1 00:00:15,391 --> 00:00:17,559 -Saya tahu awak takut, tapi... -Takut? 2 00:00:17,643 --> 00:00:20,478 Itu perkara biasa. Apabila seseorang cuba dibunuh... 3 00:00:20,562 --> 00:00:23,481 Awak tahu saya direkrut oleh FBI dan CIA? 4 00:00:23,565 --> 00:00:27,402 Skor IQ saya dalam 99 persentil, tapi cuma 80 peratus penilaian psikologi. 5 00:00:27,486 --> 00:00:30,905 Nak tahu kenapa, orang berlagak? 6 00:00:30,989 --> 00:00:32,866 Masalah hubungan sesama manusia? 7 00:00:33,868 --> 00:00:37,621 Saya tak mahir menangani perkara mengarut. 8 00:00:38,581 --> 00:00:43,085 Perkara ini yang dikatakan mengarut. 9 00:00:43,753 --> 00:00:45,628 Awak fikir saya penakut? 10 00:00:45,713 --> 00:00:47,465 Saya tak takut. Saya geram. 11 00:00:47,548 --> 00:00:50,341 Mereka masuk ke rumah saya yang saya baiki sendiri 12 00:00:50,426 --> 00:00:52,094 di bandar keluarga saya asaskan 13 00:00:52,177 --> 00:00:54,179 sebab mereka fikir mereka kebal. 14 00:00:57,640 --> 00:00:58,893 Awak nak pistol? 15 00:01:01,896 --> 00:01:02,813 Saya tak kisah. 16 00:01:11,697 --> 00:01:14,240 Gray berikan kepada saya beberapa tahun lalu. 17 00:01:14,325 --> 00:01:18,078 Dia nak kekalkannya dalam keluarga dan cuma saya keluarganya. 18 00:01:18,162 --> 00:01:20,371 Senjata itu menarik perhatian. 19 00:01:22,081 --> 00:01:24,335 Orang di sini tahu saya memilikinya. 20 00:01:24,418 --> 00:01:26,420 Jika awak salah guna, saya yang kena. 21 00:01:29,088 --> 00:01:30,424 Jangan salah guna. 22 00:01:32,051 --> 00:01:34,135 Saya akan jaga dengan baik. 23 00:01:49,442 --> 00:01:51,820 Rumah awak dah tak selamat. Kemas barang. 24 00:01:58,451 --> 00:01:59,328 Finlay? 25 00:01:59,411 --> 00:02:01,914 Mayat yang bersama Joe telah dikenal pasti. 26 00:02:01,996 --> 00:02:03,498 Ayuh pergi ke rumah mayat. 27 00:02:15,176 --> 00:02:16,262 Biar betul. 28 00:02:16,344 --> 00:02:18,472 Saya baru suruh awak berhati-hati. 29 00:02:18,556 --> 00:02:21,391 Jangan percaya senjata yang belum diuji sendiri. 30 00:02:48,377 --> 00:02:50,211 Kamu berdua sudah menyiasat kes 31 00:02:50,295 --> 00:02:51,796 seawal pagi begini? 32 00:02:51,881 --> 00:02:54,466 -Kami baru kembali ke bandar. -Dari mana? 33 00:02:55,216 --> 00:02:58,344 Alabama. Bar tutup lambat, jalan banjir akibat ribut. 34 00:02:58,929 --> 00:03:00,681 Awak bawa dia keluar minum? 35 00:03:01,473 --> 00:03:03,893 Bukankah itu melawan arahan saya? 36 00:03:03,975 --> 00:03:05,019 Mujurlah saya lawan. 37 00:03:05,102 --> 00:03:07,812 Pembunuh Morrison memburu kami malam tadi. 38 00:03:07,896 --> 00:03:09,355 Ceroboh rumah saya. Beri amaran. 39 00:03:09,439 --> 00:03:12,401 Entah apa mereka akan buat jika saya ada. 40 00:03:12,484 --> 00:03:14,235 Mereka masuk ke rumah awak? 41 00:03:14,319 --> 00:03:17,281 Saya okey. Mari kita lihat apa Jasper nak tunjuk. 42 00:03:19,115 --> 00:03:21,784 Tak apa. Saya perhatikan dia. 43 00:03:26,789 --> 00:03:30,752 Ambil ini. Maaf, saya tak tahu awak akan datang. 44 00:03:30,836 --> 00:03:34,131 Sebaik cap jari diperoleh, kami dapat kenal pasti dia. 45 00:03:34,213 --> 00:03:37,843 Nama mangsa Pete Jobling. Pemandu trak Syarikat Southfreight. 46 00:03:37,926 --> 00:03:40,262 Agak logik sebab keputusan ujian menunjukkan 47 00:03:40,346 --> 00:03:44,098 hidrogen sulfida berlebihan dalam gas darah dan tisunya. 48 00:03:44,182 --> 00:03:47,019 Menghabiskan hidup menghidu pengubah bermangkin. 49 00:03:47,102 --> 00:03:49,146 Berkahwin, 43 tahun, penduduk Atlanta. 50 00:03:49,228 --> 00:03:53,442 Rekod bersih kecuali penahanan pada 2018 sebab langgar peraturan trafik 51 00:03:53,525 --> 00:03:55,694 yang bertukar kepada kelakuan tak wajar. 52 00:03:55,777 --> 00:03:58,739 Dibela oleh Zacarias Perez LLP. Tiada sabitan. 53 00:03:58,822 --> 00:04:00,282 Zacarias Perez. Ini dia. 54 00:04:01,699 --> 00:04:02,700 Nampak mewah. 55 00:04:02,784 --> 00:04:05,704 Tak macam firma yang mempertahankan pemandu trak. 56 00:04:05,788 --> 00:04:06,955 Terima kasih, Jasper. 57 00:04:07,038 --> 00:04:10,000 Semoga kami tak perlu jumpa awak lagi. 58 00:04:10,084 --> 00:04:11,293 Ya. 59 00:04:13,920 --> 00:04:16,548 -Nombor telefon DC. -Khidmat Rahsia. 60 00:04:16,632 --> 00:04:17,466 Helo? 61 00:04:17,548 --> 00:04:20,302 Pegawai Conklin, saya Molly Beth Gordon, 62 00:04:20,386 --> 00:04:22,721 Pegawai Pentadbiran Khidmat Rahsia. 63 00:04:22,805 --> 00:04:25,641 Saya dapat mesej tentang Joe. Kami bekerja bersama. 64 00:04:25,723 --> 00:04:27,850 -Hai, Molly Beth. -Joe! 65 00:04:29,060 --> 00:04:31,355 Syukurlah! Kenapa tak telefon saya balik? 66 00:04:31,437 --> 00:04:32,439 Saya sangat risau. 67 00:04:35,567 --> 00:04:38,153 Cik Gordon, saya Jack Reacher. 68 00:04:39,112 --> 00:04:40,072 Adik Joe. 69 00:04:41,781 --> 00:04:42,949 Joe dah mati. 70 00:04:44,534 --> 00:04:45,619 Tidak. 71 00:04:47,204 --> 00:04:48,579 Tak, awak salah. 72 00:04:48,663 --> 00:04:49,622 Tidak. 73 00:04:52,709 --> 00:04:53,752 Bagaimana? 74 00:04:55,838 --> 00:04:57,088 Dia dibunuh. 75 00:04:57,755 --> 00:05:00,341 Kami rasa kematiannya ada kaitan dengan kerjanya. 76 00:05:00,425 --> 00:05:03,220 Awak tahu apa Joe buat di Margrave, Georgia? 77 00:05:03,302 --> 00:05:04,887 Saya tak tahu, dia... 78 00:05:05,805 --> 00:05:07,891 Dia menjalankan siasatan sulit. 79 00:05:07,975 --> 00:05:09,475 Saya tak tahu butirannya. 80 00:05:10,978 --> 00:05:11,937 Ya Tuhan. 81 00:05:18,151 --> 00:05:20,821 Saya tahu masa ini tak sesuai untuk bertanya. 82 00:05:20,903 --> 00:05:22,281 Tapi kami perlu bantuan. 83 00:05:22,363 --> 00:05:25,324 Apakah jawatan Joe di Khidmat Rahsia? 84 00:05:25,408 --> 00:05:26,951 Apa? 85 00:05:27,036 --> 00:05:28,454 Dia pengarah. 86 00:05:28,536 --> 00:05:31,831 Dia Pengarah Pejabat Siasatan. 87 00:05:31,915 --> 00:05:33,167 Awak tak tahu? 88 00:05:35,502 --> 00:05:38,629 Tidak. Dah lama kami tak berhubung. 89 00:05:39,298 --> 00:05:41,300 -Dia ada pekerja bawahan? -Tidak. 90 00:05:42,259 --> 00:05:43,302 Tidak. 91 00:05:44,177 --> 00:05:46,764 Dia tugaskan kes itu kepada dirinya. 92 00:05:46,846 --> 00:05:48,307 Tiada sesiapa yang tahu. 93 00:05:48,389 --> 00:05:49,307 Awak tahu. 94 00:05:50,893 --> 00:05:52,101 Kami rapat. 95 00:05:53,519 --> 00:05:55,898 Molly Beth, ini Pegawai Conklin. 96 00:05:55,980 --> 00:05:58,024 Maaf, kami dah hampir selesai. 97 00:05:58,108 --> 00:06:01,987 Adakah Joe mengetuai jabatan khusus dalam Pejabat Siasatan? 98 00:06:02,071 --> 00:06:03,781 Ya, dia menguruskan... 99 00:06:04,822 --> 00:06:07,533 Dia uruskan jabatan pencegahan pemalsuan. 100 00:06:11,120 --> 00:06:15,334 Ejen Gordon, saya Kapten Finlay, Ketua Detektif Polis Margrave. 101 00:06:15,416 --> 00:06:18,629 Ada laporan tentang pemalsuan di Margrave baru-baru ini? 102 00:06:18,711 --> 00:06:21,423 Boleh kita bincangkannya nanti? 103 00:06:21,507 --> 00:06:23,175 Saya tahu ini sukar, 104 00:06:23,257 --> 00:06:26,136 dan saya tak suka buat begini selepas berita buruk tadi. 105 00:06:26,220 --> 00:06:27,553 Cuma awak petunjuk kami, 106 00:06:28,514 --> 00:06:30,641 bagi kes yang membunuh Joe. 107 00:06:30,723 --> 00:06:31,766 Okey. 108 00:06:35,353 --> 00:06:40,567 Joe kata dia hentikan semua kegiatan pemalsuan domestik tak lama dulu. 109 00:06:41,401 --> 00:06:43,362 Dia tetapkan prosedur 110 00:06:43,444 --> 00:06:46,406 hingga mustahil untuk melakukannya tanpa ditangkap. 111 00:06:46,490 --> 00:06:49,033 Dia memburu kes antarabangsa. 112 00:06:49,117 --> 00:06:51,202 -Macam Amerika Selatan? -Saya tak tahu. 113 00:06:53,622 --> 00:06:55,832 Saya boleh cuba dapatkan fail dia. 114 00:06:55,915 --> 00:06:58,127 Terima kasih. Salinan cetak sahaja. 115 00:06:58,209 --> 00:07:00,795 -Saya tak nak jejak digital. -Kenapa? 116 00:07:00,879 --> 00:07:03,632 Siasatan Joe menyebabkan orang dibunuh. 117 00:07:03,714 --> 00:07:05,425 Kami tak mahu awak dikesan. 118 00:07:05,509 --> 00:07:08,762 -Rahsiakan hal ini. -Ketua dia patut tahu, bukan? 119 00:07:08,846 --> 00:07:09,846 Tidak. 120 00:07:10,514 --> 00:07:12,391 Khidmat Rahsia tak boleh dipercayai? 121 00:07:13,057 --> 00:07:14,935 Ada sebab Joe merahsiakannya. 122 00:07:15,726 --> 00:07:18,312 Saya percaya naluri abang saya. Awak pula? 123 00:07:18,396 --> 00:07:19,898 -Ya. -Okey, bagus. 124 00:07:19,981 --> 00:07:23,235 Jangan beritahu sesiapa sehingga kami faham situasi ini. 125 00:07:23,317 --> 00:07:24,403 Okey. 126 00:07:25,112 --> 00:07:27,531 Saya perlukan sehari untuk buat salinan. 127 00:07:27,613 --> 00:07:29,115 Tak mengapa. 128 00:07:31,785 --> 00:07:33,370 Suara awak sama macam dia. 129 00:07:37,081 --> 00:07:38,375 Nanti kita berbual lagi. 130 00:07:42,795 --> 00:07:44,923 Betul tekaan awak tentang pemalsuan. 131 00:07:45,007 --> 00:07:46,884 Saya ingatkan senjata atau seks. 132 00:07:46,966 --> 00:07:49,177 Semuanya tentang wang tunai. 133 00:07:49,261 --> 00:07:51,346 Pemalsu buang orang tengah. 134 00:07:51,430 --> 00:07:53,473 Membunuh ramai demi wang Monopoly? 135 00:07:54,223 --> 00:07:57,685 Orang membunuh demi 20 dolar, apatah lagi untuk bekalan tanpa had. 136 00:07:57,769 --> 00:07:59,687 Ya, kita dah tengok Morrison. 137 00:07:59,771 --> 00:08:00,939 Ini bukan kebetulan. 138 00:08:01,023 --> 00:08:04,276 Hubble pengurus mata wang Kewangan Axis di Atlanta. 139 00:08:04,358 --> 00:08:05,776 Kita lihat tempat kerjanya. 140 00:08:05,860 --> 00:08:09,406 Jika saya pergi sekarang dengan lencana, mereka akan panggil peguam. 141 00:08:09,488 --> 00:08:11,783 Saya akan siasat selepas masa pejabat. 142 00:08:11,867 --> 00:08:14,620 Sekarang, pakai uniform dan kembali ke balai. 143 00:08:14,702 --> 00:08:17,747 Berpura-pura cari bekas penjenayah yang bunuh Morrison. 144 00:08:17,831 --> 00:08:18,706 Apa? 145 00:08:18,790 --> 00:08:22,043 Teale tak tahu dia disyaki. Kita ikut saja rentaknya. 146 00:08:22,127 --> 00:08:25,129 Saya akan cakap rumah awak diceroboh dan awak nak bertindak. 147 00:08:25,213 --> 00:08:27,798 Saya dapat lihat Teale berlagak macam bos? 148 00:08:27,882 --> 00:08:31,093 -Awak pula buat apa? -Saya nak lawat pengawal penjara. 149 00:08:31,177 --> 00:08:32,553 Alamatnya dah ada. 150 00:08:32,638 --> 00:08:34,722 -Daerah sebelah. -Saya nak ikut. 151 00:08:34,806 --> 00:08:36,850 Sebab kerjasama kita baik? 152 00:08:36,933 --> 00:08:39,227 Awak kena jumpa Zacarias Perez LLP. 153 00:08:39,311 --> 00:08:41,104 Siasat penangkapan Jobling. 154 00:08:41,187 --> 00:08:42,773 Awak beri tugasan? 155 00:08:42,855 --> 00:08:44,607 Bukankah pekerjaan, 156 00:08:44,691 --> 00:08:47,277 penampilan dan gaya hidup saya tak macam polis lagi? 157 00:08:47,360 --> 00:08:48,986 Maksudnya saya terdesak. 158 00:08:49,071 --> 00:08:51,072 Jadi bijak dan patuhi undang-undang. 159 00:08:51,155 --> 00:08:54,033 Saya jamin awak takkan dipenjarakan lagi. 160 00:08:55,576 --> 00:08:56,495 Tidak. 161 00:08:58,663 --> 00:09:02,167 Saya tak sabar semua ini berakhir dan dia keluar dari sini. 162 00:09:07,297 --> 00:09:08,590 Pegawai Conklin. 163 00:09:10,509 --> 00:09:11,884 Ikut waktu kerja bank? 164 00:09:11,969 --> 00:09:13,386 Saya di rumah mayat, 165 00:09:13,470 --> 00:09:15,681 dapatkan maklumat tentang mangsa kedua. 166 00:09:15,764 --> 00:09:17,515 Arahan saya dah jelas. 167 00:09:17,849 --> 00:09:22,354 Mereka bukan keutamaan berbanding rakan setugas kita dan isterinya. 168 00:09:22,437 --> 00:09:25,231 Ada polis mati dan khabarnya polis lain disasarkan. 169 00:09:25,315 --> 00:09:28,067 -Awak okey? -Ya, tuan. 170 00:09:28,150 --> 00:09:31,904 Kalau saya berada di rumah, saya sendiri akan tewaskan mereka. 171 00:09:31,989 --> 00:09:33,532 Saya suka semangat itu. 172 00:09:33,615 --> 00:09:36,076 Orang yang nak serang polis terbaik Margrave, 173 00:09:36,158 --> 00:09:38,120 perlu bersedia untuk berlawan. 174 00:09:38,202 --> 00:09:40,956 Fokus pada penjenayah di papan ini. 175 00:09:41,038 --> 00:09:44,500 Mereka penjenayah ganas yang ditahan oleh Morrison. 176 00:09:44,584 --> 00:09:45,836 Memukul dengan teruk. 177 00:09:46,669 --> 00:09:48,046 Serangan rumah tangga. 178 00:09:48,129 --> 00:09:50,548 Rompakan bersenjata. Mereka orang jahat. 179 00:09:51,216 --> 00:09:52,216 Baiklah. 180 00:09:52,301 --> 00:09:55,553 Saya sedang semak laporan kereta curi di seluruh daerah. 181 00:09:55,636 --> 00:09:58,139 Jika bekas penjenayah melawat rumah polis, 182 00:09:58,222 --> 00:10:01,600 -dia takkan guna keretanya. -Bagus. 183 00:10:01,684 --> 00:10:02,894 Maklumkan saya. 184 00:10:14,990 --> 00:10:16,115 Roscoe. 185 00:10:17,326 --> 00:10:20,328 -Awak dengan Finlay pagi ini? -Ya. 186 00:10:20,995 --> 00:10:23,498 Ada orang memburu awak? 187 00:10:23,581 --> 00:10:26,418 Nampaknya begitulah. Mungkin berkaitan dengan Morrison. 188 00:10:26,500 --> 00:10:29,004 Mungkin remaja yang tak reti bergurau. 189 00:10:29,086 --> 00:10:30,172 Ya. 190 00:10:31,130 --> 00:10:33,924 Sepupu saya Charlie tak angkat telefon. 191 00:10:34,009 --> 00:10:37,011 Paul pun sama. Seluruh keluarga lenyap. 192 00:10:37,428 --> 00:10:40,057 Saya nak tanya jika awak tahu sesuatu. 193 00:10:40,139 --> 00:10:41,099 Tidak. 194 00:10:42,433 --> 00:10:44,061 -Awak tahu apa-apa? -Tidak. 195 00:10:44,769 --> 00:10:47,230 Saya cuba memahami apa yang berlaku. 196 00:10:47,313 --> 00:10:48,940 Ya, saya juga. 197 00:10:49,024 --> 00:10:53,028 Saya tak bertuah, jadi saya akan fokus pada bekas penjenayah, 198 00:10:53,110 --> 00:10:54,446 macam arahan Teale. 199 00:10:54,528 --> 00:10:57,282 Awak rasa itu cara terbaik? 200 00:10:57,908 --> 00:10:59,033 Semua cara baik. 201 00:10:59,784 --> 00:11:01,077 Teale dah jadi bos. 202 00:11:03,830 --> 00:11:05,081 Finlay macam mana? 203 00:11:05,164 --> 00:11:07,083 Awak rasa dia tahu sesuatu? 204 00:11:07,167 --> 00:11:11,254 Mungkin tidak. Semua orang di Margrave enggan bekerjasama dengan dia. 205 00:11:11,337 --> 00:11:15,299 Semua penduduk dalam keadaan tegang. 206 00:11:16,301 --> 00:11:18,427 Saya tak tahu apa nak beritahu isteri saya. 207 00:11:18,511 --> 00:11:21,097 Reacher pula sibuk membelasah semua orang. 208 00:11:21,181 --> 00:11:22,182 Stevenson? 209 00:11:22,849 --> 00:11:23,933 Mari sini sekejap. 210 00:11:24,975 --> 00:11:26,019 Ya, tuan. 211 00:12:09,104 --> 00:12:10,438 En. Spivey? 212 00:12:14,817 --> 00:12:16,235 Tanner Spivey? 213 00:12:29,749 --> 00:12:30,875 En. Spivey? 214 00:13:22,344 --> 00:13:23,636 LOG PANGGILAN 215 00:13:23,720 --> 00:13:27,849 LOG PANGGILAN INDUSTRI KLINER... 216 00:13:30,684 --> 00:13:31,769 Polis Alton. 217 00:13:33,104 --> 00:13:35,273 Awak salah pilih bandar untuk merompak. 218 00:13:35,356 --> 00:13:36,524 Nanti dulu. 219 00:13:38,567 --> 00:13:40,528 Lebam itu nampak baru. 220 00:13:40,611 --> 00:13:42,113 Awak masih rasa sakit? 221 00:13:42,197 --> 00:13:43,155 Sedikit. 222 00:13:45,158 --> 00:13:47,076 Kemalangan itu beberapa hari lalu. 223 00:13:50,288 --> 00:13:53,290 Sebenarnya, En. Doyle... 224 00:13:54,334 --> 00:13:56,836 Maaf, apa nama pertama awak? 225 00:13:56,919 --> 00:13:57,879 Brian. 226 00:13:59,338 --> 00:14:02,634 Kami jarang uruskan tuntutan kenderaan di sini. 227 00:14:02,716 --> 00:14:05,052 Biasanya peguam biasa uruskan. 228 00:14:05,135 --> 00:14:08,222 Namun Home Depot kaya. 229 00:14:08,306 --> 00:14:11,225 Jadi saya mahu kaut wang mereka 230 00:14:11,308 --> 00:14:13,269 agar awak dapat pampasan sewajarnya. 231 00:14:13,352 --> 00:14:15,563 Ayuh mulakan dari awal. 232 00:14:16,313 --> 00:14:18,984 Pada hari apa trak penghantaran langgar awak? 233 00:14:19,067 --> 00:14:20,192 Tiada trak. 234 00:14:20,277 --> 00:14:22,571 Saya reka cerita agar awak jumpa saya. 235 00:14:22,653 --> 00:14:24,739 Serahkan fail Pete Jobling. 236 00:14:25,657 --> 00:14:26,490 Apa? 237 00:14:26,575 --> 00:14:28,994 Klien awak untuk tuduhan pelanggaran trafik 238 00:14:29,076 --> 00:14:30,870 dan kelakuan tak wajar. 239 00:14:31,705 --> 00:14:34,415 Ambil failnya. 240 00:14:35,082 --> 00:14:39,086 Entah apa helah awak, tapi keluar dari pejabat saya. 241 00:14:39,169 --> 00:14:40,462 Tidak. 242 00:14:40,547 --> 00:14:43,173 Apa? Awak fikir awak siapa? 243 00:14:43,258 --> 00:14:45,594 Pengembara marah yang takkan hilang apa-apa. 244 00:14:45,677 --> 00:14:47,345 Awak nak ditahan? 245 00:14:47,428 --> 00:14:49,096 Ambil fail Jobling sekarang. 246 00:14:49,764 --> 00:14:52,975 Saya akan hancurkan hidup awak dengan satu panggilan telefon. 247 00:14:53,058 --> 00:14:55,312 Saya boleh bunuh awak dengan satu telefon. 248 00:15:02,777 --> 00:15:04,153 Ambil fail Jobling. 249 00:15:07,365 --> 00:15:08,825 Cetak sekarang. 250 00:15:12,370 --> 00:15:13,830 Stapler. 251 00:15:14,663 --> 00:15:15,956 Sedikit lagi. 252 00:15:17,875 --> 00:15:18,876 Ini dia. 253 00:15:22,087 --> 00:15:23,340 Terima kasih. 254 00:15:28,010 --> 00:15:30,679 Tak perlu cuba cari nama sebenar saya. 255 00:15:30,764 --> 00:15:34,142 Jika ada masalah, pasti awak harap awak dicekik sampai mati. 256 00:15:47,780 --> 00:15:48,947 Dengar sini. 257 00:15:49,032 --> 00:15:51,283 Awak patut beritahu kami awak polis. 258 00:15:52,076 --> 00:15:54,287 Sukar bercakap jika but dalam mulut. 259 00:16:08,842 --> 00:16:10,970 Sepatutnya tiada beza. 260 00:16:21,438 --> 00:16:22,315 Ya Tuhan. 261 00:16:23,857 --> 00:16:27,153 -Siapa buat begini? -Kami fikir dia pencuri. 262 00:16:27,236 --> 00:16:31,365 -Berapa ramai pencuri pakai sut? -Dia nampak macam orang luar. 263 00:16:31,448 --> 00:16:34,994 -Awak nak bergurau? -Hei, lupakan saja. 264 00:16:35,077 --> 00:16:36,578 Perjuangan kita lebih besar. 265 00:16:36,663 --> 00:16:37,706 Mari. 266 00:16:39,039 --> 00:16:40,917 Ayuh pergi. 267 00:16:46,505 --> 00:16:50,051 Mencarut menggambarkan minda dan perwatakan lemah, 268 00:16:51,469 --> 00:16:53,596 tapi terima kasih kerana pertahankan saya. 269 00:16:54,596 --> 00:16:57,350 -Dah tentu. -Ada khabar daripada Reacher? 270 00:16:58,225 --> 00:17:01,019 Kami akan bertemu di Jolene. Dia jumpa sesuatu. 271 00:17:01,104 --> 00:17:03,355 Bagus, sebab saya pun jumpa sesuatu. 272 00:17:21,875 --> 00:17:23,585 Polis atau orang awam? 273 00:17:23,667 --> 00:17:25,420 Layanan baik orang Selatan. 274 00:17:26,796 --> 00:17:30,090 -Macam mana dengan firma itu? -Saya dapat semuanya. 275 00:17:30,174 --> 00:17:31,217 Macam mana? 276 00:17:31,884 --> 00:17:34,345 Guna telefon sahaja. 277 00:17:36,055 --> 00:17:39,142 Dua ayam goreng paha, bendi goreng, rusuk, 278 00:17:39,224 --> 00:17:42,186 kai lan, daun poke, nasi dengan kuah giblet, 279 00:17:42,269 --> 00:17:45,981 keju kotej dan pic. Sandwic ayam susu mentega dan coleslaw. 280 00:17:46,065 --> 00:17:49,611 Untuk awak pula salad bayam dengan kuah asing. 281 00:17:49,693 --> 00:17:51,820 -Terima kasih. -Terima kasih. 282 00:17:52,780 --> 00:17:54,490 Saya malu pesan makanan ini. 283 00:17:54,574 --> 00:17:57,035 Macam mana awak makan ini tapi kekal sasa? 284 00:17:57,117 --> 00:17:58,076 Macam ini. 285 00:18:02,539 --> 00:18:04,666 Roscoe kata awak jumpa sesuatu. 286 00:18:06,169 --> 00:18:08,712 Pemandu trak Southfreight yang mati itu 287 00:18:08,797 --> 00:18:10,964 dikontrakkan pada Industri Kliner. 288 00:18:11,048 --> 00:18:15,260 Apabila pemandu trak ada masalah, Kliner bayar yuran guaman. 289 00:18:15,345 --> 00:18:17,430 Jadi penemuan saya semakin menarik. 290 00:18:17,513 --> 00:18:19,807 -Maksudnya? -Saya geledah rumah Spivey. 291 00:18:19,891 --> 00:18:23,644 Dia dah lari, tapi telefonnya menunjukkan dia hubungi Industri Kliner. 292 00:18:23,728 --> 00:18:27,190 -Bukti menuju ke arah Kliner. -Penaung Margrave yang luhur. 293 00:18:27,272 --> 00:18:30,192 -Mungkinkah dia buat pemalsuan? -Entahlah. 294 00:18:30,276 --> 00:18:33,570 Dia ada sumber untuk jalankan operasi sebesar ini. 295 00:18:33,654 --> 00:18:36,865 Mungkin dia ada sumber sebab aktiviti pemalsuannya. 296 00:18:36,950 --> 00:18:39,076 Apa kaitannya dengan bank Hubble? 297 00:18:39,160 --> 00:18:40,411 Saya tak pasti. 298 00:18:41,203 --> 00:18:44,123 Saya nak pecah masuk pejabat Kliner dan geledah. 299 00:18:44,207 --> 00:18:45,333 Awak tak boleh 300 00:18:45,415 --> 00:18:48,336 cakap nak langgar Pindaan Keempat sambil makan bendi. 301 00:18:48,961 --> 00:18:51,506 Boleh. Nak tengok lagi? 302 00:18:51,588 --> 00:18:52,464 Reacher. 303 00:18:52,548 --> 00:18:54,884 Entah apa yang akan ditemui. 304 00:18:54,968 --> 00:18:56,845 Bukti mungkin menunjukkan Kliner. 305 00:18:56,927 --> 00:18:59,931 Namun kita akan tahu jika kita buat dia resah. 306 00:19:00,013 --> 00:19:02,808 Awak merisikokan siasatan jika awak dapat bukti 307 00:19:02,892 --> 00:19:06,229 yang tak boleh digunakan sebab diambil secara haram. 308 00:19:06,311 --> 00:19:09,898 Awak ditumbuk semasa minta waran untuk geledah rumah Spivey? 309 00:19:09,982 --> 00:19:13,653 Orang yang mungkin ada maklumat tentang pembunuhan dah hilang. 310 00:19:13,736 --> 00:19:16,530 Dia tak balas panggilan saya, jadi saya ke rumahnya. 311 00:19:16,614 --> 00:19:19,116 Tiada jawapan walaupun hari dah petang. 312 00:19:19,200 --> 00:19:21,243 Dia juga dilaporkan tak bekerja. 313 00:19:21,326 --> 00:19:24,329 Saya ada petunjuk wajar dia mungkin dalam bahaya. 314 00:19:24,413 --> 00:19:27,709 Keadaan mendesak tak perlukan waran. 315 00:19:27,791 --> 00:19:29,085 Keadaan mendesak. 316 00:19:30,044 --> 00:19:32,963 -Mengarut. -Mungkin, tapi mematuhi undang-undang. 317 00:19:33,047 --> 00:19:34,132 Okey, baiklah. 318 00:19:35,383 --> 00:19:39,345 Saya takkan pecah masuk. Saya akan ke sana dan tanya dia, sekarang juga. 319 00:19:39,429 --> 00:19:40,471 Saya nak ikut. 320 00:19:40,555 --> 00:19:43,557 Lelaki kuat perlu orang lain untuk menenangkannya. 321 00:19:43,641 --> 00:19:46,894 Saya tahu apa berlaku. Jika awak tak boleh berbaik, 322 00:19:46,978 --> 00:19:50,022 saya akan paksa awak duduk dan berpegangan tangan. 323 00:19:52,733 --> 00:19:54,986 Okey. Habiskan makan atau kemas. 324 00:19:56,112 --> 00:19:57,529 Jolene bukan mak awak. 325 00:20:00,115 --> 00:20:03,201 Saya nak siasat kereta sewa. Selamat tinggal. 326 00:20:08,333 --> 00:20:10,042 Saya nak bungkus rusuk itu. 327 00:20:16,633 --> 00:20:17,799 Kamu lapar? 328 00:20:21,971 --> 00:20:23,722 Reacher, awak buat apa? 329 00:20:23,806 --> 00:20:25,599 Pemiliknya mengabaikannya. 330 00:20:26,517 --> 00:20:27,852 Tak beri air. 331 00:20:29,269 --> 00:20:31,021 Apa yang berlaku? 332 00:20:31,855 --> 00:20:33,066 Ini anjing awak? 333 00:20:33,148 --> 00:20:34,901 Anjing pak cik saya. 334 00:20:34,983 --> 00:20:38,363 Dia baru mati. Saya tak mahu haiwan ini, tapi terpaksa bela. 335 00:20:38,445 --> 00:20:39,404 Haiwan ini? 336 00:20:40,155 --> 00:20:41,115 Apa namanya? 337 00:20:41,199 --> 00:20:42,951 Ia anjing ladang, tiada nama. 338 00:20:43,034 --> 00:20:45,912 Saya dah pesan jangan masuk ke laman rumah saya. 339 00:20:45,994 --> 00:20:48,373 Pengabaian haiwan ialah kesalahan kecil. 340 00:20:48,455 --> 00:20:51,500 Denda $500 dan dipenjarakan hingga sepuluh hari. 341 00:20:51,584 --> 00:20:55,462 Bandar ini ada banyak masalah tapi awak sibuk tentang anjing? 342 00:20:55,546 --> 00:20:57,632 Begitukah cara polis Boston bekerja? 343 00:20:59,509 --> 00:21:02,260 Jangan paksa saya datang semula dan saman awak. 344 00:21:03,762 --> 00:21:05,138 Ayuh, Reacher. 345 00:21:47,723 --> 00:21:49,433 Tiada kamera keselamatan. 346 00:21:52,979 --> 00:21:56,273 Mungkin Kliner enggan rakam apa yang berlaku. 347 00:21:56,356 --> 00:21:58,233 Kapten Finlay, mari sini. 348 00:22:01,528 --> 00:22:02,904 Sila ikut sini. 349 00:22:02,989 --> 00:22:04,906 En. Kliner menanti awak. 350 00:22:07,201 --> 00:22:10,203 Banyak makanan haiwan di situ. 351 00:22:10,288 --> 00:22:12,914 Kita di selatan. Semua orang ada lembu. 352 00:22:19,881 --> 00:22:21,548 Biar saya yang bercakap. 353 00:22:21,632 --> 00:22:23,843 Baguslah. Saya tak suka bercakap. 354 00:22:28,806 --> 00:22:30,516 Keluarga penembak tepat. 355 00:22:32,351 --> 00:22:33,853 Sila masuk sini. 356 00:22:39,692 --> 00:22:41,443 Mungkin saya tak boleh bantu. 357 00:22:41,527 --> 00:22:46,115 Saya cuma tahu tentang pembunuhan ini daripada gosip di restoran 358 00:22:46,199 --> 00:22:48,576 yang kita tahu tak boleh dipercayai. 359 00:22:49,410 --> 00:22:52,497 Tanner Spivey yang sudah melarikan diri, 360 00:22:52,579 --> 00:22:56,084 menelefon syarikat awak beberapa kali sejak tiga hari lalu. 361 00:22:56,166 --> 00:22:57,919 Pete Jobling, juga dah mati, 362 00:22:58,001 --> 00:23:00,797 bekas pemandu trak untuk Industri Kliner. 363 00:23:00,880 --> 00:23:02,757 Untuk syarikat kontrak kami. 364 00:23:02,839 --> 00:23:04,258 Namun begitu, 365 00:23:04,342 --> 00:23:07,470 awak bayar yuran guaman untuk kesalahan trafik kecil 366 00:23:07,553 --> 00:23:09,471 yang menjadi kelakuan tak wajar. 367 00:23:09,555 --> 00:23:13,601 Kami mahu penjelasan tentang hubungan awak dengan mereka, 368 00:23:13,683 --> 00:23:15,228 jika awak tak keberatan. 369 00:23:15,310 --> 00:23:16,436 Tidak. 370 00:23:18,230 --> 00:23:23,611 Tentang En. Jobling, saya hantar produk ke seluruh negara. 371 00:23:24,278 --> 00:23:25,946 Pemandu trak memandu laju 372 00:23:26,029 --> 00:23:28,532 dan terlalu banyak ambil minuman tenaga. 373 00:23:28,907 --> 00:23:32,202 Saya perlu upah peguam agar pemandu saya 374 00:23:32,286 --> 00:23:36,289 kembali memandu dan operasi perniagaan saya tak terganggu. 375 00:23:36,874 --> 00:23:39,876 Awak kata En. Spivey telefon syarikat saya? 376 00:23:39,961 --> 00:23:43,172 Kami ada nombor am untuk berpuluh-puluh jabatan. 377 00:23:43,256 --> 00:23:46,550 Mungkin En. Spivey ada kawan di dok pemunggahan. 378 00:23:46,634 --> 00:23:50,137 Mungkin mereka merancang nak minum bir selepas kerja. 379 00:23:50,221 --> 00:23:51,138 Mungkin juga. 380 00:23:51,806 --> 00:23:54,558 Atau mungkin dia telefon atas sebab lain. 381 00:23:55,433 --> 00:23:57,435 Saya tahu awak cuma jalankan tugas 382 00:23:57,519 --> 00:24:01,816 dan saya tahu awak cuma mahu jawapan tentang kematian abang awak. 383 00:24:03,108 --> 00:24:04,902 Izinkan saya berterus terang. 384 00:24:04,986 --> 00:24:08,990 Selepas semua jasa dan pelaburan saya kepada bandar ini, 385 00:24:09,073 --> 00:24:11,867 saya rasa sedikit terhina sebab disyaki. 386 00:24:11,951 --> 00:24:13,161 Benar-benar terhina. 387 00:24:13,243 --> 00:24:16,329 Saya tak berniat nak menghina awak, En. Kliner. 388 00:24:17,455 --> 00:24:18,457 Tak mengapa. 389 00:24:21,794 --> 00:24:26,007 Saya tahu awak tertekan dengan semua masalah di sini. 390 00:24:26,089 --> 00:24:30,178 Saya cuma mahu menjalankan siasatan dengan cara yang dirasakan wajar. 391 00:24:30,260 --> 00:24:34,097 Jadi saya perlu siasat perkara yang awak mungkin tahu atau tidak. 392 00:24:35,141 --> 00:24:39,519 Saya tahu awak ada masalah menyesuaikan diri di sini, kapten. 393 00:24:39,604 --> 00:24:40,855 Kenapa agaknya? 394 00:24:42,190 --> 00:24:44,525 Mungkin sebab awak orang Utara. 395 00:24:45,233 --> 00:24:48,153 Atau mungkin sebab pendidikan mewah awak. 396 00:24:50,030 --> 00:24:51,781 Atau mungkin ada sebab lain? 397 00:24:55,577 --> 00:24:56,913 Apa pun, 398 00:24:56,996 --> 00:24:59,624 awak belum berjaya dilihat baik 399 00:24:59,707 --> 00:25:03,211 oleh penduduk Margrave. 400 00:25:04,086 --> 00:25:05,962 Penduduk bandar ini, 401 00:25:06,047 --> 00:25:10,092 serta pegawai polis lain mahu membantu dan bekerjasama dengan awak. 402 00:25:10,175 --> 00:25:11,719 Mereka sendiri beritahu saya. 403 00:25:11,801 --> 00:25:14,137 Kami semua mahu keadilan ditegakkan. 404 00:25:15,138 --> 00:25:20,644 Namun bukan dengan cara menyiasat teori tanpa fakta kukuh. 405 00:25:21,479 --> 00:25:23,271 Nak dengar nasihat saya? 406 00:25:24,022 --> 00:25:26,275 Jejak bukti yang awak ikut 407 00:25:26,942 --> 00:25:30,445 cuma membazirkan masa awak dan saya. 408 00:25:32,740 --> 00:25:33,824 Biarkan saja. 409 00:25:39,538 --> 00:25:41,082 Horatio Finlay. 410 00:25:42,791 --> 00:25:44,085 Apa awak cakap? 411 00:25:46,295 --> 00:25:50,132 Nama ayah saya, Horatio Finlay. 412 00:25:51,342 --> 00:25:54,470 Mungkin awak fikir awak bapa bagi penduduk bandar ini, 413 00:25:55,179 --> 00:25:56,388 tapi bukan bapa saya. 414 00:25:57,347 --> 00:26:00,893 Jangan tentukan jejak untuk saya siasat dan cara saya menyiasat. 415 00:26:00,977 --> 00:26:03,980 Jadi saya nak nasihatkan awak. 416 00:26:05,105 --> 00:26:07,900 Jika awak terus hubungi pasukan polis saya 417 00:26:07,983 --> 00:26:10,278 dan mengganggu siasatan ini, 418 00:26:11,737 --> 00:26:13,280 saya akan belasah awak 419 00:26:13,364 --> 00:26:16,366 sampai jantung awak berhenti. 420 00:26:23,039 --> 00:26:25,667 Rasanya awak berdua patut pergi sekarang. 421 00:26:40,182 --> 00:26:44,353 Mencarut menggambarkan minda dan perwatakan lemah. 422 00:26:45,520 --> 00:26:46,646 Diamlah. 423 00:26:54,238 --> 00:26:57,950 "Awak bukan bapa saya. Bapa saya Horatio Finlay." 424 00:27:02,329 --> 00:27:03,622 Bertenanglah sedikit. 425 00:27:04,874 --> 00:27:06,334 Tindakan awak wajar. 426 00:27:07,417 --> 00:27:08,669 Kliner pembuli. 427 00:27:10,503 --> 00:27:13,173 Pembuli perlu tahu dia juga boleh dihukum. 428 00:27:16,844 --> 00:27:18,511 Jangan menangis, walau apa pun. 429 00:27:22,098 --> 00:27:22,932 Jangan menangis. 430 00:27:23,017 --> 00:27:26,561 Sama ada takut atau marah, jangan biar mereka lihat awak menangis. 431 00:27:31,067 --> 00:27:32,233 Anak-anak. 432 00:27:34,528 --> 00:27:36,072 Biar saya berterus terang. 433 00:27:37,030 --> 00:27:39,075 Kami baru balik dari hospital. 434 00:27:39,741 --> 00:27:42,661 Muka Curtis Bishop dihentam dengan benda ini. 435 00:27:42,744 --> 00:27:44,454 Tulang pipinya patah. 436 00:27:45,038 --> 00:27:46,999 Dia perlu pembedahan dan jahitan. 437 00:27:47,665 --> 00:27:49,626 Jenayah ini amat serius. 438 00:27:49,710 --> 00:27:52,587 Ada kesan basikal meninggalkan rumah Curtis. 439 00:27:52,671 --> 00:27:54,173 Awak tahu arahnya? 440 00:27:55,090 --> 00:27:57,343 Ke situ, ke arah basikal awak, Joe. 441 00:28:00,429 --> 00:28:01,806 Joe, kamu yang buat? 442 00:28:14,151 --> 00:28:15,611 Bukti menunjukkan saya buat. 443 00:28:26,038 --> 00:28:27,957 Awak tak selamat tinggal di rumah. 444 00:28:29,458 --> 00:28:32,670 Kemas barang dan tinggal di motel di luar Margrave. 445 00:28:32,752 --> 00:28:33,796 Saya Ketua Detektif. 446 00:28:33,878 --> 00:28:37,549 Morrison Ketua Polis dan testikelnya ditemui di dalam perutnya. 447 00:28:37,633 --> 00:28:41,261 Kliner tahu awak mengesyakinya. Kita tak tahu siapa polis baik. 448 00:28:41,345 --> 00:28:44,765 Motel, wang tunai, nama palsu, jangan bawa banyak barang. 449 00:28:46,517 --> 00:28:48,059 Hidup macam awak? 450 00:28:50,645 --> 00:28:51,814 Awak akan terbiasa. 451 00:29:10,039 --> 00:29:11,125 Dia di belakang. 452 00:29:11,208 --> 00:29:13,501 Apa dia buat? Kemas baju tidur? 453 00:29:13,586 --> 00:29:14,627 Mungkin juga. 454 00:29:14,711 --> 00:29:15,796 Ya Tuhan! 455 00:29:16,588 --> 00:29:19,842 Entah apa lebih menyedihkan, rumah dia atau Morrison. 456 00:29:19,924 --> 00:29:22,510 Awak kata dulu keluarga awak bertani? 457 00:29:22,595 --> 00:29:23,761 Ya. 458 00:29:23,846 --> 00:29:27,016 Berapa ekor lembu dapat makan dengan satu trak penuh makanan? 459 00:29:27,098 --> 00:29:29,184 Banyak. Kenapa? 460 00:29:29,268 --> 00:29:32,438 Berapa ekor lembu yang Kliner bela di rumahnya? 461 00:29:32,520 --> 00:29:35,691 Entahlah. Saya ada nampak semasa lalu di ladangnya di utara. 462 00:29:35,773 --> 00:29:38,193 Mungkin 100 ekor. Sedikit untuk saiz tanah. 463 00:29:38,277 --> 00:29:40,028 Kenapa awak tanya? 464 00:29:40,112 --> 00:29:41,739 Entahlah. 465 00:29:41,822 --> 00:29:44,074 Dia hantar banyak makanan haiwan. 466 00:29:44,157 --> 00:29:46,951 Operasi terancang. Tak macam pertama kali. 467 00:29:47,036 --> 00:29:49,454 Dia tak menguruskan ladang komersial. 468 00:29:49,538 --> 00:29:52,040 Kita di Georgia, ramai orang ada lembu. 469 00:29:53,041 --> 00:29:54,210 Itu yang saya dengar. 470 00:29:54,292 --> 00:29:55,877 -Hei. -Hei. 471 00:29:55,961 --> 00:29:59,048 Awak tinggal di sini setahun? Dia juruhias awak? 472 00:30:01,342 --> 00:30:03,344 Saya tak sempat beli perabot. 473 00:30:04,220 --> 00:30:05,721 -Awak dah sedia? -Ya. 474 00:30:05,804 --> 00:30:08,557 Ada motel di luar Hickory untuk kita menginap. 475 00:30:08,641 --> 00:30:10,017 Keluar dari Laluan 85. 476 00:30:11,059 --> 00:30:15,105 Reacher, saya nak pastikan kita sependapat 477 00:30:15,189 --> 00:30:18,567 sebab tumbukan awak sama banyak dengan kata-kata awak. 478 00:30:18,651 --> 00:30:19,817 Saya nak ambil snek. 479 00:30:19,902 --> 00:30:22,904 Hanya sebab Kliner mungkin terlibat, 480 00:30:22,988 --> 00:30:25,406 tak bermaksud awak boleh tangkap dia. 481 00:30:25,490 --> 00:30:27,409 -Tiada masalah. -Betul? 482 00:30:27,492 --> 00:30:30,328 Ejen kerajaan, polis dan orang awam dah mati. 483 00:30:30,412 --> 00:30:32,998 Ini bukan operasi kecil, tapi macam Hydra. 484 00:30:33,082 --> 00:30:35,625 Jika satu kepala dipotong, dua lagi tumbuh. 485 00:30:35,709 --> 00:30:37,795 Jika begitu, tiada keadilan buat Joe. 486 00:30:37,877 --> 00:30:41,382 Saya akan dedahkan seluruh operasi ini dan hancurkannya. 487 00:30:41,464 --> 00:30:44,801 Saya perlu banyak masa dan saya ada banyak masa. 488 00:30:44,884 --> 00:30:47,930 Menjatuhkan Kliner tindakan terakhir, bukan yang pertama. 489 00:30:48,012 --> 00:30:50,766 -Saya akan pura-pura tak dengar. -Tak kisahlah. 490 00:30:50,848 --> 00:30:56,271 Okey. Kita ada tiga petunjuk yang kukuh. Hubble, Jobling dan Spivey. 491 00:30:56,355 --> 00:30:58,898 Spivey dah lari. Isteri Hubble tak tahu apa-apa. 492 00:30:58,982 --> 00:31:00,358 Isteri Jobling tahu? 493 00:31:00,442 --> 00:31:02,944 Hari dah lewat, saya boleh soal dia esok. 494 00:31:03,028 --> 00:31:05,071 Okey, tapi Spivey ada jawapannya. 495 00:31:05,154 --> 00:31:08,075 Jika dia dedahkan penyogoknya, kita tahu semuanya. 496 00:31:08,157 --> 00:31:09,117 Saya nak cari dia. 497 00:31:09,201 --> 00:31:10,286 Sekarang? 498 00:31:10,368 --> 00:31:12,871 Dia pilih Blue Cat untuk jumpa saya. 499 00:31:12,954 --> 00:31:15,749 Dia selesa di situ. Mungkin dia pelanggan tetap. 500 00:31:15,833 --> 00:31:18,711 Mungkin ada pelanggan tahu tempat persembunyiannya. 501 00:31:18,794 --> 00:31:20,628 Jangan ikut saya. 502 00:31:20,712 --> 00:31:23,048 Gaya awak berdua macam polis. 503 00:31:23,132 --> 00:31:26,384 -Jumpa di Hickory. -Saya jumpa awak di sana juga. 504 00:31:26,468 --> 00:31:28,846 Saya nak ambil ubat gigi dan deodoran. 505 00:31:28,929 --> 00:31:31,222 Entah macam mana dia boleh hidup begini. 506 00:31:31,307 --> 00:31:34,143 Saya nak singgah di satu tempat juga, Roscoe. 507 00:31:36,936 --> 00:31:39,522 -Jaga diri. -Hati-hati. 508 00:31:39,606 --> 00:31:40,773 Jika awak baik begitu, 509 00:31:40,857 --> 00:31:42,859 awak tentu mudah buat kawan di sini. 510 00:31:55,748 --> 00:31:56,832 Ke tepi sikit. 511 00:31:58,166 --> 00:32:00,794 Awak sering bersama Reacher kebelakangan ini. 512 00:32:00,877 --> 00:32:06,133 Dia banyak bercerita tentang dirinya atau awak berdua tak banyak berbual? 513 00:32:06,215 --> 00:32:09,219 Mak awak ajar awak pikat wanita dengan menghendap? 514 00:32:09,303 --> 00:32:13,057 Saya tak perlu buat begini jika awak keluar dengan saya. 515 00:32:13,140 --> 00:32:18,061 Namun sebaik saja orang luar itu datang, awak jadi kawan baiknya. 516 00:32:18,144 --> 00:32:20,939 Lima tahun lalu Kliner orang luar. Tepi sikit. 517 00:32:21,690 --> 00:32:25,193 Jika awak rapat pasti dia beritahu awak tentang Baghdad. 518 00:32:25,277 --> 00:32:30,281 Tentang orang awam yang dibunuh dan dia bebas sebab kenalannya. 519 00:32:30,365 --> 00:32:32,742 Tuduhan dilupuskan tapi tiada yang hilang. 520 00:32:32,826 --> 00:32:34,202 Terutamanya sekarang. 521 00:32:34,286 --> 00:32:35,996 Jack Reacher pembunuh. 522 00:32:38,207 --> 00:32:40,166 Jika awak terus halang saya, 523 00:32:40,250 --> 00:32:42,836 saya akan tahan dan gari awak. 524 00:32:45,088 --> 00:32:46,507 Mungkin saya suka begitu. 525 00:32:58,602 --> 00:33:02,647 Hei, saya ambil berat tentang awak, Roscoe. 526 00:33:02,730 --> 00:33:04,273 Saya sayang awak. 527 00:33:29,173 --> 00:33:30,299 Tarik. 528 00:33:32,885 --> 00:33:34,054 Bagus. 529 00:33:35,263 --> 00:33:37,348 -Tembakan yang baik. -Sudah tentu. 530 00:33:37,432 --> 00:33:39,977 Saya pecahkan lebih banyak berbanding gempa bumi. 531 00:33:40,560 --> 00:33:41,686 Saya Steve Williams. 532 00:33:41,769 --> 00:33:42,813 SELAMAT HADIRI PROGRAM BINA PASUKAN AXIS MEMBINA IMPIAN TERIMA KASIH KEPADA PENAJA 533 00:33:42,895 --> 00:33:46,275 Parti awak lebih baik daripada cawangan Charleston. 534 00:33:47,233 --> 00:33:49,444 Saya Debbie Shane. Awak dari Charleston? 535 00:33:50,069 --> 00:33:52,072 Apa khabar Tom Sloane tak guna itu? 536 00:33:52,155 --> 00:33:55,032 Masih lagi tak guna dari setiap segi. 537 00:33:55,116 --> 00:33:57,243 Saya tak terkejut mendengarnya. 538 00:33:57,326 --> 00:33:58,453 Tarik. 539 00:34:00,538 --> 00:34:02,249 Begitulah caranya. 540 00:34:02,332 --> 00:34:04,585 Ingatkan saya agar tak buat awak marah. 541 00:34:05,586 --> 00:34:08,130 Apa yang awak buat di Atlanta, Steve? 542 00:34:08,213 --> 00:34:09,465 Nenek baru meninggal. 543 00:34:10,298 --> 00:34:12,425 Walaupun sukar tidur, saya kena kerja. 544 00:34:12,509 --> 00:34:13,969 Saya nak guna pejabat awak. 545 00:34:14,052 --> 00:34:18,431 Semasa saya telefon, pejabat ditutup awal untuk acara ini. Jadi saya datang. 546 00:34:18,514 --> 00:34:19,516 Tarik. 547 00:34:20,516 --> 00:34:23,811 Takziah tentang nenek awak. Nak tahu apa yang membantu? 548 00:34:23,896 --> 00:34:25,105 Menembak sesuatu. 549 00:34:25,188 --> 00:34:26,648 Senapang buat saya gerun. 550 00:34:27,690 --> 00:34:32,528 Namun awak boleh ceritakan serba sedikit tentang Axis di Atlanta. 551 00:34:32,612 --> 00:34:34,947 Saya fikir hidup ini singkat. 552 00:34:35,032 --> 00:34:38,242 Mungkin tiba masa untuk ubah sesuatu dan tukar pejabat. 553 00:34:38,327 --> 00:34:42,539 Pejabat kami tempat kerja yang hebat. Pekerjanya baik. Awak jabatan apa? 554 00:34:42,623 --> 00:34:43,873 Khidmat perakaunan. 555 00:34:43,956 --> 00:34:47,085 Saya mula bekerja dalam pengurusan mata wang. 556 00:34:47,168 --> 00:34:48,920 Saya nak sertainya semula. 557 00:34:49,003 --> 00:34:51,590 Sukar bekerja bidang itu di cawangan kami. 558 00:34:51,672 --> 00:34:53,425 Seorang lelaki uruskannya, 559 00:34:53,509 --> 00:34:57,179 tapi dia berhenti setahun lalu dan jabatan itu ditutup. 560 00:34:57,262 --> 00:35:00,556 Bidang ini agak kecil. Tak ramai yang terlibat, jadi... 561 00:35:00,641 --> 00:35:04,769 Siapa nama pengurus mata wang yang awak sebut tadi? 562 00:35:04,853 --> 00:35:05,813 Saya tak sebut. 563 00:35:06,563 --> 00:35:08,398 Tapi namanya Paul Hubble. 564 00:35:08,481 --> 00:35:10,692 Dia berhenti setahun lalu? 565 00:35:10,775 --> 00:35:14,112 Ya, dia terus pergi tanpa notis walaupun dua minggu. 566 00:35:14,195 --> 00:35:16,322 Bagi saya tindakan itu bodoh. 567 00:35:16,405 --> 00:35:19,451 Jadi kami tak uruskan mata wang lagi. 568 00:35:20,284 --> 00:35:21,286 Tarik. 569 00:35:26,123 --> 00:35:27,208 Hati-hati. 570 00:35:28,251 --> 00:35:30,963 Cincin perkahwinan yang jatuh boleh dicuri. 571 00:35:31,838 --> 00:35:33,840 -Siapa kata? -Undang-undang. 572 00:35:34,590 --> 00:35:37,510 Kes Pencari melawan Penjumpa. Tak pernah dengar? 573 00:35:38,512 --> 00:35:40,137 Tak pernah, puan. 574 00:35:41,389 --> 00:35:43,057 Awak bukan orang sini. 575 00:35:43,141 --> 00:35:45,978 Cara awak cakap "puan" macam orang Utara. 576 00:35:47,311 --> 00:35:50,065 -Boston. -Alamak. 577 00:35:51,400 --> 00:35:54,527 Saya akan tunggu jika awak janji tak ungkit Patriots. 578 00:35:54,610 --> 00:35:57,947 Saya masih tak tahu macam mana Falcons boleh kalah. 579 00:35:58,030 --> 00:36:01,617 -Skor 28 berbalas 20, dengan gol padang. -Jangan ungkit. 580 00:36:02,536 --> 00:36:03,744 Okey, maafkan saya. 581 00:36:09,001 --> 00:36:11,460 Apa pekerjaan awak? 582 00:36:13,005 --> 00:36:14,630 Kerja biasa sahaja. 583 00:36:14,715 --> 00:36:16,340 Setidaknya baru-baru ini. 584 00:36:17,134 --> 00:36:18,260 Agak tersirat. 585 00:36:19,177 --> 00:36:20,429 Tersirat bagus. 586 00:36:22,014 --> 00:36:22,889 Maaf. 587 00:36:23,639 --> 00:36:25,182 Saya anggota penguat kuasa. 588 00:36:26,518 --> 00:36:29,271 Tugas awak bawa awak ke sini? 589 00:36:31,106 --> 00:36:34,650 Saya menangani kes yang sukar diselesaikan. 590 00:36:35,485 --> 00:36:39,530 Dengan orang baru dan veteran yang sukar dipercayai. 591 00:36:39,614 --> 00:36:41,782 Tak dipercayai untuk bertindak bijak. 592 00:36:41,867 --> 00:36:43,242 Apa kata naluri awak? 593 00:36:43,911 --> 00:36:45,411 Keluar dari tempat itu. 594 00:36:46,204 --> 00:36:47,748 Jadi kenapa awak tunggu? 595 00:36:51,918 --> 00:36:54,838 Hanya kami yang mahu membaiki keadaan. 596 00:36:55,672 --> 00:36:57,173 Alasan itu wajar. 597 00:37:01,762 --> 00:37:03,639 Soalan saya menjengkelkan awak? 598 00:37:06,099 --> 00:37:07,059 Tidak. 599 00:37:08,268 --> 00:37:11,063 Saya cuma tak pandai berbual, 600 00:37:11,813 --> 00:37:12,856 tapi mari kita cuba. 601 00:37:14,733 --> 00:37:16,318 Awak dari mana? 602 00:37:16,400 --> 00:37:17,777 Saya dari Marietta. 603 00:37:18,653 --> 00:37:23,157 Bekerja dalam bidang kosmetik dan naluri saya sentiasa tepat. 604 00:37:24,909 --> 00:37:27,704 Menurut naluri saya, awak orang baik. 605 00:37:27,788 --> 00:37:30,414 Apa kata kita cari bar lain di sekitar sini? 606 00:37:31,208 --> 00:37:33,585 Dengan meja pool dan minuman lebih murah. 607 00:37:34,460 --> 00:37:38,382 Mungkin duduk di sudut gelap dan lihat kesudahannya untuk kita? 608 00:37:40,634 --> 00:37:42,177 Saya dah berkahwin. 609 00:37:44,679 --> 00:37:45,639 Saya juga. 610 00:37:45,722 --> 00:37:47,891 Apabila perkahwinan bahagia, 611 00:37:47,974 --> 00:37:51,478 lelaki tak tanggalkan cincin untuk semua orang lihat di bar motel. 612 00:37:52,436 --> 00:37:53,438 Saya berbesar hati. 613 00:37:55,523 --> 00:37:56,733 Awak baik juga. 614 00:37:57,985 --> 00:37:59,110 Awak menawan. 615 00:38:01,737 --> 00:38:03,322 Tapi saya bukan untuk awak. 616 00:38:08,036 --> 00:38:08,996 Okey. 617 00:38:11,039 --> 00:38:13,166 Tak salah jika gadis mencuba. 618 00:38:15,960 --> 00:38:17,670 Semoga berjaya, tuan. 619 00:38:56,918 --> 00:38:58,170 Wang kertas dua dolar? 620 00:38:59,545 --> 00:39:03,382 Posmen memilikinya sebab Perbendaharaan gadai di pejabat pos. 621 00:39:03,467 --> 00:39:04,925 Orang awam tak suka. 622 00:39:05,010 --> 00:39:09,097 Kaki judi dapat di litar lumba kuda untuk pertaruhan standard dua dolar. 623 00:39:09,181 --> 00:39:10,347 Tiada beg posmen. 624 00:39:10,431 --> 00:39:14,728 Saya rasa awak bertaruh terlalu banyak dan perlukan wang. 625 00:39:14,811 --> 00:39:16,063 Tepat sekali. 626 00:39:18,606 --> 00:39:20,025 Awak kenal Tanner Spivey? 627 00:39:20,983 --> 00:39:22,318 Dia pelanggan tetap. 628 00:39:23,320 --> 00:39:25,780 Dia takkan beritahu apa-apa. 629 00:39:26,280 --> 00:39:30,159 Spivey rakan kami dan dia tak suka orang luar bertanya tentangnya. 630 00:39:31,244 --> 00:39:32,661 Cari bar lain. 631 00:39:34,371 --> 00:39:35,248 Petinju. 632 00:39:36,333 --> 00:39:37,250 Kidal. 633 00:39:37,333 --> 00:39:38,460 Sarung tangan emas. 634 00:39:39,126 --> 00:39:42,505 Masalahnya tinju terlalu banyak peraturan. 635 00:39:49,137 --> 00:39:49,971 Mana Spivey? 636 00:39:50,054 --> 00:39:52,681 Dia tinggalkan bandar ini dengan orang Sepanyol. 637 00:39:52,766 --> 00:39:53,891 Secara tergesa-gesa. 638 00:39:54,809 --> 00:39:55,893 Cuma itu saya tahu. 639 00:41:26,193 --> 00:41:27,610 Sudah mula. 640 00:41:28,737 --> 00:41:29,612 Baiklah. 641 00:41:40,706 --> 00:41:42,833 Bagus. Rapat lagi. 642 00:41:42,918 --> 00:41:44,460 Jangan terlalu rapat. 643 00:41:50,300 --> 00:41:51,885 Bagus. 644 00:41:51,967 --> 00:41:53,469 Teruskan mengekori saya. 645 00:42:00,059 --> 00:42:02,478 Dia ikut jalan tanah merah ke kanan. 646 00:42:36,054 --> 00:42:38,431 Terus lagi, ke kanan. 647 00:44:26,164 --> 00:44:27,873 Helo, Spivey. 648 00:44:30,085 --> 00:44:31,043 Tak guna. 649 00:46:16,065 --> 00:46:18,067 Terjemahan sari kata oleh Farahiah Senin 650 00:46:18,150 --> 00:46:20,152 Penyelia Kreatif Noorsalwati Nordin