1 00:01:38,308 --> 00:01:40,435 - Finlay. - Awak berjaya menjejaki Spivey? 2 00:01:40,978 --> 00:01:43,021 Jalan mati. Awak pula? 3 00:01:43,105 --> 00:01:46,942 Hubble menipu isterinya. Dah setahun dia tak bekerja di bank itu. 4 00:01:46,942 --> 00:01:50,195 Nampaknya ada satu lagi perkara mengarut yang ditemui. 5 00:01:50,279 --> 00:01:53,115 - Ada apa-apa lagi? - Maklumat tentang kereta sewa. 6 00:01:53,115 --> 00:01:58,036 Ada laporan kenderaan terbakar beberapa ratus ela di arah barat Batu 97 7 00:01:58,120 --> 00:02:00,539 di Laluan Luar Bandar Sembilan. Saya akan pergi. 8 00:02:00,539 --> 00:02:03,500 - Siapa lagi yang tahu? - Orang yang patut tahu. 9 00:02:19,558 --> 00:02:21,852 Nampaknya awak singgah beli snek. 10 00:02:22,686 --> 00:02:25,814 Saya rasa lapar dan ia dalam perjalanan. 11 00:02:25,898 --> 00:02:27,149 Terima kasih saja. 12 00:02:27,149 --> 00:02:28,483 Awak yang terlepas. 13 00:02:28,567 --> 00:02:30,402 Ya, terlepas sakit jantung. 14 00:02:30,402 --> 00:02:33,071 Ditemui oleh petani yang mengejar khinzirnya. 15 00:02:33,155 --> 00:02:36,158 Roscoe beritahu Teale plat sepadan dengan tahanan Morrison 16 00:02:36,158 --> 00:02:37,242 agar dia tak syak. 17 00:02:38,660 --> 00:02:40,412 - Tiada nombor plat. - Ya. 18 00:02:41,455 --> 00:02:46,001 Disembunyikan daripada jalan dengan semak tapi hujan membuang penyamarannya. 19 00:02:46,001 --> 00:02:48,295 Joe perlu bawa SUV agar selesa. 20 00:02:48,295 --> 00:02:49,922 Tak bermakna ia milik Joe. 21 00:02:49,922 --> 00:02:52,299 Ada banyak kereta. Mungkin kereta curi. 22 00:02:52,299 --> 00:02:54,051 Kereta curi pasti dilaporkan. 23 00:03:01,224 --> 00:03:03,393 Api bukan dari enjin atau tangki minyak. 24 00:03:03,477 --> 00:03:06,146 Paling gelap di tengah dan merebak. 25 00:03:06,146 --> 00:03:07,564 Perebak api dan mancis. 26 00:03:15,197 --> 00:03:16,615 Itu Roscoe. 27 00:03:18,700 --> 00:03:20,035 Hei! 28 00:03:21,119 --> 00:03:24,498 Ini apa? Kereta Joe? 29 00:03:24,498 --> 00:03:27,250 Mungkin. Tak dapat dipastikan. 30 00:03:32,464 --> 00:03:34,174 Rentung agak teruk. 31 00:03:34,883 --> 00:03:37,386 Mungkin ada sisa Nombor Pengenalan Kenderaan. 32 00:03:41,515 --> 00:03:43,809 Hantar gambar kepada forensik. 33 00:03:43,809 --> 00:03:45,268 Helah tentera lama. 34 00:03:48,480 --> 00:03:51,608 Jika tiada minyak senjata, asid asetik dalam sos tomato 35 00:03:51,692 --> 00:03:55,821 dan garam untuk pelelasan bagus untuk membersihkan logam. 36 00:04:02,411 --> 00:04:04,204 Awak makan benda itu? 37 00:04:05,831 --> 00:04:06,873 Rasanya enak. 38 00:04:08,333 --> 00:04:10,752 Saya akan minta Picard semak nombor itu. 39 00:04:10,836 --> 00:04:14,631 FBI dapat keputusan lebih cepat daripada mana-mana detektif. 40 00:04:15,173 --> 00:04:16,842 Macam mana keadaan di Blue Cat? 41 00:04:16,842 --> 00:04:19,302 Orang Amerika Selatan dapat Spivey lebih awal. 42 00:04:19,386 --> 00:04:21,430 - Ditemui dalam but kereta. - Tak guna. 43 00:04:21,430 --> 00:04:24,391 Awak kata "jalan mati", bukan "orang mati". 44 00:04:24,391 --> 00:04:27,519 Ayuh cari mereka sebelum lebih ramai petunjuk mati. 45 00:04:27,519 --> 00:04:30,230 Saya tahu mana nak cari tapi mereka takkan cakap. 46 00:04:30,230 --> 00:04:31,732 Saya pandai soal siasat. 47 00:04:31,732 --> 00:04:33,025 Tak cukup pandai. 48 00:04:36,903 --> 00:04:38,155 Tujuh. 49 00:04:38,155 --> 00:04:40,782 Tujuh mayat sejak awak tiba di bandar ini. 50 00:04:40,866 --> 00:04:43,076 Mereka serang saya dan bersenjata. 51 00:04:43,160 --> 00:04:45,370 Baiklah, saya faham. 52 00:04:45,454 --> 00:04:48,623 Lapan orang. Hubble pun dah mati cuma tak ditemui. 53 00:04:48,707 --> 00:04:52,085 Awak cuma bercakap apabila nak menyakitkan hati saya. 54 00:04:52,169 --> 00:04:55,797 Kita hilang peluang untuk tahu siapa hantar orang Amerika Selatan. 55 00:04:56,673 --> 00:04:59,384 - Awak nak ke mana? - Buang mayat-mayat itu. 56 00:04:59,468 --> 00:05:01,261 Jangan musnahkan bukti. 57 00:05:01,261 --> 00:05:04,639 Jika mereka ditemui, ramai polis negeri dan daerah akan datang. 58 00:05:04,723 --> 00:05:06,349 Entah siapa boleh dipercayai. 59 00:05:06,433 --> 00:05:08,852 Kita sorok hingga kita tahu pembunuh Joe. 60 00:05:08,852 --> 00:05:11,605 Jadi siasatan cuma antara kita bertiga. 61 00:05:13,899 --> 00:05:16,234 Baik, saya akan perhatikan dia. 62 00:05:23,909 --> 00:05:25,994 Oh Tuhan, kakinya. 63 00:05:30,165 --> 00:05:31,666 Saya yang buat. 64 00:05:33,085 --> 00:05:34,169 Macam Tetris. 65 00:05:41,718 --> 00:05:43,345 Itu luka keluar. 66 00:05:44,137 --> 00:05:45,972 Awak tembak dari belakang. 67 00:05:46,056 --> 00:05:48,141 Awak beritahu Finlay awak diserang. 68 00:05:48,225 --> 00:05:50,435 Saya beritahu apa yang Finlay nak dengar. 69 00:05:50,519 --> 00:05:54,147 Ini bukan filem. Saya dapat peluang dan saya bunuh. 70 00:05:58,443 --> 00:06:00,237 Apa yang berlaku di Baghdad? 71 00:06:02,405 --> 00:06:04,032 Awak bercakap dengan KJ. 72 00:06:04,616 --> 00:06:08,995 Dia yang bercakap dengan saya, tapi jangan tukar topik. 73 00:06:09,079 --> 00:06:13,041 Jika kita nak selesaikan kes ini, saya kena tahu rakan setugas saya. 74 00:06:13,125 --> 00:06:16,461 Jadi apa yang berlaku di Baghdad, Reacher? 75 00:06:21,299 --> 00:06:22,467 Bukan Baghdad. 76 00:06:22,551 --> 00:06:24,928 Kampung kecil 40 kilometer di arah utara. 77 00:06:25,595 --> 00:06:27,472 Saya menjejaki askar yang hilang. 78 00:06:28,431 --> 00:06:30,642 Sekumpulan budak, 10 hingga 11 tahun, 79 00:06:30,642 --> 00:06:33,061 main bola di runtuhan hangar setiap hari. 80 00:06:35,147 --> 00:06:38,358 Setiap kali nampak saya, mereka lambai dan saya balas. 81 00:06:39,109 --> 00:06:41,695 Suatu malam, dah lewat tapi mereka tak balik. 82 00:06:42,988 --> 00:06:47,117 Sebab ada pemberontak dan bom, saya nak pastikan mereka selamat. 83 00:06:47,117 --> 00:06:50,829 Saya kembali ke hangar agar mereka tak balik sendirian. 84 00:06:50,829 --> 00:06:53,748 Tiga lelaki kampung mengganggu budak-budak itu. 85 00:06:54,291 --> 00:06:56,001 Kemudian awak fikirlah sendiri. 86 00:06:56,835 --> 00:07:00,547 Saya suruh budak-budak balik, tapi beri lelaki itu peluang. 87 00:07:00,547 --> 00:07:03,717 Serah diri pada polis Iraq atau jawab dengan saya. 88 00:07:05,969 --> 00:07:07,929 Saya tahu mereka akan buru saya. 89 00:07:10,307 --> 00:07:12,934 Apabila mereka tiba, saya dah sedia. 90 00:07:23,278 --> 00:07:24,988 Macam mana KJ tahu? 91 00:07:24,988 --> 00:07:28,408 Kliner ada wang. Wang boleh beli akses dan maklumat. 92 00:07:30,577 --> 00:07:31,453 Jadi, 93 00:07:32,662 --> 00:07:36,208 awak ada masalah sebab saya bunuh pendera kanak-kanak? 94 00:07:36,875 --> 00:07:40,212 Sebab saya pun nak tahu tentang rakan setugas saya. 95 00:07:44,925 --> 00:07:46,051 Tidak. 96 00:07:48,303 --> 00:07:49,804 Rasanya tidak. 97 00:07:51,306 --> 00:07:55,018 Bagus. Mari kita ke lapangan terbang dan buang mayat ini. 98 00:08:15,789 --> 00:08:17,624 Tak guna. 99 00:09:54,971 --> 00:09:55,972 Selesai. 100 00:09:58,183 --> 00:09:59,184 Apa? 101 00:10:00,643 --> 00:10:01,644 Tiada apa-apa. 102 00:10:03,355 --> 00:10:04,397 Cuma... 103 00:10:05,899 --> 00:10:08,818 Apabila saya tanya Mosely jenis perniagaan Kliner, 104 00:10:08,902 --> 00:10:11,571 dia sebut pengangkutan trak, hartanah dan kimia. 105 00:10:11,571 --> 00:10:14,949 Tahu apa yang dia tak sebut? Pertanian. 106 00:10:16,242 --> 00:10:19,454 Saya dah kata, penghantaran begitu agak biasa di sini. 107 00:10:20,246 --> 00:10:21,289 Tak kisahlah. 108 00:10:22,415 --> 00:10:24,667 Makanan haiwan itu terlalu banyak. 109 00:10:33,426 --> 00:10:35,095 Perlukah kita buat begini? 110 00:10:35,095 --> 00:10:38,640 {\an8}Banyak Jaguar di sini, tapi cuma satu nombor plat dikenali. 111 00:10:58,284 --> 00:11:01,121 Kami nak bilik. Sebaiknya tingkat tiga hingga tujuh. 112 00:11:01,121 --> 00:11:03,206 - Katil raja atau ratu? - Dua ratu. 113 00:11:07,460 --> 00:11:09,754 Cuma tinggal suite dengan dua katil ratu. 114 00:11:10,964 --> 00:11:12,048 Tiada masalah. 115 00:11:13,883 --> 00:11:14,884 Baiklah. 116 00:11:14,968 --> 00:11:17,095 Saya nak lihat kad pengenalan. 117 00:11:17,095 --> 00:11:21,516 Letak bawah nama Pegawai Welty. Nama pertama Eudora. E-U-D-O-R-A. 118 00:11:26,646 --> 00:11:28,523 Mana awak dapat wang tunai itu? 119 00:11:28,523 --> 00:11:30,442 Daripada mayat dalam but. 120 00:11:31,025 --> 00:11:32,986 Bayarannya mahal untuk bunuh saya. 121 00:11:32,986 --> 00:11:36,906 Jika mereka pemalsu wang, awak bayar dengan wang palsu. 122 00:11:37,615 --> 00:11:38,783 Bukan masalah saya. 123 00:11:43,246 --> 00:11:47,500 - Eudora Welty? Awak minat karyanya? - Tak sangka awak kenal dia. 124 00:11:47,584 --> 00:11:50,086 Saya suka cerpen. Tak melalut. 125 00:11:50,170 --> 00:11:51,421 Tak mengarut. 126 00:11:51,421 --> 00:11:54,841 Awak biasa guna Welty. Jika mengembara awak guna Margaret Mitchell. 127 00:11:54,841 --> 00:11:58,636 - Prosanya panjang berjela. - Anak jati Georgia, macam saya. 128 00:11:58,720 --> 00:12:01,014 Awak pernah kerja untuk talian psikik? 129 00:12:01,014 --> 00:12:03,725 Manusia boleh dikenali daripada nama samaran. 130 00:12:03,725 --> 00:12:07,729 Saya suka Naib Presiden lama dan penjaga tapak kedua Yankees. 131 00:12:07,729 --> 00:12:11,316 Kalau saya tahu, saya akan guna nama Willie Randolph. 132 00:12:23,203 --> 00:12:25,538 Awal pagi kita ke rumah Pete Jobling. 133 00:12:25,622 --> 00:12:30,210 Mungkin kita boleh tahu kenapa pembunuh Jobling nak bunuh abang saya. 134 00:12:30,210 --> 00:12:31,961 Bagus bunyinya. 135 00:12:37,383 --> 00:12:39,177 Awak buat apa? 136 00:12:39,177 --> 00:12:42,347 Melengahkan masa. Jika ada orang mengekori kita, 137 00:12:42,347 --> 00:12:46,851 ini dapat melambatkan mereka dan saya ada lebih masa untuk membidik. 138 00:12:53,441 --> 00:12:56,736 - Jika pengemas bilik yang masuk? - Pasti dia kuat. 139 00:13:02,867 --> 00:13:04,702 Kita di tingkat tujuh. 140 00:13:04,786 --> 00:13:07,372 Tiada orang cukup tinggi untuk capai tingkap itu. 141 00:13:07,372 --> 00:13:11,084 Penembak hendap boleh bunuh kita dari tingkat 15. 142 00:13:11,709 --> 00:13:14,796 Jangan tidur dengan kepala di tempat yang boleh diduga. 143 00:13:24,264 --> 00:13:25,515 Molly Beth. 144 00:13:25,515 --> 00:13:28,601 Maaf menelefon lewat malam. Harapnya awak belum tidur. 145 00:13:28,685 --> 00:13:30,186 Tak, saya menunggu. 146 00:13:30,270 --> 00:13:34,524 Saya cari fail Joe tentang kes ini. 147 00:13:34,524 --> 00:13:37,860 Saya tak tahu jika ia lengkap, tapi failnya banyak. 148 00:13:37,944 --> 00:13:40,905 Saya akan buat salinan dan kumpulkan sebelum pagi. 149 00:13:40,989 --> 00:13:44,200 - Saya tiba di Atlanta 5.00 petang. - Jangan jumpa di situ. 150 00:13:44,284 --> 00:13:45,952 Lapangan terbang banyak kamera. 151 00:13:45,952 --> 00:13:50,039 Awak langgar undang-undang dengan menyerahkannya. Jangan ada rekod. 152 00:13:50,123 --> 00:13:54,043 Naik kereta api ke stesen Five Points. Tiada pengawal di situ. 153 00:13:54,127 --> 00:13:56,129 Saya tak sabar nak jumpa awak. 154 00:13:56,546 --> 00:13:59,757 Bukan dalam keadaan begini, tapi... 155 00:14:00,842 --> 00:14:02,635 Joe banyak cerita tentang awak. 156 00:14:04,345 --> 00:14:05,847 - Jumpa esok. - Hei. 157 00:14:06,556 --> 00:14:07,599 Tunggu sekejap. 158 00:14:07,599 --> 00:14:11,686 Dia terbang merentasi negara untuk hantar dokumen yang boleh dipos. 159 00:14:11,686 --> 00:14:15,648 Awak pun tak sabar nak jumpa dia untuk berbual tentang Joe. 160 00:14:15,732 --> 00:14:17,609 Kenapa tunggu? Berbual saja. 161 00:14:26,534 --> 00:14:27,577 Hai. 162 00:14:30,371 --> 00:14:34,042 Pasti awak berdua rapat jika dia pernah ceritakan tentang saya. 163 00:14:35,543 --> 00:14:37,128 Berapa lama kamu kerja bersama? 164 00:14:39,005 --> 00:14:41,299 Saya mula bekerja dua tahun lalu. 165 00:14:41,299 --> 00:14:44,636 Joe dah lama bekerja di sini pada masa itu. 166 00:14:44,636 --> 00:14:46,638 Dia sudah dikenali di sini. 167 00:14:47,513 --> 00:14:51,643 Semua orang menghormati dia sebab dia memimpin dengan teladan. 168 00:14:54,228 --> 00:14:55,063 Ya, saya tahu. 169 00:14:56,397 --> 00:14:58,483 Dia selalu cakap awak bijak. 170 00:14:59,233 --> 00:15:01,861 Kadangkala terlalu bijak hingga menyusahkan diri. 171 00:15:02,862 --> 00:15:05,114 Awak juga kadangkala menyusahkan dia. 172 00:15:07,408 --> 00:15:09,327 Namun dia kata awak orang baik, 173 00:15:10,078 --> 00:15:14,540 dan walaupun awak adiknya, dia pandang tinggi terhadap awak. 174 00:15:15,416 --> 00:15:17,543 Namun sebaliknya bagi saya. 175 00:15:19,587 --> 00:15:22,006 Saya hanya rasa kerdil jika saya bersama dia. 176 00:15:23,883 --> 00:15:25,885 Saya gembira dia jumpa awak. 177 00:15:25,885 --> 00:15:28,846 Abang saya orang yang cerewet. 178 00:15:29,555 --> 00:15:32,850 Dia tak mudah menerima seseorang. Pasti awak istimewa. 179 00:15:34,560 --> 00:15:36,813 Pasti dia amat menyayangi awak. 180 00:15:37,480 --> 00:15:40,983 Saya menyayangi dia juga. 181 00:15:42,652 --> 00:15:44,028 Sangat menyayanginya. 182 00:15:46,114 --> 00:15:50,785 Saya patut teruskan kerja. Kita jumpa esok. 183 00:15:51,911 --> 00:15:53,121 Selamat malam. 184 00:15:54,122 --> 00:15:55,331 Selamat malam. 185 00:16:01,379 --> 00:16:02,213 Awak okey? 186 00:16:04,173 --> 00:16:05,383 Saya okey. 187 00:16:18,104 --> 00:16:20,440 Kehilangan ahli keluarga memeritkan. 188 00:16:24,068 --> 00:16:26,988 Semasa ibu bapa saya mati, saya cukup besar untuk ingat 189 00:16:26,988 --> 00:16:29,574 tapi masih muda untuk memahaminya. 190 00:16:33,703 --> 00:16:37,415 Awak mengalami keperitan tapi awak masih menenangkan Molly Beth. 191 00:16:45,173 --> 00:16:46,632 Betuk kata Joe. 192 00:16:48,217 --> 00:16:49,927 Awak orang baik. 193 00:16:58,311 --> 00:16:59,604 Saya nak mandi. 194 00:17:03,024 --> 00:17:06,569 Jangan pesan makanan atau minta kemas bilik. 195 00:17:06,569 --> 00:17:09,947 Tembak sesiapa saja yang cuba masuk melalui pintu itu. 196 00:17:46,234 --> 00:17:47,860 Siapa memerhatikan pintu? 197 00:18:16,806 --> 00:18:20,101 Mungkin isteri Jobling enggan beri kerjasama. 198 00:18:20,101 --> 00:18:23,729 Suaminya dibunuh dan tiada petunjuk. Jadi dia tak suka polis. 199 00:18:23,813 --> 00:18:25,147 Baiklah. 200 00:18:25,231 --> 00:18:26,440 Biar saya bercakap. 201 00:18:26,524 --> 00:18:27,692 Okey. 202 00:18:32,822 --> 00:18:33,739 Hei. 203 00:18:37,785 --> 00:18:41,581 Tentang malam tadi, setahu saya tiada apa yang berubah. 204 00:18:42,874 --> 00:18:44,333 Kita ada tugas. 205 00:18:45,042 --> 00:18:46,168 Okey. 206 00:18:59,932 --> 00:19:01,058 Selamat pagi, puan. 207 00:19:01,142 --> 00:19:04,228 - Ini rumah Pete Jobling? - Ya, boleh saya bantu? 208 00:19:04,520 --> 00:19:07,607 Kami polis. Pegawai Welty dan Randolph. 209 00:19:07,607 --> 00:19:09,609 Kami nak tanya tentang Pete. 210 00:19:09,609 --> 00:19:12,737 - Ada masalah? - Kami cuma nak berbual sebentar. 211 00:19:12,737 --> 00:19:15,323 Kita boleh berbual di luar jika awak selesa. 212 00:19:15,323 --> 00:19:19,368 Tak apa, awak boleh masuk. Pete ada di dapur. 213 00:19:23,205 --> 00:19:26,667 Ada pegawai polis nak berbual dengan awak, Pete. 214 00:19:28,628 --> 00:19:29,921 Semuanya okey? 215 00:19:31,756 --> 00:19:33,424 Awak Pete Senior? 216 00:19:33,925 --> 00:19:35,676 Awak mencari anak kami? 217 00:19:35,760 --> 00:19:38,846 - Adakah Petey okey? - Dia okey, puan. 218 00:19:39,305 --> 00:19:42,975 Ada beberapa rampasan berlaku di syarikat trak dia. 219 00:19:43,059 --> 00:19:44,644 Dia tak terlibat. 220 00:19:44,644 --> 00:19:48,856 Kami nak tanya dia soalan kalau-kalau dia boleh bantu siasatan. 221 00:19:48,940 --> 00:19:51,317 Syukurlah. Awak buat saya takut. 222 00:19:51,817 --> 00:19:55,404 Orang ramai kadangkala keliru dengan Pete dalam keluarga ini. 223 00:19:55,947 --> 00:20:00,701 Dah lama Junior tak tinggal dengan kami. Dia di Brookhaven dengan isterinya, Judy. 224 00:20:00,785 --> 00:20:02,370 Ini alamat dia. 225 00:20:02,370 --> 00:20:04,205 - Terima kasih. - Terima kasih. 226 00:20:09,877 --> 00:20:11,170 Kenapa awak tipu? 227 00:20:11,671 --> 00:20:14,590 Keadaan boleh jadi emosional. Kita tiada masa. 228 00:20:14,674 --> 00:20:17,426 Saya ingat selepas Charlie Hubble dan Molly Beth, 229 00:20:17,510 --> 00:20:20,179 awak nak berehat daripada menyampaikan berita buruk. 230 00:20:20,721 --> 00:20:22,264 Kita tiada masa. 231 00:20:30,523 --> 00:20:33,192 - Tuan nak jumpa saya? - Masuklah, kapten. 232 00:20:37,780 --> 00:20:40,199 Tak perlu duduk. Sekejap saja. 233 00:20:41,659 --> 00:20:44,745 Khabarnya awak mengganggu En. Kliner. 234 00:20:44,829 --> 00:20:48,499 Saya menyiasat pembunuhan Morrison seperti arahan tuan. 235 00:20:48,499 --> 00:20:52,837 Katanya awak mengancam untuk memukul bahagian badannya. 236 00:20:53,421 --> 00:20:55,297 Awak nak belasah dia? 237 00:20:56,799 --> 00:21:00,302 Malangnya keadaan jadi tak terkawal. Saya tak bangga dengannya. 238 00:21:00,386 --> 00:21:02,805 Mari saya jelaskan kepada awak. 239 00:21:03,764 --> 00:21:08,310 Kliner salah seorang penduduk Margrave yang paling penting. Jadi kita layan dia 240 00:21:08,394 --> 00:21:10,813 dan keluarganya dengan penuh hormat. 241 00:21:11,856 --> 00:21:15,943 Peraturan itu tak boleh dipatahkan seperti tongkat saya ini. Faham? 242 00:21:17,028 --> 00:21:18,112 Faham. 243 00:21:20,281 --> 00:21:23,242 Dia mencadangkan awak dibuang kerja. 244 00:21:23,242 --> 00:21:26,871 Namun agak ironi sebab dermanya membolehkan kami 245 00:21:26,871 --> 00:21:30,124 bayar gaji tinggi yang awak minta semasa kami ambil awak. 246 00:21:30,124 --> 00:21:32,209 Saya amat menghargainya, tuan. 247 00:21:32,668 --> 00:21:33,919 Jadi tunjukkannya. 248 00:21:35,755 --> 00:21:37,548 Fail itu mengandungi rekod jenayah 249 00:21:37,548 --> 00:21:40,426 ramai bekas penjenayah yang berdendam dengan Morrison. 250 00:21:40,426 --> 00:21:44,430 Ada ramai pengundi resah di bandar ini yang menanti keamanan dikembalikan. 251 00:21:44,430 --> 00:21:46,807 Teliti rekod itu, 252 00:21:46,891 --> 00:21:49,143 dan cari pembunuh rakan sekerja kita. 253 00:21:50,603 --> 00:21:53,856 Mungkin kita dapat lihat gaji awak yang dah besar itu 254 00:21:53,856 --> 00:21:56,025 dapat dinaikkan lagi. 255 00:21:56,734 --> 00:21:57,860 Faham cakap saya? 256 00:21:59,487 --> 00:22:00,654 Benar-benar faham. 257 00:22:00,738 --> 00:22:05,117 Pesanan terakhir ini saya perlu jelaskan seperti mengajar budak tadika. 258 00:22:05,618 --> 00:22:10,498 Jangan buat apa-apa pun tentang kes ini tanpa kebenaran saya. 259 00:22:10,498 --> 00:22:12,750 Langgar satu arahan, awak ditarik dari kes. 260 00:22:12,750 --> 00:22:15,503 Langgar dua arahan, awak akan dipecat. 261 00:22:17,213 --> 00:22:20,966 Terpulang pada awak untuk patuh atau ingkar. 262 00:22:23,594 --> 00:22:25,221 Maaf kerana mengganggu, tuan. 263 00:22:25,221 --> 00:22:27,932 Finlay, ayah awak telefon. Katanya mustahak. 264 00:22:32,853 --> 00:22:35,106 Tuan benarkan saya jawab panggilan itu? 265 00:22:35,106 --> 00:22:36,315 Jangan mengejek saya. 266 00:22:52,123 --> 00:22:53,707 - Hei, ayah. - Hei. 267 00:22:53,791 --> 00:22:55,459 Ayah dapat resipi yang kamu nak. 268 00:22:55,543 --> 00:22:59,380 Ayah tak boleh baca bahannya. Jadi ayah akan hantar salinan. 269 00:22:59,380 --> 00:23:02,842 Walaupun saya nak jumpa ayah, saya tak boleh ke sana. 270 00:23:02,842 --> 00:23:06,095 - Namun kawan saya ada di situ. - Suruh mereka datang. 271 00:23:06,595 --> 00:23:09,098 Dua S dan Tiga B dari tempat ayah dalam sejam. 272 00:23:09,098 --> 00:23:12,518 Macam mana mak dengan adik saya? 273 00:23:12,518 --> 00:23:15,146 - Mereka okey. - Itu yang saya nak dengar. 274 00:23:15,896 --> 00:23:17,439 - Kita berbual lagi nanti. - Ya. 275 00:23:22,069 --> 00:23:24,071 Saya baru telefon Kapten Finlay. 276 00:23:24,155 --> 00:23:27,032 - Semuanya okey? Ada khabar? - Tak perlu risau. 277 00:23:27,116 --> 00:23:31,412 Saya perlu sampaikan maklumat sensitif tentang siasatan. 278 00:23:32,079 --> 00:23:33,205 Secara bersemuka. 279 00:23:36,792 --> 00:23:38,752 Ada orang ganti awak di sini? 280 00:23:38,836 --> 00:23:41,338 Kita tak boleh melibatkan lebih ramai orang. 281 00:23:41,422 --> 00:23:43,424 Saya cuma pergi beberapa jam. 282 00:23:45,759 --> 00:23:49,680 Tak apa. Tiada sesiapa tahu awak di sini. 283 00:23:53,767 --> 00:23:56,020 Saya tak patut buat begini. 284 00:23:57,646 --> 00:23:59,690 Awak tahu cara menggunakan benda ini? 285 00:23:59,690 --> 00:24:01,692 Ayah saya bawa saya ke ladang. 286 00:24:02,735 --> 00:24:06,530 Jika ada keperluan, jangan teragak-agak untuk gunakannya. 287 00:24:06,614 --> 00:24:08,657 Teragak-agak boleh membunuh. 288 00:24:20,085 --> 00:24:21,545 Nak krim atau gula? 289 00:24:21,629 --> 00:24:23,756 Kopi O untuk kami berdua. 290 00:24:23,756 --> 00:24:25,007 Ini dia. 291 00:24:29,803 --> 00:24:30,971 Jadi... 292 00:24:32,556 --> 00:24:34,892 - Tentang suami awak. - Dia dah mati, kan? 293 00:24:36,060 --> 00:24:37,061 Ya. 294 00:24:37,645 --> 00:24:40,648 - Ya, saya bersimpati. - Saya tak rasa begitu. 295 00:24:41,190 --> 00:24:45,569 Okey, kami tak menduga reaksi begini, Pn. Jobling. 296 00:24:45,653 --> 00:24:47,821 Saya Miller. Saya tak guna nama dia. 297 00:24:47,905 --> 00:24:51,367 Cik Miller, kenapa awak tak kisah suami awak mati? 298 00:24:51,367 --> 00:24:53,994 Bukannya saya tak kisah, saya tak rasa simpati. 299 00:24:54,078 --> 00:24:56,830 Saya dah beri amaran, perkara ini memakan dirinya. 300 00:24:56,914 --> 00:24:57,790 Perkara apa? 301 00:24:57,790 --> 00:25:00,125 Ada pemandu trak lain dengan rumah begini 302 00:25:00,209 --> 00:25:02,586 dan mampu langsaikan gadai janji ibu bapanya? 303 00:25:04,797 --> 00:25:07,132 - Awak tak bercakap? - Cuma bila saya mahu. 304 00:25:07,216 --> 00:25:11,887 Awak syak suami awak terlibat dalam aktiviti haram? 305 00:25:11,971 --> 00:25:14,431 Dia mencuri daripada syarikatnya, Kliner. 306 00:25:14,515 --> 00:25:17,059 Dia bawa penyaman udara ke Miami. 307 00:25:17,059 --> 00:25:19,561 Dia enggan mengaku, tapi berdasarkan gajinya, 308 00:25:19,645 --> 00:25:23,232 saya rasa tak semua penyaman udara dibawa ke tempat yang sepatutnya. 309 00:25:23,232 --> 00:25:25,359 Dia akan buat orang marah. 310 00:25:25,359 --> 00:25:29,613 Orang itu tembak suami awak dari belakang dan biarkan dia mati di ladang. 311 00:25:31,407 --> 00:25:33,534 Awak bercakap untuk beritahu hal begitu? 312 00:25:33,534 --> 00:25:36,036 Ya, orang yang saya sayang juga dibunuh. 313 00:25:37,246 --> 00:25:40,416 Jika awak nak kongsi apa-apa, kongsi sekarang. 314 00:25:46,297 --> 00:25:47,881 Saya boleh tunjuk kotaknya. 315 00:25:52,803 --> 00:25:56,390 Berdasarkan kerjanya, saya rasa dia ambil unit itu, bungkus semula, 316 00:25:56,390 --> 00:26:00,269 dan jual di pasaran gelap. Ada kotak dibawa keluar dan masuk. 317 00:26:00,269 --> 00:26:04,231 Kita memang mudah bertahan dengan suami yang hebat memuaskan kita. 318 00:26:06,150 --> 00:26:09,528 Pada malam Pete dibunuh, awak tahu dia jumpa siapa? 319 00:26:09,528 --> 00:26:13,741 Tidak. Dia selalu dapat panggilan, terus keluar dan tak balik berhari-hari. 320 00:26:13,741 --> 00:26:16,702 Dulu saya tanya, tapi ia mengundang pergaduhan. 321 00:26:16,702 --> 00:26:21,248 - Sebab itu awak tak laporkan dia hilang? - Sebab itu dan sebab saya tak peduli. 322 00:26:21,874 --> 00:26:23,667 Kesabaran wanita ada hadnya. 323 00:26:23,751 --> 00:26:27,755 Awak boleh tanam dia di mana-mana padang. Saya akan pergi esok. 324 00:26:27,755 --> 00:26:30,257 Tinggal dengan ibu bapa hingga rumah ini dijual. 325 00:26:30,341 --> 00:26:33,552 Saya dah tak tahan dengan Georgia dan lelaki tak guna itu. 326 00:26:37,556 --> 00:26:38,557 Finlay. 327 00:26:40,225 --> 00:26:42,102 Dua S dan Tiga B. Baiklah. 328 00:26:42,186 --> 00:26:43,562 Kami dalam perjalanan. 329 00:26:43,562 --> 00:26:46,774 Kita kena pergi. Awak perlu tukar uniform. 330 00:26:52,321 --> 00:26:56,617 Pasti Jobling curi sangat banyak penyaman udara untuk beli rumah itu. 331 00:26:56,617 --> 00:26:58,994 Dia cuma mengangkut wang palsu Kliner. 332 00:26:59,078 --> 00:27:01,705 Molly Beth kata Joe hentikan pemalsuan di AS. 333 00:27:01,789 --> 00:27:05,876 Wang kertas dihasilkan di Amerika Selatan oleh orang yang saya bunuh tadi, 334 00:27:05,876 --> 00:27:09,088 dan dihantar ke Florida. Jobling bawa penyaman udara sebenar, 335 00:27:09,088 --> 00:27:12,800 isi kotak dengan wang palsu dan bawa balik ke Margrave. 336 00:27:12,800 --> 00:27:15,094 Namun dia ambil sedikit wang itu. 337 00:27:15,094 --> 00:27:16,512 Awak macam yakin. 338 00:27:16,512 --> 00:27:19,681 Ini teori saya. Saya harap fail Joe mengesahkannya. 339 00:27:23,060 --> 00:27:24,645 Kita di tempat yang betul? 340 00:27:24,645 --> 00:27:28,232 Dua S, Tiga B. Dua blok ke selatan, tiga ke barat dari pejabat Picard. 341 00:27:28,232 --> 00:27:29,775 Kita di tempat yang betul. 342 00:27:30,901 --> 00:27:32,027 Dia datang. 343 00:27:34,905 --> 00:27:36,740 Kira sampai empat dan ikut. 344 00:27:46,583 --> 00:27:48,127 Semua orang okey? 345 00:27:48,127 --> 00:27:49,336 Ya, kami okey. 346 00:27:49,420 --> 00:27:51,380 Siapa jaga Charlie dan anaknya? 347 00:27:51,380 --> 00:27:54,091 Tiada sesiapa. Dia boleh jaga diri seketika. 348 00:27:54,091 --> 00:27:55,717 Apa maklumat kenderaan itu? 349 00:27:55,801 --> 00:27:58,971 Kereta Chevy Equinox milik syarikat sewa kereta. 350 00:27:58,971 --> 00:28:00,889 Ada orang ambil minggu lepas. 351 00:28:00,973 --> 00:28:04,268 Plat dikesan di motel 40 batu di luar Margrave. 352 00:28:04,268 --> 00:28:08,605 Masalahnya kereta dan motel disewa atas nama Ron Hassey. 353 00:28:08,689 --> 00:28:11,817 Itu Joe. Dia guna nama penangkap bola simpanan Yankees. 354 00:28:11,817 --> 00:28:13,569 Mujur nama itu sukar dikenali. 355 00:28:13,569 --> 00:28:15,988 Mungkin dia tak sempat daftar keluar. 356 00:28:15,988 --> 00:28:18,866 - Mungkin dia tinggalkan barang penting. - Mungkin juga. 357 00:28:18,866 --> 00:28:21,618 Dia simpan rekod terperinci dan banyak nota. 358 00:28:22,494 --> 00:28:26,623 Alamat motel, 1517, Jalan Oglethorpe. Hafal dan buang. 359 00:28:27,249 --> 00:28:29,877 Tolong saya dengan menutup kes ini segera. 360 00:28:29,877 --> 00:28:32,713 Situasi saya sukar dan saya mungkin dipecat. 361 00:28:32,713 --> 00:28:34,089 Saya hargai bantuan awak. 362 00:28:41,597 --> 00:28:44,183 Ron Hassey menginap di sini. Kenapa awak tanya? 363 00:28:44,183 --> 00:28:46,685 Dia ada tinggalkan barang peribadi? 364 00:28:46,685 --> 00:28:51,064 Ada, beg bimbit dan beg pakaian. Sudah diambil kira-kira 20 minit lalu. 365 00:28:51,732 --> 00:28:53,734 - Siapa yang ambil? - Ron Hassey. 366 00:28:54,193 --> 00:28:55,527 Macam mana rupanya? 367 00:28:56,278 --> 00:29:00,407 Sederhana tinggi, bangsa asing, mungkin Sepanyol. 368 00:29:02,743 --> 00:29:06,163 Mereka 20 minit lebih awal dan boleh pergi ke mana-mana arah. 369 00:29:06,163 --> 00:29:08,624 - Beg bimbit dah tiada. - Beg itu tak penting. 370 00:29:08,624 --> 00:29:10,626 - Awak kata dia ambil nota. - Ya. 371 00:29:10,626 --> 00:29:13,629 Dia tahu dirinya diburu. Jadi dia sembunyikannya. 372 00:29:14,087 --> 00:29:17,382 Jika awak keluar dengan barangan Joe, apa awak akan buat? 373 00:29:17,466 --> 00:29:19,510 Pergi sebelum adiknya jumpa saya. 374 00:29:19,510 --> 00:29:23,889 Awak akan bergerak pantas. Bawa beg bimbit dan buang beg pakaian. 375 00:29:25,307 --> 00:29:26,225 Biar betul. 376 00:29:27,476 --> 00:29:30,938 Okey, Joe. Ayuh lihat jika awak bijak seperti jangkaan saya. 377 00:29:47,579 --> 00:29:48,914 Tak mungkin. 378 00:29:50,249 --> 00:29:52,417 GARAJ JOBLING FAIL KLINER MILIK GRAY 379 00:29:53,752 --> 00:29:55,254 Ia macam senarai tugasan. 380 00:29:55,504 --> 00:29:56,505 Berlindung! 381 00:30:01,927 --> 00:30:02,970 Tayar dah pecah. 382 00:30:02,970 --> 00:30:05,472 Apabila saya tembak, lari ke arah bertentangan. 383 00:30:05,556 --> 00:30:07,474 Kita sukar ditembak jika berpecah. 384 00:30:07,558 --> 00:30:10,352 Dalam kiraan tiga. Satu, dua, tiga. 385 00:30:16,108 --> 00:30:18,026 Kertas itu pada dia! Kejar dia! 386 00:30:51,602 --> 00:30:53,103 Tak guna! 387 00:31:14,166 --> 00:31:15,417 Mateo! 388 00:32:03,799 --> 00:32:05,967 Awak bunuh sepupu saya. 389 00:32:06,051 --> 00:32:09,179 Saya akan cat tanah ini dengan tengkorak awak. 390 00:32:20,899 --> 00:32:22,109 Terima kasih. 391 00:32:23,151 --> 00:32:26,279 Awak umpan mereka agar ikut awak sebab awak ada nota Joe. 392 00:32:26,363 --> 00:32:27,531 Ya, agar awak selamat. 393 00:32:27,531 --> 00:32:31,243 Tak perlu jaga saya. Saya polis. Bukan gadis yang perlu bantuan. 394 00:32:31,243 --> 00:32:32,160 Sememangnya. 395 00:32:32,244 --> 00:32:35,539 Kita setuju malam tadi tak ubah apa-apa. Apa awak fikir? 396 00:32:42,045 --> 00:32:46,341 Saya fikir selepas Joe mati tiada lagi orang yang saya sayang di dunia ini. 397 00:32:46,425 --> 00:32:47,676 Perasaan itu teruk. 398 00:32:48,510 --> 00:32:49,886 Kemudian kita bertemu. 399 00:32:50,971 --> 00:32:52,305 Saya rasa lebih lega. 400 00:32:55,976 --> 00:32:58,311 Ayuh, kita kena tukar tayar. 401 00:33:13,076 --> 00:33:13,952 Finlay. 402 00:33:14,453 --> 00:33:15,620 Awak jumpa apa-apa? 403 00:33:15,704 --> 00:33:17,914 Ya, kemudian dua lelaki jumpa kami. 404 00:33:17,998 --> 00:33:19,291 Ada mayat lagi? 405 00:33:20,417 --> 00:33:21,626 Saya nak tahu 406 00:33:21,710 --> 00:33:24,546 macam mana mereka tiba di hotel itu sebelum kami? 407 00:33:25,839 --> 00:33:30,385 Stevenson angkat panggilan Picard dan sambungkan ke talian utama. 408 00:33:31,011 --> 00:33:34,014 - Mungkin dia dengar. - Sesiapa saja di balai boleh dengar. 409 00:33:34,848 --> 00:33:35,849 Ataupun... 410 00:33:35,849 --> 00:33:39,478 Entahlah, mungkin sikap baik Stevenson cuma lakonan. 411 00:33:40,145 --> 00:33:43,565 Picard pernah telefon balai kita beberapa kali tahun lalu. 412 00:33:43,565 --> 00:33:47,277 Mungkin Stevenson cam suaranya dan mentafsirkan lokasi pertemuan. 413 00:33:47,277 --> 00:33:50,280 Kliner dah hantar orangnya semasa awak tiba. 414 00:33:50,280 --> 00:33:53,784 Semasa saya jumpa mayat Spivey, dia ada alat peninjauan. 415 00:33:53,784 --> 00:33:56,578 Mungkin mereka mendengar dengan mikrofon parabola. 416 00:33:56,578 --> 00:33:58,955 Saya tak sangka Stevenson korup. 417 00:33:59,039 --> 00:34:02,584 Namun dia tanya banyak soalan, 418 00:34:03,376 --> 00:34:06,004 kononnya risau tentang keluarga Hubble. 419 00:34:06,421 --> 00:34:08,465 Budak tak guna. 420 00:34:09,090 --> 00:34:14,054 Mungkin dia tahu nama samaran Joe dan motel itu, dan datang lebih awal. 421 00:34:14,054 --> 00:34:17,140 Namun kita yang selamat. 422 00:34:17,849 --> 00:34:20,060 Kita perlu semak barang yang awak jumpa. 423 00:34:20,060 --> 00:34:23,355 - Bukan melalui telefon. - Saya tahu rumah ladang terbiar. 424 00:34:23,355 --> 00:34:26,191 Di luar Margrave, terpencil. Saya akan hantar lokasi. 425 00:34:26,566 --> 00:34:28,068 Baiklah. Jumpa nanti. 426 00:34:29,236 --> 00:34:31,863 Mujurlah kita berhati-hati dengan Stevenson. 427 00:34:36,409 --> 00:34:37,953 Awak masih marah saya? 428 00:34:40,872 --> 00:34:44,501 Saya tahu awak tak perlu perlindungan tapi saya ikut gerak hati. 429 00:34:47,295 --> 00:34:48,922 Seperti yang diajar. 430 00:34:49,965 --> 00:34:53,260 Dia bukan budak biasa. 431 00:34:53,385 --> 00:34:55,804 Anak awak belasah anak Brigadier Jeneral. 432 00:34:55,804 --> 00:34:58,849 Anak Bishop bawa masalah sejak kami pindah ke Okinawa. 433 00:34:58,849 --> 00:35:01,017 Anak saya mempertahankan Billy Docette. 434 00:35:01,101 --> 00:35:02,602 Mereka enggan terlibat. 435 00:35:02,686 --> 00:35:05,522 Ayahnya fikir kerjaya. Awak juga patut buat begitu. 436 00:35:05,522 --> 00:35:07,649 Ini cuma perbalahan budak-budak. 437 00:35:07,649 --> 00:35:10,986 Betul, tapi anak awak hentam muka budak lain. 438 00:35:10,986 --> 00:35:12,779 Apa hukumannya? 439 00:35:12,863 --> 00:35:14,990 Joe bawah umur. Tak banyak boleh dibuat. 440 00:35:14,990 --> 00:35:18,326 Namun Bishop akan menyusahkan hidup Stan. 441 00:35:18,410 --> 00:35:19,744 Apa yang awak dengar? 442 00:35:19,828 --> 00:35:22,664 Dia nak cari alasan untuk turunkan pangkat awak, 443 00:35:22,664 --> 00:35:27,460 potong gaji awak dan pindahkan awak dari Okinawa ke tugasan teruk di Jerman. 444 00:35:27,544 --> 00:35:28,420 Ya Tuhan. 445 00:35:28,420 --> 00:35:31,756 Stanley tak buat salah. Pasti ada cara untuk baikinya. 446 00:35:31,840 --> 00:35:34,050 Saya akan bantu jika boleh, Josephine. 447 00:35:34,676 --> 00:35:37,512 Namun Bishop kuat berdendam sejak dulu lagi. 448 00:35:38,305 --> 00:35:40,390 Dia akan hancurkan kerjaya awak. 449 00:35:40,390 --> 00:35:44,603 Maaf sebab sampaikan berita buruk. Saya cuma nak awak tahu lebih awal. 450 00:35:45,312 --> 00:35:47,731 Terima kasih, Butch. Awak orang baik. 451 00:35:54,154 --> 00:35:55,196 Anak-anak, mari. 452 00:36:01,578 --> 00:36:02,829 Betulkah kata-katanya? 453 00:36:03,830 --> 00:36:04,748 Ya. 454 00:36:06,791 --> 00:36:09,794 - Tak adil jika ayah dihukum. - Betul. 455 00:36:11,171 --> 00:36:14,549 Kamu patut fikirkannya sebelum buat tindakan itu. 456 00:36:26,645 --> 00:36:27,896 Dia benci saya. 457 00:36:34,110 --> 00:36:36,446 - Biar saya uruskan. - Jangan! 458 00:36:36,446 --> 00:36:39,532 Tak boleh. Awak baru 12 tahun. Saya tak nak awak terlibat. 459 00:36:39,616 --> 00:36:40,533 Tapi, Joe... 460 00:36:40,617 --> 00:36:42,827 Gerak hati awak kata, tutup mulut. 461 00:36:42,911 --> 00:36:44,287 Itu tindakan yang betul. 462 00:36:45,205 --> 00:36:46,456 Jadi jangan masuk campur. 463 00:36:58,510 --> 00:37:01,805 "E unum pluribus." Satu jadi banyak. 464 00:37:01,930 --> 00:37:05,308 Sepatutnya "E pluribus unum", "banyak jadi satu". Ini terbalik. 465 00:37:05,392 --> 00:37:06,601 Jadi ini kesilapan? 466 00:37:06,685 --> 00:37:08,728 Joe tak buat silap. 467 00:37:08,812 --> 00:37:11,189 Pasti "P.H." merujuk pada Paul Hubble. 468 00:37:11,189 --> 00:37:14,275 - "W. - B"? Siapa tahu kod kawasan itu? 469 00:37:14,359 --> 00:37:15,652 Entahlah. 470 00:37:15,652 --> 00:37:18,029 {\an8}Seterusnya "S.C." di New York. 471 00:37:18,113 --> 00:37:21,449 {\an8}Saya ketuai siasatan dengan Pengawal Kebangsaan udara di Memphis. 472 00:37:21,533 --> 00:37:23,743 Saya rasa kod 901 J.W. untuk kawasan itu. 473 00:37:23,827 --> 00:37:27,288 Dua ini saya belum faham. Garaj Jobling, fail Kliner milik Gray. 474 00:37:27,372 --> 00:37:29,416 Kami dah pergi ke garaj Jobling. 475 00:37:29,416 --> 00:37:32,127 Cuma kotak kosong dan tiada maklumat baru. 476 00:37:32,127 --> 00:37:36,214 Gray tiada fail Kliner. Semasa dia mati, saya periksa pejabat dan rumahnya. 477 00:37:36,214 --> 00:37:38,967 Saya kemas semuanya. Tiada fail Kliner. 478 00:37:38,967 --> 00:37:41,344 Ayuh buat carian untuk nombor ini. 479 00:37:41,428 --> 00:37:43,096 Atau kita boleh telefon. 480 00:37:43,596 --> 00:37:44,723 Boleh juga. 481 00:37:46,474 --> 00:37:48,393 Saya ambil nombor misteri ini. 482 00:37:48,393 --> 00:37:50,145 Saya cuba New York. 483 00:37:50,145 --> 00:37:51,396 Memphis. 484 00:37:59,487 --> 00:38:02,157 Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat. 485 00:38:02,157 --> 00:38:03,867 Nak hubungi siapa? 486 00:38:04,534 --> 00:38:05,577 Helo? 487 00:38:05,577 --> 00:38:09,873 Okey, W.B. ialah William Bryant. Profesor ekonomi di Princeton. 488 00:38:09,873 --> 00:38:13,877 Menurut mel suara, dia ada persidangan di Eropah dan balik tiga hari lagi. 489 00:38:13,877 --> 00:38:15,086 Dia tak periksa mesej. 490 00:38:15,170 --> 00:38:18,798 Aneh. Nombor saya disambungkan ke jabatan ekonomi Columbia. 491 00:38:18,882 --> 00:38:21,176 S.C. ialah Profesor Stephanie Castillio, 492 00:38:21,176 --> 00:38:24,846 juga dalam persidangan di Eropah dan balik tiga hari lagi. 493 00:38:25,555 --> 00:38:27,932 - Awak telefon Universiti Memphis? - Tidak. 494 00:38:28,016 --> 00:38:30,018 Pejabat EPA di Memphis. 495 00:38:30,018 --> 00:38:32,437 Apa kaitan semua ini dengan pemalsuan? 496 00:38:32,437 --> 00:38:35,273 Apa kaitannya dengan nombor Hubble? 497 00:38:35,273 --> 00:38:37,358 Atau Amerika Selatan dan makanan haiwan? 498 00:38:37,442 --> 00:38:39,736 Okey, lupakan tekaan terakhir itu. 499 00:38:39,736 --> 00:38:42,363 Makanan haiwan itu terlalu banyak. 500 00:38:42,447 --> 00:38:45,158 Kita kena cari petunjuk di EPA Memphis segera. 501 00:38:45,283 --> 00:38:49,412 Ejen persekutuan yang jahat lebih bawa keburukan berbanding profesor. 502 00:38:49,496 --> 00:38:52,373 Awak tak boleh pergi. Molly Beth mendarat sejam lagi. 503 00:38:52,457 --> 00:38:55,460 Mungkin ada trengkas pada fail itu yang cuma awak faham. 504 00:38:55,460 --> 00:38:58,922 Ya, awak berdua juga perlu berpura-pura di depan Teale. 505 00:39:02,342 --> 00:39:04,094 Ada penyiasat yang boleh bantu. 506 00:39:04,094 --> 00:39:05,428 Dia boleh dipercayai? 507 00:39:05,512 --> 00:39:08,098 Dah banyak kali dia selamatkan nyawa saya. 508 00:39:08,098 --> 00:39:09,849 Dia tak pernah menghampakan. 509 00:39:14,646 --> 00:39:17,690 - Reacher! - Helo, Neagley. Mana awak tahu ini saya? 510 00:39:17,774 --> 00:39:20,902 Cuma awak ada nombor peribadi saya selain ayah saya. 511 00:39:21,027 --> 00:39:25,907 Sekarang dia menikmati tarikan undang-undang Judge Judy. 512 00:39:27,992 --> 00:39:30,537 Dah seminit setengah berlalu. Ada apa? 513 00:39:31,204 --> 00:39:33,665 Saya akan jelaskan dengan pantas. Sedia? 514 00:39:34,457 --> 00:39:36,876 - Silakan. - Abang saya anggota Khidmat Rahsia. 515 00:39:36,960 --> 00:39:38,920 Dia siasat pemalsuan wang di Georgia. 516 00:39:38,920 --> 00:39:41,714 Dia terlalu hampir dengan kebenaran dan dibunuh. 517 00:39:42,423 --> 00:39:43,341 Alamak. 518 00:39:44,425 --> 00:39:45,426 Awak okey? 519 00:39:45,510 --> 00:39:47,137 Abang saya dibunuh, bukan saya. 520 00:39:47,137 --> 00:39:49,597 Maaf, saya terlupa saya cakap dengan awak. 521 00:39:49,681 --> 00:39:53,476 Nota Joe ada nombor pejabat EPA Memphis dan parap J.W. 522 00:39:53,560 --> 00:39:56,146 - Cuma ada nombor dan parap. - Itu dah cukup. 523 00:39:56,146 --> 00:39:58,648 Saya akan uruskan. Hei, bos. 524 00:40:00,108 --> 00:40:01,442 Jika awak nak berbual... 525 00:40:01,526 --> 00:40:02,610 Kita baru berbual. 526 00:40:04,070 --> 00:40:07,323 Awak pandai buang emosi. Berhentilah berselindung. 527 00:40:07,740 --> 00:40:08,908 Selamat malam, Neagley. 528 00:40:09,576 --> 00:40:11,578 Dia selalu cakap begitu dengan awak? 529 00:40:11,578 --> 00:40:13,496 Tak, kadangkala dia terus terang. 530 00:40:13,580 --> 00:40:16,541 Kita kena pergi. Molly Beth hampir mendarat. 531 00:40:16,541 --> 00:40:19,586 Tinggalkan Jaguar. Lubang peluru menarik perhatian. 532 00:40:19,586 --> 00:40:22,172 Biar saya pandu. Harap awak suka muzik 38 Special. 533 00:40:24,632 --> 00:40:25,550 Awak serius? 534 00:40:30,638 --> 00:40:33,641 Katanya, pesawat Molly Beth mendarat 15 minit lagi. 535 00:40:33,725 --> 00:40:36,394 Dia cuma hantar dokumen dan tak daftar bagasi. 536 00:40:36,394 --> 00:40:39,397 Sepuluh minit untuk turun, lima minit di tandas, 537 00:40:39,397 --> 00:40:42,275 sepuluh minit jalan ke tren, dua minit beli tiket. 538 00:40:42,275 --> 00:40:45,820 Tren berlepas setiap lima minit. Berapa minit ke Five Points? 539 00:40:45,904 --> 00:40:47,739 - Kira-kira 15 hingga 20 minit. - Okey. 540 00:40:47,739 --> 00:40:51,326 Kita kena tiba di sana satu hingga enam minit lebih awal. 541 00:40:54,454 --> 00:40:56,206 Kita tak tahu rupa dia. 542 00:40:56,206 --> 00:40:59,667 - Macam mana dia nak cari kita? - Dia tahu rupa Joe. 543 00:40:59,751 --> 00:41:01,085 Rupa saya macam Joe. 544 00:41:04,547 --> 00:41:08,593 Saya tahu awak peminat blues, Reacher, tapi cubalah rasai muzik ini. 545 00:41:10,637 --> 00:41:11,638 Tidak. 546 00:41:20,230 --> 00:41:21,231 Okey. 547 00:41:24,234 --> 00:41:28,821 Dia naik tren Merah atau Emas ke utara. Tren itu tiba di platform berbeza. 548 00:41:37,163 --> 00:41:38,289 Kita dah jumpa dia. 549 00:41:41,751 --> 00:41:44,629 Dia nak jumpa kita di atas eskalator. 550 00:41:52,887 --> 00:41:54,138 Mana dia? 551 00:41:54,222 --> 00:41:56,266 Pasti dia terlepas dan terus jalan. 552 00:41:56,266 --> 00:41:58,476 Tiada siapa akan terlepas saya. 553 00:42:02,605 --> 00:42:03,731 Ada masalah. 554 00:42:04,315 --> 00:42:07,485 Ayuh berpecah. Awak ikut tangga, awak ikut lif. 555 00:42:08,987 --> 00:42:10,280 - Maaf. - Hei. 556 00:42:15,910 --> 00:42:16,995 Tak guna. 557 00:42:51,904 --> 00:42:52,739 Okey. 558 00:42:54,324 --> 00:42:56,868 Hei! Oh Tuhan. 559 00:43:02,540 --> 00:43:03,583 Joe. 560 00:45:03,661 --> 00:45:05,663 Terjemahan sari kata oleh: Farahiah Senin 561 00:45:05,663 --> 00:45:07,748 Penyelia Kreatif Noorsalwati Nordin