1 00:00:06,425 --> 00:00:10,888 Daripada cara leher Kliner dikelar, jelas sekali itu cara Venezuela. 2 00:00:12,890 --> 00:00:16,185 - Mana awak tahu? - Itu potongan kupu-kupu Venezuela. 3 00:00:16,185 --> 00:00:19,021 Menyebabkan sesak nafas dan pendarahan serentak. 4 00:00:19,021 --> 00:00:20,689 Dia lemas dalam darah sendiri. 5 00:00:21,690 --> 00:00:25,736 Pasti Kliner ada kenalan di Venezuela yang bekerja dengan dia. 6 00:00:25,736 --> 00:00:26,945 Atau untuk dia. 7 00:00:27,029 --> 00:00:29,990 Orang itu tak gembira dengan keadaan yang kusut ini. 8 00:00:29,990 --> 00:00:33,702 Orang itu cukup berani untuk bunuh siapa yang dianggap bos. 9 00:00:33,786 --> 00:00:36,413 Seorang lelaki gergasi bijak pernah cakap, 10 00:00:36,497 --> 00:00:38,749 "Jangan lepaskan anjing ganas melainkan 11 00:00:38,749 --> 00:00:41,794 "ada anjing simpanan yang sama ganas." 12 00:00:41,794 --> 00:00:44,546 Awak rasa mereka hantar penguat kuasa dari Venezuela? 13 00:00:44,630 --> 00:00:45,881 Mungkin juga. 14 00:00:46,340 --> 00:00:48,717 Bila kali terakhir kita buat peninjauan? 15 00:00:48,801 --> 00:00:50,427 Nak tinjau kawasan Kliner? 16 00:00:50,511 --> 00:00:53,180 Pertukaran pemimpin boleh sebabkan kesilapan. 17 00:00:53,180 --> 00:00:55,349 Saya nak lihat apabila ia berlaku. 18 00:00:56,517 --> 00:00:59,520 Kita perlukan kereta. Orang sini kenal kereta saya. 19 00:00:59,520 --> 00:01:01,563 Bentley awak pula terlalu menonjol. 20 00:01:01,647 --> 00:01:03,273 Biar saya uruskan. 21 00:01:05,359 --> 00:01:06,777 Balai telefon. 22 00:01:06,777 --> 00:01:09,112 Bau busuk dah dihidu. 23 00:01:09,196 --> 00:01:12,491 Bau busuk? Mencarut sajalah, Finlay. 24 00:01:26,755 --> 00:01:29,424 Saya nak semua sukarelawan bekerja dengan telefon. 25 00:01:29,508 --> 00:01:31,969 Stevenson, cari rakaman keselamatan 26 00:01:31,969 --> 00:01:34,972 daripada kamera trafik ke tempat Kliner. 27 00:01:34,972 --> 00:01:38,517 Cuba gunakan gambar satelit Google. 28 00:01:38,517 --> 00:01:41,270 Rasanya Google tak berfungsi begitu, tuan. 29 00:01:41,270 --> 00:01:44,773 Penduduk Margrave semakin tak keruan. Buat saja! 30 00:01:44,857 --> 00:01:46,900 - Baik, tuan. - Hei, Baker. 31 00:01:46,984 --> 00:01:49,111 Mari kita sediakan kenyataan. 32 00:01:49,111 --> 00:01:53,240 "Kami masih dalam peringkat mengumpulkan maklumat... 33 00:01:54,741 --> 00:01:57,119 "Dan lain-lain lagi." 34 00:01:58,287 --> 00:02:02,165 Semua kes kita yang lain ditangguhkan sehingga kita tangani situasi ini. 35 00:02:02,249 --> 00:02:03,959 - Di mana dia ditemui? - Pejabat. 36 00:02:03,959 --> 00:02:06,545 - Setiausahanya jumpa pagi ini. - Okey. 37 00:02:06,545 --> 00:02:09,131 Jadi ahli forensik daerah dah ada di sana? 38 00:02:09,131 --> 00:02:11,383 - Mereka jumpa apa-apa? - Belum lagi. 39 00:02:11,383 --> 00:02:13,218 Saya akan ke sana. 40 00:02:13,302 --> 00:02:16,471 Awak masih fikir ayah saya bersalah, orang tak guna? 41 00:02:16,555 --> 00:02:19,808 - Bawa bertenang! - Lepaskan saya! 42 00:02:19,892 --> 00:02:23,145 Saya benarkan awak tarik balik disebabkan keadaan awak. 43 00:02:23,145 --> 00:02:25,063 Namun jika awak tumbuk lagi, 44 00:02:25,147 --> 00:02:28,275 reaksi saya takkan sama. 45 00:02:30,193 --> 00:02:32,321 - Binatang... - Tidak! Bawa bertenang! 46 00:02:32,321 --> 00:02:34,531 Awak buru ayah saya sebab pembunuhan. 47 00:02:34,615 --> 00:02:37,326 Awak cuba mencemarkan nama dan reputasi seseorang 48 00:02:37,326 --> 00:02:40,078 yang selama ini hanya berbakti kepada komuniti ini! 49 00:02:40,162 --> 00:02:43,206 Saya tahu awak emosional dan takziah, KJ. 50 00:02:43,290 --> 00:02:46,418 Namun saya juga hanya menjalankan tugas di bandar ini. 51 00:02:46,418 --> 00:02:48,420 Pergi jahanam. 52 00:02:49,171 --> 00:02:50,589 Masuk ke pejabat saya! 53 00:02:56,887 --> 00:02:59,139 Mungkin awak perlu ambil angin. 54 00:02:59,139 --> 00:03:01,808 Tangguhkan lawatan ke tempat kejadian 55 00:03:01,892 --> 00:03:03,936 hingga keadaan reda. 56 00:03:03,936 --> 00:03:08,231 Awak suruh Ketua Detektif pergi ke tempat kejadian yang dah tenang? 57 00:03:08,315 --> 00:03:10,317 Saya suruh dia bertenang. 58 00:03:10,317 --> 00:03:13,236 Awak menuduh penaung bandar ini membunuh, 59 00:03:13,320 --> 00:03:16,573 tapi sebenarnya dia juga mangsa macam yang lain. 60 00:03:16,657 --> 00:03:19,743 Tak ramai orang yang suka awak di sini. 61 00:03:19,743 --> 00:03:21,203 Saya membantu awak. 62 00:03:21,203 --> 00:03:25,791 Jadi pergi berehat. Saya akan hubungi awak nanti. 63 00:03:44,434 --> 00:03:47,646 - Hebat kenderaan itu. - Ia bawa saya ke destinasi saya. 64 00:03:47,646 --> 00:03:51,191 Sebenarnya saya tak biasa dengan kereta British. 65 00:03:51,191 --> 00:03:53,026 Saya cuma nak gelapkan tingkap. 66 00:03:53,819 --> 00:03:55,404 Paling kurang tiga hari. 67 00:03:55,404 --> 00:03:58,907 - Jadi saya kena pinjam kereta. - Kami tiada kereta pinjam. 68 00:04:01,493 --> 00:04:02,786 Awak pasti. 69 00:04:08,417 --> 00:04:11,503 Awak boleh ambil kereta saya buat sementara. 70 00:04:12,587 --> 00:04:16,133 Bukan Bentley, tapi masih mampu bawa awak. 71 00:04:17,592 --> 00:04:19,386 Kereta itu sempurna. 72 00:04:29,980 --> 00:04:31,732 Saya biasa beli tomato Roma. 73 00:04:31,732 --> 00:04:33,942 Tomato ini belum ranum. 74 00:04:34,026 --> 00:04:36,695 Mungkin minggu depan ia elok dijadikan sandwic. 75 00:04:41,992 --> 00:04:43,910 Macam mana awak buat, En. Mosley? 76 00:04:45,078 --> 00:04:50,000 - Buat apa? - Tinggal di Margrave ini. 77 00:04:50,625 --> 00:04:53,462 Awak tak pernah terfikir tempat lain lebih baik? 78 00:04:53,462 --> 00:04:56,173 Terfikir? Saya sendiri tahu. 79 00:04:57,340 --> 00:04:58,341 Jadi kenapa tunggu? 80 00:05:00,177 --> 00:05:03,180 Keluarga saya berada di sini lebih lama daripada Kliner, 81 00:05:03,180 --> 00:05:08,310 lebih lama daripada Teale, dan sama lama dengan keluarga Roscoe. 82 00:05:08,310 --> 00:05:12,939 Kenapa saya nak biarkan orang halau saya dari bandar saya? 83 00:05:13,023 --> 00:05:17,152 Saya dan adik saya hanya boleh dihalau jika kami dah mati. 84 00:05:17,152 --> 00:05:20,864 Namun begitu, kami masih ditanam di Tanah Perkuburan Margrave. 85 00:05:20,864 --> 00:05:24,701 Soalannya bukan kenapa saya masih di sini. 86 00:05:24,785 --> 00:05:27,287 Kenapa sebenarnya awak datang ke sini? 87 00:05:27,287 --> 00:05:32,709 Margrave amat jauh dari Dataran Harvard, detektif. 88 00:05:34,086 --> 00:05:36,213 Reacher tanya soalan yang sama. 89 00:05:37,047 --> 00:05:38,507 Apa jawapan awak? 90 00:05:39,758 --> 00:05:41,551 Macam jawapan saya kepada awak. 91 00:05:43,345 --> 00:05:45,722 Bukan urusan awak. 92 00:05:51,728 --> 00:05:54,606 Lain kali bawa tomato Roma. 93 00:05:56,066 --> 00:05:57,359 Baiklah. 94 00:06:13,834 --> 00:06:16,128 - Ia dah berakhir? - Belum. 95 00:06:16,128 --> 00:06:17,838 Namun saya bawa bantuan. 96 00:06:20,924 --> 00:06:23,760 - Roscoe. Orang Margrave. - Hei. 97 00:06:23,844 --> 00:06:25,387 Awak masih bertahan? 98 00:06:27,055 --> 00:06:28,765 Masih mampu walaupun sukar. 99 00:06:30,058 --> 00:06:32,310 Harap awak tahu main Settlers of Catan. 100 00:06:32,394 --> 00:06:35,063 - Di sini pusat mainan berpapan. - Baguslah. 101 00:06:35,147 --> 00:06:37,774 - Bagus. Pastikan mereka sibuk? - Mereka takut. 102 00:06:37,858 --> 00:06:39,526 Saya pun takut juga. 103 00:06:39,943 --> 00:06:42,362 Maaf, saya akan ambilkan air. 104 00:06:42,362 --> 00:06:44,072 Terima kasih. 105 00:06:44,865 --> 00:06:46,700 Dia benar-benar tak keruan. 106 00:06:48,493 --> 00:06:51,371 Saksi bagi geng samseng pernah tinggal di sini. 107 00:06:51,371 --> 00:06:53,582 Pintu diperkukuh, sistem penggera baik. 108 00:06:53,582 --> 00:06:55,167 Namun gunakan gerak hati. 109 00:06:55,167 --> 00:06:58,128 Jika awak rasa ada bahaya, bawa mereka dan lari. 110 00:06:58,253 --> 00:06:59,337 Tumpang lalu. 111 00:07:00,088 --> 00:07:03,884 Baiklah saya nak pergi. Kita berhubung beberapa hari lagi. 112 00:07:03,884 --> 00:07:06,094 Tak apa, saya kena pergi. 113 00:07:06,178 --> 00:07:07,637 Apa peraturannya? 114 00:07:07,721 --> 00:07:11,558 Kunci kedua-duanya, tutup lampu masa tidur, jangan guna pendiangan. 115 00:07:11,558 --> 00:07:13,268 Awak pasti tak apa-apa. 116 00:07:15,187 --> 00:07:16,605 Terima kasih. 117 00:07:18,315 --> 00:07:20,442 Terima kasih atas semua bantuan awak. 118 00:07:20,442 --> 00:07:22,485 Awak akan dijaga dengan baik. 119 00:08:07,906 --> 00:08:11,117 Jerki daging di ruang tertutup? 120 00:08:11,201 --> 00:08:13,620 Protein, zat besi dan zink. 121 00:08:13,620 --> 00:08:15,622 Insulin tak naik secara mendadak. 122 00:08:16,831 --> 00:08:18,124 Saya suka jerki. 123 00:08:21,336 --> 00:08:23,505 Neagley kenalkan makanan hebat. 124 00:08:31,388 --> 00:08:34,224 Neagley kawan awak? 125 00:08:35,350 --> 00:08:39,145 - Kami berkhidmat dalam Unit ke-110. - Jadi, dia kawan awak? 126 00:08:39,229 --> 00:08:42,649 - Boleh dikatakan begitu. - Saya memang kata begitu. 127 00:08:42,649 --> 00:08:45,819 - Kenapa awak tak kata begitu? - Saya panggil dia Neagley. 128 00:08:52,534 --> 00:08:54,369 Apa berlaku dalam Unit ke-110? 129 00:08:54,786 --> 00:08:56,079 Panjang ceritanya. 130 00:08:57,872 --> 00:08:59,165 Awak nak ke tempat lain? 131 00:09:03,169 --> 00:09:06,965 Pihak tentera benarkan saya tubuhkan unit siasatan khas sendiri. 132 00:09:06,965 --> 00:09:10,677 Pentagon fikir ia akan gagal, sebab itu saya yang uruskan. 133 00:09:10,677 --> 00:09:13,138 - Kami sembilan orang. - Mana yang lain? 134 00:09:13,138 --> 00:09:14,347 Tak tahu. 135 00:09:14,431 --> 00:09:16,391 - Awak tak rapat? - Sangat rapat. 136 00:09:17,392 --> 00:09:19,019 Banyak yang dilalui bersama. 137 00:09:20,186 --> 00:09:22,772 - Namun itu semasa saya tentera. - Sekarang? 138 00:09:24,691 --> 00:09:26,151 Saya bukan lagi tentera. 139 00:09:36,119 --> 00:09:38,204 Tak bercakap dengan abang bertahun-tahun. 140 00:09:38,288 --> 00:09:40,665 Terputus hubungan dengan rakan tentera. 141 00:09:40,749 --> 00:09:42,834 Mudahnya awak tinggalkan orang lain? 142 00:09:43,501 --> 00:09:46,046 - Itu tak sihat. - Awak pun sama. 143 00:09:46,046 --> 00:09:47,964 Lupakan dia, Finlay. 144 00:09:48,048 --> 00:09:50,342 Cincin pokok pun lenyap lebih cepat. 145 00:09:54,721 --> 00:09:56,431 Isteri saya dah mati. 146 00:09:58,975 --> 00:10:02,354 Dia dah mati dan saya tak boleh buang cincin ini. 147 00:10:02,354 --> 00:10:04,022 Awak tak cakap begitu dulu. 148 00:10:04,022 --> 00:10:06,399 Saya cuma beritahu awak nama dia Sharon. 149 00:10:06,483 --> 00:10:09,194 Saya tak kata awak betul tentang saya bercerai. 150 00:10:09,194 --> 00:10:12,238 - Kenapa tak betulkan saya? - Saya tak betulkan sesiapa. 151 00:10:13,073 --> 00:10:14,908 Saya tak mahu simpati sesiapa. 152 00:10:16,576 --> 00:10:19,329 Semua orang fikir lelaki macam saya 153 00:10:20,872 --> 00:10:23,792 perengus, berpendirian tegas... 154 00:10:23,792 --> 00:10:26,378 - Menyusahkan orang. - Ya, menyusahkan orang. 155 00:10:28,254 --> 00:10:30,840 Mereka anggap isteri saya tinggalkan saya. 156 00:10:33,635 --> 00:10:35,136 Jadi awak tinggalkan Boston? 157 00:10:38,014 --> 00:10:42,685 Cubalah hidup di bandar yang semua tempatnya mengingatkan kita 158 00:10:42,769 --> 00:10:44,396 kepada kekasih sejati. 159 00:10:45,105 --> 00:10:50,193 Setiap restoran, setiap persimpangan semuanya menyayat hati. 160 00:10:52,237 --> 00:10:56,032 - Peringatan tentang kegagalan saya. - Itu yang awak fikir? 161 00:10:56,116 --> 00:11:00,662 Saya berjanji akan berusaha keras untuk memastikan dia sihat. 162 00:11:05,917 --> 00:11:08,294 Sekarang saya bayar bil telefon setiap bulan 163 00:11:09,421 --> 00:11:11,756 hanya untuk dengar mel suaranya. 164 00:11:12,173 --> 00:11:16,094 Awak tinggal di atas kedai rokok semasa cuba berhenti merokok. 165 00:11:16,094 --> 00:11:18,805 Pakai sut tweed pada musim panas di Georgia. 166 00:11:18,805 --> 00:11:20,849 Bekerja di tempat terpencil. 167 00:11:20,849 --> 00:11:24,936 Semuanya sebagai hukuman sebab awak gagal menyelamatkan isteri? 168 00:11:24,936 --> 00:11:26,688 Lebih kurang begitulah. 169 00:11:32,110 --> 00:11:34,070 Bodohnya. 170 00:11:34,154 --> 00:11:36,990 Jika awak fikir begitu, awak memang bodoh. 171 00:11:38,158 --> 00:11:39,409 Pergi jahanam. 172 00:11:40,827 --> 00:11:43,913 Saya suka awak mencarut. Buatlah lebih kerap. 173 00:11:45,081 --> 00:11:46,875 Pergi jahanam dua kali lagi. 174 00:11:55,133 --> 00:11:56,759 Ada sesuatu berlaku. 175 00:12:07,645 --> 00:12:09,939 Belum sampai 24 jam Kliner dibunuh. 176 00:12:10,023 --> 00:12:12,358 Anak saudaranya dah buat penghantaran? 177 00:12:13,443 --> 00:12:17,697 Rizab wang palsu semakin sedikit disebabkan sekatan Pengawal Pantai. 178 00:12:17,697 --> 00:12:18,990 Keadaan makin tegang. 179 00:12:18,990 --> 00:12:21,910 Pembeli mahu wang palsu mereka. 180 00:12:21,910 --> 00:12:24,245 Mungkin trak itu penuh dengan wang palsu. 181 00:12:25,663 --> 00:12:27,415 Mari kita lihat. 182 00:12:30,251 --> 00:12:32,795 Oh Tuhan, dah hampir tengah malam. 183 00:12:32,879 --> 00:12:36,299 Kamu berdua pergi gosok gigi. Kita boleh main lagi. 184 00:12:38,259 --> 00:12:41,221 Satu lagi permainan? Mereka tak letih? 185 00:12:41,221 --> 00:12:43,473 Saya cuba memastikan mereka berjaga. 186 00:12:43,473 --> 00:12:46,893 Jika mereka tidur, mimpi ngeri bermula. Mereka rindu ayah. 187 00:12:47,852 --> 00:12:49,437 Dulu saya kerap mimpi ngeri. 188 00:12:50,772 --> 00:12:55,318 Saya kehilangan ayah semasa kecil juga. 189 00:12:55,318 --> 00:12:58,279 - Ayah dan ibu sekali gus. - Apa yang berlaku? 190 00:12:58,363 --> 00:12:59,656 Kemalangan kereta. 191 00:13:01,074 --> 00:13:04,035 Saya di tempat duduk belakang. Ajaib sebab saya selamat. 192 00:13:04,035 --> 00:13:05,411 Dahsyatnya. 193 00:13:08,665 --> 00:13:14,295 Selepas itu, semasa saya di hospital, nenek akan bacakan Harry Potter. 194 00:13:14,379 --> 00:13:16,756 Sebab Harry diberitahu ibu bapanya kemalangan. 195 00:13:16,756 --> 00:13:18,258 Namun hakikatnya, 196 00:13:18,258 --> 00:13:21,052 mereka ahli sihir yang mati semasa menyelamatkan dia 197 00:13:21,052 --> 00:13:23,429 dan menjadikan dunia lebih baik. 198 00:13:24,013 --> 00:13:27,392 Jadi saya tipu diri sendiri dan anggap ibu bapa saya ahli sihir 199 00:13:27,392 --> 00:13:29,519 yang mati sebab buat perkara sama. 200 00:13:29,519 --> 00:13:31,563 Awak nak jadi macam mereka. 201 00:13:32,647 --> 00:13:34,190 Sebab itu awak jadi polis? 202 00:13:36,025 --> 00:13:37,485 Itulah matlamatnya. 203 00:13:42,448 --> 00:13:44,534 Mereka pasti baik-baik saja. 204 00:13:44,534 --> 00:13:48,496 Semangat kanak-kanak kuat. Mereka bertuah ada awak. 205 00:13:51,374 --> 00:13:52,792 Terima kasih. 206 00:13:59,382 --> 00:14:02,010 Apa yang berlaku? Apa yang awak nampak? 207 00:14:05,096 --> 00:14:06,139 Tak guna. 208 00:14:07,557 --> 00:14:11,561 Ambil kasut budak-budak dan tunggu di pintu bilik bawah tanah. 209 00:14:14,647 --> 00:14:18,401 Jika saya jerit, lari ke hutan dan jangan berhenti berlari. 210 00:14:20,111 --> 00:14:22,905 Kita dah memasuki Tennessee. 211 00:14:22,989 --> 00:14:26,159 Dia tak berhenti buang air pun. 212 00:14:28,286 --> 00:14:30,955 Perlahan, awak semakin hampir. 213 00:14:31,039 --> 00:14:32,290 Saya okey. 214 00:14:32,290 --> 00:14:35,126 Awak perlu kekalkan jarak yang lebih jauh. 215 00:14:35,126 --> 00:14:36,669 Jarak saya sempurna. 216 00:14:36,753 --> 00:14:39,213 Awak menonjol macam zirafah. Perlahan sikit. 217 00:14:39,297 --> 00:14:41,674 Awak tahu berapa kerap saya mengekori orang? 218 00:14:41,758 --> 00:14:44,427 Berdasarkan cara awak, mungkin tak kerap. 219 00:14:44,427 --> 00:14:46,554 Duduk saja di situ dengan sut awak. 220 00:14:50,683 --> 00:14:53,144 Saya tak sanggup dengar lagu blues lagi. 221 00:14:53,144 --> 00:14:55,146 Ini T-Bone Walker. 222 00:14:55,146 --> 00:14:59,067 Bapa pengasas bentuk seni Amerika Afrika paling unik. 223 00:14:59,067 --> 00:15:01,152 Saya ingatkan T-Bone kulit putih. 224 00:15:01,152 --> 00:15:04,614 T-Bone Burnett kulit putih, T-Bone Walker kulit Hitam. 225 00:15:04,614 --> 00:15:06,240 Biar betul, Finlay. 226 00:15:06,324 --> 00:15:08,576 Pasti ada benda lain. 227 00:15:08,660 --> 00:15:10,745 Ayuh lihat apa yang ada di sini. 228 00:15:11,454 --> 00:15:14,123 Tidak. 229 00:15:16,751 --> 00:15:18,378 Ini dia. 230 00:15:23,257 --> 00:15:26,135 Pembukaan terbaik bagi mana-mana lagu rock. 231 00:15:37,563 --> 00:15:39,982 Apa awak buat? 232 00:15:41,234 --> 00:15:44,779 Saya perlu akui, orang kulit putih pandai main muzik rock. 233 00:15:50,576 --> 00:15:53,705 - Dia tukar lorong dan keluar di depan. - Baiklah. 234 00:16:40,042 --> 00:16:41,252 Tak guna! 235 00:16:50,052 --> 00:16:51,095 Lari! 236 00:17:19,707 --> 00:17:22,502 Ayuh semua. Mari sini. 237 00:17:22,502 --> 00:17:25,296 Tunduk dalam semak. Menyorok. 238 00:17:25,296 --> 00:17:27,507 - Saya akan umpan mereka. - Tidak. 239 00:17:27,507 --> 00:17:29,175 Ya! Lakukannya! 240 00:17:29,175 --> 00:17:31,969 Ada laluan bomba tak jauh ke timur dari sini. 241 00:17:32,053 --> 00:17:34,972 Jumpa saya di penanda batu pertama. Menyorok. 242 00:17:36,432 --> 00:17:37,809 Jangan bergerak. 243 00:18:54,969 --> 00:18:55,970 Mata saya! 244 00:19:10,735 --> 00:19:14,989 Memandu jauh, hari menyedihkan. Dia akan tidur dalam dua minit. 245 00:19:21,996 --> 00:19:23,205 Macam mana lelaki itu? 246 00:19:27,585 --> 00:19:29,045 Awak ingat saya helang? 247 00:19:36,052 --> 00:19:37,303 Separa tidur. 248 00:19:37,303 --> 00:19:41,098 Monitor menghalang pandangannya ke tempat letak kereta. 249 00:19:43,726 --> 00:19:45,603 Ayuh lakukannya. 250 00:19:49,357 --> 00:19:51,192 Berkawal. Saya akan buka kunci. 251 00:19:51,192 --> 00:19:53,402 Mengangkat pintu itu pasti bising. 252 00:19:53,486 --> 00:19:56,447 - Saya ada idea lebih baik. - Apa awak nak buat? 253 00:19:56,447 --> 00:20:00,576 Bahagian atas trak ini dibuat daripada vinil untuk kurangkan berat. 254 00:20:21,847 --> 00:20:23,057 Perlahan sikit! 255 00:20:36,362 --> 00:20:37,238 Reacher! 256 00:20:38,990 --> 00:20:40,074 Reacher! 257 00:20:42,243 --> 00:20:43,077 Apa? 258 00:22:30,559 --> 00:22:34,688 Saya akan telefon penguat kuasa Tennessee dan impaun trak ini dalam sejam. 259 00:22:34,772 --> 00:22:37,316 Tiada guna. Trak ini kosong. 260 00:22:44,740 --> 00:22:48,202 Jika awak tahu apa berlaku, kongsilah dengan saya. 261 00:22:48,202 --> 00:22:51,205 Kita salah faham. Dia tak angkut wang keluar. 262 00:22:51,205 --> 00:22:55,376 Apa dia buat selain memandu berjam-jam tanpa menghantar apa-apa? 263 00:22:55,376 --> 00:22:57,753 Entahlah, tapi Joe tahu. 264 00:22:59,213 --> 00:23:01,298 Joe dah tak boleh bantu kita, Reacher. 265 00:23:02,508 --> 00:23:05,136 Kita kena tanya orang yang membantu Joe. 266 00:23:05,136 --> 00:23:07,471 - Profesor itu. - Mereka gagal dihubungi. 267 00:23:07,555 --> 00:23:11,183 Tidak lagi. Patutnya mereka dah mendarat beberapa jam lalu. 268 00:23:11,267 --> 00:23:14,520 Mana awak tahu? Awak tak tengok jam pun. 269 00:23:14,520 --> 00:23:16,230 Hari hampir subuh. 270 00:23:16,230 --> 00:23:18,774 - Mungkin kita boleh tinggalkan pesanan. - Helo. 271 00:23:19,859 --> 00:23:22,027 Hei, maaf. 272 00:23:22,111 --> 00:23:25,281 - Saya mencari William Bryant. - Ini siapa? 273 00:23:25,281 --> 00:23:29,451 Bekas pelajar yang nak berhubung semula. 274 00:23:29,535 --> 00:23:34,373 Maaf, saya sendiri tak tahu macam mana nak cakap. 275 00:23:35,040 --> 00:23:37,334 Profesor Bryant dibunuh pagi ini. 276 00:23:38,586 --> 00:23:41,046 - Apa yang berlaku? - Dia disamun. 277 00:23:41,130 --> 00:23:44,717 Balik daripada penerbangan lewat, dia bawa anjingnya berjalan dan... 278 00:23:46,093 --> 00:23:47,887 Saya pembantunya. 279 00:23:47,887 --> 00:23:50,681 Saya di sini menguruskan kertas kerja sepanjang malam. 280 00:23:50,681 --> 00:23:54,310 Saya tak tahu nak buat apa selepas mendengar berita itu. 281 00:23:54,310 --> 00:23:59,440 - Maaf. Takziah. - Terima kasih. Saya perlu pergi. 282 00:23:59,440 --> 00:24:00,900 Cepat mereka hapuskan dia. 283 00:24:00,900 --> 00:24:03,027 Semoga mereka tak hapuskan dua-dua. 284 00:24:15,039 --> 00:24:17,166 Baru 5.00 pagi, pastikan beritanya baik. 285 00:24:17,166 --> 00:24:20,002 - Profesor Castillo? - Ya. 286 00:24:20,002 --> 00:24:23,714 Saya Jack Reacher. Awak bekerja dengan abang saya, Joe. 287 00:24:23,714 --> 00:24:26,050 Saya akan jumpa awak. Ikut arahan saya 288 00:24:26,175 --> 00:24:28,928 jika awak nak terus hidup semasa saya tiba. 289 00:24:39,563 --> 00:24:40,564 Charlie? 290 00:24:42,483 --> 00:24:43,567 Charlie? 291 00:24:46,862 --> 00:24:47,863 Sudah selamat. 292 00:24:48,864 --> 00:24:50,366 Mereka takkan kejar kita lagi. 293 00:24:51,450 --> 00:24:52,409 Terima kasih. 294 00:24:52,993 --> 00:24:55,621 Anak-anak? Mari keluar. Semua okey. 295 00:24:56,455 --> 00:24:59,250 Tak apa. Buku lalinya terseliuh. 296 00:24:59,250 --> 00:25:02,253 Berita buruknya kita perlu terus berjalan. 297 00:25:02,253 --> 00:25:04,922 Saya minta Picard jumpa kita di kedai makan 298 00:25:04,922 --> 00:25:08,550 beberapa batu dari sini, tapi lebih selamat di tempat awam. 299 00:25:08,634 --> 00:25:11,095 Kita jalan ikut garisan pokok dan sembunyi. 300 00:25:11,095 --> 00:25:14,974 Terseliuh agak teruk, bukan? Beginilah. 301 00:25:17,351 --> 00:25:19,270 Mari naik Ekspres Conklin. 302 00:25:20,896 --> 00:25:23,023 - Kamu okey? - Sedia? Satu, dua, tiga. 303 00:25:23,107 --> 00:25:25,150 Naiklah. Bagus. 304 00:25:25,234 --> 00:25:26,402 Okey. 305 00:25:28,862 --> 00:25:30,864 Siapa lebih kuat daripada wanita Hubble? 306 00:25:35,327 --> 00:25:38,080 - Tiada sesiapa. - Tepat sekali. 307 00:25:39,248 --> 00:25:40,249 Ayuh bergerak. 308 00:25:40,249 --> 00:25:42,001 Okey, mari. 309 00:25:46,297 --> 00:25:48,132 Jaga kepala. 310 00:26:01,687 --> 00:26:04,648 Ya, mungkin benda ini tak dapat melepasi TSA. 311 00:26:06,191 --> 00:26:10,112 Jika awak hubungi Picard, tanya keadaan mereka. 312 00:26:12,239 --> 00:26:13,741 Roscoe kuat. 313 00:26:14,616 --> 00:26:16,201 Pasti dia okey. 314 00:26:30,466 --> 00:26:32,593 Letak di situ. 315 00:26:32,593 --> 00:26:33,677 Okey. 316 00:26:35,429 --> 00:26:36,805 Mereka terus tertidur. 317 00:26:38,474 --> 00:26:43,604 Sebab takut, bukan letih. Adrenalina buat mereka terus tertidur. 318 00:26:46,565 --> 00:26:48,359 Entah macam mana kami jadi begini. 319 00:26:49,610 --> 00:26:52,404 - Kami bukan orang jahat. - Saya tahu. 320 00:26:55,824 --> 00:27:00,079 Charlie, saya nak beritahu awak sesuatu. 321 00:27:04,124 --> 00:27:06,043 Awak telah dipergunakan. 322 00:27:06,919 --> 00:27:10,547 Paul berhenti kerja di Kewangan Axis lebih setahun lalu. 323 00:27:10,631 --> 00:27:16,512 Dia tak bekerja di bank. Dia tipu awak selama ini. 324 00:27:16,512 --> 00:27:18,680 Apa jua yang berlaku... 325 00:27:20,474 --> 00:27:21,975 Dia terlibat sama. 326 00:27:29,191 --> 00:27:30,526 Saya tahu 327 00:27:31,944 --> 00:27:36,698 di mana suami saya bekerja dan tidak bekerja 328 00:27:36,782 --> 00:27:38,659 setiap hari dalam hidupnya. 329 00:27:44,289 --> 00:27:47,709 - Awak kata awak tak tahu apa-apa. - Saya melindungi keluarga. 330 00:27:50,421 --> 00:27:52,798 Namun sebab kita baru ditembak di hutan, 331 00:27:52,798 --> 00:27:54,466 semuanya tak penting lagi. 332 00:27:56,176 --> 00:27:59,555 Awak nak tahu macam mana hidup kami hancur, Pegawai Conklin? 333 00:28:01,432 --> 00:28:04,768 Sebab saya hampir ditembak, saya berhak mendengarnya. 334 00:28:08,772 --> 00:28:11,483 En. Kliner nak jumpa Paul. 335 00:28:11,567 --> 00:28:15,446 Paul teruja. Kliner orang penting. 336 00:28:15,863 --> 00:28:16,864 Duduklah. 337 00:28:19,825 --> 00:28:25,497 Paul, hampir semua urusan perniagaan saya melibatkan pengeluaran. 338 00:28:25,581 --> 00:28:28,500 Jadi, saya berurusan dengan pembekal dan vendor 339 00:28:28,584 --> 00:28:31,587 yang tawarkan syarat menguntungkan, jika saya guna tunai. 340 00:28:31,587 --> 00:28:34,214 Saya buat semuanya secara sah dan jujur. 341 00:28:34,298 --> 00:28:37,134 Sama ada mereka mengisytiharkan bayaran saya, 342 00:28:37,134 --> 00:28:39,470 itu antara mereka dan IRS. 343 00:28:39,470 --> 00:28:43,807 Saya masih tak faham bagaimana orang macam saya boleh bantu syarikat awak. 344 00:28:44,683 --> 00:28:47,728 Saya perlukan pakar bagi memindahkan wang negara kita 345 00:28:47,728 --> 00:28:50,314 bagi mendapatkan syarat menguntungkan itu. 346 00:28:50,314 --> 00:28:51,940 Penduduk di bandar ini kata 347 00:28:52,024 --> 00:28:55,402 awak ditemu duga untuk jawatan itu di syarikat lain. 348 00:28:55,486 --> 00:28:58,864 Saya mahu Industri Kliner tawarkan pekerjaan itu juga. 349 00:29:00,073 --> 00:29:02,868 Saya amat berbesar hati. 350 00:29:03,785 --> 00:29:08,332 Namun saya cuma pernah bekerja dalam institusi kewangan tradisional, 351 00:29:08,332 --> 00:29:11,835 maksudnya, untuk bank. 352 00:29:11,919 --> 00:29:15,005 Ya, saya faham awak teragak-agak. 353 00:29:15,005 --> 00:29:18,550 Sesuatu yang baru dan belum pernah dicuba. 354 00:29:19,801 --> 00:29:21,887 Itu menjadikan hidup mengujakan, bukan? 355 00:29:23,555 --> 00:29:24,890 Ya. 356 00:29:29,394 --> 00:29:31,230 Jadi, ini yang saya fikir. 357 00:29:31,230 --> 00:29:34,316 Saya ada klien besar di Venezuela. 358 00:29:34,316 --> 00:29:36,777 Apa kata awak ikut saya minggu depan? 359 00:29:36,777 --> 00:29:39,196 Lihat operasi dia, cara urusan dijalankan, 360 00:29:39,196 --> 00:29:41,740 budaya korporatnya dan lain-lain. 361 00:29:41,740 --> 00:29:45,285 Mungkin tugas begini lebih sesuai dengan awak. 362 00:29:45,369 --> 00:29:47,496 Masa awak akan dibayar dengan lumayan. 363 00:29:47,496 --> 00:29:51,625 Bayaran dua minggu, untuk kerja satu hari. 364 00:30:00,634 --> 00:30:02,928 Paul tak patut pergi ke Venezuela. 365 00:30:03,845 --> 00:30:06,306 Macam mana makan tengah hari? 366 00:30:06,390 --> 00:30:10,227 - Saya suka plantain. - Saya juga. 367 00:30:10,227 --> 00:30:13,272 Perlu kawal diri dengan benda itu. 368 00:30:13,272 --> 00:30:15,482 - Macam mana kerjanya? - Baik. 369 00:30:15,566 --> 00:30:19,528 Keperluan klien awak agak banyak, 370 00:30:19,528 --> 00:30:21,780 tapi saya berjaya mengurangkannya. 371 00:30:24,032 --> 00:30:25,325 - Boleh saya lihat? - Ya. 372 00:30:27,578 --> 00:30:30,872 Awak dapat pindahkan wang sebanyak itu dalam beberapa jam? 373 00:30:32,749 --> 00:30:34,585 Awak pasti semua ini sah? 374 00:30:34,585 --> 00:30:36,378 Seratus peratus. 375 00:30:36,378 --> 00:30:40,048 - Saya memang hebat dalam kerja saya. - Tepat sekali. 376 00:30:40,132 --> 00:30:42,843 Boleh hantar pengesahan pemindahan itu kepada saya? 377 00:30:42,843 --> 00:30:44,094 Sudah tentu. 378 00:30:48,765 --> 00:30:49,683 Selesai. 379 00:30:49,683 --> 00:30:52,269 Paul, saya nak awak dalam syarikat saya. 380 00:30:52,269 --> 00:30:54,896 Saya perlukan awak dalam syarikat saya. 381 00:30:54,980 --> 00:30:58,150 Saya tak mahu bazirkan masa dan tak mahu berunding. 382 00:30:58,150 --> 00:31:00,485 Saya akan bayar empat kali gaji awak sekarang 383 00:31:00,569 --> 00:31:03,614 dengan bonus akhir tahun 50 peratus. 384 00:31:03,614 --> 00:31:08,869 Namun sebelum terlambat, klien saya nak jumpa awak. 385 00:31:08,869 --> 00:31:11,413 Perlu berjalan setengah batu ke ladang kudanya. 386 00:31:11,413 --> 00:31:14,833 Negara ini indah. Pasti seronok dapat meluruskan kaki. 387 00:31:14,833 --> 00:31:16,209 Mari kita pergi. 388 00:31:18,545 --> 00:31:21,590 - Awak suka kuda, Paul? - Ya. 389 00:31:25,594 --> 00:31:29,139 - Semua ini kuda lumba? - Kebanyakannya dah bersara. 390 00:31:30,057 --> 00:31:34,936 Kuda ini cuma makan, tidur dan mengawan dengan juara baru. 391 00:31:35,020 --> 00:31:38,774 - Kehidupan yang agak baik. - Ia menyukainya. 392 00:31:38,774 --> 00:31:40,567 Namun tidak pada mulanya. 393 00:31:40,651 --> 00:31:44,738 Kuda-kuda ini dah terbiasa berlari sepantas yang boleh. 394 00:31:44,738 --> 00:31:47,240 Berlumba dan berlatih setiap hari. 395 00:31:47,324 --> 00:31:52,287 Suatu hari, semuanya dikurung dalam kandang dan memberontak. 396 00:31:52,371 --> 00:31:55,499 Ia menggigit dan mengunyah pintu, 397 00:31:55,499 --> 00:31:59,169 menghentam badan pada dinding dan cuba memecahkannya. 398 00:31:59,920 --> 00:32:05,217 Suatu hari, ia berhenti. 399 00:32:06,051 --> 00:32:07,678 Berhenti begitu sahaja. 400 00:32:08,929 --> 00:32:10,472 Nak tahu sebabnya? 401 00:32:11,431 --> 00:32:12,516 Okey. 402 00:32:12,516 --> 00:32:14,768 Sebab ia menerima ia dah terperangkap. 403 00:32:14,768 --> 00:32:18,355 Kuda ini tahu tiada apa boleh dilakukan untuk lari daripada takdir. 404 00:32:18,355 --> 00:32:22,234 Ia juga sedar kehidupan barunya tak terlalu teruk. 405 00:32:22,859 --> 00:32:24,986 Awak tahu kenapa saya cakap begini? 406 00:32:26,196 --> 00:32:27,406 Tidak. 407 00:32:27,406 --> 00:32:29,449 Wang yang awak pindahkan hari ini, 408 00:32:29,533 --> 00:32:32,285 mungkin awak dah cuba buat semuanya secara sah, 409 00:32:32,369 --> 00:32:34,287 tapi tugas itu mustahil. 410 00:32:34,371 --> 00:32:39,126 Sebab setiap sen dan setiap dolar berkait dengan skim pemalsuan antarabangsa, 411 00:32:39,126 --> 00:32:41,086 dan kini awak dah terlibat sama. 412 00:32:41,086 --> 00:32:44,881 Saya boleh bayar awak jauh melebihi nilai pasaran, sebab sejujurnya, 413 00:32:44,965 --> 00:32:47,426 sayalah pencetaknya. 414 00:32:49,636 --> 00:32:51,179 Awak bergurau. 415 00:32:52,556 --> 00:32:53,974 Adakah ini gurauan? 416 00:32:54,641 --> 00:32:58,687 Situasi ini sangat serius, Paul. 417 00:32:58,687 --> 00:33:02,482 Awak bantu saya membersihkan jutaan dolar dalam tender haram 418 00:33:02,566 --> 00:33:04,317 dan hantar buktinya kepada saya. 419 00:33:04,401 --> 00:33:08,989 Saya ada e-mel, alamat IP awak dan hasil kerja awak. 420 00:33:08,989 --> 00:33:12,743 Awak dah terlibat sama. 421 00:33:16,496 --> 00:33:18,999 Saya tahu apa yang awak fikirkan. 422 00:33:18,999 --> 00:33:23,837 Awak nak lari, sama macam semua kuda di sini yang nak lari. 423 00:33:23,837 --> 00:33:27,382 Pergi beritahu polis, minta isteri awak pindahkan wang, 424 00:33:27,466 --> 00:33:30,552 cari pesawat peribadi di sini dan kembali ke AS 425 00:33:30,552 --> 00:33:32,220 yang selamat. 426 00:33:32,304 --> 00:33:35,849 Namun biar saya beritahu awak, tiada tempat yang selamat. 427 00:33:36,516 --> 00:33:41,271 Jika awak beritahu sesiapa, awak akan dipenjarakan 30 tahun bagi tugas hari ini. 428 00:33:41,271 --> 00:33:43,356 Saya tak boleh... 429 00:33:45,358 --> 00:33:48,069 - Saya tak boleh buat. - Buat apa? 430 00:33:48,153 --> 00:33:52,783 Tak boleh jadi kaya-raya hanya dengan mengetik butang pada komputer riba? 431 00:33:52,783 --> 00:33:53,992 Beginilah. 432 00:33:53,992 --> 00:33:55,702 Saya akan bantu awak. 433 00:33:55,786 --> 00:33:58,872 Saya akan melindungi diri awak. 434 00:33:59,831 --> 00:34:02,250 Saya akan biarkan awak di sini buat seketika 435 00:34:02,334 --> 00:34:05,837 agar awak tak lari dan buat tindakan bodoh. 436 00:34:05,921 --> 00:34:09,132 Apabila perasaan takut itu dah hilang, 437 00:34:09,216 --> 00:34:11,968 saya rasa awak akan mendapati 438 00:34:12,052 --> 00:34:16,306 awak boleh melakukannya dan mahu melakukannya. 439 00:34:17,599 --> 00:34:21,353 Sementara itu, Paul, 440 00:34:22,604 --> 00:34:24,648 jangan gigit pintu. 441 00:35:22,163 --> 00:35:23,957 Tidak! 442 00:35:25,917 --> 00:35:27,919 - Apa yang berlaku? - Mari sini! 443 00:35:33,800 --> 00:35:36,219 Tolong saya. 444 00:35:42,183 --> 00:35:44,269 Dia enggan dengar kata En. Kliner. 445 00:35:44,269 --> 00:35:47,230 Ini yang akan berlaku kepada awak dan keluarga awak 446 00:35:47,314 --> 00:35:48,982 jika awak tak ikut arahan kami. 447 00:35:48,982 --> 00:35:50,609 Tidak! 448 00:35:50,609 --> 00:35:51,985 Tidak. 449 00:35:51,985 --> 00:35:53,653 Tidak! 450 00:35:56,156 --> 00:35:57,741 Apabila kita nampak seseorang 451 00:35:59,242 --> 00:36:01,995 dibunuh dan dikasikan di depan mata kita, 452 00:36:03,079 --> 00:36:04,748 kita akan ikut arahan mereka. 453 00:36:06,207 --> 00:36:09,461 Paul ikut arahan mereka dan dia tetap dibunuh. 454 00:36:12,297 --> 00:36:14,716 Saya tak boleh biarkan anak-anak jadi mangsa. 455 00:36:15,258 --> 00:36:17,093 Saya takkan benarkannya. 456 00:36:19,679 --> 00:36:21,723 Mari pergi. 457 00:36:21,723 --> 00:36:24,517 Okey, mari kita pergi. 458 00:36:29,064 --> 00:36:31,191 - Apa yang berlaku? - Mereka jumpa kami. 459 00:36:31,191 --> 00:36:33,568 - Macam mana? - Entahlah. Saya dah uruskan. 460 00:36:33,652 --> 00:36:35,737 Kita tak boleh ambil risiko lagi. 461 00:36:35,737 --> 00:36:39,032 Saya akan bersama awak hingga kita tahu langkah seterusnya. 462 00:36:50,460 --> 00:36:53,213 GARAJ JOBLING FAIL KLINER MILIK GRAY 463 00:36:53,213 --> 00:36:56,049 {\an8}OPERASI E UNUM PLURIBUS 464 00:36:56,841 --> 00:36:59,886 Bahari, ada pelanggan nak pergi ke lapangan terbang dari Soho Grand. 465 00:37:00,804 --> 00:37:04,432 Okey, biar saya turunkan penumpang ini dulu. 466 00:37:04,975 --> 00:37:07,894 Awak patut tengok gergasi ini. Penuh tempat duduk belakang kereta. 467 00:37:11,147 --> 00:37:12,857 Awak tak boleh ke lapangan terbang. 468 00:37:13,358 --> 00:37:17,570 Awak kena tunggu beberapa minit dan bawa gergasi ini ke pusat bandar. 469 00:37:18,905 --> 00:37:19,864 Baik, tuan. 470 00:37:20,949 --> 00:37:23,243 - Belok kiri di depan. - Okey. 471 00:37:33,878 --> 00:37:36,047 - Boleh saya bantu? - Saya perlukan sut. 472 00:37:36,131 --> 00:37:38,299 Saya tak pasti jika fabrik saya cukup. 473 00:37:38,383 --> 00:37:41,011 Jangan bergurau. Saya mahu sekarang juga. 474 00:37:41,011 --> 00:37:45,223 Ada pemain bola sepak pasukan Giants tak ambil sut tempahannya. 475 00:37:45,223 --> 00:37:47,392 Nak sapu tangan untuk poket? 476 00:37:48,977 --> 00:37:49,978 Okey. 477 00:38:09,789 --> 00:38:11,875 Ya, kita ada masalah. 478 00:38:37,692 --> 00:38:38,902 Boleh saya bantu? 479 00:38:38,902 --> 00:38:41,488 Saya nak jumpa klien saya, Stephanie Castillo. 480 00:38:41,488 --> 00:38:43,573 Rasanya dia bawah perlindungan awak. 481 00:38:43,573 --> 00:38:45,950 Apa yang berlaku dengan dia? 482 00:38:46,034 --> 00:38:48,912 Dia berkeras mahu ditahan dan kata dia dalam bahaya. 483 00:38:48,912 --> 00:38:50,997 Sekarang dia enggan cakap apa-apa. 484 00:38:51,081 --> 00:38:55,627 Saya jamin, Sarjan Diaz. Saya akan beritahu awak selepas kami berbincang. 485 00:38:55,627 --> 00:38:56,753 Saya janji. 486 00:38:58,880 --> 00:39:00,465 Baiklah. Ikut saya. 487 00:39:02,425 --> 00:39:03,843 Ikut sini. 488 00:39:10,934 --> 00:39:14,646 Pasti ada sesuatu dalam air di rumah keluarga Reacher. 489 00:39:15,021 --> 00:39:18,441 - Takziah atas kematian rakan sekerja awak. - Terima kasih. 490 00:39:18,525 --> 00:39:21,319 Takziah atas kematian abang awak. 491 00:39:22,779 --> 00:39:25,740 Macam mana awak dan Joe kenal? 492 00:39:28,201 --> 00:39:30,829 Kami bekerjasama sejak beberapa tahun lalu. 493 00:39:31,579 --> 00:39:34,916 Dia bijak dan tahu apa yang dia tidak tahu. 494 00:39:34,916 --> 00:39:36,626 Itu menjadikan dia lebih bijak. 495 00:39:37,794 --> 00:39:41,673 Kadangkala pekerjaannya memerlukan kepakaran saya. 496 00:39:41,673 --> 00:39:44,926 - Dasar kewangan domestik dan antarabangsa. - Ya. 497 00:39:44,926 --> 00:39:50,598 Namun Joe hubungi saya dan Profesor Bryant untuk kepakaran yang kami tak iklankan. 498 00:39:51,975 --> 00:39:54,310 Hanya kami berdua ahli akademik di AS 499 00:39:54,394 --> 00:39:57,647 pakar dalam kesan teori MUC. 500 00:39:57,647 --> 00:40:01,860 Pemalsuan Besar-besaran Tanpa Dikesan pada skala ekonomi global. 501 00:40:01,860 --> 00:40:05,738 - Itu masalah besar sekarang? - Lebih besar daripada jangkaan awak. 502 00:40:05,822 --> 00:40:10,702 Tahukah awak 80 peratus mata wang AS sedia ada dalam bentuk wang kertas $100? 503 00:40:10,702 --> 00:40:14,581 Tapi 80 peratus wang yang saya lihat setiap hari, 504 00:40:14,581 --> 00:40:16,124 bukan wang kertas $100. 505 00:40:16,124 --> 00:40:20,670 - Jadi di mana semua wang tunai itu? - Di luar negara dalam ekonomi rahsia. 506 00:40:20,670 --> 00:40:23,548 Dadah, senjata, penyeludupan manusia. 507 00:40:23,548 --> 00:40:26,050 Urusan yang tak mesra kad kredit. 508 00:40:26,134 --> 00:40:28,636 Namun semuanya memiliki wang pilihan ramai. 509 00:40:28,720 --> 00:40:30,388 Wang kertas $100 Amerika. 510 00:40:31,222 --> 00:40:33,641 Kita ada wang paling stabil di planet ini. 511 00:40:33,725 --> 00:40:36,269 Boleh dijadikan rizab berbanding wang lain. 512 00:40:36,269 --> 00:40:39,189 Tiada siapa dalam pasaran mahu Shilling Uganda palsu. 513 00:40:39,189 --> 00:40:42,317 Wang kertas $100 AS ialah pilihan utama pemalsu. 514 00:40:42,317 --> 00:40:45,862 Jika wang palsu itu cukup baik, ia digelar wang super. 515 00:40:45,862 --> 00:40:49,949 Kerajaan Korea Utara ada satu jabatan yang menghasilkannya. 516 00:40:50,033 --> 00:40:53,494 Jika wang kita stabil, pasti sukar ditiru. 517 00:40:53,578 --> 00:40:56,748 Memang ada ciri keselamatan tertentu. 518 00:40:56,748 --> 00:41:00,210 Jalur, hologram, pewarna khusus. 519 00:41:01,127 --> 00:41:05,089 Namun walaupun dengan semua itu, jika orang itu gigih dan berbakat, 520 00:41:05,173 --> 00:41:07,425 semuanya boleh ditiru. 521 00:41:07,425 --> 00:41:08,843 Paling penting, kertasnya. 522 00:41:09,886 --> 00:41:14,057 Joe memastikan kertas itu tak dapat diperoleh. 523 00:41:14,057 --> 00:41:16,893 Dia memastikan agar hanya satu syarikat di AS 524 00:41:16,893 --> 00:41:21,064 memiliki kuasa berkanun bagi mengeluarkan kertas untuk wang AS. 525 00:41:21,064 --> 00:41:24,400 Lokasi itu dikawal lebih ketat daripada Kubu Knox. 526 00:41:24,484 --> 00:41:29,405 Namun Joe mendapati wang super masih berjaya dihasilkan. 527 00:41:29,489 --> 00:41:32,533 Pada pendapatnya, ia berlaku di Georgia. 528 00:41:33,451 --> 00:41:38,331 - Buatan Georgia? - Macam Coca-Cola dan kacang tanah. 529 00:41:42,001 --> 00:41:43,878 Kenapa? 530 00:41:43,962 --> 00:41:47,840 Saya dan rakan setugas saya mengesyaki sistem itu secara terbalik. 531 00:41:48,591 --> 00:41:52,136 Mereka bukan buat wang di Venezuela dan hantar ke AS. 532 00:41:52,220 --> 00:41:55,640 Mereka buat wang di AS dan hantar ke Venezuela. 533 00:41:57,016 --> 00:41:58,601 Saya kena pergi. 534 00:41:59,686 --> 00:42:01,980 Saya tak sangka tempatnya Venezuela. 535 00:42:01,980 --> 00:42:06,484 Jika awak dapat cari tempat kertas itu dibuat, awak boleh hentikannya. 536 00:42:06,484 --> 00:42:09,737 Awak perlu berada dalam tahanan polis. 537 00:42:09,821 --> 00:42:13,116 - Demi keselamatan awak juga. - Saya faham. 538 00:42:13,116 --> 00:42:16,327 Macam mana awak nak tumpaskan pelakunya? 539 00:42:20,081 --> 00:42:21,207 Dengan kejam. 540 00:42:24,919 --> 00:42:27,171 Awak cawangan tentera mana? 541 00:42:28,464 --> 00:42:30,550 Tali kasut diikat dengan cara tangga. 542 00:42:30,550 --> 00:42:35,263 Seluar kelim tentera. Manset dipanjangkan tepat ke bahagian tengah pergelangan. 543 00:42:35,263 --> 00:42:37,140 Tentera darat, Leftenan Pertama. 544 00:42:37,140 --> 00:42:41,144 Mejar Jack Reacher. Unit Siasatan Khas ke-110, dah bersara. 545 00:42:41,144 --> 00:42:43,604 - Gembira jumpa tuan. - Saya perlu bantuan awak. 546 00:42:44,856 --> 00:42:47,942 Saya bukan peguam, cuma nak buat perkara yang betul. 547 00:42:48,026 --> 00:42:51,654 Dua ejen persekutuan, beberapa orang polis dan orang awam dah mati. 548 00:42:51,738 --> 00:42:53,573 Saya uruskan kes secara sulit. 549 00:42:53,573 --> 00:42:57,035 Abang saya Joe Reacher bekerja di Khidmat Rahsia. 550 00:42:57,035 --> 00:42:59,329 Awak boleh periksa rekod saya juga. 551 00:42:59,329 --> 00:43:02,415 Saya enggan buang masa atau reka cerita. 552 00:43:02,415 --> 00:43:04,751 Wanita di dalam sana dalam bahaya. 553 00:43:04,876 --> 00:43:09,756 Pastikan dia dilindungi sehingga saya telefon awak. 554 00:43:09,756 --> 00:43:12,425 Jangan laporkan dan rahsiakannya. 555 00:43:12,425 --> 00:43:14,510 Boleh saya harapkan awak, Diaz? 556 00:43:16,137 --> 00:43:17,221 Boleh, tuan. 557 00:47:27,930 --> 00:47:29,932 Terjemahan sari kata oleh Farahiah Senin 558 00:47:30,016 --> 00:47:32,018 Penyelia Kreatif Noorsalwati Nordin