menarik, saya pula lapuk dan membosankan. 112 00:12:31,293 --> 00:12:32,669 Saya tak berniat begitu. 113 00:12:33,378 --> 00:12:34,838 - Maafkan saya. - Tidak. 114 00:12:35,631 --> 00:12:37,049 Ikatannya jelas. 115 00:12:38,467 --> 00:12:41,720 Kita buat perkara paling penting dalam hidup kita, John. 116 00:12:42,429 --> 00:12:44,306 Dalam hidup sesiapa pun. 117 00:12:46,600 --> 00:12:47,851 Awak lakukannya dengan Dia. 118 00:12:48,936 --> 00:12:53,565 - James, kita semua buat bersama-sama. - Tapi ada yang jadi semakin rapat. 119 00:12:56,151 --> 00:12:57,236 Saya mengaku 120 00:12:58,695 --> 00:13:02,074 saya cemburu dengan persahabatan awak dengan Thomas. 121 00:13:03,492 --> 00:13:05,202 Tapi semua itu tak penting sekarang. 122 00:13:06,203 --> 00:13:09,665 Apa yang penting ialah dia dalam penderitaan 123 00:13:10,874 --> 00:13:12,251 dan dia perlukan awak. 124 00:13:13,043 --> 00:13:15,671 - Saya? - Walaupun awak tak tahu nak cakap apa, 125 00:13:15,754 --> 00:13:21,635 awak berada di sana lebih bermakna bagi dia daripada kami semua. 126 00:14:21,445 --> 00:14:22,279 Begitulah. 127 00:14:23,030 --> 00:14:23,947 Tarik nafas. 128 00:14:25,199 --> 00:14:27,784 Tak apa kalau nak menangis, tapi tarik nafas. 129 00:14:30,162 --> 00:14:30,996 Tidak. 130 00:14:34,041 --> 00:14:34,875 Apa? 131 00:14:35,834 --> 00:14:38,504 Tak, rasa salah untuk bernafas sedangkan dia tak bernafas. 132 00:14:38,587 --> 00:14:40,714 Saya tak boleh bertenang. Saya tak nak. 133 00:15:21,088 --> 00:15:24,383 Saya dah hantar berita ke Tel Dor di Dataran Sharon 134 00:15:25,050 --> 00:15:27,010 yang kita dalam perjalanan bawa dia pulang. 135 00:17:27,422 --> 00:17:28,257 Tel Dor. 136 00:17:29,174 --> 00:17:31,093 Kita hampir sampai, di depan sana saja. 137 00:17:31,176 --> 00:17:32,511 Ini hanya permulaan. 138 00:17:33,554 --> 00:17:35,889 Saya tak tahu macam mana nak beritahu Kafni. 139 00:17:42,396 --> 00:17:43,605 Mungkin tak perlu. 140 00:17:55,617 --> 00:17:57,578 Thomas, saya akan cakap dengan mereka. 141 00:17:58,078 --> 00:18:00,998 - Tunggu di sini. Kami akan uruskannya. - Tak, ini urusan saya. 142 00:18:01,790 --> 00:18:03,333 Tak boleh biar awak lindungi saya. 143 00:18:03,417 --> 00:18:06,503 Kita tanya saja apa yang mereka nak dan laporkan semula. Okey? 144 00:18:06,587 --> 00:18:07,796 Tak apa, Zee. 145 00:18:08,964 --> 00:18:11,216 Thomas, saya akan ikut awak. 146 00:18:12,259 --> 00:18:13,760 Kita hadapi mereka bersama-sama. 147 00:18:20,601 --> 00:18:21,894 Di mana dia? 148 00:18:23,478 --> 00:18:24,730 Di mana anak saya? 149 00:19:39,346 --> 00:19:40,264 Thomas, berhenti. 150 00:19:43,517 --> 00:19:44,726 Awak tak boleh mara lagi. 151 00:19:45,686 --> 00:19:49,565 - Awak dilarang memasuki bandar ini. - Kafni, kami berkabung bersama awak. 152 00:19:50,816 --> 00:19:53,986 Kami bersedih, tapi kami tak berbahaya. 153 00:19:54,069 --> 00:19:57,197 Jadi kenapa anak saya mati? 154 00:19:58,657 --> 00:20:00,158 - Mati. - Saya minta maaf. 155 00:20:00,742 --> 00:20:03,787 - Saya minta maaf. - Awak dah bunuh saya, Thomas. 156 00:20:04,746 --> 00:20:06,999 Kemudian awak bunuh dia. 157 00:20:09,084 --> 00:20:10,252 Awak yang buat. 158 00:20:10,335 --> 00:20:11,420 Saya yang bersalah. 159 00:20:11,503 --> 00:20:13,630 Maafkan saya. Saya gagal tunaikan janji saya. 160 00:20:13,714 --> 00:20:16,175 Thomas sangat sayang Ramah, Kafni. 161 00:20:17,718 --> 00:20:21,263 - Ramah juga sayang dia. - Apa gunanya kata-kata awak? 162 00:20:22,347 --> 00:20:25,142 Awak penipu dan syaitan. 163 00:20:25,642 --> 00:20:27,644 Ahli sihir penipu. 164 00:20:30,856 --> 00:20:36,445 Kekecewaan terbesar dalam hidup saya ialah tak ajar anak saya lebih baik. 165 00:20:37,154 --> 00:20:41,408 Dia seorang yang bijak sehinggalah awak menyihir dia. 166 00:20:41,491 --> 00:20:43,869 Ramah dibunuh oleh orang Rom, Kafni. 167 00:20:44,828 --> 00:20:46,163 Awak tak berhak cakap begitu. 168 00:20:47,247 --> 00:20:48,498 Dia sayang Jesus. 169 00:20:49,416 --> 00:20:51,418 Dia rasa seruannya adalah satu penghormatan. 170 00:20:52,044 --> 00:20:54,338 Dia nak semua orang tahu, termasuk awak. 171 00:21:16,443 --> 00:21:17,277 Mari. 172 00:21:20,197 --> 00:21:21,240 Saya sumpah awak 173 00:21:22,533 --> 00:21:24,159 dan pengikut awak. 174 00:21:25,911 --> 00:21:27,204 Kami turut bersedih. 175 00:21:28,830 --> 00:21:32,042 Saya akan sebarkan berita ini. 176 00:21:33,126 --> 00:21:35,212 Selagi darah mengalir dalam badan saya, 177 00:21:35,295 --> 00:21:39,174 saya akan gerakkan gunung untuk dedahkan awak, Jesus dari Nazareth! 178 00:21:40,217 --> 00:21:44,721 Saya akan pastikan dunia tahu awak penipu dan pembunuh! 179 00:21:44,805 --> 00:21:46,473 Awak dah luahkan perasaan. 180 00:21:47,099 --> 00:21:48,267 Kami akan pergi. 181 00:21:48,350 --> 00:21:49,977 Awak akan jumpa saya lagi. 182 00:21:50,060 --> 00:21:53,522 Apabila awak jumpa saya, itulah perkara terakhir yang awak lihat! 183 00:21:55,482 --> 00:21:57,276 Saya kata cukup. 184 00:22:32,311 --> 00:22:33,520 IERVSALEM 185 00:22:33,604 --> 00:22:38,483 JESUS IALAH MESSIAH 186 00:26:47,065 --> 00:26:49,651 BULAN KISLEV 30 TAHUN MASIHI 187 00:26:53,989 --> 00:26:56,283 Eden, bila Zee akan sampai dengan buah-buahan? 188 00:26:56,366 --> 00:26:57,618 Tak lama lagi. 189 00:26:58,785 --> 00:27:00,078 Itu yang saya akan cakap. 190 00:27:04,625 --> 00:27:05,918 Awak tidur lebih lena? 191 00:27:07,336 --> 00:27:10,464 Lebih baik daripada beberapa bulan lalu, tapi masih tak bagus. 192 00:27:12,633 --> 00:27:14,885 Semasa kami kehilangan seseorang, 193 00:27:16,220 --> 00:27:18,013 saya juga ambil masa beberapa bulan. 194 00:27:18,096 --> 00:27:19,431 Eden lebih lama. 195 00:27:21,850 --> 00:27:23,227 Bagaimana dengan doa awak? 196 00:27:25,521 --> 00:27:26,522 Saya lakukannya, 197 00:27:27,981 --> 00:27:31,568 tapi kadangkala sukar untuk berdoa dengan ikhlas. 198 00:27:35,364 --> 00:27:42,371 "Apabila ingat Tuhan, aku merintih, apabila bermeditasi, semangatku lemah. 199 00:27:43,580 --> 00:27:45,290 Engkau buka kelopak mataku." 200 00:27:49,962 --> 00:27:52,548 Apa kata awak pergi? 201 00:27:53,465 --> 00:27:57,553 Buat seketika. Melarikan diri. 202 00:27:59,012 --> 00:27:59,972 Saya tak boleh. 203 00:28:03,058 --> 00:28:04,726 Terlalu sukar untuk berada di sini. 204 00:28:05,561 --> 00:28:06,395 Tapi 205 00:28:07,896 --> 00:28:09,523 saya tak nak ke tempat lain. 206 00:28:10,899 --> 00:28:12,651 - Buah segar dari pasar. - Ya. 207 00:28:12,734 --> 00:28:14,069 Akhirnya. 208 00:28:15,487 --> 00:28:18,073 - Setidaknya awak dah makan, bukan? - Segar? 209 00:28:18,156 --> 00:28:19,449 - Nah. - Ayuh. 210 00:28:20,617 --> 00:28:21,535 Terima kasih, Zee. 211 00:28:22,035 --> 00:28:25,038 Untuk awak, bawang putih, bawang dan malva. 212 00:28:25,122 --> 00:28:27,291 Ya. Bagus. Awak boleh letak di atas kaunter. 213 00:28:27,374 --> 00:28:28,417 - Segar? - Terima kasih. 214 00:28:28,500 --> 00:28:29,543 - Satu lagi. - Segar? 215 00:28:29,626 --> 00:28:31,003 - Ini? - Saya pilih di gerai. 216 00:28:31,086 --> 00:28:34,006 - Saya pilih yang ini. - Awak nak cuba? 217 00:28:35,799 --> 00:28:37,301 - Terima kasih. - Sama-sama. 218 00:28:43,223 --> 00:28:45,142 - Manis. - Manis. Sedap. 219 00:28:45,225 --> 00:28:49,062 - Philip, bagaimana makan buah delima? - Buah delima? Awak perlukan pisau. 220 00:28:52,065 --> 00:28:52,900 Begini. 221 00:28:54,151 --> 00:28:57,237 Potong dari atas dan potong kepalanya, okey? 222 00:28:58,780 --> 00:29:02,743 Ataupun boleh potong dua dan keluarkan bijinya dengan jari. 223 00:29:02,826 --> 00:29:04,161 Potong dua buah delima? 224 00:29:04,828 --> 00:29:06,914 - Awak membesar dalam hutan? - Lebih kuranglah. 225 00:29:06,997 --> 00:29:07,831 Peter! 226 00:29:08,540 --> 00:29:09,750 Mereka buat yang terbaik. 227 00:29:10,417 --> 00:29:12,085 - Yakah? - Jangan mula, kamu berdua. 228 00:29:14,129 --> 00:29:18,383 Jadi, lihat. Di sini ada lima bahagian. 229 00:29:18,467 --> 00:29:23,347 Awak sepatutnya gores di bahagian putih dan buka, seperti kulit oren. 230 00:29:23,430 --> 00:29:26,433 - Tiada siapa pernah ajar saya. - Contoh yang baik. 231 00:29:26,517 --> 00:29:28,936 Jadi awak bazirkan biji delima sepanjang hidup awak? 232 00:29:29,019 --> 00:29:29,937 Saya sedang adili? 233 00:29:30,020 --> 00:29:34,066 Semua biji delima dibazirkan sepanjang hidup kita. 234 00:29:34,149 --> 00:29:36,151 Apa salah saya? Saya cuma nak tolong awak. 235 00:29:37,110 --> 00:29:37,945 Bunga. 236 00:29:38,570 --> 00:29:40,739 Sudah tentu, dua beradik itu menentang saya. 237 00:29:40,822 --> 00:29:42,950 - Benih boleh dibazirkan. - Teruskan. Mari. 238 00:29:43,033 --> 00:29:44,701 - Apa salahnya? - Hanya satu biji. 239 00:29:44,785 --> 00:29:47,079 - Awak bazirkan biji delima? - Maaf. Saya tak tahu. 240 00:29:47,162 --> 00:29:48,997 - Buah delima. - Apa? Saya cakap saja? 241 00:29:49,081 --> 00:29:50,165 - Begitulah. - Tidak. 242 00:29:50,249 --> 00:29:52,000 - Mungkin membantu. - Buah delima. 243 00:29:52,084 --> 00:29:53,293 Minta dijauhkan delima. 244 00:29:53,377 --> 00:29:56,421 - Tidak. - Tidak. Minta dijauhkan, buah delima. 245 00:30:13,355 --> 00:30:17,568 - Apa yang mereka bualkan di sana? - Saya tak tahu. 246 00:30:17,651 --> 00:30:20,529 Mahu betul tentang sesuatu seperti biasa. 247 00:30:21,196 --> 00:30:24,366 Atau untuk orang lain yang salah sepanjang hidup mereka? 248 00:30:24,449 --> 00:30:26,034 Ya. 249 00:30:26,118 --> 00:30:29,162 - Macam mana awak tahu? - Maksud awak, awak tak perasan? 250 00:30:30,330 --> 00:30:33,292 Betul. Mereka agak konsisten dengan gaya ini. 251 00:30:40,090 --> 00:30:42,801 Kamu ingat semasa kita bertiga saja? 252 00:30:48,182 --> 00:30:49,850 Kamu pernah rindu saat-saat itu? 253 00:30:51,685 --> 00:30:55,939 Saya boleh kata kami dapat luangkan lebih banyak masa dengan awak. 254 00:31:00,194 --> 00:31:03,989 Tapi untuk berharap orang lain tak dapat hadiah ini dengan sertai kita… 255 00:31:04,489 --> 00:31:05,699 Itu pentingkan diri. 256 00:31:10,370 --> 00:31:11,914 Rasa macam dah lama sangat. 257 00:31:14,791 --> 00:31:16,335 Kita tak boleh ke masa itu semula. 258 00:31:25,010 --> 00:31:26,512 Kita nak ke mana? 259 00:31:28,764 --> 00:31:29,848 Kenapa awak tanya? 260 00:31:32,851 --> 00:31:34,937 Kita tak boleh tinggal di Capernaum selamanya. 261 00:31:38,106 --> 00:31:38,941 Tidak. 262 00:31:40,442 --> 00:31:41,401 Tak boleh. 263 00:31:44,279 --> 00:31:47,199 Jangan biar sesiapa rendahkan kebijaksanaan awak, James Kecil. 264 00:31:50,285 --> 00:31:51,495 Saya tak boleh batah. 265 00:31:51,578 --> 00:31:52,412 Tapi 266 00:31:54,373 --> 00:31:58,669 tak nampak seperti kebijaksanaan melainkan 267 00:32:01,088 --> 00:32:02,172 perasaan. 268 00:32:04,132 --> 00:32:05,092 Naluri saya. 269 00:32:08,011 --> 00:32:09,179 Perasaan yang baik? 270 00:32:11,014 --> 00:32:12,474 Saya tak boleh gambarkan. 271 00:32:14,268 --> 00:32:15,102 Cubalah. 272 00:32:24,611 --> 00:32:27,698 Kebelakangan ini, saya… 273 00:32:33,495 --> 00:32:35,914 - Saya tak nak cakap pun. - Biar saya buat. 274 00:32:41,003 --> 00:32:43,547 Awak asyik cakap… 275 00:32:48,552 --> 00:32:49,595 "Apabila awak tiada." 276 00:32:50,929 --> 00:32:52,139 dengan lebih kerap. 277 00:32:55,267 --> 00:32:56,602 Awak beritahu kami 278 00:32:57,728 --> 00:33:03,859 yang awak mesti menderita di tangan pemimpin dan ketua imam. 279 00:33:06,612 --> 00:33:08,655 Mereka bukan di Capernaum. 280 00:33:11,783 --> 00:33:12,618 Betul. 281 00:33:15,245 --> 00:33:18,790 Jadi itu bermakna kita akan bergerak tak lama lagi. 282 00:33:24,129 --> 00:33:25,964 Maaf, "bila" awak kata? 283 00:33:27,174 --> 00:33:28,008 Jadi… 284 00:33:34,431 --> 00:33:35,265 Betul. 285 00:33:40,562 --> 00:33:42,689 Kita akan menuju ke selatan ke Baitulmuqaddis. 286 00:33:44,233 --> 00:33:45,776 Kita akan tinggalkan Capernaum. 287 00:33:50,030 --> 00:33:51,240 Masanya sudah tiba. 288 00:33:54,826 --> 00:33:56,870 Keadaan takkan mudah lagi. 289 00:34:18,016 --> 00:34:19,643 Maaf mengganggu. 290 00:34:21,770 --> 00:34:22,688 Tak apa. 291 00:34:23,981 --> 00:34:27,192 Eden suruh saya tanya tentang pudina dan lemon. Dia dah sedia nak buat… 292 00:34:27,276 --> 00:34:28,110 Nah. 293 00:34:31,196 --> 00:34:32,072 Apa yang berlaku? 294 00:34:33,448 --> 00:34:36,869 Bekas pengutip cukai Matthew ada di rumah ini? 295 00:34:38,161 --> 00:34:40,330 - Siapa yang bertanya? - Praetor Gaius. 296 00:34:49,006 --> 00:34:49,840 Sekejap. 297 00:35:01,101 --> 00:35:05,856 Awak rasa Gaius suruh Matthew jadi pengutip cukai semula? 298 00:35:08,692 --> 00:35:10,694 Saya rasa kita boleh tanya. 299 00:35:12,196 --> 00:35:14,740 Saya nak ikut Matthew. Saya boleh bercakap dengan Gaius. 300 00:35:15,741 --> 00:35:18,744 Baiklah. Balik terus ke sini. Kita akan pergi bergerak. 301 00:35:22,122 --> 00:35:23,040 Pengutip cukai. 302 00:35:23,957 --> 00:35:27,002 - Dah lama orang tak panggil saya begitu. - Sila ikut kami. 303 00:35:29,463 --> 00:35:31,632 Tak apa, Matthew. Peter akan ikut awak. 304 00:35:34,301 --> 00:35:35,219 Tak apa. 305 00:35:45,062 --> 00:35:46,438 Matthew dalam masalah? 306 00:35:47,523 --> 00:35:48,524 Saya tak rasa begitu. 307 00:35:50,442 --> 00:35:55,197 Thaddeus, Andrew, Zee, suruh yang lain ambil barang mereka. 308 00:35:55,739 --> 00:35:57,366 Bersedia untuk perjalanan. 309 00:36:01,203 --> 00:36:04,331 - Boleh awak berhenti bergerak-gerak? - Saya berpeluh. 310 00:36:04,414 --> 00:36:08,168 - Boleh saya lap kening saya dengannya? - Cuba jangan nampak gementar. 311 00:36:08,252 --> 00:36:09,419 Awak nampak gementar. 312 00:36:11,255 --> 00:36:13,215 Saya ingin tahu, bukan takut. 313 00:36:13,799 --> 00:36:16,301 Gaius bukan orang sama yang tengking awak 314 00:36:16,385 --> 00:36:18,095 waktu awak tinggalkan pondok cukai. 315 00:36:18,178 --> 00:36:20,597 Mungkin dia ada masalah merekrut pengutip cukai baru. 316 00:36:20,681 --> 00:36:24,852 - Gaji lumayan, tapi hilang yang lain. - Awak rasa dia mahu tip? 317 00:36:24,935 --> 00:36:28,605 Sejujurnya, awak lebih tahu. Awak kerap jumpa dia kebelakangan ini. 318 00:36:29,106 --> 00:36:30,941 - Lebih daripada itu. - Lebih? 319 00:36:31,692 --> 00:36:32,526 Tak ada apa-apa. 320 00:36:33,402 --> 00:36:35,904 - Kenapa orang buat begitu? - Apa? 321 00:36:35,988 --> 00:36:39,616 Apabila seseorang kata tiada apa-apa, selalunya bermaksud ada sesuatu. 322 00:36:39,700 --> 00:36:40,576 Sangat pelik. 323 00:36:40,659 --> 00:36:42,160 Apabila cakap tiada apa-apa, 324 00:36:42,244 --> 00:36:44,830 biasanya bermakna tiada apa perlu dirisaukan. 325 00:36:44,913 --> 00:36:49,251 Atau bukan urusan awak, atau bukan masa yang sesuai untuk cakap tentangnya. 326 00:36:49,334 --> 00:36:51,795 Jadi kenapa tak cakap apa-apa? 327 00:36:51,879 --> 00:36:54,256 Itu akan kurangkan banyak kekeliruan di dunia ini. 328 00:36:55,382 --> 00:36:56,508 Betul. 329 00:36:57,176 --> 00:36:58,302 Cumanya… 330 00:37:00,137 --> 00:37:00,971 Cuma apa? 331 00:37:03,307 --> 00:37:04,141 Tak ada apa-apa. 332 00:37:18,113 --> 00:37:18,947 Praetor. 333 00:37:21,700 --> 00:37:23,076 - Praetor. - Praetor. 334 00:37:39,801 --> 00:37:40,802 Silakan. 335 00:37:44,097 --> 00:37:45,182 Silakan duduk. 336 00:37:51,146 --> 00:37:52,397 Terima kasih kerana datang. 337 00:37:52,940 --> 00:37:55,692 Awak tak boleh hantar berita tentang tujuan dia dipanggil? 338 00:37:55,776 --> 00:37:57,152 Tidak sama sekali. 339 00:38:01,323 --> 00:38:02,491 "Peter". 340 00:38:03,325 --> 00:38:06,662 Adakah saya sebut dengan betul? Saya dah tulis. 341 00:38:07,162 --> 00:38:09,164 Ada orang beritahu saya. 342 00:38:09,248 --> 00:38:11,416 Hampir. Sebutannya lebih lembut. 343 00:38:11,959 --> 00:38:12,918 Peter! 344 00:38:13,001 --> 00:38:13,836 Peter! 345 00:38:14,628 --> 00:38:17,965 - Awak seorang pelaut. - Dulu, ya. 346 00:38:18,048 --> 00:38:19,716 Awak masih tahu buat simpulan? 347 00:38:20,801 --> 00:38:26,265 - Apabila langit merah pada waktu subuh… - Kita akan jangkakan ribut. 348 00:38:27,266 --> 00:38:32,980 Apabila lihat ke selatan Baitulmuqaddis, langit amat merah pagi ini. 349 00:38:33,063 --> 00:38:37,526 Perintah yang dihantar dari Judea oleh pemimpin agama 350 00:38:38,151 --> 00:38:41,238 adalah serius dan lebih mengancam berbanding sebelum ini. 351 00:38:42,322 --> 00:38:43,782 Mengancam bagaimana? 352 00:38:43,866 --> 00:38:47,369 Orang Farisi memerhati setiap langkah kamu, 353 00:38:47,452 --> 00:38:51,790 cuba memerangkap rabai kamu dengan kata-kata atau tindakannya. 354 00:38:51,874 --> 00:38:56,044 Saya beritahu awak, mereka mahu dia dihapuskan. 355 00:38:57,379 --> 00:38:58,213 Dihapuskan? 356 00:38:58,297 --> 00:38:59,339 Senyap. 357 00:38:59,840 --> 00:39:00,674 Ditapis. 358 00:39:01,300 --> 00:39:02,384 Lebih teruk. 359 00:39:03,468 --> 00:39:07,806 - Entah. Awak beritahu, apa turutannya? - Entah. Mungkin 360 00:39:09,349 --> 00:39:10,392 Si Pembaptis? 361 00:39:10,893 --> 00:39:12,686 Tidak, orang Farisi tak bunuh John. 362 00:39:12,769 --> 00:39:17,274 Herod ialah bangsa awak, raja klien dan dia berkuasa di Galilee. 363 00:39:17,357 --> 00:39:21,528 Ada seseorang yang memerhati kita berdua. 364 00:39:22,487 --> 00:39:23,363 Saya dan awak? 365 00:39:23,447 --> 00:39:27,743 Saya, seluruh bandar ini dan terutamanya kumpulan awak. 366 00:39:28,660 --> 00:39:32,873 Atticus Aemilius Pulcher, seorang Cohortes Urbanae, 367 00:39:32,956 --> 00:39:37,544 telah berminat dengan Jesus 368 00:39:37,628 --> 00:39:40,297 dan dia memantau aktiviti di Capernaum. 369 00:39:40,380 --> 00:39:42,341 Semasa kami tinggalkan rumah, 370 00:39:42,883 --> 00:39:45,636 Jesus suruh saya bersedia untuk perjalanan. 371 00:39:46,345 --> 00:39:48,430 Mungkin itu sebabnya. Dia tak selamat di sini. 372 00:39:48,514 --> 00:39:52,309 Saya terpaksa hancurkan mana-mana pemimpin agama ekstremis 373 00:39:52,392 --> 00:39:55,229 atau pemberontakan pinggiran dengan segera 374 00:39:56,939 --> 00:39:58,023 dan secara maut. 375 00:39:59,858 --> 00:40:02,194 - Jika saya enggan atau teragak-agak… - Apa? 376 00:40:04,238 --> 00:40:05,614 Mereka akan pecat awak? 377 00:40:06,532 --> 00:40:09,826 Saya tak sangka awak akan dapat nikmati kuasa secepat ini. 378 00:40:09,910 --> 00:40:12,788 Lebih teruk. Mereka mungkin akan syak yang saya percayakan Dia. 379 00:40:14,540 --> 00:40:15,374 Okey. 380 00:40:21,338 --> 00:40:22,172 Tunggu. 381 00:40:22,256 --> 00:40:26,176 Jesus akan selamat di sini. Saya boleh jamin. 382 00:40:26,260 --> 00:40:28,846 Cuma jika dia tak menonjolkan diri. 383 00:40:28,929 --> 00:40:30,389 Itu takkan berlaku. 384 00:40:30,889 --> 00:40:33,559 Setahun lalu, ya, dia larang orang yang dia pulihkan 385 00:40:33,642 --> 00:40:37,145 daripada beritahu sesiapa, tapi sekarang dah tak boleh dirahsiakan. 386 00:40:39,523 --> 00:40:42,651 - Awak serius? - Saya tak suruh awak hentikan misinya. 387 00:40:42,734 --> 00:40:46,864 Buat saja di luar sempadan bandar, okey? Itu saja yang saya minta. 388 00:40:46,947 --> 00:40:50,075 Demi keselamatan Dia dan awak. 389 00:40:51,743 --> 00:40:55,455 Saya nak awak bekerjasama dengan saya. 390 00:40:55,539 --> 00:40:56,373 Praetor. 391 00:40:57,082 --> 00:40:58,292 Awak percayakan Dia? 392 00:41:00,377 --> 00:41:01,336 Saya… 393 00:41:05,007 --> 00:41:06,884 Saya tak pasti apa maksudnya. 394 00:41:07,759 --> 00:41:11,597 - Kenapa tak jumpa Dia kalau awak… - Cukuplah apa yang saya dah lihat. 395 00:41:12,347 --> 00:41:17,019 Saya dah lihat apa yang Dia buat untuk mereka yang tak boleh membantu Dia. 396 00:41:17,644 --> 00:41:22,858 Saya pernah dengar dia cakap perkataan yang mengelirukan misteri seumur hidup 397 00:41:22,941 --> 00:41:25,110 dan buat saya tertanya-tanya. 398 00:41:25,611 --> 00:41:28,906 Hakikat yang saya nampak dia adalah sebab saya buat semua ini… 399 00:41:28,989 --> 00:41:30,824 Anak awak dah semakin baik? 400 00:41:33,035 --> 00:41:35,245 - Apa? - Dulu dia sakit tenat. 401 00:41:35,329 --> 00:41:36,496 Dia dah sembuh? 402 00:41:37,789 --> 00:41:40,125 - Tidak. - Anak? Marius sakit? 403 00:41:40,209 --> 00:41:42,169 Jadi, kenapa tak bawa dia berjumpa Jesus? 404 00:41:44,171 --> 00:41:47,257 Awak lihat Dia buat sesuatu untuk orang yang tak boleh bantu Dia, 405 00:41:47,341 --> 00:41:49,218 jadi kenapa Dia tak bantu awak 406 00:41:49,301 --> 00:41:51,970 yang dah pertaruhkan nyawa dan kerjaya untuk lindungi Dia? 407 00:41:52,054 --> 00:41:53,931 Dia tak perlukan perlindungan saya. 408 00:41:54,473 --> 00:41:57,142 Saya tak mahu misi-Nya dilengahkan oleh perebutan kuasa. 409 00:41:57,226 --> 00:41:59,686 Ada yang percaya misi-Nya adalah menggulingkan Rom. 410 00:41:59,770 --> 00:42:03,565 - Maaf. Kenapa Jesus perlu jumpa Marius? - Matthew. 411 00:42:06,318 --> 00:42:11,657 Saya buat kesilapan yang menyebabkan anak saya tak lahir daripada isteri saya. 412 00:42:11,740 --> 00:42:13,992 Bukankah itu selalu berlaku kepada orang awak? 413 00:42:17,996 --> 00:42:19,957 Saya minta maaf 414 00:42:22,209 --> 00:42:24,628 jika awak lebih tersinggung. 415 00:42:24,711 --> 00:42:28,131 Kadangkala orang cepat terasa sebab tahu mereka bersalah. 416 00:42:28,215 --> 00:42:31,844 Saya rasa bersalah kerana mengkhianati isteri saya. 417 00:42:33,512 --> 00:42:35,055 Awak rasa menyesal? 418 00:42:35,138 --> 00:42:36,223 Untuk itu, ya. 419 00:42:38,475 --> 00:42:39,977 Saya sayang anak saya. 420 00:42:40,727 --> 00:42:43,146 - Dia sakit? - Sudah lama, ya. 421 00:42:43,230 --> 00:42:46,441 - Kenapa awak belum jumpa Jesus, Gaius? - Saya tahu awak ada terfikir. 422 00:42:46,525 --> 00:42:50,028 - Awak beritahu tentang tabib Yahudi. - Sebab saya tak layak. 423 00:42:55,742 --> 00:42:56,577 Saya pun sama. 424 00:42:57,744 --> 00:42:59,079 Saya pun sama. 425 00:43:00,914 --> 00:43:05,919 - Awak tak tahu apa yang saya dah buat. - Itulah yang saya cakap. 426 00:43:06,003 --> 00:43:08,672 - Saya orang luar. - Salah satu jenis orang kesukaan-Nya. 427 00:43:08,755 --> 00:43:09,840 Bukan orang Yahudi? 428 00:43:09,923 --> 00:43:10,757 - Ya. - Ya. 429 00:43:12,551 --> 00:43:14,636 Perbezaan itu tak penting bagi Dia. 430 00:43:15,137 --> 00:43:18,223 - Itu antara sebab Dia dalam masalah. - Gaius. 431 00:43:20,058 --> 00:43:21,602 Awak percaya Dia kiriman Tuhan? 432 00:43:40,454 --> 00:43:44,374 Saya tahu bunyinya menakutkan. 433 00:43:52,716 --> 00:43:55,302 Tak apa, tuan. 434 00:43:57,804 --> 00:43:59,848 Tak perlu takut. 435 00:44:02,643 --> 00:44:03,977 Saya percaya. 436 00:44:05,979 --> 00:44:07,189 Awak menangis gembira? 437 00:44:07,272 --> 00:44:09,942 Saya tahu Dia boleh sembuhkan anak saya. 438 00:44:13,654 --> 00:44:15,155 Boleh saya minta bantuan Dia? 439 00:44:17,449 --> 00:44:19,368 Ya, saya rasa boleh. 440 00:44:37,845 --> 00:44:38,929 Okey. Cepat. 441 00:44:44,184 --> 00:44:48,313 Okey. Baiklah. Cukuplah. Kita belum pergi jumpa Dia. 442 00:44:48,981 --> 00:44:50,232 Betul juga. 443 00:44:53,694 --> 00:44:57,823 Kenapa kita berdiri saja di sini? Anak saya ibarat dah sembuh. 444 00:44:58,699 --> 00:44:59,533 Mari. 445 00:45:06,582 --> 00:45:08,542 Dia baru tukar agama? 446 00:45:12,171 --> 00:45:13,005 Ya. 447 00:45:14,840 --> 00:45:16,300 James. John. 448 00:45:17,885 --> 00:45:21,054 - Jesus suruh kemas barang untuk pergi. - Kami akan bersedia. 449 00:45:21,138 --> 00:45:25,142 - Di mana tempat pertemuan? - Tempat biasa. Saya singgah sini dulu. 450 00:45:26,059 --> 00:45:26,894 Anak-anak. 451 00:45:29,563 --> 00:45:31,148 Inilah masanya. 452 00:45:32,691 --> 00:45:35,444 Kita akan lihat. Kita akan cari masa yang sesuai, kami janji. 453 00:45:35,527 --> 00:45:36,361 Dengar sini. 454 00:45:36,445 --> 00:45:39,823 Walaupun hari terbaik dalam hidup saya sewaktu Jesus memanggil kamu, 455 00:45:39,907 --> 00:45:45,454 saya tahu bersama Messiah dan lakukan tugas-Nya ialah beban yang perlu dipikul. 456 00:45:46,496 --> 00:45:49,958 Tapi saya tak pernah lihat kamu berdua lebih rapat sejak enam bulan lalu. 457 00:45:51,084 --> 00:45:52,294 Saya tak mahu ia berakhir. 458 00:45:52,377 --> 00:45:54,213 Kami memang kurang bergaduh. 459 00:45:54,296 --> 00:45:57,007 John, kamu sentiasa lebih berhati-hati. 460 00:45:57,591 --> 00:46:01,220 Tapi Dia sangat sayang kamu dan tak salah kalau tanya saja. 461 00:46:01,303 --> 00:46:03,639 - Kita dah bincang tentang ini. - Saya tahu. 462 00:46:03,722 --> 00:46:05,098 "Minta dan ia akan diberikan." 463 00:46:05,182 --> 00:46:06,016 Ya. 464 00:46:06,683 --> 00:46:08,185 - Baik, Eema. - Kali ini? 465 00:46:08,268 --> 00:46:10,979 - Ya. - Mari berlatih sekali lagi. 466 00:46:11,063 --> 00:46:15,859 Jangan lupa kamu duduk di kanan dan kiri-Nya dalam kegemilangannya. 467 00:46:15,943 --> 00:46:17,653 - Ya, kami tahu, Eema. - Faham, Eema. 468 00:46:17,736 --> 00:46:18,654 Bagus. 469 00:46:21,406 --> 00:46:23,408 Tunggu apa lagi? Pergi ambil barang kamu. 470 00:46:24,993 --> 00:46:28,580 Saya orang Yahudi pertama yang rela bawa askar Rom ke rumahnya. 471 00:46:28,664 --> 00:46:30,624 Saya pula askar pertama yang dipimpin. 472 00:46:30,707 --> 00:46:33,669 Kita tak boleh nampak gembira atau kita berdua akan dapat masalah. 473 00:46:36,213 --> 00:46:37,840 Tunggu. Saya pastikan Dia di dalam. 474 00:46:40,384 --> 00:46:45,347 Peter! Saya sedar kita bawa orang Rom untuk jumpa Jesus dan dia tak benarkan…. 475 00:46:45,430 --> 00:46:49,309 Saya rasa sekarang kita berdua dah tahu ini yang Jesus mahukan. 476 00:47:01,238 --> 00:47:02,364 Gaius, ikut sini. 477 00:47:14,585 --> 00:47:15,711 Praetor Gaius. 478 00:47:20,507 --> 00:47:21,341 Tuan. 479 00:47:33,562 --> 00:47:37,941 Orang suruhan saya lumpuh di rumah. 480 00:47:38,025 --> 00:47:43,655 Dia dah lama sakit dan sekarang dia menderita, hampir mati. 481 00:47:46,283 --> 00:47:47,534 Bawa saya jumpa dia. 482 00:47:48,577 --> 00:47:50,370 - Tuan. - Awak panggil dia "Tuan"? 483 00:47:50,454 --> 00:47:54,208 Saya tak layak untuk awak datang ke rumah saya. 484 00:47:54,708 --> 00:47:59,129 Saya tahu awak tak selesa sebagai orang Yahudi di rumah orang Rom. 485 00:48:02,216 --> 00:48:07,054 Tapi awak hanya perlu sebut dan dia akan sembuh. 486 00:48:08,430 --> 00:48:09,640 Tak layak? 487 00:48:11,683 --> 00:48:12,601 Kebenaran 488 00:48:13,644 --> 00:48:16,271 tentang anak itu, dia sebenarnya anak saya. 489 00:48:17,606 --> 00:48:19,483 Saya sangat malu. 490 00:48:19,566 --> 00:48:23,153 Saya tak patut minta bantuan awak, tapi saya minta juga. 491 00:48:24,780 --> 00:48:26,657 Saya tahu awak boleh buat. 492 00:48:28,158 --> 00:48:29,368 Tuan. 493 00:48:31,286 --> 00:48:33,580 Saya tak sangka saya akan cakap begini, 494 00:48:34,665 --> 00:48:37,084 tapi dia layak terima bantuan awak. 495 00:48:39,253 --> 00:48:42,548 Dia sayang orang kita. Dia dah tolong kita. 496 00:48:44,258 --> 00:48:45,092 Saya tahu. 497 00:48:48,345 --> 00:48:50,055 Jangan susah-susah. 498 00:48:50,138 --> 00:48:55,310 Awak boleh sembuhkan dia dari jauh dengan hanya satu arahan. 499 00:48:55,811 --> 00:48:58,063 Saya juga ada kuasa dengan orang di bawah saya. 500 00:48:58,146 --> 00:48:59,982 Kalau saya kata "pergi", dia akan pergi. 501 00:49:00,065 --> 00:49:02,651 Jika saya suruh seorang lagi "datang", dia datang. 502 00:49:05,445 --> 00:49:10,075 Apa saja yang awak arahkan di dunia ini akan berlaku. 503 00:49:10,158 --> 00:49:11,451 Saya tahu. 504 00:49:12,369 --> 00:49:13,370 Termasuklah ini. 505 00:49:17,666 --> 00:49:18,750 Berdiri. 506 00:49:19,626 --> 00:49:21,461 - Apa? - Bangun. 507 00:49:28,802 --> 00:49:30,262 Semua dengar apa yang dia cakap? 508 00:49:31,972 --> 00:49:37,186 Sejujurnya, saya tak pernah jumpa kepercayaan begitu di Israel. 509 00:49:37,936 --> 00:49:40,272 Saya ditolak di kampung halaman saya sendiri 510 00:49:40,355 --> 00:49:44,109 dan saya diugut oleh ketua agama bangsa saya sendiri, 511 00:49:44,193 --> 00:49:46,195 tapi lelaki ini, 512 00:49:47,279 --> 00:49:52,826 bukan Yahudi, lebih yakin dengan kepercayaannya terhadap kemampuan saya 513 00:49:53,410 --> 00:49:55,370 berbanding sesiapa yang saya pernah jumpa. 514 00:50:08,091 --> 00:50:12,763 Pergi. Semuanya dah terlaksana menurut kepercayaan awak. 515 00:50:14,932 --> 00:50:16,600 - Terima kasih. - Terima kasih. 516 00:50:19,144 --> 00:50:22,356 Awak telah menceriakan hari saya dengan kepercayaan begini. 517 00:50:32,282 --> 00:50:33,116 Ya. 518 00:50:54,221 --> 00:50:55,138 Apa? 519 00:50:59,017 --> 00:50:59,977 Apa yang berlaku? 520 00:51:01,395 --> 00:51:06,441 Gaius percaya Jesus boleh sembuhkan hambanya tanpa perlu datang ke rumahnya. 521 00:51:06,525 --> 00:51:07,901 Kita tahu Dia mampu. 522 00:51:08,402 --> 00:51:11,071 Tapi kepercayaan begitu daripada orang bukan Yahudi? 523 00:51:11,154 --> 00:51:11,989 Tepat sekali. 524 00:51:17,536 --> 00:51:19,788 Mari buat sekarang. Mari tanya. 525 00:51:20,706 --> 00:51:22,249 Ini akan mengubah segalanya. 526 00:51:23,083 --> 00:51:24,001 Tanya apa? 527 00:51:26,003 --> 00:51:26,962 Ya. 528 00:51:27,045 --> 00:51:28,714 - Rabai? - Ya, James Besar? 529 00:51:28,797 --> 00:51:32,426 Ingat apabila awak kata kami boleh minta apa saja dan ia akan ditunaikan? 530 00:51:32,509 --> 00:51:34,803 Ketuk dan pintu akan dibuka. 531 00:51:39,558 --> 00:51:41,101 Saya tak ingat. 532 00:51:43,896 --> 00:51:47,316 Itu khutbah yang betul. Saya ingat Eema beritahu saya itu betul. 533 00:51:47,399 --> 00:51:49,276 Saya bergurau. Saya ingat, ya. 534 00:51:50,903 --> 00:51:51,862 Sudah tentu. Ya. 535 00:51:51,945 --> 00:51:53,155 - Kami tahu. - Ya. 536 00:51:54,781 --> 00:51:58,410 Kami ada suatu permintaan dan untuk awak tunaikan. 537 00:51:59,036 --> 00:52:00,370 Saya tak sabar nak dengar. 538 00:52:02,331 --> 00:52:03,290 Bolehkah awak… 539 00:52:08,045 --> 00:52:10,672 benarkan kami… 540 00:52:13,133 --> 00:52:16,595 duduk di sebelah kanan dan kiri awak dalam kerajaan awak? 541 00:52:25,646 --> 00:52:26,980 Apa maksudnya? 542 00:52:34,988 --> 00:52:35,906 Jadi… 543 00:52:48,669 --> 00:52:50,754 Kamu tak tahu apa yang kamu minta. 544 00:53:09,439 --> 00:53:10,274 Apa? 545 00:53:10,941 --> 00:53:12,150 Rabai. 546 00:53:13,026 --> 00:53:16,488 Tiga timun dan satu kubis. Ya. 547 00:53:17,906 --> 00:53:19,241 Saya nak uncang kulit itu. 548 00:53:19,324 --> 00:53:21,285 - Yang besar? - Ya, yang besar. 549 00:53:21,368 --> 00:53:22,578 Pilihan yang bijak, tuan. 550 00:53:24,288 --> 00:53:25,163 Ya. 551 00:53:26,039 --> 00:53:27,040 Berapa harga dua ini? 552 00:53:29,710 --> 00:53:30,544 Okey, bagus. 553 00:53:31,378 --> 00:53:32,296 Terima kasih, tuan. 554 00:53:38,385 --> 00:53:39,428 Terima kasih. 555 00:53:43,056 --> 00:53:44,141 Tidak. Tak apa. 556 00:53:55,777 --> 00:53:57,070 Rabai, kenapa? 557 00:53:58,405 --> 00:54:00,741 Sanggupkah kamu minum dari cawan bekas saya 558 00:54:01,325 --> 00:54:04,328 atau dibaptiskan dengan baptisan yang saya terima? 559 00:54:04,411 --> 00:54:07,497 - Boleh. Kami Anak-anak Petir. - Kami akan buat apa saja untuk awak. 560 00:54:07,581 --> 00:54:11,418 - Kamu pun tak tahu apa maksudnya. - Beritahu kami. Kami akan buat apa saja. 561 00:54:13,754 --> 00:54:16,048 Maksudnya, apabila kita pergi ke Baitulmuqaddis, 562 00:54:16,131 --> 00:54:20,469 Anak Manusia akan diserahkan kepada ketua imam dan ahli kitab. 563 00:54:20,552 --> 00:54:25,390 Mereka akan membunuh-Nya kemudian serah kepada orang bukan Yahudi. 564 00:54:25,474 --> 00:54:30,312 Mereka akan ejek, ludah, sebat dan bunuh Dia. 565 00:54:31,647 --> 00:54:34,691 Selepas tiga hari, Dia akan bangkit. 566 00:54:42,241 --> 00:54:44,868 - Maksud awak siapa? - Saya sangka Anak Manusia ialah awak. 567 00:54:44,952 --> 00:54:47,454 Kamu akan minum dari cawan bekas saya 568 00:54:47,538 --> 00:54:50,916 dan dibaptiskan dengan pembaptisan yang sama. 569 00:54:51,416 --> 00:54:53,126 Namun bukan sekarang. 570 00:54:54,044 --> 00:54:55,587 Kamu belum bersedia. 571 00:54:57,130 --> 00:55:02,094 Untuk duduk di kanan dan kiri saya, bukan hak saya untuk tentukan 572 00:55:03,262 --> 00:55:07,057 tapi untuk orang yang telah ditentukan oleh Bapa saya. 573 00:55:07,140 --> 00:55:09,726 Kamu tak patut buat permintaan begitu. 574 00:55:10,435 --> 00:55:13,480 Jangan kecil hati, Nathanael, tapi kami lebih lama sertai Dia. 575 00:55:13,564 --> 00:55:18,652 - Tergamak kamu minta. Di depan kami pula. - Kedudukan tinggi dan tempat kehormat? 576 00:55:18,735 --> 00:55:20,153 Tengoklah siapa yang bercakap. 577 00:55:20,654 --> 00:55:24,533 - Saya tak minta pun. Dia yang beri. - Awak tak tahu pun apa maksud "Batu". 578 00:55:24,616 --> 00:55:25,701 Berhenti. 579 00:55:28,036 --> 00:55:31,373 Kamu semua diberi kepimpinan dan kuasa. 580 00:55:32,165 --> 00:55:35,586 Kamu semua membentuk asas untuk saya bina gereja saya. 581 00:55:35,669 --> 00:55:38,380 Tapi kamu berfikir macam orang bukan Yahudi. 582 00:55:38,964 --> 00:55:42,092 Para pemimpin mereka gunakan kuasa ke atas orang bawahan mereka. 583 00:55:42,676 --> 00:55:44,803 Itu bukan cara kerajaan saya. 584 00:55:48,140 --> 00:55:49,933 Saya dah beritahu sebelum ini 585 00:55:52,144 --> 00:55:54,021 dan kamu masih tak faham. 586 00:55:56,106 --> 00:55:57,816 Ini perlu berubah 587 00:55:58,901 --> 00:56:02,154 kerana cara mereka tak sama dengan kamu. 588 00:56:04,156 --> 00:56:05,449 Kamu dengar? 589 00:56:06,450 --> 00:56:07,492 - Ya. - Ya. 590 00:56:07,993 --> 00:56:09,244 - Ya. - Ya, Rabai. 591 00:56:09,328 --> 00:56:12,539 Sesiapa yang mahu jadi orang penting antara kamu, mesti berkhidmat 592 00:56:12,623 --> 00:56:16,210 dan sesiapa yang mahu jadi yang pertama antara kamu, mesti jadi hamba kamu. 593 00:56:17,127 --> 00:56:21,715 Sebab Anak Manusia pun datang bukan untuk dilayan, tapi berkhidmat 594 00:56:22,633 --> 00:56:26,553 dan korbankan nyawa sebagai tebusan untuk ramai orang. 595 00:56:29,139 --> 00:56:32,309 Tebusan untuk siapa? 596 00:56:32,392 --> 00:56:34,436 Siapa yang ditawan, Rabai? 597 00:56:50,994 --> 00:56:51,828 Pergi. 598 00:56:53,914 --> 00:56:55,999 Terus ke selatan ke Baitulmuqaddis. 599 00:56:59,670 --> 00:57:02,047 - Rabai, awak perlukan… - Saya akan menyusul nanti. 600 00:57:02,130 --> 00:57:05,384 - Saya boleh temankan awak. - Nanti saya menyusul, Zee. 601 00:57:39,209 --> 00:57:40,043 Gaius! 602 00:57:41,503 --> 00:57:44,673 - Awak takkan percaya. - Saya percaya. 603 00:57:46,049 --> 00:57:47,050 Apa? 604 00:57:47,676 --> 00:57:48,510 Apa? 605 00:57:50,053 --> 00:57:51,430 Saya dah tahu. 606 00:57:52,181 --> 00:57:53,724 Ayah, tengok. 607 00:58:03,066 --> 00:58:04,234 Salam sejahtera. 608 00:58:04,902 --> 00:58:07,446 - Apa? - Itu yang kawan-kawan ayah cakap. 609 00:58:07,529 --> 00:58:10,324 Ia bermaksud keamanan dan penyatuan. 610 00:58:10,407 --> 00:58:11,325 Okey? 611 00:58:12,492 --> 00:58:14,995 Kamu dah sempurna semula. 612 00:58:15,579 --> 00:58:16,955 Salam… 613 00:58:18,290 --> 00:58:19,124 Salam… 614 00:58:20,083 --> 00:58:21,001 Okey. 615 00:58:21,084 --> 00:58:22,878 Salam sejahtera. 616 00:58:23,504 --> 00:58:24,963 - Salam sejahtera. - Salam sejahtera. 617 00:58:25,047 --> 00:58:27,174 - Salam sejahtera. - Okey. Sebut dua kali. 618 00:58:27,257 --> 00:58:28,675 - Salam sejahtera. - Salam sejahtera. 619 00:58:28,759 --> 00:58:30,594 Begitulah. Syabas. 620 00:58:33,388 --> 00:58:34,223 Salam sejahtera. 621 00:58:40,437 --> 00:58:42,773 Kerana pinggangku penuh radang, 622 00:58:45,025 --> 00:58:47,319 dan seluruh tubuhku sakit. 623 00:58:52,115 --> 00:58:54,034 Aku daif dan remuk-redam. 624 00:58:57,162 --> 00:58:59,414 Aku merintih kerana hatiku rusuh 625 00:59:00,541 --> 00:59:01,375 Ya Tuhan. 626 00:59:02,334 --> 00:59:04,169 seluruh kemahuanku terhampar di depan-Mu 627 00:59:05,546 --> 00:59:07,548 dan rintihanku tidak tersembunyi daripada-Mu. 628 00:59:12,219 --> 00:59:13,720 Hatiku berdebar-debar. 629 00:59:15,055 --> 00:59:16,849 Kekuatanku hilang. 630 00:59:19,393 --> 00:59:22,729 Malah mataku juga kehilangan sinar. 631 00:59:29,736 --> 00:59:31,738 Orang yang aku sayangi dan sahabat handaiku 632 00:59:33,532 --> 00:59:35,242 takut mendekatiku kerana penyakitku. 633 00:59:37,870 --> 00:59:40,205 Saudara-maraku menjauhkan diri dariku. 634 00:59:49,715 --> 00:59:51,133 Ya. Boleh? 635 00:59:51,633 --> 00:59:52,467 Terima kasih. 636 00:59:53,343 --> 00:59:54,344 Bagus. 637 01:00:11,069 --> 01:00:13,363 Zeb, kami dah sedia untuk batu pertama. 638 01:00:14,281 --> 01:00:15,699 Saya suka bahagian ini. 639 01:00:29,213 --> 01:00:32,549 Perahan pertama, suci untuk Adonai sahaja. 640 01:02:30,209 --> 01:02:32,211 Terjemahan sari kata oleh Kamelia Narisya