1 00:00:06,040 --> 00:00:07,230 Sebelum ini dalam Reacher... 2 00:00:07,440 --> 00:00:09,790 Saya Marlo Burns, Pengarah Operasi New Age. 3 00:00:13,040 --> 00:00:13,900 Dia ada anak. 4 00:00:14,100 --> 00:00:15,420 Mungkin awak nak lihat ini. 5 00:00:16,290 --> 00:00:18,780 Siapa yang lari dan tinggalkan simpanan wang tunainya? 6 00:00:18,980 --> 00:00:20,490 Marlo Burns. 7 00:00:20,700 --> 00:00:23,330 Saya bayar harga premium untuk urus niaga lancar. 8 00:00:23,530 --> 00:00:24,830 Setakat ini, tiada yang lancar. 9 00:00:25,040 --> 00:00:27,550 Okey, cip Little Wing sedia untuk dipasang di dalam misil 10 00:00:27,740 --> 00:00:28,710 pada masa awak tiba. 11 00:00:28,920 --> 00:00:31,430 Rakan-rakan En. Swan akan diuruskan. 12 00:00:31,620 --> 00:00:32,500 Apa yang berlaku? 13 00:00:32,700 --> 00:00:36,050 Trak New Age yang membawa 650 misil dirampas. 14 00:00:36,250 --> 00:00:38,510 - Harapnya itu berita lebih buruk. - Bukan. 15 00:00:38,720 --> 00:00:40,090 Tony Swan masih hidup. 16 00:00:40,300 --> 00:00:41,720 Cakap saya polis kotor sekali lagi, 17 00:00:41,930 --> 00:00:43,820 saya akan belasah awak di sini juga. 18 00:00:44,000 --> 00:00:46,310 Saya sanggup bergaduh dengan awak bila-bila masa saja. 19 00:00:46,520 --> 00:00:47,660 - Tunduk! - Tembak. 20 00:00:49,380 --> 00:00:50,350 Cakap sekarang. 21 00:00:50,550 --> 00:00:51,350 Tak kenal Langston. 22 00:00:51,550 --> 00:00:52,360 Siapa upah awak? 23 00:00:52,550 --> 00:00:53,690 Nama dia Swan. 24 00:00:53,900 --> 00:00:55,320 Kalau Swan ada dalam bangunan itu, 25 00:00:55,530 --> 00:00:56,980 saya akan buat macam tadi. 26 00:00:57,190 --> 00:01:00,170 Cekik lehernya dan paksa dia dedahkan hal sebenar. 27 00:01:13,350 --> 00:01:15,140 Mereka guna bahan letupan lebur tinggi? 28 00:01:16,190 --> 00:01:17,760 Dengan letupan sebesar itu? 29 00:01:17,970 --> 00:01:19,010 Mungkin CL-20. 30 00:01:19,210 --> 00:01:22,180 Ya, tapi bahan letupan lebur tinggi lebih mudah diperoleh. 31 00:01:22,380 --> 00:01:24,890 Betul, tapi CL-20 lebih kuat. 32 00:01:25,090 --> 00:01:28,950 Siapa peduli bahan yang mereka guna? Saya nak tahu orang yang gunakannya. 33 00:01:31,130 --> 00:01:33,120 Adakah cuma saya yang sanggup menyebutnya? 34 00:01:34,500 --> 00:01:38,480 Dia diupah oleh Swan dan akan dibayar oleh Swan. 35 00:01:38,680 --> 00:01:42,070 Dia diletupkan dari seberang jalan oleh Swan. 36 00:01:42,270 --> 00:01:45,280 Kita dah tak boleh sebut nama dia? Dia dah jadi Beetlejuice? 37 00:01:45,480 --> 00:01:49,870 Saya takkan andaikan Swan kotor. Dalam siasatan, andaian membunuh. 38 00:01:50,070 --> 00:01:51,870 Sama macam senjata api gred tentera. 39 00:01:52,070 --> 00:01:53,060 Hei, Russo. 40 00:01:54,570 --> 00:01:58,680 Skuad Bom jumpa sisa alat letupan termampat dengan pencetus dawai. 41 00:01:58,870 --> 00:01:59,880 Angkara orang profesional 42 00:02:00,090 --> 00:02:02,380 atau orang yang terlatih dalam hal begini. 43 00:02:02,590 --> 00:02:04,360 Mungkin latihan tentera? 44 00:02:04,990 --> 00:02:07,430 Mungkin. Kita belum benar-benar tahu. 45 00:02:07,630 --> 00:02:12,020 Baiklah, tapi kita tahu mereka mahu bunuh awak semua di tanah perkuburan 46 00:02:12,220 --> 00:02:14,940 dan bunuh penembak upahan itu di sini. Hapuskan semua jejak. 47 00:02:15,140 --> 00:02:16,560 - Ada mayat? - Cuma penembak itu. 48 00:02:16,760 --> 00:02:18,250 Kawan awak, Swan, tiada di situ. 49 00:02:18,840 --> 00:02:19,880 Terkejutnya saya. 50 00:02:22,920 --> 00:02:23,750 Ya. 51 00:02:26,590 --> 00:02:27,420 Di mana? 52 00:02:27,980 --> 00:02:29,680 Okey, hantar alamatnya. 53 00:02:30,720 --> 00:02:34,180 Kereta Marlo Burns ditemui di utara Manhattan berhampiran Cortland. 54 00:02:35,230 --> 00:02:37,000 Kami akan ke sana. Awak nak ikut? 55 00:02:37,210 --> 00:02:39,940 Tak, saya nak bercakap dengan seseorang. 56 00:02:41,320 --> 00:02:43,770 Cuba jangan tinggalkan apa-apa mayat kali ini. 57 00:02:45,440 --> 00:02:48,850 Dia macam detektif pemarah dan berang dalam filem. 58 00:02:49,050 --> 00:02:50,470 Filem yang mana satu? 59 00:02:50,670 --> 00:02:51,680 Semuanya. 60 00:02:51,880 --> 00:02:52,660 Baiklah. 61 00:02:53,750 --> 00:02:56,500 Ayuh cari wanita yang hantar kita agar dibunuh. 62 00:03:23,950 --> 00:03:25,840 Tiada apa-apa di sini, bos. 63 00:03:26,040 --> 00:03:28,890 Nampaknya dia tinggalkan keretanya dan cabut lari. 64 00:03:29,090 --> 00:03:32,490 Mungkin juga. Kalau saya jadi dia saya pergi tandas dan makan dulu. 65 00:03:37,050 --> 00:03:40,150 Dia beli air dan hot dog untuk anaknya dan telefon pakai buang secara tunai. 66 00:03:40,360 --> 00:03:41,830 Dia tak ambil wang baki. 67 00:03:42,020 --> 00:03:44,880 Dia tergesa-gesa dan tak sempat tunggu wang baki. 68 00:03:45,890 --> 00:03:48,390 Kalau nak tengok lebih baik, datanglah dekat. 69 00:03:49,630 --> 00:03:52,090 Dia tak suka mendekati orang. 70 00:03:52,840 --> 00:03:53,830 Boleh besarkan sedikit? 71 00:03:54,030 --> 00:03:56,710 Saya boleh besarkan, tapi banyak butiran akan hilang. 72 00:03:56,920 --> 00:03:58,220 Butiran penting. 73 00:04:00,640 --> 00:04:02,300 Budak itu main Nintendo Switch. 74 00:04:02,490 --> 00:04:05,590 Jika kita tahu tag pemain dia, kita boleh jejak alamat IP alat itu 75 00:04:05,790 --> 00:04:07,380 dan tahu lokasi mereka. 76 00:04:07,590 --> 00:04:09,110 Macam mana nak tahu tag pemainnya? 77 00:04:09,580 --> 00:04:11,520 Kita kembali ke rumah Marlo. 78 00:04:11,710 --> 00:04:14,850 Pasti ada pada alat lain di situ seperti TV Pintar. 79 00:04:15,060 --> 00:04:16,480 Pernahkah saya cakap, awak bijak? 80 00:04:16,690 --> 00:04:17,990 Tak cukup kerap. 81 00:04:24,040 --> 00:04:25,820 Nak tukar sut? 82 00:04:26,020 --> 00:04:27,750 Saya perlukan kelengkapan baru. 83 00:04:29,510 --> 00:04:30,920 Masukkan dalam Hutang Negara? 84 00:04:32,510 --> 00:04:35,640 Sama macam Hutang Negara, tak perlu bayar balik. 85 00:04:37,520 --> 00:04:38,480 Saya nak yang ini. 86 00:04:42,980 --> 00:04:43,940 Serta coklat Clark. 87 00:04:48,910 --> 00:04:51,010 TANDAS AWAM 88 00:04:51,220 --> 00:04:52,440 Helo, satu-dua. 89 00:04:53,160 --> 00:04:54,060 Helo, puan. 90 00:04:54,250 --> 00:04:55,260 Satu-dua di sini. Teruskan. 91 00:04:55,470 --> 00:04:57,560 Itu kenderaan saya. Ada masalah? 92 00:04:57,770 --> 00:05:00,030 Awak takkan dihukum mati. 93 00:05:00,220 --> 00:05:03,230 Cuma, Komanwel Pennsylvania tak benarkan objek 94 00:05:03,430 --> 00:05:04,320 digantung pada cermin. 95 00:05:04,520 --> 00:05:06,150 Syarikat sewa kereta yang letak. 96 00:05:06,350 --> 00:05:07,940 Saya dari seberang Atlantik 97 00:05:08,150 --> 00:05:10,250 dan tak biasa dengan peraturan trafik di sini. 98 00:05:12,100 --> 00:05:14,980 Saya akan tanggalkannya dengan segera. 99 00:05:17,800 --> 00:05:18,640 Sudah ditanggalkan. 100 00:05:19,940 --> 00:05:20,760 Jadi, 101 00:05:21,530 --> 00:05:24,640 boleh kasihani saya dan tak perlu saman? 102 00:05:25,230 --> 00:05:26,960 Saya akan beri amaran saja. 103 00:05:27,160 --> 00:05:28,730 Terima kasih banyak atas... 104 00:05:30,110 --> 00:05:31,760 Maaf, awak kata tiada saman? 105 00:05:31,970 --> 00:05:34,430 Amaran rasmi juga perlu ditulis, encik. 106 00:05:34,630 --> 00:05:36,720 Boleh berikan lesen? Cuma perlukan dua minit 107 00:05:36,920 --> 00:05:38,320 untuk semak dan awak boleh pergi. 108 00:05:39,830 --> 00:05:40,660 Sudah tentu. 109 00:05:48,260 --> 00:05:50,630 Baiklah, saya akan kembali, doktor. 110 00:05:54,470 --> 00:05:57,240 Pusat khidmat, Hicks di sini, 55R41. 111 00:05:57,440 --> 00:06:01,000 Tolong buat semakan antara negeri untuk lesen memandu Colorado, 112 00:06:01,210 --> 00:06:05,540 C-1-7-0-5-7-7-1-0-5, 113 00:06:05,750 --> 00:06:08,350 atas nama Manuel Elzogby. 114 00:06:08,540 --> 00:06:11,490 Mesej diterima, 55R41. Sila tunggu. 115 00:06:11,700 --> 00:06:13,950 Okey, doktor. Awak boleh pergi dari sini... 116 00:06:27,590 --> 00:06:31,030 55R41, ada amaran antara negeri berkenaan Dr. Elzogby. 117 00:06:31,240 --> 00:06:33,650 Dia mangsa rompakan homisid di Colorado. 118 00:06:33,850 --> 00:06:36,590 Teruskan dengan berhati-hati. Sokongan dalam perjalanan. 119 00:06:38,600 --> 00:06:42,890 Permainan Atomic Fall, Juggle the Jungle dan Visited. 120 00:06:43,640 --> 00:06:45,500 Saya tak sangka ada orang main permainan itu. 121 00:06:45,700 --> 00:06:50,300 Saya bekerja untuk pereka permainan tahun lepas. Syarikat jutaan dolar. 122 00:06:50,500 --> 00:06:51,840 Biar betul. 123 00:06:52,050 --> 00:06:54,730 Cubalah. Awak suka permainan penembak pertama. 124 00:06:55,290 --> 00:06:57,050 Saya memang penembak pertama. 125 00:06:57,260 --> 00:07:00,310 Saya nak panaskan piza sejuk beku jika sesiapa mahu. 126 00:07:00,520 --> 00:07:04,070 Tag pemain Jane ialah PlainJane777. 127 00:07:04,260 --> 00:07:05,940 Dia banyak bermain merentasi platform. 128 00:07:06,140 --> 00:07:09,070 Saya akan bermain dengan akaun saya sehingga dia kembali dalam talian. 129 00:07:09,270 --> 00:07:11,690 Saya perlukan tenaga untuk bermain. O'D. 130 00:07:11,900 --> 00:07:14,570 Bijiran sarapan apa yang ada dalam dapur Marlo? 131 00:07:14,780 --> 00:07:17,200 Puffs, Pops atau Pebbles, itu aturan kegemaran saya. 132 00:07:17,410 --> 00:07:18,780 Nampak macam ambil masa lama. 133 00:07:18,990 --> 00:07:21,040 Kita kena tunggu Jane mula bermain. 134 00:07:21,240 --> 00:07:25,640 Sementara itu, saya nak lelapkan mata. 135 00:08:00,390 --> 00:08:02,590 Kita diserang oleh penunggang motosikal, 136 00:08:02,780 --> 00:08:05,680 ditembak oleh penembak upahan dan hampir diletupkan. 137 00:08:06,720 --> 00:08:08,810 Ayat lembutnya, 138 00:08:09,890 --> 00:08:11,440 ada ketegangan yang terpendam. 139 00:08:17,330 --> 00:08:21,610 Saya tahu awak ada peraturan, "Tidur apabila boleh," tapi... 140 00:08:23,750 --> 00:08:25,820 Peraturan itu tak terlalu ketat. 141 00:09:03,160 --> 00:09:06,730 Hei, kawan. Dah agak lewat untuk melawat. Semuanya okey? 142 00:09:06,920 --> 00:09:08,100 Boleh saya masuk? 143 00:09:08,310 --> 00:09:10,240 Sudah tentu, silakan. 144 00:09:13,750 --> 00:09:16,360 Saya baru nak tonton perlawanan. Awak nak minum? 145 00:09:16,570 --> 00:09:18,750 Saya ada bir ringan dan bir sebenar. 146 00:09:18,940 --> 00:09:20,240 Tak apa, saya okey. 147 00:09:20,450 --> 00:09:21,960 Saya tinggalkan banyak pesanan. 148 00:09:23,060 --> 00:09:25,530 Apa yang berlaku di tanah perkuburan itu? 149 00:09:25,730 --> 00:09:29,250 Katanya ada penembak upahan nak cuba bunuh isteri Franz. 150 00:09:29,450 --> 00:09:32,210 Nampaknya, dia memang terlibat dalam urusan Franz. 151 00:09:32,420 --> 00:09:33,460 Awak tahu itu tak benar. 152 00:09:33,660 --> 00:09:34,840 Maaf, apa? 153 00:09:35,050 --> 00:09:37,310 Kita berdua tahu, satu-satunya urusan 154 00:09:37,500 --> 00:09:40,610 yang melibatkan balu Franz ialah berkabung. 155 00:09:41,330 --> 00:09:44,150 Saya tahu awak dedahkan Reacher dan pasukannya pergi ke Boston. 156 00:09:44,340 --> 00:09:46,850 Saya tahu awak bekerja untuk New Age. 157 00:09:47,060 --> 00:09:48,390 - Boleh tolong saya? - Apa? 158 00:09:48,590 --> 00:09:50,390 Cuba tengok kasut awak. 159 00:09:50,590 --> 00:09:52,020 - Jangan nak bergurau. - Awak rasa, 160 00:09:52,220 --> 00:09:53,560 awak berdiri di mana? 161 00:09:53,760 --> 00:09:55,270 Awak di dalam rumah saya. 162 00:09:55,470 --> 00:09:57,150 Rumah saya, tempat saya besarkan anak-anak 163 00:09:57,350 --> 00:09:59,190 dan hidup dengan Connie, semoga rohnya tenang. 164 00:09:59,390 --> 00:10:02,780 Kami jemput awak makan malam semasa awak masih budak hingusan 165 00:10:02,990 --> 00:10:05,450 dan tak tahu cara menggunakan pistol. 166 00:10:05,660 --> 00:10:08,370 Sekarang awak datang ke rumah saya dan cakap hal mengarut ini? 167 00:10:08,580 --> 00:10:10,960 Dua orang yang tahu Reacher dan pasukannya pergi ke Boston. 168 00:10:11,160 --> 00:10:12,580 Saya dan awak. 169 00:10:12,790 --> 00:10:15,730 Saya tak dedahkan tentang mereka. Jadi, siapa orangnya? 170 00:10:22,240 --> 00:10:24,190 Saya bertindak dengan bijak, okey? 171 00:10:24,380 --> 00:10:26,600 Apa maksudnya? 172 00:10:26,810 --> 00:10:29,270 Ketua Sekuriti New Age, namanya... 173 00:10:29,470 --> 00:10:31,320 - Langston. - Betul. 174 00:10:31,510 --> 00:10:35,600 Dia jumpa saya semasa awak sibuk menyiasat pembunuhan Franz. 175 00:10:35,800 --> 00:10:38,020 Dia bayar wang yang lumayan. 176 00:10:38,230 --> 00:10:40,530 Dia cuma nak tahu penemuan awak 177 00:10:40,730 --> 00:10:43,610 dan hala tuju siasatan. Dia cuma nak dapatkan maklumat. 178 00:10:43,820 --> 00:10:45,890 - Cuma dapatkan maklumat? - Ya. 179 00:10:46,100 --> 00:10:48,370 Selepas tragedi yang menimpa bandar ini? 180 00:10:48,580 --> 00:10:49,990 Selepas 11 September? 181 00:10:50,200 --> 00:10:52,450 Awak NYPD dan masih membantu dan menggalakkan pengganas? 182 00:10:52,650 --> 00:10:54,870 - Jaga mulut awak. - Sudahlah! 183 00:10:55,080 --> 00:10:57,380 Awak merosakkan nama baik pasukan polis terhebat dunia. 184 00:10:57,580 --> 00:11:00,050 Awak meludah di kubur semua orang yang mati pada hari itu 185 00:11:00,250 --> 00:11:01,300 semasa menyelamatkan nyawa. 186 00:11:01,500 --> 00:11:03,880 Awak siapa untuk cakap begitu kepada saya? 187 00:11:04,080 --> 00:11:05,510 Kawan saya yang mati pada hari itu 188 00:11:05,710 --> 00:11:08,860 lebih ramai daripada kawan awak seumur hidup awak! 189 00:11:09,750 --> 00:11:12,310 Tindakan mereka tak melibatkan kita di sini, 190 00:11:12,510 --> 00:11:15,100 tapi di China, Timur Tengah, Rusia 191 00:11:15,310 --> 00:11:17,310 ataupun Tentera Republik Ireland. 192 00:11:17,510 --> 00:11:20,270 Tiada kaitan dengan saya, awak atau negara ini. Okey? 193 00:11:20,480 --> 00:11:23,150 Langston ahli perniagaan. Dia nampak peluang dan terus rebut. 194 00:11:23,350 --> 00:11:27,240 Dia polis yang kotor dan orang jahat. 195 00:11:27,450 --> 00:11:28,870 Memang betul. 196 00:11:29,080 --> 00:11:32,450 Kita berdua kenal orang macam dia. 197 00:11:32,660 --> 00:11:35,550 Ayah awak juga kenal orang macam dia. 198 00:11:35,740 --> 00:11:38,000 Apabila mereka buat tawaran, itu bukan cadangan 199 00:11:38,200 --> 00:11:39,540 dan bukan permintaan, 200 00:11:39,750 --> 00:11:41,050 tapi satu arahan. 201 00:11:41,240 --> 00:11:43,670 Jadi, saya ambil wang itu apabila diberikan kepada saya 202 00:11:43,870 --> 00:11:46,260 dan pastikan saya tak diapa-apakan. 203 00:11:46,460 --> 00:11:48,010 Perkara itu yang penting bagi saya. 204 00:11:48,220 --> 00:11:50,130 Kalau awak salah? 205 00:11:50,320 --> 00:11:51,970 Kalau beberapa bulan dari sekarang 206 00:11:52,180 --> 00:11:56,380 serpihan pesawat sekali lagi menghujani Los Angeles, Chicago dan New York? 207 00:11:57,410 --> 00:12:00,900 Apa yang awak nak buat apabila awak tahu mereka tipu awak? 208 00:12:01,100 --> 00:12:02,610 Jangan sebut nama ayah saya lagi. 209 00:12:02,820 --> 00:12:03,980 Kenapa? 210 00:12:04,190 --> 00:12:06,750 Saya kenal dia dan sentiasa fikir tentang dia. 211 00:12:06,940 --> 00:12:09,240 Dia orang yang baik 212 00:12:09,440 --> 00:12:13,790 dan polis yang baik. Orang yang baik itu sudah berada di dalam kubur. 213 00:12:14,000 --> 00:12:17,840 Saya tak nak ikut laluan itu. Begitu juga dengan awak. 214 00:12:18,030 --> 00:12:21,810 Mereka bayar saya dan akan bayar awak. Ambil saja wang itu. 215 00:12:33,320 --> 00:12:36,490 Awak tak kenal ayah saya dan sememangnya tak kenal saya. 216 00:12:51,730 --> 00:12:53,840 Lihatlah dadah yang masuk minggu ini. 217 00:12:54,690 --> 00:12:56,680 Kita akan tutup kes ini secara besar-besaran. 218 00:12:57,390 --> 00:12:59,720 Malangnya, tidak begitu, mejar. 219 00:13:00,560 --> 00:13:01,600 Senang diri. 220 00:13:03,740 --> 00:13:05,350 Mari berbual berdua saja, Reacher. 221 00:13:05,540 --> 00:13:07,010 Tentang Operasi Kite Runner. 222 00:13:07,210 --> 00:13:09,130 Apa jua yang awak nak cakap di depan saya 223 00:13:09,330 --> 00:13:11,590 tentang kes itu, boleh disebut di depan Dixon. 224 00:13:11,800 --> 00:13:13,750 Dia mengusahakan kes ini dari awal. 225 00:13:14,280 --> 00:13:15,930 Dia yang paling arif tentangnya. 226 00:13:16,140 --> 00:13:16,850 Baiklah. 227 00:13:17,060 --> 00:13:19,180 Saya hormat awak dan enggan mencampuri kes ini. 228 00:13:19,390 --> 00:13:21,400 Namun, kolonel akan dinaikkan pangkat. 229 00:13:21,600 --> 00:13:22,810 Dia akan pindah ke Korea Selatan 230 00:13:23,010 --> 00:13:25,270 di kem berhampiran Zon Bebas Tentera. 231 00:13:25,480 --> 00:13:27,580 Pengumuman akan dibuat dalam tempoh tiga minggu. 232 00:13:28,760 --> 00:13:30,460 Boleh berterus terang saja, Hortense? 233 00:13:31,970 --> 00:13:34,870 Sudah 20 tahun kolonel menantikan kenaikan pangkat ini. 234 00:13:35,070 --> 00:13:37,790 Kita tak boleh biarkan operasi dadah yang berlaku semasa dia bertugas 235 00:13:37,990 --> 00:13:40,330 dihebahkan dengan tangkapan besar-besaran. 236 00:13:40,540 --> 00:13:42,470 Gambarannya tak elok. 237 00:13:42,660 --> 00:13:46,300 Serta satu petanda buruk untuk kerjaya tenteranya yang cemerlang. 238 00:13:46,490 --> 00:13:50,300 Jadi, Operasi Kite Runner akan dihentikan dengan segera. 239 00:13:50,500 --> 00:13:52,010 Mengarut. 240 00:13:52,220 --> 00:13:53,840 Jangan biar persahabatan ganggu penilaian. 241 00:13:54,040 --> 00:13:55,260 Kita tiada persahabatan. 242 00:13:55,470 --> 00:13:57,010 Kita ada persamaan. 243 00:13:57,210 --> 00:13:59,020 Dengan menghormati persamaan itu, 244 00:13:59,220 --> 00:14:00,580 saya rasa hal ini mengarut. 245 00:14:02,670 --> 00:14:03,750 Mejar Reacher, 246 00:14:04,450 --> 00:14:06,320 begini isi laporan awak. 247 00:14:06,520 --> 00:14:08,790 Lima pertuduhan salah laku penggunaan dadah sahaja. 248 00:14:08,980 --> 00:14:12,860 Tiada pertuduhan pengedaran, konspirasi atau penyelewengan sumber ketenteraan. 249 00:14:13,070 --> 00:14:14,450 Seorang defendan dipenjarakan, 250 00:14:14,660 --> 00:14:18,930 empat menjalani tempoh percubaan, selainnya diberhentikan secara terhormat. 251 00:14:19,130 --> 00:14:21,100 Awak faham perintah ini? 252 00:14:23,680 --> 00:14:25,100 Ya, tuan. 253 00:14:34,730 --> 00:14:35,570 Reacher. 254 00:14:36,450 --> 00:14:37,280 Reacher. 255 00:14:39,820 --> 00:14:41,490 Apa yang awak sedang fikirkan? 256 00:14:42,630 --> 00:14:43,450 Tiada apa-apa. 257 00:14:45,790 --> 00:14:46,620 Cuma... 258 00:14:48,800 --> 00:14:50,960 Kes besar terakhir kita bersama 259 00:14:54,210 --> 00:14:55,840 dihancurkan pada saat-saat akhir. 260 00:15:00,090 --> 00:15:01,800 Awak risau tentang pengakhiran kes ini? 261 00:15:02,680 --> 00:15:04,100 Sebahagian daripadanya. 262 00:15:04,560 --> 00:15:06,060 Bahagian apa? 263 00:15:16,400 --> 00:15:17,240 Swan. 264 00:15:24,630 --> 00:15:25,920 Awak banyak bantu saya. 265 00:15:27,160 --> 00:15:29,710 Maksud saya, bantu kami semua. Awak latih kami. 266 00:15:30,750 --> 00:15:31,580 Jadi... 267 00:15:33,140 --> 00:15:34,880 Apabila tiba masanya, saya akan buat. 268 00:15:36,840 --> 00:15:38,210 Saya akan bunuh Swan. 269 00:15:43,090 --> 00:15:43,970 Dah dapat alamatnya. 270 00:15:45,260 --> 00:15:46,460 Biar betul? 271 00:15:46,660 --> 00:15:48,790 - Alamat IP atau alamat lokasi? - Kedua-duanya. 272 00:15:49,000 --> 00:15:50,500 Sebaik saja Jane bermain... 273 00:15:50,710 --> 00:15:52,010 Dia tak pandai. 274 00:15:52,200 --> 00:15:53,880 Juruteknologi pejabat saya jejakinya. 275 00:15:54,080 --> 00:15:55,650 Lokasinya sejam dari sini. 276 00:15:57,070 --> 00:15:58,570 Pakai baju lekas, bos. 277 00:16:01,460 --> 00:16:03,330 Dia patut guna kata ganti tak rasmi. 278 00:16:08,670 --> 00:16:09,510 Terima kasih. 279 00:16:12,220 --> 00:16:13,120 Jane lapar? 280 00:16:13,310 --> 00:16:15,990 Banyak yang awak dah bantu kami. 281 00:16:16,190 --> 00:16:17,740 Saya sangat malu sebab kami datang 282 00:16:17,940 --> 00:16:19,990 - dan menyusahkan awak. - Jangan minta maaf. 283 00:16:20,190 --> 00:16:21,590 Ini bukan salah awak, Marlo. 284 00:16:23,230 --> 00:16:26,390 Sama macam semasa saya tinggalkan Thomas. Keadaannya tak mudah. 285 00:16:29,600 --> 00:16:32,890 Kenapa sistem renjisan saya hidup pada musim sejuk? 286 00:16:35,060 --> 00:16:37,270 Saya akan pecat penyenggara kawasan ini. 287 00:16:39,160 --> 00:16:40,610 Saya akan datang semula. 288 00:17:00,170 --> 00:17:01,550 Diam. 289 00:17:04,520 --> 00:17:08,720 Tinggi dan berbadan sasa, tapi perlu pukul perempuan untuk rasa besar? 290 00:17:09,400 --> 00:17:10,370 Memalukan. 291 00:17:10,570 --> 00:17:13,480 Adakah Marlo beritahu awak dia lari daripada bekas teman lelaki? 292 00:17:14,190 --> 00:17:15,170 Dia tipu awak. 293 00:17:15,380 --> 00:17:16,460 Kenapa dia nak tipu saya? 294 00:17:16,670 --> 00:17:17,800 Bagus soalan itu. 295 00:17:18,010 --> 00:17:19,630 Cuba panggil dia dan tanya sendiri. 296 00:17:19,840 --> 00:17:22,150 Kenapa saya kena dengar cakap awak? 297 00:17:22,940 --> 00:17:25,390 Sebab kawan saya sedang main permainan dalam talian 298 00:17:25,590 --> 00:17:27,220 dengan Jane agar dia kekal sibuk. 299 00:17:27,430 --> 00:17:30,240 Kalau awak tak panggil Marlo keluar, saya akan bawa dia keluar. 300 00:17:30,430 --> 00:17:32,690 Namun, dengan banyak jeritan dan kekecohan. 301 00:17:32,900 --> 00:17:35,580 Kalau boleh, saya tak nak anaknya trauma. 302 00:17:36,290 --> 00:17:37,500 Saya takkan buat. 303 00:17:41,010 --> 00:17:43,380 O'Donnell, pisau lipat. 304 00:18:04,610 --> 00:18:08,990 Penyenyap buatan sendiri. Suruh Marlo keluar sebelum saya tembak kaki awak. 305 00:18:09,530 --> 00:18:11,660 Jika awak menjerit, saya tembak kepala. 306 00:18:11,860 --> 00:18:12,660 Okey? 307 00:18:16,550 --> 00:18:19,480 Marlo? Boleh keluar sekejap? 308 00:18:19,680 --> 00:18:20,750 Duduk semula. 309 00:18:23,680 --> 00:18:27,090 Tak sangka awak terpedaya dengan plastik 40 sentimeter ini. 310 00:18:34,360 --> 00:18:36,380 Hei, Marlo. Apa cerita? 311 00:18:36,580 --> 00:18:38,300 Tolong jangan cederakan anak saya. 312 00:18:38,490 --> 00:18:41,860 Jane tak perlu terlibat dalam hal ini. Marilah duduk. 313 00:18:48,610 --> 00:18:50,820 Kenapa hantar kami agar dibunuh dalam serangan? 314 00:18:51,450 --> 00:18:53,190 Saya tak tahu tentang serangan. 315 00:18:53,390 --> 00:18:55,950 - Maaf, apa sebenarnya... - Diam, Chad. 316 00:18:56,140 --> 00:18:57,310 Awak senyum dan beri alamat 317 00:18:57,520 --> 00:18:59,270 tempat sekumpulan penyangak nak serang kami. 318 00:18:59,480 --> 00:19:01,030 Sama ada awak dungu, 319 00:19:01,230 --> 00:19:03,070 atau sengaja campak kami ke kandang harimau. 320 00:19:03,270 --> 00:19:04,820 Apabila dapat tahu mereka ditumpaskan, 321 00:19:05,030 --> 00:19:07,070 awak lari dan gunakan Chad sebagai perisai. 322 00:19:07,280 --> 00:19:08,830 - Boleh saya cakap... - Diam, Chad. 323 00:19:09,030 --> 00:19:13,290 Sumpah, saya tak tahu orang atau alamat yang saya berikan. 324 00:19:13,500 --> 00:19:15,250 Ketua Sekuriti kami tak senang duduk 325 00:19:15,460 --> 00:19:17,080 apabila awak datang dan tanya soalan. 326 00:19:17,280 --> 00:19:19,090 Dia suruh saya beri alamat itu. 327 00:19:19,300 --> 00:19:22,090 Sekarang Langston yang berkuasa, bukan Tony Swan? 328 00:19:22,300 --> 00:19:24,730 Bukan, dia yang cuba hentikan semua ini. 329 00:19:26,120 --> 00:19:28,180 Kalau awak kenal Tony Swan, pasti awak tahu 330 00:19:28,390 --> 00:19:30,510 dia takkan terlibat dalam hal begini. 331 00:19:30,720 --> 00:19:31,780 Ada yang fikir begitu. 332 00:19:33,000 --> 00:19:34,680 Saya yang rekrut Swan 333 00:19:34,880 --> 00:19:36,520 untuk pasukan sekuriti Langston. 334 00:19:36,720 --> 00:19:37,650 Kenapa? 335 00:19:37,860 --> 00:19:40,730 Sebab pasukan sekuriti New Age satu geng. 336 00:19:40,930 --> 00:19:43,110 Semuanya bekas polis daripada balai yang sama. 337 00:19:43,310 --> 00:19:44,070 Awak percaya Swan? 338 00:19:44,270 --> 00:19:45,950 Saya nak fikir dia percaya saya juga. 339 00:19:46,150 --> 00:19:47,700 Sebab itu dia jumpa saya 340 00:19:47,900 --> 00:19:49,370 apabila dia rasa curiga tentang... 341 00:19:49,580 --> 00:19:50,430 Little Wing. 342 00:19:51,760 --> 00:19:53,140 Macam mana awak tahu? 343 00:19:53,860 --> 00:19:56,420 Kami tahu tentang misil, Senator Lavoy... 344 00:19:56,610 --> 00:19:58,710 Semuanya kecuali kaitan awak dalam hal ini. 345 00:19:58,910 --> 00:20:02,810 Saya tiada kaitan, sehinggalah Swan jumpa saya. 346 00:20:04,060 --> 00:20:05,920 Dia sedar cip yang dimuat naik 347 00:20:06,120 --> 00:20:08,840 dengan perisian Little Wing ditanda sebagai rosak 348 00:20:09,040 --> 00:20:10,680 di luar nombor jidar selisih biasa. 349 00:20:10,880 --> 00:20:11,660 ROSAK 350 00:20:11,860 --> 00:20:15,350 Kawalan Kualiti tak dapat fikirkan punca kadar kegagalan semakin tinggi, 351 00:20:15,550 --> 00:20:18,440 tapi pihak pengurusan nak menepati tarikh kontrak Little Wing. 352 00:20:18,650 --> 00:20:20,870 Sebab majoriti cip diuji baik, 353 00:20:21,060 --> 00:20:24,570 kami salahkan ralat pemprosesan dan terus keluarkan produk kami. 354 00:20:24,780 --> 00:20:28,200 Swan fikir kakitangan Jabatan Kejuruteraan memanipulasi papan ujian 355 00:20:28,410 --> 00:20:31,000 dan menanda cip yang beroperasi sebagai rosak. 356 00:20:31,190 --> 00:20:33,290 Awak boleh agak kakitangan yang terlibat? 357 00:20:33,490 --> 00:20:35,950 Ada ramai jurutera. Sukar untuk diketahui. 358 00:20:36,160 --> 00:20:37,160 Pihak pengurusan pula? 359 00:20:37,360 --> 00:20:39,460 Lembaga Pengarah dan orang atasan lain terlibat? 360 00:20:39,670 --> 00:20:41,560 Kami tak tahu apa-apa. 361 00:20:42,100 --> 00:20:44,710 Langston selalu cakap kami terlalu sibuk mengira wang 362 00:20:44,920 --> 00:20:46,670 untuk sedar kami dirompak. 363 00:20:46,880 --> 00:20:49,380 Cip yang ditanda rosak 364 00:20:49,590 --> 00:20:51,600 sejumlah 650, bukan? 365 00:20:51,800 --> 00:20:53,150 Lebih kurang begitulah. 366 00:20:54,040 --> 00:20:56,310 Saya suruh Swan laporkan penemuannya kepada Langston, 367 00:20:56,510 --> 00:20:59,100 sebab saya tak tahu dia terlibat pada masa itu, 368 00:20:59,310 --> 00:21:01,350 tapi Swan berwaspada dan nak siasat lebih lanjut. 369 00:21:01,560 --> 00:21:04,920 Katanya dia nak bawa beberapa orang rakan tenteranya untuk bantu. 370 00:21:05,960 --> 00:21:07,960 Ya, mereka rakan kami juga. 371 00:21:08,170 --> 00:21:10,340 Swan ada laporkan semula siasatannya? 372 00:21:10,880 --> 00:21:12,010 Tidak. 373 00:21:12,220 --> 00:21:14,740 Saya tak dengar beritanya lagi. Dia terus menghilang. 374 00:21:14,950 --> 00:21:15,840 Tak semestinya. 375 00:21:16,030 --> 00:21:18,390 Dia yang tandatangan penghantaran semalam. 376 00:21:18,930 --> 00:21:19,920 Dia masih hidup? 377 00:21:20,120 --> 00:21:22,720 Nampaknya begitulah. Mungkin dia ditahan di mana-mana. 378 00:21:22,910 --> 00:21:25,020 Diperangkap agar disalahkan dalam hal ini. 379 00:21:25,220 --> 00:21:27,940 Ya, Langston hanya mahu melindungi dirinya. 380 00:21:28,140 --> 00:21:30,880 Selepas Tony hilang, dia panggil saya ke pejabatnya. 381 00:21:31,080 --> 00:21:34,680 Katanya sebagai Pengarah Operasi, jawatan saya unik 382 00:21:34,880 --> 00:21:37,270 untuk menutup apa-apa jua perkara yang Tony dedahkan. 383 00:21:37,470 --> 00:21:40,770 Untuk itu dia beri awak tawaran lumayan. Kami jumpa beg wang tunai awak. 384 00:21:40,980 --> 00:21:44,160 Dia paksa saya mengambilnya agar saya tak nampak bersih. 385 00:21:44,350 --> 00:21:45,570 Awak boleh menolak. 386 00:21:45,780 --> 00:21:47,400 Langston amat kejam. 387 00:21:47,600 --> 00:21:49,070 Lebih 20 tahun dia jadi detektif 388 00:21:49,270 --> 00:21:52,030 dan membantu orang jahat mengelak daripada dipenjarakan 389 00:21:52,230 --> 00:21:53,870 untuk jadikan mereka orang suruhannya. 390 00:21:54,070 --> 00:21:55,280 Contohnya, geng motosikal... 391 00:21:55,480 --> 00:21:56,580 Kami tumpaskan di Boston. 392 00:21:56,780 --> 00:21:58,950 - Serta penembak profesional. - Perkuburan Brooklyn. 393 00:21:59,160 --> 00:22:01,620 Serta ramai penyangak murahan yang sanggup membunuh 394 00:22:01,830 --> 00:22:02,680 untuk beberapa dolar. 395 00:22:02,870 --> 00:22:04,170 Ditanam di Atlantic City. 396 00:22:04,380 --> 00:22:07,150 Perkara yang dia kata akan dilakukan kepada saya 397 00:22:08,440 --> 00:22:09,690 dan anak saya... 398 00:22:11,360 --> 00:22:12,610 Saya tak mampu mengulangnya. 399 00:22:13,490 --> 00:22:14,790 Sebab itu saya lari. 400 00:22:16,200 --> 00:22:18,140 Selepas awak berdua datang untuk tanya soalan, 401 00:22:18,350 --> 00:22:21,880 saya takut Langston akan lihat saya sebagai liabiliti. 402 00:22:22,450 --> 00:22:23,770 Dia nak hapuskan semua jejak. 403 00:22:23,980 --> 00:22:25,530 Tuhan saja tahu angkaranya sekarang. 404 00:22:25,720 --> 00:22:27,000 Kita akan buat lebih teruk. 405 00:22:28,920 --> 00:22:31,130 - Awak boleh pergi. - Terima kasih. 406 00:22:34,760 --> 00:22:36,090 Marlo, 407 00:22:36,310 --> 00:22:39,890 jangan salah faham, tapi tolong cari hotel. 408 00:22:40,930 --> 00:22:44,520 Kami mencari orang yang baru merampas trak berisi misil tembakan tanah ke udara. 409 00:22:44,730 --> 00:22:46,970 Adakah rumit memasang cip Little Wing pada misil itu? 410 00:22:47,160 --> 00:22:50,460 Perlu ada jurutera untuk tunjuk cara, tapi selepas itu 411 00:22:50,670 --> 00:22:51,760 boleh dibuat sendiri. 412 00:22:51,970 --> 00:22:53,870 Bagus juga jika kita tahu jurutera itu. 413 00:22:54,400 --> 00:22:56,680 Kita akan tahu tak lama lagi. 414 00:22:56,880 --> 00:22:58,450 Cuma perlu tanya Langston. 415 00:23:03,370 --> 00:23:06,700 KEJURUTERAAN H-012 416 00:23:26,730 --> 00:23:28,640 Pembeli akan tiba sebentar lagi. 417 00:23:28,830 --> 00:23:32,960 Dia takkan serahkan satu sen pun melainkan dia tahu cara memasang cip itu 418 00:23:33,170 --> 00:23:35,180 dan menembak senjata itu tanpa perlu berfikir. 419 00:23:35,370 --> 00:23:38,890 Tiada masalah. Saya akan ajar dia dan tunjukkan setiap langkah. 420 00:23:39,100 --> 00:23:41,060 Berapa lama masa yang diperlukan? 421 00:23:41,260 --> 00:23:44,230 Saya boleh ajar cara pemasangan dan pengaktifan dengan segera. 422 00:23:44,430 --> 00:23:45,990 - Jangan risau. - Ya. 423 00:23:47,370 --> 00:23:50,790 Jangan bergembira lagi, Russ. 424 00:23:52,540 --> 00:23:53,380 Marlo. 425 00:23:55,010 --> 00:23:57,030 Awak pergi ke mana? Saya risau. 426 00:23:57,230 --> 00:23:58,780 Saya perlu keluar bandar. 427 00:23:58,990 --> 00:24:01,840 Masih ingat dua wanita yang datang dan tanya tentang Saropian? 428 00:24:02,030 --> 00:24:03,830 Mereka bawa kawan untuk menjejaki saya. 429 00:24:04,030 --> 00:24:06,160 Mereka mengugut saya dan anak saya. 430 00:24:06,370 --> 00:24:07,420 Apa awak beritahu mereka? 431 00:24:07,620 --> 00:24:08,920 Penipuan. 432 00:24:09,120 --> 00:24:10,960 Mereka akan tahu tak lama lagi. 433 00:24:11,160 --> 00:24:13,880 Apabila mereka tahu, saya takut mereka akan serang kita semula. 434 00:24:14,080 --> 00:24:18,260 Apa pesanan saya kepada awak apabila saya libatkan awak dalam hal ini? 435 00:24:18,470 --> 00:24:20,550 Kalau awak ikut cakap saya, awak akan kaya-raya 436 00:24:20,760 --> 00:24:22,850 dan tiada apa-apa akan berlaku kepada awak dan Janey. 437 00:24:23,060 --> 00:24:25,740 Saya sentiasa tunaikan janji dan akan pastikan awak selamat. 438 00:24:26,370 --> 00:24:27,710 Awak di mana? 439 00:24:27,920 --> 00:24:28,770 Di luar bandar. 440 00:24:28,980 --> 00:24:30,820 Di mana? Saya akan jemput awak. 441 00:24:31,010 --> 00:24:32,360 Saya menelefon dari kedai daging. 442 00:24:32,560 --> 00:24:35,650 Rasanya mereka mengekori saya. Jadi, saya perlu terus bergerak. 443 00:24:35,850 --> 00:24:38,750 Okey, tak apa. 444 00:24:39,760 --> 00:24:41,010 Di mana kita boleh jumpa? 445 00:24:59,030 --> 00:25:00,590 Sudah mula melawat rumah? 446 00:25:00,800 --> 00:25:04,930 Hanya apabila masalah besar akan berlaku. Kami umpan Langston untuk tumpaskan dia. 447 00:25:05,130 --> 00:25:07,750 Bagus, mari tangkap penyangak ini. 448 00:25:07,960 --> 00:25:10,100 Ada tugas berbeza untuk awak. 449 00:25:10,310 --> 00:25:11,280 Itu Marlo, 450 00:25:11,480 --> 00:25:13,270 dia bekerja untuk New Age. 451 00:25:13,480 --> 00:25:15,790 Dia dan anaknya antara orang yang Langston mahu bunuh. 452 00:25:16,720 --> 00:25:18,510 Marlo umpannya. 453 00:25:18,720 --> 00:25:20,340 Perlukan seseorang untuk jaga anaknya. 454 00:25:22,270 --> 00:25:24,090 Awak fikir saya pengasuh? 455 00:25:24,600 --> 00:25:26,740 Paling kurang Langston akan bawa empat konco. 456 00:25:26,940 --> 00:25:28,620 Pemandu, orang untuk melindungi dia 457 00:25:28,830 --> 00:25:32,420 dan dua orang untuk angkat mayat Marlo sebab bos tak buat kerja berat. 458 00:25:32,630 --> 00:25:34,210 Ahli saya diperlukan. Tinggal awak saja. 459 00:25:34,410 --> 00:25:36,550 Saya nampak cara awak melayan Mikey di perkuburan. 460 00:25:36,750 --> 00:25:38,770 Pasti awak boleh buat begitu dengan Jane. 461 00:25:45,610 --> 00:25:48,220 Baiklah, tapi kami tak boleh duduk di sini. 462 00:25:48,420 --> 00:25:51,350 Saya ugut Marsh dan dia mengaku menerima rasuah Langston. 463 00:25:51,560 --> 00:25:53,130 Dia suruh saya turut sama. 464 00:25:54,910 --> 00:25:57,000 - Kemudian? - Saya suruh dia pergi mati. 465 00:25:59,250 --> 00:26:01,000 - Sebab itu awak kena lari. - Beginilah, 466 00:26:02,600 --> 00:26:04,620 saya kenal Marsh sejak baru keluar akademi. 467 00:26:04,820 --> 00:26:06,830 Saya rasa dia takkan serang saya. 468 00:26:07,030 --> 00:26:09,830 Tapi saya akan tinggal di rumah sepupu saya di Pulau Staten. 469 00:26:10,030 --> 00:26:11,180 Sebagai langkah berwaspada. 470 00:26:13,990 --> 00:26:15,390 Saya akan bawa budak itu. 471 00:26:16,650 --> 00:26:17,480 Terima kasih. 472 00:26:21,730 --> 00:26:25,860 Apabila kita dapat bergaduh nanti, saya benarkan awak buat tumbukan pertama. 473 00:26:26,460 --> 00:26:29,380 Saya tak perlukan kelebihan. Percayalah. 474 00:26:30,070 --> 00:26:31,080 Sudah tentu. 475 00:26:38,290 --> 00:26:41,110 Sayang, mak akan kembali segera. Semuanya pasti okey. 476 00:26:41,320 --> 00:26:42,800 Mak janji. Okey? 477 00:26:44,640 --> 00:26:46,090 - Mak akan kembali segera. - Ya. 478 00:26:49,720 --> 00:26:51,410 Kita fikirkan perkara yang sama? 479 00:26:51,610 --> 00:26:54,720 Ya, kita gunakan mak budak itu sebagai umpan. 480 00:26:56,480 --> 00:26:57,810 Jadi, pastikan ia berhasil. 481 00:27:09,040 --> 00:27:10,890 Awak boleh dengar? 482 00:27:11,090 --> 00:27:12,410 Dengan jelas. 483 00:27:12,620 --> 00:27:15,650 Bagus. Buka pembesar suara dan letak telefon dalam poket. 484 00:27:15,850 --> 00:27:17,330 Kami mendengar di sini. 485 00:27:21,430 --> 00:27:23,680 Mampukah saya melakukannya? 486 00:27:24,170 --> 00:27:26,800 Tarik nafas dalam-dalam. Kami ada. 487 00:27:30,810 --> 00:27:31,640 Okey. 488 00:27:33,600 --> 00:27:34,750 Dengar suara saya 489 00:27:34,950 --> 00:27:37,630 dan lari apabila saya suruh lari. Faham? 490 00:27:37,830 --> 00:27:38,600 Faham. 491 00:27:39,390 --> 00:27:42,550 Apabila awak pergi, kami akan datang dari belakang dan tutup jalan keluar. 492 00:27:42,750 --> 00:27:44,320 O'Donnell dan Dixon akan kepung. 493 00:27:46,280 --> 00:27:47,150 Selepas itu? 494 00:27:48,790 --> 00:27:49,820 Kami bunuh mereka. 495 00:27:57,590 --> 00:27:58,950 Ada orang datang. 496 00:27:59,960 --> 00:28:01,580 Okey, bawa bertenang. 497 00:28:06,260 --> 00:28:07,130 Pakai tali pinggang? 498 00:28:32,620 --> 00:28:33,740 Di depan. 499 00:28:34,330 --> 00:28:36,160 Tenang, jangan buat dia takut. 500 00:28:37,210 --> 00:28:40,810 Semuanya pasti okey. Awak pasti suka Pulau Staten. 501 00:28:41,010 --> 00:28:44,610 Kita akan singgah di Omina dan beli sandwic kutlet ayam. 502 00:28:44,820 --> 00:28:47,820 Mungkin tonton filem Adam Sandler. 503 00:28:48,030 --> 00:28:49,970 Awak akan jumpa mak awak dengan segera. 504 00:28:56,890 --> 00:28:59,970 Jane, duduk di belakang dan tunduk. 505 00:29:20,120 --> 00:29:21,160 Tunduk saja! 506 00:29:30,680 --> 00:29:31,960 Mereka menjejaki kami! 507 00:29:32,150 --> 00:29:32,990 Marsh atau Langston? 508 00:29:33,200 --> 00:29:37,050 Saya tak tahu dan tak peduli! Kami diserang dengan senjata automatik! 509 00:29:37,770 --> 00:29:38,620 Tak guna! 510 00:29:38,830 --> 00:29:39,800 Kita kena bantu Russo. 511 00:29:40,000 --> 00:29:41,460 Ada masalah? 512 00:29:41,670 --> 00:29:42,930 Dia bercakap dengan siapa? 513 00:29:43,120 --> 00:29:44,210 Adakah Jane dalam bahaya? 514 00:29:44,410 --> 00:29:46,480 Tak guna, kita diperangkap. Tangkap dia. 515 00:29:50,120 --> 00:29:51,280 Itu Reacher. Bunuh dia! 516 00:30:15,630 --> 00:30:16,630 Pergi! 517 00:30:48,290 --> 00:30:49,920 Itu Neagley. Masuk. 518 00:30:50,680 --> 00:30:51,500 Lekas! 519 00:30:55,640 --> 00:30:56,780 Apa yang berlaku? 520 00:30:56,980 --> 00:30:58,260 Russo ditemui! Mari pergi! 521 00:31:00,340 --> 00:31:01,620 Awak buat apa? Masuklah! 522 00:31:01,830 --> 00:31:04,540 Pergi cari Jane. Tugas saya belum selesai di sini. 523 00:31:04,750 --> 00:31:05,750 Saya ikut Reacher. 524 00:31:05,960 --> 00:31:07,920 Jangan, mereka ada senjata automatik. 525 00:31:08,120 --> 00:31:10,230 Russo tak cukup bantuan dan senjata, dan bawa budak. 526 00:31:10,770 --> 00:31:11,800 Semua perlu pergi. 527 00:31:12,000 --> 00:31:13,360 Tak guna. Tunduk! 528 00:31:19,820 --> 00:31:20,930 Dia di sana. Kejar dia! 529 00:31:21,130 --> 00:31:23,410 - Burns... - Nanti! Saya nak gergasi itu! 530 00:31:37,520 --> 00:31:38,700 Russo, apa lokasi awak? 531 00:31:38,910 --> 00:31:39,930 Saya menuju ke timur! 532 00:31:40,850 --> 00:31:42,850 Teruskan ke arah Queens! Kami akan pintas! 533 00:33:01,180 --> 00:33:03,050 Tolong! 534 00:33:05,220 --> 00:33:06,050 Tolong! 535 00:34:50,410 --> 00:34:53,060 Awak semua di mana? Saya tak boleh melarikan diri. 536 00:34:53,270 --> 00:34:54,160 Lokasi awak? 537 00:34:54,340 --> 00:34:55,790 Baru melepasi Jalan 104. 538 00:34:56,370 --> 00:34:58,920 Kami dah dekat. Cuba mengelak daripada mereka! 539 00:34:59,830 --> 00:35:00,880 Cepatlah! 540 00:35:03,130 --> 00:35:04,090 Tak guna. 541 00:35:07,010 --> 00:35:07,840 Bertahan! 542 00:35:16,570 --> 00:35:17,730 Kepung mereka! 543 00:35:20,650 --> 00:35:21,420 Awak okey? 544 00:35:21,620 --> 00:35:24,940 - Jangan bergerak sehingga saya datang. - Okey. 545 00:35:43,260 --> 00:35:45,340 Cuma tinggal kita berdua, Langston! 546 00:35:46,310 --> 00:35:47,990 Tempat ini dipenuhi pagar berduri. 547 00:35:48,200 --> 00:35:51,010 Cuma ada satu jalan keluar dan awak perlu melepasi saya! 548 00:36:07,700 --> 00:36:09,960 Awak bunuh kawan orang yang salah. 549 00:36:43,280 --> 00:36:44,450 Pergi lekas! 550 00:37:29,530 --> 00:37:30,410 Ayuh! 551 00:37:32,960 --> 00:37:33,950 Jangan angkat kepala! 552 00:37:39,170 --> 00:37:41,950 Tunggu di belakang tayar. 553 00:37:44,090 --> 00:37:47,380 Apabila saya suruh, lari seberapa laju yang boleh. 554 00:37:47,580 --> 00:37:48,780 - Okey? - Saya tak boleh. 555 00:37:48,990 --> 00:37:52,360 Awak boleh! Saya janji tiada apa-apa akan berlaku kepada awak. 556 00:37:52,570 --> 00:37:54,030 Tapi awak kena ikut cakap saya. 557 00:37:54,240 --> 00:37:56,820 Saya nak awak lari ke sana. 558 00:37:57,010 --> 00:37:59,510 Apa-apa jua yang awak buat, jangan pandang belakang! 559 00:38:02,030 --> 00:38:04,400 - Okey? - Okey. 560 00:38:04,610 --> 00:38:07,820 Ayuh. Dah sedia? 561 00:38:08,490 --> 00:38:09,310 Sekarang! 562 00:38:31,640 --> 00:38:32,500 Cepat! 563 00:38:49,100 --> 00:38:50,440 Hidup tak sentiasa adil, budak. 564 00:38:57,620 --> 00:38:58,450 Jane! 565 00:38:59,290 --> 00:39:00,120 Jane! 566 00:39:04,130 --> 00:39:05,000 Sayang mak. 567 00:39:06,840 --> 00:39:07,670 Selamat! 568 00:39:08,430 --> 00:39:09,250 Selamat! 569 00:39:12,380 --> 00:39:13,970 Telefon 911! 570 00:39:14,180 --> 00:39:15,360 Baiklah. 571 00:39:15,570 --> 00:39:18,050 Tak guna! 572 00:39:21,260 --> 00:39:22,560 Bertahan, Russo. 573 00:39:22,770 --> 00:39:24,480 Bantuan dalam perjalanan. 574 00:39:24,690 --> 00:39:27,220 - Budak itu? - Apa? 575 00:39:27,410 --> 00:39:28,750 Budak itu. 576 00:39:28,960 --> 00:39:31,560 Dia okey dan selamat. 577 00:40:01,300 --> 00:40:02,680 Ambulans dalam perjalanan. 578 00:42:18,310 --> 00:42:20,260 Terjemahan sari kata oleh Farahiah Senin. 579 00:42:20,470 --> 00:42:22,410 Supervisor Kreasi Bima Gasendo